KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAmenawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu
antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut
mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji
kecantikan Waheeda.
Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan
tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.
Bab 10 :
Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan
tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk
Yasser banyak membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari
itu,termasuklah tentang Islam, rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya
untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid
menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana kerana beberapa
isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas
keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada
pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo.
Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat
dalam lamunan Zahid.
Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh
Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser.
150 Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal
dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri
Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka makan bersama- KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
sama pada malam itu.
151
Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya
dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi idea
tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss
Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu
memakai fesyen yang berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan
pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.
Bab 11 :
Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah
menceritakan bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk
Yasser, tuan punya Sri Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita
tersebut
Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International
disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada
semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya
Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga
menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira
dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAManakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk
Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura.
Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun,
Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.
Bab 12 :
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya
setelah digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan
beberapa tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo.
Waheeda tetap menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa
kasihan kepada keluarganya yang sibuk mengurus hal pertunangannya sedangkan dia
tiada di sana.
Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa
bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda.
Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra.
Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak.
Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum
berakhir.
Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon.
152 Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda
menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema.
Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan.
Selepas bersin berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu 153
menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan
rawatan.
Bab 13 :
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik
pelancongan yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan
Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat
Peranginannya bernilai RM60 juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya
datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau
Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan
kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan
mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga
bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi.
Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh
kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas
kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda
berubah hati.
Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis
kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh
Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk
menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk
pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada
isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak
mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang
mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana
proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu
komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda
berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai.
Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr
Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda
menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria
bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema yang agak teruk.
Zahid kembali tenang.
Bab 14 :
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau
Emas sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang
154 menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini.
Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat
Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional
Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang
ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah
berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja.
Selepas acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua
pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis
perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum
di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang serupa di
Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu
sungguh gembira
Bab 15 :
Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran
Matang yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa
kelihatan mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki
banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia
berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji pemandangan di
kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan
yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang
kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid
juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar negara bersama beberapa wanita.
Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita.
155
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIASejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan
kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi
tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat.
Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara
Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta
keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.
Bab 16 :
Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert
banyak member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul
secara tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan
melawat Negara ini pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal
menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke Sarawak nanti.
Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh
ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan.
Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis
oleh NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang
sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan
karibnya itu semasa di sekolah dahulu.
156 Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid
menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-
sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.
157
Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah
dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu
berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari
Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan
suaminya, Zahid.
Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat.
Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya
mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak
menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau
Emas kerana Waheeda ingin berdikari.
Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana
ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin.
Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.
Bab 17 :
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan
dirinya seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan
penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAempayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading
untuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas
blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan.
Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur
mendengar luahan rasa anaknya.
Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku
dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke
farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak
dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada
ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami
dan macam-macam lagi.
Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid
merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami,
Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau
Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulu pun masih dalam ingatan
Waheeda.
158 Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama
suaminya. Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal
malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenangan dalam kenangan KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
yang melingkari hidupnya.
159
Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga
pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan
sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.
Bab 18 :
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda
telah disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke
Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di
Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri
untuk menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji
kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti
Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.
Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid
meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu
Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.
Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid
terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu,
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAhati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan
suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.
Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan
diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan
tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah
dengan laluan yang dihadapinya.
Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda
ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha
dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi
menyiasat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan
Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima
mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa
sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke
Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.
Bab 19 :
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif
Hospital Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda
menyatakan bahawa Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu
mentuanya dating menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian
Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung
160 konvensyen antarabangsa.
Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak
lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling 161
menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya.
Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan
tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di
Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau
Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap
anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan
rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah
disampaikan oleh Nurjihan.
Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang
diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali
demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid
memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala
rambut lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda
dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda.
Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha
menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.
Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh
sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAmenenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan
luka di hati Waheeda.
Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang
dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa
Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi
dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
Bab 20 :
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan
Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais
menjelaskan kepada Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya
Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz
telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan
rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah
membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron Highlands.
Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahaannya.
Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda,
Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di
Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula
dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda
telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap
suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan
162 cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat
daripada Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda
bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah
berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik
Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan 163
menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka
pada keesokan harinya.
Bab 21 :
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan
cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan
Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia
diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya.
Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi;
alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok.
Urusan mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar.
Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron
Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid
di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh
Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda
mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli
perniagaan yang berjaya.
Bab 22 :
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh
tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia
membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAdiambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras
masing-masing. Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya
penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan
diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia
malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus
bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan
dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru
kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai
pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati
melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Keterampilan Izzati
mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat Izzati
menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.
Bab 23 :
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan
kisah hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya,
kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan
wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja
mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga
mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa
kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia
boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan.
Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara
164 Zahid dan Aiman.
Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka
menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati 165
berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang
mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita
tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani
Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe.
Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan
senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada
Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar
tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh
isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid
juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca
laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa
kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor
mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar
terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan
Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort
ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter,
Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan
menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya.
Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan
terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan
Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.
Bab 24 :
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIASekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata.
Ingatannya terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya.
Senyuman, wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis
itu seolah-olah entiti dirinya dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada
seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan
melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau
bukan. Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya
Zahid muncul awal di Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati
dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan
rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah
anaknya yang selama ini dirindunya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk
meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan
meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemuan Zahid dan Waheeda
pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda
tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah
mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya
memaafkan ayahnya
166
5 KEKUATAN KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat beberapa kekuatan di dalam novel ini. Kekuatan yang pertama ialah
daripada pengutaraan tema yang baik oleh pengarang. Tema novel ini berkisar
tentang Kecantikan fizikal yang bersifat sementara namun, ilmu yang dimiliki
seseorang dapat melindungi kelemahan diri. Istimewanya novel ini juga kerana
mengandungi banyak nilai dan pengajaran. Pengarang menghantar mesej kepada
pembaca melalui penerapan nilai murni seperti nilai kasih sayang seorang ibu kepada
anaknya.Selain itu, keistimewaan Novel Tirani yang boleh menarik perhatian
pembaca ialah dari segi pemaparan perwatakan watak utama iaitu Waheeda. Waheeda
digambarkan sebagai seorang wanita yang gigih berusaha. Akhir sekali, penulis bijak
dalam menyelit tentang udaya kaum di dalam novel.
167
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA5 KEKURANGAN
Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
beberapa kekurangan di dalam novel ini. Kekranagn yang pertama ialah jalan cerita
menyimpang dengan plot utama. Perwatakan di dalam novel ini menunjukkan sikap
yang tidak baik seperti tidak bersyukur dengan apa yang diberi allah. Selain itu,
pengakhiran cerita tergantung. Akhir sekali, pembawaan cerita yang biasa.
168
5 PENAMBAHBAIKAN KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
beberapa penambahbaikan di dalam novel ini. Pada pendapat saya, penambahbaikan
yang perlu ditambah di dalam novel ini ialah menambahkan kontrak warna yang lebih
menarik. Penulis juga boleh memendekkan jalan cerita seperi novel patai kasih.
Selain itu, penulis juga boleh mengurangkan unsur-unsur yang negatif. Akhir sekali,
penulis boleh mengunakan ayat yang leih mudah untuk difahami.
169
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAPENGENALAN NOVEL
BIMAKSATI MENARI
Ia bukannya tentang mahu menggerakkan bintang-bintang di langit. Bintang-bintang
memang sedia ada di sana. Hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat.
Sedikit cahaya pula menutup deria mata. Begitu tuhan mencipta deria manusia
dengan penuh keterbatasan agar manusia tidak leka dengan apa-apa yang dilihat
dengan deria.
170
BIOGRAFI PENULIS KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Sri Rahayu binti Mohd Yusop, 39, merupakan guru bahasa Inggeris di SMK Pandan
Jaya, Ampang. Beliau adalah bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah itu memiliki ijazah
sarjana muda TESL dari Universiti Otago, New Zealand dan kelayakan ikhtisas
pendidikan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
171
172 KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
SINOPSIS KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul 173
Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau
dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal
kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah
tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan
pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung
Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak
sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman
mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya
Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad
Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa
membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar,
ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek
tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAInspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas
peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya,
Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan
mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala
Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat
bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan
Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa
orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua
Inspektor Lim.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua
Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan
ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya
anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann
Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut,
Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang
tua Nurul Hafsa.
