The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-07369643, 2021-01-24 13:41:23

BUKU TEKS RBT TAHUN 5

RBT TAHUN 5

Keywords: BUKU TEKS RBT TAHUN 5

7. Memasang wayar pelompat pada bongkah penyambung

(a) (b)

9 cm a 9 cm

b 6 cm
c1 4 cm
c2 4 cm
c3 4 cm
c4 4 cm

(c) (d)

a

(e) c1 (f) c1 c2 c3 c4

a a

b

8. Memasang buzer pada bahan projek
(a) (b)

NOTA GURU Bersoal jawab dengan murid tentang alatan lain yang boleh digunakan untuk

memotong wayar.

Beritahu murid supaya penebat dilucutkan daripada wayar pada jarak lebih kurang

42 4.2.10 1 cm dari hujung wayar.

9. Melengkapkan litar dengan buzer dan LED
(a) (b)

(c) (d)

(e) (f)

(g) (h)

NOTA GURU Bimbing murid mengenal pasti kaki anod dan kaki katod sebelum memulakan
pemasangan LED pada projek.
4.2.10 Bimbing murid membuat pemasangan komponen.

43

10. Memasang pemegang bateri pada bahan projek
(a) (b)

5 cm

(c)

WADAH ILMU

Terdapat pelbagai jenis
pemegang bateri di pasaran.
Setiap pemegang bateri adalah
berbeza mengikut saiz bateri.

11. Memasang suis mikro pada bahan projek
(a) (b)

(c)

TIP KESELAMATAN
Tutup penutup glu sentuh
selepas menggunakannya
bagi mengelakkan glu
tersebut rosak.

NOTA GURU Bimbing murid memasang suis mikro pada projek agar suis tersebut berfungsi

dengan sempurna.

Pastikan murid menggunakan topeng hidung dan mulut semasa menyapu glu sentuh

44 4.2.10 pada bahan projek.

12. Menyambungkan wayar pemegang bateri ke litar
(a) (b)

(c) (d)

(e) (f)

(g) W A D A H I L M U

Soket penyambung
berfungsi untuk
menghubungkan
wayar dengan
komponen elektrik
atau elektronik. Soket ini boleh didapati
dalam pelbagai saiz dan bentuk.

NOTA GURU Pastikan soket penyambung yang digunakan bersesuaian dengan saiz tamatan yang
terdapat pada suis mikro.
4.2.10
45

13. Menyambungkan litar pada suis mikro

(a) anggaran panjang (b)

a 12 cm b wayar dari a ke b

12 cm

(c) (d)

(e) (f)

(g)

WADAH ILMU

Suis mikro boleh bertindak
sebagai suis tekan tutup dan suis
tekan buka. Suis ini juga berfungsi
untuk menghidupkan penggera.

NOTA GURU Berikan penghargaan kepada murid yang berjaya menyiapkan sambungan litar pada
projek dan bimbing murid yang belum berjaya menyiapkan sambungan litar.

46 4.2.10

Berfungsi atau Tidak?

Projek yang telah siap dipasang dengan litar elektronik perlu diuji sama
ada berfungsi atau tidak. Ayuh, kita uji projek Tabung Penggera ini!

Masukkan bateri pada
pemegang bateri

BERFUNGSI TIDAK
BERFUNGSI

LED Tabung Penggera LED tidak
mengeluarkan diangkat bercahaya atau
cahaya dan LED tidak berkelip
berkelip CUBA FIKIRKAN atau
Buzer berbunyi Apakah yang terjadi Buzer tidak
jika Tabung Penggera berbunyi
tidak diangkat?

Penambahbaikan

Litar elektronik yang tidak berfungsi perlu diperiksa semula dan dibuat
penambahbaikan dengan merujuk manual. Projek yang telah berfungsi boleh
dihias untuk mencantikkannya.

NOTA GURU Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya litar pintas pada sambungan 47
yang dibuat oleh murid.
4.2.11 Minta murid menyenaraikan punca litar tidak berfungsi.
Terangkan cara Tabung Penggera ini berfungsi.

Selenggarakan Kami

Penyelenggaraan alatan bermaksud menjaga dan menguruskan alatan
supaya tidak rosak. Penyimpanan pula ialah aktiviti menyimpan semula
alatan yang telah digunakan di tempat yang ditetapkan supaya selamat
dan tidak rosak. Yang berikut merupakan contoh penyelenggaraan dan
penyimpanan beberapa alatan yang telah digunakan dalam projek ini.

1. Apit-G

pelapik

Bersihkan apit-G Titiskan minyak pelincir Simpan apit-G pada
daripada habuk pada bebenang apit-G. panel alatan dengan
kayu. Kemudian, sapukan. cermat.

2. Gunting logam

Bersihkan gunting Titiskan minyak pelincir Simpan gunting logam
logam daripada pada bahagian bolt pada panel alatan
habuk dan kekotoran. dan nat. dengan cermat.

CUBA FIKIRKAN WADAH ILMU
1. Mengapakah alatan tidak boleh
Pengaratan berlaku
dibersihkan dengan menggunakan air? kerana logam terdedah
2. Apakah kesan jika alatan yang pada air dan udara.

mempunyai bahagian bergerak
tidak disapukan dengan minyak?

NOTA GURU Bersoal jawab dengan murid tentang tujuan sesetengah alatan tangan perlu
disapukan dengan minyak.
Bimbing murid menggunakan pelapik yang sesuai.

48 4.2.12

3. Gergaji rencong manual

Bersihkan gergaji Jika bahagian Titiskan bahagian
rencong manual pemotong berkarat, pemotong dengan
daripada habuk gosokkan dengan minyak pelincir.
kayu. kertas las yang halus. Kemudian, sapukan.

