LAPORAN TAHUNAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 1
LAPORAN TAHUNAN 2022 2 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 3 Kata Alu-Aluan Pengarah Maklumat Korporat Memperkasa Agenda Dakwah Pengurusan Pendidikan Yang Holistik Memperkasa Tadbir Urus Institusi Masjid Memperkasa Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Pengukuhan Institusi Keluarga Pemantapan Program Penyelidikan dan Perancangan Strategik Jabatan Memperkasa Pengurusan Organisasi dan Pembangunan Fizikal Isi kandungan JAWI @ Media 4 - 5 7 - 17 18 - 39 40 - 63 64 - 83 84 - 95 96 - 113 114 - 127 128 - 142 144 - 160
LAPORAN TAHUNAN 2022 4 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Kata Alu-Aluan Pengarah DATUK HAJI MOHD AJIB BIN ISMAIL Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 5 Tahun 2022 menyaksikan tekad dan iltizam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhadapan dengan era pasca pandemik Covid-19 dalam usaha memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkatkan. Justeru pelbagai program dirancang meliputi aktiviti dakwah dan kebajikan termasuk memperluaskan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi tujuan pemerkasaan akidah, ibadah dan akhlak untuk melahirkan generasi khaira ummah. Segala inisiatif yang dilaksanakan adalah berteraskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan serta Bajet Berasaskan Outcome (OBB) agar sumber yang tersedia dapat dimanfaatkan bagi mencapai impak yang maksima. JAWI sentiasa berusaha menerapkan elemen kesegaran dan nafas baharu atau rejuvinasi dalam pelaksanaan program dan aktiviti bagi memastikan dasar-dasar kerajaan yang memberikan manfaat kepada rakyat dapat direalisasikan. Beberapa program berimpak tinggi seperti pelancaran Pelan Antirasuah JAWI 2022-2026, aktiviti masjid bertemu asnaf atau Aidilfitri@Dataran Merdeka, bantuan JAWI Food Bank, agihan makanan percuma Dapur It’am, pelepasan abu al-Quran ke laut, serta kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf masjid, surau Jumaat, surau, dan sekolah-sekolah agama di bawah seliaan JAWI diharapkan memenuhi aspirasi masyarakat khususnya umat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan. JAWI akan meneruskan gerak kerja berlandaskan nilai integriti dan itqan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik agar sentiasa menjadi contoh kepada agensi-agensi agama yang lain sekaligus memberikan sokongan yang jitu terhadap hala tuju dan gagasan baharu pihak kerajaan demi kesejahteraan masyarakat. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
LAPORAN TAHUNAN 2022 6 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 7 Maklumat Korporat
LAPORAN TAHUNAN 2022 8 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 1987 JAWI diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selepas KWP dimansuhkan SEJARAH PENUBUHAN 1974 Ditubuhkan dengan nama Urus Setia Majlis untuk melancarkan perjalanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 1978 JAWI diletakkan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) selepas kementerian ini diwujudkan 1984 Pewujudan JAWI 1 Cawangan Labuan 2 3 4
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 9 2001 2018 2016 Pewujudan JAWI Cawangan Putrajaya JAWI diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan ditubuhkan secara berasingan dengan JAWI 5 6 7 MENARA KEUSAHAWANAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 10 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN J W I A JIWA JUARA Sentiasa responsif, kreatif, inovatif, proaktif, progresif, dan berkeperibadian mulia WIBAWA Mempunyai kompetensi dan kepakaran dalam penyampaian perkhidmatan INSANIAH Penyampaian perkhidmatan kepada seluruh masyarakat awam secara inklusif dan berintegriti AKAUNTABILITI Penyampaian perkhidmatan dengan amanah, telus dan sentiasa bersesuaian dengan keperluan semasa Sentiasa Dicontohi MOTO Peneraju Pengurusan Hal Ehwal Islam Secara Komprehensif Ke Arah Kesejahteraan Ummah VISI MISI Memperkasakan Pengurusan Hal Ehwal Islam Secara Efisien Dan Efektif Berteraskan Maqasid Syariah Untuk Kesejahteraan Ummah NILAI BERSAMA
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 11 LOGO JAWI KOD LOGO Sentiasa Dicontohi Bentuk seperti kitab yang tidak berbucu bermaksud kebolehan JAWI untuk beradaptasi dengan zaman dan masyarakat. Adaptasi ini meliputi tiga kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Pendukung kepada aspirasi ini menerusi penerapan ilmu dan amalan Al-Quran dan Al-Hadis yang menjadi petunjuk sepanjang zaman dan generasi. Tiga bentuk Kitab yang menadah ke atas simbolik doa dan tiga negeri. Lima bentuk bulat kecil simbolik masyarakat dan generasi terbilang dan ia mewakili kepada Rukun Islam. Corak: Melengkung yang meliputi logo simbolik kepada kuasa dan penguatkuasaan. Garis lengkung corak disatukan dengan simbol genggaman lima jari bermaksud keteguhan JAWI Anak Bintang Lima: Simbolik Rukun Islam dan kedudukan tertinggi Islam di Malaysia. WARNA Kuning : Islam di bawah bidang kuasa Diraja dan ketelusan pengurusan Biru Tua : Kematangan dan Keteguhan Organisasi JAWI Merah : Keberanian, Ketegasan dan Toleransi Putih : Keluhuran dan Kesucian Niat “JAWI” tulisan rumi berwarna merah bermaksud organisasi yang sentiasa berani, tegas dan dihormati. “SENTIASA DICONTOHI” Kedudukan di tepi bucu sebagai keperluan menjaga akhlak dan pelengkap kepada keseluruhan iman di samping JAWI bergerak sebagai organisasi ikutan dan sentiasa berada di hadapan bergerak bersama-sama organisasi yang lain. JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Kedudukan di dalam bentuk lembaran bermaksud kekuatan dan keteguhan JAWI sebagai organisasi Islam yang utama. BENTUK SIMBOL COGAN KATA
