The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

eISBN 978-967-2065-22-7
Electrical Innovation Project Digest Vol.1 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanrumaizi.poli, 2021-10-01 06:12:47

2019 ELIP Digest

eISBN 978-967-2065-22-7
Electrical Innovation Project Digest Vol.1 2019

ELIP 2018

Biometric Based Laser Security System

Fazrull1, a, Ierfan1, b, Azmeer1, c, S. Noranimah1, d1
Jabatan Kejuruteraan Elektrik , Politeknik Ibrahim Sultan , Johor Bahru , Johor
[email protected] [email protected] [email protected] [email protected]

Kata Kunci: Security system; Biometric recognition; Arduino UNO

Abstrak. Projek “ Biometric Based Laser Security System” ini adalah sebuah projek yang direka khas untuk mencipta
dan menaiktaraf sistem keselamatan yang lebih tinggi untuk membendung kes jenayah seperti penceroboh. Projek
ini menggunakan komponen seperti “Thumbprint” di mana ianya berfungsi menyimpan data cap jari pengguna.
Menggunakan litar induk seperti arduino mega 2560 yang boleh di programkan untuk mengeluarkan output kepada
komponen yang dipasang padanya seperti thumbprint,laser,ldr,keypad,buzzer dan lcd. Selain itu,komponen ini di
programkan melalui perisian arduino. Litar ini dilakarkan dengan menggunakan proteus 7.10 dan menggunakan perisian
Arduino untuk aturcara C language.

Pengenalan
Projek ini adalah untuk mencipta dan membaikkan lagi sistem keselamatan yang berfungsi untuk mengesan kes
pencurian yang sering berlaku.Sistem keselamatan yang dibina untuk projek ini dinamakan Biometric based laser
security system. Projek ini dinamakan Biometric based laser security system adalah disebabkan projek ini menggunakan
component seperti thumbprint untuk menyimpan data cap jari pengguna dan laser dengan LDR pula sebagai sistem
sensor yang mana berfungsi untuk mengesan orang yang tidak dikenali memasuki sesuatu tempat.Sistem keselamatan
ini mampu menjaga keselamatan kepada tahap yang tinggi. Ia juga akan menghapuskan masalah yang berkaitan dengan
sensor pergerakan.
Sistem ini akan dibangunkan dengan GUI canggih dengan menggunakan Microsoft Visual Studio 2012 yang
diintegrasikan dengan kedai data dalaman Microsoft Fingerprint Reader yang terletak di komputer pengguna. Peranti ini
boleh berguna di persekitaran pejabat atau kampus. Projek ini adalah gabungan perisian dan perkakasan. Projek adalah
pengiktirafan imej dan cap jari sepadan dalam pangkalan data. Pangkalan data mesti diwujudkan dan pangkalan data
akan mengandungi maklumat. Untuk membuat pangkalan data, Kod pengaturan diperlukan dan ‘Basic C language’ telah
digunakan untuk projek ini.
Langkah kedua projek selepas penyiapan pangkalan data adalah untuk membuat perkakasan berkaitan. Perkakasan
di sini mewakili cap jari Peranti Pengimbas Imej. Sistem pangkalan data akan menggunakan perkakasan bersama kit
pembangunan perisian. Sambungan dibentuk di antara pangkalan data dan peranti akan membuat projek berjaya.

Kajian Terdahulu
Kemungkinannya, anda perlu melakukan sedikit kajian terhadap pembekal yang ada untuk mengetahui sama ada mereka
menyokong sistem keselamatan anda. Sistem keselamatan dan pemantauan jarak jauh adalah dua bahagian yang berbeza
dari pakej keselamatan rumah keseluruhan. Kebanyakan syarikat keselamatan rumah menawarkan kedua-dua bahagian,
dan perkara-perkara cenderung untuk berfungsi dengan baik apabila dipadankan dan diintegrasikan dari awal. Walau
bagaimanapun, banyak sistem keselamatan yang kompatibel secara teknikal dengan pelbagai perkhidmatan pemantauan
penggera. Ini mungkin berita gembira jika anda berpuas hati dengan sistem keselamatan sedia ada di rumah anda tetapi
tidak berpuas hati dengan pemantauan perkhidmatan, atau terutama jika anda berpindah ke rumah dengan sistem yang
telah dipasang sebelum ini.
Dalam mana-mana sistem keselamatan rumah, kunci peralatan kebanyakannya mandiri. Terdapat panel kawalan pusat
yang mendaftarkan pelbagai sensor di seluruh rumah anda. Apabila sensor berubah keadaan, seperti apabila pintu dibuka,
tingkap pecah, pengesan asap atau sensor gerakan dicetuskan, panel kawalan diprogramkan untuk bertindak balas dengan
mengeluarkan isyarat kecemasan. Walaupun sistem tidak disambungkan ke pemantauan jarak jauh, ia akan berfungsi
dengan baik dengan penurunan yang kuat dalam penggera rumah

Metodologi
Metodologi adalah kaedah atau prosedur yang digunakan untuk melaksanakan projek secara terperinci. Langkah langkah
ini sangat penting dalam projek ini untuk memastikan projek itu berjaya diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Dalam
bab ini juga akan menjelaskan sambungan semua prosedur yang dijalankan dalam proses ini dapat dijalankan dengan
lancar dan mencapai tujuan dari proyek ini. Dalam menghasilkan proje, beberapa langkah - langkah yang mesti berlaku
sebelum projek selesai. Langkah langkah ini mesti dilakukan dengan langkah berjaga-jaga.

