1
ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Halaman
1. Isi Kandungan i
2. Ucapan Puan Rozlina Binti Abdul Ghani – Tuan Pegawai Pendidikan Daerah ii
Hulu Selangor
3. Ucapan Encik Ahmad Nasir Bin Mohd Salleh – Timbalan Sektor iii
Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor
4. Meningkatkan kemahiran mengenal huruf dengan menggunakan teknik 5
memory chain dalam kalangan murid prasekolah oleh Nurul Huda Binti
Hasbollah dan Nur Haslin bt Hamdan – SK Rasa
5. Meningkatkan penguasaan esei ekonomi melalui kamus ekonomi bergambar 15
bagi murid tingkatan 5 Cemerlang oleh Fazuha Naili Binti Ab Rahman -
SMK Ampang Pecah
6. Meningkatkan penguasaan tajwid dan Kemahiran membaca al-Quran dengan 34
menggunakan key chain ajaib di dalam kelas 5 Gamma oleh Zuhaiza Binti
Sapari - SK Kuala Kubu Bharu Satu
7. Meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka huruf jawi dengan 59
menggunakan teknik permainan roda impian dalam kalangan murid 1 Cekal
oleh Syed Mahdzar Bin Syed Hassan – SK Antara Gapi
8. Teknik Nota Berwarna dapat meningkatkan tahap penguasaan murid 76
mengingat fakta dalam bidang sirah dan tamadun oleh Puan Zarinah Binti
Shaari - SMK Serendah
9. Meningkatkan kemahiran menguasai operasi tolak dalam kalangan murid- 91
murid tahun 2 Inovasi dengan menggunakan kaedah flower plate oleh Puan
Rogayah Binti Bakar, Puan Nurul Suhada Binti Mohd Adnan dan Puan Siti
Nor Hafizah Binti Zakaria – SK Rasa
10. Meningkatkan kemahiran membina ayat mudah bahasa Inggeris dalam 102
kalangan 15 orang murid kelas 4 Gigih menggunakan smart table oleh
Norhasliza Binti Mohd Rosli – SK Antara Gapi
11. Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca melalui Program bacaan 113
emas dalam kalangan murid lemah membaca oleh Mat Ariffin Bin Ismail -
SJKC Batang Kali
2
12. Meningkatkan kemahiran grammar – tenses dengan menggunakan teknik 132
‘peekaboo’ Dalam kalangan murid tahun 6 Kreatif oleh Sharini Binti
Sabuddin, Salihah Binti Karim dan Maizatul Akmar Binti Norazmi – SK
Rasa
13.
3
4
5
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF
DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK MEMORY CHAIN DI KALANGAN MURID
PRASEKOLAH
OLEH
NURUL HUDA BT HASBOLLAH
NUR HASLIN BT HAMDAN
Sekolah Kebangsaan Rasa
44200 Rasa, Selangor Darul Ehsan
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid mengecam dan mengenal huruf yang
dihadapi oleh murid prasekolah dalam subtopik Bahasa Melayu. Seramai 10 orang murid
prasekolah berumur enam tahun terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan
melalui kaedah pemerhatian, lisan dan hasil kerja murid. Hasil tinjauan menunjukkan seramai
10 orang murid tidak boleh mengenal huruf secara rawak. Perancangan tindakan difokuskan
kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran mengenal huruf di kalangan murid prasekolah dan
kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh tiga bulan. Hasil pelaksanaan kajian telah
menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan dari rekod pentaksiran pula menunjukkan
murid lebih cepat mengingat huruf jika sering ditunjukkan dengan huruf yang sama setiap hari. .
6
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN/ ISU LALU
Analisa rekod pentaksiran Penggal 1 menimbulkan perasaan yang gusar di hati
kami. Ini kerana masih ada lagi murid yang belum mengenal huruf. Daripada 40 orang murid
enam tahun, hanya 30 orang murid telah menguasai kemahiran mengenal huruf dengan betul
manakala 10 orang lagi masih belum menguasai kemahiran tersebut. Sepatutnya apabila
masuk Penggal 2, murid-murid ini sudah pun belajar membunyikan dan membaca suku kata.
Namun kami sedar bahawa tahap perkembangan adalah berbeza bagi setiap murid. Teknik
pengajaran yang digunakan pula mungkin sesuai dengan murid yang cepat menguasai namun
kurang sesuai untuk murid yang sangat lemah. Setiap latihan yang diberi semestinya
mengikut tahap perkembangan murid, namun bagi murid yang sangat lemah masih belum
dapat menguasai.
Kami tidak berpuas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Oleh
itu, kami cuba menggunakan Teknik Memory Chain bertujuan untuk membantu 10 orang
murid yang belum menguasai kemahiran mengenal huruf. Antara sebab-sebab murid tidak
dapat menguasai kemahiran mengenal huruf ialah:
Kurang bimbingan daripada ibu bapa
Murid tidak fokus semasa guru mengajar
Murid mudah lupa apa yang diajar di dalam kelas
Murid sangat pasif di dalam kelas
Sikap sambil lewa murid
Kurang keyakinan dalam diri murid
Disebabkan isu inilah yang mendorong kami untuk menjalankan kajian tindakan
ini.
7
2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman kami, kami dapati kelemahan dalam
kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah.
Justeru, (Instrumen Penilaian Kemahiran Membaca Bahasa Malaysia Prasekolah, 2010)
dapat membantu kami mengesan kelemahan membaca murid sejak dari awal lagi iaitu,
mengenal huruf terlebih dahulu. Ini kerana kemahiran membaca adalah merentas semua
mata pelajaran. Masalah utama yang dihadapi oleh murid dalam kemahiran mengenal huruf
ialah mereka gagal mengecam bentuk huruf yang hampir sama seperti huruf b dan d, p dan
q, serta g dan j.
Kami yakin jika dapat dipelbagai dan ditingkatkan kaedah PdP, sikap negatif dan
pencapaian murid yang belum menguasai kemahiran mengenal huruf akan dapat diperbaiki.
Di samping itu, penggunaan bahan visual menjadi alat bantu dalam proses pembelajaran yang
berkesan (Kamalawati Dolhan, Dayang Puteri Awang Mahbi & Yusop Hj. Malie, 2019, Nik Eliani
Nik Nawi & Othman Ahamad, 1996).
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengenal huruf dan menyebut huruf
dengan betul.
3.2 Objektif Khusus
a) Peratus murid enam tahun boleh menguasai kemahiran mengenal huruf meningkat
sekurang kurangnya 20% berbanding Pentaksiran Penggal 1
b) Sekurang-kurangnya 95% murid boleh mengenal dan menyebut huruf mengikut urutan
8
c) Sekurang-kurangnya 95% murid boleh mengenal dan menyebut huruf secara rawak
d) Sekurang-kurangnya 95% murid boleh mengenal huruf besar dan huruf kecil
4.0 KUMPULAN SASARAN:
Murid yang terlibat adalah murid prasekolah yang berumur enam tahun dari kelas Pra Ibnu
Sina dan Pra Ibnu Khaldun. Tumpuan kajian kami adalah kepada 10 orang murid yang
dikenalpasti belum menguasai kemahiran mengenal huruf.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 TINJAUAN AWAL MASALAH
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, secara
lisan dan hasil kerja murid.
5.1.1 Pemerhatian
Kami telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran
dan pemudahcaraan berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan,
murid yang pasif dan lemah dalam pelajaran merupakan murid yang sukar memberi
tumpuan ketika guru mengajar. Mereka ini kurang memberi respon apabila disoal oleh
guru. Ini kerana mereka seolah-olah tidak faham atau sukar untuk memahami apa yang
diajar di dalam kelas.
