RM6.50
B355002
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENULIS EDITOR
Abdul Karim bin Daud Siti Hanim binti Yunus
Mohd. Rahim bin Mohd. Sharif
Faizah binti Ismail
ILUSTRATOR
Mohd. Ijmal bin Rozman
PEREKA BENTUK
Mohd. Haridan bin Ahmad
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur
2019
KK 6008-1211-1882-2106
ISBN 978-983-46-1882-7
Cetakan Pertama 2014
Cetakan Keenam 2019
Ultimate Print Sdn. Bhd.,
Lot 2, Jalan Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15,
402000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
KANDUNGAN
Pendahuluan v
UNIT 1 ASAS TEKNOLOGI 1
2
Manual Kit Model 2
4
Kenali Alatan Tangan 7
9
Komponen Kit Model 10
10
Mari Memasang Kit Model
Sistem Elektromekanikal Kit Model Saya
Jom Uji Saya
Buka dan Simpan Saya
Uji Diri 11
Imbas Maklumat
12
UNIT 2 PENGHASILAN PROJEK 13
Manual Tabung Penggera 14
Bahan di Sekeliling Kita 17
Kenali Kami 18
Binalah Saya 22
Mari Mulakan Projek 24
Jom Mencantum 30
Mari Buat Kemasan 31
Kenali Komponen Elektronik 34
Mari Baca Litar Elektronik 39
Mari Memasang Sistem Penggera 40
Berfungsi atau Tidak? 47
Selenggarakan Kami 48
Kos Projek Saya 50
Uji Diri 52
Imbas Maklumat 54
iii
UNIT 3 TEKNOLOGI PERTANIAN 55
Mari Memilih Biji Benih 56
Gunanya Kami 58
Kenali Medium Semaian 60
Medium Pilihanku 61
Bekas Semaian 62
Begini Langkahnya 63
Mari Belajar Menyemai Biji Benih 64
Jagalah Saya 66
Jom Sediakan Medium Penanaman 67
Bekas Penanaman Pilihanku 68
Dari Bekas Semaian ke Bekas Penanaman 69
Hidup Subur 71
Uji Diri 73
Imbas Maklumat 74
UNIT 4 SAINS RUMAH TANGGA 75
Apakah Sanitasi Makanan? 76
Alatan Memasak 78
Menu Pilihanku 82
Berapakah Kos Menu Pilihan Saya? 85
Ayuh, Kita Memasak! 86
Kebersihan Asas Kesihatan 96
Selenggara dan Simpan 98
Kenali Bahan Hiasan Makanan 100
Pembungkus Makanan 101
Label Pembungkus Makanan 101
Hiasi Makanan Kita 102
Cantiknya Saya! 104
Uji Diri 105
Imbas Maklumat 106
iviv
PENDAHULUAN
Buku Teks Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 5 ini merupakan kesinambungan daripada Buku Teks
RBT Tahun 4. Buku ini ditulis berpandukan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP)
yang terangkum dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) RBT Tahun 5.
Buku ini juga ditulis untuk memenuhi kehendak Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),
Kementerian Pendidikan Malaysia dan menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Empat tajuk yang menepati SK akan dipelajari oleh murid Tahun 5, iaitu
Asas Teknologi, Penghasilan Projek, Teknologi Pertanian dan Sains Rumah Tangga. Tajuk seperti
Asas Teknologi, Penghasilan Projek serta Sains Rumah Tangga merupakan lanjutan kemahiran yang
telah dipelajari pada Tahun 4, manakala tajuk Teknologi Pertanian merupakan pendedahan awal
kepada murid tentang ilmu dalam teknologi pertanian.
Bidang ilmu yang diterapkan dalam buku teks ini mementingkan pemupukan nilai dan
sikap seperti berdikari, kreatif, inovatif, berjimat cermat dan bertanggungjawab melalui
kerja buat sendiri (D.I.Y). Selain kemahiran interpersonal, sikap yang positif semasa
menjalankan setiap aktiviti bertujuan melahirkan murid yang kreatif, celik teknologi, celik
kewangan dan mempunyai ciri keusahawanan. Untuk itu, elemen merentas kurikulum seperti
keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) serta kreativiti dan inovasi diselitkan
dalam setiap unit sama ada secara tersurat atau tersirat.
Reka letak teks dan gambar serta elemen lain dalam buku ini diolah serta disusun
dalam bentuk yang menarik supaya murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran
yang diterapkan dalam SK dan SP. Setiap unit dalam buku ini dimulakan dengan halaman
rangsangan sebagai set induksi, diikuti dengan isi pembelajaran, aktiviti, penilaian dan
rumusan. Pada setiap unit juga diselitkan penyendal dalam bentuk ikon berunsur kecindan
dan setiap penyendal itu berkaitan dengan tajuk yang sedang dipelajari.
Sesuai dengan penerapan kerja buat sendiri dalam setiap unit yang dipelajari,
elemen keselamatan tetap diutamakan dan merupakan kesinambungan daripada tajuk
Organisasi dan Keselamatan Bengkel yang telah dipelajari pada Tahun 4. Setiap aktiviti
kerja buat sendiri bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan,
bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,
berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Murid juga didedahkan dengan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) agar murid berupaya untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu yang baharu.
Sehubungan dengan itu, penulis berharap Buku Teks RBT Tahun 5 ini dapat memberikan
impak yang positif dalam kalangan murid Tahun 5 serta berupaya untuk memenuhi keperluan
dan kehendak pendidikan peringkat sekolah rendah serta memenuhi hasrat FPK. Akhir kata,
semoga buku ini dapat meneruskan kesinambungan melahirkan modal insan cemerlang
yang mampu menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan negara.
