The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 & 5
4 Zon di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by daniaalyssaa06, 2022-06-11 16:02:38

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 & 5 - Dania 4F

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 & 5
4 Zon di Malaysia

Keywords: novel tingkatan 4 dan 5

Pantai Kasih – Azmah Nordin

Pengenalan
Cerita ini mengisahkan pergolakan hidup petugas-petugas di

Pusat Rawatan Pantai Kasih yang diburu keresahan dan ketakutan
sebagai akibat terjadinya kes penyamaran seorang lelaki yang
kurang siuman sebagai doktor di pusat rawatan itu. Dua orang
doktor, iaitu Raiha dan Uwang juga mempunyai masalah peribadi
yang tersendiri. Raiha diburu kegelisahan setelah kematian anak
dan suaminya. Doktor Uwang pula tersepit antara desakan kata
hatinya untuk memburu keuntungan dengan keinginan untuk
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pesakitnya.
Namun begitu, kegagalan menyelamatkan seorang pesakit remaja
setelah menjalani lima kali pembedahan di pusat rawatan tersebut
juga telah menyebabkan berlakunya konflik antara mereka.

Biografi penulis
Azmah Nordin dilahirkan di Kulim. Kedah pada 10 Januari

1958. Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah dalam
aliran Melayu dan Inggeris. Beliau ke Sabah pada tahun 1973
dan Seteruşnya menetap di Sana sehingga kini. Beliau mula
berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam
penulisan rencana, Kecenderungannya menulis dalam bidang
şaştera bermula pada awal tahun 1986. Beliau meminati
penulisan sajak, cerpen dan novel.

51

Sinopsis keseluruhan

Raiha, seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya
menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia
akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan
mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.
Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata
kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun, nalurinya memberitahu ada sesuatu
yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan
mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata
mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri
ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi
ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia
memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu
Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-
ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu,
biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu,
selain daripada sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan untuk
mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi
berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.

52

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas
oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan
sederhana.

Sinopsis setiap bab

Bab 1
Doktor Raiha baru sahaja selesai menjalankan pembedahan sendi tulang pinggul terhadap

pesakit yang bernama Unong Siron. Pembedahan kali keenam itu sepatutnya dilakukan oleh
Doktor Uwang tetapi diserahkan kepadanya kerana pakar itu mempunyai urusan lain. Ketika
bersendirian di pejabatnya, Doktor Raiha teringat akan Doktor Uwang yang telah dikenalinya
semasa belajar di universiti dahulu. Doktor Raiha menaruh hati kepada Doktor Uwang tetapi
Doktor Uwang telah berkahwin lalu dia memilh Doktor Sadiz meskipun pilihannya itu
ditentang oleh ayahnya. Sepuluh tahun kemudian, dia menerima pelawaan Doktor Uwang
untuk bekerja bersama-sama di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK).

Sementara itu, Sister Felicia Londosi terkenang akan kematian seorang kanak-kanak
perempuan dalam kebakaran. Hal itu menyebabkan dia resah dan cemas lalu minum ubat
batuk yang diambilnya di bahagian farmasi. Dia sebenarnya menyimpan perasaan marah dan
dendam kepada Doktor Raiha dan Doktor Uwang yang kerap memarahinya. Oleh sebab itu,
dia meminta jadual tugasannya ke sebelah malam supaya dia tidak bekerja bersama-sama
dengan Doktor Raiha pada sebelah pagi.

Bab 2
Doktor Uwang ternampak seorang kanak-kanak perempuan berdiri tegak, kemudian

berkeliaran di halaman banglonya. Pada awalnya, dia menyangka kanak-kanak itu pembantu

53

rumahnya yang baru tetapi dia maklum bahawa isterinya tidak mengambil pembantu rumah
tanpa persetujuannya. Malahan, isterinya itu juga akur akan kehendaknya yang hanya ingin
memperoleh seorang anak.

Doktor Uwang mentadbir PRPK sepenuhnya setelah tanggungjawab itu diserahkan oleh
ayahnya, Datu Ontong. Semasa berada di bawah pengurusan Datu Ontong, PRPK hanya
mempunyai tiga orang doktor namun setelah Doktor Uwang menerajui PRPK, dia telah
menambahkan serta memperindah wad-wad dan bangunan serta membawa masuk peralatan
canggih. Hal itu dilakukan agar dia dapat mengenakan bayaran yang mahal kepada para
pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan disitu.

Doktor Raiha teringat akan peristiwa seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor
menceroboh pusat rawatan itu beberapa minggu lalu. Ketika berjalan di bahagian hadapan
pusat rawatan itu, Doktor Raiha seakan-akan ternampak seorang wanita yang merupakan
dirinya sendiri bersama-sama seorang kanak-kanak kurang upaya. Kanak-kanak itu terkorban
dalam kebakaran kereta mewah milik Doktor Sadiz sebelum sempat Doktor Raiha mencapai
tangannya. Dia terbayang akan wajah bekas suaminya, Doktor Sadiz.

Bab 3

Felicia teringat akan kereta mewah Doktor Sadiz yang terbakar tapi segera berusaha untuk
fokus terhadap pekerjaanya ketika itu. Pesakitnya yang bergelar Datin menegur Felicia yang
dilihatnya seperti sakit, namun dinafikannya.

Ketika keluar dari mahkamah syariah setelah mengikuti perbicaraan kes antara Raiha
dengan Doktor Sadiz, isteri Doktor Uwang mengagak ada kerosakan pada kereta mewah
tersebut yang tidak dikesan. Sebelum itu, dalam perbicaraan, Doktor Sadiz memenangi kes
itu tetapi Doktor Raiha tersebut menuduh kereta mewah itu sengaja dibakar oleh Doktor
Sadiz sehingga menyebabkan anak perempuan mereka terkorban.

Di dalam kereta BMW miliknya, Doktor Raiha teringat akan layanan kasar Felicia terhadap
beberapa orang pesakit daripada masyarakt kelas menengah bawah. Angkara perbuatannya
berkasar terhadap ibu Unong Siron, Doktor Raiha mengarahkan Felicia ke pejabatnya.
Sebelum pulang ke rumahnya, Doktor Raiha juga teringat akan tuduhan Doktor Sadiz bahawa
dia melarikan barang kemas yang dibeli oleh Doktor Sadiz untuknya. Doktor Raiha

54

menafikan tuduhan itu, Doktor Sadiz tidak akan menceraikan Doktor Raiha sebagai balasan
kerana tergamak memalukannya di hadapan masyarakat elit.

Bab 4

Doktor Raiha teringat akan perbualanya dengan Doktor Sadiz. Sebenarnya, Doktor Sadiz
tidak mahu Doktor Raiha melahirkan anak mereka. Melalui gambaran ultrasound, anak
mereka yang bakal lahir itu tidak normal. Oleh itu, Doktor Sadiz memaksa Doktor Raiha
menggugurkan kandungannya tetapi Doktor Raiha enggan. Akhirnya, Doktor Raiha
melahirkan seorang anak perempuan yang dinamakan Ayu (Rohayu binti Sadiz).

Doktor Uwang kian gembira apabila mengenangkan keuntungan yang diperolehnya di
PRPK. Dia kini memiliki saham pusat rawatan itu melebihi lima puluh peratus . Namun
demikian, dia tersentak apabila melihat gambaran wajah anak Rania di kaca televisyen.

Kekacauan jiwa yang dialami oleh Felicia masih berterusan. Dalam khayalannya, dia
berdialog dengan seorang pesakit lelaki yang pernah menerima rawatan di PRPK. Lelaki itu
marah kerana dia telah menghabiskan banyak duit untuk mendapatkan rawatan dan hanya
mahu dirawat oleh Doktor Raiha. Apabila tersedar daripada khayalannya, Felicia mendapati
dirinya berada di stor PRPK lalu menangis teresak-esak.

Bab 5

Doktor Uwang menghabiskan masa lapangnya di sebuah pusat hiburan. Gambaran wajah
Doktor Raiha menjelma semula dalam fikirannya. Kata-kata ayahnya, Datu Ontong bahawa
banyak perkara palsu, murah, dan tidak bermutu dalam dunia ini kerap menganggu
fikirannya. Selain itu, setiap kali dia dibayangi oleh wajah Unong Siron dan anak Raiha,
pergelangan dan lututnya berasa sakit.

Di PRPK, Doktor Mohammad datang tergesa-gesa setelah menerima panggilan telefon
untuk memintanya menangani kes kelahiran bayi perempuan pramatang walaupun pada masa
itu dia tidak bertugas. Rupa-rupanya panggilan telefon yang diterimanya itu palsu.
Sungguhpun begitu, Doktor Mohammad tidak marah kerana dia dapat berjumpa dengan
Felicia yang diminatinya. Seperti biasa, Felicia tidak mengendahkannya.