9
5.1.2 Lisan
Instrumen secara lisan juga dilaksanakan dalam kajian ini di mana guru memanggil
murid mengikut giliran untuk sesi membaca menggunakan buku KALAM 1. Buku ini
telah digunakan dengan meluas di tadika dan prasekolah di Malaysia dan ianya menepati
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Buku ini juga memudahkan murid mengenal abjad
dan membaca (Baidah Sabran, 2019). Selain itu menurut (Nik Eliani & Othman Ahamad,
1996), kaedah mengajar yang berkesan juga dapat membantu murid menguasai
kemahiran membaca dengan lebih cepat. Kami dapati murid yang lemah sukar mengingat
atau mengenal sesuatu huruf. Apabila sudah boleh menyebut huruf yang baru dipelajari,
mereka lupa pula huruf yang telah dipelajari sebelumnya. Ada juga murid yang terpaksa
menyanyikan lagu ABC mengikut urutan terlebih dahulu sehingga sampai kepada huruf
yang hendak disebut itu. Oleh itu kami memperkenalkan Teknik Memory Chain bagi
membantu murid mengenal huruf iaitu dengan cara memakaikan mereka label huruf.
Label huruf ialah kad huruf yang bercetak huruf besar dan kecil dan diletakkan di dalam
sarung tanda nama material plastik beserta tali lanyard (Koleksi BBM Prasekolah, 2018).
5.1.3 Hasil kerja Murid
Kami juga membuat semakan buku latihan dan buku aktiviti untuk mengenalpasti tahap
penguasaan kemahiran mengenal huruf setiap murid sebelum dan selepas teknik ini
diperkenalkan. Kami dapati murid yang lemah ini mengambil masa yang agak lama untuk
menyiapkan latihan atau aktiviti yang diberikan.
10
5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH.
5.2.1 Analisis pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran
didapati:
a. Murid kurang berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara
lisan. Mereka menjawab dengan suara yang perlahan atau kadang kala langsung
tidak memberikan sebarang respon apabila guru menyoal.
5.2.2 Analisis Secara Lisan
Didapati tahap penguasaan murid yang belum menguasai kemahiran mengenal
huruf tidaklah begitu ketara namun perkara ini agak membimbangkan kerana
murid ini akan melangkah ke Tahun 1 pada tahun hadapan. Kami menjalankan
kajian ini sebagai mengambil kira persediaan mereka ke Tahun 1 kelak.
40 Telah Menguasai
Belum Menguasai
35
30
25
20
15
10
5
0
Pasca Ujian
Lisan
Pasca Ujian Lisan sebelum menggunakan teknik Memory Chain
11
Dapatan dari carta di atas, kami dapati 10 daripada 40 orang murid prasekolah yang berumur
enam tahun masih belum menguasai kemahiran mengenal huruf sepenuhnya.
5.2.2 Analisis Hasil Kerja Murid
Melalui hasil kerja murid, kami dapati buku latihan dan buku aktiviti mereka juga
memberi gambaran bahawa mereka tidak faham arahan guru atau tidak memahami
langsung apa yang telah dipelajari.
5.3 TINDAKAN (RAWATAN) YANG DIJALANKAN
Selepas tinjauan masalah dilaksanakan berdasarkan pemerhatian lisan dan hasil kerja murid,
kami telah memulakan rawatan berikut :
Aktiviti 1
Murid yang belum menguasai kemahiran mengenal sesuatu huruf, mereka akan memakai
label huruf tersebut setiap hari sehingga mereka boleh mengenal huruf tersebut
Aktiviti 2
Guru akan menyoal murid tersebut tentang huruf yang dipakainya dan merekod
perkembangan murid tersebut. Aktiviti ini dilakukan setiap kali murid ingin melakukan
sebarang aktiviti sepanjang waktu pembelajaran di dalam kelas.
12
5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan. Semasa menjalankan
kajian ini, murid yang terlibat akan memakai label huruf bagi sesuatu huruf yang belum dikuasai
setiap hari sehingga mereka boleh mengenal huruf tersebut. Aktiviti ini dilakukan berulang kali
sehingga murid boleh mengenal semua huruf dengan betul.
Kami juga telah menerangkan secara ringkas mengenai Teknik Memory Chain ini kepada
Pembantu Pengurusan Murid kami dan meminta mereka memberikan pandangan. Berdasarkan
pemerhatian kami, Teknik Memory Chain ini berjaya membantu murid meningkatkan
pencapaian kemahiran mengenal huruf . Mereka seolah-olah berlumba sesama mereka yang
terlibat di mana murid yang tidak perlu lagi memakai label huruf merupakan murid yang telah
menguasai kemahiran mengenal semua huruf . Kami dapati ada peningkatan di kalangan murid-
murid ini dan melalui teknik ini juga boleh digunakan untuk aktiviti mengenal nombor dalam
mata pelajaran Matematik.
5.5 REFLEKSI KAJIAN
Pencapaian murid dalam Pentaksiran Penggal 1 dan 2 menunjukkan peningkatan yang
agak ketara. Kebolehan murid mengenal huruf sangat memberangsangkan.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Teknik Memory Chain ini banyak membantu
murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari
disamping menjadikan suasana pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan.
Masih lagi terdapat murid yang belum mengenal semua huruf pada Penggal 2 iaitu
semasa kami menggunakan teknik ini. Namun, kami tidak berputus asa dan tetap meneruskan
kajian kami. Kali ini kami bersikap lebih tegas supaya murid yang terlibat ini hadir ke sekolah
setiap hari dan tidak lagi ketinggalan jauh di belakang.
13
Kami berasa gembira apabila lapan daripada sepuluh orang murid yang terlibat telah
menguasai kemahiran mengenal huruf . Kami menjadi lebih yakin bahawa Teknik Memory
Chain ini dapat membantu murid meningkatkan pencapaian mereka dalam kemahiran mengenal
huruf.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-
1. Memohon kerjasama daripada ibu bapa untuk membimbing murid di rumah
(kesinambungan daripada teknik atau kaedah yang digunakan oleh guru di kelas)
2. Guru membekalkan bahan bacaan untuk murid di rumah dan menyediakan buku
catatan supaya ibu bapa boleh membuat catatan tentang tahap perkembangan murid di
rumah
Hasil daripada kajian yang dijalankan, kami dapati terdapat perubahan yang positif
daripada segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid . Semoga hasil kajian
kami ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses PdPC lebih menarik, berkesan dan
menyeronokkan.
14
BIBLOGRAFI
Baidah Sabran. (2019). Kuasai Abjad Lantas Arif Membaca, Penerbitan Batu Belang Resources,
Bandar Baru Salak Tinggi. Selangor Darul Ehsan.
Kamalawati Dolhan, Dyg Putri Awang Mahbi, Yusop Hj, Malie. (2019). Meningkatkan
Kemahiran Mengenal Huruf Dalam Kalangan Murid-murid Prasekolah di Sekolah
Berdasarkan Pendekatan Gambaran Visual. Retrieved October 20, 2020 from
https://www.researchgate.net/publication/339787624
Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad. (1996). Abu Ada Ayam. One Stop Language &
Computer Consultancy. Kelantan Darul Naim.
Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad. (1996). Bacalah Anakku. One Stop Language &
Computer Consultancy. Kelantan Darul Naim.
Instrumen Penilaian Kemahiran Membaca Bahasa Malaysia Prasekolah. (2010). Jabatan
Pelajaran Selangor. Selangor Darul Ehsan.
