The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cb19070.ump, 2021-09-17 06:25:07

BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED

Pengantar

Modul Pengajaran Unsur Tautan ini dihasilkan bertujuan untuk
mengupaya pengajaran kemahiran menulis. Aktiviti yang

dimuatkan dalam modul ini membolehkan guru mencapai objektif
pengajaran berasakan Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5,
Kurikulum Standard Sekolah Menengah yang dikeluarkan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan

Malaysia, 2018.

Murid juga boleh menggunakan modul ini sebagai bahan
penilaian kendiri dalam proses menulis karangan. Murid boleh

melaksanakan modul ini mengikut kesesuaian masa serta menilai
keupayaan sendiri dan rakan sebaya berbantukan nota yang
dibekalkan.

Akhir kata, semoga modul ini dapat mencetuskan paradigma
baharu mengajarkan karangan dalam kalangan guru, selain
murid-murid berupaya menghasilkan karangan yang mempunyai

ciri wacana yang utuh.

(Rozita binti Mohamad Yuneh)

Universiti Kebangsaan Malaysia,

Bangi, Selangor.

012 621 2247

itaman06@gmail.com

p102133@siswa.ukm.edu.my

2

Pendahuluan

Kebitaraan murid dinilai secara berterusan melalui gabungan
kebijaksanaan berfikir, kepetahan dalam mengutarakan idea

secara tersusun, bernas dan dapat mengungkapkan sesuatu idea
secara kritis dan paling penting dapat meyakinkan khayalak

terhadap apa-apa yang diperkatakan sama ada dalam bentuk
lisan mahupun tulisan. Kelebihan ini akan bernilai dan lengkap
sekiranya unsur-unsur berbahasa turut diselitkan seperti
penguasaan tatabahasa yang cemerlang, penggunaan kosa

kata menarik, unsur kecindan turut diselitkan apatah lagi
keupayaan menerapkan elemen keagamaan dipamerkan
semasa menyampaikan ujaran. Kombinasi kebijaksanaan dan

kemahiran insaniah sebegini diperlukan bagi mendasari
pembentukan modal insan seperti yang dihasratkan.

Kecekapan merakamkan pengetahuan secara bertulis dilihat

amat perlu dan tidak terbatas kepada keperluan peperiksaan
semata-mata. Masyarakat yang bertamadun tinggi memperoleh
dan menyebarkan ilmu melalui penulisan. Tulisan yang baik dan

berkesan dapat menyebarkan mesej, fakta, ilmu dan juga hasrat
penulis kepada pembaca sehingga berlaku pemindahan
maklumat dan perluasan ilmu pengetahuan. Melalui penulisan,

ilmu dapat dikembangkan dan disebarkan khususnya apabila
penulisan mendukung sifat yang lebih abadi daripada lisan.

Sesuai dengan hakikat penulisan merupakan satu keperluan,

maka dapatlah difahami betapa pentingnya murid menguasai
kemahiran menulis. Masalah penulisan karangan timbul
disebabkan oleh gaya pengajaran guru di dalam kelas. Kurangnya
pengetahuan guru tentang unsur tautan akan memberi impak

kepada murid. Murid tidak akan mendapat bimbingan yang
sepatutnya untuk menghasilkan ayat yang mempunyai pertautan
idea dalam perenggan.

Modul ini diharap dapat menjadi satu panduan yang
sistematik untuk mengupaya pengajaran unsur tautan secara

sedar di bilik darjah. Panduan tersebut penting agar murid dapat
melalui tertib mengarang dengan baik melalui kesatuan idea dan

gaya persembahan yang menarik, bermakna dan berkesan.

3

Unsur Tautan Dalam Pengajaran Karangan

Masalah murid dalam menulis karangan sering dikaitkan
dengan ayat-ayat yang tidak mempunyai tautan atau pertalian

makna antara satu sama lain. Biarpun murid didedahkan dengan
pelbagai teknik mengarang, namun karangan murid masih tidak

mempunyai keutuhan wacana kerana unsur tautan kurang diberi
penekanan dalam pengajaran karangan. Hal ini menjadikan

karangan yang dihasilkan longgar serta tidak kohesif akibat
kurangnya penggunaan unsur tautan. Oleh itu, sudah sampai

masanya guru Bahasa Melayu memanfaatkan pengetahuan
tentang kohesi, khususnya semasa mengajar kemahiran menulis.

Kohesi atau tautan bermaksud hubungan makna yang

mengikat sesuatu ayat dengan ayat yang lain sehingga wujud
sebuah teks atau wacana. Kohesi berlaku apabila interpretasi
beberapa elemen dalam sesuatu wacana bertaut antara satu

sama lain. Pengajaran sarana kohesi atau tautan dengan
menggunakan istilah yang mudah, tidak mengelirukan dan

dijalankan dengan aktiviti yang menarik dapat membantu murid
menguasai kemahiran menulis dan menjadikan karangan mereka

lebih berkualiti.