200

ELIP 2018

Rajah 1: Carta Aliran Projek

Reka Bentuk Projek

Rajah 2: Reka bentuk produk

Hasil Projek

201

ELIP 2018

Kesimpulan
Setiap projek yang dilakukan mempunyai kepentingan dan objektif tersendiri. Begitu juga dengan projek ini. Walaupun
kelemahan yang dikenalpasti tetapi objektif bagi projek ini berjaya dicapai salah satunya untuk mencipta dan menaik
taraf tahap keselamatan sistem biometrik mempunyai kelebihan berbanding dengan kaedah pengesahan lain kerana ciri
– ciri biologi individu adalah unik dan tidak sama antara satu sama lain. Berbanding dengan kaedah lain seperti Personel
Identification Number (PIN) ataupun kata laluan, kaedah biometrik sukar ditiru dan ini dapat menyukarkan pemalsuan
identiti. Kaedah biometrik juga tidak memerlukan pengguna mengingati nombor pin atau kata laluan.
Selain itu, untuk mencapai tahap keselamatan yang tinggi dan mampu membendung kes jenayah, biometrik ini boleh
digunakan untuk keselamatan peribadi sebagai contoh bank boleh menggunakan firewall untuk menghalang capaian yang
tidak dibenarkan di pengkalan data. Dengan membuat projek ini kita dapat belajar dan mengembangkan pengetahuan
dalam membina programming menggunakan perisian arduino,proteus dan sebagainya.
Taraf keselamatan menggunakan cap jari adalah lebih tinggi berbanding sistem keselamatan yang lain seperti RFID
kerana kaedah biometrik sukar ditiru berbanding RFID, gangguan akan terjadi jika terdapat frekuensi lain yang
dipancarkan oleh peralatan lainnya yang bukan diperuntukkan untuk RFID, sehingga chip akan merespon frekuensi
tersebut. Dengan terciptanya projek ini, sekurang – kurangnya ia dapat melindung kita daripada penceroboh untuk
mendapatkan maklumat akaun. Selain itu, projek ini boleh diappliksikan di bank, pejabat atau sebagainya untuk
mengesan identiti seseorang.

Reference
[1] W. R. Schwartz, R. Gopalan, R. Chellappa, and L. S. Davis, “Robust Human Detection Under Occlusion by
Integrating Face and Person Detectors,” in International Conference on Biometrics, Lecture Notes in Computer Science,
2009, vol. 5558, pp. 970–979.
[2] V. N. Vapnik, “An Overview of Statistical Learning Theory,” IEEE Trans. Neural Netw., vol. 10, no. 5, pp.
988–99, Jan. 1999.
[3] Chaitanya Chilka, “Smart Trolley,” Int. Res. J. India, vol. I, no. VI, p. 4, 2016.

202

ELIP 2018

Smoking Indicator with Ambi-Pur Refresher Spray

S. M. S. Haziq1, a, I. M. Khaliq1, b, Y. Fazlina1, c, A. R. I. Rafidah1, d1
Jabatan Kejuruteraan Elektrik Elektronik, Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru, Johor
[email protected] [email protected] [email protected] [email protected]

Kata kunci: Smoking detector; Air refresher; Arduino UNO; GSM

Abstrak. ’Smoking Indicator with Ambi-Pur Refreshner Spray’ merupakan projek yang berfungsi mengesan asap
rokok. Projek ini mengandungi litar arduino, modul GSM, paparan LCD, gas sensor, memori kad, speaker dan ambi-pur
refreshner. Tercetusnya idea dalam membangunkan projek ini apabila melihat perokok yang merokok sesuka hati dan
perkara tersebut menimbulkan rasa tidak senang kepada masyarakat sekitar. Asap rokok dan bau yang kurang senang
antara punca kepada rasa tidak senang oleh masyarakat. Pemasalahan ini telah dikaji dan penyelesaiannya telah di cari
dan timbul idea melakukan projek ini. Skop kajian projek ini berkait kepada pengusaha kedai makanan dan penguatkuasa
kesihatan. Golongan ini terdedah kepada ragam perokok yang degil ini. Projek ini beroperasi apabila gas atau asap rokok
dikesan oleh ‘gas sensor ‘ lalu menghantar isyarat kepada arduino uno. Daripada arduino uno ia akan mengaktifkan
modul GSM untuk menghantar SMS kepada penguatkuasa dan pihak berwajib. Setelah SMS dihantar semburan wangian
disembur dan amaran suara seperti ‘dilarang merokok dikawasan ini’.

Pengenalan:
Pada zaman kini, manusia kian lupa untuk menghormati orang lain, memelihara alam sekitar dan membahayakan
diri. Misalnya, mereka merokok di tempat awam sekali gus mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain dan
mencemarkan udara malah mendedahkan mereka kepada bahayanya tersedut asap rokok.
‘Smoking Indicator’ merupakan salah satu inovasi atau penambahbaikan sesebuah projek. Hal ini demikian kerana,
projek ini merupakan penambahbaikan kepada alat pengesan asap rokok. Tercetusnya idea ini adalah bagi mengurangkan
kadar manusia yang merokok sesuka hati di tempat awam. Misalnya, pelajar yang merokok di dalam tandas, mereka yang
merokok di kedai makan seperti restoran, hal ini secara tidak langsung telah mencemarkan udara dan banyak puntung
rokok dan abu rokok yang dibuang merata. Impaknya, telah menimbulkan rasa tidak puas hati bagi pengguna lain.
Alat ini bertindak memberi amaran kepada perokok supaya tidak merokok sesuka hati, mengesan asap rokok dan
memelihara persekitaran. Alat ini dilengkapi dengan arduino uno yang bertindak sebagai pengaturcara membantu
memprogramkan kod yang dibina yang kemudian bertindak sebagai arahan. Modul GSM yang bertindak sebagai
penghantar jarak dekat yang membolehkan menerima data serta mengetahui bahawa adanya perokok di situ. Selain
itu, paparan LCD bertindak memaparkan kehadiran asap rokok dikesan di kawasan itu. Apabila gas sensor mengesan
kehadiran gas ia mengerak motor pada ambi-pur refreshner untuk menekan semburan sekali gus semburan wangian
terhasil.

Kajian Terdahulu
Dalam proses perlaksanaan projek ini, ‘Smoking Indicator’ penelitian dan pengkajian kepada projek dan kerja terdahulu
yang hampir sama dengan tema projek ini. Setelah mengkaji dengan lebih mendalam maka tercetusnya idea untuk
menaik tarafkan projek tersebut untuk dijadikan sebagai sebuah projek. Pengambilan idea untuk membuat projek ini
daripada produk yang sedia ada di pasaran seperti ‘Smoke Detector’ yang hanya mengesan asap rokok dan membunyikan
siren kecemasan sahaja. Setelah perbincangan dilakukan, persetujuan untuk menambah kepada semburan minyak wangi
dilakukan dan dari situ terhasilnya idea menggabungkan ambi-pur refreshner.
Setelah melihat kepada projek-projek terdahulu, penambahbaikan telah ditambah berdasarkan sistem yang belum ada
pada projek terdahulu. Penambahbaikan itu adalah menambahkan modul GSM yang membolehkan isyarat kehadiran
asap rokok dan kehadiran perokok di kawasan yang ditetapkan seperti di kawasan awam dihantar ke penerima yang
ditetapkan seperti pegawai tertinggi untuk menyiasat dan mengambil tindakan yang sepatutnya. Kajian terhadap kerja
terdahulu ini membolehkan seseorang mencari idea untuk melakukan penambahbaikan sesuatu projek. Penambahbaikan
itu boleh mendatangkan mafaat yang banyak kepada pengguna yang akan menggunakan projek tersebut.

