The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aadamiyya, 2022-06-11 14:18:47

Novel BM

Novel BM

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON
DI MALAYSIA

NAMA: KARISA AADAMIYYA BINTI AZMAN
NO. MAKTAB: PB190210
HOMEROOM: USTAZ FAISAL
NAMA GURU: ENCIK SHURDI BIN SHUIB

ISI KANDUNGAN KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

1) PENGHARGAAN
2) NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
3) NOVEL DI SEBALIK DINARA
4) JENDELA MENGHADAP JALAN
5) PANTAI KASIH
6) SONGKET BERBENANG EMAS
7) TIRANI
8) BIMAKSATI MENARI
9) SILIR DAKSINA
10) RUJUKAN

1

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAPENGHARGAAN

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru yang
mengajar saya mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4 iaitu Encik Shurdi Bin
Shuib atas tunjuk ajar dan bantuan beliau bagi saya menyiapkan folio ini. Mereka
juga telah memberi sepenuh perhatian dalam tempoh menyiapkan folio ini.Semangat
guru-guru amatlah saya hargai.

Ucapan yang sama ditujukan juga kepada semua pihak yang terlibat antaranya
kedua ibu bapa saya dan rakan-rakan saya yang menolong sama ada secara langsung
atau tidak langsung sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini. Mereka telah
membantu saya dan mengorbankan masa dan tenaga tanpa meminta sumbangan.
Kerjasama ibu bapa dan rakan rakan amatlah saya hargai.

2

PENGENALAN NOVEL KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

LEFTENAN ADNAN 3

WIRA BANGSA

Novel 'Leftenan Adnan' ialah teks komsas bagi murid Wilayah Persektuan Kuala
Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Bahagian penceritaan
novel merangkumi 35 bab yang diberikan judul setiap satunya. Tiada sebarang
ilustrasi di bahagian berkenaan yang berjumlah 358 muka surat. Terdapat lampiran
bergambar dari muka surat 360 - 372, termasuk potret hitam putih Leftenan Adnan
sendiri. Selain itu, tersedia dua halaman glosari (374 - 375) yang berkisar terhadap
istilah ketenteraan. Pengarang juga mencatat senarai rujukan pada halaman terakhir.
Harga senarai naskhah Leftenan Adnan edisi murid ialah RM18.90. Walaupun murid
memperoleh skim pinjaman buku teks, tiada salahnya membeli naskhah tambahan,
terutamanya murid yang tinggal di asrama. Teknik penceritaan novel Leftenan Adnan
ialah sudut pandangan orang ketiga, iaitu kisah disampaikan oleh pengarang. Sebagai
sebuah novel sejarah, hampir keseluruhan novel ditulis secara naratif (pengkisahan)

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAdan dialog. Teknik monolog boleh dikatakan tiada. Novel Leftenan Adnan sarat
dengan maklumat walaupun mungkin murid berasa khuatir tidak dapat mengingati
begitu banyak fakta peristiwa, watak dan tempat. Bagi meredakan kekhuatiran itu,
ikhlaskan diri membaca novel tebal berkenaan, sambil menikmati pembacaan yang
santai. Insya-Allah, menerusi bimbingan guru berpengalaman, novel Leftenan Adnan
menjadi bacaan yang mudah, ringan, menimbulkan rasa teruja dan memupuk jati diri
yang mendalam.
BIODATA PENULIS

Abdul Latip bin Talib, 61, anak Rembau tetapi kini menetap di Jelebu, Negeri
Sembilan. Kini, beliau penulis residen PTS Fortuna, sebuah syarikat penerbitan
terkemuka tanah air, milik Ainon Mohamad. Abdul Latip dikenali lewat novel-novel
sejarah beliau (klik di sini). Novel sejarah Islam beliau berjaya menembusi pasaran
negara Brunei yang begitu ketat peraturannya. Pak Latip Juga tidak sunyi daripada
kecaman terhadap kesahihan fakta dalam karya novel sejarah beliau (klik di sini).
Sejak berkecimpung dalam dunia penulisan pada tahun 1999, Pak Latip telah
menghasilkan 50 buah novel, termasuk siri novel sejarah Islam terbitan PTS
berjumlah 30 naskhah semuanya. Novel 'Leftenan Adnan' edisi murid ini juga
4 berunsur sejarah dan dilesenkan oleh PTS kepada Mika Cemerlang Sdn. Bhd. selaku

penerbit rasmi untuk teks novel komsas tingkatan empat wilayah selatan KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Semenanjung.

5

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIASINOPSIS

Pada awal penceritaan,novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil. Beliau
dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal,Selangor. Rata-rata penduduk
kampung itu masih berada dalam kemiskinan.Kehidupan mereka bergantung pada
sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja.Keadaan ini turut
dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah,iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan
tiga orang anak,iaitu Adnan,Ahmad dan Amarullah.Adnan merupakan anak sulung
keluarga Pak Saidi.Sejak kecil,Adnan rajin membantu keluarganya dan merupakan
anak yang taat akan perintah orang tuanya.Walaupun usianya baru mencecah sepuluh
tahun,setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah membantu orang tuanya menoreh
getah.Selain itu,dia turut membantu keluarganya mengerjakan sawah bendang.Pak
Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang masa dengan duduk bersembang di
kedai kopi.

Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan.Beliau sengaja merahsiakan
keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya
menjadi orang buruan inggeris.Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa
Adnan.Semangat patriotic yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal.Pak Saidi amat
mengambil berat tentang sejarah tanah air.Beliau sentiasa menekankan betapa
pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri.Para penjajah
telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam
kemiskinan.Nasib orang Melayu terpinggir dan tidak terbela.Pak Saidi tidak mahu
anak-anaknya mewarisi pekerjaannya.Pengetahuan Pak Saidi yang luas tentang
6 sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk kampungnya.Pak Saidi banyak
membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed Syeikh Al-

Hadi.Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said,Mat Kilau,Datuk Bahanam,dan KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Datuk Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat
patriotisme yang ada dalam dirinya. 7

Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan
pendidikan terbaik untuk anak-anaknya.Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada
agama,bangsa,dan tanah air.Oleh sebab itu,Adnan telah dilengkapi dengan ilmu
keagamaan dan ilmu persilatan.Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan
sahajalah negara akan dapat dibangunkan.Pihak penjajah sememangnya tidak suka
orang melayu menjadi pandai.Pelajaran yang diperolehi mereka setakat boleh
membaca dan menulis sahaja.Atas dasar itu,Pak Saidi berhasrat mahu menghantar
anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris untuk memperoleh ilmu
pengetahuan.Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada masyarakat
kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian
dan seterusnya menjadi murtad.Tentangan penduduk kampung itu tidak mematahkan
semangat Pak Saidi untuk menghantar anak-anaknya menimba ilmu di sekolah aliran
inggeris.Bagi Pak Saidi,masyarakat Melayu perlu belajar daripada orang Inggeris
yang lebih maju dalam pelbagai bidang keilmuan.Anak-anak perlulah dilengkapi
dengan ilmu pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk mengambil alih
pemerintahan negara ini daripada tangan penjajah.

Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris.Di sekolah, Adnan
terkenal sebagai pelajar rajin dan pintar.Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh
teman-teman dan juga guru-guru sekolah.Adnan menyatakan cita-citanya untuk
menjadi askar.Setelah tamat persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di
Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun,bidang perguruan bukanlah minatnya.Cita-
citanya hanyalah satu,iaitu untuk menjadi askar.Adnan telah terpilih menjadi askar
dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di Port Dikson.Kejayaan Adnan terpilih
untuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah mulut di pelosok kampung.

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAKonflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi
tentera.Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut
Inggeris.Adnan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya.Beliau
menjadi pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah
25 orang.Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar
Melayu dalam perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara pertabalan King
George VI di London.Adnan telah berkahwin dengan Sophia,anak Pak Fakih.Adnan
membawa Sophia dan anak-anaknya ke Singapura.Namun,Adnan terpaksa
menghantar anak-anaknya dan isterinya pulang ke kampung selepas mendapat berita
yang mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun mahu menyerang
Singapura.Mereka juga mahu menjajah Tanah Melayu.

Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah
berjaya menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda
Melayu menjadi tentera lalu diadakan pengambilan rekrut baharu.Pada 1 Januari
1935,pasukan percubaan Askar Melayu telah ditukarkan menjadi Rejimen Askar
Melayu dengan kekuatan anggota sebanyak 150 orang.Kemudian dipercepatkan
pengambilan anggota baharu menjadi 232 orang.Mereka dibahagikan kepada dua
kompeni dilengkapi dengan platun mesingan,seksyen semboyan, dan unit
tambur.Pada 1 Januari 1938,Batalion Pertama Askar Melayu ditubuhkan dengan
dianggotai 17 pegawai British,6 pegawai melayu,11 pegawai waran,759 pegawai,dan
lain-lain pangkat.Pada bulan Mac 1941,Rejimen Askar Melayu ditambah kekuatan
menjadi dua batalion.Mereka diberi tanggungjawab untuk mempertahankan Tanah
Melayu daripada serangan Jepun.

Pada Sabtu 6 Disember 1941,satu persidangan telah berlangsung di Manila
yang dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan
8
British.Laporan perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar
menuju Asia.Risikan mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang

diiringi oleh kapal tempur,kapal penjajap,dan kapal pembinasa menuju Laut China KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Selatan.Hal ini merupakan isyarat jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang
Dunia Kedua. 9

Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang
pendaratan askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya
Bulan pada 8 Disember 1941.Pada hari pertama askar Jepun mendarat,mereka telah
ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang
berkubu di sepanjang pantai.Pada hari kedua,kapal-kapal perang Jepun telah
melepaskan tembakan di sepanjang pantai menyebabkan ramai yang terkorban.Hal ini
banyak menyebabkan askar India yang berkhidmat dengan tentera British melarikan
diri.Namun,askar Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan askar
Jepun.Namun,pada hari ketiga,askar Melayu yang sedang bertempur diarahkan
berundur.Dengan itu,askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari
bertempur.

Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh
Jepun dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di Kota
Bharu,Kelantan.Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera
Jepun yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan.
Akibatnya,negeri-negeri di Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera
Jepun.Kemudian,mereka terus mara ke Singapura dan dalam masa 69 hari Inggeris
terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.

Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk
menangkis serangan askar Jepun.Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera
Jepun mendarat di Kota Bharu,Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di
sepanjang pantai.British juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince Of
Wales dan Repulse untuk mempertahankan Tanah Melayu.Malangnya,kedua-dua
buah kapal perang kebanggaan British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAJepun yang melakukan serangan kamikaze.Berita tenggelamnya dua buah kapal
perang itu telah mengejutkan British sekali gus melemahkan moral dan semangat
askarnya.