Modul Pengaran Unsur Tautan ini dibangunkan berdasarkan
Model Pengajaran Unsur Tautan Zamri Salleh dan Abdul Sukor

(2009). Jenis unsur tautan yang digunakan dalam model ini pada
dasarnya merangkumi unsur tautan yang sering digunakan oleh

murid dalam penulisan selain model ini tidak menekankan
penggunaan istilah lingustik yang membebankan murid sebagai
usaha meningkatkan pemahaman murid sesuai dengan tahap

mereka.

4

Jenis Tautan Subjenis Tautan

1. Tautan Perulangan - Perulangan Sama

- Perulangan Sama Maksud

- Perulangan Rujukan

2. Tautan Hubungan - Hubungan Berlawanan

- Hubungan Keluarga

- Hubungan Sebab-Akibat

3. Tautan Penghubung Ayat - Penghubung Ayat Tambahan

- Penghubung Ayat Tentangan

- Penghubung Ayat Musabab

- Penghubung Ayat Waktu

- Penghubung Ayat Terusan

 Turutan

 Contoh

 Umum

 Kesimpulan

5

Kandungan

Pelajaran Unsur Tautan Halaman

Tautan Perulangan

1  Perulangan Sama 7

2  Perulangan Sama Maksud 28

 Perulangan Rujukan 38
3

Tautan Hubungan

4
 Hubungan Berlawanan 52

5  Hubungan Keluarga 60

6  Hubungan Sebab Akibat 67

Tautan Penghubung Ayat
7

 Penghubung Ayat Tambahan 77

 Penghubung Ayat Tentangan 78

 Penghubung Ayat Sebab Musabab 79

 Penghubung Ayat Waktu 80

 Penghubung Ayat Terusan 81

 Terusan
 Umum
 Contoh
 Kesimpulan

8  Contoh Karangan 89

6

7

Pelajaran 1

Tarikh / Hari / Masa /

Tema Kesihatan dan Kebersihan

Kemahiran Kemahiran Menulis

Standard Kandungan 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu

penulisan secara terancang.

Standard 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan
Pembelajaran karangan dengan wacana yang
lengkap, bahasa yang gramatis dan
ungkapan yang menarik.

Objektif Pada akhir proses pengajaran dan
Pembelajaran pembelajaran, murid dapat:

(i) Membina perenggan
pendahuluan dengan
menggunakan tautan perulangan

sama.

(ii) Membina perenggan isi dengan
menggunakan tautan perulangan
sama.

(iii) Membina perenggan penutup
dengan menggunakan tautan

perulangan sama.

8

Langkah 1

Membina perenggan pendahuluan dengan menggunakan
tautan perulangan sama.

1. Guru menerangkan konsep tautan perulangan sama dalam
perenggan pendahuluan:

 Perulangan sama bermaksud apabila perkataan dan
frasa tertentu dalam perenggan diulang banyak kali.

 Pengulangan kata dan frasa ini digunakan bagi
mengekalkan tema yang dibincangkan agar ayat-ayat
dalam perenggan pendahuluan sentiasa bertautan

antara satu sama lain.

 Melalui pengulangan kata dan frasa dalam perenggan
pendahuluan, tema karangan akan terpancar dan
memudahkan pemahaman pembaca untuk mengikuti

perbincangan dalam perenggan seterusnya.

9

2. Guru membimbing murid meneliti dan memahami soalan

karangan di bawah.

Domain Peribadi

Kesihatan tidak hanya melibatkan soal makanan tetapi

berkait rapat dengan proses gaya hidup dan
penjagaan emosi. Selain pengambilan makanan tidak
seimbang, merokok dan alkohol, masalah emosi dan
tekanan juga merupakan salah satu punca kesihatan

merosot dan kemudian timbulnya penyakit.

Sumber: Sinar Harian Online, 20 Februari 2020.

Petikan akhbar di atas menunjukkan bahawa kesihatan
merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam

kehidupan seseorang. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk
memastikan individu membudayakan gaya hidup sihat.

Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu

bapa bagi menjamin kesihatan ahli keluarga.

Analisis Soalan

1 Tema Kesihatan

2 Kehendak Menulis tentang langkah-langkah yang boleh

Tugasan dilakukan oleh ibu bapa bagi menjamin
kesihatan ahli keluarga.