203

ELIP 2018

Metodologi:
Dalam sesuatu projek, metodologi adalah satu bahagian penting dalam memastikan projek ini berjalan dengan sistematik
dan boleh disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Di samping itu, kaedah ang membantu kita mendapatkan hasil yang
lebih baik. Langkah-langkah yang berkesan perlu dalam melaksanakan projek untuk menghasilkan projek yang berkualiti
yang lebih baik untuk berjaya, ia memerlukan kesabaran, penjagaan individu, dan kerja berpasukan sendiri.
Antara kaedah metodologi bagi projek ini ialah membuat perancangan bagi mencari idea untuk membuat projek ini.
Apabila sudah mendapat nasihat daripada penyelia projek, idea projek dipilih dan dikehendaki untuk melakukan proposal
bagi mendapat persetujuan penyelia projek. Seterusnya, pengumpulan data dilakukan untuk mengkaji sedikit tentang
projek yang hendak dilakukan agar tidak melakukan kesalahan. Di samping itu, kajian terhadap litar yang digunakan juga
perlu untuk memastikan simulasi litar berjaya.
Selepas simulasi litar telah berjaya, reka bentuk hardware perlu di titik beratkan kerana ini mengambarkan sesebuah
projek yang lengkap. Apabila gambaran hardware dapat digambarkan, sesebuah projek juga perlu melakukan software
dengan berjaya. Hal ini jika projek tersebut memerlukan kedua-duanya ia akan mendatangkan masalah jika salah satu
daripada tidak berjaya dilakukan.

Rajah 1: Aliran Metodologi
Reka Bentuk Projek
Dalam projek ini, penggunaan arduino yang disambung kepada ‘Gas Sensor’, modul GSM, speaker, LCD dan ambi-pur
refreshner. Arduino, modul GSM diletakkan di dalam sebuah prospek yang besar. Pada penutup prospek ini LCD dan gas
sensor dilekatkan untuk membolehkan ia dikesan gas dan memaparkan amaran dilarang merokok. Speaker dan ambi-pur
diletakkan diluar prospek dan di sambung wayar kepada litar di dalam prospek. Kemasan telah dilakukan supaya reka
bentuk dapat dilihat dengan lebih menarik dan kreatif.

Rajah 2: Aliran program projek

Rajah 3: reka bentuk dan binaan produk

204

ELIP 2018

Kesimpulan
Kesimpulannya, projek ini dapat memberikan kesedaran kepada perokok supaya tidak merokok sesuka hati
terutamanya di tempat awam seperti surau dan restoran. Semburan ambi pur refreshner dapat memberikan wangian bagi
menghilangkan asap rokok di kawasan merokok tersebut. Oleh itu, dapat mengurangkan bilangan perokok di kawasan
awam yang merokok sesuka hati.

Rujukan
[1] J. Hind Bsc, Fire and Gas Detection and Control in the Process Industry. 2009.
[2] Mamat Muhammad Yusof, “Flood Monitoring System Using GSM,” Blogspot.com, 2012. [Online].
Available: http://muhammadyusofmamat89.blogspot.com/?m=1.
[3] M. Mcroberts, Beginning Arduino. Apress, 2010.

205

ELIP 2018

Easy Cleaning Ceiling Fan

S. Normah1, a, A. M. Ezzham1, b, F. Umi Hazwani1, c1
Department of Electrical Engineering, Polytechnic Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor.

[email protected] [email protected] [email protected]

Kata Kunci: Cleaning fan; Ceiling fan

Abstrak. Pada masa kini, semua rumah-rumah kediaman dilengkapkan dengan bilah kipas, kerana reka bentuk dan cara
ia boleh mengurangkan suhu panas, kipas bilah ini dipasang di bahagian atas rumah atau di siling. kerana kipas yang
tinggi ini dari lantai, menjadikan ia sukar untuk dibersihkan tanpa menggunakan peralatan tambahan seperti tangga
keluli. Oleh itu, kami telah menghasilkan sebuah alat untuk dijadikan pencuci bilah kipas siling. Objektif kami adalah
Memudahkan pengguna untuk melakukan tugas-tugas mencuci kipas siling dan tingkap kerana hanya menggunakan
‘Easy Cleaning Ceiling Fan’ berfungsi mengunakan butang on dan off. Tambahan pula, Untuk menjimatkan penggunaan
ruang dan meminima kan penggunaan peralatan yang besar serta dapat digunakan ditempat yang mempunyai ruang
yang kecil dan bertujuan untuk mengurangkan kemalangan dialami oleh pengguna dengan adanya alat ini pengguna
tidak perlu berada di tempat tinggi untuk mencuci kipas siling dan tingkap. Seterusnya, produk ini dilengkapi roller yang
membolehkan produk ini membersihkan bilah kipas dan tingkap yang kotor dengan menekan suis buka/tutup.