4. Pelucut wayar Jadilah murid yang
bertanggungjawab.
Selenggarakan alatan
yang digunakan dan
simpan di tempat

yang betul untuk
memudahkan orang
lain menggunakannya.

Bersihkan pelucut Titiskan minyak pelincir
wayar daripada habuk pada bahagian bolt dan
dan kekotoran. nat, dan simpan
di tempat yang sesuai.
5. Berus cat

Sapukan berus cat Rendamkan berus cat Cuci berus dengan air
pada pelapik untuk ke dalam turpentin sabun dan keringkan.
membuang sisa cat. untuk melarutkan sisa cat.

NOTA GURU Berbincang dengan murid tentang cara menyelenggarakan alatan yang lain seperti kikir 49
parut, gergaji puting dan ragum meja.
4.2.12 Gunakan agen pembersih dan alatan pembersihan yang sesuai dengan alatan yang
hendak diselenggarakan.
Pastikan murid menyelenggarakan berus cat sebaik sahaja selesai menjalankan aktiviti
dengan menggantungkan berus cat selepas membersihkannya.

Kos Projek Saya

Setiap projek yang dihasilkan mempunyai kos yang tersendiri. Kos
yang paling utama ialah kos bahan. Dalam projek Tabung Penggera
ini, banyak bahan dan komponen elektronik yang digunakan. Tahukah
kamu, berapakah kos bahan untuk menghasilkan projek ini?
Mari kita membuat kiraan kos bahan tersebut.

Bahagian A:

Kos bahan berasaskan logam dan bukan logam

Bil. Bah an Kuantiti Harga Seunit Jumlah
(RM) (RM)

1. Papan lapis 1 0.50 0.50
A: 8 mm x 100 mm x 205 mm 1
B: 15 mm x 100 mm x 110 mm 2 1.00 1.00
C: 8 mm x 85 mm x 120 mm 0.50 1.00

2. Kepingan zink 1 0.50 0.50
0.5 mm x 116 mm x 217 mm

3. Paku panel 3 batang 0.05 0.15

4. S k r u P h i l i p 9 batang 0.05 0.45
1 0.70 0.70
5. Kertas las 0.10
6. Glu sentuh 5 ml - 0.50
7. Cat licau (kuning) - 0.40
8. Cat licau (jingga) 50 ml - 0.50
9. Cat alas 40 ml - 5.80
50 ml
JUMLAH

CUBA FIKIRKAN
Bagaimanakah cara untuk
mengurangkan kos penghasilan projek
Tabung Penggera ini? Bincangkan.

NOTA GURU Minta murid membuat perbandingan antara anggaran kos yang dibuat sebelum membina

projek dengan kos sebenar selepas menyiapkan projek.

Beritahu murid bahawa pemilihan warna cat licau bolehlah mengikut kesesuaian dan

50 4.2.13 cita rasa murid.

Kos sesuatu projek
bergantung pada harga barang yang dibeli.
Harga barang berbeza mengikut tempat dan

keadaan semasa. Kos boleh dikurangkan
sekiranya kita membuat pembelian
secara pukal.

Bahagian B:
Kos komponen elektronik dan bahan

Bil. Kompon en elektro nik Kuantiti Harga Seunit Jumlah
dan bahan (RM) (RM)
0.40
1. LE D berwarna merah 2 unit 0.20 0.40
2. K a p a s i t o r 1 0 0 µF 2 unit 0.20 0.60
3. Transistor NPN C9013 2 unit 0.30 0.20
4. P e r i n t a n g t e t a p 1 0 KΩ 1 unit 0.20 0.70
5. Bongkah penyambung 1 unit 0.70 0.90
6. Suis mikro 1 unit 0.90
7. Buzer 1 unit 1.80 1.80
8. Soket penyambung 2 unit 0.10 0.20
9. Bateri 9V 1 unit 3.60
10. P em egang bateri 9V 1 unit 1.80 3.60
11. Wayar 50 cm – 1.80

JUMLAH 0.30
10.90

Jumlah kos keseluruhan bahan dan komponen elektronik yang
digunakan dalam projek Tabung Penggera ialah:

Jumlah kos bahan = Jumlah Bahagian A + Jumlah Bahagian B

= RM5.80 + RM10.90

= RM16.70

NOTA GURU Minta murid menyatakan pendapat tentang harga jualan yang releven bagi projek
ini jika dipasarkan.

4.2.13 51

U JI DIRI

Jawab soalan berikut.

1. Isi ruang kosong dengan jawapan yang sesuai. Kemudian, cari
jawapannya pada kotak di bawah.

(a) Sebelum memulakan projek, kita hendaklah merujuk _________terlebih dahulu.
(b) Bahan logam terdiri daripada pelbagai jenis. Antaranya ialah keluli,___________

dan zink.
(c) Untuk mengetuk kepingan zink, _________________ getah digunakan supaya

permukaan zink tidak rosak.
(d) Kerja awal membina projek ialah proses ______________ dan menanda

bahan projek.
(e) Bahan pengikat yang digunakan dalam projek Tabung Penggera ini ialah

glu sentuh, skru dan ______________.
( f) Cat licau dan _____________ ialah sejenis bahan kemasan.
(g) Terdapat dua jenis lukisan litar, iaitu litar ___________ dan litar bergambar.
(h) ____________ ialah komponen yang digunakan untuk mengeluarkan bunyi.

ANB K P I DOS I
MA UR A F A L I K
E SZYKE L E YS
NOE OUAUS T I
GD R GUP MK A L
UR KNJ L I AGA
K I A MA E NJ NU
UMGA ND I NUB
R UT I S KUE S I
GJ K I T A ME K S

NOTA GURU

Minta murid menjawab soalan dalam buku latihan.

