SI KANDUNGAN
PENGENALAN KURSUS Halaman
UNIT 1 DEFINISI MEMBACA
• Apa maksud membaca
• Perspektif sejarah, psikologi dan literasi dalam pembacaan
Teori Proses Membaca
• Bottom-up
• Top-down
UNIT 2 PROSES KOGNITIF KETIKA MEMBACA
• Persembahan minda
• Kefahaman membaca
• Peranan indera penglihatan dalam proses membaca
UNIT 3 MASALAH DALAM MEMBACA
Faktor yang menyebabkan masalah membaca
• Faktor sosial
• Faktor fizikal
Mengatasi masalah dalam pembacaan
• Ujian saringan dan diagnostik
• KIA2M
• LINUS
• Program intervensi masalah ketidakupayaan membaca
UNIT 4 PENDEKATAN HOLISTIK DALAM PENGAJARAN BACAAN
Kaedah dalam pendekatan holistik
• Membaca Bebas
• Menelah
• Membaca senyap
• Meringkas dan bertindak balas
• Membaca secara berkoperatif
• Membaca lantang
• Membaca dengan panduan guru
• Berkongsi membaca
• Kombinasi Kaedah-kaedah Membaca
UNIT 5 TEKNIK MEMBACA SECARA KRITIKAL
• Bertanya kepada penulis
• KWL
• Preview teks
• Prosedur ReQuest
• Hubungan Soal-jawab
• Pengajaran eksplisit
• Berfikir bersuara
• Menerap imej
• Dialog
1
UNIT 6 TEKNIK MEMBACA LANTANG
• Ulang dan membaca serentak
• Membaca radio
• Membaca gema
• Teater membaca
Teknik membaca untuk belajar
• Teknik tinjauan
• PORPE
• Mencatat nota
• PLEA
• Bengkel internet
UNIT 7 MENGAJAR PERBENDAHARAAN KATA
• Ayat yang sesuai
• Senarai-Kumpul-Label
• Definisi semula konteks
• Analisis fitur
• Peta kata
• Strategi pengumpulan kosa kata
UNIT 8 PEMBINAAN SOALAN KEFAHAMAN
• Soalan sebagai bahan pengujian pemahaman membaca
• Taxanomi pemahaman
• Membina soalan kefahaman pelbagai pilihan
• Membina soalan kefahaman subjektif
• Membina rubrik jawapan bagi soalan kefahaman subjektif
UNIT 9 MENILAI STRATEGI MEMBACA
• Penaksiran prestasi
• Portfolio
• Anekdot
• Rubrik
• Kloz
• Bercerita semula
• Konferens Ibu bapa-Guru dan Pelajar
UNIT 10 PENAKSIRAN DAN PENILAIAN MEMBACA
• Penaksiran Berasaskan Sekolah dalam Bacaan
• Penaksiran formal
• Penaksiran tak formal
• Penaksiran dan kad kemajuan
2
PENDAHULUAN
Modul ini dihasilkan bagi digunakan sebagai bahan instruksional untuk kursus BMK 3033, Keterampilan
Membaca dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP Sekolah Menengah), Jabatan Bahasa dan
Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kursus ini dirangka
bagi memenuhi keperluan pencapaian hasil pembelajaran program dan merupakan kursus teras yang wajib
diambil oleh para pelajar bagi program Pendidikan Bahasa Melayu. Diharapkan modul ini dapat digunakan
sebagai bahan pembelajaran yang utama di samping menjadi panduan kepada para pelajar untuk mencari dan
membaca bahan-bahan tambahan lain yang disentuh atau dicadangkan berdasarkan kandungan setiap unit
yang berasingan. Terdapat sepuluh unit yang menyentuh topik-topik berkaitan keterampilan membaca dan
kaitannya dengan proses pengajaran dan pembelajaran membaca di bilik darjah. Modul ini diharapkan dapat
digunakan bagi panduan dalam membincangkan setiap unti dalam pertemuan secara maya, khususnya dalam
sesi forum e-learning dan sesi tutorial bersemuka yang diadakan oleh tutor kumpulan masing-masing sepanjang
semester ini. Oleh yang demikian diharapkan para pelajar dapat menggunakan modul ini sepenuhnya bagi
memperoleh seberapa sebanyak manfaat dari isi kandungan yang digarap oleh penulis dalam setiap unit.
