Sedang berlangsung ceramah bertajuk “Pendidik Insani Pemangkin Generasi Madani” oleh YBhg. Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alauddin, Timbalan Mufti Negeri Pahang sempena Sambutan Hari Anugerah Pendidik MARA 2023 kepada semua warga pendidik MARA yang terlibat. CERAMAH “PENDIDIK INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI”
SOROTAN LIBAT URUS DELEGASI MARA BERSAMA PRINCE OF SONGKLA UNIVERSITY (PSU)
Sesi libat urus MARA Negeri Perlis yang diketuai oleh Encik Mohd Azam bin Jamaluddin, Pengarah MARA Negeri Perlis bersama Pengurusan Tertinggi Prince of Songkla University (PSU) di ICC Hall Hatyai, Thailand YBhg. Prof Madya Dr. Asman bin Taeali, Pengarah Bahagian Institut Halal, Prince of Songkla University (PSU) telah diadakan pada 15 Julai 2023. Kedua-dua belah pihak telah berkongsi idea dan pandangan mengenai peluang-peluang kerjasama yang boleh diterokai di antara MARA dan PSU terutamanya dalam bidang keusahawan dan pembangunan industri SOROTAN LIBAT URUS DELEGASI MARA BERSAMA PRINCE OF SONGKLA UNIVERSITY (PSU) halal bagi membantu produk usahawan Malaysia menembusi pasaran Thailand. Turut serta dalam sesi libat urus itu, Prof Madya Dr Parichard Benrit, Timbalan Pengarah Akademik, Penyelidikan dan Pembangunan, Encik Mohd Hafiz bin Mohd Puazi, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Usahawan beserta pegawaipegawai MARA dan wakil dari PSU.
Pada 15 dan 16 Julai 2023 telah berlangsung Sesi Padanan Perniagaan antara usahawan MARA dengan syarikat pengedar-pengedar Thailand. Sesi Padanan Perniagaan ini juga bertujuan membantu usahawan Gate to Global (GTG) MARA yang berpotensi untuk dipilih sebagai pengeksport produk bagi menembusi pasaran Thailand. Antara produk usahawan yang dijangka berpotensi memasuki pasaran Thailand adalah produk di bawah kategori makanan dan minuman (F&B) dan Wellness yang telah mempunyai Pensijilan GMP, Halal dan HACCP. SOROTAN PROGRAM PADANAN PERNIAGAAN MARA DI THAILAND Hasil daripada program ini sebanyak tujuh (7) Perjanjian Persefahaman (MOU) telah dimeterai antara syarikat usahawan MARA dan pengedar Thailand serta Cambodia dengan anggaran nilai dagangan berjumlah RM3.25 juta. Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA Dato’ Zulfikri Bin Osman diiringi Tuan Mohd Azam bin Jamaluddin, Pengarah MARA Negeri Perlis dan Tuan Ku Madzly bin Ku Yahya Timbalan Pengarah (Pembangunan) MARA Negeri Perlis turut hadir menyaksikan pertukaran MOU tersebut.
Siri kedua Hari Bertemu Pelanggan MARA 2023 diadakan di Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur dan semua Pejabat MARA Negeri Seluruh Malaysia pada 17 dan 18 Julai 2023 (Kecuali Pulau Pinang). Melebihi 200 orang pengunjung hadir untuk mendapatkan informasi terkini perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh MARA. Program Hari Bertemu Pelanggan peringkat Ibu Pejabat melibatkan sembilan (9) booth yang terdiri dari Bahagian Kawalan Kredit (BKK), Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP), Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT), Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT), Bahagian Pendidikan Menengah (BPM), Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN), SOROTAN HARI BERTEMU PELANGGAN MARA 2023 Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), Bahagian Infrastruktur Komersil (BIK) dan Pejabat MARA Wilayah Persekutuan. Antara perkhidmatan ditawarkan ialah khidmat nasihat program Keusahawanan MARA merangkumi latihan keusahawanan,kemudahan lot ruang niaga dan Pinjaman Perniagaan, Khidmat nasihat berkaitan program Pendidikan seperti Pinjaman Pelajaran MARA dan peluang melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMA), Khidmat Nasihat Pengurusan Kredit dan lain-lain penerangan program skim kemudahan MARA. Hari Bertemu Pelanggan yang akan datang dijadual akan diadakan pada bulan September dan November tahun ini.
