Minum Petang Menu A 2
1
LEMPENG KELAPA
Bahan
1 cawan tepung gandum
3 }1 cawan air
1/2 cawan kelapa parut bahan A
1 biji telur
garam
1 camca besar minyak
madu
4 Alatan
mangkuk adunan
Cara menyediakan: pinggan
senduk kayu
bekas madu
kuali
sudip
dapur
1 Masukkan bahan A ke dalam
mangkuk adunan dan kacau
sehingga sebati.
2 Panaskan kuali dan lenser
dengan minyak.
3 Masukkan adunan ke dalam
kuali dan ratakan.
Terbalikkan permukaan
lempeng dan masak lagi
4 selama 2 - 3 minit atau
sehingga adunan kelihatan
kuning keemasan.
NOTA GURU Beritahu murid bahawa kelapa parut boleh digantikan dengan jagung, durian, pisang
dan lain-lain.
Ingatkan murid supaya menanggalkan balang gas selepas menggunakan dapur.
92 6.2.5
OREN 1
Bahan
buah oren Cara menyediakan:
Alatan 1 Cuci buah oren.
papan pemotong 2 Potong buah oren.
pisau
piring
2
WADAH ILMU
Buah oren boleh dimakan segar, diperah untuk dijadikan
minuman dan bahan dalam masakan. Kulit luar pula boleh
diparut sebagai perisa kek, kuih-muih atau bahan perapan.
NOTA GURU Terangkan kepada murid bahawa buah oren kaya dengan vitamin C yang baik untuk kulit.
6.2.5 93
TEH Alatan Cara menyediakan:
Bahan cerek elektrik Tuangkan air mendidih
1 uncang teh teko teh ke dalam teko dan
500 ml air mendidih sudu masukkan uncang teh.
30 gm gula cawan
piring
mangkuk gula
NOTA GURU Beritahu murid bahawa pada masa ini teh bukan sahaja digunakan sebagai bahan
minuman, tetapi juga banyak digunakan sebagai bahan makanan untuk membuat kuih.
94 6.2.5
Sajian minum petang Menu A
WADAH ILMU C e r dik ICT enjin carian untuk
Makanan perlu dimasak agar tahan Gunakan
lama, mudah dicerna, selamat
dimakan dan membaiki rasa serta mencari maklumat tentang cara
rupa makanan tersebut.
menghias hidangan agar menarik
dan menyelerakan.
NOTA GURU Bimbing murid menyediakan, memasak dan menghidangkan makanan bagi menu 95
yang dipilih.
6.2.5 Nasihati murid agar berjimat cermat semasa menggunakan bahan api, air dan elektrik
semasa menyediakan dan memasak makanan.
Berbincang dengan murid tentang cara lain menghidangkan lempeng.
Kebersihan Asas Kesihatan
Peralatan dapur yang telah digunakan perlu dibersihkan sebelum disimpan.
1. Membersihkan alatan 2
1
Susun alatan yang telah digunakan. Cuci alatan di dalam singki.
34 5
Keringkan alatan Bersihkan singki. Bersihkan dapur.
sebelum disimpan.
TIP KESELAMATAN TIP KEBERSIHAN
Jangan campurkan alatan Jangan campurkan kain pengelap meja
dengan kain pengelap pinggan mangkuk.
seperti pinggan mangkuk Elakkan sisa makanan jatuh ke lantai semasa
membersihkan meja supaya lantai tidak licin.
dengan benda yang tajam
seperti pisau di dalam singki.
NOTA GURU Nasihati murid supaya mengurangkan penggunaan alatan semasa menyediakan dan
memasak makanan agar dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos.
96 6.2.6
2. Membersihkan ruang memasak 3
12
Lap meja dan buang Gunakan penyapu untuk Buang sampah ke
sisa makanan. membersihkan ruang dalam tong sampah.
lantai.
4
5
Mop lantai hingga bersih. Keringkan lantai dengan
mop yang bersih.
TIP KEBERSIHAN
Pastikan lantai dimop setiap kali selepas memasak.
Pastikan tong sampah bersih dan sentiasa ditutup.
Pastikan sampah dibuang setiap hari.
NOTA GURU Terangkan kepentingan membersihkan ruang memasak kepada murid.
Beritahu murid bahawa mop boleh digantikan dengan penggunaan kain yang sesuai
6.2.6 seperti kain yang boleh menyerap air bagi tujuan mengelap lantai.