55

Bab 6

Setelah majlis bersempena sambutan ketibaan tahun baharu di rumah Doktor Uwang selesai,
Datu Ontong meminta Doktor Uwang menghantar Doktor Sadiz dan Felicia ke rumah
masing-masing kerana hari sudah lewat. Apabila tiba di kondominiumnya, Doktor Sadiz
mendapati Doktor Raiha telah lari bersam-sama Ayu dengan kereta Porsche milik Doktor
Sadiz.

Doktor Raiha teringat akan perbualannya dengan Felicia di dalam pejabatnya setelah Felicia
memarahi ibu Unong Siorn. Menurut Felicia, mereka ialah jirannya. Apabila dia melihat
Unong Siron berjalan terincut-incut setelah terlihat dalam kemalangan jalan raya, dia
mencadangkan Unong Siron mendapatkan rawatan PRPK. Sebenarnya, Felicia mendapat
wang ganjaran daripada Doktor Uwang setiap kali dia membawa pesakit baharu. Perkara itu
mengejutkan Doktor Raiha kerana dia tidak menetahui perkara tersebut. Namun demikian,
hal itu tidak menjadi perhatian Doktor Raiha, sebaliknya dia lebih mementingkan kebajikan
para pesakit dan ahli keluarga mereka. Tindakan Felicia mengasari ibu Unong Siron itu
dianggapnya kejam lalu mengingatkan Felicia agar tidak mengulangi perbuatan itu.

Bab 7

Felicia masuk ke ruang farmasi untuk mengambil ubat batuk. Dia mula minum ubat batuk
sejak remaja. Dia teringat akan kehidupannya sebagai anak yang tidak berbapa. Ibunya
membesarkannya dengan disiplin yang ketat dan tidak menyukai pilihannya untuk menjadi
jururawat. Perkara itu sering menyebabkan dia dan ibunya bertengkar lalu dia minum ubat
batuk untuk menghilangkan tekanan perasaannya. Dia juga teringat akan keterlibatannya
dalam peristiwa kebakaran kereta mewah Doktor Sadiz beberapa tahun lalu. Felicia
terserempak dengan seorang pemuda yang mengaku dirinya Doktor Mohammad. Pada ketika
itu, Felicia sudah tidak dapat berfikir dan melihat dengan jelas lagi akibat minum ubat batuk.

Setibanya di PRPK, Doktor Raiha dimaklumkan oleh jururawat yang bernama Ariana
Abdullah bahawa tiada sesiapa yang membuat panggilan kepadanya. Menurut Doktor Alex
Ng, mungkin Doktor Raiha menerima panggilan palsu daripada budak-budak nakal kerana
beberapa orang doktor lain di PRPK pernah menerima panggilan palsu. Gambaran Doktor
Sadiz terus menguasai fikiran Doktor Raiha.

56

Bab 8

Doktor Raiha melawat Unong Siron yang ditempatkan di wad kelas biasa. Doktor Raiha
memberitahu bahawa Felicia telah ditahan di dalam bilik bedah oleh seorang pemuda yang
dahulu pernah menyamar sebagai doktor di PRPK. Doktor Alex Ng, beberapa orang
pengawal dan jururawat serta petugas lain berada di luar bilik bedah itu. Mereka tidak
mampu berbuat apa-apa kerana bimbang akan keselamatan Felicia. Mereka juga bersepakat
untuk tidak memberitahu hal itu kepada Doktor Uwang kerana dia tidak sihat. Ibu Unong
Siron menawarkan diri untuk memujuk pemuda itu kerana dia mengenali pemuda itu. Dia
meminta pemuda itu berjaya ditahan dan di bawa ke hospital sakit jiwa. Pemuda itu
sebenarnya bekas penuntut perubatan di sebuah universiti tempatan. Setelah gagal dalam
peperiksaan semester terakhir, dia menjadi kurang siuman akibat mendengar kata negatif
jiran tetangga dan tekanan daripada keluarga serta teman wanitanya.

Bab 9

Ketika memandu keretanya, Doktor Uwang teringat akan peristiwa yang berlaku pada
malam dia menghantar Doktor Sadiz. Apabila Doktor Sadiz mendapati Doktor Raiha telah
melarikan diri dengan Ayu menggunakan keretanya, dia membeli petrol dengan ditemani
oleh Doktor Uwang. Petrol itu kemudiannya digunakan oleh Doktor Sadiz untuk membakar
keretannya itu tanpa menyedari Ayu berada berhampiran dengan kereta tersebut. Doktor
Uwang juga teringat akan perbualannya dengan ibu Unong Siron. Wanita itu menmpelak
kerana memberi alasan lima pembedahan yang dijalankan sebelum itu tidak berjaya kerana
sendi tulang yang dipasang pada pinggul Unong Siron tidak sesuai dan badan Unong Siron
tidak mampu melawan infeksi padahal Doktor Uwang ingin mengaut wang ringgit
pesakitnya. Sebenarnya, Doktor Uwang menjadi doktor demi memenuhi kehendak ayahnya
sedangkan minatnya cenderung kepada bidang muzik.

Doktor Raiha teringat akan kemalangan kereta yang menimpa Doktor Sadiz selepas
memenangi kes mereka di mahkamah dahulu. Kereta yang dipandu oleh Doktor Sadiz
merempuh belakang sebuah lori tangki minyak lalu terperosok dibawah lori tangki itu.
Kereta itu terbakar dan menyebabkan Doktor Sadiz rentung. Doktor Uwang kemudiannya
terlibat dalam kemalangan kereta yang dipandunya melanggar tembok garaj PRPK.

57

Pergelangan tangan dan lututnya hancur. Dengan persetujuan isteri Doktor Uwang, Doktor
Raiha dan Doktor Alex Ng menjalankan pembedahan penggantian sendi tulang pada
pergelangan tangan dan lutut Doktor Uwang. Alat ganti itu sebenarnya palsu dan bermutu
rendah.

Felicia memohon maaf daripada Doktor Raiha atas keterlibatannya dalam kematian Ayu
sehari sebelum Ayu dihantar ke pusat rawatan kanak-kanak yang mengalami sindrom down.
Atas arahan Doktor Sadiz, dia membeli petrol yang digunakan oleh Doktor Sadiz untuk
membakar kereta Porschenya itu. Doktor Raiha menerima ketentuan takdir itu dengan hati
yang terbuka.

58

Kekuatan

Antara kekuatan novel Pantai Kasih ialah nilai positif yang ditunjukkan watak utama.
Pembaca boleh mencontohi nilai ketabahan yang dibawakan oleh Raiha ketika menghadapi
rintangan dan cabaran hidupnya untuk melupakan peristiwa hitam yang sering menghantui
fikirannya. Sebagai contoh, Raiha yang tabah menghadapi kematian anak perempuannya dan
tabah menghadapi kegagalan rumah tangganya. Sifat ketabahan ini mampu memberikan
impak positif kepada pembaca untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Selain itu, novel ini mempunyai binaan plot yang teratur. Penulis berjaya mengaitkan dan
mengupas peranan setiap satu watak dalam sesebuah plot. Sebagai contoh, perkaitan watak
Raiha, Doktor Sadiz, Doktor Uwang dan Felicia dalam peristiwa kemalangan Rohayu, serta
perkaitan watak Felicia dan Doktor Uwang dalam masalah komplikasi berulang-kali yang
dialami oleh pesakit berpendapatan sederhana sahaja.

Seterusnya, terdapat beberapa plot yang memberikan unsur saspens kepada pembaca.
Sebagai contoh, perbicaraan kes mengenai kemalangan yang melinatkan kereta mewah milik
Doktor Sadiz dan anaknya, Rohayu. Hal ini membuatkan pembaca menjadi tertanya-tanya
akan kebenaran sebenar kes tersebut, secara tidak langsung menimbulkan keterujaan dalam
kalangan pembaca untuk terus membaca agar mengetahui pengakhirannya, sama ada Raiha
atau Doktor Sadiz yang berada di pihak yang benar.

Selanjutnya, novel ini memberikan pengajaran yang sangat menarik kepada pembaca. Novel
ini berjaya membuka mata pembaca bahawa sifat tamak dan pentingkan diri akhirnya akan
memakan diri. Sikap Doktor Uwang yang lebih mementingkan keuntungan daripada
kelengkapan hospital yang berkualiti telah memakan dirinya apabila alat penggantian sendi
tulang pada pergelangan tangan dan lututnya itu palsu dan bermutu rendah.

Akhir sekali, novel ini berjaya membuka mata pembaca tentang konspirasi dan konflik yang
sebenarnya wujud di dunia sebenar. Secara tidak langsung, pembaca boleh mengamalkan
prinsip berjaga-jaga dan tidak mudah percayakan orang apabila mereka didedahkan dengan
beberapa sisi gelap perwatakan seseorang di dalam novel ini.