Kepala Batas, 20 Julai 2023 - Pengunjung yang menghadiri Karnival IPMA Pulau Pinang pada 15 Julai 2023 yang lalu merupakan sebahagian daripada 3800 orang yang telah menerima khidmat bimbingan kerjaya dari Kaunselor MARA sepanjang karnival berlangsung di 12 lokasi. Dalam masa yg sama, ibu bapa yang hadir turut mengambil peluang mendapatkan khidmat konsultasi dari kaunselor yang bertugas. 3800 LEPASAN SPM TERIMA BIMBINGAN KERJAYA PEKAMARA Menerusi sesi bimbingan dan konsultasi ini, pelajar dan ibu bapa diberi pendedahan mengenai kecenderungan personaliti dalam pemilihan subjek dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang bersesuaian. Pelajar turut diberi penerangan tentang laluan pengajian selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), serta peluang yang disediakan kerajaan menerusi laluan akademik serta Pendidikan dan Latihan Teknikal (TVET).
Bendahari PEKAMARA, Puan Nik Hasrawati Nik Hassan, menyatakan seramai 70 orang Kaunselor MARA telah memberikan khidmat untuk sesi bimbingan ini di seluruh negara menerusi 12 lokasi Karnival IPMA. Tambahnya lagi aplikasi e Potensi yang diperkenalkan MARA membantu mempercepatkan proses pemadanan personaliti pelajar, pemilihan subjek dan IPT dengan melihat pencapaian mereka dalam SPM. Menurutnya lagi penganjuran Karnival IPMA bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar lepasan SPM malah ramai pelajar sekolah pelbagai tingkatan turut hadir mendapatkan sesi bimbingan yang diberikan secara percuma ini.
GERIK, PERAK | 20 JULAI 2023 – 596 orang pelajar daripada 55 buah MRSM telah menyertai Pertandingan Science, Technology, Engineering & Rocket Fair (STERF) 2023. STERF merupakan salah satu program peningkatan prestasi akademik MRSM bagi membangunkan bakat serta kemahiran pelajar berkaitan strategi, berpemikiran saintifik, kritis, berinovasi dan kreatif. MRSM Gerik selaku tuan rumah pada kali ini menyaksikan persembahan hebat pelajar MRSM itu dengan mengetengahkan tema ‘Sustainable Development Goals (SDG)’. 596 PELAJAR MRSM SELURUH MALAYSIA BERAKSI DI PERTANDINGAN STERF 2023 Terdapat tiga kategori pertandingan iaitu Projek Sains SDG (5 jenis) , Poster Infografik SDG, dan Pertandingan Roket. Pertandingan ini telah berlangsung pada 14 hingga 17 Julai 2023. Senarai pemenang seperti berikut: Kategori Projek Sains SDG : Affordable and Clean Energy 1. MRSM Parit – Johan 2. MRSM Gerik – Naib Johan 3. MRSM Balik Pulau – Tempat Ketiga
Kategori Projek Sains SDG : Clean Water and Sanitation 1. MRSM Langkawi – Johan 2. MRSM Transkrian – Naib Johan 3. MRSM Langkawi – Tempat Ketiga Kategori Projek Sains SDG : Climate Action 1. MRSM Sungai Besar – Johan 2. MRSM Tun Ghafar Baba – Naib Johan 3. MRSM Pengkalan Hulu – Tempat Ketiga Kategori Projek Sains SDG : Responsible Consumption and Production 1. MRSM Tun Ghafar Baba – Johan 2. MRSM Arau – Naib Johan 3. MRSM Serting – Tempat Ketiga Kategori Projek Sains SDG : Zero hunger 1. MRSM Merbok – Johan 2. MRSM Tumpat – Naib Johan 3. MRSM Sultan Azlan Shah – Tempat Ketiga Kategori Kejohanan Roket 1. MRSM Kepala Batas – Johan 2. MRSM Kubang Pasu – Naib Johan 3. MRSM Gerik – Tempat Ketiga Terbaik sasaran : MRSM Gerik Kategori Poster infografik SDG 1. MRSM Felda Trolak – Johan 2. MRSM Tun Ghazali Shafie – Naib Johan 3. MRSM Pengkalan Chepa – Tempat Ketiga Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Tn Hj Azman bin Manap, Pengetua cemerlang MRSM Taiping. Syabas dan tahniah kepada MRSM dan 596 orang pelajarnya di atas kesungguhan dan komitmen mempamerkan prestasi hebat dalam Pertandingan STERF 2023 sehingga berjaya meraih kemenangan yang membanggakan.