ABDUL KARIM BIN DAUD
MOHD RAHIM BIN MOHD SHARIF
FAIZAH BINTI ISMAIL
vv
PENERANGAN IKON
Wadah Ilmu Memberikan pengetahuan tambahan kepada murid tentang
Cerdik ICT perkara yang dipelajari oleh mereka, yang tidak disampaikan dalam
kandungan buku teks.
Gerak Kerja
Menggalakkan murid menggunakan elemen yang berkaitan dengan
Cuba Fikirkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam mencari maklumat lanjut
Tip Keselamatan tentang topik yang sedang dipelajari.
Tip Kebersihan Mencadangkan aktiviti pengukuhan, pemulihan dan pengayaan
Imbas Maklumat yang boleh dilakukan di dalam atau di luar kelas berkaitan dengan
standard kandungan dan standard pembelajaran agar
Uji Diri penggabungjalinan antara teori dengan amali dapat dipraktikkan
NOTA GURU oleh murid.
Mengemukakan soalan pengukuhan, pemulihan dan pengayaan
serta soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang perlu
dijawab secara spontan untuk menguji kefahaman dan mencungkil
pengetahuan murid tentang kandungan buku teks.
Memberikan penekanan tentang aspek keselamatan yang perlu
dipatuhi dan diamalkan oleh murid ketika membuat aktiviti. Secara
tidak langsung, murid diajar mematuhi peraturan dan berdisiplin.
Memberikan penekanan tentang aspek kebersihan yang perlu
dipatuhi dan diamalkan oleh murid ketika membuat aktiviti.
Menunjukkan fakta penting yang telah dipelajari pada akhir setiap
unit pembelajaran kepada murid.
Menguji dan menilai kefahaman murid tentang tajuk yang telah
dipelajari oleh mereka pada akhir setiap unit pembelajaran.
Memberikan panduan kepada guru dalam melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi setiap standard pembelajaran.
Selain itu, guru perlu menggunakan inisiatif dan kreativiti sendiri dalam
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik
dan berkesan.
2.2.1 Menyatakan nombor standard pembelajaran bagi tajuk yang berkaitan.
Mengemukakan fakta yang berkaitan dengan topik pembelajaran.
vi
UNIT 1 ASAS TEKNOLOGI
KIT MODEL KERETA SAYA
Kakak, kereta Adik sedang
saya boleh bergerak laju, menggunakan alat kawalan jauh.
perlahan, undur dan membelok
hanya dengan menekan Cuba adik kawal kereta itu
supaya dapat mengekori
butang pada alat ini.
kereta kakak.
NOTA GURU 1
Bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan litar lumba kereta kawalan jauh.
Tunjukkan kit model yang menggunakan alat kawalan jauh kepada murid.
Minta murid memberikan contoh lain kit model yang dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh.
Manual Kit Model
Tahukah kamu bahawa pergerakan kit model boleh menggunakan
sumber elektrik? Sistem pergerakan kit model yang menggunakan
sumber elektrik ini dikenali sebagai sistem pergerakan elektromekanikal.
Kamu akan memasang kit model menggunakan sistem
elektromekanikal yang dikawal dengan menggunakan alat kawalan
jauh. Alat ini akan dapat mengawal semua pergerakan kit model tanpa
menggunakan wayar.
Kenali Alatan Tangan
Alatan tangan diperlukan untuk memasang dan membuka pengikat
komponen kit model seperti skru serta bolt dan nat. Alatan yang perlu
digunakan adalah seperti di bawah.
Pemutar skru Philip Playar muncung tirus
Mengetatkan dan melonggarkan Mencengkam bahan atau
skru Philip. komponen kecil.
Pemutar skru mata rata CUBA FIKIRKAN
1. Mengapakah playar muncung tirus
perlu digunakan ketika memasang
komponen kit model?
2.Mengapakah pemutar skru
mempunyai saiz yang berbeza?
Mengetatkan dan melonggarkan
skru alur.
NOTA GURU Beritahu murid bahawa mereka boleh menggunakan sebarang kit model yang berfungsi
secara elektromekanikal.
Tunjukkan alatan tangan yang terdiri daripada pelbagai saiz dan cara menggunakannya
2 2.2.1 dengan betul kepada murid.
2.2.2
CONTOH MANUAL KIT MODEL KERETA
Langkah pemasangan
a.Memasang motor dan gear
12 3
45 6
b. Memasang litar elektronik dan wayar
12
c. Memasang badan kit model 2
1
NOTA GURU Minta murid membaca dan memahami manual terlebih dahulu sebelum mula
memasang kit model supaya tidak berlaku kesilapan.
2.2.1 3
Komponen Kit Model
Kit model terdiri daripada beberapa komponen. Setiap komponen
mempunyai fungsi yang berbeza. Yang berikut ialah komponen pada
kit model.
Komponen Fungsi Kedudukan komponen
Motor digunakan untuk motor
menggerakkan gear. gear pemacu
gear dipacu
gear
motor
gear Gear pemacu pada syaf
motor akan menggerakkan
gear dipacu. Setiap
komponen gear akan
diletakkan secara
bersentuhan antara
satu sama lain.
roda gandar Roda dihubungkan roda
dengan gandar
gandar
untuk memudahkan
pergerakan kit model. takal dipacu
takal pemacu
roda dan gandar
takal tali takal Takal pemacu
dipacu sawat pemacu dihubungkan
dengan takal dipacu
takal dan tali sawat menggunakan tali sawat tali sawat
untuk menghasilkan motor
gerakan putaran apabila
motor berfungsi.
NOTA GURU Beritahu murid bahawa gear terdapat dalam pelbagai jenis seperti gear taji, gear serong,
gear belitan, gear helik, gear rak dan gear pinan.
Terangkan perkaitan antara komponen pemacu dengan komponen dipacu kepada murid.