52

2. Padankan pernyataan di bawah dengan gambar komponen
elektronik berikut.

Saya berkutub, ada positif
(a) dan negatif. Saya juga boleh

mengeluarkan cahaya.

Saya boleh mengehadkan
(b) pengaliran arus elektrik.

Saya boleh bertindak
(c) sebagai suis kawalan.

Saya boleh mengeluarkan bunyi
(d) yang nyaring.

3. Lukiskan simbol komponen elektronik yang ditunjukkan dalam rajah
litar di bawah.

(a) (b)

(g)

C EE C
+ - + - +- B B -+ -+ -+

(f) +- - + (c)
(e) (d)
+
-

53

IMBAS MAKLUMAT

PENGHASILAN PROJEK

Membaca dan
Memahami Manual

Menyediakan
Alatan dan Bahan

Membina Projek

Membuat Kemasan

Membaca
Litar Elektronik

Membuat
Penyambungan
Litar Elektronik

Menguji Projek Menguji Projek
(Masukkan syiling 50 sen (Hidupkan litar penggera)

ke dalam tabung)

Membuat Tidak Tidak Membuat
penambahbaikan pada
Berfungsi? penambahbaikan pada
lubang syiling Ya
litar penggera

Projek Berjaya

NOTA GURU

Bersoal jawab dengan murid tentang perkara yang telah dipelajari.
Minta murid menyatakan proses semasa peringkat membina projek.
54

UNIT 3 TEKNOLOGI PERTANIAN

INDAHNYA TANAMAN SAYA

Ya, kita semua sama. Hai, kawan-kawan!
Kita perlu sihat agar Kamu kelihatan sihat
dapat bercambah
menjadi anak benih dan bernas.

yang baik.

Betul. Pandai
tuan kebun menjaga

kita,ya!

NOTA GURU 55

Bersoal jawab dengan murid tentang gambar di atas.
Minta murid menceritakan pengalaman mereka menanam tanaman di dalam bekas.
Tunjukkan pelbagai jenis biji benih dan namakannya kepada murid.

Mari Memilih Biji Benih

Terdapat pelbagai cara untuk membiakkan tanaman. Satu daripada
caranya ialah menggunakan biji benih. Anak benih yang subur akan
tumbuh daripada biji benih yang baik. Oleh itu, kita perlu memilih biji
benih yang mempunyai ciri yang baik. Antara ciri biji benih yang baik
adalah seperti di bawah.

1 Matang, iaitu biji benih Bernas, iaitu biji
diambil daripada buah 2 benih mempunyai isi

yang matang. yang penuh.

Berbentuk normal, Tidak diserang
3 iaitu bentuknya sama 4 perosak dan tidak

seperti asal. berkulat.

WADAH ILMU GERAK KERJA

Anak benih merupakan Namakan tanaman
peringkat awal pertumbuhan yang ditanam dengan
sesuatu tanaman. menggunakan biji benih.

NOTA GURU Beritahu murid bahawa kebanyakan tanaman sayuran dan bunga semusim ditanam
menggunakan biji benih.

56 5.1.1

Biji benih yang rosak tidak sesuai untuk
disemai. Biji benih ini mungkin tidak akan
bercambah jika disemai. Yang berikut ialah
ciri biji benih yang rosak.

1 2

Tidak matang, Retak atau pecah.
iaitu biji benih diambil
daripada buah yang

tidak matang.

4

Berlubang kerana
serangan perosak.

35

Tidak normal, iaitu C e rdik ICT Berkulat.
biji benih cacat
dan tidak seperti Gunakan enjin carian
bentuk asal.

untuk mencari maklumat

tentang biji benih.

WADAH ILMU CUBA FIKIRKAN
Bagaimanakah cara untuk
Antara sebab biji benih rosak adalah
kerana serangan perosak atau diambil mengasingkan biji benih yang
daripada pokok yang terencat.
baik dengan yang rosak?

NOTA GURU Tunjukkan contoh biji benih yang baik dan yang rosak kepada murid untuk dibandingkan.
Beritahu murid bahawa terdapat ciri yang lain bagi biji benih yang rosak.
5.1.1 Jelaskan kepada murid tentang kaedah penyimpanan biji benih yang betul.

57

Gunanya Kami

Kita perlu menyediakan alatan sebelum
memulakan aktiviti penanaman seperti
menyemai, menanam anak benih dan
penjagaan. Penggunaan alatan perlu dilakukan
dengan cara yang betul dan selamat. Yang
berikut merupakan alatan, fungsi dan cara
penggunaan alatan tersebut.

ALATAN FUNGSI

Digunakan untuk menggali lubang
semasa menanam biji benih, dan
mengubah anak benih.

sudip tangan

Digunakan untuk
menggemburkan medium.

serampang tangan

Digunakan untuk
menyiram tanaman.

penyiram

Digunakan untuk mengangkat rumput
yang telah dicabut atau mengangkut
bahan tanaman seperti bahan
organik, pasir dan tanah lom.

pungkis

NOTA GURU Tunjukkan alatan yang digunakan untuk aktiviti penanaman seperti menyemai dan

menanam biji benih kepada murid.

Beritahu murid bahawa alatan boleh didapati dalam pelbagai saiz dan diperbuat

58 5.1.2 daripada plastik atau logam.
5.1.3 Terangkan maksud medium kepada murid.

TIP KESELAMATAN WADAH ILMU
Gunakan sarung tangan ketika melakukan
aktiviti yang menggunakan alatan. Alatan perlu diselenggarakan selepas
Periksa dahulu alatan yang hendak digunakan supaya sentiasa dalam
disediakan agar berada dalam keadaan keadaan baik dan simpan di tempat
baik dan selamat. yang selamat.