Koleksi BBM Prasekolah. (2018). Kad Huruf dan Nombor Untuk Busy Box. Retrieved October
1, 2020, from
https://www.facebook.com/koleksi.bbm.prasekolah/posts/2246589145612303
15
MENINGKATKAN PENGUASAAN ESEI EKONOMI MELALUI KAMUS EKONOMI
BERGAMBAR BAGI MURID 5 CEMERLANG
OLEH
FAZUHA NAILI BINTI AB RAHMAN
SMK AMPANG PECAH
JALAN HAMZAH,
44000 KUALA KUBU BHARU,
SELANGOR DARUL EHSAN
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk membantu kelas 5 Cemerlang dalam membuat ulangkaji tajuk
ekonomi dalam menjawab soalan esei Ekonomi. Seramai 27 orang murid tingkatan 5 Cemerlang
SMK Ampang Pecah dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal dilaksanakan
melalui ujian pra untuk melihat pencapaian mereka sebelum Kamus Bergambar Ekonomi iaitu
penghasilan video kreatif diperkenalkan kepada mereka. Hasil kajian saya, didapati mereka tidak
menghafal fakta dan istilah penting dalam mata pelajaran Ekonomi. Perancangan tindakan saya
ialah membimbing mereka menghasilkan video kreatif yang dijadikan Kamus Bergambar
Ekonomi untuk menarik minat mereka untuk menguasai esei bagi mata pelajaran Ekonomi.
Dapatan kajian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid melalui keputusan pasca ujian
yang semakin meningkat iaitu mencatatkan kelulusan 100% berbanding semasa ujian pra ujian
hanya mencatatkan kelulusan 76%.
16
1.0 REFLEKSI SITUASI/PENGAJARAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Saya melihat keputusan peperiksaan akhir tahun Ekonomi tingkatan 4 Cemerlang
tahun lepas dengan perasaan sedih. Ini disebabkan keputusannya amat tidak
memuaskan.Saya merasa sungguh kecewa kerana tiada seorang pun yang mendapat
kepujian. Hanya seorang murid sahaja yang lulus. Yang lain semuanya gagal. Ada murid
mendapat markah antara 30-40, murid mendapat 20-30 markah dan selebihnya iaitu murid
mendapat markah kurang daripada 20.
Semasa mereka di tingkatan 4C, saya sudah memberikan tunjuk ajar cara yang
betul untuk menjawab soalan berbentuk esei dari bab pertama lagi. Tetapi nampaknya
keputusan peperiksaan menceritakan segalanya. Kertas jawapan peperiksaan yang saya
periksa menunjukkan mereka tidak berjaya memberikan fakta yang tepat. Apatah lagi
untuk menghuraikan fakta. Kebanyakan daripada mereka tidak membuat ulangkaji atau
membuat ulangkaji pada saat akhir. Dari segi bilangan kaum, ada 21 orang murid Melayu,
5 orang murid Cina dan 1 orang murid India.
Pada awal tahun tingkatan lima, saya memberikan latihan soalan esei tajuk sistem
ekonomi. Saya dapati mereka kurang yakin dalam menjawab soalan walaupun saya
membenarkan mereka merujuk nota atau buku teks. Sebelum mereka menulis jawapan,
mereka mesti bertanya dahulu sama ada jawapan mereka betul atau salah. Apabila saya
sudah memberikan jawapan ‘ya’ barulah mereka menulis jawapan.
Satu perkara yang saya puji bagi kelas ini ialah hampir 50% murid mempunyai nota
yang lengkap. 40% daripada mereka sentiasa memberikan tumpuan semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran. Sebahagian lagi perlu sentiasa diingatkan tentang nota dan memberikan
17
tumpuan semasa sesi P&P. Saya mempunyai keazaman yang kuat untuk membantu mereka
sekurang-kurangnya lulus dan kalau boleh mendapat kepujian dalam keputusan
peperiksaan SPM mereka pada tahun ini.
2.0 ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan ini akan fokuskan kepada bab 1 Tingkatan Empat iaitu Pengenalan
Kepada Ekonomi kerana soalan pertama kertas esei datangnya daripada bab ini. Saya akan
tekankan cara mengingati fakta dan huraiannya. Sebenarnya tidak banyak yang mereka
perlu faham tetapi jika tidak dibantu mereka tidak akan berjaya menjawab soalan tersebut
melalui Kamus Bergambar Ekonomi. Selepas itu barulah saya kaitkan dengan cara
menjawab soalan yang betul. Walaupun saya berhadapan dengan pelbagai ragam murid-
murid tetapi saya yakin dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Untuk mengenalpasti masalah ini, saya telah mengadakan ujian pra sebaik sahaja
program Kamus Bergambar Ekonomi diadakan mulai bulan Ogos ini. Melalui program ini,
murid-murid akan menghasilkan Kamus Bergambar Ekonomi menggunakan aplikasi Tik
Tok, Viva Video dan Kinemaster. Melalui ujian pra tersebut, saya mula menganalisa
kelemahan murid-murid ini dan menjalankan semula pengajaran dan pembelajaran tajuk
yang sama tetapi mengaplikasi daripada Kamus Bergambar Ekonomi.
Dalam usaha yang dilakukan, diharapkan dapat meningkatkan minat murid untuk
mempelajari tajuk ini dan memantapkan lagi kemahiran menjawab esei Ekonomi mengikut
format SPM yang sebenar.
18
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF AM
Tujuan kajian ini ialah Meningkatkan Penguasaan Esei Ekonomi Melalui Kamus
Ekonomi Bergambar Bagi Murid 5 Cemerlang. Kajian ini bermatlamat untuk
menimbulkan minat dan memudahkan murid menghafal dan mengingat istilah-istilah
ekonomi dan seterusnya membantu murid menjawab kertas 2 Esei Ekonomi mengikut
format SPM yang sebenar.
3.2 Objektif Khusus :
i Peratus murid lulus dalam mata pelajaran Ekonomi meningkat sekurang-
kurangnya 90% berbanding Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 tahun
2019.
ii Murid dapat menyenaraikan fakta atau istilah Ekonomi sekurang-
kurangnya 20 item daripada 40 item.
iii Guru dapat meningkatkan peratus penilaian pasca ujian sebanyak 80%
berbanding 60% semasa pra ujian.
iv Murid mudah menghafal istilah dan fakta penting Ekonomi
v Murid dapat mengaplikasikannya dalam menjawab kertas Esei Ekonomi
vi Menimbulkan keseronokan belajar dan meningkatkan kreativiti murid
dalam penghasilan Kamus Bergambar Ekonomi dengan menggunakan
aplikasi media sosial seperti Tiktok dan Kinesmaster.
19
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 27 orang murid tingkatan 5 Cemerlang yang terdiri daripada 21
orang murid Melayu, 5 orang murid Cina dan 1 orang murid India. Tumpuan kajian saya
adalah melibatkan murid-murid yang mengambil mata pelajaran Ekonomi.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 TINJAUAN AWAL MASALAH
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, pra
ujian ,pasca ujian dan soal selidik.
5.1.1 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian.
Sebelum kajian dilaksanakan , murid didapati lemah dalam mengingat dan
menghafal istilah dan fakta ekonomi. Kebiasaannya hanya murid yang sama
sahaja yang memberi jawapan apabila disoal di dalam kelas, jika nama murid
yang lain dipanggil baru mereka cuba memberikan jawapan dan dibantu oleh
rakan-rakan yang lain. Saya juga membuat semakan buku latihan murid untuk
mengenalpasti tahap penguasaan mereka dalam membuat latihan PBD dan cara
mereka menjawab soalan esei Ekonomi.