4 2.2.3
Komponen Fungsi Kedudukan komponen
rantai gegancu pemacu
gegancu gegancu Apabila motor berfungsi, rantai
dipacu pemacu gegancu pemacu akan gegancu dipacu
bergerak dan memindahkan
gegancu dan rantai pergerakan ke gegancu dipacu
melalui rantai.
Alat kawalan jauh
digunakan untuk
mengawal pergerakan
kit model.
alat kawalan jauh alat kawalan jauh
sensor
Bergantung pada jenisnya,
sensor berfungsi untuk
mengesan cahaya, haba,
bunyi, sentuhan dan
sebagainya.
sensor
Bateri membekalkan -
tenaga elektrik pada
+ - BA+TBEARTIBEARITEBRAI+TERI- +
kit model.
-
bateri
NOTA GURU WADAH ILMU
2.2.3 Semua kit model yang dikawal
menggunakan alat kawalan
jauh akan dipasang dengan
komponen sensor atau penderia.
Beritahu murid bahawa terdapat bateri yang boleh dicas semula tenaga elektriknya
setelah habis digunakan.
5
GERAK KERJA C e rdik IC T carian
Nyatakan perbandingan antara Gunakan enjin
sel solar dengan bateri.
untuk mencari maklumat
tentang komponen
kit model.
Komponen Fungsi Kedudukan komponen
Sel solar sel solar
membekalkan tenaga
elektrik menggunakan on o
cahaya matahari.
sel solar
Suis memutuskan atau on o
menyambungkan litar
suis
elektrik pada
kit model.
suis
Pemegang bateri on o
digunakan untuk
menetapkan kedudukan
bateri pada kit model.
pemegang bateri pemegang bateri
Kerangka ialah tempat on o
meletakkan motor,
gear, gandar, suis dan
pemegang bateri serta
mengukuhkan kit model.
kerangka kerangka
NOTA GURU Beritahu murid bahawa tidak semua komponen di atas dipasang dalam satu kit model.
Jelaskan kepada murid tentang 'sumber tenaga boleh baharu' untuk menggantikan minyak
bagi menggerakkan kenderaan.
6 2.2.3
Mari Memasang Kit Model
Setelah memahami manual pemasangan dan mengenal pasti
komponen, marilah kita memasang kit model kereta kawalan jauh ini.
1 Kenal pasti komponen.
2 Pasangkan gear, motor, roda 3 Pasangkan kotak gear pada
dan gandar pada kotak gear bahagian hadapan kerangka
di bahagian belakang. kit model.
(a) (a)
(b) (b)
NOTA GURU Pastikan semua komponen mencukupi sebelum murid memasang kit model. 7
2.2.4
4 Pasangkan suis pada kerangka 5 Pasangkan papan litar elektronik
kit model. dengan menggunakan skru.
6 Sambungkan wayar dengan betul 7 Pasangkan badan kit model pada
supaya litar boleh berfungsi. kerangka dengan menggunakan skru.
WADAH ILMU
Litar elektronik ialah litar yang
mengandungi komponen elektronik
seperti perintang, kapasitor dan
transistor yang berfungsi untuk
mengawal pergerakan pada kit model.
NOTA GURU Beritahu murid bahawa komponen kit model hendaklah dipasang mengikut langkah
seperti dalam manual.
Pastikan murid memasang skru pada semua tempat dengan betul agar kit model kukuh
8 2.2.4 dan berfungsi dengan baik.
Sistem Elektromekanikal Kit Model Saya
Perhatikan komponen kit model kereta yang telah siap dipasang. Kit
model ini boleh berfungsi setelah semua komponen lengkap dipasang.
Pergerakan kit model ini menggabungkan komponen mekanikal serta
elektrik dan elektronik yang dikenali sebagai sistem elektromekanikal.
Sistem Elektromekanikal
Mekanikal Elektrik dan elektronik
Komponen yang digunakan Kit model akan berfungsi apabila
ialah motor, gear, gandar dan bateri dipasang untuk membekalkan
roda. Gear dipasang secara tenaga elektrik sebagai sumber kuasa
bersentuhan antara satu sama pada motor dan komponen lain.
lain. Apabila motor berfungsi, gear Sistem elektronik kit model ini pula
pemacu akan menggerakkan gear dipasang pada papan litar elektronik
dipacu. Gear dipacu pula akan untuk mengawal pergerakan
memindahkan tenaga ke gandar kit model.
bagi menggerakkan roda.
NOTA GURU Minta murid menyatakan contoh kit model lain yang menggunakan 9
sistem elektromekanikal dengan merujuk enjin carian.
2.2.5 Tunjukkan contoh motor dan gear kit model kepada murid. Terangkan cara komponen
tersebut berfungsi.
Jom Uji Saya
Kit model yang telah siap dipasang perlu diuji untuk memastikannya
berfungsi atau sebaliknya. Yang berikut ialah langkah untuk menguji.
1 2 3 hadapan
belakang
kiri kanan
Pasangkan bateri pada Hidupkan suis kit model. Gunakan alat kawalan
pemegang bateri dan jauh untuk menguji
sambungkan wayar. pergerakan kit model
kereta kamu.
WADAH ILMU
Kit model yang tidak berfungsi boleh
dikesan dengan cara memeriksa
penyambungan wayar, kekutuban
bateri dan penyambungan pada
sistem elektromekanikal.
Buka dan Simpan Saya
Setelah dipasang dan diuji,
komponen perlu dibuka dengan
berhati-hati. Selain itu, bilangan
komponen dan pengikat hendaklah
mencukupi sebelum dimasukkan
ke dalam bekas penyimpanan.
NOTA GURU Beritahu murid tentang beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan kit model
tidak berfungsi ketika diuji.