GERAK KERJA

Buat alat penyiram dengan
menggunakan bahan guna semula

seperti tin atau botol plastik.

CARA PENGGUNAAN

Pegang hulu sudip tangan. Buat lubang di
tengah-tengah bekas. Masukkan anak benih
ke dalam lubang tersebut.

Pegang hulu serampang tangan.
Gemburkan medium di sekeliling anak pokok.

Isikan air ke dalam bekas penyiram dan
siram air pada tanaman.

Masukkan rumput atau bahan tanaman 59
yang hendak dibawa ke dalam pungkis.
Angkat dengan cara yang betul.

NOTA GURU Tunjukkan cara menggunakan alatan dengan betul kepada murid.

5.1.2
5.1.3

Kenali Medium Semaian

Medium semaian ialah bahan perantara yang perlu digunakan untuk
menyemai biji benih. Kita boleh membuat medium semaian sendiri atau
membeli di pasaran. Terdapat beberapa jenis medium semaian yang boleh
digunakan. Antara medium semaian tersebut adalah seperti di bawah.

Tanah campuran
Medium ini dihasilkan dengan
mencampurkan beberapa bahan
mengikut sukatan yang telah ditetapkan,
iaitu dua bahagian tanah lom, satu
bahagian bahan organik dan satu
bahagian pasir sungai bersih (2:1:1).

Peat moss
Bahan ini merupakan sejenis tanah
gambut yang diimport dari luar
negara dan telah dibasmi kuman.

Coco peat
Medium ini diperbuat daripada sabut
kelapa yang telah diproses dan
dihancurkan. Biasanya coco peat
diperoleh dalam bentuk serbuk.

C e r d ik ICT enjin WADAH ILMU

Gunakan Contoh baja organik ialah kompos, najis
haiwan dan baja hijau.
carian untuk mencari

maklumat tentang

baja hijau.

NOTA GURU Tunjukkan medium semaian yang hendak digunakan dalam aktiviti menyemai

biji benih kepada murid.
Beritahu murid bahawa mereka boleh menggunakan bahan organik yang sesuai
60 5.1.4 di persekitaran mereka.

Medium Pilihanku

Kita perlu menyediakan medium semaian terlebih dahulu sebelum
melakukan aktiviti menyemai biji benih. Pilih satu medium semaian yang
sesuai dan mudah diperoleh untuk digunakan.

tanah lom

bahan organik pasir sungai

tanah campuran

GERAK KERJA WADAH ILMU

Buat sukatan bahan untuk Kompos ialah bahan organik yang telah
medium semaian mengikut terurai dan digunakan sebagai baja.
nisbah 2:1:1. Kemudian gaul Semua medium semaian yang didapati
bahan tersebut sehingga rata. di pasaran telah siap dibungkus.

NOTA GURU Gunakan medium yang terdapat di pasaran. Walau bagaimanapun, aktiviti membuat
medium semaian boleh dilakukan oleh guru untuk memberikan pendedahan kepada
5.1.5 murid serta dapat menjimatkan kos.

61

Bekas Semaian

Setelah selesai menyediakan medium semaian, kita perlu menyediakan
bekas semaian pula. Terdapat pelbagai bekas semaian boleh dipilih
untuk digunakan.

kotak semaian kayu kotak semaian plastik tayar terpakai

polibeg dulang semaian
(seed tray)

TIP KESELAMATAN C e r d ik ICT enjin
Jangan menggunakan bekas
bahan beracun dan bekas logam Gunakan
yang berkarat untuk dijadikan
bekas semaian. carian untuk mencari

maklumat tentang

bekas semaian.

NOTA GURU Beritahu murid bahawa bekas semaian hendaklah mempunyai lubang saliran untuk

mengalirkan air yang berlebihan.

Ingatkan murid agar membersihkan bekas semaian yang telah digunakan untuk

62 5.1.5 membuang kekotoran dan membasmi kuman.
Minta murid menyenaraikan bahan yang boleh dijadikan bekas semaian.

Begini Langkahnya TIP KESELAMATAN

Setelah memilih medium dan bekas Gunakan sudip tangan
semaian yang sesuai, kita perlu mengisi ketika mengisi medium
medium ke dalam bekas semaian semaian ke dalam bekas.
mengikut langkah yang betul.

12

jaring

Pastikan kotak semaian plastik bersih Tutup lubang saliran dengan bahan

dan mempunyai lubang saliran. yang sesuai.

34

Isi bekas dengan medium semaian Gunakan kayu untuk meratakan
sehingga memenuhi 2-3 cm dari permukaan medium semaian.
permukaan bekas.

NOTA GURU Terangkan kepada murid bahawa terdapat pelbagai bahan yang boleh 63
digunakan untuk menutup lubang saliran pada bekas semaian.
5.1.6 Tunjukkan bahan yang digunakan dan cara untuk menutup lubang saliran
kepada murid.

Mari Belajar Menyemai Biji Benih

Terdapat dua jenis biji benih, iaitu biji benih halus dan biji benih kasar. Biji
benih perlu disemai dan disiram agar bercambah menjadi anak benih.

1. Cara menyemai biji benih halus

12

Buat alur penanaman Gaul biji benih halus dengan
sedalam 1 cm. pasir halus.Taburkan biji benih halus
pada alur penanaman.
3
4

Timbus biji benih dengan Letakkan kotak semaian di tempat
menabur medium secara nipis. yang teduh dan lakukan penyiraman.

C e r d ik ICT enjin CUBA FIKIRKAN

Gunakan Mengapakah biji benih halus
perlu digaul dengan pasir halus?
carian untuk mencari

maklumat tentang

biji benih.