3 Format Tiada

10

11

3. Guru kemudiannya membimbing murid mengisi tempat
kosong dengan tautan perulangan sama yang sesuai.

(1) _________________ amat penting dalam kehidupan

manusia sehari-hari. (2) Melalui _________________ yang baik,

seseorang itu akan dapat melaksanakan aktiviti harian tanpa

sebarang halangan. (3) _________________ dapat disifatkan

sebagai keadaan tubuh badan yang bebas daripada sebarang

penyakit fizikal dan mental. (4) Namun, dalam era globalisasi kini,

masalah _________________ telah membelenggu kebanyakan

institusi keluarga di negara ini. (5) Ibnu Majah ada meriwayatkan

bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang

bermaksud bahawa mintalah kepada Tuhanmu _________________

dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tiada perkara yang lebih

baik daripada kesihatan dan kesejahteraan selepas keimanan. (6)

Terdapat langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa

bagi menjamin _________________ ahli keluarga.

12

4. Guru menerangkan konsep tautan perulangan sama dalam
perenggan pendahuluan tersebut.

No Ayat Ayat Perulangan Sama

1 Kesihatan amat penting dalam … kesihatan dalam ayat

kehidupan manusia sehari-hari. (2) bertaut dengan
kesihatan dalam ayat (1).
2 Melalui kesihatan yang baik,
seseorang itu akan dapat
melaksanakan aktiviti harian

tanpa sebarang halangan.

3 Kesihatan dapat disifatkan … kesihatan dalam ayat
sebagai keadaan tubuh badan (3) bertaut dengan
yang bebas daripada sebarang kesihatan dalam ayat (2).
penyakit fizikal dan mental.

4 Namun, dalam era globalisasi … kesihatan dalam ayat

kini, masalah kesihatan telah (4) bertaut dengan
membelenggu kebanyakan kesihatan dalam ayat (3).
institusi keluarga di negara ini.

5 Ibnu Majah ada meriwayatkan … kesihatan dalam ayat

bahawa Nabi Muhammad SAW (5) bertaut dengan
pernah bersabda yang kesihatan dalam ayat (4).
bermaksud bahawa mintalah
kepada Tuhanmu kesihatan dan
kesejahteraan kerana
sesungguhnya tiada perkara
yang lebih baik daripada

kesihatan dan kesejahteraan
selepas keimanan.

6 Terdapat langkah-langkah yang … kesihatan dalam ayat
boleh dilakukan oleh ibu bapa (6) bertaut dengan
kesihatan dalam ayat (1).

13

bagi menjamin kesihatan ahli
keluarga.

5. Murid diminta menulis semula ayat-ayat berkenaan dalam
perenggan dengan menggariskan perulangan sama yang
mendukung tema karangan.

_______________________________________________________________________________

14

Langkah 2:

Membina perenggan isi dengan menggunakan tautan
perulangan sama.

1. Guru menerangkan konsep tautan perulangan sama dalam

perenggan isi:

 Tautan perulangan sama dalam perenggan isi
bermaksud perkataan dan frasa tertentu yang

mendukung isi karangan diulang banyak kali.

 Pengulangan kata dan frasa ini digunakan bagi

mengawal perbincangan agar ayat-ayat dalam
perenggan isi sentiasa bertautan antara satu sama lain
dalam membincangkan isi berkenaan.

 Melalui pengulangan kata dan frasa dalam perenggan

isi, pembaca dengan jelas dapat memahami bahawa
setiap perenggan isi memfokuskan kepada satu isi
sahaja.

 Gabungan daripada perenggan isi dalam karangan
akan memancarkan tema karangan yang hendak

dibincangkan.

15

2. Guru membimbing murid mengisi tempat kosong dengan
unsur tautan perulangan sama yang sesuai dengan merujuk

kepada cadangan isi karangan yang diberikan.

(1) Langkah utama yang boleh diambil oleh ibu bapa bagi

menjamin kesihatan ahli keluarga adalah mengutamakan

_________________ _________________ _________________ (2)

_________________ _________________ _________________ merujuk

kepada hidangan makanan harian yang mengandungi kombinasi

pelbagai jenis makanan untuk membekalkan zat makanan yang

diperlukan oleh tubuh badan. (3) Impak _________________

_________________ _________________ ini akan membekalkan tubuh

badan dengan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang

berbeza bagi menjamin kesihatan. (4) Sebagai contohnya,

piramid makanan merupakan satu panduan mudah bagi ibu

bapa mempelbagaikan _________________ _________________

_________________ kerana bentuk piramid yang lebih besar pada

bahagian bawah dan semakin mengecil pada bahagian atas

menggambarkan bahawa lebih banyak makanan pada

bahagian dasar piramid perlu disajikan seperti sayur-sayuran,

manakala makanan pada puncak piramid seperti makanan

berlemak perlu dikurangkan dalam menu seharian. (5) Pakar

pemakanan pernah menegaskan bahawa _________________

_________________ _________________ ialah kuasa ghaib yang

memanipulasi orang sihat sehingga membuat mereka sakit. (6)

Tegasnya, bagi memelihara kesihatan ahli keluarga ibu bapa perlu

16

mengutamakan _________________ _________________

_________________ dalam hidangan keluarga.

3. Guru menerangkan konsep tautan perulangan sama dalam

perenggan isi yang dibina.

