The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgutni, 2023-01-04 00:41:59

MODUL DCA2232 BUILDING CONSTRUCTION 1

DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN 2023

b. Paip konkrit
Paip konkrit biasanya digunakan untuk sistem sanitari besar
yang memerlukan penggunaan paip-paip bersaiz besar lebih
daripada 225mm garispusat panjang paip konkrit ialah di antara
900mm hingga 4.0 meter dengan sambungan soket dan spigot

Rajah 34 : Paip konkrit yang disambung
c. Paip simen asbestos

Paip jenis ini mempunyai dinding yang lebih nipis daripada paip
konkrit dan biasanya permukaan luarnya disalut dengan
bitumen. Sambungannya biasanya menggunakan sambungan
sarung

Rajah 35 : Paip simen asbestos
d. Paip besi

Paip jenis ini diperbuat daripada besi tuang, bersoket dan
spigot. Paip-paip besi biasanya disaluti dengan bitumen atau tar
untuk melindunginya daripada berkarat. Paip-paip jenis ini

144

sesuai digunakan untuk saluran atas tanah atau saluran bawah
tanah tetapi biasanya digunakan untuk saluran atas tanah

Rajah 36 : Paip besi
e. Paip mudah lentur

Paip mudah lentur biasanya diperbuat daripada plastik atau
polivinil klorida (PVC). Paip jenis ini sesuai digunakan untuk
saluran-saluran dalam bangunan dan saluran air hujan.
Sambungannya biasanya menggunakan sarung dan glu.

Rajah 37 : Paip mudah lentur jenis poly

Rajah 38 : Paip mudah lentur jenis PVC serta soket
penyambungannya

145

3.5.3 Selekoh dan pencawang
Semua jenis paip disediakan dengan kelengkapan

oemasangan untuk selekoh dan pencawang. Paip selekoh
diperlukan apabila berlaku penukaran arah pada sesuatu sistem
saluran. Terdapat beberapa sudut selekoh 15º, 30º, 45º, 60º, 75º
dan 90º. Paip-paip pencawang diperlukan untuk menyambung
hujung-hujung paip dari arah yang berlainan. Cabangnya sama ada
bersudut tepat atau serong

3.5.4 Perangkap sanitari
Langkah-langkah perlu diambil untuk menyekat gas-gas

kotor dan beracun yang terdapat di dalam saluran daripada masuk
ke dalam bangunan. Di antara gas-gas yang terdapat di dalam
saluran ialah gas oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hydrogen,
hydrogen sulfide, metana, karbon monoksida dan sulfur dioksida.
Gas-gas tersebut sesetengahnya sangat bahay pada kesihatan
dan boleh membawa maut jika terhidu berlebihan.

Penyekatan gas-gas tersebut dilakukan dengan
menggunakan perangkap sanitari yang dibuat berasingan atau
bergabung dengan kelengkapan sanitari. Konsep perangkap
sanitari ini ialah untuk menghasilkan suatu adang gas daripada air
yang terperangkap di dalam saluran yang berbentuk U tanpa
menghalang kelancaran pengaliran air di dalam paip.
Perangkap sanitari sama ada dalam bentuk S atau P dan terdapat
sesetengahnya yang berbentuk Q. Disebabkan oleh bentuk-bentuk
tersebut, ia dinamakan dengan nama perangkap S, perangkap P
dan perangkap Q. Terdapat juga perangkap botol, perangkap
gegeluk dan perangkap antara.

146

Rajah 39 : Jenis-jenis perangkap

Rajah 40 : Perangkap gegeluk

3.5.5 Pemasangan paip-paip sanitari

3.5.5.1 Mencerunkan dasar parit
Saluran sanitari biasanya dipasang di bawah
permukaan tanah. Maka, parit-parit sementara perlu
digali sama ada dengan menggunakan peralatan
tangan atau jentera pengorek. Tidak seperti parit-pairt
untuk pembinaan asas, dasar parit-parit untuk saluran
sanitari mestilah dibuat cerun. Penentuan
kecerunannya adalah bergantung pada saiz paip dan
bilangan pengguna. Untuk menjamin kelancaran
pengaliran air, kecerunannya mestilah seragam dari
hujung ke hujung. Walaupun terdapat alat-alat moden
dan automatik, kaedah mencerunkan dasar parit
secara tradisi masih lagi diutamakan dan dipraktikkan

147

kerana penggunaan alat-alat moden dan automatik
lebih mahal serta memerlukan orang yang mahir untuk
mengendalikannya, menyebabkan ia tidak ekonomi
bagi projek-projek kecil. Cara yang biasa dilakukan
ialah :

a. Penggunaan rod aras
Kerja-kerja penggalian biasanya dimulakan dari hujung
yang cetek.