5.1.2 Praujian
Praujian diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
kefahaman konsep mengenai meningkatkan penguasaan esei ekonomi. Item
praujian merupakan item yang diberikan berbentuk kuiz iaitu menyenaraikan
20
maksud bagi istilah dan fakta bagi Ekonomi. Selepas saya menyemak jawapan
murid, saya tidak memulangkan kertas jawapan dan tidak juga membincangkan
jawapannya. Sebaliknya, saya telah memperkenalkan Project Base Learning
(PBL) iaitu memberi tugasan penghasilan video kreatif menggunakan pelbagai
aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti Viva Video, Tik Tok,
5.1.3 Pasca ujian
Murid akan melaksanakan program Kamus Bergambar Ekonomi ini
dengan menggunakan pelbagai aplikasi seperti Tiktok, Kinesmaster dan pelbagai
dengan paparan ilustrasi dan gambar yang bersesuaian dengan istilah-istilah
Ekonomi. Murid diberikan masa selama sebulan dalam penghasilan Kamus
Bergambar Ekonomi iaitu daripada 1 hingga 31 Ogos 2020. Pasca ujian telah
dijalankan pada 1 September 2020, iaitu selepas murid melaksanakan program
Kamus Bergambar Ekonomi pada bulan Ogos untuk mengukur kejayaan
pelaksanakan program ini.
5.1.4 Soal Selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk
mendapatkan maklum balas murid berkenaan Meningkatkan Penguasaan Esei Ekonomi
Melalui Kamus Ekonomi Bergambar Bagi Murid 5 Cemerlang sebelum dan selepas
teknik ini dilaksanakan.
Saya juga telah mengedarkan borang soal selidik kepada rakan –rakan guru SMK
Ampang Pecah untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas mengenai teknik yang
saya jalankan. Kerjasama yang baik diberikan kepada saya iaitu guru-guru sukarela
21
mengisi borang soal selidik tersebut untuk manfaat pengajaran dan pembelajaran pada
masa kini dan akan datang.
5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
5.2.1 Analisis pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran
didapati:
i. 70% murid memberikan maklum balas yang memuaskan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Mereka merupakan murid yang aktif dan hampir
orang yang sama menjawab soalan apabila disoal oleh guru mengenai istilah dan
fakta dalam Ekonomi
ii. 30% murid perlu diberikan perhatian secara individu kerana mereka tidak
membaca dan menghafal istilah penting dalam Ekonomi.Mereka cuba menjawab
soalan dengan suara perlahan dan tiada keyakinan apabila disoal oleh guru
mengenai istilah dan fakta dalam Ekonomi.
iii. Buku latihan mereka juga memberikan gambaran cara murid menjawab soalan
esei Ekonomi berdasarkan tahap penguasaan murid tersebut.
5.2.2 Analisis Praujian
Didapati pengetahuan murid dalam penguasaan konsep berkaitan dengan istilah
dan fakta dalam Ekonomi menunjukkan penilaian yang berbeza. Keputusan
praujian membuktikan tahap pencapaian murid tersebut.
22
GRED MARKAH PENCAPAIAN MURID
BIL %
A+ 90 -100
A 80-89 00
A- 70-79 00
B+ 65-69 14
B 60-64 27
C+ 55-59 14
C 50-54 4 15
D 45-49 3 11
E 40-44 7 26
G 01-39 27
7 26
JUMLAH LULUS 20 74
JUMLAH GAGAL 7 26
Jadual 1 : Keputusan pencapaian murid mengikut gred, markah dan peratus
23
Rajah 1 : Carta Pai Pencapaian Murid di Dalam Pra Ujian
Berdasarkan jadual 1 dan rajah 1, saya telah memberikan ujian pra kepada murid-
murid iaitu berbentuk 5 soalan esei Ekonomi, didapati hanya 76% murid lulus dan
24 % murid telah gagal. Murid yang gagal tersebut mempunyai tahap penguasaan
yang lemah kerana gagal mengingat dan menghafal fakta dan istilah Ekonomi.
5.2.3 Analisis Pasca Ujian
Pasca ujian dijalankan untuk mengetahui pencapaian murid sepanjang proses
kajian tindakan dijalankan Keputusan pasca ujian membuktikan tahap pencapaian
murid tersebut.
24
GRED MARKAH PENCAPAIAN MURID
BIL %
A+ 90 -100
A 80-89 14
A- 70-79 27
B+ 65-69 6 22
B 60-64 7 26
C+ 55-59 8 30
C 50-54 14
D 45-49 14
E 40-44 00
G 01-39 14
00
JUMLAH LULUS 27 100
JUMLAH GAGAL 00
Jadual 2 : Keputusan pencapaian murid mengikut gred, markah dan peratus
25
Rajah 2 : Carta Pai Pencapaian Murid di Dalam Pasca Ujian
Berdasarkan jadual 2 dan rajah 2, saya telah memberikan pos ujian kepada murid-
murid iaitu berbentuk 5 soalan esei Ekonomi selepas penghasilan Kamus
Bergambar Ekonomi dilaksanakan, didapati 100 murid lulus dalam ujian tersebut.
Dapat mengingat dan menghafal fakta dan istilah Ekonomi.
Kajian ini bertepatan dengan Teori Pembelajaran Konstruktivitisme iaitu
proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan penerokaan murid meneroka
dengan bahan sedia ada dan bahan pembelajaran yang lain untuk mendapatkan
sesuatu maklumat.
26
5.2.3 Analisis Soal Selidik
Murid telah memberikan respons yang baik iaitu mencatatkan 80%
menyatakan setuju dengan teknik yang dijalankan iaitu Kamus Bergambar
Ekonomi dalam meningkatkan penguasaan mereka terhadap soalan esei Ekonomi.
20% pula mencatatkan tidak setuju kerana beranggapan bahawa beban kerja
sekolah mereka telah bertambah dan masalah tidak mempunyai telefon bimbit
mahupun komputer di rumah mereka dalam menghasilkan video kreatif sebagai
bahan di dalam Kamus Bergambar Ekonomi.
Guru-guru pula memberikan pendapat berikut tentang teknik Kamus
Bergambar Ekonomi iaitu pentadbir PK Pentadbiran SMK Ampang Pecah, Puan
Norlida bt Rahmat menyatakan tahniah, anda dapat mencungkil bakat murid
dalam menghasilkan video kreatif yang berinformasi. Guru Pendidikan Seni, Puan
Haslina bt Hat pula bersetuju dengan teknik memasukkan unsur animasi seperti
kartun yang menarik minat untuk membaca Kamus Bergambar Ekonomi tersebut.
Bagi guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pula, Pn Rita Akhtar bt Ahmad
Termizi pula menyatakan komen yang membina iaitu murid menggunakan font
tulisan yang jelas, warna yang menarik dan latar runut bunyi yang tidak bising.
5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Selepas murid menjalani pra ujian, saya telah memulakan aktiviti seperti berikut:
Aktiviti 1
Saya telah memaklumkan kepada murid 5 Cemerlang yang saya akan menjalankan satu
kajian tindakan melibatkan murid-murid yang mengambil mata pelajaran Ekonomi. Saya
27
meminta mereka mengulangkaji dan menelaah di rumah sebagai persediaan sebelum satu pra
ujian dijalankan pada 26 Ogos 2020.
Aktiviti 2
Selepas pelaksanaan pra ujian, saya meminta dan membimbing murid-murid untuk
menghasilkan video kreatif secara berkumpulan mahupun individu mengenai istilah atau fakta
Ekonomi dengan menggunakan pelbagai aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi iaitu
menggunakan Tik Tok, Viva Video, Canva, Kinemaster dan sebagainya. Video kreatif tersebut
dinamakan Kamus Bergambar Ekonomi.
Aktiviti 3
Murid dikehendaki membentangkan hasil tugasan mereka menggunakan video kreatif
yang mereka hasilkan di hadapan kelas. Selain itu, murid juga menghantar video tersebut di
dalam kumpulan whatsapp dan telegram untuk memudahkan penyimpanan data murid-murid
yang lain. Saya juga memberikan komen yang membina dan meminta komen daripada rakan-
rakan di media sosial seperti Facebook.
Aktiviti 4
Murid-murid juga diberikan pasca ujian untuk melihat keberkesanan dan hubungan
antara pelaksanaan aplikasi Kamus Bergambar Ekonomi dengan tahap pencapaian murid. Pasca
ujian ini telah dijalankan pada 15 September 2020.