No Ayat Ayat Perulangan Sama

1 Langkah utama yang boleh … sajian makanan
diambil oleh ibu bapa bagi seimbang.
menjamin kesihatan ahli dalam ayat (2) bertaut
keluarga adalah dengan sajian makanan
mengutamakan sajian seimbang.
makanan seimbang. dalam ayat (1).

2 Sajian makanan seimbang
merujuk kepada hidangan
makanan harian yang
mengandungi kombinasi
pelbagai jenis makanan untuk

membekalkan zat makanan
yang diperlukan oleh tubuh
badan.

3 Impak sajian makanan … sajian makanan

seimbang ini akan seimbang.
membekalkan tubuh badan dalam ayat (3) bertaut
dengan pelbagai jenis makanan dengan sajian makanan
dalam kuantiti yang berbeza seimbang dalam ayat
bagi menjamin kesihatan. (2).

4 Sebagai contohnya, piramid … sajian makanan

makanan merupakan satu seimbang.
panduan mudah bagi ibu bapa dalam ayat (4) bertaut
mempelbagaikan sajian dengan sajian makanan
makanan seimbang kerana seimbang dalam ayat
bentuk piramid yang lebih besar (3).

17

pada bahagian bawah dan
semakin mengecil pada
bahagian atas
menggambarkan bahawa lebih

banyak makanan pada
bahagian dasar piramid perlu
disajikan seperti sayur-sayuran
manakala makanan pada
puncak piramid seperti
makanan berlemak perlu
dikurangkan dalam menu

seharian.

5 Pakar pemakanan pernah … sajian makanan
menegaskan bahawa sajian seimbang dalam ayat (5)
makanan seimbang ialah kuasa bertaut dengan sajian
ghaib yang memanipulasi orang makanan seimbang.

sihat sehingga membuat dalam ayat (4).
mereka sakit.

6 Tegasnya, bagi memelihara … sajian makanan
kesihatan ahli keluarga ibu bapa seimbang dalam ayat (6)
perlu mengutamakan sajian bertaut dengan sajian
makanan seimbang dalam makanan seimbang

hidangan keluarga. dalam ayat (1).

18

4. Murid menulis semula ayat-ayat berkenaan dalam bentuk
perenggan dengan menggariskan perulangan sama yang
mendukung isi karangan.

19

Langkah 3:

Membina perenggan penutup dengan menggunakan tautan
perulangan sama.

1. Guru menerangkan konsep tautan perulangan sama dalam
perenggan penutup:

 Perulangan sama dalam perenggan penutup
bermaksud apabila perkataan dan frasa tertentu yang

mendukung tema karangan diulang banyak kali
sebelum penulisan ditamatkan.

 Perkataan dan frasa ini diulang-ulang sebagai simpulan
atau rumusan keseluruhan menandakan berakhirnya
perbincangan karangan berkenaan.

 Melalui pengulangan kata dan frasa dalam perenggan
penutup pembaca dapat memahami bahawa

penulisan tentang tema berkenaan itu telah selesai.

20

2. Guru membimbing murid mengisi tempat kosong dengan
unsur tautan perulangan sama yang sesuai.

(1) Sebagai penutup bicara, dapatlah disimpulkan bahawa

terdapat pelbagai langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa

bagi menjamin _________________ ahli keluarga sebagai mana

yang dikupas di atas. (2) Sehubungan itu, ibu bapa disarankan

agar tidak memandang enteng amalan gaya hidup sihat bagi

menjamin _________________ ahli keluarga. (3) Begitu juga, ibu

bapa dicadangkan agar bersedia untuk meningkatkan ilmu

keibubapaan dari semasa ke semasa sebagai nilai tambah akses

penjagaan _________________ berkualiti dalam kehidupan

berkeluarga. (4) Dengan demikian aspirasi untuk mencapai akses

sejagat kepada penjagaan _________________ berkualiti akan

dapat direalisasikan. (5) Benarlah kata-kata _________________

keluarga tonggak komuniti sejahtera.

21

3. Guru menerangkan konsep tautan perulangan sama dalam
perenggan penutup yang dibina.

No Ayat Ayat Perulangan Sama

1 Sebagai penutup bicara, … kesihatan dalam ayat
dapatlah disimpulkan bahawa (2) bertaut dengan

terdapat pelbagai langkah kesihatan dalam ayat (1).
yang boleh dilakukan oleh ibu
bapa bagi menjamin kesihatan
ahli keluarga sebagai mana
yang dikupas di atas..

2 Sehubungan itu, ibu bapa

disarankan agar tidak
memandang enteng amalan
gaya hidup sihat bagi menjamin
kesihatan ahli keluarga.