LAPORAN TAHUNAN 2022 12 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN LAGU KORPORAT JAWI SENTIASA DICONTOHI Menjulang Tinggi Amanah Agama Menyuluh Jalan Hidup Bahagia Bersatu Hati Dengan Tekad Suci Memimpin Ummah ke Gerbang Jaya Al-Quran dan Sunnah Jadi Panduan Merintis Ummah Hidup Harmoni Akhlak Yang Mulia Jadi Pedoman Pemangkin Hidup Muslim Sejati Membela Ummah Agar Tidak Mundur Teknologi Baru Sentiasa Disalur Ikhlas Berbakti Membentuk Peribadi Menabur Jasa Bantu Pertiwi Membangun Hidup Yang Berkualiti Di Semua Segi Rohani Jasmani Berpadu Ilmu Amal dan Bakti Bangun Menegakkan Syiar Islam Bulatkan Semangat Teruskan Khidmat JAWI Cemerlang Menyahut Seruan JAWI Gemilang Jana Kemajuan JAWI terbilang Sentiasa Dicontohi
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 13 Pengurusan Tertinggi
LAPORAN TAHUNAN 2022 14 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 15 Pengurusan Tertinggi MOHD FADZIL BIN ABU KASIM Timbalan Pengarah (Operasi) DATUK HAJI MOHD AJIB BIN ISMAIL Pengarah RASHINAH BINTI ABDUL HAMID Timbalan Pengarah (Pengurusan)
LAPORAN TAHUNAN 2022 16 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN RABIHAH BINTI IBRAHIM Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga KHARUNNA’IM BIN RAMLI Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid SITI RAZMAH BINTI IDRIS Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelajaran KHATIJAH BINTI ABDUL RAHMAN Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah MASTUYAH BINTI SAHARI Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan NURUL SYAHMI BINTI MOHD RAMLI Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 17 ROZIMI BIN ZAMRI Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan KARTINI BINTI AHMAD Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan MOHD SUKRI BIN ABD GHANI Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Cawangan Putrajaya AZMAL AZRI BIN ABDUL AZIZ Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan SHARIDAH BINTI ZAINAL ABIDIN Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Cawangan Labuan CHE NUR HIDAYAH BINTI CHE MARZUKHI Ketua Unit Integriti
LAPORAN TAHUNAN 2022 18 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 19 Memperkasa Agenda Dakwah Dakwah secara holistik yang memfokuskan aspek kebajikan dan penyampaian ilmu menjadi keutamaan dalam semua program yang dilaksanakan agar segenap lapisan masyarakat dapat menghayati maksud sebenar keindahan ajaran Islam.
LAPORAN TAHUNAN 2022 20 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah hadir menyempurnakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan pada 12 Oktober 2022 bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan. Penerima Anugerah Tokoh Utama Maulidur Rasul bagi tahun 1443H dianugerahkan kepada YBhg. Tan Sri Alimuddin bin Haji Mohd Dom, Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang juga merupakan mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Penganugerahan tersebut dibuat sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti dan sumbangan yang amat signifikan dalam memartabatkan syiar Islam dan pendidikan Islam di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan. Anugerah Khas Individu diberikan kepada Encik Arbaani bin Talib pekerja am pembersihan syarikat pengurusan alam sekitar, Alam Flora Sdn. Bhd. Dedikasi dan komitmen tinggi yang ditunjukkan beliau sepanjang menjalankan tugas yang tidak banyak diceburi atau dianggap remeh atau kotor oleh sebilangan masyarakat menjadi asas pemilihan anugerah tersebut. MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN 1444H/2022M
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 21 Anugerah Khas Kategori Organisasi pula diberikan kepada Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar Kuala Lumpur (Kategori Masjid), Surau Putra Al-Amin Putrajaya (Kategori Surau/Surau Jumaat), Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha Labuan (Kategori Sekolah Menengah Kebangsaan), Sekolah Rendah Agama Salahuddin Al-Ayubi Kuala Lumpur (Kategori Sekolah Rendah Agama), dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kuala Lumpur (Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan dimeriahkan lagi dengan aktiviti perarakan kontinjen yang disertai oleh 22 buah kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta sekitar Wilayah Persekutuan dengan jumlah penyertaan sekitar 660 orang. Suasana tersebut mengembalikan nostalgia acara sambutan sebelum pandemik Covid-19 melanda negara dengan aktiviti berselawat beramai-ramai ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW. Selain itu, majlis turut diserikan dengan acara Persembahan Nasyid dan Pantomim oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ). Turut hadir Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI. SEMINAR SIFAR HIV Seramai 30 orang peserta remaja dalam kalangan ahli kariah Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq (MSABA) telah menghadiri Seminar HIV pada 25 September 2022. Program tersebut bertujuan memberikan pendedahan tentang bahaya Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan sebagai usaha mempergiatkan penerapan nilai Islam kepada golongan remaja agar dapat menghayati akhlak Islam dalam kehidupan seharian.
