The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 & 5
4 Zon di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by daniaalyssaa06, 2022-06-11 16:02:38

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 & 5 - Dania 4F

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 & 5
4 Zon di Malaysia

Keywords: novel tingkatan 4 dan 5

Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan
kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar
rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

Sinopsis setiap bab

Bab 1: Janji Srikandi

Nurul Hafsa melalui hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid
dan guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap
tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang
bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar
jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap
tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah
mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah
yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah
menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan
memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham
mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan
pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-
bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat
melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan
menutup deria kita. Katanya, Tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan
agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

101

Bab 2 : Wickham

Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun
merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama
Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul
Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan
Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut
janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya tinggal
berjauhan, namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan
mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam
bidang yang sama. Pada malam tersebut, Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk
bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi
membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah
mesra alam komersial yang sedang diusahakan olehnya. Muhammad Taufik bersyukur atas
kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali
meneruskan tugas beliau.

Bab 3 : Sungai Rahsia

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-
kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-
kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman.
Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang
dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk
bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur
hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke
Tanah Suci Mekah. Nurul Hafsa membayangkan dia melihat kelip-kelip terbang dalam satu
gerombolan dan melakukan kerlipan secara serentak. Namun sebaliknya yang terjadi di
realiti. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kenyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh
kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat
menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit.
Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan
cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip
berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana

102

kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang,
Nurul Hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan
dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar
pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

Bab 4 : Budiman

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar
Nurul Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang
mengecewakan daripada adiknya, dia membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap
Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk
membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di
sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala
Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8,
iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah
mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah.
Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan
kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk
terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut
menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat
pembangunan yang tidak terancang.

Bab 5 : Jiwa Ayahanda

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya, Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya, Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila

103

dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Walaupun Tan Sri Muhaimin
terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-
masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim
mereka berdua.

Bab 6 : Cita-cita

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan
langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya
dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah
memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor.
Namun demikian, Nurul Hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung
kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang
sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai
Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat
bintang. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar
kata hati.

Dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus
berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman
bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan
dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya,
Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar
tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk
berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor:
Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 7 : Lelaki Kelip-kelip

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan

104

berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai
di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang
membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian
kecil-kecilan. Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki
tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati
adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya
ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik
yang memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan
bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di
Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini
dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin
berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya
lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan
petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang semuanya membawa ancaman kepada
populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip
mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi
kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut lantas
memohon maaf.

Bab 8 : Bebas Grid

Muhammad Taufik mengajak Budiman dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu
yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan
Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan
bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid. Muhammad
Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar
untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid
utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan
kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus,
manusia akan menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Sepanjang pertemuan tersebut,
Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya,
Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam tersebut.

105

Bab 9 : Zuriat

Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya, Tan Sri Muhaimin untuk menyokong
rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit gelap secara
industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang kepupusan
kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah
membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir
perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya
selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan
Maryam.

Bab 10: Sidang Sejuta Kelip-kelip

MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya.
Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-
keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam
bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang
tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah
bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan
mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun
akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib
perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan
rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke
Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan Kuala
Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai
perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut
untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti
Kampung Kuantan tempoh hari.

106

Bab 11: Lewat Satu Melinium
Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,

bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan
Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua
beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener.
Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-
kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul
Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah
ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan
meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad
Taufik.

Bab 12: Strategi
Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan

pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai
membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai
daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan
Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

107

Bab 13 : Dendam Kembali Mekar

Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-Majid. Beliau
memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan Simpan Langit
Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak dapat
meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan
musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih
Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik
akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.

Bab 14 : Gelap Dalam Terang

Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang
diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi
sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan
ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang
hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa
menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar
tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur
sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar
mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa
terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur
rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

108

Bab 15 : Khianat

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam.
Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat
tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun
tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan
kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan.
Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan
bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan
Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu
walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka
meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa.
Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

Bab 16 : Dua Kelip-kelip Terakhir di Dunia

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad
Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka.
Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman
Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian,
mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun
belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani
abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang
terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu,
temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam
pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia
tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.

109

Bab 17 : Jalan yang Ditinggalkan

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya
berada di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati
beliau agar memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan
kejadian jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu,
Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar
bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut
adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek
kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan
Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita
bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 18 : Kerasukan

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan
pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika
meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan,
tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah.
Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki
sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan
kain gelap.

Bab 19 : Selendang Hitam Manik Kristal

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik
kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di
stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bimbang apabila melihat
kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri
Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan

110

terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke
tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan
masuk ke dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan
ke dalam but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad
Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi
tersebut, dia cuba menenangkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum
dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

Bab 20 : Nyawa Untuk Nyawa

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad
Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana
tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai
sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka
masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh
mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang
diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa
selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar,
berdoa dan menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan
dalam berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

Bab 21 : Legasi Baju Biru

Dengan bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh
penculik tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana
kabur. Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan
ringkas yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga
Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar
tentang penculikan sensasi tersebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang
penduduk tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah
ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah
diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas
tembakan, Muhammad Taufik berjaya diselamatkan.

111

Bab 22 : Cinta Pejuang
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala

Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis
tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah
mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia
mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu
dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima
pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di
dunia.

