LAPORAN TAHUNAN 2022 100 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KELAS TAFAQQUH MUNAKAHAT Kelas Tafaqquh Munakahat telah diadakan sebanyak tiga siri iaitu pada 18 Mac, 1 Jun dan 21 Jun 2022 melibatkan penyertaan 80 orang Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (NCR) Wilayah Persekutuan. Kelas tersebut diadakan bertujuan untuk memberikan kefahaman dan pendedahan berkaitan isu-isu munakahat serta berdiskusi tentang isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan NCR. YBrs. Dr. Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir, Pensyarah Kanan di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia telah diundang bagi menyampaikan ceramah bertajuk ‘Perceraian Dan Iddah Serta Hak-hak Yang Berkaitan Dengannya Dari Sudut Perundangan.’ Kitab rujukan yang digunakan bagi kelas tafaqquh adalah Al-Iqna’ Fi Hali Alfaz oleh Abi Syuja’. KELAS BACAAN DAN PEMAHAMAN AKTA 303 Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undangundang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] telah dilaksanakan sebanyak tiga siri sepanjang tahun 2022 iaitu pada 14 Jun, 16 Ogos dan 18 Oktober 2022. Program tersebut melibatkan 80 orang peserta bagi setiap sesi yang terdiri daripada Pendaftar dan Penolong Pendaftar NCR di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta wakil beberapa agensi yang berkaitan. YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengupas tajuk-tajuk berkaitan Seksyen 56 hingga 60, Akta 303.
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 101 MESYUARAT PENYELARASAN ANTARA AGENSI Mesyuarat Penyelarasan Antara Agensi berkaitan Isu Permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan (4P) Tahun 2022 telah diadakan secara hibrid di Dewan Seminar, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 22 Mac 2022. Objektif mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk menyelaras dan menyeragamkan isu-isu berkaitan pentadbiran, pelaksanaan dan penguatkuasaan permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan (4P) yang sering menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat. Perbincangan juga difokuskan kepada program pemutihan pendaftaran perkahwinan tanpa kebenaran dan tidak mengikut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 (Akta 303) di Wilayah Persekutuan Labuan bagi membolehkan perkahwinan mereka disahkan oleh Mahkamah dari segi undang-undang dan hukum Syarak. SEMINAR KELUARGA BAHAGIA JAWI dengan kerjasama Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Seminar Keluarga Bahagia pada 6 Julai 2022 bertempat di Dewan Kuliah 2, Fakulti Perubatan UKM, Kuala Lumpur. Seramai 80 orang peserta telah mengikuti seminar tersebut bagi meningkatkan kefahaman terhadap kepentingan institusi kekeluargaan Islam khususnya ketika berhadapan dengan konflik kekeluargaan.
LAPORAN TAHUNAN 2022 102 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN PROGRAM ROUND TABLE DISCUSSION (RTD) PELAN PEMERKASAAN RUNDING CARA KEKELUARGAAN ISLAM Program Round Table Discussion (RTD) Pelan Pemerkasaan Runding Cara Kekeluargaan Islam telah diadakan pada 21 April 2022 bertempat di Dewan Syura Wawasan, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Program tersebut diadakan bagi membincangkan draf Pelan Pemerkasaan Runding Cara Kekeluargaan Islam yang disediakan oleh Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) dalam usaha memperkasakan pengurusan runding cara kekeluargaan Islam selaras dengan Pelan Strategik JAWI 2021-2025. SEMINAR REMAJA MITHALI HARAPAN UMMAH Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) dengan kerjasama Masjid Mu’adz bin Jabal telah mengadakan Seminar Remaja Mithali Harapan Ummah pada 6 September 2022 bertempat di Dewan Masjid Mu’adz bin Jabal, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. Seramai 150 peserta telah menyertai seminar tersebut yang memberikan kesedaran berkaitan kepentingan memupuk akhlak mulia dalam kalangan remaja. Ceramah bertajuk “Cabaran Generasi Alpha Masa Kini” telah disampaikan oleh YM Datuk Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy manakala YBrs. Ustazah Awiyah binti Utoh Said, Founder Awiyah Expert Enterprise bertindak selaku moderator.
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 103 MAJLIS PERJUMPAAN DAN RAMAH MESRA BERSAMA PENGANJURPENGANJUR PUSAT KURSUS PRAPERKAHWINAN Majlis Perjumpaan dan Ramah Mesra Pengurusan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI bersama Penganjur-penganjur Pusat Kursus Praperkahwinan Islam Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 19 Julai 2022 di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Objektif penganjuran majlis tersebut adalah untuk mengukuhkan jalinan kerjasama dalam melaksanakan Kursus Praperkahwinan Islam di Wilayah Persekutuan sekaligus memantapkan pengendalian Kursus Praperkahwinan Islam supaya lebih efisien dan sistematik. Majlis berkenaan dihadiri oleh pengurus dan kakitangan dari 25 buah syarikat pengendali atau Pusat Kursus Praperkahwinan Islam meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Sehingga kini terdapat 20 buah pusat kursus di Kuala Lumpur, tiga buah pusat kursus di Putrajaya dan dua buah pusat kursus di Labuan.