Rajah 41 : Kaedah mencerun parit dengan rod aras

• Gali perparitan kira-kira 4 meter panjang dan
pacakkan pancang pertama (A) untuk dasar yang
tercetek

• Pacakkan pancang B, 3 meter dari pancang A dan
araskan dengan menggunakan timbang air yang
diletakkan di atas papan lurus

• Pacakkan pancang B2 dan benamkan 75mm di
bawah paras pancang B (untuk cerun 1:40) atau
50mm (untuk cerun 1:60) dan sebagainya

• Dirikan rel aras R di atas pancang A. Tinggi di
antara bahagian A hendaklah sama dengan
ketinggian rod aras yang akan digunakan

• Dirikan rel aras R2 pada hujung parit yang
terendah sekali. Bagi mendapatkan kecerunan

148

menyeluruh, dirikan rod aras di atas pancang B2
dan laras ketinggian rel aras R2 dengan
memerhati dari R sehingga kedudukan rel pada R,
rod aras dan rel pada R2 sejajar (menjadi satu
garis lintang)
Kerja mencerunkan dasar parit seterusnya ialah
dengan bantuan rod aras tadi yang dilaras
dengan panduan rel aras R dan rel aras R2
dengan cara tilikan atau dengan merentangkan
benang di antara kedua-dua rel tersebut.
Pancang-pancang paras dasar hendaklah
diletakkan di jarak-jarak yang sesuai.

b. Penggunaan alat aras spirit dan papan lurus

Rajah 42 : Kaedah mencerun parit dengan alat aras spirit

Kerja-kerja mencerunkan dasar parit dengan
menggunakan alat aras spirit dijalankan bersama-sama
dengan sebatang papan lurus kira-kira 3 meter panjang.
Papan tersebut diserongkan mengikut kecerunan parit
yang ditetapkan. Setelah dasar parit dicerunkan secara
rambang, papan lurus diletakkan dengan hujung yang
lebar berada pada bahagian parit yang dalam. Letakkan

149

alat aras spirit di atasnya. Jika kedudukan buih pada alat
aras spirit berada di tengah-tengah bermakna cerun
dasar parit tersebut adalah betul

Rajah 43 : Kecerunan paip yang betul dan salah

3.5.5.2 Menyusun paip-paip saluran
Batang-batang paip saluran bersoket mestilah

diletakkan dengan keseluruhan bahagian paipnya
berada di atas dasar pasir setebal 75mm dan soketnya
menghala kea rah hujung yang tinggi. DI bawah
sambungan-sambungan, dasar parit hendaklah
dilekukan untuk ruang tangan supaya kerja-kerja
mengisi mortar pada soket dapat dijalankan dengan
sempurna. Apabila menyambung hujung-hujung paip
hendaklah ditemukan dengan kemas dan rapat kerana
jika terdapat ruang di antara kedua-dua hujung

150

tersebut, mortar akan masuk ke dalamnya dan
seterusnya timbul ke permukaan paip.

Cara yang biasa dilakukan apabila
menyambung paip ialah dengan meletakkan mortar
pada bahagian bawah soket sebelum memasukkan
hujung spigot paip. Semasa memasukkan hujung
spigot, ia hendaklah dilakukan dengan mangangkat
dan melaras sehingga kedudukannya tepat sebelum
menolak masuk dengan cermat dan jangan sampai
tertolak mortar di dalam soket. Apabila sudah tepat
kedudukannya, barulah mortar diisikan sepenuhnya
dan dikemaskan dengan kulir.

Untuk menguji kecerunan setiap paip,
biasanya dijalankan dengan menggunakan alat aras
spirit dan sebatang kayu lurus yang dibuat dengan kayu
25mm x 50mm x 750mm panjang. Sebatang skru
dipasang pada satu daripada hujungnya yang mana
julurnya bergantung pada cerun pemasangan paip.
Ujian dijalankan pada bahagian dalam paip.

3.5.5.3 Menguji pemasangan saluran sanitari

Selepas kerja-kerja pemasangan paip siap,
beberapa ujian perlu dijalankan untuk menjamin
keberkesanannya. Tujuan ujian-ujian ini dijalankan
adalah untuk :

a. Menguji kedap udara dan kedap airnya
Ia boleh dijalankan dengan menggunakan salah
satu daripada tiga cara iaitu :

Ujian air – Hujung saluran yang lebih rendah
terlebih dahulu disumbat dengan penyumbat.
Hujung saluran yang tertinggi pula disambung

151

dengan paip selekoh dan paip lurus sementara
yang dipasang secara tegak. Melalui paip tegak
tadi, isikan air sehingga penuh termasuk paip tegak
tadi. Biarkan selama kira-kira satu jam dan
tandakan kedudukan paras air di dalam paip.
Selepas dibiar selama satu jam, kita akan dapati
paras air yang penuh tadi akan menurun
disebabkan sebahagian kecil air akan meresap ke
dalam mortar dan lubang-lubang seni pada paip.
Paras air biasanya tidak akan turun lagi apabila
diperiksa dalam masa 30 minit jika tiada berlaku
kebocoran dimana-mana sepanjang saluran yang
diuji.

Ujian tekanan atau udara – Kedua-dua hujung
saluran hendaklah disumbat dengan ketat. Dengan
menggunakan pam yang dilengkapi jangka
tekanan, pamkan angin ke dalamnya sehingga
mencapai 100mm dan biarkan selama 5 minit. Jika
tekanannya turun tidak melebihi 25mm, bermakna
saluran yang diuji adalah baik.

Ujian asap – Prosedurnya sama dengan ujian
angina, tetapi sebarang kebocoran akan dapat
dikesan disebabkan oleh asap yang dipamkan ke
dalam saluran.

b. Menguji kelurusan saluran
Kaedah digunakan dengan menggunakan cermin
dan cahaya atau api. Jika hujung saluran dapat
dilihat dengan jelas pada hujung saluran satu lagi
maka paip sanitasi ini adalah dalam keadaan lurus.
Memastikan tiada sebarang mortar yang terunjur
ke permukaan dalam saluran

152

c. Menguji kelicinan sambungan-sambungan dan
pembelokan
Ujian kelicinan menggunakan sebiji bola seperti
bola pingpong yang saiznya lebih kecil dari garis
pusat paip. Cara bola digolekkan ke dalam paip
tanpa sebarang sekatan.

