The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

laporan Amalan Baik Kajian Tindakan 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rodziie03, 2020-12-22 11:54:09

laporan Amalan Baik Kajian Tindakan 2020

laporan Amalan Baik Kajian Tindakan 2020

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1 : Bahan-bahan untuk menghasilkan “Flower Plate” adalah pinggan kertas dan
penyepit kayu atau plastik.

LAMPIRAN 2 : Contoh lembaran kerja Matematik.

BIL TULIS LUKIS JAWAPAN
1 7–4=3 111łłłł 3
2 8–2=6 1 1 1 111 ł ł 2
3
4

101

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MUDAH BAHASA INGGERIS
DALAM KALANGAN 15 ORANG MURID KELAS 4 GIGIH
MENGGUNAKAN ‘SMART TABLE’

OLEH

NORHASLIZA BINTI MOHD ROSLI
SEKOLAH KEBANGSAAN ANTARA GAPI
JALAN GAPI 1A, ANTARA GAPI 48200 SERENDAH, SELANGOR.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam membuat ayat mudah Bahasa
Inggeris dalam kalangan murid Tahun 4 Gigih. Seramai 15 orang murid dan seorang guru terlibat
sepanjang proses kajian ini dilakukan. Kajian ini memfokuskan kepada penulisan ayat dengan
struktur yang betul iaitu Subject-Verb-Object. Oleh itu, saya telah menggunakan kaedah Smart
Table bagi membantu menambahkan pengetahuan dan kemahiran Bahasa Inggeris murid-murid
tersebut. Smart Table ini merupakan amalan terbaik yang Panitia Bahasa Inggeris lakukan
sepanjang kami menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Saya telah
menjalankan langkah-langkah yang dirancang selama 3 bulan dan didapati penguasaan murid
semakin memuaskan berbanding sebelum ini. Murid juga menunjukkan respon positif ketika
proses pembelajaran dijalankan. Dapatan dari kajian ini menunjukkan murid-murid lebih
berminat dan lebih memahami cara mudah membuat ayat dengan bantuan Smart Table.

102

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN/ISU LALU
Saya mengajar di sekolah luar bandar. Murid-murid di dalam kelas saya terdiri daripada

pelbagai latar belakang dari segi sosio-ekonomi. Dari pemerhatian saya setelah mengajar subjek
Bahasa Inggeris selama 10 tahun dan setelah melalui pelbagai aktiviti seperti English Week,
bimbingan dan penilaian didapati mereka masih gagal menguasai teknik membuat ayat mudah.
Ianya berpunca daripada kegagalan murid menguasai tatabahasa asas.

Kegagalan murid menguasai teknik membuat ayat mudah kerana :
i) sikap sambil lewa murid,
ii) kurang fokus semasa proses pembelajaran dalam bilik darjah,
iii) murid juga tidak mempunyai perbendaharaan kata yang banyak.
iv) latar belakang murid.
Di sebalik itu , saya cuba cermin diri dan menyenaraikan masalah yang mungkin berpunca dari
kelemahan saya sendiri seperti :
i) Selama ini saya mengajar sekadar syok sendiri tanpa mempedulikan tahap kefahaman

murid.
ii) Saya juga beranggapan mereka telah faham apabila tiada yang bertanya selepas PdP

dilaksanakan
Saya sangka dengan bersikap sedemikian murid akan tekun belajar tetapi sangkaan saya
meleset. Kerja-kerja latihan murid semakin kurang memuaskan serta bilangan murid yang
menghantar kerja latihan juga semakin berkurangan. Prestasi mereka juga kurang
memberangsangkan.

103

Berdasarkan dari masalah itu , saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar
berlarutan memandangkan murid-murid saya akan menduduki Pentaksiran Sumatif Akhir Tahun
dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 2022.

Saya akan cuba membantu murid mengatasi masalah di atas dengan cara mengubah
kebiasaan saya ketika mengajar. Saya bercadang untuk menggunakan teknik ‘Smart Table’
dalam proses membuat ayat mudah ketika PdPc di kelas. ‘Smart Table” adalah amalan terbaik
yang telah panitia Bahasa Inggeris laksanakan pada murid Tahun 6 2019. Ianya berjaya
meningkatkan kemahiran murid dalam membuat ayat.

Bagi membantu menyelesaikan masalah membuat ayat mudah, saya
menggabungjalinkan kemahiran sedia ada murid dengan kemahiran belajar cara belajar.

2.0 ISU KEPRIHATINAN/ FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat membuat ayat mudah kerana :
a. Murid tidak menguasai kemahiran asas Bahasa Inggeris.
b. Murid tidak memahami makna perkataan Bahasa Inggeris.
c. Murid gagal memahami kehendak soalan.
d. Murid lemah dalam penggunaan tatabahasa (Grammar) yang betul
Masalah ini berlaku dalam kalangan murid-murid terutamanya disebabkan sikap murid

yang malas membaca kehendak soalan, hendak cepat siap dan tidak menyemak semula jawapan
yang ditulis.

Murid masih tidak menguasai kemahiran menulis ayat mudah Bahasa Inggeris.
Keputusan ujian menunjukkan penurunan sebanyak 40% (15 murid daripada 37 orang) dan
bilangan murid yang fokus juga hanya lebih kurang 60% iaitu 22 orang sahaja dari mereka.

104

Murid menjadi lemah dalam membuat ayat mudah kerana mereka tidak faham makna
perkataan dan tidak menguasai kemahiran asas Bahasa Inggeris. Kemahiran membuat ayat
mudah dapat membantu murid untuk menjawab soalan yang diberi dalam pentaksiran.

Kesan masalah ini jika tidak ditangani segera, murid akan terus mengamalkan sikap
ambil mudah, tidak meminati subjek Bahasa Inggeris dan menganggap bahawa subjek Bahasa
Inggeris sukar untuk dikuasai. Murid juga akan melepaskan peluang untuk meningkatkan
prestasi dan kemahiran diri. Jika langkah ini tidak dijalankan, murid tidak akan tahu kelemahan
mereka dan tidak akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan mereka. Seterusnya, murid
berkenaan akhirnya akan gagal untuk menguasai kemahiran asas Bahasa Inggeris terutamanya
dalam membuat ayat mudah.

Saya akan cuba mengatasi masalah masalah ini dan membimbing mereka menggunakan
teknik “Smart Table”

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran 15 orang murid 4 Gigih
dalam membuat ayat mudah Bahasa Inggeris menggunakan “Smart Table”.
3.2 Objektif Khusus
Melalui kajian ini, murid-murid boleh :
3.2.1 Menyatakan subjek-subjek di dalam gambar.
3.2.2 Mengenal pasti tempat-tempat di dalam gambar.
3.2.3 Menyatakan sekurang-kurangnya tiga kata kerja yang boleh dilihat di dalam
gambar.

