LAPORAN TAHUNAN 2022 50 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Program Ihtifal Aulad Al-Islami Peringkat Wilayah Persekutuan dianjurkan di Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Saidina Uthman bin Affan Bandar Tun Razak pada 12 November 2022 yang melibatkan penyertaan pelajar-pelajar Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), Sekolah Rendah Agama (SRA), dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di bawah seliaan JAWI. Ihtifal Aulad Al-Islami adalah acara tahunan yang berkonsepkan pertandingan bagi mencungkil bakat murid-murid dalam pelbagai acara menarik seperti Tilawah Al-Quran, Syarahan Bahasa Melayu, Bercerita Kisah Dari Al-Quran, Hafazan, Khutbah, Azan, Seni Khat, Penulisan Jawi, dan Nasyid. Untuk rekod, sehingga kini terdapat 72 SRA, 125 KAFA, dan 5 SIRAJ di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan. Ihtifal Aulad Al-Islami kembali dilaksanakan secara fizikal pada tahun ini bagi menggilap kemahiran insani dan penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan para pelajar melalui kegiatan kokurikulum ke arah misi melahirkan modal insan terbaik untuk masa depan negara. Ihtifal berkenaan disertai seramai 465 orang peserta yang mewakili 8 buah zon di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI. Zon Putrajaya muncul pemenang keseluruhan dan membawa pulang Piala Pusingan. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Puan Hajah Norhayati binti Ab. Wahab, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dan YBrs. Tuan Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). IHTIFAL AULAD AL - ISLAMI PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 51 Bengkel Pengurusan Pentadbiran Pendidikan diadakan secara hibrid melibatkan penyertaan seramai 28 orang guru Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bengkel tersebut dianjurkan pada 28 - 29 Jun 2022 di Dewan Seminar 4 Masjid Negara, Kuala Lumpur bertujuan meningkatkan kefahaman berkenaan intervensi pendidikan dalam transformasi kurikulum Pendidikan Islam di SIRAJ, SRA dan KAFA JAWI, menambah baik amalan pengajaran dan pemudahcaraan melalui Kajian Tindakan, menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran aktif melalui kaedah inovasi pendidikan dan mewujudkan jalinan kerjasama bersama Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Para peserta diberikan bimbingan khusus oleh para penceramah yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang Kajian Tindakan serta Intervensi dan Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu Dr Hairul Faizei bin Lokman dan Puan Norani binti Abd Rahim dari Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Ilmu Khas KPM. BENGKEL PENGURUSAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM (IPI) JAWI
LAPORAN TAHUNAN 2022 52 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN BENGKEL PEMBANGUNAN MANUAL PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI (SIRAJ) DAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) JAWI Bengkel Pembangunan Manual Pengurusan Kurikulum Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) dan (SRA) dianjurkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi pada 3 hingga 7 Disember 2022. Seramai 40 orang peserta terlibat dalam kalangan barisan pentadbir SIRAJ dan SRA yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Setiausaha Kurikulum Sekolah. Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk menentukan dasar dan hala tuju pengurusan kurikulum di sekolah sekaligus menjayakan usaha membangunkan sebuah Manual Pengurusan Kurikulum baharu yang lebih komprehensif dan holistik sebagai panduan dan rujukan kepada semua Institusi Pendidikan Islam JAWI. Bengkel Penyediaan Pentaksiran Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) bagi SIRAJ dan SRA Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dilaksanakan di Erya bySuria Hill Resort, Janda Baik, Pahang pada 26 Oktober 2022 melibatkan penyertaan seramai 22 orang guru dari Institusi Pendidikan Islam (IPI) JAWI. Bengkel tersebut diadakan bagi menyediakan kerangka Modul Pentaksiran Baharu SIRAJ dan SRA JAWI yang sesuai dengan keperluan dan ciri-ciri Pendidikan Islam berasaskan visi dan misi untuk melahirkan anak-anak yang berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa tanpa mengabaikan keperluan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial (JERIS). Bengkel berkenaan juga menjadi medium untuk para peserta dan ahli panel berbincang dan bekerjasama dalam membentuk kerangka pentaksiran bermula dari perkonsepsian, perekabentukan, perealisasian, percubaan dan pelaksanaan. BENGKEL PENYEDIAAN MODUL PENTAKSIRAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH AGAMA (KSRA)
