The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ruslan M, 2019-07-03 05:21:17

Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Title Youtube Video Editor

1

1. Title boleh diletakkan di antara dua klip video sebagai tajuk, atau pada mana-mana klip
video sebagai sari kata.

Title di antara dua klip video pada video track

Title dalam klip video pada video track
2. Tetapan (setting) untuk title tersebut boleh diubah jenis tulisan, saiz, warna, teks dan warna

latar belakang.

2

Membudayakan Teknologi Digital 45

BAB 4: VIDEO EDITOR

Zoom Timeline

1

1. Zoom timeline ini digunakan untuk mengubah saiz klip video pada timeline.

Sebelum

Selepas
2. Zoom timeline dapat memudahkan proses penyuntingan klip video dengan membesarkan

saiz timeline supaya mudah dilihat mengikut durasinya.

46 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Eksport Video Youtube Video Editor

1

1. Klik Create video untuk mula eksport video setelah selesai proses penyuntingan.

2

3

2. Sila tunggu sebentar. Video anda akan siap diproses dalam masa yang singkat.
3. Tahniah! Video anda telah siap. Klik Video Manager untuk melihat hasil kerja video anda.

Membudayakan Teknologi Digital 47

BAB 4: VIDEO EDITOR

VivaVideo

VivaVideo merupakan salah satu aplikasi suntingan video, photo slide show maker dan movie
yang terbaik. Ia boleh digunakan pada telefon pintar anda. Terdapat kira-kira 200 juta pengguna
VivaVideo di seluruh dunia. Dengan menggunakan Viva Video anda dengan mudah dapat
menghasilkan video seperti profesional. VivaVideo merupakan aplikasi yang mudah digunakan,
pelbagai bentuk klip animasi kesan khas video dan banyak lagi yang anda boleh lakukan dengan
menggunakan VivaVideo. Diharap dengan meneroka aplikasi VivaVideo guru dapat merancang
pengajaran yang dapat meningkatkan kreativiti murid contohnya melalui Project Based Learning
dan menghasilkan video STEM dengan hanya menggunakan telefon pintar anda sahaja.

48 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

User Interface VivaVideo VivaVideo

1 Fungsi digunakan untuk menyunting video
Rakam video

2
Fungsi rotate video
Crop video

Membudayakan Teknologi Digital 49

BAB 4: VIDEO EDITOR 2 vRriodotetaoatete video
mengubah
Menyunting Klip Video rCersooplusviivdiedoeo
Simpan video
1 yTarnimg sivaipdetroim

• Pilih satu video, kemudian klik Next • Anda boleh gunakan video yang sama
atau video lain.
Menambah Theme
1 2

• Klik Next anda akan ke platform yang • Pada platform ini anda boleh

seterusnya . memasukkan tema bagi keseluruhan

Video .

50 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

VivaVideo

Menambah Muzik Pada Video

1

• Klik untuk tambah muzik. • Klik untuk muat turun muzik kemudian
klik add.

2

• User interface membolehkan anda

menambah kesan-kesan khas

Membudayakan Teknologi Digital 51

BAB 4: VIDEO EDITOR 2

Menambah Teks dan Subtitle
1

• Klik pada T+ untuk menambah teks • Anda boleh memilih animasi, dialog box,

seperti subtitle atau dialog. menukar font dan warna.

34

• Saiz dan kedudukan dialog box juga • Hasil Video setelah selesai suntingan

boleh diubah. teks. Klik v untuk simpan.

52 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

VivaVideo

Fungsi-fungsi suntingan yang terdapat pada Edit Clip
15

6
2

7
3

8

4 1. Trim
2. Split
3. Speed
4. Adjust
5. Mute
6. Duplicate
7. Reverse
8. Blur BG

Membudayakan Teknologi Digital 53

BAB 4: VIDEO EDITOR 2

Menambah Teks dan Subtitle
1

• Kongsikan karya anda di laman sosial. • Anda boleh memilih resolusi video
3

• Karya anda siap dikongsi!

