The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by buyunchan, 2021-10-07 11:18:41

1st compilation - KBAT

Not completed yet.

TAXONOMY BLOOM VERSI SEMAK SEMULA (2001)

2. MEMAHAMI

1. MENGINGATI Lisan Guru Membina Mentafsir (transfer pengalaman)
Audio makna Mencontoh (transfer kefahaman)
Retrieving (mendapatkan semula) action and skill Video Membandingkan (persamaan sahaja)
Recalling (memanggil semula) knowledge Maklumat Tulisan Mengklasifikasikan
Stimulus Merangkum
Grafik Nota Menyimpulkan
Buku Menjelaskan

Maujud
Tak maujud

Recognising (mengenal pasti) physically and mentally

3. MENGAPLIKASI

Executing - menjalankan Implementing - 4. MENGANALISIS
dalam situasi tertentu melaksanakan
(biasa dan baru) Memecahkan bahan kepada bahagian kecil
Contoh: apa
5. MENILAI hubungan COVID-19
& ekonomi?
Membuat penghakiman
kriteria: knowledge (info dipelajari, Saling berhubung secara keseluruhan
pengalaman dipelajari, skill dipelajari) Contoh: apa kaitan
standard piawai: fakta sosial, politik,
ekonomi dengan
COVID-19

Membezakan (tengok persamaan dan perbezaan)

Mengorganisasi (mengatur komponen)

6. MENCIPTA

Menyatukan elemen/bahagian untuk membentuk sesuatu
yang berkait

Contoh: pelajar belajar topik 1 hingga 3,
kemudian menggabungkan topik-topik tersebut
membentuk satu kaitan.
Yang baru creative
inovasi modify

MEMBINA SOALAN DAN AKTIVITI BERDASARKAN
TAKSONOMI BLOOM SEMAK SEMULA 2001

Menganalisis Nyatakan Mengetahui

Menterjemahkan Bincangkan mEMBEZA Mengingati
bILAKAH,Dimanakah
Memahami

sENARAIKan

Mengabungkan

Bandingbezakan

Mengaplikasi

Melakonkan

Menilai LakarkaN Tuliskan

Mencipta

jELASKAN

MOHAMAD B AB KADIR
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

1

MEMBINA SOALAN DAN AKTIVITI BERDASARKAN
SEMAK SEMULA TAKSONOMI BLOOM DOMAIN KOGNITIF

Kbat di definisikan sebagai keupayaan untuk menaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu (KPM,2013)

Ciri ciri Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR)

1. KBAR sering di nyatakan sebagai mendapatkan balik maklumat atau penggunaan konsep atau
pengetahuan dalam situasi dan konteks yang biasa.

2. Tugasan atau aktiviti KBAR memerlukan pelajar untuk mengingat fakta, melakukan operasi yang
mudah, atau menyelesaikan masalah yang biasa. Ia tidak memerlukan pelajar untuk menyelesaikan
tugasan yang di luar dari kebiasaan.

3. KBAR berlaku apabila pelajar melakukan penyelesaikan tugasan di mana ia hanya memerlukan
penggunaan algoritma yang sudah diketahui atau sudah menjadi kebiasaan. Proses ini selalunya tidak
melibatkan proses justifikasi, penjelasan, dan sebarang bukti tidak diperlukan. Malah berkemungkinan
hanya terdapat satu jawapan sahaja yang betul.

Ciri ciri kemahiran berfikir arah tinggi (KBAT)
1. kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) sebagai "bukan algoritma."

2. KBAT merupakan penggunaan pemikiran yang kompleks dan tidak algoritmik untuk menyelesaikan
tugasan. Ia tidak boleh diramalkan, juga tidak diperolehi melalui pendekatan latihan yang mantap
(latih tubi) atau juga tidak menggu tugasan , atau tidak menggunakan laluan atau cara yang
dicadangkan secara eksplisit menerusi tugasan, arahan atau melalui contoh latihan.

3. KBAT ialah proses untuk menyelesaikan tugasan di mana tidak ada algoritma yang dipelajari,
sebaliknya justifikasi atau penjelasan adalah diperlukan, dan terdapat lebih daripada satu
kemungkinan penyelesaian atau jawapan yang akan diperolehi.

4. KBAT ialah proses yang melibatkan penyelesaian tugasan di mana algoritma tidak dipelajari mahupun
menggunakan algoritma yang sedia ada semasa bekerja dalam konteks atau situasi yang bukan biasa.

2

Tujuan kemahiran berfikir

1. Memberi pendedahan dan melatih murid menterjemahkan, mengaplikasi, menggunakan
atau dapat melaksanakan ilmu pengetahuan yang diperolehi untuk diamalkan dalam reality
atau kehidupan yang sebenar. Pengetahuan yang diperolehi ini mempunyai kaitan dan
kepentingan dalam kehidupan dan bukannya hanya untuk menjawab tugasan atau
peperiksaan di sekolah sahaja.

2. Supaya murid boleh berfikir secara lebih terperinci , secara mendalam sesuatu perkara, isu,
masalah, cabaran atau keputusan dan boleh mengabungkan pelbagai bidang pengetahuan
untuk dicerakinkan atau diselesaikan.

3. Supaya murid menggunakan pengetahuan dan dilatih untuk membuat penilaian sesuatu
perkara, isu yang dihadapi, masalah ,cabaran, atau membuat keputusan, memberi
pendapat, dengan betul dan tepat.

4. Memberi peluang kepada murid menggunakan pengetahuan yang diperolehi untuk
membina, mencipta sesuatu yang baru secara inovasi, kritis dan kreatif.