LAPORAN TAHUNAN 2022 104 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN SEMINAR IBU HAMIL JAWI dengan kerjasama Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah mengadakan Seminar Ibu Hamil sebanyak dua siri pada 24 September dan 18 Oktober 2022 bertempat di Dewan Besar, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur. Objektif seminar tersebut diadakan adalah untuk berkongsi ilmu khususnya berkaitan psikologi wanita sebelum, semasa dan selepas kelahiran yang akan membantu para peserta menghadapi proses kehamilan dan kelahiran dengan lebih baik. Seramai 120 orang peserta dalam kalangan komuniti setempat telah menyertai dan menjayakan seminar yang dianjurkan. KURSUS KEMAHIRAN RUNDING CARA KEKELUARGAAN ISLAM DAN JAWATANKUASA PENDAMAI Seramai 30 orang peserta telah menghadiri Kursus Kemahiran Runding Cara Kekeluargaan Islam dan Jawatankuasa Pendamai pada 9 hingga 10 Ogos 2022 di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam, Selangor. Peserta kursus terdiri daripada Pegawai Rundingcara, Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK), serta wakil dari Cawangan Penyelarasan dan Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI Kursus berkenaan dilaksanakan bagi memberikan pendedahan kepada para peserta tentang teknikteknik rundingcara dan khidmat nasihat yang berkesan dalam membantu menyelesaikan permasalahan berkaitan kekeluargaan Islam. Selain itu, kursus tersebut juga bertujuan memberikan input bagi mengaplikasikan kaedah penyelesaian masalah atau aduan klien dengan lebih strategik.
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 105 AUDIT PEMATUHAN SPPIM DI WILAYAH PERSEKUTUAN Audit Pematuhan Pengurusan Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk (NCR), Runding Cara (RC) dan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dilaksanakan di JAWI Cawangan Labuan pada 20 September 2022. Beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan telah diberikan bagi memperkemaskan lagi proses kerja NCR dan RC di JAWI Cawangan Labuan selaras dengan Piagam Pelanggan Jabatan demi mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan Labuan. LAWATAN PEMERHATIAN KES DI MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR Program Lawatan Pemerhatian Kes dilaksanakan pada 28 September 2022 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWPKL) disertai oleh sembilan orang pegawai dan kakitangan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) JAWI. Lawatan tersebut diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai prosedur Mahkamah Syariah melalui pemerhatian perbicaraan kes yang berlangsung kerana berkait rapat dengan proses kerja yang dijalankan di BPPK. Program dimulakan dengan sesi perbincangan isu-isu berkaitan Jawatankuasa Pendamai, permohonan wali hakim, permohonan cerai, pembubaran perkahwinan dan lain-lain kes di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303].
LAPORAN TAHUNAN 2022 106 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KURSUS PASCAPERKAHWINAN ISLAM FASA BULAN MADU Seramai 15 orang pasangan suami isteri pada awal fasa perkahwinan berusia 1 hingga 5 tahun terpilih bagi mengikuti Kursus Pasca Perkahwinan Fasa bulan Madu di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik Pahang pada 24 hingga 26 Jun 2022. Kursus tersebut dianjurkan secara percuma serta dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator berpengalaman dengan pelbagai pengisian menarik seperti motivasi, pengurusan kesihatan dan kewangan serta aktiviti santai secara interaktif. Objektif kursus berkenaan diadakan adalah bagi memantapkan ilmu dan kemahiran kepada pasangan suami isteri terutamanya dalam kalangan B40 ke arah memperkukuhkan keharmonian rumahtangga lebih-lebih lagi ketika mendepani pelbagai cabaran pada awal usia perkahwinan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). DISKUSI KEKELUARGAAN ISLAM Sepanjang tahun 2022, sebanyak dua siri program Diskusi Kekeluargaan Islam telah diadakan iaitu pada 30 Ogos dan 13 September 2022 di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program tersebut dianjurkan selaras dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Deklarasi Keluarga Malaysia yang bertujuan memantapkan institusi keluarga Islam sekaligus mengurangkan kadar perceraian umat Islam di Wilayah Persekutuan. Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan, swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah menyertai program berkenaan.
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 107 MAJLIS PENGANUGERAHAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL STANDARD PENARAFAN PUSAT-PUSAT KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM Majlis Penyampaian Sijil Standard Penarafan Pusat-Pusat Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI) Wilayah-Wilayah Persekutuan dilaksanakan di MITC Hotel Melaka dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI. Sebanyak 17 Pusat KPPI telah diumumkan mendapat penarafan Gred A (Cemerlang) berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan berasaskan 4 komponen utama penilaian iaitu Kemudahan dan Fasiliti yang lengkap dan bersesuaian, Pelaksanaan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) versi terkini dan pematuhan terhadap Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam, Penggunaan aplikasi Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) serta Pengurusan Fail dan Rekod Pusat Kursus. Sepanjang tahun 2022, sejumlah 25 Pusat KPPI di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan telah diberikan permit penganjuran kursus oleh JAWI. Sesi muzakarah bersama penganjur-penganjur Pusat Kursus turut diadakan pada hari pertama program bagi membincangkan isu, cadangan dan solusi bagi memantapkan pengurusan praperkahwinan Islam di Wilayah Persekutuan. Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI) untuk OKU penglihatan diadakan di Malaysian Association for the Blind (MAB), Brickfields anjuran Pusat Kursus Kesedaran Insan dan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Seramai 60 orang peserta telah diberikan bimbingan mengenai ilmu-ilmu asas rumahtangga meliputi 10 tajuk utama berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI). Seramai lima penceramah telah diundang bagi mengupas tajuk-tajuk tersebut berdasarkan topik MBKPI yang telah disediakan. KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM OKU CACAT PENGLIHATAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 108 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN LAWATAN KERJA KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN BPPK JAWI KE PKKSK Aktiviti tinjauan ke Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) di tiga buah lokasi terpilih iaitu PKKSK UTC Pudu Sentral, PKKSK UTC Keramat dan Anjung Khidmat Keluarga JAWI di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju telah diadakan pada 16 Disember 2022. Tinjauan tersebut bertujuan bagi memastikan fasiliti dan kemudahan yang kondusif disediakan kepada para pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan khidmat nasihat dan rundingcara keluarga Kursus Peningkatan Profesionalisme Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan telah diadakan di Hotel Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur pada 5 hingga Oktober 2022 melibatkan kehadiran seramai 46 orang PNCR dan PPNCR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Objektif penganjuran program tersebut adalah untuk memberikan latihan dan kemahiran secara konsisten mengenai pengurusan hal ehwal perkahwinan, perceraian dan rujuk (NCR) kepada pemegang tauliah Pendaftar (PNCR) dan Penolong Pendaftar (PPNCR) di WilayahWilayah Persekutuan. Sebanyak empat slot ceramah dan satu sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah diadakan sepanjang program berlangsung. KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR NCR WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 109 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima kunjungan hormat daripada Direktorat Bina Kantor Urusan Agama dan Keluarga Sakinah, Kementerian Agama Republik Indonesia bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 3, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI. Delegasi Direktorat Bina Kantor Urusan Agama dan Keluarga Sakinah diketuai oleh Dr. H. Anwar Saadi, MA, Ketua Subdit Bina Kepenghuluan dan disertai oleh Dr. Agus Suryo Suripto, M.Si, Ketua Kasubdit Keluarga Sakinah dan Tuan Beni Cipto Susilo, ST, Ketua Analis Kebijakan Ahli Muda. Tujuan kunjungan hormat tersebut diadakan adalah bagi meninjau urusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ (NCR) yang dilaksanakan di JAWI, mempelajari tentang prosedur serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi serta mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak. Pelbagai isu dan topik telah dibincangkan seperti permohonan kebenaran nikah, nikah luar negara, nikah menggunakan wali hakim, khidmat nasihat dan runding cara kekeluargaan, pelaksanaan kursus praperkahwinan Islam, jurunikah, data NCR dan sebagainya. Para delegasi dibawa melawat ke kaunter NCR dan Runding Cara (RC) BPPK bagi melihat proses permohonan kebenaran nikah, pengeluaran kad nikah, proses runding cara serta perkhidmatan lain yang disediakan kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan. KUNJUNGAN HORMAT DIREKTORAT BINA KANTOR URUSAN AGAMA DAN KELUARGA SAKINAH, KEMENTERIAN AGAMA REPUBLIK INDONESIA KE JAWI
LAPORAN TAHUNAN 2022 110 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN SEMINAR KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN JAWI dengan kerjasama Surau Jumaat Al-Hikmah telah mengadakan Seminar Kemahiran Keibubapaan pada 30 Oktober 2022 bertempat di Surau Jumaat Al-Hikmah, PPR Beringin, Jinjang Utara, Kuala Lumpur. Objektif seminar tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran keibubapaan dalam memantapkan institusi kekeluargaan ke arah kesejahteraan serta melatih para ibu bapa membina kemahiran bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah anak-anak melalui kaedah yang bersesuaian. Seramai 50 orang peserta dalam kalangan orang awam telah menyertai dan menjayakan seminar tersebut.
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 111 Majlis Kunjung Hormat dari Pejabat Pendaftaran Hubungan Keluarga Warga Korea di Luar Negara dan Kedutaan Besar Republik Korea berlangsung di Dewan Syura Perdana, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 16 November 2022. Kunjungan yang disertai oleh 6 orang delegasi tersebut diketuai oleh Mr. SO Soo-joon, Timbalan Pengarah, Pejabat Pendaftaran Hubungan Keluarga Warga Korea di Luar Negara. Turut hadir Ms. Chae Seung Hee, Setiausaha Pertama dan Majlis bagi Kedutaan Besar Republik Korea. Kunjungan berkenaan diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai fungsi dan peranan JAWI serta isu-isu berkaitan urusan perkahwinan, perceraian dan rujuk (NCR) khususnya prosedur, peraturan am serta undang-undang berkaitan perkahwinan orang Islam termasuk warga negara Korea di Malaysia. KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT PENDAFTARAN HUBUNGAN KELUARGA WARGA KOREA DI LUAR NEGARA DAN KEDUTAAN BESAR REPUBLIK KOREA KE JAWI
LAPORAN TAHUNAN 2022 112 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Majlis Pertemuan Bersama Penceramah Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) Wilayah-Wilayah Persekutuan dianjurkan di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2022. Turut diadakan acara penyampaian surat lantikan kepada 22 penceramah baharu MBKPI yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI. Majlis tersebut diadakan bagi mengeratkan jalinan kerjasama antara JAWI dan para penceramah MBKPI sekaligus memantapkan kualiti penyampaian Kursus Praperkahwinan Islam melalui sesi perkongsian bersama Master Trainer Praperkahwinan Islam iaitu Ustaz Mohd Abd Nasir Abdullah dari JAWI. Sehingga kini, sejumlah 229 orang penceramah MBKPI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disenaraikan dalam Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) bagi tujuan rujukan Pusat-Pusat Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI). MBKPI mengandungi beberapa modul seperti Tasawwur Islam, Majlis Akad Nikah & Walimatul Urus, Perkahwinan, Prosedur Perkahwinan, Tanggungjawab Suami Isteri, Komunikasi Suami Isteri, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Kesihatan Keluarga, Pengurusan Stres dan Konflik dan Pembubaran Perkahwinan. Penyampaian modul berkenaan turut melibatkan penceramah dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). MAJLIS PERTEMUAN BERSAMA PENCERAMAH MODUL BERSEPADU KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM (MBKL)