28
5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN
Kajian tindakan ini telah dijalankan dalam tempoh 12 minggu mulai 4 Ogos 2020
sehingga 26 Oktober 2020. Semasa menjalankan kajian ini saya telah membaca contoh-contoh
kajian tindakan yang telah dijalankan sebagai panduan untuk meningkatkan informasi dan
pelaksanaan kajian ini. Saya telah memperuntukkan dua waktu pengajaran dan pembelajaran
untuk melaksanakan kajian tindakan ini bersama-sama murid 5 Cemerlang iaitu melibatkan
proses taklimat kajian tindakan, pra ujian dan pasca ujian.
Murid telah menjalani pra ujian dan pasca ujian. Selepas pasca ujian, mereka telah
diminta mengisi borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang penghasilan
Kamus Bergambar Ekonomi ini. Tujuan mengedarkan soal selidik adalah supaya murid lebih
selesa dan bebas memberikan pendapat berbanding kaedah mendapatkan maklumat secara temu
bual.
Saya juga telah menerangkan secara ringkas pelaksanaan video kreatif murid yang
dijadikan Kamus Bergambar Ekonomi kepada rakan guru dan rakan-rakan di media sosial dan
meminta mereka memberikan pandangan. Berdasarkan pemerhatian saya, Kamus Bergambar
Ekonomi ini yang menggunakan Teori Pembelajaran Konstuktivisme telah berjaya membantu
murid meningkatkan pencapaian di dalam menjawab soalan esei Ekonomi. Murid-murid lebih
berkeyakinan, seronok, teruja dan berlumba-lumba menghasilkan video kreatif yang terbaik.
Mereka juga telah mengaplikasikannya dengan mudah mengingat dan menghafal fakta dan
istilah Ekonomi di dalam menjawab soalan esei Ekonomi. Saya merasa amat terharu dan bangga
di atas pencapaian murid telah meningkat setelah pelaksanaan Kamus Bergambar Ekonomi
tesebut. Rakan –rakan guru di media massa seperti Facebook , barisan pentadbir dan rakan-
rakan guru di sekolah juga telah memberikan komen yang membina , perangsang dan sokongan
terhadap usaha saya. Malah ada beberapa rakan guru di media sosial telah meminta saya
29
mengajar dan membimbing mereka dalam mengaplikasikan pelbagai aplikasi di dalam
menghasilkan video kreatif tersebut.
5.5 REFLEKSI KAJIAN
Pencapaian murid dalam pra ujian dan pasca ujian telah menunjukkan peningkatan yang
agak ketara. Kebolehan murid menghasilkan video kreatif sebagai bahan Kamus Bergambar
Ekonomi amat membanggakan dan menghasilkan kemahiran yang sangat kreatif dan inovatif.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid mampu mencabar diri mereka
sendiri untuk menghasilkan video kreatif yang menarik dan berinformasi. Murid dapat
meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap istilah dan fakta Ekonomi.
Suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan dan lebih ceria.
Dapatan kajian juga mengesahkan bahawa pasca ujian telah menunjukkan peningkatan
dengan 100% murid telah mencatatkan kelulusan yang membanggakan. Murid-murid yang
sebelum ini mencatatkan kehadiran yang tidak memuaskan juga semakin kerap hadir ke sekolah
untuk berkongsi keseronokan dan keterujaan mereka dalam menghasilkan video kreatif tersebut.
Saya berasa sangat terharu dan seronok apabila rakan-rakan guru yang lain sama ada di
sekolah mahupun di media massa menggunakan teknik yang sama iaitu penghasilan video kreatif
Kamus Bergambar Ekonomi di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah. Ada
rakan-rakan guru turut sama-sama berkongsi penghasilan video kreatif anak-anak murid mereka
di media massa seperti Facebook yang menarik dan mengkagumkan.
Teori Pembelajaran Konstruktivisme menerangkan murid-murid berkomunikasi dengan
bahan untuk mendapatkan jawapan dan kesimpulan sendiri. Teori ini juga menekankan
penglibatan pelajar dalam menyelesaikan masalah mereka. Masalah mereka iaitu susah
mengingat dan menghafal istilah dan fakta Ekonomi telah dapat diatasi dengan penghasilan
30
video kreatif Kamus Bergambar Ekonomi yang berinformasi, terkini, mempunyai pelbagai
gambar dan contoh yang menarik. Murid akan membina pengetahuan sendiri untuk menjana idea
dengan berdasarkan pengetahuan sedia ada. Semua maklumat yang baru yang didapati akan
diolah dan disesuaikan dengan kemahiran yang dimiliki oleh murid tersebut.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Saya akan mengaplikasikannya pada kelas tingkatan 4 UPM yang juga mengambil subjek
Ekonomi. Tujuannya untuk merangsang minat dan kemahiran mereka dalam menjawab soalan
esei Ekonomi dengan lebih yakin dan memahami istilah dan fakta dalam Ekonomi. Secara tidak
langsung, saya dapat mencungkil bakat terpendam murid dalam menghasilkan video kreatif
mengikut trend terkini menggunakan Tik Tok, Viva Video, Inshot, Kinesmaster tetapi lebih
berfaedah dan berinformasi. Abdul Aziz dan rakan-rakan (2017) menghuraikan sikap murid akan
menjadi lebih positif sekiranya dibantu dengan pelbagai bahan media dan teknologi dalam
pembelajarannya.
Saya juga akan menggunakan teknik ini untuk mata pelajaran yang saya ajar di sekolah
seperti Perniagaan dan Pendidikan Sivik (masih lagi diajar untuk Tingkatan Lima). Harapan saya
semasa pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolah menjadi lebih terkini, teknik yang
pelbagai dan pengisian yang lebih berinformasi.
Hasil daripada penyelidikan saya jalankan, terdapat banyak perubahan dalam
pembelajaran murid tingkatan 5 Cemerlang. Walaupun perubahan yang dicatatkan amat
membanggakan , saya tidak akan berpeluk tubuh kerana penguasaan murid ini hanya dapat
diukur apabila peperiksaan SPM sebenar kelak. Dalam apa jua situasi, murid adalah faktor utama
dalam kejayaan mereka. Sikap dan tanggapan negatif perlu dielakkan dan dibuang. Murid perlu
memajukan diri mereka sendiri dengan meningkatkan pelbagai usaha dalam menuntut ilmu.
31
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) menyatakan sistem pendidikan di Malaysia
menekankan terhadap potensi individu secara bersepadu dan menyeluruh. Oleh itu, secara tidak
langsung kajian ini menyokong saranan dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Antara cadangan untuk kajian seterusnya ialah mengaplikasikan gaming dalam
pengajaran dan murid di sekolah supaya murid berasa lebih seronok, berkesan dan mencabar
minda dan kreativiti murid. Gaming yang dimaksudkan ialah seperti permainan PUBG dan
Mobile Legend . Menurut Grabe.M (2006) pengisiannya adalah lebih bermaklumat dan mengikut
situasi dan aplikasi bidang pendidikan yang sebenar.
Walaupun kajian tindakan ini hanya dijalankan di sebuah sekolah dan melibatkan sebuah
kelas, namun diharapkan dapat menjelaskan keadaan sebenar penguasaan murid dalam
menjawab soalan esei Ekonomi. Kajian yang dijalankan diharapkan dapat membantu semua
pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
32
BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz bin Abdul Shukur, Ramlah bin Jantan & Suppiah Nachiappan (2017). Psikologi
dalam Pendidikan. Oxford Fajar. Petaling Jaya.
Grabe.M, & Grabe .C (2006). Integrating Technology For Meaningful Learning. Houghton
Mifflin Co. New York.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Matlamat dan
Misi. Kuala Lumpur.