Minta murid memastikan semua komponen adalah lengkap sebelum disimpan ke
10 2.2.6 dalam bekas penyimpanan. Komponen yang tidak lengkap akan menyebabkan kit
2.2.7 model tidak berfungsi apabila dipasang semula.
U JI DIRI
Jawab soalan berikut.
1. Namakan komponen di bawah dan tulis fungsinya.
2. (a) Senaraikan dua contoh kit model yang menggunakan setiap
komponen di bawah.
(b) Nyatakan perbandingan antara kit model kereta dengan kit model
kereta kabel.
NOTA GURU 11
Minta murid menjawab soalan dalam buku latihan.
Bersoal jawab dengan murid tentang perkakasan sebenar yang menggunakan komponen dalam soalan 2 (a).
Galakkan murid menggunakan peta minda untuk menjawab soalan 2 (b).
IMBAS MAKLUMAT (a) Membaca manual Pemutar skru Philip
(b) Alatan tangan Pemutar skru mata rata
Pemasangan Playar muncung tirus
motor dan gear
Pemasangan litar
elektronik dan wayar
Pemasangan
badan kit model
Asas Teknologi (c) Langkah memasang kit model Motor
(d) Komponen kit model Gear
Mengenal pasti Roda dan gandar
komponen Takal dan tali sawat
Gegancu dan rantai
Memasang kotak gear Alat kawalan jauh
belakang kit model Sensor
Bateri
Memasang kotak gear Sel solar
hadapan kit model Suis
Pemegang bateri
Memasang suis Kerangka
Memasang
litar elektronik
Menyambung wayar
Memasang badan
kit model
NOTA GURU
Bersoal jawab dengan murid tentang perkara yang telah dipelajari.
12
UNIT 2 PENGHASILAN PROJEK
TABUNG PENGGERA
Wah, menariknya Untuk makluman awak,
sayalah yang memotong
tabung penggera
semua kayu untuk
ini! Bolehlah saya projek ini.
menyimpan duit.
Gergaji, sebenarnya Ya, betul gandin.
kita semua penting. Penghasilan projek
Tanpa kita tidak mungkin ini dapat mendidik kita
tabung penggera mengamalkan budaya
ini tercipta. menabung.
NOTA GURU 13
Bersoal jawab dengan murid tentang projek Rumah Api yang telah dihasilkan pada tahun 4.
Minta murid menyatakan alatan tangan, bahan dan komponen elektrik yang pernah digunakan.
Rangsang murid bercerita tentang gambar di atas.
Manual Tabung Penggera
Seperti yang telah A. Senarai bahan kerja logam dan bukan logam
kamu pelajari, kamu
perlu membaca dan papan lapis A papan lapis B
memahami manual
sebelum memulakan 8 mm x 100 mm 15 mm x 100 mm
kerja penghasilan projek.
Yang berikut merupakan x 205 mm x 110 mm
manual bagi projek
Tabung Penggera. papan lapis C kepingan zink
Manual bukan 8 mm x 85 mm 0.5 mm x 116 mm
sahaja membantu kita
menghasilkan projek dengan x 120 mm x 217 mm
teratur, malah dapat
menjimatkan masa untuk paku panel skru Philip
1 inci _3_ inci
menyiapkannya. 8
kertas las glu sentuh
5 ml
cat alas cat licau
50 ml 50 ml
B. Senarai komponen elektronik dan bahan
LED berwarna kapasitor
merah 100 µF
transistor perintang
C9013 tetap 10 KΩ
GERAK KERJA buzer suis mikro
12VDC 5A 250VAC
Berdasarkan bahan yang
akan digunakan untuk bateri 9V pemegang
membuat projek Tabung bateri 9V
Penggera ini, buat anggaran
kos yang diperlukan.
C e r dik ICT bongkah soket
Gunakan enjin carian penyambung penyambung
untuk melihat contoh projek
yang menggunakan litar wayar lembar
tunggal
elektronik.
NOTA GURU Bantu murid membaca dan memahami manual.
Beritahu murid bahawa projek ini merupakan contoh sahaja. Reka bentuk projek sebenar
bergantung pada kreativiti dan keupayaan murid. Guru dan murid juga boleh membuat
projek lain yang memenuhi keperluan DSKP.
Maklumkan kepada murid bahawa kuantiti bahan dan komponen yang diperlukan adalah
14 4.2.1 mengikut bilangan dalam gambar.
Contoh Manual Tabung Penggera
C. Lukisan kerja bahan logam dan bukan logam
110 B 90 90 C2 120 Petunjuk :
10 C1 120 Garisan lipatan tepi
100 10
Garisan lengkung bucu
papan lapis B Semua ukuran adalah dalam
unit milimeter (mm)
85 85
papan lapis C
15 15 8 16 48 48
8 16 35 35
. 10 10
.. .. 10 217 40
A180 30 4
205 4
100 116 90
papan lapis A kepingan zink 8
ukuran dan bentuk bengkokan
kepingan zink
C2 A C1
B
lukisan ceraian pemasangan bahagian rupa bentuk projek
logam dan bukan logam
NOTA GURU Tegaskan kepada murid bahawa unit ukuran panjang adalah dalam milimeter (mm). 15
4.2.1 Bimbing murid membuat anggaran kos bahan untuk projek masing-masing.
Sekiranya tiada perintang bernilai 10 kΩ, gunakan perintang yang mempunyai nilai
yang hampir sama.
D. Lukisan kerja penyambungan litar elektronik
C BEE B C
1 2 3
+-
-+
+- -+
+-
4 56
78
-
+
pandangan hadapan pandangan belakang
NOTA GURU Berbincang dengan murid tentang kesan sekiranya membuat projek tanpa membaca
dan memahami manual.
