The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aadamiyya, 2022-06-11 14:18:47

Novel BM

Novel BM

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIASadiz dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya
tanpa
henti. Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan
kepastian keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas
tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang
menyebabkan
ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis.
Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan
masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan
normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya
teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatah lagi ingatan terhadap
sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.
18
Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister
Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di
bilik
bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron
menawarkan
diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal
bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang
100
menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati

penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan 101

bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan

rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut. Peristiwa itu pun berakhir.

Ibu Unong Siron menceritakan sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut

bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir

semester.

Bab 9

Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai

Kasih, dia ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia

akibat rentung di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor

Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia
ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan
tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas kembali tentang infeksi
yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong
Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya. Dia juga
terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu
berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak
perempuan yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu
hidupnya belakangan ini. Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor
Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas menghadiri majlis sempena menyambut
ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila mendapati Raiha membawa
pulang kereta Porsche

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA19
bersama-sama anak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz
untuk membeli minyak petrol dan berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah
malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga
menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.
Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati
sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain.
Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku
walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih
mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu
menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan.
Doktor
Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan
menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai
menangani kes anak peremuan tua itu.
Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun
sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha
tergantunggantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah
dari mahkamah
102 keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka
kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang mengekori lori minyak petrol

merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik. KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat
seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas
dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan
bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih
menyelamatkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan
teruk di bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan
penggantian sendi pada anggota tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan
dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang
akhirnya
20
berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram
dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak
Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa
sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya
tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

103

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA5 KEKUATAN

Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel pantai kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat beberapa kekuatan di dalam novel ini. Kekuatan yang pertama ialah jalan
cerita yang ringkas dan mudah difahami. Novel ini juga mempunyai dialog yang
menaik sekali dengan gambaran. Selain itu, novel ini juga mepunyai nlai murni yang
boleh dijadikan sebagai teladan. Novel ini juga mempunyai klimaks yang menarik
yang boleh menyebabkan pembaca tidak mudah bosan. Akhir sekali, permulaan plot
agak menaik kerana permulaan dengan kisah misteri.

104

5 KEKURANGAN KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel pantai kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat beberapa kekurangan di dalam novel ini. Kekurangan yang pertama ialah
novel ini mempunyai kandungan jalan certa yang banyak. Novel ini juga mempunyai
unsur yang ngeri. Selain itu, perwatakan di dalam novel ini tidak terlalu menarik.
Jalan cerita di dalam novel ini agak tergantung yang membuatkan pembaca tidak
semangat untuk membaca. Akhir sekali, pengakhiran cerita ini tidak dramatik.

105

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA5 PENAMBAHBAIKAN

Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel pantai kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat beberapa penambahbaikan di dalam novel ini. Pada pendapat saya,
penambahbaikan yang perlu ditambah dalam novel ialah penlis boleh tambah
bilangan bab supaya dalam satu bab tidak terlalu banyak. Penulis perlu menambah
plot twist dihujung cerita agar cerita itu lebih menarik. Selain itu, penulis juga bole
menambah latar tempat. Penulis juga boleh mengurankang konflik dalam cerita.
Akhir sekali, penulis juga bole menggunakan ayat yang gramatis supaya pemaca
minat untuk membaca.

106

PENGENALAN NOVEL KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

SONGKET

BERBENANG EMAS

Mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temanya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan yang bakal didukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia
terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya. Apabila bunya dirawat di
hosptal permai, dia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan
bertambah kerana hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya.
Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak hargai,
malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya meghadapi pelbagai
dugaan hidup ialah kejayaanya yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan
pertunangannya dengan Azhari.