112

Kekuatan

Antara kekuatan novel Bimasakti Menari ialah pembaca dapat menambahkan ilmu
pengetahuan mengenai kelip-kelip dengan cara yang santai dan menarik. Selingan fakta
tentang kelip-kelip yang disampaikan oleh penulis secara tidak langsung menjadikan novel
ini berilmiah di samping bertemakan fiksyen.

Selain itu, pengutaraan tema yang menarik. Penulis begitu mengetengahkan tema kegigihan
anak muda dalam usaha untuk melestarikan alam sekitar dan menariknya, tema ini berjaya
disampaikan oleh penulis menerusi contoh peristiwa yang bersesuaian dengan peringkat umur
pelajar sekolah menengah. Sebagai contoh, penyampaian fakta mengenai kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor yang mempengaruhi keberadaan kelip-
kelip.

Seterusnya, terdapat banyak nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh watak yang boleh
diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, nilai keberanian menerusi
watak Taufik yang berani bertindak seorang diri selepas mendapat nota untuk
menyelamatkan Nurul Hafsa yang diculik dan watak Budiman yang menunjukkan nilai
bertanggungjawab apabila menemani adiknya untuk berjumpa Muhammad Taufik bagi
menjaga hubungan adiknya dengan lelaki bukan mahram. Nilai ini mampu memberikan
impak kepada diri pembaca jika dihayati dan digunakan dalam merubah diri ke arah yang
lebih positif.

Selanjutnya, novel ini memberikan pengajaran yang sangat menarik kepada pembaca. Novel
ini berjaya membuka mata pembaca bahawa sesuatu impian dapat dicapai dengan usaha yang
bersungguh-sungguh. Sikap Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik yang sanggup berkorban
masa dan tenaga demi mengejar cita-cita sendiri sewajarnya dicontohi oleh generasi muda.

Akhir sekali, setiap watak-watak di dalam novel ini mempunyai sisi tarikan yang tersendiri.
Hal ini menyumbang kepada penceritaan novel yang tidak membosankan dengan adanya
watak-watak menarik yang menghidupkan jalan cerita.

113

Kelemahan
Antara kelemahan yang terkandung dalam novel Bimasakti Menari ialah perwatakan sesuatu
watak yang ditakrifkan sebagai kurang bijak. Contohnya, Muhammad Taufik tahu dirinya
akan diculik tetapi dia masih pergi ke arah van tersebut seorang diri tanpa apa-apa
perancangan. Perkara ini dikhuatiri menjadi ikutan pembaca yang tidak mengetahui bahawa
kelakuan ini sebenarnya salah kerana tidak berfikir dengan lebih meluas tentang tindakan
yang sepatutnya diambil.
Selain itu, terdapat beberapa perwatakan yang bersifat negatif. Hal ini dikhuatiri akan
mempengaruhi pembaca dan mendorong pembaca untuk melakukan perkara yang sama.
Sebagai contoh, Johan Arlington yang begitu dendam akan Tan Sri Muhaimin lantaran
Maryam Wickham yang memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami sehingga membawa
kepada kes penculikan anak mereka.
Seterusnya, penceritaan sesuatu plot yang kurang spesifik. Penulis kurang mengupaskan
sesuatu situasi dengan lebih terperinci, mengakibatkan kekeliruan dalam kalangan pembaca.
Sebagai contoh, penulis tidak menerangkan dengan lebih mendalam mengenai situasi
pembebasan Nurul Hafsa dari tangan penculik dan motif dia diculik. Hal ini masih
menimbulkan tanda tanya kepada pembaca.
Selanjutnya, novel ini mengandungi beberapa kelemahan teknologi. Sebagai contoh, CCTV
yang gagal mendapatkan rakaman jelas nombor pendaftaran kenderaan yang menculik
Muhamad Taufik. Hal ini melemahkan jalan cerita kerana tidak mendapat solusi secepat yang
mungkin mengakibatkan jalan cerita semakin bertambah.

114

Cadangan penambahbaikan
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan kepada novel Bimasakti Menari

ialah menerapkan nilai kebijaksanaan kepada watak dalam menangani sesuatu situasi.
Contohnya, peristiwa di mana Muhammad Taufik yang tidak berfikir dengan lebih meluas
tentang tindakan yang sepatutnya diambil berbanding menyerah diri bulat-bulat kepada
penculik.

Selain itu, penulis perlulah mengurangkan perwatakan negatif sesuatu watak kerana
dikhuatiri akan mempengaruhi pembaca dan mendorong pembaca untuk melakukan perkara
yang sama. Sebaliknya, penulis boleh memperbanyakkan nilai positif untuk
menyeimbangkan jalan cerita.

Seterusnya, penulis hendaklah memberikan penekanan terhadap sesuatu plot. Penulis perlu
mengupaskan sesuatu situasi dengan lebih terperinci agar dapat mengelakkan kekeliruan
dalam kalangan pembaca. Penulis boleh menggunakan teknik pemerian secara meluas agar
pembaca dapat memahami dengan lebih mendalam penceritaan novel.

Selanjutnya, penulis boleh menambahkan kemajuan teknologi pada jalan cerita. Hal ini
mampu merancakkan dan terus mengembangkan jalan cerita.