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 113 Sepanjang tahun 2022, sebanyak tiga siri Webinar Wacana Keluarga Islam telah dianjurkan oleh JAWI Cawangan Putrajaya. Program yang disiarkan melalui facebook rasmi JAWI Putrajaya berkisar tentang isuisu perkahwinan dan kekeluargaan bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat berhubung undang-undang perkahwinan, pendidikan anak-anak, dan pengurusan rumah tangga. Siri pertama webina yang diadakan pada 24 Mac 2022 membawakan tajuk “Kahwin Warga Asing” disampaikan oleh YBrs. Tuan Mohd Ihsan Bin Mohamad Daud dari Jabatan Kehakiman Syariah, Negeri Sembilan. Siri kedua webina pada 19 Mei 2022 pula disampaikan oleh Puan Nurliyana Munirah binti Mohd Rosli dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bertajuk “Sayang Diri, Sayang Keluarga”. Siri ketiga webina yang diadakan pada 18 Ogos 2022 bertajuk “Cabaran Anak-Anak Pada Masa Kini” telah disampaikan oleh Encik Ahmad Lutfi bin Azman dari Universiti Sains Islam Malaysia. JAWI Cawangan Labuan turut menganjurkan Program Wacana Keluarga Islam pada 14 September 2022 bertempat di Dewan Rafflesia, Ujana Kewangan yang dihadiri seramai 103 orang peserta. Program disempurnakan oleh YBrs. Puan Sharidah binti Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman terhadap kepentingan institusi kekeluargaan Islam khususnya dalam menghadapi konflik kekeluargaan. WEBINAR WACANA KELUARGA ISLAM
LAPORAN TAHUNAN 2022 114 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 115 Pemantapan Program Penyelidikan dan Perancangan Strategik Jabatan Penghasilan kajian-kajian yang berwibawa dan berstrategik melalui pelbagai wacana dilaksanakan dalam menangani isu-isu berkaitan akidah dan Syariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
LAPORAN TAHUNAN 2022 116 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Sepanjang tahun 2022, JAWI telah menjalinkan kerjasama strategik bersama pasukan penyelidik daripada tiga buah universiti awam iaitu Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) bertajuk Penilaian Semula Faktor-Faktor Perceraian Dalam Situasi Pandemik Covid-19 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan tajuk Kajian Keberkesanan Kelas Pengajian Mualaf di Wilayah-wilayah Persekutuan dan Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang melaksanakan kajian berkaitan Isu Dan Permasalahan Sembelihan Halal Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA PASUKAN PENYELIDIK UNIVERSITI AWAM JAWI Cawangan Putrajaya telah menganjurkan program JAWI Corner bertajuk “Taasub yang Menyesatkan” pada 17 Mac 2022 yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu YBrs. Dr. Muhammad Rashidi bin Wahab, Pensyarah Kanan Fakulti Usuluddin, UNISZA. Program tersebut disiarkan melalui Facebook rasmi JAWI Cawangan Putrajaya bagi menyampaikan maklumat berkaitan isu-isu akidah dan Syariah kepada masyarakat awam. PROGRAM JAWI CORNER
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 117 Sepanjang tahun 2022, Pusat Pelupusan al-Quran Darul Kalam telah menerima sebanyak 29.38 tan metrik naskah al-Quran rosak akibat banjir dari orang perseorangan dan agensi-agensi yang terlibat dalam misi bantuan banjir di sekitar Lembah Kelang dan Pahang. Kolaborasi strategik bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Bank Muamalat Malaysia Berhad membantu proses pelupusan dapat dilaksanakan dalam tempoh yang singkat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Seramai 40 orang sukarelawan juga turut terlibat melancarkan proses pelupusan al-Quran. PEMULIAAN AL-QURAN ROSAK AKIBAT BANJIR Bengkel Pemurnian Sasaran Kerja Strategik (SKS) dan Hala Tuju JAWI 2023 diadakan di IBIS Hotel Melaka pada 3 Disember 2022 bertujuan untuk mengemaskini maklumat perancangan agar selaras dengan penetapan Outcome Based Badgeting (OBB) dan peruntukan perbelanjaan jabatan. Bengkel tersebut disertai oleh pengurusan tertinggi dan wakil dari bahagianbahagian di JAWI. BENGKEL PEMURNIAN SASARAN KERJA STRATEGIK (SKS) DAN HALA TUJU JAWI 2023
LAPORAN TAHUNAN 2022 118 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN JAWI komited menangani ancaman ajaran sesat melalui penganjuran Konvensyen Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Wilayah Persekutuan pada 30 Jun 2022 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertemakan “Obsesi, Pelampau Agama: Punca Akidah Goyah”. Konvensyen tersebut dianjurkan untuk memberikan kesedaran, kefahaman, dan pengukuhan terhadap pegangan ajaran Islam berlandaskan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah serta menjadi benteng kepada ancaman pelbagai ajaran dan kepercayaan yang menyeleweng dari akidah Islam yang sebenar. Selain itu, konvensyen juga bertujuan mengenal pasti dan menangkis anasir-anasir mengelirukan dari segi akidah, syariah, dan pemikiran yang berpotensi menggugat perpaduan dan keharmonian ummah lebih-lebih lagi yang tersebar melalui media sosial. Konvensyen berkenaan dihadiri seramai 350 orang peserta yang terdiri daripada ahli jawatankuasa kariah masjid dan surau, wakil-wakil agensi persekutuan dan negeri, pelajar-pelajar Universiti Awam dan Swasta, dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Sehingga kini, sejumlah 55 ajaran dan fahaman telah difatwakan sebagai sesat serta menyeleweng