54 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

BAB 5 GREEN SCREEN

Kenal Green Screen

Layar hijau atau lebih dikenal dengan istilah green screen, sudah sejak lama digunakan dalam
peneribitan filem-filem diHollywod, untuk memanipulasi background atau latar belakang
dari objek utama. Dengan menggunakan layar hijau ini objek utama (biasanya orang) boleh
ditempatkan di lokasi manapun, tanpa perlu berada di sana semasa sesi pengambilan gambar.
Tekniknya iaitu dengan menghilangkan latar yang berwarna hijau tersebut dan mengganti
dengan gambar lain melalui software di komputer.

Melihat kepada teknologi green screen di Hollywood dan perkembangan teknologi digital yang
pesat nampaknya bidang fotografi juga boleh mengaplikasikan teknik ajaib ini. Kita boleh
menawarkan kepada model kita untuk berfoto di depan menara Eifel, menara kembar petronas
atau, di KLIA tanpa kita harus pergi ke tempat-tempat tersebut. Kita hanya akan memrosesnya
di komputer dengan software pengolah gambar atau foto.

Penggunaan layar hijau tidaklah sesulit yang kita bayangkan, sebab sebenarnya kita boleh
melakukan suntingan di banyak hal dalam fotografi. Kita tidak perlu membeli berlembar-lembar
layar background dengan gambar pemandangan dan berlembar-lembar lainnya untuk lukisan
bunga warna-warni. Murid-murid kita bolehlah bergambar di hadapan lukisan futuristik, atau
ada yang ingin berfoto dengan latar belakang Upin Ipin atau Spongebob? Segalanya mungkin
dalam perkembangan Green Screen ini.

Dalam bab ini saya akan jelaskan bagaimana persoalan diatas dapat direalisasikan dengan
teknologi Green Screen ini.

Membudayakan Teknologi Digital 55

BAB 5: GREEN SCREEN

Alatan Yang Diperlukan

atau

Kamera Web USB Skrin Hijau Mudah Alih Skrin Hijau

Tripod Kamera Mikrofon (Jika perlu) PC / Laptop

Perisian Yang Diperlukan

OBS Studio Perisian ini boleh dimuat turun secara percuma di
https://obsproject.com/download
atau imbas kod QR dibawah

56 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Set Up Green Screen
Tutorial 1: Langkah ‘Set Up’ Tempat, Peralatan Dan Pencahayaan

1. Gantung atau tampal kain hijau
mengikut kesesuaian untuk dijadikan
sebagai latar belakang Greenscreen.

*Tips : Jika inginkan keseluruhan model
berada di dalam greenscreen, lebihkan
kain sehingga ke lantai dan model perlu
berdiri di atas kain hijau tersebut.

5. Jika kawasan penggambaran skrin
hijau agak kekurangan pencahayaan,
pencahayaan tambahan diperlukan.

2. Susun Webcam menghadap kepada kain 6. USB LED yang disambungkan kepada

hijau dan laraskan jarak webcam dengan Powerbank boleh digunakan sebagai

skrin hijau mengikut kesesuaian. pencahayaan tambahan yang mudah

3. Gunakan tripod yang sesuai sebagai disediakan dan cahaya yang terhasil
pemegang webcam supaya webcam agak terang.

mudah di laraskan.

4. Pastikan pencahayaan mencukupi
supaya model tidak kelihatan gelap.

Membudayakan Teknologi Digital 57

BAB 5: GREEN SCREEN

Tutorial 2: Langkah Penggunaan Asas Perisian
1. Install dan buka perisian OBS Studio.
2. Paparan seperti di sebelah akan terpapar.
Ini adalah paparan utama bagi perisian
OBS Studio.

3. Klik pada simbol + di ruangan Scenes
seperti di sebelah.

4. Akan terpapar satu paparan popup Add
Scene yang meminta menamakan Scenes
anda.

5. Taipkan nama Scenes mengikut kehendak
anda.

6. Setelah memasukkan nama Scenes, klik
OK.

7. Paparan anda akan kembali ke paparan
utama semula.

8. Klik pada simbol + di ruangan Sources
seperti di sebelah.

58 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Langkah Penggunaan Asas Perisian
9. Akan terpapar satu menu Popup seperti

di sebelah.

