LAPORAN TAHUNAN
2021
ISI KANDUNGAN DAN MUKA SURAT
1 50 - 54
Visi Dan Motto KOJUTA Pandangan Suruhanjaya Di Bawah
Subseksyen 59(2) Akta Koperasi 1993 Ke
2 - 4 Atas Akaun-Akaun Dan Kunci Kira-Kira
Notis Dan Agenda Mesyuarat Agung Koperasi Berakhir Pada 31 Disember 2020
Tahunan Kali Yang Ke 20
5 55
Aturcara Majlis Laporan Dan Penyata Kewangan Beraudit
Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31
6 - 25 Disember 2021
Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung
Tahunan Kali Yang Ke 20 Yang Diadakan 56
Pada 23 September 2021 Maklumat Korporat
26 57
Perakuan Jawatankuasa Menentusahkan Laporan Berkanun Anggota Lembaga
Deraf Minit Mesyuarat Agung Tahunan
Kali Yang Ke 20 Yang Diadakan Pada 23 58 - 61
September 2021 Laporan Juruaudit Luar
27 62 - 63
Senarai Anggota Lembaga Dan Jawatan Penyata Kedudukan Kewangan
Bagi Sesi 2021
28 64
Senarai Jawatankuasa Audit Dalaman Dan Penyata Pembahagian Keuntungan
Juruaudit Luar Bagi Sesi 2021
29 65
Senarai Jawatankuasa Mengikut Portfolio Penyata Pendapatan Komprehensif
Bagi Sesi 2021
30 66 - 67
Senarai Wargakerja KOJUTA Bagi Sesi 2021 Penyata Aliran Tunai
31 68 - 98
Alamat Pengurusan, Bank Dan Panel Nota-Nota Kepada Penyata Kewangan
Peguam KOJUTA Bagi Sesi 2021
32 - 41 99 - 101
Laporan Lembaga 2021 Anggaran Pendapatan Dan Perbelanjaan
Bagi Tempoh 2022
42 - 49 102
Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman Anggaran Penerimaan Dan Pembayaran
Mengenai Akaun Teraudit Bagi Tahun Tunai Dari 01.01.2022 Hingga 31.12.2022
Kewangan Berakhir Pada 31 Disember
2021 103
Borang Usul
VISI, MISI DAN MOTTO
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
VISI
Menjana Ekonomi, Menyediakan
Keperluan Dan Yang Mematuhi Syariah
Kepada Anggota Dan Masyarakat Dengan
Cemerlang.
MISI
Menjadi Sebuah Koperasi Yang Disegani,
Unggul, Berdaya Maju Dan Merealisasikan
Matlamat Yang Dicitakan Bagi Memenuhi
Keperluan Anggota.
MOTTO
“Muafakat Membawa Berkat”
Laporan Tahunan 2021 1
NOTIS DAN AGENDA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 21
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
Surat Kami : KJT/PEKELILING/Jld.3/06/22/(48)
Tarikh : 01 Jun 2022
Kepada;
ANGGOTA LEMBAGA,
JAWATANKUASA JURUAUDIT DALAMAN dan ANGGOTA,
Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA)
Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan,
NOTIS PEMBERITAHUAN :
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 21
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
Adalah saya dengan ini memaklumkan bahawa majlis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke
21 Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) akan diadakan pada tarikh, masa, tempat
dan agenda sepertimana berikut:-
TARIKH : 22 JUN 2021 (RABU)
MASA : 08.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN PRIMA
ARAS 6, WISMA LJT
LORONG PERAK, PUSAT BANDAR MELAWATI
53100 KUALA LUMPUR
AGENDA :
1. Memilih Pengerusi Bagi Mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali
Yang Ke 20 Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA);
2. Melantik Suatu Jawatankuasa Yang Terdiri Daripada Enam (6) Orang Anggota
Dan Empat (4) Orang Anggota Lembaga Untuk Menentusahkan Deraf Minit
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke 21;
Laporan Tahunan 2021 2
NOTIS DAN AGENDA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 21 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
3. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke
20 Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) Yang Diadakan Pada 23
September 2021;
4. Membentang, Menimbang Dan Meluluskan Laporan Lembaga 2021, Laporan
Jawatankuasa Audit Dalaman Mengenai Akaun-Akaun Teraudit Bagi Tahun
2021 Dan Pandangan Suruhanjaya Ke Atas Akaun Dan Kunci Kira-Kira Berakhir
Pada 31 Disember 2020;
5. Membentang, Menimbang Dan Meluluskan Laporan Juruaudit Luar 2021,
Laporan Berkanun Anggota 2021, Penyata Akaun Teraudit Bagi Tahun Berakhir
31 Disember 2021 Dan Subsidiari Atau Subsidiari-Subsidiarinya Jika Ada Dan
Cadangan Pembahagian Keuntungan;
6. Membentang, Menimbang Dan Meluluskan Anggaran Pendapatan Dan
Perbelanjaan Bagi Tempoh 2022 Dan Anggaran Penerimaan Dan Pembayaran
Tunai Dari 01/01/2022 Hingga 31/12/2022;
7. Mengisytiharkan Atau Menerbitkan Syer-Syer Bonus;
8. Membincangkan Dan Meluluskan Honorarium Kepada Anggota Lembaga
Dicadangkan, Elaun-Elaun Kepada Anggota-Anggota Lembaga Dan
Jawatankuasa Audit Dalaman Dan Saraan Kepada Anggota-Anggota Lembaga
Yang Dilantik Sebagai Pengarah Bagi Subsidiari Atau Subsidiari-Subsidiari
Koperasi Ini, Jika Ada;
9. Membentang Laporan Berkenaan Penerimaan Deposit Dan Pinjaman Daripada
Anggota Dan Bukan Anggota;
10. Membincang, Menimbang Dan Meluluskan Surat Cara Deposit Atau Pinjaman;
11. Membincang, Menimbang Dan Meluluskan Ruang Lingkup Dan Had Pelaburan
Daripada Wang Berlebihan Koperasi Ini Tidak Melebihi 30% Daripada Nilai Aset
Semasa Bagi Tahun Kewangan 2022;
12. Memberikuasa Kepada Lembaga Koperasi Untuk Membuat Pinjaman Luar Tidak
Melebihi 30% Daripada Nilai Aset Semasa (Had Maksimum Keterhutangan
Koperasi) Bagi Tahun Kewangan 2022;
13. Meluluskan Pelantikan Satu Panel Yang Terdiri Daripada Tidak Kurang Daripada
Dua (2) Firma Audit Yang Diluluskan Oleh Suruhanjaya Untuk Dipilih Salah Satu
Daripadanya Dan Seorang Pegawai Suruhanjaya Untuk Mengaudit Akaun-
Akaun Koperasi;
Laporan Tahunan 2021 3
NOTIS DAN AGENDA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 21 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
14. Mendengar, Membentang, Menimbang Dan Memutuskan Apa-Apa Cadangan
/ Usul Atau Urusan Perniagaan Lain Koperasi Yang Baginya Suatu Yang Tidak
Kurang Daripada Tujuh (7) Hari Sebelum Mesyuarat Agung Kali Yang Ke 21
Diadakan;
15. Membentang, Menimbang Dan Meluluskan Cadangan Pindaan Kepada
Undang-Undang Kecil;
16. Membentang, Menimbang Dan Memutuskan Apa-Apa Aduan Daripada Mana-
Mana Anggota Yang Terkilan Dengan Sesuatu Keputusan Lembaga, Dengan
Syarat Suatu Notis Yang Tidak Kurang Daripada Tujuh (7) Hari Telah Diberikan
Kepada Koperasi Mengenainya;
17. Menimbang Dan Meluluskan Apa-Apa Laporan Yang Hendak Dikemukakan
Menurut Kehendak Akta Dan Peraturan;
18. Memilih Anggota-Anggota Lembaga Sesi 2022/2023.
2. Oleh yang demikian, semua ANGGOTA LEMBAGA, JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN
dan ANGGOTA Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) adalah DIJEMPUT hadir ke
Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) Kali Yang Ke 21
ini.
Sekian , terima kasih.
`MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT’
Dengan hormatnya,
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD
(Sr HAJI KHAIRUL SALEH BIN JAMALUDIN)
Setiausaha
PERINGATAN :
*Sila pastikan Buku Laporan Tahunan 2021 yang diemailkan ada bersama semasa
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke 21 diadakan.
Laporan Tahunan 2021 4
ATURCARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 21
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
▪ 8.00 Pagi – 9.00 Pagi
Pendaftaran Kehadiran Anggota Ke Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke 21
Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) Dan Sarapan Pagi.
▪ 9.00 Pagi – 9.45 Pagi
Presentasi Mengenai Minuman Kesihatan ‘Kangen Water’ Yang Akan Disampaikan Oleh Dr. Nejim
Al-Asedi Dan Encik Nicolas Tan Dari Syarikat Energic Water.
▪ 9.30 pagi
Kehadiran Dif-Dif Jemputan.
▪ 9.45 Pagi – 10.00 Pagi
Ucapan Selamat Datang Dan Bacaan Doa Pembuka Majlis Sempena Mesyuarat Agung Tahunan
Kali Ke 21 Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA).
▪ 10.00 Pagi – 10.15 Pagi
Ucapan Aluan Oleh Tuan Sr Haji Nik Mazlan bin Nik Mohamad,
Pengerusi,
Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA).
▪ 10.15 Pagi – 10.30 Pagi
Ucapan Oleh YBrs. Tuan Jaafar bin Ahmad,
Pengarah,
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan,
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya).
▪ 10.30 Pagi – 10.45 Pagi
Ucapan Perasmian Oleh YBrs. Tuan Sr Haji Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali,
Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan,
Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM),
Merangkap
Pengerusi,
Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT); dan
Pengerusi,
Yayasan Kebajikan Jurukur Tanah Berdaftar (YKJTB).
▪ 10.45 Pagi – 11.00 Pagi
Jamuan Ringan.
▪ 11.00 Pagi – 1.00 Petang
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke 21
Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) Dimulakan.
Rujuk Agenda Mesyuarat Di Dalam Buku Laporan Muka Surat 2 Hingga Muka Surat 4.
▪ 1.00 Petang
Makan Tengahari Dan Bersurai.