dari ajaran Islam sebenar di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Antaranya ialah Hizbut Tahrir (2018), Millah Abraham (2016), Syiah (2015), Tariqat Zikrullah Hassan Anak Rimau dan Ayah Pin (2007), Ajaran Salah Haji Kahar bin Haji Ahmad Jalal (2006), Ajaran Ahmadiah atau Qadiani (2004). KONVENSYEN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 119 Seminar Bicara Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan bertemakan Fiqh Wanita telah dihadiri oleh 100 orang peserta bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2022. Topik menarik yang dibincangkan bertajuk Darah Wanita: Isu dan Persoalan berkaitan Haid, Istihadhah dan Nifas disampaikan oleh YBrs. Dr. Anisah binti Abdul Ghani, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji, Tabung Haji. Seminar tersebut dianjurkan khusus untuk wanita susulan persoalan berkaitan darah wanita – haid, nifas dan istihadhah jarang dibincangkan secara terbuka walaupun isu dan permasalahan tersebut memerlukan penjelasan dari semasa ke semasa. Selain itu, kesempurnaan ibadah yang dilaksanakan juga bergantung kepada kesempurnaan bersuci dari hadas besar. SEMINAR BICARA SYARIAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 120 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah menganjurkan Program Pemuliaan Al-Quran melalui aktiviti pelepasan abu al-Quran ke laut bertempat di Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) Pelabuhan Klang, Selangor pada 30 November 2022. Acara Perasmian disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Turut hadir Haji Ghadzali Ahmad, Timbalan Pengarah MATRAIN, Puan Ummi Kalthum Shuib, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan dan Encik Mohammad Amir Azizan, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Wilayah Persekutuan. Pusat Pemuliaan al-Quran Darul Kalam yang beroperasi di Raudhatul Sakinah, Taman Selasih Kuala Lumpur di bawah kendalian JAWI telah menerima banyak al-Quran yang rosak untuk dilupuskan termasuk al-Quran rosak akibat banjir yang melanda Lembah Klang dan Pahang sekitar penghujung tahun 2021. Justeru aktiviti pelepasan abu al-Quran ke laut dilaksanakan setelah melalui proses pembakaran dalam relau pelupusan al-Quran di Darul Kalam dengan cara yang betul menurut panduan syarak. Kerja-kerja pelepasan 6.8 tan abu al-Quran ke laut dilaksanakan dengan bantuan fasiliti dan aset JLM seperti Kapal Pedoman dan anak-anak kapal susulan persetujuan Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Pelupusan Teks/ bahan al-Quran yang rosak akibat bencana banjir. Pelepasan abu al-Quran ke laut merupakan proses pemuliaan al-Quran yang selari dengan ketetapan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992. Program ini merupakan tindakan proaktif JAWI dalam memberikan pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai kaedah pemuliaan al-Quran yang betul sekaligus memelihara kesucian ayat-ayat suci al-Quran pada setiap masa. PROGRAM PEMULIAAN AL-QURAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 121 Wacana Akidah Peringkat Wilayah Persekutuan telah dianjurkan pada 29 Mac 2022 bertujuan memberikan pemahaman yang jelas berkaitan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah dan bahaya penyelewengan akidah. Seramai 50 orang peserta dari pelbagai agensi telah menghadiri program tersebut yang menampilkan 10 orang pendiskusi antaranya ialah Encik Muhammad Luthfi Azzamuddin Mohd Munim, Timbalan Pengarah, Jabatan Media Baharu, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Puan Intan Salina binti Idrus dari Penyelidikan Arkeologi, Ekskavasi Arkeologi Konservasi Bangunan Lama dan Kuratorial. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. WACANA AKIDAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN Cawangan Penyelidikan JAWI Labuan telah mengadakan pemantauan penyembelihan di Rumah Sembelihan Peladang dan Rumah Sembelihan Ruminan Veterinar pada 23 hingga 25 April 2022. Pemantauan tersebut bertujuan untuk memastikan pemegang tauliah penyembelihan sentiasa mengikut garis panduan dan hukum syarak yang telah ditetapkan. PEMANTAUAN RUMAH SEMBELIHAN PELADANG DAN RUMAH SEMBELIHAN RUMINAN VETERINAR.
LAPORAN TAHUNAN 2022 122 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Bengkel Pelaporan Pencapaian Sasaran Kerja Strategik (SKS) 2022 dan Perancangan SKS 2023 JAWI telah diadakan di Hotel ēRYAbySURIA, Cherating, Pahang pada 7 hingga 9 November 2022. Bengkel tersebut diadakan bagi memantapkan perkhidmatan dan pengurusan JAWI serta menilai semula pencapaian program dan aktiviti yang dirangka dalam Pelan Strategik JAWI 2021-2025. Bengkel yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI dihadiri seramai 32 orang pegawai terdiri daripada pengurusan tertinggi Jabatan, ketua-ketua Bahagian dan pegawai kanan JAWI. BENGKEL PELAPORAN PENCAPAIAN SASARAN KERJA STRATEGIK 2022 DAN PERANCANGAN SASARAN KERJA STRATEGIK (SKS) 2023
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 123 Persidangan Meja Bulat: Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Kaedah Fi Permohonan Tauliah Penyembelih di Wilayah-Wilayah Persekutuan telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Kharunna՛im bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasaan, JAWI di Dewan Ballroom 2, TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur pada 14 Jun 2022. Seramai 30 orang peserta dari pelbagai agensi menyertai persidangan yang bertujuan membincangkan isu pelaksanaan SOP dan kaedah fi permohonan tauliah penyembelih yang praktikal dan efisien. Tiga orang ahli panel jemputan telah membentangkan kertas kerja iaitu Encik Shahriman bin Ali Pitchay dari Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan tajuk Pematuhan Prosedur Pengeluaran Tauliah Penyembelih Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia’, Puan Norfarani binti Harun dari Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Selangor membentangkan tajuk berkaitan Pelaksanaan SOP, Kaedah Fi Permohonan Tauliah dan Tatacara Sembelihan di Selangor’ dan Puan Mahfuzah binti Zohdi dari Bahagian Penyelidikan, JAWI membentangkan tajuk Cadangan SOP dan Kaedah Fi Permohonan Tauliah Penyembelih di Wilayah-Wilayah Persekutuan’. PERSIDANGAN MEJA BULAT: PROSEDUR OPERASI STANDARD DAN KAEDAH FI PERMOHONAN TAULIAH PENYEMBELIH DI WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 124 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN INFORMASI DAN STATISTIK