LAPORAN TAHUNAN 2022 22 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 1444H JAWI dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan pelbagai rakan strategik telah menganjurkan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1444H/2022M pada 2 Ogos 2022 di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Majlis disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar Pengerusi MAIWP, dan YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib Ismail Pengarah JAWI. Acara bermula jam 8.00 pagi dengan Persembahan Khas Ma‘al Hijrah yang disampaikan oleh murid-murid dari Sekolah Rendah Agama (SRA) Al- Furqan, Putrajaya, Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 serta kumpulan Buskers Penguatkuasaan JAWI. Antara pengisian utama majlis ialah Bual Bicara Khas Ma‘al Hijrah yang disampaikan oleh tokoh pendakwah terkemuka tanah air iaitu Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail dari Universiti Malaya. Kedua-dua ahli panel telah mengupas topik menarik bertemakan ”Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”, yang dimoderatorkan oleh Ustaz Mohd Hariri bin Mohamad Daud dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 23 Majlis tersebut diadakan bertujuan memperingati dan mengambil iktibar dari peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW supaya dapat diamalkan dalam kehidupan. Selain itu, majlis tersebut juga diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada individu yang telah memberikan sumbangan signifikan kepada pembangunan dan kesejahteraan ummah khususnya di Wilayah Persekutuan. Tema Ma’al Hijrah tahun ini iaitu “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran” perlu diterjemahkan melalui sifat pengorbanan, persaudaraan dan perpaduan yang ditunjukkan dalam peristiwa hijrah bagi membangunkan masyarakat melalui nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran. Umat Islam perlu menjauhi segala perkara yang boleh merosakkan keharmonian hidup beragama dan bermasyarakat serta menjauhi persengketaan yang memecahbelahkan. Tokoh Utama Ma’al Hijrah telah dianugerahkan kepada Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, merupakan mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2007-2011). Beliau masih bergiat aktif dalam pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan aktiviti kesukarelawanan di dalam dan luar negara, kini merupakan Timbalan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Empat lagi Penerima Anugerah Khas Ma’al Hijrah ialah Dato’ Profesor Dr. Mohd Yakub@ Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff (Kategori Tokoh Ilmuan) merupakan Ketua Pusat Penyelidikan Al-Quran, Universiti Malaya, pakar dalam bidang Tafsir al-Quran yang telah mengasaskan penubuhan Institut Pengajian al-Quran (IPaQ) serta memperkenalkan kaedah ekspres membaca al-Quran dengan teknik ABAHATA; Tan Sri Dato’ Azman Hashim (Kategori Tokoh Korporat), merupakan bekas Pengerusi AmBank Group dan Pengerusi beberapa badan lain seperti The Asian Institute Of Chartered Bankers, Asian Banking School Sdn Bhd, Financial Industry Collective Outreach (Finco), Malaysia South-South Corporation Bhd dan MalaysiaJapan Economic Association; Encik Shah Kirit Kalkulal Govindji atau lebih dikenali dengan panggilan Bro Shah Kirit (Tokoh Pendakwah Mualaf) merupakan Presiden Global Unity Network atau UNITY iaitu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang aktif mempromosikan idea ‘Perpaduan Melalui Pengetahuan’ serta menganjurkan pelbagai kursus dakwah bagi melahirkan ramai lagi pendakwah yang proaktif Tuan Haji Mingu bin Matnoh (Kategori Tokoh Imam) pula merupakan Imam di Masjid Kg. Sungai Bedaun Labuan merangkap Timbalan Pengerusi masjid tersebut serta terlibat dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan seperti guru al-Quran, tarannum dan petugas pengurusan jenazah.
LAPORAN TAHUNAN 2022 24 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 1444H/2022M Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1444H/2022M dianjurkan pada 15-17 November 2022 bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah kepada para peserta disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM. Johan Qari dan Qariah telah dianugerahkan kepada Encik Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad dan Puan Noorul Hasliza binti Haji Ahmad manakala bagi Johan Hafazan Kategori 1-30 Juzuk dimenangi oleh Muhammad Amzar Muzakkir bin Md Lela dan Athirah Salihah binti Al-Azmi.
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 25 ANGGOTA PERUBATAN HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM) DIDEDAHKAN DENGAN ILMU PENGURUSAN IBADAH PESAKIT Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM), Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan dan Masjid Al-Najihin Bandar Sri Permaisuri telah menganjurkan Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit pada 27 September 2022 di Auditorium ASSC HCTM. Kursus yang melibatkan penyertaan anggota perubatan HCTM bertujuan untuk memberikan kefahaman dan kemahiran kepada anggota perubatan bagi mendidik para pesakit berkaitan tata cara dan kaedah paling sesuai bagi melaksanakan ibadah bersuci dan solat ketika sakit. Penceramah jemputan, Ustaz Mohamad Faiz bin Sapiee, Naqib Masjid Al-Najihin Bandar Sri Permaisuri telah diundang bagi menyampaikan ceramah bertajuk “Adab-Adab Ziarah Pesakit dan Panduan Amalan Ketika Sakit”. Manakala, ceramah kedua bertajuk “Panduan Bersuci, Berwudhuk, Tayammum dan Solat Bagi Pesakit” telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Shazni bin Abdullah dari Pusat Islam, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
LAPORAN TAHUNAN 2022 26 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN PROGRAM ‘MASIH ADA YANG SAYANG’ BERSAMA PUSPEN SUNGAI BESI Program “Masih Ada Yang Sayang” diadakan pada 16 Jun 2023 di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi, Kuala Lumpur bagi menyantuni para pelatih di rumah perlindungan tersebut dengan memberikan pengisian kerohanian dan motivasi serta ilmu fardhu kifayah berkaitan pengurusan jenazah. Antara pengisian program adalah ceramah motivasi yang disampaikan oleh Imam Muda Ammar dan ceramah teori pengurusan jenazah yang disampaikan oleh Ustaz Abd Fatah dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Sesi praktikal pengurusan jenazah pula telah dibimbing oleh pegawai dan kakitangan JAWI sendiri.