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 53 Majlis pengumuman Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 22 November 2022 di Dewan Masjid Saidina Uthman bin Affan, Bandar Tun Razak oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. 97.8 peratus kelulusan telah direkodkan bagi keseluruhan mata pelajaran UPSRA di Wilayah-Wilayah Persekutuan berbanding 94.3 peratus pada tahun 2021. Seramai 508 orang calon pula berjaya mendapat keputusan 7A dan 542 orang calon mendapat keputusan 6A dalam ujian tersebut. Seramai 8,230 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan UPSRA bagi tahun 2022 yang terdiri daripada 380 orang calon Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), 4,748 orang calon Sekolah Rendah Agama (SRA), 2,714 orang calon Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta 388 orang calon sekolah-sekolah swasta yang berdaftar dengan JAWI. Sejumlah 192 pusat peperiksaan dan 468 orang petugas telah terlibat dalam pelaksanaan ujian tersebut. UPSRA dilaksanakan bertujuan untuk memastikan tahap pembelajaran murid berdasarkan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) dapat dicapai. Ujian tersebut juga menjadi indikator penting untuk mengukur kemenjadian murid dari aspek akademik sekaligus menjadi nilai tambah dalam proses pemilihan murid bagi kemasukan ke sekolah menengah pada setiap tahun. MAJLIS PENGUMUMAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (UPSRA) WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 54 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Sekolah Integrasi Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah (SIRAJ) julung-julung kalinya menyertai Seminar Penyelidikan Tindakan Kebangsaan Kali ke-2 Tahun 2022 (TINDAK2022) anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur pada 12 hingga 13 Disember 2022. SIRAJ diwakili oleh gabungan 30 orang guru dari 5 buah sekolah dengan penghasilan 9 kertas penyelidikan dalam bidang yang berbeza. Penyertaan kali pertama tersebut membuahkan hasil apabila kertas penyelidikan bertajuk Attention Grabber Kit LV2 (A.G.K) For Learning Burnout In English Class hasil kajian Puan Aina binti Jamal, Cik Noorrazzlina binti Razali, Encik Muhammad Dzulhilmi bin Jamal dari SIRAJ Saidina Uthman Bin Affan, Kuala Lumpur dan Encik Mohd. Firdaus bin Jailani dari SIRAJ Abu Dzar Al-Ghifari, Kuala Lumpur berjaya merangkul Johan Keseluruhan Kertas Penyelidikan dan Anugerah Emas TINDAK2022. Kumpulan penyelidik dari SIRAJ juga turut berjaya meraih Anugerah Perak menerusi kajian bertajuk Intervensi “DAOS” di dalam Penyelesaian Masalah Berayat Matematik Tahun 6 hasil kajian Encik Muhammad Firdaus bin Shaharuzaman, Puan Nurmizan binti Zainal Abidin dari SIRAJ Abu Dzar Al-Ghifari, Kuala Lumpur dan Puan Halima binti Mohamed dari SIRAJ Abdullah Ibnu Mas’ud, Putrajaya. Selain itu, 3 kertas penyelidikan daripada 3 pasukan SIRAJ berjaya memperoleh Anugerah Gangsa dan 4 kertas penyelidikan daripada 4 pasukan SIRAJ berjaya meraih Anugerah Penghargaan. BENGKEL PENYEDIAAN MODUL PENTAKSIRAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH AGAMA (KSRA)
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 55
LAPORAN TAHUNAN 2022 56 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 57
LAPORAN TAHUNAN 2022 58 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN PRESTASI UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (UPSRA) Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) telah dilaksanakan pada 4 hingga 7 Oktober 2022. Pada tahun 2022 seramai 8,230 orang calon telah mendaftar untuk menduduki UPSRA. Sebanyak 190 pusat peperiksaan UPSRA telah dibuka di seluruh Wilayah Persekutuan. Kemenjadian murid yang menjadi fokus pelaporan telah diterjemahkan dengan kejayaan murid dalam Mata Pelajaran Tilawah Al-Qur’an mencatatkan kadar lulus yang tertinggi iaitu 99.94% diikuti dengan mata pelajaran lain semuanya mencatatkan pencapaian melebihi 90%. Pencapaian tersebut sekaligus menunjukkan kejayaan pelajar dalam menguasai semua mata pelajaran terutamanya Tilawah AL Quran.
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 59
LAPORAN TAHUNAN 2022 60 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 61 PRESTASI UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) telah dilaksanakan pada 4 hingga 7 Oktober 2022. Pada tahun 2022 seramai 11,480 orang calon telah mendaftar untuk menduduki UPKK. Sebanyak 144 pusat peperiksaan UPKK telah dibuka dan didaftarkan di seluruh Wilayah Persekutuan. Kemenjadian murid yang menjadi fokus pelaporan telah diterjemahkan dengan kejayaan murid dalam Mata Pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) mencatatkan kadar lulus yang tertinggi iaitu 90% diikuti dengan mata pelajaran lain semuanya mencatatkan pencapaian yang baik. Pencapaian tersebut sekaligus menunjukkan kejayaan pelajar dalam menguasai semua mata pelajaran. AMALI SOLAT PENGHAYATAN CARA HIDUP ISLAM BIDANG AL-QURAN ULUM SYARIAH PELAJARAN JAWI SIRAH ADAB LUGHATUL AL-QURAN PERATUS KELULUSAN GRED MENGIKUT MATAPELAJARAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 62 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 63
LAPORAN TAHUNAN 2022 64 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 65 Memperkasa Tadbir Urus Institusi Masjid Melalui pelbagai bentuk program pengimarahan seperti majlis ilmu, bantuan kepada golongan asnaf, dan aktiviti masjid mendekati masyarakat, masjid-masjid di Wilayah-Wilayah Persekutuan mampu merealisasikan matlamat menjadikan institusi tersebut sebagai pusat kegemilangan ummah.
