MoLIB Modul Latihan Intervensi Berfokus & Terbeza #24 PLaN Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah NUMERASI
#24 PLaN #MoLIB-Numerasi INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
#24 PLaN #MoLIB-Numerasi Modul Latihan Intervensi Berfokus & Terbeza - Numerasi Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Diterbitkan oleh: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan Malaysia Tel : 03-83126666 Faks : 03-83126655 Web : http://ipgm.moe.edu.my ISBN 978-968-17720-3-4 © Semua hak cipta terpelihara. Hak cipta Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia 2020. Semua petikan daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat keizinan daripada penerbit. September 2020
PANEL PENULIS MoLIB-NUMERASI PENYELARAS PANEL Dr. Fatimah binti Abd. Kadir Dr. Hajah Noradzimah binti Abdul Majid Datin Zaitun binti Othman Puan Hajah Haniah binti Bachok Puan Azalina binti Raya Puan Norilla binti Satari Puan Nor Aziah binti Badri Puan Latifah binti Othman Encik Johnson a/l Savarimuthu Encik Noorhazainol bin Derahin Puan Zaiton binti Arshad Dr. Yusminah binti Mohd Yusof KETUA PANEL Dr. Fan Siong Peng STRATEGI PELAKSANAAN MoLIB-NUMERASI ▪ Perbincangan bersemuka ▪ Aktiviti individu ▪ Aktiviti berkumpulan ▪ Bimbingan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti ▪ Pembentangan dan simulasi REKA BENTUK & REKA LETAK HALAMAN Puan Rubiaton binti Ibrahim Encik Mohd Kashfi bin Md Zain Puan Chia Lee Shan PENASIHAT Dr Rusmini binti Ku Ahmad Dr Jamiah binti Mohamad Dr Yazid bin Abdul Manap PENILAI MODUL Dr Mazlan bin Ismail Dr Abdul Razak bin Othman MoLIB Numerasi i
ISI KANDUNGAN MODUL LATIHAN INTERVENSI LITERASI DAN NUMERASI (MoLIB-NUMERASI) 01 02 03 04 05 Kerangka Teori TOPIK 1 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Berfokus dan Terbeza Numerasi TOPIK 2 Pemetaan antara DSKP dan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berfokus dan Terbeza Numerasi TOPIK 3 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berfokus dan Terbeza Numerasi TOPIK 4 Pembinaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berfokus dan Terbeza Numerasi TOPIK 5 Panel Penulis Isi Kandungan Kata Alu-aluan Modul Latihan MoLIB-Numerasi Glosari Penghargaan …i …ii …iii …iv …. 7 …6 …. 7 …14 …. 7 …24 …. 7 …33 …. 7 …88 …99 ...101 MoLIB Numerasi ii Garis Panduan MoLIB …. 7 …1
Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Kata Alu-aluan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Institut Pendidikan Guru Malaysia menjadi peneraju dalam melaksanakan program literasi dan numerasi demi mencapai hasrat kemenjadian murid menjelang 2025 melalui Inisiatif #24. Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (Inisiatif #24) perlu dilaksanakan secara kemas dan tersusun bagi menjamin kemenjadian murid dalam penyampaian ilmu dan kemahiran oleh para guru. Oleh itu, Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MoLIB) dibina untuk membantu para guru bahasa Melayu dan matematik sekolah rendah dalam menguasai dan melaksanakan pendekatan pedagogi berfokus dan terbeza. Hal ini bagi membolehkan penyampaian ilmu dan kemahiran bahasa Melayu dan matematik dapat disalurkan dengan lebih tepat dan sampai kepada kumpulan sasarannya . Kumpulan sasaran MoLiB ialah murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3 sekolah rendah pada tahap penguasaan III dalam pentaksiran bilik darjah (PBD). Murid-murid ini sudah mempelajari kemahiran asas literasi dan numerasi namun perlu diberikan aktiviti pengukuhan untuk mereka menguasai kemahiran asas dan seterusnya menyediakan mereka untuk menguasai tahap penguasaan IV dalam pentaksiran bilik darjah. Bagi mencapai tujuan ini, para guru bahasa Melayu dan matematik perlu didedahkan dengan pedagogi berfokus dan terbeza. Pendekatan pedagogi berfokus dan terbeza mendasari modul ini. Pedagogi secara umum ditafsirkan sebagai sains dan seni yang membantu guru mereka bentuk pengajaran untuk memastikan ilmu yang disampaikan kepada murid dapat diterima dan dimanfaatkan dalam kehidupan mereka. Pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah berfokus pada kemahiran literasi dan aplikasi bahasa (DSKP, 2017:06). Penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi membolehkan muridmurid tahap I menguasai kemahiran asas dengan mantap dan seterusnya mereka berupaya menguasai fasa-fasa tahap kemahiran yang seterusnya. Institut Pendidikan Guru Malaysia merakamkan setinggitinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penggubalan MoLIB. Semoga pelaksanaan MoLIB akan mencapai hasrat dan matlamat untuk memberdayakan murid-murid menguasai literasi dan numerasi. (YBrs. Dr. RUSMINI BINTI KU AHMAD) Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia MoLIB Numerasi iii
MODUL LATIHAN INTERVENSI BERFOKUS DAN TERBEZA (MoLIB-NUMERASI) KLUSTER : Pendidikan TAJUK : Pengajaran dan Pembelajaran Berfokus dan Terbeza Numerasi TEMPOH : 17 jam SINOPSIS : Modul ini memberi fokus bagi menyediakan guru matematik sekolah rendah yang mengajar tahun dua dan tiga dengan kemahiran pengajaran dan pembelajaran berfokus dan terbeza numerasi (PdPBT-n). PdPBT-n merupakan suatu pendekatan PdP (know how) yang membolehkan kurikulum dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) (know what) disampaikan oleh guru kepada murid-murid yang mempunyai pelbagai keupayaan dan potensi diri. Pendekatan PdPBT-n merupakan cara alternatif selain daripada pendekatan lain untuk membolehkan guru mencapai objektif PdP. Modul ini akan memberi pendedahan kepada guru dengan kerangka konsep yang menjadi asas dalam pembentukan model PdPBT-n, mereka juga akan diperkenalkan dengan cara melaksanakan PdPBT-n secara praktis dengan berpandukan bahan yang dibina berasaskan DSKP Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun Dua dan Tahun Tiga. Mereka juga akan dibimbing untuk membina bahan menggunakan templat PdPBT-n. HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir kursus ini peserta kursus akan dapat: 1. menjelaskan kerangka teori pengajaran dan pembelajaran berfokus dan terbeza numerasi. 2. mengaplikasi pengajaran dan pembelajaran berfokus dan terbeza numerasi berasaskan bahan-bahan. 3. menganalisis kesesuaian DSKP untuk membina bahan pengajaran dan pembelajaran berfokus dan terbeza numerasi. MoLIB Numerasi iv