Laporan Tahunan 2021 5
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 20
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD
(KOJUTA)
TARIKH (HARI) :
23 SEPTEMBER 2021 (KHAMIS)
MASA :
10.00 PAGI
TEMPAT :
SECARA VIRTUAL
BROADCAST
KOLEJ GEOSPATIAL SCIENCE & TECHNOLOGY
TINGKAT 2, WISMA LJT
LORONG PERAK, PUSAT BANDAR MELAWATI
53300 KUALA LUMPUR
KEHADIRAN : (Anggota Lembaga)
1. Tuan Sr Haji Sirajudin bin Haji Ahmad - Pengerusi
2. Tuan Sr Haji Nik Mazlan bin Nik Mohamad - Naib Pengerusi
3. Tuan Sr Haji Khairul Saleh bin Jamaludin - Setiausaha
4. Tuan Sr Mok Kam Loong - Bendahari
5. Tuan Sr Haji Zaharudin bin Zahid - Penolong Setiausaha
6. Tuan Sr Haji Zulkifli bin Hassan - Penolong Bendahari
7. Tuan Sr Haji Mohamed Nordin bin Sabran - Anggota Lembaga
8. Tuan Sr Haji Ghazali bin Mohamad - Anggota Lembaga
9. Tuan Sr Chan Peng Yue - Anggota Lembaga
10. Tuan Sr Nordin bin Md - Anggota Lembaga
11. YBhg. Datuk Sr Dr Haji Mohaizi bin Mohamad - Anggota Lembaga
KEHADIRAN : (Anggota)
12. Tuan Sr Ab Aziz bin Jusoh
13. Tuan Sr Haji Abd. Rahman bin Mohd Don
14. YBhg. Datuk Sr Haji Rahman bin Salleh
15. Tuan Sr Abdul Hadi bin Abdul Samad
16. Tuan Sr Abdul Rahman bin Abdul Hamid
17. Tuan Sr Abdul Rahman bin Bahri
18. Tuan Sr Haji Abdul Sukor bin Mahat
Laporan Tahunan 2021 6
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
19. Tuan Sr Haji Abu Husin bin Jantan
20. Tuan Sr Adam bin Idriss
21. Tuan Sr Haji Ahamad Kamil bin Saaud
22. Tuan Sr Haji Ahmad Ghazali bin Mohd Ayob
23. Tuan Sr Ahmad Her bin Rahmad
24. Tuan Sr Ahmad Roshdi bin Abdul Rahman
25. Tuan Sr Haji Ahmad Shauqi bin Nawawi
26. Tuan Sr Haji Al Jafri bin Wan Ahmad
27. Tuan Sr Aman Hamidi bin Mohammad
28. YBhg. Prof. Sr Dr. Haji Ayob bin Sharif
29. Tuan Sr Azhar bin Husain
30. Tuan Sr Chang Leng Hua
31. Tuan Sr Che Hashim bin Che Ismail
32. Tuan Sr Haji Che Mustapha bin Abdullah
33. Tuan Sr Cheng Beng Cheang
34. Tuan Sr Chong Eng Tiam
35. Tuan Sr Choong Weng Chiew
36. Tuan Sr Choy Kwok Ming
37. YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed
38. YBhg. Dato’ Indera Sr Mohd Noor bin Isa
39. Y.Bhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin
40. Y.Bhg. Datuk Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib
41. YBhg. Datuk Sr Haji Johari bin Wahab
42. YBhg. Datuk Sr Hamid bin Ali
43. YBhg. Dato’ Sr Hassan bin Jamil
44. YBhg. Dato’ Dr Sr Haji Md. Said @ Mohd Zaid bin Abdullah
45. Tuan Sr Farizal bin Abdullah
46. Tuan Sr Haji Ghazali bin Mohd Lila
47. Tuan Sr H’ng Kim Heng
48. Tuan Sr H’ng Kim Por
49. Tuan Sr Haji Hafizi bin Ismail
50. Tuan Sr Haji Hamidi bin Ahmad
51. Tuan Sr Haji Hashim bin Sibelik
52. Tuan Sr Haji Hassan bin Jusoh
53. Tuan Sr Haji Hassan Juffry bin Ahmad
54. Tuan Sr Haji Md Isa bin Haji Hanafiah
55. Tuan Sr Haji Kamarul Ariffin bin Kamaruzaman
56. Tuan Sr Lee Chenk Hock
57. Tuan Sr Leong Heng Chee
58. Tuan Sr Leong Hon Cheng
59. Tuan Sr Leong Peng Chiew
60. Tuan Sr Lim Chew Hoon
61. Tuan Sr Lim Poh Teik
62. Tuan Sr Low Hong Toh
63. Tuan Sr Maihizam bin Mohd Zin
Laporan Tahunan 2021 7
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
64. Tuan Sr Haji Mansor bin Bagong
65. Tuan Sr Haji Mazlan bin Ashaari
66. Tuan Sr Haji Mazlan bin Warji
67. Tuan Sr Haji Misron bin Haji Yasin
68. Tuan Sr Haji Mohamad bin Yem
69. Tuan Sr Haji Mohamed bin Ismail
70. Tuan Sr Haji Mohd Apandi bin Mohamad
71. Tuan Sr Mohd Ayub bin Yaakub
72. Tuan Sr Mohd Daud bin Abd. Rashid
73. Tuan Sr Mohd Fadzli bin Hashim
74. Tuan Sr Mohd Hafizi bin Mohd Zawi
75. Tuan Sr Haji Mohd Hanifa bin K. Abd. Hamid
76. Tuan Sr Mohd Hazril Munir @ Umar bin Mansor
77. Tuan Sr Haji Mohd Maideen bin Mustafah Ismail
78. Tuan Sr Haji Mohd Mazlan bin Suleiman
79. Tuan Sr Haji Mohd Nordin bin Yahya
80. Tuan Sr Mohd Rohaizad bin Ismail
81. Tuan Sr Haji Mohd Rozi bin Latib
82. Tuan Sr Haji Mohd Safrul Alam bin Masari
83. Tuan Sr Mohd Salehan bin Ngadiman
84. Tuan Sr Mohd Shah bin Seeron
85. Tuan Sr Haji Mohd Shakir bin Hamid
86. Tuan Sr Mohd Shakirin bin Mohamad Hasan
87. Tuan Sr Haji Mokhtar bin Abdullah
88. Tuan Sr Haji Mokhtar bin Kassim
89. Tuan Sr Mu’ammar bin Mustapa
90. Tuan Sr Muhammad Adam Ta Kuan Hen
91. Tuan Sr Haji Multaza bin Mohd Zin
92. Tuan Sr Mustapha bin Mohamed
93. Tuan Sr Nazareth Austin
94. Tuan Sr Ng Boon Chye
95. Tuan Sr Haji Nik Afinde bin Nik Yaakub
96. Tuan Sr Noor Omaran bin Othman
97. Tuan Sr Noor Azam bin Khamis
98. Tuan Sr Noor Azman bin Embi
99. Tuan Sr Ong Tok Min
100. Tuan Sr Pan Nyuk Fah
101. Tuan Sr Rahim bin Sidek
102. Tuan Sr Haji Rahmat bin Baba
103. Tuan Sr Razalli bin Abdul Kadir
104. Tuan Sr Rodzi bin Abu Bakar
105. Tuan Sr Ros Azamin bin Ismail
106. Tuan Sr Haji Roslan bin Ab. Ghani
107. Tuan Sr Haji Rosli bin Ab. Wahab
108. Tuan Sr Haji Rosli bin Ahmad
Laporan Tahunan 2021 8
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
109. Tuan Sr Sabri bin Yusof
110. Tuan Sr Haji Saharuddin bin Saat
111. Tuan Sr Haji Shaharuddin bin Haji Musa
112. Tuan Sr Samsudin bin Hassan
113. Tuan Sr Dr. Syed Jamaludin bin Sayed Ali
114. Tuan Sr Shah Nizam bin Basirun
115. Tuan Sr Shahrezal bin Zainuddin
116. Tuan Sr Aziz bin Abdullah
117. Tuan Sr Dr. Shaikh Ibrahim bin Shaikh Omar
118. Tuan Sr Haji Mohd Nor bin Udin
119. Tuan Sr Haji Syed Omar bin Syed Hamid
120. Tuan Sr Tai Choon Keat
121. Tuan Sr Tan Chwi Seng
122. Tuan Sr Tan Say Kee
123. Tuan Sr Tang Chet Poh
124. Tuan Sr Teoh Teik Leong
125. Tuan Sr Tiew Hong Hock
126. Tuan Sr Haji Wan Ariffin bin Sulaiman
127. Tuan Sr Haji Wan Deraman bin Che Awang
128. Tuan Sr Haji Mahadi bin Wan Ahmad
129. Tuan Sr Haji Wan Sagar bin Wan Embong
130. Tuan Sr Wan Zahari bin Wan Nilam
131. Tuan Sr Wong Kin On
132. Tuan Sr Wong Yee Kong
133. Tuan Sr Haji Yahya bin Muhmad Yunos
134. Tuan Sr Yeo Kiat Seng
135. Puan Sr Yeo Suan Imm
136. Tuan Sr Zainal Abidin bin Kamaruddin
137. Tuan Sr Zul Majid bin Mokhtar Bazin
138. Tuan Sr Zulkifli bin Mat Rais
Bilangan Anggota : 265 orang
Kuorum Diluluskan : 89 orang
Bilangan Anggota Yang Hadir : 138 orang
AGENDA 1 : MEMILIH PENGERUSI BAGI MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN KALI KE 20
1.1. Tuan Sr Haji Khairul Saleh bin Jamaludin, Setiausaha KOJUTA
mengucapkan salam dan selamat datang kepada semua
Anggota yang mengikuti mesyuarat pada pagi ini. Beliau
seterusnya mengajak semua hadirin untuk ke Agenda 1 iaitu
Laporan Tahunan 2021 9
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
Memilih Pengerusi Bagi Mempengerusikan Mesyuarat Agung
Tahunan Kali Ke 20 ini.
1.2. Tuan Sr Haji Khairul Saleh bin Jamaludin, Setiausaha KOJUTA
seterusnya memohon anggota untuk memberikan cadangan
nama untuk mempengerusikan mesyuarat ini.
1.3. Tuan Sr Haji Mohamed bin Ismail, Tuan Sr Haji Ahmad Shauqi
bin Nawawi, Tuan Sr Nordin bin Md dan Tuan Sr Haji Nik Afinde
bin Nik Yaakub mencadangkan Tuan Sr Haji Sirajudin bin Haji
Ahmad, Pengerusi sebagai Pengerusi bagi mempengerusikan
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 20.
1.4. Cadangan mereka disokong oleh Tuan Sr Muhammad Adam Ta
Kuan Hen, Tuan Sr Zul Majid bin Mokhtar Bazin dan Tuan Sr Haji
Hassan bin Zulkifli.
1.5. Keputusan:
Mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik Tuan Sr Haji
Sirajudin bin Haji Ahmad bagi mempengerusikan Mesyuarat
Agung Tahunan KOJUTA Kali Yang Ke 20.
1.6. Pengerusi Mesyuarat mengucapkan terima kasih dan
seterusnya meneruskan mesyuarat dengan memaklumkan
bahawa Notis Panggilan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 20
telah diedarkan pada 08 September 2021. Kehadiran semasa
yang dimaklumkan kepada beliau adalah seramai 126 orang
anggota memenuhi keperluan kuorum yang diluluskan oleh
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) seramai 89 orang
anggota.
1.7. Pengerusi Mesyuarat memaklumkan bahawa oleh kerana
pendemik mesyuarat secara virtual ini hanya dapat
memperlihatkan seramai lima (5) orang daripada sebelas (11)
orang Anggota Lembaga hadir. Lima (5) Anggota Lembaga
adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha,
Bendahari dan Tuan Sr Haji Mohamed Nordin bin Sabran
(Anggota Lembaga) sebagai penasihat.
1.8. Pengerusi Mesyuarat melantik Setiausaha iaitu Tuan Sr Haji
Khairul Saleh bin Jamaludin sebagai Pencatit Minit Mesyuarat
Agung Tahunan Kali Ke 20.
Laporan Tahunan 2021 10
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
AGENDA 2 : MELANTIK SUATU JAWATANKUASA YANG TERDIRI DARIPADA ENAM
(6) ORANG ANGGOTA DAN EMPAT (4) ORANG ANGGOTA LEMBAGA
UNTUK MENENTUSAHKAN DERAF MINIT MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN KALI KE 20
2.1. Pengerusi Mesyuarat meneruskan agenda mesyuarat dengan
meminta semua anggota yang hadir untuk melantik enam (6)
orang anggota dan empat (4) orang Anggota Lembaga bagi
menduduki Jawatankuasa Menentusahkan Deraf Minit
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke 20.
2.2. Seterusnya Pengerusi Mesyuarat memohon kerjasama anggota
untuk memilih atau mencalonkan diri bagi menduduki
Jawatankuasa Menentusahkan Deraf Minit Mesyuarat Agung
Tahunan Kali Yang Ke 20.
2.3. Sehubungan itu, anggota-anggota yang dilantik bagi menduduki
Jawatankuasa Menentusahkan Deraf Minit Mesyuarat Agung
Tahunan Kali Yang Ke 20 adalah seperti berikut iaitu:-
i) Tuan Sr Haji Nik Afinde bin Nik Yaakub;
ii) Tuan Sr Mustapha bin Mohamed;
iii) Tuan Sr Haji Ahmad Shauqi bin Nawawi;
iv) Tuan Sr Yeo Kiat Seng;
v) Tuan Sr Haji Mohd Hanifa bin K. Abd. Hamid; dan
vi) Tuan Sr Haji Abdul Sukor bin Mahat.
2.4. Pengerusi Mesyuarat mencadangkan empat (4) orang Anggota
Lembaga berikut dilantik menduduki Jawatankuasa
Menentusahkan Deraf Minit Mesyuarat agung Tahunan Kali
Yang Ke 20 iaitu:
i) Tuan Sr Nordin bin Md;
ii) Tuan Sr Haji Zulkfli bin Hassan;
iii) Tuan Sr Chan Peng Yue; dan
iv) Tuan Sr Haji Ghazali bin Mohamad.
2.5. Keputusan :-
Mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik Anggota berikut
iaitu :
i) Tuan Sr Haji Nik Afinde bin Nik Yaakub;
ii) Tuan Sr Mustapha bin Mohamed;
Laporan Tahunan 2021 11
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
iii) Tuan Sr Haji Ahmad Shauqi bin Nawawi;
iv) Tuan Sr Yeo Kiat Seng;
v) Tuan Sr Haji Mohd Hanifa bin K. Abd. Hamid; dan
vi) Tuan Sr Haji Abdul Sukor bin Mahat.
manakala ;
i) Tuan Sr Nordin bin Md;
ii) Tuan Sr Haji Zulkfli bin Hassan;
iii) Tuan Sr Chan Peng Yue; dan
iv) Tuan Sr Haji Ghazali bin Mohamad.
mewakili Anggota Lembaga bagi menduduki Jawatankuasa
Menentusahkan Deraf Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali
Yang Ke 20.
AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN KALI YANG KE 19 KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN
BERHAD (KOJUTA) YANG DIADAKAN PADA 26 OGOS 2020
3.1. Pengerusi Mesyuarat memaklumkan bahawa Buku Laporan
2020 telah diedarkan menerusi email kepada semua Anggota
pada 08 September 2021 iaitu Dua (2) minggu sebelum
Mesyuarat Agung diadakan.
3.2. Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke 19 Koperasi
Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) adalah merujuk
kepada Muka Surat
6 hingga Muka Surat 26 yang terkandung di dalam Buku
Laporan Tahunan 2020 dan beliau harap anggota telah
menyemak minit mesyuarat dan semua laporan yang
dilaporkan di dalam buku laporan tersebut.
3.3. Pengerusi Mesyuarat seterusnya meminta anggota
menyatakan sekiranya terdapat mana-mana agenda atau
perkara yang telah dibangkitkan di dalam mesyuarat lepas yang
tidak dicatitkan dengan sempurna.
3.4. Pengerusi Mesyuarat juga memaklumkan bahawa perjalanan
mesyuarat hari ini adalah di bawah pemantauan pihak
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Norfaizah binti
Manjah, Penolong Pengarah Nasional B Suruhanjaya Koperasi
Malaysia Wilayah Persekutuan.
Laporan Tahunan 2021 12
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
3.5. Memandangkan tiada apa-apa komen daripada anggota, Tuan
Sr Haj i Mohamed bin Ismail mencadangkan Minit Mesyuarat
Agung Tahunan Kali Yang Ke 19 Koperasi Jurukur Tanah
Berlesen Berhad (KOJUTA) yang diadakan pada 26 Ogos 2020
disah dan diluluskan.
3.6. Cadangan Tuan Sr Haji Mohamed bin Ismail telah disokong oleh
Tuan Sr Ng Hong Yuen dan Tuan Sr Chan Peng Yue.
3.7. Keputusan :-
Mesyuarat sebulat suara bersetuju mengesahkan dan
meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke 19
Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA).
AGENDA 4 : MEMBENTANG, MENIMBANG DAN MELULUSKAN LAPORAN LEMBAGA
2020, LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN MENGENAI
AKAUN-AKAUN TERAUDIT BAGI TAHUN 2020 DAN PANDANGAN
SURUHANJAYA KE ATAS AKAUN DAN KUNCI KIRA-KIRA BERAKHIR PADA
31 DISEMBER 2019
4.1. Pengerusi Mesyuarat memaklumkan bahawa agenda ini adalah
merujuk kepada Muka Surat 33 hingga Muka Surat 40 (Laporan
Lembaga 2020), Muka Surat 41 hingga Muka Surat 50 (Laporan
Jawatankuasa Audit Dalaman Mengenai Akaun-Akaun Teraudit
Bagi Tahun 2020) dan Muka Surat 51 hingga Muka Surat 57
(Pandangan Suruhanjaya Ke Atas Akaun Dan Kunci Kira-Kira
Berakhir Pada 31 Disember 2019 yang terkandung dalam Buku
Laporan Tahunan 2020.
4.2. Pengerusi Mesyuarat seterusnya memohon laporan-laporan
tersebut dibuka untuk dibincangkan, diterima dan diluluskan.
4.3. Tuan Sr Zul Majid bin Mokhtar Bazin mencadangkan supaya
Laporan Lembaga 2020, Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman
Mengenai Akaun-Akaun Teraudit Bagi Tahun 2020 dan
Pandangan Suruhanjaya Ke Atas Akaun Dan Kunci Kira-Kira
Berakhir Pada 31 Disember 2019 diterima dan diluluskan.
4.4. Cadangan Tuan Sr Zul Majid bin Mokhtar Bazin telah disokong
oleh Tuan Sr Haji Mohd Maideen bin Mustafa Ismail.
Laporan Tahunan 2021 13
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
4.5. Keputusan:
Mesyuarat sebulat suara bersetuju mengesahkan dan
meluluskan Laporan Lembaga 2020, Laporan Jawatankuasa
Audit Dalaman Mengenai Akaun-Akaun Teraudit Bagi Tahun
2020 dan Pandangan Suruhanjaya Ke Atas Akaun Dan Kunci
Kira-Kira Berakhir Pada 31 Disember 2019.
AGENDA 5 : MEMBENTANG, MENIMBANG DAN MELULUSKAN LAPORAN JURUAUDIT
LUAR 2020, LAPORAN BERKANUN ANGGOTA 2020, PENYATA AKAUN
TERAUDIT BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020 DAN SUBSIDIARI
ATAU SUBSIDIARI-SUBSIDIARINYA JIKA ADA DAN CADANGAN
PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN
5.1. Pengerusi Mesyuarat seterusnya memaklumkan bahawa
Agenda 5 ini iaitu membentang, menimbang dan meluluskan
Laporan Juruaudit Luar 2020, Laporan Berkanun Anggota 2020,
Penyata Akaun Teraudit Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020
Dan Subsidiari Atau Subsidiari-Subsidiarinya Jika Ada Dan
Cadangan Pembahagian Keuntungan akan dibincangkan
bersama dengan Agenda 6 iaitu Membentang, Menimbang
Dan Meluluskan Anggaran Pendapatan Dan Perbelanjaan Bagi
Tempoh 2021 Dan Anggaran Penerimaan Dan Pembayaran
Tunai Dari 01/01/2021 Hingga 31/12/2021.
5.2. Pengerusi Mesyuarat seterusnya meminta Tuan Sr Mok Kam
Loong, Bendahari Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad
(KOJUTA) untuk membentangkannya.
5.3. Bendahari melaporkan bahawa semua maklumat Laporan
Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020 adalah
merujuk dari Muka Surat 60 hingga Muka Surat 103 Buku
Laporan Tahunan 2020. Beliau membentangkan beberapa
perkara yang penting.
5.4. Bendahari mohon semua anggota merujuk kepada laporan
Penyata Pendapatan Komprehensif Bagi Tahun Kewangan
Berakhir 31 Disember 2020 di Muka Surat 68.
5.5. Bendahari melaporkan bahawa terdapat kesilapan cetakan di
bahagian Pendapatan – Pendapatan Daripada Operasi: Projek
Penternakan Ayam Pedaging Secara Kontrak 2020
RM9,931,771 dan Pelbagai Pendapatan 2020 RM9,931,771.
Lapora yang betul adalah Pendapatan – Pendapatan
Laporan Tahunan 2021 14
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
Daripada Operasi: Projek Penternakan Ayam Pedaging Secara
Kontrak 2020 RM9,931,771 sepertimana yang telah
dikongsikan di skrin untuk makluman semua anggota.
5.6. Bendahari melaporkan secara ringkas pendapatan yang
diperolehi oleh KOJUTA bagi Tahun Kewangan Berakhir 31
Disember 2020 adalah Projek Penternakan Ayam Pedaging
Secara Kontrak RM9,931,771, Perkhidmatan Ar Rahnu
RM910,542, Sewa Bangunan Diterima RM343,383, Bayaran
Perkhidmatan Pinjaman RM382,356, Faedah Atas Simpanan
Tetap RM8,892, Dividen Pelaburan RM69,390, Jualan Minyak
Masak RM1,763, Jualan Buku Kerja Luar dan Peralatan Ukur
RM94,208 dan Pelbagai Pendapatan RM72,543 menjadikan
jumlah pendapatan keseluruhan diterima adalah
RM11,814,848.
5.7. Daripada amaun pendapatan tersebut, kos perbelanjaan Projek
Penternakan Ayam Pedaging Secara Kontrak RM9,052,616 yang
memberikan keuntungan sebanyak RM879,156, kos Operasi Ar
Rahnu RM409,734, memberikan keuntungan RM500,808, kos
Pembelian Buku Kerja Luar dan Pembelian Minyak Masak di
mana mencatatkan jumlah kos jualan keseluruhan adalah
RM9,497,353.
5.8. Manakala Perbelanjaan Am pula terdiri daripada Elaun Anggota
Lembaga Koperasi RM64,841, Faedah Pinjaman JPK RM66,182,
Susutnilai Hartanah, Loji dan Peralatan RM364,411, Susutnilai
Pelaburan Hartanah RM38,025 dan Pelbagai Perbelanjaan
RM1,195,794 (yang meliputi gaji dan sebagainya seperti
merujuk di Nota 36, Muka Surat 99 dan Muka Surat 100 Buku
Laporan Tahunan 2020) yang menjadikan jumlah perbelanjaan
am keseluruhan adalah RM1,729,253. Jumlah besar
perbelanjaan adalah RM11,226,606.
5.9. Keuntungan Bersih adalah RM588,242 ditambah dengan
Pelunasan Geran Perbelanjaan Operasi RM172,925 yang
menjadikan jumlah Keuntungan Besih yang diperolehi adalah
RM761,167.
5.10. Bendahari seterusnya meminta anggota merujuk kepada
Laporan Penyata Pembahagian Keuntungan bagi Tahun
Kewangan Berakhir 31 Disember 2020 di Muka Surat 67 Buku
Laporan Tahunan. Beliau melaporkan daripada jumlah
Keuntungan Bersih RM761,167 ianya dibahagikan kepada
Kumpuan Wang Rizab Berkanun sebanyak RM91,340 (12%),
Laporan Tahunan 2021 15
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi sebanyak
RM15,223 (2%) serta Kumpulan Wang Pembangunan Koperasi
sebanyak RM7,612 (1%) dengan jumlah keseluruhan
RM114,175. Ini menjadikan baki keuntungan selepas
Pembahagian Berkanun adalah RM646,992.
5.11. Daripada RM646,992, Anggota Lembaga telah mencadangkan
pembahagian Dividen bagi Tahunan Kewangan Berakhir 31
Disember 2020 adalah 5.0% bersamaan dengan RM571,739.
(bukan 5.5% seperti tercatat di dalam Buku Laporan),
pembahagian Tabung Persaraan Pekerja RM20,000 dan
bayaran Honorarium Anggota Lembaga RM40,000. Jumlah
keseluruhan penolakan Cadangan Pembahagian adalah
RM631,739 dan ini menjadikan baki keuntungan sebanyak
RM15,253.
5.12. Bendahari mengingatkan anggota bahawa cadangan
pembahagian Dividen bagi Tahunan Kewangan Berakhir 31
Disember 2020 iaitu 5.0% bersamaan dengan RM571,739 dan
bayaran Honorarium Anggota Lembaga sebanyak RM40,000 ini
walau bagaimana pun ianya adalah tertakluk kepada kelulusan
daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ke atas
cadangan yang dimohon.
5.13. Bendahari seterusnya meminta semua anggota merujuk
kepada laporan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31
Disember 2020 di Muka Surat 65 hingga Muka Surat 66 Buku
Laporan Tahunan 2020. Beliau melaporkan bahawa setakat 31
Disember 2020, jumlah Aset adalah RM28,005,262, jumlah
Ekuiti adalah RM19,317,814 dan jumlah Liabiliti adalah
RM8,823,760. Jumlah Ekuiti dan Liabiliti setelah dicampur
adalah RM28,005,262.
5.14. Pengerusi Mesyuarat memohon sekiranya ada soalan daripada
anggota ke atas laporan kewangan yang dibentangkan oleh
Bendahari dan sekiranya tiada beliau memohon anggota
mencadangkan ianya diterima dan diluluskan.
5.15. Tuan Sr Haji Nik Afinde bin Nik Yaakub mencadangkan Laporan
Juruaudit Luar 2020 (Tetuan Ismawadee & Co), Laporan
Berkanun Anggota 2020, Penyata Akaun Teraudit Bagi Tahun
Berakhir 31 Disember 2020 Dan Subsidiari Atau Subsidiari-
Subsidiarinya, Cadangan Pembahagian Keuntungan, cadangan
pembahagian Dividen bagi Tahunan Kewangan Berakhir 31
Disember 2020 iaitu 5.0% bersamaan dengan RM571,739 dan
Laporan Tahunan 2021 16
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
cadangan bayaran Honorarium Anggota Lembaga sebanyak
RM40,000 diterima.
5.16. Cadangan Tuan Sr Haji Nik Afinde bin Nik Yaakub telah disokong
oleh Tuan Sr Abdul Hadi bin Abdul Samad.
5.17. Keputusan :
Mesyuarat sebulat suara bersetuju meluluskan Laporan
Juruaudit Luar 2020 (Tetuan Ismawadee & Co), Laporan
Berkanun Anggota 2020, Penyata Akaun Teraudit Bagi Tahun
Berakhir 31 Disember 2020 Dan Subsidiari Atau Subsidiari-
Subsidiarinya, Cadangan Pembahagian Keuntungan, cadangan
pembahagian Dividen bagi Tahunan Kewangan Berakhir 31
Disember 2020 iaitu 5.0% bersamaan dengan RM571,739 dan
cadangan bayaran Honorarium Anggota Lembaga sebanyak
RM40,000.