Pendahuluan
Semakin maju peredaran zaman, semakin maju teknologi yang dihasilkan oleh negara kita. Oleh itu, kita harus
menginovasikan produk yang sedia ada menjadi lebih baik serta memberikan kebaikan kepada penguna. Produk yang
di inovasi ini merupakan satu produk baru yang telah dihasilkan dari segi bentuk dan fungsinya. Kami turut menambah
beberapa elemen lain yang dapat membuat produk ini kelihatan lebih menarik dan unik. Salah satu komponen yang
ditambah dalam produk ini ialah batang yang boleh dilaras ketinggiannya mengikut tinggi penguna. Easy cleaning ceiling
fan ini mempunyai fungsi tersendiri iaitu mencuci bilah kipas siling.
Cara mengunakan produk sangat mudah dengan hanya tekan butang on untuk digunakan untuk mencuci kipas dan
tingkap. Apabila selesai, off kan untuk mematikan produk ini. Factor keselematan juga mempengaruhi kerana kipas
siling yang tinggi memerlukan tangga dan mengakibatkan kemalangan yang tidak diingini. Dengan adanya produk
Easy Cleaning Ceiling Fan ini, pengguna tidak perlu berada di tempat yang tinggi untuk mencuci kipas. Harga yang
ditawarkan keatas produk ini adalah berpatutan. Ini kerana kos untuk menghasilkan produk ini tidak terlalu tinggi.
Tambahan pula, produk ini tidak menggunakan komponen-komponen yang terlalu mahal untuk menjimatkan kos
penghasilan dan harga yang akan ditawaran di pasaran.
Produk ini juga direka khas mempunyai batang yang boleh dilaraskan ketinggian mengikut kehendak pengguna dan
mempunyai bekalan tenaga bateri 12v yang boleh dicas semula menggunakan adapter DC 12.6v 1A. Produk ini sesuai
digunakan untuk kegunaan rumah yang menggunakan kipas siling dan dapat memudahkan tugas-tugas untuk mencuci
kipas siling di rumah, di sekolah dan sebagainya dan ia juga boleh mencuci tingkap. Pada masa akan datang, masyarakat
akan lebih mengekalkan kebersihan bilah kipas dan tingkap serta menjimatkan masa.

Kajian Terdahulu
Hasil kajian kami menggunakan internet dan pensyarah, kami mencetus idea dari masalah iaitu menggunakan kain lap
untuk membersih kipas siling dan tingkap. Tambahan pula, apabila kita hendak membersihkan kipas siling dan tingkap
kita pula akan berada di tempat yang tinggi. Sebelum ini, pengguna menggunakan peralatan manual seperti kain lap
untuk membersihkan kipas dan tingkap. Untuk mereka bentuk sebuah projek bagi membantu pengguna, kami telah
membuat kaji selidik bagi memudahkan tugas mencuci kipas siling dan tingkap. Selain itu, kami mereka bentuk projek
kami yang membolehkan produk ini boleh dilaras ketinggiannya. Di samping itu, kami juga mereka bentuk projek ini
supaya dibekalkan dengan bateri Li-ion 12v yang boleh dicas semula. Kami juga, menyediakan LCD untuk memaparkan
nilai bateri supaya pengguna mengetahui kuantiti jika bateri telah lemah. Seterusnya, kami menggunakan motor DC
torque 14kgcm dan 16.7 rpm untuk membersihkan bilah kipas siling dan tingkap yang tinggi dengan hanya menekan “on/
off button”.
Kesimpulannya, produk ini dicipta supaya memudahkan pengguna untuk mencuci bilah kipas siling dan tingkap tanpa
berada ditempat yang tinggi. Justeru, produk ini dapat mengurangkan risiko kemalangan seperti jatuh dari tempat yang
tinggi akibat mencuci kipas siling.

206

ELIP 2018

Metodologi
Pada masa kini banyak kolej, hospital, asrama, Sekolah, masjid dan sebagainya banyak menggunakan kipas siling yang
memerlukan kerja-kerja pembersihan dan memerlukan banyak tenaga kerja untuk melakukan kerja pembersihan. Projek
kami iatu EASY CLEANING CEILING FAN tidak langsung membantu mengurangkan penggunaan tenaga dalam
melakukan kerja pembersihan. Projek ini memperkenalkan peralatan baru untuk membantu pelanggan dalam melakukan
kerja pembersihan dengan mudah. Projek ini menggunakan bahan terpakai seperti ‘roller’, batang monopod dan besi
bagi membantu menyiapkan projek ini. Tambahan pula, projek ini menggunakan litar elektronik untuk membantu motor
beroperasi dengan baik dan menggunakan bateri menjadikan projek ini mudah alih.
Gambarajah 1 menunjukan carta alir metodologi projek ini. Projek ini bermula dengan kajian terdahulu dimana kami
membuat kajian tentang peralatan yang telah wujud tetapi memerlukan penambah baikkan. Selepas itu, kami mengenal
pasti masalah, objektif dan skop bagi menambah idea dalam penambah baikan produk yang sedia ada. Kemudian, kami
membuat lakaran dan menghasilkan litar yang sesuai digunakan untuk produk ini. Selain itu, kami membuat lakaran reka
bentuk dan menghasilkan bentuk rangka projek. Selepas siap membuat litar elektronik, kami menguji litar dan motor.
Jika, litar dan motor tidak berfungsi dengan baik kami akan mengenalpasti masalah litar dan memperbaiki litar.
Projek ini bagi membantu pelanggan dalam melakukan kerja pembersihan dengan lebih efektif dan memudahkan
pelanggan. Kami memberi nama projek ini ialah “EASY CLEANING CEILING FAN” kerana kami menggunakan motor
bagi mengerakkan dua “roller” untuk membersihkan bilah kipas siling. DC motor digunakan supaya projek ini menjadi
projek mudah alih dengan penggunaan bateri yang boleh di cas semula.

Fig. 1. Carta Alir Metodologi

Lakaran projek
Dalam projek EASY CLEANING CEILING FAN kami telah mengabungkan beberapa litar dan komponen elektronik
iaitu litar voltage regulator, PIC (programmable intergrated circuit), litar kawalan motor, LCD, motor DC dan battery
12v dengan adapter. Aliran lengkap bagi projek ini bermula dengan bateri li-ion 12v sebagai keluaran. Selepas itu, litar
voltage regulator berfungsi menurunkan voltan kepada 5v dan membahagikan kepada semua litar. Selain itu, litar PIC
berfungsi sebagai atur cara seluruh litar di dalam projek ini. Seterusnya, litar kawalan motor berfungsi sebagai untuk
menghidup dan mematikan motor dan mengubah arah gerakan motor. Paparan LCD memaparkan kitaran motor dan
peratus bateri.