Namun,mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang
dianggap kebal ialah Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu
tidak akan dapat ditembusi oleh askar Jepun.Dalam pertempuran dengan askar
Melayu di Kelantan dan di Singapura,askar Melayu telah menunjukkan keberanian
dan semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152 orang askar melayu,termasuk 7
pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban.Antara
pegawai askar Melayu yang terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin
Saidi.Beliau bersama-sama dengan 42 orang anggotanya yang masih hidup telah
berjuang sehingga titisan darah yang terakhir.Pada 15 Februari 1942, askar Jepun
berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran hebat.Akhirnya British
terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.

SINOPSIS SETIAP BAB

Sinopsis Bab 1

Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil)
bersama keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang
anak lelaki. Yang sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang
bongsu dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal,
Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah
membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak
suka menghebahkan cerita itu kerana sentimen ‘siapa yang menentang Inggeris
adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak suka kepada
10 sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya
hasil bumi daripada Tanah Melayu.

Sinopsis Bab 2 KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan 11
Kampung Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia
bermimpi suasana di kampung menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa
dan beratus-ratus penyamun sedang menyerang penduduk kampung. Banyak
penduduk kampung yang terbunuh manakala rumah pula banyak yang terbakar.
Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering membayangkan
dirinya sebagai Hang Tuah. Selepas tersedar Adnan ke kebun getah membantu
ayahnya, setelah solat Zohor gilirannya pula turun ke sawah.

Sinopsis Bab 3

Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan
bunyi loceng basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut
oleh anak-anaknya yang sedang berlatih silat di halaman rumah. Adnan melayan
ayahnya dengan membawakan minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat
bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain perang olok-olok dan biasanya Adnan
yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu mengalah. Adnan juga
memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab walau ketika membantunya
mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anaknya tidak pernah dikecewakan.
Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya membuat
senapang kayu pula.

Sinopsis Bab 4

Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan.
Pak Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah
Perkuburan sebab itulah dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIASaidi yang dermawan menyebabkan orang kampung menyenanginya. Apabila tiba
musim buah-buahan, dia selalu menyedekahkan buah-buahan kepada penduduk
kampung. Pak Saidi menceritakan bahawa asal usul dia dan ibu Adnan dari
Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol
Said Pahlawan Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk
kampung tidak memandang serong. Pak Said menceritakan bagaimana Dol Said
dilayan oleh British dengan baik sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi
juga menceritakan bagaimana British boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu.
Sejak itulah orang Melayu menentang penjajahan British bukan melalui senjata tetapi
melalui politik.

Sinopsis Bab 5

Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam
pula Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adanan
menyatakan hasrat untuk mulai bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya
Milah tidak bersetuju kalau Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza
dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat
mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah agama ataupun sekolah Melayu.
Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang kampung tetapi Pak Saidi
menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi menggunakan senjata
tetapi berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris. Pak Saidi
menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-
tiga orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga
akhirnya akur dengan kehendak Pak Saidi.
12 Sinopsis Bab 6

Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan
menjadi murtad namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya 13
menjadi orang yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi
mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal.
Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat memakai baju baharu,
seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi. Walaupun sudah bersekolah di sekolah Inggeris,
namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam agar
anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap
anak-anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-
anaknya supaya tidak mempedulikan apa-apa yang dikatakan oleh orang lain.

Sinopsis Bab 7

Mereka Tidak Mengerti

Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan
anaknya di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan
membantah tindakan Pak Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya
meminta Pak Saidi tidak menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan
menghalau mereka sekiranya mereka masih berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan
bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya anak Abu yang tidak elok
perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu berasa marah
dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAmemberitahu Tuk Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak
Saidi.

Sinopsis Bab 8

Seteguh Karang

Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil
jualan getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya
mengambil tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah
Inggeris. Pak Saidi tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu
kerana dia yakin dia tidak melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa
sebabnya Pak Saidi menghantar anak bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi
menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa yang berjaya supaya anak-anak
kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia marah dengan British tetapi
dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak Karim yang
perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah
nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh Tuk Ketua
kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia
menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah
itu juga akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar
pandangan akhirnya mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak
disenangi oleh Lebai Pian.
14

Sinopsis Bab 9

Anak-Anak Kampung KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. 15
Adnan menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa
perkataan bahasa Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia
belajar di sekolah Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa
dia lupa agama dan tidak berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah
lagi malamnya dia tetap belajar mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual
dengan Ahmad dan bercerita tentang cita-cita apabila besar nanti. Adnan yang mahu
menjadi askar supaya dapat mempertahankan Negara dari serangan musuh.
Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak dikenali. Dengan
keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupun ada
seorang yang mengena belutinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik
Pak Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia memberitahu
isterinya mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada malam tempoh
hari dan dibaling beluti oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap
hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap menjadi askar yang dinyatakan
kepada Cikgu Anderson.

Sinopsis Bab 10

Masuk Jawi Basikal Baharu

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAAdnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun
Tuk Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan
mengintai dari luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk
membelikan basikal baharu apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan
tidak gentar apabila dikhatankan. Dia tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua
minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari yang dijanjikan ayahnya membawa
pulang sebuah basikal baharu.

Sinopsis Bab 11

Yakin Boleh

Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia
seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan
perhimpunan pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa
Inggeris. Hanya Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-
rakannya yang lain tidak berminat kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris.
Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang
dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama dalam pertandingan
tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun ditertawakan oleh
rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada Adnan dan
bertambahlah berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada hari
pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara, Ah Chong mendapat tempat
16 kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.