NOTA GURU Tunjukkan beberapa contoh biji benih halus dan biji benih kasar kepada murid.
Beritahu murid bahawa biji benih halus juga boleh ditabur terus.

64 5.1.7

2. Cara menyemai biji benih kasar
Biji benih kasar boleh disemai pada dulang semaian, bekas semaian
atau ditanam terus di dalam bekas penanaman.

12

Isi dulang semaian dengan Buat lubang pada bahagian
medium semaian. tengah medium semaian.

3 4

Tanam biji benih kasar sedalam Timbus biji benih dengan menabur
dua kali ganda saiz biji benih. medium secara nipis.

5

Letakkan dulang semaian di tempat yang teduh dan siram.

NOTA GURU Beritahu murid bahawa mereka boleh menggunakan biji benih sayur atau pokok
hiasan untuk disemai.

5.1.7 65

Jagalah Saya

Semaian perlu dijaga setiap hari supaya dapat hidup dengan sihat
dan tidak mudah diserang perosak. Untuk menjaga semaian, kita perlu
melakukan perkara di bawah.

Menyiram Merumput

Siram semaian dua kali sehari Cabut rumpai yang tumbuh
dengan menggunakan penyiram pada kotak semaian.
muncung halus.

Mengawal Perosak

Jaga anak benih dengan cara mengutip perosak atau menggunakan
racun perosak.

CUBA FIKIRKAN TIP KESELAMATAN
Mengapakah rumpai pada bekas
semaian perlu dicabut dan dibuang? Gunakan alat keselamatan
ketika mengawal perosak
dan mencabut rumput.

NOTA GURU Beritahu murid bahawa cara lain mengawal perosak adalah dengan menggunakan
perangkap atau jaring.
Terangkan penggunaan racun perosak kepada murid. Namun demikian, tegaskan bahawa
mereka tidak boleh menggunakannya sehingga berumur 18 tahun ke atas.
Ingatkan murid bahawa mereka tidak dibenarkan melakukan aktiviti menggaul biji benih
66 5.1.8 dengan menggunakan racun perosak.
Maklumkan kepada murid bahawa merumput ialah membuang rumput atau tumbuhan
lain yang tidak diingini.

Jom Sediakan Medium Penanaman

Anak benih di dalam bekas semaian perlu diubah ke dalam bekas
penanaman setelah cukup tempohnya. Anak benih yang dibiarkan
di dalam bekas semaian akan terbantut tumbesarannya.

Anak benih yang sedia untuk diubah

Anak benih di dalam Anak benih di dalam Anak benih di dalam
dulang semaian. kotak semaian plastik. polibeg.

Sebelum mengubah anak benih, kita perlu menyediakan medium
penanaman terlebih dahulu. Terdapat beberapa medium penanaman
yang boleh dipilih, antaranya tanah campuran (3:2:1) dan tanah bakar.

tanah campuran tanah bakar

C e rdik ICT carian untuk CUBA FIKIRKAN
Mengapakah bahan organik perlu
Gunakan enjin dicampurkan ke dalam medium
semaian dan medium penanaman?
mencari maklumat tentang

medium penanaman dan

bekas penanaman.

NOTA GURU Guru hendaklah menyediakan medium penanaman yang sedia ada di pasaran. 67
Beritahu murid bahawa mereka boleh menyediakan sendiri medium tanaman agar kos
5.1.9 penanaman dapat dijimatkan.
Beritahu murid bahawa polibeg terdapat dalam pelbagai saiz.

Bekas Penanaman Pilihanku TIP KESELAMATAN
Berhati-hati ketika
Pelbagai jenis bekas penanaman boleh menggunakan serpihan pasu
digunakan untuk menanam anak benih. Kita dan batu kerikil yang tajam.
boleh menggunakan bekas penanaman seperti
pasu tanah liat, pasu plastik, polibeg dan bekas
daripada bahan guna semula. Yang berikut
ialah langkah menyediakan pasu sebagai
bekas penanaman.

12

Sediakan pasu yang mempunyai Tutup lubang saliran menggunakan
lubang saliran. batu kerikil atau serpihan pasu.

3 4
2-3 cm

Masukkan medium penanaman Isikan medium penanaman
ke dalam pasu menggunakan sehingga 2-3 cm dari bibir pasu.
sudip tangan.
CUBA FIKIRKAN
WADAH ILMU Nyatakan kebaikan menanam
tanaman di dalam bekas.
Pasu yang telah digunakan perlu dicuci
sehingga bersih sebelum digunakan
semula. Amalan ini dapat mengelakkan
jangkitan penyakit pada tanaman.

NOTA GURU Beritahu murid bahawa lubang saliran perlu dibuat pada bahagian bawah
bekas penanaman jika menggunakan bahan guna semula.

68 5.1.9

Dari Bekas Semaian ke Bekas Penanaman

Sekarang, kita akan mengubah anak benih dari bekas semaian ke
bekas penanaman. Biasanya, anak benih yang telah mengeluarkan
tiga hingga lima helai daun sesuai untuk diubah. Pengerasan hendaklah
dilakukan terhadap anak benih beberapa hari sebelum diubah. Proses
pengerasan ini dibuat dengan mengurangkan naungan dan siraman
secara berperingkat. Yang berikut ialah langkah mengubah anak benih
dari bekas semaian ke bekas penanaman.

12

Siram semaian supaya gumpalan Buat lubang di tengah-tengah
medium tidak pecah semasa diubah. bekas penanaman.

3 4

Keluarkan anak benih bersama-sama Masukkan anak benih ke dalam
dengan gumpalan medium lubang pada bekas penanaman.
di sekeliling akarnya.

WADAH ILMU

Proses pengerasan bertujuan untuk membiasakan anak benih hidup dalam
persekitaran baharu.
Naungan bermaksud memberikan perlindungan daripada matahari secara terus.