115

Silir Daksina – Nizar Parman

Pengenalan

Mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja bernama
Haiqal Haqimi bersama-sama ibu dan ayah tirinya. Pada suatu
hari, Haiqal menerima sebuah manuskrip lama yang di dalamnya
terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Dia bertekad untuk
menjejaki kehidupan arwah ayah kandungnya. Walaupun
hasratnya mendapat tentangan daripada uminya, dia tetap
berdegil.

Semenjak ayahnya meninggal dunia, Kampung Seri Purnama
kehilangan orang penting yang memperkenalkan tarian zapin.
Novel ini sampai ke puncaknya apabila Haiqal turut serta
membuat persembahan zapin. Ketika hari persembahan, Lazim
telah ditimpa kemalangan dan Ong See Hwa yang menggantikan
tempatnya. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan
telah melebur apabila umi datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari. Umi juga
telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan mengaku kesilapan memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya
kerana darahnya turut mengalir dalam tubuh Haiqal. Setelah beberapa bulan di Kampung Seri Purnama,
Haiqal melanjutkan pelajarannya dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak.

Biografi penulis

Md Nizar Parman yang menetap di Batu Pahat, Johor dilahirkan pada
tanggal 31 Ogos 1973. Mendapat pendidikan sekolah rendah di SK Seri
Paya, Parit Raja dan bersekolah menengah di SMK Dato' Menteri, Ayer
Hitam. Guru Bahasa Melayu di SK Seri Lalang, Kluang, Johor. Selain
itu, telah dilantik sebagai Jurulatih Utama Bahasa Melayu Negeri Johor
mulai tahun 2002. Mula berkecimpung dalam penulisan kreatif pada
tahun 1995. Memenangi tempat pertama Sayembara Menulis Cerpen
Hari Guru Peringkat Negeri Perak 1995, tempat ketiga Sayembara
Cerpen Hari Guru anjuran DBP - BPG 1998, dan hadiah saguhati
Sayembara Jubli Emas DBP kategori cerpen 2007. Karya-karyanya pernah tersiar dalam Mingguan
Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, De1w1a6n Pelajar, Mingguan Wanita dan URTV.

Sinopsis keseluruhan

Mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi yang tinggal dengan Umi,
bapa tirinya,‘walid’ dan adik tirinya, Nurul Asiyah. Haiqal terpisah dengan bapanya apabila
uminya berpisah dengan bapanya kerana mereka tidak sehaluan. Uminya yang merupakan
seorang usahawan batik dan mempunyai kedai di Pasar Payang tidak dapat menerima hakikat
bahawa suaminya seorang pencinta seni sastera dan budaya. Akibatnya, perkhawinan antara
mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun.

Sejak kecil Haiqal tidak pernah berjumpa dengan ayahnya. Ketika berusia 12 tahun,
bapanya telah meninggal dunia sewaktu Haiqal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR). Umi dan bapa tirinya pergi ke kampung arwah ayahnya tetapi Haiqal tidak dibawa
ke sana atas alasan dia sedang menduduki UPSR. Haiqal hanya mampu menangis kerana
tidak dapat melihat wajah ayahnya untuk kali terakhir. Walaupun Haiqal berasa terkilan
namun dia tetap menyayangi dan menghormati uminya dan tidak berani membantah kata-kata
uminya.

Pada suatu hari, Haiqal menerima sebuah manuskrip yang dihantar oleh seorang gadis
berbangsa cina melalui kiriman pos laju. Sejak itu, hati Haiqal meronta-ronta untuk pergi ke
Batu Pahat. Manuskrip yang diterima itu menceritakan beberapa peristiwa yang berkaitan
dengan kegidupan bapanya yang ingin memperkasakan seni budaya, ternasuk tarian zapin.
Justeru, Haiqal bersasa teruja untuk menjejaki sejarah kehidupan bapanya itu bagi mengubati
kerinduannya terhadap bapanya yang ditanggung olehnya sejak kecil.

Pada suatu malam, Haiqal telah memberitahu uminya bahawa dia ingin ke kampung
halaman bapanya. Umi Haiqal melarang Haiqal meneruskan rancangannya itu dan
memarahinya dengan alasan tiada apa-apa di kampung tersebut memandangkan ayahnya
sudah lama meninggal dunia . Haiqal yang telah nekad tetap berkeras dengan keputusannya
itu. Umi Haiqal mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya
sekiranya dia ke kampung arwah ayahnya itu. Walid memahami persaan Haiqal dan
merestukan pemergiannya. Walid akan menampung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia
berada di Johor kelak.

Haiqal ke selatan tanpa diiringi oleh uminya. Di halaman rumah, Walid dan adik tirinya
sahaja mengiringi Haiqal hingga ke muka pintu. Haiqal dihantar oleh Ratna ke stesen bas.

117

Haiqal sampai di stesen bas Batu Pahat pada waktu subuh. Selesai menunaikan solat subuh di
surau, Haiqal menaiki sebuah teksi untuk ke Parit Raja, iaitu kampung halaman bapanya.

Di sebuah warung, Haiqal bertanya kepada pemilik warung tersebut tentang rumah arwah
ayahnya. Pemilik warung tersebut, iaitu Wak Sakimin menyuruhnya menunggu Tauke Ong
untuk membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya. Tidak lama kemudian, Tauke Ong tiba di
warung Wak Min. Tauke Ong menghantar Haiqal makan tengah hari di bandar. Di rumah
arwah ayahnya, Haiqal melihat beberapa sijil dan gambar yang ada. Haiqal mendapati arwah
ayahnya, Abdullah bin Kayan lebih hebat daripada sangkaannya.