Bateri Li- Litar PIC Litar Motor DC
ion 12v Pengatu Kawalan
r Voltan Motor

Fig. 2. Blok Diagram bagi Produk

207

ELIP 2018

Fig. 3. Penggunaan Produk

Kesimpulan
Pengguna boleh melakukan kerja pembersihan kipas siling dan tingkap hanya menggunakan fungsi ‘Easy Cleaning
Ceiling Fan’ dengan menekan butang sahaja. Seterusnya, Untuk menjimatkan ruang dan meminimumkan penggunaan
peralatan besar. Ia juga boleh digunakan di tempat yang mempunyai ruang kecil. Bermakna untuk mengurangkan
kemalangan oleh pengguna dengan produk ini, pengguna tidak perlu berada di tempat yang lebih tinggi untuk
membersihkan kipas siling dan tingkap tinggi.

Rujukan
[1] M. Grover, B. Lohith Kumar, and I. Ramalla, “The Free Energy Generator,” Int. J. Sci. Res. Publ., vol. 4,
no. 12, pp. 1–4, 2014.
[2] K.Vignesh, P. Sakthi, A. Pugazhenthi, V. Karthikeyan, and C. Vinothkumar, “Free Energy Bicycle 1,” Int.
J. Innov. Sci. Eng. Technol., vol. 2, no. 4, pp. 714–721, 2015.
[3] M. Mcroberts, Beginning Arduino. Apress, 2010.

208

ELIP 2018

Sumber Kuasa Serbaguna WNS (Solar)

H. W. F. Irfan1, a, A. Z. M. Nurfirdaus1, b, J. M. Sahiran1, c, J. Norli1, d1
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bharu, Johor, Malaysia
[email protected] [email protected] [email protected] [email protected]

Kata Kunci: Papan solar; Bateri; Litar pengawal pengecas solar; Litar penunjuk nilai voltan bateri

Abstrak. Perlaksanaan projek ini adalah untuk membekalkan tenaga elektrik secara segera kepada mereka yang
menghadapi kesusahan sewaktu kesusahan samada terputus bekalan elektrik disebabkan bencana alam ataupun
sebagainya. Meskipun telah terciptanya alat penjana kuasa yang menukarkan sumber petroleum kepada tenaga elektrik,
penciptaan alat ini masih lagi mempunyai had penggunaannya yang tertentu. Sebagai contohnya, sewaktu kejadian
banjir melanda sesuatu kawasan itu tanpa di jangka, bekalan petroleum pada masa tersebut tersangat lah susah untuk
didapatkan bahkan ia merupakan satu sumber tenaga yang tidak boleh di perbaharui. Oleh itu, suatu alat yang mungkin
boleh membekalkan tenaga elektrik yg menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui amatlah diperlukan. Sejajar
dengan penyataan ini, projek Sumber Kuasa Serbaguna WNS (solar) ini wajar dilaksanakan. Penghasilan tenaga elektrik
daripada sumber cahaya matahari ini amatlah memudahkan pengguna kerana sumber cahaya matahari merupakan sumber
tenaga yang boleh diperbaharui dan mudah untuk diperoleh.

Pengenalan
Kuasa solar adalah penukaran cahaya matahari kepada tenaga elektrik, sama ada secara langsung menggunakan
fotovoltaik (PV), atau secara tidak langsung menggunakan kuasa solar pekat (CSP). Dalam bahagian ini, kami akan
menerangkan secara terperinci mengenai konsep bekalan elektrik yang menggunakan tenaga solar dimana sumber
elektrik diperoleh daripada cahaya matahari. Projek ini akan dapat membantu kita untuk lebih memahami bagaimana
penukaran sumber tenaga iaitu cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Panel solar adalah alatan yang boleh menukarkan
cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Kaedah penukaran cahaya matahari terus kepada tenaga elektrik dikenali
sebagai Photovoltaic (PV). Solar panel ini menghasilkan arus terus (DC). Solar panel ini boleh di samakan dengan
fungsi bateri untuk membekalkan voltan. Namun, berbeza dengan bateri, solar panel ini tidak boleh menyimpan tenaga.
Oleh itu, dalam system solar yang lengkap semestinya memerlukan bateri untuk menyimpan tenaga. Teknologi tenaga
suria bukanlah perkembangan yang baru, malah ia pada mulanya digunakan pada pertengahan 1800-an ketika revolusi
perindustrian apabila loji tenaga solar telah dibangunkan untuk memanaskan air yang menjana tenaga stim untuk
menghidupkan jentera.

Pada tahun 1839, Alexandre Edmond Becquerel mendakwa bahawa cahaya yang memancar pada elektrod yang tengelam
pada konduktif akan menghasilkan arus elektrik dan menemui kesan fotovoltaik yang menjelaskan bagaimana elektrik
dapat dihasilkan oleh cahaya matahari. Lebih kurang 100 tahun kemudian 1941, Russell Ohl mencipta sel suria, sejurus
selepas penemuan transistor. Dari masa itu sehingga kini ia telah banyak digunakan oleh beberapa bahagian dunia
sebagai sumber tenaga untuk dimakan. Contoh-contoh penggunaan tradisional tenaga solar adalah membuat air panas,
bangunan pemanasan dan memasak tetapi hari ini ia digunakan untuk membuat elektrik di mana bekalan kuasa lain tidak
ada, seperti di tempat terpencil dan di ruang angkasa.

Kajian Terdahulu
Tenaga elektrik merupakan suatu keperluan yang mesti pada masa kini. Tanpa bekalan elektrik, segala alatan tidak dapat
berfungsi. Terputusnya bekalan elektrik di suatu kawasan selalunya disebabkan oleh beberapa faktor-faktor yang tertentu
terutamanya kejadian bencana alam. Sebagai contohnya, kejadian banjir yang sering berlaku di Malaysia terutamanya
kawasan tanah rendah banyak memberi impak terhadap kualiti hidup manusia.
Sebelum permulaan projek kami, kami telah membuat beberapa objektif yang bertujuan untuk menggalakkan rakyat
Malaysia menggunakan lebih banyak sumber tenaga yang boleh diperbaharui, selain untuk membantu mengekalkan
sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui, seterusnya untuk menghasilkan tenaga yang tidak berbahaya kepada alam
sekitar dan membantu mengurangkan kos atas penggunaan tenaga elektrik biasa. Terdapat banyak projek yang telah
dilakukan oleh ramai orang yang melibatkan penggunaan tenaga suria. Sebahagian besar projek yang dilakukan oleh
orang lain secara langsung menggunakan tenaga solar sebagai sumber tenaga utama mereka untuk kegunaan harian.
Disebabkan banyak rakyat Malaysia masih tidak yakin bahawa tenaga solar dapat membantu mencapai matlamat kami
kerana beberapa masalah seperti cuaca di Malaysia.