174
SINOPSIS SETIAP BAB KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Bab 1 :
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru
pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap
tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa
sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah
di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-
benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah
tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan
pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam
dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan
keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham
mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke
kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan
bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia
sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia,
manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa
tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka
dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.
175
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIABab 2.
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai
pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah
seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik.
Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap
pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham
yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji
yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya,
Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi
melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali
bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam
tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip
Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan
Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam
komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad
Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang,
ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.
Bab 3:
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran
kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat
melihat kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada
176 abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip
dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana,
Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk
melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah.
Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu 177
gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak.
Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya,
menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu
yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara
inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu
batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh
mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot
yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian yang
dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-
lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian
tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa
melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam
satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar
pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.
Bab 4:
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah
mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar
Nurul Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat
jawapan yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang
guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAyang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip
adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu
peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu
tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala
Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di
kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu.
Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum
menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang
dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut
namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya
untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan
yang tidak terancang.
Bab 5:
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu
kepulangan beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan
kampung tempat projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya
Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan
perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana
Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas
isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada
bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka.
178 Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan
khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu
pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan 179
pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah
bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.
Bab 6:
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai
Atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap
kecerahan langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul
Hafsa hanya dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana
Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di
Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap
kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala
Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala
Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan
peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan
bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar
bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak
akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku.
Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman
bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki
tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat
kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAkereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun
Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang
lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang
dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.
Bab 7:
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati.
Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa
dan berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka
berdua sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang
lelaki muda sedang membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan
sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki
tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat
sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman
memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau
sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik
merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman
memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama,
Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian
daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta
ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan,
terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya
apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin
180 berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot,
cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau,
cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang semuanya KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut
dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan 181
meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa
yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah
tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.
Bab 8:
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak
Budiman dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri
berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad
Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa
Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid. Muhammad
Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan
ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk
terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan
menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam
semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya alam sekitar.
Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering
bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman
tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar
bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi
penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAmengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik
menolongnya membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.
Bab 9:
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri
Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu
kawasan simpan langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan
profisional dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri
Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka ruang kepada
mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri
Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini
merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan
Maryam.
Bab 13:
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann
Arlington- Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea
projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana
hal itu bermakna dia tidak dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan
lampu-lampu daripada syarikat miliknya. Johann merupakan ahli perniagaan yang
182 hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin
apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai
suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan membuat
pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau
meminta Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk 183
berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap
berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.
Bab 14:
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek
yang diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan
untuk memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu.
Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan
projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya
dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya.
Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu
dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk Johann
dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan
bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat.
Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur
rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa
dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek
tersebut.
Bab 15:
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIANurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju
ke rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah
berasa terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga
hari kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan.
Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi
lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal
Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi
mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya
dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan
Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis
memberitahu walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik,
namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi
penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad
Taufik berada dalam keadaan stabil.
Bab 16:
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa
Muhammad Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang
menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka
berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat
subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang
keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa
184 melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman.
Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia
bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam
pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang 185
sebab dia tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.
Bab 17:
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya
berada di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim
menasihati beliau agar memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa
anaknya merupakan kejadian jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis
menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik tidak bersetuju dan
meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut
bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk
membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek
kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang
dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar
mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan
Simpan Langit Gelap.
Bab 18:
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja
mencerap populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap
Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAmenggunakan peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin
kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka
selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi
dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh
tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya
dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.