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 125 BULAN PENERIMAAN (KG) PEMBAKARAN (KG) JANUARI 17,110.70 3,184.60 FEBRUARI 2,748.20 3,296.20 MAC 2,015.70 5,025.90 APRIL 1,150.00 834.60 MEI 25.00 409.50 JUN 1,842.70 850.20 JULAI 622.50 415.10 OGOS 489.60 462.10 SEPTEMBER 768.00 488.60 OKTOBER 170.40 510.20 NOVEMBER 630.00 550.40 DISEMBER 1,149.00 606.40 JUMLAH (KG) 28,721.80 16,633.80
LAPORAN TAHUNAN 2022 126 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 127 STATISTIK PEMEGANG PAS LAWATAN IKHTISAS TENAGA PENGAJAR WARGANEGARA ASING 2022 JUMLAH : 41 109876543210
LAPORAN TAHUNAN 2022 128 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 129 Memperkasa Pengurusan Organisasi dan Pembangunan Fizikal Pengurusan dan pentadbiran yang berintegriti melalui modal insan yang terlatih serta pembangunan prasarana yang kondusif menjamin kualiti perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
LAPORAN TAHUNAN 2022 130 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Kursus Pengurusan Kenderaan Jabatan telah diadakan pada 7 hingga 9 September 2022 bertempat di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Kursus tersebut dihadiri oleh 30 orang peserta bertujuan untuk memastikan Pegawai Kenderaan memahami ilmu berkaitan pengurusan kenderaan berdasarkan pekeliling-pekeliling dan arahan-arahan pentadbiran yang sedang berkuat kuasa. KURSUS PENGURUSAN KENDERAAN JABATAN Pada tahun 2022, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Integriti telah membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JAWI Tahun 2022-2026 yang dianggotai oleh Pengurusan Tertinggi dan pegawai daripada setiap bahagian yang dilantik. Pelan tersebut dibangunkan selaras dengan objektif strategik Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 mengambil kira risiko kelemahan dan ketirisan dalam aspek tadbir urus, integriti, dan rasuah di JAWI. JAWI komited bagi membudayakan amalan integriti dalam penyampaian perkhidmatan melalui pematuhan undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa, serta pengamalan nilai-nilai murni selaras dengan elemen akauntabiliti yang merupakan sebahagian daripada nilai bersama JAWI. Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JAWI 2022-2026 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohammad bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri pada 20 Jun 2022 di Masjid Wilayah Persekutuan, PEMBANGUNAN PELAN ANTIRASUAH (OACP) JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2022-2026
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 131 Seramai 136 orang warga JAWI telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang diadakan di The Pearl Hotel Kuala Lumpur pada 30 Mac 2022. Majlis tersebut bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang serta pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai. Majlis disempurnakan oleh pengarah JAWI, YBhg Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail. ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG Sepanjang tahun 2022, JAWI telah menyertai beberapa program pameran bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan yang disediakan bagi manfaat masyarakat khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Antara program pameran tersebut adalah seperti Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia di Perpustakaan 1Wilayah Lembah Pantai pada 10 September 2022, Karnival Ummah Bestari di Lay Park Pertama Kompleks Kuala Lumpur pada 25 Julai 2022 dan Sidang Kemuncak Ulama Islam Sedunia 2022 di Movenpick Hotel & Convention Center, Sepang pada 20 hingga 23 Mei 2022. PROGRAM PAMERAN JAWI
LAPORAN TAHUNAN 2022 132 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Seramai 30 orang peserta dalam kalangan pegawai dan kakitangan JAWI telah menghadiri Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan pada 13 hingga 15 Jun 2022 di Doubletree, Resort, Pulau Pinang. Manakala JAWI Cawangan Labuan pula telah menganjurkan kursus tersebut pada 25 Mac 2022 bertempat di Bilik Latihan, Majlis Keselamatan Negara, Labuan yang disertai 25 orang peserta. Tujuan kursus tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang peraturan-peraturan berkaitan Pengurusan Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara dan Stor Jabatan Kerajaan supaya para peserta dapat memahami seluruh kitaran Pengurusan Aset Alih Kerajaan. KURSUS PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN JAWI dengan kerjasama Unit Teknologi Maklumat (ICT), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah membangunkan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) JAWI 2022-2025. Tiga siri bengkel telah dilaksanakan bersama wakil-wakil bahagian yang telah dilantik bagi menyelaras perancangan ICT dalam pembangunan pelan strategik yang menyeluruh bagi tempoh 2022-2025. Pelan tersebut merupakan dokumen rujukan dalam merealisasikan usaha transformasi perkhidmatan melalui penggunaan ICT yang bersepadu, terkini dan berkesan selaras dengan hala tuju agenda pendigitalan kerajaan sekaligus menghasilkan sistem penyampaian yang berfokus dan dinamik. Majlis pelancaran PSP JAWI 2022-2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI pada 1 Disember 2022 PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) JAWI 2022-2025