3 Begitu juga, ibu bapa … kesihatan dalam ayat
dicadangkan agar bersedia (3) bertaut dengan
untuk meningkatkan ilmu kesihatan dalam ayat (2).
keibubapaan dari semasa ke
semasa sebagai nilai tambah
akses penjagaan kesihatan
berkualiti dalam kehidupan

berkeluarga.

4 Dengan demikian aspirasi untuk … kesihatan dalam ayat
mencapai akses sejagat kepada (4) bertaut dengan
penjagaan kesihatan berkualiti kesihatan dalam ayat (3).

akan dapat direalisasikan

5 Benarlah kata-kata kesihatan … kesihatan dalam ayat
keluarga tonggak kesejahteraan (5) bertaut dengan
komuniti. kesihatan dalam ayat (1).

22

3. Murid menulis semula ayat-ayat berkenaan dalam bentuk
perenggan dengan menggariskan perulangan sama yang
mendukung tema karangan.

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

23

Lembaran Aktiviti

1. Teliti soalan karangan di bawah.

Domain Awam

Jika kita ke kawasan perumahan, tentu banyak lagi
pemandangan yang menyakitkan mata. Di suatu
kawasan perumahan yang bangunannya bertingkat-

tingkat, terdapat penghuni di tingkat atas dengan

selamba membuang sampah lebihan makanan ke
bawah dan hampir-hampir menimpa mereka yang

sedang lalu di bawahnya. Memang betul bukan semua
begitu, tetapi majoritinya tidak bertanggungjawab

terhadap kebersihan.

Sumber: Sinar Harian, 20 Februari 2020.

Petikan akhbar di atas menunjukkan amalan menjaga
kebersihan sangat penting untuk diamalkan oleh masyarakat
dalam kehidupan seharian.

Tulis sebuah rencana yang bertajuk Tanggungjawab
Pelbagai Pihak dalam Menjaga Kebersihan.

Analisis Soalan

1 Tema Kebersihan

2 Kehendak Menulis tentang tanggungjawab pelbagai
Tugasan pihak dalam menjaga kebersihan.

3 Format Rencana

 Tajuk

 Nama Penulis

24

25

2. Bina 6 ayat dalam perenggan pendahuluan dengan

menggunakan tautan perulangan sama. Sila gariskan unsur
tautan tersebut.

Perenggan Pendahuluan

26

3. Bina 6 ayat dalam perenggan isi berdasarkan mana-mana isi
yang dicadangkan dengan menggunakan unsur tautan

perulangan sama. Sila gariskan unsur tautan tersebut.

Perenggan Isi

27

4. Bina 5 ayat dalam perenggan penutup dengan
menggunakan unsur tautan perulangan sama. Sila gariskan

unsur tautan tersebut.

Perenggan Penutup

28

Pelajaran 2

Tarikh / Hari / Masa /

Tema Sejarah dan Warisan

Kemahiran Kemahiran Menulis

Standard Kandungan 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu
penulisan secara terancang.

Standard 3.4.3 Menulis perenggan isi dengan
Pembelajaran huraian yang jelas dan kritis
menggunakan bahasa yang gramatis.

Objektif Pada akhir proses pengajaran dan
Pembelajaran pembelajaran, murid dapat:

(i) Menjelaskan konsep tautan
perulangan sama maksud

(ii) Menganalisis tautan perulangan
sama maksud dalam perenggan
isi.

(iii) Menulis perenggan isi yang jelas
dan kritis dengan menggunakan
tautan perulangan sama maksud

29

Langkah 1

Guru menerangkan konsep tautan perulangan sama maksud
dalam perenggan isi.

 Tautan perulangan sama maksud merujuk kepada

mengulang kata atau frasa yang sama erti atau sinonim
dalam sesuatu teks.

 Perulangan sama maksud ialah cara yang digunakan untuk

mengatasi masalah penggunaan perulangan sama yang
berlebih-lebihan yang akan membosankan pembaca
kerana bersifat monotonous.

 Sinonim yang digunakan akan memberi variasi kepada
perenggan yang dibina tetapi masih lagi mengekalkan

maksud yang ingin disampaikan.

30

Langkah 2:

Menganalisis tautan perulangan sama maksud dalam perenggan
isi.

1. Guru membimbing murid memahami dan menganalisis soalan
karangan di bawah.

Domain Awam

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah
menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office supaya

semua pihak bertanggungjawab memperhebat usaha
berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan monumen

bersejarah di negeri itu. Baginda bimbang sekiranya
bangunan bersejarah tidak dipulihara segera serta

terbiar berkemungkinan monumen itu akan runtuh
atau rosak, sedangkan binaan berkenaan penting
untuk dikekalkan sebagai bukti kukuh kepada sesuatu

peristiwa yang pernah berlaku, boleh memacu industri
pelancongan dan menyuntik semangat patriotisme.

Sumber: Sinar Harian, 20 Februari 2021.