Tepat jam 12:30 tengah hari, Tauke Ong dan anaknya, See Hwa datang untuk membawa
Haiqal makan tengah hari. Sewaktu di dalam kereta, Tauke Ong memberitahu bahawa banyak
kerja yang Haiqal perlu uruskan. Tauke Ong memegang amanah untuk menguruskan ladang
kelapa sawit dan kebun getah milik arwah ayahnya dan dia akan menyerahkan semua urusan
ini kepada Haiqal.

Setibanya di pekan Parit Raja, Tauke Ong memberitahu Haiqal bahawa dia ada urusan di
bank dan meminta anaknya, See Hwa menemani Haiqal makan di sebuah makan di sebuah
restoran. Di restroran itu, See Hwa berbual-bual dengan Haiqal tentang Ratna. Semasa
makan, See Hwa memberitahu bahawa ayahnya pandai memasak cili padi ikan haruan.
Haiqal meraskan bahawan See Hwa beruntung kerana dapat merasa kasih sayang arwah dan
dapat mengisi kekosogan jiwa arwah ayahnya itu. Haiqal ingin mendekati See Hwa kerana
dia yakin bahawa See Hwa banyak menyimpan rahasia hidup ayahnya. Dia juga membuat
telahan bahawa watak Ai Ling dalam manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya itu ialah
See Hwa.

See Hwa membawa Haiqal berjalan-jalan disekitar pekan Parit Raja dan mereka berhenti di
sebuah kedai buku. See Hwa memilih-milih novel yang hendak dibelinya manakala Haiqal
membeli buku yang berkaitan dengan bahasa dan satera. Ketika itu, mereka mendapati
bahawa mereka meminati penulis yang sama. Pertemuan itu telah menimbulkan kemesraaan
antara mereka berdua .

Haiqal menziarahi pusara ayahnya dengan menaiki motosikal yang dipinjamkan oleh Tauke
Ong. Haiqal membaca surah al-fatihah dan berselawat ke atas nabi, seterusnya membaca
surah Yasin. Semasa Haiqal menunggang motosikal, hatinya tergerak untuk memberhentikan
motosikal berhampiran dengan sekumpulan remaja yang memancing ikan. Haiqal berbual-

118

bual dengan Pak Cik Bakar. Pak Cik Bakar mempelawa Haiqal ke rumahnya untuk bercerita
lebih lanjut tentang arwah. Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid, Haiqal ke
warung Wak Min untuk mengisi perut. Haiqal, Pak Cik Bakar, Wak Arif, dan Haji Salim
berbual-bual mengenai tarian zapin.

Pada suatu hari, Haiqal telah dibawa ke balai raya Kampung Seri Purnama. Di situ, Haiqal
dapat melihat hasil kegiatan ayahnya. Beberapa buah album, majalah, dan buku-buku milik
arwah ayah menandakan dia benar-benar seorang pencinta tarian zapin. Di warung, Haiqal
bertanya tentang Aksara kepada See Hwa dan memberitahu bahawa Aksara merupakan satu-
satunya perkara yang tidak dapat dilaksanakan oleh arwah ayah Haiqal sebelum dia
meninggal dunia. See Hwa juga menjelaskan bahawa Aksara ialah singkatan kepada
Akedemi Sastera Rakyat dan arwah ayah Haiqal bercita-cita untuk menjadikan Kampung Seri
Purnama sebagai pusat pengembangan sastera di daerah itu. Arwah ayah Haiqal amat
mencintai bidang sastera rakyat dan menganggap bahawa tugas itu sebagai satu
tanggungjawab sosial yang mesti dilaksanakan untuk mendekatkan masyarakat dengan
sastera.

Haiqal telah mencadangkan kepada Pak Cik Bakar untuk mengadakan tarian zapin.
Cadangan Haiqal itu dikemukakan kepada ketua kampung. Mesyuarat untuk membincangkan
cadangan Haiqal telah diadakan di balai raya dan cadangan Haiqal telah diterima sebulat
suara oleh penduduk kampung. Mereka melakukan pembahagian tugas sempena majlis yang
bakal diadakan pada malam tersebut. Tauke Ong menawarkan diri untuk menaja jamuan
semasa majlis itu berlangsung kelak. Haiqal juga turut serta dalam membuat tarian zapin.
Tauke Ong mencadakan agar Haiqal mempelajari tarian zapin. Haiqal akur apabila Pak Cik
Bakar, Haji Selamat, Waparmin, Abang Ramlan, dan Wak Seman bersugguh-sungguh mahu
mengajarkan tarian zapin.

Seminggu sebelum persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada walidnya tentang
tarian zapin jincat itu. Dia meminta walid, umi, dan nurul mendoakannya agar dapat
mempersembahkan tarian itu dengan baik. Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat berita
bahawa Lazim tidak dapat menjadi pasangan Haiqal untuk persembahan tarian tersebut. Haji
Salim menyuruh Haiqal memujuk See Hwa menari dengannya.