BIODATA PENULIS 107

Khairuddin Ayip yang dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 25 Februari 1962. BeliauKAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
telah menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Pintas Raya (1969 hingga 1974),
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail (1975 hingga 1979), dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Datuk Bentara Luar (1980 hingga 1981). Seterusnya, beliau
melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim (1982 hingga 1984)
dan Universiti Putra Malaysia (1996 hingga 1999). Beliau banyak menghasilkan buku
kreatif seperti novel remaja, cerpen dan sajak. Hasil penglibatannya dalam bidang
penulisan kreatif. Beliau juga telah memenangi beberapa anugerah seperti tempat
ketiga Sayembara Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II, 1980 (Guruku Ibuku
Jua), tempat pertama Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1987 (Sayang
Disayang), hadiah penghargaan Novel Remaja Utusan-Public Bank 1989 (bukan
Untukku), tempat pertama Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 (Songket
Berbenang Emas), tempat kedua Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1991
(Mawar Putih Mawar Merah) dan tempat kedua Peraduan Menulis Cerpen Kanak-
kanak Hari Guru Kebangsaan 2000 (Semerah Saga). Kini, beliau bertugas sebagai
108 Pegawai School Improvement Specialist Coaches + (SISC +) di Pejabat Pendidikan
Daerah Petaling Perdana, Selangor.

109 KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIASINOPSIS

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi
oleh teman-temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi
masalah keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang
bakal didudukinya. Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru
kerana kemurungan dan hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke
wad 4 Hospital Batu Pahat kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu
Bakar tidak mendengar kata / bersikap degil setelah tersilap memilih rakan. Dia
tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia
tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak
menghiraukan masalah yang melanda keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal
dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga Dahlia
ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang didiami oleh mereka berhantu.
Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang lain.
Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan
untuk menjual tanahnya yang diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun
begitu, Tauke Lim menawarkan pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau
ganjaran.

Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada
keluarganya. Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama
penuh), Kiambang (pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan
110 Anggerik (1 1/2 tahun) masih belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di
Hospital Permai, dia terpaksa memilih untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-

adiknya. Apabila masalah kelurganya makin meruncing, Dahlia bertekad untuk KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik-adiknya yang masih
bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh cikgu 111
Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir
besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke
pusat pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m) yang terputus bekalan air
dan elektrik. Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji pelajarannya sehingga
mendapat pujian daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).

Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang
serong oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said tidak dihargai malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan
demi dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan masalah keluarganya reda,
Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya semula.
Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29
November), Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di
asrama. Majlis pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember
setelah tamat peperiksaan STPM.

Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk
melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah
pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di
Universiti Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan
keputusan SPM dan peperiksaan semesternya yang cemerlang. Dia perlu
mendaftarkan dirinya pada 31 Disember, dan pada hari tersebut juga akan
berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu, Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur
pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIADahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari
terlambat sampai ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi
jurucakap majlis pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah
menghantar Dahlia ke stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji
Sulaiman juga menyerahkan sumbangan penduduk kampung sebanyak RM500.00
kepada Dahlia. Daripada jumlah tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak
RM300.00. walau bagaimanapun Azhari sempat bertemu dengan Dahlia sebelum bas
bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua tersebut, beliau telah menghadiahi
Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia agar
dia sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur walau di mana-mana
dia berada.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti

Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam
rendah, Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja
yang disuruh oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi
fakta-fakta masih tidak lengkap.

Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki
mahu bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama
Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat
segulung ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan
112 datang ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti

bahawa dia masih belajar dan ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
anak sulung.
113
Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh

Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke
jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun
dari kereta Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan
bahawa dia tidak suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan
mengatakan bahawa orang tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana
Aton mengatakan emaknya “tak betul”.

Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis
kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang
lagi. Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu
yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis. Dahlia telah menyiapkan makan
malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan
gula pasir sekilo secara hutang.

Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya
bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar
tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya
menyebabkan Dahlia menangis. Tiba-tiba, ayahnya Embong muncul dan bertanyakan
sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah
emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIArumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia
mencadangkan ayahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum
emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.

Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami

Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-
tanya sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang
yang berhasad dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui
bahawa semua yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah
menguatkan imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang
mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis
berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya.

Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia memberitahu,
beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak
suka akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah
membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya
hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang
membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk
114 membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah
melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi
situasi itu.

Bab 4: Dibuai Kenangan Indah KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan 115
latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia
mengimbas kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya
pulang pada hari Khamis yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati
sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan keluarganya yang belum
sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki diri sendiri dan
keluarganya.

Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia
meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah
faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh ayahnya yang
menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan
menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri
tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa
bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak
mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut,
beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.

Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya,
Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga
mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-
anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAjuga teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak
belakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering
terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah.

Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong
memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya runsing, Embong tidak
menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di
hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa
sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik
Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan
setelah mendapat gred tiga dalam SPM.

Bab 5: Kata Setajam Pedang

Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya
pulang pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik
asyik menangis. Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu
dia pergi ke sekolah pada hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke
Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan
pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden
asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca
kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.
116

Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak, KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Anggerik dan ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada
pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada 117
hari Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak
melawat emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu
Salwani kerana dia risau akan ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama
tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya.
Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman
memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.

Bab 6: Ditelan Arus Deras

Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah
memberitahu abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah
seolah-olah menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah
datang ke rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah
orang gila. Dahlia amat terpukul dengan perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh
Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram
apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya. Dia memberitahu
punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan
selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah
mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda
pangkah supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah
beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang
berlaku adalah ketentuan Tuhan.

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIATiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said
telah hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari
Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda
yang bukan daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said
sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah
tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah
tiada.

Bab 7: Berbudi Berbalas Nista

Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan
kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap
dugaan. Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said
merupakan anak tunggal Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan
mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan Said mati dan Embonglah yang
mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton. Embong turun ke
bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok
getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau
yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang
mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan
hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke
118 Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu

punca Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru

pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Embong mengimbas kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang
memasak di dapur dalam keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. 119
Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan
buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja
kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong
terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa
sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa
diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong
panik.

Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan

Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia
tersedar apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia
bercadang untuk membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua
orang lelaki bersongkok ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang
menuduhnya lambat menyelamatkan Said.

Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan
kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya.
Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak
mereka gila. Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang
kerana orang itu tidak akan menyenangkan kehidupan mereka.

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAEmbong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong
kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya
membuang ular itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah
berjuang dengan maut untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan
Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya
itu. Embong keluar dari rumah dan pergi memerhatikan aliran sungai yang deras
berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang
menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri.
Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-
sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.

Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa

Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib
melihat kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia
menolak hasratnya untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia
untuk membawa adiknya ke klinik.

Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah.
Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya
Saleha yang telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong
mempelajari ilmu sehingga Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui
asal usulnya. Seman mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia
120 dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju

dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
harga RM15,000 .
121
Bab 10: Selamat Tinggal, Asrama Puteri !

Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari
asrama. Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya
memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan
perkara sebenar. Cikgu Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama
kerana STPM tinggal hanya empat bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di
perpustakaan.

Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru
kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah
mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah
Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan
cemerlang dalam STPM.

Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak

Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan
suka berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan
Embong semakin membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus
menunggang motosikal. Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAkepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong
terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor
di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan
emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar
akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai.
Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk
meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua
sangat baik dan suka membantunya.

Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai

Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang.
Dia membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan
Dahlia dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan
kedatangannya. Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang
merawat emaknya. Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah
sampai ke tahap berbahaya dan ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan
emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan kemungkinan penyakit emak
Dahlia berpunca daripada tekanan.

Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di
bilik 16. Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa
dia bekerja sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia
122 berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak

mengenali anaknya itu dan dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
123
Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan

Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh
seorang lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada
malam itu, Dahlia memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha
yang sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah
Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan
keadaan emak mereka. Tambahan pula, Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP
tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya bahawa dia telah keluar dari
asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang kambingnya. Embong
terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.

Bab 14: Hilang dari Kandang

Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa
apabila mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal
kerana kambing itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah
dicuri orang. Embong meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang
yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama
ada kambing itu miliknya atau milik orang lain.

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIADahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui
keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia
kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan
dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga
Azhari yang ingin merisiknya.

Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman

Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima
lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan
keluarga. Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat
membantu keluarga. Walau bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan
itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak
menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu
Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong menyerahkan keputusan itu
kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-
siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh
seekor ular di pahanya.