KUMPULAN SASARAN
Modul ini dihasilkan bagi para pelajar yang mengkhusus dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah, bagi program ISMP, mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Diharapkan modul ini
akan menjadi bahan rujukan bagi bakal guru yang akan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
pada peringkat sekolah menengah. Isu-isu yang ditonjolkan dalam modul ini amat berguna bagi bakal
guru, sama ada untuk memperkukuhkan pengetahuan teori dan konsep penting dalam bidang bacaan,
ataupun boleh dijadikan landasan untuk menyiapkan diri sebagai guru membaca di sekolah. Isi
kandungan bagi setiap unit yang dibincang penulis dalam modul ini amat relevan dengan
perkembangan semasa dalam bidang bacaan dan pendidikan bahasa secara umumnya dan
pendidikan bahasa Melayu secara khususnya. Adalah diharap para pelajar yang telah mengambil
kursus ini akan bersedia sebagai guru bahasa Melayu yang memahami teori yang menjadi teras
bidang ilmu bacaan, di samping dapat mengaplikasikan teori dan konsep asas ini dalam suasana bilik
darjah yang sebenar setelah tamat mengikuti porgram PJJ ini.
PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN
Mengikut piawaian Malaysia Qualification Agency (MQA) yang dipatuhi oleh UPSI dalam kursus-
kursus yang ditawarkan, setiap jam kredit memerlukan pelajar memperuntukkan 42 jam waktu
pembelajaran. Oleh itu bagi kursus yang bertaraf 3 jam kredit ini, para pelajar perlu memperuntukkan
120 jam waktu pembelajaran pelajar (Student Learning Time atau SLT). Anggaran agihan waktu dalam
proses pembelajaran bagi kursus BMK 3033 adalah seperti dalam Jadual 1 yang berikut:
3
Jadual 1 Anggaran agihan masa pembelajaran (3 jam kredit)
Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran
Bersemuka Tidak Bersemuka
Membaca modul, ulangkaji, menyiap tugasan
Tutorial di Pusat 48
Tutorial dalam talian (E-Learning, contohnya melalui 10
BigBlueButton, Skype, dll.) 32
Forum (E-Learning melalui MyGuru2)
Video P&P melalui MyGuru2 20
Kuiz dalam talian melalui MyGuru2 10
Jumlah Masa Pembelajaran 42 78
120
HURAIAN KRUSUS BMK 3033 KETERAMPILAN MEMBACA
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
• Mengaplikasi prinsip dan teknik membaca berkesan bagi menguasai pelbagai bidang ilmu; C4, P4, CS2,
LS2, TS3
• Meningkatkan keupayaan mendapatkan ilmu melalui keterampilan membaca; LL2, CS2,
• Menjustifikasi kepentingan menggunakan teknik pembacaan yang berkesan; C6, CTPS3, CS3, TS3, EM2
• Menjadikan pembacaan sebagai budaya hidup berterusan. LL2 , TS3, P7
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini bertujuan menyampaikan pengetahuan tentang definisi, konsep, jenis, prinsip, strategi dan proses
membaca. Fokus diberikan kepada proses dan aplikasi untuk menguasai maklumat. Seterusnya kursus ini juga
memberikan penekanan kepada mengajar strategi kemahiran membaca di sekolah.
(This course provides an understanding of the definition, concepts, types, principles, strategies and reading
processes. Emphasis will be given towards the process of reading and its application in acquiring information. It
will further stress upon strategies in teaching reading in school classrooms).
