The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

laporan Amalan Baik Kajian Tindakan 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rodziie03, 2020-12-22 11:54:09

laporan Amalan Baik Kajian Tindakan 2020

laporan Amalan Baik Kajian Tindakan 2020

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-
1. Menghasilkan “KeyChain Ajaib “ untuk tajuk lain di bidang Ulum Syariah dan Jawi
Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari
segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid . Semoga hasil kajian saya
ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses PdP lebih menarik, berkesan dan
menyeronokkan.

51

BIBLOGRAFI
Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Universiti

Teknologi Malaysia
https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/penyelidikan/kajian/1376-anualkajian/file
http://pomizi-research.blogspot.com/p/definition.html

52

LAMPIRAN 1
53

54

55

56

LAMPIRAN 2

BORANG SOAL SELIDIK

Nama : ................................................................
Tahun/Kelas : 5 .............................
Arahan : Untuk setiap soalan dibawah bulatkan salah satu jawapan sahaja.
Sila jawab semua soalan dengan bulatkan salah satu jawapan.

1. Adakah anda meminati mata pelajaran Pendidikan Islam ?
Ya Tidak

2. Adakah anda sukar/susah untuk belajar ilmu tajwid ?
Ya Tidak

3. Adakah anda suka apabila dikenalkan dengan ” Keychain Ajaib ” ?
Ya Tidak

4.Berikan komen/ulasan anda setelah mengenal daan menggunakan ”Keychain Ajaib”
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................

57

LAMPIRAN 3 – DOKUMEN BERGAMBAR
58

MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MEMBACA SUKU KATA TERBUKA HURUF JAWI
DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK PERMAINAN RODA IMPIAN

DALAM KALANGAN MURID 1 CEKAL

OLEH
SYED MAHDZAR BIN SYED HASSAN

SK ANTARA GAPI
JALAN GAPI 1A, 48200 SERENDAH

SELANGOR

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah membaca suku kata terbuka huruf jawi yang
dihadapi oleh murid 1 cekal dalam subtopik Pendidikan Islam. Seramai 10 orang terlibat dalam
kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah praujian, pemerhatian dan soal
selidik.. Hasil tinjauan menunjukkan penurunan pengetahuan murid dalam konsep suku kata
terbuka huruf jawi dan kurang memberi perhatian kepada guru. Perancangan tindakan
difokuskan kepada teknik permainan beroda untuk meningkatkan penguasaan membaca suku
kata terbuka huruf jawi dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 3 bulan. Keputusan
pascaujian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan dari temubual pula
menunjukkan murid lebih berminat kepada pembelajaran suku kata jawi melalui teknik
permainan berbanding belajar secara papan tulis (chalk and talk).

59

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN/ ISU LALU

Saya mengajar di sekolah Kebangsaan Antara Gapi, Serendah, Selangor. Saya
diamanahkan mengajar di tahun 1 Cekal bagi subjek Pendidikan Islam. Murid-murid di dalam
kelas saya terdiri daripada murid pandai, sederhana pandai, lemah dan sangat lemah. Dari
pemerhatian saya setelah mengajar kelas ini selama dua bulan lebih dan setelah melalui pelbagai
aktiviti seperti membaca dan menulis, didapati sebahagian mereka masih gagal menguasai
bacaan suku kata terbuka yang berpunca daripada kegagalan menguasai istilah huruf jawi dan
kekeliruan dalam membunyikan huruf jawi.

Kegagalan murid memahami konsep bacaan suku kata terbuka adalah kerana :
i) sikap sambil lewa murid.
ii) kurang fokus semasa pembelajaran.
iii) Murid kurang menguasai suku kata terbuka apabila mengeja.

iv) Murid dapat mengeja tetapi salah di dalam sebutannya.

v) Murid tiada keyakinan dengan suku kata yang disebutnya.

vi) Tahap pencapaian murid yang berbeza dalam kelas.

Di sebalik itu, saya cuba cermin diri dan menyenaraikan masalah yang mungkin berpunca dari
kelemahan saya sendiri seperti :

i) Selama ini saya mengajar sekadar syok sendiri tanpa mempedulikan tahap kefahaman
murid.

ii) Saya juga beranggapan mereka telah faham apabila tiada yang bertanya selepas PdP
dilaksanakan

60

iii) Murid pula mungkin takut untuk bertanya kerana personaliti saya yang agak tegas dan
tiada ciri kecindan bila menjalankan PdP

iv) Saya hanya bermatlamat untuk menghabiskan sukatan tanpa mempedulikan murid
lemah dan belakangan.

v) Aktiviti yang dijalankan berkemungkinan besar kurang menarik minat murid.
Saya sangka dengan bersikap sedemikian murid akan tekun belajar tetapi sangkaan saya

meleset. Kerja-kerja latihan murid semakin bertambah dan prestasi mereka juga menurun,
mendatar serta hanya sedikit yang meningkat.

Berdasarkan dari masalah itu , saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar
berlarutan memandangkan murid-murid saya akan melanjutkan pembelajaran ke peringkat
seterusnya dan akan menyebabkan ketinggalan subjek yang diajar. Saya akan cuba membantu
murid mengatasi masalah di atas dengan cara mengubah kebiasaan ketika mengajar. Saya
bercadang menggunakan kaedah permainan pusingan beroda untuk menarik minat dan
mengukuhkan lagi penguasaan murid-murid dalam sebutan dan tulisan jawi.

Bagi membantu menyelesaikan masalah saya dalam menarik minat murid saya
menggabungjalinkan kemahiran pengajaran bersama teknik permainan sebagai pengukuhan
terhadap pembelajaran murid.

2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan menyebut

suku kata terbuka kerana :
a. Murid tidak cuba menyebutnya walau disuruh mencuba sahaja.
b. Murid tidak memahami huruf jawi yang bersambung.

61

c. Murid gagal memahami dalam membunyikan setiap huruf jawi
d. Murid masih belum menguasai huruf hijaiyah sepenuhnya
Masalah ini berlaku dalam kalangan murid-murid terutamanya disebabkan sikap murid
yang malas membaca, hendak cepat siap dan tidak pandai membahagi masa yang diperuntukkan.

Murid masih tidak menunjukkan minat dalam mengeja dan membaca huruf jawi.
Keputusan ujian menunjukkan penurunan sebanyak 50% dan bilangan murid yang fokus juga
hanya lebih kurang 5% dari mereka. Tiada kesedaran dalam diri mereka tentang pentingnya
belajar membaca huruf jawi. Murid menjadi lemah dalam membaca suku kata tertutup kerana
mereka tidak faham arahan guru yang menyuruh membaca kalimah yang mengandungi
gabungan bunyi dua suku kata

Kesan masalah ini jika tidak ditangani segera, murid akan terus mengamalkan sikap
sambil lewa mereka. Murid juga akan melepaskan peluang terbaik yang sepatutnya mereka dapat
semasa tahun satu ini lagi. Jika langkah drastik tidak segera diambil akan membantutkan
pembelajaran murid. Murid juga tidak akan tahu potensi diri mereka yang sepatutnya diraikan.
Murid yang tidak memahami soalan guru akan hilang keyakinan diri dan akhirnya akan gagal
dalam matapelajaran mereka.