Selepas solat maghrib, Haiqal ke rumah Tauke Ong. Dia memberitahu Tauke Ong tentang
tujuanya untuk memujuk See Hwa yang sedang menggosok kostum untuk tarian zapin. See

119

Hwa berterus terang kepada Haiqal bahawa dia dan Lazim sudah berpakat untuk membuat
kejutan kepada Haiqal. Haiqal meminta See Hwa menari bersamanya.

Akhirnya, malam itu menjadi kenyataan apabila Haiqal dapat mempersembahkan tarian
zapinnya dengan baik. YB Datuk Syaiful Azizi terposona oleh kelembutan gerak tari See
Hwa dan Haiqal. Ketika asyik menari, Haiqal terpandang uminya, walid dan Nurul Aisyah
yang sedang berdiri di belakang balai raya sambil melihatnya menari di atas pentas. Haiqal
berasa amat terharu dan bersyukur kepada Tuhan apabila melihat mereka datang untuk
melihatnya menari.

Haiqal membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya di Unimas, sebuah universiti
di Bumi Kenyalang. Haiqal percaya bahawa dendam umi terhadap ayahnya sudah terlerai
apabila uminya datang untuk melihatnya menari tarian zapin. Dalam hatinya, umi mengakui
bahawa darah seni yang mengalir di dalam tubuh Haiqal merupakan darah seni Abdullah bin
Kayan yang tidak boleh dinafikan. Sahabat Haiqal, iaitu Ratna telah bertunang dengan
seorang ushawan. Ketika Haiqal meninggalkan kampung Seri Purnama, See Hwa menangis.
Haiqal sedar bahawa dia perlu menjadi ayahnya untuk mewujudkan Aksara semula. Hasrat
itu masih jauh daripada jangkauannya kerana dia masih belum layak untuk memimpin
Aksara. Haiqal merasakan bahawa silir diksina benar-benar mendamaikan.

120

Sinopsis setiap bab

Bab 1: Tersingkap Rahsia

Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat.
Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang
pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah
Kayan. Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun, uminya membuka rahsia
tentang dirinya, bahawa ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan
tekad untuk mencari ayahnya Abdullah Kayan.

Bab 2: Kisah Seorang Teman

Haiqal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk.
Kawan sekelasnya di sekolah. Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM
sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal
meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan
baik. Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. Sambil
mereka bersiar-siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.
Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal
pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan
Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya.

Bab 3: Senaskah Manuskrip Lama

Manuskrip lama yang menceritakan kisah Cikgu Nizam ini merupakan manuskrip yang
diterima dan dibaca oleh Haiqal. Manuskrip lama ini mengisahkan penduduk kampung Sri
Purnama yang aktif dalam aktiviti seni tradisional seperti zapin dan ghazal. Seni tradisional
ini turut mendapat tempat di hati Ai Ling; anak kepada Tauke Lim. Ai Ling minat menari
zapin. Rakan-rakan sebaya Cikgu Nizam seperti Roslan, Ramli dan Sudin juga gigih berlatih
menari zapin. Penduduk kampung Seri Purnama sering berkumpul di warung Pak Dolah.
Cikgu Nizam memuji Ai Ling yang mahir menari zapin. Hubungan bapa Ai Ling iaitu Tauke

121

Lim dengan penduduk kampung Seri Purnama adalah sangat rapat. Cikgu Nizam
menggalakkan Ai Ling untuk belajar menari zapin. Apabila Cikgu Nizam melihat Ai Ling,
secara tidak langsung dia terkenang akan anaknya; Aiman. Usia Aiman sebaya dengan usia
Ai Ling.

Hubungan kekeluargaan antara keluarga Cikgu Nizam dengan keluarga Tauke Lim sangat
rapat. Tauke Lim berasal dari Perak. Rumah Tauke Lim dibina di atas tanah yang dibeli
daripada ayah Cikgu Nizam. Sebelum ini, tanah tersebut merupakan kebun getah. Ayah
Cikgu Nizam mengupah orang untuk mengerjakannya kerana dia sibuk mengurus kebun
kelapa sawit. Emak Cikgu Nizam pula tidak berdaya untuk mengerjakan kebun getah kerana
tidak boleh berdiri lama akibat kemalangan. Kemudian, Tauke Lim telah menyewa tanah
tersebut daripada ayah Cikgu Nizam setelah berhijrah ke Parit Raja. Ayah Cikgu Nizam
berasa kasihan akan Tauke Lim kerana semua tanah milik keluarganya di Perak habis dijual
untuk membayar hutang abang Tauke Lim yang suka berjudi. Ayah Cikgu Nizam dan Tauke
Lim bersetuju untuk membahagi dua hasil daripada kebun getah tersebut.

Hubungan antara keluarga Cikgu Nizam dan Tauke Lim semakin rapat sejak Tauke Lim
menyewa kebun getah tersebut. Tambahan pula, Tauke Lim selalu membawa ahli
keluarganya berkunjung ke rumah keluarga Cikgu Nizam. Mereka selalu minum petang
bersama-sama. Tauke Lim seorang yang rajin. Pada waktu pagi, dia menoreh getah manakala
pada waktu petang, Tauke Lim akan mengelilingi kampung untuk membeli hasil-hasil
kampung. Sebagai contohnya, buah pinang, getah beku atau getah sekerap, biji kopi dan
pisang. Kemudian, dia akan menjualnya di bandar. Tauke Lim juga sentiasa membersihkan
kebun getah yang disewanya. Hasil kegigihan Tauke Lim, dia berjaya mengumpul wang
untuk membeli setengah ekar daripada kebun ayah Cikgu Nizam. Tanah yang dibelinya itu
telah dijadikan tapak rumah. Hubungan antara keluarga Tauke Lim dengan penduduk
kampung Sri Purnama sangat rapat sekali. Apabila ada majlis kenduri-kendara, dia pasti akan
turut bersama-sama penduduk untuk bergotong-royong. Tauke Lim juga sentiasa bermurah
hati untuk menaja jamuan untuk setiap majlis keramaian di kampung. Ketika ayah Cikgu
Nizam masih hidup, dia menganggap bahawa anak-anak perempuan Tauke Lim iaitu Ai
Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri. Hidup ayah Cikgu Nizam sunyi setelah kematian
isterinya akibat darah beku di kepala.