4
ISI KANDUNGAN KURSUS
Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, isi kandungan kursus dibahagikan
kepada sepuluh unit semuanya, iaitu:
MODUL BMK3033: KETERAMPILAN MEMBACA
UNIT TAJUK
1 DEFINISI MEMBACA
2 BELAJAR MEMBACA
3 MASALAH DALAM MEMBACA
4 PENDEKATAN HOLISTIK DALAM PENGAJARAN BACAAN
5 TEKNIK MEMBACA SECARA KRITIKAL
6 TEKNIK MEMBACA LANTANG
7 MENGAJAR PERBENDAHARAAN KATA
8 MEMBINA SOALAN KEFAHAMAN
9 MENILAI STRATEGI MEMBACA
10 PENAKSIRAN DAN PENILAIAN MEMBACA
PENAKSIRAN
Tugasan % Wajaran Kaedah dan Hasil Tugasan
1 Kuiz 10
40 Dalam talian menggunakan
Menulis Esei Tentang Teori dan Konsep MyGuru2
Membaca 10 Penulisan esei secara individu
40 dihantar menerusi portal dan “hard-
Forum 100 copy”
Dalam talian menggunakan
Peperiksaan akhir MyGuru2
40 soalan pelbagai pilihan pada
Jumlah akhir semester
5
UNIT 1
DEFINISI MEMBACA
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini pelajar akan dapat:
• Menyatakan apa yang dimaksudkan dengan membaca
• Menghuraikan perspektif sejarah, psikologi dan literasi dalam proses membaca
• Menjelaskan proses bottom-up dan top down dalam membaca
PENGENALAN
Persoalan pertama yang perlu para pelajar fikirkan menerusi unit ini ialah kenyataan yang mengatakan
membaca adalah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang dalam kehidupan zaman moden ini.
Seorang ahli masyarakat moden yang tidak tahu membaca dianggap sebagai seorang yang tidak berfungsi
dalam banyak bidang kehidupan masa kini. Sememangnya seseorang yang tidak tahu membaca akan sukar
untuk menguruskan kehidupannya dalam masyarakat masa kini yang pebuh dengan pelbagai makluamt
bertulis. Sebagai contohnya mereka tidak mungkin dapat bergerak bebas ke sana dan ke mari kerana segala
arahan dan tunjukan jalan akan dipaparkan bagi tujuan dibaca oleh orang ramai. Bayangkanlah sekiranya anda
berada di sebuah negara asing yang papan tandanya semuanya dalam bahasa asing yang anda tidak fahami.
Bagaimanakah anda dapat bergerak dengan bebas dan mudah untuk menuu ke sesuatu destinasi. Namun
demikian, masih ramai manusia yang tidak dapat membaca dalam sesuatu bahasa tetapi dapat pula
meneruskan usaha seharian dengan jayanya, walaupun dalam keadaan yang terhad dan terkawal. Sebagai
contoh seorang ahli sukan atau seorang juru kimpal yang dapat menjalankan tugas harian dengan tanpa perlu
membaca apa-apa pun, asalkan mereka dapat melakasanakan tugas mereka dengan sempurna dan
memuaskan.
Persoalan seterusnya ialah ramai ahli pendidikan yang berpendapat bahawa kemahiran membaca perlu
dipelajari oleh seseorang kanak-kanak ketika mereka mula berada di bangku sekolah. Kanak-kanak dihantar
oeh ibu bapa ke sekolah dengan satu harapan, iaitu supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca,
menulis dan mengira (3M). Proses mempelajari membaca ini dikatakan mempunyai permulaannya iaitu apabila
seseorang itu dapat mengenal huruf atau celik huruf. Seseorang yang tidak mengenal huruf digolongkan
sebagai kumpulan manusia yang “buta huruf” iaitu tidak dapat mengungkap kata-kata berdasarkan paparan
huruf yang terdapat di permukaan bercetak. Namun demikian, hari ini ramai kanak-kanak yang telah dapat
menguasai kemahiran membaca sejak usia yang masih rebung, iaitu sekitar tiga atau empat tahun dan belum
pun lagi masuk ke institusi persekolahan. Ada pula kanak-kanak yang sudah dapat membaca , tetapi tidak
dapat memahami apa yang dibacanya. Mereka dapat membaca dengan lancar tetpi apabla ditanyakan soalan-
soalan yang tertentu tentang apa yang telah dibacanya, kanak-kanak tersebut tidak dapat memberikan respons
yang menunjukkan bahawa merka memahami apa yang dibacanya.