Saya akan cuba mengatasi masalah ini yang kian meruncing dan membimbing mereka
dengan menggunakan pengukuhan dalam pembelajaran dengan menggunakan teknik permainan
beroda huruf jawi suku kata terbuka.

62

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF AM
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkat kemahiran membaca suku kata terbuka

huruf jawi dengan menggunakan teknik permainan beroda dalam kalangan murid 1 Cekal.
3.2 Objektif Khusus

Peratus murid lulus meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 70% berbanding pencapaian awal
dalam Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah.

i) Murid dapat membunyikan sekurang-kurangnya 4 item dari 7 item yang disenaraikan.
j) Guru dapat meningkatkan peratus penilaian pasca ujian sebanyak 60% berbanding

praujian .
k) Peningkatan minat murid sekurang-kurangnya sebanyak 90% dalam soal selidik yang

diedarkan.

4.0 KUMPULAN SASARAN:
Murid yang terlibat adalah 10 orang murid dari kelas 1 Cekal iaitu 7 lelaki dan 3 perempuan..
Kelas ini terdiri daripada 35 orang murid dan 10 daripadanya terpilih untuk kajian tindakan ini.
Tumpuan kajian saya adalah kepada murid yang berada di aras 2 yang masih tidak dapat
membaca suku kata terbuka jawi.

63

1.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 TINJAUAN AWAL MASALAH
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan
5.1.1.pemerhatian
5.1.2.pemeriksaan buku tulis
5.1.3.praujian 1 dan 2
5.1.4.Temubual
5.1.1 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian
dijalankan murid kurang memberi tumpuan kerana tidak dapat membaca suku kata jawi
yang ditulis oleh guru. Sebagaimana kebiasaannya, murid perempuan yang lebih
bersedia dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya murid lelaki kurang bersungguh
dan kurang mengambil bahagian di dalam aktiviti PdP yang dijalankan.

5.1.2 Pemeriksaan buku tulis
Saya juga membuat semakan buku latihan murid untuk mengenalpasti tahap

penguasaan mereka Tahap penguasaan mereka rendah sejak dari awal tahun lagi.Malah
tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran lain juga rendah

5.1.3 Praujian 1 dan 2
Praujian diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana

kefahaman konsep mengenai permainan roda impian dalam membaca suku kata terbuka

64

jawi . Dalam masa yang sama, murid dapat menguasai padanan huruf jawi. Praujian ini
diadakan sebanyak 2 kali.

Item praujian 1 merupakan item yang diambil dalam lembaran kerja murid.
Selepas saya menyemak jawapan murid, saya tidak memulangkan kertas jawapan dan
tidak juga membincangkan jawapannya. Sebaliknya saya telah memperkenalkan Teknik
Permainan Roda Impian suku kata terbuka jawi.

Item praujian 2 juga diambil di dalam lembaran kerja murid. Ia dibuat selepas
Teknik Permainan Roda Impian dijalankan bagi melihat keberkesanan teknik tersebut.

5.1.4 Temubual
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk

mendapatkan maklum balas murid berkenaan sebelum dan selepas teknik ini
diperkenalkan.

5.1.5 Soal Selidik
Saya juga telah mengedarkan borang soal selidik kepada rakan – rakan guru

mata pelajaran lain untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai Teknik Permainan
Roda Impian yang saya perkenalkan ini.

65

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH.
5.2.1 Analisis pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati :
a. Murid kurang berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara
lisan. Mereka menjawab dengan suara yang lemah dan tidak fokus apabila guru
menyoal.
b. Buku latihan mereka juga memberi gambaran bahawa mereka meghadapi masalah
dalam penulisan

5.2.2 Analisis Praujian 1 dan Praujian 2

Didapati pengetahuan murid dalam penguasaan konsep berkaitan suku kata jawi
menunjukkan murid meng lemah dalam penguasaan membaca suku kata jawi
.Keputusan praujian 1 membuktikan segala yang disangka adalah benar. Berikut
ialah pencapaian yang diperolehi.

ANALISIS PRAUJIAN 1

GRED MARKAH PENCAPAIAN MURID
A 80 – 100 Bil %
B 00
60-79 00
00
C 50-59 1 10
D 40-49 9 90%
1 10%
E 0-39 9 90%

LULUS

GAGAL

66

JADUAL 1

CARTA 1

Dapatan dari Jadual 1 di paparkan dalam Carta 1 dan ia membuktikan keputusan
praujian 1 murid tersebut amatlah rendah .

ANALISI PRAUJIAN 2

GRED MARKAH PENCAPAIAN MURID
A 80 – 100 Bil %
B 4 40%
C 60-79 4 40%
50-59 2 20%
00
D 40-49 00

E 0-39 10 100%
0 0%
LULUS

GAGAL

67

JADUAL 2
ANALISIS PRAUJIAN 2

CARTA 2
Dapatan dari praujian 2 , Jadual 2 di paparkan dalam Carta 2 dan ia membuktikan
keputusan praujian 2 amatlah memberangsangkan. Prestasi murid membaca suku kata
terbuka jawi melalui Teknik Permainan Roda Impian ternyata berkesan untuk murid 1
Cekal.

68

BIL NAMA PRAUJIAN 1 PRAUJIAN 2
56%
1 AL-MISHARY SHAQIRIN 25% 68%
80%
2 MUHAMMAD RIFQI RAYYAN 20% 60%
56%
3 MUHAMMAD QALIF RIZQI 22% 68%
80%
4 ABDUL RIDHAUDIN 22% 68%
80%
5 MUHAMMAD DARWISH PUTRA 15% 88%

6 MUHAMMAD AQIL SALAM 18%

7 MUHAMMAD RAYYAN 25%

8 PUTERI RANIA 20%

9 NUR AINA ALISHA 28%

10 SITI NURSYAQIELA 42%

Jadual 3

Jadual 3 menunjukkan perbandingan keputusan murid praujian 1, iaitu sebelum

penggunaan Teknik Permainan Roda Impian dan praujian 2 iaitu selepas penggunaan

Teknik Permainan Roda Impian

5.2.3 Analisis Temubual
Murid telah memberikan respon yang positif melalui sesi temubual selepas praujian 2
diadakan.
Berdasarkan temubual tersebut dapat disimpulkan bahawa:
a. Murid lebih suka belajar dalam situasi santai
b. Murid lebih senang fokus belajar dalam permainan
c. Murid tidak suka didesak

69

5.2.4 Analisis Soal selidik (guru)
Melalui soalselidik guru pula, telah diadakan untuk guru mata pelajaran lain iaitu

selain guru pendidikan islam. Guru-guru berikut memberikan pandangan yang positig
serta cadangan untuk Teknik Permainan Roda Impian ini.