Kemahiran menjawab soalan esei adalah untuk mencungkil kemahiran pelajar dari aspek
mengingat, memahami, mengorganisasi idea, mensepadukan idea, menganalisis maklumat, membuat
penilaian, memberi idea untuk penyelesaian masalah, mencadangkan idea yang kreatif, kritis dan inovatif.
Jadi untuk mencapai hasrat ini tugasan soalan mestilah selari dengan kehendak tersebut supaya pelajar
dapat menjawab dengan baik dan kebolehan pelajar untuk menjawab dapat diolah sebaik yang mungkin.

1. KRITERIA MEMBINA SOALAN

Mengikut buku panduan penggubalan kertas peperiksaan IPG (2014) ciri – ciri item yang baik hendaklah
ada kesahan, kebolehpercayaan, akur kurikulum, spesifikasi, ketepatan, kejelasan, dan kesesuaian.
Berikut adalah tambahan dan penambahbaikan beberapa kriteria untuk membina soalan struktur dan
esei supaya soalan itu ada kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

1. Selaras dengan kurikulum/proforma/Instrustional validity

Soalan yang dibina mestilah berdasarkan kehendak kurikulum/proforma yang dikeluarkan oleh IPGM.
Sekiranya soalan yang dibina tersebut tidak mengikut proforma ini bermakna tidak mengukur apa yang
telah dipelajari dari segi keesahan kandungan dan skor tidak boleh dipercayai untuk menilai kebolahan
pelajar. Justeru itu soalan yang dibina haruslah bersandarkan proforma yang rasmi dan terkini yang di
keluarkan oleh IPGM.

2. Aras kemahiran/kesukaran

Soalan esei adalah sesuai untuk menguji tentang kefahaman dan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif
pelajar bagi sesuatu aspek atau isu yang diutarakan. Adalah kurang signifikan soalan yang ditanya

3

berkaitan dengan aras rendah seperti apakah, siapa, bila, dimana atau senaraikan. Kata kerja demikian
lebih kepada menguji daya ingatan pelajar sahaja dan bukannya mencungkil kemantangan pemikiran atau
mengalakkan pemikiran kritis, kreatif dan inovasi. Di IPGM kita digalakkan menggunakan soalan
pemikiran aras tinggi (HOTS).

Di IPGM kita dicadangkan berdasarkan Taksonomi Bloom (1965) dan yang disemak semula Anderson L.W
& Krathwohl (2001). Hurain secara mendalam pada rajah 2 dan 3.

3. Tugasan Soalan/Kata tugas

Tugasan soalan hendaklah jelas supaya pelajar dapat mengeluarkan idea dengan baik, mencerminkan
kefahaman pelajar dan menganjak pelajar membentuk pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif. Kata
tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada suatu soalan yang berfungsi untuk menyatakan tugasan
yang hendak disampaikan oleh pembina soalan. Kata tugas ini akan mengarahkan pelajar untuk
memberikan respon yang sejajar dengan tugasan soalan. Dengan kata lain kata tugas ialah perkataan yang
digunakan untuk memberi arahan kepada pelajar untuk menjawab soalan. Kata tugas yang betul amat
penting supaya setiap soalan itu lebih jelas difahami oleh pelajar, apakah kehendak soalan yang
sebenarnya. Contoh tugasan soalan seperti jelaskan, bandingbezakan, bincangkan dll. Soalan hendaklah
spesifik dan berfokus supaya memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi pemikiran.
Pastikan tidak ada pecahan soalan bagi setiap esei. Perkataan yang hendak ditonjolkan dalam pokok
soalan seperti bukan, paling dan bilangan ( contoh empat) perlu dihitamkan.

4. Berdasarkan JSU

Soalan yang dibina mestilah bersandarkan jadual speksifikasi ujian (JSU) yang disediakan oleh unit
pepepriksaan IPGM. JSU digunakan untuk memastikan dan menentukan mutu soalan dan menepati
prinsip – prinsip pembinaan ujian. JSU juga untuk menentukan konstruk ( pengetahuan, kemahiran, dan
nilai) dan taburan tajuk yang diwakili, masa dan pemberatan setiap soalan. Tujuan penggunaan JSU
adalah untuk menentukan keesahan dan kebolehpercayaan. Sila lihat JSU rajah 1 yang telah diubahsuai.

EDU 3345D (Disiplin dan Tingkahlaku)

Taksonomi Bil Jam Pemberatan Mengingati Memahami Mengaplikasi Menilai Mencipta Jumlah
Topik
Pengernalan 5 33 Struktur S1a(5 markah) Struktur S1b Esei 1(20markah) 3
Perlakuan 5 17 (10 markah)
Struktur S1a(5 markah)
Teori 5 20
Disiplin Struktur S1a(5 markah) Struktur S3b Esei 2(20markah) 3
30 (10 markah)
Modifikasi Struktur S14b
Tingkahlaku (10 markah)
Struktur S1b
Pengurusan 3 Struktur S1a(5 markah) (10 markah)

Disiplin

Isu dan 3 Struktur S1a(5 markah) Esei 3(20markah) 2
masalah

Rajah 1

4

5. Laras Bahasa
Bahasa yang digunakan dalam soalan mestilah mudah difahami, jelas, tepat dan sesuai dengan tahap
pelajar . Istilah yang digunakan dalam proforma seharusnya selari yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka (DPB). Elakan bahasa yang bombastik yang sukar difahami dan ayat – ayat yang
mengelirukan.