Sedang berlangsung Sambutan Hari Anugerah Pendidik MARA 2023 disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Sambutan Hari Pendidik MARA tahun ini yang bertemakan “Pendidik Insani Pemangkin Generasi Madani” merupakan antara inisiatif MARA dalam memberi pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang 9,880 orang pendidik MARA yang bertugas di 342 Institusi Pendidikan MARA (IPMA) seluruh negara. SAMBUTAN HARI ANUGERAH PENDIDIK MARA 2023
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik telah berlangsung pada 20 Julai 2023 dan merupakan program tahunan yang telah dirangka oleh Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuching bertujuan memberi pengiktirafan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang akademik termasuk pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022. Seramai 142 orang pelajar diraikan dalam majlis ini. Antara kategori penerima ialah Anugerah Penghormatan Pengetua, Penerima Subjek Terbaik, Anugerah ALGhazali, Anugerah Terbaik Keseluruhan (TPNG), Anugerah Semua A SPM, Anugerah Terbaik IGCSE 2022 dan Anugerah Terbaik SPM 9A+. SOROTAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUCHING Bagi menjayakan program ini, pihak MUAFAKAT MRSM Kuching turut memainkan peranan yang besar dalam menyumbangkan dana kepada penerimapenerima anugerah. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Puan Ajar@Siti Hajar Binti Yassin. Beliau turut menyelitkan pesanan kepada para pelajar supaya sentiasa bersemangat dalam meneroka ilmu agar selari dengan perkembangan Revolusi 4.0. Majlis yang diadakan diharap menjadi pemangkin kepada kemenjadian seorang pelajar yang cemerlang dalam setiap aspek.
YBhg. Pengerusi MARA, Dato’ Dr Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki hari ini mengadakan lawatan kerja ke Nazbell Cottage & Garden (Nazbell) yang merupakan salah sebuah syarikat bumiputera menawarkan perkhidmatan inap desa serta pakej agro pelancongan di sekitar Mukim Sungai Panjang, Daerah Sungai Besar dan Sabak Bernam. Nazbell yang dimiliki oleh En. Fairul Nazri bin Ibrahim itu mengetengahkan konsep“English Cottage In The Middle Of Selangor Paddy Fields Scenary”. Buat masa ini terdapat lebih 20 usahawan IKS yang dibimbing oleh Nazbell dibawah SOROTAN LAWATAN KERJA PENGERUSI MARA KE NAZBELL COTTAGE & GARDEN PELANCARAN PRODUK USAHAWAN PIKOM Persatuan Integrasi Komuniti Usahawan Muda (PIKOM) dan disokong penuh oleh pihak Pejabat Daerah & Tanah, Majlis Daerah Sabak Bernam dan Sungai Panjang Agrotourism (SPAT) bagi mengenalpasti usahawan-usahawan IKS yang berpotensi untuk dibimbing dan dibangunkan untuk mengekalkan standard didalam ekosistem Agrotourism. Pada sesi lawatan itu, Dato’ Dr. Asyraf turut berkesempatan meluangkan masa menghadiri Majlis Jalinan Mesra Madani Bersama usahawan MARA dan Pelancaran Produk ahli-ahli Persatuan Integrasi Komuniti Usahawan Muda Sg Panjang atau PIKOM yang juga dikalangan usahawan.
SOROTAN LAWATAN KERJA PENGERUSI MARA KE NAZBELL COTTAGE & GARDEN PELANCARAN PRODUK USAHAWAN PIKOM Sebanyak empat (4) produk telah dilancarkan iaitu Anizac Pucuk Ubi Kayu Roll oleh Warisan A’nizac Store, Aisyeh Delicious Kitchen Pes Nyonya Super Delicious, Produk Keluaran Bamboo Rober Empire oleh Bouquet Surprise dan Loyang Pandan oleh Kenangan Mengusik Jiwa Enterprise. Beliau kemudiannya turut menyampaikan Bantuan Persekolahan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) kepada 32 orang anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah di sekitar Pasir Panjang. Program yang dihadiri oleh 100 orang penduduk tempatan turut dihadiri En. Yahaya bin Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Dr. Ahmad Sabri bin Kassim, Pengarah MARA Negeri Selangor dan Setiausaha Majlis Urus Setia Majlis En. Khairil Annuar bin Sobri dan En. Mohd Amran bin Mohd Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA. YBhg. Dato Pengerusi MARA berbangga di atas usaha yang dilaksanakan oleh pihak persatuan bagi memajukan ekonomi masyarakat setempat terutamanya di kalangan usahawan mikro dan memberi komitmen untuk membantu usahawan mendapatkan akses kepada kemudahan keusahawanan MARA bagi mereka yang berkelayakan.
Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf hari ini hadir menyempurnakan Perasmian Program Latihan Usahawan Digital Tricktok di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, Sabak Bernam. Latihan keusahawanan yang melibatkan 60 peserta itu merupakan inisiatif MARA Negeri Selangor dalam melengkapkan usahawan untuk menguasai kemahiran digital dalam menghadapi persaingan perniagaan yang semakin kompetitif. Tik Tok merupakan aplikasi yang menjadi trend masa kini lantaran capaian kepada SOROTAN PERASMIAN PROGRAM LATIHAN USAHAWAN DIGITAL TRICKTOK golongan sasar yang sangat meluas bersesuaian dengan pelaksanaan program yang dianjurkan hari ini. Ianya dijangka memberi pulangan yang sangat lumayan kepada usahawan dalam mempromosikan produk mereka melalui aplikasi ini. Turut hadir, Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial, Encik Zahari bin Aziz, Pengarah MARA Negeri Selangor, Dr. Ahmad Sabri bin Kassim, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Adham Hatta bin Ab Samad dan Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti, KKDW, Puan Izdihar binti Nadzim.
Majlis Penutup Karnival Sukan Siswa UniKL ke-17 atau UniKL Students Sports Carnival (USSC) 2023 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA pada 20 Julai 2023 di UniKL MFI, Bangi. Penganjuran USSC merupakan satu acara tahunan yang penting dan amat dinantinantikan oleh para mahasiswa UniKL. Kejohanan sukan ini menghimpunkan hampir 1,500 mahasiswa dari kesemua 12 kampus UniKL seluruh Malaysia yang telah bertanding dalam 13 acara melibatkan 26 disiplin sukan. Pencapaian UniKL dalam bidang sukan adalah satu perkara yang dapat dibanggakan kerana ramai mahasiswa dan alumni UniKL SOROTAN MAJLIS PENUTUP KARNIVAL SUKAN SISWA UNIKL KE-17 telah berjaya mewakili universiti, negeri dan negara di pelbagai kejohanan seperti Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan SEA dan Sukan Asia. Lebih menarik, juara keseluruhan bagi USSC 2023 akan menerima pembiayaan sebanyak RM50,000 daripada UniKL bagi tujuan pembangunan infrastruktur sukan di kampus masing-masing. Insentif ini telah mula diperkenalkan sejak kejohanan USSC pada tahun 2015. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet atas penyertaan di dalam USSC tahun ini!
Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf telah mengadakan walkabout ke Karnival Usahawan Desa (KUD) yang diadakan di Stadium Sungai Besar hari ini. Sebanyak 12 pempamer yang terdiri daripada usahawan MARA terlibat dalam program itu. Selain itu, MARA turut berkongsi informasi terkini di Pavilion MARA, Sesi Padanan Perniagaan, ruang Pameran Pendidikan melibatkan Universiti Kuala Lumpur dan GIATMARA, serta booth CSR GIATMARA yang menyediakan perkhidmatan gunting rambut dan menukar minyak hitam motosikal. SOROTAN WALKABOUT KETUA PENGARAH MARA KE KUD @ SUNGAI BESAR Dato’ Sri Azhar kemudiannya menghadiri Majlis Perasmian Program Sentuhan Kasih Desa yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri. Turut menyertai sesi walkabout itu ialah Pengarah MARA Negeri Selangor, Dr. Ahmad Sabri bin Kassim.
SOROTAN WALKABOUT KETUA PENGARAH MARA KE KUD @ SUNGAI BESAR
SUNGAI BESAR, 22 Julai 2023 - Majlis Amanah Rakyat (MARA) menjalin kerjasama strategik dengan Agrobank untuk menawarkan pembiayaan bernilai RM100 juta kepada usahawan bumiputera terutamanya dalam sektor Agromakanan. Program Kerjasama yang dijenamakan sebagai Skim Pembiayaan Agro MARA (Dana Agro MARA) itu dirangka secara bersama yang akan menggunakan produk sedia ada Agrobank; produk Term Financing-i dan Modal Kerja-i. Di bawah Skim Pembiayaan Agro MARA, had pembiayaan adalah bermula dengan RM10,000 sehingga maksimum RM5 juta dengan kadar keuntungan sehingga 4% berdasarkan baki berkurangan dengan tempoh pembiayaan maksimum sehingga 60 bulan. MARA, AGROBANK TAWAR DANA RM100 JUTA KEPADA USAHAWAN MARA dan Agrobank mensasarkan 200 usahawan menerima manfaat daripada kemudahan ini sehingga Disember 2023 melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta. Inisiatif itu sejajar dengan usaha MARA untuk memperluaskan penawaran kemudahan pembiayaan perniagaan dalam bidang Agromakanan kepada usahawan Bumiputera melalui had pembiayaan yang lebih besar serta membantu mereka untuk menjana dan melonjakkan perniagaan ke satu tahap yang lebih tinggi. Memandangkan MARA sebelum ini telah menangguhkan pembiayaan dalam sektor Agromakanan, justeru dengan adanya pembiayaan Agro MARA ini, kemudahan tersebut kini kembali dibuka untuk usahawan bumiputera yang berkelayakan.