Othman Bin Lebar (2010) . Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan . Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris Sendirian Berhad. Tanjong Malim.
Schunk, D.H (2000). Learning Theories: A Educational Perspective. Prentice-Hall. New Jersey
33
MENINGKATKAN PENGUASAAN TAJWID DAN
KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN
DENGAN MENGGUNAKAN ”KEY CHAIN AJAIB”
DI DALAM KELAS 5 GAMMA
Oleh:
Zuhaiza binti Sapari
Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Satu
Jalan Rasathurai , 44000 Kuala Kubu Baru , Selangor
ABSTRAK
Kajian ini saya laksanakan adalah atas kesedaran diri sendiri membuat anjakan paradigma untuk
berikhtiar mencari jalan penyelesaian terhadap masalah dan rintangan yang dihadapi dalam
pengajaran dan pembelajaran Tilawah Al-Quran khususnya bidang tajwid . Kajian ini dijalankan
untuk mengatasi masalah murid yang kurang mahir membezakan hukum tajwid , sering terlupa
hukum tajwid dan kurang cekap membaca ayat-ayat Al-Quran secara bertajwid yang dihadapi
oleh murid-murid . Tinjauan awal , jika di sebut tentang hukum tajwid , sering murid mengeluh
kerana menganggapnya sukar menyebabkan tidak berminat untuk mempelajari dan
menguasainya . Akibat daripada kesukaran menguasai hukum tajwid murid tidak dapat membaca
ayat-ayat Al-Quran dengan betul . Hasil tinjauan daripada permasalah atau isu tersebut maka
terhasilnya ”Keychain Ajaib” .Saya mengaplikasikan ”Keychain Ajaib”yang saya buat di dalam
pengajaran dan pembelajaran Tilawah Al-Quran kelas tahun 5 Gamma . Pelaksanaaan projek
inovasi ini telah dijalankan selama lebih kurang 8 minggu ke atas murid-murid di dalam kelas
tahun 5 Gamma yang sukar untuk menguasai hukum tajwid khususnya hukum Mim sakinah .
Seramai 27 orang murid yang terlibat di dalam ini . Keputusan pascaujian telah menunjukkan
peningkatan prestasi murid . Dapatan dari projek inovasi ini telah berjaya mencapai objektif
berdasarkan kepada peningkatan dari segi kefahaman dan penguasaan murid dalam hukum
tajwid setelah menggunakan “Keychain Ilmu”. Seterusnya murid suka menggunakan ”Keychain
Ajaib”dan menarik minat belajar hukum tajwid dan membaca ayat-ayat Al-Quran .
34
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN/ ISU LALU
Apabila disebut tentang hukum tajwid kepada murid-murid ,seringkali disebut
sukar menyebabkan murid kurang atau tidak berminat untuk mempelajari apatah lagi
menguasainya . Ramai juga murid yang mengalami masalah sukar membezakan hukum
tajwid yang banyak contohnya sukar untuk membezakan hukum Nun Sakinah dan Mim
Sakinah . Oleh kerana terlalu banyak hukum tajwid murid sering terlupa atau keliru tentang
hukum tajwid yang telah dipelajari .
Berikutan dengan masalah atau isu tersebut menyebabkan ramai murid yang tidak
dapat membaca ayat-ayat Al- Quran dengan betul dan bertajwid . Bahkan apabila disemak,
keputusan ujian bahagian tajwid selalu mengecewakan . Melalui Pelaporan Bilik Darjah
(PBD) pula , ramai murid hanya dapat menguasai tahap 2-4 .
Seterusnya apabila diajukan masalah saya pada rakan-rakan, maklum balas yang
diterima tidak banyak membantu. Antaranya :
“ Menguasai tajwid memang sukar ”
” Murid tidak suka mengaji atau membaca Al-Quran ”
” Tajuk bidang tajwid yang banyak , susah nak mengingat ”
Saya berfikir bagaimana ingin menyelesaikan masalah ini bahkan bertanya
dengan rakan – rakan . Sehinggalah suatu hari saya terfikir untuk membuat satu bahan bantu
mengajar yang boleh menarik minat murid untuk belajar tajwid , menguasainya seterusnya
suka dan mahir membaca ayat-ayat Al-Quran .
Menyedari kepentingan seseorang individu menguasai hukum tajwid yang amat
perlu dan wajib dipelajari serta dikuasai demi menjaga bacaan ayat-ayat suci al-Quran,
35
”Keychain Ajaib” terhasil dan direalisasikan serta digunakan oleh murid dalam membantu
murid menguasai hukum tajwid sejak 2015 lagi . Penghasilan bahan pembelajaran ini telah
menghasilkan impak yang positif terhadap murid-murid . Sehinggalah pada tahun 2020 ini,
terpilih saya membuat kajian tindakan penggunaan “Keychain Ajaib “ khususnya untuk
murid tahun 5 Gamma yang saya ajar .
Maklum balas yang diberikan oleh tokoh guru inovasi , Guru Besar , guru dan
murid serta keazaman untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran Al-Quran telah
mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan. Malah “Keychain Ajaib “ ini menjadi
salah satu ‘hasil inovasi’ dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad 21 .
2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kemahiran menggunakan
“ Keychain Ajaib “ untuk menguasai pengajaran dan pembelajaran tajwid dengan mudah
dan seronok seterusnya memperolehi impak positif kepada bacaan ayat –ayat Al-Quran
murid-murid . Kajian ini adalah penting terutama kepada murid tahap dua bagi mencapai
Khatam Al-Quran yang baik . Jika pelajar tidak boleh menguasai hukum tajwid ini akan
memberi kesan yang negatif terhadap diri mereka. Mereka tidak akan dapat mengusai
bacaan Al-Quran yang betul dan bertajwid sehingga di sekolah menengah nanti . Pelaporan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) juga akan terjejas disebabkan murid sukar untuk menguasai
hukum tajwid .
Saya telah menganalisis data pelaporan PBD tahun 2019 dan mendapati bahawa
sejumlah 45.2 % murid tahun 5 mendapat tahap 2 atau 3 pada bahagian tajwid . Jika murid
dapat menguasai hukum tajwid sudah tentu mereka berpeluang untuk mendapat tahap
penguasaan yang lebih baik . Masalah utama yang dihadapi oleh murid ialah mengingati dan
36
menguasai hukum tajwid . Dengan menggunakan “ Keychain Ajaib “ diharapkan dapat
memberikan impak yang positif terhadap penguasaan tajwid murid-murid .
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan tajwid dan
kemahiran membaca Al-Quran dengan menggunakan ” Keychain Ajaib ” di dalam
kalangan murid-murid tahap 2.
3.2 Objektif Khusus
e) Peratus pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Oktober 2020 murid memperolehi
tahap 4 dan 5 meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 70 % berbanding pencapaian
Pentaksiran Bilik Darjah Bulan Jun 2020 .
f) 100% murid dapat menjawab kalimah yang mengandungi hukum Mim Sakinah dengan
betul pada pasca ujian 2 dalam masa singkat dengan menggunakan ” Keychain Ajaib ”
berbanding tidak menggunakan ” Keychain Ajaib ”pada pasca ujian 1 .
g) Membantu dan meningkatkan tahap murid menguasai tajwid di dalam bidang Tilawah Al
– Quran .
h) Menggalakan murid untuk belajar dan membaca Al-Quran dengan betul dan bertajwid.
4.0 KUMPULAN SASARAN.
Murid yang terlibat adalah 27 orang dari kelas 5 Gamma . Saya mengambil keputusan
untuk mengadakan kajian ke atas semua murid 5 Gamma agar semua murid kelas ini mendapat
37
faedah dan manfaat menggunakan “ Keychain Ajaib” yang boleh menarik minat mereka
belajar tajwid seterusnya dapat mempertingkatkan bacaan ayat-ayat Al – Quran . Saya
mengambil 27 orang murid tahun 5 Gamma ketika membuat ujian 1 dan 2 di dalam kajian
tindakan ini dalam masa yang singkat di sebabkan kekangan masalah pengajaran dan
pembelajaran ketika pandemik COVID 19 yang dialami Malaysia tahun ini .