Minta murid memastikan bahawa kaki komponen dipasang mengikut kekutuban.
16 4.2.1
Bahan di Sekeliling Kita
Untuk menghasilkan projek pada tahun 5, kamu perlu menggunakan
bahan logam dan bahan bukan logam. Bahan yang dipilih perlulah
bersesuaian dengan projek yang hendak dihasilkan. Yang berikut
ialah contoh bahan logam dan bahan bukan logam yang boleh kamu
gunakan untuk menghasilkan projek.
BAHAN LOGAM
aluminium keluli zink
BAHAN
BUKAN LOGAM
kayu paip polivinil klorida perspeks
(PVC)
papan lapis Medium-Density
Fibreboard (MDF)
C e r d ik ICT enjin carian
CUBA FIKIRKAN
Gunakan Apakah bahan guna semula
berasaskan logam yang
untuk mengenal pasti mudah kamu peroleh untuk
menghasilkan projek?
bahan logam dan bahan
bukan logam yang lain.
NOTA GURU Minta murid menyenaraikan bahan yang digunakan untuk membuat projek 17
Tabung Penggera berdasarkan manual.
4.2.2 Terangkan contoh penggunaan bahan logam dan bahan bukan logam kepada murid.
Tunjukkan contoh sebenar zink dan aluminium kepada murid.
Kenali Kami
Untuk membina projek berasaskan bahan logam dan bahan bukan
logam, kita perlu menggunakan alatan tangan yang sesuai. Mari kenali
alatan tangan yang dapat membantu kamu menyiapkan projek ini.
Gergaji besi Gunting logam
Memotong logam. Menggunting kepingan
logam yang nipis.
Gandin kayu
Mengetuk hulu pahat.
NOTA GURU Minta murid menceritakan pengalaman mereka menggunakan alatan tangan.
Tunjukkan cara penggunaan alatan tangan yang betul kepada murid.
18 4.2.3
Gandin getah
Mengetuk untuk membentuk kepingan logam.
Kikir rata Kikir parut
Membuang gerigis Meratakan bahagian tepi
pada bahagian kayu dan membentuk
tepi logam. penjuru kayu.
CUBA FIKIRKAN TIP KESELAMATAN
Apakah persamaan dan Banyak alatan di dalam
perbezaan yang terdapat pada bengkel RBT adalah
kikir rata dan kikir parut? berbahaya. Berhati-hati
semasa menggunakannya.
NOTA GURU Tunjukkan contoh alatan tangan yang terdapat dalam bengkel kepada murid.
Bimbing murid membuat perbandingan antara kikir rata dengan kikir parut.
4.2.3 19
Playar gabung Pisau boleh laras
Memegang, mencengkam dan Memotong MDF, plastik dan
membentuk benda kerja serta bod lekap yang nipis.
memotong dawai Penggarit
yang halus.
Pengikis
Mengikis kekotoran pada Menanda atau membuat
permukaan logam garisan pada permukaan
dan kayu.
kepingan logam.
NOTA GURU Minta murid menyenaraikan alatan tangan yang tajam.
Jelaskan kepentingan menjaga keselamatan semasa menggunakan alatan tangan yang
tajam kepada murid.
20 4.2.3
Penebuk pusat Ragum kakak tua
Menanda tempat yang
hendak digerudi pada
kepingan logam.
Ragum meja
Mencengkam dan mencabut
paku panel.
Ragum meja
Mencengkam dan
mencabut
Mepngaakupipt baennedl.a
kerja logam.
C e r dik ICT enjin carian
Gunakan
untuk melihat gambar
alatan tangan dan cara Mengapit benda
kerja kayu.
menggunakannya.
NOTA GURU Beritahu murid bahawa tidak semua alatan tangan yang dipelajari ini akan 21
digunakan dalam projek Tabung Penggera.
4.2.3 Minta murid menyenaraikan alatan tangan yang diketahui oleh mereka dan
nyatakan fungsinya.
Binalah Saya
Sebelum kita memulakan projek, sediakan alatan dan bahan yang
hendak digunakan.
1. Menyediakan alatan
(a) Alatan untuk kerja kayu
2. Menyediakan bahan
NOTA GURU Tunjukkan alatan tangan dan bahan yang diperlukan untuk membuat projek kepada murid.
22 4.2.4
WADAH ILMU
Selain papan lapis, kayu keras ringan juga sesuai digunakan untuk
membuat sesuatu projek. Terdapat pelbagai jenis kayu keras ringan
di pasaran, contohnya kayu jelutung dan meranti.
(b) Alatan untuk kerja logam
Oh, ini alatan
dan bahannya!
NOTA GURU Bersoal jawab dengan murid tentang alatan tangan dan bahan yang pernah digunakan
semasa membuat projek pada tahun 4.
4.2.4
23
Mari Mulakan Projek
Kerja mengukur dan menanda perlu dilakukan dengan tepat.
Berpandukan manual, mari kita mengukur dan menanda papan lapis
serta kepingan zink.
1. Mengukur dan Menanda
(a) Mengukur dan menanda papan lapis
Papan lapis A Papan lapis B Papan lapis
C1 dan C2
205 90
100 120
AB C1
C2
NOTA GURU Pastikan murid menggunakan alatan tangan dengan betul dan selamat.
Pastikan murid membuat ukuran dengan tepat. Ingatkan mereka tentang cara membaca
senggatan pada pembaris keluli.
24 4.2.5 Berbincang dengan murid tentang kesan jika kerja mengukur tidak dilakukan dengan tepat.
(b) Mengukur dan menanda kepingan zink
217 Menanda
Mengukur
116
217
Bahan siap ditanda Membuat garisan
TIP KESELAMATAN CUBA FIKIRKAN
Penggarit mempunyai mata Apakah nama alatan tangan
yang tajam. Berhati-hati yang digunakan dalam kerja
semasa menggunakannya. mengukur dan menanda
kepingan zink?