Pada suatu hari, Cikgu Nizam telah menumpangkan Ai Ling dan Ai Ching ke sekolah
kerana bateri kereta Tauke Lim telah rosak. Cikgu Nizam mengajar di sekolah yang sama

122

dengan Ai Ling. Tauke Lim menghantar semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan di
kampung itu. Dia beranggapan bahawa di mana-mana sahaja anak-anaknya boleh belajar
asalkan mereka rajin. Pada setiap minggu, Tauke Lim menghantar anak-anaknya ke kelas
tuiysen bahasa Cina di pekan Parit Raja. Cikgu Nizam mempelawa Ai Ling menaiki
keretanya pada setiap hari tetapi Ai Ling tidak mahu menyusahkan gurunya itu. Namun
begitu, setelah Ai Ling berbincang dengan Tauke Lim, Ai Ling telah menumpang kereta
Cikgu Nizam untuk ke sekolah pada setiap hari.

Ketika di bilik guru, Cikgu Latifah yang terkenal oleh kegarangannya telah meluahkan
perasaan. Cikgu Latifah menyatakan kekesalannya terhadap sikap murid-murid yang tidak
menyelesaikan kerja rumah dan tulisan mereka juga tidak kemas ibarat “cakar ayam”. Cikgu
Latifah turut menyatakan bahawa golongan guru kerap dipersalahkan jika anak-anak murid
tidak berjaya. Cikgu Nizam menenangkan Cikgu Latifah dengan mengatakan bahawa orang
luar tidak faham akan tugas guru yang banyak. Cikgu Nizam turut berpandapat bahawa
golongan guru perlu sentiasa bijak mengatur tugas mereka. Berbeza dengan zaman dahulu,
guru ibarat pakar rujuk. Apabila zaman semakin moden dan golongan cendekiawan semakin
ramai, banyak teori pendidikan telah diwujudkan. Cikgu Latifah meneruskan kerjanya dan
kadang kala dia membebel lagi. Dalam hati Cikgu Nizam, dia kagum akan kesungguhan
Cikgu Latifah yang sanggup pulang lewat untuk membimbing murid-murid yang lemah
dalam Matematik. Cikgu Nizam terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua panitia
Bahasa Melayu dengan menyelesaikan minit mesyuarat panitia.

Selain itu, Cikgu Latifah turut menyatakan bahawa Ai Ling tidak mahu ke perpustakaan
ketika waktu Pendidikan Islam. Ai Ling berminat untuk mempelajari Pendidikan Islam
daripada Ustazah Munirah. Ai Ling suka membaca buku kisah-kisah nabi dan rasul serta
tokoh-tokoh Islam. Ai Ling juga selalu bertanya tentang nabi-nabi kepada Ustazah Munirah,
terutamanya tentang Nabi Muhammad. Perwatakan Ai Ling berbeza dengan kakaknya.
Apabila murid-murid Islam membaca doa, dia akan turut serta menadah tangan untuk berdoa.
Cikgu Nizam mengambil peluang ini untuk cuba mengenali Ai Ling dengan lebih dekat.

ii) Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu
menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan
persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam
perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke
Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku

123

menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling
menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu
Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran
aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya ketika dia
susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman.
Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah.
Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta
aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan
perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku.
Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular.

iii) Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai
Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D’ Purnama, ketua kumpulan Pak Haji
Salam memaklumkan bahawa YB Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri akan
datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan membuat penyelidikan
tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin.
Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi persembahan terbaik bagi
menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana perpecahan
dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim
bersetuju menanggung perbelanjaan jamuan tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan
tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi
tentang sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil Zam) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam
agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku
tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah
lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri.

iv) Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15
orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu..
Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi.
Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku
puisi. Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkannya dan mahu mengajarnya mendeklamasi
sajak pada petang itu. Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih

124

sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi
sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas
tersebut nama Aiman di bibir.

v) Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah
mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua
pelanggan di warung Abang Dollah. Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku.
Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali
membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu
akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda
kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan
berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali.
Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman
Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang
guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa
orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat,
mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang menggelikan hati. Fikiran
aku masih bercelaru. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata
Abang Bakir. Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan
hatiku sejak berpisah dengan isteri. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk
berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping
potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup
aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang akan kasih Ai Ling.

vi) Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak
sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam
itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam, Ai Ling mula
mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman
mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan
gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati
terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama
memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng

125

panjang. Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk
kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan
makanan tradisional Melayu sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari
maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut, kumpulan D’Purnama akan
dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras
menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu. Aku
memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan
dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang
sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.

