Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, YBhg Dato’ Zulfikri bin Osman telah mengadakan lawatan kerja ke premis perniagaan Kafe Qidot di Teluk Panglima Garang pada 26 Julai 2023. Kafe milik Syarikat Jaqued Holdings Sdn Bhd (JHSB) itu menyajikan aneka makanan Asia dan Barat disamping pelbagai pilihan kek dan pencuci mulut yang mampu memikat selera pengunjung. Kafe berkonsepkan barat dengan suasananya cukup aman serta selesa sesuai untuk dijadikan tempat pilihan keluarga atau meraikan rakan-rakan menjamu selera. LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (KEUSAHAWANAN) MARA KE KAFE QIDOT Pada sesi lawatan itu, Pengarah Urusan JHSB, Cik Jehan binti Ja’afar bersama Pengarah JHSB, Encik Jeffiz Faris bin Ja’afar membentangkan prestasi syarikat dan halatuju seterusnya. Perbincangan bersama YBhg Dato’ Zulfikri turut menyentuh mengenai perancangan JHSB dalam tempoh masa tiga (3) tahun dan strategi pembangunan syarikat yang akan turut mendapat suntikan bantuan dari MARA. Dato’ Zulfikri kemudiannya dibawa melawat persekitaran kawasan premis seterusnya merasmikan Bambird dessert house.
Untuk rekod, JHSB telah mendapat pembiayaan perniagaan di bawah DanaNITA selain geran ADAPT dan DigitalBiz. Cik Jihan yang pernah menerima Latihan Pembangunan Usahawan MARA kini telah dilantik sebagai mentor pembangunan usahawan dalam bidang F&B. Bukan sekadar membina perniagaan sendiri, beliau turut berkongsi pengalaman dan amalan terbaik untuk panduan usahawan yang baru berjinak dalam industri ini. Turut serta dalam lawatan ini, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan, Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Bahagian Pembiayaan Perniagaan, Encik Time Low Ak Jauk, Pengarah MARA Negeri Selangor, Dr. Ahmad Sabri bin Kassim serta pegawaipegawai MARA.
Mesyuarat Entrance Audit bagi Pengauditan Penyata Kewangan MARA Bagi Tahun Kewangan 31 Disember 2022 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 17, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur pada 27 Julai 2023. Delegasi dari Jabatan Audit Negara yang diketuai oleh Encik Azunan bin Daud, Pengarah Audit Kewangan II disambut baik oleh Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf. Turut hadir pada sesi mesyuarat ini adalah Juruaudit yang telah dilantik untuk proses pengauditan iaitu Tetuan Aljeffridean PLT. SOROTAN MESYUARAT ENTRANCE AUDIT
KUALA LUMPUR, 31 Julai 2023 – Pencarian 20 bakat baharu bagi Program HiT BARBER Classic 2023 telah diadakan di Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur pada 26 Julai 2023 yang lalu dengan misi melahirkan usahawan Barber Stylist Profesional yang seterusnya akan memiliki Outlet HiT BARBER Classic. Program HiT BARBER Classic merupakan salah satu konsep kedai gunting rambut yang dibangunkan di bawah program HiT BARBER. Program HiT BARBER yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2017 sehingga kini telah mempunyai 7 outlet HiT BARBER dan 3 Inkubator Bas HiT BARBER. PENCARIAN BAKAT BAHARU PROGRAM HIT BARBER CLASSIC 2023 Bagi sesi pemilihan kali ini, sebanyak 65 permohonan telah diterima dengan kehadiran seramai 30 orang dari semenanjung Malaysia dan selebihnya dari Sabah dan Sarawak. Peserta yang terpilih seterusnya akan mengikuti program berstruktur yang akan dilaksanakan bermula 1 hingga 3 Ogos 2023.