Kemahiran guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) memainkan peranan utama dalam pencapaian murid. Guru yang baik mampu mempelbagaikan aktiviti bersesuaian dengan pelbagai aras kebolehan muridnya. Guru perlu menguasai pengetahuan pedagogi yang berfokus dan terbeza dalam merencana pencapaian tahap penguasaan seseorang murid. Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MoLIB) yang dihasilkan ini boleh dijadikan rujukan untuk guru merancang PdP bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dan Matematik sekolah rendah yang berkesan pada tahap 1 . Manakala bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris (BI), guru perlu merujuk Scheme of Work (SoW) seperti yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) berasaskan Common European Framework of Reference (CEFR). Modul ini dibina berdasarkan kemahiran yang terkandung dalam DSKP serta mengandungi aktiviti dan bahan yang berbeza mengikut pelbagai tahap penguasaan murid. Modul ini juga mampu membantu guru bukan opsyen untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan PdP. Pelaksanaan rintis bagi modul ini telah dilaksanakan pada September hingga Oktober 2019 di 54 buah sekolah melibatkan daerah Sepang Selangor, Pitas Sabah dan Julau Sarawak. Dapatan daripada pelaksanaan rintis berkenaan, usaha menambah baik MoLIB telah dilaksanakan untuk menjadikan modul ini lebih mudah digunakan. Sehubungan dengan itu, MoLIB diperluas pelaksanaannya kepada sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 2020. 01 Modul Latihan Intervensi Berfokus & Terbeza GARIS PANDUAN MoLIB PENGENALAN Mo Modul L Latihan I Intervensi B Berfokus dan Terbeza 1 MoLIB Numerasi | Garis Panduan
Berdasarkan kajian, sekolah yang pencapaian akademiknya rendah adalah sekolah yang kapasiti muridnya ramai dalam satu kelas, murid orang asli/peribumi yang diajar oleh guru bukan orang asli dan guru bukan opsyen. Guru kurang berkemahiran dalam merancang aktiviti yang melibatkan murid pelbagai aras tahap penguasaan. Masalah ini berlanjutan sehingga defisit pembelajaran dibawa ke tahap dua. 02 03 RASIONAL MATLAMAT MoLIB dibangunkan sebagai panduan serta rujukan kepada para guru untuk merancang PdP secara berfokus dan terbeza bagi pelaksanaan yang lebih berkesan. Ini untuk memastikan guru berkebolehan merancang PdP yang berfokus dan terbeza bersesuaian dengan pelbagai aras kebolehan muridnya. Selain itu, guru boleh menjadikan amalan Professional Learning Community (PLC) sebagai gerak kerja dalam merancang PdP supaya berlaku perkongsian idea dan keberhasilan bersama. Pada akhir pelaksanaan MoLIB ini, guru dapat: menguasai asas kemahiran merancang PdP yang berkesan berdasarkan pelbagai aras kebolehan murid (asas, sederhana dan tinggi); melaksanakan pedagogi yang berfokus dan terbeza dalam mempertingkatkan tahap penguasaan murid; dan menjadikan PLC sebagai amalan dalam meningkatkan pengetahuan dalam merancang PdP. 04 OBJEKTIF Tema: Keluarga 05 SASARAN SEKOLAH Pelaksanaan MoLIB melibatkan semua sekolah rendah KPM. 06 SASARAN GURU Guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik Tahap 1 yang mengajar di kelas yang kapasiti muridnya ramai. a. MURID RAMAI c. ASLI/PERIBUMI Guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik Tahap 1 yang mengajar murid orang asli/peribumi. b. BUKAN OPSYEN Guru bukan opsyen bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik Tahap 1. 2 MoLIB Numerasi | Garis Panduan
07 08 09 KERANGKA KONSEP Tema: Keluarga GARIS MASA PELAKSANAAN KAEDAH PELAKSANAAN Melaksanakan PdP berfokus dan terbeza berpandukan DSKP dan MoLIB; PDP TERBEZA PAK-21 1 3 Pengurusan PdP menggunakan kerangka konsep Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) yang terdiri daripada lima elemen, iaitu perancangan pembelajaran, pembelajaran koperatif dan kolaboratif, kemahiran berfikir, pentaksiran pembelajaran, dan ekosistem bilik darjah yang positif berdasarkan standard asas PAK21, iaitu komunikasi, kolaboratif, kreatif dan kritis, serta nilai (4K1N). SKPMg2 STANDARD 4 2 Aktiviti yang dirancang dalam RPH berdasarkan cadangan MoLIB dilaksanakan semasa PdP Bahasa Melayu dan Matematik berasaskan SKPMg2 Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). 3 MoLIB Numerasi | Garis Panduan
10 11 STRATEGI PELAKSANAAN PdP BERPANDUKAN MoLIB Tema: Keluarga PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Merancang aktiviti PdP berdasarkan aras dalam MoLIB; a)Guru boleh memilih mana-mana aras yang bersesuaian dengan tahap murid dalam kelas, atau b)Guru boleh menggunakan ketiga-tiga aras dalam satu PdP Menyediakan bahan sokongan PdP berpandukan cadangan aktiviti MoLIB. Melaksanakan PdP secara berfokus dan membuat rumusan atau refleksi PdP. Menyediakan RPH dengan memilih Standard Pembelajaran (SP) yang sesuai merujuk kepada MoLIB. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) a)Mengurus, menyelaras dan menilai kebolehlaksanaan modul b)Mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan bahagian-bahagian KPM dan JPN c)Merancang dan melaksanakan penataran kepada JPN, PPD dan sekolah d)Menganalisis dapatan laporan pelaksanaan MoLIB daripada JPN Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) a)Membantu KPM merancang dan melaksanakan penataran kepada PPD dan sekolah b)Memastikan pelaksanaan mengikut garis panduan yang disediakan c)Mengurus, menyelaras dan menilai pelaksanaan peringkat JPN d)Memantau pelaksanaan MoLIB secara berkala e)Menganalisis dapatan laporan pelaksanaan MoLIB daripada PPD f)Melaporkan dapatan pelaksanaan MoLIB kepada KPM 4 MoLIB Numerasi | Garis Panduan
