KAJIAN 8 BUAH NOVEL
TINGKATAN 4 DAN 5
4 ZON DI MALAYSIA
NAMA: DANIA ALYSSA BINTI MIOR AMRIN SHAH
NO. MAKTAB: PB190140
HOMEROOM: USTAZAH ZULAIKHA
NAMA GURU: PUAN SITI NOR HARYANI BINTI CHE NORDIN
1
Isi Kandungan m/s
5
Bil. Butiran
1 Penghargaan 6
2 Leftenan Adnan Wira Bangsa 6
7
- Pengenalan 8
- Biografi penulis 22
- Sinopsis keseluruhan 23
- Sinopsis setiap bab 23
- Kekuatan
- Kelemahan 24
- Cadangan penambahbaikan 24
3 Di Sebalik Dinara 25
- Pengenalan 26
- Biografi penulis 32
- Sinopsis keseluruhan 33
- Sinopsis setiap bab 34
- Kekuatan
- Kelemahan 35
- Cadangan penambahbaikan 35
4 Jendela Menghadap Jalan 36
- Pengenalan 38
- Biografi penulis 48
- Sinopsis keseluruhan 49
- Sinopsis setiap bab 50
- Kekuatan
- Kelemahan 51
- Cadangan penambahbaikan 51
5 Pantai Kasih
- Pengenalan
- Biografi penulis
2
- Sinopsis keseluruhan 52
- Sinopsis setiap bab 53
- Kekuatan 59
- Kelemahan 60
- Cadangan penambahbaikan 61
6 Songket Berbenang Emas 62
- Pengenalan 62
- Biografi penulis 63
- Sinopsis keseluruhan 65
- Sinopsis setiap bab 74
- Kekuatan 75
- Kelemahan 76
- Cadangan penambahbaikan
77
7 Tirani 77
- Pengenalan 78
- Biografi penulis 79
- Sinopsis keseluruhan 96
- Sinopsis setiap bab 97
- Kekuatan 98
- Kelemahan
- Cadangan penambahbaikan 99
99
8 Bimasakti Menari 100
- Pengenalan 101
- Biografi penulis 113
- Sinopsis keseluruhan 114
- Sinopsis setiap bab 115
- Kekuatan
- Kelemahan 116
- Cadangan penambahbaikan
9 Silir Daksina
- Pengenalan
3
- Biografi penulis 116
- Sinopsis keseluruhan 117
- Sinopsis setiap bab 121
- Kekuatan 132
- Kelemahan 133
- Cadangan penambahbaikan 134
135
10 Rujukan
4
Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru mata pelajaran Bahasa
Melayu Tingkatan Empat, Puan Siti Nor Haryani binti Che Nordin atas tunjuk ajar dan
bantuan beliau bagi saya menyiapkan folio ini. Beliau juga telah memberikan sepenuh
perhatian sepanjang tempoh saya menyiapkan folio ini. Semangat beliau amatlah saya hargai.
Ucapan yang sama ditujukan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Mior Amrin Shah bin
Mior Arip dan Puan Kartini binti Hassim atas sokongan dan dorongan mereka sehingga saya
berjaya menyiapkan folio ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan saya serta semua pihak yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh saya menyiapkan
folio ini. Mereka telah membantu saya dan mengorbankan masa serta tenaga tanpa meminta
sumbangan. Kerjasama ibu bapa dan rakan-rakan amatlah dihargai.
5
Leftenan Adnan Wira Bangsa – Abdul Latip bin Talib
Pengenalan
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu
menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat
di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai
Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke
Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu
yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama
42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang
terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya penulis
novel sejarah prolifik Abdul Latip Talib, memaparkan kisah
serangan terakhir askar Jepun di Singapura serta keberanian dan
keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke
hujung nyawa.
Biografi penulis
Abdul Latip bin Talib dilahirkan di Kampung Ulu Seperi
Rembau Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954, pernah bekerja
sebagai pegawai ladang FELCRA selama 20 tahun dan kini
menjadi penulis sepenuh masa.
Beliau menulis dalam pelbagai genre seperti sajak, cerpen,
rencana, drama TV dan novel. Sehingga kini telah menghasilkan
20 buah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa serta 27 buah
novel sejarah. Sejak tahun 2007 menumpukan penulisan novel
sejarah dengan PTS. Antara karya yang telah diterbitkan
Salahudin Penakluk Jerusalem 2007, Menang atau Syahid 2007,
Abu Bakar Sahabat Sejati 2008, Leftenan Adnan Wira bangsa
2008 dan lain-lain lagi.
6
Sinopsis keseluruhan
Askar Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun. Namun
begitu, pada hari yang ketiga, Askar Melayu yang sedang bertempur diarahkan supaya
berundur. Askar Jepun akhirnya berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur.
Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis serangan
askar Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan bahawa tentera Jepun akan mendarat di
Kota Bharu, Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai. British juga
menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince of Wales dan Repulse untuk
mempertahankan Tanah Melayu. Malangnya, kedua-dua buah kapal perang kebanggaan
British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan serangan
kamikaze. Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan British sekali
gus melemahkan moral dan semangat askarnya.
Pihak Inggeris percaya bahawa kubu pertahanannya di Singapura kebal. Malah Inggeris
yakin bahawa kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh askar Jepun. Dalam
pertempuran di Kelantan dan di Singapura, askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152 orang askar Melayu, termasuk 7 orang
pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai
askar Melayu yang terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi. Beliau bersama-
sama 42 orang anggotanya telah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Pada 15
Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran yang
hebat. Akhirnya, British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
7
Sinopsis setiap bab
Bab 1: Darah Pahlawan
Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang sulung
bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah. Tiga
beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga
memiliki darah pahlawan lantaran moyangnya pernah membantu Dol Said menentang
Inggeris di Naning. Namun begitu, Pak Saidi tidak suka menghebahkan cerita itu kerana
sentimen ‘siapa yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah
(British) tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar
sebanyak-banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.
Bab 2: Kampung Sungai Ramal
Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung
Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di
kampung menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun
sedang menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala
rumah pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan
sering membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah. Selepas tersedar, Adnan terus ke kebun
getah membantu ayahnya. Setelah solat Zohor gilirannya pula turun ke sawah.
Bab 3: Harapan Seorang Ayah
Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi
loceng basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-
anaknya yang sedang berlatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan
membawakan minuman, kemudiannya dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya.
Mereka gemar bermain perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana
sikapnya tidak mahu mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan
tanggungjawab walau ketika membantunya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-
anaknya tidak pernah dikecewakan. Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan
meminta ayahnya membuat senapang kayu pula.
8
Bab 4: Dusun Durian Di Tanah Perkuburan
Adnan menemani Pak Saidi ke dusun durian berhampiran tanah perkuburan. Pak Saidi yang
mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi tanah perkuburan, kerana itulah dusun
itu bersebelahan dengannya. Sikap Pak Saidi yang dermawan menyebabkan orang kampung
menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu menyedekahkan buah-buahan
kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan bahawa asal usul dia dan ibu Adnan dari
Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol Said
Pahlawan Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak
memandang serong. Pak Said menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan
baik sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan bagaimana
British boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu menentang
penjajahan British bukan melalui senjata tetapi melalui politik.
Bab 5: Harapan Seorang Ibu
Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula
Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adanan menyatakan
hasrat untuk mulai bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya, Milah tidak bersetuju
jika Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak
Saidi berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding
sekolah agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan
orang kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi
menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris.
Pak Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada
ketiga-tiga orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya
akur dengan kehendak Pak Saidi.
Bab 6: Guru Besar Steward
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung
yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun
Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran.
Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke
sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah.
Syarat memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi. Walaupun sudah
9
bersekolah di sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada
waktu malam agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan
berharap anak-anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-
anaknya supaya tidak mempedulikan apa-apa yang dikatakan oleh orang lain.
Bab 7: Mereka Tidak Mengerti
Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya
di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan
Pak Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak
menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka
masih berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik
sebaliknya anak Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk
kampung. Abu berasa marah dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak
Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak
Saidi.
Bab 8: Seteguh Karang
Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan
getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil
tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi
tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak
melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak
bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa
yang berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia
marah dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal
anak-anak Karim yang perempuan semuanya tidak mampu untuk berjaya sebaliknya di
tangan merekalah nanti negara akan lebih maju. Petang itu, rumah Pak Saidi dikunjungi oleh
Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia
menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga
akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya
mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.
10
Bab 9: Anak-Anak Kampung
Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. Adnan
menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa
Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah
Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia lupa agama dan tidak
berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi malamnya dia tetap belajar
mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang cita-cita
apabila besar nanti. Adnan mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan negara
daripada serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak
dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupun
ada seorang yang mengena belutinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak
Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia memberitahu isterinya
mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada malam tempoh hari dan dibaling
beluti oleh Adnan. Di sekolah, Adnan mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta
pendirian yang tetap untuk menjadi askar seperti yang dinyatakannya kepada Cikgu
Anderson.
Bab 10: Masuk Jawi Basikal Baharu
Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk
Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari
luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu
apabila dia selesai berkhatan. Dia bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Kira-
kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari yang dijanjikan, ayahnya
membawa pulang sebuah basikal baharu.
Bab 11: Yakin Boleh
Pak Saidi menanyakan Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia
seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya, Cikgu Nazri memulakan perhimpunan
pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya
Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak
berminat kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan
Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh
11
Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat
Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan
semangat kepada Adnan dan bertambahlah berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji
akan hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara, Ah Chong
mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.
Bab 12: Jaguh Kampung
Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan
pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas
hati. Mereka mencadangkan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan
jaguh Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh
anak-anak muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab.
Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan
berdamai kerana beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan
mengikut peraturan. Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa
Budin dan Adnan bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin
pulang ke rumah setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan
menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih
mendengar pesan ayahnya.
Bab 13: Darah Muda
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di sekolah
Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi
seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil
Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya
semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula, pada
masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama
dalam kalangan guru-guru.
Bab 14: Askar Melayu Diraja
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-
anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi
tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera
British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk
12
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan
ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi
guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak
Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.
Bab 15: Buku Bertemu Ruas
Adnan bersama beberapa orang rakannya nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem
latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka cuma berjalan kaki dan menumpang lori barang
dari Kajang ke Seremban dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi
tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.
Bab 16: Perwira
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan
mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan
kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan
seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling
menggembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah
dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke
Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti
selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu
rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.