6. Ransangan/Stimilus/Petikan/Rajah
Sesuatu maklumat yang autentik berbentuk teks atau grafik yahg menjadi fokus kepada situasi tugasan
untuk pelajar menjawab soalan. Ransangan yang digunakan hendaklah jelas, ada kaitan dengan soalan
dan mengikut aras kesukaran. Ransangan yang disediakan mestilah memberi respon pada pemikiran
pelajar menganjak pelajar berfikir untuk menjawab ransangan tersebut. Tiada ‘Window dressing’.
7. Skema Pemarkahan
Skema permarkahan biasanya menggunakan kaedah pemarkahan Holistik dan Analitik. Permakahan
secara analitik diberi secara mengikut fakta – fakta yang yang telah ditentukan oleh skema. Sekiranya
fakta banyak maka markah akan tinggi begitulah sebaliknya. Manakala kaedah holistik mengambil kira
mutu respon secara keseluruhan berdasarkan satu set kriteria standard atau rubrik yang telah
ditetapkan. Pemeriksa perlu membaca keseluruhan jawapan dan menilai dari aspek isi kandungan,
kefahaman konsep, proses pemikiran yang dikehandaki oleh soalan dan mutu berkomunikasi.
Jika dibandingkan dua kaedah diatas kaedah analitik lebih kepada bagaimana pelajar dapat mengingat
dan memahami fakta dan menulis semula apa yang telah dipelajari. Kebaikan kaedah ini pemeriksa
lebih mudah menentukan berapa jumlah isi kandungan dan ketepatan jawapan. Kelemahan kaedah ini
pula pemeriksa tidak dapat megesan jika jawapan yang berbentuk HOTS. Ini kerana jawapan aras
HOTS bukan sahaja melihat berapa jumlah isi kandungan tetapi juga melihat jawapan berbentuk
analisis, aplikasi atau rekacipta yang tidak menetapkan satu jawapan sahaja. Oleh itu pemeriksa
memerlukan masa yang baik dan pengetahuan yang tepat dan mendalam untuk menilai jawapan yang
berbentuk holistik.

5

2. ARAS KEMAHIRAN DOMAIN KOGNITIF

HOTS
HIGHER ORDER THINKING SKILL

Penilaian Men cipta

Sistesis Menilai
Analisis
Aplikasi Menganalisis

Mengaplikasi

Kefahaman Memahami

Pengetahuan Mengingati

Versi lama ( rajah 2) LOTS Versi baru (rajah 3)
LOWER ORDER THIKING SKILL

Taksonomi Bloom asal dan Taksonomi Bloom semak semula 2001

Konsep Taksonomi Bloom diperkenalkan oleh tokoh psikologi Benjamain Bloom pada tahun 1956.
Taksonomi ini bertujuan untuk mengklsifikasi tujuan pendidikan dalam tiga domain ia itu kognitif, afektif
dan psikomotor. Domain kognitif meliputi proses pengetahuan, maklumat dan tahap mentaliti.
Manakala afektif meliputi berkaitan dengan nilai dan emosi dalam pendidikan. Domain psikomotor
meliputi kefungsiaan manipulatif dan kecergasan fizikal.

Domain kognitif di perkenalkan untuk menentukan tahap – tahap pemikiran yang dikuasai oleh
pelajar dalam pembelajaran sehingga dapat mengolah daripada aplikasi teori kepada penciptaan. Ini
bermakna pelajar yang memahami isi kandungan matapelajaran bererti pelajar itu mengingat apa yang

6

telah dipelajari. Begitu juga kalau pelajar itu dapat mengaplikasi pengetahuanya ini bermakna telah
memahami ilmu yang telah dipelajarinya. Begitulah sebaliknya sekiranya pelajar tidak dapat menyatakan
isi pelajaran ini menunjukkan ia tidak berkemampuan untuk mengingat dan mememahami. Jadi domain
ini penting sebagai panduan kepada pendidik untuk menjadi indikator tahap pemikiran pelajar.

Pada tahun 1990 Lorin Anderson dan Krawthwohl anak murid Bloom telah membuat ulangan taksonomi
tersebut dan telah diterbitkan pada 2001. Dalam terbitan baru ini Anderson telah mengubah daripada
kata benda kepada kata kerja dan memasukkan aras baru ia itu mencipta( rajah 2 ).

Cara memahami hiraki taksonomi tersebut ialah pelajar memahami isi pelajaran apabila mengingat apa
yang telah dipelajari. Pelajar dapat mengaplikasi apabila memahami isi pelajaran. Pelajar dapat menilai
apabila dapat menganalisisi dan pelajar dapat mencipta apabila dapat mengingat,
memahami,mengaplikasi, menganalisi dan menilai apa yang telah dipelajari.

Anderson telah mencerahkan jenis pengetahuan kepada fakta, konsep , prosedure dan metakognitif.
Manakala proses kognitif kepada tahap mengingati, memahami, mengaplikasi, menilai, menganalisis
dan mencipta. Jadi dalam membina soalan esei dan struktur hendaklah merangkumi dalam bidang
pengetahuan. kemahiran dan kebolehan. Perkaitan antara bidang ilmu , proses pemikiran dapat dilihat
dalam rajah 4 dibawah. Jadi pembahagian soalan yang baik merangkumi tiga aspek iaitu aspek
pengetahuan, kemahiran dan kebolehan.