Sinopsis Bab 12 KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

Jaguh Kampung 17

Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya
mengalahkan pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan
mereka tidak berpuas hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh
Kampung Sungai Ramal dan jaguh Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut
oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak muda kampungnya. Manakala Budin
mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang dirancang akhirnya
berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana beranggapan
pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan.
Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan
Adnan bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang
ke rumah setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan
menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih
mendengar pesan ayahnya.

Sinopsis Bab 13

Darah Muda

Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di
sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAcita menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar
Melayu. Semenjak kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan
Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi askar Melayu bagi
mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula bertiup
semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam kalangan guru-
guru.

Sinopsis Bab 14

Askar Melayu Diraja

Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil
anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan
hendak menjadi tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh
beberapa anggota tentera British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan
yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa
pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan
oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak bangsa.
Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-
cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.

Sinopsis Bab 15
18

Buku Bertemu Ruas

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan
menumpang lori barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port
Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang
anggota tentera yang datang ke rumahnya.

Sinopsis Bab 16

Perwira

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal
dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan
kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut
terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat
yang paling menggembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua
rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan
akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut
telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka
kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.

Sinopsis Bab 17

19

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAKehidupan Baharu

Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima
kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau
turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama
kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan.
Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang
guru di kampungnya bernama Sophia Pakih Muda

Sinopsis Bab 18

Berhari Raya Di Kampung

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan
kehadiran tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak
perempuan. Tetapi bayi perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt.
Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama.
Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan
untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.

Mereka hidup bahagia.
20

Sinopsis Bab 19

Perang Dunia Kedua KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah Tanah 21
Melayu maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka
di Kajang. Ini merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya,
Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali
terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-
anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan
mula mengaturkan persiapan. Askar Melayu dan tentera British bekerjasama
membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai
ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.

Sinopsis Bab 20

Bukit Candu

Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir
Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka
mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan
bahawa British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit
tersebut ada kilang Candu kepunyaan Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit
Candu kerana kawasan tersebut kawasan yang pentig. Di situ ada penduduk kampung
yang tidak mahu berpindah. Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAkubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan
Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk
yang enggan berpindah. Mereka tidak Berjaya mengajak penduduk kampung
berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketat kawalan dan mencadangkan
pasukan pengawal kampung. Adnan gembira apabila mendapat surat daripada
isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan selamat.
Sebenarnya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk meneruskan
perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan tanah
air.

Sinopsis Bab 21

Di Ambang Perang

Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir
Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun
dijangkakan serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami
pertempuran yang sengit. Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di
Kelantan dan Singapura. Cadangan Laksamana Thomas C. Hart mendapat
persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak British
mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya
penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan
mereka bersetuju untuk berpindah. Kalam keadaan yang genting itu, dua lembaga
22 cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan

pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut Berjaya ditangkap. Rupa- KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.
23
Sinopsis Bab 22

Hati-Hati Yang Resah

Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat
pangkalan tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan
datang melaporkan diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan
ke Bukit Candu. Akhirnya Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah
sejam meninjau di udara akhirnya Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan
ternampak tiga buah kapal di lautan yang dipantainya. Mereka berpendapat Jepun
telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila cuaca kembali reda, malam itu
juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera Jepun hilang dari lautan
yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan. Tentera Britsih
mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit
Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang
sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan
termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut
kehilangan Adnan.

Sinopsis Bab 23

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIABermulanya Sengketa

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan
menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak
menghalau penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai
Ramal juga bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya
perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan
Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS
Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu.

Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun
ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering mengutus
surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata perangsang supaya berjuang
bersungguh-sungguh demi tanah air.
Sinopsis Bab 24

Perangkap Tidak Mengena

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang
dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam
British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah
jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar
24 menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah
pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan

dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap
tentera Jepun yang mula mendarat di pantai dan membunuh banyak askar Jepun 25
termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya
menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya
mengenai Kempen Tanah Melayu: “Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan
teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami
terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat
kepala mereka”. Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap
dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan
pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran secara
berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan
kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua
tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan
jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah
dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan membolosi kedudukan
Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat
dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.

Sinopsis Bab 25

Gagalnya Operasi Matador

Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pangkalan
Tentera British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAtinjauan udara di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera
Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh
sebab Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut
lewat akhirnya tentera Jepun sudah pun mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di
Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British di situ. Pertempuran sengit berlaku
dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan. Pegawai dan askar yang
menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta Api Kuala Krai.
Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh
tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera
Jepun berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun
menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British
menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut
IJN Awajisan Maru yang merupakan kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan
dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera British di
Butterworth dan juga di Kuantan., Alor Setar dan Sungai Petani.

Sinopsis Bab 26 : Serangan Bertali Arus

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun
dalam masa yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang
kebanggaan British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan
Singapura menuju ke Kelantan. Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu
berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan melakukan
26 serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang British itu. Akhirnya dua buah
kapal perang British berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember

1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyerang
tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah 27
pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Walau
bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap kawasan
awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun
menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada
tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan
Gurkha. Walau bagaimanapun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah
mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang
dan turut tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan
nasib suaminya.