105

3.2.4 Menyatakan sekurang-kurangnya dua objek yang sesuai.
3.2.5 Mengubah tetapan minda murid kepada Bahasa Inggeris itu mudah.
3.2.6 Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar yang terlibat adalah 15 orang dari kelas 4 Gigih yang telah dikenalpasti mempunyai
masalah dalam membuat ayat mudah. Kelas ini terdiri daripada 37 orang murid.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Awal Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah
tersebut.
Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:

a. Ujian Pra
Penguasaan murid dalam membuat ayat mudah Bahasa Inggeris diuji untuk mengetahui
masalah konsep yang dihadapi walaupun ia telah diajar dalam tahun yang sama

b. Pemerhatian
Semakan buku tulis dibuat bagi mendapatkan gambaran tahap penguasaan murid.
Tingkah laku murid ssebelum dan selepas rawatan diberikan juga diperhatikan.

106

c. Soal selidik
Murid diberi soal selidik sebelum dan selepas rawatan . Perbezaan pandangan dan hasil
dapatan dapat menjelaskan sama ada rawatan yang diberi berkesan ataupun tidak.

d. Ujian Pasca
Selepas semua proses dijalankan, murid akan diberi satu ujian pasca untuk menilai
keberkesanan kaedah yang digunakan.

5.1.1 Ujian Pra
Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman
konsep membuat ayat Bahasa Inggeris. Murid diberikan satu gambar dan mereka dikehendaki
menulis 5 ayat mudah berpandukan gambar tersebut. Selepas saya menyemak jawapan murid,
saya tidak memulangkan kertas jawapan dan tidak juga membincangkan jawapannya.
Sebaliknya saya telah memperkenalkan Smart Table.

5.1.2 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung semasa pelaksanaan kajian. Sebelum kajian dijalankan murid
kurang berminat untuk menulis ayat Bahasa Inggeris kerana mereka menyatakan ianya susah
untuk dikuasai. Semakan buku tulis juga dilakukan untuk melihat kemahiran murid.

5.1.3 Soal Selidik
Soal selidik telah saya jalankan sebelum dan selepas proses pembelajaran bersama murid
bagi mendapatkan maklumat. Murid-murid menjawab soalan-soalan dalam borang soal

107

selidik mengikut keselesaan mereka. Analisa telah dibuat berdasarkan hasil dari soal selidik
bersama mereka.

5.1.4 Ujian Pasca
Ujian pasca diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman
konsep membuat ayat Bahasa Inggeris. Juga keupayaan murid dalam meningkatkan
kemahiran membuat ayat menggunakan Smart Table. Item ujian pasca merupakan item yang
sama dengan ujian pra.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Analisis Ujian Pra
Saya telah menjalankan Ujian Pra terhadap murid-murid kajian saya ini untuk menilai serta
menganalisis sejauh mana pemahaman dan penguasaan terhadap kemahiran yang diajar.
Saya menilai jawapan murid berdasarkan jumlah ayat yang betul iaitu satu markah bagi satu
ayat. Jumlah keseluruhan adalah lima markah.
Berikut adalah analisa Ujian Pra yang telah dijalankan.

Markah Jumlah %
Murid 27
0 40
1 4 33
2 6 0
3 5 0
4 0 0
5 0
0

Jadual 1 : Tahap Pencapaian Murid Dalam Ujian Pra.

108

Dapatan dari Jadual 1 menjelaskan bahawa tahap pencapaian lima belas orang murid dalam
ujian pra masih lemah. Ini jelas menunjukkan murid gagal memahami kemahiran membuat
ayat dengan struktur yang betul.

5.2.2 Analisis Pemerhatian

Pemerhatian yang dibuat didapati 15 murid ini kurang memberi perhatian dan semakan buku
tulis juga didapati murid lemah dalam penulisan. Adakalanya hampir 40% murid tidak
menghantar kerja rumah dalam satu-satu masa dengan alasan tidak tahu bagaimana untuk
selesaikannya. Tingkahlaku murid juga ada masanya menguji kesabaran.

5.2.3 Analisis Soal Selidik
Saya telah mengedarkan soal selidik sebelum rawatan diberi. Soal selidik itu berperanan
untuk mengesan masalah murid dalam membuat ayat mudah Bahasa Inggeris. Dapatan
menunjukkan 15 orang murid ini mempunyai masalah dalam menyiapkan kerjarumah yang
diberi. Saya akan menggunakan pasca ujian nanti untuk mengukur perubahan dari segi minat
murid terhadap kemahiran membuat ayat mudah Bahasa Inggeris. Murid diberi soal selidik
sebelum dan selepas rawatan . Perbezaan pandangan dan hasil dapatan akan dapat
menjelaskan sama ada rawatan yang diberi berkesan ataupun tidak.

5.2.4 Analisi Ujian Pasca
Selepas Smart Table diperkenalkan kepada murid dan telah menjalani tempoh latihan
menggunakan kaedah tersebut, satu ujian pasca telah diberikan kepada murid dan hasilnya
adalah sangat memberansangkan. Berikut adalah analisa Ujian Pasca.

109

Markah Jumlah %
0 Murid 0
1 0
2 0 0
3 0 13
4 0 53
5 2 34
8
5

Jadual 2 : Tahap Pencapaian Murid Dalam Ujian Pasca.

Dapatan dari Jadual 2 menunjukkan setelah Smart Table digunakan, tiada lagi murid yang
mendapat markah di bawah 3. Ianya menunjukkan bahawa Smart table ini berkesan untuk
membantu murid dalam menguasai kemahiran menulis ayat mudah Bahasa Inggeris.

5.3 Tindakan (Rawatan) yang Dijalankan
Selepas Ujian Pra dijalankan dan telah mendapat hasil daripadanya, saya telah

menjalankan rawatan berikut:

Aktiviti 1
Aktiviti 1 merupakan sesi murid mecari kata kerja bagi 2 set gambar. Menggunakan

teknik komunikasi dua hala, guru memberikan set-set gambar kepada murid-murid. Murid
diminta untuk menyatakan subjek dan kata-kata kerja yang mereka boleh Nampak di dalam
gambar. Guru berperanan membimbing murid bagi kata kerja yang murid tidak tahu dengan
menggunakan teknik menyoal.

110

Aktiviti 2
Murid diletakkan di dalam bentuk kumpulan. Guru memperkenalkan ‘Smart Table’ dan

menerangkan kepada murid cara penggunaan. Murid perlu memasukkan subjek dan kata kerja
yang telah dinyatakan di Aktiviti 1 ke dalam ‘Smart Table’ di ruangan ‘Subject’ dan ‘Verb’
seterusnya mecari objek (pelengkap ayat) yang sesuai untuk menjadi ayat lengkap.

Aktiviti 3
Setelah ayat tersebut lengkap dan telah disemak oleh guru, murid menyalin ayat tersebut

ke dalam buku latihan. Ini supaya murid mudah mengingati kata kerja yang telah dinyatakan di
Aktiviti 1.

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 12 minggu. Semasa menjalankan

kajian ini saya telah merancang dan melaksanakan tindakan, serta membincangkan masalah yang
timbul. Segala perancangan, saya catat melalui penulisan proposal kajian saya. Kemudian, saya
melaksanakan ujian pra, aktiviti rawatan dengan menggunakan Smart Table sebagai bahan bantu
mengajar , dan ujian pasca terhadap 15 orang murid. Saya juga telah membuat refleksi kajian dan
akhir sekali mencatat kesemua aktiviti dan dapatan saya dalam laporan kajian tindakan saya.
Saya telah memperuntukkan kos kajian sebanyak seratus ringgit sahaja (RM100) bagi
memastikan kajian saya ini berjalan dengan lancar.
Murid telah menjalani ujian pra dan ujian pasca bagi menunjukkan kesan penggunaan Smart
Table terhadap murid.