MARA yakin memperkasakan usahawan dalam sektor Agromakanan melalui kemudahan pembiayaan yang komprehensif di bawah program itu akan menjana usahawan mahir, secara tidak langsung akan memacu pertumbuhan keupayaan sumber manusia, inovasi teknologi dan produktiviti dalam sektor pertanian yang akan terus meningkatkan ekonomi dan pembangunan negara secara keseluruhan. Sementara itu, pada majlis yang sama YAB Perdana Menteri turut menyampaikan mock cek bagi pelbagai skim pembiayaan perniagaan MARA kepada 155 usahawan di negeri Selangor bernilai RM22.4 juta bagi kelulusan setakat Julai 2023.
Majlis penyerahan kunci bagi Program Rakyat Termiskin Tahun 2022 di bawah Kementerian Desa dan Wilayah (KKDW) yang dilaksanakan oleh GIATMARA disampaikan hari ini oleh Pengerusi MARA, YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki sempena lawatan kerja beliau ke Sungai Besar. Rumah yang mula dibina pada 24 Februari 2023 itu telah siap dibina pada akhir April lalu dan penerima kemudahan Encik Samsuri Bin Dali telah menduduki rumah tersebut bersama keluarga. Encik Samsuri yang berusia 65 tahun itu mempunyai masalah kesihatan dan tidak boleh bergerak jauh daripada rumah kini disara oleh isterinya Pn. Habibah yang bekerja sebagai Pembantu Am di Sek. Agama Sg. Limau. Selain beliau, isteri dan SOROTAN MAJLIS PENYERAHAN KUNCI PENERIMA BANTUAN RUMAH BINA SEMULA KKDW DI BAWAH PELAKSANAAN GIATMARA anak-anak, turut mendiami rumah itu adalah abang iparnya yang juga seorang kurang upaya (OKU) serta anak saudaranya yang telah kematian ibu. Dato’ Dr. Asyraf turut beramah mesra dengan En Samsuri serta keluarga dan kemudiannya menyampaikan bantuan sumbangan daripada GIATMARA yang berupa bakul makanan untuk kegunaan harian mereka sekeluarga. Yayasan Pelajaran MARA (YPM) turut menyampaikan bantuan persekolahan kepada dua (2) orang anak En Samsuri. Program Bina Semula Rumah oleh KKDW itu merupakan langkah proaktif kerajaan bagi mengimbangi keperluan khususnya golongan miskin dan miskin tegar di luar bandar untuk menerima bantuan rumah yang selamat dan selesa seiring dengan keperluan rakyat.
Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Dato’ Zulfikri bin Osman hari ini hadir ke Majlis Perasmian Sentuhan Kasih Desa di Paloh 2, Gua Musang, Kelantan. Hadir sama ialah, Pengarah MARA Negeri Kelantan, Encik Fazli Rizal bin Ismail, Pengarah Bahagian Industri Pengangkutan MARA, Encik Rizal Effendi bin Razali, Pengarah Bahagian Pembiayaan Perniagaan, Encik Timelow Ak Jauk serta pegawai-pegawai MARA Ibu Pejabat dan Kelantan. SOROTAN MAJLIS PERASMIAN SENTUHAN KASIH DESA KELANTAN Dato, Zulfikri turut mengadakan walkabout dan menyantuni empat (4) usahawan MARA Negeri tersebut yang terlibat sebagai pempamer dalam program itu. Program Sentuhan Kasih Desa itu dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada majlis perasmian tersebut, YAB Perdana Menteri turut menyampaikan mock cek pembiayaan perniagaan bernilai RM14.03 juta kepada seramai 184 usahawan.
SOROTAN MAJLIS PERASMIAN SENTUHAN KASIH DESA KELANTAN
Pengerusi MARA, YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki telah mengadakan walkabout ke Karnival Usahawan Desa (KUD) yang diadakan di Stadium Sungai Besar pada 22 Julai 2023. Sebanyak 12 pempamer yang terdiri daripada usahawan MARA terlibat dalam program itu. Selain itu, MARA turut berkongsi informasi terkini di Pavilion MARA, Sesi Padanan Perniagaan, ruang Pameran Pendidikan melibatkan Universiti Kuala Lumpur dan GIATMARA, serta SOROTAN WALKABOUT PENGERUSI MARA KE KUD @ SUNGAI BESAR booth CSR GIATMARA yang menyediakan perkhidmatan gunting rambut dan menukar minyak hitam motosikal. Dato’ Dr. Asyraf kemudiannya menghadiri Majlis Perasmian Program Sentuhan Kasih Desa yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri. Turut menyertai sesi walkabout itu Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Dato’ Zulfikri Osman.