Fakta Mengingat Memahami Aplikasi Analisis Menilai Mencipta
Konsep Mengingat Memahami Aplikasi fakta Analisis Menilai Mencipta
Prosedure fakta fakta menggunakan menggunakan menggunakan
Mengingat Memahami Aplikasi fakta, fakta, fakta,
Metakognitif Konsep Konsep Konsep konsep,prinsip konsep,prinsip konsep,prinsip
Mengingat Memahami Aplikasi dan prosedure dan prosedure dan prosedure
Prosedure Prosedure Prosedure
Mengingat Memahami Aplikasi Analisis Menilai Mencipta
Metakognitif, Metakognitif, Metakognitif, Metakognitif, Metakognitif, Metakognitif,
strategi strategi strategi strategi strategi strategi

Pengetahuan Kemahiran Kebolehan
Rajah 4

Source: Dianna Fisher (2005), oregon State University

7

Perbandingan Taksonomi Bloom dengan Taksonomi Semak Semula ( Krathwohl,2001)

Taksonomi Bloom Taksonomi Bloom Semak Semula

1. Pengetahuan 1. Mengingati
1.1 Pengetahuan tentang perkara khusus Memanggil pengetahuan yang relevan dari
istilah/terminology dan fakta memori jangka panjang melalui mendapatkan
1.2 Pengetahuan tentang cara dan semula, memanggil semula,mengenalpasti
sarana perkara – perkara khusus spt (Retrieving,recalling,or recognizing)
kebiasaan, ,kategori,kriteria,metodologi,
urutan,klasifikasi,
1.3 Pengetahuan tentang umum/universal :
prinsip generalisasi,teori dan struktur

2. Pemahaman 2. Memahami
2.1 Terjemahan Membina makna dari maklumat lisan, tulisan, grafik
2.2 Intepretasi melalui mentafsirkan, mencontohkan, mengklasifikasi,
2.3 Ekstrapolasi merangkum, menyimpulkan, membandingkan, dan
menjelaskan.(interpreting,exemplifying,
3. Aplikasi classifying,summarizing,inferring,comparing and
3.1 situasi biasa explaining)
3.2 situasi baru
3.Mengaplikasi
Melaksanakan atau menggunakan procedure dalam
situasi tertentu spt menjalankan atau melaksanakan.
( executing or implementing)

4. Analisis 4. Menganalisis
4.1 Analisis unsur – unsur/bahagian Memecahkan bahan kpd bahagian kecil, hubungan
4.2 Analisi saling hubungan bahagian – bahagian kecil berkaitan atau saling
4.3 Analisi prinsip – prinsip organisasi berhubungan secara keseluruhan spt membezakan,
mengorganisasi, mengaitkan .( differentiating,
organizing, attributing)

5. Sintesis 5. Menilai
5.1 Kebolehan menghasilkan komunikasi yang Membuat penghakiman berdasarkan kriteria dan
jelas standard/piawaian melalui memeriksa/semakan dan
5.2 Kebolahan menghasilkan recana dan mengkiritik. ( checking and critiquing)
kegiatan
5.3 Kebolehan mentejemahan hubungan 6. Mencipta
abstrak. Menyatukan elemen/bahagian untuk membentuk
sesuatu yang berkait atau berfungsi atau membuat
6. Penilaian sesuatu yang baru/original melalui membangunkan,
6.1 Menilai dengan dalaman merencanakan, membuat. ( generating, planning or
6.2 Menilai dengan luaran producing)

Rajah 5

8

Berdasarkan rajah 5, mengikut Taksonomi Bloom 1956 pada aras pengetahuan ialah mengingati semula
fakta, prinsip, konsep, prosedure dan metakognitif . Dimana fakta ialah idea dan maklumat yang tepat
seperti definisi, nama orang, tempat, ukuran istilah dll. Pengetahuan tentang umum ialah maklumat dan
idea mengikut pendapat tertentu dan kajian termasuklah prinsip, pendapat, teori, model, ciri – ciri,
kategori, penjenisan, dasar- dasar dll. Manakala pengetahuan tentang cara dan sarana mengenai perkara
– perkara khusus seperti kebiasaan, kategori, kriteria , metodologi, urutan dan klasisifikasi. Mengikut
Taksonomi Bloom 2000, aras permulaan pengetahuan diganti dengan mengingati. Mengingati
bermaksud mendapatkan kembali, mengeluarkan kembali dan mengingati semula pengetahuan yang
relevan daripada ingatan jangka panjang.

Aras Pemahaman meliputi terjemahan, interpretasi dan ekstrapolasi. Terjemahan menyatakan atau
meringkaskan sesuatu apa yang diketahui dalam bentuk bahasa lain dengan betul dan tepat. Interpretasi
pula ialah kebolehan memahami sesuatu idea secara menyeluruh atau satu komunikasi idea sebagai satu
konfigurasi idea untuk memahami yang memerlukan satu penyusunan idea – idea ke dalam yang baru
dalam pemikiran dan ekstrapolasi ialah proses menggunakan logik atau fakta bagi menganggarkan
kemungkinan berlakunya sesuatu pada masa depan. Manakala aras memahami mengikut Bloom semak
semula ialah membina makna dari maklumat lisan, tulisan dan grafik atau daripada pelbagai fungsi melalui
mentafsirkan, merangkum, menyimpulkan, membandingkan, dan menjelaskan.

Aplikasi pula menunjukkan bahawa mempelajari menggunakan sesuatu dengan betul, apabila diberi
situasi yang sesuai dengan cara penyelesaian yang tidak ditentukan. Kebolehan menggunakan
pengetahuan untuk di gunakan dalam situasi biasa atau baharu. Dalam taksonomi semak semula 2001
aras mengaplikasi ialah melaksanakan atau menggunakan procedure dalam situasi tertentu seperti
menjalankan atau melaksanakan. Pada peringkat ini bermulanya kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT).