111

5.5 Refleksi Kajian
Pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca menunjukkan peningkatan yang agak

ketara. Kebolehan 15 orang murid dalam membina ayat mudah Bahasa Inggeris dapat dilihat
dalam ujian pasca di mana 0% bagi markah 0 hingga 2. Hasil dapatan kajian menunjukkan
bahawa penggunaan Smart Table banyak membantu murid meningkatkan keyakinan diri, daya
ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari murid disamping menjadikan suasana PdPc
lebih ceria dan menyeronokkan.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-
1. Memperkenalkan dan menggunakan Smart Table kepada semua murid tahun 4 sekolah ini.
2. Memperkenalkan dan menggunakan Smart Table kepada murid seawal tahun 3.
Hasil dari kajian yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan
pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian saya ini dapat
dimanfaatkan dan menjadikan proses PdPc lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

112

BIBLOGRAFI
Mimi Azura & S. Sierra Yim (2017). Temanku Ideal DSKP English Year 4. Penerbitan Bagus

Sdn. Bhd
Unit Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Dokumen Standard Prestasi

Bahasa Inggeris Tahun 4.

113

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA MELALUI
PROGRAM BACAAN EMAS DALAM KALANGAN MURID LEMAH MEMBACA

OLEH

MAT ARIFFIN BIN ISMAIL
SJKC BATANG KALI

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah membaca yang dihadapi oleh murid-murid lemah
membaca di SJKC Batang Kali dalam subjek Bahasa Melayu. Seramai 224 orang murid terlibat
dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui analisis keputusan UPSR dalam
subjek Bahasa Melayu dan ujian prabacaan bagi murid tahap 1 dan 2. Hasil tinjauan
menunjukkan ramai murid lemah dalam penguasaan kemahiran membaca dan tidak memahami
apa yang dibaca. Perancangan tindakan difokuskan kepada program bacaan emas yang
menggunakan set bahan bacaan “Bacalah anakku” untuk meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca murid. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh masa 3 bulan. Keputusan
pascaujian bacaan telah menunjukkan peningkatan prestasi murid dalam kemahiran membaca.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid ini dapat membaca perkataan dan ayat
dengan mudah tanpa perlu mengeja. Oleh yang demikian, program bacaan emas ini amat sesuai
dijalankan dalam kalangan murid-murid yang lemah dalam bacaan kerana program ini dapat
meningkatkan keyakinan diri mereka. Selain itu, dengan bantuan bahan bacaan yang menarik
dan berwarna, program ini telah berjaya menarik minat murid belajar membaca dalam suasana
yang menyeronokkan.

114

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN /ISU LALU

Pertama sekali saya selaku ketua panitia Bahasa Melayu berasa kecewa dan sedih kerana
saya gagal merealisasikan hasrat saya serta sekolah untuk mencapai 100% lulus keputusan UPSR
dalam subjek Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan. Selama lima tahun berada di sekolah
ini, peratus keputusan Bahasa Melayu ada naik turunnya. Cuma sasaran saya ialah saya inginkan
100% murid lulus dalam UPSR Pemahaman dan Penulisan bagi subjek ini.

Rentetan daripada perkara ini, saya telah merujuk kepada guru-guru Bahasa Melayu yang
lain mengapa sekolah kami tidak berjaya mencapai 100% lulus dalam Bahasa Melayu UPSR.
Setelah meneliti permasalahan ini, punca utamanya ialah murid lemah dalam membaca dan ada
juga murid yang masih buta huruf walaupun sudah 6 tahun persekolahan.

Saya juga telah berbincang dengan rakan-rakan guru Bahasa Melayu yang lain. Mereka
menyatakan masalah yang mereka hadapi. Kebanyakan murid yang gagal dalam peperiksaan
adalah disebabkan mereka lemah dalam kemahiran membaca. Apabila murid tidak boleh
membaca, mereka lemah dalam membaca secara tidak langsung perkara ini menyebabkan
mereka tidak faham kehendak soalan, mereka tidak tahu untuk membaca soalan dan menulis
jawapan.

Selain itu, dari segi tingkah laku murid-murid pula, mereka kebanyakkannya mempunyai
motivasi diri yang rendah, kurang berdisiplin dan tidak serius terhadap pelajaran. Permasalahan
ini membuatkan saya terpanggil untuk menjalankan satu kajian tindakan bagaimana untuk
mengatasi masalah murid lemah membaca ini. Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh
guru dan pemerhatian saya serta keazaman saya untuk mencapai kelulusan 100%, perkara ini
telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan.

115

2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

PERATUS LULUS KEPUTUSAN UPSR
BAHASA MELAYU

Pemahaman Penulisan

77.61
80.6

71.9
73.7

89.71
82.35

88.24
86.76

93.1
91.95
87.8
87.8

2014 2015 2016 2017 2018 2019

Graf 1 Analisis Peratus Lulus Keputusan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan

Saya telah menganalisis keputusan peperiksaan UPSR bermula dari tahun 2014 sehingga
2019. Sepanjang tempoh lima tahun ini, pihak sekolah tidak pernah mencapai keputusan 100%
lulus dalam Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan. Daripada analisis ini, saya dapati
bahawa peratus murid yang gagal disebabkan mereka gagal menguasai kemahiran membaca.
Kemahiran membaca merupakan suatu komponen yang penting yang perlu dikuasi dalam
kemahiran berbahasa Melayu. Kegagalan membaca secara langsung akan menggagalkan
pembelajaran individu kerana bahasa adalah merentas kurikulum. Keadaan ini akan memberi
kesan yang ketara dalam penguasaan pemahaman dan penulisan.

Hasil kajian mendapati masalah ini berpunca daripada keupayaan berfikir yang rendah,
tidak dapat memberi tumpuan yang lama, tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua
suku kata serta tidak memahami apa yang dibaca, iaitu bacaan tidak bermakna.

116

Sekiranya masalah ini tidak ditangani, murid-murid akan terus ketinggalan kerana
semakin meningkat umur, semakin tinggi aras pembelajaran. Jadi, sekiranya permasalahan ini
dibiarkan begitu sahaja, pihak sekolah tidak akan berjaya mencapai 100% kelulusan. Manakala
murid-murid pula mungkin akan wujud permalasahan lain pula dari segi tingkah laku dan
disiplin.

Saya yakin jika saya berusaha menangani permasalahan ini, dengan kerjasama daripada
rakan sejawat serta mencari satu kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk menyelesaikan
masalah ini, sikap dan pencapaian murid akan dapat diperbaiki seiring dengan peningkatan
prestasi sekolah.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF AM
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca melalui
program bacaan emas dalam kalangan murid lemah membaca.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS
a) Peratus murid lulus dalam UPSR Bahasa Melayu meningkat sekurang-kurangnya
sebanyak 15% berbanding keputusan UPSR Bahasa Melayu tahun 2019.
b) Mensifarkan murid tidak boleh membaca sebelum Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) dan Peperiksaan Akhir Tahun di SJKC Batang Kali.
c) Guru dapat meningkatkan peratus bilangan murid boleh membaca sebanyak 50%
dalam pasca ujian bacaan berbanding dengan praujian bacaan.