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 TINJAUAN AWAL MASALAH
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian,
pasca ujian dan soal selidik melalui temubual .
5.1.1 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian.
Sebelum kajian dijalankan murid kurang berminat mempelajari hukum tajwid
di dalam bidang Tilawah Al-Quran . Sebagaimana kebiasaannya, murid
perempuan yang lebih bersedia dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya
murid lelaki kurang bersungguh dan kurang mengambil bahagian di dalam
aktiviti PdP yang dijalankan malah murid yang minat belajar tajwid adalah
murid turus sahaja .
Saya juga membuat semakan buku latihan murid untuk mengenalpasti
tahap penguasaan murid . Manakala apabila diberi soalan ketika PdP
kebanyakan murid di dalam kelas sering memerlukan panduan atau bantuan
guru atau murid turus untuk menjawab soalan tajwid yang diajukan . Murid
38
yang agak lemah atau pemulihan sering tertinggal , tidak berminat dan malas
untuk memberi tumpuan .
5.1.2 Pasca Ujian
Pasca Ujian 1 diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan
sejauh mana kefahaman konsep mengenai tajuk tertentu ( hukum tajwid ) .
Murid diberikan soalan tentang tajuk Mim Sakinah dan menjawab soalan-
soalan mengikut arahan yang diberikan . Selepas saya menyemak jawapan
murid, saya tidak memulangkan kertas jawapan dan tidak juga membincangkan
jawapannya. Sebaliknya saya telah memperkenalkan ”Keychain Ajaib ” .
Saya menunjukkan cara menggunakannya kepada digunakan oleh murid ketika
PdP dijalankan terutama ketika ujian dijalankan.
5.1.3 Soal selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid
untuk mendapatkan maklum balas murid berkenaan aplikasi penggunaan
“Keychain Ajaib “ di dalam menguasai pembelajaran . Saya juga telah
mengedarkan borang soal selidik kepada rakan – rakan
guru untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai ” Kechain Ajaib”yang
saya perkenalkan dan gunakan ketika PdP.
39
Jadual 1 : Kaedah Mengutip Data
Langkah&Tarikh Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Tujuan
Langkah 1 Menjawab soalan 27 orang 5 Gamma Mengenal masalah
04.08.2020 semasa PdP 27 orang 5 Gamma murid dalam
27 orang 5 Gamma menguasai tajwid.
Langkah 2 Memeriksa buku Mengenal masalah
05.08.2020 tulis murid dalam
menguasai tajwid.
Langkah 3 Pelaporan Mengenal masalah
Pentaksiran Bilik murid dalam
13-17.04.2020 Darjah menguasai tajwid.
6 Bulan
Pertama
Langkah 4 Pasca Ujian 1 27 orang murid Memberi latihan
11.08.2020 27 orang murid bertajuk hukum
Pasca Ujian 2 Mim
06.10.2020 Sakinah.Ujian
Soalselidik untuk
Langkah 5 sebelum dan mengenalpasti
14.8.2020 selepas inovasi masalah murid.
13.10.2020 (Lampiran 1)
Soalselidik
dijalankan untuk
mengenalpasti
masalah yang
dihadapi .
(Lampiran 2)
40
5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
5.2.1 Analisis pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap kumpulan
sasaran didapati :
b. Murid kurang berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru
secara lisan . Mereka menjawab dengan suara yang kurang jelas dan tidak
yakin serta tidak tahu apabila guru menyoal.
c. Buku latihan mereka juga memberi gambaran mereka sukar menjawab jika
tiada panduan atau bantuan .
5.2.2 Analisis Pasca Ujian
Jadual 2 di bawah , menunjukkan keputusan pasca ujian 1 .Merupakan salah satu bukti
permasalah murid . Berikut ialah pencapaian yang diperolehi :
Analisis GRED MARKAH PENCAPAIAN MURID Jadual 2
A 85 – 100 Bil % Ujian 1
B 3 11.1
C 65-84 14 51.8
D 55-64 6 22.2
E 40-54 3 11.1
0-39 1 3.7
LULUS 23 85.2
GAGAL 4 14.8
41
5.2.3 Analisis Soal Selidik
Langkah& Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Masalah telah dikenal
Tarikh 27 orang 5 Gamma pasti
Menjawab soalan 27 orang 5 Gamma
Langkah 1 semasa PdP Banyak kesalahan
27 orang 5 Gamma didapati . Murid
4.7.2020 menjawab soalan
memerlukan panduan
atau bantuan guru .
Langkah 2 Memeriksa buku Ramai juga
5.7.2020 tulis
menghadapi masalah
menjawab.Murid
memerlukan bantuan
guru atau murid turus
.
Langkah 3 Pelaporan Mengenal masalah
Pentaksiran Bilik
24.6.2020 Darjah murid dalam
6 Bulan
Pertama menguasai tajwid
Langkah 4 Pasca Ujian 1 27 orang murid Memberi latihan
27 orang murid
bertajuk hukum Mim
11.8.2020 Sakinah.Ujian untuk
mengenalpasti
masalah murid.
(Lampiran 1)
Langkah 5 Soal Selidik Soal selidik
14.8.2020
13.10.2020 dijalankan untuk
mengenalpasti
masalah yang
dihadapi .
Jadual 3 : Analisis Tinjauan Masalah
Murid telah memberikan respons yang negatif tentang pengajaran dan pembelajaran
tajwid dan ini mencerminkan mereka kurang berminat dan menganggap perkara ini tidak
penting terutama murid sederhana dan lemah .
42
5.3 TINDAKAN (RAWATAN) YANG DIJALANKAN
Selepas murid menjalani pasca ujian 1 saya telah memulakan rawatan berikut :
AKTIVITI 1
Memperkenalkan “Keychain Ajaib” daripada aspek informasi dan penggunaan.
AKTIVITI 2
Memperkenalkan nama hukum serta pengenalan warna bagi setiap hukum iaitu :
IZHAR SHAFAWI – MERAH
IKHFAK SHAFAWI – HIJAU MUDA
IDGHAM MISLAEIN – HIJAU TUA
AKTIVITI 3
Memperkenalkan cara bacaan bagi setiap hukum melalui warna dan menunjukkan
beberapa contoh potongan ayat yang mengandungi hukum-hukum tersebut.
AKTIVITI 4
Memberikan latihan dalam bentuk potongan ayat atau kalimah yang perlu digaris yang
mengandungi hukum Mim sakinah.
43
5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN
Saya mendapati bahawa projek inovasi ini telah berjaya mencapai objektif
berdasarkan kepada peningkatan dari segi kefahaman dan penguasaan murid dalam
hukum Mim sakinah setelah menggunakan “Keychain Ajaib”.
Peningkatan ini dapat dilihat dengan jelas melalui pencapaian objektif dalam
setiap strategi pelaksanaan seperti berikut:
44
SESI SEBELUM SELEPAS
1 PELAKSANAAN INOVASI PELAKSANAAN INOVASI
Murid tidak minat untuk mempelajari Murid berasa seronok dan bersemangat untuk
tajwid kerana tidak faham atau sukar
memahami hukum tajwid dengan mengetahui tentang hukum Mim sakinah setelah
mudah.
menggunakan “Keychain Ajaib”.
2 Murid tidak mengetahui dan keliru Murid mengetahui semua hukum Mim sakinah
dengan hukum Mim sakinah serta iaitu izhar Shafawi, ikhfak Shafawi, idgham Mislien
huruf-hurufnya. dengan berpandukan “Keychain Ajaib”.