NOTA GURU Tunjukkan cara penggunaan penggarit dengan betul kepada murid supaya garisan yang 25
ditanda jelas kelihatan pada permukaan kepingan zink.
4.2.5 Beritahu murid bahawa sarung tangan logam perlu digunakan untuk mengendalikan
kerja logam.
2. Memotong
Alatan tangan yang betul diperlukan untuk kerja memotong.
(a) Memotong papan lapis
Untuk memotong papan lapis, kita perlu menggunakan gergaji puting
dan gergaji rencong manual.
Papan lapis A Papan lapis B Papan lapis
C1 dan C2
reja kayu
A B C1 C2
NOTA GURU Tunjukkan cara penggunaan gergaji rencong manual dengan betul kepada murid.
Beritahu murid bahawa gergaji rencong manual dan gergaji puting boleh digunakan untuk
memotong bahan projek secara lurus atau bersudut.
26 4.2.5 Terangkan fungsi reja kayu kepada murid.
(b) Memotong kepingan zink
Untuk memotong kepingan zink pula, kita perlu menggunakan
gunting logam.
Potong kepingan zink. Buang gerigis pada bahagian
tepi kepingan zink.
Rapatkan lipatan bahagian Lipat bahagian
tepi kepingan zink. tepi kepingan zink.
CUBA FIKIRKAN
Sebutkan alatan tangan
yang digunakan untuk kerja
memotong, mengikir dan melipat
bahagian tepi kepingan zink.
Bahan siap dipotong TIP KESELAMATAN
dan dilipat. Bahagian tepi kepingan zink yang
dipotong adalah tajam. Oleh itu, kamu
perlu berhati-hati semasa melakukan
aktiviti memotong kepingan zink.
NOTA GURU Tunjukkan cara melipat bahagian tepi kepingan zink dengan kemas kepada murid.
Beritahu murid bahawa kepingan zink tidak boleh dibengkokkan dengan menggunakan
4.2.5 tukul Warrington atau tukul kuku kambing, dan nyatakan alasannya.
27
3. Menebuk
Papan lapis A perlu ditebuk untuk kerja pemasangan komponen
elektronik pada projek. Kepingan zink pula perlu ditebuk untuk
memudahkan kerja pemasangan skru pada projek. Gerudi mudah alih
dan penebuk pusat digunakan semasa kerja menebuk lubang.
(a) Menebuk papan lapis A
15
20 3 3 20
Ukur dan tanda Tebuk lubang pada Papan lapis A siap
papan lapis A. tempat yang ditanda. ditebuk.
(b) Menebuk kepingan zink
35 35
40 5
40
30 30
44 Buat tanda panduan Tebuk lubang pada
untuk menggerudi. tempat yang ditanda.
Ukur dan tanda
kepingan zink.
(c) Menebuk lubang syiling
48
40
30
4 Tebuk dan potong Buang gerigis pada
lubang syiling. lubang syiling.
Ukur dan tanda
lubang syiling.
NOTA GURU Pastikan murid tidak mengetuk penebuk pusat terlalu kuat bagi mengelakkan kepingan
zink berlubang.
Bimbing murid mengukur, menanda dan menebuk lubang syiling dengan sempurna.
28 4.2.5
4. Membentuk
Berpandukan manual, papan lapis A dan B perlu dibentuk menjadi
lengkung pada bahagian penjuru papan lapis. Kepingan zink pula perlu
dibengkokkan bagi menghasilkan bentuk yang dikehendaki. Oleh itu,
kita perlu menggunakan alatan tangan yang sesuai untuk membentuk
kedua-dua bahan ini.
(a) Membuat lengkung pada penjuru kayu
15 15
10 10 10 10
10 10 10 10
AB
Ukur dan tanda papan lapis A dan B.
AB
Buat lengkung pada papan lapis. Papan lapis A dan B siap dibentuk.
(b) Membengkokkan kepingan zink
10
90
8 Buat bengkokan pada Kepingan zink
kepingan zink. siap dibengkokkan.
Ukur dan tanda
kepingan zink.
NOTA GURU Bimbing murid membuat garisan melengkung pada penjuru kayu dengan betul
dan sempurna dengan menggunakan alatan yang sesuai.
Pantau aktiviti murid bagi memastikan keselamatan mereka.
4.2.5 29
Jom Mencantum
Bahan pengikat dan pencantum diperlukan untuk kerja pemasangan.
Contoh bahan pengikat dan pencantum yang digunakan dalam
pemasangan projek ini ialah paku dan glu. Yang berikut ialah
kerja pemasangan papan lapis A, B, C1 dan C2.
Paku papan lapis A pada A
papan lapis B.
B
Cantuman papan lapis
A dan B yang telah siap.
Sapukan glu pada
papan lapis C1 dan C2.
WADAH ILMU
Kayu yang nipis lebih sesuai dipaku pada kayu yang
tebal untuk mendapatkan cantuman yang kukuh.
NOTA GURU Minta murid menyatakan jenis pengikat dan pencantum yang telah dipelajari.
Pastikan murid membuat garisan memaku sebelum memulakan kerja memaku.
Beritahu murid bahawa kaedah memaku dan menyapu glu boleh digunakan untuk
30 4.2.6 kerja pemasangan projek ini.
Mari Buat Kemasan
Kerja membuat kemasan merupakan langkah terakhir dalam penghasilan
projek. Sebelum menggunakan bahan kemasan, projek perlu dilicinkan
dengan kertas las.