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 27 JAWI KONGSI ILMU PENGURUSAN JENAZAH BERSAMA MASYARAKAT Sepanjang tahun 2022, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan 24 siri Kursus Pengurusan Jenazah di sekitar Wilayah Persekutuan yang melibatkan sekolah, hospital dan masjid di sekitar Wilayah Persekutuan. Program tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat berkaitan pengurusan jenazah secara praktikal meliputi tatacara mandi, kafan, solat jenazah dan pengebumian.
LAPORAN TAHUNAN 2022 28 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN JAWI SANTUNI GOLONGAN ASNAF WANITA SEKITAR KARIAH MASJID AR-RAHIMAH, KAMPUNG PANDAN Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dengan kerjasama Masjid Ar-Rahimah Kg. Pandan telah menzahirkan keprihatinan terhadap golongan asnaf wanita pada 16 Julai 2022. Seramai 40 orang asnaf wanita telah menerima sumbangan berupa barang keperluan asas yang disampaikan oleh YBrs. Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah. Turut menerima sumbangan ialah ahli kariah yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2021. Program juga diisi dengan Kuliah Dhuha bertajuk “Wanita Madrasah Ummah” yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Abdullah bin Hashim.
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 29 BICARA SANTAI BERSAMA RAKAN JALANAN Program Bicara Santai Dakwah Bil Hal Bersama Rakan Jalanan telah dilaksanakan pada 13 September 2022 di perkarangan Warung Makan Sahabat, Chow Kit. Pengisian utama program tersebut ialah Kuliah Dhuha bertajuk “Ibrah Di Sebalik Kehidupan Jalanan” yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Khairul Azman bin Md Daud, dari Yayasan Amal Malaysia. Objektif penganjuran program berkenaan adalah untuk merapatkan jurang antara komuniti terpinggir dengan masyarakat serta memantapkan jati diri peserta agar dapat melakukan perubahan ke arah yang lebih baik dalam kehidupan. Sekitar 30 orang peserta yang terdiri daripada gelandangan di sekitar Chow Kit telah menyertai program tersebut manakala makanan percuma diagihkan kepada para peserta sejurus program berakhir. PROGRAM RIYADHUL ILMI BERSAMA PULAPOL Program Riyadhul Ilmi telah diadakan pada 11 Oktober 2022 yang dihadiri oleh 200 orang peserta dalam kalangan pelatih di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak. Program anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Wilayah Persekutuan diadakan bertujuan memberikan kefahaman dan memantapkan pengetahuan peserta dalam ibadah seharian. Sesi ceramah bertajuk “Solat Siddatul Khauf” telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Noor bin Mohamad.
LAPORAN TAHUNAN 2022 30 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN BERSAMA OKU PENGLIHATAN Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam (PERTIS), Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan QSR Brand telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadan OKU Penglihatan pada 24 April 2022. Seramai 100 orang peserta dalam kalangan asnaf OKU juga menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian. Program yang berlangsung di Surau Kompleks MAB, Pusat Latihan Gurney Kuala Lumpur diisi dengan aktiviti Qiamullail, Kuliah Subuh, Majlis Khatam al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa. Inisiatif tersebut bertujuan memberikan sokongan moral dan material serta pengisian kerohanian kepada para peserta selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia Seramai 31 orang pelajar Sekolah Tunas Bakti telah menghadiri Program ‘Remaja First Class’ yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadhil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI. Program anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diadakan pada 21 September 2022 sebagai salah satu inisiatif bagi mempergiatkan agenda penerapan nilai Islam kepada golongan remaja agar tidak ketinggalan dalam memahami serta menghayati prinsip akhlak dalam kehidupan seharian. PROGRAM ‘REMAJA FIRST CLASS’
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 31 YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menyempurnakan perasmian Program Seminar Ambang Ramadan pada 29 Mac 2022 bertempat di Dewan Damar Minyak, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Program kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil JAWI, JAWI Food Bank dan PUSPANITA JPSM tersebut dianjurkan bertujuan memberikan kefahaman berkaitan ibadah puasa, amalan-amalan sunat yang dituntut serta isu-isu kontemporari berkaitan puasa. SEMINAR AMBANG RAMADAN ZIARAH MAHABBAH SANTUNI KOMUNITI Sempena sambutan Ma’al Hijrah 1444H, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dengan kerjasama Surau Al-Falah, PPR Hiliran Ampang, Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Ziarah Mahabbah Santuni Komuniti pada 6 Julai 2022. Selain penyampaian sumbangan kepada 50 orang golongan asnaf, majlis juga dimanfaatkan dengan pengisian ceramah bertajuk “Memaknai Hijrah di Awal Muharram” yang disampaikan oleh Ustaz Yahya Mahyuddin bin Utoh Said, Naqib Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
