The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ruslan M, 2019-07-03 05:21:17

Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Diterbitkan Oleh :

Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon: 03-8321 7400
Faks: 03-8321 7401
Email: [email protected]
Cetakan Pertama 2017

Dicetak Oleh :

WHATTHEFOO CREATIVE SOLUTIONS. ()
No. 5-2, Jalan Tasik Utama 6,
Medan Niaga Tasik Damai, Lakefields,
57000 Kuala Lumpur

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan menerbitkan semula atau mengeluar ulang mana-mana bahagian buku
ini dalam apa-apa bentuk atau cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.

ISI KANDUNGAN

KREDIT PENYELARAS & PENULIS............................................................................... 2
PERUTUSAN PENGARAH............................................................................................ 3
PENDAHULUAN.......................................................................................................... 4
BAB1: TEKNIK ‘MIRRORING’....................................................................................... 5
BAB 2: DIGITAL INK.................................................................................................. 11
BAB 4: VIDEO EDITOR............................................................................................... 27

Youtube Editor............................................................................................................................27
VivaVideo....................................................................................................................................48

GREEN SCREEN........................................................................................................ 55
GOOGLE CLASSROOM.............................................................................................. 68
PENILAIAN DALAM PDPC......................................................................................... 86

Quizziz.........................................................................................................................................86
Formative....................................................................................................................................97
Plickers..................................................................................................................................... 107
EDpuzzle................................................................................................................................... 127
H5P (HTML 5 Packages)......................................................................................................... 143
Vizia ...................................................................................................................................... 155

Membudayakan Teknologi Digital 1

KREDIT PENYELARAS & PENULIS ROIAMAH BINTI BASRI
SMK Taman Seraya
Penyelaras Modul 56100 Ampang, Selangor
Tel : 0196355694
NORWANI BINTI MAMAD Emel: [email protected]
Bahagian Pengurusan Sekolah
Berasrama Penuh dan Sekolah ABD RAHMAN BIN ALI
Kecemerlangan BASHAH
Aras 3, Blok 2251, Jalan SMK Jenjarom , 42600
Usahawan 1, Jenjarom
63000 Cyberjaya, Selangor. Kuala Langat, Selangor
Tel: 0175005317
Barisan Penulis Modul Emel: [email protected]

SARIPAH BINTI AHMAD MOHSEN BIN MISKAN
SM Sains Muzaffar Syah SMKA Segamat , KM 5
75450 Ayer Keroh Melaka Jln Genuang Segamat Baru
Tel : 0133759142 85000 Segamat, Johor
Emel: [email protected] Tel : 01158355265
Emel: [email protected]
KAMARULZAMRI BIN BAKAR
SM Sains Tuanku Jaafar AZHARUL FAIZ B ZAINAL ABIDIN
72000 Kuala Pilah, SJKC Tong Wah,
Negeri Sembilan 34300 BagaiSerai, Perak.
Tel : 019-6213370 / Tel: 0125798753
Emel: [email protected]
011-55053370
E-mail : [email protected] ROSMIN BIN KAMARI
SM SAINS BATU PAHAT
ZAFARUL ISLAM B MOHAMED KM8, JLN Tanjung Labuh
IDRIS 83000 Batu Pahat, Johor.
SK Sungai Rusa, Tel: 0197395528
36000 Teluk Intan, Perak Emel: [email protected]
Tel : 0123191464
Emel: [email protected]

MUHAMMAD SAFFUAN B.
JAFFAR
SK Long Sepiling
D/A PPD Baram
98050, Marudi, Sarawak
Tel: 0135098336
Emel: [email protected]

ZAINAL BIN MOHD ZABIR
SMK(LKTP) MAOKIL
85300, Labis , Johor
Tel :016657000
Emel: [email protected]

2 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan limpah kurniaNya maka dapat
kita meneruskan salah satu agenda penting
dalam mengangkat martabat Pendidikan
Negara.

DATO’ HAJAH RASHIDAH BINTI MD ARIF Tahniah dan syabas diucapkan kepada
guru-guru pembina modul dan Bahagian-
Pengarah Bahagian terlibat yang telah membantu dalam
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama penghasilan modul ini. Kewujudan harta
Penuh dan Sekolah Kecemerlangan interlek ini sedikit sebanyak akan membantu
pendidik di Negara ini mengorak langkah
dalam mempelbagaikan kaedah PdPc STEM.
Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan
merupakan salah satu ciri pendekatan
pendidikan Abad ke-21 bagi membantu murid
memahami konsep STEM dengan mudah.

Penyediaan Modul Multimedia PdPc STEM
Abad 21 ini dilaksanakan bagi merealisasikan
hasrat kerajaan dalam memperkukuhkan PPPM
2013-2025 dengan menekankan pengukuhan
kualiti pendidikan STEM agar dapat melahirkan
modal insan yang saintifik, berdaya saing
dan dinamik. Mereka bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga menyumbang
kepada tamadun saintifik dan teknologi masa
hadapan.