Unit ini akan cuba merungkai kedua-dua persoalan tersebut iaitu apakah yang dimaksudkan dengan membaca
dan apa yang berlaku dalam proses membaca.
6
ISI KANDUNGAN
DEFINISI MEMBACA
Apakah yang dimaksudkan dengan membaca?
Pernahkan anda mambaca sesuatu bahan dalam bahasa asing? Sila baca petikan yang berikut:
Ambilis columba,
Unde, unde ades volando;
Quid est rei, quod altum,
Coelum cito secando.
Tam copia benigna,
Spires liguentem benigna;
Came copia benigna
Ungueta grata stiles
Dapatkah anda mengungkap kata-kata dalam petikan ini secara lantang? Bagus. Sekiranya anda dapat
mengungkap dua rangkap puisi di atas secara lantang maka anda sebenarnya dikata telah “dapat
membaca” dan bukan buta haruf seperti yang dibincangkan dalam persoalan pada bahagian
Pengenalan di atas.
Baca pula dua rangkap puisi yang berikut:
Berbuah lebat pohon mempelam,
Rasanya manis dimakan sedap;
Bersebarlah adat seluruh alam,
Adat pesaka berpedoman kitab.
Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batang;
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut salah datang.
Dapatkah anda membaca dua rangkap puisi ini secara lantang? Bagus. Anda juga telah dikatakan
sebagai seorang yang celik huruf, iaitu dapat mengungkap kata-kata dari bahan yang bertulis atau
bercetak.
Namun begitu apa bezanya antara keupayaan anda “membaca” dua rangkap puisi yang pertama dan
dua rangkap puisi yang kedua?
Sila baca definisi membaca yang telah dikemukakan oleh beberapa tokoh sarjana dalam bidang
bacaan seperti yang berikut:
7
• Proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Harris &
Sipay, 1980)
• Perlakuan membaca ialah mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis dengan tanggapan
yang dibuat oleh pembaca (Smith & Johnson, 1980)
• Membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang
terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang
dilakukan (Goodman, 1973)
• Membaca ialah proses mencari makna. Anda belum membaca selagi anda tidak memahami (Safiah
Othman, 1991)
• Membina jambatan antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang tercetak di
permukaan bertulis , (Mahzan Arshad, 2003)
Harris dan Sipay (1980) dalam memberikan definisi membaca menegaskan keperluan seseorang itu perlu mahir
atau dapat membaca lambang-lambang bercetak bagi memberikan makna terhadap lambang yang dibacanya.
Definisilah yang banyak digunakan bagi mengukur keupayaan seseorang, sama ada dia “celik huruf” atau “buta
huruf”. Seseorang yang dapat membaca menurut definisi Harris dan Sepay ini ialah orang yang dapat
membezakan antara lambang yang bertulis dalam sesuatu bentuk tulisan tertentu dan lambang yang bukan
bertulis, iaitu dalam bentuk lukisan bagi meggungkap sesuatu objek atau konsep tertentu. Namun demikian,
banyak tulisan yang terdapat di dunia ini adalah merupakan lambang lukisan yang dipermudahkan. Sebagai
contoh aksara Cina, Jepun, Korea dan beberapa lagi sistem tulisan pelbagai bahasa di dunia ini merupakan
lambang lukisan yang mewakili sesuatu objek atau konsep yang ingin dimaksudkan. Lukisan tersebut
kemudiannya menjadi lambang dalam sistem penulisan yang tekal dan diikuti oleh pengguna bahasa tersebut
sehingga ke hari ini.