117

d) Murid menunjukkan 80% perubahan tingkah laku yang positif ke arah minat
membaca dalam pembelajaran di dalam kelas.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Seramai 224 orang murid yang terlibat dalam kajian tindakan ini. Murid-murid tersebut terdiri
daripada murid tahun 1 sehingga tahun 6. Murid-murid yang terlibat hanyalah murid-murid yang
dipilih oleh guru Bahasa Melayu berdasarkan keputusan ujian prabacaan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Awal Masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan praujian bacaan dan
pemerhatian.
5.1.1 Praujian Bacaan
Praujian Bacaan ini dijalankan pada minggu ketiga sekolah dibuka. Setiap guru Bahasa
Melayu yang memasuki kelas yang diajar akan mengenal pasti murid-murid yang lemah
dalam membaca. Item praujian bacaan merupakan item yang di ambil dalam buku teks
Bahasa Melayu. Guru Bahasa Melayu boleh memilih mana-mana petikan di dalam buku
teks untuk menguji tahap bacaan murid. Setiap murid di dalam kelas tersebut akan diuji.
Guru akan membezakan tahap murid yang boleh membaca dengan menyenaraikan tahap
kebolehbacaan murid menggunakan bilangan bintang seperti jadual di bawah.

118

Bil Bintang Tahap Bacaan Justifikasi
1. Murid
Lemah Tidak boleh menyebut huruf,
membatang suku kata terbuka
dan tertutup.

2. Sederhana Lemah Boleh menyebut huruf, boleh

membatangkan suku kata

terbuka, tidak boleh

membatangkan suku kata

tertutup,

3. Cemerlang Lemah Boleh membaca perkataan suku

kata terbuka, bacaan bagi suku

kata tertutup tidak lancar, boleh

membaca ayat mudah tetapi

tersangkut-sangkut.

Jadual 1 Petunjuk Kebolehbacaan Murid

5.1.2 Pemerhatian

Selaku ketua panitia, saya telah meminta guru-guru Bahasa Melayu membuat
pemerhatian terhadap tingkah laku murid-murid yang lemah membaca ini. Pemerhatian
ini boleh dilakukan secara temu bual dengan murid-murid atau guru sendiri memerhati
dan mengenal pasti tingkah laku murid-murid di dalam kelas. Tingkah laku yang perlu
diperhatikan berdasarkan borang pemerhatian seperti berikut:

119

Bil. Pemerhatian Tingkah Respons Tingkah Laku Murid
Laku Murid
Minat Tidak minat
1. Minat murid dalam
membaca Diam Berusaha untuk
membaca walaupun
2. tidak boleh membaca
Reaksi murid apabila
diminta untuk Kurang aktif, Kurang cakna
membaca pendiam

3.
Sikap murid di dalam
kelas Bahasa melayu

Jadual 2 Borang Pemerhatian Tingkah Laku Murid

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
5.2.1 Analisis Praujian
Ujian Prabacaan ini dijalankan kepada semua murid yang terlibat untuk mengetahui sejauh
mana mereka dapat menguasai kemahiran membaca pada peringkat asas. Hasil analisis
keputusan praujian bacaan ini dapat mengutip data bilangan murid yang lemah dalam
bacaan. Hasil keputusan adalah seperti jadual 3 berikut.

120

Tahap Bacaan Murid (Bilang Murid)

Lemah Sederhana Cemerlang

Bil Kelas Lemah Lemah Jumlah

Petunjuk 75 6 18
13 4 3 20
1. 1M 37 1 11
2. 1K 84 2 14
3. 1H 47 9 20
4. 2M 46 5 15
5. 2K 86 3 17
6. 2H 25 7 14
7. 3M 74 1 12
8. 3K 11 0 0 11
9. 3H 45 8 17
10. 4M 32 3 8
11. 4K 33 2 8
12. 5M 13 7 11
13. 5K 04 7 11
14. 5H 11 2 4
15. 6M 28 3 13
16. 6K Jumlah Keseluruhan 224
17. 6H

Jadual 3 Keputusan Ujian Prabacaan Murid

5.2.2 ANALISIS PEMERHATIAN

Minat Murid Dalam Membaca

30% minat
70% tidak minat

Carta 1 Analisis Pemerhatian Minat Murid Dalam Membaca
121

Carta 2 Analisis Pemerhatian Reaksi Murid Apabila Diminta Untuk Membaca

Carta 3 Analisis Pemerhatian Sikap Murid di dalam Kelas Bahasa Melayu
122

Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran, didapati:
a. 70% murid yang lemah membaca ini kurang berminat membaca kerana mereka tidak tahu
membaca. Jadi, secara tidak langsung perkara ini mempengaruhi tingkah laku murid-
murid tersebut.
b. Hasil pemerhatian mendapati, 80% murid menunjukkan reaksi yang sama ketika diminta
untuk membaca suatu petikan, iaitu murid diam membisu dan tidak berusaha untuk cuba
membaca. Ada juga murid yang menggeleng-gelengkan kepala mereka untuk
memberitahu bahawa mereka tidak tahu membaca. Selebihnya, 20% orang murid
menunjukkan reaksi mereka dengan berusaha untuk cuba membaca walaupun mereka
tergagap semasa membaca.
c. Dari segi sikap murid pula, kebanyakan daripada mereka yang tidak tahu membaca ini,
menunjukkan tingkah laku yang kurang aktif di dalam kelas. Berdasarkan laporan
pemerhatian yang disampaikan oleh guru-guru, ada murid suka termenung di dalam
kelas, duduk mendiamkan diri dan bersikap pasif di dalam kelas. Ada juga murid yang
kurang cakna dengan pembelajaran mereka. Mereka aktif bersama rakan-rakan, tetapi
dalam pembelajaran mereka diam membisu.

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Tindakan awal yang dijalankan selepas menjalankan pemerhatian dan praujian bacaan
adalah seperti langkah-langkah berikut:
1. Selaku ketua panitia, saya berbincang dan memberi penerangan kepada guru-guru Bahasa
Melayu yang terlibat dengan Program Bacaan Emas ini. Bagi meningkatkan penguasaan
murid dalam kemahiran membaca, bahan bacaan yang akan digunakan ialah set bacaan
“Bacalah Anakku”. Buku ini mengandungi 8 buah buku dalam 1 set. Murid yang

123

lemah( ) akan mula membaca dengan buku 1. Bagi murid sederhana lemah pula

bermula dengan buku 3 manakala murid cemerlang lemah bermula dengan buku 4.

2. Seterusnya, murid-murid yang terlibat dengan Program Bacaan Emas ini dikumpulkan di

tapak perhimpunan.