SOROTAN WALKABOUT PENGERUSI MARA KE KUD @ SUNGAI BESAR
Mesyuarat Agung Persatuan Pesara MARA Malaysia kali ke 23 telah diadakan di Anjung Korporat, Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur pada 22 Julai 2023 dihadiri seramai 140 orang para pesara. Mesyuarat Agung yang diadakan itu merupakan platform perbincangan, perkongsian pengalaman dan memperbaharui hasrat serta matlamat persatuan dalam menjalankan tugas menerajui aktiviti-aktiviti yang membawa manfaat kepada pesara-pesara MARA. Sejak penubuhannya, Persatuan Pesara MARA telah memainkan peranan yang signifikan dalam mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan pesara MARA. SOROTAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PESARA MARA MALAYSIA (PPMM) MARA sentiasa prihatin dan mengambil langkah sewajarnya agar kebajikan waris terjaga antaranya melalui kaedah pembayaran Bantuan Mengurus Jenazah, pengurusan Faedah Terbitan serta bantuan lain yang diperlukan oleh pesara ataupun waris. Mesyuarat Agung PPMM Kali Ke-23 dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA, Puan Rohayah binti Mohd Zain yang turut menyerahkan watikah perlantikan barisan Ahli Jawatankuasa 2023/2025 yang akan diketuai oleh Encik Ruzlan bin Malek Turut hadir dalam mesyurat itu ialah Dr. Zainal Abidin bin Shaik Dali, Mantan YDP Pesara.
SOROTAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PESARA MARA MALAYSIA (PPMM)
Pengerusi MARA, YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Haji Dusuki menyempurnakan Majlis Penutupan Pertandingan Debat MRSM Se-Malaysia 2023, Piala Timbalan Perdana Menteri di MRSM Tun Ghafar Baba (TGB), Melaka hari ini. Pertandingan debat ini merupakan penganjuran kali ke- 13 yang diadakan melibatkan 55 buah MRSM. Manakala, Piala Timbalan Perdana Menteri ini diadakan buat julung kalinya pada tahun ini. Kategori yang dipertandingkan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bertemakan ‘Bahasa Wahana Ilmu’. SOROTAN MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN DEBAT MRSM SEMALAYSIA, PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI Pengerusi MARA menzahirkan rasa bangga dan percaya, anak-anak MRSM ini bakal menjadi pemimpin yang berani, bijak dan bernas berhujah, berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran berdebat secara spontan dan sopan. Majlis menyaksikan kejayaan MRSM Sungai Besar yang telah dinobatkan sebagai juara kategori Debat Bahasa Melayu dan MRSM TGB menjuarai Debat Bahasa Inggeris. Masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000. Manakala johan Debat Bahasa Arab disandang oleh MRSM Gemencheh dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM6,000.
SOROTAN MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN DEBAT MRSM SEMALAYSIA, PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI Turut hadir, Encik Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Tuan Haji Mohd Salahuddin bin Dato’ Paduka Mohamad, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato’ Sayed AlFeizal bin Sayed Ahmad, Yang Dipertua Muafakat Nasional, Pengurusan MARA, MARA Negeri Melaka dan MRSM serta pengetua-pengetua MRSM.
KUALA LUMPUR, 25 Julai 2023 - Festival Pahang @ MARA yang berlangsung di Medan MARA memberi tumpuan dalam membantu usahawan desa mempromosi dan menjual produk keluaran mereka. Program yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula 25 hingga 27 Julai itu melibatkan 40 reruai merangkumi seramai 32 usahawan dari kategori makanan dan minuman (f&b) serta gaya hidup. Exco FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB Tuan Ir. Razali bin Kassim berkata, menerusi penganjuran festival yang diadakan di Medan MARA ini, sasaran MARA adalah di mana sahaja usahawan FESTIVAL PAHANG @ MARA PROMOSI PRODUK USAHAWAN LUAR BANDAR ini berada, mereka boleh mempromosikan barangan mereka terutamanya di Kawasan yang menjadi tumpuan ramai. “Selain itu, objektif MARA yang turut disokong oleh kerajaan negeri adalah untuk mewujudkan akses pasaran produk dan perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli. “Seterusnya meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta meneroka peluang pasaran baharu yang lebih besar,” katanya. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang ekspo ini berjalan seperti sesi perkongsian bersama usahawan PURE MARA
FESTIVAL PAHANG @ MARA PROMOSI PRODUK USAHAWAN LUAR BANDAR Negeri Pahang, pertandingan gubahan buah strawberry, pertandingan mewarna anak-anak taska MARA, persembahan kebudayaan, demo mencanting batik Pahang serta ukiran kayu dan banyak lagi. YB Tuan Ir. Razali bin Kassim yang hadir bagi melancarkan festival itu, turut meluangkan masa mengadakan walkabout dan beramah mesra bersama usahawan-usahawan di Festival Pahang @ MARA.