AGENDA 6 : MEMBENTANG, MENIMBANG DAN MELULUSKAN ANGGARAN
PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TEMPOH 2021 DAN
ANGGARAN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN TUNAI DARI 01/01/2021
HINGGA 31/12/2021
6.1. Bendahari membentangkan Anggaran Pendapatan Dan
Perbelanjaan Bagi Tempoh 2021 dari Muka Surat 104 hingga
Muka Surat 106 dan Anggaran Penerimaan Dan Pembayaran
Tunai Dari 01/01/2021 hingga 31/12/2021.
6.2. Bendahari melaporkan bahawa jumlah besar anggaran
pendapatan adalah RM12,399,000. Jumlah besar anggaran
perbelanjaan adalah RM1,527,900 dan jumlah anggaran kos
adalah RM10,254,000. Anggaran pendapatan bagi tahun 2021
adalah RM617,100.
6.3. Pengerusi Mesyuarat seterusnya membuka untuk
perbincangan. Sekiranya tiada perbincangan, beliau memohon
kelulusan mengenai agenda ini.
6.4. Tuan Sr Haji Nik Afinde bin Nik Yaakub mencadangkan Anggaran
Pendapatan Dan Perbelanjaan Bagi Tempoh 2021 dan Anggaran
Penerimaan Dan Pembayaran Tunai Dari 01/01/2021 hingga
31/12/2021 yang dibentangkan diterima dan diluluskan.
Laporan Tahunan 2021 17
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
6.5. Cadangan beliau disokong oleh Tuan Sr Haji Mohd Maideen bin
Mustapha Ismail.
6.6. Keputusan :-
Mesyuarat sebulat suara bersetuju meluluskan Anggaran
Pendapatan Dan Perbelanjaan Bagi Tempoh 2021 dan Anggaran
Penerimaan Dan Pembayaran Tunai Dari 01/01/2021 hingga
31/12/2021 sepertimana yang dibentangkan.
AGENDA 7 : MENGISYTIHARKAN ATAU MENERBITKAN SYER-SYER BONUS
7.1. Pengerusi Mesyuarat yang juga Pengerusi KOJUTA
mengisytiharkan bahawa cadangan pemberian dividen kepada
anggota pada tahun kewangan berakhir 2020 adalah sebanyak
5.0%. Walau bagaimana pun ianya adalah tertakluk kepada
kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
7.2. Beliau memaklumkan bahawa penerbitan kepada syer-syer
bonus tiada pada tahun ini berikutan masih belum ada
penjualan kepada mana-mana aset milik Koperasi Jurukur
Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA). Beliau turut memaklumkan
bahawa KOJUTA kini masih dalam proses urusan menjual tanah
di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
AGENDA 8 : MEMBINCANGKAN DAN MELULUSKAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA
LEMBAGA DICADANGKAN, ELAUN-ELAUN KEPADA ANGGOTA-
ANGGOTA LEMBAGA DAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN DAN
SARAAN KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA LEMBAGA YANG DILANTIK
SEBAGAI PENGARAH BAGI SUBSIDIARI ATAU SUBSIDIARI-SUBSIDIARI
KOPERASI INI, JIKA ADA
8.1. Pengerusi Mesyuarat memaklumkan agenda seterusnya iaitu
membincangkan dan meluluskan honorarium kepada Anggota
Lembaga dicadangkan, elaun-elaun kepada anggota-anggota
lembaga dan jawatankuasa audit dalaman dan saraan kepada
anggota-anggota lembaga yang dilantik sebagai pengarah bagi
subsidiri atau subsidiari-subsidiari koperasi ini, jika ada dan
dibuka untuk perbincangan.
8.2. Pengerusi Mesyuarat memaklumkan bahawa cadangan
peruntukan bayaran honorarium kepada Anggota Lembaga
Laporan Tahunan 2021 18
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
adalah sebanyak RM40,000 dan cadangan bayaran Dividen bagi
Tahun Kewangan Berakhir 2020 sebanyak 5.0% kepada anggota
adalah tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM).
8.3. Tuan Sr Ng Hong Yuen mencadangkan honorarium kepada
Anggota Lembaga yang dicadangkan, Elaun-Elaun Kepada
Anggota-Anggota Lembaga Dan Jawatankuasa Audit Dalaman
Dan Saraan Kepada Anggota-Anggota Lembaga Yang Dilantik
Sebagai Pengarah Bagi Subsidiari Atau Subsidiari-Subsidiari
Koperasi Ini, Jika Ada yang dibentangkan diterima dan
diluluskan.
8.4. Cadangan beliau disokong oleh Tuan Sr Haji Ab. Aziz bin Jusoh,
Tuan Sr Zul Majid bin Mokhtar Bazin dan Tuan Sr Haji Mohd
Maideen bin Mustapha Ismail.
8.5. Keputusan :-
Mesyuarat sebulat suara meluluskan cadangan honorarium
kepada Anggota Lembaga, Elaun-Elaun Kepada Anggota-
Anggota Lembaga Dan Jawatankuasa Audit Dalaman Dan
Saraan Kepada Anggota-Anggota Lembaga Yang Dilantik
Sebagai Pengarah Bagi Subsidiari Atau Subsidiari-Subsidiari
Koperasi Ini, Jika Ada yang dibentangkan diterima dan
diluluskan.
AGENDA 9 : MEMBENTANG LAPORAN BERKENAAN PENERIMAAN DEPOSIT DAN
PINJAMAN DARIPADA ANGGOTA DAN BUKAN ANGGOTA
9.1. Pengerusi Mesyuarat memaklumkan bahawa tiada laporan
berkenaan penerimaan deposit dan pinjaman daripada anggota
dan bukan anggota. Walau bagaimana pun, beliau memohon
semua anggota merujuk kepada Laporan Jawatankuasa Audit
Dalaman di Muka Surat 43, Para 5.2. Pinjaman Peralatan di
dalam Buku Laporan Tahunan 2020.
9.2. Pengerusi memaklumkan bahawa ini merupakan
tanggungjawab yang berat oleh KOJUTA di mana terdapat
pinjaman peralatan di bawah Projek CCI oleh anggota yang
tidak dijelaskan sejak sekian lama dan akan ditimbulkan di
dalam laporan Jawatankuasa Audit setiap tahun.
Laporan Tahunan 2021 19
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
9.3. Senarai nama peminjam seperti yang dinyatakan adalah Tuan
Sr Haji Kamarudin bin Haji Hashim, Tuan Sr Haji Saiful Anwar bin
Mortar, Tuan Sr Haji Wan Sagar bin Wan Embong, Tuan Sr Yip
Kit Meng dan Tuan Sr Samsudin bin Ahmad.
9.4. Menurut Pengerusi, Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) dalam
laporannya telah mencadangkan anggota terbabit ditemuduga
bersama Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) untuk
mengenal pasti masalah yang mengakibatkan penghutangan.
Ini adalah untuk mencuba mencari jalan penyelesaian
penghutang tersebut dan mengelakkan kesilapan yang sama
berulang di masa hadapan.
9.5. Pengerusi memaklumkan antara langkah-langkah yang telah
diambil adalah di mana Setiausaha KOJUTA telah menghubungi
anggota tersebut untuk satu program temuduga dengan
Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD). Beliau berharap anggota
terbabit dapat membantu KOJUTA dan memberi kerjasama
untuk menyelesaikan perkara ini.
AGENDA 10 : MEMBINCANG, MENIMBANG DAN MELULUSKAN SURAT CARA DEPOSIT
ATAU PINJAMAN
10.1. Tiada.
AGENDA 11 : MEMBINCANG, MENIMBANG DAN MELULUSKAN RUANG LINGKUP DAN
HAD PELABURAN DARIPADA WANG BERLEBIHAN KOPERASI INI TIDAK
MELEBIHI 30% DARIPADA NILAI ASET SEMASA BAGI TAHUN
KEWANGAN 2021
11.1. Pengerusi Mesyuarat memaklumkan bahawa KOJUTA masih
mengikut kepada ‘standard’ yang sama iaitu tidak melebihi 30%
daripada nilai aset semasa bagi tahun kewangan semasa dan
memohon supaya mengekalkan ‘standard’ ini.
11.2. Tuan Sr Haji Nik Afinde bin Nik Yaakub mencadangkan supaya
‘standard’ ini dikekalkan dan disokong oleh Tuan Sr Shah Nizam
bin Basirun, Tuan Sr Zul Majid bin Mokhtar Bazin, YBhg. Datuk
Sr Haji Johari bin Wahab dan Tuan Sr Haji Hafizi bin Ismail.
Laporan Tahunan 2021 20
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
11.3. Keputusan: -
Mesyuarat sebulat suara bersetuju mengekalkan Standard
Operating Procedure (SOP) berkadar tidak melebihi 30%
daripada nilai aset bagi tahun kewangan semasa jika wang
berlebihan ingin dilaburkan.
AGENDA 12 : MEMBERIKUASA KEPADA LEMBAGA KOPERASI UNTUK MEMBUAT PINJAMAN
LUAR TIDAK MELEBIHI 30% DARIPADA NILAI ASET SEMASA (HAD
MAKSIMUM KETERHUTANGAN KOPERASI) BAGI TAHUN KEWANGAN
2021
12.1. Pengerusi mencadangkan agar mengekalkan Standard
Operating Procedure (SOP) sediada iaitu memberikuasa kepada
Lembaga Koperasi untuk membuat pinjaman luar tidak
melebihi 30% daripada Nilai Aset Semasa KOJUTA daripada nilai
aset semasa (had maksimum keterhutangan koperasi) bagi
Tahun Kewangan 2021 dan memohon supaya agenda ini
diluluskan.
12.2. Tuan Sr Haji Nik Afinde bin Nik Yaakub mencadangkan supaya
‘standard’ ini dikekalkan.
12.3. Cadangan beliau disokong oleh Tuan Sr Shah Nizam bin Basirun,
Tuan Sr Zul Majid bin Mokhtar Bazin, YBhg. Datuk Sr Haji Johari
bin Wahab dan Tuan Sr Haji Hafizi bin Ismail.
12.4. Keputusan:
Mesyuarat sebulat suara bersetuju mengekalkan Standard
Operating Procedure (SOP) sediada iaitu memberikuasa kepada
Lembaga Koperasi untuk membuat pinjaman luar tidak
melebihi 30% daripada Nilai Aset Semasa (had maksimum
keterhutangan koperasi) bagi Tahun Kewangan 2021.
AGENDA 13 : MELULUSKAN PELANTIKAN SATU PANEL YANG TERDIRI DARIPADA TIDAK
KURANG DARIPADA DUA (2) FIRMA AUDIT YANG DILULUSKAN OLEH
SURUHANJAYA UNTUK DIPILIH SALAH SATU DARIPADANYA DAN
SEORANG PEGAWAI SURUHANJAYA UNTUK MENGAUDIT AKAUN-
AKAUN KOPERASI
13.1. Pengerusi mencadangkan supaya mesyuarat hari ini bersetuju
memberi kuasa kepada Ahli Lembaga KOJUTA untuk membuat
Laporan Tahunan 2021 21
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
keputusan dalam melantik dua (2) firma audit dan seorang
pegawai Suruhanjaya untuk mengaudit akaun-akaun Koperasi
sekiranya tiada halangan daripada kalangan anggota-anggota.
13.2. Tuan Sr Haji Shaharuddin bin Haji Musa bersetuju dengan
cadangan yang dikemukakan oleh Pengerusi.
13.3. Keputusan: -
Mesyuarat sebulat suara bersetuju memberi kuasa kepada Ahli
Lembaga KOJUTA untuk melantik dua (2) firma audit dan dan
seorang pegawai Suruhanjaya untuk mengaudit akaun-akaun
Koperasi.