3. Majlis Perasmian Program Bacaan Emas dijalankan. Sepanjang majlis itu berlangsung,

murid-murid diberi penerangan oleh Guru Besar tentang Program Bacaan Emas dan apa

yang mereka perlu lakukan.
4. Semasa majlis tersebut juga, murid-murid diberi buku “Bacalah Anakku” mengikut tahap

bacaan mereka. Murid-murid boleh membawa pulang buku tersebut untuk dibaca di

rumah dengan bimbingan anggota keluarga (PIB).

5. Setiap murid juga diberikan satu kad rekod bacaan. Setiap rekod bacaan dan prestasi

murid akan direkodkan dalam kad tersebut. Murid-murid bertanggungjawab menyimpan

kad masing-masing. Hal ini bertujuan untuk memupuk rasa tanggungjawab terhadap diri

sendiri dan nilai disiplin dalam diri murid untuk lebih berusaha meningkatkan pretasi

bacaan mereka sendiri. Contoh kad rekod bacaan boleh rujuk lampiran 3.

6. Program Bacaan Emas ini berjalan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran (PdP)

yang dilaksanakan dalam tempoh persekolahan. Semasa PdP Bahasa Melayu, 5 minit

terawal atau terakhir, guru akan memanggil murid yang terlibat dalam program tersebut

untuk mendengar bacaan dan membimbing murid tersebut.

7. Murid-murid akan membaca halaman yang ditetapkan oleh guru. Murid dibimbing oleh

guru dan rakan sekelas jika mereka berada di sekolah. Ketika di rumah, ibu bapa perlu

membimbing dan memantau bacaan mereka. Setelah selesai membaca, tahap dan Tarikh

bacaan akan direkodkan pada kad rekod bacaan.

124

8. Program ini berjalan selama tiga bulan. Jika murid masih tidak boleh membaca, murid
tersebut akan meneruskan Program Bacaan Emas sepanjang tahun sehingga murid-murid
yang terlibat dalam Program Bacaan Emas ini berjaya membaca. Murid yang telah
berjaya membaca dan mencapai objektif Program Bacaan Emas akan dibuang daripada
senarai nama bintang guru Bahasa Melayu. Murid-murid yang berjaya membaca juga
akan diberi Anugerah Bacaan Emas sewaktu Hari Penyampaian Hadiah pada akhir tahun
persekolahan. Mereka akan membaca satu petikan pendek di hadapan murid-murid lain.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN
Kajian tindakan ini telah berlangsung selama 3 bulan. Dalam tempoh tersebut, saya telah
meminta guru-guru menjalankan program bacaan Emas. Pada minggu terakhir dalam
tempoh 3 bulan itu, saya telah meminta guru-guru melaksanakan pemerhatian serta ujian
pasca bacaan. Ujian pasca bacaan ini diberikan untuk mengetahui sejauh mana
keberkesanan program ini terhadap prestasi bacaan murid. Dapatan daripada analisis ujian
pasca bacaan ini jelas menunjukkan peningkatan tahap bacaan murid. Jadual 4
menunjukkan keputusan ujian pasca bacaan murid.

125

Jumlah Murid Bilangan Murid Yang Peratus Peningkatan
Menunjukkan Bilangan Murid Yang
Kelas Bil. Murid Boleh Membaca (%)
Peningkatan Dalam
1M 18 Membaca 50.0
1K 20 65.0
1H 11 9 54.54
2M 14 13 42.86
2K 20 6 30.0
2H 15 6 53.33
3M 17 6 47.06
3H 14 8 28.57
3K 12 8 58.33
4M 11 4 81.82
4K 17 7 47.06
5M 8 9 87.5
5K 8 8 87.5
5H 11 7 63.64
6M 11 7 36.36
6K 4 7 100.0
6H 13 4 38.46
JUMLAH 224 4 52.67%
5
118

Jadual 4 Keputusan Ujian Pasca Bacaan

Selepas menjalankan Ujian Pasca Bacaan saya juga telah meminta rakan guru memberi
pandangan serta membuat pemerhatian terhadap tingkah laku anak murid mereka selepas
program ini dilaksanakan. Berdasarkan keputusan pemerhatian, Program Bacaan Emas ini
berjaya membantu mengubah tingkah laku murid di dalam kelas Bahasa Melayu. Antara maklum
balas yang diberikan adalah seperti berikut:
● “Murid-murid berlumba-lumba untuk membaca di hadapan guru.”
● “Mereka lebih berkeyakinan di dalam kelas.”
● “Mereka tidak berasa takut untuk membaca dan berusaha untuk membaca.”
● “Mereka berasa lebih seronok dan bersemangat dalam pembelajaran kerana mereka sudah

boleh membaca dan tahu apa yang dipelajari.”

126

Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh rakan guru, saya berasa lebih seronok dan
bersemangat untuk meneruskan Program Bacaan Emas. Rakan-rakan guru juga telah
memberikan komen yang membina, memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi terhadap
usaha saya.

5.5 REFLEKSI KAJIAN
Dapatan dari kajian yang dijalankan terbukti menunjukkan Program Bacaan Emas ini
dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid-murid secara positif.
Kenyataan ini dapat dikukuhkan lagi dengan perbandingan keputusan Ujian Pra Bacaan
dan Ujian Pasca Bacaan yang telah dijalankan ke atas mereka.
Selain itu, program ini juga turut meningkatkan keyakinan diri murid untuk terlibat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada pemerhatian yang dijalankan
terhadap kumpulan sasaran dapat menjelaskan bahawa kaedah pembelajaran dan bahan
pembelajaran yang menarik merupakan faktor penting untuk meningkatkan penguasaan
sesuatu kemahiran.
Program Bacaan Emas yang dilaksanakan ini menampakkan hasil yang
membanggakan. Melalui program ini, kumpulan sasaran merasakan diri mereka lebih
dihargai dan secara tidak langsung telah berjaya meningkatkan keyakinan diri mereka.
Malahan semangat ingin berjaya yang ditunjukkan oleh mereka amat mengagumkan.
Perubahan sikap yang positif kepada kumpulan sasaran turut membantu kejayaan mereka.
Oleh hal yang demikian, wujudlah suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menyeronokkan. Kumpulan sasaran juga lebih berminat untuk menyertai setiap aktiviti
yang dijalankan kerana mereka memahami apa yang dipelajari.

127

Selain itu, respons baik yang diberi oleh mereka terhadap pengajaran dan
pembelajaran secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan guru. Hal ini
disebabkan setiap aktiviti yang dirancang dapat diikuti dengan penuh minat. Disebabkan
semangat ingin berjaya telah wujud dalam diri mereka, dengan sendirinya murid-murid
ini menggunakan masa terluang dengan aktiviti membaca menggunakan bahan yang
disediakan .