59

Kelemahan

Antara kelemahan yang terkandung dalam novel Pantai Kasih ialah terdapat beberapa plot
yang agak tidak bersesuaian dengan pembaca bawah umur. Hal ini dikhuatiri memberikan
impak negatif kepada pelajar yang rata-ratanya merupakan bawah umur dan masih
bersekolah. Memandangkan novel komponen sastera ini sememangnya perlu dibaca dan
dibincangkan, adalah tidak sesuai untuk para pelajar menghadami dengan lebih lanjut unsur-
unsur negatif yang terdapat dalam novel ini.

Selain itu, terdapat beberapa perwatakan watak yang mengandungi nilai negatif yang tidak
sepatutnya dicontohi. Sebagai contoh, sifat Felicia yang gemar minum ubat batuk untuk
menghilangkan tekanan perasaannya lantaran masa silam yang dilaluinya sejak remaja. Di
samping iktibar yang ingin disampaikan penulis, adalah dikhuatiri perkara ini akan menjadi
ikutan para pembaca yang tidak dapat membezakan baik buruk sesuatu perlakuan.

Seterusnya, latar belakang watak sampingan kurang dinyatakan dengan jelas. Hal ini
menyebabkan pembaca kurang memahami dengan jelas peranan setiap watak dalam
menghidupkan jalan cerita. Sebagai contoh, watak Doktor Sadiz yang begitu benci akan
Raiha, tetapi masih mengahwininya. Tidak dijelaskan apakah penyebab kepada kebencian
tersebut sehingga mengakibatkan pembaca kurang memahami dan menghayati jalan cerita.

Selanjutnya, binaan plot kurang teratur menyebabkan kekeliruan kepada pembaca untuk
kekal fokus pada sesuatu plot. Terlalu banyak sudut pandangan watak yang tidak dikaitkan
dengan elok dan serabut. Hal ini mengakibatkan kurangnya tumpuan pembaca terhadap
sesuatu karakter lantara kurang informasi membina yang boleh dijadikan sandaran kepada
perwatakan watak.

Akhir sekali, di samping penulis berjaya membuka mata pembaca tentang konspirasi dan
konflik yang sebenarnya wujud di dunia sebenar yang membantu pembaca untuk
mengamalkan prinsip berjaga-jaga dan tidak mudah percayakan orang, tidak dinafikan
terdapat juga kesan buruk mengenai pendedahan ini. Pembaca akan meragui kebolehan
doktor dalam merawat sesuatu penyakit lantaran sudah didedahkan dengan sifat Doktor
Uwang yang tidak mementingkan kebajikan pesakitnya dan lebih mengaut keuntungan.

60

Cadangan penambahbaikan

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan kepada novel Pantai Kasih ialah
memansuhkan beberapa plot yang tidak bersesuaian dengan pembaca bawah umur. Purata
umur 13 hingga 17 tahun tidaklah matang sepenuhnya untuk penulis menyelitkan unsur-unsur
negatif dalam plot penceritaan.

Selain itu, penulis boleh mengurangkan beberapa perwatakan watak yang negatif. Sikap
negatif yang ditunjukkan oleh watak seperti meminum ubat batuk dengan berlebihan,
mementingkan diri dan tamak adalah dikhuatiri mampu mempengaruhi pemikiran pembaca
yang rata-ratanya bawah umur. Cukuplah hanya sekadar beberapa nilai negatif untuk
dijadikan iktibar dan tidak berlebih-lebihan seperti sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah
berumah tangga yang ditunjukkan oleh Doktor Uwang.

Seterusnya, menyatakan latar belakang watak sampingan dengan jelas. Hal ini dapat
memudahkan pembaca untuk menghayati jalan cerita apabila mengetahui peranan setiap
watak dalam menghidupkan jalan cerita. Sebagai contoh, penulis perlu mengupaskan lagi
sebab kepada kebencian Doktor Sadiz terhadap Raiha untuk memudahkan pembaca lebih
memahami dan menghayati jalan cerita.

Selanjutnya, penulis juga perlu memberikan penekanan kepada setiap plot dan
menghubungkaitkan setiap plot dengan teratur. Hal ini akan membantu pembaca untuk lebih
fokus dan menghayati sesuatu plot di samping menaikkan kefahaman pembaca terhadap
sesuatu karakter lantara sumber informasi yang membina yang boleh menjadi sandaran
kepada perwatakan watak.

Akhir sekali, jalan cerita novel hendaklah menepati peringkat silibus pembelajaran sekolah
menengah. Unsur-unsur kedewasaan tidak sepatutnya didedahkan kepada pelajar kerana
hanya akan memberikan impak negatif terhadap pemikiran pelajar. Sesebuah novel
komponen sastera seharusnya mempunyai nilai-nilai murni yang boleh dicontohi pelajar di
samping membentuk keperibadian mulia dalam kalangan anak muda.

61

Songket Berbenang Emas – Khairuddin Ayip

Pengenalan

Mengisahkan tentang kehidupan seorang
pelajar, Dahlia yang cerdik dan disenangi
oleh teman-temannya. Namun, dia
menghadapi pelbagai masalah keluarga
hingga terganggu perhatiannya terhadap
peperiksaan yang akan dihadapi. Sebagai
anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan
perhatian kepada keluarganya. Apabila
ibunya dirawat di Hospital Bahagia, dia
terpaksa keluar dari asrama untuk
menjaga adik-adiknya. Tekanan
bertambah kerana hubungannya dengan Azhari dipandang seorang oleh jirannya. Malah niat sucinya untuk
menyelamatkan seorang budak lelaki telah tidak dihargai apabila budak lelaki itu tidak dapat diselamatkan
nyawanya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi
pelbagai dugaan hidup ialah kerjayaannya dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan
Azhari.

Sinopsis keseluruhan Biografi penulis

Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di
Kampung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Mulai
bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam
bidang Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra
Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di
SM Teknik, Shah Alam, Selangor. Kini beliau bertugas
sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches
(SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana,
Selangor.

62

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-
temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga
hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya.
Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan
hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat
kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata/bersikap
degil setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya
demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM.
Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda keluarganya walaupun dia
anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga
Dahlia ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang didiami oleh mereka berhantu.
Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang lain. Dengan
hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan untuk menjual
tanahnya yang diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim
menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.

Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.
Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar, Kiambang, Melati dan Anggerik masih belum
mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih untuk
keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin
meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik-
adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh
cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir
besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat
pemindahan banjir yang terputus bekalan air dan elektrik. Namun begitu, Dahlia tetap tabah
mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim.

Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong oleh
jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan
masalah keluarganya reda, Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya
semula. Memandangkan peperiksaan STPM berbaki seminggu lagi, Dahlia menemui cikgu

63

Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di asrama. Majlis pertunangannya dengan
Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah tamat peperiksaan STPM.

Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk melanjutkan
pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama 4
tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama 6
bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM dan peperiksaan
semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31 Disember, dan pada
hari tersebut juga akan berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu, Dahlia perlu bertolak ke
Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.

Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat sampai ke
rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis pertunangan
lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke stesen bas
Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan sumbangan
penduduk kampung sebanyak RM500 kepada Dahlia. Walau bagaimanapun, Azhari sempat
bertemu dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemuan tersebut,
beliau telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi
mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur
walau di mana-mana dia berada.

Sinopsis setiap bab

64

Bab 1

Dahlia dan rakan-rakannya, Siti Wangi dan Kavita menjalani latihan bola jaring di sekolah.
Mereka juga merupakan kumpulan pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan STPM tidak
lama lagi. Azhari, datang ke sekolah untuk berjumpa dengan Dahlia dan menyatakan
hasratnya untuk merisik Dahlia.

Bab 2

Azhari menghantar Dahlia balik ke kampung. Kepulangannya disambut dengan tangisan
Anggerik. Melati memberitahu bahawa ibu mereka telah lama keluar tetapi masih belum
pulang ke rumah. Dahlia keluar mencari emaknya yang berpenyakit kerana sering berjalan
dan bercakap sendirian sehingga tidak dapat mengawal diri sendiri. Dahlia menjumpai ibunya
di kebun getah. Apabila diajak pulang ke rumah, ibunya tidak mahu sehinggalah bapanya
datang memujuk. Saleha lari dan mereka terpaksa meminta orang kampung membantu
mencari Saleha.

Bab 3

Nek Kiah memarahi Embong apabila melihat Saleha diikat. Haji Sulaiman dan beberapa
orang pembantu dari Hospital Batu Pahat datang ke rumah Embong untuk membawa Saleha.
Walaupun pada awalnya, Embong tidak rela, tetapi untuk mengubati Saleha, dia mengizinkan
Saleha dibawa ke hospital. Dahlia, Kiambang dan Melati turut bersedih dan keberatan ibu
mereka dibawa pergi.