Petikan akhbar di atas menunjukkan langkah proaktif perlu
diambil untuk memelihara dan memulihara bangunan
bersejarah.

Huraikan kepentingan memelihara dan memulihara
bangunan bersejarah.

31

Analisis Soalan

1 Tema Bangunan bersejarah.

2 Kehendak Menulis tentang kepentingan memelihara
Tugasan dan memulihara bangunan bersejarah.

3 Format Tiada.

32

33

2. Guru membimbing murid memahami unsur tautan
perulangan sama maksud dalam perenggan isi.

(1) Kepentingan utama memelihara dan memulihara

bangunan bersejarah adalah sebagai menjamin sumber

maklumat sejarah. (2) Hal ini dikatakan demikian kerana, di sebalik

monumen yang dibina pada era penjajah itu, tersimpan

pengetahuan dari segi latar belakang peristiwa atau sejarah

sesuatu tempat. (3) Kesannya, fakta-fakta yang lebih jelas, tepat

dan sahih tentang budaya masyarakat yang hidup dan

berkembang dalam lingkungannya yang begitu unik dapat

dikekalkan. (4) Sebagai contohnya, Bangunan Sultan Abdul

Samad, Kota A famosa dan Istana Jugra menyimpan info serta

nostalgia tentang cara hidup masyarakat Tanah Melayu pada

suatu masa dahulu. (5) Pujangga pernah berbicara bahawa orang

yang tidak memiliki rasa sejarah, adalah seperti orang yang tidak

memiliki telinga atau mata. (6) Ternyata khazanah yang dibina

suatu masa dahulu itu penting untuk dikekalkan sebagai bukti

primer sejarah.

34

No Ayat Ayat Perulangan Rujukan

1 Kepentingan utama memelihara … monumen dalam ayat

dan memulihara bangunan (2) bertaut dengan
bangunan-bangunan
bersejarah adalah sebagai bersejarah dalam ayat
(1).
menjamin sumber maklumat
…pengetahuan dalam

sejarah. ayat (2) bertaut dengan
sumber maklumat

sejarah dalam ayat (1).
2 Hal ini dikatakan demikian

kerana, di sebalik monumen

yang dibina pada era penjajah

itu, tersimpan pengetahuan dari

segi latar belakang peristiwa

atau sejarah sesuatu tempat.

3 Kesannya, fakta-fakta yang …fakta-fakta dalam ayat
lebih jelas, tepat dan sahih (3) bertaut dengan
tentang budaya masyarakat sumber maklumat
yang hidup dan berkembang sejarah dalam ayat (1).

dalam lingkungannya yang
begitu unik dapat dikekalkan.

4 Sebagai contohnya, Bangunan … info dalam ayat (4)
Sultan Abdul Samad, Kota A bertaut dengan fakta-
Famosa dan Istana fakta dalam ayat (3).
Jugra menyimpan info serta

nostalgia tentang cara hidup …cara hidup dalam ayat
masyarakat Tanah Melayu pada (4) bertaut dengan
suatu masa dahulu. budaya dalam ayat (3).

5 Pujangga pernah berbicara … tidak memiliki telinga

bahawa orang yang tidak atau mata dalam ayat (5)
memiliki rasa sejarah, adalah

35

seperti orang yang tidak bertaut dengan rasa
memiliki telinga atau mata. sejarah dalam ayat (5).

6 Ternyata khazanah yang dibina … binaan sejarah dalam

ayat (6) bertaut dengan
suatu masa dahulu itu penting
bangunan-bangunan
untuk dikekalkan sebagai bukti bersejarah dalam ayat
(1).
primer sejarah.
… bukti primer sejarah
dalam ayat (6) bertaut
dengan sumber

maklumat sejarah dalam
ayat (1).

36

Lembaran Aktiviti

Berdasarkan soalan karangan tersebut dan cadangan isi yang
dikemukakan, bina satu perenggan isi yang mengandungi 6 ayat

dengan menggunakan unsur tautan perulangan sama maksud
dalam bentuk jadual. Kemudian tulis semula ayat-ayat itu dalam

perenggan lengkap.

No Ayat Ayat Perulangan Sama
Maksud
1

2

3

4

5

6

37

38

Pelajaran 3

Tarikh / Hari / Masa /

Tema Pendidikan

Kemahiran Kemahiran Menulis

Standard Kandungan 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu
penulisan secara terancang.

Standard 3.4.3 Menulis perenggan isi dengan
Pembelajaran huraian yang jelas dan kritis
menggunakan bahasa yang gramatis.

Objektif Pada akhir proses pengajaran dan
Pembelajaran pembelajaran, murid dapat:

(i) Menjelaskan konsep tautan
perulangan rujukan

(ii) Menganalisis tautan perulangan
rujukan dalam perenggan isi.