Siri Bual Bicara bersama panel jemputan Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan bin Ghazali dan Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan MARA sebagai moderator dalam Bless Talk 2023 - Building Leaders And Entrepreneurial Society telah diadakan secara hibrid hari ini di Anjung Korporat, Tingkat 24, Ibu Pejabat MARA dan FB Live MARA. Program yang dihadiri oleh seramai hampir 400 orang terdiri daripada warga kerja SOROTAN BLESS TALK 2023 - BUILDING LEADERS AND ENTREPRENEURIAL SOCIETY MARA dan usahawan itu turut mendapat 3,600 tontonan daripada FB Live MARA. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA, Puan Rohayah binti Mohd Zain serta barisan pengurusan MARA.
YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA turut mengadakan walkabout sekitar Festival Pahang @ MARA yang berlangsung di Medan MARA. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Julai itu melibatkan 40 reruai merangkumi seramai 32 usahawan dari kategori makanan dan minuman (f&b) serta gaya hidup. SOROTAN WALKABOUT TIMBALAN KETUA PENGARAH (KEUSAHAWANAN) MARA DI FESTIVAL PAHANG @ MARA Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang ekspo ini berjalan seperti sesi perkongsian bersama usahawan PURE MARA Negeri Pahang, pertandingan gubahan buah strawberi, pertandingan mewarna anak-anak taska MARA, persembahan kebudayaan, demo mencanting batik Pahang serta ukiran kayu dan banyak lagi.
KUALA LUMPUR, 27 Julai 2023 - Festival Pahang @ MARA telah berlangsung selama tiga hari bermula 25 Julai hingga 27 Julai 2023. Festival ini melibatkan 40 reruai (booth) merangkumi seramai 32 usahawan Pahang yang dibawa khas dari kategori makanan dan minuman (F&B) serta gaya hidup. Lebih enam ribu pengunjung yang hadir memeriahkan Festival Pahang @ MARA sambil menikmati pelbagai makanan yang enak dari Pahang. Menurut Pengarah MARA Negeri Pahang, para pengunjung kelihatan gembira dan berpuas hati dengan makanan di festival ini lebih-lebih lagi apabila harganya berpatutan. Malah ada yang hadir tiga hari berturut-turut bagi mendapatkan makanan yang sama kerana kelazatannya. “Festival MARA @ Pahang yang berlangsung selama tiga hari dapat mengumpulkan nilai jualan sebanyak RM70 ribu setakat 3.00 PENGERUSI MARA MENYANTUNI USAHAWAN DI FESTIVAL PAHANG @ MARA petang hari ini. Nilai jualan ini dijangka akan meningkat pada petang ini sebelum festival berakhir. Festival ini akan dipertimbangkan untuk menjadi acara tahunan pada masa akan datang. Usahawan amat berpuas hati dengan prestasi jualan mereka dan berharap festival ini akan diadakan lagi di Medan MARA,” katanya. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang ekspo ini berjalan seperti sesi perkongsian bersama usahawan PURE MARA Negeri Pahang, pertandingan gubahan buah strawberry, pertandingan mewarna anak-anak taska MARA, persembahan kebudayaan, demo mencanting batik Pahang serta ukiran kayu dan banyak lagi. Pengerusi MARA, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki juga tidak melepaskan peluang untuk menyantuni usahawan-usahawan dan pengunjung di festival ini. Turut hadir Ahli Majlis MARA serta Ahli Pengurusan MARA.