LAPORAN TAHUNAN 2022 66 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Program Aidilfitri@Dataran Merdeka telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada 28 Mei 2022. Program tersebut diinisiatif kan melalui pendekatan mengumpulkan masjid-masjid dan surau Jumaat terpilih sekitar Wilayah Persekutuan bagi menyediakan gerai jamuan masing-masing dalam menyantuni tetamu dan menjamu makanan secara percuma kepada masyarakat dari pelbagai latar belakang kaum, bangsa dan agama. Sebanyak 120 buah masjid dan surau Jumaat telah mengambil bahagian dalam acara tersebut termasuk dari Putrajaya dan Labuan dengan kehadiran pengunjung melebihi 20,000 orang. Program Aidilfitri@Dataran Merdeka berhasrat untuk menjalinkan silaturahim dalam kalangan “Keluarga Malaysia” khususnya masyarakat sekitar Wilayah Persekutuan; Membentuk semangat kerjasama dan persaudaraan dalam kalangan Jawatankuasa Masjid di Wilayah Persekutuan; Menyemai sifat cakna dan prihatin terhadap golongan yang kurang berkemampuan serta memasyarakatkan dan mempromosikan masjid-masjid di Wilayah Persekutuan sebagai pusat penyatuan ummah. PROGRAM AIDILFITRI@DATARAN MERDEKA 2022 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan Program Iftar Perdana Dapur It’am Ramadan pada 21 April 2022 bertempat di Dataran Helipad Taman Tasik Titiwangsa. Seramai 200 orang asnaf di sekitar Wilayah Persekutuan telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Daud bin Bakar, Pengerusi MAIWP. Turut hadir YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. PROGRAM IFTAR PERDANA DAPUR IT’AM RAMADAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 67 JAWI dengan kerjasama QSR Brands, Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Asyik FM dan Jabatan Orang Asli Negeri Perak telah menganjurkan Program Imarah Ramadan Bersama Masyarakat Orang Asli di Pos Kuala Mu, Sungai Siput Perak pada 15 hingga 16 April 2022. Antara pengisian program ialah aktiviti gotong-royong memasak serta agihan sumbangan berupa wang tunai dan 150 pek bakul makanan bernilai RM 30,000 yang disampaikan oleh Pengarah JAWI, YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail. Selain itu, JAWI Cawangan Labuan juga telah menganjurkan Siri Jelajah Ramadan Keluarga Malaysia dengan kerjasama JAWI Food Bank, Jabatan Penyiaran Malaysia Labuan dan QSR Brands di perkampungan air Kampung PatauPatau, Wilayah Persekutuan Labuan pada 23 April 2022. Antara pengisian program ialah penyampaian tazkirah Ramadan oleh YBrs. Tuan Haji Hanafiah bin Andul Razak, imam Masjid Kota Iskandar Johor serta pemberian kit makanan keperluan asas beserta wang tunai yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. SIRI JELAJAH RAMADAN KELUARGA MALAYSIA Program Kursus Peningkatan Profesionalisme Pegawai Masjid Wilayah Persekutuan di Asia Camp Resort, Taman Negara Pahang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Seramai 151 orang Pegawai Masjid yang terdiri daripada Naqib, Imam dan Bilal masjid-masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan telah menghadiri kursus yang diadakan mulai 28 hingga 30 Ogos 2022. KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PEGAWAI MASJID
LAPORAN TAHUNAN 2022 68 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Kunjungan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 21 Mac 2022 telah diketuai oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK. Kunjungan tersebut bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) di bawah pentadbiran JAWI. Sesi lawatan ke TPIRS Taman Selaseh, Gombak, Kuala Lumpur turut diiringi oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. LAWATAN KERJA MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK) KE TANAH PERKUBURAN ISLAM RAUDHATUL SAKINAH (TPIRS) TAMAN SELASEH. Majlis Penyerahan Surat Pendaftaran dan Perasmian Surau Legasi Kampong Bharu, Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI pada 28 Julai 2022. Turut hadir YBhg. Datuk Mohd Khay bin Ibrahim, Pengerusi Masjid Jamek Kampong Bharu dan Encik Mohd Nyzam bin Mohd Yusof mewakili UDA Holdings Berhad. PENYERAHAN SURAT PENDAFTARAN DAN PERASMIAN SURAU LEGASI KAMPONG BHARU
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 69 Mesyuarat Penyelarasan Penaiktarafan Surau Jumaat Baharu Wilayah-Wilayah Persekutuan dilaksanakan di Exim Bank, Kuala Lumpur pada 18 Ogos 2022. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Kharunna’im bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI. Antara Pengerusi-pengerusi surau/madrasah yang terlibat ialah Surau Ibrahimiah (Zon 1), Madrasah Taman Maluri (Zon 3), Surau As-Sakinah Ibu Pejabat Kontinjen IPK Kuala Lumpur (Zon 3), Surau Al-Jamiyyah (Zon 4), Surau Luqmanul Hakim Kem Kementah (Zon 4), Madrasah Ehsaniah (Zon 5) dan Surau Al-Qudus (Zon Putrajaya). MESYUARAT PENYELARASAN PENAIKTARAFAN SURAU JUMAAT BAHARU WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN Seramai 60 orang Guru Takmir dan Imam masjid sekitar Wilayah-Wilayah Persekutuan telah menghadiri Kursus Pengukuhan Profesionalisme Takmir dan Penyampaian Khutbah pada 1 hingga 3 Julai 2022 di Masjid Jamek Layang-Layangan, Wilayah Persekutuan Labuan untuk meningkatkan kompetensi para peserta. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. KURSUS PENGUKUHAN PROFESIONALISME TAKMIR DAN PENYAMPAIAN KHUTBAH