Definisi yang diberikan oleh Smith & Johnson (1980) pula lebih berkait dengan proses membaca sebagai satu
proses komunikasi antara pembaca dan penulis. Membaca menurut mereka ialah proses memahami apa yang
dimaksudkan oleh penulis menerusi bahan yang dihasilkannya dalam bentuk paparan bertulis. Keupayaan
membaca ialah keuoyaan membuat tanggapan terhadap apa yang ingin dimaksudkan oleh penulis. Definisi ini
ialah sepadan dengan definisi yang dikemukana oleh Safiah Othman, 1991) iaitu selagi seseorang tidak
memahami apa yang dibaca maka dia belum lagi membaca. Definisi ini bermaksud pemberian makna terhadap
bahan yang dibaca adalah penting bagi mengatakan bahawa seseorang itu bderkeupayaan membaca atau
mempunyai kemahiran membaca. Selagi beliau mempunyai masalah dalam proses memberi makna ini, maka
selagi itulah beliau belum membaca.
Definisi yang diungkap oleh Goodman (1973) pula terdapat sedikit kelainan daripada definisi yang diberikan oleh
ketiga-tiga kumpulan tokoh di atas. Goodman telah membuat kajian tentang kebolehbacaan, iaitu bagi
merungkai persoalan sejauh manakah sesuatu bahan tersebut dapat dibaca oleh seseorang pelajar membaca.
Goodman pernah menyatakan bahawa membaca adalah satu permainan teka teki. Hal ini bermaksud, pembaca
seolah-oleh berteka-teki dengan bahan bercetak yang dibacanya. Maksudnya di sini ialah pembac tdak
semestinya mengetahui ungkapan kata-kata yang terdapat pada bahan yang dibacanya, tetapi belau membuat
terkaan terhadap sesuatu perkataan itu berdasarkan maksud yang paling hamper dengan perkataan yang beliau
tidak pasti. Sebagai contoh, pembaca akan meneka perkataan “house” yang terdapat dalam bahan bacaan
kepada perkataan “horse” yang selalu ditemuinya dalam bahan bacaan yang lain. Pembaca akan terus
melakukan proses menerka ini, kemudian membetulkan sekiranya masih dapat keraguan makna dan
menukarkannya kepada perkataan lain yang diyakininya lebih tepat. Begitulah proses berteka-teki ini akan
berlaku sehinggalah pembaca tersebut benar-benar mahir dalam kemahiran menerka perkataan yang tepat ini.
Terakhir ialah definisi yang dikemukan oleh Mahzan (2003) yang menegaskan bahawa membaca ialah proses
membina jambatan antara apa yang terdapat dipermukaan pertulis dengan apa yang terdapat di minda
pembaca. Definisi ini dikemukakan berdasarkan satu teori bacaan yang amat bepengaruh sekitar tahun 1990an
iaitu teori skema. Teori ini menyatakan bahawa seseorang hiudp dengan mengumpul seberapa banyak
maklumat di dalam mindanya berlandaskan apa sahaja penglaman yang dihadapi dalam hiudpnya ini.
8
Pengalaman latar ini akan kekal dalam mindanya dan digunakan bagi memperkayakan lagi mindanya dengan
pengalaman yang baru. Semakin banyak pengalaman latar yang dikumpul, semakin kayalah mindanya. Pepatah
Melayu ada mengatakan, semakin jauh perjalanan, semakin luas pengalaman. Perjalanan bukan sahaja
bermakud dalam jarak atau lokasi dan tempat, tetapi pengalaman juga diperolehi menerusi pelbagai peristiwa
yang dilalui. Proses membaca menurut Mahzan ialah proses mengaitkan apa yang terdapat dalam minda
seseorang dengan apa yang dibacanya di permukaan bertulis. Semakin banyak yang diketahui tentang isu yang
diungkap dalam bahan bertulis, semakin mudahlah beliau memahami apa yang dibaca.