(iii) Menulis perenggan isi yang jelas
dan kritis dengan menggunakan
tautan perulangan rujukan.

39

Langkah 1

Guru menerangkan konsep tautan perulangan rujukan dalam
perenggan isi.

 Tautan perulangan rujukan bermaksud hubungan makna
yang wujud antara sesuatu kata atau frasa yang berfungsi
sebagai unsur rujukan dengan kata, frasa atau klausa yang

dirujuk dalam sesuatu teks.
 Kohesi wujud dengan adanya tautan makna antara unsur
rujukan dengan sesuatu perkara, proses atau hal yang baru

ditulis.
Contoh:
1a. Ayah dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat
roda.

1b. Kejadian itu berlaku di hadapan masjid.
1c. Dia dikejarkan ke hospital.
1d. Dia mungkin dirawat di sana selama tiga bulan

Dalam ayat di atas, kejadian itu dalam ayat 1b bertaut
dengan dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat

roda dalam ayat 1a. Dia dalam ayat 1c dan ayat 1d bertaut
dengan ayah dalam ayat 1a dan di sana dalam ayat 1d
bertaut dengan ke hospital dalam ayat 1c.

 Jenis-jenis rujukan:
1. Rujukan peribadi

Rujukan peribadi ialah kata ganti nama yang
digunakan untuk merujuk kepada orang yang disebut

dalam ayat sebelum. Rujukan peribadi biasanya terdiri
daripada kata ganti nama orang ketiga iaitu ia, dia,
beliau dan mereka. Contoh ayat:

1e. Yusoff dan rakan-rakan telah berpeluang
melawat Kebun Buah Tin Segar yang terletak di
Sungai Soi, Kuantan. Mereka pergi dengan
menaiki bas.

1f. Datuk saya telah mengusahakan ternakan ketam
lembut dalam sangkar sejak tiga tahun lalu. Dia

40

telah menjadikan Kampung Bambangan sebagai
kawasan pesisir pantai yang terkenal sebagai

pengeluar ketam lembut utama di Sandakan.

2. Rujukan tunjuk
Rujukan tunjuk berfungsi sebagai unsur tautan yang

merujuk kepada sesuatu yang baru disebut. Contohnya:

1g. Saya tidak dapat melihat seperti sediakala.
Keadaan inilah yang sedang saya alami sekarang.

Rujukan tunjuk ini dan itu juga berfungsi untuk merujuk
kepada masa sesuatu perbuatan itu dilakukan. Rujukan

ini merujuk kepada masa sekarang atau masa akan
datang, manakala rujukan itu merujuk kepada masa
lalu. Contohnya:

1h. Kami akan mengunjungi Muzium Negara minggu
hadapan. Perkara ini merupakan pengalaman
pertama kami.

1i. Kami mengunjungi Muzium Negara minggu lepas.
Perkara itu merupakan pengalaman pertama
kami.

Rujukan tunjuk boleh digandingkan dengan kata atau
frasa nama yang sama, sama erti atau perkataan
umum yang dirujuk dalam perkataan sebelum.
Contohnya:

1j. Seekor anak kucing sedang kesejukan. Anak
kucing itu kehilangan ibunya.

1k. Encik Sulaiman menyediakan meja dan kerusi.

Peralatan itu sebagai tempat untuk mereka
sekeluarga makan sambil beristirahat di
pekarangan rumah.

41

3. Rujukan bandingan
Rujukan bandingan bermaksud rujukan tidak langsung

dengan cara merujuk kepada persamaan atau
perbezaan dengan perkara yang dirujuk. Rujukan
bandingan terbahagi kepada dua iaitu:

(i) Rujukan umum
Rujukan bandingan umum menggunakan rujukan
secara umum sahaja. Antara bandingan umum

yang terdapat dalam Bahasa Melayu
termasuklah sama, sama juga, serupa, seperti itu,
lain, yang lain, berbeza dan yang berbeza.

1l. Encik Amirul suka mengambil berat
kebajikan jiran tanpa mengira perbezaan

agama. Orang seperti itu, patut dipuji.
1m. Kami akan memberikan anda tempat duduk
barisan paling hadapan. Adakah kamu

mahukan tempat duduk yang lain?

(ii) Rujukan khusus

Rujukan bandingan khusus merujuk kepada
perbandingan antara dua unsur dengan
mengambil kira ciri khusus unsur tersebut. Ciri
khusus tersebut sama ada daripada segi kuantiti

dan kualiti. Sekiranya perbandingan khusus
melibatkan kuantiti, rujukan bandingan khusus
lebih dan kurang digunakan dengan

digandingkan dengan kata atau frasa nama.

Contohnya:

1n. Ibu bapa sering melakukan beberapa
kesilapan ketika berbelanja. Sekiranya tidak
dibetulkan, mereka akan melakukan lebih

kesilapan.