Bab 17: Kehidupan Baharu
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan
pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih
menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan
dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi
dari London, dia berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama Sophia Pakih
Muda.
Bab 18: Berhari Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga
orang anak; dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Namun, bayi
perempuan tersebut meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Leftenan Adnan Saidi
13
ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di
rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar
Melayu. Mereka hidup bahagia.
Bab 19: Perang Dunia Kedua
Apabila berlaku Perang Dunia II dan Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu,
Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini
merupakan masa yang getir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang
mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.
Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung.
Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengaturkan persiapan. Askar Melayu dan tentera
British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi.
Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.
Bab 20: Bukit Candu
Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama, Pasir
Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka
mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa
British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang
Candu kepunyaan Inggeris. Mereka pun bergegas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut
merupakan kawasan yang penting. Terdapat penduduk kampung yang tidak mahu berpindah.
Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan,
Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk yang enggan
berpindah. Mereka tidak berjaya mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh
dibuat ialah memperketatkan kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung.
Adnan gembira apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua
ahli keluarganya dalam keadaan selamat. Sebenarnya askar British, Nepal dan India juga
tidak berminat untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang
harus mempertahankan tanah air.
Bab 21: Di Ambang Perang
Sabtu, 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir
Thomas Philips, askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan
serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit.
14
Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura. Cadangan
Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau,
dapatlah pihak British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi
mereka. Akhirnya penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan
diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Dalam keadaan yang genting itu, dua
lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan
pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut berjaya ditangkap. Rupa-rupanya,
mereka hendak mencuri dan salah seorangnya ialah Samad.
Bab 22: Hati-hati yang Resah
Pagi itu, Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pangkalan
tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan
diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya,
Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhirnya
Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan penampakan tiga buah kapal di lautan yang
dipantaunya. Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila
cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi angkatan tentera
Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan.
Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di
Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang sama,
Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan gelisah.
Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut akan kehilangan Adnan.
Bab 23: Bermulanya Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan
menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau
penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita
mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada
takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam
angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu.
Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya
tetap risau sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada
15
adik-adiknya sambil memberi kata-kata perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh
demi tanah air.
Bab 24: Perangkap Tidak Mengena
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh
pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil
sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut. Telah jelaslah bahawa tentera Jepun sudah
memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan
unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi
suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka
menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan
berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat di pantai dan membunuh banyak askar
Jepun termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya
menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai
Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak
dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai,
separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga
tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit
pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai
tempat mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya
menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran
ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan
meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja
kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan membolosi
kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat
dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.
Bab 25: Gagalnya Operasi Matador
Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pangkalan Tentera
British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara
di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan
Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang
dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat, akhirnya tentera Jepun sudah pun
mendarat di Kota Bharu, namun tersekat di Sungai Kelantan kerana kubu tentera British di
16
situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan.
Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta
Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak
musuh tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya, tentera Jepun
berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun menempatkan askarnya di
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun
dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang merupakan kapal
Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan
tentera British di Butterworth, Kuantan, Alor Setar dan Sungai Petani.
Bab 26 : Serangan Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam
masa yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebanggaan
British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke
Kelantan. Walau bagaimanapun, pergerakan kapal perang itu berjaya dikesan oleh pihak
Jepun. Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua
buah kapal perang British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British berjaya
ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival
memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan tentera Jepun di Changlun. Tentera
Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyerang tentera Punjab.
Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom
Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Namun, mereka tersalah sasar dengan
membuat serangan terhadap kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke
Jitra. Mereka menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan
kepada tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan
Gurkha. Walau bagaimanapun, tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah
mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut
tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.
Bab 27 : Perancangan Dua Jeneral
31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gempar dengan kehadiran ramai tentera Jepun.
Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-
17
mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu
persatu negeri di Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang
selama ini dianggap paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di
Timur Jauh, Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan
Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah
Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah
Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad
dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari
maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix
dan Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa
kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.
Bab 28 : Pertempuran Demi Pertempuran
3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral
Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian
utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya
memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan artileri
Jepun pula menyerang Pangkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas
tentera Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara
Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa
memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah
pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen
Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang
masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan
anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Walaupun anggota
pasukannya tidak ramai, dia tetap percaya bahawa hanya dengan semangat juang yang tinggi
mampu memberikan tentangan sengit kepada musuh.
Bab 29 : Terus Berjuang
Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pangkalan. Petang itu,
Penghulu Deraman daripada pengawal kampung datang bertemu Leftenan Adnan untuk
menyatakan persediaan mereka membantu pasukan askar Melayu menentang tentera Jepun.
Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah pengintip Jepun
dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Penghulu Deraman berjaya
18
mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam keesokannya, mereka berjaya
dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati ditembak askar
Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera Jepun menambahkan kebimbangan
Jeneral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan menggunakan kereta
kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu. Setelah beberapa buah
kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun berundur semula ke Jurong.
Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu menggusarkan Leftenan
Adnan. Apatah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar Melayu mempertahankan
Pasir Panjang.
Bab 30 : Serangan Balas
Askar Melayu keletihan kerana tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat
Subuh, mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar
apabila dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan
anggotanya bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap
tidak mahu berundur diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran
berlaku antara kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu
mempertahankan Bukit Candu. Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar
Melayu lebih komited dan berani. Namun tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini
menimbulkan kemarahan tentera Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan
anggota Leftenan Adnan hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang
Bukit Candu akan diserang. Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh
yang ditawan. Adnan tidak sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu.
Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun
banyak kehilangan nyawa.
Bab 31 : Biar Putih Tulang
Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut
hingga musnah. Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera
Jepun sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah
tiba-tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian, kapal
terbang Jepun menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di
Bukit Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan
semakin genting kerana musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan
19
akhirnya meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak
serancak mula-mula tadi. Adnan memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah.
Penghulu Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan
sebagaimana janjinya.
Bab 32 : Tumpah Darah Perwira
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk
bom tangan dan senjata automatik. Leftenan Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan
jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan
menggunakan bayonet. Tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam
pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan
berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah
terakhir. Keberaniannya menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan
bersungguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang musuh
sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan
guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah
itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun
kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu.
Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang
tergantung pada pokok tersebut dengan boyonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.
Bab 33 : Jatuhnya Kota Singa
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah,
Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit
Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya.
Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan
ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga
terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya.
Koperal Yaakob pun menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga ke
titisan darah terakhir. Kemudian, penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat askar
Melayu lalu mengebumikannya.
Bab 34 : Darah Mengalir di Sungai Ramal
20
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang.
Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak
akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan.
Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang
tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang
pendudukan Jepun di tanah Melayu
Bab 35 : Perjuangan Belum Berakhir
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah
pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan
Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat
terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-
anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak
perempuannya, Fatimah akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah
kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan
kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia
bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah
Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di
sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan
Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri
yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia
disahkan menghidap penyakit leukimia.
21
Kekuatan
Antara kekuatan novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah hubungan kekeluargaan yang
erat seperti yang ditonjolkan penulis. Keluarga Leftenan Adnan saling menyayangi dan
mengambil berat antara satu sama lain. Sebagai contoh, Pak Saidi sanggup mengayuh basikal
menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal demi mendapatkan
pendidikan yang sempurna, Sophia yang begitu takut akan kehilangan Leftenan Adnan dalam
peperangan dan Leftenan Adnan yang sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil
memberi kata-kata perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air tercinta.
Selain itu, penulis Abdul Latip bin Talib turut menyemarakkan semangat patriorisme. Hal
ini dapat dilihat menerusi semangat kepahlawanan Leftenan Adnan dan rakan-rakan
seperjuangannya menentang tentera Jepun sehingga titisan darah terakhir. Sebagai contoh,
Leftenan Adnan tetap tidak mahu berundur daripada mempertahankan Pasir Panjang biarpun
tentera Jepun melancarkan pengeboman dari udara, Leftenan Adnan yang cedera parah tetapi
masih berentap serta memberi semangat kepada para tenteranya untuk terus berjuang, dan
kematian beliau, Kapten Rix, Koperal Senin dan Lans Koperal Yusof yang dibunuh oleh
tentera Jepun ketika berperang.
Seterusnya, pembaca dapat melihat sikap keterbukaan watak dan tidak berfikiran sempit.
Hal ini dapat dilihat menerusi watak Pak Saidi, bapa kepada Leftenan Adnan. Sebagai
contoh, Pak Saidi tetap menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris biarpun ditentang oleh
penduduk kampung yang menganggap bahawa kononnya akan menjadi murtad apabila
belajar di sana. Namun, Pak Saidi berpendapat bahawa belajar di sekolah Inggeris dapat
mempelajari pelbagai ilmu berbanding di sekolah agama ataupun sekolah Melayu di samping
mendapat pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris.
Selanjutnya, tidak dapat dinafikan bahawa plot cerita novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
sangat teratur. Pembaca dapat menyelami sendiri kisah kehidupan Leftenan Adnan daripada
kecil sehingga ke saat-saat terakhir hidupnya. Dengan ini, pembaca akan lebih memahami
asal usul semangat perwiraan yang dimiliki oleh Adnan dan perkaitannya dengan kisah-kisah
peperangan Leftenan Adnan.
Akhir sekali, novel ini memberikan pengajaran yang sangat menarik kepada pembaca.
Novel ini berjaya membuka mata pembaca bahawa sifat keberanian yang dimiliki seseorang
sangat memberikan impak positif bukan sahaja kepada dirinya malah terhadap orang
22
sekeliling juga. Keberanian Leftenan Adnan dalam berjuang mempertahankan negara
menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun.
Kelemahan
Antara kelemahan yang terkandung dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah plot
penceritaan yang terlalu panjang lantaran bergenre fakta. Hal ini mengakibatkan pembaca
kurang memberi tumpuan dan berasa bosan.
Selain itu, terdapat beberapa peristiwa yang agak tidak bersesuaian untuk bacaan bawah
umur. Contohnya, detik-detik kematian Leftenan Adnan yang dibunuh oleh tentera Jepun
diceritakan dengan terperinci boleh menyebabkan pembaca berasa kurang selesa dan mual.
Seterusnya, kelemahan pihak tentera Jepun dalam menyusun strategi peperangan.
Penyamaran pengintip mereka yang sudah terbongkar mengakibatkan tentera Melayu
bergerak sedikit jauh ke hadapan.