10. Klik pada Video Capture Device.

11. Akan terpapar satu popup Create/Select
Source dan meminta anda menamakan
Sources anda.

12. Taipkan nama Sources mengikut kehendak
anda.

13. Setelah menamakan Sources anda
(contoh webcam 1), klik OK.

Membudayakan Teknologi Digital 59

BAB 5: GREEN SCREEN

Langkah Penggunaan Asas Perisian

14. Akan terpapar satu menu Popup properties
seperti di sebelah.

15. Klik pada model webcam anda diruangan
dropdown Device.

16. Klik pada menu dropdown Resolution/FPS
Type.

17. Klik pada Custom.

18. Pilih Resolution yang ter tinggi
(Contoh 1280x720 untuk HD)

19. Klik pada Resolution tersebut.
20. Pastikan ada imej dari webcam yang

terpapar.

21. Klik pada OK.

60 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Langkah Penggunaan Asas Perisian

22. Anda akan kembali ke paparan utama
dengan imej dari webcam terpapar pada
stage anda.

23. Anda boleh resize imej dari Webcam
dengan cara klik pada imej tersebut.

24. Akan muncul tetingkap berwarna merah
di sekeliling imej tersebut.

25. Klik pada tetingkap ini dan gerakkan
Cursor anda mengikut saiz imej yang
dikehendaki.

26. Anda juga boleh alihkan imej tersebut ke
bahagian lain dengan cara Drag & Drop
video tersebut ke mana-mana bahagian
dalam Stage yang anda ingini.

27. Anda boleh mengulangi langkah ini
sehingga semua Sources anda telah
terpapar pada Stage.

Membudayakan Teknologi Digital 61

BAB 5: GREEN SCREEN

Tutorial 3: Langkah Memasukkan Latar Belakang
1. Klik pada Sources
2. Setelah keluar menu, klik pada Image
jika anda ingin memasukkan latar
belakang pegun atau pilih Media
Sources jika anda ingin memasukkan
video sebagai latar belakang.

*Tips : Pastikan imej pegun atau video
yang hendak dijadikan latar belakang
telah dimuat turun terlebih dahulu.

3. Akan keluar satu Pop up Menu yang
meminta anda menamakan Sources
tersebut.

4. Namakan sources tersebut sebagai
Background.

5. Klik pada OK.

Untuk Imej Pegun
1. Setelah anda klik OK, akan keluar satu

paparan yang meminta anda untuk
memasukkan Image File.
2. Klik pada Browse dan cari fail imej yang
anda ingini untuk dijadikan sebagai latar
belakang
3. Setelah selesai memilih imej, klik pada OK.
4. Latar Belakang yang anda pilih akan
kelihatan pada Stage.

62 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Langkah Memasukkan Latar Belakang

Untuk Video
1. Setelah anda klik OK, akan keluar satu

paparan yang meminta anda untuk
memasukkan Local File.
2. Klik pada Browse dan cari fail video yang
anda ingini untuk dijadikan sebagai latar
belakang.
3. Setelah selesai memilih fail video yang
diingini, pastikan anda tick pada kotak
Loop. Ini adalah untuk memastikan video
anda akan terus ditayangkan semula
berulangkali (loop)
4. Setelah selesai memilih video, klik pada
OK.
5. Latar Belakang yang anda pilih akan
kelihatan pada Stage.

Membudayakan Teknologi Digital 63

BAB 5: GREEN SCREEN

Tutorial 4: Langkah Menyusun Imej Atau Video

1. Paparan sebegini akan kelihatan pada
Stage setelah anda berjaya memasukkan
latar belakang sama ada dalam bentuk
imej pegun atau video.