Bahagian ini berharap usaha murni ini dapat
diteruskan pada masa akan datang dengan
penghasilan lebih banyak bahan rujukan PdPc
oleh pendidik tanah air ini. Sesungguhnya
perkongsian ini sudah tentu akan memberi
banyak manfaat khususnya kepada murid dan
amnya kepada sekolah dan masyarakat.

Tahniah dan terima kasih.

Membudayakan Teknologi Digital 3

PENDAHULUAN

Modul Multimedia STEM PdPc Abad Ke-21 ini ditulis oleh sekumpulan guru, dalam bidang STEM
dan ICT yang terpilih kerana kepakarannya memanafatkan teknologi di dalam kelas masing-
masing. Kemunculan modul ini, bertujuan memberi kemahiran dan kepercayaan kepada para
pendidik di Negara ini untuk menghasilkan sendiri BBM berkonsepkan Video STEM. Penulis
telah memilih semua tajuk yang pastinya berguna untuk guru-guru dalam pelaksanakan
PdPc Abad Ke-21 dengan mengintegrasikan ICT. Kandungan modul ini merupakan panduan
penyuntingan sesebuah video secara atas talian dan luar talian yang dapat menjimatkan masa
sebuah produksi , tips membuat rakaman video yang baik dengan alatan yang asas, dan alat
yang diperlukan bagi melaksanakan PdPc secara digital serta kaeadah penilaian dalam PdPc
yang menarik dan terkini.
Pendekatan penulisan modul adalah mesra pengguna, mudah difahami dan senang diikuti. Guru
– guru pasti berjaya mengaplikasikan kesemua tajuk jika mengikuti langkah-langkah yang di
sediakan satu demi satu . Guru – guru hendaklah menjadikan modul ini sebagai rakan disebelah
apabila hendak meneroka sesutu tajuk dengan menggunakan komputer masing-masing.
Modul ini bercirikan Pembelajaran Abad Ke-21 yang merupakan edisi pertama yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 dalam Anjakan 7 iaitu untuk Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan
Kualiti Pembelajaran di Malaysia.
Dengan kewujudan modul ini dapatlah meningkatkan keupayaan dan kebijaksanan guru-
guru terhadap mempelbagaikan kaedah PdPc bidang STEM. Usaha ini diharapkan dapat
meningkatkan minat dan motivasi murid untuk mempelajari subjek STEM dan seterusnya
kelestarikan pendidikan STEM di Malaysia akan dapat dicapai.

4 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

BAB 1 TEKNIK ‘MIRRORING’

KENALI TEKNIK ‘MIRRORING’

Dalam pembelajaran abad ke-21, guru perlu bertindak sebagai fasilitator dan pembelajaran
haruslah berpusatkan murid. Oleh itu, penyambungan peranti pintar ke projektor atau televisyen
diperlukan secara tanpa wayar. Teknik ini dikenali sebagai Mirroring di mana guru boleh
melaksanakan PdPc menggunakan peranti pintar bagi membolehkan guru menayangkan
kandungan peranti pintar danmembetulkan kesalahan pelajar dengan pantas.

KAEDAH ‘MIRRORING’ KE TELEFON PINTAR, TABLET, LAPTOP DAN KOMPUTER.

Untuk memulakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan, guru perlu menyambung projektor secara
tanpa wayar dengan peranti seperti telefon pintar, tablet, laptop, dan komputer. Terdapat dua
cara sambungan. Pertama menggunakan peranti tanpa wayar. Kedua menggunakan aplikasi
‘Air More’. Sambungan secara tanpa wayar menggunakan system operasi windows, android,
IOS dan MacOS seperti berikut:

Windows/Android

• Microsoft wireless display adapter (WDA) Screen Beam Mini
• Screen beam mini Ezcast
• Ezcast
• Any cast
• Miracast

IOS/MacOS

• Apple tv
• Ezcast
• Any cast
• Miracast

 

Microsoft Wireless Display Adapter Apple TV
Membudayakan Teknologi Digital
5

BAB 1: TEKNIK ‘MIRRORING’

TEKNIK ‘MIRRORING’ KE TELEFON PINTAR, TABLET, LAPTOP DAN KOMPUTER.
Sistem Pengoperasian Windows

Peranti: Microsoft wireless display adapter / screen beam mini

1. Klik (notifikasi)

2. Klik ‘Connect’

3. Klik Microsoft Display Adapter.

6 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Teknik ‘Mirroring’ Ke Telefon Pintar, Tablet, Laptop Dan Komputer.