Cadangan penambahbaikan
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan kepada novel Leftenan Adnan
Wira Bangsa ini ialah memendekkan jalan cerita. Penceritaan tentang peperangan tidak
perlulah dijelaskan secara terperinci kerana pada akhirnya ianya hanya akan mengelirukan
pembaca untuk membuat gambaran di minda.
Selain itu, penulis perlu mengurangkan atau memansuhkan beberapa peristiwa yang tidak
bersesuaian dengan pembaca bawah umur. Hal ini dikhuatiri membayangi pemikiran
membaca justeru mengakibatkan ketidakselesaan pembaca terhadap novel ini.
Seterusnya, pihak-pihak peperangan hendaklah menyusun strategi dengan lebih terancang
untuk memenangi sesebuah peperangan. Penyusunan taktik yang teratur dari segi
komunikasi, penggunaan alatan, penyamaran dan penyerangan amatlah membantu ketika
berperang.
23
Di Sebalik Dinara – Dayang Noor
Pengenalan
Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan
sains dan teknologi. Pada awalnya Karl dapat menerima
Medina/Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila
dia berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula
merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn
dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila.
Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap
meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia
meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan
virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh
Karl iaitu Dinara.
Biografi penulis
Noor Aziza Sulaiman, lahir pada 1974 di Pahang, Malaysia ialah
seorang penulis novel Bahasa Melayu sambilan. Beliau memiliki
ijazah dalam Kejuruteraan Elektronik dan Komputer dan kini
bekerja sebagai Eksekutif IT dengan salah satu syarikat integrasi
sistem IT terbesar di Selangor, Malaysia. Beliau telah menulis 2
novel fiksyen pulpa dalam bahasa Melayu – Jerat (2011) dan
Hilang (2012). Beliau menetap di Selangor, Malaysia bersama
suaminya dan 3 orang anak lelaki.
24
Sinopsis keseluruhan
Novel ini berkisar tentang seorang gadis genius bernama Farisha. Farisha mula mengenali
Aqram dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Senai ke Kuala Lumpur. Selepas itu,
Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada Farisha dan Rosman ketika mereka bertemu
dengan Aqram dalam The 3rd Malaysia Computer Security Symposium. Setelah bersetuju,
Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman dengan Dr. Maxi yang dibantu oleh Aqram,
Khairul Anwar, dan Alia. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman
untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh sebulan. Shida pula
diminta oleh Soft Lab untuk menulis rencana manakala Farisha akan menggodam dan
mengukuhkan sistem Dinara. Shida merupakan pelan sandaran yang terakhir.
Projek Dinara di Soft Lab terpaksa dihentikan kerana Karl terlantar akibat barah usus. Dr.
Maxi mengetuai Projek Dinara. Dalam badan Farisha telah dimasukkan cip telepati yang
dapat berhubung terus dengan Karl. Semua perbualan Farisha dengan Karl dapat dilihat Oleh
Dr. Maxi, Aqram. dan Khairul Anwar. Sejak itu, kesihatan Farisha kurang stabil. Shida pula
dapat mengesan misteri dalam Projek Dinara apabila nama Medina dipadamkan dari sejarah
syarikat Soft Lab.
Farisha melawat Azraai dan terkejut kerana Azraai terkena serangan jantung serta
mengetahui hakikat bahawa dia anak angkat dalam keluarga Azraai. Keesokannya, Farisha
pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Dr. Maxi merancang Plan B untuk
menjadikan Shida sebagai pengganti Farisha. Shida menjalani sesi bawah sedar untuk
berkomunikasi dengan Karl. Farisha mengalami mimpi bertemu dengan ibunya, Medina
(Marilyn). Farisha memberitahu Azraai bahawa Marilyn menghubunginya menyebabkan
Azraai membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke selatan. Farisha telah diculik oleh
pembantu-pembantu Medina di Hentian Pagoh.
Kedatangan Marilyn ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa dia ialah ibu kandung
Farisha hasil hubungannya dengan Karl. Karl menghembuskan nafasnya yang terakhir pada
pukul 7.00 malam.
25
Sinopsis setiap bab
Bab 1
Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai
berlepas Lapangan Terbang Senai. Di dalam pesawat, Farisha dikejutkan dengan sapaan
seorang pemuda yang meminta untuk duduk di sebelahnya. Lelaki itu perasan Farisha sedang
memerhatikannya lalu menjelaskan yang jam tangan itu sebenarnya pusat kawalan
elektroniknya. Farisha sampai ke apartmennya lalu cuba membuka pintu dengan mengimbas
kad pintarnya namun gagal. Farisha merenung kaca segi empat di sebelah jeriji pintu,
rupanya sudah agak berlainan. Dia berasa hairan. Dia menekan interkom untuk menghubungi
teman serumahnya, Shida. Rupa-rupanya, sistem keselamatan rumahnya baru sahaja ditukar
oleh abang Farisha, Azraai. Azraai telah memasang ‘retinal scanner’ dan menyambungkan
interkom rumahnya dengan rumah Azraai.
Bab 2
Farisha mulai gelisah menanti Rosman. Rosman berjanji untuk mengambilnya untuk ke
Hotel Renaissance menghadiri Simposium Persatuan Penggodam Antarabangsa. Rupa-
rupanya, kereta Rosman rosak dan dia meminta Farisha menaiki monorel. Sesampainya ke
tempat simposium itu, Farisha disambut oleh sebuah robot penyambut tetamu. Farisha
bertemu semula dengan pemuda yang duduk di sebelahnya dalam pesawat, Aqram. Aqram
bekerja di Soft Lab, Cyberjaya. Dia menawarkan satu projek mini di Soft Lab untuk Farisha
dan Rosman. Sebenarnya, Aqram mempunyai tujuan lain. Pen yang dihulurkan kepada
Farisha untuk menulis alamat e-mel tadi merupakan ‘penetrator’ alat yang boleh menerobos
ruang minda Farisha. Selepas Farisha memegang pen tersebut, Farisha berasa kepalanya
berdenyut-denyut.
Bab 3
Farisha menghantar satu e-mel kepada Aqram pada malam itu juga, selepas selesai sesi
bengkel yang ketiga. Keesokannya, Farisha dan Rosman ke Soft Lab untuk membincangkan
projek mini yang ditawarkan. Farisha diberikan projek bernilai RM1.5 juta yang perlu
disiapkan dalam masa empat minggu. Dia dikehendaki untuk menggodam tiga kelompok
komputer Soft Lab. Farisha turut diperkenalkan dengan saintis yang menjadi pelopor Soft
26
Lab iaitu Karl. Karl terbaring di katil dan dirawat oleh jururawat dalam sebuah bilik khas
yang dilengkapkan dengan peralatan seperti sebuah wad hospital. Dr Maxi memberitahu Karl
telah 3 tahun menderita kerana sakit kanser usus. Walaupun sakit, Karl masih aktif dengan
projek penyelidikan. Projek terbaharunya ialah Dinara iaitu sistem yang akan digodam oleh
Farisha.
Bab 4
Abang Farisha memberi galakan supaya dia menyahut cabaran tawaran tersebut. Esoknya,
Farisha ke Soft Lab bersama teman serumahnya Shida yang kebetulan ada temu janji di
tempat yang sama. Farisha disambut oleh Aqram yang kemudiannya menunjukkan pejabat
Farisha di Soft Lab. Farisha berasa terharu kerana kelengkapan yang disediakan sungguh di
luar jangkaannya. Aqram meneruskan perbualan dengan sesi penerangan tentang projek yang
akan dijalankan oleh Farisha. Farisha mulai jelas dengan tanggungjawabnya untuk
menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Sewaktu minum tengah hari, Shida berjumpa
Farisha dan memberitahu dia mendapat tugas untuk menulis rencana dan biografi Dinara
dengan bayaran RM40 ribu. Pada masa itu juga, Aqram, Dr Maxi dan Khairul Anwar
bertemu dan berbincang di bilik perbincangan Soft Lab. Dr Maxi menyatakan Shida perlu
berada bersama-sama Farisha dan mungkin akan menjadi ‘back up’ jika sesuatu terjadi
kepada Farisha.
Bab 5
Hari pertama Farisha bertugas di Soft Lab disambut oleh Alia. Dia dibawa ke pejabat dan
diterangkan tentang penggunaan alatan di situ. Farisha terlopong mendengar pembentangan
Alia yang sangat lancar, tenang dan fasih tentang IT. Sewaktu makan tengah hari bersama
Shida, mereka bertukar-tukar cerita tentang pengalaman hari pertama di Soft Lab. Shida ada
menimbulkan cerita tentang Alia yang dirasakannya agak pelik terutamanya kulit muka dan
bulu keningnya. Selepas makan tengah hari, Farisha menyambung sesi perbincangan dengan
Aqram. Farisha menimbulkan terlalu banyak persoalan dan berjaya mengesan kelemahan
Dinara.
Bab 6
Farisha terlewat sampai ke pejabat kerana mengalami mimpi ngeri tentang gagak, burung
hering dan harimau bintang. Dia bersandar di kerusi dan Alia mengurut kepala dan
tengkuknya. Rasa mengantuk menguasai Farisha dan akhirnya dia terlelap. Ketika itu dua
27
jarum mudah lentur keluar dari kepala kerusi dan mula mencucuk kiri dan kanan tengkuknya.
Tiba-tiba Farisha terdengar namanya dipanggil. Di bilik yang lain, Dr Maxi, Aqram dan
Khairul Anwar sedang memerhatikan sebuah layar besar yang memancarkan imej Farisha
dan Alia. Farisha sedang berkomunikasi secara bawah sedar dengan Karl yang koma. Ketika
itu, Alia mendengus dan terjerit pekik tidak puas hati. Dr. Maxi cuba mententeramkan Alia
tetapi tidak berjaya. Akhirnya Aqram mematikan suis di belakang tengkuk Alia. Serta merta
Alia berdiri tegak dan kaku.
Bab 7
Rosman, Shida dan Farisha berbincang di pejabat lama mereka, Secured Shell. Mereka
bertiga membincangkan kontrak yang telah disediakan oleh bahagian perundangan Soft Lab.
Shida sangat diperlukan kerana dia mempunyai asas undang-undang. Esok malamnya,
Farisha ke rumah abang Azraai kerana dijemput untuk makan malam. Selepas makan malam,
Azraai memberitahu ada dua berita penting yang ingin disampaikan kepada adiknya. Farisha
marah dan akhirnya menangis apabila mengetahui abangnya merahsiakan sakit yang
dialaminya iaitu sakit jantung. Berita kedua yang lebih menyakitkan Farisha apabila dia
mendapat tahu yang dia hanyalah anak angkat. Abang Azraai memberikan satu fail plastik
mengandungi dokumen penting tentang latar belakang Farisha. Sepanjang malam Farisha
menangis dan tidak dapat melelapkan mata.