ADVERTORIAL JULAI 2023
HARIAN METRO ISNIN 3 JULAI 2023 AKADEMIA| 33 IPMA bangun modal insan berteraskan nilai murni, berkemahiran serta pengetahuan berorientasi keusahawanan TENAGA MAHIR PELBAGAI BIDANG UniKL Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT), UniKL Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI), UniKL Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT), UniKL Malaysian Institute of Chemical and BioEngineering Technology (UniKL MICET), UniKL Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET), UniKL Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP), UniKL Malaysia Italy Design Institute (UniKL MIDI), UniKL Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC), UniKL Institute of Medical Science Technology (UniKL MESTECH), Sekolah Perniagaan UniKL, Institute of Postgraduate Studies (IPS), Center for Preparatory Studies (CPS) dan Center for Advancement & Continuing education (ACE). Menariknya dengan konsep ‘Satu Institut, Satu Pengkhususan’, UniKL menyumbang bukan sahaja kepada pendidikan tinggi, tetapi juga penyelidikan dan pembangunan untuk tujuan pengkomersialan. Dengan visi menjadi universiti teknikal keusahawanan yang terkemuka dan misi untuk melahirkan usahawan teknologi global yang berdaya usaha, UniKL Oleh Suliati Asri [email protected] Majlis Amanah Rakyat (MARA) agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terus komited melahirkan pekerja mahir dalam pelbagai bidang dengan menawarkan latihan selari dengan tuntutan industri serta keperluan pembangunan ekonomi negara. Bagi mencapai hasrat itu MARA memperhebat Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang bermatlamat membangunkan modal insan berteraskan nilai murni, berkemahiran dan pengetahuan berorientasikan keusahawanan. IPMA merangkumi Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti PolyTech Malaysia (UPTM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan GermanMalaysian Institute (GMI) menawarkan pelbagai program dan kursus yang bukan hanya mampu melahirkan pekerja berkemahiran, tetapi juga menyediakan peluang kerjaya yang meluas kepada graduannya. UniKL tawar pelbagai pengkhususan tertinggi UniKL universiti teknikal keusahawanan utama di Malaysia. Matlamat UniKL untuk menyediakan graduannya dengan segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk menyumbang dan memainkan peranan utama dalam ekonomi berasaskan global dan pengetahuan. Bukan itu saja, berikutan negara memerlukan lebih daripada institusi pengajian tinggi teknikal, UniKL turut menyediakan graduannya dengan pengetahuan teknologi yang kukuh dan kemahiran keusahawanan terbaik bagi memenuhi permintaan semasa industri. UniKL menawarkan pelbagai program asasi, diploma, sarjana muda dan pascasiswazah di 13 cawangan di seluruh negara iaitu UniKL Malaysia France Institute (MFI), UniKL British Malaysian Institute (BMI), menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran yang lengkap dan seiring dengan teknologi semasa. Graduan UniKL berjaya memantapkan kerjaya atau menjadi usahawan berjaya di arena tempatan dan antarabangsa. Melangkah lebih jauh di UPTM UPTM adalah IPMA yang bernaung di MARA. Universiti kedua MARA ini sudah melalui transformasi luar biasa daripada sebuah kolej kepada kolej universiti dan kini universiti yang lengkap. Hal itu bukti komitmen terhadap kecemerlangan akademik dan dedikasi institusi dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Berpaksikan visi dan misi untuk menjadi universiti pilihan dalam memupuk profesional yang boleh membuat perubahan dalam masyarakat, UPTM sangat optimis untuk menjadikan graduan yang berkemahiran, berpengetahuan dan mempunyai nilai diperlukan untuk cemerlang dalam bidang pilihan mereka. Tumpuan untuk menyediakan pendidikan komprehensif yang melangkaui pengetahuan secara teori, kini UPTM adalah institusi pilihan yang menawarkan pelbagai peringkat pengajian pengambilan tiga kali setahun dari peringkat Asasi sehingga ke program Ijazah Doktor Falsafah. Dengan kepakaran dan pengalaman lebih 40 tenaga pengajar yang mempunyai kelayakan PhD dan seramai 221 orang