Pentadbir Sekolah a)Memastikan pelaksanaan MoLIB mengikut garis panduan yang disediakan b)Membimbing guru melaksanakan PdP berkesan melalui PLC c)Mencerap PdP guru secara berkala d)Membincangkan keberkesanan pelaksanaan MoLIB dalam dialog prestasi e)Melaporkan pelaksanaan dan keberkesanan pelaksanaan MoLIB kepada PPD Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) a)Membimbing sekolah melaksanakan MoLIB mengikut garis panduan yang ditetapkan b)Menganalisis dapatan semasa sesi bimbingan c)Memastikan keberkesanan pelaksanaan MoLIB oleh pihak sekolah d)Melaporkan pelaksanaan MoLIB kepada pengurusan PPD dan JPN e)Membuat tindakan susulan untuk penambahbaikan Guru Mata Pelajaran a)Merancang dan melaksanakan PdP yang berfokus dan terbeza b)Menyediakan bahan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan murid semasa PdP c)Menambah baik PdP bagi membantu murid yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum d)Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berdasarkan DSKP 12 RUMUSAN Garis panduan ini menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat melaksanakan MoLIB dalam PdP murid tahap satu di sekolah rendah. Diharapkan pelaksanaan MoLIB ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak demi membantu meningkatkan penguasaan berbahasa Bahasa Melayu dan kemahiran Matematik dalam kalangan muridmurid di sekolah. MoLIB Numerasi | Garis Panduan 5
KERANGKA TEORI 1 1.1 Pengenalan 1.2 Teori Mendasari Pengajaran dan Pembelajaran Terbeza 1.3 Kerangka Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berfokus dan Terbeza Numerasi 1 JAM Objektif Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat: i. menjelaskan teori yang mendasari PdP Berfokus dan Terbeza (PdPBT) ii.menghuraikan kerangka konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berfokus dan Terbeza Numerasi (PdPBT-n) 1.1 Pengenalan Pelaksanaan PdP semakin mencabar pada masa ini. Menurut Tomlinson (2013), guru-guru menghadapi kesukaran menyampaikan PdP secara berkesan disebabkan terdapat murid daripada pelbagai latar belakang dalam sesebuah kelas. Misalnya, murid-murid berbeza dari aspek kebudayaan, bangsa, bahasa, taraf ekonomi, jantina, pengalaman, motivasi, kecerdasan mental, minat personal, dan kecenderungan belajar. Guru yang berkualiti bukan sahaja boleh menyampaikan kandungan dengan berkesan. Mereka juga perlu memberi perhatian kepada proses PdP agar dapat memenuhi keperluan murid, dan seterusnya memastikan hasil pembelajaran dapat dicapai oleh setiap murid. Justeru itu, pendekatan PdPBT diperkenalkan sebagai salah satu kaedah alternatif bagi meningkatkan keupayaan pembelajaran murid dalam mata pelajaran Matematik di peringkat sekolah rendah. 1.2 Teori Mendasari PdPBT Tomlinson adalah pelopor bagi kaedah PdPBT (1999, 2001, 2006, 2010, 2013). Menurut Tomlinson, setiap guru harus memiliki mindset positif yang sentiasa memberikan pertimbangan kepada keperluan murid (rujuk Rajah 1). Terdapat lima elemen dalam prinsip asas PdPBT iaitu; persekitaran yang menggalakkan dan menyokong pembelajaran, kualiti kurikulum, pentaksiran yang menjelaskan PdP, PdP bagi pelbagai tahap keupayaan murid, serta memimpin murid dan mengurus aktiviti rutin. MoLIB Numerasi | Topik 1 6
1.2.1 Prinsip Asas PdPBT a. Persekitaran yang menggalakkan dan menyokong pembelajaran Persekitaran pembelajaran merujuk kepada iklim fizikal dan afektif yang wujud dalam kelas. Dalam kelas PdPBT-n, guru merancang aktiviti dalam kelas agar bermanfaat kepada keperluan setiap orang murid. Antara aspekaspek yang menjadi asas pegangan guru adalah; yakin bahawa setiap orang murid berkeupayaan untuk berjaya sekiranya mereka diberi sokongan, menghormati latar belakang setiap orang murid, memastikan pelibatan murid yang aktif dalam setiap aktiviti dan sentiasa membuat refleksi bagi memperbaiki tahap pembelajaran murid. b. Kualiti kurikulum Kurikulum merujuk kepada kandungan yang seharusnya guru ajar atau dan yang seharusnya murid belajar. Kualiti kurikulum pula merujuk kepada sifat jurang yang wujud antara apa yang seharusnya guru ajar dan apa yang sepatutnya dipelajari oleh murid. Terdapat tiga ciri-ciri kurikulum yang berkualiti: i)mempunyai tujuan yang jelas berkaitan apakah yang murid seharusnya belajar, faham, dan mendapat hasil di sepanjang proses pembelajaran. ii)membolehkan murid memahami pengetahuan kandungan, bukannya sekadar menghafal. iii)melibatkan murid dalam proses pembelajaran. Rajah 1: Kerangka Teori Elemen Keberkesanan PdP Berfokus dan Terbeza. MoLIB Numerasi | Topik 1 7
c. Pentaksiran yang menjelaskan PdP Guru yang prihatin terhadap kefahaman murid-muridnya, sepatutnya juga sentiasa mengikuti perkembangan pembelajaran mereka. Mereka tidak suka melihat murid berasa bosan semasa mengikuti proses PdP. Oleh itu, pentaksiran boleh digunakan oleh guru bagi menjejaki perkembangan pembelajaran dan perasaan murid. Maklumat yang diperolehi menerusi pentaksiran dapat membantu guru mengetahui jurang pemahaman murid berbanding kriteria kejayaan dalam unit pembelajaran dan seterusnya menggunakan maklumat itu untuk merancang PdP seterusnya. d. PdP pelbagai aras PdP merujuk kepada bagaimana guru mengajar atau bagaimana seharusnya murid menimba pengalaman dalam pembelajaran. Menurut Tomlinson (2011), PdPBT adalah sangat penting kerana setiap murid diberi peluang menimba pengalaman menerusi pembelajaran yang boleh memaksimumkan perkembangan akademik mereka. e. Memimpin kemajuan murid dan mengurus aktiviti rutin Pengurusan kelas lazimnya dikaitkan dengan kawalan kelas. Dalam konteks PdPBT, pengurusan kelas merujuk kepada membina persekitaran kelas supaya PdP dapat berlangsung secara produktif bagi memacu kemajuan akademik murid di samping mengurus proses dan aktiviti rutin guru. Dalam kelas PdP terbeza, guru membawa visi dan misi bagi membolehkan murid belajar secara berkumpulan untuk mencapai matlamat individu dan kumpulan secara keseluruhan. Menerusi pengurusan rutin dan proses dalam kelas terbeza, guru membantu murid memahami, menyumbang, dan terlibat secara langsung bagi mendorong mereka belajar bersama. Kelima-lima prinsip asas merupakan kepercayaan dan amalan yang seharusnya dimiliki oleh guru yang berhasrat untuk memulakan kelas PdPBT. Bagi membolehkan murid mendapat peluang belajar berdasarkan keperluan mereka, tiga aspek iaitu kesediaan, minat, dan kecenderungan kaedah belajar murid perlu diambil kira untuk merancang PdP. MoLIB Numerasi | Topik 1 8