Rajah 44 : Contoh paip-paip yang telah disambung sebelum
ditimbus dengan tanah

3.5.6 Ruang pemeriksaan
Lurang atau ruang pemeriksaan mempunyai tujuan yang

sama iaitu untuk memudahkan kerja pemeriksaan dan kerja
penyelenggaraan saluran tersebut. Perbezaannya ialah ruang
pemeriksaan yang dalamnya melebihi 900mm dipanggil lurang
manakala yang kuran 900mm dipanggil ruang pemeriksaan.
Lazimnya, ruang pemeriksaan diperlukan apabila sesuatu saluran
itu berterusan terlalu panjang. Ia juga diperlukan apabila sesuatu
saluran itu berterusan terlalu panjang, membelok, bercabang atau
berubah kecerunan.

Rajah 45 : Ruang pemeriksaan

153

Latihan BC1 K3
1. Senaraikan aktiviti yang terlibat dalam kerja tanah (C1)
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
…………………….
2. Apakah masalah yang akan timbul sekiranya perangkap kelodak tidak
disediakan dalam tapak pembinaan yang sedang dijalankan? (C3)
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
…………………….

3. Sistem sanitari merupakan sistem saliran pengaliran air basuhan dan
kotoran dari bangunan bagi tujuan penghapusan. Lakarkan sistem sanitari
tersebut (C3)

Aliran Sisa Dari Bangunan Ke Kumbahan

Air Jalan
Hujan Lurang

Kebuk Pemeriksaan

154

4. Paip salir terbahagi kepada tiga jenis. Bandingkan ketiga-tiga sistem
tersebut dalam bentuk jadual (C4)

Sistem Paip Perbezaan / Keterangan
Salir

Berasingan • Menggunakan dua paip salir iaitu satu paip
Gabungan salir menyalirkan najis dan air sisa dan lagi
satu paip salir untuk menyalirkan air
permukaan sahaja ke pembetungan.

• Diameter paip salir yang digunakan lebih kecil
berbanding dengan diameter paip salir yang
digunakan dalam sistem gabungan

• Kelebihan, tiada kesan yang ketara apabila
berlaku hujan lebat yang menyebabkan
kuantiti air permukaan menjadi tinggi
Kekurangan, kerja pembinaan dan
pemasangan paip lebih banyak

• Sistem yang menyalirkan najis, air sisa dan air
permukaan melalui satu set paip salir menuju
ke pembetung awam

• Perlu menggunakan paip salir berdiameter
besar

• Akan menghadapi masalah sekiranya berlaku
kadar hujan yang tinggi, maka jumlah aliran
kumbahan dan air permukaan menjadi lebih
tinggi

Berasingan • Sistem yang menggunakan dua paip salir
separa Jika dibandingkan dengan sistem berasingan,
sistem ini menggunakan paip salir air permukaan
yang lebih pendek maka kos dapat dikurangkan
kerana pengurangan kerja pemasangan,
penyambungan, penyokongan dan bilangan paip.

155

Skema Jawapan
1. Senaraikan aktiviti yang terlibat dalam kerja tanah (C1)

i. Pembersihan
ii. Pengorekan
iii. Pemunggahan / Pengangkutan
iv. Pemadatan
v. Pencerunan

2. Apakah masalah yang akan timbul sekiranya perangkap kelodak tidak
disediakan dalam tapak pembinaan yang sedang dijalankan? (C3)

Jalan keluar mauk akan menjadi becak dan berselut kerana tidak
diasingkan terlebih dahulu dari tayar jentera
Kemungkinan air yang dilpeaskan ke saluran luar kawasan
pembinaankotor dan boleh menyebabkan tersumbat

3. Sistem sanitari merupakan sistem saliran pengaliran air basuhan dan
kotoran dari bangunan bagi tujuan penghapusan. Lakarkan sistem sanitari
tersebut (C3)

Aliran Sisa Dari Bangunan Ke Kumbahan

Air Jalan
Hujan Lurang

Kebuk Pemeriksaan

156

4. Paip salir terbahagi kepada tiga jenis. Bandingkan ketiga-tiga sistem
tersebut dalam bentuk jadual (C4)

Sistem Paip Perbezaan / Keterangan
Salir

Berasingan • Menggunakan dua paip salir iaitu satu paip
Gabungan salir menyalirkan najis dan air sisa dan lagi
satu paip salir untuk menyalirkan air
permukaan sahaja ke pembetungan.

• Diameter paip salir yang digunakan lebih kecil
berbanding dengan diameter paip salir yang
digunakan dalam sistem gabungan

• Kelebihan, tiada kesan yang ketara apabila
berlaku hujan lebat yang menyebabkan kuantiti
air permukaan menjadi tinggi

• Kekurangan, kerja pembinaan dan
pemasangan paip lebih banyak

• Sistem yang menyalirkan najis, air sisa dan air
permukaan melalui satu set paip salir menuju
ke pembetung awam

• Perlu menggunakan paip salir berdiameter
besar

• Akan menghadapi masalah sekiranya berlaku
kadar hujan yang tinggi, maka jumlah aliran
kumbahan dan air permukaan menjadi lebih
tinggi

Berasingan • Sistem yang menggunakan dua paip salir
separa • Jika dibandingkan dengan sistem berasingan,

sistem ini menggunakan paip salir air
permukaan yang lebih pendek maka kos dapat
dikurangkan kerana pengurangan kerja
pemasangan, penyambungan, penyokongan
dan bilangan paip.