Bab 19:
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya
pulang ke Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang
hitam bermanik kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang
memintanya berada di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya
bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa.
Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan kereta di stesen
petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke tandas.
Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih seperti yang
tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van
tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam
but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad
Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari
situasi tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-
apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.
Bab 20:
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan
Muhammad Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa
186 berasa bertuah kerana tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini
sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan
tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan
mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan bantuan pemandu van KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah membuat laporan
polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir 187
menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan
menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam
berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.
Bab 21:
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik.
Dengan bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh
penculik tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan
kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim
tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya
menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita
tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan sensasi etrsebut secara besar-
besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan
tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh di
pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk
mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik
berjaya diselamatkan.
Bab 22:
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua
Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan
ringkas menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan
isteri ke pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan.
Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul
Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya
semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAtau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada
Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.
188
5 KEKUATAN KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel bimaksati menari karya rohayu
mohd yusof. Terdapat beberapa kekuatan di dalam novel ini. Kekutan yang petama
memberikan kesedaran kepada pembaca. Pembaca akan dapat banyak ilmu
pengetahuan tentang alam sekitar. Selain itu, jalan cerita yang sangat menarik. Akhir
sekali jalan cerita ini tidak tersasar daripada objektif penulis.
189
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA5 KEKURANGAN
Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel bimaksati menari karya rohayu
mohd yusof. Terdapat beberapa kekurangan di dalam novel ini. Kekuranagn yang
pertama ialah banyak konflik yang boleh menyebabkan pembaca pening akan jalan
cerita. Watak antogonis muncul pada waku yang tidak sesuai. Elain itu, contoh
peristiwa novel ini tidak jelas. Akhir sekali, watak utama gaga mencapai matlamatnya.
190
5 PENAMBAHBAIKAN KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel bimaksati menari karya rohayu
mohd yusof. Terdapat beberapa penambahbaikan di dalam novel ini. Pada pendapat
saya, penambahaikan yang perlu ditambah lagi ialah mengembangkan lagi watak
utama agar leih menarik. Penulis perlu kreatif pada kulit muka novel agar lebih
menarik. Selain itu, penulis booleh mengurangkan jalan cerita. Akhir sekali, penulis
boleh menambahkan jalan cerita yang lebih menarik untuk dibaca.
191
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAPENGENALAN NOVEL
SILIR DAKSINA
Novel Silir Daksina adalah novel pertama beliau namun amat bertuah apabila
terus menang tempat kedua hadiah sastera Utusan-Exxon Mobil tahun 2009 kategori
novel remaja. Menurut laporan panel hakim HSKU novel ini menepati ciri-ciri yang
mewajarkan ia memenangi HSKU pada tahun 2009. Antaranya novel ini
menampilkan watak remaja yang unggul serta mempunyai jati diri yang tinggi dan
berakhlak mulia. Novel ini juga memberi sedikit sebanyak info mengenai tarian seni
zapin yang makin dilupakan kini. Kekuatan novel ini juga terletak pada integrasi
kaum antara masyarakat Melayu dan Cina.
BIOGRAFI PENULIS
192
Nizar Parman, 42, adalah anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
seorang guru di SK Seri Lalang, Kluang dan baru menamatkan pengajian ijazah asas
di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah.
193
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIASINOPSIS
Novel Silir Daksina mengisahkan seorang remaja bernama Haiqal Hakimi yang hidup
bersama-sama dengan umi, bapa tirinya, dan adik tirinya, Nurul Asiyah di Kuala
Terengganu, Terengganu. Bapa Haiqal, iaitu Abdullah bin Kayan berada di Kampung
Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Haiqal terpisah dengan bapanya apabila
uminya berpisah dengan bapanya kerana mereka tidak sehaluan. Uminya yang
merupakan seorang usahawan batik dan mempunyai kedai di Pasar Payang tidak
dapat menerima bapanya sebagai seorang pencinta seni sastera dan budaya.
Akibatnya, perkahwinan antara mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun.