42

Perbandingan khusus yang melibatkan kualiti pula

menggandingkan rujukan bandingan lebih dan
kurang dengan kata atau frasa adjektif.
Contohnya:

1o. Ainna telah kekurangan simpanan. Dia
kurang cermat ketika berbelanja.

43

Langkah 2:

Menganalisis tautan perulangan rujukan dalam perenggan isi.

1. Guru membimbing murid memahami dan menganalisis soalan
karangan di bawah.

Domain Peribadi

Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Berguru Demi Ilmu,

Bina Generasi Baharu. Tema ini memberi penekanan

terhadap peranan penting guru dalam memperkasa
ilmu pengetahuan dan membina generasi baharu
seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dipetik daripada ucapan

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin,
Perdana Menteri Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,

16 Mei 2020.

Sebagai respons terhadap kandungan ucapan di atas, setiap

individu perlu memainkan peranan untuk menghormati
gurunya.

Jelaskan cara-cara anda menghormati guru.

44

Analisis Soalan

1 Tema Menghormati guru

2 Kehendak Menulis tentang cara-cara anda
Tugasan menghormati guru.

3 Format Tiada

45

46

2. Guru membimbing murid memahami unsur tautan
perulangan rujukan dalam perenggan isi.

(1) Cara yang paling mudah bagi saya untuk menunjukkan

rasa hormat kepada guru adalah dengan melafazkan ucapan

salam. (2) Perkara ini dapat dijelaskan sebagai ungkapan dalam

bentuk doa pengharapan agar penerimanya sentiasa sejahtera

dan selamat daripada segala macam kedukaan. (3) Saya

percaya kesan daripada perbuatan berkenaan bukan sahaja

dapat menyenangkan hati guru, tetapi dapat mencambahkan

perasaan kasih sayang antara kami. (4) Sebagai contohnya, saya

akan mengungkapkannya tatkala berjumpa guru tidak kira di

dalam kawasan sekolah seperti di kantin, pusat sumber dan

makmal sains atau ketika terserempak dengan guru di luar

kawasan sekolah. (5) Nabi Muhammad SAW sangat menekankan

penyebaran usaha ini sesama Muslim dan baginda menyebutnya

sebagai perbuatan baik yang paling utama antara perbuatan

baik yang patut dikerjakan. (6) Tegasnya, cara ini merupakan

antara pendekatan yang saya praktikkan bagi menzahirkan rasa

hormat kepada para guru.

47

No Ayat Ayat Perulangan Rujukan

1 Cara yang paling mudah bagi … Perkara ini dalam ayat

saya untuk menunjukkan rasa (2) bertaut dengan
hormat kepada guru adalah ucapan salam dalam
dengan melafazkan ucapan ayat (1).
salam.

2 Perkara ini dapat dijelaskan
sebagai ungkapan dalam
bentuk doa pengharapan agar

penerimanya sentiasa sejahtera
dan selamat daripada segala

macam kedukaan.

3 Saya percaya kesan daripada …perbuatan berkenaan

perbuatan berkenaan bukan dalam ayat (3) bertaut
sahaja dapat menyenangkan dengan ucapan salam
hati mereka, tetapi dapat dalam ayat (1).
mencambahkan perasaan kasih
sayang antara kami. …mereka dalam ayat (3)
bertaut dengan guru
dalam ayat (1).

…kami dalam ayat (3)

bertaut dengan saya dan
guru dalam ayat (1).

4 Sebagai contohnya, saya akan … mengungkapkannya

mengungkapkannya tatkala dalam ayat (4) bertaut
berjumpa guru tidak kira di dengan ucapan salam
dalam kawasan sekolah seperti dalam ayat (1).
di kantin, pusat sumber dan
makmal sains atau ketika …mereka dalam ayat (4)
terserempak dengan mereka di bertaut dengan guru
luar kawasan sekolah. dalam ayat (4).

48

5 Nabi Muhammad SAW sangat … usaha ini dalam ayat
menekankan penyebaran (5) bertaut dengan
usaha ini sesama Muslim dan ucapan salam dalam
baginda menyebutnya sebagai ayat (1).

perbuatan baik yang paling
utama antara perbuatan baik
yang patut dikerjakan.

6 Tegasnya, cara ini merupakan … cara ini dalam ayat (6)
antara pendekatan yang saya bertaut dengan ucapan
praktikkan bagi menzahirkan salam dalam ayat (1).

rasa hormat kepada para guru.

49

Lembaran Aktiviti

Berdasarkan soalan karangan tersebut, dan cadangan isi yang
dikemukakan bina 6 ayat dalam perenggan isi menggunakan

unsur tautan perulangan rujukan dalam bentuk jadual. Kemudian
tulis semula ayat-ayat itu dalam perenggan lengkap.

No Ayat Ayat Perulangan Rujukan

1

2

3

4

5

6

50

Click to View FlipBook Version