157

BAB 4
CIVIL AND EXTERNAL

WORKS

158

4.1 Saliran Luar, Penutup Saliran, Apron dan Sistem Kumbahan

4.1.1 Pengenalan
Pemasangan parit saliran di sekeliling bangunan

danteknologi pembinaan menjejaskan fungsi perkhidmatan
bangunan terutamanya bagi bangunan tinggi. Ia berkaitan dengan
kos pembinaan dan menentukan sama ada rancangan pembinaan
dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, adalah perlu untuk
menjelaskan parit saliran mengikut keperluan sebenar bangunan.
Titik pemasangan, meningkatkan tahap teknikal yang berkaitan,
dengan pembangunan ekonomi, serta keperluan material rakyat,
semakin banyak bangunan tinggi telah berjaya dibina,
menyediakan perumahan dan pejabat untuk orang ramai, dan
pembinaan bangunan tinggi juga telah membawa banyak
pembinaan berskala besar. Masalah, seperti masalah saliran,
adalah salah satu masalah yang paling serius. Dengan
perkembangan sains dan teknologi, walaupun negara saya sudah
mempunyai sistem perparitan yang canggih, masih banyak
masalah di pinggir bangunan yang banyak, dan masalah sistem
perparitan tidak dapat diselesaikan. , akan menjejaskan kehidupan
rakyat. Editor industri berikut akan berkongsi dengan anda tentang
pemasangan sistem parit saliran di sekeliling bangunan dan
masalah dalam pembinaan, dan mencadangkan langkah balas,
dengan harapan dapat memberikan bantuan kepada kakitangan
yang berkaitan.

Parit saliran pinggir bangunan menentukan keselamatan
dan keselesaan bangunan. Oleh itu, parit saliran luar bangunan
mestilah direka bentuk secara saintifik. Untuk air sisa domestik dan
air sisa lain di dalam bangunan, kaedah yang cekap dan
menjimatkan mesti diguna pakai, dan reka bentuk sistem perparitan
Ia berkaitan dengan reka bentuk dan meletakkan paip. Bagi

159

pemasangan parit saliran di sekeliling bangunan, bentuk parit
saliran yang berbeza hendaklah dipasang mengikut bentuk pelan
yang berbeza.

Sebagai contoh, parit saliran siap yang diperbuat daripada
konkrit resin mempunyai kelebihan rintangan kakisan dan
perlindungan alam sekitar, dan ia mempunyai ciri-ciri penurunan
berat badan, anti-penuaan, anti-beku dan rintangan kakisan,
kapasiti galas yang kuat, permukaan licin dan kebolehtelapan sifar.
. Kunci anti-kecurian yang unik digunakan di antara setiap plat
penutup parit saliran dan parit untuk memastikan integriti sistem
parit saliran. Ciri-ciri kutipan air dan kapasiti saliran yang
mengagumkan dapat mengelakkan penenggelaman tanah di
dataran sekitar bangunan pada tahap tertentu. Akhir sekali,
pelabuhan pemeriksaan perlu disediakan. Port pemeriksaan perlu
disediakan setiap lapisan lain di antara lapisan bawah riser dan
lapisan atas yang mengandungi peralatan kebersihan. Paip saliran
juga perlu dipasang dan disediakan sebelum pembinaan.
pembangunan ke arah yang telah ditetapkan. Dan dalam proses
pelaksanaan, beri perhatian kepada perkara-perkara yang perlu
diberi perhatian, selepas pemasangan dan pembinaan selesai,
menjalankan pemeriksaan, mencari kesilapan dalam masa, dan
merekodkannya untuk mengumpul pengalaman untuk generasi
akan datang.

4.1.2 Ciri-ciri pemasangan parit saliran di luar bangunan

Parit saliran linear sesuai untuk pinggir bangunan.
Permukaan kerja pembinaan sangat kecil, operasi keseluruhannya
mudah, dan kelajuan pemasangan adalah pantas. Ia tidak perlu
meletakkan bata dan memasang acuan seperti parit tuangan simen
biasa, dan ia tidak akan mengambil terlalu banyak ruang dan
mengurangkan kerja yang berkaitan. Bahan operasi juga
menjimatkan sebahagian daripada kos bahan. Kesan selepas siap
cantik dan tahan lama. Pada masa yang sama, kerana parit saliran

160

linear menggunakan mod pengeluaran dan pemasangan modular,
lebih mudah untuk beroperasi dan dipasang secara manual semasa
pembinaan. Pemasangannya sangat mudah dan pantas, dan
tempoh pembinaannya juga singkat. Ia boleh mengurangkan kos
buruh dan kos pemasangan. Menurut ringkasan pelbagai projek
yang sebenarnya dibekalkan sebelum ini, dua orang bekerjasama
untuk memasang, dan pemasangan harian boleh mencapai kira-
kira 100 meter. Sekiranya bilangan longkang banyak, kemudahan
pemasangan adalah lebih menyerlah.

4.1.3 Perkara yang perlu diambil kira semasa pembinaan parit saliran
luar

• Ketahui keperluan menanggung beban projek
• Pilihan bahan penutup dan jahitan tengah dan sisi
• Ketinggian penutup slot
• Penentuan lokasi telaga jatuh dalam sistem slot
• Penutup yang sesuai dan betul
• Jenis dan saiz alur yang betul
• Dikelilingi oleh konkrit yang mempunyai kekuatan

yang sesuai.