2. Anda perlu menyusun kembali kesemua
sources anda mengikut keutamaan supaya
hasil anda akan kelihatan asli.

3. Lihat ruangan Sources dan klik pada
Webcam

4. Kemudian, Klik pada simbol untuk

menyusun Sources mengikut keutamaan

yang anda kehendaki.

5. Klik sehingga Sources anda berada
dikedudukan yang diingini.

*Tips: Pastikan imej dari Webcam berada
paling atas.

6. Setelah semua sources disusun mengikut
keutamaan, paparan akan kelihatan seperti
ini.

7. Imej dari Webcam (skrin hijau) mestilah
berada diatas imej latar belakang.

64 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Langkah Menghilangkan Latar Belakang Skrin Hijau

Tutorial 5: Langkah Menghilangkan Latar Belakang Skrin Hijau
1. Pada ruangan Sources, bawa kursor ke
Webcam dan kemudian klik kanan.

2. Akan keluar satu Pop Up Menu dan
kemudian klik pada Filters

3. Akan terpapar satu popup Filters for
Webcam seperti di sebelah dan terdapat
ruangan kosong di dalamnya.

4. Fokus hanya pada ruangan Effect Filters.
5. Klik pada simbol +

6. Akan terpapar satu pop up menu seperti di
sebelah dan klik pada pilihan Chroma Key

Membudayakan Teknologi Digital 65

BAB 5: GREEN SCREEN

1. Akan terpapar satu Pop up Filter Name
seperti di sebelah.

2. Masukkan nama Greenscreen atau biarkan
sahaja perkataan Chroma key tersebut

3. Klik OK.
4. Akan terpapar menu tetapan seperti di

sebelah.
5. Laraskan semua fungsi yang ada sehingga

warna hijau latar belakang hilang dari skrin.
6. Perhatikan lebih terutama pada fungsi

Smoothness dan Key Color Spill Reduction.
7. Setelah semua latar belakang hijau

telah tidak kelihatan dan imej kelihatan
semulajadi, klik Close

1. Jika tetapan anda berjaya, maka imej yang terpapar akan kelihatan seakan-akan berada di
dalam latar belakang seperti yang terpapar di atas

2. Jika masih terdapat lagi kesan-kesan warna hijau, anda boleh ulangi langkah-langkah di
atas semula sehingga anda berpuas hati dengan hasil akhir anda.

3. Imej yang terpapar ini masih boleh di laras saiz dan kedudukan mengikut kehendak anda
dengan hanya Drag dengan menggunakan kursor atau Resize juga menggunakan kursor

66 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Langkah Menyimpan Hasil Video Akhir

Tutorial 6: Langkah Menyimpan Hasil Video Akhir

1. Untuk menyimpan hasil akhir video
greenscreen anda, anda hanya perlu klik
pada butang Start Recording dan minta
model anda beraksi.

2. Pastikan butang Start Recording yang anda
klik tadi berubah menjadi butang Stop
Recording, ini menunjukkan bahawa video
anda sedang direkod ke dalam komputer.

3. Pastikan juga tab REC : di bahagian bawah
kanan anda sedang bergerak dalam kiraan
menaik. Ini menunjukkan masa rakaman
anda.

4. Setelah masa merekod video mencukupi
mengikut kesesuaian anda, klik pada
butang Stop Recording

5. Pastikan juga tab REC : berhenti mengira
masa.

6. Untuk menonton kembali video yang telah
direkod sebelum ini, klik pada File dan pilih
Show Recordings.

7. Semua video yang telah direkod akan
disimpan di folder ini

*Tips : Format video yang direkod akan
disimpan didalam format .flv secara
default. Anda boleh menukar tetapan
format kepada format yang lain pada
ruangan Setting -> Output.

8. Ini merupakan Tutorial ASAS untuk
menggunakan kaedah Greenscreen
dengan menggunakan hanya beberapa
fungsi asas yang ada pada perisian OBS
Studio ini. Masih banyak lagi fungsi yang
boleh digunakan tetapi tidak dinyatakan di
dalam tutorial ini. Selain dari menyimpan
video anda secara offline (save ke dalam
komputer), anda juga boleh stream terus
video anda secara online ke Youtube atau
platform media sosial yang lain.