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:
1. Ibu bapa dimasukkan dalam kumpulan Telegram untuk cakna pembelajaran anak-anak
mereka.
2. Satu platform diwujudkan dalam google classroom untuk Program Bacaan Emas.
3. Setiap murid yang menguasai kemahiran membaca berdasarkan buku yang diberi akan
ganjaran sebelum naik ke buku seterusnya.
Hasil daripada kajian tindakan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang
positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil
kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

128

7.0 BIBLIOGRAFI

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad (2014). Siri Pendidikan Guru Kaedah Pengajaran
Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar Penyelidikan Dalam Penyelidikan
Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.
(2008).Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Bahagian Perancangan
Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Juriah Long, Raminah Haji Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Lihanna Borhan. (2005). Ke Arah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Yang Berkualiti. Pahang:

PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad (2017). Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku. One-

Stop Language & Computer Consultancy.
Norshila Roslin. (2012). “Buku Besar” Dapat Meningkatkan Tahap Kefahaman Dalam

Bacaan Murid Pendidikan Pemulihan. Prosiding Seminar Penyelidikan & Inovasi Pendidikan
Pemulihan 2012 IPG Kampus Pendidikan Teknik. 306-315.
Siti Norhafizah Ahmad. (2012). Teknik Tepukan Dan Nyanyian Dapat Meningkatkan
Kemahiran Membaca Perkataan Suku Kata KV+KV Murid Tahun 2. Prosiding Seminar
Penyelidikan & Inovasi Pendidikan Pemulihan 2012 IPG Kampus Pendidikan Teknik. 463-
476.
Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

129

LAMPIRAN 1

Guru Besar memberi penerangan tentang Majlis Penyerahan Buku Bacalah Anakku
Program Bacaan Emas kepada murid-murid

Murid-murid mendengar taklimat tentang Sesi bergambar Bersama buku Bacalah
Program Bacaan Emas Anakku

130

LAMPIRAN 2

Murid-murid menunggu giliran untuk Guru mendengar bacaan murid
membaca di hadapan guru

Rakan sekelas membantu mengajar murid Murid Bacaan Emas membaca di hadapan
membaca rakan mereka

131

LAMPIRAN 3

Murid berjaya membaca ayat mudah Salah seorang murid kelas 3M berjaya menghabiskan
buku 2 dan naik ke buku seterusnya

Contoh kad rekod bacaan Program Bacaan Murid-murid yang telah berjaya ke
Emas peringkat seterusnya

Bukti rakaman video bacaan murid :
1. https://youtu.be/_D9dDxeL1io
2. https://youtu.be/qmRLAoYWshI
3. https://youtu.be/PiGwjHN8QCA
4. https://youtu.be/1K1D5OG1P_0

132

MENINGKATKAN KEMAHIRAN GRAMMAR – TENSES DENGAN
MENGGUNAKAN TEKNIK ‘PEEKABOO’

DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6 KREATIF

OLEH
SHARINI BT SABUDDIN

SALIHAH BT KARIM
MAIZATUL AKMAR BT NORAZMI

SK RASA
JALAN SEKOLAH 44200 RASA

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar menulis karangan Bahasa Inggeris dengan
menggunakan tatabahasa yang betul. Pelajar yang terlibat terdiri daripada 35 orang pelajar tahun
6 Kreatif, Sk Rasa, Hulu Selangor dan tiga orang guru terlibat dalam kajian ini. Melalui
pemerhatian, didapati bahawa murid menghadapi kesukaran untuk memahami Tatabahasa iaitu
TENSES dan seterusnya sukar bagi mereka untuk menjawab soalan pemahaman bahagian
Grammar dan juga menulis karangan bergambar Bahagian C. Maka, saya telah menggunakan
teknik PEEKABOO untuk meningkatkan kemahiran murid memahami soalan Tenses. Dari
penilaian yang dilakukan sepanjang aktiviti ini dijalankan, segelintir murid menunjukkan
kemajuan dalam menjawab soalan pemahaman bahagian Tenses dari sebelumnya.

133

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ISU LALU

Pada tahun ini, saya telah diamanahkan untuk mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris
Tahun 6 Kreatif. Tahun 6 Kreatif merupakan kelas yang pertama dan kebanyakan murid
berpotensi untuk cemerlang dan lulus dalam Bahasa Inggeris. Untuk itu, perkara yang perlu
dikuasai oleh mereka adalah penguasaan Tatabahasa – Tenses bagi menjawab soalan pemahaman
dan juga menghasilkan karangan yang baik dari segi penggunaan tatabahasa yang betul dalam
ayat untuk mendapatkan markah cemerlang dan lulus bagi Kertas 1 terutamanya dan Kertas 2
Bahagian C Bahasa Inggeris. Ini kerana, penulisan karangan di Bahagian C menyumbangkan
markah yang tertinggi iaitu sebanyak 25 markah daripada 50 markah.

Saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan menjalankan
latihan menjawab soalan objektif bagi soalan cloze text dan saya menyemak jawapan murid-
murid. Selain itu, analisa keputusan peperiksaan juga menunjukkan bahawa peratus lulus soalan
Objekif Pemahaman kebanyakan nya sangat rendah. Terdapat murid yang mendapat markah
kurang dari 10 markah dari 20 soalan objektif. Markah Bahagian C Kertas 2 juga sangat rendah.
Saya amat sedih kerana murid-murid masih tidak boleh menguasai Tatabahasa terutamanya
soalan Tenses dan juga mereka tidak dapat menghasilkan karangan yang baik mahupun
sederhana baik. Ayat yang dibina oleh murid berdasarkan kata kunci yang diberi adalah lemah
dari segi struktur ayat dan banyak kesalahan tatabahasa. Saya telah berjumpa dengan beberapa
orang murid untuk bertanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka. Didapati murid-murid ini
kurang memahami tatabahasa - Tenses, sukar bagi mereka untuk memahami perbezaan di antara
Past Tense dan Present Tense, Past Continuous Tense dengan Present Continuous Tense. Dalam
soalan mereka boleh mengenalpasti Infinitive To mesti diikuti dengan kasa dasar, tetapi dalam

134

karangan mereka tidak boleh aplikasikan pengetahuan tatabahasa tersebut dalam karangan
mereka.

Maka, saya telah mengambil insiatif untuk menjalankan kajian untuk membantu murid-
murid dibawah bimbingan saya untuk menguasai teknik mengenalpasti dan membezakan
penggunaan Tenses tersebut.

Seringkali salah penggunaan dalam penulisan ayat contohnya :

They were ate nasi lemak. X
They ate nasi lemak. √

They were eating nasi lemak.

2.0 ISU KEPRIHATINAN /FOKUS KAJIAN

Kami telah membuat analisa keputusan UPSR tahun lepas dan mendapati bahawa
sejumlah 10.7% murid gagal Kertas 1 dan 30.3% murid gagal Kertas 2 Bahasa Inggeris.
Kebanyakkan murid daripada jumlah itu sebenarnya berpotensi untuk lulus peperiksaan. Jika
murid dapat menguasai dan memahami tatabahasa – Tenses yang betul, peluang untuk mereka
lulus adalah lebih tinggi. Masalah utama yang dihadapi oleh murid adalah mereka kurang
memahami tatabahasa - Tenses, sukar bagi mereka untuk memahami perbezaan di antara Past
Tense dan Present Tense, Past Continuous Tense dengan Present Continuous Tense. Dalam
soalan mereka boleh mengenalpasti Infinitive To mesti diikuti dengan kasa dasar, tetapi dalam
karangan mereka tidak boleh aplikasikan pengetahuan tatabahasa tersebut dalam karangan
mereka.