4.2 Kerja Jalanraya dan Tempat Letak Kereta Atas Tanah, Permukaan Jalan,
Penandaan Jalan, Pembahagi Jalan (Kerbs) dan Papan Tanda Jalan

4.2.1 Pengenalan
Jalanraya ialah yang menghubungkaitkan satu kawasan dengan

kawasan yang lain. Secara asasnya, pembinaan jalan raya ialah proses
pembukaan ruangan-trafik yang mengatasi pelbagai rintangan geografi.
Proses ini melibatkan pengalihan muka bumi,
pembinaan jambatan dan terowong, malah pengalihan tumbuh-
tumbuhan(Ini mungkin melibatkan penyahhutanan). Pelbagai jenis
jentera-bina-jalan akan digunakan untuk proses ini.

161

Muka Bumi harus diuji untuk melihat sama ada ia mampu untuk
menampung keberatan kenderaan. Seterusnya, jika perlu, tanah yang
lembut akan diganti dengan tanah yang lebih keras. Lapisan tanah ini akan
dianggap sebagai lapisan asas. Seterusnya, di atas lapisan asasan ini
akan dilapisi dengan satu lapisan lagi yang dipanggil lapisan muka.
Biasanya lapisan muka adalah terbina daripada Tar ataupun konkrit.

Pengaliran air merupakan salah satu faktor yang harus diambil kira
dalam pembinaan jalan raya. Air yang menakung di atas jalan raya
selepas hujan bukan sahaja akan membahayakan pengguna jalan raya,
malah ia akan menghakis dan sekali gus merosakkan struktur jalan raya.
Daripada itu permukaan jalan raya sebenarnya tidak betul-betul rata,
sebaliknya mempunyai landaian yang berarah ke longkang di tepi.
Daripada itu, air akan mengalir ke longkang secara semula jadi.

Selepas itu, retroflector akan dipasang di tempat-tempat yang
genting seperti selekoh yang tajam. Di permukaan jalan mungkin juga
akan diletak "mata kucing", yakni sejenis objek bersinar seperti batu yang
"ditatahkan" di atas jalan raya. Fungsinya adalah untuk menandakan
sempadan laluan. Seperti semua bangunan/binaan lain, kualiti jalan akan
merosot dengan masa. Rekahan dan lubang akan terjadi. Namun,
terdapat dua faktor yang boleh menyebabkan jalan rosak dengan cepat:

• Kualiti jalan yang kurang, contohnya tiada sistem saliran yang
cekap atau lapisan tar yang terlalu nipis.

• Berat kenderaan melebihi kapasiti, sama ada kerana jumlah trafik
yang banyak atau digunakan oleh kenderaan yang lebih muatan.

162

4.2.2 Pengelasan Jalanraya

Jalanraya boleh dikelaskan seperti dalam Jadual 1 :

Jenis Jalanraya Keterangan

Jalan Persekutuan Jalan yang menghubungkan antara
negeri dengan saiz lebar 6.10m bagi

lalulintas 2 hala dan tebal 0.23m (9
inci).

Jalan Negeri Jalan yang menghubungkan antara

bandar dalam negeri berkenaan
dengan saiz yang sama.

Jalan Bandar Rangkaian jalan dalam bandar
dengan saiz yang sama tetapi dengan

ketebalan 20mm

Jalan Kampung Merujuk kepada laluan bagi

mengangkut produk ke pasaran.
Ketebalan minimum adalah 15 mm

dan lebar 4.50 meter

Jadual 1

4.2.3 Kerja-Kerja Dalam Pembinaan Jalan
a) Kerja tanah
• Pembersihan Tanah dan Grubbing
[Grubbing iaitu proses mengeluarkan semua pokok-
pokok, semak-semak, tumbuhan-tumbuhan, tunggul-
tunggul, akar-akar dan menyingkirkan tanah atas]
• Menyingkir struktur (tidak diperlukan)
• Menggali laluan jalan
• Menggali untuk struktur ( Peparit untuk saluran)
• Penambakan
• Penyediaan Subgred

163

b) Lapisan tapak dan subtapak
Penempatan, pemampatan batu baur atau pasir dan kelikir.
Kerja tapak dan lapisan tapak adalah penyediaan untuk
subgred jalan raya.

c) Lapisan permukaan
Turapan terbahagi kepada dua iaitu turapan tegar (konkrit)
dan turapan boleh lentur (bitumen). Turapan Konkrit samada
bertetulang atau tanpa tetulang

d) Saliran dan perlindungan cerun
Item ini mengandungi pembinaan dan pembinaan semula paip
culvert dan saliran rebut :
• Riprap Turapan /Grouted Riprap - mortar dituang untuk
diguna bagi melindungi tanah curam dari berlaku
gelinciran dan runtuhan
• Masonri batu - diguna bagi membina struktur
minor seperti tembok penahan dan headwall
(culvert).
• Tembok gabion

4.2.4 Bahagian-bahagian Jalanraya
Bahagian-bahagian jalan bergantung kepada jenis jalan samada
Turapan Lentur atau Turapan Tegar. Turapan Tegar diperkuatkan
dengan lapisan papak konkrit bertetulang
Turapan Lentur tidak mempunyai tetulang dan terdiri dari lapisan-
lapisan berikut:

Lapisan Subgrade
Lapisan Subtapak
Lapisan Tapak

Lapisan Permukaan Berbitumen
• Lapisan pengikat (Binder
Course)
• Lapisan Haus (Wearing
Course)

164

Rajah 1 : Keratan Jalanraya

a. Lapisan permukaan
Terdiri daripada 2 lapisan iaitu :
• Lapisan pengikat
Digunakan untuk mengagihkan beban ke bawah
jalan. Menyediakan permukaan yang rata untuk
membina lapisan serta saiz maksimum batu baur
yang digunakan adalah 28mm dan dicampurkan
dengan peratusan bitumen dari 4-6%.