Membudayakan Teknologi Digital 67

BAB 6 GOOGLE CLASSROOM

Kenali Google Classroom

Google Classroom adalah merupakan aplikasi yang disediakan oleh pihak Google. Pengguna atau
organisasi yang telah mendaftar dengan Google. Google Classroom dilihat adalah merupakan
aplikasi yang lebih maju dalam menepati ciri-ciri pembelajaran Abad Ke-21. Google Classroom
juga dilihat banyak menyelesaikan masalah yang berkait dengan capaian, arahan aplikasi dan
dilihat lebih mesra pengguna.

Guru dan pelajar boleh menggunakan Google Classroom ini dengan mudah, menarik dan
berkesan. Apa yang istimewa tentang Google Classroom ini ialah aplikasi ini boleh dicapai
bukan sahaja menerusi komputer peribadi dan laptop tetapi aplikasi ini juga boleh dicapai
menerusi gajet seperti telefon bimbit sama ada yang menggunakan system operasi Android
ataupun IOS untuk Iphone mahupun Ipad.

Namun atas kemudahan yang disediakan oleh pihak Google saya terpanggil untuk berkongsi
dengan rakan-rakan pendidik supaya menggunakan teknologi ini supaya suasana proses
pengajaran dan pembelajaran di kelas menjadi suatu proses pembelajaran yang menyeronokkan
murid dan guru kerana penggunaan aplikasi ini lebih bersifat interaktif dan sentiasa ada
kolaboratif dengan pelajar dan guru.

68 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Kenali Google Classroom

Memulakan Google Classroom Menggunakan Peranti Mudah Alih
1. Pastikan anda telah mendaftar dengan akaun GMAIL.
2. Bagi pengguna sistem Android gunakan arahan Playstore manakala bagi sistem IOS

gunakan arahan Appstore.

2

2

3. Taipkan perkataan Google Classroom dan pilih aplikasi Google Classroom
4. Setelah di muat turun paparan ikon Google Classroom akan terpapar pada telefon bimbit

anda.
3

3
4

Membudayakan Teknologi Digital 69

BAB 6: GOOGLE CLASSROOM

Setting Google Classroom Menggunakan Email
1. Google Classroom perlu menggunakan email yang telah didaftarkan oleh itu anda perlu

melakukan konfigurasi seperti berikut di peranti mudah alih anda. Tekan Setting
2. Tekan Accounts

1
2

70 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Setting Google Classroom

3. Add accounts
4. Google

4

3

5. Masukkan email anda yang telah didaftarkan
6. Tekan Next
7. Masukkan kata laluan
8. Tekan Next

7
5

8

6 71
Membudayakan Teknologi Digital

BAB 6: GOOGLE CLASSROOM

9

9 10
9. Paparan Google Apps Device Policy akan keluar dan tekan NEXT
10. Tekan NEXT sekali lagi

11 12

11. Tekan ENFORCE
12. NEXT

72 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Memulakan Google Classroom Guru

Memulakan Google Classroom Guru

1
2

1. Tekan ikon Classroom di peranti talifon anda
2. Paparan Get Started

4

3

3. Pada Choose your role pilih I’M A TEACHER bagi akaun guru.

4. Paparan No Classes Here akan terpapar selepas pilihan di buat. Tekan tanda + untuk
membina Classes yang baru.

Membudayakan Teknologi Digital 73

BAB 6: GOOGLE CLASSROOM 8

5
6
7

5. Pilih Create Class
6. Masukkan Nama Kelas di ruangan Class Name
7. Pada ruangan Section masukkan nama mata pelajaran.
8. Tekan CREATE

9. Paparan kelas yang di bina akan keluar
seperti yang ditunjukkan di sebelah.

9

74 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Menu Google Classroom

Menu Dalam Classroom 1 Paparan yang menunjukan
Menu Stream semua tugasan yang akan
STREAM diberikan kepada pelajar
1 23 Paparan yang menunjukkan
2 pelajar kelas kita yang menjadi
8 ahli kelas yang diajar
7 STUDENTS Paparan berkaitan dengan
6 fungsi menjemput atau Inviter
5 3 guru lain dalam kelas kita

4 ABOUT

Reuse Post adalah berfungsi

bagi guru-guru untuk post

semula tugasan yang telah

dibuat oleh guru kelas lain.