AGENDA 14 : MENDENGAR, MEMBENTANG, MENIMBANG DAN MEMUTUSKAN APA- APA
CADANGAN / USUL ATAU URUSAN PERNIAGAAN LAIN KOPERASI YANG
BAGINYA SUATU YANG TIDAK KURANG DARIPADA TUJUH (7) HARI
SEBELUM MESYUARAT AGUNG KALI YANG KE 20 DIADAKAN
14.1. Tiada.
AGENDA 15 : MEMBENTANG, MENIMBANG DAN MELULUSKAN CADANGAN PINDAAN
KEPADA UNDANG-UNDANG KECIL
15.1. Tiada.
AGENDA 16 : MEMBENTANG, MENIMBANG DAN MEMUTUSKAN APA-APA ADUAN DARIPADA
MANA-MANA ANGGOTA YANG TERKILAN DENGAN SESUATU
KEPUTUSAN LEMBAGA, DENGAN SYARAT SUATU NOTIS YANG TIDAK
KURANG DARIPADA TUJUH (7) HARI TELAH DIBERIKAN KEPADA
KOPERASI MENGENAINYA
16.1. Tiada.
AGENDA 17 : MENIMBANG DAN MELULUSKAN APA-APA LAPORAN YANG HENDAK
DIKEMUKAKAN MENURUT KEHENDAK AKTA DAN PERATURAN
17.1. Tiada.
Laporan Tahunan 2021 22
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
AGENDA 18 : MEMILIH ANGGOTA-ANGGOTA LEMBAGA SESI 2021
18.1. Pengerusi Mesyuarat memaklumkan bahawa KOJUTA telah
menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM) bagi permohonan meminda Undang-Undang Kecil Para
34 Lembaga Koperasi iaitu mengurangkan jumlah Anggota
Lembaga daripada duabelas (12) kepada sembilan (9) orang
pada 05/03/2021 dan pemakaian kepada pindaan Undang -
Undang Kecil tersebut adalah berkuatkuasa serta merta bagi
pelantikan Anggota Lembaga pada masa-masa akan datang.
18.2. Pengerusi Mesyuarat memaklumkan bahawa dewasa ini,
jumlah Anggota Lembaga KOJUTA adalah seramai sepuluh (10)
orang yang mana telah melebihi seorang Anggota Lembaga dan
dalam masa yang sama tiada pencalonan baru diterima.
18.3. Pengerusi Mesyuarat yang juga merupakan Pengerusi KOJUTA
telah mengumumkan penarikan diri sebagai Anggota Lembaga
dan dengan ini Sembilan (9) orang Anggota Lembaga yang ada
akan kekal menerajui Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad
(KOJUTA).
18.4. Pengerusi Mesyuarat seterusnya memaklumkan pelantikan
nama-nama Anggota Lembaga bagi sesi 2021/2022
sepertimana berikut iaitu;
i) Tuan Sr Haji Nik Mazlan bin Nik Mohamad;
ii) Tuan Sr Haji Khairul Saleh bin Jamaludin;
iii) Tuan Sr Mok Kam Loong;
iv) Tuan Sr Haji Mohamed Nordin bin Sabran;
v) Tuan Sr Haji Zulkifli bin Hassan;
vi) Tuan Sr Haji Zaharudin bin Zahid;
vii) Tuan Sr Chan Peng Yue;
viii) Tuan Sr Haji Ghazali bin Mohamad; dan
ix) Tuan Sr Nordin bin Md.
18.5. Pengerusi Mesyuarat setrusnya memohon kelulusan dan
sokongan anggota ke atas pelantikan nama-nama tersebut
seperti di Para 18.4. (i hingga ix) sebagai Anggota Lembaga
KOJUTA bagi sesi 2021/2022.
18.6. Tuan Sr Haji Mohd Maideen bin Mustapha Ismail
mencadangkan pelantikan nama-nama tersebut seperti di Para
18.4. (i hingga ix) sebagai Anggota Lembaga KOJUTA bagi sesi
2021/2022 diterima dan diluluskan.
Laporan Tahunan 2021 23
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
18.7. Cadangan beliau telah disokong oleh Tuan Sr Ab. Aziz bin Jusoh,
Tuan Sr Mustapha bin Mohamed, Tuan Sr Haji Mohd Shakir bin
Hamid, Tuan Sr Rodzi bin Abu Bakar, YBhg. Datuk Sr Dr. Kadir
bin Taib dan Tuan Sr Haji Abd. Rahman bin Mohd Don.
Keputusan: -
Mesyuarat sebulat suara bersetuju nama-nama berikut dilantik
menjadi Anggota Lembaga bagi sesi 2021/2022 iaitu;
i) Tuan Sr Haji Nik Mazlan bin Nik Mohamad;
ii) Tuan Sr Haji Khairul Saleh bin Jamaludin;
iii) Tuan Sr Mok Kam Loong;
iv) Tuan Sr Haji Mohamed Nordin bin Sabran;
v) Tuan Sr Haji Zulkifli bin Hassan;
vi) Tuan Sr Haji Zaharudin bin Zahid;
vii) Tuan Sr Chan Peng Yue;
viii) Tuan Sr Nordin bin Md; dan
ix) Tuan Sr Haji Ghazali bin Mohamad.
18.8. Sebelum mengakhiri mesyuarat ini, Pengerusi Mesyuarat
memohon anggota untuk memajukan sebarang pertanyaan
untuk dibincangkkan dan dalam masa yang sama beliau juga
memohon Puan Norfaizah binti Manjah dari Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) memberikan komen, pandangan dan
nasihat atau ingin mengatakan sesuatu mengenai pemantauan
yang dilakukan semasa mesyuarat ini dijalankan.
18.9. Puan Norfaizah binti Manjah memohon agar KOJUTA
mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya ke atas
Pandangan Suruhanjaya Di Bawah Subseksyen 59(2) Akta
Koperasi 1993 Ke Atas Akaun-Akaun Dan Kunci Kira-Kira
Koperasi Berakhir Pada 31 Disember 2019 dan Laporan
Juruaudit Dalaman. Beliau juga memohon KOJUTA
mengemukakan Laporan Juruaudit Dalaman kepada
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk direkodkan.
18.10 Pengerusi Mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada Puan
Norfaizah binti Manjah di atas nasihat yang diberikan dan
diharapkan hubungan baik antara KOJUTA dan SKM akan terus
berterusan.
Laporan Tahunan 2021 24
MINIT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT
Berikutan tiada pertanyaan dimajukan oleh anggota, Pengerusi Mesyuarat dengan ini
menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke 20 Koperasi Jurukur Tanah Berlesen
Berhad (KOJUTA) dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.10 petang.
Pencatit Minit :
(Sr HAJI ZULKIFLI BIN HASSAN)
Anggota Lembaga
Tarikh :
Disediakan Oleh :
(Sr HAJI KHAIRUL SALEH BIN JAMALUDIN)
Setiausaha
Tarikh :
Disahkan Oleh :
(Sr HAJI SIRAJUDIN BIN HAJI AHMAD)
Pengerusi
Tarikh :
Laporan Tahunan 2021 25
PERAKUAN JAWATANKUASA MENENTUSAHKAN DERAF
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20
YANG DIADAKAN PADA 23 SEPTEMBER 2021
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
Laporan Tahunan 2021 26
MAKLUMAT KORPORAT
SENARAI ANGGOTA LEMBAGA DAN JAWATAN SESI 2021
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
PENGERUSI
Sr HAJI NIK MAZLAN BIN NIK MOHAMAD
(mulai 23/09/2021)
Sr HAJI SIRAJUDIN BIN HAJI AHMAD
(sehingga 23/09/2021)
NAIB PENGERUSI
Sr NORDIN BIN MD
(mulai 23/09/2021)
Sr HAJI NIK MAZLAN BIN NIK MOHAMAD
(sehingga 23/09/2021)
SETIAUSAHA BENDAHARI
Sr HAJI KHAIRUL SALEH BIN JAMALUDIN Sr MOK KAM LOONG
PENOLONG SETIAUSAHA PENOLONG BENDAHARI
Sr HAJI ZAHARUDIN BIN ZAHID Sr HAJI ZULKIFLI BIN HASSAN
ANGGOTA LEMBAGA ANGGOTA LEMBAGA ANGGOTA LEMBAGA
Sr CHAN PENG YUE Sr HAJI MOHAMED NORDIN Sr HAJI GHAZALI BIN
BIN SABRAN MOHAMAD
Laporan Tahunan 2021 27
MAKLUMAT KORPORAT
SENARAI JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN
DAN JURUAUDIT LUAR SESI 2021
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN
Sr HAJI NIK AFINDE BIN NIK YAAKUB
Sr CHOY KWOK MING Sr ZUL MAJID BIN MOKHTAR BAZIN
JURUAUDIT LUAR
Ismawadee & Co
AF: 1150
Akauntan Bertauliah
Juruaudit Koperasi Bertauliah
No. Kelulusan: SKM(B)0116
No. 2A-1 Jalan Rampai Niaga 2 Rampai Business Park
53300 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Malaysia
No. Telefon: +603 4142 8150
No. Faksmili: +603 4143 8150
Laporan Tahunan 2021 28
MAKLUMAT KORPORAT
SENARAI JAWATANKUASA MENGIKUT PORTFOLIO 2021
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
JAWATANKUASA PENGURUSAN KOJUTA
▪ Tuan Sr Haji Sirajudin bin Haji Ahmad (sehingga 23/09/2021)
▪ Tuan Sr Haji Nik Mazlan bin Nik Mohamad
▪ Tuan Sr Nordin bin Md
▪ Tuan Sr Haji Khairul Saleh bin Jamaludin
▪ Tuan Sr Mok Kam Loong
▪ Tuan Sr Haji Zaharudin bin Zahid
▪ Tuan Sr Haji Zulkifli bin Hassan
▪ Tuan Sr Haji Mohamed Nordin bin Sabran
JAWATANKUASA PROJEK PERNIAGAAN AR RAHNU KOJUTA
▪ Tuan Sr Haji Nik Mazlan bin Nik Mohamad
▪ Tuan Sr Mok Kam Loong
▪ Tuan Sr Haji Zaharudin bin Zahid
▪ Tuan Sr Chan Peng Yue
▪ Tuan Sr Haji Ghazali bin Mohamad
JAWATANKUASA PROJEK PENTERNAKAN AYAM PEDAGING KOJUTA
▪ Tuan Sr Haji Mohamed Nordin bin Sabran
▪ Tuan Sr Haji Sirajudin bin Haji Ahmad (sehingga 23/09/2021)
▪ Tuan Sr Nordin bin Md
▪ Tuan Sr Haji Khairul Saleh bin Jamaludin
▪ Tuan Sr Haji Zulkifli bin Hassan
Laporan Tahunan 2021 29
MAKLUMAT KORPORAT
WARGAKERJA KOJUTA 2021
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
IBU PEJABAT PENGURUSAN DAN AR RAHNU KOJUTA
PENGURUS BESAR
Ahmad Saifuddin bin Morat
(mulai 03/05/2021 sehingga 20/10/2021)
Haji Saharuddin bin Haji Abd. Jalil
(sehingga 03/02/2021)
PENGURUS PROJEK PENGURUS AR RAHNU
Jalitah binti Hasan Mohd Anuar bin Hassan
PENOLONG EKSEKUTIF KANAN AKAUN EKSEKUTIF KANAN EKSEKUTIF AR RAHNU
PENGURUS PROJEK Muhammad Afiq bin PENTADBIRAN
Azrin bin Sapli Hidayani binti Hilmi Zulaizat bin Zulkefli
Narsalaily
EKSEKUTIF AKAUN KERANI AKAUN KERANI KERANI AM KERANI PENAKSIR
Alif Isma bin Azilah binti PENTADBIRAN Muhammad Hafis Erniza binti
Nazarudin Jemaen Kamariah binti Rasul bin Husaemi Ibrahim
WARGAKERJA DI LADANG PENTERNAKAN AYAM PEDAGING KOJUTA
PEKERJA LADANG
Yousuf Jahirul Haque Banu
PEKERJA LADANG PEKERJA LADANG PEKERJA LADANG PEKERJA LADANG
Shukor Ali Abu Misran bin Lampri Abdul Satar Heron Mydin
Taher Makhbul Husain Seak
PEKERJA LADANG PEKERJA LADANG PEKERJA LADANG PEKERJA LADANG
Md Mahabur Mohammad Nekdil Rasel Asad Miah Saikul Md
Rahman Manik Gazi Abdul Karim Rusmot Ali
Laporan Tahunan 2021 30
MAKLUMAT KORPORAT
ALAMAT PENGURUSAN, BANK DAN PANEL PEGUAM 2021
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
▪ Ibu Pejabat Pengurusan
Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA)
2721, Aras 2 & 3,
Jalan Permata Empat,
Taman Permata Hulu Kelang,
53300 Kuala Lumpur.
No. Pendaftaran : W-6-0319
No. Telefon : +603 4107 9277
No. Faksmili : +603 4107 8277
Email :
Laman Sesawang : www.kojuta.com
▪ Ar Rahnu ▪ Projek Penternakan Ayam Pedaging
Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (Poultry Farm) KOJUTA
(KOJUTA) Lot 632,
No. 1 Jalan 2/76, (Belakang Taman Seri Cahaya),
55100 Desa Pandan, Jalan Besar Batang Kali – Kuala Kubu Bharu,
Kuala Lumpur, 44300 Batang Kali,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon : +603 9284 7558 No. Telefon : +603 4107 9277
No. Faksmili : +603 9285 7558 No. Faksmili : +603 4107 8277
▪ RHB Islamic Bank Berhad ▪ Bank Kerjasama Rakyat Berhad
No. 58 , 58-1 & 58-2, No. 326 & 327,
Jalan Dataran Wangsa Melawati, Jalan Bandar Melawati,
Wangsa Melawati, Melawati Square, Pusat Bandar Melawati,
53300 Kuala Lumpur, 68000 Ulu Kelang,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon : +1300 888 742 No. Telefon : +603 4105 4569
No. Faksmili : +603 4106 9810 No. Faksmili : +603 4105 4568
▪ Tetuan Masturah & Co ▪ Tetuan Law Office of Farizah &
(Panel Peguam) Associate
Suite 1B-2 First Floor, (Panel Peguam)
Wisma Dang Wangsa, 2-2-30, Wisma Rampai,
No. 38 Jalan Dang Wangi, Jalan 34/26,
50100 Kuala Lumpur, 53300 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Telefon : +603 2694 5671 No. Telefon : +603 4144 3355
No. Faksmili : +603 2694 5686 No. Faksmili : +603 4131 3356
Laporan Tahunan 2021 31
LAPORAN LEMBAGA 2021
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
1.0. OBJEKTIF
1.1. Anggota Lembaga dengan ini membentangkan Laporan Lembaga, Koperasi
Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) bersama-sama Akaun Teraudit,
Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman, Laporan Juruaudit Luar ke atas akaun
Koperasi ini berakhir 31 Disember 2021.