Sistem Pengoperasian Android (Telefon pintar YES Altitude)
Microsoft wireless display adapter / screen beam mini
1. ‘Swipe’ dari atas ke bawah.
2. Klik pada WLAN
3. Klik Cast Screen
4. Klik pada dan klik enable wireless display.
5. Klik

Membudayakan Teknologi Digital 7

BAB 1: TEKNIK ‘MIRRORING’

Kaedah untuk ‘mirorring’ skrin iOS ke projektor:
Sistem Pengoperasian IOS
1. Sambung ke rangkaian yang sama Wi-Fi

pada peranti iOS dan peranti yang perlu
AirPlay.
2. Pada peranti iOS anda, ‘swipe’ ke atas
dari bahagian bawah skrin anda untuk
membuka Pusat Kawalan.
3. Dalam Pusat Kawalan, klik AirPlay
untuk Apple icon TV AirPlay Mirroring,
kemudian pilih Apple TV anda dari senarai.
Jika kod laluan AirPlay muncul di skrin TV
anda, masukkan kod laluan pada peranti
iOS anda.

8 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Teknik ‘Mirroring’ Ke Telefon Pintar, Tablet, Laptop Dan Komputer.

Kaedah untuk screen cast telefon pintar ke projektor:
1. Pasang aplikasi Ezcast pada telefon pintar.
2. Sambung telefon pintar dan Ezcast menggunakan rangkaian wifi yang sama.
3. Masukkan kata laluan di projektor pada rangkaian wifi Ezcast.
4. Buka aplikasi Ezcast pada telefon pintar.
5. Klik pada device dan pilih device ezcast.
6. Klik Vinsmart-D9F5B183 (lihat nama pada skrin)
7. Klik pada mirror OFF untuk tayang skrin secara penuh pada projektor.

4
5
2

1 6
3
5

Membudayakan Teknologi Digital 9

BAB 1: TEKNIK ‘MIRRORING’

Kaedah untuk ‘screen cast’ secara tanpa wayar menggunakan aplikasi ‘Air More’
1. Buka laman web http://web.airmore.com di laptop.
2. Hubungkan telefon pintar dan laptop menggunakan rangkaian wifi yang sama.
3. Muat turun aplikasi ‘Air More’ dalam telefon pintar menggunakan ‘Play Store’ atau ‘App

Store’.
4. Imbas gambar ‘QR Code’ di laman web airmore.com menggunakan telefon pintar dengan

klik ‘scan to connect’.
5. Klik ikon ‘reflektor’ untuk memaparkan pada skrin laptop.

1
4

2 5
3

10 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

BAB 2 DIGITAL INK

Dalam pada untuk kita bersaing dalam
kemajuan dunia, maka sektor pendidikan
haruslah seimbang dengan perkembangan
abad ke-21. Kemajuan teknologi dan juga
keupayaan pelajar harus digunakan dengan
sebaik mungkin bagi mengoptimumkan
penghasilan kemenjadian murid yang tinggi
dalam kalangan pelajar Malaysia. Digital
Ink ialah satu teknik pembelajaran dan
pemudahcaraan secara digital yang dijalankan
di dalam kelas.

Seiring dengan kemajuan teknologi,
penggunaan ‘Digital Ink’ mampu menggantikan
penggunaan papan putih tradisional di dalam
kelas. Ini kerana papan putih adalah bersifat
statik, tidak menarik dan memerlukan masa
yang lama untuk guru menulis diatasnya.

Penggunaan pen marker juga akan
mengakibatkan alergik kepada guru dan
berbau. Teknik ‘Digital Ink’ sesuai digunakan
didalam kelas kerana memudahkan
pembelajaran dan pemudahcaraan seorang
guru, menjimatkan penggunaan pen marker,
pemadam papan putih, pen highlighter, kertas
dan pensil. Menjimatkan masa guru dalam
penyediaan bahan bantu belajar (BBB) dan
mampu menayangkan bahan berbentuk media
interaktif yang bersifat dinamik dan menarik.

Membudayakan Teknologi Digital 11

BAB 2: DIGITAL INK

1. Klik Microsoft One Note.
2. Klik File Printout .
3. Pilih fail yang ingin dibuka, dan klik insert.
4. Klik full page view untuk membuka paparan penuh pada Microsoft One Note.

1

2
3

4

12 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Kaedah Digital Ink menggunakan Microsoft One Note

5. Klik ... untuk membuka menu
6. Klik
7. Klik untuk memilih warna dan ketebalan pen yang lebih banyak.
8. Lukis atas fail yang akan dibincangkan dengan pelajar.

5
6

8
7

Membudayakan Teknologi Digital 13

ASAS PENGGAMBARAN BAB 3

Guru-guru di Malaysia kini diberikan pelbagai kemudahan berbentuk alatan dan perkhidmatan
berkaitan PdPc. Justeru, merakam video untuk bahan PdPc atau merakam proses PdPc itu
sendiri bukanlah satu halangan besar. Dalam bab ini, akan diterangkan asas dalam menjalankan
penggambaran bahan untuk PdPc dengan alatan minimum dan asas.