Sinopsis Bab 27 : Perancangan Dua Jeneral

31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera
Jepun. Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan
berkeliaran di mana-mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera
Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di Tanah Melayu. Hal ini memberikan
tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap paling kuat di dunia.
Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir Robert Brooke-
Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall.
Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan
Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah
meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan
sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari maklumat

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIASamad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan
Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan
kecewa kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah
Melayu.

Sinopsis Bab 28 : Pertempuran Demi Pertempuran

3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral
Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di
bahagian utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan
supaya tenteranya memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut
Singapura. Pasukan artileri Jepun pula menyerang Pangkalan Udara Tengah di Seletar
dan di Sembawang. Markas tentera Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di
Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara Singapura berlangsung sepanjang hari dari
pagi hingga ke petang. British terpaksa memindahkan kapal terbang Hurricanes dan
Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan
menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen Askar Melayu
bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih
bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan
anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun
anggota pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang
yang tinggi mampu memberikan tentangan sengit kepada musuh.

28 Sinopsis Bab 29 : Terus Berjuang

Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pangkalan. Petang KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
itu Penghulu Deraman daripada pengawal kampung datang bertemu Leftenan Adnan
untuk menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu 29
menentang tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan
dua orang adalah pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak
harus dibiarkan. Malam itu Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad
adalah tali barut Jepun. Malam keesokannya mereka Berjaya dikalahkan. Jeneral
Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati ditembak askar Melayu.
Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera Jepun menambahkan kebimbangan
Jeneral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan
menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu.
Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun
berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah.
Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatahlah lagi Kapten Rix bagai
membiarkan sahaja askar Melayu mempertahankan Pasir Panjang.

Sinopsis Bab 30 : Serangan Balas

Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat
Subuh, mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi
gempar apabila dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan
mengarahkan anggotanya bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk
berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur diikuti dengan pengeboman tentera
Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang
terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu. Pertempuran ini
memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAtidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera
Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan
hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan
diserang. Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh yang
ditawan. Adnan tidak sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu.
Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera
Jepun banyak kehilangan nyawa.

Sinopsis Bab 31 : Biar Putih Tulang

Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang
tersebut hingga musnah. Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat
dengan jelas tentera Jepun sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan
di Bukit Candu telah musnah tiba-tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah
bukit. Tidak lama kemudian kapal terbang Jepun menyerang semula kedudukan
mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit Candu masih kukuh. Koperal
Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan semakin genting kerana musuh
menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal
dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-mula
tadi Adnan memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah. Penghulu
Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan
sebagaimana janjinya.

30 Sinopsis Bab 32 : Tumpah Darah Perwira

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata
mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam 31
pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan
mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan
tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh
orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang
menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersungguh-sungguh.
Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang musuh sehingga ramai
yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni.
Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera
parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan,
tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di
bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam
tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan boyonet.
Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.

Sinopsis Bab 33 : Jatuhnya Kota Singa

Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah
kalah, Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran
dengan Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah
banglo lalu memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu
bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat
tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup
lalu merawatnya. Kemudian Koperal Yaakob pun menceritakan kehebatan askar

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAMelayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk
kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.

Sinopsis Bab 34 : Darah Mengalir di Sungai Ramal

Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal,
Kajang. Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah
berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan
keluarga Leftenan Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat
anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan
pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu

Sinopsis Bab 35 : Perjuangan Belum Berakhir

Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah
pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan
keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba
kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi
alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia
diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam panas. Pada
15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh
British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan
32 ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh
getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal
dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari

pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang
bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia
disahkan menghidap penyakit leukimia.

33

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA5 KEKUATAN

Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
karya Abdul Latip Talib. Terdapat beberapa kekuatan di dalam novel. Kekuatan yang
pertaa ialah pengutaraan tema yang baik oleh pengarang. Tema novel ini
mengisahkan keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air.
Novel ini juga istimewa dan menarik kerana mengandungi banyak nilai dan
pengajaran yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Antara nilai yang
terdapat dalam novel ini ialah nilai cinta akan negara. Selain itu, novel ini juga
menarik perhatian pembaca dan istimewa kerana perwatakan watak utama dalam
novel ini berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa pembaca terutama
generasi muda yang masih mempunyai kudrat untuk berjuang mempertahankan
negara . Watak Leftenan Adnan adalah simbol keberanian dan ketabahan anak muda
dalam perjuangan. Novel ini juga dapat menghasilkan rujukan yang banyak untuk
menepati cita rasa pembaca. Akhir sekali, novel ini juga sangat beremosi kerana
terdapat enam kematian yang berlaku dalam novel ini berbanding dengan novel yang
lain.

Dengan ini, novel ini ama sesuai untuk dibaca oleh pelajar kerana mempunyai
banyak kekuatan dalam novel ini.

34

5 KEKURANGAN KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip Talib. Terdapat beberapa kekurangan di dalam novel. Kekuranagn yang
pertama ialah jalan cerita yang tergantung yang boleh membuatkan pembaca sakit
hati. Novel ini juga mempunyai teknik plot yang tidak menarik yang membuatkan
pembaca tidak bersemangat untuk membaca. Selain itu, pengakhiran novel ini agak
sedih yang boleh menyebabkan pembaca beremosi. Penulis novel terlalu mengikut
sejarah yang boleh membuatkan pembaca bosan jika membaca. Akhir sekali, novel
ini mempnyai bab yang terlalu banyak yang boleh menyebabkan pembaca malas ntuk
baca.