Unsur yang terdapat dalam analisis ialah mengenalpasti unsur – unsur yang terdapat dalam sesuatu idea,
prinsip, kaedah, maklumat . Analisi hubungan antara unsur ialah kebolehan melihat dan mecerakinkan
hubungan antara pembolehubah, bahagian atau unsur dalam sesuatu idea, hubungan antara satu idea
yang lain, hubungan antara bahagian dalam sesuatu kaedah dan maklumat. Analisis prinsip organisasi
unsur ialah kebolehan mencerakinkan bahagian – bahagian dalam struktur, susunan atau sistem yang
menyatukan sesuatu idea, teori, hujah, kaedah termasuk struktur yang eksplisit dan implisit dan eleman
– eleman di dalamnya yang menjadi satu unit . Analisis juga dapat membezakan bahan yang tidak dengan
tidak berkaitan. Dalam aras menganalisis oleh bloom semak semula 2001 ini adalah dapat memecahkan
bahan kepada bahagian kecil, hubungan bahagian- bahagian kecil berkaitan atau saling berhubungan
secara keseluruhan seperti membezakan, mengorganisasikan dan mengaitkan.

Sintesis dapat membina suatu komunikasi yang mana pelajar cuba menyampaikan idea, perasaan atau
pengalaman orang lain. Penghasilan rancangan atau pelan operasi untuk sesuatu tujuan, manakala
membina suatu hubungan yang abstrak ialah kebolehan membina satu hubungan yang abstrak sepert
teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau klasifikasi fakta. Manakala dalam Bloom
Semak semula 2001 dalam aras menilai pula ialah boleh membuat pengkiman berdasarkan kriteria dan
standard/ piawai melalui memeriksa/semakan dan mengkritik.

Dalam aras penilaian meliputi menilai secara kriteria dalaman dan kriteria luaran. Kriteria dalaman
merujuk kepada nilai ketepatan sesuatu dengan menggunakan bukti – bukti logik manakala kriteria luaran

9

penilaian yang seperti teori – teori utama, generalisasi, formula daan ciri – ciri tertentu. Aras mencipta
dalam taksonomi bloom yang disemak semula 2001 ialah menyatukan elemen atau bahagian untuk
membentuk sesuatu berkait atau berfungsi atau membuat sesuat yang baru/original melalui
membangunkan, merencanakan dan membuat.

Domain Kognitif

Dalam domain kognitif terdapat enam aras lihat rajah 6 . Perubahan ini ditukarkan daripada kata nama

kepada kata kerja.

ARAS KATA KERJA

Menciptakan menciptakan, membentukkan, mengabungkan,

Pelajar dapat menyatukan, mengaitkan menyusun semula, menggubalkan, meyediakan,
atau kefungsian pengetahuan yang ada mencadangkan, membina, merekacipta,

dengan membuat sesuatu yang baru menyediakan, menyusun semula, memasang,
dengan cara membangun , merancang membangunkan, merancang, menghasilkan,
dan membuat. menaiktaraf,

Menilai menilaikan, menginterpretasikan, membuktikan,

Menguji kebolehan pelajar menilai meramalkan, membuat anggaran,
terhadap sesuatu idea, produk, kaedah. menjustifikasikan, mekomenkan, membuat

Jadi pelajar perlu menyatakan asas penghakiman, menentukan
pertimbangan untuk membuat penilaian mencadangkan, membahas, menilai, menyokong,
tersebut. Asas pertimbangan mungkin membuat kesimpulan, mentaksir, memberi alasan,
aspek pro dan kontra, gred, kerelevanan, membuat keputusan, memilih, menilai,

ketepatan. mempertimbang, menentukan, membincangkan,
mengesahkan, memberi pendapat,memberi
justifikasi..

Menganalisis membezakan, menghubungkan, mengasingkan,
Soalan atau aktiviti untuk menguji mengkritik, mengkategorikan, membuktikan,
menyimpulkan, menerangkan, mengesan,

pelajar untuk menganalisis pertalian memeriksa, menguji, membanding, membezakan,
antara ideas, mencari persamaan dan menyiasat, melaksanakan, memisahkan,
perbezaan pendapat,andaian, rumusan, mencerakinkan, memaparkan,menganalisis

memecahkan kepada sesuatu bahagian
dan hubungkait antara bahagian.

Pengunaan/Aplikasi menyelesaikan, membina, mengira,
Menggunakan apa yang telah diingat dan melakar,melaksana, memeriksa, melukis,
difahami kepada situasi tertentu . Soalan mengelaskan, menyelesaikan, menunjuk,
atau aktiviti aras penggunaan biasanya menggunakan, menyesuaikan, melengkapkan,
dalam bentuk situasi masalah/applied mengambarkan , melaksanakan, hubungkan,
context. menyediakan, membuat,mengemukakan..
menerangkan, menjelaskan, merumuskan,
Memahami menukarkan, meramalkan, menterjemahkan,
Soalan atau aktiviti yang memerlukan membandingkan, menganggarkan.
pelajar memahami tentang sesuatu
perkara dan menguji kebolehan pelajar
memahami dari maklumat lisan, tulisan ,

10

grafik. Bentuk menguji kefahaman

menyatakan semula, menterjemahkan,

mentafsirkan,mengklasifikasi,

menyimpulkan, membandingkan.