a. Kesediaan Tomlinson menyatakan bahawa kesediaan tidak sinonim dengan keupayaan atau kapasiti untuk belajar. Kesediaan merujuk kepada student’s proximity dengan objektif pembelajaran (Tomlinson, 2013). Istilah kesediaan dijajarkan dengan perkembangan minda murid. Menurut Tomlinson, pengetahuan tentang kesediaan murid membolehkan guru menyediakan rancangan PdP terbeza yang dapat membantu murid melakukan perkara yang mereka patut lakukan untuk berjaya. b. Minat Minat memberi motivasi kepada murid untuk belajar. Tomlinson (2013) mendefinisikan minat sebagai topik atau kemahiran yang boleh memanfaatkan perkembangan bakat, pengalaman, dan cita-cita seseorang murid. Minat juga berkaitan dengan idea, kemahiran, atau kerja yang mempunyai daya tarikan kepada murid. c. Profil belajar murid Profil belajar seseorang murid merujuk kepada kecenderungan belajar yang membolehkan murid belajar dengan lebih berkesan. Setiap murid mempunyai profil belajar yang berbeza disebabkan oleh faktor jantina, budaya, persekitaran, biologi, dan konteks belajar tertentu. Menyediakan pelbagai cara bagi murid untuk terlibat bersama seperti melakukan penerokaan dan membuat persembahan kandungan dapat membina kesedaran dalam diri murid tentang pendekatan belajar yang manakah paling sesuai bagi mereka. 1.2.2 Keperluan Belajar Murid Pengetahuan guru berkaitan kesediaan, minat, dan profil belajar murid membolehkan mereka merancang PdPBT. Terdapat empat elemen PdPBT iaitu kandungan, proses, produk, dan persekitaran kelas. MoLIB Numerasi | Topik 1 9
a. Kandungan Kandungan merujuk kepada perkara yang sepatutnya dipelajari oleh murid, atau pengetahuan, idea, dan kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. b. Proses Proses merujuk kepada cara murid menguasai dan memiliki pengetahuan, idea, dan kemahiran. c. Produk Produk merujuk kepada bagaimana murid boleh menunjukkan apa yang mereka telah pelajari. 1.2.3 Elemen Pengajaran dan Pembelajaran Berfokus dan Terbeza d. Persekitaran kelas Persekitaran kelas merujuk kepada iklim interaksi dalam kalangan muridmurid dan guru. Persekitaran juga merangkumi individu, sosial, dan susunan fizikal dalam kelas. Cambahan Minda Mengapakah lima prinsip asas iaitu persekitaran yang menggalakkan dan menyokong pembelajaran, kualiti kurikulum, pentaksiran yang menjelaskan PdP, PdP yang dapat memenuhi pelbagai tahap keupayaan murid, dan memacu murid dan mengurus aktiviti rutin diperlukan bagi membolehkan seseorang guru melaksanakan PdPBT? Latihan 1. Senaraikan lima prinsip belajar yang perlu dimiliki oleh seseorang guru bagi membolehkan mereka melaksanakan PdPBT. 2. Senaraikan tiga keperluan murid yang menjadi sumber input kepada guru untuk merancang PdPBT. 3. Jelaskan empat elemen yang menjadi tunjang kepada melaksanakan PdPBT. MoLIB Numerasi | Topik 1 10
1.3 Kerangka Konsep PdPBT-n Kerangka konsep bagi PdPBT-n dibentuk dengan mengambil kira dua komponen utama, iaitu Kerangka Kurikulum Matematik Sekolah Rendah dan tiga elemen PdPBT-n seperti Rajah 2. Rajah 2: Kerangka Konsep PdPBT-n a. Kerangka Kurikulum Matematik Sekolah Rendah Kerangka Kurikulum Matematik Sekolah Rendah terdiri daripada fikrah matematik sebagai nadi. Fikrah matematik merupakan kualiti murid yang dihasratkan untuk dilahirkan melalui sistem pendidikan kebangsaan. Terdapat empat komponen utama yang menyokong fikrah matematik iaitu, sikap dan nilai, kemahiran, proses, dan bidang pembelajaran. Sikap dan nilai terdiri daripada nilai matematik dan sikap dan nilai sejagat. Kemahiran pula terdiri daripada kemahiran matematik, kemahiran menganalisis, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan, kemahiran berkomunikasi, dan kemahiran menggunakan teknologi. Proses terdiri daripada lima proses matematik yang saling berkaitan dan dilaksanakan secara bersepadu merentas kurikulum. Lima proses matematik yang dimaksudkan adalah penyelesaian matematik, penaakulan, komunikasi secara matematik, perkaitan, dan perwakilan. Kandungan matematik pula dirangkumkan mengikut lima bidang pembelajaran iaitu, Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Algebra, Statistik dan Kebarangkalian, dan Matematik Diskret. MoLIB Numerasi | Topik 1 11
b. Elemen PdPBT-n Tiga elemen utama dalam PdPBT-n adalah kandungan, proses, dan produk. Aspek persekitaran yang terdapat dalam teori asal PdPBT tidak dimasukkan dalam kerangka ini kerana aktiviti interaksi sosial antara murid dengan murid, dan murid dengan guru sentiasa diambil kira dalam merangka rancangan mengajar PdPBT-n. Dalam konteks Malaysia, kandungan bermaksud kurikulum atau sukatan pelajaran yang terkandung di dalam DSKP Tahun Dua dan Tahun Tiga. Hanya DSKP Tahun Dua dan Tahun Tiga dipilih dalam melaksanakan PdPBT-n mengikut ketetapan yang dibuat di bawah Program Literasi dan Numerasi (PLaN) Inisiatif PPPM #24. Proses merujuk kepada bagaimanakah murid melakukan fikrah matematik bagi menguasai dan memiliki pengetahuan, idea, sikap dan nilai dalam bidang pembelajaran dengan menggunakan kemahiran dan proses merentasi kurikulum. Cambahan Minda Mengapakah model asal PdPBT yang diutarakan oleh Tomlinson tidak boleh digunakan sepenuhnya di Malaysia? Apakah aspek-aspek yang telah diadaptasi oleh kerangka konseptual PdPBT-n daripada kerangka asal PdPBT Tomlinson? Latihan 1. Senaraikan elemen yang terdapat dalam kerangka konsep PdPBT-n. 2. Jelaskan kekuatan dan kelemahan kerangka konsep PdPBT-n. Rujukan Tomlinson, C. A. (1999). Differentiated instruction classroom: Responding to the needs of the learners. USA: ASCD. Tomlinson, C. A. (2001). How to differentiate instruction in mixed-ability classrooms. USA: ASCD. Small, M. (2017). Good questions: Great ways to differentiate mathematics instruction in the standards-based classroom. Teachers College Press. Small, M. (2017). Teaching mathematical thinking: tasks and questions to strengthen practices and processes. Teachers College Press. MoLIB Numerasi | Topik 1 12