• Lapisan haus

Lapisan pada permukaan yang paling atas

dengan fungsi utamanya adalah kepada

keselamatan pengguna jalanraya. Saiz

maksimum batu baur adalah 20mm dan

dicampurkan dengan bitumen dengan peratusan

4.5-7%. Selain itu, ia berfungsi sebagai:

- Menyediakan rintangan gelinciran

- Melindungi permukaan jalan

- Menyediakan permukaan selamat dan

selesa

- Mengekalkan lelasan (abrasion)

daripada trafik

- Sebagai penyaliran dengan

menyediakan lapisan kalis air, laluan

air larian permukaan ke longkang

sebelah.

165

b. Lapisan tapak
Lapisan ini biasanya mengandungi bahan berbutir/granular
seperti crushed stone, crushed/uncrushed slog,
crushed/uncrushed gravel dan sand (Unbound). Lapisan
tapak turapan lentur mesti bertujuan membantu untuk
mengagihkan beban.
Cukup kuat untuk menanggung beban tanpa kegagalan ricih
dan aluran yang terhasil. Mesti membenarkan air mengalir ke
sisi struktur turapan. Lapisan tapak juga mesti menghalang
penyusupan bahan ke subgred

c. Lapisan subtapak
• Komponen subtapak terdiri daripada bahan berkualiti tinggi
yang biasanya digunakan untuk pembinaan subgred.
Keperluan untuk bahan subtapak biasanya dari segi
penggredan, kualiti dan kekuatan.

• Fungsi subtapak adalah:
- Mengekalkan lapisan tapak jalan dan mengagihkan
beban dari kenderaan.
- Bertindak sebagai lapisan saliran (jika bahan yang
digunakan mampu mengalirkan air
- Boleh digunakan sebagai jalan sementara semasa
pembinaan
- Untuk melindungi subgred dari kegagalan disebabkan
kesan iklim.
- Sebagai lapisan penghalang untuk mengelakkan
pencampuran bahan lapisan tapak dan subgred.

4.2.4 Proses pembinaan jalanraya
Proses pembinaan jalan raya mengandungi beberapa prosedur.
Dalam kes tertentu prosedur-prosedur yang dinyatakan juga
berkait dengan kontrak yang perlu dipatuhi. Oleh itu perhatian dan

166

penelitian perlu diberi sebaik mungkin supaya kerja-kerja yang
dijalankan mengikut perjanjian kontrak. Proses pembinaan ini
mengandungi perincian / prosedur seperti berikut:
1. Menjalankan kerja survey bagi menentukan poin rujukan pada

kawasan pavemen sedia ada bertujuan menentukan kawasan
kerja pembinaan.
2. Menyingkir lapisan tumbuhan dan mengasingkan atau
menempat semula pokok-pokok yang perlu dikekalkan
3. Jika kerja-kerja utiliti seperti pemasangan paip pembetung
perlu dilakukan dalam program kerja kontraktor, maka kerja–
kerja tersebut perlu dilakukan sebelum bermulanya kerja–kerja
pembinaan jalan raya.
4. Jika penempatan lampu jalan perlu dilakukan, penapak konkrit
perlu dibina sebelum curb and gutters ditempatkan. Konduit
elektrik akan diletakkan kemudian.
5. Menempatkan bebendul konkrit dan saliran (Concrete kerb
and gutter) serta kaki lima konkrit.

Rajah 2 : Bebendul konkrit dan saliran
6. Sebarang conduit elektrik akan ditempatkan di belakang

bebendul jalan yang baru.
7. Lapisan asas asphalt ditempatkan selepas bebendul konkrit

telah mengeras dan terawet secukupnya serta siap semua
kerja utiliti.

167

8. Pembinaan landskap dan pembersihan tapak adalah kerja-
kerja akhir yang perlu dilakukan bagi menyempurnakan projek
pembinaan jalanraya.

4.2.5 Penandaan JalanTempat letak kenderaan
Penandaan permukaan jalan raya atau garisan

jalan adalah bahan yang digunakan pada permukaan
jalan yang terdiri daripada garisan memanjang serta
penanda jalan seperti anak panah. Ianya berfungsi sebagai
menyampaikan maklumat kepada pengguna jalan raya dan
mengawal aliran trafik lancar.