Bab 8
Farisha pengsan di pejabat. Alia terpinga-pinga dan cemas. Doktor yang merawat Farisha
meminta dia untuk berehat di hospital beberapa hari. Aqram menyimpan telefon bimbit di
dalam saku. Aqram dan Khairul Anwar duduk diam dan berpandangan sesama sendiri sambil
menanti kepulangan Dr. Maxi. Pukul 4.30 petang, Shida dipanggil ke pejabat Dr. Maxi. Dia
ditanya jika tahu apa-apa tentang penyakit Farisha. Dr. Maxi juga bertanya jika Farisha
mengandung. Shida tergelak kerana Farisha belum berkahwin dan tiada teman lelaki. Tiba-
tiba Shida teringat projek mini Farisha yang mungkin terlepas ke tangan orang lain.
Bab 9
Dr. Maxi berpendapat mungkin Farisha keletihan selepas melalui 3 sesi berkomunikasi
dengan Karl. Mereka mula memikirkan untuk Shida menggantikan tempat Farisha. Tidak
mudah untuk Dr Maxi membuat keputusan kerana Shida tidak sebagus Farisha. Ada banyak
prosedur perlu dilakukan untuk menggantikan tempat Farisha. Masalah utama ialah cara
28
mereka hendak meyakinkan Karl untuk berkomunikasi dengan Shida. Karl telah menulis
amanah, jika berlaku apa-apa kepadanya, hanya Farisha sahaja yang boleh menyiapkan
tugasannya. Mikrocip yang tertanam di tubuh Farisha telah direka khas oleh Karl untuk
menyalurkan pemikirannya kepada wanita itu. Karl menggunakan kaedah itu sebagai satu
kaedah telepati supaya dia boleh berhubung dengan Farisha. Di rumah, Shida mencari jika
ada sebarang ubat-ubatan yang dimakan oleh Farisha. Hanya dua botol ubat gastrik. Shida
tergerak untuk masuk ke bilik Farisha dan mencari jika Farisha ada menyembunyikan ubat di
dalam bilik. Dia ternampak fail plastik yang diikat dengan tali berwarna coklat.
Bab 10
Pagi itu di arkib Soft Lab, Shida semakin teruja untuk mengetahui kisah Medina. Dia
semakin leka membaca buku laporan nipis bertajuk ‘Medina’. Shida tertarik untuk mengkaji
tentang nama ini kerana dia mendapati nama Medina telah dipadamkan daripada kebanyakan
laporan kerja penyelidikan. Acap kali Medina menjadi pembantu penyelidik kepada Karl.
Ternyata seluruh Soft Lab dibayangi oleh Karl. Alia memberitahu Shida yang Dr Maxi
memanggilnya ke bilik Makmal B. Belum sempat Shida bertanya apa-apa, Alia menekupkan
kedua-dua belah tangannya ke muka Shida.
Petang itu, di bilik Farisha. Shida mendapati Aqram, Dr Maxi dan Khairul Anwar sudah
menunggunya. Dr Maxi memulakan penerangan dan meminta Shida menggantikan tempat
Farisha. Shida terkejut kerana dia bukanlah seorang yang pakar dalam bidang teknikal. Dr
Maxi menenangkan Shida dan memintanya hanya mengikut arahan. Shida akan dibawa ke
alam bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Situasi yang mereka saksikan adalah
agak aneh. Pergerakan tubuh Shida menunjukkan seolah-olah dia mengalami mimpi ngeri.
Suis dimatikan dan sesi ditamatkan apabila Shida mula membantingkan tubuhnya ke kiri dan
ke kanan.
Bab 11
Ibu kandung Farisha bernama Marilyn, wanita Portugal. Tiada rekod tentang nama bapa
kandungnya. Farisha berkata kepada Azraai bahawa dia bertemu dengan ibunya ketika tidur.
Azraai terkejut lantas menyatakan Farisha dalam bahaya dan perlu dibawa keluar segera. Dia
membawa adiknya jauh dari Kuala Lumpur. Dalam perjalanan, Azraai menerangkan tentang
ibu bapa Farisha merupakan orang yang sangat taksub dengan sains dan sanggup
mengorbankan anak sendiri demi sains. Pada masa yang sama di pejabat Farisha, Shida
29
sedang meronta-ronta dan berguling-guling di lantai. Nafasnya kencang dan matanya
terbelalak beberapa ketika. Karl telah menguasai jasad Shida. Perdebatan berlaku antara Karl
dengan Dr Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Karl tidak mahu Shida menggantikan tempat
Farisha. Farisha perlu dibawa segera ke Soft Lab. Sementara itu, dalam perjalanan Farisha
mengaduh kesakitan. Dia minta abangnya mencara ubat di dalam begnya. Ketika itu juga
cermin kereta mereka diketuk oleh dua lelaki berkaca mata hitam. Azraai terpaksa membuka
cermin tingkap apabila mereka mengacukan muncung pistol ke muka Azraai. Dua lelaki itu
membawa lari Farisha.
Bab 12
Azraai mulai cemas apabila Farisha dilarikan. Dia menghubungi Rosman untuk
membantunya. Mereka terus memecut kereta menuju ke Seremban. Dua lelaki yang menculik
Farisha ialah Farid dan Amin. Mereka berdua merupakan orang suruhan Marilyn, ibu
kandung Farisha. Marilyn cuba berhubung dengan anaknya secara bawah sedar. Perbualan itu
dirakamkan. Dalam perbualan itu, Farisha meronta-ronta dan tidak mahu berjumpa dengan
ibunya. Sementara itu, di pejabat Farisha keadaan Shida agak terkawal. Namun ingatannya
terganggu dan bercampur aduk dengan ingatan Karl. Karl telah memindahkan ingatannya
selama 20 tahun ke dalam otak Shida. Alia berbual-bual dengan Shida. Alia dahulunya ialah
isteri Karl bernama Rusmina. Dia menjadi isteri derhaka kerana tidak mahu mengikut Karl
meninggalkan agama. Karl menyeksanya sehingga cacat. Walau bagaimanapun, Rusmina
tidak dibiarkan mati. Sebaliknya Rusmina diberikan nyawa baharu, wajah baharu dan
personaliti baharu yang dikenali sebagai Alia.
Bab 13
Dr. Haris, doktor yang merawat Karl memaklumkan keadaan Karl kurang stabil. Aqram
meminta beberapa minit lagi untuk menamatkan sesi komunikasi bawah sedar antara Shida
dan Karl. Alia menyedari Karl telah menguasai tubuh Shida. Karl (dalam tubuh Shida) minta
agar ikatan tangannya dibuka kerana dia telah mendapat ilham untuk menghapuskan virus
yang menyerang Dinara. Jari jemari Shida pantas menari-nari menaipkan beberapa baris
program di terminal kawalan Dinara. Belum selesai tugasnya, tiba-tiba datang seorang wanita
dan dua lelaki berdiri di muka pintu. Shida menghentikan tugasnya menyahaktif virus dan
terpaksa berdepan dengan Medina. Farisha yang tidak tahu apa telah berlaku, terkejut dengan
suara Shida yang berubah. Farisha turut tertanya-tanya kenapa orang di pejabat itu
memanggil ibunya ‘ Medina’. Rupa-rupanya, Karl ialah bapa kandung Farisha. Sejak Farisha
30
kecil, bapanya telah menanam implan beberapa kali di dalam tubuh Farisha tanpa ubat bius.
Farisha juga telah diberikan berjenis-jenis ubat untuk menjadikannya kanak-kanak genius.
Kaki Farisha longlai apabila mengetahui kebenaran asal usul dirinya. Dalam keadaan tegang
itu, Dr Maxi menerima panggilan daripada Dr Haris yang mengatakan Karl sedang nazak.
Aqram dan Khairul Anwar menamatkan sesi Shida dan Karl. Medina membentak agar
diberikan peluang bercakap dengan Karl.
Bab 14
Farisha berdepan dengan saat-saat yang paling hiba. Dia akan bertemu dengan ayah
kandungnya dalam keadaan yang tidak dijangka. Karl terbaring dan aktiviti otaknya semakin
menurun. Tepat jam 7 malam, Karl menghembuskan nafasnya. Alia meraung, Medina hanya
teresak-esak. Farisha hanya terkedu. Wasiat terakhir Karl, agar mayatnya dibakar dan abunya
ditabur di Selat Melaka. Selepas Subuh hari Ahad, upacara itu disempurnakan oleh berpuluh-
puluh orang pekerja Soft Lab. Farisha berasakan cinta Medina dan Karl sungguh aneh,
walaupun bersaing dan saling mencabar tetapi Medina masih sayang akan Karl. Dalam
perjalanan pulang dari upacara itu, Aqram beriringan dengan Shida dan Farisha. Tetapi
Aqram dan Farisha berasa pelik dengan sikap Shida. Dia mula berfalsafah seperti Karl.
Aqram berasa sesuatu yang tidak kena kerana tiba-tiba Shida ketawa panjang dan garau.
Aqram merenung tepat ke mata Shida dan mendapati Karl berada di dalam tubuh Shida.
Farisha berlari ketakutan dan mendapatkan Medina.
31
Kekuatan
Antara kekuatan novel Di Sebalik Dinara ialah para pembaca didedahkan dengan
penggunaan teknologi yang maju seiring dengan pembangunan arus semasa. Sebagai contoh,
pen yang dihulurkan Aqram kepada Farisha ialah ‘penetrator’ alat yang boleh menerobos
ruang minda, dan penggunaan teknologi yang membolehkan Farisha berkomunikasi secara
bawah sedar dengan Karl yang koma.
Selain itu, penulis Dayang Noor turut mengetengahkan kebijaksanaan watak-wataknya.
Sesuatu watak tersebut dapat menganalisis secara terperinci perubahan keadaan sekelilingnya
seiring dengan perwatakan yang dibawakan mereka. Sebagai contoh, Shida yang merasakan
Alia agak pelik terutamanya kulit muka dan bulu keningnya serta Farisha yang berjaya
mengesan kelemahan Dinara menerusi soalan-soalan yang ditimbulkannya.