vii) Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun
kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku
merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku
membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ
Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku
memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke situ. Aku terkesima apabila Ai Ling
bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai Ling. Ai Ling berasa simpati akan
aku. Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus
dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya.

viii) Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan
peringkat mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung
Bersama Puisi yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN
bersetuju mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang
terlibat bersungguh- sungguh menjalani latihan. Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga
kali seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku
program yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang
kurang baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya. Ai Ling datang ke rumah
aku membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbual-bual sambil menikmati
apam balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu
menjadi orang pertama yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira
dan menghargai saat bersama-sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya

126

kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh
mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat
persiapan untuk Malam Sekampung Puisi. Aku berharap Aksara yang menjadi impiannya
akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah puisi untuk
dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di
dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam keadaan ini aku
tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis.

Bab 4: Desakan Hati

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya, Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-
lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan
sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu
uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali
dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar
buntu. Dalam kekalutan perasaan, Haiqal keluar untuk menemui Ratna. Haikal memberitahu
Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang
ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila Aksara
yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara
yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan
tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna,
berdasarkan manuskrip itu, ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti
ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang penulis yang menjadi johan
peringkat daerah dan negeri. Namun, uminya tidak pernah berasa bangga akan
pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan
dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi, walid dan
Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.

Bab 5: Rindu

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya. Namun tiada sebarang memori yang dia ada
bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula

127

terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal
tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya
menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal
tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu
Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan
hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan
hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal
terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh
tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal
sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid
ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus
tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap
biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

Bab 6: Satu Ketetapan

Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan
ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun
pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak
membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman
ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan
menyokong keputusannya secara diam-diam.

Bab 7: Perjalanan Yang Jauh

Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa
tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan
ibunya.

Bab 8: Tiba Di Kampung

128

Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal
diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah
ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min.
Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.

Bab 9: Pertemuan

Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang
gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong
memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

Bab 10: Pusara

Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.

Bab 11: Suasana Baharu

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu.
Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya
kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan
tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong
tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal
banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil
upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh
seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya

129

Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut.
Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu
diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu
bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana
kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah
menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

Bab 12: Rahsia Balai Raya
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan

balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang
kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih
terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal
seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil
daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di
situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya.
Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya
merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab
menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

Bab 13: Sinar Harapan
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung

Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar.
Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

Bab 14: Mencari Keserasian
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama

dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

130

Bab 15: Tetamu Istimewa
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama

masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.
Bab 16: Bermulalah Episod

Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama
dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk
menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai
Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan
seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

131

Kekuatan
Antara kekuatan novel Silir Daksina ialah penulis menyatakan dengan jelas latar belakang

setiap watak. Hal ini membantu pembaca untuk lebih memahami dengan jelas peranan setiap
watak dalam menghidupkan jalan cerita. Kebanyakkan latar belakang sesuatu watak
diceritakan melalui manuskrip yang ditulis oleh Abdullah Kayan.

Selain itu, penulis begitu menerapkan nilai-nilai positif menerusi perwatakan watak utama.
Hal ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi keperibadian pembaca untuk turut
mengaplikasikan nilai murni yang ditunjukkan watak utama. Sebagai contoh, Haiqal yang
begitu sayang akan ayahnya sehingga sanggup merantau ke Johor untuk mengetahui kisah
hidup bapa kandungnya itu.

Seterusnya, tidak dapat dinafikan bahawa plot cerita novel ini sangat teratur. Pembaca dapat
menyelami sendiri kisah kehidupan Abdullah Kayan sehingga ke saat-saat terakhir hidupnya.
Dengan ini, pembaca akan lebih memahami asal usul semangat kesusasteraan yang ingin
diterapkan beliau kepada masyarakat di kampungnya itu.

Selanjutnya, novel ini memberikan pengajaran yang sangat menarik kepada pembaca. Novel
ini berjaya membuka mata pembaca bahawa sifat cinta akan seni dan budaya bangsa begitu
memberikan kesan positif terhadap kehidupan masyarakat. Antaranya, mengeratkan
hubungan sesama masyarakat dan kerjasama antara masyarakat dalam usaha memulihara
tarian zapin yang semakin lapuk dek zaman.

Akhir sekali, penulis turut menonjolkan hubungan kekeluargaan yang erat. Hal ini dapat
dilihat menerusi watak walid yang merestui dan menampung perjalanan Haiqal ke Johor serta
watak Haiqal yang bersungguh-sungguh merantau ke selatan demi mencari kebenaran tentang
bapa kandungnya.

132

Kelemahan
Antara kelemahan yang terkandung dalam novel Silir Daksina ialah terdapat beberapa

perwatakan watak yang negatif yang tidak sepatutnya dicontohi oleh pembaca. Sebagai
contoh, watak Rafiqah yang mementingkan diri sendiri sehingga menyekat Haiqal untuk
mengenali wajah ayah kandungnya dan melawat arwah ayahnya yang meninggal dunia serta
abang Tauke Lim yang menjual habis harta peninggalan ayah mereka untuk membayar
pinjaman daripada ceti haram.

Selain itu, di samping penceritaan latar belakang watak sampingan dengan lengkap, tidak
dapat dinafikan bahawa perkara ini sedikit sebanyak menggangu plot utama penceritaan.
Penulis begitu menekankan kepada plot yang tidak penting sehingga mengakibatkan binaan
plot menjadi perlahan.