Sejak kecil Haiqal tidak pernah berjumpa dengan ayahnya. Ketika berusia 12 tahun,
bapanya telah meninggal dunia sewaktu Haiqal menduduki Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR). Umi dan bapa tirinya pergi ke kampung arwah ayahnya untuk
menziarahi jenazah tetapi melarang Haiqal untuk turut sama atas alasan dia sedang
menduduki UPSR. Haiqal hanya mampu menangis kerana tidak dapat melihat wajah
ayahnya buat kali terakhir. Walaupun Haiqal berasa terkilan namun dia amat
menyayangi uminya dan tidak berani membantah kata-katanya. Pada suatu hari,
Haiqal menerima sebuah manuskrip yang dihantar oleh seorang gadis berbangsa Cina
melalui kiriman pos. Sejak itu, hati Haiqal meronta-ronta untuk pergi ke Batu Pahat,
iaitu tempat arwah bapanya tinggal. Manuskrip yang diterima itu menceritakan
pelbagai peristiwa berkaitan dengan kehidupan bapanya yang melibatkan diri dalam
aktiviti untuk memperkasa seni dan budaya zapin. Justeru, Haiqal berasa teruja untuk
menjejaki sejarah kehidupan bapanya itu bagi mengubat kerinduan yang ditanggung
olehnya sejak kecil.
Pada suatu malam, Haiqal telah memberitahu uminya bahawa dia ingin ke kampung
halaman bapanya. Umi Haiqal melarang Haiqal meneruskan rancangannya itu dan
memarahinya dengan alasan tiada apa-apa di kampung tersebut memandangkan
ayahnya sudah lama meninggal dunia. Haiqal yang telah nekad tetap berkeras dengan
keputusannya itu. Umi Haiqal mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan
wang kepadanya sekiranya dia kekampung arwah ayahnya itu. Walid memahami
194 perasaan Haiqal dan merestukan pemergiannya. Walid akan menampung
perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berack di Johor kelak.
Haiqal ke selatan tanpa diiringi oleh uminya. Di halaman rumah, walid dan adik KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
tirinya, Nurul Asiyah sahaja yang mengiringi Haiqal hingga ke muka pintu. Haiqal
dihantar oleh Ratna ke stesen bas. Haiqal sampai di stesen bas Batu Pahat pada waktu 195
subuh. Selesai menunaikan solat subuh di surau, Haiqal menaiki sebuah teksi untuk
ke Parit Raja, iaitu kampung halaman bapanya.
Di sebuah warung, Haiqal bertanya kepada pemilik warung tersebut tentang rumah
arwah ayahnya. Pemilik warung tersebut, iaitu Wak Sakimin menyuruhnya
menunggu Tauke Ong untuk membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya. Tidak lama
kemudian, Tauke Ong tiba di warung Wak Min. Tauke Ong menghantar Haiqal ke
rumah arwah ayahnya. Haiqal disuruh berehat dan dia akan membawa Haiqal makan
tengah hari di bandar. Di rumah arwah ayahnya, Haiqal melihat beberapa sijil dan
gambar yang ada. Haiqal mendapati arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan adalah lebih
hebat daripada yang dia sangkakan.
Tepat jam 12:30 tengah hari, Tauke Ong dan anaknya, See Hwa datang untuk
membawa Haiqal makan tengah hari. Sewaktu di dalam kereta, Tauke Ong
memberitahu bahawa banyak kerja yang Haiqal perlu uruskan. Tauke Ong memegang
amanah untuk menguruskan ladang kelapa sawit dan kebuh getah milik arwah ayah
Haiqal dan dia akan menyerahkan semua urusan itu kepada Haiqal.
Setibanya di pekan Parit Raja, Tauke Ong memberitahu Haiqal bahawa dia ada
urusan di bank dan meminta anaknya, See Hwa membawa Haiqal makan di sebuah
restoran. Di restoran itu, See Hwa berbual-bual dengan Haiqal tentang tempat tinggal
masing-masing. Pada waktu itu, Haiqal teringatkan rakan karibnya, Ratna. Sejak tiba
di kampung pada pagi itu, dia masih belum menghantar SMS kepada Ratna. Semasa
makan, See Hwa memberitahu bahawa ayah Haiqal pandai memasak ciii padi ikan
haruan. Haiqal merasakan bahawa See Hwa beruntung kerana dapat merasai kasih
sayang arwah ayahnya dan dapat mengisi kekosongan jiwa arwah ayahnya itu. Haiqal
ingin mendekati See Hwa kerana dia yakin bahawa See Hwa banyak menyimpan
rahsia hidup ayahnya. Dia jugs membuat telahan bahawa watak Ai Ling dalam
manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya itu ialah See Hwa.