Contoh penandaan jalan yang biasa antaranya adalah :

a. Pepaku jalan
Pepaku jalan adalah alat kawalan lalu lintas yang
digunakan secara umum untuk memberi kesan baik
kepada pemandu semasa waktu hujan. Ianya dicipta
oleh Percy Shaw dari Boothtown, Halifax, West
Yorkshire, England pada tahun 1930. Antara lokasi-
lokasi yang memerlukan pepaku jalan ialah
selekoh, persimpangan, hujung pembahagi jalan dan
sebagainya

Rajah 3 : Pepaku jalan

168

b. Jalur bergetar
Jalur bergetar adalah ciri keselamatan jalan raya untuk
memberikan amaran kepada pemandu yang hilang
tumpuan
disebabkan mengantuk atau keletihan dengan melalui
bunyi getaran dan gegaran permukaan
apabila tayar bergerak di atas permukaan jalur
tersebut.[10] Dengan adanya jalur bergetar, ianya dapat
menyedarkan pemandu yang tersasar dari laluan jalan
raya yang sepatutnya pemandu berada atau untuk
mengelakkan memasuki laluan bertentangan arah dan
akan mengurangkan risiko berlakunya kemalangan.

c. Garisan jalan
Terdapat banyak jenis garisan jalan yang digunakan
antaranya menggunakan :
a) Cat : kadang-kadang dengan bahan tambahan
seperti manik kaca pantul songsang,[11] dan
biasanya digunakan untuk menandakan garisan
jalan. Ianya juga digunakan untuk menandai ruang
di tempat letak kereta atau ruang tujuan khas
untuk tempat letak kenderaan kurang upaya, dan
kawasan parkir terhad
b) Batu : Di jalan-jalan yang ditar dengan batu-
batuan atau batu bata, garisan jalan ini boleh
dibuat dengan batu berwarna putih,
seperti marmar atau batu berwarna terang lainnya.
Penandaan sejenis ini tahan lama, tetapi boleh
menjadi licin dalam keadaan hujan atau basah
c) Manik kaca : Manik kaca atau glass
beads digunakan untuk memantulkan cahaya dari
permukaan garisan jalan yang dapat dilihat sama
ada basah atau kering

169

Jenis-jenis garisan jalan adalah :

Rajah 4 : Jenis-jenis garisan jalan
4.2.6 Papan Tanda Jalanraya

Kewujudan papan tanda di jalan raya adalah untuk
memberikan panduan kepada para pengguna jalan raya.
Semua papan tanda yang ada di atas jalan raya adalah
mudah untuk di fahami dan memiliki saiz huruf yang sesuai
bagi tujuan memudahkan para pengguna jalan raya untuk
membacanya. Setiap papan tanda mempunyai arahan dan
juga tujuan yang tertentu dan dapat dibahagikan kepada
empat bahagian iaitu papan tanda mandatori, papan tanda
larangan, papan tanda amaran dan papan tanda maklumat.

170

Papan tanda ini adalah merupakan salah satu undang-
undang yang telah ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan
Jalan Raya (JKJR) supaya keselamatan orang ramai lebih
terjamin. Maka, kepatuhan terhadap papan tanda adalah
amat penting untuk mengelakkan risiko kemalangan
daripada berlaku.

Tujuan papan tanda ini adalah untuk mengingatkan
kita agar lebih berhati-hati dan beringat sewaktu memandu.
Namun, kebanyakan rakyat Malaysia sering mengingkari
papan tanda jalan raya ini dan menyebabkan berlakunya
sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan dan
pergaduhan di atas jalan raya. Maka, untuk mengelakkan
perkara sebegini daripada berlaku, pematuhan terhadap
papan tanda jalan raya adalah amat penting. Papan tanda
jalan raya berfungsi untuk melancarkan trafik lalu lintas.
Kebiasaannya, papan tanda ‘dilarang meletakkan
kenderaan’ diletakkan di beberapa kawasan yang tertentu
bertujuan bagi mengelakkan kesesakan berlaku.

171

4.2.7 Contoh papan tanda jalanraya
a. Papan tanda larangan

172

b. Papan tanda mandatory
c. Papan tanda had laju

173

d. Papan tanda amaran

174

e. Papan tanda pembinaan sementara
f. Papan tanda maklumat

175

g. Papan tanda lebuh raya

4.2.8 Tempat Letak Kenderaan
Tempat letak kenderaan (TLK) ialah ruang atau

kawasan khas atau lot atau petak yang disediakan secara
terancang dan tersusun sebagai tempat untuk meletak
kenderaan. TLK juga perlu disokong dengan penyediaan
elemen lain seperti landas angkat (ramp), laluan bagi orang
kurang upaya (OKU), papan tanda, laluan pejalan kaki dan
susunatur landskap. Peruntukan perundangan, piawaian
dan garis panduan yang perlu diambilkira dalam
perancangan dan pembangunan kemudahan TLK
antaranya ialah Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976
[Akta 172], Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 [Akta 133],

176

Undang-undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 dan lain-
lain lagi.

Satu garis panduan telah dikeluarkan oleh Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa di bawah Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
pada tahun 2018. Garis Panduan ini disediakan sebagai
panduan dan rujukan Pihak Berkuasa negeri (PBN), Pihak
Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), agensi teknikal dan
pihak-pihak yang terlibat dalam merancang, mengawal dan
membangunkan kawasan khususnya keperluan TLK
semasa penyediaan pelan-pelan pembangunan. ( Garis
panduan ).
Terdapat lima prinsip perancangan yang digunakan dalam
pembinaan TLK iaitu :

a. Sistematik dan mesra pengguna
b. Kemudahsampaian
c. Inovatif dan responsif
d. Estetik dan keindahan
e. Keselamatan

177

Jadual 2

178

Jadual 3

179

Jadual 4

180

Jadual 5

181

Jadual 6

182

Jadual 7

183

4.3 Pagar dan Pintu Pagar
Kerja memagar sering dilakukan pada satu kawasan kediaman

atau sebarang kawasan bangunan. Tujuan utama pembinaan pagar dan
pintu pagar adalah sebagai penentuan sempadan, menunjukkan had
tapak bina atau suatu kawasan, sebagai halangan atau perlindungan,
membantu mengehadkan atau menghalang pandangan, membentuk
signal visual serta dijadikan sebagai nilai estetika dan prestij.