Guru Pendidikan Seni :-
Satu pendekatan yang menarik dan amat memberangsangkan. Malah jika boleh
dilukiskan gambar yang menggambarkn penggunaan suku kata terbuka itu adalah lebih
Berkesan.

Guru Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) :
Teknik ini mungkin boleh diamalkan dalam sesi pdpc, tetapi perlu dihadkan penggunaan
teknik ini kerana bimbang kebergantungan murid pada roda impian setiap kali ingin
mengeja suku kata terbuka jawi.

Guru Bahasa Melayu
Teknik ini amat bagus dan dapat diaplikasikan juga untuk murid-murid yang lemah
membaca suku kata terbuka mata pelajaran Bahasa Melayu, terutamanya murid
pemulihan literasi.

70

5.3 TINDAKAN (RAWATAN) YANG DIJALANKAN

Selepas murid menjalani praujian 1, saya telah memulakan rawatan berikut :
Aktiviti 1
Guru memperkenalkan huruf tunggal jawi kepada murid bagi memastikan murid kenal
akan huruf tunggal jawi.

Aktiviti 2
Guru menunjuk cara Teknik Permainan Roda Impian suku kata terbuka jawi kepada
murid. Latihan permainan ini diadakan secara latih tubi, sehingga murid betul-betul
memahami tatacara dan penggunaannya.

Aktiviti 3
Guru mencatat prestasi murid dalam membaca suku kata terbuka jawi melalui Teknik
Permainan Roda Impian ini. Setiap kali diadakan latih tubi dan lembaran kerja, guru akan
memerhati dan mencatat perubahan murid.

Aktiviti 4
Guru seterusnya menjalankan praujian 2 bagi mengetahui keberkesanan teknik ini dan
membuat analisis perbandingan antara praujian 1 dan praujian 2.

71

5.6 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 4 bulan. Semasa menjalankan

kajian ini saya telah menggunakan beberapa bahan bantu belajar sedia ada dan sedikit sahaja kos
untuk membeli peralatan bagi membuat permainan Roda Impian. Saya telah memperuntukkan
sebanyak RM26.00 sahaja. Murid telah menjalani praujian, pascaujian 1 dan pascaujian 2.
Selepas pascaujian 2, murid diminta mengisi borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan
mereka tentang teknik yang baru ini iaitu teknik permainan roda Impian berhuruf jawi. Tujuan
mengedarkan soal selidik supaya murid lebih bebas dan selesa memberi pendapat berbanding
mendapatkan maklumat secara temubual.

Saya juga telah menerangkan secara ringkas mengenai Teknik Permainan Roda Impian
suku kata terbuka jawi ini kepada rakan guru dan meminta mereka memberi pandangan.
Berdasarkan pemerhatian saya Teknik Permainan Roda Impian suku kata terbuka jawi ini
berjaya membantu murid meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka jawi . Murid
berlumba – lumba dalam keinginan hendak menjawab soalan guru, lebih berkeyakinan dan
mendapat skor yang baik semasa menjawab soalan . Saya berasa lebih seronok, tidak lagi marah-
marah dan tidak rasa tertekan apabila masuk ke kelas 1 Cekal. Malah murid-murid lain juga amat
sukakan peruahan ini. Rakan-rakan guru juga telah memberikan komen membina, perangsang
dan sokongan terhadap usaha saya. Malah beberapa orang guru telah meminta saya mengajar
anak-anak mereka menggunakan Teknik Permainan Roda Impian ini.

72

5.7 REFLEKSI KAJIAN

Pencapaian murid dalam praujian , pascaujian 1 dan pascaujian 2 menunjukkan
peningkatan yang agak ketara. Kebolehan murid membaca suku kata terbuka jawi juga
terserlah.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa adunan permainan dalam
pembelajaran banyak membantu murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan
kefahaman terhadap apa yang murid pelajari disamping menjadikan suasana pembelajaran
lebih ceria dan menyeronokkan.

Saya amat berpuashati dengan sepanjang pelaksanaan kajian ini kerana murid-
murid saya memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam kajian ini. Malah kehadiran mereka
ke sekolah juga amat memberangsangkan kerana mereka sukakan teknik ini dalam
pembelajaran. Dalam masa yang sama guru bertegas terhadap segelintir murid lelaki yang
agak bersikap sambil lewa.

Saya merasa tersentuh dan terharu apabila keputusan pascaujian 2 menunjukkan
prestasi diluar jangkaan. Saya menjadi lebih yakin bahawa Teknik Permainan Roda Impian
ini dapat membantu murid meningkatkan pencapaian mereka dalam membaca jawi..

73

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-
1. Menyambung Huruf Jawi
2. Perkataan kata pinjaman bahasa inggeris dalam jawi
Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari

segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid . Walaupun kajian ini hanya
melibatkan beberapa orang murid namun aktiviti yang direka juga sesuai untuk dijalankan di
kelas tahun dan murid lain yang mempunyai masalah yang sama. Semoga ianya menjadi
panduan perkongsian buat guru-guru lain. Ini bagi memastikan murid tidak jauh ketinggalan
dalam penguasaan kemahiran menulis jawi. Secara peribadinya saya sebagai Guru Pendidikan
Islam merasakan usaha ini dapat menyumbang kepada peningkatan tahap pencapaian murid
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam kerana Pelajaran Jawi berkait rapat dengan sumber dan
bahan bacaan untuk matapelajaran Pendidikan Islam. Semoga hasil kajian saya ini dapat
dimanfaatkan dan menjadikan proses Pdpc lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

74

BIBLOGRAFI
Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Brown, T. (1987) Language Interaction Pattens in Lessons Featuring Mathematical

Investigations. PhD thesis, University of Southampton.
Dunn, T. (1997) Michel Foucault and the Politics of Freedom Thousand Oaks, CA: Sage.