LAPORAN TAHUNAN 2022 32 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Bahagian Pengurusan Dakwah dengan Kerjasama Bahagian Pembangunan & Koordinasi Strategik, Skim Insuran Pekerjaan PERKESO telah menganjurkan Taklimat Peluang Pekerjaan Kepada MualafMualaf Wilayah Persekutuan pada 6 Januari 2022. Taklimat tersebut bertujuan menyediakan peluang kerjaya kepada mualaf serta memberikan pendedahan berkaitan perniagaan kendiri, kaedah penjanaan kewangan diri dan keluarga serta membantu meningkatkan taraf ekonomi. Seramai 80 orang mualaf telah mendaftar dan menyertai sesi taklimat yang disampaikan oleh YBrs. Encik Rahmat bin Ismail, Ketua Bahagian Pembangunan & Koordinasi Strategik PERKESO. Sesi temuduga telah diadakan kepada para peserta yang telah mendaftar sejurus selesai taklimat. Antara syarikat yang terlibat ialah Mcdonald Malaysia Sdn Bhd, Restoran Mohd Chan dan Merpati Food Trading Sdn Bhd. PROGRAM ‘LELAKI QAWWAM LELAKI IDAMAN’ YBrs. Puan Suraiti Binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah hadir bagi menyempurnakan perasmian Program ‘Lelaki Qawwam Lelaki Idaman’ anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dengan kerjasama Masjid Zaid Bin Thabit, Kuala Lumpur. Seramai 50 orang peserta menghadiri program yang diadakan pada 21 Ogos 2022 bertempat di Masjid Zaid bin Thabit, Kuala Lumpur bertujuan untuk mengukuhkan pemerkasaan tanggungjawab dan peranan lelaki sebagai pemimpin, pelindung serta pembela keluarga dan masyarakat. TAKLIMAT PELUANG KERJAYA KEPADA MUALAF
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 33 JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Kursus TikTok For Beginner pada 16 dan 17 Ogos 2022 secara dalam talian melibatkan 47 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAWI. Kursus tersebut dikendalikan oleh penceramah undangan yang merupakan seorang Guru TikTok iaitu Puan Fatin Nabielah binti Saifuddin. Program tersebut bertujuan menambahkan pengetahuan dalam menghasilkan kandungan yang menarik agar dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat mengenai inisiatif jabatan melalui platform media sosial. KURSUS TIKTOK FOR BEGINNER Program Jalinan Ukhuwah Mualaf Tahun 2022 telah diadakan pada 18 Mei 2022 bertempat di Dewan Sheikh Daud al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Antara pengisian program ialah ceramah bertajuk “Kemenangan Dirai Bersama” yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Azhar bin Yahya dari Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) dan sesi bual bicara santai yang dikendalikan oleh YBrs. Ustaz Nazri bin Mustakim dari Masjid Negara. Tujuan utama program tersebut diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwah serta memberikan ruang kepada para peserta untuk mengemukakan persoalan berkaitan agama Islam. PROGRAM JALINAN UKHUWAH MUALAF
LAPORAN TAHUNAN 2022 34 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KURSUS INTENSIF FARDU AIN (KIFA) MUALAF PERINGKAT ASAS Sepanjang tahun 2022 sebanyak 12 siri Kursus Intensif Fardu Ain (KIFA) telah dianjurkan bertempat di Kompleks Darul Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur. Fokus utama kursus tersebut adalah untuk menyampaikan bimbingan penerapan asas fardhu ain dan amali solat agar para mualaf mampu menguasai cara berwuduk dan solat dalam tempoh yang singkat. Kursus berkenaan dikendalikan secara teori dan praktikal bagi memudahkan kefahaman dan menarik minat para mualaf mendalami ilmu asas fardhu ain. Kembara Kasih Mualaf 2022 diadakan di Kampung Orang Asli, Sg. Kelang, Raub, Pahang pada 9 hingga 10 Oktober 2022 bertujuan memberikan peluang kepada para mualaf untuk menimba ilmu dan pengalaman berdakwah di lapangan. Pelbagai aktiviti dilaksanakan bersama penduduk setempat seperti Klinik Tahsin surah al-Fatihah, acara sukaneka kanak-kanak serta dewasa dan pertandingan persahabatan bola sepak. Program sembang santai turut diadakan diiringi aktiviti cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah menarik seperti barangan elektrik, barangan permainan kanak-kanak, peralatan memasak dan basikal untuk penduduk kampung yang bertuah. Peserta kembara juga melaksanakan misi ziarah dari rumah ke rumah dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas serta beramah mesra bagi merapatkan ukhuwah. Seramai 125 orang ketua isi rumah telah diziarahi manakala 410 orang penduduk menerima manfaat dari aktiviti ziarah tersebut. Simbolik perasmian program disempurnakan dengan penyerahan cek sumbangan dan tiga buah basikal sebagai tanda kenang-kenangan untuk kegunaan penduduk kampung. Kembara Kasih Mualaf 2022 juga menerima sokongan dari rakan-rakan strategik JAWI iaitu QSR Brands, Gardenia, Nestle dan JAWI Food Bank. KEMBARA IBADAH MENCARI IBRAH - MUALAF BERSAMA SANTUNI DAKWAH MASYARAKAT ORANG ASLI
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 35 MAJLIS APRESIASI KELAS PENGAJIAN MUALAF Majlis Apresiasi Kelas Pengajian Mualaf dianjurkan di Dewan Saidina Abu Bakar Kompleks Darul Hidayah pada 21 Jun 2023. Seramai 52 orang pelajar mualaf sesi pengajian Julai 2020 dan sesi Januari 2021 diraikan setelah tamat tempoh pengajian selama setahun setengah di Kompleks Darul Hidayah. Turut diraikan pelajar cemerlang bagi peperiksaan sesi Julai 2021 dan Januari 2022. Penganjuran majlis tersebut bertujuan meraikan dan menghargai para mualaf yang cemerlang serta menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi sepanjang tempoh pengajian. Selain meraikan para pelajar, ceramah agama turut disampaikan oleh Ustaz Naim bin Saadon, Juara Da’i Muda YADIM bertajuk “Indahnya Hidup Bersyariat”. JAWI Cawangan Labuan juga telah menganjurkan program yang sama pada 2 November 2022, bertempat di Bilik Seminar Rafflesia, Ujana Kewangan Wilayah Persekutuan Labuan. Penganjuran majlis tersebut bertujuan .memberi penghargaan kepada 70 orang pelajar Kelas Pengajian Mualaf yang cemerlang serta sentiasa menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi sepanjang tempoh pengajian. Majlis disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Mohd Zaki bin Mat Salleh, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pelajaran JAWI Labuan.