Seterusnya, pengutaraan tema yang menarik. Jalan cerita novel yang bertemakan sains
fiksyen sangat memberi kelainan kepada pembaca. Penceritaan novel tidaklah klise dan
hambar dengan adanya selitan tentang istilah-istilah teknologi. Sebagai contoh, retinal
scanner, mikrocip, dan penetrator.
Selanjutnya, pengajaran yang terdapat dalam novel ini sangat menarik. Novel ini membuka
mata pembaca tentang kepentingan untuk sentiasa berjaga-jaga dan tidak mudah
mempercayai orang di sekeliling kita terutamanya jika orang tersebut baru sahaja dikenali.
Akhir sekali, nilai-nilai murni yang positif seperti yang ditunjukkan oleh watak boleh
diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, nilai ketabahan yang dimiliki
Farisha apabila mengetahui dirinya dipergunakan oleh ibu bapa kandungnya dan nilai
bertanggungjawab yang ditunjukkan Azraai kerana menjaga Farisha walaupun bukan
keluarga kandungnya. Nilai-nilai ini mampu memberikan impak kepada diri kita jika dihayati
dan digunakan dalam merubah diri ke arah yang lebih positif.
32
Kelemahan
Antara kelemahan yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara ialah plot penceritaan yang
tidak terperinci. Penulis, Dayang Noor kurang mengupaskan sesuatu situasi dengan jelas.
Sebagai contoh, peristiwa penyerahan tugas Farisha kepada Shida tidak diceritakan tentang
lengkap. Pembaca menjadi tertanya-tanya, apakah perasaan Farisha sebaik mengetahui projek
mininya diserahkan kepada orang lain? Apakah perasaan Shida yang terpaksa diperlakukan
sedemikian, tanpa mendapat masa untuk membuat keputusan?
Selain itu, pengakhiran novel ini agak tergantung dan mengecewakan. Karl meninggal dunia
dengan keadaan Farisha yang kecewa dengannya sebaik mengetahui kisah sebenar dan
Medina yang tidak berkesempatan untuk bertemunya. Tidak dilupakan juga peristiwa Karl
yang masih berada di dalam tubuh Shida walaupun sudah meninggal dunia sehingga
menyebabkan kelakuan Shida turut berubah menjadi sepertinya. Hal ini menimbulkan tanda
tanya kepada pembaca untuk mengetahui pengakhiran kisah Karl dan Shida.
Seterusnya, terdapat segelintir perwatakan watak yang negatif. Hal ini boleh memberikan
impak negatif kepada pembaca. Sebagai contoh, Karl yang menyeksa Rusmina sehingga
cacat namun tidak dibiarkan mati. Karl juga telah menanam implan beberapa kali di dalam
tubuh Farisha tanpa ubat bius sejak Farisha serta memberikannya berjenis-jenis ubat untuk
menjadikannya genius. Sikap Karl yang ditakrifkan sebagai kejam ini dikhuatiri akan diikuti
oleh pembaca yang tidak dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara.
Selanjutnya, di samping pembaca didedahkan dengan penggunaan teknologi menerusi genre
sains fiksyen ini, tidak dinafikan terdapat juga keburukan apabila dikaitkan dengan tema
teknologi ini. Watak utama yang memegang watak sebagai penggodam boleh mempengaruhi
pembaca untuk turut mencuba menggodam juga. Tambahan pula, penggunaan teknologi ke
arah yang negatif seperti yang ditunjukkan Karl juga boleh mempengaruhi pembaca.
33
Cadangan penambahbaikan
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan kepada novel Di Sebalik Dinara
ialah menceritakan setiap binaan plot dengan lengkap dan terperinci. Sebagai contoh,
peristiwa penyerahan tugas Farisha kepada Shida tidak diceritakan tentang lengkap. Penulis
boleh mengupaskan dengan lebih lanjut mengenai perasaan Farisha sebaik mengetahui projek
mininya diserahkan kepada orang lain dan perasaan Shida yang terpaksa diperlakukan
sedemikian tanpa mendapat masa untuk membuat keputusan.
Selain itu, pengakhiran novel yang agak tergantung boleh diperbaiki. Penulis boleh
mengakhiri peristiwa saat-saat terakhir Karl dengan pengakhiran yang lebih gembira dan
memenangkan kedua-dua pihak. Contohnya, Karl sempat meminta maaf atas segala
perlakuannya terhadap Farisha dan menyelesaikan konflik yang melanda dirinya dan Medina.
Seterusnya, penulis boleh mengurangkan perwatakan watak yang negatif untuk
mengelakkan pembaca daripada dipengaruhi. Tambahan pula, pembaca novel ini rata-ratanya
pembaca bawah umur memandangkan ianya merupakan novel komponen sastera dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4. Sebagai contoh, watak Karl yang agak kejam kerana
sanggup memperlakukan apa sahaja bagi membuktikan kehebatannya dalam dunia sains
sehingga melupakan aspek kemanusiaan.
Selanjutnya, memansuhkan peristiwa-peristiwa tidak menyenangkan dan kurang bersesuaian
dengan pembaca bawah umur. Sebagai contoh, watak Karl yang menyeksa Rusmina sehingga
cacat namun tidak dibiarkan mati. Karl juga telah menanam implan beberapa kali di dalam
tubuh Farisha tanpa ubat bius sejak Farisha serta memberikannya berjenis-jenis ubat untuk
menjadikannya genius. Sikap Karl yang ditakrifkan sebagai kejam ini dikhuatiri akan
menyebabkan ketidakselesaan kepada pembaca dan mempengaruhi pembaca yang tidak dapat
membezakan baik buruk sesuatu perkara.
34
Jendela Menghadap Jalan – Ruhaini Matdarin
Pengenalan
Novel ini mengisahkan tentang Lili, Geetha dan Danel yang
bertemu pada awalnya di dalam bas ketika sama-sama pulang
ke kampung halaman telah sama-sama menggeluti
permasalahan yang sama di kampung mereka. Antara konflik
yang dipaparkan seperti pertembungan nilai tradisi dengan
moden iaitu ilmu perubatan tradisional yang diamalkan oleh
datuk Lili. Selain konflik anak-anak muda yang berdepan nilai-
nilai moden, kebejatan sosial, keruntuhan akhlak, dan juga
konflik generasi iaitu pertembungan nilai antara anak dengan
ibu. Konflik dalam masyarakat desa yang berkaitan dengan
soal sama ada untuk membina masjid atau sekadar kubah
sahaja turut disisipkan. Menyelami suara batin golongan
remaja melalui watak Lili dapat menjadi indeks psikologi sebagai petunjuk realiti gejolak dalam diri
remaja dan sekali gua berguna kepada pihak-pihak tertentu.
Biografi penulis
Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota
Kinabalu, Sabah. Mendapat pendidikan sehingga Sarjana
Pengurusan Kewangan, pernah berkhidmat sebagai juruaudit,
pengurus kewangan dan penasihat kewangan di beberapa
buah syarikat pembinaan dan konsultansi. Pernah berkhidmat
di Tak Community Collegge sebagai tenaga pengajar separuh
masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun
2016 memilih untuk bekerja secara freelance supaya boleh
menulis pada bila-bila masa yang disukai dan melakukan
perkara lain yang lebih bermanfaat selain bekerja keras. Ahli Badan Bahasa dan Sastera Sabah serta ahli
seumur hidup Penulis Nasional (PENA). Menjadi pembimbing dan mentor bagi MPR peringkat negeri
Sabah, bengkel penulisan novel dan cerpen anjuran35unit Penerbitan DBP cawangan Sabah. Alumni Mastera
novel 2016.
Sinopsis keseluruhan
Pada mulanya Lili berasa berat hati untuk pulang bercuti ke kampung datuk dan nenek
kerana mahu memanfaatkan masa cuti persekolahan terakhir alam persekolahan
menengahnya bersama-sama dengan rakan-rakannya. Akan tetapi, demi menjaga hati ibu,
Lili akur dan pulang bercuti ke kampung
Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, dia bertemu dengan Geetha dan Danel, dua
orang rakan baharu yang menaiki bas yang sama, yang mempunyai destinasi tujuan yang
sama. Tanpa disedarinya, kedua-dua teman baharu itu membawanya pergi jauh menelusuri
kisah-kisah kehidupan penduduk kampung sepanjang berada di Kampung Sentosa.
Sikap datuk yang tidak menjawab pertanyaan Lili berkenaan corak dan binaan jendela serta
pintu rumah penduduk di kampung tersebut menyebabkan Lili meneka sendiri-sendiri dan
teruja untuk mencari jawapannya. Dia mendapati dirinya mulai tertarik dengan suasana
kampung yang amat bertentangan dengan kehidupan masyarakat di bandar.
Pekerjaan datuk sebagai pengamal rawatan tradisional telah memanjangkan semula
pertemuan antara Lili, Geetha dan Danel. Ini disebabkan oleh ibu Geetha, Letchumi telah
lama menggunakan khidmat datuk Lili untuk merawat penyakit dalam tubuhnya. Begitu juga
dengan ayah Danel, William. Pertemuan semula ini telah membuka lebih banyak peluang
buat Lili untuk bertahan lebih lama di kampung. Melalui Danel, Lili mengetahui Danel
menulis artikel tentang pisang yang terkandung dalam buku Segalanya Tentang Pisang.
Kehadiran Lili sejak hari pertama disambut dengan isu pemasangan kubah surau dan
pembinaan masjid. Isu itu menarik perhatian Lili dan dia mempunyai pandangannya yang
tersendiri tetapi dia tidak berani meluahkannya ekoran sifatnya yang agak pendiam. Di
samping itu, Lili mendengar dan melihat isu anak-anak Che Jah yang menjadi musuh
masyarakat kerana perangai buruk mereka yang terlibat dengan pengambilan najis dadah
serta gemar mencuri.
Pertemuan semula Lili, Geetha dan Danel telah membakar semangat Lili untuk memikirkan
setiap satu persoalan yang menjadi masalah besar buat penduduk kampung, namun ia hanya
berlegar-legar dalam fikirannya. Setiap kali Lili menyuarakannya kepada nenek, neneknya
selalu memintanya agar jangan masuk campur hal-hal orang dewasa. Namun, ianya tidak
menghalang Lili untuk melontarkan buah fikirannya dan lebih baiknya lagi apabila Geetha
dan Danel mempunyai buah fikiran yang sama.