209

ELIP 2018

Untuk mencapai matlamat atau objektif kami, kami perlu mengakui bahawa penggunaan sumber tenaga boleh
diperbaharui di Malaysia sangat rendah. Untuk mencapai matlamat pertama, kami perlu mendedahkan kepada masyarakat
di Malaysia tentang manfaat dan kelebihan sumber tenaga boleh diperbaharui. Apabila lebih ramai masyarakat di
Malaysia menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui, maka objektif kedua dapat dicapai di mana kita boleh
mengekalkan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Kita juga boleh mencapai objektif ketiga iaitu menghasilkan tenaga
yang tidak menjejaskan persekitaran alam sekitar. Akhir sekali, untuk mencapai objektif yang keempat, kami mendapat
idea tentang hibrid yang mengurangkan kos penggunaan elektrik biasa dan sebagai penyelesaian kepada masalah utama
yang kami hadapi dalam melaksanakan projek ini.

Metodologi
Dalam bab ini, kami akan menerangkan mengenai proses atau kaedah penggunaan untuk melaksanakan projek
tenaga solar ini. Teknologi kuasa solar bukanlah perkembangan teknologi yang baru, malah ia telah digunakan pada
pertengahan tahun 1800-an ketika revolusi perindustrian apabila loji tenaga suria telah dibangunkan untuk memanas air
yang mencipta stim untuk menghidupkan jentera. Pada tahun 1839, Alexandre Edmond Becquerel mendakwa bahawa
cahaya yang memancar pada elektrod yang tengelam pada konduktif akan menghasilkan arus elektrik dan menemui
kesan fotovoltaik yang menjelaskan bagaimana elektrik dapat dihasilkan oleh cahaya matahari. Lebih dari seratus tahun
kemudian 1941, Russell Ohl mencipta sel solar, sejurus selepas penemuan transistor.
Pertama setelah membuat pemilihan tajuk projek, kami meneruskan dengan pemilihan bahan untuk membuat projek
ini. Kedua, setelah semua bahan dipilih, kami akan melukis reka bentuk untuk menunjukkan bagaimana sistem
berjalan. Ketiga, kami menjalankan eksperimen untuk membolehkan kami lebih memahami kuasa solar dan bagaimana
kuasa boleh dipindahkan. Kami telah membentuk litar dan mengkaji bagaimana sistem solar yang berkaitan dengan
pemindahan tenaga elektrik

Rajah 1: Carta alir operasi projek

Reka Bentuk Projek

210

ELIP 2018

Kesimpulan
Setiap projek yang dicipta sentiasa mempunyai objektif dan manfaatnya. Ini juga termasuk dalam projek kami iaitu
‘Sumber Kuasa WNS (solar)’. Walau bagaimanapun, terdapat banyak kelemahan yang dikesan tetapi objektif dapat
diperolehi. Sebagai kesimpulan, projek kami adalah satu langkah besar dalam mencapai matlamat dan objektif yang telah
kami tunjukkan sebelum ini. Keistimewaan projek kami sememangnya menarik minat orang-orang yang telah datang di
gerai kami semasa pameran yang menggalakkan mereka menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui di rumah. Jika
mereka meniru projek kami di rumah mereka, ia pasti dapat membantu mengurangkan kos harian penggunaan elektrik
grid. Sekiranya projek kami telah menarik perhatian industri pengeluar tenaga, kami dapat membantu negara kita dalam
memelihara sumber yang tidak boleh diperbaharui dan alam sekitar kerana menghasilkan tenaga dari solar adalah mesra
alam. Kami berharap pada masa depan teknologi penuaian tenaga solar akan berubah menjadi sesuatu yang hebat. Seperti
yang kita semua ketahui, ia adalah sumber yang tidak terhad yang disediakan di sekeliling kita di mana kita tidak perlu
menggali tempat di mana-mana di bumi. Sekiranya teknologi berkembang pada masa akan datang, kami pasti akan
mempunyai tenaga yang tidak terhad Akhir sekali, projek ini diharapkan dapat digunakan sepenuhnya, diterima, diterima
pakai dan sesuai dengan perkembangan teknologi di era ini serta hasil yang diperoleh dari projek ini dapat memenuhi
kebutuhan pengguna.

Rujukan
[1] J. Ruiz-del-solar, R. Verschae, J. Ruiz-del-solar, R. Verschae, G. Hermosilla, and M. Correa, “Local Binary
Patterns: New Variants and Applications,” vol. 506, no. January, 2014.
[2] J. J. Strobel, “Graphic design How Do Wind Turbines Generate Electricity?,” UW–Extension Environmental
Resources Center, pp. 1–2, 2014.
[3] M. Grover, B. Lohith Kumar, and I. Ramalla, “The Free Energy Generator,” Int. J. Sci. Res. Publ., vol. 4, no.
12, pp. 1–4, 2014.

211

ELIP 2018

Advance Can Deposit

S. Symree1, a, L. Seth1, b, A. Akif1, c, O. Zuraida1, d1
Department of Electrical Engineering, Polytechnic Ibrahim Sultan, Johor Bahru, Johor
[email protected] [email protected] [email protected] [email protected]

Kata kunci: Thermal Printer; Arduino; Arduino CH340; Can Crash

Abstrak. Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar
semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan
tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan
mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.Kitar semula adalah
komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi “Pengurangan pembaziran, Guna
semula, Kitar semula” hieraki buangan.Projek ini diinovasikan bagi tujuan mengitar semula tin minuman yg telah dipakai
. Pelanggan yang mengitar semula tin menggunakan mesin ini akan menerima kupon dimana boleh dituntut di restoran-
restoran yang berdekatan secara tidak langsung dapat menjimatkan wang