pensyarah keseluruhannya, ia gambaran utama pendidik universiti yang sentiasa komited memastikan pelajar menerima perhatian dan sokongan mentor mereka. Penyediaan kurikulum dan kualiti pengajaran yang berpaksikan teknologi kontemporari, pendidikan perniagaan dan profesional membuahkan hasil apabila UPTM mendapat penarafan Gold Status dan ke arah pengiktirafan status Platinum. UPTM menawarkan 28 program dalam pelbagai peringkat iaitu daripada Asasi sehinggalah ijazah Doktor Falsafah. Semua kursus ditawarkan mendapat akreditasi dan pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta mendapat pengiktirafan beberapa badan kolaborasi dan profesional iaitu SIRIM, MQS, CMI dan MIA. Apa yang pasti, selain dapat melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi, graduan UPTM juga mempunyai laluan kerjaya yang merangkumi pelbagai bidang mengikut kursus yang diikuti antaranya pengurusan, perniagaan dan perakaunan, pendidikan, badan profesional perakaunan, teknologi & ICT serta audit. German-Malaysian Institute (GMI) Ditubuhkan pada 1991, GMI dalah pusat latihan berasaskan kemahiran dengan pembelajaran yang memfokuskan kepada 70 peratus latihan praktikal dan 30 peratus teori yang komprehensif serta seimbang. Institut ini menawarkan pendidikan kejuruteraan dengan peluang untuk pengkhususan dan pembelajaran serta pembangunan kendiri. Bagi memastikan proses pembelajaran berjalan dengan baik, GMI menyediakan kelengkapan pembelajaran yang serba lengkap iaitu makmal, bengkel, mesin dan keseluruhan teknologi bertaraf industri. Bukan itu saja, GMI juga diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan relevan kepada keperluan industri serta kurikulum pembelajarannya juga berkualiti dalam membangunkan kompetensi pekerja berkemahiran tinggi. Graduan GMI juga mudah memperoleh pekerjaan kerana majoriti industri mengetahui kelebihan kemahiran yang dimiliki graduan GMI. Laluan pengajian ke peringkat ijazah lebih cerah samada di dalam dan luar negara. INSTITUSI TVETMARA @ KKTM, MJII & IKM Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM) juga adalah institusi TVET di bawah MARA. Entiti institusi TVET MARA ini terletak di bawah pemantauan dan seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA. Sebagai institusi pendidikan TVET yang berpengalaman melebihi lima dekad, KKTM, MJII dan IKM memberi sumbangan yang besar kepada negara di dalam melahirkan modal insan berkompetensi berasaskan industri dan teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan industri negara. Penubuhan IKM adalah untuk melahirkan modal insan yang seiring berasaskan industri serta teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan negara. Sejak tertubuhnya institusi pertama di Melaka pada tahun 1968, IKM semakin berkembang dan kini mempunyai 14 kampus di seluruh negara. Manakala program yang berfokus kepada teknologi tinggi yang dipacu oleh 10 kampus KKTM dan sebuah kampus iaitu MARA Japan Industrial Institute (MJII). Daripada asalnya dikenali sebagai ‘sekolah tukang’ ketika zaman RIDA iaitu pusat latihan yang melahirkan pekerja mahir dalam sesuatu bidang, pendidikan kemahiran MARA terus berevolusi dengan menawarkan latihan sejajar dengan tuntutan industri dan keperluan pembangunan ekonomi negara. KKTM, MJII dan IKM memberi tumpuan dalam pelbagai bidang pengkhususan di bawah 12 kluster iaitu Automotif, Bioteknologi, Bioperubatan, Alam Bina, Elektrik, Elektronik, Seni dan Rekabentuk, Pemprosesan Bahan, Minyak dan Gas, Mekanikal Pembuatan, Awam dan Mekanikal Servis dalam peringkat sijil, diploma dan teknousahawan. Menariknya semua program yang dilaksanakan adalah bersifat ‘hands-on’ dan berteraskan kompetensi. Program yang ditawarkan juga mendapat klasifikasi dan akreditasi dari MQA untuk Kejuruteraan, MQA dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk eknologi Kejuruteraan, JPK untuk Teknologi, Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Construction Industry Development Board, Training Welding Inspector dan Petronas untuk kompetensi, UMW dan CTRM untuk diploma Industri serta MARA untuk diploma Teknousahawan.