Disebabkan masalah ini murid – murid menghadapi masalah dalam menjawab soalan
Kertas 1 bahagian Tatabahasa, soalan 1-5 dan juga 11-15. Mereka juga tidak memahami

135

kehendak soalan dan jenis tatabahasa yang diperlukan dalam jawapan berkenaan. Mereka juga
tidak dapat skor di bahagian C Kertas 2 – Penulisan Esei. Murid tidak dapat memperolehi
markah 18 sehingga 25 markah disebabkan banyak kesalahan tatabahasa - Tenses ini.

Kajian yang kami jalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran murid-murid
dalam memahami perbezaan antara Tenses dan penggunaan nya dalam menjawab soalan
objektif. Teknik yang kami gunakan ialah PEEKABOO. Kami yakin jika murid dapat menguasai
teknik PEEKABOO, mereka mampu mengenalpasti dan membezakan Tenses yang betul untuk
menjawab soalan objektif Kertas 1 dan pencapaian murid dalam Bahasa Inggeris akan dapat
dipertingkatkan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am
Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid menguasai tatabahasa

dalam Bahasa Inggeris menggunakan kaedah ‘Peekaboo”. Ia juga bertujuan untuk
membolehkan murid-murid menulis karangan dengan penggunaan tatabahasa yang betul
serta faham jenis-jenis dan penggunaan nya dalam ayat.

3.2 Obektif Khusus
Guru telah menggunakan “Peekaboo” selama 3 bulan bagi meningkatkan

pencapaian 10% dalam peperiksaan. “Peekaboo” juga bertujuan agar murid-murid dapat
mengaplikasikan penggunaan tatabahasa yang betul dalam ayat dan penulisan karangan
Kertas 2 Bahagian C.

136

a) Peratus murid lulus meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 10% berbanding
Ujian Pengesanan Bulan Januari 2020.

b) Murid-murid dapat menjawab soalan Tenses dengan betul dan mendapat lebih
dari 10 markah untuk bahagian A Kertas 1 dalam Ujian Pasca.

c) Guru dapat meningkatkan peratus penilaian pasca ujian sebanyak 20% berbanding
Praujian.

d) Peningkatan minat murid-murid sekurang-kurangnya sebanyak 20% dalam soal
selidik yang diedarkan.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Tumpuan telah diberikan kepada kelas 6 Kreatif. Kelas ini terdiri daripada 35 orang

pelajar yang mempunyai pelbagai tahap pencapaian akademik. Daripada pemerhatian dan
penyelidikan, terdapat 35 orang murid yang bermasalah dari kelas 6 Kreatif telah dikenalpasti
melalui :

4.1 Pemerhatian dalam bilik darjah semasa murid memberi maklum balas kepada soalan
guru.

4.2 Pemeriksaan buku latihan
4.3 Sesi temubual
4.4 Melalui soal selidik
4.5 Praujian dan Ujian Bulanan

137

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
5.1 Tinjauan awal masalah:
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,

tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam
masalah tersebut.
Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:

5.1.1 Praujian dan Pasca Ujian
Kuiz Tenses - 10 soalan telah diberi untuk menilai tahap pemahaman mereka.
Kuiz yang sama diberikan semasa Pra dan Pasca Ujian.
Rujuk Lampiran Instrumen 1

5.1.2 Pemerhatian
Semakan buku tulis dan kertas Ujian Mac dibuat bagi mendapatkan gambaran
tahap penguasaan murid.
Rujuk Lampiran Instrumen 2

5.1.3 Soal selidik
Murid diberi soal selidik selepas uji lalu . Hasil dapatan dari soal selidik, dapat
menjelaskan sama ada kaedah yang diberi berkesan ataupun tidak.
Rujuk Lampiran Instrument 3

138

5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Hasil Tinjauan mendapati :

5.2.1 Analisis Pemerhatian
Saya (Sharini) telah membuat pemerhatian atas tingkah laku pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Pemerhatian
yang dibuat didapati murid – murid menghadapi masalah dalam menjawab soalan
Kertas 1 bahagian Grammar, soalan 1-5 dan juga 11-15. Mereka juga tidak memahami
kehendak soalan dan jenis tatabahasa yang diperlukan dalam jawapan berkenaan.
Mereka juga tidak dapat skor di bahagian C Kertas 2 – Penulisan Esei. Murid tidak
dapat memperolehi markah 18 sehingga 25 markah disebabkan banyak kesalahan
tatabahasa - Tenses ini

5.2.2 Analisis Praujian
Ujian pengesanan diberikan kepada murid-murid 6 Kreatif seramai 35 orang untuk
mengesan sejauh mana keupayaan menjawab soalan Tenses dengan betul. Item ujian
pengesanan merupakan soalan Objektif yang hanya berfokuskan 10 soalan Tenses ini.
Selepas saya dan ahli kajian menyemak jawapan murid, saya tidak memulangkan
kertas jawapan dan tidak juga membincang jawapannya. Sebaliknya, saya telah
memperkenalkan teknik PEEKABOO. Selepas memperkenalkan Teknik tersebut,
murid-murid diberikan ujian yang sama bentuknya tetapi susunan soalan yang
berlainan untuk menjawab soalan Tenses semasa Pasca Ujian.

139

Didapati pengetahuan murid dalam penguasaan konsep berkaitan Tenses ini
menujukkan beberapa kelemahan .Keputusan praujian membuktikan segala yang
disangka. Berikut ialah pencapaian yang diperolehi iaitu sebanyak 88 kesalahan yang
telah dilakukan murid-murid.

BIL SOALAN BILANGAN MURID YANG SALAH JUMLAH
SOALAN 1 7

1. MODALS 12

2. SOALAN 2 –
PRESENT TENSE

3. SOALAN 3 – PAST 12
CONTINUOUS 11

TENSE

4. SOALAN 4 – PAST
TENSE

5. SOALAN 5 – 7
INFINITIVE ‘TO’ 9

6. SOALAN 6 – 9
PRESENT

CONTINUOUS

TENSE

7. SOALAN 7 –
PRESENT TENSE

140

8. SOALAN 8 – 5
FUTURE TENSE 6
10
9. SOALAN 9 – PAST
TENSE

10. SOALAN 10 –
FUTURE

CONTINUOUS

TENSE

JUMLAH KESALAHAN : 88

5.2.3 Analisis Pasca Ujian
Didapati pengetahuan murid dalam penguasaan konsep berkaitan Tenses ini
menujukkan peningkatan kefahaman .Keputusan pasca ujian membuktikan
segala yang disangka iaitu jumlah kesalahan dapat dikurangkan kepada 35
kesalahan sahaja berbanding pra ujian 88 kesalahan. Berikut ialah pencapaian
yang diperolehi menunjukkan pengurangan jumlah murid yang salah menjawab
soalan yang sama.