PELAKSANAAN LATIHAN JURULATIH UTAMA 1 KERANGKA TEORI 1.0 Teori Mendasari PdPBT (40 minit) Teori Mendasari PdPBT a.Prinsip-prinsip Asas PdP Berfokus dan Terbeza. b.Keperluan Belajar Murid c.Elemen-elemen PdPBT Isi Kandungan • Aktiviti Match Mine • Aktiviti Round Table Aktiviti / Strategi Jigsaw Puzzle Bahan TOPIK 1 Kerangka Teori 1 JAM 1.1. Kerangka Konsep PdPBT numerasi (20 minit) a.Kerangka Konsep PdPBT-n b.Komponenkomponen dalam Kerangka Konsep PdPBT-n. • Aktiviti Share N Stand PPT Kerangka konsep • Aktiviti Simultaneous Round Table • Aktiviti Think- Pair-Share • Aktiviti Team Statement Instrumen berkaitan: ● Kesediaan ● Minat ● Profil pembelajaran • Aktiviti Think- Pair-Share • Aktiviti Team Statement • Bahan bacaan berkaitan - kandungan - proses - produk - persekitaran • Aktiviti Sticky Note • Aktiviti Paraphrase Passport DSKP Tahun 2 & 3 MoLIB Numerasi | Topik 1 13
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERFOKUS DAN 2 TERBEZA 2.1 Pengenalan 2.2 Ciri-ciri PdPBT 2.3 Proses PdPBT 2.4 Pelaksanaan PdPBT-n 1 JAM Objektif Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat: i. menjelaskan strategi mengurus kelas dalam PdPBT ii. mengaplikasikan PdPBT berasaskan kesediaan, minat, dan profil belajar murid iii.mengaplikasikan PdPBT-n dalam konteks KSSR 2.1 Pengenalan Pendekatan PdPBT mendapat perhatian ramai terutamanya dalam kalangan pendidik dan penyelidik. Bahagian ini akan menjelaskan pendekatan PdPBT dari perspektif cara-cara mengendalikan kelas menggunakan prinsip dan elemen terbeza. Elemen PdPBT adalah kandungan, proses, dan produk. Kandungan bermaksud apakah yang sepatutnya dipelajari oleh murid. Proses pula bermaksud bagaimanakah murid memiliki pengetahuan, idea, atau kemahiran tersebut. Manakala produk pula merujuk kepada bagaimanakah murid dapat menunjukkan perkara yang mereka belajar dan ketahui. Keperluan belajar murid iaitu kesediaan, minat, dan profil belajar murid, membolehkan guru merancang PdPBT agar murid dapat menimba pengalaman dari aspek yang bersesuaian dengan kemampuan, personaliti dan kecenderungan mereka. Dalam konteks PdPBT, input berkaitan murid dan ketiga-tiga elemen PdPBT mempengaruhi cara pelaksanaan kelas yang dirancang. 2.2 Ciri-ciri PdPBT a. Pembelajaran Bermakna PdPBT mementingkan pembelajaran bermakna dengan cara membantu murid menjana idea. Setiap murid tidak dipisahkan mengikut tahap pencapaian. Proses PdP kadang-kadang melibatkan seluruh kelas, kadang-kadang melibatkan kumpulan kecil, dan kadang-kadang aktiviti individu. Variasi ini diberikan penekanan agar murid dapat meningkatkan kemahiran dan kefahaman mereka. MoLIB Numerasi | Topik 2 14
b. Kepelbagaian Aktiviti Kelas PdPBT perlu mengambil kira pelbagai aktiviti dalam sesuatu masa tertentu. Guru juga perlu membina asas peribadi dan disiplin murid agar mereka dapat menimba pengalaman menerusi aktiviti yang dijalankan. c. Kumpulan Fleksibel Aktiviti berkumpulan dititikberatkan dalam pelaksanaan PdPBT. Kumpulan dibentuk secara lebih terbuka dengan menggabungkan murid daripada pelbagai kesediaan, minat, dan profil belajar murid. Kadang-kadang murid diberikan pilihan memilih ahli kumpulan mereka sendiri sama ada berdua, bertiga, atau bilangan tertentu. Oleh itu, guru perlu memastikan tugasan yang diberi mengarah kepada meningkatkan kemahiran berasaskan keperluan murid. d. Tugasan Pelbagai Kelas PdPBT bukan seperti memberikan pakaian yang sama saiz kepada setiap orang murid yang berbeza saiz fizikal. Tugasan yang pelbagai perlu disediakan bagi membolehkan murid yang berbeza aras dapat maju ke hadapan. Mereka juga diberi peluang memilih tugasan yang bersesuaian dengan keperluan yang dikehendaki. e. Guru Proaktif Guru yang proaktif ialah guru yang bertindak sebelum arahan demi memastikan perancangan PdPBT-n dapat dilaksanakan dengan jaya. MoLIB Numerasi | Topik 2 15
f. Bersifat Kualitatif Pendekatan berfokus dan terbeza lebih bersifat kualitatif berbanding kuantitatif. Bilangan tugasan yang banyak dilakukan oleh murid tidak dapat menjamin mereka lebih memahami berbanding murid yang menjawab sedikit tugasan. Guru-guru dalam kelas berfokus dan terbeza memberikan lebih tumpuan kepada penguasaan kefahaman yang diperlukan oleh murid-murid mereka. Oleh itu, mempelbagaikan kualiti tugasan adalah menjadi keutamaan dalam kelas berfokus dan terbeza berbanding bilangan tugasan yang harus dilakukan. g. Pentaksiran Berterusan Pentaksiran merupakan salah satu komponen paling penting dalam kelas berfokus dan terbeza. Maklumat berkaitan kemajuan murid boleh diperoleh menerusi komunikasi lisan secara individu dengan murid, memerhatikan muridmurid berbincang dalam kumpulan, melakukan kerja, atau memberi penilaian formal. Aspek yang diberikan penumpuan adalah perkembangan tahap kesediaan, minat, dan profil belajar murid. h. Pendekatan Pelbagai Pengajaran dan pembelajaran terbeza menyediakan sekurang-kurang tiga elemen kurikulum (a)Kandungan (input) – apakah yang murid harus belajar? (b)Proses – bagaimanakah murid memahami (making sense) tentang sesuai idea atau maklumat? dan (3 )Produk (output) – bagaimanakah murid menunjukkan apa yang telah mereka pelajari? i. Berpusat Murid Kelas pengajaran dan pembelajaran berfokus dan terbeza adalah berpusatkan murid. Setiap orang murid aktif berbincang dan membuat keputusan. Murid-murid dikehendaki berkongsi peranan dan tanggungjawab dengan ahli kumpulan atau individu tertentu bagi mencapai keperluan pembelajaran. MoLIB Numerasi | Topik 2 16