1.2. Laporan Lembaga ini dibentangkan bagi mendapatkan kelulusan Anggota-
Anggota Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) dalam Mesyuarat
Agung Tahunan Kali Yang Ke 21
2.0. PRESTASI KEWANGAN
2.1. Prestasi kewangan Koperasi bagi Tahun Kewangan 2021 mencatat keuntungan
bersih sebelum Pembahagian Keuntungan adalah berjumlah RM818,025.00
berbanding Tahun Kewangan 2020 berjumlah RM761,167.00. Pertambahan
pendapatan yang tidak menentu berikutan negara masih lagi di fasa pandermik
Covid 19 yang sangat-sangat memberikan kesan kepada penjanaan ekonomi.
2.2. Jumlah Pendapatan Keseluruhan bagi Tahun Kewangan 2021 adalah sebanyak
RM12,397,087.00 berbanding RM11,814,848.00 bagi Tahun Kewangan 2020
iaitu peningkatan sebanyak 4.93%.
2.3. Aset Semasa Bersih yang dicatatkan sehingga 31 Disember 2021 adalah
sebanyak RM7,595,989.00 berbanding Tahun 2020 berjumlah RM7,280,539.00
3.0. BAYARAN DIVIDEN
3.1. Peruntukan bagi cadangan pemberian dividen bagi tahun Kewangan 2021
adalah sebanyak RM587,409.00 atau 5.0% yang diambil daripada keuntungan
tahun semasa.
3.2. Kelayakan dividen dikira berdasarkan kepada jumlah Syer, Caruman Yuran
Bulanan dan Syer Bonus yang dimiliki anggota seperti pada 30 Jun 2021.
4.0. MODAL SYER ANGGOTA
4.1. Modal Syer Anggota pada Tahun Kewangan 2021 adalah sebanyak
RM7,189,371.00 iaitu meningkat sebanyak RM249,272.00 atau 3.59%
berbanding pada Tahun Kewangan 2020 berjumlah RM6,940,099.00.
1
Laporan Tahunan 2021 32
LAPORAN LEMBAGA 2021 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
5.0. CARUMAN YURAN BULANAN ANGGOTA
5.1. Caruman Yuran Bulanan Anggota pada Tahun Kewangan 2021 telah meningkat
kepada RM4,749,831 iaitu peningkatan sebanyak RM269,064 atau 6.00%
berbanding Tahun Kewangan 2020 iaitu RM4,480,767.00.
6.0. KEANGGOTAAN
6.1. Penambahan seorang anggota bagi tempoh 01 Januari 2021 hingga 31
Disember 2021 adalah seramai 268 orang berbanding seramai 265 orang bagi
tempoh 31 Disember 2020. Walau bagaimana pun, dalam tempoh 01 Januari
2021 hingga 31 Disember 2021, seramai empat (4) orang telah meninggal dunia
dan seramai dua (2) orang berhenti menjadi anggota dan ini menjadikan jumlah
keanggotaan bagi tempoh tersebut adalah seramai 262 orang.
7.0. ANGGOTA LEMBAGA DAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN
7.1. Anggota Lembaga
7.1.1. Menurut Undang-Undang Kecil 36(1) dan (2):
“Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada anggota Lembaga
hendaklah mengosongkan jawatan secara bergilir-gilir pada tiap-tiap
mesyuarat agung tahunan”.
“Aturan yang ditetapkan dalam fasal (1) hendaklah diulangi bergilir-
gilir tiap-tiap tahun bagi dua pertiga anggota Lembaga yang selainnya
supaya pada permulaan tahun keempat atau lebih awal daripada itu,
kesemua anggota Lembaga hendaklah telah mengosongkan jawatan
masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun
sebelum itu”.
7.1.2. Pengurusan Koperasi telah mengedarkan dokumen dan borang
berkaitan pencalonan atau pencalonan semula Anggota Lembaga
Koperasi yang perlu disempurnakan kepada semua anggota melalui
Surat Pekeliling bertarikh 15/02/2022. Tarikh tutup adalah pada
14/03/2022.
7.1.3. Terdapat Tiga (3) kekosongan jawatan Anggota Lembaga Koperasi
untuk dipertandingkan pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke 21
(Sesi 2022, iaitu;
2
Laporan Tahunan 2021 33
LAPORAN LEMBAGA 2021 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
(i) Tiga (3) Anggota Lembaga Koperasi Yang Bersara Mengikut
Pusingan Tiga (3) Tahun sepertimana berikut: -
(1) Tuan Sr Haji Mohamed Nordin bin Sabran;
(2) Tuan Sr Nordin bin Md; dan
(3) Tuan Sr Haji Zulkifli bin Hassan.
7.1.4. Sehingga tarikh tutup mengemukakan Borang Pencalonan Sebagai
Anggota Lembaga KOJUTA, Pengurusan hanya menerima tiga (3)
permohonan pencalonan semula daripada Anggota berikut iaitu: -
7.1.5.1. Tuan Sr Haji Mohamed Nordin bin Sabran;
7.1.5.2. Tuan Sr Nordin bin Md; dan
7.1.5.3. Tuan Sr Haji Zulkifli bin Hassan.
7.2. Jawatankuasa Audit Dalaman
7.2.1. Undang-Undang Kecil 49:
“Menurut subseksyen 42A (1) Akta, Jawatankuasa Audit Dalaman
Koperasi hendaklah mengandungi tiga orang terdiri daripada anggota
yang dilantik oleh Lembaga, menurut fasal (h) undang-undang kecil
41”.
7.2.2. Dalam hal ini, Lembaga akan memilih anggota yang berminat,
berkompeten dan bertanggungjawab bagi menduduki Jawatankuasa
Audit Dalaman.
8.0. MESYUARAT
8.1. Sejumlah empat belas (14) mesyuarat yang merangkumi Mesyuarat Bulanan
Anggota Lembaga, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan, Mesyuarat Khas
Anggota Lembaga, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pengurusan dan
Pemeriksaan Juruaudit Dalaman telah diadakan sepanjang tempoh 01 Januari
2021 sehingga 31 Disember 2021.
8.2. Pecahan bilangan mesyuarat yang telah diadakan adalah seperti berikut: -
3
Laporan Tahunan 2021 34
LAPORAN LEMBAGA 2021 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
JUMLAH
BIL MESYUARAT MESYUARAT
DIADAKAN
1. Mesyuarat Bulanan Anggota Lembaga 4
2. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan 4
3. Mesyuarat Khas Anggota Lembaga 2
4. Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pengurusan 3
4. Pemeriksaan Juruaudit Dalaman 1
Jumlah Keseluruhan 14
9.0. PROGRAM – PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN DAN DIHADIRI OLEH ANGGOTA
LEMBAGA, ANGGOTA DAN PENGURUSAN DALAM TAHUN KEWANGAN 2021
9.1. Program-program yang telah dilaksanakan dan dihadiri oleh Anggota Lembaga,
Anggota dan Pengurusan dalam Tahun Kewangan 2021 adalah seperti berikut:-
9.1.1. Taklimat / Mesyuarat / Kunjungan Hormat / Majlis / Lawatan Kerja /
Program
9.1.1.1. Menghadiri Taklimat Intergriti Dan Liabiliti Korporat
Koperasi Anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Menghadiri Taklimat Intergriti Dan Liabiliti Korporat
Koperasi anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
pada 24 Mac 2021 bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30
tengahari di Ballroom Hotel Concorde, Shah Alam
Selangor. KOJUTA diwakili oleh;
i) Tuan Sr Haji Khairul Saleh bin Jamaludin (Setiausaha).
9.1.1.2. Mesyuarat Agung Permulaan Federasi Koperasi Pertanian
Dan Industri Asas Tani Malaysia Berhad (Dalam Penubuhan)
Menghadiri Mesyuarat Agung Permulaan Federasi Koperasi
Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia (Dalam
Penubuhan) yang telah di Pengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji
Mohd Aini bin Haji Taib Pengerusi Jawatankuasa Penaja
Federasi Koperasi Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
Berhad (Dalam Penubuhan) pada 25 Mac 2021 bermula jam
9.00 pagi bertempat di Bilik Selangor 2, Hotel Grand Dorsett
Subang, Jalan SS12/1, SS 12, 47500 Subang Jaya, Selangor
Darul Ehsan. KOJUTA diwakili oleh;
i) Tuan Sr Haji Sirajudin bin Haji Ahmad (Pengerusi).
4
Laporan Tahunan 2021 35
LAPORAN LEMBAGA 2021 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
9.1.1.3. Kunjungan Hormat Kepada YBrs. Puan Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan
Mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBrs. Puan
Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah
Persekutuan pada 09 April 2021 jam 9.00 pagi bertempat di
Pejabat Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Cawangan Wilayah Persekutuan Aras 1, Menara
Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Changkat Semantan, Off
Jalan Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.
KOJUTA diwakili oleh;
i) Tuan Sr Haji Nik Mazlan bin Ni Mohamad (Naib
Pengerusi);
ii) Tuan Sr Haji Khairul Saleh bin Jamaludin (Setiausaha);
iii) Tuan Sr Mok Kam Loong (Bendahari);
iv) Tuan Sr Nordin bin Md (Anggota Lembaga); dan
v) Tuan Sr Haji Mohamed Nordin bin Sabran (Anggota
Lembaga).
9.1.1.4. Majlis Ihya’ Ramadhan Anjuran Jabatan Ukur Dan
Pemetaan Malaysia (JUPEM)
Menghadiri Majlis Ihya’ Ramadhan anjuran Jabatan Ukur
Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 06 Mei 2021, jam
2.00 petang bertempat di Prima Ballroom, Wisma LJT,
Lorong Perak, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala
Lumpur.
Majlis diadakan bertujuan untuk memantapkan dan
menyemarakkan lagi ukhwah islamiah selain menghayati
keberkatan beramal sepanjang bulan Ramadhan di kalangan
warga profesion juruukur. KOJUTA telah diwakili oleh;
i) Tuan Sr Haji Sirajudin bin Haji Ahmad (Pengerusi);
ii) Tuan Sr Haji Nik Mazlan bin Nik Mohamad (Naib
Pengerusi);
iii) Tuan Mok Kam Loong (Bendahari); dan
iv) Tuan Sr Haji Khairul Saleh bin Jamaludin (Setiausaha).
9.1.1.5. Kunjungan Hormat Ke Pejabat Y. Bhg. Dato’ Ketua Pengarah
Ukur Dan Pemetaan Malayisa, Jabatan Ukur Dan Pemetaan
(JUPEM)
5
Laporan Tahunan 2021 36
LAPORAN LEMBAGA 2021 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
Mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Y. Bhg. Dato’
Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan Malaysia, Jabatan
Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 17 Ogos 2021
jam 2.00 petang di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia
(JUPEM) Aras 11, Wisma JUPEM, Jalan Sultan Yahya Petra,
50578 Kuala Lumpur. KOJUTA diwakili oleh;
i) Tuan Sr Haji Sirajudin bin Haji Ahmad (Pengerusi);
ii) Tuan Sr Nik Mazlan bin Nik Mohamad (Naib Pengerusi);
iii) Tuan Sr Haji Khairul Saleh bin Jamaludin (Setiausaha);
iv) Tuan Sr Mok Kam Loong (Bendahari); dan
v) Tuan Sr Haji Mohamed Nordin bin Sabran (Anggota
Lembaga).