LAPORAN TAHUNAN 2022 70 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Persidangan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat Wilayah-Wilayah Persekutuan dianjurkan di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan pada 13 Jun 2022. Program tersebut menjadi platform kepada para peserta untuk berkongsi maklumat, pandangan dan pengalaman dalam usaha memaksimumkan fungsi dan peranan masjid lebih-lebih lagi dalam Fasa Peralihan ke Endemik. Antara pengisian program adalah perkongsian pengalaman tentang pengurusan masjid terbaik oleh Datuk Haji Abdul Jamal bin DSP Tun Dr. Haji Sakaran, Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan Tuan Haji Mohd Shah bin Hasim, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Al-Rahimah, Kuala Lumpur. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI. Pada majlis yang sama juga, JAWI menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Masjid Hijau bersama Universiti Malaya dalam usaha mengimplementasikan amalan lestari dan inovasi hijau masjid-masjid di Wilayah Persekutuan selaras dengan Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan 2020-2024 serta Pelancaran buletin Al-Mihrab yang diterbitkan secara berkala sebagai wadah menyebarkan pelbagai informasi dan aktiviti pengimarahan masjid dan surau agar lebih ramai ahli kariah dan masyarakat mendapat manfaat dari program yang dianjurkan. PERSIDANGAN PENGERUSI-PENGERUSI JAWATANKUASA KARIAH MASJID DAN SURAU JUMAAT
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 71 Program yang sama juga telah dianjurkan oleh, JAWI Cawangan Labuan pada 24 Jun 2022 di MB Hotel, Tawau, Sabah. Antara pengisian program adalah perkongsian ilmu oleh Ustaz Mohd Amin bin Nasir, Penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan tahun 1443H/2021 serta pembentangan kertas cadangan berkaitan Penubuhan Tabung Pembangunan dan Penyelenggaraan Masjid dan Surau di Wilayah Persekutuan oleh YBrs. Ustaz Wan Yusoff bin Wan Ishak, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI. JAWI dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah Sri Rampai Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Sahur Perdana Dan Santuni Asnaf Ramadan pada 24 April 2022. Seramai 200 orang asnaf di dalam kariah masjid dan kawasan-kawasannya telah disantuni dengan pemberian sumbangan bakul makanan dan wang tunai. PROGRAM SAHUR PERDANA SANTUNI ASNAF RAMADAN 1443H
LAPORAN TAHUNAN 2022 72 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah melaksanakan inisiatif Program Rumah Ibadat Hijau (RIH). Program tersebut bertujuan untuk menjadikan rumah ibadat sebagai pusat pemangkin kelestarian alam sekitar dalam memupuk budaya gaya hidup hijau dalam kalangan masyarakat setempat. Bagi menyahut saranan ini, JPS telah memilih Masjid Zaid bin Haritsah, Gombak, Kuala Lumpur sebagai rumah ibadat angkat JPS. Majlis Penyerahan Kit Rumah Ibadat Hijau Dan Program Kesedaran Mengenai Kepentingan Kelestarian Alam Sekitar telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mansor bin Haji Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) pada 31 Mei 2022 di Masjid Zaid bin Haritsah, Kuala Lumpur. Objektif Rumah Ibadat Hijau juga adalah untuk menjadikan rumah ibadat sebagai contoh bangunan cekap penggunaan tenaga dan air, pengurusan sisa buangan, mesra alam, rendah karbon serta mengaplikasikan teknologi hijau di kawasan setempat. Elemenelemen tersebut diterapkan bagi mencapai sasaran untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam komuniti. Bagi merealisasikan program berkenaani, Kit Rumah Ibadat Hijau yang mengandungi tong kitar semula, pili cekap air, buku panduan dan pelekat peringatan amalan hijau dan wang tunai bagi pembelian barang-barang teknologi hijau telah disumbangkan kepada rumah ibadat angkat terpilih. PENYERAHAN KIT RUMAH IBADAT HIJAU DAN PROGRAM KESEDARAN MENGENAI KEPENTINGAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 73 JAWI dengan kerjasama Aman Palestin Berhad telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barang keperluan asas kepada 200 orang warga Palestin di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 April 2022. Sumbangan Musa’adah Warga Palestin dilaksanakan bermula dari tahun 2021 sebagai lambang ukhuwah Islamiyah dan keprihatinan terhadap kebajikan warga Palestin yang memerlukan. Turut hadir Encik Awang Suffian Awang Piut, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Program disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. SEINDAH RAMADAN DI BUMI MALAYSIA BERSAMA WARGA PALESTIN Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL) dengan kerjasama Persatuan Sahabat MWPKL telah mengadakan Program Jom Kembali Ke Sekolah Sesi 2022, bertempat di Dewan Serbaguna MWPKL bertujuan membantu golongan asnaf dan keluarga yang kurang berkemampuan. YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI telah menyampaikan sumbangan berupa barangan kelengkapan sekolah kepada pelajar-pelajar dari beberapa buah sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, anak-anak dari Persatuan Orang Buta Malaysia dan Persatuan Orang Pekak Islam. PROGRAM JOM KEMBALI KE SEKOLAH
LAPORAN TAHUNAN 2022 74 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL) telah menganjurkan Program Misi Bantuan Mangsa Banjir ke Kampung Bukit Lanchong, Selangor pada 3 Januari 2022. Misi tersebut diketuai oleh Ustaz Jamal Zaidi bin Ismail, Penolong Pengarah Kanan MWPKL bagi menyampaikan sumbangan berupa barangan makanan dan keperluan asas untuk membantu meringankan beban penduduk yang terjejas dengan musibah banjir. PROGRAM MISI BANTUAN MANGSA BANJIR Program Penyerahan Naskah Al-Quran pula telah diadakan pada 13 Jan 2022 di Masjid Hidayatul Muttaqin, Kg. Bukit Lanchong, Shah Alam Selangor . Sebanyak 200 naskhah Al-Quran wakaf daripada Nasyrul Quran telah diserahkan oleh YBrs. Tuan Haji Muhyidin bin Aziz@Saari, Imam Besar MWPKL kepada YBrs. Ustaz Abdul Mayas bin Abdul Hamid untuk kegunaan masjid dan penduduk setempat.