35

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA5 PENAMBAHBAIKAN

Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip Talib. Terdapat beberapa penambahbaikan di dalam novel. Pada
pendapat saya, antara penambahbaikan yang boleh diubah ialah penuli perlu
memantapkan jalan cerita bagi lebih menarik. Penulis juga perlu mengubah kontra
warna pada kulit hadapan dan belakang novel untuk kelihatan lebih menarik kepada
pembaca terutama pada golongan remaja zaman ini. Selain itu, penulis juga perlu
embaiki plot-plot yang penting supaya dapat menarik perhatian pembaca jika
membacanya.

36

PENGENALAN NOVEL KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

DI SEBALIK DINARA

Mikrocip itu berupaya menjadi penerima isyarat dan mentafsirkan kepada arahan dan
seterusnya menggerakkan anggota tubuh Farisha untuk bertindak balas. Ia adalah
hasil daripada kajian yang mengambil masa lebih 20 tahun. Mungkin kerana
teknologi, ada pihak yang ingin memilikinya, lantas menceroboh masuk sistem
Dinara dan menanam virus di situ. Dan mungkin kerana teknologi itu juga, Dinara
bakal lumpuh.

BIODATA PENULIS

Dayang Noor atau nama sebenarnya Noor Aziza Sulaiman. Beliau lahir pada 1974 di 37
Pahang, Malaysia. Beliau ialah seorang penulis novel Bahasa Melayu sambilan.
Beliau memiliki ijazah dalam Kejuruteraan Elektronik dan Komputer dan kini bekerja
sebagai Eksekutif IT dengan salah satu syarikat penyepaduan sistem IT terbesar di

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIASelangor, Malaysia. Beliau telah menulis 2 buah novel fiksyen pulpa dalam bahasa
Melayu – Jerat (2011) dan Hilang (2012). Dia tinggal di Selangor, Malaysia bersama
suami dan 3 anak lelaki.

38

SINOPSIS KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. 39
Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan
untuk menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki
rumahnya kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada
pintu rumahnya yang disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan
adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah
simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari
kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah
kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah
pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan
RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer
Soft Lab dalam tempoh empat minggu.

Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan
Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis
sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara.
Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah
physical backup kepada Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat
bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya,
Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah
sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha
untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka
Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAmengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba
dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang
besar.

Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit
kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke
rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka
bahawa dia melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan
polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya.
Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan
hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.

Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha
namun Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti
tentang penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha
yang merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti
untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka
beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu. Kesihatannya
amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia
bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.

Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan
Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida
menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy
melalui minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan
40 melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat
berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri
di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal.

Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai
membawa Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida 41
berhubung dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha
dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu
memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha
diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya.
Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan
identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang
diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani
proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di
Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan
setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya
mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha
dengan menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris
memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak
dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam
Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy)
ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl
ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar
sedang nazak.

Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa
dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul
7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat
Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh
menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida.

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAFarisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan
bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.

SINOPSIS SETIAP BAB

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 1

Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem baru sahaja
selesai bermesyuarat di NusaJaya. Semasa berada di Lapangan Terbang Senai,
Farisha berkenalan dengan Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan
di dalam kapalterbang ke KLIA. Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai
oleh Aqram yang merupakan pusat kawalan elektronik peribadinya. Sesampainya di
pintu apartmentnya, Farisha terperanjat sekali lagi apabila melihat pintunya juga telah
terpasang “retinal scanner”. Farisha terpaksa menunggu Shida kawan serumahnya
yang sedang bermain skuasy dengan JUJU sebuah android untuk masuk ke apartment
mereka. Farisha ingin tidur awal kerana besok dia akan menghadiri satu simposium di
Hotel Renaissance. Dalam masa yang sama rupa-rupanya Aqram sudah dapat
mencuri cawan minuman Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan dapat
bekerjasama dengan Dr.Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 2

Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah
simposium yang akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan
Penggodam Antarabangsa. Bermula daripada pendaftaran, pencetakan bahan,
sehingga mengatur kedudukan dalam simposium tersebut semua diuruskan oleh robot.
Sehinggakan Farisha berasa kecewa kerana Phillips Young menyampaikan ucaptama
42 beliau hanya melalui hologram sahaja. Tanpa diduga Farisha bertemu lagi dengan
Aqram. Dalam pertemuan ini Aqram menyatakan keinginannya mencari jururunding

untuk sebuah projek mini di makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah berjaya KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
menerobos fikiran Farisha menggunakan penetrator berupa sebatang pen berwarna
perak. Tetapi pendinding WALL yang dimiliki oleh Farisha dapat menangkis segala 43
maklumat yang dikumpul dalam ingatan Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan
cuba menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 3

Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu projek,
Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju membincangkan
perkara itu di Puchong, berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima
anugerah inovasi peringkat kebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa
dengan Karl, Aqram telah memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.Maxi dan
beliau telah menawarkan RM1.5 juta kepada mereka berdua untuk tugas menggodam
tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu. Farisha meminta
sedikit waktu untuk membuat keputusan. Sebelum pulang Farisha dan Rosman diberi
peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah. Projek Dinara yang diteraju
oleh Karl terhenti kerana dia sakit.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 4

Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di
Cyberjaya. Farisha menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan
Khairul Anwar di Soft Lab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem
keselamatan yang canggih termasuklah penggunaan imbasan tangan dan retina mata.
Aqram juga menunjukkan beberapa bilik dan ruang di situ yang canggih dan lengkap.
Farisha amat teruja, terutamanya apabila dia memasuki pusat data. Itulah Dinara yang