9.1.1.6. Kunjungan Hormat Ke Pejabat YBrs. Tuan Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah
Persekutuan
Mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Pengarah,
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah
Persekutuan yang beralamat di Aras 1, Menara Suruhanjaya
Koperasi Malaysia, Changkat Semantan, Off Jalan
Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur pada 25
Oktober 2021 jam 9.00 pagi. KOJUTA telah diwakili oleh :-
i) Tuan Sr Haji Nik Mazlan bin Nik Mohamad (Pengerusi);
ii) Tuan Sr Nordin bin Md (Naib Pengerusi);
iii) Tuan Sr Haji Khairul Saleh bin Jamaludin (Setiausaha);
iv) Tuan Sr Mok Kam Loong (Bendahari); dan
v) Tuan Sr Haji Mohamed Nordin bin Sabran (Anggota
Lembaga).
9.1.1.7. Program Tatacara Pengauditan Dan Perakaunan Koperasi
Mengikuti Program Tatacara Pengauditan Dan Perakaunan
(secara atas talian) anjuran Institut Koperasi Malaysia (Zon
Timur) pada 26 Oktober 2021 hingga 27 Oktober 2021.
Peserta terdiri daripada salah seorang Jawatankuasa Audit
Dalaman yang baru dilantik dan diwajibkan untuk mengikuti
program tersebut iaitu;
i) Tuan Sr Zul Majid bin Mokhtar Bazin (Jawatankuasa
Audit Dalaman).
6
Laporan Tahunan 2021 37
LAPORAN LEMBAGA 2021 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
9.1.1.8. Kunjungan Hormat Ke Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank
Muamalat (KOPUTRA)
Mengadakan Kunjungan Hormat ke Koperasi Pelaburan
Kakitangan Bank Muamalat Berhad (KOPUTRA) beralamat
di Wisma KOPUTRA, No. 43-A & 43-B, Jalan Sg. Besi Indah
1/19, Taman Sg. Besi Indah, 43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan pada 05 November 2021 bagi
mengadakan perbincangan berhubung perlaksanaan /
pengoperasian perisian sistem Ar-Rahnu berlandaskan
konsep Tawarruq untuk digunapakai di Ar Rahnu KOJUTA.
KOJUTA telah diwakili oleh;
i) Tuan Sr Haji Nik Mazlan bin Nik Mohamad (Pengerusi);
ii) Tuan Sr Haji Khairul Saleh bin Jamaludin (Setiausaha);
iii) Tuan Sr Mok Kam Loong (Bendahari);
iv) Tuan Sr Chan Peng Yue (Anggota Lembaga); dan
v) Tuan Sr Haji Mohamed Nordin bn Sabran (Anggota
Lembaga).
9.1.2. Sumbangan (Tanggungjawab Sosial Korporat)
9.1.2.1. Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) telah
memberi sumbangan sebanyak RM5,000.00 kepada
PUSPANITA Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM) pada 03
Mei 2021 sebagai sumbangan bagi menjayakan Majlis Ihya
Ramadhan bersama LJT-JUPEM.
9.1.3. Penerimaan Anugerah
9.1.3.1. Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) telah
tersenarai pada kedudukan tempat ke 57 daripada 100
koperasi terbaik Malaysia untuk tahun 2021 berbanding
pada kedudukan ke 65 pada tahun 2019.
10.0. AKTIVITI-AKTIVITI PERNIAGAAN
10.1. Aktiviti-aktiviti perniagaan yang telah dijalankan dalam Tahun kewangan 2021
adalah seperti berikut: -
10.1.1. Projek Penternakan Ayam Pedaging Secara Tertutup;
10.1.2. Perniagaan Ar-Rahnu;
10.1.3. Projek Usahasama Penternakan Lembu dan Program Ibadah Qurban;
7
Laporan Tahunan 2021 38
LAPORAN LEMBAGA 2021 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
10.1.4. Sewaan Bangunan dan Hartanah;
10.1.5. Jualan Perisian dan Buku Kerja Luar; dan
10.1.6. Kemudahan Pinjaman kepada Anggota.
11.0. KES YANG MELIBATKAN UNDANG-UNDANG MAHKAMAH
11.1. Status Pinjaman Koperasi Alumni Universiti Teknologi Malaysia Berhad
(KAUTMB) Berjumlah RM492,300.00 Bagi Melaksanakan Projek Kilang
Makanan Haiwan
11.2.1. Keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melalui Penghakiman
bertarikh 28/09/2017 telah memutuskan bahawa Defendan (Koperasi
Alumni Universiti Teknologi Malaysia Berhad) hendaklah membuat
bayaran Jumlah Penghakiman seperti berikut: -
(a) faedah sejumlah RM132,300.00 pada / atau sebelum atau 31
Mac 2018; dan
(b) sejumlah RM360,000.00 pada / atau sebelum 30 September
2018 kepada Plaintif (Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Bhd).
11.2.2. Defendan dalam suratnya bertarikh 14/12/2020 memaklumkan masih
belum dapat membuat bayaran berikutan menghadapi masalah
projek pembangunan yang tertangguh akibat masalah teknikal. Dalam
hal ini Defendan telah memohon penangguhan bayaran pinjaman
tersebut.
11.2.3. Surat Plaintif kepada Defenden melalui peguamnya Tetuan Law Office
of Farizah & Associate bertarikh 18/01/2021 menyatakan tidak
bersetuju dengan cadangan penangguhan bayaran pinjaman yang
dikemukakan oleh Defenden. Walau bagaimana pun, telah
mempertimbangkan untuk membenarkan Defenden membuat
bayaran Jumlah Penghakiman secara ansuran dengan tidak
memprejudiskan hak dan kepentingan Plaintif untuk meneruskan
tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap Defenden
berdasarkan Penghakiman tersebut sepertimana berikut iaitu;
(i) Pihak KAUTMB hendaklah membuat bayaran sebanyak
RM492,300.00 dengan ansuran sebanyak RM50,000.00 selama
Sembilan (9) bulan iaitu bermula bulan Februari 2021 sehingga
bulan Oktober 2021 dan bayaran terakhir berjumlah
RM42,300.00 pada November 2021; dan
8
Laporan Tahunan 2021 39
LAPORAN LEMBAGA 2021 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
(ii) Bahawa bayaran-bayaran tersebut hendaklah dibuat melalui
‘Post Dated Cheque’ setiap 7 haribulan setiap bulan sehingga
penyelesaian sepenuhnya kepada Plaintif.
11.2.4. Defendan dalam suratnya bertarikh 08/02/2021 kepada peguam
Plaintif memaklumkan tidak dapat memenuhi cadangan melunaskan
bayaran ansuran tuntutan hutang sebanyak RM50,000.00 berikutan
tidak mempunyai kewangan pendapatan tetap selain dari bantuan
pendahuluan Pengerusi dan Ahli Lembaga Koperasinya. Berikutan itu
hanya mampu menawarkan bayaran ansuran bulanan sebanyak
RM5,000.00 sebulan sehingga projek pembangunan tanah daripada
Universiti Teknologi Malaysia Skudai (UTM) dapat dimulai. Defenden
juga menyertakan bayaran sebanyak RM5,000.00 melalui cek CIMB
Islamic 001511 sebagai bayaran ansuran pertama.
11.2.5. Plaintif melalui peguam dan surat bertarikh 10/03/2021 bersetuju
untuk mempertimbangkan bayaran sebanyak RM5,000.00 sebulan
sepertimana yang dikemukakan oleh Defendan berkuatkuasa serta
merta dari bulan Februari 2021 yang mana bayaran tersebut
hendaklah dibuat pada atau sebelum lima (5) haribulan setiap bulan.
Defendan juga diingatkan bahawa bayaran tersebut tidak akan
memprejudiskan apa-apa hak dan kepentingan Plaintif di dalam
menjalankan haknya menurut undang-undang untuk
menguatkuasakan Penghakiman bertarikh 28 September 2017.
11.2.6. Dalam masa yang sama, Defendan juga diminta untuk memaklumkan
kepada pihak peguam mengenai tarikh / anggaran tarikh Projek
Pembangunan Tanah daripada UTM, Skudai akan dimulakan. Ini
adalah bertujuan bagi menjaga hak dan kepentingan Plaintif.
11.2.7. Sehingga 31/12/2021 pihak Defenden telah menjelaskan bayaran
sebanyak RM30,000.00 daripada RM492,300.00 tuntutan hutang
yang perlu dibayar.
12.0. PENGHARGAAN
12.1. Pengerusi dan Anggota Lembaga, Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad
(KOJUTA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada;
12.1.1. YBhg. Datuk Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM), pengarah-pengarah, pegawai-pegawai dan kakitangan-
kakitangannya atas nasihat dan panduan yang telah diberikan;
9
Laporan Tahunan 2021 40
LAPORAN LEMBAGA 2021 (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
12.1.2. YBrs. Tuan Pengarah, pegawai dan kakitangan-kakitangan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Peringkat Nasional dan Negeri
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) yang telah memberi nasihat dan
tunjuk ajar;
12.1.3. YBhg. Dato’ Pengerusi, Ahli-Ahli Majlis Eksekutif, pegawai dan
kakitangan Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT);
12.1.4. YBrs. Tuan Presiden, Ahli Exco, pegawai dan kakitangan Persatuan
Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA);
12.1.5. YBhg. Dato’ Ketua Pengarah, pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur
Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM);
12.1.6. Semua Anggota KOJUTA yang terus setia, memberi kerjasama,
menaruh kepercayaan, memberi sokongan padu yang berterusan
kepada Anggota Lembaga bagi mentadbirkan KOJUTA; dan
12.1.7. Semua pegawai dan kakitangan KOJUTA atas sumbangan, jasa dan
khidmat mereka dalam melaksanakan tanggungjawab bagi
menjayakan program dan aktiviti operasi.
Sekian.
`MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT’
(Sr HAJI NIK MAZLAN BIN NIK MOHAMAD)
Pengerusi
Tarikh: 17 Mei 2022
10
Laporan Tahunan 2021 41
LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
Rujukan Kami : KJT/JAD/AGM21/05/22/(1)
Tarikh : 19 Mei 2022
Kepada;
Anggota Lembaga dan Semua Anggota
Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA)
LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN MENGENAI AKAUN-AKAUN TERAUDIT
BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021
1.0. TUJUAN
1.1. Laporan ini disediakan adalah bagi memenuhi kehendak dan peraturan Akta
Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi 1995 dan Undang-undang Kecil
Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) untuk dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang 21
2.0. KEANGGOTAAN
2.1. Keanggotaan Jawatankuasa Audit Dalaman adalah seperti berikut, iaitu;
2.1.1. Tuan Sr Haji Nik Afinde bin Nik Yaakob;
2.1.2. Tuan Sr Zul Majid bn Mokhtar Bazin; dan
2.1.3. Tuan Sr Choy Kwok Ming.
3.0. SKOP PEMERIKSAAN
3.1. Laporan yang dibentangkan adalah berdasarkan hasil pemeriksaan dan
pengauditan terhadap hal ehwal pentadbiran, kewangan dan aktiviti-aktiviti
KOJUTA dari 01/01/2021 hingga 31/12/2021.
3.2. Skop kerja Jawatankuasa Audit Dalaman adalah terhad kepada kenyataan dan
maklumat daripada rekod-rekod dan data-data yang diserahkan untuk tujuan
pengauditan serta perbincangan dengan Setiausaha, Bendahari dan kakitangan.
2721, Jalan Permata 4, Taman Permata, Hulu Kelang, 53300 Kuala Lumpur 1
No. Tel: 03-41079277 No. Fax: 03-41078277/03-41052850
Website: www.kojuta.com Email: [email protected]
(Sila sebutkan No. Rujukan fail kami apabila menjawab)
Laporan Tahunan 2021 42
LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
3.3. Semasa perlaksanaan kerja-kerja pengauditan, isu yang dikenalpasti dan
dianggap penting untuk tindakan Lembaga dan Pengurusan dikupas mengikut
formula berikut, iaitu ;
3.3.1. Penemuan;
3.3.2. Cadangan; dan
3.3.3. Tindakan Yang Telah Diambil / Keputusan.
4.0. TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL HASIL TEGURAN / PANDANGAN JAWATANKUASA
AUDIT DALAMAN MENGENAI AKAUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020
4.1. Lembaga Pengarah telah meminta pihak pengurusan untuk mengambil
tindakan ke atas semua teguran Jawatankuasa Audit Dalaman bagi Penyata
Kewangan Berakhir 31 Disember 2020. Pengurusan telah dan sedang
mengambil tindakan ke atas teguran yang diterima daripada Jawatankuasa
Audit Dalaman.