1. Langkah Asas Penggambaran

1 Perancangan Awal 2 Pra Penggambaran

• Papan Cerita & Skrip • Papan Cerita & Skrip
• Jadual & Tenaga Kerja • Jadual & Tenaga Kerja
• Alatan • Alatan
• Lokasi Penggambaran • Lokasi Penggambaran
• Bakat • Bakat
• Kostum & Prop • Kostum & Prop

3 Penggambaran 4 Pasca Penggambaran

• Persediaan • Pengemasan
• Penggambaran • Pindah data/rakaman
• Suntingan

Modul ini akan membimbing anda untuk
merealisasikan rakaman video untuk bahan
PdPc dengan menggunakan alatan paling asas
& dimiliki semua. Oleh itu, alatan yang akan
digunakan dalam bab ini adalah peranti Yes
Altitude.

Alatan asas penggambaran

• Perakam video
• Perakam audio
• Sumber cahaya

14 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Langkah Asas Penggambaran

Skrip

Dalam mana-mana produksi, skrip & papan cerita adalah perkara pertama yang perlu disediakan
selepas sesuatu projek video itu dipersetujui. Menurut kamus dewan, skrip merupakan cerita
dan lain-lain yang bertulis manakala skrip video/filem pula disediakan untuk sesebuah filem,
termasuk arahan kerja kamera dan sebagainya termasuk lakon layar. Skrip sebenarnya paling
penting disediakan untuk pihak ketiga iaitu pelakon, pengarah bahkan penonton. Ia merupakan
penyampaian cerita dalam bentuk penulisan. Sediakan skrip dengan baik. Skrip itu perlu bersifat
tampak, boleh dilihat, boleh dibaca dan boleh difahami dengan jelas. Tidak ada format wajib
dalam skrip. Apa sahaja boleh ditulis bahkan diconteng untuk menguatkan lagi skrip. Dalam
skrip video yang bakal anda sediakan bergantung pada genre, perlu ada sekurang-kurangnya
cerita (wajib) dan dialog. Perkara tambahan dalam skrip untuk memudahkan semua pihak
adalah senarai watak, jenis shot kamera, muzik latar, jenis transisi bahkan apa pun boleh ditulis
dan ia tidak terhad.

Contoh Skrip 15
Membudayakan Teknologi Digital

BAB 3: ASAS PENGGAMBARAN

Papan Cerita
Papan cerita adalah satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan cerita. Papan cerita
menguatkan skrip melalui gambaran situasi yang berlaku. Ia juga menggambarkan jenis shot
kamera yang bakal digunakan. Seperti skrip, tidak ada format khusus untuk papan cerita. Perlu
ada lakaran untuk aksi & isi penting cerita atau untuk menggambarkan situasi yang bakal
dirakam.

Papan Cerita
Jadual kerja
Jadual kerja merupakan perancangan menjalankan semua kerja pra hingga ke pasca
penggambaran. Kaedah paling mudah untuk menyediakan jadual kerja adalah dengan
menggunakan carta Gantt. Kenal pasti tarikh-tarikh penting terlebih dahulu dan jadual kerja
dapat dihasilkan dengan mudah. Tarikh penting yang dimaksudkan contohnya adalah tarikh
akhir siap video dan tarikh-tarikh berlaku kekangan yang mengganggu jadual penggambaran.
Jadual kerja dibuat supaya segala kerja penerbitan video berjalan lancar dengan gangguan
yang minimum.

Carta Gantt

16 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Langkah Asas Penggambaran

Tenaga kerja

Kumpulan tenaga kerja yang baik adalah kumpulan yang mempunyai banyak bahagian khusus
contohnya pengarahan, pencahayaan, kamera & audio, tatarias dan macam-macam lagi. Tenaga
kerja paling minimum yang perlu ada adalahpengendali kamera dan pelakon.

Mereka ini menjalankan kerja rencam yang lain. Pengendali kamera contohnya dalam masa
yang sama boleh menjalankan kerja-kerja pengarahan, audio & pencahayaan. Yang penting
jika ada rakaman video, maka berlakulah produksi video. Susun fungsi & tanggungjawab setiap
tenaga kerja lebih-lebih lagi jika kumpulan produksi anda kecil. Rencamkan tugas setiap individu
terutama sekali pelakon.

Produksi dengan tenaga kerja minimum

Membudayakan Teknologi Digital 17

BAB 3: ASAS PENGGAMBARAN

Alatan
Senaraikan semua alatan yang ada dan alatan yang diperlukan. Optimumkan penggunaan
alatan jika produksi kecil. Pencahayaan yang baik masih boleh direka walaupun tanpa alatan
pencahayaan yang lengkap. Medium rekod video dan audio dipastikan ada dengan kapasiti
yang bersesuaian.

Alatan minimum
Lokasi Penggambaran
Lokasi disesuaikan dengan tema dan situasi video. Walaupun lokasi kurang menarik, sudut
menarik masih boleh didapati dari lokasi tersebut. Sesuaikan pencahayaan dengan lokasi.
Prinsip fotografi dan pencahayaan digunakan sebaik mungkin.