Metro Ahad | 2 3.07. 202 3 @ h m e tro my H ar i an M e tro @ h m e tro my www . h m e tro . co m . my 17 Oleh Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid khairil .ashraf@hmet ro.c om . m y Kuala Lumpur Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan ekosistem pendidikan lengkap, terbaik dan berkualiti yang terasnya adalah pembangunan modal insan menunjangi kejayaan serta pemodenan negara. Sektor pendidikan MARA semakin berkembang luas melalui penawaran pengajian bermula dari peringkat menengah sehingga peringkat tertinggi seperti ijazah kedoktoran dan profesional. Buktinya, bermula 1966 hingga kini, MARA melahirkan 1.729 juta pelajar sejak 1966 merangkumi pelajar dari peringkat menengah, graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), graduan profesional dan separa profesional. Di sebalik kejayaan melahirkan jutaan pelajar, barisan pendidik inilah yang menyokong dan menunjangi sistem pendidikan MARA. MARA ada 9,880 pendidik berkualiti dan mempunyai kompetensi tinggi yang menabur bakti di 342 Institusi Pendidikan MARA (IPMA). Sumbangan MARA terhadap Bumiputera tidak asing lagi apabila organisasi ini memberi fokus kepada pembangunan modal insan dan kemahiran TVET dengan membantu belia serta graduan meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran mengikut keperluan industri. Konsep teaching factory dibangunkan dengan kerjasama industri ditambah baik dan kini lebih 90 peratus bekas pelajar MARA bekerja dalam industri, malah se9,880 GURU BERWIBAWA Ekosistem pendidikan MARA berkualiti, lahirkan 1.729 juta pelajar sejak 1966 l ok a l Kuala Lumpur: “Terima kasih banyak-banyak” demiki - an kata-kata bekas Pengarah Kolej Majlis Amanah Rakyat (MARA) Kuala Nerang, Shaariah Dahman kepada Mara selepas menerima Anugerah Tokoh Pendidik 2023. Shaariah, 68, melahirkan rasa syukur dan berasakan ia di luar impiannya menerima anugerah itu pada Hari Anugerah Pendidik MARA . Beliau yang kini menjadi penceramah bebas berkata, pendidik di Institusi Pendidikan Mara (IPMA) dahulu dan kini banyak berubah dari segi ilmu serta kepelbabegitu sukar kita dapat di tempat lain. “Hanya MARA menyediakan peluang terbaik sebegini kepada gurunya,” ka - tanya yang menggelarkan dirinya sebagai Cikgu kepada Harian Metro. Pada majlis Hari Anugerah Pendidik MARA, Shaariah menerima trofi, sijil anugerah dan wang RM5,000 disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Mula bertugas sebagai Guru Bahasa Melayu di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kulim, Kedah pada 1980, Shaariah berkata, cabaran pendidik kini dilihatnya semakin tinggi. “Cabaran makin meningkat. Cikgu lihat zaman Cikgu berada di sekolah dahulu, murid, pelajar tidak ghairah seperti sekarang dari segi melawan guru. “Ibu bapa tidak kritikal seperti dahulu dalam ambil tahu pasal pelajar, pengurusan maktab dan sebagainya. Guru di maktab mesti lebih b ers e d i a ,” katanya. ‘Hanya MARA sedia peluang terbaik buat guru’ “Sistem pendidikan MARA bukan sahaja mendidik pelajar menjadi cemerlang akademik tetapi membentuk peribadi cakna kepada peri pentingnya aktiviti di luar kelas. Selain itu, laluan pendidikan jelas di antara MRSM dan sistem pendidikan di peringkat tertiari melalui program pinjaman MARA membantu pelajar cakna kepada peluang pendidikan boleh diceburi sebaik tamat SPM. Sistem inilah memberi saya peluang menerima ijazah sarjana di University of Oxford dan saya kini bekerja di University of Cambr idge,” Penolong Penyelidik University of Cambridge, Muhammad Aliff Aiman Kamarudin , 28. “Saya usahawan automotif dan anak didik MARA yang lahir hasil ekosistem pendidikan TVET, program keusahawanan MARA yang realistik, sistematik dan praktikal. Amat membanggakan apabila MARA melahirkan ramai usahawan bumiputera yang hebat. Syabas dan tahniah kepada MARA,” Ketua Pegawai Eksekutif Peniagaan Mazlan dan Ha shimah (K) Sdn Bhd, Mohd Izwan Mazlan, 38. “Alhamdulillah, tenaga pengajar di IKM Kuala Lumpur banyak membantu dan membimbing saya menguruskan