Terdapat banyak bahan kemasan yang boleh digunakan seperti
cat licau dan syelek. Kedua-dua bahan berbentuk cecair dan berfungsi
untuk melindungi kecacatan dan mencantikkan projek. Yang berikut
ditunjukkan perbezaan ciri antara cat licau dengan syelek.
menggunakan berus cat
lambat kering pekat
turpentin warna yang
sebagai pelarut pelbagai
cat licau
cepat kering cair
spirit metil syelek warna yang
sebagai pelarut terhad dan
menyerupai
warna kayu
NOTA GURU menggunakan berus syelek
Terangkan kepada murid bahawa syelek boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti
siap bancuh, kepingan atau jernih.
4.2.7 31
Sekarang, mari kita lihat cara membuat kemasan menggunakan
cat licau pada projek Tabung Penggera ini.
(a) Mengecat bahagian bukan logam Tabung Penggera
cat licau
kertas las
(b) Mengecat bahagian logam Tabung Penggera
TIP KESELAMATAN
Gunakan topeng hidung dan
mulut semasa melakukan
kerja mengecat atau
menyapu syelek.
Cara membuat kemasan menggunakan syelek
Gosok projek Sapukan syelek Gosok lembut Sapukan syelek
dengan kertas las dan biarkan dengan untuk lapisan
dan lap. kering. kertas las dan lap. kedua dan ketiga.
NOTA GURU Pastikan murid menggunakan pelapik sebelum mengecat.
Minta murid mengecat dengan mengikut ira kayu.
Beritahu murid bahawa cat alas perlu digunakan sebagai lapisan pertama sebelum
menggunakan cat licau untuk mendapatkan hasil yang lebih kemas.
Minta murid memastikan cat alas kering sebelum memulakan kerja mengecat menggunakan
32 4.2.7 cat licau.
Setelah kerja kemasan projek disiapkan, mari kita cantumkan bahagian
logam dengan bahagian bukan logam pada projek ini.
(a) Membuat tanda lubang skru
Tetapkan kedudukan Tandakan tempat Buat lubang panduan
kepingan zink pemasangan skru. skru dengan
pada cantuman kayu. menggunakan gerimit.
(b) Membuat cantuman kekal
pelapik
kawasan kawasan
glu glu
Sapukan glu sentuh Sapukan glu sentuh Lekatkan kepingan zink
pada bahagian tepi pada bahagian pada cantuman kayu.
kepingan zink. tepi cantuman kayu.
(c) Membuat cantuman tidak kekal
Pasangkan skru pada projek. Projek yang telah siap dipasang.
NOTA GURU Bersoal jawab dengan murid tentang arah putaran bagi mengetatkan dan 33
melonggarkan skru.
4.2.6 Beritahu murid tujuan membuat cantuman kekal dan cantuman tidak kekal pada
Tabung Penggera ini.
Galakkan murid untuk menghias Tabung Penggera dengan unsur patriotik.
Kenali Komponen Elektronik
Pernahkah kawan-kawan melihat komponen elektronik?
Terdapat banyak komponen elektronik pada perkakasan elektrik
seperti televisyen, radio dan sebagainya. Mari kita kenali beberapa
komponen elektronik.
(a) Diod Pemancar Cahaya
Diod pemancar cahaya atau Light Emitting
Diode (LED) berfungsi untuk memancarkan
cahaya setelah menerima arus elektrik.
bahagian simbol
badan
kaki anod (+) yang rata
kaki katod (-)
LED boleh didapati dalam pelbagai warna. LED mempunyai dua kaki
tidak sama panjang yang menunjukkan kekutuban. Kaki yang pendek
disebut katod (kutub negatif), manakala kaki yang panjang disebut
anod (kutub positif). Oleh itu, sambungan LED mestilah mengikut
kekutuban yang sama pada bateri.
WADAH ILMU TIP KESELAMATAN
Jangan membengkokkan
Terdapat dua cara mengenal kaki LED terlalu rapat
kekutuban LED, iaitu: dengan badan kerana
1.Panjang kaki kakinya mudah patah.
2.Bahagian badan yang rata
NOTA GURU Beritahu murid bahawa sambungan terus antara LED dengan bateri 9V boleh
menyebabkan LED rosak. Oleh itu, penggunaan perintang tetap pada nilai tertentu
diperlukan bagi mengelakkan kerosakan tersebut.
34 4.2.8
(b) Perintang
Perintang berfungsi untuk mengehadkan pengaliran arus elektrik.
Nilai rintangan diukur dalam unit ohm (Ω). Terdapat dua jenis perintang
yang biasa digunakan, iaitu perintang tetap dan perintang boleh
laras. Kedua-dua perintang ini tidak mempunyai kekutuban dan boleh
disambung pada mana-mana kekutuban bateri.
Perintang tetap Perintang boleh laras
Nilai rintangan adalah kekal dan Nilai rintangan boleh diubah kepada
tidak boleh diubah. Terdapat jalur suatu nilai yang dikehendaki.
warna pada badannya yang
menunjukkan nilai rintangan.
simbol simbol
atau atau
C e r d i k ICT enjin carian
Gunakan
untuk mencari maklumat
tentang nilai rintangan pada
jalur warna perintang tetap.
NOTA GURU Bimbing murid membaca nilai rintangan pada perintang tetap yang digunakan.
Bersoal jawab dengan murid tentang perbezaan antara perintang tetap dengan
4.2.8 perintang boleh laras.
35
(c) Kapasitor
Kapasitor juga dikenali sebagai pemuat. Fungsinya adalah untuk
menyimpan dan membuang cas. Unit ukuran bagi kapasitor ialah
Farad (F). Terdapat dua jenis kapasitor yang perlu diketahui, iaitu
kapasitor berkutub dan kapasitor tidak berkutub.