Contoh lokasi penggambaran dengan
pencahayaan semulajadi yang agak baik

18 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Langkah Asas Penggambaran

Bakat
Bakat terdiri daripada pelakon dan pelakon suara. Seorang pelakon dengan kemahiran yang
minimum adalah pelakon yang tidak gugup di hadapan kamera. Rupa, kepandaian & bakat
berlakon adalah bonus.

Pelakon dengan kemahiran berlakon yang sangat minimum

Kostum & Prop
Kostum disediakan bersesuaian dengan jalan cerita. Gunakan kostum sedia ada dan tambah baik
penggunaannya contohnya mengotorkan pakaian untuk kelihatan lusuh. Prop juga disesuaikan
dengan cerita. Prop & kostum yang baik akan memberikan hasil video yang sangat baik.

Kostum bagi seorang pemuda dan 19
seorang pakcik tua

Membudayakan Teknologi Digital

BAB 3: ASAS PENGGAMBARAN

2. Pra Penggambaran
Semua Perancangan Awal

Dalam fasa ini, semua perancangan awal telah disediakan dan sebahagiannya dilaksanakan.
Sediakan sebanyak mungkin senarai semak supaya tidak ada perkara yang ditinggalkan.
Pastikan logistik bersesuaian dengan jarak lokasi, alatan dan tenaga kerja.

Contoh senarai semak

Logistik

Logistik bukan sekadar pengangkutan. Fasa logistik adalah fasa di mana kesemua kemungkinan
pentadbiran diambil kira. Adakah lokasi penggambaran memerlukan kebenaran khas? Jika ya,
maka segala keperluan kebenaran tersebut perlu disediakan. Fasa ini juga adalah fasa di mana
tinjauan tempat dijalankan, ramalan cuaca dan pelbagai lagi kemungkinan pentadbiran.

Contoh surat kebenaran berkaitan lokasi penggambaran

20 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Pra Penggambaran & Penggambaran

3. Penggambaran
Persediaan di Lokasi Penggambaran

Pastikan keadaan selamat dan cuaca mengizinkan. Dalam produksi kecil, pengarah mengarahkan
semua pihak bersedia di mana sekurang-kurangnya pelakon bersedia dengan lakonan dan
dialog dan alatan rakaman sedia untuk menggambar. Skrip & papan cerita sentiasa di tangan
pengarah agar perjalanan rakaman lancar.

Alatan yang telah disediakan dan hanya menanti permulaan rakaman

Penggambaran

Setelah semua pelakon dan alatan rakaman bersedia, maka penggambaran boleh dimulakan.
Dalam produksi kecil dan terhad, 2 hingga 3 rakaman terbaik untuk satu adegan perlu dibuat
sebagai sandaran untuk pilihan rakaman yang akan disunting nanti. Jika masa bukan halangan,
pelbagaikan sudut rakaman untuk satu adegan. Kepelbagaian dan jumlah rakaman yang banyak
sebenarnya merupakan sandaran jika berlaku masalah teknikal. Contoh situasi yang boleh
berlaku adalah dua rakaman adegan yang sama boleh melengkapi satu sama lain jika salah
satu video mengalami gangguan audio tetapi video yang diambil sangat cantik.

Membudayakan Teknologi Digital 21

BAB 3: ASAS PENGGAMBARAN

Tips penggambaran menggunakan telefon Yes Altitud
1. Gunakan kaki penyokong (Tripod atau monopod) Penyokong kaki amat penting untuk

menstabilkan rakaman. Tripod memberikan rakaman stabil dengan tambahan pergerakan
artikulasi yang stabil. Monopod juga memberi hasil rakaman yang stabil tetapi dengan
sedikit kesan penggambaran bebas (sedikit goyangan)
2. Jangan gunakan zoom digital. Zoom memberikan kesan tumpuan atau menonjolkan subjek
yang dirakam. Namun, zoom yang baik adalah zoom secara lensa sahaja. Jangan gunakan
fungsi zoom digital pada telefon Yes anda Ia memberikan rakaman yang kasar. Sebagai
alternatif, gerakkan alatan ke arah subjek dengan tripod sebagai pemberat.
3. Gunakan cahaya secukupnya. Pencahayaan adalah perkara terpenting untuk memberikan
rakaman yang benar-benar memuaskan. Pencahayaan pada subjek adalah sangat penting
supaya audien nampak dengan jelas apa yang dipaparkan. Pencahayaan diperolehi secara
semula jadi atau buatan.
4. Kekalkan dedahan (exposure). Tentukan satu point pada subjek supaya dedahan kekal
sama pada semua shot. Pencahayaan juga perlu dikawal supaya memudahkan penjagaan
exposure.
5. Dekatkan mikrofon dengan subjek. Bunyi terutama sekali narasi perlu didengarkan dengan
jelas kepada audien. Langkah minimum tanpa perlu menggunakan alatan tambahan adalah
dengan mendekatkan subjek dengan kamera atau mikrofon.