Apakah yang anda faham tentang fenomena membaca dua rangkap puisi yang pertama dengan
membaca dua rangkap puisi yang kedua berdasarkan definisi membaca yang dikemukakan oleh
Mahzan (2003) di atas?
PERSPEKTIF SEJARAH, PSIKOLOGI DAN LITERASI DALAM PEMBACAAN
Sejarah Pengajaran Pemahaman Bacaan
Dalam tahun-tahun 1960 dan 70an, pakar-pakar dalam bidang bacaan mempercayai bahawa kemahiran bacaan
adalah hasil terakhir dalam proses mendekod (Fries, 1962); sekiranya pembaca dapat menterjemahkan
perkataan demi perkataan dengan sebutan iaitu satu proses yang disebut mendekod pelbagai huruf yang
bercetak di permukaan kertas dalam bentuk sebutan yang tertentu, maka bacaan telah dipelajari dengan baik.
Kepercayaan bahawa kanak-kanak harus mengenali sebutan perkataan yang dibacanya inilah yang menjadi
asas kepada pengajaran bacaan di sekolah selama ini. Aktiviti prabacaan dan pascabacaan seperti menyebut
perkataan yang sukar, mencari makna dalam kamus bagi perkataan yang asing kepada kanak-kaank, membina
ayat dari perkataan yang dipelajari sering dijalankan oleh guru kerana aktiviti ini dianggap dapat mengukuhkan
kemahiran mendekod bahan yang dibaca tersebut. Namun demikian, apa yang berlaku sebaliknya ialah
semakin guru meningkatkan kemampuan pelajar mendekod, semakin sukar bagi mereka memahami apa yang
mereka baca. Ini berlaku kerana mereka hanya dapat mengesan bahan yang dibaca pada peringkat pengenalan
huruf yang bercetak dipermukaan kertas semata-mata, bukan pada makna yang terkandung dalam bahan
tersebut. Pemahaman tidak berlaku dengan sendiri dengan hanya dapat menyebut atau memberikan makna
perkataan demi perkataan yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Pemahaman hanya akan berlaku jika
pembaca dapat mengerti akan maksud yang hendak disampaikan oleh penulis, membuat perhubungan di antara
maklumat yang dibacanya dengan maklumat yang telah diketahuinya, dan membuat aplikasi terhadap apa yang
telah dipelajarinya dengan apa yang dilakukannya setiap hari. Inilah yang dimaksudkan penghayatan terhadap
bahan bacaan.
Pada masa yang sama pendidik bahasa mulai menyedari bahawa soalan kefahaman yang kerap ditanyakan
oleh guru dalam bilik darjah bagi menekankan aspek mendekod tersebut pada kebiasaannya hanyalah pada
tahap yang rendah sahaja. Guru didapati terlalu banyak mengemukakan soalan pemahaman pada tahap literal.
Pada tahap ini soalan hanya melibatkan pelajar memberi makna, menceritakan semula, dan mengesan isi-isi
penting dalam petikan. Kajian yang pernah dilakukan menunjukkan bahawa markah pelajar dalam ujian
pemahaman hanya tinggi bagi soalan tahap literal ini (Mahzan, 1994). Pelajar tidak disoal dengan jenis soalan
yang dapat meningkatkan daya fikir dan daya rasa. Percubaan untuk mengubah jenis soalan pemahaman
bacaan yang dikemukakan guru dalam bilik darjah oleh penulis buku teks dan rujukan dan dalam peperiksaan
awam seperti UPSR, PMR, dan SPM ke tahap yang lebih tinggi mengalami beberapa kesukaran kerana
beberapa faktor, antaranya ialah:
• kurangnya latihan yang diterima guru bagi membina soalan tersebut.