4.2. Sistem Perisian (Software) Operasi Di Pejabat Ar-Rahnu
4.2.1. Penemuan
4.2.1.1. Didapati sistem perisian (software) sedia ada di Ar-Rahnu
sudah terlalu lama dan perlu ditukar kepada sistem perisian
(software) terkini yang lebih efisien.
4.2.2. Cadangan
4.2.2.1. Jawatankuasa Audit Dalaman mencadangkan agar
membuat tender secara terbuka bagi mendapatkan
sebutharga sistem perisian (software) yang baru untuk
dipertimbang dan kelulusan Lembaga Pengarah.
4.2.3. Tindakan
4.2.3.1. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengeluarkan
satu Pekeliling berkenaan penyelarasan polisi Ar-Rahnu
kepada semua koperasi yang menjalankan aktiviti pajak
gadai Islam (Ar-Rahnu) berkenaan pertukaran kepada
konsep/sistem yang baharu bagi menggantikan konsep /
sistem urusniaga sedia ada. Perisian sistem Ar-Rahnu yang
baharu ini adalah berlandaskan web based, oleh yang
demikian setiap komputer di premis Ar-Rahnu yang
digunakan untuk operasi harian perlu disambungkan pada
rangkaian internet bagi tujuan pengoperasian sistem.
4.2.3.2. Ahli Lembaga Pengarah KOJUTA telah mengadakan lawatan
dan kunjungan rasmi di Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank
Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) pada 05/11/2021
2
Laporan Tahunan 2021 43
LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
untuk berbincang serta berunding berhubungkait
perlaksanaan dan pengoperasian perisian sistem Ar-Rahnu
berlandaskan konsep (Tawarruq) yang telah diguna pakai di
koperasi berkenaan.
4.2.3.3. Lanjutan dari kunjungan rasmi tersebut, pada 11/11/2021
pihak KOPUTRA telah mengadakan kunjungan balas diiringi
bersama oleh pembekal dan pengatucara sistem dari
syarikat penyedia sistem iaitu Softinnovation Sdn. Bhd.
(1048323-X) bagi mengadakan satu demonstrasi dan
pembentangan berkaitan keupayaan perisian sistem yang
telah mereka bangunkan serta keberkesanan
penggunaannya di Ar-Rahnu KOPUTRA kepada pihak
pengurusan, Ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan
KOJUTA / Ar-Rahnu.
4.2.3.4. Seusai sesi pembentangan daripada pihak KOPUTRA dan
juga wakil daripada syarikat pembekal sistem tersebut,
Anggota Lembaga telah bersetuju dengan tawaran yang
telah dikemukakan serta memberi kata putus kepada pihak
berkenaan bagi mengemukakan segala dokumen perjanjian
yang diperlukan bagi merealisasikan perlaksanaan
pengoperasian perisian sistem yang berlandaskan konsep
Tawarruq ini di Ar-Rahnu KOJUTA.
4.2.3.5. Perjanjian persefahaman dan penyelenggaran (MOU) secara
bertulis daripada syarikat pembekal terhadap keselamatan
sistem ini mengikut terma dan syarat seperti yang
terkandung pada dokumen perjanjian yang telah
ditandatangani oleh pihak Ahli Lembaga Pengarah KOJUTA
dan pihak pembekal sistem.
4.3. Hal-hal Lain Bagi Operasi Ar-Rahnu
4.3.1. Penemuan
4.3.1.1. Perabot kaunter hadapan didapati agak lama / “outdated”.
Begitu juga kerusi menunggu yang lusoh dan tiada papan
tanda digital.
4.3.2. Cadangan
4.3.2.1. Jawatankuasa Audit Dalaman mencadangkan agar
pengurusan Ar-Rahnu melakukan sedikit dekorasi
tambahan bagi mewujudkan suasana yang lebih ceria
dipremis.
3
Laporan Tahunan 2021 44
LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
4.3.2.2. Jawatankuasa Audit Dalaman juga mencadangkan supaya
menyediakan bunting berkaitan Ar-Rahnu KOJUTA untuk
dipamerkan di sekitar perkarangan luar dan dalam premis
Ar-Rahnu sebagai satu hebahan serta bagi tujuan
pemasaran atau promosi kepada pelanggan atau bakal
pelanggan.
4.3.3. Tindakan
4.3.3.1. Berkenaan perkara berkaitan perabut yang agak usang,
melalui hasil kerjasama diantara KOJUTA dan Koperasi
Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad
(KOPUTRA), kontraktor lantikan KOPUTRA sedang
menjalankan proses penilaian kos untuk naiktaraf ruang
pejabat serta peralatan keperluan pejabat yang baharu bagi
satu penjenamaan khas yang sinonim bagi Ar-Rahnu
KOJUTA. Selain itu, bunting juga akan disediakan selaras
dengan penggunaan sistem Ar-Rahnu berkonsepkan
Tawarruq yang bakal dilancarkan.
4.3.3.2. Pihak Ar-Rahnu juga telah meletakkan / memasang
beberapa pelekat dan hiasan tambahan bersempena
sambutan setiap perayaan yang disambut sebagai
penghargaan kepada pelanggan Ar-Rahnu KOJUTA.
4.3.3.3. Kakitangan Ar-Rahnu juga akan senantiasa memperbaiki
kelemahan sedia ada supaya lebih bermotivasi dan
bersemangat dalam menawarkan perkhidmatan yang
terbaik bagi memenuhi kehendak dan harapan para
pelanggan Ar-Rahnu KOJUTA.
5.0. PENEMUAN HASIL PEMERIKSAAN / PENGAUDITAN BUKU-BUKU DAN REKOD-
REKOD TAHUN KEWANGAN TAHUN 2021
5.1. Pinjaman Peralatan
5.1.1. Penemuan
5.1.1.1. Berdasarkan pemerhatian ke atas senarai Penghutang dari
Pinjaman Peralatan Koperasi pada 31 Disember 2021,
didapati terdapat senarai Penghutang yang tidak
mempunyai pergerakan pembayaran sepanjang tahun
semasa sepertimana berikut, iaitu ;
4
Laporan Tahunan 2021 45
LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
Nama RM
Tuan Sr Haji Kamarudin bin Haji Hashim 55,331.00
Tuan Sr Haji Saiful Anwar bin Mortar 55,331.00
Tuan Sr Haji Wan Sagar bin Wan Embong 20,503.00
Tuan Sr Yip Kit Meng 49,183.00
Tuan Sr Samsudin bin Ahmad 55,331.00
235,679.00
5.1.2. Cadangan
5.1.2.1. Jawatankuasa Audit Dalaman mencadangkan agar
tindakan menghapus kira bagi penghutang-penghutang
tersebut dilaksanakan berikutan tiada dokumentasi
hardcopy sebagai bukti dijumpai setelah dibuat semakan.
5.1.2.2. Jawatankuasa Audit Dalaman juga mengesyorkan supaya
setiap transaksi yang dibuat pada masa-masa akan datang
perlu disahkan oleh pengurus dan dokumen harus
direkodkan dengan kemas dan teratur untuk memudahkan
semakan dibuat dan disimpan untuk tempoh tujuh (7)
tahun.
5.2. Penjualan Tanah Milik KOJUTA
5.2.1. Penemuan
5.2.1.1. Didapati Anggota Lembaga berhasrat untuk menjual
hartanah / aset milik koperasi.
5.2.2. Cadangan
5.2.2.1. Jawatankuasa Audit Dalaman mencadangkan agar setiap
jualan hartanah / aset milik koperasi perlu dibuat
penilaian semasa bagi memastikan harga jualan tidak
kurang dari harga belian dan ianya perlu dimaklumkan di
dalam Mesyuarat Agung.
5.2.2.2. Jawatankuasa Audit Dalam juga menasihati agar pihak
koperasi mengemaskini dokumen dengan sistematik dan
teratur untuk mengelakkan berlaku kesukaran pada masa
akan datang.
5.3. Status Perlunasan Geran Pelarasan Skim Kredit Mikro
5.3.1. Penemuan
5.3.1.1. Berdasarkan kerja-kerja auditan yang dijalankan, kami
mendapati pihak KOJUTA telah memperolehi sumbangan
5
Laporan Tahunan 2021 46
LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
Geran Pelancaran Koperasi dan mewujudkan Skim Mikro
Kredit sebanyak RM10juta dari pihak Lembaga Jurukur
Tanah Malaysia (LJT) pada tahun 2005.
5.3.1.2. Berdasarkan kelulusan permohonan tersebut, RM1juta
telah diperuntukkan bagi tujuan perbelanjaan operasi
koperasi manakala selebihnya adalah bagi pelaksanaan
Skim Mikro Kredit yang perlu disalurkan secara pinjaman
kepada anggota-anggota KOJUTA yang ingin menubuhkan
syarikat juruukur sendiri.
5.3.1.3. Kami ingin mendapatkan maklumat lebih terperinci
berhubung status terkini Geran Pelaksanaan Skim Kredit
Mikro. Ini kerana kami mendapati Geran tersebut masih
berbaki tetapi baki di Simpanan Tetap dan akaun bank
KOJUTA adalah tidak sejajar dengan jumlah geran yang
masih belum dilunaskan.
5.3.2. Cadangan
5.3.2.1. Jawatankuasa Audit Dalaman mencadangkan agar
maklumat terperinci berhubung status Geran Pelaksanaan
Skim Kredit Mikro tersebut dapat disediakan dengan lebih
terperinci bagi mengenal pasti amaun terkini yang masih
berbaki.
5.4. Laporan Lawatan ke Projek Penternakan Ayam Pedaging Secara Kontrak
5.4.1. Penemuan
5.4.1.1. Didapati kebersihan reban tidak berapa memuaskan
5.4.2. Cadangan
5.4.2.1. Jawatankuasa Audit Dalaman turut mengadakan lawatan
ke tapak Projek Pertenakan Ayam Perdaging kojuta di
Batang Kali, Selangor. Pada dasarnya Jawatankuasa Audit
Dalaman berpuas hati dengan operasi yang di laksanakan.
Walau bagaimana pun, pihak pengurusan dan kakitangan
reban perlu lebih menjaga kebersihan terutama kawasan
prasarana reban agar kelihatan lebih kemas. Rumput perlu
lebih kerap dipotong dan pekerja perlu dihalang dari
membuang sisa makanan dalam parit.
5.4.3. Penemuan
5.4.3.1. Didapati tiada sebarang laporan / Borang Lawatan yang
disediakan bagi disempurnakan oleh Lembaga Pengarah dan
6
Laporan Tahunan 2021 47
LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (SAMB.)
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA)
Pengurusan semasa membuat lawatan kerja ke Projek
Penternakan Ayam Pedaging Secara Kontrak di Batang Kali,
Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.
5.4.4. Cadangan
5.4.4.1. Jawatankuasa Audit Dalaman mencadangkan satu laporan
disediakan oleh Lembaga Pengarah dan Pengurusan yang
melakukan lawatan kerja ke Projek Penternakan Ayam
Pedaging Secara Kontrak sebagai bukti kehadiran dan
dokumen sokongan untuk tuntutan elaun.
5.5. Pengurusan – Kekosongan Jawatan Pengurus Besar
5.5.1. Penemuan
5.5.1.1. Didapati jawatan Pengurus Besar yang masih kekosongan
masih belum diisi. Jawatankuasa Audit Dalaman difahamkan
bahawa bagi membantu menguruskan hal-hal pentadbiran
dan operasi KOJUTA, Anggota Lembaga Pengarah KOJUTA
telah melantik Puan Hidayani binti Hilmi yang berjawatan
Eksekutif Kanan Pentadbiran bagi memangku tugas jawatan
Pengurus Besar, menggalas tanggungjawab tersebut tanpa
meninggalkan tugas hakikinya sementara mendapatkan
seorang calon Pengurus Besar yang berkelayakan.
Manakala, Anggota Lembaga Pengarah KOJUTA pula
mencari peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi
KOJUTA.
5.5.2. Cadangan
5.5.2.1. Jawatankuasa Audit Dalaman mencadangan supaya pihak
Anggota Lembaga mencari seorang individu yang
berkelayakan bagi memenuhi jawatan Pengurus Besar agar
perjalanan / operasi koperasi lebih lancar, sistematik dan
tidak membebankan kakitangan lain dengan
tanggungjawab yang diberikan.
6.0. ULASAN DAN CADANGAN OLEH JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN MENGENAI
PENGURUSAN KOJUTA
6.1. Hasil pemeriksaan Jawatankuasa Audit Dalaman mendapati tunai di tangan
telah dibuat dengan kemas dan teratur.
6.2. Jawatankuasa Audit Dalaman mendapati tiada aduan diterima apabila setiap
kakitangan ditanya mengenai suasana ditempat kerja.
7
Laporan Tahunan 2021 48