36
Semasa dalam perjalanan pulang dari pekan, Lili telah diculik oleh Rafiq dan Haziq, dua
orang anak lelaki Che Jah. Namun, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel. Lili tidak marah
sebaliknya bersimpati dan memutuskan untuk membantu keluarga Che Jah, yang pada
hematnya mangsa keadaan. Tindakan Lili pada mulanya ditentang datuk dan nenek tetapi
lama kelamaan sikap terbuka Lili ini berjaya mengubah pendirian datuk yang selama ini tidak
peduli dengan keadaan sekeliling.
Cuti kali ini amat bermakna kerana pandangannya diterima datuk dan oarng dewasa
kampung itu, justeru membantu keluarga Che Jah mendapat pengadilan dari segi undang-
undang dan menyelesaikan isu pemasangan kubah surau.
Lili, Geetha dan Danel menhabiskan sisa cuti mereka di kampung dengan menikmati
suasana matahari terbit. Cuti yang hampir berakhir membuatkan Lili berasa berat hati untuk
pulang kerana dia merasakan cuti kali ini amat bermakna dan menggembirakan ekoran
perubahan sikap datuk yang mula bercerita. Begitu juga neneknya yang bercerita tentang
jendela menghadap jalan. Setelah berpisah, Danel menghantar surat kepada Lili dan bercerita
tentang Geetha dan rencana-rencana tentang pisang yang ditulisnya.
37
Sinopsis setiap bab
Bab 1
Pada mulanya, Lili berasa berat hati untuk pulang bercuti ke kampung datuk dan nenek
kerana mahu memanfaatkan cuti persekolahan terakhir alam persekolahan menengahnya
bersama-sama dengan rakannya. Akan tetapi, demi menjaga hati ibu, Lili akur dan pulang
bercuti ke kampung. Ibu menasihati tentang apa yang patut dan apa yang tidak patut dia
lakukan sewaktu berada di kampung nanti. Ibu selalu berusaha memanfaatkan masa dengan
Lili, masa yang ibu bapa di kota memanggilnya sebagai masa berkualiti.
Bab 2
Lili menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Dungun. Dala perjalanan, seorang gadis India
bernama Geetha telah duduk di sebelahnya. Mereka berbual-bual seketika. Geetha menasihati
Lili tentang persaingan masuk ke universiti, berkongsi khasiat air lumatan Brahmi, dan
banyak lagi sebelum tidur akibat kantuk.
Bab 3
Setelah turun di destinasi, seorang pemuda Cina yang tinggi telah menyerahkan buku yang
Lili tercicir. Dia memberitahu bahawa dia juga tinggal di Kampung Sentosa. Tidak lama
kemudian, abang Rashid datang menaiki van lalu mereka berbual kecil sebelum Lili
ketandusan idea untuk memanjangkan perbualan.
Bab 4
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas
terbentang. Kemudian, Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu dia bersalaman dan
bertanyakan khabar. Lili bertanyakan kepada nenek dimanakah datuk. Menurut nenek, datuk
sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah di surau bersama dengan orang-orang
kampung. Setelah lama berbual Bersama nenek, mereka pun pulang ke rumah setelah
menyedari bahawa telah masuk waktu magrib.
38
Bab 5
Sejak dahulu datuk menganggap Lili tidak tahu tentang kesan corak jendela dan pintu.
Namun pada waktu malam itu, datuk hanya bercerita tentang kemurajaban akar-akar kayu
ubat yang dapat menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-
tumbuhan lain juga menjadi amalan penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan
tradisional, malah pihak hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat
penyakit. Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pengubatan
tradisional yang belum tentu kepastiannya. Kemudian datuk pula menceritakan
pengalamannya mengurangkan penderitaan seorang pesakit kencing manis.
Bab 6
Nenek sedang mengasap kulit bawang di dapur lalu Lili datang memberitahu nenek bahawa
di luar sedang hujan dan nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang terdapat di
dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian, nenek
mencari bekas kemenyan pemberian salah seorang pesakit datuk. Nenek bimbang orang yang
memberikan bekas kemenyan itu kecil hati jika dia mendapat tahu bekas itu hilang. Akhirnya,
nenek menjumpai bekas itu semula.
Bab 7
Lili dan neneknya melangkah masuk ke dalam kedai runcit milik Letchumi. Mereka dipelawa
masuk ke dalam ruang dapur dan dihidangkan minuman kotak. Lili bertemu semula dengan
Geetha yang merupakan anak Letchumi. Geetha memuji kehebatan datuk Lili dalam merawat
penyakit ibunya menggunakan rawatan tradisional. Setelah hampir sejam mereka berbual-
bual, akhirnya Lili dan nenek pulang ke rumah.
Bab 8
Usai solat zuhur berjemaah, datuk menguji Lili soalan berkaitan hal keagamaan. Lili
menyedari bahawa dia tidak pernah lagi mendengar suara Abang Rashid. Nenek menegur
cara Lili yang agak kasar ketika menghalau kucing daripada mendekatinya. Kehadiran Pak
Sahak dan dua orang lelaki dengan kelam-kabut ke rumah mereka untuk memberitahu
mengenai kehadiran pemaju di kampung telah menimbulkan rungutan datuk.
39
Bab 9
Anak bongsu William iaitu Danel telah mencuri tumpuan Lili. Danel menceritakan tentang
isu semasa di kampung itu iaitu pembinaan kubah surau. Dia juga berterus-terang tentang
kaedah rawatan tradisional terhadap ayahnya agak leceh dan kurang berkesan berbanding
kaedah rawatan moden. Datuk agak tersinggung dan enggan menerima idea Danel untuk
menggabungkan kaedah tradisional dan moden.
Bab 10
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional. Hati datuk tersentuh
dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun apa yang dikatakan itu belum tentu
dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William tidak dapat
menerima kata-kata Danel. Jika dahulu semua kata-kata datuk boleh diterima pakai oleh
penduduk-penduduk kampung termasuk William, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang
sudah mula menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William pula telah menggalakkan
pemaju datang untuk membangunkan tanah penduduk-penduduk kampung yang berlaku
pertelagahan antara penduduk sama ada menjual tanah atau tidak.
Bab 11
Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa
berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi
untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk dan
nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula. Setelah
bercita dan bersoal jawab bersama datuk, ternyata banyak rahsia tentang ibu yang Lili tidak
tahu.
Bab 12
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk kampung. Sama ada
ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-
penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, membangunkan surau lama
ini, sudah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang akan
mengganggu ketenteraman kampung. Lili meniti bendang untuk menemui nenek, dia
ternampak seorang lelaki. Abang Rashid menasihati supaya balik ke rumah kerana keadaan
kampung agak tegang. Tiba-tiba sekumpulan lelaki tua melaung dan menghalang mereka
40
melakukan perkara haram dan khianat. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah
kerana bimbang keselamatannya. Sampai ke rumah, Lili ternampak ada tetamu datang yang
terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan.
Bab 13
Terdapat beberapa datang ke rumah datuk dan nenek Lili. Nenek memberitahu Lili mereka
berasal dari Kuala Lumpur. Mereka Cuma mahu memberitahu sakit yang dialami oleh
mereka telah pulihan akibat berubat dengan datuk. Datuk memberitahu Lili bahawa dia tidak
mahu bergantung dengan merubati orang menggunakan herba-berba lagi. Datuk mahu
melakukan aktiviti berkebun dan berperahu. Lili meminta izin kepada nenek untuk ke rumah
Geetha tetapi telah senja . Oleh itu, Lili terus mengikut abang Rashid ke pekan.
Bab 14
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya lalu mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah
neneknya kerana Geetha berasa bosan. Apabila ibu Geetha bersetuju, mereka terus pergi ke
perhentian bas. Lili dan Geetha merancang untuk pergi bersiar-siar di kampung. Mereka
tertarik dengan keindahan kampung tersebut. Geetha menceritakan tentang budaya
masyarakat India yang tinggal berjiran dengannya kepada Lili.
Bab 15
Lili dan Geetha menolong nenek masak di dapur. Geetha memberitahu nenek bahawa
kesihatan badan ibunya semakin baik disebabkan mengamal herba dan rebusan akar-akar
kayu. Nenek amat gembira dengan berita tersebut namun dalam masa yang sama nenek risau
kerana datuk masih lagi belum pulang ke rumah. Oleh kerana itu, Rashid menunggang
motosikal dalam gelap untuk mencari datuk. Datuk pulang ke rumah keesokan harinya.
Nenek memarahi datuk kerana amat risau akan keselamatannya.
Bab 16
Datuk pulang dari hutan dengan gembiranya tanpa menghiraukan nenek yang bimbang dan
Abang Rashid yang telah mencari datuk dari tengah malam tadi. Lili pula terkejut melihat
Danel datang ke rumah datuknya untuk berbual seperti tiada apa-apa berlaku. Selepas itu,
Geetha telah memilih untuk pulang awal kerana telah berjanji dengan ibunya. Sambil berjalan
mereka merancang untuk balik bersama-sama selepas cuti. Setelah menghantar Geetha, Lili
terserempak dengan anak-anak lelaki Che Jah yang sedang dikejar dengan parang. Danel juga
41
memberitahu Lili tentang impiannya untuk menjadi penulis rencana untuk Surat Khabar Arus
Perdana.
Bab 17
Di dalam buku yang berjudul “Segalanya tentang Pisang” hasil tulisan Danel, hanya dua
karya yang menarik perhatian Lili. Karya yang pertama, Remaja Jadi Pekebun Pisang Berjaya
di Tenom, mengisahlan tentang kejayaan pemuda berumur 21 tahun bernam Amran
Christopher dari Kampung Batu-batu, Tenom dalam sektor penanaman pisang pelbagai
spesis. Karya kedua pula bertajuk Perihal Pisang, memberikan info dan fakta tentang pisang.
Antaranya adalah, kegunaan pisang dalam menyembuhkan darah tinggi, memberikan
potassium, tenaga, vitamin B6 dan zat besi. Selain itu, kulit pisang juga boleh digunakan
untuk menyembuh bintat atau rasa gatal gigitan nyamuk dengan menyapukannya di kulit.