Bab 4

Pemergian Saleha menyebabkan suasana bungkam. Dahlia menyelesaikan kerja-kerja di
rumah sambil membimbing adik-adiknya belajar. Dahlia lebih merisaukan keadaan di
rumahnya sekiranya dia balik ke asrama. Namun, Embong memujuknya untuk kembali
bersekolah. Embong teringat peristiwa Saleha mengadu tentang perasaannya yang sering
terganggu oleh suara yang pelik-pelik.

Bab 5

65

Dahlia lewat tiba di asrama. Cikgu Salwani menegur dan bertanyakan masalah yang
dihadapi, namun Dahlia hanya mendiamkan diri. Pada petang tersebut, Dahlia ke Hospital
Batu Pahat untuk bertemu dengan ibunya tetapi diberitahu oleh Haji Sulaiman bahawa ibunya
telah dihantar ke Taman Bahagia.

Bab 6

Haji Sulaiman memberitahu Embong bahawa Saleha telah dihantar ke Taman Bahagia. Nek
Kiah berterusan menyalahkan keluarga Embong yang menyebabkan Saleha sakit. Dahlia
gagal menyelamatkan Said, anak Aton yang lemas di sungai.

Bab 7

Dahlia terlalu sedih kerana tidak dapat menyelamatkan Said. Aton menuduh Embong dan
Dahlia memang ingin supaya anaknya mati. Orang kampung juga menyebarkan berita yang
sama. Namun, Tauke Lim memuji mereka anak beranak. Semasa memotong kelapa sawit di
Parit Haji Kadir, Embong dibelit ular sawa tetapi dia dapat menyelamatkan diri.

Bab 8

Semasa berehat dan tertidur di biliknya, Dahlia bermimpi dibelit ular sawa. Terdapat kesan
cekikan di lehernya. Hal ini menghairankannya. Melati menyatakan hasratnya ingin berhenti
sekolah untuk menjaga Anggerik tetapi dihalang oleh Dahlia. Embong sampai di rumah
dengan membawa ular yang telah dibunuhnya. Dahlia menjerit ketakutan dan menangis
apabila melihat ular tersebut. Hal ini menghairankan Embong. Dahlia menceritakan mimpi
yang dialaminya kepada Embong.

Bab 9

Najib dan Kavita mengunjungi rumah Dahlia. Mereka berasa sayu akan kedaifan keluarga
Dahlia. Anggerik yang masih sakit dibawa dengan kereta Najib ke hospital. Seman, bapa
saudara Dahlia balik ke kampung menziarahi Nek Kiah. Seman memujuk Nek Kiah supaya
menjual tanah dan rumah yang didiami oleh Embong dan keluarganya.

Bab 10

66

Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang tidak tinggal di asrama lagi dan sering lewat sampai
ke sekolah. Dia tidak mahu memberitahu masalahnya kerana akan melibatkan nama baik
ibunya kepada Cikgu Salwani. Dia juga mahu menjaga adik-adiknya. Dengan perasaan sedih,
Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. Cikgu Hisyam berjumpa dengan
Dahlia setelah Kavita menceritakan hal Dahlia kepadanya. Beliau menasihatkan Dahlia terus
tinggal di asrama agar pelajarannya tidak terganggu dan cemerlang dalam STPM nanti.

Bab 11

Abu Bakar, adik Dahlia tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri dan
sering keluar berpeleseran dengan kawan-kawannya. Walaupun kerap diimarahi oleh
Embong, dia tetap dengan perangainya dan tidak mahu membantu adik-adik yang lain.
Mawar yang tinggal di asrama penuh kembali ke rumah kerana rindu akan ibunya dan ingin
berjumpa dengannya. Dia tercari-cari ibunya tetapi tidak ditemuinya. Embong tidak
memberitahunya tentang keadaan Saleha dan menyuruh Mawar bertanyakan Dahlia.

Bab 12

Dahlia melawat ibunya di Taman Bahagia. Doktor memberitahu Dahlia bahawa penyakit
ibunya pada tahap bahaya. Semasa di hospital, Dahlia bertemu dengan Azhari yang bertugas
sementara di situ. Dahlia berasa sedih kerana Saleha tidak mengenalinya. Kesihatan Saleha
bertambah menurun.

Bab 13

Azhari menghantar Dahlia balik ke rumahnya. Embong bertanyakan keadaan Saleha. Oleh
sebab memikirkan Mawar akan mengambil SRP pada bulan September nanti, Dahlia
menyatakan bahawa ibunya sihat. Namun dia tidak sanggup menipu ayahnya. Pada
malamnya, Dahlia memberitahu keadaan sebenar Saleha kepada Embong. Semasa berbual-
bual, sesuatu telah berlaku kepada kambing peliharaannya. Embong keluar dan menuju ke
kandang kambingnya.

Bab 14

Tauke Lim sentiasa membantu keluarga Embong. Tauke Lim membenarkan mereka
berhutang barang-barang keperluan di kedainya. Tauke Lim datang ke rumah Embong untuk
membeli kambing peliharaannya. Namun, Embong memberitahu bahawa kambingnya telah
hilang dicuri orang. Azhari ingin membawa keluarganya untuk merisik Dahlia. Dahlia

67

keberatan dan meminta Azhari menangguhkan hasratnya. Dia bimbang keluarga Azhari tidak
akan memerimanya setelah melihat keadaan sebenar keluarganya. Embong memanggil
Dahlia dan memberitahu bahawa kawan Dahlia datang ke rumah.

Bab 15

Keluarga Azhari datang untuk merisik Dahlia. Embong menerima baik kedatangan keluarga
Azhari kerana mereka begitu menyenangi Dahlia dan merestui perhubungan ini. Embong
juga menyuarakan kehendak Dahlia yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat
universiti dan bekerja untuk membantu keluarga. Keluarga Azhari tidak membantah malahan
menyokong keinginan Dahlia untuk menyambung pelajaran. Perasaan Azhari menjadi tenang
kerana keluarga Dahlia menerimanya sebagai calon menantu. Selepas Azhari dan
keluarganya beredar, Embong bertanyakan Dahlia sama ada keluarga Azhari mengetahui
tentang keadaan Saleha yang boleh menyebabkan ikatan ini terputus. Perasaan Embong
masih berbaur antara gembira ataupun sedih selepas anaknya disunting orang. Embong
terbawa-bawa dengan perasaannya dan mengingati Saleha yang masih ditahan di Taman
Bahagia, Johor Bahru. Embong yang merasakan dirinya telah lewat ke masjid, tergesa-gesa
untuk bersiap. Embong menuju ke bilik air tetapi seekor ular telah mematuk pahanya.

Bab 16

Dahlia menasihati Mawar agar meneruskan persekolahan dan tugas menjaga keluarga
adalah tugasnya sebagai anak sulung dalam keluarga. Dahlia berjaya menyakinkan Mawar
supaya menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarannya kerana dia pernah berjanji
dengan emak mereka untuk mendapatkan keputusan cemerlang. Tambahan pula Mawar
adalah murid sekolah berasrama penuh. Keluarga mereka menghadapi pelbagai masalah, iaitu
emak dan adik sakit, kambing hilang dan abah dipatuk ular. Dahlia mengambil iktibar
daripada kisah Nabi Ibrahim yang tabah dalam menghadapi ujian daripada Allah. Sewaktu
melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, Dahlia terserempak dengan Kavita dan Cikgu
Hisyam yang menghantar Siti Wangi yang pengsan sewaktu berlatih bola jaring. Cikgu
Hisyam meminta tolong Kavita untuk mencetak nota-nota pelajaran sepanjang ketiadaan
Dahlia di sekolah. Dahlia terkenangkan pesanan abahnya yang meminta dia menjaga adik-
adik di rumah dan menggunakan wang simpanannya sebanyak RM60 sebagai belanja
sekolah. Kedatangan Nek Siah dan Seman ke hospital telah membawa berita yang
mengejutkan, iaitu mereka mahu menjual tanah dan rumah yang didiami oleh Dahlia dan
keluarganya.

68

Bab 17

Walaupun terbeban dengan pelbagai urusan, Dahlia tetap mencuri masa untuk mentelaah
pelajarannya. Kemunculan Abu Bakar telah mengejutkan Dahia. Dahlia telah memberitahu
Abu Bakar bahawa emak dan abah mereka telah dimasukkan ke hospital tetapi tidak
diendahkan oleh Abu Bakar. Tanpa menunjukkan simpati akan keadaan keluarganya, Abu
Bakar meninggalkan rumah sekali lagi. Dahlia memeriksa barang yang disembunyikan oleh
Abu Bakar dan berjaya menemui wang sebanyak RM120 yang disimpan dalam dompet.
Azhari telah singgah di rumah Dahlia dan mendapat khabar bahawa abah telah dimasukkan
ke hospital. Azhari singgah untuk mengambil pakaian emak Dahlia dan dalam masa yang
sama mendapatkan nombor wad abah Dahlia. Kedatangan Nek Kiah telah menyebabkan
Dahlia sakit hati dan geram kerana dia disindir selepas Nek Kiah terserempak dengan Azhari.
Sikap Nek Kiah yang beria-ia untuk menjual rumah mereka telah menimbulkan kekecewaan
kepada Dahlia. Ketamakan Seman turut mempengaruhi Nek Kiah untuk menjual tanah itu
walaupun emak dan abah Dahlia masih berada di hospital.