NOTA GURU Tunjukkan anak benih yang sihat dan tidak diserang perosak untuk ditanam kepada murid. 69
Pastikan akar anak benih tidak rosak semasa mengubahnya ke dalam bekas penanaman.
5.1.10 Beritahu murid agar melakukan aktiviti mengubah anak benih sebaik-baiknya pada
lewat petang.

C e r d i k ICT enjin TIP KESELAMATAN
Berhati-hati ketika mengendalikan
Gunakan bekas penanaman yang berat dan
mudah pecah seperti pasu tanah liat.
carian untuk mencari
6
maklumat tentang

rumah teduhan.

5

Padatkan medium di sekeliling Siram anak benih yang
anak benih. telah ditanam.

7

Letakkan anak benih di tempat yang teduh sebelum dipindahkan

ke lokasi sebenar. GERAK KERJA

CUBA FIKIRKAN Sediakan bahan teduhan
Mengapakah aktiviti mengubah
dengan menggunakan
anak benih sebaik-baiknya
lalang, daun kelapa atau
dilakukan pada waktu petang?
bahan semula jadi yang lain.

NOTA GURU Minta murid meletakkan bekas penanaman yang telah siap di tempat yang tidak terkena
sinaran matahari secara terus.

70 5.1.10

Hidup Subur C e r d i k ICT enjin

Anak benih yang telah ditanam di dalam Gunakan
bekas perlu dijaga. Penjagaan yang betul akan
menghasilkan tanaman yang hidup subur. Yang carian untuk
berikut merupakan cara menjaga tanaman.
mencari maklumat

tentang penjagaan

tanaman.

Merumput

Rumpai perlu dibuang dengan menggunakan
tangan. Rumpai ialah pesaing bagi pokok untuk
mendapatkan nutrien, air, cahaya, ruang dan
menjadi perumah kepada perosak.

Menggembur

Aktiviti menggembur bermaksud melonggarkan
medium di dalam bekas penanaman.
Tujuannya adalah untuk memudahkan
air mengalir, membaiki pengudaraan dan
memudahkan akar menembusi medium.

Membaja
Tanaman perlu dibaja dengan
menggunakan baja organik atau baja kimia.
Aktiviti ini bertujuan untuk membekalkan
nutrien secara berterusan dan mengekalkan
kesuburan tanaman. Selepas aktiviti
membaja, tanaman perlu disiram.

NOTA GURU Terangkan maksud nutrien kepada murid. 71
Beritahu murid bahawa aktiviti merumput dan menggembur boleh dilakukan
5.1.11 secara serentak.
Terangkan kadar baja yang sesuai untuk aktiviti membaja kepada murid.
Minta murid melakukan aktiviti penjagaan tanaman dengan berhati-hati untuk
mengelakkan kerosakan pada tanaman.

Menyiram

Aktiviti menyiram tanaman dilakukan
untuk mengekalkan kelembapan
medium. Aktiviti ini boleh dilakukan
pada waktu pagi dan petang atau
jika perlu.

Mengawal perosak
Tanaman perlu dilindungi daripada
serangan perosak seperti siput
babi, ulat dan kumbang untuk
mengelakkannya daripada rosak.

siput babi ulat kumbang

WADAH ILMU CUBA FIKIRKAN
Apakah yang akan kamu
Haiwan perosak boleh dihapuskan dengan cara lakukan jika tanaman kamu
mengutip dan memusnahkannya. Namun begitu, mendatangkan hasil
jika serangga perosak terlalu banyak, racun yang banyak?
perosak perlu digunakan.

NOTA GURU Beritahu murid bahawa tanaman yang diserang penyakit dan perosak akan

menyebabkan kerugian.

Ingatkan murid agar membersihkan semua alatan dan simpan di tempat yang selamat.

72 5.1.11 Pastikan murid membasuh tangan dengan menggunakan sabun selepas melakukan aktiviti.

U JI DIR

I

Jawab soalan berikut.

1. Tulis nama dan fungsi bahan dan alatan di bawah.

Bahan/Alatan Nama Bahan/Alatan Fungsi

(a)

(b)

(c)

(d)

2. Senaraikan bahan guna semula yang boleh dijadikan bekas penanaman.

3. Apakah kesan menggunakan racun perosak kepada kita?

NOTA GURU

Minta murid menjawab soalan dalam buku latihan.

73

IMBAS MAKLUMAT

Teknologi Pertanian

Menyemai biji benih Mengubah anak benih

Memilih biji benih Menyediakan
medium penanaman

Menyediakan Menyediakan
alatan tangan bekas penanaman

Menyediakan Mengubah anak benih
medium semaian ke dalam

Menyediakan bekas penanaman
bekas semaian
Merumput Melakukan
Mengisi medium penjagaan tanaman
ke dalam
Menggembur
bekas semaian

Menyemai biji benih

Membaja

Melakukan Menyiram
penjagaan semaian
Mengawal
perosak

Menyiram Mengawal
perosak

Merumput

NOTA GURU

Bersoal jawab dengan murid tentang perkara yang telah dipelajari.

74

UNIT 4 SAINS RUMAH TANGGA

JURUMASAK CILIK

Harap-harap
makanan yang
disediakan ini

sedap.

Pastikan kamu
menjaga kebersihan
semasa menyediakan

sarapan ini.

Baiklah, cikgu.

NOTA GURU

Rangsang murid bercerita tentang gambar di atas.
Minta murid menceritakan pengalaman mereka memasak atau melihat orang memasak.

75

Apakah Sanitasi Makanan?