Mengingat mengenalpasti, menyatakan, mendefinasikan, ,

Menguji pelajar mengingati sesuatu menamakan, meyenaraikan, pilihkan,

kembali, mengenalpasti,memanggil

semula pengetahuan yang telah

dipelajari at

Rajah 6

CIRI – CIRI ITEM YANG BAIK

Ujian yang berkualiti merupakan satu instrument yang mengukur apa yang perlu diukur pada
yang tinggi dan untuk kumpulan sasaran. Aspek yang hendak diutamakan ialah kesahan dan
kebolehpercayaan.

Kesahan

Kesahan menjelaskan ketepatan alat pengukuran untuk mengukjur apa yang harus diukur.
Kesesahan kandungan merujuk kepada keupayaan ujian mengukur pengetahuan, kemahiran
dan kebolehan yang patut diuji. Jadi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) menjadi panduan untuk
membina soalan darisegi objektif pengajaran, isi kendungan dan aras kesukran.

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan menjelaskan ketekalan sesuatu alat mengukur apa yang harus diukur ia iitu
merujuk ketekalan skor. Kepercayaan skor berkait rapat dengan instrument penilaian yang
digunakan.

11

Panduan Aspek Teknikal

A. Font dan Saiz

Penulisan soalan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris hendaklah menggunakan font Arial
saiz 11. Bahasa Arab font Tradional Arabic saiz 18. Bahasa Melayu jawi font jawi biasa saiz 18.
Bahasa cina font Ti saiz 12 dan bahasa Tamil font Murasu inaimathy saiz 11.

B. Soalan esei hendaklah yang ada perkataan kah diakhiri dengan tanda soal (?)

Contoh:

1. Mengapakah murid perlu dilayan secara adil?

2. Bagaimanakah pihak pengurusan sekolah mengatasi masalah ketidakhadiran ke
sekolah dalam kalangan murid – murid orang asli?

c. Soalan yang bentuk pernyataan lengkap hendaklah berakhir dengan noktah.

Contoh:
2. Murid – murid bermasalah pendengaran yang menggunakan amplifikasi memerlukan

bilik akustik yang sesuai di dalam bilik darjah supaya pembelajaran mereka lebih
berkesan.

Bincangkan sejauhmanakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas.

D. Soalan yang pernyataan yang tidak lengkap diakhiri dengan tanda, sebarang
tanda bacaan.

E. Letakkan ransangan seperti petikan, rajah, jadual, petikan sebelum pokok soalan.
Soalan dengan ransangan hendak dimulakan dengan para baru.

Contoh:

3 Untuk menjayakan aspirasi Wawasan 2020, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif
untuk menggalakan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum
dengan cara memperkenalkan Sekolah Wawasan.

Jelaskan lima ciri Sekolah Wawasan yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.

F. Arahan jumlah markah

1 fakta/isi sahaja= 1 markah

1fakta/isi + huraian = 2 markah

4 fakta/isi + huraian = 4 X 2 markah = 8 markah

Jumlah = 8 markah
12

HURAIAN KATAKERJA

BIL KATA ARAHAN RESPON YANG DIHARAPKAN

TUGASAN

1 Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek
Analisiskan
atau perkara yang dikomunikasikan.

2. Memberi nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan

Anggarkan keadaan yang ditetapkan dengan menggunakan ciri-

ciri suatu pengetahuan tertentu.

3. Apakah Memberi maklumat yang khusus atau spesifik.

4. Memperihalkan/memberi penerangan tentang
Bagaimanakah cara/keadaan/langkah/kejadian.

5. Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua
Bandingkan atau lebih perkara.

6. Berapakah Memberi kuantiti

7. Menyatakan kelainana/ketidak samaan antara dua
Bezakan atau lebih perkara.

8. Bilakah Menyatakan masa atau waktu.

9. Membuat sesuatu menggunakan kaedah atau alat
Binakan tertentu.

10. Bincangkan Memberi penerangan daripada pelbagai aspek.

11. Menyatakan kebenaran dengan
Buktikan dalil/contoh/fakta/huraian.

12. Memberi pandangan/idea/pendapat/dengan
Cadangkan mempertimbangkan perkara positif atau negative.

13. Carikan Memberi nilai tanpa atau dengan hitungan ringkas.

14. Cerakinkan Menghuraikan sesuatu kepada bahagian.

15. Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang

Definisikan makna sesuatu perkataan khusus, istilah atau

terminalogi.

16. Memberi penerangan/pernyataan dengan menumpu
Fokuskan kepada sesuatu aspek tertentu.

13

17. Memberikan penerangan dengan menggunakan
Gambar kisahkan gambar rajah.

18. Hitungkan Memberikan jawapan dengan kaedah pengiraan.

19. Membuat sesuatu pertalian berdasarkan beberapa
Hubung kaitkan cirri atau faktor.

20. Memperihalkan/ menceritakan sesuatu dengan
Huraikan panjang lebar/ terperinci secara teratur.

21. Ilustrasikan Menjelaskan dengan contoh/gambar rajah/ rajah

22. Memberikan maklumat atau makna lain bagi sesuatu
interpretasikan komunikasi.

23. Memberi penerangan tentang sesuatu supaya mudah
Jelaskan
difahami.

24. Mengelompokkan sesuatu berdasarkan kriteria atau
Kelaskan ciri tertentu.

25. Memberi pendapat sama ada menyokong atau
Kemukakan membangkang.

26. Memberi petunjuk atau makluman terhadap sesuatu

Kenal pastikan benda atau pernyataan yang dikenali atau dicam

dengan jelas.