LAPORAN TAHUNAN 2022 36 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KELUARGA MUALAF DISANTUNI SEMPENA ZIARAH KASIH RAMADAN Ziarah Kasih Mualaf sempena bulan Ramadan alMubarak dilaksanakan melibatkan 12 buah keluarga mualaf sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada 17 hingga 21 April 2022. Ziarah tersebut bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah serta membantu meringankan beban para mualaf yang mengalami kesempitan hidup. Selain itu, sesi khidmat nasihat akidah dan ibadah turut disampaikan bagi memperkukuhkan jati diri sebagai seorang muslim. Para mualaf juga menerima sumbangan wang tunai, kit barangan keperluan JAWI Food Bank serta Pek Ramadan Kasih Mualaf. CERAMAH PERDANA NUZUL AL-QURAN PUTRAJAYA 1443H/2022M Sempena sambutan Hari Nuzul al-Quran 1443H, JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Surau Al-Mizan Presint 8 dan Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 3, Putrajaya telah mengadakan Ceramah Perdana pada 19 April 2022. Antara pengisian program ialah ceramah bertajuk “Kehebatan Mukjizat Dari Langit” yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani. Sekitar 100 orang jemaah menghadiri program tersebut yang bertujuan memperingati peristiwa penurunan al-Quran sebagai mukjizat agung Nabi Muhammad SAW seterusnya dapat mengamalkan dan menyebarkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran.
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 37 MAJLIS SUMBANGAN RAMADAN DAN AIDILFITRI KEPADA MUALAF Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan Majlis Sumbangan Ramadan dan Aidilfitri Kepada Mualaf Wilayah Persekutuan pada 31 Mac 2021 di Kompleks Darul Hidayah (KDH), Jalan Sentul Kuala Lumpur. Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir Encik Shamsul Akmal Abd Aziz, Timbalan Pengarah Pengurusan JAWI dan Profesor Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan. Sepanjang tahun 2022, JAWI Cawangan Putrajaya telah menyantuni seramai 21 orang mualaf melalui Program Ziarah Mualaf yang dilaksanakan secara ziarah rumah ke rumah di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Program tersebut bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah serta mempamerkan komitmen JAWI dalam menyalurkan sumbangan serta menyantuni sesama muslim. Selain itu, sesi khidmat nasihat akidah dan ibadah turut disampaikan bagi memperkukuhkan jati diri sebagai seorang muslim. ZIARAH MUALAF Majlis tersebut dianjurkan menjelang ketibaan bulan Ramadan 1443H sebagai tanda persaudaraan Islam dan sokongan moral kepada para mualaf khususnya di Wilayah Persekutuan bagi menjalani ibadah puasa terutamanya mereka yang baru pertama kali melalui pengalaman tersebut. Program berkenaan juga bertujuan meringankan bebanan golongan mualaf yang kurang berkemampuan dan sebatang kara seperti terputus hubungan kekeluargaan dan menghadapi cabaran fizikal, emosi, dan kewangan. Seramai 640 orang mualaf menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM162,000.00 yang terdiri daripada penghuni Kompleks Darul Hidayah dan para pelajar tahap asas dan pertengahan serta mualaf yang baru menganut Islam. Selain wang tunai, para mualaf turut menerima sumbangan pek barangan makanan daripada Mcdonald’s dan Bubblebee Sdn. Bhd. Kompleks Darul Hidayah, Jalan Sentul menyediakan pelbagai pengisian sepanjang bulan Ramadan khususnya untuk golongan mualaf seperti tadarus al-Quran, solat tarawih, ceramah dan tazkirah, agihan bubur lambuk dan pelbagai lagi.
LAPORAN TAHUNAN 2022 38 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN PROGRAM KHATAM AL-QURAN PERDANA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Perbadanan Putrajaya, Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 3, Sahabat ‘MyAqsa’, dan Surau Putra Al-Amin, Presint 8 Putrajaya telah menganjurkan Program Khatam al-Quran Perdana pada 27 April 2022. Program yang disertai oleh 100 orang peserta dan 30 kumpulan tadarus al-Quran sekitar Putrajaya bertujuan untuk mengukuhkan aspek penghayatan al-Quran secara berterusan dalam kalangan masyarakat. Tazkirah ringkas turut disampaikan oleh YBrs. Ustaz Gunawan bin Che Abdul Aziz. Pada 28 September 2022, JAWI Cawangan Putrajaya telah menganjurkan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi tahun 1443H dan disiarkan secara langsung menerusi Facebook JAWI. Empat orang hakim telah dilantik dalam bidang masing-masing iaitu YBrs. Dr. Muhammad Lukman Ibrahim (Tarannum), YBrs. Ustaz Mohd Nidzomuddin Ahmad (Suara), YBrs. Tuan Haji Abdul Karim Zakaria (Fasohah), dan YBrs. Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Tajwid). Johan Qari dan Qariah disandang oleh Encik Muhammad Hasriza bin Hassan dan Puan Yuslina binti Mohd Yunos. Objektif penganjuran majlis ini adalah untuk meningkatkan kecintaan masyarakat kepada al-Quran sera menghayati maksudnya untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 39 INFORMASI DAN STATISTIK STATISTIK PENGURUSAN JENAZAH COVID-19 PADA TAHUN 2020 - 2022
LAPORAN TAHUNAN 2022 40 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 41 Pengurusan Pendidikan Yang Holistik Iltizam JAWI adalah untuk menjadikan sistem pendidikan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), Sekolah Rendah Agama (SRA), dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di Wilayah-Wilayah Persekutuan sebagai sebuah sistem yang lengkap dan bersepadu serta menjadi contoh kepada Jabatan Agama Islam NegeriNegeri lain di Malaysia.