75

TEKNIK NOTA BERWARNA DAPAT MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN
MURID MENGINGAT FAKTA DALAM BIDANG SIRAH DAN TAMADUN
Oleh :
PUAN ZARINAH BINTI SHAARI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERENDAH

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah menjawab soalan-soalan ujian 1
dalam bidang sirah dan tamadun dalam kalangan murid 4 Arif 2020. Seramai 25 orang murid
terlibat dalam kajian ini. Saya ingin meningkatkan kemahiran mereka dalam aspek menyediakan
nota yang menarik supaya murid-murid dapat mengingat fakta-fakta berkaitan tokoh. Tinjauan
awal telah dilaksanakan melalui aktiviti di dalam kelas dan semakan latihan dan buku nota. Saya
dapati murid lemah dalam menyiapkan latihan dan nota yang kemas dan menarik, menyebabkan
mereka akan membaca buku teks untuk menghadapi ujian. Saya dapati terdapat kesilapan
tindakan mereka kerana mereka tidak bersedia menghadapi ujian. Walaupun murid-murid boleh
membaca jawi di dalam buku teks, tetapi akibat tidak bersedia, murid silap mengeja atau tidak
menjawab langsung soalan-soalan berkaitan tokoh dalam ujian 1. Untuk mengatasi masalah ini,
saya telah mencadangkan murid-murid untuk menyediakan nota yang cantik dan kemas supaya
menarik minat dan mudah mengingat fakta. Murid perlu menceriakan buku nota mereka dan
tumpuan kajian ini ialah mewarnakan fakta berkaitan tokoh dengan warna yang berlainan antara
tokoh-tokoh yang dipelajari. Hasilnya, saya dapati terdapat penambahbaikan cara mereka
menyediakan nota oleh anak-anak murid saya ini. Saya juga berasa teruja untuk meneruskan
aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran saya.

76

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN /ISU YANG LALU
Saya mengajar di sekolah SMK Serendah sejak Januari 2019. Murid-murid di dalam

kelas 4 Arif terdiri daripada 25 orang yang boleh membaca tulisan jawi yang mana pada hemat
saya, rata-rata dalam kalangan mereka tiada masalah untuk memahami isi kandungan buku teks
tingkatan empat sebagai bahan rujukan utama PdP.

Namun, dari keputusan Ujian 1 yang diadakan pada Mac 2020 yang lalu, tiada murid dari
kelas 4 Arif yang mendapat gred A+ dan A untuk matapelajaran Pendidikan Islam, manakala
seramai 3 orang memperolehi gred E. Setelah mengajar kelas ini selama 3 bulan pertama di awal
tahun dan sebulan selepas tempoh perintah kawalan pergerakan 2020, setelah melalui pelbagai
aktiviti seperti peta i-Think, peta minda dan teknik soal jawab, didapati mereka masih gagal
menguasai bidang Sirah dan Tamadun berpunca daripada kegagalan menguasai konsep
mengingat fakta berkaitan sesebuah kerajaan dan tokoh-tokoh. Sedangkan hanya satu tajuk dari
bidang Sirah dan Tamadun yang diuji dalam ujian tersebut.

Kegagalan murid menguasai konsep mengingat.kerana :
i) sikap sambil lewa murid,
ii) kurang fokus semasa menulis nota
iii) nota yang ditulis tidak dibaca semula.
iv) menganggap bidang Sirah dan Tamadun sebagai bidang paling susah berbanding bidang-
bidang lain dalam mata pelajaran pendidikan Islam.
v) tidak berusaha dengan lebih bersungguh untuk meningkatkan proses mengingat fakta
Di sebalik itu , saya cuba cermin diri dan menyenaraikan masalah yang mungkin
berpunca dari kelemahan saya sendiri seperti :

77

Selama ini saya mengajar sekadar syok sendiri tanpa mempedulikan tahap kefahaman
murid.
i) Saya juga beranggapan mereka telah faham apabila tiada yang bertanya selepas PdP

dilaksanakan
ii) Murid pula mungkin tidak berminat untuk bertanya kerana personaliti saya yang

kurang responsif
iii) Saya hanya bermatlamat untuk menghabiskan sukatan dan mentaksir murid sebagai

pelengkap PBD semata-mata.
iv) Saya tidak dapat membimbing murid untuk lebih yakin mendapatkan maklumat

berkaitan tajuk menyebabkan murid tidak berasa perlu untuk menyiapkan nota.

Saya sangka dengan bersikap sedemikian murid akan tekun belajar dengan cara mereka
sendiri tetapi sangkaan saya meleset. Kerja-kerja latihan murid semakin tidak diambilberat oleh
murid sendiri dan prestasi mereka juga tidak memuaskan.

Berdasarkan dari masalah itu , saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar
berlarutan memandangkan murid-murid saya akan terus terabai dan mengabaikan bidang sirah
dan tamadun kerana menganggapnya sebagai bidang yang tidak penting untuk mencapai gred
lulus sedangkan mereka berpotensi untuk mendapat gred cemerlang iaitu gred A dan A+. Saya
akan cuba membantu murid mengatasi masalah di atas dengan cara mengubah kebiasaan ketika
mengajar. Saya bercadang untuk menggalakkan murid membuat nota sendiri menggunakan
teknik-teknik tertentu agar murid lebih mudah mengingat fakta-fakta yang disediakan sendiri
oleh murid. Walaubagaimanapun, guru perlu memantau cara penyediaan nota oleh murid agar
mereka benar-benar memahami dan mampu mengingat apa-apa yang ditulis, dilakar dan
digambarkan semasa menyediakan nota.

78

Bagi membantu menyelesaikan masalah kesukaran mengingat isi penting dalam bidang
sirah dan tamadun, saya akan menggalakkan mereka mewarnai nota-nota yang mereka sendiri
sediakan dengan bentuk-bentuk / rajah / lakaran yang senang mereka sendiri fahami dan tidak
banyak menggunakan keperluan akal untuk lebih bekerja keras. Teknik nota berwarna, saya
berpendapat akan memberi lebih mudah mengingatkan murid isi-isi penting tajuk-tajuk yang di
dalam bidang sirah dan tamadun. Saya juga berpendapat, murid di kelas 4 Arif tidak sukar untuk
menjawab soalan struktur dan aras tinggi sekiranya mereka mengingati isi-isi penting sesuatu
tajuk. Sehubungan dengan itu, saya menggabungjalinkan kemahiran membina peta i-think dan
peta minda yang telah pun murid-murid maklum penggunaannya dan penyediaannya bagi tujuan
menyesuaikan teknik warna dengan lakaran-lakaran /rajah /jadual yang mereka pilih.

2.0 FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan latar

belakang, sumbangan dan peranan tokoh-tokoh kerana :
a. murid gagal mengingati tokoh yang terlibat dalam soalan
b. murid gagal memahami dan tidak menjawab kehendak soalan sumbangan tokoh yang

khusus sama ada dari segi pendidikan, ketenteraan, politik dan sebagainya
c. murid keliru untuk memilih jawapan kerana tiada gambaran tepat dalam fikiran semasa

menjawab soalan.
d. murid membiarkan soalan tiada jawapan kerana yakin soalan lain sudah dijawab dengan

baik
e. murid tidak mahu berusaha mengingati fakta-fakta berkaitan akibat anggapan tentang soalan

dari bidang Sirah dan Tamadun sangat susah.

79

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid-murid terutamanya disebabkan sikap murid
yang malas membaca, hendak cepat siap dan tidak pandai membahagi masa yang diperuntukkan.
Malah ada murid yang kurang fokus semasa pdp berlangsung.