Cambahan Minda PdPBT bukanlah PdP berasaskan individu. Bincangkan. Latihan Berikan contoh PdPBT dari aspek berikut: (a) Pembelajaran bermakna (b) Kepelbagaian aktiviti (c) Kumpulan fleksibel (d) Tugasan pelbagai (e) Guru proaktif (f) Bersifat kualitatif (g) Pentaksiran berterusan (h) Pendekatan pelbagai MoLIB Numerasi | Topik 2 17
2.3 Proses PdPBT Tomlinson (2001) mencadangkan sembilan aliran proses bagi melaksanakan PdPBT seperti yang diilustrasikan dalam Rajah 3. 2.3.1 Guru dan semua murid bersama-sama menerokai topik dan konsep yang hendak dipelajari. 2.3.2 Murid terlibat dalam pembelajaran secara berkumpulan menggunakan pelbagai bahan berdasarkan input yang diperoleh daripada aspek kesediaan, minat, dan profil belajar murid. 2.3.3 Guru dan murid berkongsi maklumat dan saling bersoal jawab antara satu sama lain. 2.3.4 Murid melakukan tugasan yang disediakan untuk membantu mereka memahami idea utama dalam pelajaran yang mempunyai pelbagai tahap kompleksiti. 2.3.5 Murid membincangkan idea utama yang dipelajari dan melaksanakan aktiviti seterusnya. 2.3.6 Murid berada dalam kumpulan kecil yang dipilih oleh mereka sendiri. Murid mengaplikasikan prinsip dan idea utama yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru. 2.3.7 Murid diperkenalkan dengan kemahiran yang diperlukan untuk membuat persembahan hasil kerja. 2.3.8 Murid memilih cara melakukan tugasan berdasarkan minat mereka sendiri. Seterusnya, murid diminta melanjutkan pemahaman konsep mereka dengan melakukan tugasan tambahan yang dicipta oleh mereka sendiri. 2.3.9 Murid mendengar pelan pembelajaran individu dan kumpulan, seterusnya menetapkan kriteria asas untuk berjaya. MoLIB Numerasi | Topik 2 18
Rajah 3: Sembilan Aliran Proses PdPBT yang Diperkenalkan oleh Tomlinson (2001, m.s. 9). Tomlinson (2001) merumuskan bahawa PdPBT diibaratkan sebagai pengulangan irama yang lazimnya berlaku dalam kelas biasa. PdPBT melibatkan persediaan kelas, mengulang kaji, berkongsi pelajaran, membuka peluang kepada individu atau kumpulan kecil menerokai, memahami konsep (sense-making), melanjutkan pemahaman, dan penghasilan produk. Cambahan Minda Tomlinson menyatakan bahawa aliran proses PdPBT diibaratkan sebagai pengulangan irama yang lazimnya berlaku dalam kelas biasa. Berikan pendapat anda dari aspek kelebihan dan kekurangan proses aliran tersebut. Latihan Huraikan perbezaan antara tugasan pengukuhan dan pengayaan dengan memberikan contoh aktiviti yang sesuai. MoLIB Numerasi | Topik 2 19
2.4 Pelaksanaan PdPBT-n Pengajaran dan Pembelajaran Berfokus dan Terbeza - Numerasi (PdPBT-n) merupakan pendekatan yang dibangunkan dengan merujuk dan mengubah suai idea Tomlinson agar bersesuaian dengan dasar dan polisi KPM, DSKP, budaya, amalan, dan pentadbiran sekolah dalam PdP matematik. KPM menerusi PPPM 2013-2025 menitikberatkan kualiti pendidikan dan kemenjadian murid. Oleh itu, terbeza kandungan, terbeza proses, dan terbeza produk haruslah disesuaikan dengan mata pelajaran matematik sekolah rendah dari aspek bidang, nilai, kemahiran, dan standard proses yang ditetapkan agar murid dapat meningkatkan fikrah matematik pada tahap yang maksimum. Guru matematik KSSR dicadang melaksanakan PdPBT-n berlandaskan idea Tomlinson yang komprehensif secara fleksibel dengan mengambil kira beberapa aspek dalam proses PdP yang disesuaikan dengan amalan lazim dalam kelas matematik di Malaysia seperti berikut: a. Pemula Guru dan semua murid bermula dengan meneroka topik dan konsep yang hendak dipelajari bersama-sama - set Induksi. b. Perkembangan Tugasan 1 Murid terlibat dalam pembelajaran secara berkumpulan menggunakan pelbagai bahan berdasarkan input yang diperolehi dari aspek kesediaan, minat, dan profil belajar murid. Aktiviti 1 Guru dan murid berkongsi maklumat dan saling bersoal jawab antara satu sama lain. MoLIB Numerasi | Topik 2 20
Tugasan 2 Murid melakukan tugasan yang disediakan untuk membantu mereka memahami idea utama dalam pelajaran yang mempunyai pelbagai tahap kompleksiti. Aktiviti 2 Murid membincangkan idea utama yang dipelajari dan melaksanakan aktiviti seterusnya. Tugasan 3 Murid berada dalam kumpulan kecil yang dipilih oleh mereka sendiri. Murid mengaplikasikan prinsip dan idea utama yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru. Aktiviti 3 Murid diperkenalkan dengan kemahiran yang diperlukan untuk membuat persembahan hasil kerja. c. Pengukuhan Murid memilih untuk menyelesaikan lembaran kerja berdasarkan kesediaan, minat, atau profil belajar mereka sendiri. d. Pengayaan Seterusnya, murid diminta melanjutkan pemahaman konsep mereka dengan melakukan tugasan tambahan yang dicipta oleh mereka sendiri. e. Penutup Murid mendengar pelan pembelajaran individu dan kumpulan, seterusnya menetapkan kriteria asas untuk berjaya. MoLIB Numerasi | Topik 2 21
Cambahan Minda Proses PdPBT-n perlu diubahsuai daripada cadangan aliran proses PdPBT yang dikemukakan oleh Tomlinson. Bincangkan. Latihan Sejauh manakah aliran proses PdPBT yang diperkenalkan oleh Tomlinson dapat diadaptasikan dalam kelas matematik sekolah rendah? Rujukan Tomlinson, C. A. (2001). How to differentiate instruction in mixed-ability classrooms. USA: ASCD. Tomlinson, C. A., & McTighe, J. (2006). Integrating differentiated instruction & understanding by design: Connecting content and kids. USA: ASCD. Tomlinson, C. A., & Imbeau, M.B. (2010). Leading and Managing A Differentiated Classroom. USA: ASCD. Tomlinson, C.A., & Moon, T.R. (2013). Assessment and Student Success in a Differentiated Classroom. USA: ASCD. MoLIB Numerasi | Topik 2 22