syarikat serta berkongsi strategi pemasaran seiring dengan keadaan semasa. IKM Kuala Lumpur menyediakan platform yang membantu usahawan seperti saya dalam mengembangkan perniagaan ke tahap lebih baik serta membina rangkaian pengusaha penghawa dingin b u m i p u te ra , ” Pengurus Syarikat ATR Ai rco n d Ser vices, Muhammad Afif Mohd Nasir, 34. menentukan bagaimana strategi pendidikan yang efektif harus diberikan kepada pelajar generasi Z ini. Menyentuh tema Hari Pendidik 2023, Ahmad Zahid melihat ia bertepatan dan sesuai dengan dimensi baru era pendidikan. “Hal ini mengingatkan kita betapa tugas dan peranan pendidik cukup besar sebagai obor penggerak bagi melahirkan generasi Madani yang memiliki ketinggian ilmu, kesantunan adab serta jati diri bangsa yang kuat. “Untuk menjadi negara Madani yang makmur dan dihormati berasaskan acuan kita sendiri, di sini perlunya pendidik insani berkeupayaan memahami emosi pelajar, empati dan menyuburkan nilai kasih sayang ke dalam jiwa bagi memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi mereka,” katanya. Katanya, pendidik insani perlu menguasai kemahiran teknologi digital kerana proses transformasi ilmu hari ini bersifat dinamik, kreatif dan inovatif. Ahmad Zahid juga menyeru pendidik MARA membabitkan diri dalam pertandingan inovasi serta mengetengahkan idea itu khususnya dalam pengajaran dan p em b e l a j a r a n . Pada majlis itu, Ahmad Zahid menyampaikan anugerah kepada 12 IPMA Terbaik dan 26 penerima Anugerah Pendidik Cemerlang MARA. Bagi Anugerah Ikon Pendidik Wanita MARA pula diberi kepada Juriah Alias yang merupakan Timbalan Pengarah I (Pembangunan Kurikulum) Bahagian Pendidikan Menengah manakala bekas Pengarah Kolej Mara Kuala Nerang, Shaariah Dahman menerima Anugerah Tokoh Pendidik MARA. terpesona dengan kecanggihan internet seperti generasi sebelumnya kerana mereka lahir selepas internet serta peralatan digital canggih wujud,” katanya Majlis ini bagi memberi pengiktirafan penghargaan kepada pendidik IPMA atas sumbangan dan jasa mereka dalam mendidik anak bangsa selain untuk meningkatkan motivasi. Ia juga mengangkat martabat dan taraf pendidik IPMA dalam masyarakat serta memupuk perasaan perpaduan ikhtisas serta muhibah dalam kalangan warga MARA dan Malaysia Madani. MARA turut mengangkat Pendidik Insani Pemangkin Generasi Madani sebagai tema Hari Pendidik tahun ini. Ahmad Zahid yang merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, dengan perkembangan teknologi semakin berkembang pesat, generasi Z seolah-olah tidak boleh terlepas dari gajet dan aktiviti media sosial. “Bagi mereka, teknologi boleh digunakan untuk apa saja termasuk belajar dan bekerja, bukan sekadar bersenang-senang atau mengisi masa lapang,” katanya. Beliau berkata, pemahaman karakteristik setiap generasi amat penting untuk sama ada dalam mahu pun luar negara. Tahun ini, dengan peruntukan disalur kerajaan sebanyak RM2 bilion, MARA menyasar 60,000 pelajar menerima manfaat kemudahan ini. MARA juga komited menambah baik prasarana dan infrastruktur IPMA yang kondusif demi memacu masa depan pendidikan. Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Majlis Hari Anugerah Pendidik MARA menyifatkan tugas pendidik semakin mencabar dan memerlukan kreativiti serta inovasi bagi memastikan pengajaran serta pembelajaran lebih berkesan kepada pelajar selaras Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Beliau berkata, pendidik perlu berusaha menaik taraf kaedah pengajaran supaya selari dengan kehendak dan arus peredaran masa kini. “Generasi ini yang juga dikenali dengan gelaran zoo - m ers membesar seiring perkembangan teknologi, mereka memiliki ciri berbeza dengan generasi sebelumnya. “Generasi Z sangat pantas dan cekap menggunakan peralatan digital serta tidak bahagian besarnya ada syarikat sendiri. MARA akan terus menjadi antara penyumbang utama negara melahirkan guna tenaga pakar dalam bidang kemahiran dan teknologi seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang menjadi antara peneraju pendidikan kemahiran tinggi atau High T VET (HT VET). Keupayaan graduan dipacu bersama industri serta badan profesional bagi memberi pengiktirafan mengikut bidang kepada graduan seperti kolaborasi Kolej Profesional Mara (KPM) bersama Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW ), Char - tered Institute of Logistics and Transport (CILT), Ch artered Institute of Marketing (CI M), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) serta banyak lagi. Penawaran pelbagai program dwi persijilan iaitu sijil profesional dan diploma di KPM inisiatif penting menjadikannya institusi pendidikan terulung negara setanding Universiti Teknologi MARA (UiTM). MARA memberi penekanan tinggi terhadap program penajaan pendidikan AHMAD Zahid bersama penerima anugerah pada Majlis Hari Anugerah Pendidik MARA. - Gambar NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI gaian institusi. “Dari segi kemahiran diri dan pengembangan bakat, MARA buka lebih banyak peluang dibandingkan dengan zaman cikgu dahulu. “Ini penghayatan pendidik sekarang kerana peluang seSH A A R I A H bersyukur menerima Anugerah Tokoh Pendidik 2023. z
Selasa, 25 Julai 2023 7 Nasional Belanjawan 2023 fokus kepada industri berimpak tinggi seperti Pro-Solar. Oleh Ercy Gracella Ajos [email protected] Kuala Lumpur: Peruntukan Belanjawan 2023 sebanyak RM104 juta yang disalurkan kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memperkasa ekonomi komuniti usahawan ke arah lebih dinamik. Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfikri Osman, berkata melalui dana yang disalurkan kerajaan kepada MARA, agensi ini mampu menyediakan kemudahan sokongan di bawah ekosistem keusahawanan, merangkumi kemudahan pembiayaan perniagaan, sewaan premis perniagaan dan khidmat nasihat. Beliau berkata, untuk membangunkan usahawan ke aras seperti hari ini, memerlukan perspektif menyeluruh dan harus disertai dengan sumber mencukupi, lebih-lebih lagi penyaluran dana daripada kerajaan. Katanya, sumber ini akan diuruskan dengan cekap untuk menyokong inisiatif yang dirangka bagi mencatat pertumbuhan dan pengembangan perniagaan, khususnya kepada Bumiputera. “Fokus dan hala tuju sektor keusahawanan MARA sangat jelas, bermatlamat memperkasa penguasaan ekonomi serta peningkatan pemilikan ekuiti. “MARA menyediakan ekosistem keusahawanan yang lengkap dalam membantu usahawan Bumiputera mengembangkan perniagaan,” katanya kepada BH. Zulfikri berkata, program pembangunan usahawan yang ditawarkan bertujuan untuk melengkapkan usahawan dengan ilmu perniagaan yang diperlukan melalui latihan dan program keusahawanan khas MARA. Malah, program khas keusahawanan itu dirangka bagi meluaskan lagi rantaian perniagaan usahawan di samping merapatkan jurang antara usahawan bertaraf global dan kecil “Program khas ini turut mendapat kerjasama daripada pemain industri serta rakan strategik bagi memantapkan lagi pembangunan dalam industri yang disasarkan. “Sasaran program ini pula untuk mengoptimumkan prestasi serta mewujudkan peluang bagi usahawan berkembang dan memajukan perniagaan mereka menerusi peluasan pasaran, inovasi dan peningkatan produktiviti,” katanya. Dalam pada itu, Zulfikri berkata, daripada keseluruhan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan kepada MARA menerusi Belanjawan 2023, sebanyak RM22 juta diperuntukkan bagi program latihan keusahawanan termasuk program khas. “Selain itu, RM80 juta disalurkan untuk pembiayaan perniagaan, manakala RM2 juta lagi bagi pembangunan industri komersial. “Peruntukan Belanjawan 2023 yang disalurkan kerajaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi Bumiputera melalui sektor keusahawanan MARA adalah dengan memberi tumpuan kepada menaikkan taraf, penambahan bilangan dan kemudahan premis perniagaan; Program Transformasi Premis Usahawan Luar Bandar (TRENT), pelbagai program pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk pembiayaan DanaNITA serta Automasi dan Digitalisasi: Program Pendigitalan Perniagaan,” katanya. Disalur