REUSE POST Fungsi ini berguna untuk
perkongsian kelas dengan

guru kelas lain. Hal ini akan

8 menjimatkan masa apabila

berlaku perkongsian bahan

PdP.

Create Qeustion berfungsi

apabila ada pelajar yang

CREATE tidak faham berkaitan
QUESTION
pengajaran dan boleh

dibincangkan dalam kelas

7 bersama dengan guru dan

pelajar.

CREATE Berfungi untuk membina
ASSIGMENT
tugasan kepada pelajar

dengan pelbagai cara dan

6 kaedah yang telah

ditetapkan

Berfungsi untuk guru

membuat sebarang

CREATE pengumuman penting
ANNAUNCEMENT
kepada pelajar berkaitan
5
tugasan atau apa-apa
+ UNTUK
MEMBINA sahaja pengumuman.
PENGUMUMAN,
TUGASAN DAN Simbol ini adalah untuk
SOALAN
tujuan membina tugasan,
4
pengumuman dan soalan

untuk perbincangan. Jika

tidak semua fungsi di atas

tidak akan boleh

dilaksanakan.

Membudayakan Teknologi Digital 75

BAB 6: GOOGLE CLASSROOM

Paparan Menu Students 1. Paparan yang terdapat dalam menu ini
ialah Class Code
12
3 2. Class Code ini akan digunakan pelajar
untuk menjadi ahli kelas anda. Nombor
Class Code ini perlu diberikan kepada
pelajar dengan dan betul.

3. Senarai nama pelajar kelas anda akan
tertera seperti berikut jika pelajar
berkenaan telah menjadi ahli kelas dengan
menggunakan Class Code yang telah
diberikan kepada pelajar.

Fungsi About 1 1. Tanda Pensil adalah untuk membuat
suntingan kepada nama kelas anda.
2 4
3 5 2. Open Folder adalah untuk melihat fail-fail
yang terdapat di dalam folder kelas anda.

3. Open Calendar adalah untuk melihat
aktiviti tugasan yang telah anda berikan
kepada pelajar.

4. Gambar orang adalah untuk melaksanakan
arahan Invited Guru-guru mata pelajaran
yang sama dengan anda.

5. Manakala bagi arahan ADD MATERIALS
diguanakan untuk mengedarkan bahan
edaran kepada ahli kelas anda yang akan
diambil daripada Google Drive masing-
masing.

76 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Membina Tugasan Pelajar

Membina Tugasan Pelajar

33

4

5
66

7

2

1

1. Tekan tanda +
2. Tekan Asignment
3. Pilih kelas dan pelajar (jika hanya memerlukan pelajar tertentu sahaja)
4. Taipkan tajuk tugasan
5. Taipkan arahan jika perlu
6. Tentukan tarikh dan masa luput (jika perlu)
7. Bina topik jika perlu

Membudayakan Teknologi Digital 77

BAB 6: GOOGLE CLASSROOM

7. Tekan ikon klip
8. Masukkan fail/template tugasan yang ada di Google Drive

7

89

10

9. Pilih Template tugasan yang telah
anda sediakan di dalam Google Drive

10. Tekan SELECT

TIPS Bahan yang ada dalam Drive
Drive

Link Pautan dari mana-mana laman sesawang

File Fail dari storan

YouTube Bahan dari YouTube

Take photo Mengambil gambar dari camera

Record Video Merakamkan video

78 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Membina Tugasan Pelajar

12

11

11. Setelah template tugasan dimasukkan pilih Make a copy for each student
12. Tekan SEND

13. Tugasan yang telah berjaya dihantar oleh
guru kepada pelajar

13

Membudayakan Teknologi Digital 79

BAB 6: GOOGLE CLASSROOM

Memulakan Google Classroom Students

1 2
4
1. Tekan ikon Classroom di peranti talifon anda
2. Paparan Get Started akan keluar

3

3. Pada Choose your role pilih I’M A STUDENT bagi akaun pelajar.
4. Paparan Join a class by using a class code akan terpapar selepas pilihan di buat. Tekan

tanda + untuk menyertai Classes yang baru.