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAmemuatkan hampir semua aplikasi dan data. Di sinilah Farisha mendapat kepastian
bahawa tugasnya ialah menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Pada
petangnya barulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan mereka pulang bersama-
sama. Namun dalam masa yang sama Dr.Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar
mengadakan perbincangan. Rancangan mereka hampir berjaya mendapatkan Farisha
dan Shida untuk berada di Soft Lab untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka
amat perlukan Shida juga sebagai physical backup kepada Farisha. Mereka akan
mengusahakan untuk memasukkan mikrocip ke dalam tubuh Shida, sebagaimana
yang ada dalam tubuh Farisha. Pada malam itu juga Dr.Maxi akan memadamkan
beberapa ingatan dan perasaan Alia sebuah cyborg canggih supaya ia tidak akan
mengganggu rancangan yang diatur untuk Farisha dan Shida.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 5

Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab.Shida dibawa oleh
Khairul Anwar ke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang
semua kod program yang ada dalam Soft Lab. Pada sebelah petang Aqram pula
memberi taklimat kepada Farisha. Aqram menjelaskan bahawa Karl yang telah
membangunkan teknologi hypervisor di dalam Dinara, tetapi Dinara sekarang sudah
diceroboh dan penceroboh telah berjaya menyusupkan satu virus bom jangka yang
akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sebenarnya inilah
tugas Farisha dengan bayaran RM1.5 dia perlu membersihkan virus bom jangka itu
dan mengatasi semua kelemahan Dinara. Pada petang itu juga Farisha mendapat tahu
bahawa Rosman tidak dapat bersama-sama dengannya bertugas di Soft Lab kerana
dia terpaksa meneruskan projek di Senawang yang telah menawarkan bayaran dua
44 kali ganda daripada perjanjian awal.Farisha bersetuju. Farisha pulang dengan kepala
yang berat memikirkan tentang Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini bererti tugasnya
amat berat. Di Soft Lab, Alia pula bertengkar dengan Dr.Maxi kerana banyak data

pengetahuan dan perasaannaya telah dipadamkan dan tindakan Alia itu juga KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
menggambarkan dia mempunyai perasaan cemburu dan tidak gemar jika ada
perempuan lain ada sebarang hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama Khairul 45
Anwar menjelaskan bahawa Rosman tidak akan mengganggu mereka di Soft Lab lagi
kerana dia telah mempengaruhi syarikat di Senawang itu untuk membesarkan lagi
skop kerjanya. Pada malam itu Farisha mengalami mimpi ngeri sehingga dia
terlambat bangun.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 6

Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia menunggu.
Farisha berasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia telah
memasukkan mikrocip ke dalam tubuhnya dan dia dapat berkomunikasi dengan
Karl.Dalam komunikasi itu Karl meminta pertolongan daripada Farisha untuk
menyelamatkan Dinara. Oleh kerana tidak dapat mengesan butiran perbualan Farisha
dan Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas beberapa ketika Farisha sedar
semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil yang diberikan oleh Aqram.
Kerja pada hari itu berakhir dengan perbincangan dan persoalan tentang seorang
penyelidik yang bernama Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat dikesan.
Hal ini diterangkan oleh Shida melalui kajiannya di Arkib.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 7

Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat Secured Shell.
Ketiga-ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Sementara mereka
berbincang tiba-tiba Farisha mengalami sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya
putih memancar ke arahnya. Hasrat meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAmereka bergegas pulang. Sementara itu mereka diberitahu oleh Uncle Seng yang
berada di situ bahawa dia bergegas keluar dari kedai runcitnya kerana terlihat
beberapa orang turun tangga pejabat Secured Shell dengan membawa beberapa
perkakas besi termasuk suatu barang yang serupa dengan piring tv satelit. Tiada
laporan polis dibuat. Dua malam selepas kejadian itu, Farisha telah diundang oleh
Abang Azraai utk makan malam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai,
kak Mariah dan kedua-dua anak mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur
sedih apabila dia mendapat tahu abangnya mengalami sakit jantung dan perkara
kedua yang amat mengejutkannya ialah, dirinya adalah anak angkat kepada ibu dan
ayahnya. Malam itu Farisha tidak dapat melelapkan mata.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 8

Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar, tiba-tiba
Farisha pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul
Anwar dan Dr.Maxi hairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang
Farisha sekian lama tiada pula maklumat tentang sebarang penyakit yang
membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa ke hospital, Dr.Maxi, Aqram dan
Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa Shida. Beberapa soalan diajukan
kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha. Dr.Maxi ingin tahu sama ada
Farisha mengandung.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 9

Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu menggantikan
46 Farisha dengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza. Lagipun tubuh Farisha

telahpun ditanam dengan mikrocip yang membolehkannya berkomunikasi dengan

Karl. Karl menggunakan teknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
dengan Farisha. Pada jam 5.30 petang mereka akan melawat Farisha di hospital.
Shida pula pulang ke rumah dan cuba mencari sebarang bukti tentang penyakit 47
Farisha tetapi gagal. Namun Shida terjumpa satu bukti yang menyatakan bahawa
Farisha ialah anak angkat.Apabila Shida dan Rosman melawat Farisha, dia sangat
lemah dan terdapat satu benjolan kecil di belakang tengkuknya.Tetapi Farisha
menyatakan itu tidak apa-apa. Farisha terlena lagi. Beberapa minit kemudian, Farid
dan Amin datang ke katil Farisha menggunakan peranti untuk mendapatkan
maklumat yang sebelum ini gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh
WALL. Tetapi kali ini meraka berjaya kerana WALL lemah apabila Farisha lemah.
Selepasitu Aqram pula mencari maklumat pada badan Farisha menggunakan satu alat
sepanjang enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu bertukar menjadi warna merah
yang menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak memuaskan. Farisha terus lena
kerana abangnya Azraai meminta doktor memberi ubat tidur. Azraai juga
membohongi doktor bahawa mikrocip di dalam badan Farisha yang kelihatan di CT-
scand itu adalah dalam pengetahuan Farisha yang dia sendiri sukarela menjalani satu
uji kaji untuk sebuah universiti. Perkara itu juga adalah amanah ibu bapanya supaya
semua mikrocip itu mesti kekal dalam tubuh Farisha dan dia mesti berkhidmat di Soft
Lab apabila diperlukan. Tengah malam itu Dr.Maxi menyarankan bahawa Shida akan
menggantikan tempat Farisha.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 10

Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang penyelidik
bernama Medina di Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B. Satu
pembedahan untuk menanam mikrocip telah dilakukan ke atasnya. Dia tidak
diberitahu. Pada petang itu selepas sedar, apa yang dilakukan ke atas Farisha
dilakukan pula ke atas Shida. Kali ini tindak balasnya lebih teruk lagi. Tetapi

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIADr.Maxi berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini selepas lima minit. Ini akan
merosakkan otak seseorang. Dalam masa yang sama, Farisha dalam tidak sedar dapat
berkomunikasi dengan seseorang yang menyebut dirinya sebagai mummy. Di suatu
tempat yang lain pula, Farid dan Amin berasa amat hairan dan dapat melihat
keajaiban teknologi kerana perempuan tua yang menyuruh mereka mengekori dan
berbuat sesuatu ke atas Farisha menjerit gembira dan mengatakan dia berjaya
menghubungi anaknya Farisha dan dia mengaku dirinya lebih hebat daripada lelaki
itu. Farid menyanggah perbuatan perempuan tua itu kerana sanggup melakukan
ujikaji ke atas anaknya sendiri. Dia tidak peduli. Apa yang dia mahu adalah
inginmembuktikan siapa yang benar dan yang lebih hebat daripada ‘lelaki’ itu.
Manakala Shida tetap murung, berada di bilik Farisha, dan tidak pulang ke rumah
malam tadi. Aqram gagal menerobos mindanya dan mungkin dia juga telah menerima
mikrocip WALL atau kesilapan Dr.Maxi yang tetap meneruskan ujikajinya ke atas
Shida. Shida tidak mahu bercakap, makan, atau minum malah menjadi garang seperti
kucing liar yang ketakutan.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 11

Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan penjelasan
daripada abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai menceritakan semua yang
dia tahu tentang Farisha. Farisha menjadi adik angkatnya kerana hendak
menyelamatkannya daripada dijadikan bahan ujikaji ibunya sendiri. Azraai
menerangkan bahawa dia dan beberapa orang lagi telah diamanahkan menjaga
keselamatan Farisha. Apabila Farisha mendedahkan bahawa dia dapat berkomunikasi
dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat cemas dan menyatakan bahawa Farisha
48 dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke arah selatan.
Azraai bercakap dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada
orang tersebut di Perhentian Ayer Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh

Dr.Maxi untuk mempengaruhi otak Shida. Akhirnya Dr.Maxi dapat berkomunikasi KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
dengan Karl melalui Shida. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana
virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan yang akan bukan sahaja 49
memusnahkan Dinara tetapi ribuan manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi Farisha
sudah meninggalkan Kuala Lumpur. Azraai ingin membawa Farisha ke Kulai, tetapi
dalam perjalanan Farisha diculik pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam
masa yang sama di Soft Lab sesuatu berlaku kepada Shida. Karl bercakap melalui
Shida. Karl menyatakan bahawa Khairul Anwar ialah seorang budak pengemis yang
bernama Muhammad Irfan yang telah diganti ingatannya. Khairul Anwar sangat
berang. Karl juga menyebut bahawa dia memukul seorang wanita sehingga menjadi
cacat.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 12

Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban membawa
Farisha bertemu dengan ibunya Marilyn. Dalam tidur Farisha dapat dihubungi oleh
ibunya tetapi terhenti apabila brek kereta ditekan mengejut lalu Farisha terjaga.
Dalam pada itu di SoftLab, Alia berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu
bahawa wanita cacat itu ialah dirinya yang dipukul oleh Karl kerana dia enggan
meninggalkan agamanya dan nama asalnya ialah Rusmina. Perbualan antara Alia dan
Shida dapat disaksikan oleh Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka
berasa sedih memikirkan akibat yang akan ditanggung oleh Shida akibat pemindahan
maklumat pahit dan ngeri selama 20 tahun oleh Karl ke dalam otak Shida.
Berdasarkan laporan yang tersimpan di dalam Dinara Dr.Maxi juga menerangkan
kepada Khairul Anwar dan Aqram bahawa ujikaji seperti itu juga pernah dilakukan
tetapi gagal dan mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu alat pengesan pintar
Rosman dapat mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju Soft Lab Cyberjaya.
Azraai juga menuju ke sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan


Click to View FlipBook Version