Keputusan Ujian 1 menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan. Bilangan murid yang
fokus juga hanya lebih kurang 16% dari 25 orang murid di dalam kelas 4 Arif sedangkan semua
boleh dikategorikan potensi cemerlang untuk semua mata pelajaran.

Murid menjadi lemah dalam mengingat fakta berkaitan tajuk-tajuk dalam bidang Sirah
dan Tamadun yang menjadi masalah mereka untuk menjawab soalan semasa ujian. Mereka juga
tidak bersungguh untuk menyediakan diri untuk menguasai semua bidang mata pelajaran
Pendidikan Islam dengan memilih untuk selesa menjawab soalan yang mudah bagi mereka dan
menjawab sambil lewa untuk soalan yang memerlukan mengingati fakta.

Kesan masalah ini jika tidak ditangani segera, murid akan terus mengamalkan sikap tidak
apa untuk tajuk-tajuk dalam bidang Sirah dan Tamadun. Murid juga akan melepaskan peluang
mendapatkan gred yang lebih baik bagi matapelajaran Pendididkan Islam memandangkan
mereka bakal menduduki SPM 2021. Jika langkah untuk memperbaiki budaya sikap mereka
yang sambil lewa ini tidak diambil, boleh menyebabkan kerugian kepada mereka. Murid juga
tidak akan tahu teknik yang berkesan untuk menguasai bidang yang dianggap susah ini oleh
mereka. Namun sebaliknya, teknik yang berkesan, murid mampu menguasai semua bidang dan
meningkatkan pencapaian mereka dalam pentaksiran dan penilaian yang akan datang.

Saya akan cuba mengatasi masalah mengingati fakta dalam bidang Sirah dan Tamadun
dengan cara membimbing mereka menggunakan teknik nota berwarna untuk meningkatkan
proses mengingat dengan lebih mudah dan kekal.

80

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am
Tujuan kajian ini adalah untuk menilaikaji Teknik Nota Berwarna dapat meningkatkan

tahap penguasaan murid mengingat fakta dalam bidang Sirah dan Tamadun
3.2 Objektif Khusus:
a) Peratus murid lulus dikekalkan 100% dan 0 % gred E dan D berbanding Ujian
Prestasi 1 2020.
b) Peningkatan minat murid terhadap pelajaran Pendidikan Islam dalam soal selidik
yang diedarkan.

4.0 KUMPULAN SASARAN:
Pelajar yang terlibat adalah 25 orang murid dari kelas 4 Arif. Kelas ini terdiri daripada

murid berpotensi cemerlang dan sederhana.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
5.1 Tinjauan awal masalah:
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,

tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam
masalah tersebut.
Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:

a. Ujian 1 2020

81

Pengetahuan murid dalam penguasaan menjawab soalan berkaitan bidang sirah dan
tamadun diuji untuk mengetahui masalah konsep yang dihadapi walaupun hanya satu
tajuk yang dikeluarkan.
b. Pemerhatian
Semakan buku tulis dibuat bagi mendapatkan gambaran tahap penguasaan dan usaha
murid untuk mendapatkan ilmu. Tingkahlaku murid sebelum dan selepas rawatan
diberikan juga diperhatikan.
c. Soal selidik / temubual
Murid diberi soal selidik sebelum dan selepas rawatan untuk dapatan sama ada rawatan
yang diberi berkesan ataupun tidak.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Hasil Tinjauan mendapati :
a. Ujian 1 2020
Didapati pengetahuan murid dalam penguasaan konsep berkaitan bidang Sirah dan
tamadun ini menujukkan kegagalan menjawab dengan baik melebihi 50%. Keputusan
Ujian 1 membuktikan segala yang disangka. Berikut ialah pencapaian yang diperolehi.

82

Nombor Bentuk Jadual 1 Markah Gagal menjawab
Soalan Soalan Soalan penuh Bilangan Peratus

Bahagian Aneka Antara bukti Khalifah Ali b Abi Talib 1 19 76%
A pilihan. r.a seorang yang berpandangan jauh.
7.

Bahagian Isi Khalifah ____ telah membesarkan 1 10 40%
A tempat Masjid Nabawi untuk keperluan dan 1 16 64%
17. kosong keselesaan umat Islam. 4 5 20%
Isi Khalifah Abu Bakar telah 2 18 72%
Bahagian tempat mengarahkan ________ mengetuai 4 18 72%
A kosong usaha menghimpunkan tulisan ayat al-
18. Quran.
Struktur
Bahagian Nyatakan empat orang khalifah
B Struktur pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin.
4. i
Struktur Apakah pencapaian yang dicapai oleh
Bahagian Khalifah Umar b al-Khattab dalam
B bidang pendidikan
4.ii
Jelaskan dua sumbangan Khalifah
Bahagian Abu Bakar al-Siddiq
B

4. iii

Rajah 1

Gred Ujian 1 2020 Pendidikan Islam
4 Arif

12% 16% A-
8% B /B+
C
28% 36% D
E

83

b. Pemerhatian
Pemerhatian yang dibuat mendapati murid kurang menyediakan nota yang lengkap.
Semakan buku tulis juga boleh dirumuskan hampir 20 orang murid tidak menghantar
kerja rumah dalam satu-satu masa dengan alasan tidak tahu bagaimana untuk
selesaikannya.

c. Soal selidik/temubual
Saya telah mengadakan temubual untuk mengesan bidang yang paling sukar untuk
mengingat fakta dan selanjutnya menjawab soalan dalam ujian.
Dapatan menunjukkan hampir semua murid mengakui bidang sirah dan tamadun paling
sukar untuk diingati. Saya akan menggunakan pasca ujian nanti untuk mengukur
perubahan dari segi minat murid terhadap soalan-soalan berkaitan dengan tajuk-tajuk
dalam bidang sirah dan tamadun.

84

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Langkah 1 Murid-murid menyediakan nota berkaitan tajuk Keunggulan Tokoh Empat
Mazhab dalam bentuk peta / jadual / point.

Langkah 2 Murid-murid mewarnakan nota dengan warna yang berlainan bagi setiap
tokoh.

Langkah 3 Murid-murid dikehendaki melengkapkan nota untuk karya, tempat
penyebaran dan nama murid dan guru-guru bagi setiap tokoh mengikut
kreativiti masing-masing (peta i-think / peta minda)

Langkah 4 Murid-murid perlu mewarnakan peta yang mengandungi fakta setiap tokoh
mengikut warna peta /jadual tokoh. Contoh; peta minda Imam Abu Hanifah
diwarnakan kuning, warnakan fakta yang berkaitan tokoh juga diwarnakan
kuning)

Langkah 5 Murid-murid yang telah siap membuat nota perlu menguji diri sendiri dahulu
secara berulang-ulang pada setiap hari seterusnya menguji rakan-rakan.