80 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Memulakan Google Classroom Students

6 7
5

5. Masukkan Class Code yang diperolehi daripada guru

6. Tekan JOIN

7. Paparan kelas yang dibuat oleh guru mata pelajar akan terpapar di telefon mudah alih
pelajar.

Membudayakan Teknologi Digital 81

BAB 6: GOOGLE CLASSROOM

Membuat Tugasan Oleh Pelajar

1

2

1. Pelajar perlu menekan pada tajuk tugasan 5
2. Klik pada template

4

3
3

3. Pelajar boleh menyiapkan tugasan secara menaip atau menggunakan kaedah Digital Ink
4. Kaedah Digital Ink boleh dilaksanakan dengan menekan simbol pensil.
5. Selesai menggunakan Digital Ink tekan ikon Disket untuk menyimpan dan sistem akan

menyimpan dalam format PDF jika menggunakan Digital Ink

82 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Memulakan Google Classroom Students

6
7
8

6. Setelah menyimpan tugasan pelajar boleh menghantar tugasan dengan menekan Ikon
HAND IN

7. Setelah dihantar sistem akan menghantar mesej DONE menandakan tugasan sudahpun
dihantar

8. Jika terdapat sebarang perubahan pada tugasan tekan ikon UNSUBMIT

Membudayakan Teknologi Digital 83

BAB 6: GOOGLE CLASSROOM 2
3
Guru Membuat Semakan Tugasan Pelajar

1

2

1. Buka tugasan di STUDENT WORK
2. Pilih pelajar untuk buat semakan tugasan dengan menekan pada ruangan DONE
3. Klik pada tugasan pelajar

4
6

5

4. Klik pada ikon pensil
5. Gunakan Digital Ink untuk melaksanakan penandaan
6. Tekan ikon Disket untuk simpan ke dalam format PDF

84 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Guru Membuat Semakan Tugasan Pelajar

8
7

7. Tugasan yang telah di semak akan terpapar dua fail iaitu Google Doc dan PDF
8. Tugasan pelajar juga boleh diberikan markah pencapaian pelajar tersebut.

10

9

10

9. Untuk menghantar tugasan pelajar yang telah disemak tandakan pada kotak nama pelajar
dan tekan ikon RETURN.

10. Tekan sekali lagi ikon RETURN

Membudayakan Teknologi Digital 85

BAB 7 PENILAIAN DALAM PDPC

Quizizz

Kenali Quizizz
Dengan slogan Get Your Students Excited About Learning Quizizz merupakan aplikasi yang patut
digunakan oleh semua guru yang inginkan muridnya teruja di dalam kelas dan akan menghadiri
kelas seterusnya dengan persiapan yang mantap. Mengapakah keadaan ini boleh berlaku?. Dari
pengalaman saya semasa menggunakan aplikasi ini di dalam kelas, saya dapati kelas saya
lebih “hidup”. Selepas PdPc dijalankan murid-murid saya akan memberi maklum balas “ esok
kelas macam ini lagi ya cikgu ! ” dengan senyuman yang paling manis. Saya sebagai guru pun
sangat puas hati dengan perjalanan kelas tersebut dan akan menyediakan kuiz seterusnya untuk
menilai hasil pembelajaran yang lain. Saya akan huraikan kelebihan aplikasi ini seperti dibawah.

Apabila menggunakan aplikasi ini guru dan murid mesti menggunakan sambungan internet.