Bab 18
Apabila isu kubah tercetus lagi, Pak Sahak, Kiai Baharom, bahkan ketua kampung dan Imam
Sanusi, telah datang ke rumah datuk untuk berbincang. Lili terus ke dapur untuk mengambil
air yang disiapkan oleh nenek untuk dihidangkan. Selepas dituang dan diberi kepada tetamu,
Lili lekas masuk ke bilik dan meninggalkan ruang di pintu untuk mencuri dengar perbualan
mereka. Mereka berdebat tentang cara meyakinkan penduduk kampung untuk pemasangan
kubah. Lili berhenti mendengar perbualan mereka dan diajak ke pekan oleh Danel. Lili ragu-
ragu kerana tidak mahu pergi tanpa izin nenek dan datuk tetapi Danel meyakinkan Lili yang
dia telah meminta izin nenek. Lili bersetuju dan mereka pergi ke stesen bas. Lili merungut di
dalam hati di dalam bas yang sempit dan dia asyik ditolak. Danel meminta maaf kepada Lili
kerana ketiadaan kereta. Danel terkejut kerana Lili boleh memahami bahasa cina tetapi Lili
tidak mahu membeitahu Danel yang dia juga faham 4 lagi bahasa kerana tidak mahu nampak
bongkak.
Bab 19
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran dan memesan dua biji burger serta
kentang goreng. Danel memberitahu bahawa dia selalu ke rumah nenek untuk membantu
nenek masak. Mereka ke pasaraya untuk membeli barang dan merancang untuk ke rumah
geetha selepas itu. Di anak kiri jalan besar, seorang budak lelaki dikejar oleh anak-anak Che
Jah yang memegang pisau. Tiba tiba, Lili dicekik dan dibawa ke tempat penculikan.
42
Bab 20
Lili cuba melarikan diri. Danel datang menyelamatkan Lili pada waktu malam. Danel
memang tahu tempat persembunyian Rafiq dam Haziq. Danel dan Haziq pergi ke sekolah
yang sama. Haziq merupakan seorang pelajar yang pintar tetapi pergaulan bebas
menyeBabkan dia mencuri, hisap dadah dan lain lain. Lili pulang ke rumah nenek dan
disambut dengan tangisan kerana bimbang dengan keselamatan cucunya. Sebernanya nenek
tahu apa yang menimpa Lili.
Bab 21
Lili berasa simpati dengan Haziq dan Rafiq. Sebaik sahaja bertemu Danel, Lili bertanya
khabar nasib mereka dua beradik. Ketua kampung telah mengarahkan penduduk menceroboh
tempat persembunyian mereka. Lili tetap berasa simpati terhadap mereka berdua. Lili
bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat. Lili memohon
kebenaran nenek untuk pergi ke pekan tetapi nenek tidak membenarkannya atas faktor
keselamatan.
Bab 22
Abang Rashid datang dan memberitahu Lili bahawa Haziq dan Rafik sudah ditangkap oleh
orang kampung dan seorang daripadanya dibelasah teruk oleh ayah mereka. Lili bergegas ke
dapur untuk mendapat keizinan nenek ke rumah Che Jah. Sebaik sahaja sampai ke rumah Che
Jah, mereka disambut dan dijemput masuk ke dalam rumah. Che jah memberitahu bahawa
Haziq dibelasah teruk dengan tali pinggang oleh ayahnya. Rafik pula selalu ponteng sekolah
dan gagal peperiksaan. Lili memberitahu Che Jah bahawa dia sudah memaafkan mereka
berdua dan tidak akan menyimpan dendam. Che Jah menangis sambil memuji kebaikan Lili.
Mereka juga berbual seperti telah kenal lama lalu Che Jah mempelawa Lili untuk makan
tengah hari bersama di rumahnya. Lili tidak menolak pelawaan tersebut.
Bab 23
Lili ditegur oleh nenek kerana mengambil tahu hal rumah tangga orang lain. Nenek juga
menjelaskan bahawa orang kampung suka menjatuhkan orang lain dengan mengumpat di
jendela orang. Lili menghampiri datuk yang sibuk dengan herba-herbanya dan isu kubah
surau. Datuk bertanya kepada Lili tujuan dia ke rumah Che Jah. Datuk menjelaskan bahawa
Seman iaitu suami Che Jah, seorang yang panas baran. Namun, Datuk tetap berurusan
43
dengannya baik-baik untuk mengelakkan tercetusnya pergaduhan. Isteri dan anak-anaknya
akan menjadi mangsa kekejamannya setiap kali dia kalah judi atau mabuk. Datuk menasihati
Lili untuk berdiam namun Lili masih memikirkan hal tersebut sehingga petang.
Bab 24
Menjelang waktu isyak, Lili ternampak sebuah lori masuk ke arah jalan dengan membawa
kubah yang di puncaknya tersergam bulan sabit. Lili tidak tahu perkara yang sedang berlaku.
Setelah datuk pulang, Lili menerpa dan terus bertanya kepada datuk. Datuk memberitahu
bahawa kubah itu akan dipasang di atas bumbung surau. Lili tidak puas hati dan bimbang
tentang kubah yang akan dipasang di atas bumbung surau tua yang sudah senget
tiangnnya.Ketika pagi menjelang, Lili menjelaskan kepada datuk bahawa kubah itu akan
runtuh jika dipasang. Kini isu kubah surau menjadi topik perbualan orang kampung. Datuk
tidak kisah kubah tersebut dipasang di mana sekalipun yang penting tempat ibadat. Abang
Rashid yang mewakili generasi muda lebih menginginkan sebuah masjid terbangun cantik di
kampung ini sebagai tanda pembangunan. Sudah tiba masanya kampung itu melakukan
pembangunan. Ketika senja hampir ke penghujungnnya,isu kubah surau masih tiada cerita
dan sunyi sepi.
Bab 25
Menjelang pagi, Lili membantu neneknya membuat kerja di dapur dengan harapan pergi
melihat kubah agam dan menjenguk Che Jah tetapi neneknya keberatan untuk melepaskan
Lili pergi, memikirkan keselamatan diri cucunya. Seperti satu rahmat, Danel datang ke rumah
nenek membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasaknya sendiri. Ketika mereka
bersembang tentang harga minyak yang menaik, datuk menyindir Danel dengan mengatakan
bahawa perubatan tradisional lebih murah berbanding dengan rawatan moden. Apabila nenek
pergi ke pekan, Lili pergi ke rumah Che Jah dan berbual dengannya.
Bab 26
Lili ingin mengubah atau mempengaruhi keputusan seorang dewasa yang lebih tua darinya,
dan Lili mempunyai dua idea iaitu membina masjid danmelaporkan jenayah yang dilakukan
oleh suami Che Jah kepada biro pengaduan jenayah rumah tangga. Datuk memberitahu Lili
bahawa rancangan pembangunan di kampung tidak mudah lalu menasihatinya agar tidak
risau tentang nasib Che Jah dan habiskan cuti sekolah di kampung dengan tenang.
44
Bab 27
Setelah lama berbincang tentang isu kubah surau, Danel memujuk Lili dengan sekotak
aiskrim vanila kerana tidak serius dalam perbincangan itu. Tidak lama kemudian, nenek
bersikap kelam-kabut lalu mengajak Rashid ke rumah Che Jah. Di kawasan rumah Che Jah,
suasana yang riuh rendah berlaku apabila Seman memukul dan memaki hamun anaknya,
Haziq. Dari dalam rumah kedengaran suara Che Jah yang menjerit meminta Seman untuk
menceraikannya lalu nenek mendekati Che Jah dan memegang tangannya.
Bab 28
Datuk menyambut kedatangan pesakit gaut baharu dengan gembiranya. Pesakit bernama Kak
Mimah itu menerima cadangan datuk untuk bermalam di situ agar mudah untuk membuat
rawatan susulan pagi esoknya. Lili berbual-bual dengannya dan turut memberitahu bahawa
terdapat kes keganasan rumah tangga di kampung tersebut.
Bab 29
Kak Mimah nekad untuk menyelesaikan kes Che Jah. Letchumi dan pekerja-pekerjanya
bertandang ke rumah untuk mengisi semula herba. Danel pula datang kemudiannya untuk
menyampaikan pesanan ayahnya kepada datuk. Danel menyatakan persetujuannya untuk
melaksanakan cadangan Lili tempoh hari iaitu menjelaskan kepentingan pembinaan masjid
daripada pemasangan kubah kepada penduduk kampung.
Bab 30
Lili berkata kepada Danel bahawa Geetha boleh bantu mereka dalam isu kubah surau.
Sebaliknya apabila mereka bertemu Geetha, Lili hanya menceritakan tentang kes Che Jah.
Mereka berkunjung ke rumah Che Jah namun hampa kerana rumahnya kosong.
Bab 31
Geetha dan Danel berbual tentang bioteknologi berkaitan madu lebah, kambing, pokok
vanilla dan pengalaman mendaki Gunung Kinabalu. Datuk telah nekad untuk menangkap
Seman ke penjara kerana dia telah merosakkan hati orang lain. Datuk memberitahu bahawa
esok akan diadakan mesyuarat AJK bagi membincangkan perihal Seman iaitu perlu
ditangkap ketika mabuk atau dipukul sehingga pengsan. Lili memberikan cadangan untuk
pukul sampai pengsan tetapi Geetha menegaskan bahawa negara kita mempunyai undang
45
undang dan kita tidak boleh menghukum orang lain sesuka hati. Datuk kesal kerana tidak
dapat memperbetul masalah yang dialami penduduk kampung sekarang.
Bab 32
Ketika Lili hampir melelapkan matanya, dia terjaga akibat kekecohan yang berlaku di luar
akibat kubah masjid yang telah dilarikan orang. Rata- rata penduduk mengesyaki anak Che
Jah yang mengambilnya, tetapi Lili menafikan pertuduhan itu kerana pada pendapatnya anak
anak Che Jah tidak akan mengambil sesuatu barang yang tiada untungnya. Lili berasa risau
akan keadaan anak anak Che Jah meskipun Lili tidak mengenali mereka. Haziq dan Rafiq
kelihatan lemah ketika dibawa pulang oleh datuk, jadi nenek membawa air herba untuk
memulihkan tenaga mereka tetapi mereka berdua gagal membuka mata. Haziq membuka
matanya separuh untuk melihat sekeliling, atas langkah berjaga jaga nenek memegang batang
penyapu manakala Daniel melindungi Lili.
Bab 33
Che Jah bersetuju untuk membawa suaminua ke muka pengadilan. Semua yang mendengar
penjelasan Che Jah tersentuh kerana mereka menganggap Che Jah ialah wanita malang. Lili
mencadangkan untuk menghantar Rafiq dan Haziq ke pusat pemulihan akhlak dan
cadangannya dipersetujui oleh Kak mimah. Lili dan Geetha menjaga Rafiq dan Haziq di
rumah. Tiba tiba Rafiq muncul dari dapur dan tumbang secara tiba tiba.