Langkah 6 Guru akan menilai pemahaman dan ingatan melalui soal jawab selingan
semasa pdp

Langkah 7 Ujian pos diadakan pada hujung September 2020

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/ Penilaian
Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dalam tempoh tiga
bulan melibatkan 25 orang murid 4 Arif khasnya dan 41 orang murid amnya gabungan murid-
murid kelas 4 Arif dan 4 Alim. Ujian Pos dibuat pada hari yang mempunyai 3 waktu berkembar
dengan memperuntukkan masa 50 minit.
Sebelum ujian pos dibuat, saya memaklumkan kepada murid-murid supaya dapat
menyiapkan nota-nota berkaitan tokoh-tokoh sebagai persediaan mereka. Ujian pos dijalankan
bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah nota berwarna boleh meningkatkan tahap
penguasaan murid mengingat fakta.. Berikut ialah pencapaian yang diperolehi.

85

Jadual 2

Nombor Bentuk Soalan Markah Gagal menjawab
Soalan Soalan penuh Bilangan Peratus
Lengkapkan biodata Imam Malik
1 Isi Nama sebenar: __________ 1 11 44%
tempat Tempat lahir : __________ 1 7 25%
kosong Kitab termasyhur : _________ 1 14 56%

Terangkan bukti kesungguhan Imam

2 Struktur Ahmad bin Hanbal dalam menuntut 2 21 81%

ilmu. 11 44%

3 Struktur Apakah usaha Imam Shafie untuk 2 9 38%
menguasai bahasa dan budaya Arab? 17 69%

Nyatakan dua hasil karya Imam Abu

Hanifah 1
4 Struktur - __________ 1

- __________

Berdasarkan pemerhatian dan ujian yang telah dijalankan, saya mendapati teknik nota
berwarna dapat meningkatkan tahap penguasaan murid mengingat fakta. Analisa ujian 1 yang
dijalankan sebelum ini ialah rata-rata bilangan murid yang gagal menjawab adalah melebihi 70%
manakala semasa ujian pos, hanya soalan kemahiran berfikir di soalan 2 murid tidak dapat
menjawab. Namun kajian ini berkaitan mengingat fakta yang mereka perolehi melalui nota yang
mereka sediakan sendiri.

Kemudian saya telah menjalankan soal selidik melalui temubual lisan untuk
mendapatkan respon murid-murid tentang teknik nota berwarna dapat meningkatkan tahap
penguasaan murid mengingat fakta dalam bidang sirah dan tamadun. Murid-murid bersetuju jika
mengambil lebih berat teknik ini, peratus gagal menjawab adalah lebih rendah.

86

5.5 Refleksi Kajian
Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas murid, kaedah yang telah dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran telah memberikan impak yang positif. Skor markah murid
menunjukkan peningkatan. Melalui pemerhatian dan perbincangan semasa temubual, didapati
sebahagian daripada 25 orang murid 4 Arif tidak menyambut baik saranan saya untuk membuat
persediaan menghadapi ujian khas ini berbanding rakan-rakan dari kelas gabungan mereka.
Walaubagaimanapun, murid-murid keseluruhannya menunjukkan minat teknik yang
dikaji kerana mereka mendapat markah yang lebih baik ini merupakan hasil perlaksanaan yang
dilalui dalam tempoh tiga bulan kajian ini dijalankan.
Beberapa kengkangan semasa menjalankan kajian ini juga mempengaruhi sikap murid
untuk mengambil mudah arahan guru, seperti cuti umum yang menepati hari yang mempunyai
jadual mata pelajaran Pendidikan Islam dan tempat yang sesuai untuk menempatkan mereka
yang berjumlah 41 orang.
Saya percaya isu-isu ini dan isu-isu semasa yang mendatang boleh diatasi oleh pihak saya
sendiri dengan penekanan dan kewajaran yang akan saya lakukan pada masa akan datang di
samping usaha murid-murid supaya mereka semakin yakin untuk menjawab soalan dalam bidang
sirah dan tamadun malah soalan-soalan dalam bidang Al-Quran, Hadis, Akidah, Fekah dan
Akhlak Islamiah.
Sebagai seorang guru, saya merasakan suatu kejayaan apabila saya melihat peningkatan
skor murid-murid. Kaedah dan strategi serta kaedah yang digunakan sangat bersesuaian dengan
murid. Pada pandangan saya, murid ini mampu melakukan sesuatu perkara yang baik asalkan
mereka mendapat panduan dan cara yang betul untuk menyediakan nota dengan baik. Saya juga
telah mendapat dan akan sentiasa berusaha membaiki kelemahan saya dalam pengajaran.

87

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Secara keseluruhan, kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian

murid semakin baik walaupun peningkatannya tidak begitu ketara. Namun begitu, usaha ini
haruslah diteruskan agar murid mahir sehingga menyediakan nota dengan baik. Hal ini adalah
penting bagi peringkat yang seterusnya supaya murid lebih bersedia bagi menghadapi
peperiksaan SPM kelak.

Berdasarkan pengalaman yang saya lalui sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini, saya
berhasrat memperkembangkan idea lain untuk kajian seterusnya. Antara cadangan kajian yang
saya ingin lakukan ialah kaedah membina soalan sendiri oleh murid dan kaedah penggunaan
akronim.

Sebagai kesimpulan, kajian tindakan yang saya telah lakukan ini sangat memberi manfaat
kepada murid untuk meningkatkan prestasi dalam pembelajaran Pendidikan Islam khususnya dan
memberi kelebihan kepada guru untuk membaiki pengajaran amnya. Saya berharap hasil kajian
tindakan saya ini boleh diguna pakai oleh rakan-rakan saya nanti.

88

BIBLIOGRAFI
Drs. Hanafi Mohamed (1996) Falsafah Pendidikan Menurut ak-Quran. Pustaka Ilmi Koleksi

Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Pendidikan Islam amb. Januari 2009, Seminar
Penyelidikan Tindakan IPG KBL tahun 2012.
https://ms.pinkmyrideph.com/15-incredible-ideas-to-give-a-touch-of-color-to-your notebooksand
-notes-227301
https://www.gpsbestari.com/tip/tip-belajar/teknik-catat-nota-paling-berkesan-boleh-ikut-cara-ini-
mudah-sangat
https://www.slideshare.net/izarina/teknik-mengambil-dan-membuat-nota

89

LAMPIRAN

Contoh-contoh nota murid 4 Arif 2020

Tokoh Imam Shafi’e diwarnakan dengan ungu manakala Imam Ahmad Hanbal diwarnakan
dengan warna merah jambu.

Tokoh Imam Ahmad Hanbal diwarnakan kuning.
Biodata dan Sumbangan Tokoh Imam Hanafi
dan Imam Malik di dalam muka surat yang
sama tetapi diwarnakan dengan warna
berlainan.