97
Selenggara dan Simpan
Alatan perlu diselenggara supaya berkeadaan baik,
bersih dan boleh digunakan dengan selamat. Alatan
hendaklah disimpan dengan teratur dan kemas agar
kita boleh mengambilnya dengan mudah dan cepat.
Sekarang, marilah kita melihat cara alatan disusun di
dalam ruang kabinet dapur.
Kutleri
a. Asingkan sudu dan garfu dengan pisau.
b. Cuci kutleri berminyak dengan air suam
bersabun dan bilas.
c. Letakkan kutleri ke dalam bekas kutleri untuk
mengeringkan airnya.
d. Lap alatan dengan kain dan simpan.
Sudip
a. Cuci sudip dengan air suam bersabun
dan bilas.
b. Lap sudip sebelum disimpan di dalam laci.
Periuk
a. Ketatkan skru periuk bertangkai (jika skru longgar).
b. Buang sisa makanan dari periuk.
c. Cuci alatan dengan air suam bersabun.
d. Bilas dan lap alatan sebelum disimpan.
NOTA GURU Bimbing murid menyelenggarakan dan menyimpan alatan memasak.
Berbincang dengan murid tentang cara menyusun alatan dengan betul di dalam
kabinet dapur.
98 6.2.7
Dapur dan ketuhar
a. Pastikan penunu dapur tidak tersumbat.
b. Lap tanda berminyak dengan kertas dapur.
c. Lap makanan tumpah di atas tungku dapur dengan kain atau
span bersabun.
d. Angkat tungku dapur dan cuci dengan air suam bersabun sebelum
mengeringkannya. Letakkan tungku di tempatnya semula.
e. Pastikan ketuhar dibersihkan selepas digunakan.
Cawan, gelas dan jag
a. Cuci alatan dengan air suam bersabun.
b. Bilas alatan dengan air bersih.
c. Keringkan alatan sebelum disimpan.
Mangkuk adunan, jag penyukat
dan penimbang
a. Cuci mangkuk adunan,
jag penyukat dan mangkuk
alat penimbang dengan air
suam bersabun.
b. Lap semua alatan dengan kain
pengelap lembap.
c. Keringkan alatan sebelum
disimpan.
NOTA GURU Tunjukkan cara mengelap dapur dengan betul kepada murid.
Beritahu murid bahawa alatan yang rosak tidak boleh disimpan bersama-sama dengan
6.2.7 alatan yang masih elok.
99
Kenali Bahan Hiasan Makanan
Makanan yang siap dimasak boleh dihias supaya lebih menarik
sebelum dihidangkan. Terdapat pelbagai jenis bahan hiasan yang
dijual di pasaran, antaranya aising, coklat urai, jem dan kelapa
parut kering.
Saya selalu dihias dengan
pelbagai jenis aising, iaitu aising
mentega, aising glaze dan
aising saduran coklat.
Saya pula selalu disalut dengan
saduran coklat sebelum dihias
dengan coklat urai yang pelbagai
bentuk dan warna.
Bahan hiasan yang sesuai
untuk saya ialah jem yang boleh
didapati dalam pelbagai rasa
dan warna.
Saya suka dihias dengan
kelapa parut kering yang
biasanya didapati dalam
warna putih.
NOTA GURU Bersoal jawab dengan murid tentang tujuan menghias makanan.
Tunjukkan cara menghias makanan kepada murid.
6.3.1 Beritahu murid bahawa aising dan jem boleh dibeli atau dibuat sendiri.
100
Pembungkus Makanan
Pembungkus makanan ialah bahan yang digunakan untuk
membungkuskan makanan agar bersih, kemas, cantik dan dapat disimpan
lebih lama serta mengelakkan makanan daripada tercemar. Antara
pembungkus makanan yang biasa digunakan ialah kertas pembungkus,
bekas plastik dan pembungkus plastik.
Label Pembungkus Makanan
Sebagai pengguna, kita perlu sentiasa membaca maklumat yang terdapat
pada label. Yang berikut ialah contoh label pada pembungkus makanan.
RBTDewan Bahasa jenama
2510
DONAT ASLI
nama makanan DCoonkaltat Donat
Vanila
berat Berat Bersih: 25 g Maklumat Khasiat Makanan BAHAN-BAHAN
tarikh luput 10 NOVEMBER 2015 Tepung Gandum
tanda harga Tenaga 100 kcal
tanda halal RM0.80 Susu
Natrium 200 mg Telur
Air bertapis
Karbohidrat 27 mg Ragi kandungan
Lemak sayur
Protein 6g Coklat masakan
Kalsium 12 mg
Vitamin A 17 mg
Vitamin E 2 mg
DFGH : 978-983-46-1327-3 Bakti Alfalah Enterprise, No.tel.: 03-28456987
9 789834 613273 No. 8, Jalan Impian Langat 2, No.faks.: 03-28456879
Emel: [email protected]
Taman Impian Langat,
43100 Hulu Langat, Selangor.
NOTA GURU Terangkan bahan lain yang sesuai untuk membungkus dan menyimpan makanan, 101
contohnya daun pisang dan bekas kaca.