Seterusnya, jalan cerita novel ini agak kurang memuaskan. Kehidupan watak utama yang
tidak pernah mengenali ayahnya amat menyayat hati. Hal ini secara tidak langsung
membangkitkan amarah dalam kalangan pembaca terhadap watak Rafiqah yang asalnya
begitu membenci akan Abdullah Kayan sehingga menjejaskan hubungan antara Haiqal dan
ayahnya itu.

Selanjutnya, kedaifan sesuatu latar tempat. Balai raya yang dahulunnya mempunyai banyak
bahan bacaan sudah tidak terurus kecuali di beberapa bahagian. Hal ini menimbulkan
spekulasi rambang dalam kalangan pembaca mengenai tahap hubungan kemasyarakatan
dalam kalangan penduduk kampung itu.

Akhir sekali, penulis tidak mengupas dengan lebih lanjut mengenai beberapa plot yang
saling berkait dengan plot utama. Penulis tidak menerangkan apakah punca kebencian
Rafiqah terhadap Abdullah Kayan. Hal ini mengakibatkan pembaca tidak dapat mengaitkan
peristiwa tersebut dengan plot utama, seterusnya menyukarkan pembaca untuk mendapatkan
gambaran keseluruhan situasi cerita ini.

133

Cadangan penambahbaikan
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan kepada novel Silir Daksina ialah

mengurangkan perwatakan watak yang negatif. Hal ini wajarlah dilakukan agar pembaca
tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang ditonjolkan.

Selain itu, penulis juga boleh mengurangkan penceritaan latar belakang watak sampingan
kerana hal ini sedikit sebanyak menggangu plot utama penceritaan. Sebaliknya, penulis perlu
lebih memberikan penekanan terhadap plot utama agar mesej dapat disampaikan dengan jelas
dan tidak berbelit-belit.

Seterusnya, penulis boleh menggantikan beberapa plot yang mengandungi unsur negatif
kepada plot yang lebih gembira dan menambat hati. Kehidupan watak utama yang tidak
pernah mengenali ayahnya ini amat menyayat hati dan memberikan kesedihan yang
melampau membuatkan pembaca begitu terkesan, seterusnya membangkitkan amarah dalam
kalangan pembaca terhadap watak Rafiqah yang asalnya begitu membenci akan Abdullah
Kayan sehingga menjejaskan hubungan antara Haiqal dan ayahnya itu.

Selanjutnya, kedaifan sesuatu latar tempat. Balai raya yang dahulunnya mempunyai banyak
bahan bacaan sudah tidak terurus kecuali di beberapa bahagian. Hal ini menimbulkan
spekulasi rambang dalam kalangan pembaca mengenai tahap hubungan kemasyarakatan
dalam kalangan penduduk kampung itu.

Akhir sekali, penulis tidak mengupas dengan lebih lanjut mengenai beberapa plot yang
saling berkait dengan plot utama. Penulis tidak menerangkan apakah punca kebencian
Rafiqah terhadap Abdullah Kayan. Hal ini mengakibatkan pembaca tidak dapat mengaitkan
peristiwa tersebut dengan plot utama, seterusnya menyukarkan pembaca untuk mendapatkan
gambaran keseluruhan situasi cerita ini.

134

Rujukan

 http://ruhaini-matdarin.blogspot.com/2015/11/biodata-ruhaini-matdarin-dan-buku-
yang.html

 https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/
 https://cahayaceria.wordpress.com/2018/04/08/sinopsis-bab-31-bab-35-novel-

tingkatan-4/
 http://saljuhumairah.blogspot.com/2011/01/siri-kenali-penulis-abdul-latip-bin.html
 https://www.amazon.com/Dayang-Noor/e/B006X7T0GE

%3Fref=dbs_a_mng_rwt_scns_share
 http://bahasamalaysiatingkatan4.blogspot.com/p/di-sebalik-dinara.html
 https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/sinopsis-novel-di-sebalik-dinara.html
 https://www.scribd.com/document/327698052/Biodata-Pengarang
 https://mesradidik.blogspot.com/2017/04/novel-pantai-kasih-sinopsis-

keseluruhan.html
 https://www.academia.edu/38314129/

SINOPSIS_NOVEL_PANTAI_KASIH_SEMUA_BAB?auto=download
 https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-pantai-kasih-komsas-tingkatan-4.html
 http://muinmohsein.blogspot.com/2015/12/novel-songket-berbenang-emas.html
 https://cikgugk16.blogspot.com/2016/11/novel-songket-berbenang-emas-sumber.html
 http://penulissarawak.blogspot.com/2008/06/beb-sabariah.html
 https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-tirani.html
 http://klikweb.dbp.my/?p=5123
 https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-bima-sakti-menari-komsas.html
 https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-bimasakti-menari.html
 https://www.blogger.com/profile/03417861860653232558
 https://guruselamanya.wordpress.com/2019/01/29/teknik-bacaan-5w1h/
 https://guruselamanya.wordpress.com/2020/02/23/novel-silir-daksina-sinopsis-

mengikut-bab/
 https://karangan.net/komsas-bm-sinopsis-novel-silir-daksina/
 https://www.e-sentral.com/book/info/373

135


Click to View FlipBook Version