90

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUASAI OPERASI TOLAK DALAM
KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2 INOVASI DENGAN MENGGUNAKAN

KAEDAH “FLOWER PLATE”

OLEH

PUAN ROGAYAH BINTI BAKAR
PUAN NURUL SUHADA BINTI MOHD ADNAN
PUAN SITI NOR HAFIZAH BINTI ZAKARIA

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kefahaman murid tahun 2 terhadap
operasi tolak dalam matematik. Seramai 23 orang pelajar tahun 2, Sekolah Kebangsaan Rasa,
Hulu Selangor dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan
melalui ujian bulanan, peperiksaan penggal dan latihan harian. Hasil tinjauan menunjukkan
murid gagal menguasai operasi tolak. Hasil tinjauan menunjukkan banyak pelajar mendapat
markah yang rendah dalam bahagian operasi tolak. Perancangan tindakan difokuskan kepada
teknik “hands-on”. Pembelajaran secara “hands-on” melibatkan pengalaman pelajar sepenuhnya
dimana ia dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal. Pelajar telah
didedahkan dengan pembelajaran secara “hands-on” selama 60 minit dan kajian ini telah
diselesaikan dalam tempoh 5 minggu. Keputusan ujian telah menunjukkan peningkatan prestasi
pelajar. Dapatan soal selidik pula menunjukkan pelajar dapat menguasai operasi tolak.

91

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Sepanjang menjadi guru matapelajaran Matematik, saya dapati masalah utama pelajar

tidak dalam markah penuh dalam operasi tolak ialah ketidakmahiran mereka membezakan antara
operasi tambah dengan tolak. Walaupun soalan operasi tolak melibatkan 20 markah tetapi
kebanyakan pelajar tidak menjawab langsung. Ramai pelajar yang memberi jawapan yang salah
dengan melakukan operasi tambah. Justeru itu, pelajar sukar mendapat A dalam ujian
Matematik. Implikasinya peratus pelajar yang mendapat A dalam ujian Matematik masih kurang.

Berdasarkan perbualan dengan guru-guru yang terlibat mata pelajaran Matematik tahun
2, mereka juga menghadapi masalah yang sama. Pelajar akan meninggalkan soalan bahagian
operasi tolak atau memberikan jawapan yang salah.

Pelbagai alasan yang berikan contohnya, “susah la cikgu”, “tak tau la..”, tak faham la,
cikgu” dan sebagainya. Ekoran daripada masalah itu, kadang-kadang saya menjadi keliru dengan
keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran saya.

Selain dari itu, saya juga risau dengan pandangan sesetengah pihak termasuk pelajar dan
ibu bapa sendiri yang masih menganggap mata pelajaran Matematik adalah senang sedangkan
ada pelajar yang masih tidak dapat menguasai operasi tolak. Saya rasa saya terpanggil untuk
membaiki keadaan ini dengan melaksanakan Kajian Tindakan menggunakan pembelajaran
secara “hands-on” yang saya namakan “Flower Plate”.

92

2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
a) Pelajar yang sering tidak menjawab langsung soalan operasi tolak.
b) Pelajar yang sering memberi jawapan yang salah.
c) Pelajar yang kurang keyakinan diri semasa menjawab soalan ujian dan peperiksaan.

Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada cara menjawab soalan operasi
tolak mata pelajaran Matematik. Kajian ini penting bagi menggalakkan pelajar dari tahun 2
sentiasa berkeyakinan tinggi ketika menjawab soalan tersebut dan seterusnya mendapat markah
penuh dan melayakkan mereka mendapat gred A.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am
Tujuan kajian ini adalah untuk memastikan pelajar tahun 2 dapat menjawab soalan
Matematik operasi tolak dengan lengkap dan betul dalam ujian dan peperiksaan.

3.2 Objektif Khusus
a) Mengelakkan pelajar yang tidak menjawab langsung soalan operasi tolak.
b) Mengurangkan bilangan pelajar yang menjawab dengan tidak lengkap soalan tersebut.
c) Membantu pelajar meningkatkan daya usaha untuk menjawab semua soalan dengan

betul.
d) Meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas supaya lebih aktif semasa sesi

perbincangan.
e) Mengubah sikap pelajar bahawa Matematik adalah senang.

93

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 23 orang murid tahun 2. Sampel ini terdiri daripada 14 orang pelajar

perempuan dan 9 orang pelajar lelaki. Saya mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke
atas semua pelajar tahun 2 bagi membolehkan semua pelajar menikmati insentif dan dapat
menunjukkan hasil sebagaimana yang diharapkan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Awal Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut :

* Latihtubi menjawab soalan operasi tolak dan tambah.
* Latihan soalan Matematik pada papan hitam.
* Kerja rumah latihan Matematik.

5.2 Analisa Tinjauan Masalah
Keputusan akhir tahun 2019
1. Pelajar yang lulus menjawab soalan Matematik dalam bahagian operasi tolak adalah 10%

sahaja dan markah yang diperolehi adalah rendah. Diandaikan mereka hanya meneka
jawapan yang diberi.
2. Jawapan pelajar pada soalan tersebut menunjukkan pelajar-pelajar lemah dan tidak boleh
selasaikan soalan tersebut.
3. 10% pelajar pula tidak menjawab langsung soalan tersebut.

94

5.3 Tindakan (Rawatan) Yang Akan Dijalankan
Aktiviti 1 :
* Guru memperkenalkan alat bantu mengajar iaitu “Flower Plate” kepada pelajar. Guru

telah menghasilkan sendiri “Flower Plate” untuk menarik perhatian para pelajar.
* Guru menunjukkan cara penggunaan “Flower Plate”.
* Guru melekatkan 1 keping pinggan kertas tanpa penyepit pada papan putih.
* Guru menulis soalan (3-2) dalam bentuk lazim pada papan putih berdekatan dengan

pinggan kertas yang dilekatkan.
* Guru membuat demonstrasi dengan meletakkan 3 batang penyepit pada pinggan kertas

tersebut. Kemudian, guru mencabut 2 batang penyepit. Baki penyepit yang tinggal adalah
jawapannya iaitu 1.
* Guru memberi peluang kepada pelajar yang ingin mencuba untuk menggunakan “Flower
Plate” dengan soalan-soalan operasi tolak yang mudah seperti (3-2), (4-1) dan (5-3).
* Guru memerhati cara pelajar menjawab soalan menggunakan “Flower Plate”.

Pemerhatian
Saya merasa sungguh gembira apabila aktiviti 1 mendapat sambutan yang
memberangsangkan oleh pelajar. Semua pelajar bersungguh-sungguh untuk mencuba dan
fahami apa yang ingin disampaikan. Walaubagaimanapun masih ada yang tidak faham tetapi
mempunyai keyakinan diri untuk mencuba dan akhirnya faham setelah diberi peneguhan.