6.3.2 Beritahu murid bahawa surat khabar atau kertas bercetak tidak sesuai dijadikan
6.3.3 pembungkus makanan kerana bahan cetakan akan mencemarkan makanan.
Beritahu murid bahawa maklumat pada label dapat melindungi pengguna daripada
ditipu oleh pengeluar, pengedar atau penjual makanan.
Hiasi Makanan Kita
Tujuan menghias makanan adalah untuk menjadikan makanan lebih
menarik dan dapat menambahkan selera. Antara makanan yang boleh
dihias ialah kek, roti, donat dan biskut. Sekarang, kamu akan mempelajari
cara menghias kek cawan. Mari ikuti langkah di bawah.
KEK CAWAN
Bahan dan Alatan
kek cawan, coklat urai,
coklat masakan, periuk
besar, periuk kecil,
sudu besar dan dapur.
13
2
NOTA GURU Guru perlu menyediakan semua bahan dan alatan untuk aktiviti menghias makanan.
Bimbing murid menghias makanan.
6.3.4 Lakukan tunjuk cara penggunaan double boiled kepada murid.
102
45
6
Cara menyediakan:
Masak air sehingga
1 mendidih di dalam periuk
yang besar.
2 Masukkan coklat
masakan ke dalam
periuk yang lebih kecil.
Setelah air mendidih,
masukkan periuk yang
3 berisi coklat tadi dan kacau
seketika apabila keseluruhan
coklat masakan cair.
Matikan api dapur. Angkat
periuk yang berisi coklat
4 masakan dan letakkan
di atas alas yang disediakan.
5 Celupkan kek cawan
ke dalam coklat.
6 Taburkan coklat urai
di atasnya.
NOTA GURU Beritahu murid bahawa aising mentega boleh juga digunakan sebagai hiasan. 103
6.3.4
Cantiknya Saya!
Makanan yang telah dihias boleh disimpan dengan cara membungkus.
Bahan pembungkusan yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan
makanan tersebut.
Donat Kek Cawan
Biskut Roti
GERAK KERJA
Cari contoh label pembungkus makanan dan tampal ke
dalam buku nota. Kemudian, bincang dalam kumpulan
tentang maklumat yang perlu ada pada pembungkus
makanan yang hendak dipasarkan.
104 NOTA GURU Bimbing murid membungkus makanan selepas dihias.
Bimbing murid memilih, menyediakan dan menggunakan bahan pembungkus yang sesuai
6.3.4 untuk membungkus dan menyimpan makanan.
Beritahu murid bahawa makanan yang dihias dan dibungkus dengan cantik serta menarik
boleh dipasarkan.
U JI DIR
I
Jawab soalan berikut.
1. Tulis nama alatan memasak di bawah.
(a) (b) (c) (d)
2. Kamu diminta oleh ibu untuk membeli barang di kedai.
Apakah maklumat yang patut kamu perhatikan pada label sebelum
membeli barang tersebut?
MAKLUMAT
PADA LABEL
PEMBUNGKUS
3. Senaraikan kesan jika mengabaikan sanitasi makanan
dengan menggunakan peta minda.
NOTA GURU
Minta murid menjawab soalan dalam buku latihan.
105
IMBAS MAKLUMAT
Menyediakan Sajian
Mengetahui Menyatakan Memilih Membuat
sanitasi makanan nama dan menu anggaran
fungsi alatan kos bahan
Menyediakan,
memasak dan Sarapan Minum petang
menghidangkan
Membersihkan Menyelenggarakan
makanan alatan dan ruang dan menyimpan
alatan
memasak
Menghias dan
membungkus makanan
Bahan hiasan Jenis Maklumat
Kelapa parut pembungkus pada label
kering Kertas Nama
Coklat pembungkus makanan
Kandungan
urai Bekas plastik
Aising Tanda harga
Pembungkus
Jem plastik Tanda halal
Tarikh luput
Jenama
Berat
NOTA GURU
Bersoal jawab dengan murid tentang perkara yang telah dipelajari.
106