• penulis buku teks yang kurang sedar atau tidak mahir untuk membina soalan
pada peringkat tersebut.
9
• kurangnya keyakinan pihak pembina soalan dalam peperiksaan awam bahawa soalan pada peringkat
tersebut dapat mengukur tahap pencapaian pelajar.
• menentukan cara pemberian markah bagi setiap soalan yang dikemukakan
Percubaan dibuat untuk mengubah pola soalan pemahaman bacaan pada awal tahun 1990an bagi
meningkatkan kemampuan berfikir pelajar di setiap peringkat persekolahan telah diberi perhatian yang lebih
serius. Desakan Kementerian Pendidikan supaya pola soalan peperiksaan awam diubah kepada soalan
peringkat tinggi mendapat perhatian semua peringkat pendidik dan kalangan ibu bapa. Namun demikian atas
faktor-faktor di atas, perkembangan soalan pemahaman, baik yang digunakan guru dalam bilik darjah, dalam
buku teks, dan dalam peperiksaan awam masih lagi tidak banyak mengalami perubahan daripada dekad
terdahulu. Berdasarkan pelbagai kekurangan tersebut, dan keperluan supaya guru mengubah pendekatan
pengajaran bacaan dan pemahaman bacaan , maka pengajaran bacaan dan pemahaman bacaan dalam contoh
di awal bab ini mendapat perhatian penulis.
Kemahiran Membaca dan Pentafsiran Makna
Pada tahun-tahun 1960an, 70an dan 80an pendidik bahasa berpendapat bahawa cara yang paling baik bagi
memahami bacaan ialah dengan mengenal pasti satu set kemahiran yang dikenali sebagai “kemahiran
kefahaman” . Seperti yang dibincangkan di atas, fokus pengajaran pembacaan dalam pengajaran Bahasa
Melayu ialah berdasarkan kemampuan pembaca menguasai setiap bahagian kemahiran yang berasingan
seperti membaca lantang, membari makna perkataan atau frasa, mencari maklumat yang terkandung dalam
bahan, dan menjawab soalan yang dikemukakan pada akhir petikan. Pengajaran bacaan dijadikan sebagai alat
bagi mengukur kemampuan pelajar mencapai matlamat memahami petikan yang dibaca secara berasingan
semata-mata, bukan sebagai persiapan bagi memperkukuhkan kemahiran mereka menguasai bahasa dan
kemahiran berfikir seperti yang diharapkan. Dalam keadaan begini guru hanya melatih para pelajar “mengetahui”
bahan yang diberikan pada mereka dengan matlamat mereka dapat mendekod setiap perkataan dan
merapatkan jurang di antara jawapan yang diberikan oleh pelajar dalam soalan kefahaman dan jawapan yang
telah disediakan oleh guru terlebih dahulu. Pelajar dinilai pencapaiannya berdasarkan kemampuan mereka
mencapai kemahiran memahami petikan sebagai matlamat terakhir dalam sesuatu pengajaran pemahaman
bacaan. Ini bermaksud petikan adalah yang paling utama dan dijadikan fokus pengajaran. Kemahiran bacaan
dianggap tercapai sekiranya pelajar telah dapat memahami petikan apabila mereka dapat menjawap semua
soalan pemahaman yang berkaitan atau menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat membuktikan bahawa mereka
telah memahami petikan dengan jelas.
Penilaian terhadap jawapan bagi soalan pemahaman pula adalah berdasarkan kemampuan pelajar menulis atau
mengucap semula kandungan petikan dalam bahasa atau ayat mereka sendiri. Jawapan yang hampir sama atau
yang menepati kehendak skrip jawapan yang telah disediakan oleh guru atau penulis buku teks akan mendapat
markah yang tinggi. Jawapan yang tiada kaitan dengan skrip jawapan atau tidak mempunyai “isi” seperti yang
terkandung dalam petikan dianggap sebagai jawapan yang terpesong dan tidak menepati kehendak soalan.