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 75 Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL) telah menerima kunjungan dari Kedutaan Kesatuan Eropah (EU) dalam Program Invitation to Interfaith Visit And Dialogue With Ambassador Of EU Delegation to Malaysia pada 11 Mac 2022. Delegasi diketuai oleh Yang Mulia Michalis Rokas Duta European Union di Malaysia dan 10 anggota termasuk wakil ABIM dan Hidayah Centre Foundation. Taklimat disampaikan oleh Imam Besar MWPKL YBrs. Tuan Haji Muhyidin Bin Aziz@Saari manakala sesi dialog dipengerusikan Oleh Ustaz Tuan Asmawi bin Tuan Umar, Imam Kanan MWPKL. LAWATAN DELEGASI KEDUTAAN KESATUAN EROPAH Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Program Kongsi Rezeki “Bubur Lambuk Drive Thru” secara percuma sepanjang bulan Ramadan di hadapan Medan Selera Jalan Duta. Pihak masjid menyediakan 500 bungkus bubur lambuk setiap hari untuk diagihkan kepada orang ramai secara pandu lalu bertujuan untuk menggalakkan amalan bersedekah dan memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan bubur lambuk. Pengarah JAWI, YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail turut berkesempatan mengedarkan bungkusan bubur lambuk kepada orang ramai di laluan utama pintu masjid pada 8 April 2022 PROGRAM KONGSI REZEKI “ BUBUR LAMBUK DRIVE THRU”
LAPORAN TAHUNAN 2022 76 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Program Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan 1443H/ 2022M telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL) pada 19 April 2022 dengan kehadiran sekitar 500 orang peserta. Antara pengisian program ialah bacaan ayatayat suci Al-Quran oleh Ustaz Anuar Hasin dan Ustaz Abdul Khair Jalil, kupasan tadabbur AlQuran oleh Dr. Muhammad Lukman Ibrahim serta majlis bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Syapol Maarof bin Mohd. Program telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan yang turut menyampaikan sumbangan kepada empat buah Maahad Tahfiz dan dua buah Rumah Anak-Anak Yatim. PROGRAM SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN 1443H / 2022M Masjid Wilayah Persekutuan dan Global Unity Network UNITY telah menganjurkan Program Iftar Harmoni dengan kehadiran tetamu jemputan yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Program tersebut merupakan salah satu inisiatif untuk mengeratkan hubungan serta mewujudkan kefahaman dan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Antara pengisian program ialah Forum Harmoni bertajuk “Fasting From Religious Perspective” yang menampilkan ahli panel iaitu Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, YBrs. Tuan Haji Muhyidin bin Aziz @ Saari, Reverend Jonathan Jesudas, Dr Bala Tharmalingam dan Encik Kon Chee Min. Tetamu jemputan turut dibawa melawat persekitaran masjid dan meninjau aktiviti petugas-petugas masjid yang menguruskan hidangan berbuka puasa untuk para pengunjung. PROGRAM IFTAR HARMONI
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 77 Sepanjang tahun 2022, sebanyak empat siri Program Pengajian Akbar Ulama Nusantara telah diadakan di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan yang dihadiri sekitar 300 orang peserta pada setiap sesi. Sesi Pengajian Kitab Aqidatun Najin telah dibimbing oleh Al-Fadhil Tuan Guru Haji Ghazali bin Ahmad Al-Fathani yang juga dikenali sebagai “Baba Li Sekam”. PROGRAM PENGAJIAN AKBAR ULAMA NUSANTARA Masjid Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Sahabat Masjid, MyCar e-hailing, Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH) serta Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah mengadakan Program Kasih Ramadan pada 25 April 2023. Program tersebut disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI yang turut menyampaikan sumbangan kepada 150 golongan kurang berkemampuan dan asnaf sekitar Kuala Lumpur. Turut hadir Encik Wan Rusli bin Wan Muda, Timbalan Pengerusi Sahabat Masjid. PROGRAM KASIH RAMADAN 1443H
LAPORAN TAHUNAN 2022 78 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Program Penyerahan Sumbangan Bait Al Rizq kepada penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Jalan Pantai Dalam telah diadakan pada 18 Ogos 2022. YBrs. Ustaz Rozimi bin Zamri, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan (MWPKL) telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asas kepada golongan asnaf dan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan. PROGRAM AMAL BAIT AL RIZQ Sebanyak 300 kotak daging sejuk beku dengan purata berat 20 kg setiap kotak telah diagihkan kepada 27 institusi asnaf termasuk masjid dan surau terpilih. Program anjuran Masjid Wilayah Persekutuan (MWPKL) dengan kerjasama Yayasan Kemanusiaan MuslimAid Malaysia tersebut diadakan di perkarangan masjid pada 18 Ogos 2022. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Rozimi bin Zamri, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan. Turut hadir ialah YBrs. Tuan Haji Wan Rusli bin Wan Muda, Pengerusi Yayasan Kemanusiaan MuslimAid Malaysia dan Tuan Haji Rafie Omar, Ahli Lembaga MuslimAid Malaysia. PROGRAM AGIHAN DAGING SEJUK BEKU QURBAN 2022
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 79 Masjid Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Gerik, Perak telah menganjurkan Program Ziarah Dakwah Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Tiang, Royal Belum, Perak pada 1 Oktober 2022. YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kassim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asas kepada 190 buah keluarga di Kampung Sungai Tiang dan Kampung Klewang. Program ziarah dakwah bil-hal tersebut merupakan usaha dakwah berterusan dalam menyebarkan dakwah Islam serta menzahirkan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan khususnya dalam kalangan masyarakat Orang Asli. PROGRAM ZIARAH DAKWAH MASYARAKAT ORANG ASLI ROYAL BELUM Bengkel Modul Silibus Pelajaran Kelas-Kelas Pengajian Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL) telah diadakan pada 16 -18 Disember 2022 bertujuan untuk menyusun, mengemaskini dan menilai semula silibus pelajaran kelas pengajian serta membincangkan langkah-langkah penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti kelas pengajian. Bengkel tersebut disertai oleh pegawai-pegawai masjid dan guru-guru kelas pengajian dewasa dan kanak-kanak yang telah dilantik bagi sesi pengajian tahun 2023. BENGKEL MODUL SILIBUS PELAJARAN KELAS PENGAJIAN 2023