22 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Tips Penggambaran Menggunakan Telefon Yes Altitud

Tips asas penggambaran dalam bangunan dengan alatan minimum
Penggambaran dalam bangunan sebenarnya lebih sukar berbanding Luar bangunan. Perkara
paling sukar dalam penggambaran dalam Bangunan adalah pencahayaannya.
1. Subjek menghadap sumber cahaya .Buka tingkap atau langsir bagi memberikan cahaya

optimum untuk subjek. Subjek perlu menghadap sumber cahaya. Secara mudahnya,latar
belakang perlu gelap tetapi subjek perlu cahaya yang terang. Kesalahan biasa yang
dilakukan jurugambar adalah merakam berlatar belakang yang cerah contohnya tingkap.
Tidak menjadi masalah jika pencahayaan subjek lebih terang dari tingkap namun anda
memerlukan pencahayaan tambahan atau setup pencahayaan semula jadi yang lebih bijak.
2. Ubah kedudukan subjek atau ubah kedudukan kamera. Kawasan dalam bangunan dengan
sudut cantik adalah terhad dan kecil. Untuk mempelbagaikan sudut rakaman, gerakkan
subjek atau ubah kedudukan kamera walaupun pada sudut bangunan yang sama.

Pencahayaan lembut pada subjek dalam bangunan

Membudayakan Teknologi Digital 23

BAB 3: ASAS PENGGAMBARAN

Tips asas penggambaran luar bangunan dengan alatan minimum
Cahaya paling cerah secara semula jadi adalah pada waktu tengah hari. Namun, waktu tengah
hari adalah masa yang sangat tidak sesuai untuk Menjalankan penggambaran tanpa bantuan
alatan tambahan.
1. Elakkan penggambaran tengah hari. Waktu efektif penggambaran adalah waktu pagi hingga

jam 11.00 pagi atau pada jam 2.00 petang ke atas. Prinsip asasnya adalah, kedudukan
matahari tegak di atas kepala akan menyebabkan bayang pada muka yang sangat banyak.
Tanpa alatan tambahan subjek dirakam akan menjadi gelap atau tidak jelas. Jika terpaksa
membuat rakaman pada masa tengah hari, gunakan reflector.
2. Subjek menghadap sudut matahari. Seperti biasa, sentiasa ingat bahawa subjek perlu lebih
cerah daripada latar belakang. Kadang kala, walaupun subjek telah menghadap matahari
latar belakang seperti langit juga menyebabkan latar belakang masih lebih cerah berbanding
subjek. Laraskan latar belakang supaya kurang cerah. Kaedah mengunci dedahan biasa
juga dilakukan tetapi latar belakang yang cerah akan menyebabkan keseluruhan bingkai
video lebih cerah dan tidak sesuai.
3. Kawal bunyi luar. Bunyi persekitaran seperti hiruk pikuk persekitaran dan angin akan
menyebabkan bunyi yang dirakam kurang jelas.

Pencahayaan luar bangunan dengan tujuan kesan bayang

24 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Pasca Penggambaran

Pasca Penggambaran
Gunakan senarai semak yang sama untuk memastikan semua alatan ada semasa mengemas.
Pastikan kesemua kad/modul rakaman diperolehi dan data wujud untuk dipindah ke komputer.

Senarai semak ditanda sebelum dan selepas penggambaran.
Sediakan juga senarai semak lain seperti senarai semak tugasan.

Data
Hasil akhir rakaman disimpan dalam kad memori atau apa sahaja bentuk simpanan bergantung
pada jenis kamera atau alat rakaman. Simpan data-data ini dengan baik sehingga diperlukan
atau dipindahkan kepada computer. Sebaik-baiknya, terus pindah data bagi memastikan tidak
ada masalah data berlaku. Jika ada, maka anda masih mempunyai masa untuk baik pulih
keadaan.

Contoh kad memori di pasaran 25
Membudayakan Teknologi Digital

KESIMPULAN

Tidak ada satu pun teknik penghasilan rakaman dari persediaan awal hingga pasca penggambaran
yang khusus atau mengikut format. Tidak ada cara yang terlalu salah dan tidak ada cara
yang benar-benar betul. Sentiasalah menambah baik (improvise) mengikut apa sahaja situasi,
kemampuan dan keadaan.

Cara terbaik untuk seseorang tanpa pengalaman menghasilkan rakaman berkualiti adalah
dengan cara meniru teknik rakaman mana-mana video yang diketahui sangat baik. Cari contoh
melalui sumber internet (youtube, vimeo dan lain-lain) atau daripada filem. Teknik-teknik
penggambaran mereka ini akhirnya boleh dikuasai dan secara langsung dipelajari dan menjadi
salah satu kemahiran anda.

Peralatan yang banyak, lengkap dan canggih bukanlah jaminan penghasilan rakaman yang
baik. Bahkan, peralatan yang banyak boleh menjadi beban kerja yang sangat mengganggu
tumpuan kerja. Gunakan alatan se optimum yang mungkin. Selalulah mencari jalan menambah
baik dengan alatan minimum.