Sanitasi makanan ialah pengawalan kebersihan dan keselamatan
dalam penyediaan dan penyimpanan makanan. Sanitasi makanan
penting supaya makanan tidak tercemar, rosak atau beracun. Enam
prinsip kebersihan perlu diamalkan semasa mengendalikan makanan.
1.KEBERSIHAN DIRI

kep

Pakai kep, apron dan pastikan pakai
apron pakaian yang bersih. Kuku mestilah

pendek dan tangan mestilah bersih.

2.MENYEDIAKAN MAKANAN

Cuci dahulu bahan makanan sebelum
dipotong dan bahan yang digunakan
mestilah baik. Pastikan alatan dalam
keadaan bersih dan baik, iaitu tidak
sumbing, tidak karat dan tidak retak.

3.MEMASAK MAKANAN

Pastikan ruang memasak bersih, selesa
dan selamat. Alatan yang digunakan
mestilah berkeadaan baik dan bersih.

NOTA GURU Terangkan sebab dan akibat mengabaikan prinsip kebersihan dalam penyediaan makanan.
Berbincang dengan murid tentang punca berlakunya pencemaran makanan.

76 6.2.1

WADAH ILMU

Terdapat dua punca pencemaran makanan, iaitu daripada manusia dan haiwan. Melalui
manusia, pencemaran makanan adalah daripada batuk, selesema, luka dan kudis.
Pencemaran makanan daripada haiwan pula ialah melalui najis dan air liur.

4.MENYAJI MAKANAN

Gunakan alatan yang sesuai, bersih
dan dalam keadaan baik.

5.MENYIMPAN MAKANAN SEGAR

}Makanan yang Simpan makanan di dalam peti sejuk
secara teratur dan di ruangan yang
disejukbekukan sesuai.

}Makanan yang

dimasak

}Makanan yang

dinyahfroskan

}Sayur-sayuran

segar

6.MENYIMPAN MAKANAN YANG TELAH DIMASAK

Simpan makanan yang berlebihan
di dalam peti sejuk, almari dan bekas
bertutup. Gunakan bekas yang
bersih dan sesuai untuk menyimpan
makanan bermasak.

NOTA GURU Beritahu murid bahawa makanan panas tidak boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk. 77

6.2.1

Alatan Memasak

Bilik dapur memerlukan alatan yang boleh membantu kita
menyediakan, memasak dan menghidangkan makanan. Alatan yang
sesuai dan berkeadaan baik boleh mengelakkan kemalangan. Kenali
alatan di bawah dan ketahui fungsinya.

Kutleri
Diperlukan semasa menyediakan dan menghidangkan makanan.

Sudip Senduk
Mengacau dan
Membalik-balikkan dan mengangkat menyenduk makanan.
makanan yang digoreng.

NOTA GURU Galakkan murid mencari maklumat tentang bentuk-bentuk lain sudip, senduk dan kutleri.

78 6.2.2

Mangkuk adunan Alat pengadun kek
Mengadun bahan makanan.
Mengadun campuran bahan kering dan
cecair. Bahan kering adalah seperti tepung
dan gula. Bahan cecair pula adalah seperti
susu dan santan.

Kuali
Menggoreng makanan.

Periuk
Merebus dan mereneh makanan.

NOTA GURU Berbincang dengan murid tentang alatan tradisional di rumah yang digunakan untuk
menyediakan dan memasak makanan.

6.2.2 79

Alat pengisar Cerek elektrik
Mengisar bahan makanan. Memasak air.

Pembakar roti
Membakar roti.

Dapur
Memasak makanan.

TIP KESELAMATAN
Pastikan suis dimatikan dan plag dicabut setelah menggunakan
alatan elektrik.
Pastikan tangan kering semasa mengendalikan peralatan elektrik untuk
mengelakkan terkena renjatan elektrik.

NOTA GURU Berbincang dengan murid tentang alatan yang digunakan semasa menggoreng.

80 6.2.2

Ketuhar
Membakar, memanggang dan memanaskan makanan.

Perebus telur
Merebus telur.

Penyukat Alat penimbang

Menyukat isipadu cecair Menimbang bahan makanan kering
dan pepejal. dan basah.

NOTA GURU Terangkan cara penggunaan alat penjimat masa dengan betul.
Berbincang dengan murid tentang unit ukuran alat penyukat dan alat penimbang.
6.2.2
81

Menu Pilihanku

Sarapan ialah hidangan makan pada waktu pagi, iaitu hidangan
pertama selepas bangun daripada tidur. Sajian ini tidak berat atau
terlalu mengenyangkan tetapi perlu berkhasiat. Sajian minum petang
pula merupakan sajian ringan yang dihidangkan antara makan
tengah hari dengan makan malam.

SUSU

GERAK KERJA CUBA FIKIRKAN
Mengapakah kamu perlu
Andaikan sahabat kamu akan bermalam bersarapan?
di rumah kamu pada hujung minggu ini.

Cadangkan menu sarapannya.

NOTA GURU Berbincang dengan murid tentang minuman berkhasiat dan menyegarkan.
Minta murid menyediakan kad menu mengikut kreativiti masing-masing.

82 6.2.3

1.Contoh menu sarapan Menu B

Menu A Sandwic
MinumBealnimbbeirncgoklat
Susu
Roti bakar
Telur Tseempabriukhaimasak

Menu C Menu D

Teh Mihun goreng
NasBi egtoirkeng Tembikai susu
Minuman bercoklat

WADAH ILMU GERAK KERJA

Sarapan yang baik hendaklah mengandungi Secara berkumpulan, minta
makanan yang kurang berlemak. murid menghasilkan folio
Faktor penting yang perlu diambil kira dalam
merancang menu sarapan ialah: tentang sajian sarapan dan
(a) Hidangan mesti seimbang. minum petang berdasarkan
(b) Hidangan mesti mudah dan cepat disediakan.
piramid makanan.