See Hwa membawa Haiqal berjalan-jalan di sekitar pekan Parit Raja dan mereka
berhenti di sebuah kedai buku. See Hwa memilih-milih novel yang hendak dibelinya
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAmanakala Haiqal membeli majalah yang berkaitan dengan bahasa dan sastera. Ketika
itu, mereka mendapati bahawa mereka meminati penulis yang sama. Pertemuan itu
telah menimbuikan kemesraan antara mereka berdua. Pada petang itu, Haiqal tersedar
daripada tidurnya. Haiqal membaca SMS yang dihantar oleh Nurul Asiyah dan
membaiasnya.
Haiqal menziarahi pusara ayahnya dengan menaiki motosikal yang dipinjamkan oleh
Tauke Ong. Haiqal membaca surah al-Fatihah dan berselawat ke atas nabi, seterusnya
membaca surah Yaasin. Semasa Haiqal menunggang motosikal, hatinya tergerak
untuk memberhentikan motosikalnya berhampiran dengan sekumpulan remaja yang
sedang memancing ikan. Haiqal berbual-bual dengan Pak Cik Bakar. Pak Cik Bakar
mempelawa Haiqal ke rumahnya untuk bercerita lebih lanjut tentang arwah ayahnya.
Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid, Haiqal ke warung Wak Min
untuk mengisi perut. Haiqal, Pak Cik Bakar, Wak Arif, dan Haji Salim berbual-bual
mengenai tarian zapin.
Pada suatu hari, Haiqal telah dibawa ke balai raya Kampung Seri Purnama. Di situ,
Haiqal dapat melihat hasil kegiatan ayahnya. Beberapa album, majalah, dan buku-
buku milik arwah ayahnya juga dipamerkan di situ. Haiqal sedar bahawa ayahnya
benar-benar seorang penari zapin. Di warung, Haigal bertanya tentang Aksara kepada
See Hwa dan memberitahu bahawa perkara itu ada dalam manuskrip ayahnya. See
Hwa memberitahu bahawa Aksara merupakan satu-satunya perkara yang tidak dapat
dilaksanakan oleh arwah ayah Haiqal sebelum dia meninggal dunia. See Hwa juga
menjelaskan bahawa Aksara ialah singkatan kepada Akademi Sastera Rakyat dan
arwah ayah Haiqal bercita-cita untuk menjadikan kampung Seri Purnama sebagai
pusat pengembangan sastera di daerah itu. Arwah ayah Haiqal amat mencintai bidang
sastera rakyat dan menganggap bahawa tugas itu sebagai satu tanggungjawab sosial
yang mesti dilaksanakan untuk mendekatkan masyarakat dengan sastera.
Haiqal telah mencadangkan kepada Pak Cik Bakar untuk mengadakan persembahan
tarian zapin. Cadangan Haiqal itu dikemukakan kepada ketua kampung. Mesyuarat
untuk membincangkan cadangan Haiqal telah diadakan di balai raya dan cadangan
Haiqal itu diterima sebulat suara oleh penduduk kampung. Pembahagian tugas
196 sempena majlis yang bakal diadakan itu turut dilakukan pada malam tersebut. Tauke
Ong menawarkan diri untuk menaja jamuan semasa majlis itu berlangsung kelak.
Oleh itu, persiapan sempena majlis tersebut dilakukan oleh penduduk kampung.
Haiqal juga turut serta dalam membuat persiapan itu. Tauke Ong mencadangkan agar KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Haiqal turut mempelajari tarian zapin. Haiqal akur apabila Pak Cik Bakar, Haji
Selamat, Wak Parmin, Abang Ramlan, dan Wak Seman bersungguh-sungguh mahu 197
mengajarnya tarian zapin.