Banyakkan rakaman walaupun untuk satu adegan. Selain memberikan kita pilihan rakaman
terbaik, ia juga bertujuan melatih semua tenaga kerja untuk menjadi mahir dan biasa dengan
tugasnya. Jika mempunyai masa yang sememangnya banyak, pelbagaikan pula sudut rakaman
untuk adegan yang sama. Kepelbagaian ini memberi lebih banyak pilihan yang boleh menjadikan
cerita lebih menarik. Jika mempunyai alat rakaman yang banyak, tetapkan terus alatan ini di
beberapa sudut untuk menjimatkan masa. Akan tetapi perlu diingat, peralatan dan pilihan
rakaman yang banyak boleh menjadi beban tambahan.

Beza produksi serius dengan kita adalah modal, kos dan tenaga kerja. Fahami kelebihan mereka
dan sesuaikan dengan produksi sendiri. Tujuan lain kita membuat rakaman adalah mendedahkan
tenaga kerja kita sehampir mungkin dengan industri. Selain video yang dihasilkan bertujuan
untuk mendidik, proses menghasilkan video itu sendiri sepatutnya menjadi proses didikan
kelas pertama.

Selamat menjalani penggambaran dan selalulah improvise!

26 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

BAB 4 VIDEO EDITOR

Youtube Video Editor

YouTube Video Editor adalah laman web yang boleh digunakan untuk menyunting video secara
dalam talian. Aplikasi ini adalah percuma.

Kelebihan menggunakan YouTube Video Editor adalah:

• Perkakasan komputer yang minimum.
• Tiada had kapasiti untuk video yang dimuat naik.
• Tidak memerlukan pemasangan perisian untuk suntingan video.
• Menjimatkan masa untuk eksport video.
• Hasil kerja disimpan secara automatik dalam Video Manager.

Membudayakan Teknologi Digital 27

BAB 4: VIDEO EDITOR

1. Layari youtube.com/editor.
2. Log masuk menggunakan akaun Google anda.

3. Paparan kerja adalah seperti di bawah.

28 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Youtube Video Editor

1 3 45 7 10
2 11

6 8 14
9

12
13

1. Nama projek.
2. Skrin.
3. Klip video.
4. Carian video percuma.
5. Muat naik gambar.
6. Carian audio.
7. Transition.
8. Teks.
9. Carian klip video.
10. Muat naik (upload) video.
11. Eksport (publish) video.
12. Video track (timeline).
13. Audio track (timeline).
14. Zoom timeline track.

Membudayakan Teknologi Digital 29

BAB 4: VIDEO EDITOR

Menamakan Projek

1

1. Anda boleh menamakan projek video anda di [1].

2. Anda tidak perlu simpan hasil kerja anda. Semua hasil kerja anda akan disimpan secara
automatik.

30 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Muat Naik Klip Video Youtube Video Editor

1

1. Klik Upload untuk mula muat naik.
2. Pilih video yang hendak dimuat naik.

Membudayakan Teknologi Digital 31

BAB 4: VIDEO EDITOR

3. Klik Set Privacy untuk menentukan status video yang dimuat naik.
• Public – untuk paparan umum.
• Unlisted – untuk paparan sendiri sahaja
• Private – untuk paparan sendiri sahaja.

4. Pilih Private.
5. Klik Done with all. Tahniah! Klip video telah berjaya dimuat naik.

3

5
4

32 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Youtube Video Editor

6. Tahniah! Klip video telah berjaya dimuat naik.
7. Klik Return to editing untuk edit mana-mana klip yang ingin diubah jika perlu.
8. Layari youtube.com/editor untuk kembali ke laman paparan kerja dan memulakan kerja-

kerja penyuntingan video.

7

8

Membudayakan Teknologi Digital 33

BAB 4: VIDEO EDITOR

Penyuntingan Klip Video
1. Klik [+] atau drag & drop klip video untuk tambah klip video yang dikehendaki dalam track

video.
2. Pilih mana-mana scene yang dikehendaki pada klip video tersebut dengan menggerakkan

garisan biru seperti dalam rajah di atas. Klik gunting sebagai clip in (klip masuk) untuk
mula memotong permulaan klip video tersebut.
3. Untuk buang klip yang tidak diperlukan, klik pada klip tersebut dan tekan Delete pada
papan kekunci.

1

2
3

34 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Youtube Video Editor

4. Sekali lagi pilih mana-mana scene yang dikehendaki pada klip video tersebut dengan
menggerakkan garisan biru seperti dalam rajah di atas. Klik gunting sebagai clip out (klip
keluar) untuk memotong pengakhiran klip video tersebut.

5. Untuk buang klip yang tidak diperlukan, klik pada klip tersebut dan tekan Delete pada
papan kekunci.

6. Ulang Langkah 1 hingga 5 untuk menambah klip-klip video yang lain.

5
4

Membudayakan Teknologi Digital 35

BAB 4: VIDEO EDITOR

Ubah Kualiti Klip Video

2

1

1. Klik pada klip video pada track video.
2. Paparan untuk mengubah kualiti video akan dipaparkan seperti dalam [2].

3 45 6

3. Quick fixes – mengubah kualiti video.
4. Filters – memberi kesan khas (effects) untuk klip video.
5. Text – meletakkan teks pada video.
6. Audio – mengubah audio.

36 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Youtube Video Editor

Quick Fixes 2 4
3
1

5

6

1. Auto-fix – memperbetulkan pencahayaan & warna klip video.
2. Brightness and Contrast – mengubah kecerahan & kontras klip video.
3. Slow Motion – memperlahankan pergerakan klip video.
4. Pan & Zoom – automatik zoom pada objek yang difokuskan.
5. Stabilize Video – menstabilkan pergerakan klip video dengan menghapuskan gegaran

pergerakan kamera semasa video diambil.
6. Preview effects side-by-side with original video – pra tonton kesan khas bersebelahan

dengan klip video asal seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Video asal Video baharu

Membudayakan Teknologi Digital 37

BAB 4: VIDEO EDITOR

Filters

1. Untuk menggunakan kesan khas, hanya klik pada klip video dan pilih kesan khas yang
bersesuaian.

2. Klik sekali untuk pilih kesan khas tersebut dan klik sekali lagi untuk membatalkan
penggunaan kesan khas itu.

3. Terdapat 29 jenis kesan khas yang boleh digunakan pada klip video.

4. Anda boleh menggunakan lebih dari satu jenis kesan khas untuk klip video yang sama.

5. Anda juga boleh menggunakan kesan khas yang berbeza untuk klip video yang berbeza.

6. Anda dinasihatkan tidak banyak menggunakan kesan khas pada satu-satu klip video kerana
ia akan menjejaskan kualiti klip video tersebut.

Video asal Video baharu

38 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Youtube Video Editor

Text

1

1. Klik checkbox Enable text untuk menambah teks pada klip video sebagai tajuk pada klip
video atau sari kata.

2. Anda boleh mengubah jenis, saiz, warna dan lain-lain pada teks anda.

Video asal Video baharu

Membudayakan Teknologi Digital 39

BAB 4: VIDEO EDITOR

Audio

1. Audio boleh dilaraskan ketinggiannya dengan mengubah volume pada setting untuk audio.
2. Sekiranya anda ingin menutup audio pada klip video, hanya perlu melaraskan volume ke

kiri (volume = 0).
3. Anda dinasihatkan tidak perlu mengubah setting untuk pan, bass & treble (pan = 0, bass

= 0, treble = 0) bagi mengelakkan kualiti audio rendah.

40 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Youtube Video Editor

Remix Creative Commons Video

1. Anda boleh menggunakan klip video secara percuma yang terdapat di Youtube.
2. Hanya perlu cari kata kekunci yang diperlukan. Sebagai contoh, forest.
3. Klik [+] atau drag & drop klip video untuk tambah klip video yang dikehendaki dalam video

track.

3

4. Anda boleh menyunting klip video tersebut dan mengubah kualiti klip video tersebut
mengikut kreativiti anda.

Membudayakan Teknologi Digital 41

BAB 4: VIDEO EDITOR

Muat Naik Foto

1

1. Muat naik sebarang foto boleh dibuat dengan klik pada butang Add more photos atau Add
photos to project.

2

2. Klik Upload photos untuk muat naik foto dari komputer anda.
3. Selepas dimuat naik, klik [+] atau drag & drop foto tersebut untuk tambah foto yang

dikehendaki dalam track video.

3

42 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Audio Track Youtube Video Editor

1 2
3

1. Anda boleh menggunakan audio track secara percuma yang terdapat di Youtube.
2. Hanya perlu cari kata kekunci yang diperlukan. Sebagai contoh, superhero.
3. Klik [+] atau drag & drop audio untuk tambah audio yang dikehendaki dalam audio track.

4. Durasi untuk audio track tersebut boleh diubah suai dengan menarik hujung nudge duration
(bar biru) ke timeline yang dikehendaki.

5. Klik pada audio track tersebut untuk mengubah setting audio.

5
4

Membudayakan Teknologi Digital 43

BAB 4: VIDEO EDITOR

Transitions

1

1. Transition adalah kesan khas yang boleh digunakan di antara klip video.
2. Transition boleh digunakan dengan drag & drop transition yang dikehendaki dan diletakkan

di tengah-tengah antara klip video di dalam video track anda.

2

3. Transition boleh ditukar dengan cara klik transition pada video track anda dan tekan Delete
pada papan kekunci. Seterusnya, ulang Langkah 2 untuk memasukkan semula transition
pilihan anda.

44 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21


Click to View FlipBook Version