Bab 16: Bisa Ular Tedung

Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan
124 ayahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu,

Mawar menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-

adiknya. Dahlia melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.
125
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan
Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan
semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan Kavita
menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-
nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam
pelajaran.

Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah
memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana
seorang demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga
memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di
hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan neneknya.

Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera

Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah
pelajarannya yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah,
emaknya yang masih dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di
Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya
dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah
untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut
apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAAzhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari
terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu
Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya
tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika
keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak
RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.

Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit

Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia
menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan
dijual. Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi
Dahlia menafikannya. Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak
akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim
berjanji akan berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga
meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan Bahasa
Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan
menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu.
Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu
Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.

Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
126

Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
sebaliknya terus bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum
menghadapi peperiksaan. Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah 127
semula kerana memikirkan adik-adiknya yang memerlukan penjagaannya.

Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur
tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia
untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib.
Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam
hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.

Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah
memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah
tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk
berpindah.

Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit

Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan
dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah
bertanya kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah,
Embong menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan
menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam
dan senang hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia
memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban ayahnya.

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAAkan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke
universiti.

Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk
membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan
keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu
demi kebaikan bersama-sama.

Bab 21: Hijrah Remaja Harapan

Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke
balai raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan
diadakan malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim
turut menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku
ketua kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar
turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia
tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.

Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri
Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata
Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata
Aton itu telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh
128 Haji Sulaiman.

Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah
memeluk ayahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik 129
abahnya.

Bab 22: Kain Merah yang Reput

Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya
yang datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan
kerja-kerja rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada
keluarganya.

Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain
merah yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum
peniti, cincin akik, butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini
menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki terhadap keluarga mereka.
Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh
Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia melarang
adiknya menyimpan perasaan dendam.

Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di
mana-mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke
rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah
menghalaunya.

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIABab 23: Sinar Kebahagiaan

Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh
kawan-kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar
Dahlia dapat menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib
sebagai sahabat sahaja, tidak lebih daripada itu.

Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah
pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada
bersama-sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek
Kiah terbaring dalam keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak
disahutnya.

Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan

Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek
Kiah berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan
baik. Anak-anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak
menziarahinya ketika beliau sakit.

130 Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas

barang-barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
berkemas untuk berpindah ke balai raya.
131
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar
rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir
yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.

Bab 25: Inilah Kampungku!

Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek
Kiah juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.

Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru
agar penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan
masalah jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan
bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup
bermasyarakat.

Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan
mereka telah bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang
sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk
kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAtidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik
pelamin.

Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan

Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang.
Dalam kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh
pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat
peperiksaannya. Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan
keluarganya.

Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan
kawan-kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang
pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari
pengalaman.

Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman

Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah
132 terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat

tahun. Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor

berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.
133
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan
mereka. Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia
akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.

Bab 28 : Koi-bito

Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat.
Akan tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas
pertunangannya. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.

Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari.
Kawan –kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya.
Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga
Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia
berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan
orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke
Lim sebanyak RM300.

Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17
kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan
memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai
songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga .menyebut
“Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga
jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.

134

5 KEKUATAN KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel songket berbenang emas karya
khairuddin ayip. Tedapat beberapa kekuatan di dalam novel ini. Kekuatan yang
pertama warna kulit hadapan dan belakang novel agak menarik dan boleh menarik
minat pembaca untuk membaca. Perwatakan utama novel ini agak baik yang boleh
dicontohi kepada pembaca. Selain itu, jalan cerita novel ini sesuai dengan pelajar
kerana cerita tentano soal persekolahan. Pengakhiran cerita agar gembira. Akhir
sekali, pengunaan bahasa dalam novel ini agak menarik.

135

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA5 KEKURANGAN

Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel songket berbenang emas karya
khairuddin ayip. Terdapat beberapa kekurangan di dalam novel ni. Kekurangan yang
pertama ialah terlalu banyak konfliks yang dilalui oleh watak utama. Pengakhiran
cerita ini agak tergantung. Selain itu, watak utama tidak membuat keputusan yang
tidak tepat. Akhir sekali, jalan ceritanya agak panjang.