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 133 Bengkel Pentadbir Laman Web JAWI telah diadakan pada 14 September 2022 bertempat di Makmal Komputer, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Bengkel dihadiri seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada pentadbir laman web jabatan yang telah dilantik bertujuan bagi memastikan segala maklumat serta isi kandungan di Laman Web JAWI adalah tepat dan sentiasa dikemaskini. BENGKEL LAMAN WEB JABATAN Sesi Hands-On Training Aduan KPI (Kompleks Pusat Islam) telah diadakan pada 4 Ogos 2022 melibatkan Pentadbir Sistem Aduan KPI terdiri dari wakil Cawangan Unit Teknologi Maklumat (ICT), Bahagian Pembangunan dan Syarikat Konsesi (Civil,Mechanical dan Electrical) yang telah dilantik. Sistem tersebut telah digunakan sepenuhnya bermula pada bulan September 2022 bagi urusan melibatkan aduan-aduan kerosakan di bangunan Kompleks Pusat Islam. KURSUS E-ADUAN KPI Bengkel sesi HANDS ON SISTEM eZAPPLY telah diadakan di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan pada 31 Mei 2022. Seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada Pentadbir Latihan bahagian/unit yang bertanggungjawab menguruskan permohonan kelulusan program/latihan telah menghadiri kursus tersebut. Objektif bengkel tersebut diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta tentang tata cara penggunaan sistem eZ-APPLY bagi permohonan kelulusan peruntukan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM). BENGKEL HANDS ON SISTEM EZ-APPLY
LAPORAN TAHUNAN 2022 134 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Bengkel Cadangan Penstrukturan Semula JAWI diadakan di Hotel Bayview George Town, Pulau Pinang pada 13 hingga 15 September 2022. Tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk membincangkan penstrukturan semula organisasi serta menyediakan justifikasi yang kukuh untuk keperluan pertambahan jawatan dengan mengambilkira input daripada setiap bahagian selaras dengan keperluan semasa. BENGKEL PENSTRUKTURAN SEMULA JAWI Seramai 70 orang warga JAWI telah menghadiri Kursus Kepimpinan Kerja Berpasukan bertempat di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Tanjong Malim, Perak pada 27 hingga 28 Oktober 2022. Kursus tersebut dianjurkan bertujuan untuk memperkasakan semangat kerja berpasukan, kebersamaan, memupuk persefahaman dan meningkatkan motivasi diri dalam kalangan peserta. KURSUS KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN Bengkel Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan pada 24 hingga 26 Ogos 2022 bertempat di Imperial Heritage Hotel, Melaka melibatkan 35 orang peserta dalam kalangan kakitangan JAWI. Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan pelaksanaan EKSA dan persediaan pensijilan EKSA daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) seterusnya mengaplikasikan kaedah Pelaksanaan EKSA di Jabatan selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan. BENGKEL EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 135 JAWI Cawangan Putrajaya telah menganjurkan tiga siri Program Be Excellent Staff yang menyasarkan 35 orang peserta pada setiap siri. Program bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni serta meningkatkan motivasi dan integriti dalam kalangan peserta. Pegawai Kader JAKIM di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBrs. Ustaz Baharuddin bin Idris telah diundang menyampaikan ceramah bertajuk “Kepuasan dan Keberkatan dalam Bekerja” pada 22 Julai 2022. PROGRAM “BE EXCELLENT STAFF” Cawangan Perolehan, Bahagian Khidmat Pengurusan telah mengadakan Sesi Hands On Training (HOT) Sistem E-Perolehan (eP) pada 21 Julai 2022. Kursus yang dihadiri seramai 30 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAWI bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan proses permohonan pesanan tempatan melalui sistem eP serta berkongsi maklumat terkini tentang peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa agar perancangan perolehan dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur. SESI HANDS ON TRAINING (HOT) SISTEM E-PEROLEHAN (eP) Bengkel Semakan Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan kakitangan JAWI Cawangan Labuan telah diadakan pada 7 hingga 9 Februari 2022 bertempat di Bilik Latihan, Majlis Keselamatan Negara, Labuan. Bengkel bertujuan untuk memberikan peluang kepada warga JAWI Cawangan Labuan untuk menyemak dan mengemaskini maklumat yang terkandung dalam buku perkhidmatan berkenaan BENGKEL SEMAKAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN KERAJAAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 136 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Sepanjang tahun 2022, Unit Integriti telah melaksanakan aktiviti pemantauan secara berkala bagi memastikan kepatuhan pegawai dan kakitangan JAWI terhadap peraturan yang telah dikuat kuasakan seperti peraturan waktu bekerja dan larangan merokok di dalam premis jabatan. Aktiviti pemantauan juga dilaksanakan sekitar kawasan kafeteria, tempat letak kenderaan dan juga kawasan tangga. PEMANTAUAN INTEGRITI BENGKEL PENGURUSAN MEDIA SOSIAL Bengkel Pengurusan Media Sosial JAWI diadakan di Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan pada 19 Oktober 2022 yang disertai oleh sekitar 40 orang penyelaras media sosial rasmi jabatan. Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk memperkasakan lagi kemahiran para pentadbir media sosial JAWI khususnya dalam aspek penulisan kreatif dan kandungan bagi menarik lebih banyak engagement kepada media sosial JAWI. Pengisian program dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih dari Fine Training Academy iaitu Tuan Fauzul Na’im Ishak berpandukan modul latihan yang telah ditetapkan. BENGKEL VIDEOGRAFI MOBILE Bengkel Videografi Mobile dianjurkan pada 21 September 2022 di Corus Hotel Kuala Lumpur melibatkan 30 orang peserta mewakili bahagian-bahagian di JAWI. Program tersebut bertujuan memberikan pendedahan tentang teknik menggunakan peranti mudah alih bagi rakaman dan penghasilan video berita, acara, promosi, dan hebahan. Para peserta juga berpeluang mempelajari teknik terbaik bagi mempersembahkan hasil video dalam menyalurkan maklumat yang lebih tersusun dan menarik sekaligus mendapatkan tanggapan positif masyarakat kepada jabatan.