Bentong, 27 Julai 2023 – Majlis Penutupan Pertandingan Robo Challenge ke-18, 2023, MRSM Se-Malaysia telah berlangsung di MRSM Bentong, Pahang pada 24 Julai 2023 dan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Johari bin Harun, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan Alam Sekitar & Teknologi Hijau, Negeri Pahang. Pertandingan yang berlangsung selama empat (4) hari dari 21 – 24 Julai 2023 berjaya mencungkil bakat inovatif pelajar dari 55 buah MRSM serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali potensi dan kredibiliti mereka dalam bidang penciptaan dan inovasi berkaitan reka cipta robotik. Program bertemakan ‘The Olympics’ ini adalah berkonsepkan pengayaan akademik MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN ROBO CHALLENGE KE-18, 2023 MRSM SE-MALAYSIA di MRSM bertujuan memperkasakan infrastruktur dan penggunaan teknologi digital sepanjang pembelajaran pelajar di MRSM. Setiap pelajar perlu mempertandingkan projek masing-masing mengikut kategori yang telah ditetapkan iaitu Underwater infrastructure, Autonomous part, Drone Rush, Sumo (3kg), Robo-Challenge Quiz, 3D Robot Design, Robot in Movie. Setiap reka cipta dan inovasi turut dinilai dari segi kreativiti dan penggunaan Internet of Things (IoT). Adik Nur Hidayah Jasmin dan adik Humaira Zulkiflee dari MRSM Tun Ghafar Baba telah berjaya memenangi kategori Anugerah Teknikal bagi Kreatif Terbuka, manakala
MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN ROBO CHALLENGE KE-18, 2023 MRSM SE-MALAYSIA pasangan kembar adik Muhammad Umar Al-Faruq Sidik Al-Amini dan adik Muhammad Muadz As-Sabiq Sidik Al-Almini dari MRSM Gemenceh berjaya mengungguli Anugerah Teknikal Kreatif IoT. MRSM Bentong, Pahang pula telah diangkat sebagai johan keseluruhan termasuk memenangi kategori keseluruhan Kreatif, manakala MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang dipilih memenangi bagi keseluruhan kategori Standard. Program anjuran Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA ini berjaya menarik minat seramai 2,500 peserta di peringkat saringan yang dilakukan secara dalam talian dan seramai 372 peserta telah terpilih untuk bertanding secara fizikal. Pertandingan ini telah diadili oleh 27 orang hakim yang diketuai oleh YBrs Profesor Madya Dr Yasir bin Mohd Mustafah, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Akademik dan Kemasukan, Universiti Islam Antarabangsa (IIUM). Hadir bersama di majlis penutupan tersebut ialah YBrs. Puan Juriah Alias, Timbalan Pengarah (Pembangunan Kurikulum), Bahagian Pendidikan Menengah, MARA.
Pengerusi MARA, YBhg. Dato’ Sri Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki pagi ini mengadakan perbincangan tentang dimensi MARA kearah kualiti penyampaian perkhidmatan yang lebih baik bersama Ahli-Ahli Majlis MARA sebelum Mesyuarat Majlis dimulakan pada jam 9.30 pagi. PERBINCANGAN PAGI AHLI-AHLI MAJLIS BERSAMA PENGERUSI PENGERUSI MARA Dato’ Dr. Asyraf sentiasa mengingatkan barisan pengurusan tertinggi untuk sentiasa mencambah idea bagi menggalakkan semangat kerja dan keprihatinan di kalangan warga kerja untuk meningkatkan sinergi dan hasil kerja yang lebih baik.
Sorotan Majlis Perasmian Program Sentuhan Kasih Desa Terengganu yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri di Kompleks Sukan Ketengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Turut hadir YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Pengurusan Tertinggi KKDW dan Ketua Agensi di bawah KKDW termasuk MARA. SOROTAN MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SENTUHAN KASIH DESA TERENGGANU
Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf telah mengadakan kunjungan ke booth pameran TVET MARA sempena Program Sentuhan Kasih Desa Terengganu yang diadakan di Kompleks Sukan Ketengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu pada 28 Julai 2023. Sebanyak 4 pempamer yang terdiri daripada Institusi Pendidikan MARA (IPMA) terlibat dalam program itu antaranya German Malaysian Institute (GMI), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kemaman dan GIATMARA. SOROTAN KUNJUNGAN KETUA PENGARAH MARA KE BOOTH PAMERAN TVET MARA @ SENTUHAN KASIH DESA TERENGGANU Dato’ Sri Azhar kemudiannya menghadiri Majlis Himpunan Belia ‘Lestari Generasi Unggul (LesGU) yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKWD). Turut menyertai sesi kunjungan tersebut Pengarah Komunikasi Korporat MARA, Encik Adham Hatta bin Ab Samad, Pengarah MARA Negeri Terengganu, Encik Abdul Wahab bin Mustaffa, Ketua Unit Penyelaras, Encik Ahmad Zuriat bin Dato’ Ahmad Tejuddin serta warga kerja MARA Negeri Terengganu.