3 Murid tidak mengetahui cara bacaan Murid dapat membanding beza cara bacaan
yang betul bagi hukum Mim sakinah. hukum tajwid dengung dan tidak dengung dengan
menggunakan “Keychain Ajaib”.
4 Murid tidak dapat menjawab semua Murid dapat menentukan hukum dan cara bacaan
soalan berkaitan hukum Mim sakinah dengan betul bagi setiap soalan berkenaan hukum
yang diberi. Mim sakinah setelah menggunakan “Keychain
Ajaib”.
5 Murid tidak dapat mengenalpasti Murid dapat mengenalpasti potongan ayat yang
potongan ayat yang mengandungi mengandungi hukum Mim sakinah setelah
hukum nun sakinahdantanwin. menggunakan “Keychain Ajaib”
6 Murid tidak dapat menjawab soalan Murid dapat menjawab dengan betul secara lisan
tentang huruf-huruf bagi hukum Mim bagi tiga daripada empat hukum Mim sakinah
sakinah setelah ditanya oleh guru iaitu izhar Shafawi ,ihfaq Shafawi dan idgham
secara lisan. Mislein dengan berpandukan “Keychain Ajaib”
7 Murid tidak tahu bagaimana cara Murid berjaya menentukan hukum –hukum Mim
untuk menentukan hukum Mim sakinah setelah menggunakan “Keychain Ajaib”
sakinah kerana sukar mengingati tanpa melihat kad panduan
huruf-huruf yang terlibat.
Jadual 4 : Strategi Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian
45
5.4.1. IMPAK / REFLEKSI TINDAKAN DAN PEMERHATIAN
Kajian tindakan saya ini telah dilaksanakan dalam tempoh yang agak singkat kerana
kekangan masa disebabkan pada tahun 2020 ini takwim persekolahan mengalami perubahan .
Kementerian Pendidikan (KPM) meminda Takwim Penggal Persekolahan 2020 untuk membantu
pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid. Jumlah hari
persekolahan secara bersemuka berdasarkan pindaan Takwim Penggal Persekolahan 2020 adalah
168 hari bagi semua sekolah.Namun begitu saya meneruskan jua kajian tindakan ini mengikut
masa yang dijadualkan mengikut takwim persekolahan yang telah ditetapkan .
Projek inovasi ”Keychain Ajaib ” saya realisasikan jua untuk murid 5 Gamma.
Sebagaimana jadual 1,2 dan jadual 3 , masalah dikenalpasti dan dianalisis melalui pemerhatian
ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung serta pemerhatian pada Pelaporan Pentaksiran
Bilik Darjah .
Berdasarkan Data j-Qaf Perekodan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang
difokuskan pada bahagian tajwid dalam bidang Tilawah Al-Quran , dilihat ada berlaku
peningkatan tahap penguasaan pembelajaran . Perkara ini boleh dilihat melalui jadual keputusan
di bawah :
Jadual 5 : Analisis Perbandingan Data j-Qaf Perekodan Pentaksiran Bilik Darjah
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6
Pelaporan 4 5 12 6 - -
PBD
Jun 2020
46
Pelaporan - - 6 9 12 -
PBD
Okt 2020
Sesungguhnya penggunaan ”Keychain Ajaib” boleh merubah minat dan pengetahuan
murid untuk mempelajari bahagian tajwid di bidang Tilawah Al-Quran .
Keputusan ini menggembirakan hati saya apatah lagi apabila melihat peratus murid
menguasai tahap 4 dan 5 meningkat . Ini dapat dilihat melalui carta pai berikut :
Berlaku peningkatan yang memperoehi tahap 4 dan 5 iaitu 22% pada Pelaporan
Pentaksiran Bilik Darjah dapatan Jun 2020 kepada 78% pada Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah
dapatan Oktober 2020 .
Seterusnya Pasca Ujian diberikan kepada 27 orang pelajar 5 Gamma . Pasca Ujian 1 dan
Pasca Ujian 2 dibuat untuk membuktikan keberkesanan penggunaan ” Keychain Ajaib ” . Ujian
1 dilakukan dengan menggunakan pengetahuan murid sendiri dalam tajuk Mim Sakinah .
Manakala Ujian 2 murid menggunakan ” Keychain Ajaib” untuk menjawab soalan . Berikut
adalah jadual menunjukkan keputusan Pasca Ujian 1 dan Ujian 2 .
47
Jadual 6 :
GRED MARKAH UJIAN 1 UJIAN 2
A 85 – 100 Bil % Bil %
B 3 11.1 24 88.9
C 65-84 14 51.8 3 11.1
D 55-64 6 22.2 --
E 40-54 3 11.1 --
0-39 1 3.7 --
LULUS 23 85.2 27 100
GAGAL 4 14.8 --
Perbandingan Analisis Pasca Ujian
Berdasarkan jadual di atas , boleh dilihat perubahan yang jelas impak daripada
penggunakan inovasi ” Keychain Ajaib ” . Saya sangat merasa gembira kerana semua murid 5
Gamma lulus 100% pada Ujian 2 berbanding Ujian 1 lebih kurang 15% murid gagal . Ini
menunjukkan keberkesanan inovasi ” Keychain Ajaib” di dalam pengajaran dan pembelajaran
tajwid saya khususnya .
48
Seterusnya melalui soalselidik yang dibuat ke atas murid 5 Gamma , 100% setuju dan
suka menggunakan ”Keychain Ajaib ” yang boleh membantu di dalam penguasaan tajwid
merujuk tajuk Mim Sakinah .
Antara jawapan soalselidik yang di bahagian komen/ulasan murid setelah mengenal dan
menggunakaan ”Keychain Ajaib” :
1.Nang Alya Shuhada bt.Mohamad Aidil ”Keychain Ajaib” ini memang ajaib, memudahkan
Yuhanis saya mencari jawapan pada soalan Mim Sakinah.
2.Nur Athirah bt Norazmi ”Keychain Ajaib” ini bagus untuk pelajar yang lemah
dan memudahkan kita untuk belajar tajwid.
3.Nurul Haziqah bt Mohd Nazer ”Keychaain Ajaib” ini memudahkaan saya belajar
tentang tajwid .Saya rasa seronok menggunaakannya
dan menarik .
49
4.Muhammad Amirul Asyraf ”Keychain ini bagus , membantu kita jika lupa tentang
hukum Mim Sakinah .
5.Darwisy Haikal b Mohd Husaini ” Ajaib ” , boleh tolong saya jawap dengan cepat . Saya
suka .
Rakan-rakan guru juga telah memberikan komen membina, perangsang dan sokongan
terhadap usaha saya termasuklah pihak pentadbir terutama Guru Besar dan Guru Penolong
Kanan Pentadbiran . Saya merasa terharu juga ”Keychain Ajaib ” terpilih sebagai salah satu
hasil inovasi di SK Kuala Kubu Bharu Satu .
5.5 REFLEKSI KAJIAN
Berdasarkan kepada kajian tindakan inovasi yang dijalankan, saya mendapati
bahawa “Keychain Ajaib” ini telah berjaya mencapai objektif . Selain itu, ia juga dapat
menyemai rasa minat terhadap topik tajwid berdasarkan kepada kepelbagaian warna yang
menarik dan informatif. Saiznya yang kompak juga amat memberi kesan yang positif kerana
ia dapat dimasukkan ke dalam poket telah memudahkan ia dibawa kemana-mana.
Kesimpulannya, pada pendapat saya, “Keychain Ajaib” ini amat sesuai untuk
digunakan oleh semua Guru Pendidikan Islam khususnya di sekolah rendah dalam
meningkatkan kefahaman murid dalam hukum tajwid yang mempunyai banyak tajuk
termasuk Mim Sakinah selaras dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Pendidikan Islam KSSR .
50