menerusi 4 strategi Katanya, dana terbabit akan disalurkan kepada usahawan menerusi empat strategi, iaitu pemerkasaan tadbir urus syarikat usahawan, mempertingkatkan penyertaan usahawan dalam sektor ekonomi baru muncul; mengadaptasi perniagaan ke arah automasi dan pendigitalan serta pembangunan perniagaan graduan Institut Pengajian Tinggi (IPT). Katanya, bagi memperkasa tadbir urus perniagaan atau tadbir urus syarikat usahawan, banyak program yang sudah dilaksana. “Usahawan ini didapati bijak berniaga, namun pengurusan syarikat tidak diuruskan dengan betul. Ini adalah satu sebab kenapa syarikat ini tidak mampu kekal dalam perniagaan,” katanya. Sementara itu, untuk mempertingkatkan penyertaan usahawan dalam sektor ekonomi baru muncul, MARA memberi tumpuan kepada lima bidang utama iaitu automotif, makanan dan minuman, gaya hidup, pembinaan dan perkhidmatan. “Pada masa sama, MARA turut meneroka industri baru muncul antaranya tenaga boleh diperbaharui seperti pembangunan program proSOLAR yang dilancarkan baru-baru ini, serta platform pendigitalan,” katanya. Dalam usaha mengadaptasi perniagaan ke arah automasi dan pendigitalan pula, Zulfikri berkata, menerusi strategi ini, MARA menyediakan geran pendigitalan sehingga RM20,000. Menjelaskan pembangunan perniagaan graduan IPT, katanya, strategi ini memberi keutamaan kepada lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA). Contohnya, pembangunan Program Inspirasi Usahawan Belia (RISE) bertujuan memberi pendedahan berkaitan ekosistem keusahawanan kepada pelajar dan alumni IPMA serta usahawan belia yang sudah menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan. Beliau berkata, fokus strategi sektor keusahawanan MARA bagi tahun 2023 adalah sebahagian daripada strategi yang telah digariskan dalam Pelan Strategik MARA 2021-2025 ke arah pembangunan komuniti usahawan yang lebih dinamik. “Inisiatif MARA dalam membantu usahawan membangunkan perniagaan, sentiasa dikemas kini agar kewujudan mereka memberi impak dalam industri,” katanya. Mengenai prestasi MARA yang sudah dicapai setakat ini, Zulfikri berkata pihaknya menerima sambutan menggalakkan daripada usahawan. RM7 juta untuk latihan Katanya, setakat ini, MARA sudah membelanjakan hampir RM7 juta bagi program latihan keusahawanan dan program khas yang memberi manfaat kepada 2,635 usahawan. “Kami juga sudah menyalurkan dana pembiayaan kepada 1,558 usahawan yang membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM176.4 juta termasuk menggunakan tambahan dana daripada MARA. “Bagi program pembangunan industri komersial pula, MARA sudah menyalurkan dana sebanyak RM718,067 yang memberi manfaat kepada 646 usahawan,” katanya. Beliau berkata, dengan ketidaktentuan ekonomi semasa, peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2023 dalam pembangunan usahawan Bumiputera amat dinantikan usahawan untuk kelangsungan perniagaan dan meningkatkan kualiti produk masing-masing. “Dengan inisiatif yang sudah dilaksanakan, kami mahu usahawan di bawah MARA mampu kekal bersaing di pasaran dan bijak mengatur strategi perniagaan yang betul serta relevan walaupun berhadapan dengan apa jua krisis. Mereka juga harus yakin mereka ini bakal menjadi usahawan peneraju yang boleh menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. “Saya berharap penyaluran dana daripada kerajaan menerusi Belanjawan 2023 atau Belanjawan MADANI dapat meringankan beban kewangan PKS dan menyokong pengembangan perniagaan masing-masing,” katanya. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif lain di bawah Belanjawan 2023 yang boleh dimanfaatkan rakyat, layari https://belanjawan.mof.gov.my/manfaat. RM104j disalur kepada MARA perkasa ekonomi usahawan Agensi mampu sedia kemudahan pembiayaan perniagaan, khidmat nasihat Penerima memanfaatkan pembiayaan DanaNITA di bawah Belanjawan 2023.
www.fb.com/majlisamanahrakyat www.instagram.com/majlisamanahrakyat www.twitter.com/maragov www.youtube.com/c/mupdates t.me/majlisamanahrakyat www.tiktok.com/@majlisamanahrakyat