Refleksi
Hasil daripada aktiviti 1 didapati pelajar dapat menguasai operasi tolak dengan pengiraan
yang mudah dengan bimbingan guru.

95

Aktiviti 2 :
* Setelah pelajar memahami cara untuk menggunakan “Flower Plate”, guru menguji pelajar

dengan pengiraan yang mudah seperti (3-1), (4-3) dan (5-2).
* Setelah pelajar menguasai pengiraan yang mudah, guru menguji pelajar dengan pengiraan

yang lebih sukar seperti (7-4), (8-6) dan (9-5).
* Guru memberi peluang kepada pelajar yang ingin mencuba terutamanya pelajar yang

lemah.
* Guru memberi peneguhan terhadap pelajar yang melakukan kesilapan dalam aktiviti.

Pemerhatian
Hasil daripada aktiviti 2 didapati pelajar-pelajar yang lemah telah menunjukkan peningkatan
pemahaman terhadap soalan operasi tolak dan mereka dapat menjawab soalan dengan cara
yang betul dengan menggunakan “Flower Plate”.

Refleksi
Saya sangat gembira apabila mendapati pelajar-pelajar lemah menunjukkan peningkatan
pemahaman dan kemahiran terhadap apa yang saya sampaikan. Mereka juga menggunakan
waktu terluang mereka dengan menguji minda sesama rakan. Belajar secara berkumpulan
banyak membantu mereka dalam usaha meningkatkan pemaaman mereka. Bagi mereka
yang lemah, mereka akan diberi tumpuan istimewa oleh guru iaitu mereka akan berjumpa
guru pada setiap pagi sebelum P&P untuk diberi bimbingan.

96

Aktiviti 3 :
* Setelah pelajar menguasai aktiviti 1 dan 2, guru akan memberikan soalan-soalan yang

lebih sukar seperti (43-31), (93-52) dan (89-67) dalam bentuk lazim.
* Guru menunjukkan cara untuk menjawab soalan-soalan operasi tolak tersebut dengan

menggunakan “Flower Plate”
* Kemudian, guru menggunakan Flower Plate untuk soalan operasi tolak mengumpul

semula seperti (4-9) untuk soalan (554-229).
* Guru memberi peluang kepada pelajar yang ingin mencuba.
* Guru memberi peneguhan terhadap pelajar yang melakukan kesilapan dalam aktiviti.

Pemerhatian
Hasil yang didapati daripada aktiviti 3 ialah pelajar semakin bagus dalam menyelesaikan
soalan operasi tolak. Terdapat pelajar membantu pelajar yang lemah.

Refleksi
Saya merasa gembira apabila mendapati pelajar dapat melakukan dengan baik dan cara
yang betul selain kerjasama yang ditunjukkan oleh pelajar yang membantu rakan yang
lemah.

Aktiviti 4 :

* Setelah pelajar menguasai aktiviti 1,2 dan 3, guru akan mengajar cara untuk menjawab
soalan operasi tolak menggunakan jari-jemari.

97

* Guru mulakan dengan pengiraan mudah seperti (3-2), (4-1) dan (5-3). Kemudian, yang
lebih sukar seperti (7-4), (9-6) dan (10-7) setelah pelajar telah menguasai pengiraan yang
mudah.

* Guru mengajar pelajar menjawab soalan operasi tolak menggunakan kaedah bilangan
batang lidi.

* Guru menyediakan lembaran kerja yang mengandungi 40 markah ( 1 soalan = 1 markah)
untuk pelajar jawab dalam masa 1 jam sebagai aktiviti pengukuhan.

* Pelajar perlu menulis bilangan batang lidi dalam bentuk ayat Matematik untuk setiap
soalan dalam lembaran kerja.

* Guru memerhati cara pelajar menyelesaikan soalan-soalan dalam lembaran kerja.
* Guru membuat perbincangan jawapan lembaran kerja bersama para pelajar.

Pemerhatian
Hasil daripada aktiviti 4 didapati semua pelajar semakin mahir menyelesaikan masalah
operasi tolak dan tambah menggunakan kaedah bilangan batang lidi dan boleh membezakan
antara soalan operasi tolak dengan tambah dengan baik.

Refleksi
Saya merasa gembira apabila mendapati pelajar semakin mahir menyelesaikan soalan-soalan
menggunakan jari-jemari dan kaedah bilangan batang lidi. Kebanyakan pelajar mendapat
markah yang banyak iaitu antara 35 hingga 39.

98

Aktiviti 5 :
* Setelah aktiviti 1,2,3 dan 4 dikuasai oleh pelajar, aktiviti seterusnya guru membuat ujian

untuk para pelajar.
* Guru mengedar kertas ujian kepada para pelajar.
* Pelajar menjawab ujian dalam masa yang telah ditetapkan.
* Jawapan pelajar dianalisis dan disemak oleh guru dengan serta merta dengan cara

membuat perbincangan bersama pelajar.

Pemerhatian
Hasil daripada aktiviti 5 didapati pelajar telah mahir menyelesaikan soalan Matematik
operasi tolak dan tambah.

Refleksi
Saya berasa sungguh gembira apabila mendapati pelajar telah mahir menyelesaikan soalan
operasi tolak terutamanya pelajar-pelajar yang lemah di dalam kelas.

5.4 Pelaksanaan Tindakan
Keputusan Ujian, Ujian Pertengahan Tahun disimpan dan dijadikan graf. Kertas kerja
mereka diperiksa supaya mereka dapat menguasai kemahiran menguasai operasi tolak. Di
dalam peperiksaan tidak ada yang mendapat D tetapi masih ada yang mendapat C tetapi
masih boleh diperbaiki. Mereka dapat menyiapkan tugasan dengan cepat.

99

5.5 Refleksi kajian
Tindakan intervensi yang dijalankan telah berjaya mengatasi masalah fokus kajian iaitu telah
membasmi E dalam ujian. Saya berasa gembira kerana semua murid telah lulus ujian itu dan
tiada murid yang mendapat D. Kebarangkalian untuk penambahan lulus adalah tinggi.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan kajian ini, fokus program ini adalah untuk mendapatkan markah bagi

bahagian operasi tolak Matematik. Kemahiran belajar menggunakan bahan maujud harus
ditekankan dan diberi masa yang lebih lama untuk mendapatkan kesan atau hasil yang
memberangsangkan. Untuk menjalankan aktiviti ini dengan lebih berkesan dicadangkan
diadakan kelas tambahan seperti sebelah pagi (sebelum P&P) atau waktu balik (selepas P&P).
Masa yang tidak mencukupi menyebabkan proses menjalankan aktiviti kurang lancar.

BIBLIOGRAFI
Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan : Teori dan Amalan, Tanjong Malim

: Penerbit UPSI

100


Click to View FlipBook Version