LAPORAN TAHUNAN 2022 42 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Program Town Hall Pengurusan Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) Wilayah Persekutuan dikendalikan oleh Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom, Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada 25 November 2022 di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan. Program tersebut dilaksanakan susulan Persidangan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK) Kali ke-57 bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan dasar-dasar semasa Pendidikan Islam serta menjadi platform bagi mendapatkan pandangan dan cadangan penambahbaikan IPS di Wilayah Persekutuan. Perasmian majlis disempurnakan oleh Dr. Yusri bin Mohamad, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mewakili Pengerusi MAIWP di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan. Turut hadir Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI. Sehingga kini sejumlah 80 buah IPIS telah berdaftar dengan JAWI yang terdiri daripada 31 buah Institusi Tahfiz, 5 buah Sekolah Menengah Agama, 1 buah Institusi Pondok, 31 buah Sekolah Rendah Agama dan 12 buah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Pendaftaran tersebut penting demi memastikan kemudahan pembelajaran yang kondusif serta silibus yang ditawarkan selaras dengan pegangan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sekaligus memenuhi keperluan duniawi dan ukhrawi. TOWN HALL PENGURUSAN INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM SWASTA (IPIS)
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 43 Seramai 100 orang pengerusi-pengerusi Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan telah menghadiri Multaqa Pengerusipengerusi KAFA Wilayah Persekutuan pada 16 November 2022. Program tersebut bertujuan memberikan informasi berkaitan dasar dan hala tuju jabatan serta memantapkan tadbir urus KAFA mengikut prosedur yang ditetapkan. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Sesi pembentangan telah disampaikan oleh Puan Salasia binti Isdal, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan, JAKIM bertajuk “Halatuju KAFA dalam Melahirkan Modal Insan Yang Cemerlang” dan Dr. Sa’adi bin Awang, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan, JAKIM dengan tajuk “Taklimat Garis panduan Pelaksanaan KAFA Pra-Tahfiz”. MULTAQA PENGERUSI-PENGERUSI KAFA WILAYAH PERSEKUTUAN Kursus Penyeliaan Berkesan Guru Kelas AlQuran dan Fardhu Ain (KAFA) telah diadakan pada 20 dan 21 Januari 2022 di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Seramai 50 orang guru KAFA yang terpilih dari setiap zon telah menghadiri kursus yang bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan integriti dan etika keguruan. Turut diadakan sesi soal jawab terbuka berkaitan profesionalisme keguruan dan permasalahan lain dalam kalangan guru KAFA. KURSUS PENYELIAAN BERKESAN GURU KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN
LAPORAN TAHUNAN 2022 44 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 Ke Gred DG32 secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) telah diadakan pada 6 Ogos 2022 di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan. Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengarah JAWI, YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail yang merupakan Ketua Perkhidmatan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) JAWI iaitu guruguru di Institusi Pendidikan Islam JAWI seperti Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) dan Sekolah Rendah Agama (SRA). Seramai 369 orang guru yang terdiri daripada 364 orang guru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta 5 orang guru di Labuan lantikan tahun 2008-2013 menerima surat kenaikan pangkat pada majlis tersebut. MAJLIS PENYERAHAN SURAT KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG29 KE GRED 32 Kursus Transformasi Guru Baharu melibatkan guru-guru lantikan baharu DG29, Institut Pendidikan Islam (IPI) JAWI dilaksanakan di SIRAJ Abu Dzar Al Ghifari 7 hingga 9 Oktober 2022. Kursus tersebut melibatkan penyertaan seramai 38 orang peserta bertujuan untuk memantapkan diri dengan pelbagai kemahiran terutamanya dalam aspek pedagogi serta bersedia dan kompeten dalam mengendali dan menangani pelbagai isu di sekolah. Selain itu, guru-guru yang menyertai kursus tersebut berpeluang melengkapkan diri dengan nilai budaya kerja cemerlang sekaligus dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan berkesan. KURSUS TRANSFORMASI GURU BAHARU BAHAGIAN PELAJARAN JAWI
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 45 Sepanjang tahun 2022, program penaziran dan pemantauan ke Institusi Pendidikan Islam (IPI) dan Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) telah dilaksanakan secara berkala melibatkan aktiviti seperti pemantauan persediaan awal persekolahan (PPAP), penaziran penuh IPI JAWI, pencerapan guru, pemantauan pelaksanaan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) dan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Penaziran dan pemantauan tersebut diadakan bagi memastikan tadbir urus IPI dan IPIS dilaksanakan dengan baik, kualiti pengajaran dan pembelajaran mencapai tahap yang cemerlang serta suasana pembelajaran yang kondusif disediakan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan murid terjamin. PENAZIRAN DAN PEMANTAUAN INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM (IPI) DAN INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM SWASTA (IPIS)