136

5 PENAMBAHBAIKAN KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel songket berbenang emas karya
khairuddin ayip. Terdapat beberapa penambahbaikan di dalam novel ni. Pads
pendapat saya, penambahbaikan yang perlu di tambah di dalam novel ini ialah penulis
boleh memendekkan jalan cerita. Penulis juga boleh menggunakan ayat yang lebih
gramatis agar pembaca boleh baca dengan gembira. Selain itu, penulis juga boleh
membaiki plot cerita agar lebih tersusun. Akhir sekali, penulis perlulah menjadikan
watak sampingan lebih berguna kepada si pembaca berbanding novel tingkatan 5
yang lain.

137

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAPENGENALAN NOVEL
TIRANI

Novel yang sarat dengan penceritanya tetapi turut menyelitkan warna budaya dan
resam masyarakat setempat khususnya etnik Sarawak. Keunikan etnik Sarawak
diketengahkan ole pengarang meerusi usaha gigih watak utamanya, Waheeda untuk
mempromosikan industri pelancongan di Sarawak.

138

BIOGRAFI PENULIS

Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green
Road Kuching, beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab
Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim,
Johor Baharu. Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam
genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya
Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan
PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).

139

140 KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

SINOPSIS KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi 141
cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin
mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya,
Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan
sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit
monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya
dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik.
Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang
kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan
suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan
dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan
rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu
yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga
Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap
suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh
suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi
kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya
Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan
menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan
oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati
Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang
hanyalah satu TIRANI.

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIASINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1 :

Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang
kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu
obses dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang
menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi.
Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan
kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap
kawan-kawannya dapat diredakan.

Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan
Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang sedang
dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk
menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay
ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh
ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan
asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda
menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga
pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi
penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya
untuk memajukan lagi homestay itu.

142 Bab 2 :

Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais
seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang 143
penting untuk dipamerkan bagi menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak
kepada rombongan yang hadir.

Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun
di sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan
dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan
plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda
tidak menggalakkan kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus
memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya.

Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam
kabut. Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang
telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka
parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr.
Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah
bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di
Singapura.

Bab 3 :
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda
(Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIApetronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan
keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila
menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat
jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi. Dalam
perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata
ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah
banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui
oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak.
Raidah juga sangat kagum tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan sebagi
Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan
Bandar Sihat Sedunia.

Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah
melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda
mempunyai perasaan katarsis.

Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah
Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama
Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang
dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

144
Bab 4 :

Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
bandar raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi
niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok 145
semarak api yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan
Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah.
Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di
rumah. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik
Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa
mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia.
Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr
Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari
menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda.
Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk
melakukan pembetulan di kelopak matanya.

Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini,
Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen
perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang
yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.

Bab 5 :

Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan
dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-
kira 10 jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan
menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga
menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi
ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak bala.

Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah
sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya
menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya. Ibunya
membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi
menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira
dengan kehadiran ibunya.

Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas
berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka
terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan
keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan
masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.

Bab 6 :
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi
ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr
Averroes (Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang
dan rela menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut
mengambil masa selama 12 jam.
146

Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
menunggu di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-
sama ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. 147
Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang
diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca
satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC
ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan
kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran
tersebut.

Bab 7 :
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari.
Waheeda bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa
dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga
menghargai anugerah alam di situ. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti
pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampung
halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk
memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.

Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr
Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak
dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman
dan pandangan.

Bab 8 :

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIAWaheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan
ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi
berasal dari Greek. Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka
berdua.

Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang
disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol.
Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan
kampung halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke
hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat
mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-
sama rombongan tersebut.

Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan
oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan
chalet ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk
Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas.

Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu
temu duga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah
membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan
Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir
mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort
148 terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

Bab 9 : KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo
Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan 149
Waheeda amat menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan
Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia
masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran
La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat
seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.

Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda
sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr
Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan
Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata
yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini
menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar. Dengan alasan ini,
Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.

Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak
berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya
masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu,
Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long
Bawang dan Penan.

Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang
dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah


Click to View FlipBook Version