Bab 18

Dahlia berasa susah hati kerana kedua-dua ibu bapanya masih di hospital sedangkan mereka
memerlukan RM15000 untuk membayar Nek Kiah bagi menyelamatkan tanah dan rumah
mereka. Dahlia juga berasa serba salah sama ada meneruskan persekolahan atau bekerja di
kilang demi membantu keluarga. Semasa menunggu bas, Dahlia didatangi oleh Tauke Lim.
Tauke Lim menunjukkan keprihatinan dirinya dengan mengambil berat akan keadaan yang
menimpa keluarga Dahlia. Tauke Lim juga menunjukkan kekecewaan dirinya terhadap sikap
Nek Kiah dan Seman yang tidak putus-putus menyusahkan Dahlia sekeluarga. Dahlia
dinasihati oleh Tauke Lim agar bertahan dan tidak berpindah dari rumahnya. Selain itu,
Tauke Lim turut menawarkan pertolongan kepada Dahlia. Pada mulanya Dahlia enggan
untuk menerima pertolongan tersebut tetapi bertukar fikiran selepas Tauke Lim memintanya
untuk mengajar karangan Bahasa Malaysia kepada anaknya Ann yang akan mengambil
peperiksaan SRP. Perihal Bakar yang tidak habis belajar dan malas bekerja turut diperkatakan
oleh Tauke Lim. Perbualan mereka terhenti kerana terdapat sebuah kereta yang tiba-tiba
berhenti dan penumpangnya telah melaungkan nama Dahlia.

Bab 19

69

Cikgu Hisyam dan Kavita telah memujuk Dahlia agar kembali bersekolah tetapi Dahlia tidak
mahu mengabaikan adik-adiknya yang sangat memerlukan sokongan daripadanya. Selain itu,
Najib kawan baiknya turut datang melawatnya di rumah. Najib menawarkan pertolongan
kepada Dahlia untuk membayar harga tanah seperti yang diminta oleh Nek Kiah. Dahlia
enggan memberitahu hal sebenar kepada Najib kerana tidak ingin mendedahkan bahawa
orang yang ingin menjual tanah tersebut ialah neneknya sendiri. Pada yang sama juga Azhari
singgah di rumah Dahlia. Perasaan Azhari tidak senang kerana tetamu Dahlia ialah seorang
lelaki. Najib yang sudah lama berkawan dengan Dahlia bertanyakan Azhari tentang status
hubungannya dengan Dahlia. Azhari menyatakan bahawa Dahlia ialah bakal isterinya dan
selepas itu terus beredar dari situ. Nek Siah yang berada tidak jauh dari rumah Dahlia telah
datang dan memarahi Dahlia kerana membenarkan Najib dan Azhari masuk ke rumah
sedangkan ibu bapanya tiada di rumah.

Bab 20

Embong telah dibenarkan pulang ke rumah setelah dimasukkan ke wad selama beberapa hari.
Tauke Lim mengunjungi Embong di rumah dan menceritakan tentang tanah yang ingin dijual
oleh Nek Kiah dan Seman. Nek Kiah yang tidak menyedari kepulangan Embong telah datang
ke rumah dan memarahi Dahlia. Nek Kiah tergesa-gesa pulang setelah mendapati Embong
naik berang. Embong menasihatkan Dahlia supaya menyambung pelajaran semula dan
menyerahkan segala masalah keluarga mereka kepadanya untuk diselesaikan. Embong berasa
terharu kerana hanya Tauke Lim sahaja yang datang menemuinya selepas dia keluar dari
hospital. Malahan Tauke Lim juga sanggup membantunya untuk menyelesaikan masalah
tanah tersebut.

Bab 21

Dahlia telah ke balai raya untuk bergotong royong bagi menjayakan Majlis Maulidurrasul.
Dahlia berasa hairan kerana keadaan di balai raya lengang dan orang-orang kampung tidak
kelihatan seperti biasa. Haji Sulaiman meluahkan perasaan tidak senangnya kepada Dahlia
atas sikap orang kampung yang tidak hadir ke balai raya untuk menyiapkan kenduri
menyambut maulud nabi. Semasa Dahlia bekerja seorang diri, Aton datang dan tanpa
perasaan bersalah dia menyindir dan mengata Dahlia sesuka hatinya. Malahan dia turut
mempertikaikan kebaikan Tauke Lim kepada keluarga Dahlia. Dahlia yang berasa malu telah
beredar dari situ. Abu Bakar yang menyaksikan peristiwa itu telah naik marah dan cuba
menerpa ke arah Aton tetapi sempat dihalang oleh Haji Sulaiman. Kepulangan Dahlia ke

70

rumah dan diikuti oleh Abu Bakar telah menimbulkan kehairanan kepada Embong. Embong
berasa lebih hairan kerana Abu Bakar yang tidak mempedulikan keluarga beria-ia memujuk
Dahlia yang sedih kerana kata-kata Aton di balai raya. Abu Bakar berasa bersalah kerana
selama ini dia telah mengabaikan keluarganya. Akhirnya Abu Bakar mengaku bahawa dialah
yang menjualkan kambing abahnya.

Bab 22

Abu Bakar berasa kesal kerana telah menjualkan kambing abahnya tetapi Dahlia cuba
memujuk Abu Bakar. Abu Bakar berasa insaf kerana selama ini dia telah mengabaikan
keluarganya demi kawan-kawan. Abu Bakar juga berjanji dengan Dahlia untuk berubah dan
akan mempertahankan tanah mereka daripada gangguan Nek Kiah. Dahlia meluahkan rasa
hairannya kepada Abu Bakar kerana dia tidak nampak kelibat Nek Kiah pada pagi itu. Abu
Bakar tidak mempedulikan perkara itu sebaliknya sibuk berkemas di sekeliling rumah
mereka. Semasa membersihkan bawah rumah, Abu Bakar telah menjumpai sesuatu yang
mengejutkan, iaitu dua biji telur yang berwarna hitam. Telur hitam yang dipecahkan itu
mengandungi jarum peniti, cincin akek, butiran pasir dan dua bilah paku. Abu Bakar
menerangkan bahawa ada orang yang dengki akan keluarga mereka tetapi Dahlia tidak
mempercayai perkara syirik dan menyuruh Abu Bakar tidak menyimpan perasaan dendam.
Dahlia menjenguk keadaan Nek Kiah di rumahnya tetapi niat baik Dahlia itu dibalas dengan
kata-kata kesat.

Bab 23

Dahlia kembali bersekolah dan dia berasa gembira kerana kawan-kawan masih mengingati
dirinya. Kavita telah memberitahu Dahlia bahawa Najib akan membawa keluarganya
berkunjung ke rumah Dahlia. Dahlia berasa tertekan kerana Najib dan Azhari hanya
mementingkan diri mereka sahaja. Dahlia meminta Kavita menyampaikan pesanan kepada
Najib bahawa dia sudah bertunang dan hanya menganggap Najib sebagai sahabat baiknya
sahaja. Dahlia berasa bersemangat untuk belajar kerana guru dan kawan-kawan sentiasa
memberikan sokongan kepadanya. Dahlia yang baru pulang dari sekolah berasa terperanjat
kerana terdapat van putih di hadapan rumahnya. Embong yang menyedari kepulangan Dahlia
telah menggesa Dahlia naik ke rumah. Dahlia berasa gembira kerana ibunya telah pulang ke
rumah. Belum sempat Dahlia bermesra dengan ibunya, Embong memanggil Dahlia kerana
Azhari ingin berjumpa dengannya. Azhari bertanyakan tentang Najib dan Dahlia meminta
Azhari sendiri yang memikirkan jawapannya. Dahlia yang bimbangkan keadaan Nek Kiah

71

telah ke rumah neneknya dan memanggil nama orang tua iitu tetapi tiada jawapan. Azahari
menolong menolak pintu dan Dahlia mendapati bahawa neneknya tidak sedarkan diri.

Bab 24

Nek Kiah dimasukkan ke hospital. Setelah dua hari di hospital, dia dibenarkan pulang, Nek
Kiah dibawa ke rumah Dahlia dan mereka sekeluarga menjaga Nek Kiah yang masih sakit.
Nek Kiah berasa terharu kerana Dahlia dan adik-adiknya yang menjaga Nek Kiah semenjak
dia jatuh sakit. Hujan yang tidak henti-henti turun telah menyebabkan banjir. Tiang dapur
rumah mereka runtuh dan menimpa Kiambang tetapi nasibnya baik kerana hanya lebam-
lebam sahaja. Mereka sekeluarga telah dipindahkan ke balai raya dengan bot. Semasa di
pusat pemindahan, Dahlia dan ibunya menolong menyediakan makanan untuk mangsa banjir.

Bab 25

Dahlia tidak dapat mengulang kaji pelajaran kerana keadaan di pusat pemindahan yang begitu
sesak dan tidak selesa. Embong memberitahu Dahlia bahawa rumah mereka telah roboh
tetapi Dahlia dapat menerimanya. Selepas empat hari barulah air surut. En Daim, iaitu wakil
Ahli Parlimen Seri Gading sering menjenguk mangsa banjir untuk melihat keadaan mereka.
Dia yang pernah menjadi guru kepada Dahlia telah memuji Dahlia kerana rajin mengulang
kaji pelajaran walaupun tempat itu tidak selesa. Tebing sungai yang pecah telah dibaiki dan
jambatan yang dihanyutkan air akan digantikan dengan yang baru. Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan dan meminta orang-orang kampung agar bekerjasama dan bantu
membantu antara satu sama lain. Hasil ucapan Haji Sulaiman itu orang-orang kampung telah
datang untuk membina semula rumah Dahlia.

Bab 26

Peperiksaan STPM semakin hampir dan Dahlia sudah bersedia, Dia juga membuat keputusan
untuk tinggal di asrama kerana bimbang dirinya terlewat ke tempat peperiksaan. Cikgu
Salwani mengalu-alukan keputusan Dahlia untuk tinggal di asrama. Azhari dan keluarganya
datang ke rumah Dahlia untuk bertanyakan keputusan keluarga Dahlia tentang perhubungan
mereka. Akhirnya persetujuan diambil, iaitu mereka akan ditunangkan selepas Dahlia tamat
peperiksaan STPM. Kavita bertanyakan Dahlia tentang pelawaan yang dibuat oleh Najib
sebelum ini tetapi Dahlia menolak permintaan itu dengan memberitahu bahawa dirinya sudah
dimiliki oleh orang lain,

72

Bab 27

Dahlia menunggu kedatangan Azhari untuk membeli cincin pertunangan dan pada masa yang
sama dia masih mempertimbangkan keinginan dirinya yang mahu menyambung pelajaran ke
universiti dan bekerja untuk membantu keluarga. Sewaktu menunggu kedatangan keluarga
Azhari, rumah Dahlia didatangi oleh Cikgu Daim yang membawa khabar gembira, iaitu
Dahlia terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun. Dahlia berasa amat gembira dan
keluarganya menyokong. Namun begitu pendaftaran untuk kursus ini sehari selepas tarikh
pertunangannya. Azhari yang baru sampai telah terdengar berita itu dan dia terpaksa merestui
pemergian Dahlia kerana sudah berjanji semasa merisik dahulu.

Bab 28

Majlis pertunangan Dahlia akan diadakan mengikut tarikh yang dirancang. Hubungan antara
Nek Kiah dan Dahlia bertambah erat. Nek Kiah menerangkan kepada Dahlia berkenaan
falsafah tepak sirih kepada Dahlia. Selain itu, pengertian bagi setiap kandungan dalam tepak
sirih turut diceritakan oleh Nek Kiah kepada Dahlia. Suasana di rumah Dahlia semakin riuh
dengan kedatangan saudara mara dekat dan jauh. Dahlia hanya bersiap secara ringkas sahaja
dan dalam yang sama dia berasa sedih kerana pada petangnya dia akan berangkat ke Kuala
Lumpur. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusakanya kepada Dahlia. Cikgu Hisyam,
Kavita dan Siti Wangi datang memeriahkan majlis pertunangan Dahlia. Berita Dahlia
mendapat tawaran ke Jepun turut diketahui oleh mereka. Bas Dahlia akan bertolak pada pukul
5,00 petang tetapi rombongan Azhari yang berjanji datang pada pukul 2.00 masih belum
kelihatan sedangkan waktu sudah menginjak pukul 3.45 petang. Embong menyuruh Dahlia
bersiap kerana khuatir dia ketinggalan bas. Dahlia bersalaman dengan ahli keluarga dan
tetamu yang datang. Dia berasa sedih kerana akan meninggalkan mereka. Haji Sulaiman
menyerahkan sumbangan orang kampung sebanyak RM500.00. Dahlia bernasib baik kerana
sempat sampai ke stesen bas. Tiba-tiba Azhari muncul dan mereka sempat mengucapkan
selamat tinggal. Dahlia membaca kad kiriman Najib yang disampaikan melalui Kavita.
Azhari menghadiahkan songket merah berbenang emas kepada Dahlia atas kejayaannya.

Kekuatan

73

Antara kekuatan novel Songket Berbenang Emas ialah nilai-nilai murni yang positif seperti
yang ditunjukkan oleh watak boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Sebagai
contoh, nilai bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh watak Dahlia yang menjaga makan
minum bapa dan adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital, malah sanggup keluar
dari asrama untuk menjaga adik-adiknya di rumah. Nilai ini mampu memberikan impak
kepada diri pembaca jika dihayati dan digunakan dalam merubah diri ke arah yang lebih
positif.

Selain itu, tidak dapat dinafikan bahawa plot cerita novel ini sangat teratur. Pembaca dapat
menyelami sendiri kisah kehidupan Dahlia yang menghadapi pelbagai masalah keluarga
hingga terganggu perhatiannya terhadap peperiksaan yang akan dihadapi. Dengan ini,
pembaca akan lebih memahami personaliti watak Dahlia dalam menangani rintangan
hidupnya.

Seterusnya, penulis begitu menonjolkan sikap ketabahan menerusi watak Dahlia yang
menjadi tunjang penceritaan novel ini. Novel ini berjaya membuktikan betapa kesabaran dan
ketabahan yang menggunung dalam menghadapi ujian akhirnya mendapat ganjaran yang
setimpal dengan usaha.

Selanjutnya, novel ini memberikan pengajaran yang sangat menarik kepada pembaca. Novel
ini berjaya membuka mata pembaca bahawa sifat kasih sayang dan mengambil berat sesama
ahli keluarga mampu mengubah takdir kehidupan ke arah yang lebih baik. Sebagai contoh,
kisah Dahlia yang bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah keluarganya sehingga
sanggup mengorbankan pelajaran seketika akhirnya ditutup dengan kejayaannya terpilih
untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah
pertama selama 4 tahun.

Akhir sekali, sikap masyarakat penduduk kampung yang berubah ke arah yang baik mampu
memberikan impak positif kepada pembaca. Peristiwa banjir yang berlaku di Kampung Parit
Haji Rais telah membawa hikmah apabila penduduk kampung bersatu dan bergotong-royong
membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman.
Hal ini mampu memberikan pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam diri pembaca serta
menutup kisah Songket Berbenang Emas dengan penutup yang memuaskan dan menepati
jangkaan pembaca.

Kelemahan

74

Antara kelemahan yang terkandung dalam novel Songket Berbenang Emas ialah terdapat
beberapa perwatakan watak yang mengandungi nilai negatif yang tidak sepatutnya dicontohi.
Sebagai contoh, sikap penduduk kampung yang memandang serong hubungan akrab Dahlia
dan Azhari serta mencemuh Dahlia yang gagak menyelamatkan Said daripada mati lemas. Di
samping iktibar yang ingin disampaikan penulis, adalah dikhuatiri perkara ini akan menjadi
ikutan para pembaca yang tidak dapat membezakan baik buruk sesuatu perlakuan.

Selain itu, pembinaan plot kurang mantap dan meleret. Penulis lebih memfokuskan kepada
perkara yang tidak penting yang kurang membantu jalan cerita. Hal ini menyebabkan
keterujaan pembaca untuk menghabiskan pembacaan semakin berkurangan.

Seterusnya, terdapat beberapa situasi yang dibiarkan tergantung dan tidak diceritakan secara
terperinci. Perkara ini mampu membangkitkan kekeliruan di minda pembaca seterusnya
kurang menghayati jalan cerita. Sebagai contoh, tidak dinyatakan adakah keluarga Embong
membayar semula hutang-hutang mereka dengan Tauke Lim apabila kehidupan mereka
sudah mulai beransur senang sedikit demi sedikit.

Selanjutya, di samping perubahan sikap masyarakat penduduk kampung daripada negatif
kepada positif, adalah dikhuatiri sikap negatif di awal penceritaan mampu mempengaruhi
pemikiran pembaca. Di samping memberikan pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam diri
pembaca, tidak dinafikan ianya turut memberi kesan buruk terhadap kelakuan pembaca
selepas itu.

Akhir sekali, novel ini mempunyai terlalu banyak dialog yang mengakibatkan kebosanan
kepada pembaca untuk menghabiskan pembacaan. Penulis sepatutnya memfokuskan kepada
plot-plot penting yang membantu jalan cerita.

Cadangan penambahbaikan

75

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan kepada novel Songket Berbenang
Emas ialah mengurangkan perwatakan watak yang negatif. Sebagai contoh, sikap penduduk
kampung yang memandang serong hubungan akrab Dahlia dan Azhari serta mencemuh
Dahlia yang gagak menyelamatkan Said daripada mati lemas tidak sepatutnya diperincikan
dengan berlebih-lebihan kerana dikhuatiri perkara ini akan menjadi ikutan para pembaca
yang tidak dapat membezakan baik buruk sesuatu perlakuan.

Selain itu, penulis perlu memantapkan pembinaan plot dan hubung kait setiap plot. Penulis
seharusnya lebih memfokuskan kepada perkara yang penting yang menjadi tunjang utama
penceritaan, seterusnya dapat membangkitkan keterujaan pembaca untuk menghabiskan
pembacaan.

Seterusnya, terdapat beberapa situasi yang dibiarkan tergantung dan tidak diceritakan secara
terperinci. Perkara ini mampu membangkitkan kekeliruan di minda pembaca seterusnya
kurang menghayati jalan cerita. Sebagai contoh, tidak dinyatakan adakah keluarga Embong
membayar semula hutang-hutang mereka dengan Tauke Lim apabila kehidupan mereka
sudah mulai beransur senang sedikit demi sedikit.

Selanjutya, di samping perubahan sikap masyarakat penduduk kampung daripada negatif
kepada positif, adalah dikhuatiri sikap negatif di awal penceritaan mampu mempengaruhi
pemikiran pembaca. Di samping memberikan pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam diri
pembaca, tidak dinafikan ianya turut memberi kesan buruk terhadap kelakuan pembaca
selepas itu.

Akhir sekali, novel ini mempunyai terlalu banyak dialog yang mengakibatkan kebosanan
kepada pembaca untuk menghabiskan pembacaan. Penulis sepatutnya memfokuskan kepada
plot-plot penting yang membantu jalan cerita. Contohnya, memperbanyakkan teknik
pemerian iaitu penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau keterangan tentang sesuatu watak
secara langsung oleh pengarang.

Tirani – Beb Sabariah

76

Pengenalan

Mengisahkan kehidupan seorang gadis, iaitu Waheeda Nurlyana
yang mahu menjadi wanita cantik. Dia telah melakukan pembedahan
rekonstruksi membetulkan hidungnya yang dicakar dan digigit
monyet. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah
kejayaannya dalam bidang kerjaya. Waheeda yang bekerja dalam
sektor pelancongan telah bertemu jodoh dengan suaminya, Zahid.
Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin
kebahagiaan rumah tangga. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi
sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Zahid mengatakan
bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Kehidupan Waheeda menjadi lebih
rumit apabila Zahid telah menceraikannya. Penceraian itu berpunca daripada sikap cemburu wajah anaknya yang
tidak ada mewarisi kecantikan diri Waheeda dan ditambah dengan perasaan cemburu oleh Zahid. Cinta Waheeda
terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Akhirnya
Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di
Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran
banyak pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda
dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu tirani.

Sinopsis keseluruhan Biografi penulis

Bibi Sabariah Hj Abang Awet lahir di Kampung Pusa, Saribas,
Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green
Road Kuching dan terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari
Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan
Temenggong Ibrahim, Johor Baharu. Mula aktif dalam penulisan karya
kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta
rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb
Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan
PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).

77

Tirani mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan
berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan
atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa
Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik
Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi
atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya
mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam
bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan
suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan
kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah
tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang
merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan
harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya.

Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah
diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada
mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya
Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan
menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh
Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid.
Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah
satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.

Sinopsis setiap bab

78

Bab 1

Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan
diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan
kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada
kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak
dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah
Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.

Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan
Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang sedang dilakukan
oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut
kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah
menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur
pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain
makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi
ke dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain
itu, pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus
menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu.

Bab 2

Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke
Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk
dipamerkan bagi menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan
yang hadir.

Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di
sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang
tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini
telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana

79

bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak
melakukan apa yang dihajatinya.

Tidak lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor
monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa
Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke
hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui
perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan
pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.

Bab 3

Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda (Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado).
Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah
pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya,
perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman
Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang
pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya
menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun,
ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang
dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak.
Raidah juga sangat kagum tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar
Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat
Sedunia.

Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah
melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda
mempunyai perasaan katarsis. Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura,
Waheeda menuju ke rumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan
tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura
yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

80

Bab 4

Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar
raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya
bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api
yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan
fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah
Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di salah
sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang
kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah
kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan
plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari
menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada
masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan
pembetulan di kelopak matanya.

Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini, Waheeda
berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari
hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk
proses pembedahan tersebut.

Bab 5

Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan
dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10
jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis
makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan
kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli
tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu
kononnya untuk menolak bala.

Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai
di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-
tiba ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan

81

menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya.
Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya. Pada keesokan
pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma
Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan
bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan
Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi
kecantikan wajahnya.

Bab 6

Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela
menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa
selama 12 jam.

Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang
menunggu di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama
ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda
berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah
terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej
pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La
Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang
membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

Bab 7

Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda
bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan
dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah
alam di situ. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon
ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ juga

82

menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan
bapanya.

Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr
Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr
Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

Bab 8

Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah
tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari
Greek. Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua. Pada
malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan
oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga
mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus
selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan
Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung
Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.

Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh
syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan chalet
ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda
memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas. Dengan tidak disangka, Waheeda
menerima berita gembira untuk menghadiri satu temu duga pegawai Perhubungan di
Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri dengan menghadiri
bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu,
Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo
Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

Bab 9

Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort
telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu,

83

Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau
Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan
Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah
dibisikkan oleh Alex kepadanya.

Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar
sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang
mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa.
Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang
mungkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap
tirani itu memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah
ke Flamingo Resort.

Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang
diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura
dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh,
kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.

Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan
mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan
Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan
diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut.
Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda. Setelah Halloway
beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid
begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

Bab 10

Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan
untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam,
rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang
kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka
tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa
bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada

84

pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam
kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan
Zahid.

Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid.
Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan
Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan
ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat
gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.

Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan
Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna. Seterusnya, persiapan
sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi idea tentang pakaian yang sesuai
dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti.
Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai fesyen yang berbelah sampai ke
paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi
Sarawak.

Bab 11

Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri
Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut

Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan
kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga
Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima
bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan
Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar
kad jemputan nanti.

Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser
akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik
ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan
Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

85

Bab 12

Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah
digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas
yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan
tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang
sibuk mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.

Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa
bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus
menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan
tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda
memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.

Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi
perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada
Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema. Rentetan daripada itu, Waheeda
mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak
berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangan, Waheda berasa tulang
rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk
mendapatkan rawatan.

Bab 13

Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan
yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira
kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai
RM60 juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda
yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada
itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid
yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda.
Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3
hari sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani
oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali
cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.

86

Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis
kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah
diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran
Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.

Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi
ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah
dan telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang
berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya
bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi
hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut
berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.

Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di
SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa
meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid
cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi
tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak
wangi selepas mengalami selesema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

Bab 14

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju Emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas
sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu
Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong
dari Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan
dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk
dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan
kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang
gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat
disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan
cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua
belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut

87

melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan
yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu
sungguh gembira

Bab 15

Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang
yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan
mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran
bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di
kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan tersebut.
Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut
sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching
menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa
berada di luar negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita.

Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan
kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana
sedangkan usia semakin meningkat. Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman
semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya
membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.

Bab 16

Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba
dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada
tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut
yang datang ke Sarawak nanti.

Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke
nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan. Kemudian
dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan
daripada Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan

88

dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah
dahulu.

Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid
menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama.
Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka
banyak membuat aluan masing-masing. Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila
diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas,
Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu
datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan
suaminya, Zahid.

Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi
Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya
mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak menantunya,
Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana
Waheeda ingin berdikari. Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan
ayahnya. Di mana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik
berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

Bab 17

Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya
seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri
Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri.
Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu.

Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus
ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual
dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.

Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam
dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di

89

Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada
stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan
sakit kepalanya. Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.

Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid
merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati
Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan
peristiwa semasa di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda. Pada malam itu,
Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudah pun
tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil
mengingatkan kenangan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.

Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga
pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan
sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.

Bab 18

Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah
disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading
tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort.
Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung
joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan
kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’
dan ramai lagi.

Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui
kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak
pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola. Nostalgia pada
peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila
mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah
tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat
suaminya yang terlalu cemburu.

90

Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri.
Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan
tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan
laluan yang dihadapinya. Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas
bersenam kecil, Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang
dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan
BRP bagi menyiasat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual
dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima
mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja
dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital
Normah tanpa kehadiran Zahid.

Bab 19

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital
Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa
Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya
dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid
sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.

Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar
Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka
mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila
Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya
banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.

Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal
Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini,
Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda
telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah
mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.

Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang
diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi
untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah

91

bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan.
Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid
melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah
dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah
meninggalkan bilik tidurnya.

Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap
Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan
Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda.
Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami
oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak
tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar
Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.

Bab 20

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada
Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan
tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan
mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas
bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun
strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin
menjualkan perusahaannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan
pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan
alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu
Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah.
Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan
sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan
cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr.
Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima
kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi.
Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di
Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi

92

diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju
dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.

Bab 21

Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-
Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis
kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat
berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di
Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan
urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan
hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan
pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas
dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan
Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli
perniagaan yang berjaya.

Bab 22

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan
melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya
mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan
rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda
terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar.
Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah
(nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai
pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati
melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-

93

Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang
pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.

Bab 23

Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah
hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan
kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya
sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid
sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah
tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada
bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang
akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan
antara Zahid dan Aiman.

Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para
pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan
masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk
mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan
mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los
Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam
itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati
di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan
menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid
berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh
isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga
menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA
tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los
Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi
berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada
terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah
dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat
pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang

94

agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat
akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan
terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda
juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.

Bab 24
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya

terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah,
bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti
dirinya dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah
disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu
sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah
memberi petunjuk kepadanya. Pagi esoknya, Zahid muncul awal di Restoran Iwana.
Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan
Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya
dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirindunya. Zahid juga ingin menemui
Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya
mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemuan Zahid dan
Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda
tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah
mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan
ayahnya.

95

Kekuatan

Antara kekuatan novel Tirani ialah ialah hubungan kekeluargaan yang erat seperti yang
ditonjolkan penulis. Ibu Waheeda, Raidah selalu berada di sisi Waheeda dan memberikan
sokongan moral kepadanya. Sebagai contoh, Raidah sentiasa bersama-sama Waheeda semasa
menjalani pembedahan hidungnya yang pesek dan matanya yang sepet dan Raidah yang
sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas
penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam.

Selain itu, novel ini memberikan pengajaran yang sangat menarik kepada pembaca. Sifat
ketabahan yang dimiliki Waheeda sangat memberikan impak positif bukan sahaja kepada
dirinya malah terhadap orang sekeliling juga. Berkat ketabahannya dalam melalui saat-saat
getir hidupnya, akhirnya dia ditemukan semula dengan cinta hidupnya, Zahid.

Seterusnya, penulis Beb Sabariah turut mengetengahkan nilai kesyukuran sebagai mesej
tersirat. Kisah Waheeda sesungguhnya mampu memberikan teladan kepada pembaca agar
sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan. Sebagai contoh, Waheeda yang pada awal
penceritaan ialah seorang wanita yang terlalu obses dengan kecantikan dan sangat ingin mahu
menjalani pembedahan memancungkan hidung lantaran hidung asalnya kemet.

Selanjutnya, tidak dapat dinafikan bahawa plot cerita novel ini sangat teratur. Pembaca
dapat menyelami sendiri kisah kehidupan Waheeda daripada seorang yang tidak menyukai
wajahnya sehinggalah menjadi seorang wanita yang berjaya dalam bidang pelancongan
dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland bersama anaknya Izzati. Dengan
ini, pembaca akan lebih memahami dan menghayati watak Waheeda dalam menghadapi
dugaan dan rintangan hidup.

Akhir sekali, terdapat beberapa plot yang memberikan unsur saspens kepada pembaca.
Sebagai contoh, peristiwa monyet Belanda yang menyerang dan mengigit muka Waheeda.
Hal ini membuatkan pembaca menjadi tertanya-tanya akan nasib Waheeda selepas itu,
adakah Waheeda dikejarkan ke hospital atau keadaannya baik-baik sahaja?

96

Kelemahan
Antara kelemahan yang terkandung dalam novel Tirani ialah terdapat beberapa perwatakan

watak yang mengandungi nilai negatif yang tidak sepatutnya dicontohi. Sebagai contoh, sifat
cemburu buta Zahid sehingga tergamak untuk melafazkan talak kepada isterinya. Di samping
iktibar yang ingin disampaikan penulis, adalah dikhuatiri perkara ini akan menjadi ikutan
para pembaca yang tidak dapat membezakan baik buruk sesuatu perlakuan.

Selain itu, penggunaan bahasa Indonesia secara berlebihan di awal penceritaan mengundang
kekeliruan dalam kalangan pembaca. Hal ini mampu mengakibatkan pembaca kurang
menghayati jalan cerita kerana acap kali perlu meneka sendiri maksud ayat yang diutarakan
atau mungkin perlu menggunakan aplikasi terjemahan.

Seterusnya, pengakhiran novel ini agak tidak memuaskan dan tidak memenuhi jangkauan
pembaca. Sikap watak utama, Waheeda yang tetap memaafkan bekas suaminya biarpun
ditinggalkan dengan keadaan yang begitu sadis akibat Zahid yang tidak berfikiran rasional
pada ketika itu sesungguhnya sedikit sebanyak membangkitkan amarah pembaca. Pembaca
mengharapkan Zahid mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan kejinya itu namun,
ternyata tidak.

Selanjutnya, plot penceritaan novel ini agak tidak terperinci. Penulis, Beb Sabariah kurang
mengupaskan sesuatu situasi dengan jelas. Hal ini menyebabkan pembaca kurang memahami
jalan cerita lantaran tidak dapat menggambarkan situasi yang terjadi.

97

Cadangan penambahbaikan
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan kepada novel Tirani ialah

mengurangkan perwatakan watak yang mengandungi nilai negatif. Sebagai contoh, sifat
cemburu buta Zahid sehingga tergamak untuk melafazkan talak kepada isterinya tidak
sepatutnya diperincikan dengan berlebih-lebihan kerana dikhuatiri perkara ini akan menjadi
ikutan para pembaca yang tidak dapat membezakan baik buruk sesuatu perlakuan.

Selain itu, penulis perlulah menyatakan maksud setiap baris ayat di dalam bahasa Indonesia
bagi membolehkan pembaca memahami apa yang ingin disampaikan oleh watak seterusnya
lebih menghayati jalan cerita novel tanpa perlu meneka sendiri maksud ayat yang diutarakan.

Seterusnya, pengakhiran novel yang agak tidak memuaskan dan tidak memenuhi jangkauan
pembaca boleh diperbaiki oleh penulis. Penulis hendaklah memberikan balasan setimpal
seiring dengan kelakuan keji watak Zahid terhadap Waheeda. Hal ini mampu dijadikan
iktibar oleh pembaca untuk tidak melakukan perkara yang sama.

Selanjutnya, penulis perlu lebih memperincikan plot penceritaan novel. Penulis hendaklah
mengupaskan sesuatu situasi dengan lebih terang lagikan bersuluh agar pembaca memahami
setiap plot yang dikaitkan.

98

Bimasakti Menari – Sri Rahayu Mohd Yusop

Pengenalan

Mengisahkan tentang Nurul Hafsa, Muhammad Taufik
dan Budiman telah gigih berusaha dan bersatu hati dalam
berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba
memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan
kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan
mencerap bintang.

Mereka gigih berusaha untuk mendapatkan sokongan
pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit
Gelap di Kuala Selangor untuk memastikan bintang-
bintang dapat dicerap dan kelip-kelip dapat
dilihat oleh semua pengunjung. Pada masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek
perumahan Ikhtiar Tekno Alam dengan membina rumah mesra alam.

Walaupun usaha mereka ini mendapat bantahan dan tentangan yang hebat daripada pihak tententu yang
mempunyai kepentingan di tempat tersebut terutamanya Dato’ Johann Arlington tetapi mereka tetap gigih
meneruskan usaha ini.

Biografi penulis

Sri Rahayu binti Mohd Yusop yang dilahirkan di Tanjong Karang,
Selangor merupakan suatu nama yang sedang mekar dalam jagat
kesusasteraan Melayu. Minatnya kepada dunia penulisan berkait
dengan minatnya yang suka bercerita.

Selama tempoh 12 tahun berkarya, beliau telah menghasilkan
sembilan buah novel dan kesemua novel tersebut memenangi Hadiah
Sastera Kumpulan Utusan Kategori Novel Remaja. Dua daripadanya,
iaitu Bukan Legasi Lalang dan Bimasakti Menari memenangi Hadiah
Sastera Perdana Malaysia Kategori Kesusasteraan Remaja (Novel)
bagi tahun 290900/2001 dan 2012.

Sinopsis keseluruhan

Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap
Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun
gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca
daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar
untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui
‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak
sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak
terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan
Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah
Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johan Arlington dan dia mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad
Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan
Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan
itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa
apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen
minyak Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat
aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini
menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri.
Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri

100


Click to View FlipBook Version