Seminggu sebelum acara persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada
walidnya tentang tarian zapin jincat itu. Dia meminta walid, umi, dan Nurul Asiyah
mendoakannya agar dapat mempersembahkan tarian itu dengan baik. Pada hari majlis
tersebut, mereka mendapat berita bahawa Lazim telah ditimpa kemalangan jalan raya
sewaktu pulang dari kerja. Haji Salim mengemukakan cadangan supaya See Hwa
menggantikan Lazim memandangkan Lazim tidak dapat menjadi pasangan Haiqal
untuk persembahan tarian tersebut. Haji Salim menyuruh Haiqal memujuk See Hwa
untuk menari zapin dengannya.
Selepas solat maghrib, Haiqal ke rumah Tauke Ong. Dia memberitahu Tauke Ong
tentang tujuannya untuk memujuk See Hwa supaya berpasangan dengannya pada
malam itu. Haiqal terkejut apabila mendapati See Hwa sedang menggosok baju zapin.
See Hwa berterus terang kepada Haiqal bahawa dia dan Lazim sudah berpakat untuk
membuat kejutan kepada Haiqal. Haiqal meminta See Hwa menari bersamanya bagi
menggantikan tempat Lazim.
Akhirnya, malam itu menjadi kenyataan apabila Haiqal dapat mempersembahkan
tarian zapinnya dengan baik. YB Datuk Syaiful Azizi terpesona melihat kelembutan
gerak tari See Hwa dan Haiqal. Ketika asyik menari, Haiqal terpandang uminya,
walid, dan Nurul Aisyah yang sedang berdiri di belakang balai raya sambil
melihatnya menari di atas pentas. Haiqal amat terharu dan bersyukur apabila melihat
mereka datang untuk melihatnya menari.
Haiqal membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya di sebuah universiti di
Bumi Kenyalang. Haiqal percaya bahawa dendam uminya terhadap ayahnya juga
telah lebur apabila uminya datang ke Kampung Seri Purnama untuk melihat dia
menari zapin. Umi Haiqal sedar bahawa darah merah yang mengalir dalam setiap
pelosok tubuh Haiqal merupakan darah Abdullah bin Kayan yang tidak boleh
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAdinafikan. Sahabat Haiqal, iaitu Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan.
Ketika Haiqal meninggalkan Kampung Seri Purnama, See Hwa telah menangis.
Haiqal sedar bahawa dia perlu menjadi seperti ayahnya untuk mewujudkan Aksara
semula. Hasrat itu masih terlalu jauh daripada jangkauannya kerana dia masih belum
layak untuk memimpin Aksara. Haiqal merasakan bahawa silir daksina benar-benar
mendamaikannya.
SINOPSIS SETIAP BAB
Bab 1: Tersingkap Rahsia
Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka
surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan,
nama yang pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam
alam Abdullah Kayan. Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,masih
di
sekolah tadika. Uminya membuka rahsia tentang dirinya bahawa ayahnya bukan
walid. Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh
dari tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan tekad untuk menncari ayahnya
Abdullah Kayan.
Bab 2: Kisah Seorang Teman
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di Pantai Batu Buruk.
Kawan sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM
sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal
meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka
berkawan baik. Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip
ayahnya. Sambil mereka bersiar-siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan
cinta ayah dan ibunya. Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu
Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir
198 mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu
tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa
beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.
Bab 3: Senaskah Manuskrip Lama KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut
rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar 199
tarian
Program Bahasa Melayu Edubest - Sinopsis Novel Silir Daksina 2
Program Bahasa Melayu Edubest
zapin dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku
menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa
Melayu.
Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat
kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di
rumah
untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk
menulis puisi atau cerpen ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim
tinggal
berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah
ayah aku yang lama tidak ditoreh. Ketika itu Tauke Lim datang dengan motosikal
Honda
70cc.
Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halamannya
kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat
gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah
sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual
di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan
membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah
suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung