The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cb19070.ump, 2021-09-17 06:25:07

BUKU UNSUR TAUTAN CHANGED

Perenggan Isi




_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________



























51

52

Pelajaran 4


Tarikh / Hari / Masa /

Tema Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Kemahiran Kemahiran Menulis


Standard Kandungan 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu
penulisan secara terancang

Standard 3.4.3 Menulis perenggan isi dengan
Pembelajaran huraian yang jelas dan kritis
menggunakan bahasa yang gramatis


Objektif Pada akhir proses pengajaran dan
Pembelajaran pembelajaran, murid dapat:

(i) Menjelaskan konsep tautan
hubungan berlawanan.


(ii) Menganalisis tautan hubungan
berlawanan dalam perenggan isi.

(iii) Menulis perenggan isi yang jelas
dan kritis dengan menggunakan
tautan hubungan berlawanan.





















53

Langkah 1

Guru menjelaskan konsep tautan hubungan berlawanan.


 Hubungan berlawanan bermaksud hubungan unsur tautan
yang bercirikan makna bertentangan.

 Dalam kehidupan seharian, kita sering membandingkan atau

membincangkan perkara yang berlawanan.

 Oleh itu, dalam sesuatu perenggan, penulis boleh

membincangkan perbandingan antara dua perkara atau
keadaan menggunakan hubungan berlawanan.











































54

Langkah 2

Menganalisis tautan hubungan berlawanan dalam perenggan isi.


1. Guru membimbing murid memahami dan menganalisis
soalan karangan di bawah.

Domain Awam


Sektor pengangkutan merupakan penyebab utama

yang memberikan tekanan ekosistem kepada sesuatu

kawasan. Oleh itu, penambahbaikan sistem
pengangkutan awam akan menjadi keutamaan
kerajaan dalam mengurangkan pencemaran,
kesesakan aliran trafik di jalan raya dan beban rakyat
menampung minyak kenderaan. Transformasi
berkenaan akan melibatkan pembangunan teknologi
dalam aspek mod pengangkutan awam yang mesra
alam sekitar, kecekapan, kekerapan, keselesaan dan

kesalinghubungan supaya rakyat dapat sampai ke
lebih banyak destinasi pilihan.


Sumber: Berita Harian Online, 2 April 2019




Petikan akhbar di atas menunjukkan sistem pengangkutan
awam ke arah kecekapan maksimum di negara ini.

Jelaskan langkah-langkah menggalakkan orang ramai
menggunakan pengangkutan awam.



Analisis Soalan

1 Tema Pengangkutan awam


2 Kehendak Menulis tentang langkah-langkah
Tugasan menggalakkan orang ramai menggunakan
pengangkutan awam.


3 Format Tiada


55

56

2. Guru membimbing murid memahami tautan hubungan
berlawanan dalam perenggan isi.




Contoh 1

(1) Langkah utama untuk menggalakkan orang ramai supaya

menggunakan pengangkutan awam ialah syarikat pengangkutan
awam haruslah menawarkan tambang yang berpatutan. (2) Hal ini

dikatakan demikian kerana, tambang yang tidak munasabah oleh
pengusaha yang berbeza akan menyebabkan masyarakat
menggunakan kenderaan persendirian. (3) Kesannya, pengguna

yang berpendapatan rendah akan terbeban dengan tambang
yang mahal berbanding pengguna berkemampuan yang tidak

terkesan dengan situasi tersebut. (4) Sebagai contohnya, pelajar
dan orang ramai yang tidak mempunyai kenderaan sendiri akan

tertekan dengan cas yang tidak relevan dengan jarak yang dilalui.
(5) Datuk Bandar Bogota pernah menyatakan bahawa negara

yang kebanyakan orang miskin mempunyai kereta, dan jika
mereka lebih miskin mereka akan menunggang motosikal

bukanlah negara maju. (6) Jelaslah, cas tidak relevan yang
dikenakan oleh pengusaha pengangkutan awam di negara ini

akan membantutkan usaha menggalakkan orang ramai
menggunakan kenderaan berkenaan.




Unsur tautan hubungan berlawanan bagi ayat-ayat di atas adalah
seperti berikut:

1. …kenderaan persendirian dan tambang yang tidak
munasabah dalam ayat (2) bertaut dengan pengangkutan

awam dan menawarkan tambang yang berpatutan dalam
ayat (1) dari segi hubungan berlawanan…

2. … pengguna yang berpendapatan rendah akan terbeban

dengan tambang yang mahal bertaut dengan pengguna
berkemampuan yang tidak terkesan dengan situasi tersebut
dalam ayat (3) dari segi hubungan berlawanan…


57

Contoh 2

(1) Seterusnya, bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan
awam dalam kalangan rakyat, kerajaan perlulah meningkatkan

kualiti infrastruktur fizikal pengangkutan awam. (2) Perkara ini
merujuk kepada struktur pengangkutan awam yang lemah dan

tidak bergabung antara satu sama lain akan membentuk satu
rantaian yang tidak menyokong keseluruhan sistem yang ada. (3)
Impak infrastruktur fizikal yang lemah dan dibina tidak mesra
pengguna akan menjadi halangan untuk diakses berbanding

infrastruktur fizikal yang direka lebih mesra pengguna dan inklusif,
akan memungkinkan kebolehcapaian tanpa batasan khususnya
dalam kalangan orang kelainan upaya. (4) Sebagai contohnya,

laluan pejalan kaki berbumbung yang mementingkan keselesaan,
kemudahan dan keselamatan pengguna akan memudahkan
mereka bergerak dari satu stesen ke stesen yang lain, berbanding
ketiadaan laluan pejalan kaki berbumbung menyebabkan

pengguna terpaksa berpanas dan berhujan untuk sampai ke
stesen pilihan. (5) Benarlah kata-kata bahawa pengguna

mempunyai kesedaran yang lebih matang terhadap nilai
perkhidmatan berbanding dengan harga yang dibayar. (6)
Jelaslah, kerajaan perlulah meningkatkan kualiti infrastruktur fizikal
pengangkutan awam bagi menarik perhatian pengguna.


Unsur tautan hubungan berlawanan bagi ayat-ayat di atas adalah
seperti berikut:


1. … struktur pengangkutan awam yang lemah dalam ayat (2)
bertaut dengan meningkatkan kualiti infrastruktur fizikal
pengangkutan awam dalam ayat (1) dari segi hubungan
berlawanan…


2. … infrastruktur fizikal yang lemah dan dibina tidak mesra
pengguna akan menjadi halangan untuk diakses bertaut
dengan infrastruktur fizikal yang direka lebih mesra

pengguna dan inklusif, akan memungkinkan
kebolehcapaian tanpa batasan khususnya dalam kalangan
orang kelainan upaya dalam ayat (3) dari segi hubungan

berlawanan…


58

3. …laluan pejalan kaki berbumbung yang mementingkan
keselesaan, kemudahan dan keselamatan pengguna akan
memudahkan mereka bergerak dari satu stesen ke stesen

yang lain dengan ketiadaan laluan pejalan kaki
berbumbung menyebabkan pengguna terpaksa berpanas
dan berhujan untuk sampai ke stesen pilihan dalam ayat (4)

dari segi hubungan berlawanan…



















































59

Lembaran Aktiviti

Berdasarkan soalan karangan tersebut, bina satu perenggan isi
yang mengandungi 6 ayat menggunakan unsur tautan hubungan

berlawanan.




_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________




60

Pelajaran 5


Tarikh / Hari / Masa /

Tema Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Kemahiran Kemahiran Menulis


Standard Kandungan 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu
penulisan secara terancang.

Standard 3.4.3 Menulis perenggan isi dengan
Pembelajaran huraian yang jelas dan kritis
menggunakan bahasa yang gramatis.


Objektif Pada akhir proses pengajaran dan
Pembelajaran pembelajaran, murid dapat:

(i) Menjelaskan konsep tautan
hubungan keluarga.


(ii) Menganalisis tautan hubungan
keluarga dalam perenggan isi.

(iii) Menulis perenggan isi yang jelas
dan kritis dengan menggunakan
tautan hubungan keluarga.






















61

Langkah 1

Guru menjelaskan konsep tautan hubungan keluarga.


 Hubungan keluarga merujuk kepada keberadaan hubungan
makna unsur yang bertaut di peringkat superordinate
dengan ordinatnya iaitu hubungan entiti menyeluruh dengan
unsur sebahagian atau hubungan unsur yang sebahagian

dengan entiti menyeluruh.





Sekolah






Guru Bilik darjah Murid-murid







Kurikulum Ilmu




Kemahiran





 Dalam rajah di atas, sekolah merupakan entiti menyeluruh
(superordinate) manakala bilik darjah, guru, murid, kurikulum,

ilmu dan kemahiran ialah unsur sebahagian (ordinat).
Sebagai contohnya, sekiranya sesuatu perenggan itu
membincangkan peranan pihak sekolah dalam menangani
isu alam sekitar, maka kata dan frasa dalam rajah di atas

akan muncul dalam perenggan tersebut.






62

Langkah 2

Menganalisis tautan hubungan keluarga dalam perenggan isi.


1. Guru membimbing murid memahami dan menganalisis
soalan karangan di bawah.

Domain Awam


Masalah alam sekitar seperti pencemaran udara,
pencemaran air, pembuangan sisa pepejal dan toksik,

penebangan hutan yang tidak terkawal dan
pengurangan sumber semula jadi telah mengakibatkan

berlakunya ketidakseimbangan kepada alam sekitar.
Tragedi tanah runtuh, banjir kilat, pencemaran udara, air
dan darat, pemanasan global dan perubahan iklim

adalah kesan ketidakstabilan ekosistem yang berpunca
daripada aktiviti manusia yang sering kali dikaitkan
dengan pembangunan.


Sumber: Harian Metro Online, 14 Mac 2021.




Petikan akhbar di atas menunjukkan isu-isu alam sekitar
semakin hari semakin mencabar dan usaha-usaha untuk
menanganinya memerlukan kerjasama dan komitmen yang
tinggi daripada semua pihak.


Jelaskan peranan pelbagai pihak menangani isu alam sekitar
di negara ini.


Analisis Soalan


1 Tema Alam sekitar

2 Kehendak Menulis tentang peranan pelbagai pihak
Tugasan menangani isu alam sekitar di negara ini.

3 Format Tiada




63

64

2. Guru membimbing murid memahami unsur tautan
hubungan keluarga dalam perenggan isi.



(1) Peranan sekolah dalam menangani alam sekitar adalah

melalui pendidikan formal pendekatan merentas kurikulum mata

pelajaran. (2) Perkara ini merujuk kepada para guru akan

memfokuskan kepada aspek kemahiran yang ingin dicapai


dengan memberi pendedahan dalam bentuk ilmu dan maklumat

tentang alam sekitar. (3) Impaknya murid-murid bukan sahaja

akan dapat menguasai kemahiran yang ditekankan malah sikap

peka dan menyayangi alam sekitar akan mula bercambah dalam


diri mereka. (4) Misalnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

(KSSM) Tingkatan 1 telah dimuatkan input ilmu dan situasi

berlatarbelakangkan terma alam sekitar sebagai pengajaran dan

pandangan kepada murid secara tidak langsung dalam


menguasai kemahiran membaca dan menulis. (5) Islam sebagai

sebaik-baik agama dan cara hidup amat mementingkan peranan

madrasah sebagai institusi ilmu untuk memberi penekanan yang

serius terhadap keharmonian dan kestabilan alam sebagai mana

yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud


setiap kamu adalah pemelihara dan masing-masing kamu akan

dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa yang dipeliharanya.

(6) Tegasnya, sekolah berperanan menanam pemikiran yang halus

dalam diri generasi muda bahawa kita tidak pernah mewarisi alam

sekitar ini daripada nenek moyang kita sebaliknya kita


meminjamnya daripada generasi akan datang.






65

3. Guru menjelaskan tautan hubungan keluarga juga
merupakan satu teknik yang boleh digunakan untuk

mengemukakan contoh yang berkait dalam perenggan
seperti berikut:




(1) Pelarian merujuk kepada golongan yang melarikan diri

dari negara asal dan membawa diri ke negara yang tiada kaitan


dengan mereka disebabkan kebimbangan dan ketakutan

terhadap penganiayaan, penyeksaan dan penindasan yang

dikenakan terhadap mereka. (2) Hal ini dapat disabitkan dengan

situasi peperangan, penghapusan etnik dan keganasan agama di

negara asal mereka. (3) Kesan kebanjiran pelarian ini menimbulkan


pelbagai masalah bukan sahaja masalah kewangan dan

pengurusan untuk memberi penempatan kepada mereka, tetapi

juga membabitkan masalah sosial dan psikologi sepanjang

tempoh perlindungan seperti jenayah, pengangguran, hilang

peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk tempatan,


masalah penyesuaian dan sosio ekonomi yang semuanya terbit

daripada kem-kem perlindungan yang terpaksa dibina kerajaan di

kawasan yang sepatutnya menjadi sumber sosial ekonomi kepada


penduduk tempatan. (4) Sebagai buktinya, pada tahun 1957,

sekumpulan pelarian Vietnam telah mendarat di Terengganu

kerana kekejaman rejim Vietnam dan negara kita telah menjadi

tumpuan pelarian Bangladesh, Indonesia dan Rohingya.










66

Lembaran Akitiviti

Berdasarkan soalan karangan tersebut, bina satu perenggan isi
yang mengandungi 6 ayat menggunakan unsur tautan hubungan

keluarga.




_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________




67

Pelajaran 6


Tarikh / Hari / Masa /

Tema Ekonomi, Keusahawanan dan
Pengurusan Kewangan
Kemahiran Kemahiran Menulis


Standard Kandungan 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu
penulisan secara terancang.

Standard 3.4.3 Menulis perenggan isi dengan
Pembelajaran huraian yang jelas dan kritis
menggunakan bahasa yang gramatis.


Objektif Pada akhir proses pengajaran dan
Pembelajaran pembelajaran, murid dapat:

(i) Menjelaskan konsep tautan
hubungan sebab akibat.


(ii) Menganalisis tautan hubungan
sebab akibat dalam perenggan isi.

(iii) Menulis perenggan isi yang jelas
dan kritis dengan menggunakan
tautan hubungan sebab akibat.





















68

Langkah 1

Guru menjelaskan konsep tautan hubungan sebab akibat.


 Tautan hubungan sebab akibat bermaksud tautan yang
melibatkan adanya hubungan makna antara tautan.

 Hubungan sebab akibat antara teknik yang boleh

digunakan oleh murid untuk menulis perenggan isi.



 Perenggan boleh dimulakan dengan perkara atau elemen
yang menjadi penyebab.


 Hal ini bermakna idea utama dimulakan dengan sebab,
keadaan atau fenomena yang menyebabkan sesuatu itu
berlaku, dan diikuti oleh akibat atau kesan daripada sebab.


































69

Langkah 2

Menganalisis tautan hubungan sebab akibat dalam perenggan isi.


1. Guru membimbing murid memahami dan menganalisis
soalan karangan.



Domain Kerjaya



Dalam mendepani cabaran untuk menjadi usahawan

berjaya, ada tiga perkara yang perlu diberi perhatian

oleh usahawan muda iaitu penguasaan dalam
teknologi, disiplin dalam perniagaan dan

menjangkakan keperluan masa depan.
Tiga perkara itu perlu dikuasai untuk menjadi

sebahagian daripada ‘DNA’ usahawan muda yang

berjaya.


Sumber: Sinar Harian Online, 15 Jun 2019.




Petikan akhbar menunjukkan cabaran usahawan muda
mengembangkan perniagaan. Ternyata faktor sikap,
pengetahuan dan kemahiran membolehkan seseorang itu

berjaya dalam bidang keusahawanan.

Huraikan faktor-faktor kejayaan seseorang usahawan.




Analisis Soalan

1 Tema Keusahawanan

2 Kehendak Menulis tentang faktor-faktor kejayaan
Tugasan seseorang usahawan.


3 Format Tiada



70

71

2. Guru membimbing murid memahami unsur tautan hubungan
sebab akibat dalam perenggan isi.



(1) Faktor utama seseorang usahawan itu berjaya adalah
sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam

bidang yang diceburi. (2) Usaha tersebut menyebabkan para
usahawan berpeluang memperoleh input dalam bidang masing-

masing dengan lebih mendalam. (3) Impak daripada input yang
meluas, para usahawan bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti

dan keterampilan diri, malah terdorong untuk menjadi lebih
proaktif, kreatif, inovatif dan berbudaya usahawan. (4) Sebagai

contohnya, program latihan, bimbingan dan khidmat nasihat yang
disediakan oleh agensi kerajaan mengakibatkan para usahawan

berpeluang meneroka maklumat terkini sesuatu perniagaan agar
menepati kehendak industri dan pasaran semasa, di samping
mendapat peluang kemudahan sokongan melalui ekosistem

perniagaan yang disediakan oleh pihak tersebut. (5) Golongan
bijak pandai ada mengatakan bahawa ilmu akan membuka jalan

ke arah penerokaan bidang-bidang baharu di samping
memperluas kegiatan, skop perancangan serta program yang

akan membawa kepada kemajuan. (6) Jelaslah usaha untuk
meningkatkan ilmu dan kemahiran menjadikan para usahawan

memperoleh kepakaran sehingga dapat mengukir kejayaan
dalam bidang yang dipelopori.




Unsur tautan hubungan sebab akibat dalam perenggan usaha
meningkatkan ilmu dan kemahiran menyebabkan usahawan

memperoleh input mendalam adalah ditunjukkan seperti berikut:

… ilmu dan kemahiran … menyebabkan … memperoleh input …
impak … meningkatkan kualiti … mengakibatkan … meneroka

maklumat terkini … menjadikan … memperoleh kepakaran …
mengukir kejayaan …






72

3. Guru menjelaskan tautan hubungan sebab akibat dalam
perenggan boleh juga dimulakan dengan akibat dan diikuti

oleh sebab (akibat-sebab).

 Keadaan ini merujuk kepada hubungan antara unsur
yang dihasilkan oleh sesuatu keadaan atau fenomena.

 Perenggan di bawah merupakan contoh akibat dan

diikuti oleh sebab (akibat-sebab). Dalam perenggan itu,
idea utama dimulakan dengan akibat iaitu kejayaan
dan akibat tersebut disebabkan oleh keadaan usaha,

kegigihan dan kesungguhan.


(1) Kejayaan seseorang usahawa lazimnya dicetuskan oleh

keinginan yang tinggi untuk berjaya dalam kehidupan. (2) Impian
untuk melakar kejayaan menerbitkan usaha untuk mencapai
sesuatu matlamat yang sangat jelas dengan melampaui halangan

yang ada. (3) Kejayaan yang terukir tidak datang bergolek
melainkan disebabkan kegigihan khususnya kegigihan terancang
dalam mencapai objektif atau tujuan tertentu dengan mendidik

diri bersungguh-sungguh mengambil peluang bagi mengubah
kehidupan, tidak mudah berputus asa, serta tidak cepat mengalah
dalam persaingan. (4) Sebagai contohnya, saat-saat manis
apabila produk yang dihasilkan berjaya mendapat tempat di

pasaran tidak mungkin dapat dikecapi sekiranya kesungguhan
usahawan menggali ilmu dalam bidang yang diceburi dan

menanam minda yang positif tidak diletuskan. (5) Peribahasa ada
mengungkapkan bahawa gagal sekali bukan bermakna gagal
untuk selamanya, asalkan tidak mahu mengalah dan jemu
berusaha, setiap orang mampu merasai kemanisan kejayaan. (6)

Sudah terang lagi bersuluh kejayaan yang berada dalam
genggaman pada hari ini rahsianya adalah kerana keinginan
yang tinggi untuk berjaya.

… kejayaan ... dicetuskan … usaha … disebabkan … kegigihan

… kesungguhan ... diletuskan …





73

Langkah 3

Berdasarkan soalan karangan tersebut, bina satu perenggan isi
yang mengandungi 6 ayat menggunakan unsur tautan sebab

akibat.

Perenggan Isi




_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________


74

75

Pelajaran 7


Tarikh / Hari / Masa

Tema Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Kemahiran Kemahiran Menulis


Standard Kandungan 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu
penulisan secara terancang

Standard 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan
Pembelajaran karangan dengan wacana yang
lengkap, bahasa yang gramatis dan

ungkapan yang menarik.

Objektif Pada akhir proses pengajaran dan
Pembelajaran pembelajaran, murid dapat:

(iv) Menjelaskan konsep tautan

penghubung ayat (penanda
wacana).

(v) Menjelaskan fungsi tautan
penghubung ayat tambahan.

(vi) Menjelaskan fungsi tautan
penghubung ayat tentangan.


(vii) Menjelaskan fungsi penghubung
ayat musabab.

(viii) Menjelaskan fungsi penghubung
ayat waktu.


(ix) Menjelaskan fungsi penghubung
ayat terusan.






76

Langkah 1

Guru menjelaskan konsep tautan penghubung ayat.


 Tautan penghubung ayat atau penanda wacana ialah kata
atau frasa yang berfungsi sebagai penghubung atau
jambatan untuk membantu seseorang membaca daripada
satu ayat kepada satu ayat yang lain dengan lancar.

 Apabila menulis, lazimnya pembaca akan menamatkan
sesuatu idea yang lengkap dalam satu ayat dan
menandakannya dengan tanda noktah pada akhir ayat

tersebut.
 Bagi memudahkan pembaca mengaitkan ayat sebelum
dengan ayat yang berikutnya, maka wajarlah dimasukkan

penghubung ayat sebagai jambatan antara ayat tersebut.
 Tautan penghubung ayat berbeza dengan tautan
perulangan dan tautan hubungan dari segi fungsi dan unsur

yang bertaut.
 Tautan perulangan bertaut dengan kata, frasa dan klausa
dalam ayat sebelum dari segi hubungan makna dan

tatabahasa.
 Tautan hubungan bertaut dari segi sesuatu unsur yang berkait
tetapi tautan penghubung ayat tidak bertaut dengan kata,

frasa dan klausa tertentu dalam ayat sebelum.
 Sebaliknya, tautan penghubung ayat berfungsi sebagai
penghubung atau jambatan antara ayat yang akan dibina
dengan ayat sebelum. Penghubung ayat terletak di awal

ayat dan biasanya diikuti tanda koma.
 Jenis-jenis penghubung ayat ialah:
1. Penghubung Ayat Tambahan

2. Penghubung Ayat Tentangan
3. Penghubung Ayat Musabab
4. Penghubung Ayat Waktu

5. Penghubung Ayat Terusan
i. Turutan
ii. Contoh

iii. Umum
iv. Kesimpulan



77

1. Penghubung Ayat Tambahan

Penghubung ayat tambahan merujuk penghubung ayat yang
menandai ciri makna ‘menambah’ unsur sebelum dengan unsur

selepas. Cara menambah itu juga termasuk pisahan atau pilihan
dan penegasan. Contohnya ialah:

- Bahkan

- Dalam hal ini juga
- Di samping itu
- Lebih-lebih lagi

- Malah
- Malahan
- Sekali lagi

- Selain itu
- Tambahan pula




Contoh

(1) Kepentingan utama hutan paya bakau adalah untuk

melindungi kawasan pinggir pantai daripada ancaman banjir,

taufan dan hakisan pantai. (2) Selain itu, hutan paya bakau turut


bermanfaat sebagai habitat bagi pelbagai hidupan akuatik. (3)

Dalam hal ini, hutan paya bakau juga menjadi kediaman pelbagai

spesies fauna yang lain. (4) Di samping itu, hutan paya bakau juga

penting bagi membekalkan pelbagai sumber kepada penduduk


setempat.















78

2. Penghubung Ayat Tentangan

Penghubung ayat tentangan bermaksud hubungan unsur sebelum
dan selepas dengan makna yang bertentangan. Contohnya ialah:


- Berbeza daripada
- Dalam nada yang berbeza
- Jika dibandingkan

- Namun
- Namun begitu
- Namun demikian

- Sebaliknya
- Sedangkan
- Tetapi

- Walau bagaimana sekalipun
- Walau bagaimanapun


Contoh


(1) Pendapatan penduduk di pinggir pantai amat

bergantung kepada sumber semula jadi daripada hutan paya

bakau. (2) Namun, pendapatan mereka yang bergantung


kepada sumber paya bakau telah terancam kini. (3) Sebaliknya,

sumber perikanan, kayu arang dan ekopelancongan hutan paya

bakau berdepan ancaman kemerosotan fungsi dan integritinya

akibat tuntutan pembangunan dan kegiatan ekonomi.



















79

3. Penghubung Ayat Musabab

Penghubung ayat musabab menjelaskan hubungan unsur sebelum
dengan selepas dengan makna alasan, akibat, tujuan atau syarat

yang ditunjukkan melalui penghubung ayat. Contohnya ialah:

- Akibatnya
- Berhubungan dengan ini

- Jadi
- Jika begitu
- Kesannya

- Natijahnya
- Oleh itu
- Oleh sebab

- Oleh yang demikian
- Sebagai akibatnya
- Sebagai kesannya

- Sehubungan itu



Contoh


(1) Banyak kawasan hutan paya bakau telah ditebus guna,

diceroboh, ditebang dan ditambak bagi kegiatan pertanian

seperti pembukaan ladang kelapa sawit dan pembukaan kolam-

kolam udang dan ikan secara komersial. (2) Sebagai akibatnya,

masalah hakisan pantai berlaku disebabkan hilangnya penahan


ombak semula jadi ini. (3) Sehubungan itu, pemendapan sedimen

di muara sungai kesan daripada kemusnahan kawasan hutan

paya bakau boleh menjejaskan kawasan muara sungai dan

mengakibatkan banjir terutamanya selepas hujan lebat dan

semasa air pasang besar.









80

4. Penghubung Ayat Waktu

Penghubung ayat waktu merujuk hubungan makna yang wujud
antara unsur sebelum dengan yang selepas untuk menunjukkan

urutan, sertaan, kesimpulan dan lampauan. Contohnya ialah:

- Akhirnya
- Dewasa ini

- Kemudiannya
- Pada ketika itu
- Pada masa sekarang

- Pada masa yang sama
- Pada mulanya
- Sebelum itu

- Selepas itu
- Semenjak itu
- Sementara itu

- Sesekali



Contoh


(1) Dewasa ini, pihak kerajaan komited melaksanakan usaha

pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan hutan paya bakau di

pesisiran pantai negara. (2) Pada masa yang sama, program

penanaman spesies-spesies yang sesuai di kawasan tersebut telah

dicetuskan bagi memastikan pesisiran pantai negara ditumbuhi


pokok-pokok yang berperanan sebagai pemecah ombak dan

meminimakan kesan kemusnahan akibat bencana alam. (3)

Sementara itu, semangat cintakan sumber alam semula jadi

diterapkan dalam kalangan masyarakat termasuk golongan murid

sekolah.









81

5. Penghubung Ayat Terusan

Penghubung ayat terusan agak rencam dan memuatkan
penghubung ayat yang tidak termasuk dalam mana-mana empat

jenis yang disebutkan sebelum ini. Kewujudannya masih dapat
dipertahankan dengan mempunyai maksud unsur sebelum

dengan yang selepas dalam hubungan penerusan dan biasanya
dalam nada rendah sistem fonologi.



(i) Turutan.

- Akhirnya
- Kemudiannya
- Selanjutnya

- Selepas itu
- Seterusnya

Contoh


(1) Seterusnya, teknik penanaman semula hutan paya bakau

adalah dengan menggunakan teknik bekas tanaman semula jadi

daripada gentian kelapa yang dibalut dengan jaring. Selanjutnya,

kira-kira tiga hingga lima batang anak pokok bakau ditanam di


dalam seunit bekas tersebut. (2) Selepas itu, anak pokok bakau

dibiarkan di tapak semaian selama sebulan. (3) Akhirnya,

penanaman dibuat dengan bantuan empat batang kayu sebagai

pasak yang diikat dengan tali propolin untuk mengepung bekas

tanaman dan mengelakkan daripada terapung ketika air pasang.













82

(ii) Contoh
- Contohnya

- Misalnya
- Umpamanya

Contoh

(1) Spesies utama hutan paya bakau ialah pokok-pokok


bakau. (2) Contohnya, pokok bakau kurap, pokok bakau minyak,

pokok api-api, pokok tumu dan pokok nyireh. (3) Hutan paya

bakau juga menjadi habitat pelbagai spesies fauna. (4) Misalnya,

monyet, ular, memerang dan burung-burung hijrah. (5) Selain itu,


hutan bakau juga penting sebagai habitat kepada pelbagai

hidupan marin. (6) Umpamanya, anak-anak ikan, ketam nipah,

kerang dan krustasia.




(iii) Umum

- Dengan ini
- Kebiasaannya

- Lazimnya
- Selaras dengan itu
- Sememangnya

Contoh


(1) Lazimnya, hutan paya bakau hidup di kawasan yang

mempunyai air pasang surut. (2) Kebiasaanya, komuniti tumbuhan

ini sangat kompleks dan mempunyai ekosistem yang produktif

dengan pelbagai fungsi. (3) Sememangnya, keunikan hutan paya


bakau ialah pada permukaan tanahnya tidak terdapat sebarang

tumbuhan kecil lain kecuali anak bakau sahaja.







83

(iv) Kesimpulan
- Demikianlah

- Jelaslah bahawa
- Kesimpulannya
- Oleh itu
- Ringkasnya

- Rumusannya
- Sebagai penggulungan

Contoh


(1) Kesimpulannya, semua pihak diseru untuk memberi

komitmen penuh bagi mengekalkan kawasan hutan bakau serta

kawasan persisiran pantai sebagai kawasan semula jadi. (2)

Ringkasnya, mengekalkan dan menambah baik ekosistem hutan


paya bakau akan memberi nilai tidak terhingga kepada alam,

biodiversiti dan sumber makanan negara. (3) Oleh itu, aspirasi

untuk memastikan kelangsungan hutan paya bakau dalam

menuju ke arah negara maju akan dapat direalisasikan.




























84

Langkah 2

Murid melengkapkan lembaran kerja tautan penghubung ayat.

Latihan 1


(1) Langkah-langkah mengurus sisa elektronik ialah pihak

kerajaan perlu menggubal peraturan mewajibkan pengeluar

mengambil semula barangan elektronik yang telah luput agar

dapat dikitar semula atau dilupuskan secara selamat. (2) _______,


NGO patut memperbanyak program kesedaran dalam kalangan

masyarakat mengenai isu lambakan sisa elektronik dan kesannya

terhadap alam. (3) ______________, masyarakat harus memainkan

peranan dengan menukar barangan elektronik yang lama apabila


membeli barangan baharu.




Latihan 2


(1) Fungsi alat perangkap minyak dan penukar pemangkin

kenderaan adalah untuk mengurangkan pencemaran alam. (2)

______________, perbezaan fungsi kedua-duanya ialah alat

perangkap minyak digunakan untuk mengawal pencemaran air

manakala penukar pemangkin kenderaan digunakan untuk


mengawal pencemaran udara. (3) ____________________________

penukar pemangkin kenderaan, alat perangkap minyak boleh

dibeli di pasaran dengan pelbagai saiz untuk dipasang di premis

perniagaan.











85

Latihan 3

(1) Langkah yang patut diambil untuk mengatasi masalah

pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia ialah pihak bank


perlu memudahkan urusan rakyat mendapatkan pinjaman

peribadi bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. (2)

__________ anak muda yang tidak bekerja akan mengambil

peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai usahawan kecil.


(3) __________ langkah ini juga dapat memastikan lebih banyak

industri kecil dan sederhana diwujudkan.



Latihan 4


(1) ___________________, Pendidikan Teknik dan Vokasional

(TVET) dianggap sangat signifikan dalam melahirkan individu yang

mempunyai pelbagai kemahiran teknikal. (2) ___________________,

aliran akademik yang berlandaskan pembelajaran dalam kelas


semata-mata dan kurang berminat terhadap TVET akan

membataskan kebolehupayaan individu memenuhi peluang

pekerjaan di Malaysia. (3) ___________________,kemahiran teknikal

seperti pertukangan, elektronik, pateri, automotif, amalan bengkel

mesin, kimpalan dan fabrikasi logam mampu dimanfaatkan oleh


murid dalam kehidupan.
















86

Latihan 5

(1) ____________________, untuk menjaga nama baik diri


sendiri remaja perlu taat dan mengamalkan ajaran agama.

Ketaatan terhadap ajaran agama menjadikan remaja dapat

membezakan perkara yang salah dengan perkara yang betul,

amal makruf nahi mungkar serta dosa dan pahala. (2)

____________________, remaja perlu mengawal tingkah laku dan


berakhlak mulia seperti mengawal percakapan, sederhana dalam

berpakaian, menjaga pergaulan dan mengelakkan maksiat. (3)

____________________, bergaul dengan rakan-rakan yang positif

kerana berkawan dengan penjual minyak wangi, dapat juga

tempias bau wanginya, tetapi apabila berkawan dengan


pembuat besi mungkin terkena tempias apinya justeru merosakkan

pakaian sendiri.


Latihan 6

(1) Terdapat Sambutan perayaan pelbagai kaum di


Malaysia. (2) ____________________, kaum Melayu merayakan Hari

Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Bagi masyarakat Cina,

perayaan utama mereka ialah Tahun Baru Cina yang disambut

mengikut kalender Cina yang dinaungi 12 jenis binatang. (3)

____________________, tikus dan arnab dikatakan mempunyai


signifikan dan tuahnya yang tersendiri. Kaum India pula merayakan

Deepavali atau pesta cahaya. (3) ____________________, mereka

mereka akan memasang pelita, menyediakan hiasan seperti

kolam dan memasang lampu ‘vilakku’.







87

Latihan 7

(1) ____________________, apabila graduan mengusai

lebih daripada satu bahasa, graduan tersebut mempunyai


peluang yang lebih besar untuk memperoleh pekerjaan

berbanding berbanding calon graduan yang lain. (2)

____________________, kebolehan menterjemah daripada satu

bahasa kepada bahasa yang lain merupakan satu bonus. (3)


____________________, keupayaan menterjemah terutamanya

menterjemah bahasa Inggeris kepada bahasa Mandarin sangat

diperlukan bagi syarikat yang berurusan dengan pelabur dari

China. (4) ____________________, majikan sanggup membayar lebih

kepada pihak yang berkebolehan menulis dan membentangkan


laporan dalam pelbagai bahasa.




Latihan 8

(1) ____________________ terdapat pelbagai kepentingan sektor


pertanian kepada negara. (2) ____________________ para ibu bapa

disarankan agar menggalakkan anak-anak terlibat dalam sektor

pertanian dengan menjadi petani moden. (3) ____________________

harapan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju

berteraskan sektor pertanian akan dapat direalisasikan.
















88

89

Domain Awam



Kesihatan tidak hanya melibatkan soal makanan tetapi

berkait rapat dengan proses gaya hidup dan
penjagaan emosi. Selain pengambilan makanan tidak

seimbang, merokok dan alkohol, masalah emosi dan

tekanan juga merupakan salah satu punca kesihatan
merosot dan kemudian timbulnya penyakit.

Sumber: Sinar Harian Online, 20 Februari 2020.


Petikan akhbar di atas menunjukkan bahawa kesihatan

merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam
kehidupan seseorang. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk
memastikan individu membudayakan gaya hidup sihat.


Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu
bapa bagi menjamin kesihatan ahli keluarga.






Analisis Soalan

1 Tema Kesihatan


2 Kehendak Menulis tentang langkah-langkah yang boleh
Tugasan dilakukan oleh ibu bapa bagi menjamin
kesihatan ahli keluarga.

3 Format Tiada














90

Kesihatan amat penting dalam kehidupan manusia sehari-
hari. Melalui kesihatan yang baik, seseorang itu akan dapat

melaksanakan aktiviti harian tanpa sebarang halangan. Kesihatan
dapat disifatkan sebagai keadaan tubuh badan yang bebas
daripada sebarang penyakit fizikal dan mental. Namun, dalam era
globalisasi kini, masalah kesihatan telah membelenggu

kebanyakan institusi keluarga di negara ini. Ibnu Majah ada
meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda
yang bermaksud bahawa mintalah kepada Tuhanmu kesihatan

dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tiada perkara yang lebih
baik daripada kesihatan dan kesejahteraan selepas keimanan.
Terdapat langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa

bagi menjamin kesihatan ahli keluarga.

Langkah utama yang boleh diambil oleh ibu bapa bagi
menjamin kesihatan ahli keluarga adalah mengutamakan sajian

makanan seimbang. Sajian makanan seimbang merujuk kepada
hidangan makanan harian yang mengandungi kombinasi
pelbagai jenis makanan untuk membekalkan zat makanan yang

diperlukan oleh tubuh badan. Impak sajian makanan seimbang ini
akan membekalkan tubuh badan dengan pelbagai jenis
makanan dalam kuantiti yang berbeza bagi menjamin kesihatan.
Sebagai contohnya, piramid makanan merupakan satu panduan

mudah bagi ibu bapa mempelbagaikan sajian makanan
seimbang kerana bentuk piramid yang lebih besar pada bahagian

bawah dan semakin mengecil pada bahagian atas
menggambarkan bahawa lebih banyak makanan pada
bahagian dasar piramid perlu disajikan seperti sayur-sayuran
manakala makanan pada puncak piramid seperti makanan

berlemak perlu dikurangkan dalam menu seharian. Golongan bijak
pandai ada mengungkapkan bahawa jauh lebih sulit untuk
membuat orang sihat daripada daripada membuat mereka sakit.

Tegasnya, bagi memelihara kesihatan ahli keluarga ibu bapa perlu
mengutamakan sajian makanan seimbang dalam hidangan
keluarga.








91

Pendekatan kedua yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi
menjamin kesihatan ahli keluarga adalah mengawal pengambilan

makanan ringan. Makanan ringan dapat disifatkan sebagai
makanan tidak berkhasiat yang tinggi kalori daripada gula atau
lemak dengan sedikit serat, protein, vitamin, mineral atau bentuk
penting lain daripada nilai pemakanan. Kesan pengambilan

makanan ringan boleh menumpulkan selera makan hidangan
utama, menyebabkan kerosakan gigi, masalah ingatan dan
tumpuan dalam pembelajaran, lesu dan tidak bermaya, boleh

menyebabkan kemurungan di samping meningkatkan risiko
terkena penyakit darah tinggi dan kencing manis. Sebagai
contohnya, makanan ringan daripada produk komersial seperti

gula-gula, ais krim, makanan ringan masin, dan minuman ringan
yang biasanya diambil antara waktu makan utama oleh anak-
anak boleh meningkatkan tahap insulin dalam tubuh serta

mengehadkan keupayaan untuk berfikir, mengingat atau
mencipta kenangan. Memetik kata-kata Confucius bahawa tiada
kebahagian jika tiada kesihatan, tiada kesihatan tanpa makanan

berzat. Jelaslah bagi memastikan kesihatan ahli keluarga sentiasa
terjamin, pengambilan makanan ringan perlu diawasi oleh ibu
bapa.

Seterusnya, ibu bapa perlu membudayakan amalan

bersenam bagi mengekalkan kesihatan ahli keluarga. Amalan
bersenam merujuk kepada aktiviti fizikal atau riadah yang

dilakukan dalam jangka masa tertentu secara tetap dan konsisten.
Impak amalan bersenam bukan sahaja akan mengoptimumkan
pertumbuhan tulang dan otot, meningkatkan kecergasan dan
imuniti, mempertajam kemahiran motor dan mengawal

kegemukan dalam kalangan anak-anak malah dapat
meningkatkan fungsi tubuh untuk melawan angin ahmar
khususnya dalam kalangan ahli keluarga yang sedang meniti usia

emas. Sebagai buktinya amalan bersenam seperti berbasikal dan
berjogging yang dilakukan secara intensif akan dapat melahirkan
anak-anak yang lebih cenderung kekal aktif dan sihat secara fizikal

apabila dewasa kelak. Pujangga pernah berkata bahawa sihat
adalah sebahagian daripada gaya hidup yang teratur, biasakan
sejak muda agar tua tidak terseksa. Sudah terang lagi bersuluh,


92

amalan bersenam yang dititikberatkan oleh ibu bapa dapat
mengekalkan kesihatan ahli keluarga.

Usaha terakhir yang patut dilakukan oleh para ibu bapa bagi

menjamin ahli keluarga kekal sihat adalah dengan mempraktikkan
tabiat tidur yang mencukupi. Tidur yang mencukupi secara

konseptualnya dapat difahami sebagai berehat dengan mata
terpejam serta anggota badan dan fikiran tidak aktif sehingga
tidak sedar apa-apa yang berlaku di sekeliling dalam suatu
tempoh tertentu yang lazimnya pada waktu malam. Manfaat di

sebalik tidur yang mencukupi adalah berupaya mengembalikan
tenaga setelah digunakan sepanjang hari untuk pelbagai rutin,
dapat menganalisis serta mengingati sesuatu perkara dengan

lebih baik dan mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit
darah tinggi dan serangan jantung. Sebagai misalnya, tabiat tidur
yang mencukupi mengikut aturan masa tidur yang

ditetapkan akan dapat meningkatkan fokus ahli keluarga semasa
bekerja atau belajar keesokan harinya. Peribahasa Inggeris pernah
mengungkapkan bahawa tidur awal dan bangun awal

membuatkan anda sihat, kaya dan bijak. Sesungguhnya bagi
memastikan kesejahteraan ahli keluarga, tabiat tidur yang
mencukupi perlu ditekankan oleh ibu bapa.


Sebagai penutup bicara, dapatlah disimpulkan bahawa
terdapat pelbagai langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa
bagi menjamin kesihatan ahli keluarga sebagai mana yang
dikupas di atas. Sehubungan itu, ibu bapa disarankan agar tidak

memandang enteng amalan gaya hidup sihat bagi menjamin
kesihatan ahli keluarga. Begitu juga, ibu bapa dicadangkan agar
bersedia untuk meningkatkan ilmu keibubapaan dari semasa ke

semasa sebagai nilai tambah akses penjagaan kesihatan berkualiti
dalam kehidupan berkeluarga. Dengan demikian aspirasi untuk
mencapai akses sejagat kepada penjagaan kesihatan berkualiti

akan dapat direalisasikan. Benarlah kata-kata kesihatan keluarga
tonggak kesejahteraan komuniti.

(777 patah perkataan)






93

Domain Awam





Jika kita ke kawasan perumahan, tentu banyak lagi
pemandangan yang menyakitkan mata. Di suatu
kawasan perumahan yang bangunannya bertingkat-

tingkat, terdapat penghuni di tingkat atas dengan

selamba membuang sampah lebihan makanan ke
bawah dan hampir-hampir menimpa mereka yang

sedang lalu di bawahnya. Memang betul bukan semua

begitu, tetapi majoritinya tidak bertanggungjawab
terhadap kebersihan.

Sumber: Sinar Harian, 20 Februari 2020.




Petikan akhbar di atas menunjukkan amalan menjaga
kebersihan sangat penting untuk diamalkan oleh masyarakat
dalam kehidupan seharian.


Tulis sebuah rencana yang bertajuk Tanggungjawab
Pelbagai Pihak dalam Menjaga Kebersihan.



Analisis Soalan

1 Tema Kebersihan


2 Kehendak Menulis tentang tanggungjawab pelbagai
Tugasan pihak dalam menjaga kebersihan.

3 Format Rencana
 Tajuk

 Nama Penulis









94

Tanggungjawab Pelbagai Pihak dalam Menjaga Kebersihan

Penulis: Aisyah Syafiqah binti Azman Yahya




Kebersihan merupakan tanggungjawab kita bersama. Jika
setiap individu mempunyai kesedaran ini, sudah pasti seluruh

masyarakat akan bersama dalam usaha menjaga kebersihan.
Secara literalnya perkataan kebersihan membawa maksud
keadaan yang bersih daripada kekotoran atau pencemaran.
Sejak akhir-akhir ini amalan menjaga kebersihan ini tidak dapat

dilaksanakan secara berterusan dan disifatkan gagal menjadi
budaya dalam kehidupan kita. Pada 21 Februari 2019,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah

mengumumkan kewujudan Dasar Kebersihan Negara sebagai
inisiatif pihak kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
bersih dan mewujudkan masyarakat yang membudayakan

amalan kebersihan bagi menjamin kesejahteraan hidup dan
kelestarian alam sekitar. Semua pihak bertanggungjawab dalam
menjaga kebersihan.


Tanggungjawab menjaga kebersihan yang utama, dipikul
oleh para ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa
berkewajipan menerapkan amalan menjaga kebersihan diri dan

tempat tinggal dalam kehidupan anak-anak. Sebagai akibatnya,
anak-anak akan mencontohi ibu bapa mereka kerana pendidikan
awal bermula dari rumah. Aspek seperti mandi, menggosok gigi,
memotong kuku, mencuci tangan, dan kebersihan bilik tidur yang

ditekankan oleh ibu bapa akan melahirkan generasi yang peka
dengan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Benarlah kata
orang tua-tua bahawa getah daun akan mengalir ke batang jua,

iaitu anak-anak menuruti ibu bapa dalam hal tingkah laku dan
sikap. Tegasnya, ibu bapa yang mengasuh anak-anak dengan
kebersihan akan melahirkan generasi yang cintakan kebersihan,

kecantikan dan kekemasan.








95

Seterusnya, tanggungjawab menjaga kebersihan turut
digalas oleh setiap anggota masyarakat. Keadaan ini merujuk

kepada setiap anggota masyarakat seharusnya berada di barisan
hadapan dalam aspek amalan kebersihan dengan mempunyai
disiplin diri yang tinggi. Impak apabila setiap anggota masyarakat
mengutamakan kebersihan, pihak kerajaan dapat mengurangkan

beban menyelenggara bahan buangan dan sampah sarap.
Sebagai contohnya amalan kebersihan kecil seperti tidak
membuang sampah dari dalam kereta ke atas jalan raya

mencerminkan setiap anggota masyarakat di negara ini masih lagi
terkebelakang daripada segi amalan kebersihan. Islam sebagai
agama yang sempurna menegaskan bahawa menjaga

kebersihan itu merupakan tuntutan agama, justeru kita harus
melaksanakan tuntutan tersebut seperti mana juga melaksanakan
tuntutan agama yang lain. Natijahnya, jika setiap anggota

masyarakat bertanggungjawab terhadap kebersihan, suasana
yang indah dan permai akan dapat diwujudkan.

Selain itu, media massa juga berperanan dalam menangani

isu kebersihan. Hal ini merujuk kepada media massa sebagai
penyebar maklumat mempunyai pengaruh yang besar dalam
kehidupan masyarakat. Kesan daripada maklumat yang disiarkan
dalam pelbagai bentuk oleh media massa akan membina persepsi

dan tanggapan serta membentuk sikap masyarakat terhadap isu
kebersihan yang berlaku di negara ini. Sebagai misalnya, media

massa secara konsisten boleh menanam kesedaran dalam
kalangan masyarakat bahawa sampah bukan semata-mata
lebihan yang perlu dibuang, tetapi masih ada nilai bagi buangan
kepada mereka yang memerlukan, perlu diguna semula kerana

masih boleh digunakan, masih berguna dalam konteks kegunaan
yang lain, perlu diberi nilai dan citra baharu, boleh diagih atau
dijual dalam ekosistem sirkular, malah boleh dijadikan bahan bakar

menjana tenaga lestari. Peribahasa Inggeris pernah
mengutarakan bahawa hijau dan bersih bukan hanya suatu
aspirasi tetapi merupakan suatu tindakan. Jelaslah, media massa

bertanggungjawab dalam meningkatkan kesedaran dan
membudayakan amalan kebersihan dalam kalangan masyarakat



96

Selanjutnya, tanggungjawab menjadikan negara ini sebuah
negara maju dengan amalan kebersihan menjadi satu budaya

atau cara hidup tentu sahaja terletak pada bahu pihak kerajaan.
Pihak kerajaan seyogianya meningkatkan penguatkuasaan dan
pemantauan agar lebih efisyen. Menerusi langkah ini, pihak
kerajaan dapat mendidik masyarakat untuk bersama-sama

bertanggungjawab terhadap aspek kebersihan persekitaran.
Sebagai misalnya, pihak kerajaan memperkasa penguatkuasaan
dengan menambah baik akta, peraturan, garis panduan dan

prosedur pengendalian standard sedia ada agar lebih jelas,
menyeluruh dan berkesan, meningkatkan keberkesanan
penguatkuasaan dengan mengkaji semula kadar denda dan

hukuman, serta meningkatkan kecekapan penguatkuasaan
dengan memastikan bilangan pegawai penguatkuasa pada
tahap yang optimum. Tun Dr Mahathir pernah menegaskan

bahawa kebersihan merupakan salah satu aspek penting untuk
mencapai taraf negara maju. Sesungguhnya pihak kerajaan
bertanggungjawab menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

bersih.

Sebagai konklusinya, semua pihak bertanggungjawab
menjaga kebersihan terutamanya di kawasan kediaman dan
persekitaran sebagai mana yang dihuraikan di atas. Saya

mencadangkan pihak sekolah mempelbagaikan strategi bagi
melahirkan generasi yang peka kebersihan. Selain itu, agensi

kerajaan, NGO dan pihak swasta disyorkan meningkatkan jalinan
kerjasama dalam menangani isu kebersihan. Dengan demikian
hasrat untuk mewujudkan sebuah negara yang bersih, mampan
dan sejahtera melalui pembudayaan amalan kebersihan diri,

keluarga, komuniti dan masyarakat dapat direalisasikan. Akhir kata
bahawa sampah adalah nilai yang terbuang tetapi masih ternilai,
dan sesetengahnya tidak ternilai harganya bagi penilai yang

mampu menilai.

(711 patah perkataan)







97

Domain Peribadi





Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Berguru Demi Ilmu,
Bina Generasi Baharu. Tema ini memberi penekanan

terhadap peranan penting guru dalam memperkasa
ilmu pengetahuan dan membina generasi baharu

seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dipetik daripada ucapan

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin,

Perdana Menteri Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,

16 Mei 2020.




Sebagai respons terhadap kandungan ucapan di atas, setiap
individu perlu memainkan peranan untuk menghormati

gurunya.

Jelaskan cara-cara anda menghormati guru.



Analisis Soalan


1 Tema Menghormati guru


2 Kehendak Menulis tentang cara-cara anda
Tugasan menghormati guru.


3 Format Tiada










98

Perkataan guru berasal daripada bahasa Sanskrit yang
membawa maksud pengajar, pendidik, pengasuh dan mudarris.

Umumnya, guru merupakan golongan yang bertugas
menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni
kepada individu atau kumpulan tertentu. Secara khususnya pula,
guru merupakan satu profesion kerana mereka yang bergelar guru

perlu menjalani latihan khusus berkaitan ilmu dan kemahiran
tertentu berdasarkan pandangan profesion perguruan itu sendiri.
Kebelakangan ini, perihal adab, penghargaan dan

penghormatan yang rendah oleh murid terhadap guru
menghantui masyarakat. Kata orang berburu ke padang datar,
dapat rusa belang kaki, berguru kepalang ajar, ibarat bunga

kembang tak jadi. Oleh itu, terdapat pelbagai cara yang saya
lakukan untuk menzahirkan rasa hormat saya terhadap guru.

Cara yang paling mudah bagi saya untuk menunjukkan rasa

hormat kepada guru adalah dengan melafazkan ucapan salam.
Ucapan salam dapat dijelaskan sebagai ungkapan dalam bentuk
doa pengharapan agar penerimanya sentiasa sejahtera dan

selamat daripada segala macam kedukaan. Saya percaya kesan
daripada ucapan salam itu bukan sahaja dapat menyenangkan
hati guru, tetapi dapat mencambahkan perasaan kasih sayang
antara kami. Sebagai contohnya, saya akan mengucapkan salam

tatkala berjumpa guru tidak kira di dalam kawasan sekolah seperti
di kantin, pusat sumber dan makmal sains atau ketika terserempak

dengan guru di luar kawasan sekolah. Nabi Muhammad SAW
sangat menekankan penyebaran pengucapan salam sesama
Muslim dan baginda menyebutnya sebagai perbuatan baik yang
paling utama antara perbuatan baik yang patut dikerjakan.

Tegasnya, ucapan salam merupakan cara saya menunjukkan rasa
hormat kepada guru.

Seterusnya, bagi menunjukkan rasa hormat terhadap guru

adalah penting bagi saya menumpukan sepenuh perhatian ketika
pengajaran guru. Perkara ini merujuk kepada tumpuan aktiviti
mental yang ada kaitan dengan mengkategori, membentuk

konsep, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
diberikan perhatian sepenuhnya dengan mengabaikan



99

rangsangan lain yang mengganggu penumpuan. Kesan daripada
tumpuan penuh ketika pengajaran guru, saya bukan sahaja

mudah memahami, menguasai dan mengingati sesuatu tema
atau topik bahkan guru berasakan bahawa pengajarannya tidak
diremehkan oleh murid. Tidak melakukan perkara yang tiada
kaitan seperti membuka laman sesawang YouTube pada paparan

lain, melayari laman sosial, bermain permainan digital,
bersembang atau bergosip dengan rakan-rakan di aplikasi
Whatsapp dan Telegram merupakan antara usaha saya dalam

menumpukan perhatian ketika pengajaran guru terutamanya
ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian
sepanjang fasa penularan pandemik Covid-19. Ibnu Majah

seorang ulama Islam terkenal pernah menggesa murid
memberikan sepenuh perhatian kepada guru dalam usaha meraih
ilmu pengetahuan dengan duduk di hadapan guru secara sopan,

tenang dan khusyuk, serta memandang kepada guru dengan
penuh tumpuan. Tegasnya, bagi menunjukkan rasa hormat
terhadap guru adalah penting bagi saya menumpukan sepenuh

perhatian ketika pengajaran guru.

Selain itu, rasa hormat terhadap guru saya tonjolkan melalui
sikap saya yang sentiasa beradab apabila berhadapan dengan
mereka. Perkara ini merujuk kepada makna kebaikan akhlak,

sikap, sifat dan perilaku saya apabila berhubungan dengan guru.
Impaknya saya bukan sahaja dapat mendisiplinkan diri dengan

mengawal semua aspek tingkah laku yang berasaskan nilai, etika,
moral, budi bicara, budi pekerti, kesopanan dan kehalusan
bahkan akan memudahkan pemahaman saya memahami ilmu
pengetahuan. Sebagai contoh beradab apabila berhadapan

dengan mereka ialah saya akan mengaktifkan kamera video
pada alat peranti, menetapkan mod senyap mikrofon supaya
dapat mendengar penerangan guru dengan jelas dan menutup

sebarang bunyi latar yang boleh menganggu kelancaran kelas,
dan memberikan respons yang sewajarnya sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Seorang sarjana

Islam ada menyatakan bahawa murid tidak akan mampu memiliki
ilmu dan mengambil manfaat daripada ilmunya, melainkan
dengan cara beradab dengan ilmu dan beradab dengan


100


Click to View FlipBook Version