27. Menandakan dan / atau memberikan panggilan yang

Labelkan spesifik terhadap sesuatu rujukan pada gambar rajah,

graf, carta, ilustrasi dan sebagainya.

28. Melukis dengan garisan/ corengan / coretan pada
Lorekkan kawasan atau ruangan tertentu.

29. Memberikan persembahan berbentuk grafik/ rajah/

Lukiskan gambar rajah/ graf bagi menggambarkan sesuatu
benda atau perkara dengan menggunakan alat dan

mengikut ukuran atau skala tertentu.

30. Mengemukakan pernyataan yang boleh diuji akan
Membuat hipotesis kesahihannya.

31. Mengapakah Memberi sebab atau alas an.

14

32. Memberikan panggilan yang spesifik terhadap
Namakan sesuatu benda/ istilah / terminology / proses.

33. Memberikan jawapan yang spesifik tanpa memerlukan
Nyatakan
penerangan lanjutan / huraian / sokongan.

34. Membuat sesuatu berdasarkan apa yang telah
Organisasikan dirancangkan.

35. Menunjukkan persembahan terhadap penguasaan
Pamerkan suatu perkara.

36. Membuat pemeringkatan beberapa perkara mengikut
Peringkatkan
aras / tahap tertentu.

37. Memberikan suatu nilai yang dijangkakan
Ramalkan berdasarkan pola atau corak tertentu.

38. Membuat garis kasar, plan tindakan dan
Reka bentukkan melaksanakan sebagaimana perancangan.

39. Mencatatkan dapatan kajian / eksperimen /
Rekodkan pemerhatian mengikut format.

40. Memberi penerangan yang lebih padat daripada

Ringkaskan pernyataan asalnya dengan mengekalkan kandungan

utama pernyataan asal itu.

41. Membuat sesuatu kesimpulan dengan
Rumuskan mempertimbangkan beberapa perkara.

42. Memberi pandangan / idea / pendapat dengan
Sarankan mempertimbangkan perkara positif atau negatif.

43. Membuat sesuatu keputusan untuk mengatasi
Selesaikan sesuatu masalah.

44. Memberikan beberapa fakta, ciri, konsep, prinsip, teori

Senaraikan dan sebagainya secara spesifik / berbentuk poin
tanpa memberi hubungan, perkaitan atau penerangan

lanjutan bagi setiap satunya.

45. Siapakah Mengenalpasti individu dalam konteks tertentu.

46. Membuat sesuatu urutan dengan menggunakan
Susunkan kaedah atau prinsip tertentu.

15

47. Memberi pandangan / idea / pendapat dengan
Syorkan mempertimbangkan perkara positif atau negatif.

48. Tafsirkan Menerangkan maksudkan ayat dnegan terperinci.

49. Membuat sesuatu keputusan selepas mengambil kira
Tentukan
beberapa perkara sebagai asa pertimbangan.

50. Menyatakan kebenaran / ketetapan sesuatu dengan
Tentusahkan memberi bukti.

51. Menyatakan fakta dengan sokongan atau
Terangkan menjelaskan sesuatu dengan sebab.

52. Menukarkan suatu bentuk komunikasi kepada suatu

Terjemahkan bentuk bentuk komunikasi lain tanpa mengubah dan

memperihalkan makna komunikasi tersebut.

53. Tuliskan Memberi maklumat yang khusus / spesifik.

54. Membuat sesuatu perubahan dengan menggunakan
Ubahsuaikan kaedah atau prinsip tertentu.

55. Memberi kuantiti dengan unit yang boleh diperoleh
Ukurkan daripada sesuatu alat pengukur.

56. Ulaskan Memberi pandangan / pendapat / komen / kritik

57. Membuat pertimbangan terhadap sesuatu dengan
Wajarkan mengambil kira kebaikan dan keburukannya.

16

Bahan Bacaan

1. Buku Panduan Penggubalan kertas peperiksaan .Institut Pendidikan Guru Malaysia KPM (2014)
2. Taksonomi Bloom. Dewan Bahasa dan Pustaka.(1990)
3. Anderson, L,W, & krathwohl D.R.(2001). A taxsonomi for learning, teaching and assessing: A
revision of Taxonomy of Educational objektif, Longman.
4. Bengkel Pembinaan Item Ujian Objektif & Esei:( 2008)IPSM Besut
4. http//id.wikipedia.org/wiki/taksonomi/bloom
5. http://w.w.w. scribd.com/doc/242116207/kognitif Bloom Question
6. http://www.nwlink..com/donclark/hrd/bloom.html
7.(Bloom Taxonomy Revised)-atContent

17

18

Perbandingan Taksonomi Bloom (1956) dengan Taksonomi Semak Semula ( Anderson &
Krathwohl,2001)

1

Taksonomi Bloom Taksonomi Bloom Semak Semula
1. Pengetahuan
1. Mengingati
1.1 Pengetahuan tentang perkara khusus Memanggil pengetahuan yang relevan dari
istilah/terminology dan fakta memori jangka panjang melalui mendapatkan
semula, memanggil semula,mengenalpasti
1.2 Pengetahuan tentang cara dan (Retrieving,recalling,or recognizing)

sarana perkara – perkara khusus spt
kebiasaan, ,kategori,kriteria,metodologi,

urutan,klasifikasi,

1.3 Pengetahuan tentang umum/universal :

prinsip generalisasi,teori dan struktur

2. Pemahaman 2. Memahami
2.1 Terjemahan
2.2 Intepretasi Membina makna dari maklumat lisan, tulisan, grafik
2.3 Ekstrapolasi melalui mentafsirkan, mencontohkan,
mengklasifikasi, merangkum, menyimpulkan,
3. Aplikasi membandingkan, dan
3.1 situasi biasa menjelaskan.(interpreting,exemplifying,
3.2 situasi baru classifying,summarizing,inferring,comparing and
explaining)