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 137 Taklimat Kesedaran Keselamatan ICT telah dilaksanakan pada 6 Oktober 2022 dengan kehadiran 37 orang peserta di Dewan Muslimat, Masjid Wilayah Persekutuan bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan keselamatan ICT dan siber serta risiko yang berkaitan kepada warga JAWI. Taklimat disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Nazman Fariz Bin Mohd Noh, Penolong Pengurus Besar, Produk & Inovasi Keselamatan Siber, TM One dan Encik Mohamad Roshidi bin Rozali dari Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA). TAKLIMAT KESEDARAN KESELAMATAN ICT JAWI Cawangan Putrajaya telah menganjurkan Kursus Memperkasa Budaya Kerja Berpasukan pada 17 hingga 19 Ogos 2022 bertempat di USIMA Forest Resort, Melaka. Objektif kursus tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan ukhuwah serta meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga JAWI Putrajaya. Program berkenaan dihadiri oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan JAWI Putrajaya serta guru-guru SRA dan KAFA sekitar Putrajaya. Program tersebut disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. KURSUS MEMPERKASA BUDAYA KERJA BERPASUKAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 138 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Sepanjang tahun 2022, Bahagian Pembangunan telah berjaya melaksanakan 101 kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penyelenggaraan masjid, surau Jumaat, surau, Sekolah Rendah Agama dan tanah perkuburan Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Kerja-kerja pembaikan tersebut dilaksanakan menggunakan peruntukan perbelanjaan di bawah Akaun Amanah dan Mengurus. Kerjakerja penyelenggaraan dilaksanakan berdasarkan permohonan bahagian-bahagian di JAWI serta hasil lawatan tapak yang dilakukan secara berkala oleh kakitangan teknikal Bahagian Pembangunan. Antara skop kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan yang dilaksanakan adalah kerja-kerja pembaikan sivil, mekanikal dan elektrikal. Sejumlah 105 aduan kerosakan dan permohonan pembaikan diterima sepanjang tahun 2022 untuk tindakan penelitian sebelum kerja-kerja pembaikan dilaksanakan. Sepanjang tahun 2022, sebanyak lapan Tanah Perkuburan Islam (TPI) telah diselenggara dan dinaik taraf yang melibatkan kerja-kerja mengecat, membina pagar, menebang pokok dan kerja-kerja pembaikan am. Kerjakerja tersebut dilaksanakan bagi memastikan keselesaan dan kemudahan kepada ahli kariah dan masyarakat setempat termasuk, TPI Batu 3, Jalan Ipoh yang telah siap sepenuhnya pada pertengahan Oktober 2022. KERJA-KERJA MENGECAT, MEMBINA PAGAR DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM (TPI) PROJEK MENAIK TARAF, PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 139 Sepanjang tahun 2022, sebanyak 34 buah Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) telah diselenggara dan dinaik taraf oleh JAWI bagi memastikan pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih kondusif, Bahagian Pembangunan telah melaksanakan kerja-kerja mengecat blok bangunan, kelas dan kerja-kerja lain berkaitan. Sebagai contoh, di SIRAJ Saidina Uthman Bin Affan (SUBA), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur kerja-kerja pembaikan telah bermula pada Januari 2022 dan selesai sepenuhnya pada bulan Jun 2022. Dua blok bangunan, kelas dan kemudahan di persekitaran sekolah telah diberikan wajah baharu sesuai dengan imej SIRAJ SUBA sebagai Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI. Selain itu, pelajar-pelajar Pelajar KAFA Al-Ikhlasiah, Kg. Chubadak, Sentul juga dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih selesa setelah kerja-kerja naik taraf penggantian bumbung KAFA siap sepenuhnya pada November 2022. KERJA-KERJA NAIK TARAF SEKOLAH-SEKOLAH SELIAAN JAWI
LAPORAN TAHUNAN 2022 140 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KERJA-KERJA NAIK TARAF SURAU, SURAU JUMAAT DAN MADRASAH Bahagian Pembangunan telah melaksanakan sebanyak 21 kerja-kerja pembaikan dan naik taraf surau, surau Jumaat dan madrasah di Wilayah-Wilayah Persekutuan bagi memastikan umat Islam dapat beribadat dengan lebih selesa. Madrasah Raudhatul Muttaqin, Sentul merupakan salah satu daripada madrasah yang telah mendapat manfaat daripada kerja-kerja naik taraf yang dilaksanakan bagi memastikan semua infrastruktur, peralatan dan perkakasan elektrik berada pada tahap terbaik dan bersedia untuk digunakan sepenuhnya pada Oktober 2022. Selain itu, kerja-kerja naik taraf Surau Jumaat Ibadurrahman, PPR Kg. Limau juga telah dipergiatkan dan siap sepenuhnya pada awal Oktober 2022 bagi keselesaan penduduk setempat menunaikan ibadat. Manakala Surau Imam Asy-Syafie, Kem Perdana Sungai Besi pula telah mendapat penggantian karpet baharu setelah tujuh tahun digunakan. Prasarana surau tersebut juga ditambah baik demi keselesaan jemaah menunaikan ibadah melalui kerja-kerja naik taraf yang bermula pada 15 September 2022 dan siap sepenuhnya pada penghujung Oktober 2022. Kali terakhir JAWI melaksanakan kerja-kerja pembaikan di surau berkenaan adalah pada tahun 2016 melibatkan kerja-kerja naik taraf keseluruhan bangunan surau.
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 141 PROJEK PEMBINAAN BAHARU Selain daripada projek-projek penyelenggaraan dan naik taraf, JAWI juga terlibat dalam kerja-kerja projek pembinaan baharu dan pembangunan semula iaitu pembinaan Masjid Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2023. Projek pembinaan semula laluan keluar dan masuk melalui lebuhraya MRR2 di Tanah Perkuburan Islam Radhatul Sakinah (TPIRS) Kepong juga telah bermula pada awal tahun 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2023. Pembinaan semula laluan tersebut dijangka dapat membantu memudahkan waris mengunjungi tanah perkuburan berkenaan. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan diadakan secara berkala melibatkan wakilwakil bahagian di JAWI bagi membincangkan perkara perkara berkaitan peruntukan kewangan projek pembangunan, cadangan projek pembinaan baharu dan sedia ada serta kerjakerja penyelenggaraan dan pembaikan premispremis di bawah seliaan JAWI. MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 142 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Pada tahun 2022, JAWI telah menerima peruntukan sebanyak RM25 juta di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kerja-kerja naik taraf keseluruhan bangunan Kompleks Pusat Islam (KPI). Kerja-kerja naik taraf dijangka mengambil masa selama tiga tahun bermula daripada tahun 2022 hingga 2024. PROJEK MENAIKTARAF BANGUNAN KOMPLEKS PUSAT ISLAM, JALAN PERDANA, KUALA LUMPUR
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 143
LAPORAN TAHUNAN 2022 144 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 145 JAWI @MEDIA
LAPORAN TAHUNAN 2022 146 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN JANUARI
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 147 FEBRUARI
LAPORAN TAHUNAN 2022 148 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN MAC
LAPORAN TAHUNAN 2022 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 149 APRIL