LAPORAN TAHUNAN 2022 80 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Seramai 185 orang peserta kelas pengajian dewasa telah menerima sijil tamat pengajian pada Majlis Konvokesyen Kelas Pengajian Dewasa Sesi 2022 pada 24 November 2022 bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan. Para peserta yang terdiri dari jemaah masjid serta penduduk sekitar telah menghadiri sesi pengajian bermula bulan Februari hingga bulan Oktober 2022. Majlis Konvokesyen telah disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Rozimi bin Zamri, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan. MAJLIS KONVOKESYEN KELAS PENGAJIAN DEWASA SESI 2022 Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Program Pengajian Jilsah Ulama’ Kitab Minhaj Al-Thalibin sebanyak 12 siri sepanjang tahun 2022 yang disertai oleh pelajar-pelajar pondok dan masyarakat awam. Program Pengajian dibimbing oleh barisan tenaga pengajar pakar iaitu Dr. Syed Syarizan bin Syed Mohamed, YBhg. Datuk seri Hassan bin Ahmad, Maulana Ustaz Lutfi bin Muharam dan Maulana Ustaz Ahmad Fuad bin Amran. PROGRAM PENGAJIAN JILSAH ULAMA KITAB MINHAJ AL- THALIBIN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 81 KURSUS MUAZIN MUDA MASJID DAN SURAU-SURAU PUTRAJAYA JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Surau Fathurrahman dan Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya (MPP) telah menganjurkan Kursus Muazin Muda Masjid dan Surau-surau Putrajaya pada 27 Februari 2022 di Surau Fathurrahman, Presint 11 Putrajaya. Kursus tersebut diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat muazin muda sebagai generasi pelapis sekaligus mendekatkan golongan remaja kepada institusi masjid dan surau. Program berkenaan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Shokri bin Shafee, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya (MPP). JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 3 dan surausurau di Presint 8 Putrajaya telah menganjurkan Program Tautan Kasih Komuniti Bersama Surau-Surau Presint 8 Putrajaya pada 15 Mei 2022 di Perkarangan Tapak MPP Sub Zon 3 Putrajaya. Program yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah warga JAWI bersama komuniti setempat yang sentiasa memberikan komitmen dan sokongan terhadap program yang dijalankan oleh JAWI. PROGRAM TAUTAN KASIH KOMUNITI BERSAMA SURAU-SURAU PRESINT 8 PUTRAJAYA
LAPORAN TAHUNAN 2022 82 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN INFORMASI DAN STATISTIK KUALA LUMPUR LABUAN PUTRAJAYA
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 83 STATISTIK TANAH PERKUBURAN ISLAM DI WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2022
LAPORAN TAHUNAN 2022 84 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 85 Memperkasa Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Komitmen JAWI adalah untuk memastikan undangundang sedia ada dikuat kuasakan bagi menegakkan prinsip hisbah dalam kalangan umat Islam. Walau bagaimanapun, pendekatan nasihat dan teguran berhikmah juga dilaksanakan selaras dengan tuntutan amar makruf dan nahi mungkar.
LAPORAN TAHUNAN 2022 86 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Sepanjang tahun 2022, Bahagian Penguatkuasaan, JAWI telah melaksanakan lapan siri Program Penerangan, Pencegahan Dan Kesedaran Undang-Undang Syariah di sekitar Wilayah Persekutuan. Program dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai kepentingan mencegah jenayah Syariah dalam kalangan masyarakat awam. Beberapa aktiviti menarik telah diadakan antaranya pameran, edaran pamflet, ceramah serta sesi soal jawab berkaitan Akta Undang-Undang Keluarga Islam 303 dan Akta Kesalahan Jenayah Syariah mengikut Akta 559. Unit Penguatkuasaan, JAWI Cawangan Putrajaya juga telah mempergiatkan program cegah jenayah melalui kempen-kempen dan aktivitiaktiviti di sekitar Putrajaya. Pada 23 Jun 2022, Program Penerangan Undang-Undang Syariah dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertempat di Dewan Podium, Menara KBS. Seramai 150 orang menyertai program yang bertujuan memberikan pendedahan berkaitan kesalahan jenayah Syariah dalam kalangan masyarakat awam. Program diisi dengan ceramah berkaitan Undang-undang Syariah oleh YBrs. Ustaz Awang bin Mamat dari Bahagian Penguatkuasaan JAWI dan YBrs. Tuan Mohd Ihsan bin Muhamad Daud, Pendaftar Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan. Selain itu, beberapa program mendekati masyarakat dianjurkan bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai kepentingan mencegah jenayah Syariah dalam kalangan masyarakat awam seperti di tapak Pasar Tani, Presint 2, Putrajaya pada 22 April 2022. Seramai 12 orang anggota Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) JAWI Putrajaya menyantuni para peniaga dan masyarakat awam dengan mengedarkan pamflet dan barangan sumbangan Gardenia. PROGRAM PENERANGAN, PENCEGAHAN DAN KESEDARAN UNDANG-UNDANG SYARIAH
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 87 AKTIVITI MENYANTUNI DAN PENERANGAN BERUNSUR NASIHAT (AMPUN) Bahagian Penguatkuasaan JAWI telah melaksanakan Aktiviti Menyantuni dan Penerangan berunsur Nasihat (AMPUN) secara berkala di sekitar Kuala Lumpur. Antara kawasan-kawasan tumpuan adalah pusat-pusat perjudian, KL Sentral, Taman Tasik Titiwangsa dan Dataran Merdeka. Aktiviti edaran pamflet kepada masyarakat awam berkaitan kesalahan jenayah Syariah dapat membantu meningkatkan tahap kefahaman masyarakat serta menggalakkan orang ramai untuk bekerjasama mencegah aktiviti jenayah Syariah. BENGKEL PENYEDIAAN DAN PEMURNIAN SOP BAHAGIAN PENGUATKUASAAN JAWI TAHUN 2022 Bengkel Penyediaan dan Pemurnian, Prosedur Operasi Standard (SOP) telah diadakan pada tarikh 5 hingga 7 September 2022 di Taman Agroteknologi MARDI, Cameron Highland. Bengkel telah dihadiri seramai 35 orang Pegawai Penguatkuasa Agama bertujuan untuk menyemak dan memurnikan draf pertama SOP Bahagian Penguatkuasaan, JAWI. Dua orang pakar undang-undang telah terlibat dalam bengkel tersebut iaitu Tuan Zulfikri Yasoa, Hakim Mahkamah Tinggi Selangor, dan Tuan Shahidan bin Abdul Ghafar, Ketua Penolong Pengarah (Latihan), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI.