3.Mengaplikasi

Melaksanakan atau menggunakan procedure
dalam situasi tertentu spt menjalankan atau
melaksanakan. ( executing or implementing)

4. Analisis 4. Menganalisis
4.1 Analisis unsur – unsur/bahagian
4.2 Analisi saling hubungan Memecahkan bahan kpd bahagian kecil, hubungan
4.3 Analisi prinsip – prinsip organisasi bahagian – bahagian kecil berkaitan atau saling
berhubungan secara keseluruhan spt membezakan,
mengorganisasi, mengaitkan .( differentiating,
organizing, attributing)

5. Sintesis 5. Menilai

2

5.1 Kebolehan menghasilkan komunikasi Membuat penghakiman berdasarkan kriteria dan
yang jelas standard/piawaian melalui memeriksa/semakan
dan mengkiritik. ( checking and critiquing)
5.2 Kebolahan menghasilkan recana dan
kegiatan 6. Mencipta
Menyatukan elemen/bahagian untuk membentuk
5.3 Kebolehan mentejemahan hubungan sesuatu yang berkait atau berfungsi atau membuat
abstrak. sesuatu yang baru/original melalui membangunkan,
merencanakan, membuat. ( generating, planning or
6. Penilaian producing)

6.1 Menilai dengan dalaman

6.2 Menilai dengan luaran

3

BUKU
PANDUAN

2019







ARAS KEMAHIRAN D

Penilaian

Sistesis
Analisis
Aplikasi
Kefahaman
Pengetahuan

TAXANOMY BLOOM (1956)

DOMAIN KOGNITIF

Mencipta

Menilai

Menganalisis

Mengaplikasi
Memahami
Mengingati

TAXANOMY BLOOM (2001)





CONTOH KATA KERJA DOMA

AIN KOGNITIF

C3- Applying
Demonstrate competency in listening to discuss
seminars. ( C3)

 1. Read the text below and answer the ques

 In a presentation seminar, two trainee teachers
speaker, however they interpreted the message in
obvious that the speaker delivered unorganized
obtained by the trainee teachers was incomplete.

 Based on the issues above, as a trainee
Education, describe how you are going to
comprehensive listening skill learnt. The answe

sion, lectures and

stions
s listened to the same message by the
n different ways. Apart from that, it was
d contents. As a result, the contents

teacher of the Institute of Teacher
solve those issues by using the
er should consist of 400 to 450 words.

 [20 marks]

 SOALAN DELIMIT



DELIMIT SOALAN - C5: EVALUAT

CLO:
Present opinions on issues pertaining to language
variety of sources either individually or in groups.
CS3, TS2, LL1)

Question

1. Evaluate issues pertaining to language, culture and society
based on a variety of sources.

\
The impacts of ICT in English teaching and learning process
can be analyzed through English four skills. In fact, the
impact of ICT on language use could be seen in our
everyday communication.

2. Do you agree with the statement?
Evaluate your answer by providing relevant justifications.

TING

e, culture and society based on a
. (C5, A2, PLO4, PLO5, PLO6, CS1,

Justification

kurang berkesan
Fokus Umum

**C1/C2-cungkil idea byk (KBAR)-dlm
kelas
Cth: Senaraikan

Jelaskan
Lebih berkesan (delimit, lebih fokus,)

**Uji aras pemikiran pelajar (KBAT)
C1/C2-Uji pengetahuan
C3 - Uji kemahiran
C4-C6 – Uji kebolehan

DELIMIT SOALAN - C5: EVALUAT

Present opinions on issues pertaining to language, c
variety of sources either individually or in groups. (
CS1, CS3, TS2, LL1)

Question

3. Discuss how the English Language has been affected by the IC
integration in our daily communication.

4. Give your viewpoint on to what extend morphology, syntax an
semantic of the English Language has been affected by the ICT
integration in our daily communication.

5. Give your verification to what extend morphology, syntax and
semantic of the English Language has been affected by the ICT
integration in formal communication such as seminar, meeting o
presentation.

TING

culture and society based on a
(C5, A2, PLO4, PLO5, PLO6,

Justification

CT
Lebih berkesan (delimit, lebih
fokus,)

nd
Lebih berkesan (delimit, lebih
fokus,)

d Lebih berkesan (delimit, lebih
fokus,)

or

DELIMIT SOALAN - C5: EVALUAT

Present opinions on issues pertaining to language,
variety of sources either individually or in groups
CS1, CS3, TS2, LL1)

Question

6. Discuss to what extend morphology, syntax and semantic of t
English Language has been affected by the ICT integration of Soc
Media in formal communication such as seminar, meeting or
presentation.

7. Discuss to what extend morphology, syntax and semantic of t
English Language has been affected by the ICT integration of Soc
Media (Youtube , Facebook etc.) in formal communication such a
seminar, meeting or presentation.

TING

culture and society based on a
s. (C5, A2, PLO4, PLO5, PLO6,

Justification
the Lebih berkesan (delimit, lebih
cial fokus dan konteks)

the Lebih berkesan (delimit, lebih
cial fokus dan konteks)
as


Click to View FlipBook Version