BIL SOALAN BILANGAN MURID YANG SALAH JUMLAH

1. SOALAN 1 – 2
MODALS

2. SOALAN 2 – 5
PRESENT TENSE 4

3. SOALAN 3 –
PAST

CONTINUOUS

TENSE

141

4. SOALAN 4 – 3
PAST TENSE 4
4
5. SOALAN 5 –
INFINITIVE ‘TO’ 4
2
6. SOALAN 6 – 3
PRESENT 4
JUMLAH KESALAHAN : 35
CONTINUOUS

TENSE

7. SOALAN 7 –
PRESENT TENSE

8. SOALAN 8 –
FUTURE TENSE

9. SOALAN 9 –
PAST TENSE

10. SOALAN 10 –
FUTURE
CONTINUOUS
TENSE

5.2.4 Analisis Soal selidik
Kami mengedarkan soal selidik setelah kaedah Peekaboo ini diberi kepada murid.
Kami menggunakan pasca ujian untuk mengukur perubahan dari segi kefahaman
murid terhadap Tenses. Murid diberi soal selidik selepas kaedah diperkenalkan .
Murid telah memberikan respons yang negatif dan ini mencerminkan bahawa
murid tidak dapat menguasai cara untuk mengenalpasti soalan dan jawapan bagi
soalan Tenses. Hasil dapatan daripada soal selidik mendapati 15/35 responden

142

menunjukkan mereka tidak menguasai Teknik menjawab Bahagian C. Manakala,
20/35 responden boleh menjawab dengan bimbingan guru.

5.3 Tindakan (Rawatan) Yang Dijalankan
5.3.1 Setiap pagi dari jam 7.10 – 7.30 pagi murid-murid ini telah berjumpa dengan guru
Bahasa Inggeris kelas mereka iaitu Pn. Sharini bt Sabuddin di kelas di dewan
sekolah . Mereka telah diberi kelas intensif iaitu Kelas Fajar untuk latihan
Tatabahasa -Tenses.
5.3.2 Menggunakan bahan kreatif dengan teknik Peekaboo sebagai bahan bantu
mengajar dan memudahkan pemahaman dalam PdPc.
5.3.3 Bahan yang digunakan telah difikirkan dapat membantu atau menyelesaikan
masalah-masalah lain berkaitan.
5.3.4 Borang skala pemarkahan digunakan bagi mengukur sejauh mana murid-murid ini
boleh membina ayat berdasarkan gambar menggunakan Tenses yang diberi.
Soalan latih tubi aneka pilihan juga akan diberi. Contoh:

BORANG PELAPORAN
Tahap 5 – Excellent (Can answer at least 18 out of 20 questions correct – 90%.)
Tahap 4 – Very Good (Can answer at least 16 out of 20 questions correct – 80%.)
Tahap 3 – Good (Can answer at least 12 out of 20 questions correct – 60%. )
Tahap 2 – Weak (Can answer at least 8 out of 20 questions correct – 40%.)
Tahap 1 – Still weak (Can answer at least 4 out of 20 questions correct – 20%)

143

BIL NAMA T1 T2 T3 T4 T5
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

6 Rakan-rakan guru panitia yang terlibat setelah dimaklumkan mengenai program ini,
sangat-sangat membantu murid-murid yang menghadapi masalah memahami Tenses
berkaitan.

7 Data –data pemantauan dapat dikutip sewaktu PdPc dan kelas Fajar dijalankan.

144

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN
5.4.1 Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Semasa menjalankan
kajian ini saya dan ahli kajian, telah memerhatikan bahawa kebanyakkan murid
bukan sahaja responden tetapi murid-murid dari kelas lain juga telah menghadapi
masalah yang sama untuk memahami soalan Tenses berdasarkan aduan guru
mereka.
5.4.2 Murid telah menjalani ujian pengesanan dan Ujian Bulanan Mac. Selepas ujian
bulanan murid diminta mengisi borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan
mereka tentang teknik yang baru ini. Tujuan mengedarkan soal selidik supaya
murid lebih bebas dan selesa memberi pendapat berbanding mendapatkan
maklumat secara temubual.
5.4.3 Berdasarkan pemerhatian kami, teknik PEEKABOO berjaya membantu murid
meningkatkan pencapaian dalam mengenalpasti jenis soalan Tenses dalam soalan
objektif dan memilih jawapan yang betul setelah menggunakan teknik ini. Murid-
murid juga berlumba-lumba untuk menjawab soalan guru dengan lebih yakin. Saya
berasa puas hati kerana murid sudah boleh menerima kaedah ini dan pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih mudah bagi saya (Sharini) di dalam kelas 6 Kreatif.
Rakan-rakan juga telah memberikan komen membina, perangsang dan sokongan
terhadap usaha saya dan ahli kajian.

145

5.5 REFLEKSI KAJIAN
5.5.1 Pencapaian murid dalam Ujian Pengesanan dan Ujian Bulanan Mac menunjukkan
peningkatan yang agak ketara. Hampir kesemua pelajar dapat menjawab dengan
betul 4 soalan Tenses dalam Bahagian A kertas 1. Data menunjukkan perbezaan
pencapaian iaitu seramai 14 orang murid mendapat markah di bawah 10
berbanding Ujian Mac hanya 4 sahaja murid yang mendapat markah di bawah 10.
Murid juga dapat membina ayat yang lengkap dan urutan yang baik menggunakan
Tenses yang betul berdasarkan soalan yang diberikan walaupun tidak kesemuanya
cemerlang.
5.5.2 Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik PEEKABOO banyak
membantu murid meningkatkan keyakinan diri dan kefahaman disamping
menjadikan suasana PdPc lebih ceria dan menyeronokkan.
5.5.3 Masih terdapat murid yang gagal dalam Ujian Bulanan Mac kerana sikap
kecuaian menjawab soalan dari segi kesalahan ejaan, struktur ayat dan juga
kesalahan tatabahasa.
5.5.4 Kami lebih yakin bahawa teknik PEKABOO dapat membantu murid
meningkatkan pencapaian mereka dalam memahami dan menguasai Tenses dan
membina ayat yang lengkap dan menghasilkan karangan yang baik dalam
Bahagian C.

146

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
6.1 Kajian Tindakan kami yang bertajuk PEEKABOO ini boleh dilanjutkan dengan
mengkaji masalah struktur ayat untuk menghasilkan karangan yang lebih berkualiti
dengan menggunakan Tenses yang betul serta membezakan penggunaan Tenses
yang sama dalam ayat. Kajian ini boleh dipanjangkan kepada murid daripada
beberapa aliran pada aras yang berbeza.
6.2 Kajian Tindakan kami juga telah dapat membantu murid dalam mengatasi masalah
Bahasa Inggeris. Ia dapat meningkatkan penguasaan Tenses bagi murid tahun 6
Kreatif di SK Rasa dengan mengunakan kaedah ini. Sekaligus ia akan dapat
diterima dan diguna pakai sebagai salah satu kaedah pengajaran Tatabahasa dalam
matapelajaran Bahasa Inggeris.

147

7.0 BIBLIOGRAFI

Heydari, E. (2015). Comparative Study of Grammar Translation Method (GTM) and
Communicative. International Journal and Research Methodology, 1-10.

Huy, N.T. (2015). Problems Affecting Learning Wriing Skill of Grade 11. Asian Journal of
Educational Research, 4-16.

Scott Thornbury , (2004). How To Teach Grammar . Pearson Education Limited 1999, 29-68

148

149

150


Click to View FlipBook Version