LAPORAN TAHUNAN 2022 88 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN OPERASI BERSEPADU BERSAMA AGENSI SAHABAT Bahagian Penguatkuasaan JAWI telah melaksanakan Operasi Bersepadu Bersama Agensi Sahabat melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Operasi dan pemantauan melibatkan premis-premis hiburan sekitar Kuala Lumpur bertujuan untuk mencegah aktiviti yang menyalahi undang-undang sama ada sivil atau Syariah yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam. Antara bentuk kesalahan jenayah syariah ialah seperti tidak menunaikan solat Jumaat, tidak menghormati bulan Ramadan dan kesalahan-kesalahan lain yang melibatkan aduan orang awam dan hasil kegiatan risikan yang dilakukan. BENGKEL PENERANGAN, PENCEGAHAN DAN PEMAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH PEGAWAI MASJID Bahagian Penguatkuasaan JAWI telah mengadakan Bengkel Penerangan, Pencegahan dan Pemahaman Undang-undang Syariah pada 25 hingga 26 Oktober 2022 di Hotel City Bayview. Bengkel tersebut disertai oleh 50 orang pegawai yang bertugas di masjid sekitar Wilayah-Wilayah Persekutuan bagi memberikan pendedahan berkaitan Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 serta peranan institusi masjid dalam membanteras jenayah Syariah. Barisan penceramah undangan ialah YBhg. Dato’ Rahimin bin Bani, YBrs. Tuan Nik Azlan bin Nik Man, dan YBrs. Tuan Mohd Haris bin Abdullah. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd. Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI.
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 89 PERSIDANGAN ISU-ISU SEMASA JENAYAH SYARIAH Round Table Discussion Isu-Isu Semasa Tahun 2022 diadakan di Dewan Seminar Maya Hotel Maya Kuala Lumpur pada 21 hingga 22 November 2022 yang dipengerusikan oleh YBrs Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi (JAWI). Persidangan tersebut diadakan bagi meningkatkan kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan Wilayah Persekutuan; Menggembleng keupayaan, kemahiran dan kepakaran secara lebih sistematik, terancang dan bersepadu di antara agensi-agensi sahabat; dan Mewujudkan penyelarasan dan perkongsian maklumat jenayah syariah di media sosial. Antara kertas kerja yang dibentangkan bertajuk Penguatkuasaan Jenayah Syariah di Media SosialPengalaman SKMM disampaikan oleh YBhg Dato’ Mohd Shafie bin Haron, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM); Penyelarasan Jenayah Syariah Di Media Sosial Dalam Wilayah Persekutuan disampaikan oleh YBrs. Puan Hajah Noor Hadina binti Ahmad Zabidi, Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS); dan Kaedah Tindakan Dan Teknikaliti Penguatkuasaan Syariah Di Media Sosial disampaikan oleh YBhg. SAC Datuk Hj Mohamad Zainal bin Hj Abdullah Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendakwaan/ Undangundang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia Bukit Aman. RTD berkenaan disertai oleh 30 orang ahli dari pelbagai agensi seperti JAKIM, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, MAIWP, JAPENS, SKMM, KPDNKK, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).
LAPORAN TAHUNAN 2022 90 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN PENYERAHAN KENDERAAN LORI BLACK MARIA BAHAGIAN PENGUATKUASAAN Pada 17 Ogos 2022, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima sebuah kenderaan Black Maria daripada Global Komited Sdn. Bhd. bertujuan memperkasakan fungsi penguatkuasaan undang-undang Syariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Simbolik penyerahan kenderaan tersebut disempurnakan oleh Pengarah JAWI, YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail di Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Turut hadir YBhg. Dato’ Ir. Nasser bin Israil, Ketua Pegawai Eksekutif Global Komited Sdn Bhd. Bagi melaksanakan operasi penguatkuasaan secara efisien, pasukan Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) JAWI menggunakan kenderaan Black Maria semasa menjalankan operasi bersepadu bersama agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi membawa Orang Yang Disyaki (OYDS) yang ditahan untuk proses siasatan. KURSUS PEMANTAPAN AKHLAK Sepanjang tahun 2022, sebanyak 10 siri Kursus Pemantapan Akhlak telah dianjurkan di Dewan Syarahan Utama Masjid Negara yang melibatkan seramai 500 peserta dalam kalangan Orang Yang DiSyaki (OYDS). Kursus tersebut bertujuan memberikan penerangan dan kesedaran mengenai sahsiah sebagai seorang muslim agar mematuhi undang-undang Syariah yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan.
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 91 PROGRAM PENGENDALIAN SENJATA API DAN PERTANDINGAN MENEMBAK JAWI dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menganjurkan program Pengendalian Senjata Api dan Pertandingan Menembak Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri Peringkat Kebangsaan pada 3 November 2022 di Lapang Sasar Markas PGA Briged Tengah, Cheras, Selangor. Program dihadiri seramai 80 orang peserta bertujuan meningkatkan kemahiran dan keyakinan PPA mengendalikan senjata api. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Turut hadir oleh YDH DCP Dato’ Yahaya Othman, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur dan YBhg. Datuk Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI.