Pengenalan
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 627) kitar semula bermaksud memungut
dan mengasingkan sisa pepejal bagi menghasilkan bahan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses
dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula juga mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada
sumber- sumber yang bernilai. Tambahan pula, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan, dan faedah sosial.
Bahan- bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk
ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
Melihat daripada sudut yang positif, projek ini sudah tentu memberi banyak impak bukan sahaja kepada alam sekitar
untuk masa sekarang, malah untuk masa depan generasi pada masa akan datang. Projek yang bertajuk ‘Advanced can
deposit’ telah memilih tin minuman sebagai bahan utama dimana merupakan salah satu sisa pepejal yang dibuang secara
tidak terkawal oleh masyarakat pada abad ini. Tin minuman yang diperbuat daripada aluminium mampu dikitar semula
dengan menggunakan mesin yang diinovasikan. Selain daripada kitar semula, tin minuman juga memberi manfaat
kepada masyarakat di Malaysia jika setiap tin dikitar semula oleh mesin yang dihasilkan dalam projek ini akan diberi
kupon secara tidak langsung sebagai tanda penghargaan. Kupon yang diberi kepada pengguna boleh dituntut di restoran-
restoran yang telah berdaftar untuk menerima kupon tersebut. Pada masa yang sama, ini dapat mengurangkan kadar
pembuangan sampah iaitu tin minuman di merata- rata tempat dan menerapkan konsep sistem 3R iaitu “reuse, reduce,
dan recycle” yang menjadi salah satu penyelesaian pengelolaan sampah. 3R terdiri atas “reuse, reduce, dan recycle.”
“Reuse” bererti menggunakan semula sampah yang masih dapat digunakan untuk fungsi yang sama ataupun fungsi
lainnya. Reduce bererti mengurangi segala sesuatu yang mengakibatkan sampah. Dan Recycle bererti mengolah kembali
sampah menjadi barang atau produk baru yang bermanfaat.
Kesimpulannya, penghasilan mesin ini mengitar semula bahan terpakai iaitu tin minuman bukan sahaja mampu
menyelamatkan alam sekitar, malahan ia juga dapat melahirka pelajar yang berkemahiran secara teknikal dan
mempunyai kemahiran berfikir yang lebih tinggi. Hal ini selaras dengan kehendak negara dalam melahirkan pelajar
yang berkebolehan dalam pelbagai bidang melalui program transformasi pendidikan iaitu dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Metadologi
Seperti mana yang di ketahui, tin minuman juga boleh mendatangkan hasil kepada masyarakat. Jika tin dikemekkan
dan dikumpul, ianya boleh dijual di kedai besi terdekat. Tetapi tin yang dijual harus dalam kuantiti yang banyak. Ini
memakan masa yang lama untuk mengumpul. Selain itu, masyarakat harus mengemekkan tin menggunakan tenaga
iaitu dengan memijak tin satu persatu. Ini secara tidak langsung memakan tenaga manusia. Cuba bayangkan, jika warga
emas yang melakukan semua hal ini, tentu warga emas tidak mampu dan mudah lelah. Oleh itu, inovasi yang dicipta ini
memudahkan semua lapisan masyarakat iaitu “Advanced can deposit”
Advanced can deposit ialah satu projek dimana tin dikemekkan lalu resit akan keluar. Isi kandungan resit ialah jumlah
yang diperolehi untuk di tebus kedai terdekat. Mesin yang digunakan ialah ‘auto gate ‘mesin tersebut di gabungkan
dengan pinston dan spoket yang membolehkan proses kemek berlaku. Litar yang digunakan ialah Arduino. Berikut
adalah carta alir yang telah dibina:

212

ELIP 2018

Gambarajah 1: Cartalir metodologi

Reka Bentuk Projek

Gambarajah 2: Reka bentuk produk

Gambarajah 3: Binaan produk

Kesimpulan
Masa untuk menyiapkan projek ini memakan 2 semester iaitu pada semester 4 dan semester 5. Walaubagaimanapun
di dalam projek ini masih ada lagi kekurangan iaitu ruang dan saiz yang terlalu besar. Selain itu pelbagai penambah
baikan untuk memastikan projek ini berjalan lancar dan sempurna sepanjang semester ini. Walaubagaimanapun, terdapat
beberapa halangan ketika melakukan projek antaranya ialah kos yang tinggi, kekurangan bahan dan bahan yang di
perlukan perlu di beli di luar negara. Ini menyebabkan pemasangan mengambil makan masa yang agak lama untuk
menyiapkan keseluruhan projek.
Seterusnya, projek ini adalah berkonsepkan hijau kerana menggalakkan orang ramai kitar semula dan setelah kitar
semula ia dapat menggantikan tin yang dibuangkan dengan kupon untuk ditebus di mana-mana kedai yang disyorkan.
Akhir sekali, kami dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari selama ini di Politeknik Ibrahim Sultan dan secara tidak
langsung dapat mereka bentuksesuatu benda atau produk baru yang dapat memberikan kemudahan dan kepuasan
terhadap pengguna.

Rujukan
[1] “Tapak pelupusan sampah di malaysia, tenat,” The Borneo Post, 2011. [Online]. Available:
www.theborneopost.com/.../114-tapak-pelupusan-sampah-di-malaysia-tenat/.
[2] B. Paton, Fundamentals of Digital Electronics. 1998.

213

ELIP 2018

Car Kids Detector

H. Anizah1, a, S. A. Fathi1, b, H. Salwani1, c, S. Nazurah1
Department of Electrical Engineering, Polytechnic Ibrahim Sultan, Johor Bahru, Johor
[email protected] [email protected] [email protected]

Kata Kunci: Pengesan; Kerusi; Kanak-Kanak

Abstrak. Projek ini berterusan mereka bentuk satu alat yang dinamakan “Car Kids Detector” yang akan mencegah
kanak-kanak daripada tertinggal seorang diri di dalam kenderaan dan terdedah kepada suhu yang tinggi. Projek ini
adalah inspirasi daripada peningkatan jumlah kanak-kanak yang mati disebabkan kejadian tersebut tahun demi tahun.
Objektif projek ini adalah untuk mengesan beban yang terletak di atas kerusi kereta dan memberi amaran kepada
ibu bapa daripada membahayakan kanak-kanak tersebut. Projek ini membantu melindungi kanak-kanak dengan cara
mengingatkan ibu bapa bahawa anak mereka berada dalam keadaan bahaya dengan aksesori rantai kekunci. Projek ini
dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa dimasa akan datang.