NOTA GURU Tunjukkan contoh folio gambar hidangan kepada murid.
Bimbing murid menyediakan folio.
6.2.3 Terangkan kepada murid tentang piramid makanan.

83

2.Contoh menu minum petang Menu B

Menu A JCuuscubreluimdabningg

Teh
Oren
Lempeng kelapa

Menu C Menu D

JKuuishocraerna Teh
Vadei
Tembikai

WADAH ILMU

Kurangkan pengambilan gula dan lemak dalam
masakan bagi mengelakkan pelbagai penyakit.

NOTA GURU Beritahu murid bahawa sajian mestilah berkhasiat dan seimbang.
Berbincang dengan murid tentang kelebihan menyediakan makanan sendiri
berbanding dengan makanan yang dibeli.

84 6.2.3

Berapakah Kos Menu Pilihan Saya?

Anggaran kos bahan perlu disediakan sebelum memasak untuk
mengelakkan kekurangan bahan dan mengetahui perbelanjaan yang
diperlukan.

Contoh Anggaran Kos Bahan Sarapan (Menu A)

Bahan Kuantiti Kos seunit Jumlah kos
(RM) (RM)

Telur 1 biji 0.50/biji 0.50

Garam 0.01 gm - 0.05
Lada sulah 0.01 gm -

Roti sandwic 4 keping 3.20/buku 0.50

Buah tembikai 150 gm 2.00/kilo 0.30

Susu tepung 50 gm 20/kg 1.00
Jumlah 2.35

WADAH ILMU

Kos sebenar biasanya tidak sama dengan anggaran kos kerana
perbezaan harga bergantung pada jenama dan perubahan pada
kuantiti bahan yang digunakan.

NOTA GURU Bimbing murid membuat anggaran kos berdasarkan menu yang dipilih.
Nasihati murid agar mengamalkan perbelanjaan mengikut kemampuan.

6.2.4 85

Ayuh, Kita Memasak!

Sebelum memasak, kita perlu mengenal pasti alatan yang akan
digunakan semasa menyediakan, memasak dan menghidangkan
makanan. Mari kita belajar menyediakan sarapan dan minum
petang Menu A.

Alatan untuk penyediaan memasak

C e r dik ICT enjin carian untuk TIP KESELAMATAN
Berhati-hati menggunakan
Gunakan alatan memasak terutamanya
yang tajam untuk
mendapatkan maklumat tentang mengelakkan kemalangan.

nama dan fungsi alatan untuk

menghidangkan makanan.

NOTA GURU Terangkan cara penggunaan alatan memasak dengan betul dan selamat.

86 6.2.5

Alatan untuk memasak

Alatan untuk menghidangkan makanan

NOTA GURU Beritahu murid bahawa mereka boleh menggunakan alatan lain yang sesuai selain
alatan yang dicadangkan seperti di atas.

6.2.5 87

Sarapan Menu A

TELUR 2 3
SEPARUH MASAK

Bahan
1 biji telur

Alatan

cerek elektrik
perebus telur
mangkuk

Cara menyediakan:

1 Masak air sehingga
mendidih.

2 Cuci telur dan dalam
masukkan ke
perebus telur.

Tuang air yang

3 mendidih dan tutup,
biarkan selama tiga

hingga lima minit.

1

NOTA GURU Ingatkan murid agar mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan.
Terangkan kepada murid bahawa garam boleh digantikan dengan kicap.
Beritahu murid sekiranya tiada perebus telur, bekas yang bertutup boleh digunakan.

88 6.2.5

TEMBIKAI 1. 2.

Bahan
buah tembikai

Alatan 3.
papan pemotong
pisau
piring

Cara menyediakan:

1 Cuci kulit tembikai.
2 Belah buah tembikai.
3 Pisahkan isi tembikai daripada kulit.

ROTI BAKAR WADAH ILMU
Bahan
2 keping roti Isi tembikai yang berwarna merah
jem mempunyai kadar lycopene yang
mentega tinggi berbanding dengan tembikai
kuning. Lycopene ialah satu daripada
Alatan sumber antioksidan.
pembakar roti
piring
bekas mentega dan jem

Cara menyediakan:
Bakar roti hingga kekuningan.

NOTA GURU Terangkan khasiat memakan buah sebelum mengambil makanan lain kepada murid.
Bersoal jawab dengan murid tentang pelbagai jenis dan bentuk roti serta kandungan
6.2.5 perisa yang dimasukkan ke dalamnya.

89

1

SUSU

Bahan
500 ml air mendidih

8 sudu besar susu tepung

Alatan
cerek elektrik
teko
cawan
2 piring
sudu

Cara menyediakan:

1 Masak air sehingga
mendidih.

Tuangkan air mendidih

2 ke dalam teko. Masukkan

susu tepung dan kacau.

NOTA GURU Beritahu murid bahawa teko perlu dibilas dengan air panas sebelum digunakan.
Terangkan kepada murid bahawa penggunaan susu pekat manis tidak digalakkan
kerana boleh memudaratkan kesihatan.

90 6.2.5

Sajian sarapan Menu A

WADAH ILMU

Pastikan menu yang dipilih adalah seimbang. Hidangan seimbang ialah hidangan yang
mempunyai semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh, iaitu karbohidrat, protein, vitamin,
lemak dan garam mineral. Contoh nutrien yang diperoleh daripada menu di atas ialah
karbohidrat (roti), protein (telur dan susu), lemak (mentega) dan vitamin (buah tembikai).

NOTA GURU Beritahu murid bahawa napkin, kad menu dan bunga hiasan yang sesuai boleh
diletakkan semasa menyaji makanan.

6.2.5 91


Click to View FlipBook Version