PELAKSANAAN LATIHAN JURULATIH UTAMA 2PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERFOKUS DAN TERBEZA A (15 minit) Ciri-ciri Pengajaran dan Pembelajaran Terbeza - Menyenaraikan ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan - Pembelajaran bermakna - Kepelbagaian aktiviti - Kumpulan fleksibel - Tugasan pelbagai - Guru proaktif - Bersifat kualitatif - Pentaksiran berterusan - Pendekatan pelbagai Isi Kandungan - Aktiviti Team WordWeb - Aktiviti Think-PairShare Aktiviti / Strategi Soalan-soalan dalam aplikasi Kahoot. Bahan TOPIK 2 Pendekatan PdPBT-n 1 JAM B (30 minit) Proses Pengajaran dan Pembelajaran Terbeza - Sembilan langkah PdP terbeza yang dicadangkan oleh Tomlinson disenaraikan di belakang kad - Imej aliran sungai diberikan kepada setiap kumpulan - Aktiviti Showdown - Aktiviti Kinesthetic Symbols Sembilan keping kad yang bertulis aktiviti PdP Carta aliran sungai Tomlinson C (15 minit) Pengajaran dan Pembelajaran Berfokus dan Terbeza Numerasi - Langkah-langkah RPH yang bersesuaian dengan model PdP Tomlinson - Aktiviti Think-PairShare Rajah daripada bahagian (ii) digunakan bagi menghasilkan RPH seharian. MoLIB Numerasi | Topik 2 23
PEMETAAN ANTARA DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN MATEMATIK DAN 3 BAHAN PdPBT-n 3.1 Pengenalan. 3.2 Merungkai DSKP melalui pemetaan. 3.3 Aktiviti Minds-on terhadap DSKP dan bahan PdPBT-n. 2 JAM Objektif Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat: i. menerangkan DSKP Matematik Tahun 2 dan Tahun 3 ii. merungkai DSKP melalui pemetaan iii.mencadangkan bahan PdPBT-n yang sesuai untuk menterjemahkan standard pembelajaran 3.1. Pengenalan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu (KPM, 1996) walaupun perkembangan intelek mereka berbeza. Oleh itu, Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah Tahun 2020 (PLaN) di bawah inisiatif PPPM#24, memberi penekanan kepada PdPBT. Ini memberi peluang kepada murid pelbagai aras berfikir secara kreatif dan kritis, menarik minat dan memberi motivasi terhadap pembelajaran mereka melalui aktiviti PdP. PdPBT terdiri daripada tiga elemen iaitu terbeza kandungan, terbeza proses dan terbeza produk. Justeru, pada peringkat awal PdPBT, guru terlebih dahulu perlu menguasai kemahiran melaksanakan pemetaan DSKP terhadap bahan PdPBT-n dan berupaya merungkai DSKP untuk membantu murid menguasai kemahiran dalam pembelajaran matematik. MoLIB Numerasi | Topik 3 24
3.2 Merungkai DSKP Melalui Pemetaan Pembelajaran matematik melalui aktiviti merungkai DSKP dengan tepat, berupaya menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan dengan lebih menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar serta meningkatkan sifat ingin tahu dalam mempelajari sesuatu yang baharu (KPM, 2017). Pengalaman sedemikian juga dapat meningkatkan minat dan menjadi daya penggerak murid mempelajari matematik dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggung jawab dalam kehidupan seharian. Jelasnya, melalui pemetaan dan merungkai DSKP ini, profesionalisme keguruan dapat ditingkatkan dan murid pula dapat dibekalkan dengan kemahiran berfikir bagi menghadapi cabaran semasa melaksanakan PdPBT-n. Pemetaan DSKP terhadap bahan PdPBT-n membantu guru untuk lebih memahami apa yang perlu diajar dalam kelas dengan mengeluarkan standard kandungan dan standard pembelajaran sejajar dengan bahan PdPBT-n. Jadual 1 menunjukkan pemetaan dan rungkaian DSKP dalam PdPBT-n MoLIB Numerasi | Topik 3 25
Jadual 1: Pemetaan dan Rungkai DSKP Ruangan ‘Catatan’ adalah cadangan aktiviti dan bahan PdP.yang relevan dengan standard pembelajaran. Namun demikian, guru boleh mencadangkan aktiviti dan bahan lain sebagai alternatif untuk mencapai matlamat PdPBT-n dalam DSKP. Kandungan: Mengelaskan bentuk 3D Melukis bentuk 3D Menyenaraikan bentuk 3D Proses : Menjelaskan objek bentuk 3D ikut ciri Melukis bentuk 3D ikut ciri Menyenaraikan bentuk 3D ikut ciri Produk : Jadual bentuk 3D ikut ciri Objek Bentuk Ciri-ciri Sisi Bucu Permukaan MoLIB Numerasi | Topik 3 26
3.3 Aktiviti Minds-on Terhadap DSKP Dan Bahan PdPBT-n Aktiviti minds-on terhadap DSKP membolehkan guru memeta dan mencadangkan kepelbagaian bahan PdPBT-n yang sesuai bagi merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid. Jadual 2 menunjukkan aktiviti minds-on dalam memetakan DSKP Matematik Tahun 2 terhadap bahan: Jadual 2: Aktiviti minds-on terhadap DSKP dan bahan MoLIB Numerasi | Topik 3 27
Cambahan Minda Ceritakan masalah yang dijangka anda hadapi apabila merungkai DSKP semasa melaksanakan PdPBT-n kelak? Bagaimana anda mengatasi masalah tersebut? Latihan 1. Mengapa pemetaan DSKP terhadap bahan diperlukan sebelum pelaksanaan PdPBT-n? 2. Bagaimanakah anda melihat kepentingan merungkai DSKP untuk membantu meningkatkan potensi murid dalam PdPBT-n? Rujukan Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). DSKP Matematik Tahun 2. Bahagian Perkembangan Kurikulum: Putrajaya. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). DSKP Matematik Tahun 3. Bahagian Perkembangan Kurikulum: Putrajaya. MoLIB Numerasi | Topik 3 28
MoLIB Numerasi | Topik 3 29
MoLIB Numerasi | Topik 3 30
PELAKSANAAN LATIHAN JURULATIH UTAMA 3 PEMETAAN ANTARA DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) MATEMATIK DAN BAHAN PdPBT-n DSKP (30 minit) DSKP Matematik Tahun 2 dan Tahun 3 Pemetaan terhadap DSKP Merungkai DSKP Isi Kandungan - Peserta diberi penerangan tentang isi kandungan DSKP Matematik Tahun 2. dan Tahun 3 secara umum. Peserta berbincang dan bersoal jawab tentang DSKP. - Peserta ditunjukkan bagaimana pemetaan terhadap DSKP dan merungkai penyataan dalam DSKP Matematik Tahun 2 dan Matematik Tahun 3. - Peserta diberi keratan DSKP untuk melaksanakan aktiviti pemetaan dan merungkai. Aktiviti ini dilaksanakan secara Stand-N-Share dan Windows Pane. - Sesi soal jawab. Aktiviti / Strategi Aplikasi Kahoot Power point DSKP Keratan DSKP Bahan TOPIK 3 Pemetaan antara DSKP Matematik dan Bahan PdPBT-n 2 JAM Operasi Asas Tahun 3 (45 minit) Video tajuk Operasi Asas - Peserta ditayangkan Video 1. - Peserta dikehendaki melengkapkan Lampiran 2 yang mengandungi perkaraperkara berikut:- • Tajuk • Standard Kandungan • Standard Pembelajaran • Bahan • Merungkai elemen terbeza PdPBT-n • Cadangan bahan PdPBT-n lain yang sesuai - Peserta mengaplikasikan Round table dan Whiteboard sharing untuk melengkapkan Lampiran 1. - Jawapan peserta dibincangkan bersama. Video 1 https://youtu.be/K rG7QHXoOxM Lampiran 1 Kertas A4 MoLIB Numerasi | Topik 3 31