Setiap murid yang turut serta akan diberi satu
mascot,. Bila mereka mula menjawab soalan
mereka akan mendengar music yang sedap
didengar dan mendapat markah dengan kata-
kata semangat. Setiap soalan yang dijawab
salah pun akan diberi maklum balas. Jadi

Menyeronokkan setiap orang!!

Guru boleh mendapatkan analisis setiap item
yang dijawab dan boleh mengesan kelemahan
pelajar seterusnya merancang tindakkan
susulan.

86 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Kenali Quizizz

Memerlukan masa yang singkat dan mudah
dalam penyediaan bahan..Guru boleh menaip
terus dan memasukkan imej jika perlu
kemudian memilih satu jawapan yang betul

Anda boleh menjadikan kuiz dalam aplikasi
Quizizz sebagai kerjarumah. Murid boleh
menjawab dengan menggunakan pelbagai
peranti yang boleh mendapat capaian internet.

Membudayakan Teknologi Digital 87

BAB 7: PENILAIAN DALAM PDPC

Jom Quizizz!
1. Buka website https://quizizz.com
2. Klik :

3. Klik :

4. Isikan semua maklumat yang dikehendaki
iaitu email, username, dan password

88 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Jom Quizizz!
5. Pilih peranan anda sebagai guru

6. Isikan poskod sekolah dan nama sekolah
anda

7. Anda boleh meletak profil diri agar kuiz
anda mudah dikenali

Membudayakan Teknologi Digital 89

BAB 7: PENILAIAN DALAM PDPC

8. Sila teruskan melengkapkan kuiz anda. Sekiranya anda ingin melengkapkan di lain masa
maka anda perlu log in menggunakan email dan password yang telah didaftarkan tadi.
Nama anda akan dipaparkan .

9. Membina Kuiz
10. Klik

11. Masukkan nama kuiz. Sebagai contoh KEBARANGKALIAN. Pilih

90 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Jom Quizizz!
12. Taipkan soalan anda di sini. Anda boleh juga memasukkan imej dengan klik
13. Anda boleh memilih font supersrcprit , subscript ,berwarna atau simbul yang banyak

digunakan dalam subjek STEM dengan klik:
Taipkan pilihan jawapan soalan di bahagian ini.

14. Anda boleh upload imej dari computer atau dari web. Klik di sini dan cari gambar/imej yang
anda hendak masukkan kedalam soalaan didalam computer anda.

Membudayakan Teknologi Digital 91

BAB 7: PENILAIAN DALAM PDPC

15. Contoh soalan kuiz untuk kebarangkalian. Tetapan sedia ada untuk menjawab kuiz dalam
tempoh 30 saat. Anda boleh mengubah mengikut tahap dan masa dari 5 saat hingga 15
minit dengan klik

16. Klik jawapan yang betul di situ

17. Untuk menambah soalan klik . Ulang sehingga bilangan soalan mencukupi

untuk jadikan sebuah quiz dan peruntukkan masa menjawab semasa PdPc.

18. Anda juga boleh menambah soalan dengan mencari soalan pada petak carian
Pilih soalan yang sesuai dengan

tajuk yang anda bina dan klik tanda . Setelah siap klik

92 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21

Jom Quizizz!

19. Tetapkan Grade Range matapelajaran. Setelah siap klik

20. Untuk mendapatkan code Quizizz, klik jika ingin menjalankan kuiz secara

langsung atau Klik jika ingin menjadikan kuiz sebagai kerja rumah.

21. Klik untuk meneruskan .

Membudayakan Teknologi Digital 93

BAB 7: PENILAIAN DALAM PDPC

22. Berikan code ini kepada pelajar dan kongsikan url www.quizizz.com

23. Bilangan murid dalam kelas mesti sama dengan . Klik

Setiap murid yang mengambil bahagian akan mendapat avatar masing-masing.

24. Anda hendaklah klik bila semua murid telah habis menjawab.

94 Modul Multimedia Dalam PdPc STEM Abad 21


Click to View FlipBook Version