Satu garis panduan yang dinamakan Garis Panduan Perancangan
Gated Community and Guarded Neighbourhood telah disediakan bagi
membantu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), pihak berkuasa tempatan
(PBT), dan agensi-agensi teknikal dalam merancang dan mengawal
pembangunan perumahan berkonsepkan gated community (GC) dan
guarded neighbourhood (GN). Garis panduan ini juga memberi panduan
asas kepada pemaju dan persatuan penduduk dalam membangunkan GC
dan GN ini. (Garis Panduan).

Rajah 5 : Panduan pembinaan pagar, pintu pagar dan tembok di kawasan
perumahan

184

Rajah 6 : Ilustrasi pagar yang mempunyai kesan daya kenampakan yang terlalu
tinggi

4.3.1 Jenis-jenis pagar
• Pagar besi

• Pagar kayu

185

• Pagar setengah
• Pagar batu
• Pagar simen

186

• Pagar logam
• Pagar chain link
• Pagar railing tangga

187

• Pagar laser cutting ornament
• Pagar tinggi
• Pagar bata dan besi

188

4.3.2 Jenis-jenis Pintu Pagar
• Jenis buka
Biasanya digunakan untuk saiz pagar yang tidak begitu
besar antara 9 – 12 kaki. Sekiranya melebihi ukuran 12
kaki, dibimbangi pagar jenis ini akan mudah jatuh dan
tanggal

• Jenis lipat
Jenis ini sangat menjimatkan ruang semasa pintu pagar
dibuka. Saiz yang terbaik adalah antara 15 – 20 kaki, ini
membolehkan pemilik mendapatkan kelegaan
maksimum di laman rumah dan tempat letak kereta.

189

• Jenis menggelangsar (sliding)
Jenis ini sering dipilih oleh pengguna kerana mudah
dikendalikan. Saiz yang sangat sesuai adalah antara 10
– 16 kaki. Sekiranya melebihi 16 kaki, pintu pagar jenis
ini akan mengalami sedikit gegaran semasa proses
tolakan buka dan tutup pintu pagar

4.4 Bangunan Pencawang Elektrik

4.4.1 Prinsip perancangan penyediaan tapak pencawang elektrik perlu
mematuhi setiap aspek berikut :
I. Keselamatan
Perancangan dan pembangunan tapak pencawang elektrik
diletakkan di tempat yang bersesuaian dan selamat kepada
individu dan masayarakat setempat.
II. Kebersihan dan keindahan
Kawasan sekitar tapak pencawang hendaklah dilandskapkan
dengan pokok-pokok yang bersesuaian untuk mewujudkan
pemandangan yang menarik. Selain itu, rekabentuk
bangunan yang menarik dan tidak menjejaskan, membuat
gangguan dari segi bunyi dan aspek visual terhadap alam
sekitar. Ia juga perlu menyediakan kawasan penampan dan
anjakan bangunan yang bersesuaian.

190

4.4.2 Garis panduan penyediaan tapak pencawang elektrik
I. Lokasi Tapak
• Lokasi suatu pencawang sub-station adalah mengikut
keperluan bekalan elektrik untuk kegunaan domestic,
perdagangan dan industri
• Pembinaan pencawang masuk utama (PMU) 275kV tidak
sesuai berhampiran dengan perumahan, kawasan lapang
dan kemudahan awam. Zon penampan diperlukan
• Bentuk bangunan hendaklah disesuaikan dengan kawasan
persekitaran seperti bentuk rumah batu atau bahan semula
jadi yang lain
II. Saiz dan fungsi
Saiz bekalan (load) adalah mengikut keperluan domestic,
perdagangan dan industry (tertakluk kepada keperluan TNB).

Jadual 8 : Jenis-jenis tapak pencawang elektrik mengikut saiz

191

III. Rekabentuk bangunan
• Perlu selaras dan sesuai dengan rekabentuk persekitaran
tapak pencawang
• Melambangkan ciri-ciri user friendly
• Bangunan tertutup hendaklah tidak mencacatkan
pandangan serta menjamin keselamatan masyarakat
• Kawasan sekitar hendaklah dilandskap supaya tidak
terlalu menonjol atau terasing daripada bangunan
persekitaran
• Keperluan menyediakan zon penampan adalah seperti
berikut:

192

Rajah 6 : Lokasi yang sesuai diletakkan pencawang

IV. Had Ketinggian
Untuk pencawang masuk utama (PMU) ketinggian bangunan
tidak melebihi 9 meter (30 kaki). Ini bertujuan untuk
menyelaraskan ketinggian dengan pembangunan
persekitaran sebagai contoh di kawasan perumahan
kepadatann rendah (rumah sesebuah), ketinggia PMU tidak
harus melebihi ketinggian rumah sesebuah

V. Jalan Masuk
Perlu disediakan laluan masuk untuk pengurusan dan
penyelenggaraan serta memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR)

VI. Sistem Perparitan
Perlu disediakan sistem perparitan yang disambungkan
dengan sistem perparitan persekitaran. Perlu juga mematuhi
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1976 (Akta 133) dan Sewage
and Effluent Regulation 1979, bagi mengurangkan bahaya
kesihatan awam dan kebersihan alam sekitar

193


Click to View FlipBook Version