Ukuran Panjang (45 minit) Video tajuk Ukuran Panjang - Peserta ditayangkan Video 2. - Peserta dikehendaki mengaplikasikan Team Word Web untuk mengeluarkan idea dan melengkapkan Lampiran 2 yang mengandungi perkara-perkara berikut: • Tajuk • Standard Kandungan • Standard Pembelajaran • Bahan • Merungkai elemen terbeza PdPBT-n • Cadangan bahan PdPBT-n lain yang sesuai - Hasilan peserta dinilai dan dibincangkan bersama melalui Gallery walk Video 2 https://youtu.be/0 Nt-cmGfRA Kertas sebak Lampiran 2 MoLIB Numerasi | Topik 3 32
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERFOKUS DAN 4TERBEZA - NUMERASI 4 JAM Objektif Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat: i. menjelaskan kepentingan pembelajaran terbeza ii. menghubung kait pembelajaran terbeza dengan Standard 4 SKPMg2 iii.menggunakan tiga elemen pembelajaran terbeza dalam membina RPH iv.mengadaptasi kerangka pembinaan bahan berfokus dan terbeza kepada RPH 4.1 Pengenalan 4.2 Langkah-langkah Penghasilan Bahan, Penulisan RPH dan Tugasan Murid PdPBT-n MoLIB Numerasi | Topik 4 33
4.1 Pengenalan Pelaksanaan PdPBT-n merupakan suatu intervensi yang dihasilkan untuk guru bagi menyediakan pengajaran berkesan dalam mendepani cabaran murid yang berbeza aras keupayaan. Melalui intervensi ini, guru akan memperoleh kandungan, memproses, membina, menjana idea dan membangunkan bahan pengajaran dan langkah-langkah penilaian. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Matematik menerusi penggubalan DSKP bertunjangkan kepada fikrah matematik sebagai nadi. Fikrah matematik merupakan asas penting kepada pelaksanaan PdP yang berkualiti di dalam bilik darjah. Kualiti kejayaan ini dapat dicapai melalui PdPBT-n. PdPBT-n ini juga menepati tahap kualiti yang termaktub di dalam Standard 4, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Kedua, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM. Tiga elemen PdPBT-n iaitu terbeza kandungan, terbeza proses dan terbeza Produk. Aplikasi PdPBT-n ini dijelmakan melalui penulisan RPH yang disediakan oleh guru matematik. Sebagai panduan dan bimbingan terarah kepada guru matematik, enam tajuk PdPBT-n disediakan dalam MoLIB. Enam tajuk dipilih merangkumi tajuk yang terkandung di dalam DSKP Matematik Tahun 2 dan Tahun 3. Kesemua tajuk dilengkapi dengan templat bahan PdPBT, penulisan RPH guru yang lengkap dan tugasan murid mengikut aras iaitu aras asas, sederhana dan tinggi (bergantung kepada PdP), pengukuhan, pengayaan dan lembaran kerja. Enam tajuk mengikut tahun yang disediakan: Tahun 2: i. Mengenal tanda senggatan minit pada muka jam. ii. Mengukur panjang. iii.Melukis bentuk asas bagi bentuk dua dimensi. Tahun 3: i. Menulis nombor dalam angka dan perkataan. ii. Mengenal pasti pecahan wajar sebagai sebahagian daripada satu kumpulan. iii. Menyelesaikan ayat matematik tambah melibatkan dua nilai wang dan hasil tambahnya hingga RM10 000. MoLIB Numerasi | Topik 4 34
4.2 Langkah-langkah Penghasilan Bahan, Penulisan RPH dan Tugasan Murid PdPBT-n 4.3.1 Langkah-langkah menghasilkan RPH PdPBT-n DSKP Kerangka PdPBT-n RPH PdPBT-n Tugasan Murid Bahan PdPBT-n - Aktiviti Murid - Lembaran Kerja - Mengikut Aras - Pengukuhan - Pengayaan i ii iii iv 1 2 3 4 5 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) merupakan rujukan utama dalam membentuk bahan PdPBT-n. Melalui kerangka, bahan pengajaran dan pembelajaran berfokus dan terbeza numerasi dibangunkan. Penghasilan bahan PdPBT-n harus mengambil kira kepelbagaian kecerdasan aras murid (kebiasaannya 3 aras atau 2 aras). Elemen yang ada dalam bahan PdPBT-n ini adalah: Pengetahuan Sedia Ada Kecerdasan Pelbagai Pembelajaran Terbeza (Kandungan, Proses dan Produk) Cadangan Penyampaian (Bahan, Cara Penggunaan Bahan dan Aktiviti PdP) Maklumat dari bahan PdPBT-n ini dijelmakan dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH PdPBT-n). 6 RPH yang dirancang memperincikan tugasan murid dalam bentuk lembaran aktiviti kumpulan atau lembaran kerja, pengukuhan dan pengayaan yang mana kesemuanya perlu merujuk kepada profil murid. MoLIB Numerasi | Topik 4 35
Maklumat dari DSKP dipetakan kepada Bahan MoLIB dan RPH CONTOH 1 TAHUN 2 | 6.1.2 Mengukur Panjang i. DSKP menjadi rujukan utama pelaksanaan PdP Matematik Maklumat asas dalam penulisan Rancangan Pengajaran Harian Maklumat asas Dalam Bahan MoLIB MoLIB Numerasi | Topik 4 36
ARAS PEMBELAJARAN TERBEZA CADANGAN KANDUNGAN PROSES PRODUK PENYAMPAIAN 1 Pengetahuan Sedia Ada: Kecerdasan Pelbagai: Bahan: Cara Penggunaan Bahan: Aktiviti PdP: 2 Pengetahuan Sedia Ada: Kecerdasan Pelbagai: Bahan: Cara Penggunaan Bahan: Aktiviti PdP: 3 Pengetahuan Sedia Ada: Kecerdasan Pelbagai: Bahan: Cara Penggunaan Bahan: Aktiviti PdP: Dari catatan Standard Pembelajaran DSKP kepada kandungan dalam kerangka PdPBT-n mengikut aras untuk menghasilkan Pengajaran dan Pembelajaran berfokus dan terbeza. Kerangka PdPBT-n Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran MoLIB Numerasi | Topik 4 37
ii. BAHAN PdPBT-n Contoh Bahan PdPBT-n Dari DSKP MoLIB Numerasi | Topik 4 38
iii. PEMBINAAN RPH PdPBT-n MoLIB Numerasi | Topik 4 39
Lembaran Aktiviti Kumpulan - 3 Aras iv. TUGASAN MURID BAGI PdPBT-n MoLIB Numerasi | Topik 4 40
iv. TUGASAN MURID BAGI PdPBT-n Lembaran Kerja Kumpulan - 3 Aras ARAS 1 MoLIB Numerasi | Topik 4 41
Lembaran Kerja Kumpulan - 3 Aras ARAS 2 MoLIB Numerasi | Topik 4 42