LAPORAN TAHUNAN 2022 92 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KONVENSYEN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN Program Konvensyen Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 25 Oktober 2022 di Hotel Pullman Bangsar, Kuala Lumpur. Turut hadir YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI dan YBrs. Tuan Haji Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP. Program tersebut menjadi platform perbincangan, perkongsian maklumat dan data antara agensi penguatkuasaan bagi meningkatkan prestasi dan keberkesanan gerak kerja secara lebih menyeluruh dan bersepadu. Selain itu, konvensyen berkenaan juga bertujuan meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kepakaran khususnya dalam kalangan Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) ketika melaksanakan tugas agar setanding dengan agensi penguatkuasaan yang lain. Konvensyen disertai oleh 150 orang peserta dari 14 buah agensi penguatkuasaan sekitar Wilayah Persekutuan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendakwaan Syariah (JAPENS), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan lain-lain. Sesi pembentangan kertas kerja membincangkan isu ‘Cabaran Penguatkuasa Agama: Mengangkat Penguatkuasaan Syariah Setanding Dengan Agensi Penguatkuasaan Yang Lain’ disampaikan oleh Profesor Datuk Dr. Shamrahayu binti A Aziz dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) manakala sesi ‘Forum: Isu Orang Ketiga: Di Mana Kesudahannya?’ disampaikan oleh tiga orang ahli panel undangan iaitu YAA Prof Adjung Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im bin Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/ Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), YB Senator Puan Fadhlina binti Dato’ Sidek, Ahli Dewan Negara/Peguam Syarie, dan Puan Yuhaniz binti Mohd Yusop dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 93 JEJAK AMBANG MERDEKA Program Jejak Cegah Maksiat Ambang Merdeka telah dilaksanakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) JAWI di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi berkongsi maklumat tentang isu-isu gejala sosial dan kepentingan undang-undang Syariah kepada orang ramai yang hadir menyaksikan kemeriahan detik sambutan 31 Ogos. Program tersebut bertujuan menegakkan prinsip Al-Hisbah melalui aktiviti menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran ke arah mewujudkan masyarakat yang selamat dan bebas dari perbuatan maksiat dan dosa.
LAPORAN TAHUNAN 2022 94 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN PROGRAM ILMU DAN BAKTI Cawangan Penguatkuasaan JAWI Labuan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Labuan telah menganjurkan Program Ilmu Dan Bakti pada 10 September 2022 bertempat di Masjid Sultan Muhammad V, Wilayah Persekutuan Labuan. Program disertai 15 orang remaja bertujuan memberikan pendedahan berkaitan Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 serta penerangan dan kesedaran mengenai sahsiah orang muslim agar sentiasa mematuhi undang-undang jenayah Syariah yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan.
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 95 INFORMASI DAN STATISTIK STATISTIK KESALAHAN JENAYAH SYARIAH AKTA 303 TAHUN 2022 STATISTIK KESALAHAN JENAYAH SYARIAH AKTA 559 TAHUN 2022 42 141 14 76 JUDI MABUK SETUBUH LUAR NIKAH KHALWAT
LAPORAN TAHUNAN 2022 96 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 97 Pengukuhan Institusi Keluarga Pengurusan dan pembangunan institusi kekeluargaan Islam yang sistematik dan efektif dijayakan melalui pelbagai program dan aktiviti ke arah melahirkan sebuah keluarga yang menepati ciri-ciri sakinah, mawaddah dan rahmah
LAPORAN TAHUNAN 2022 98 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Seramai lapan orang calon telah menghadiri sesi temu duga Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK), Anjung Khidmat Keluarga JAWI (AKUAJA) dan Pusat Khidmat Nasihat Kekeluargaan pada 12 Januari 2022. Sesi temuduga tersebut dilaksanakan bagi memilih calon berkelayakan yang menjadi pemudah cara kepada masyarakat untuk membantu menguruskan isu dan permasalahan berkaitan kekeluargaan, sosial dan komuniti setempat. TEMU DUGA FASILITATOR PKKSK, AKUAJA DAN PUSAT KHIDMAT NASIHAT KEKELUARGAAN 2022 KUNJUNGAN HORMAT KE MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR Kunjungan hormat Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) JAWI ke Mahkamah Syariah, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur diadakan pada 26 Januari 2022 bagi membincangkan penyelarasan isu-isu berkaitan Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) serta mengenal pasti isu-isu utama serta solusi berkaitan NCR di Wilayah Persekutuan. Delegasi tersebut disertai oleh tujuh orang pegawai yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Rozimi bin Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK JAWI.
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 99 Majlis Pelancaran Program Masjid Sebagai Pusat Khidmat Nasihat/Runding Cara Kekeluargaan dan Sosial disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 18 Februari 2022. Inisiatif tersebut melibatkan tiga buah masjid di sekitar Kuala Lumpur iaitu Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid al- Muqarrabin Bandar Tasik Selatan dan Masjid Salahuddin alAyyubi Taman Melati. Khidmat nasihat kekeluargaan dan isu sosial di pusat berkenaan akan dikendalikan oleh 9 orang fasilitator berpengalaman yang dilantik oleh JAWI. Pelaksanaan program tersebut bertepatan dengan usaha JAWI ke arah memperkasakan peranan masjid sebagai institusi sosial serta menyantuni masyarakat setempat bagi mewujudkan komuniti yang mesra dan prihatin selaras dengan Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan 2020-2024. MAJLIS TAKLIMAT PERKHIDMATAN DAN PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN FASILITATOR Majlis Penyerahan Surat Lantikan Fasilitator PKKSK dan AKUAJA telah diadakan pada 3 Februari 2022 di Dewan Syarahan, Masjid Negara, Kuala Lumpur disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Para fasilitator yang dilantik akan mengendalikan sesi khidmat nasihat secara percuma di lima lokasi iaitu PKKSK UTC Pudu Sentral, UTC Mini Keramat, Surau al-Iman Presint 9, Surau al-Furqan Presint 11 Putrajaya dan AKUAJA di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju. MAJLIS PERASMIAN MASJID SEBAGAI PUSAT KHIDMAT NASIHAT/RUNDING CARA KEKELUARGAAN DAN SOSIAL