Kapasitor berkutub Kapasitor tidak berkutub
kaki (-)
kaki (+) kaki (-)
kaki (+)
Kapasitor ini mempunyai kaki pendek Kapasitor ini mempunyai kaki yang
(negatif) dan kaki yang panjang sama panjang. Kaki kapasitor ini
(positif). Kakinya perlu disambung tidak mempunyai kekutuban
mengikut kekutuban yang betul. positif atau negatif.
simbol simbol
atau
+-
atau
C erdik ICT carian untuk WADAH ILMU
Gunakan enjin Kaki yang selari dengan jalur
yang terdapat pada dinding
melihat gambar kapasitor kapasitor berkutub ialah kaki
negatif.
berkutub dan kapasitor
tidak berkutub.
NOTA GURU Tunjukkan komponen maujud kepada murid supaya murid dapat membuat
pemerhatian dan banding beza antara kapasitor berkutub dengan kapasitor
tidak berkutub.
36 4.2.8
(d) Transistor
Transistor bertindak sebagai suis kawalan. Transistor ada tiga kaki yang
mempunyai fungsi yang berbeza, iaitu:
i. Pemancar (Emitter), E
ii. Pemungut (Collector), C
iii. Tapak (Base), B
Transistor dibahagikan kepada dua jenis, iaitu jenis PNP dan jenis NPN.
Transistor PNP Transistor NPN
Contoh transistor PNP ialah C9012 Contoh transistor NPN ialah C9013
dan SC945. dan BC108.
simbol simbol
C C
B B
EE
WADAH ILMU
Anak panah dalam simbol transistor dapat menentukan jenis PNP
atau NPN. Arah anak panah ke dalam menunjukkan jenis PNP,
manakala arah anak panah keluar menunjukkan jenis NPN.
NOTA GURU Jelaskan kepada murid bahawa kedua-dua transistor boleh dibezakan berdasarkan
nombor cetakan pada badan transistor.
4.2.8 37
(e) Buzer
Buzer berfungsi untuk mengeluarkan bunyi dan boleh digunakan
sebagai penggera. Terdapat dua jenis buzer, iaitu buzer elektromagnet
dan buzer piezo.
Buzer elektromagnet Buzer piezo
Buzer ini mengeluarkan nada Buzer ini mengeluarkan
bunyi yang rendah. nada bunyi yang nyaring.
simbol simbol
(f) Suis
Suis digunakan dalam sesuatu litar dan berfungsi untuk melengkapkan
litar atau memutuskan litar. Terdapat pelbagai jenis suis, antaranya
suis mikro.
Suis mikro Suis ini mempunyai tiga tamatan yang
ditandakan sebagai COM (sepunya), NO (lazim
buka) dan NC (lazim tutup). Tamatan COM
perlu disambung sama ada dengan tamatan
NO atau NC. Biasanya pada badan suis ini
telah ditandakan tamatan tersebut.
simbol WADAH ILMU
C atau COM merupakan istilah bagi common, NO
ialah normally open dan NC ialah normally close.
C NO NC
NOTA GURU Pastikan murid dapat melukis simbol semua komponen elektronik dengan betul.
Minta murid menyatakan jenis suis yang telah digunakan semasa membuat projek
pada tahun 4.
38 4.2.8 Perkenalkan beberapa jenis suis yang lain kepada murid dan lukiskan simbolnya.
Mari Baca Litar Elektronik
Terdapat dua jenis lukisan litar elektronik yang dapat membantu kamu
membuat penyambungan litar elektronik, iaitu litar skematik dan
litar bergambar. Litar skematik menggunakan simbol, manakala litar
bergambar menggunakan bentuk sebenar komponen elektronik. Mari
kita lihat dua jenis lukisan litar tersebut yang akan digunakan dalam
projek Tabung Penggera.
Litar Skematik Litar Bergambar
NO + 9V
COM
NC
suis mikro
perintang +- -+
LED 1 buzer LED 2
kap+asi-tor 1 kap-asit+or 2
C C
B B
transistor 2 E
E transistor 1
0V ++
WADAH ILMU +
-
Bongkah penyambung terdiri daripada
pelbagai saiz. Nilai arus minimum dicatatkan
pada bahagian belakang atau bawah bongkah
penyambung.
NOTA GURU Bersoal jawab dengan murid tentang perbandingan antara litar skematik dengan
litar bergambar.
4.2.9 39
Mari Memasang Sistem Penggera
Litar elektronik yang kamu pelajari akan digunakan pada projek yang
telah kamu siapkan. Sekarang, kita akan pasangkan sistem penggera
pada projek tersebut.
1. Membaca litar elektronik 2. Menyediakan komponen
pada manual elektronik, alatan dan bahan
+- -+
komponen elektronik
-
+
alatan
WADAH ILMU
Penyambung bateri
digunakan untuk
menyambungkan
bateri dengan litar.
NOTA GURU bahan
Minta murid menyediakan komponen elektronik, alatan dan bahan yang akan digunakan
untuk membuat sambungan litar pada projek ini.
40 4.2.10
3. Membentuk kaki komponen
sempurna tidak sempurna
4. Memasang transistor pada bongkah penyambung
1 2345 67 8
5. Memasang kapasitor pada bongkah penyambung
1 234567 8
6. Memasang perintang tetap pada bongkah penyambung
1 23 456 78
NOTA GURU Ingatkan murid agar melonggarkan skru pada bongkah penyambung sebelum 41
memasang komponen dan pastikan murid mengetatkan setiap kaki komponen dengan
4.2.10 sempurna menggunakan pemutar skru yang bersesuaian.
Ingatkan murid agar berhati-hati semasa memasang kaki komponen supaya tidak
bersentuhan antara satu sama lain.
Angka yang berwarna menunjukkan kaki komponen yang dimasukkan ke dalam
bongkah penyambung.