Pengenalan
Tujuan projek ini direka adalah untuk membantu memastikan keselamatan kanak-kanak terutamanya bayi yang
ditinggalkan di dalam kereta tanpa sengaja. Projek ini mempunyai sebuah untuk memberitahu ibu bapa bahawa mereka
tertinggal anak mereka di dalam kereta apabila mereka semakin menjauhi kawasan kereta mereka diletakkan.
Sebuah alat pengesan beban diletakkan di bawah kerusi penumpang digunakan untuk mengesan keberadaan bayi
di dalam kereta. Jika alat pengesan beban ini dapat mengesan beban di atasnya, transceiver di dalam kerusi akan
menghantar maklumat kepada transceiver pada kunci kereta. Apabila jarak antara kerusi kereta dan kunci kereta melebihi
5 meter, penggera pada kunci kereta akan berbunyi untuk memberitahu kepada ibu bapa yang anak mereka ada di dalam
kereta. “Heat stroke” berlaku apabila badan kita mencapai suhu sehingga mencecah 40℃ berbanding suhu normal 37℃.
[4] Punca utama strok haba adalah disebabkan terdedah terlalu lama dengan cuaca atau suhu panas, kurangnya minum
air serta berlaku dehidrasi pada badan yang membawa komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan
seseorang itu koma dan boleh membawa kepada kematian. Selain itu, kematian juga boleh berlaku disebabkan oleh lemas
kerana kekurangan udara (oksigen) akibat tingkap kereta ditutup rapat.

Kajian Terdahulu
Sebuah syarikat pengeluar kereta Opel telah menghasilkan Gabriel.[1] Gabriel terdiri dari sebuah pengesan suhu dan
tekanan serta sebuah penggera yang juga memerangkap sebuah pemegang kunci (keychain) kereta. Pengesan tekanan/
suhu ini diletakkan dibawah kerusi kanak-kanak/bayi di dalam kereta.
Sekiranya jarak antara pengesan dan penggera ini melepasi 5 meter, penggera akan mula berbunyi bagi mengingatkan ibu
bapa untuk memeriksa anak mereka. Sekiranya bunyi penggera ini tidak didengari, penggera akan sekali lagi berbunyi
apabila suhu di dalam kereta mencecah 28 ℃ . sistem penggera dwi peringkat ini diharap dapat memastikan tidak akan
ada lagi kes anak kecil meninggal dunia di dalam kereta.
Kerusi kanak-kanak pencegah hipertermia.[2] Projek ini dibina oleh sebuah kumpulan projek yang terdiri daripada
Craig Fella, Anumalu, dan Dan Manjarres. Projek ini mereka sebuah kerusi kanak-kanak yang boleh mengesan apabila
seorang kanak-kanak diletakkan atau dialihkan daripada kerusi dan suhu di dalam kereta yang melebihi daripada 90
darjah Fahrenheit.Jika kedua-dua keadaan ini adalah benar, kerusi kanak-kanak ini akan menelefon 911 yang dilekatkan
bersama telefon bimbit. Telefon itu mempunyai pengesan GPS, untuk membantu pihak polis mencari kedudukan kereta.
Smart car seat oleh TOMY [3] Sebuah syarikat yang bernama TOMY International telah mencipta sebuah kerusi bayi
yang mempunyai sistem teknologi iAlert. Sistem ini membolehkan kerusi bayi TOMY ini berkomunikasi dengan telifon
pintar anda. Kerusi bayi ini mempunyai tiga (3) jenis sensor yang berbeza iaitu suhu, sudut dan pergerakan. Jika suhu
kerusi terlalu panas, ia akan menghantar isyarat kepada telifon pintar anda. Sistem ini juga akan memberi isyarat apabila
kerusi ini tidak dipasang dengan betul atau anak anda mencabut alat keselamatan dengan sendirinya semasa kereta
sedang bergerak.

214

ELIP 2018

Metodologi
Berdasarkan statistik, setiap tahun terdapat banyak kes yang melibatkan kematian kanak-kanak akibat tertinggal di dalam
kenderaan ibubapa mereka. [5] Hal ini berlaku kerana kecuaian ibubapa pada masa kini. Kecuaian ibubapa ini terjadi
apabila mereka terlalu ralit dengan gadjet atau kerja mereka disebabkan arus kemodenan dan kos sara hidup yang tinggi
pada masa kini.
Rajah 1 menunjukkan carta alir metodologi. Projek ini dimulai dengan membuat kajian literatur secara menyeluruh
dan mendalam. Fokus utama dalam kajian literatur adalah ingin melihat sejauh mana produk ini dikomersialkan dan
digunakan. Peringkat seterusnya adalah membuat litar elektronik. Membaiki dan menguji litar dilakukan berkali-kali
untuk memastikan litar berfungsi dengan sempurna.

Rajah 1: Carta alir metodologi

Reka bentuk produk

215

ELIP 2018

Kesimpulan
Berdasarkan hasil analisa litar dalam mencipta dan menyiapkan projek ini, didapati bahawa projek yang direka ini
dapat memberi manfaat kepada semua ibu bapa di mana ia dapat membantu mencegah daripada kanak-kanak mati
terperangkap di dalam kenderaan. Dengan terciptanya projek ini, ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bilangan
kes kematian kanak-kanak yang terperangkap di dalam kenderaan, memandangkan ibu bapa pada masa kini terlalu
sibuk dengan urusan kerja sehingga boleh terlupa mengenai anak mereka sendiri. Selain itu, melalui projek ini ia boleh
menyedarkan ibu bapa betapa pentingnya keselamatan anak-anak. Meskipun ibu bapa pada masa kini sibuk dengan
urusan kerja, tetapi keselamatan anak-anak mestilah menjadi keutamaan mereka kerana kehilangan nyawa mereka tidak
dapat ditukar ganti dengan benda lain.

Rujukan
[1] J. Pan, “Smart Car Seat Alerts Parents of Danger,” Mashable Global, 2012. [Online]. Available: https://
mashable.com/2012/06/15/tomy-car-seat/#oEpkBMmjtsqt.
[2] B. Paton, Fundamentals of Digital Electronics. 1998.

216

Jabatan Kejuruteraan Elektrik

dengan kerjasama CDEC Politeknik Ibrahim Sultan

KM 10, Jalan Kong Kong
81700 Pasir Gudang, Johor

www.pis.edu.my
Tel : +6072612488
Fax : +6072612402


Click to View FlipBook Version