LAPORAN TAHUNAN 2022 46 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Bengkel Panduan Sekolah Selamat telah dilaksanakan pada 27 hingga 29 September 2022 di Pusat Latihan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Damansara Damai, Selangor. Antara pengisian bengkel tersebut ialah Pemurnian Buku Peraturan Murid SIRAJ 2023-2028, Tatacara Permohonan Kemasukan Murid SIRAJ ke Sekolah Menengah 2023-2025 dan Pemurnian Manual Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) JAWI. Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai Bahagian Pelajaran JAWI, Guru Besar, GPK (HEM), Guru Disiplin & Guru Kaunseling SIRAJ telah terlibat menyumbangkan idea penambahbaikan, sesi refleksi dan sesi sumbang saran bagi menyiapkan dokumen standard pengurusan yang akan digunakan oleh SIRAJ ke arah tadbir urus HEM yang lebih sistematik. BENGKEL PENYEDIAAN BUKU PANDUAN SEKOLAH SELAMAT Kursus Kejurulatihan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) di bawah kelolaan Unit Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dan Persatuan Alumni Kadet Remaja Sekolah (KARESMA) dilaksanakan di Taman Eco Rimba Chamang, Bentong Pahang pada 30 September 2022 melibatkan seramai 85 orang guru lantikan baharu dari JPWPKL. Penyertaan kali pertama 10 orang guru SIRAJ dalam kursus tersebut dapat memberikan pendedahan kepada guru-guru berkaitan survivaliti, perkhemahan, masakan rimba, teknik ikatan, kawad kaki, doadoa harian dan hafazan wajib dalam kurikulum unit beruniform TKRS untuk diaplikasikan dalam sesi kokurikulum (unit beruniform) di SIRAJ masing-masing. KURSUS KEJURULATIHAN UNIT BERUNIFORM TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 47 Bengkel Pemerkasaan Kemahiran Jurulatih Utama (JU) Pendidikan melibatkan penyertaan guru-guru Institut Pendidikan Islam (IPI) JAWI telah dianjurkan pada 5 hingga 7 Ogos 2022 bertempat di Hotel Seri Malaysia Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel tersebut disertai oleh 20 orang peserta bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penyampaian pembelajaran serta mengoptimumkan penggunaan pelantar pembelajaran digital bagi memperkasakan kemahiran kendiri guru-guru IPI JAWI di dalam bidang teknologi pendidikan. BENGKEL PEMERKASAAN KEMAHIRAN JURULATIH UTAMA (JU) PENDIDIKAN Kursus Pengurusan Profesionalisme Guru SIRAJ, SRA, dan KAFA JAWI Cawangan Putrajaya telah diadakan pada 14 -15 September 2022 di SRA Mahmoodiah, Putrajaya. Kursus yang dihadiri oleh seramai 68 orang peserta bertujuan meningkatkan amalan budaya kerja cemerlang dan memantapkan kompetensi guru ke arah melahirkan kemenjadian murid dalam pelbagai aspek. KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU
LAPORAN TAHUNAN 2022 48 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN JAWI dengan kerjasama Institusi Aminuddin Baki telah melaksanakan Kursus Profesionalisme Pentadbiran Pendidikan Bahagian Pelajaran JAWI pada 18 - 22 Julai 2022 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Kursus berlangsung selama 5 hari 4 malam melibatkan penyertaan 80 orang peserta dalam kalangan penolong pegawai, guru besar, dan guru penolong kanan tadbir. Objektif kursus tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan melalui penguasaan kemahiran pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum, pengurusan kewangan serta memantapkan kemahiran instruksional pemimpin dalam pengurusan organisasi di sekolah. Kursus berkenaan dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman dari Institusi Aminuddin Baki dan penceramah dari JAWI. KURSUS PROFESIONALISME PENTADBIRAN PENDIDIKAN Program Imunisasi Vaksin Covid-19 kanak-kanak (PICKids) di Sekolah Integrasi Rendah Agama (SIRAJ) Abdullah Ibnu Abbas telah dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Kesihatan Lembah Pantai pada 29 Mac 2022 melibatkan penyertaan seramai 130 orang murid. Program berkenaan juga memberikan peluang kepada adik beradik murid terlibat yang tidak bersekolah di SIRAJ untuk turut serta menerima vaksin sebagai sebahagian daripada usaha untuk melawan dan menangani penyebaran Covid-19. PROGRAM IMUNISASI VAKSIN COVID-19 KANAK-KANAK (PICKids)
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 49 Ujian Kelayakan Tahun Satu ke Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) (UK1S) bagi sesi persekolahan 2023 telah diadakan pada 1 Oktober 2022 melibatkan seramai 1,089 orang calon yang diadakan secara serentak di lima buah SIRAJ iaitu SIRAJ Saidina Uthman Ibnu Affan, SIRAJ AlAlusi, SIRAJ Abu Dzar Al-Ghifari, SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas dan SIRAJ Abdullah Ibnu Mas’ud. UK1S dilaksanakan pada setiap tahun bagi pemilihan calon-calon yang berkelayakan untuk kemasukan ke tahun 1 sesi persekolahan SIRAJ. UJIAN KELAYAKAN TAHUN 1 SIRAJ Bengkel Penyediaan Analisa Penilaian Dan Pentaksiran Berkualiti Bagi Institusi (IPI), JAWI diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson pada 14 hingga 16 Oktober 2022 melibatkan seramai 36 orang guru yang terdiri daripada Setiausaha Peperiksaan (SUP) dan Ketua Panitia Mata Pelajaran (KP). Bengkel tersebut diadakan bagi membantu guru SUP dan KP untuk memantau pencapaian murid melalui kaedah analisa yang berkesan dan bersistematik serta menambah baik kualiti pengukuran kemenjadian murid di sekolah masing-masing. Para peserta juga diberikan pendedahan berkaitan menganalisa pencapaian murid, peningkatan mata pelajaran, gred purata, pelan taktikal dan pelan operasi sekolah berdasarkan data peperiksaan. BENGKEL PENYEDIAAN ANALISA PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN BERKUALITI