Bab 34
Sufi tidak mengaku bahawa dia terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju
perumahan yang datang memujuk orang kampung untuk menjual tanah mereka. Manakala,
datuk pula dituduh mahu melindungi Che Jah yang terlibat melindungi anak-anaknya dari kes
culik cucunya, Lili kerana datuk pernah memberikan pekerjaan kepada suami Che Jah. Walau
senja sudah tiba, beberapa orang pemuda daripada berpuluh-puluh yang menunjuk perasaan
di halaman rumah masih meluahkan kemarahan dan menuduh datuk terlibat dengan pemaju
perumahan hanya kerana datuk tidak ambil tahu tentang perkara yang bukan urusannya. Sugi
pula menjelaskan tentang keinginan dia memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan
projek agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas yang selama ini disalah anggap oleh
penduduk kampung. Haziq semakin pulih dari keletihan. Che Jah berjaya mendapat
pembelaan yang sewajarnya. Haziq dan Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis
46
syabu sehingga sistem tubuhnya rosak. Kak Limah juga berjanji akan membantunya sehingga
pulih.
Bab 35
Ibu berasa pelik kerana Lili tidak lagi mengadu tentang suasana kampung. Orang kampung
akhirnya menerima cadangan pembinaan masjid. Lili berharap agar dia sempat melihat
matahari terbit bersama Geetha. Haziq pulang dihantar Rashid kerana bimbangkan ibunya di
rumah. Geetha dan Danel menghantar Lili menerusi ketukan di dinding biliknya untuk
melihat matahari terbit.
Bab 36
Suasana menanti matahari terbit menjadi peneman antara Lili, Geetha dan Danel berbicara.
Lili berasa berat hati hendak mengucapkan selamat tinggal. Masa bergerak terlalu pantas. Ibu
pulang ke kampung bersendirian untuk membawa Lili pulang ke Kuala Lumpur agar dia
dapat mengikuti majlis perpisahan pengetua sekolah. Datuknya, Haji Abdul Rahman
menceritakan tentang maksud tersirat di sebalik jendela menghadap jalan yang terlalu banyak
kisah silam dari zaman kejatuhan hinggalah sejarah jendela menghadap jalan yang tidak
diceritakan oleh sejarah. Neneknya, Hajah Aisyah Tan Abdullah berkongsi kisah hidupnya
yang berasal dari Tanah Besar China dan berakhir dengan bibit percintaan bersama suaminya
di Tanah Melayu. Lili dan Geetha kerap berjumpa di ibu kota dan menyambung pelajaran
mereka. Haziq dan Rafiq akan menduduki PMR pada tahun hadapan. Daniel pula banyak
menulis rencana tentang pisang. Lili semakin menghargai perkara yang dia tinggalkan di
belakang kerana nostalgia akan terus hidup selama-lamanya seperti matahari.
47
Kekuatan
Antara kekuatan novel Jendela Menghadap Jalan ialah sikap positif yang ditonjolkan watak
utama iaitu Lili. Perwatakan Lili yang sentiasa positif mampu memberikan impak kepada
pembaca dari segi ingin mengubah diri ke arah yang lebih baik. Sikap positif Lili yang boleh
dicontohi pembaca ialah seorang yang taat akan perintah ibu bapa, seorang yang berhemah
tinggi, seorang yang suka membantu orang lain dan seorang yang prihatin.
Selain itu, terdapat beberapa plot yang memberikan unsur saspens kepada pembaca. Sebagai
contoh, golongan berumur yang memahukan kubah surau dan pembinaan masjid yang
dimahukan oleh generasi muda bagi membawa kemajuan kepada Kampung Sentosa. Hal ini
mampu mengundang keterujaan dalam kalangan pembaca untuk mengetahui pengakhirannya,
sama ada kubah surau atau pembinaan masjid yang dipilih penduduk kampung.
Seterusnya, novel ini memberikan pengajaran yang sangat menarik kepada pembaca. Novel
ini berjaya membuka mata pembaca bahawa sikap tolong-menolong sesama insan mampu
mengubah perjalanan hidup seseorang ke arah yang lebih baik. Sebagai contoh, Lili berjaya
mendapatkan keadilan bagi pihak Che Jah menerusi bantuan yang dipintanya daripada Kak
Mimah.
Selanjutnya, bilangan watak yang agak banyak menjadikan novel ini menarik untuk dibaca.
Pembaca dapat melihat sesuatu situasi daripada pelbagai persepsi dan pendapat. Sebagai
contoh, datuk Lili yang tidak kisah jika hanya terdapat surau sahaja di kampung mereka, yang
penting dia dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna dan selesa. Sebaliknya pula bagi
generasi muda yang berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk melakukan kemajuan di
kampung itu, sekurang-kurangnya pembinaan masjid.
Akhir sekali, pembaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai kebaikan-kebaikan
buah pisang. Penulis Ruhaini Matdarin begitu mengetengahkan khasiat buah pisang menerusi
watak Danel yang menulis artikel tentang buah tersebut. Sebagai contoh, dalam salah satu
artikel yang ditulis Danel ada menyatakan bahawa mengikut kajian perubatan, pisang bukan
sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera
kepada tubuh badan di samping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika
pengambilannya seimbang. Katanya lagi, kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan
rasa gatal akibat gigitan nyamuk.
48
Kelemahan
Antara kelemahan yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah plot cerita
yang tidak teratur dan tidak tersusun. Penceritaan novel lebih tertumpu kepada plot-plot yang
sepatutnya membantu jalan cerita, bukannya difokuskan 100 peratus seperti yang dilakukan
penulis. Plot utama novel ini ialah mengenai misteri jendela yang menghadap jalan, namun
penulis lebih memfokuskan tentang isu pembinaan masjid dan kubah surau di Kampung
Sentosa.
Selain itu, pengupasan plot utama novel ini tidak begitu memuaskan. Plot utama iaitu
misteri jendela-jendela rumah yang menghadap jalan tidak diterangkan dengan lebih lanjut,
malah jawapan kepada persoalan ini hanya diceritakan secara ringkas dalam bentuk dialog.
Hal ini membuatkan pembaca kurang berpuas hati dan tidak memenuhi jangkaan pembaca.
Seterusnya, terdapat beberapa situasi yang tidak diceritakan secara terperinci membuatkan
pembaca sukar untuk mendapat gambaran tentang apa yang terjadi. Sebagai contoh, peristiwa
Seman yang membawa lari kubah surau. Secara logiknya, saiz kubah surau agak besar untuk
dilarikan oleh seseorang yang umurnya dianggarkan separuh abad, juga tidak dinyatakan
bagaimanakah cara Seman membawa lari kubah surau itu keseorangan.
Selanjutnya, terdapat segelintir perwatakan masyarakat di dalam novel ini yang mampu
memberikan impak negatif kepada pembaca. Sebagai contoh, remaja yang terlibat dalam
keruntuhan akhlak dan najis dadah, masyarakat yang tidak bersepakat menyelesaikan isu-isu
penting di kampung dan sikap suami yang melakukan keganasan dalam rumah tangga. Di
samping iktibar yang ingin disampaikan penulis, adalah dikhuatiri bahawa pembaca boleh
terpengaruh dengan nilai-nilai negatif yang ditunjukkan watak.
Akhir sekali, latar belakang watak sampingan kurang dinyatakan dengan jelas. Hal ini
menyebabkan pembaca kurang memahami dengan jelas peranan setiap watak dalam
menghidupkan jalan cerita. Sebagai contoh, Danel dikatakan masih belajar di Kuala Lumpur
namun menghasilkan banyak artikel serta rencana terutamanya tentang pisang. Persoalannya,
adakah ianya kerja sambilan Danel? Adakah seorang pelajar ataupun penuntut universiti
mampu mendapat kerja sebagai penulis majalah?
49
Cadangan penambahbaikan
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan kepada novel Jendela Menghadap
Jalan ialah menyusun dan mengaitkan setiap plot dengan teratur. Penulis perlu lebih
memfokuskan kepada plot utama iaitu misteri jendela-jendela rumah yang menghadap jalan
dan mengurangkan tumpuan terhadap plot-plot tambahan lain seperti isu kubah surau dan
masalah rumah tangga Che Jah yang sepatutnya hanya membantu jalan cerita.
Selain itu, plot utama novel ini perlu diberikan penjelasan selanjutnya. Jawapan kepada plot
utama iaitu misteri jendela-jendela rumah yang menghadap jalan perlu dikupaskan dengan
lebih mendalam lagi, bukannya dengan sekali imbas seperti yang dilakukan penulis. Hal ini
membuatkan pembaca tertanya-tanya dan kurang berpuas hati dengan pengakhiran novel ini.
Seterusnya, memansuhkan beberapa perwatakan watak yang negatif. Sikap negatif yang
ditunjukkan oleh watak seperti keruntuhan akhlak, tidak sependapat dan sikap panas baran
adalah dikhuatiri mampu mempengaruhi pemikiran pembaca yang rata-ratanya bawah umur.
Cukuplah hanya sekadar beberapa nilai negatif untuk dijadikan iktibar dan tidak berlebih-
lebihan seperti keganasan rumah tangga.
Selanjutnya, menceritakan sesuatu peristiwa dengan terperinci dan logik agar pembaca
dapat menggambarkan peristiwa tersebut, seterusnya membantu untuk lebih memahami jalan
cerita. Sebagai contoh, peristiwa Seman yang membawa lari kubah surau agak tidak logik
dan sukar digambarkan memandangkan saiz kubah surau agak besar untuk dilarikan oleh
seseorang yang umurnya dianggarkan separuh abad, malahan tidak dinyatakan bagaimanakah
cara Seman membawa lari kubah surau itu keseorangan.
Akhir sekali, menyatakan latar belakang watak sampingan dengan jelas. Hal ini dapat
memudahkan pembaca untuk menghayati jalan cerita apabila mengetahui peranan setiap
watak dalam menghidupkan jalan cerita. Sebagai contoh, penulis perlu mengupaskan watak
Danel dengan lebih lanjut kerana dikatakan masih belajar di Kuala Lumpur namun
menghasilkan banyak artikel serta rencana terutamanya tentang pisang. Perkara ini
menimbulkan tanda tanya kepada pembaca, adakah ianya kerja sambilan Danel? Adakah
seorang pelajar ataupun penuntut universiti mampu mendapat kerja sebagai penulis majalah?
Jawapan kepada persoalan-persoalan ini hanya dapat dijawab oleh penulis itu sendiri, namun
masih kekal menjadi tanda tanya.
50