Markah tidak akan diberi pada jawapan seperti ini. Bagi kebanyakan guru, penulis buku teks atau penyedia
kertas peperiksaan, soalan pada tahap inilah yang paling mudah dibentuk dan dinilai. Soalan pemahaman begini
pada kebiasaannya tidak menyimpang jauh daripada mengenal pasti maklumat yang terkandung di dalam
petikan. Soalan pada tahap ini juga dianggap dapat menguji kemampuan pelajar menggunakan kecekapan
berbahasa bagi tujuan mengguna dan menyusun perkataan serta ayat bagi menemukan maklumat yang
bersesuaian dengan kehendak soalan yang di kemukakan. Namun demikan , tanpa disedari guru, soalan
pemahaman pada tahap ini tidak akan dapat membekalkan pelajar mereka dengan kemahiran menggunakan
bahasa bagi tujuan menyelesaikan masalah, komunikasi, serta menggunakan daya pemikiran yang kritis dan
analitis seperti yang diharapkan dalam mencapai matlamat pendidikan pada abad kedua puluh satu ini.
Pendidik bahasa masa kini percaya bahawa kemahiran membaca bukan sahaja terhad pada kemahiran
memahami sesuatu petikan semata-mata dan dapat menjawab pelbagai soalan pemahaman yang dikemukakan
pada akhir pelajaran atau latihan pemahaman. Walaupun matlamat khas bagi sesuatu pengajaran pemahaman
petikan mungkin tercapai, iaitu pelajar dapat memahami kandungan petikan yang dibaca, tetapi matlamat utama
pengajaran pemahaman bacaan iaitu bagi membantu pelajar meningkat kemahiran berbahasa dalam
pengajaran ini akan terus terabai. Pertama, adalah sukar untuk mengatakan bahawa seseorang pembaca telah
10
menguasai kemahiran menjawab pelbagai soalan pemahaman berdasarkan kemampuannya menjawab soalan
pemahaman yang dikemukakan hanya pada sesuatu petikan semata-mata. Mungkin pembaca tersebut akan
menghadapi kesukaran menjawap soalan pemahaman daripada petikan yang lain walaupun pada tahap soalan
yang sama. Kedua, kemahiran berbahasa bukan sahaja terletak pada kemampuan seseorang mencari
maklumat yang terkandung dalam petikan dan menulis atau mengucap semula dalam susunan ayat mereka
sendiri. Kemahiran berbahasa termasuk juga kemahiran menggunakan maklumat bagi menyelesaikan masalah,
mengaitkan maklumat dengan situasi yang dihadapi, mengulas dan membuat penilaian serta kesimpulan
berdasarkan maklumat yang diperolehi, dan menggunakan maklumat bagi mencipta sesuatu yang baru . Pada
dasarnya, matlamat pengajaran pemahaman bacaan pada masa kini ialah bagi meningkatkan kemampuan
pelajar menggunakan bahan bacaan bagi kepentingan meningkatkan kemampuan literasi mereka pada tahap
yang lebih holistik.
Pada tahun-tahun 1970an dan 1980an, pengkaji-pengkaji di barat, terutama di Amerika Syarikat, sama ada
dalam bidang pendidikan bahasa, psikologi , atau linguistik telah merangka pelbagai teori baru untuk mendalami
fenomena seseorang pembaca memahami bahan yang dibaca dan mencapai tahap literasi yang diharapkan
pada peringkat usia yang tertentu. Mereka juga cuba mengesahkan teori tersebut dengan menjalankan pelbagai
kajian empirikal secara kuantitatif dan kualitatif, serta mencari jawapan kepada pelbagai persoalan yang timbul
daripada teori tersebut. Kajian yang dijalankan pada masa tersebut kebanyakannya merujuk pada kajian awal
yang dilakukan oleh beberapa tokoh bahasa dan kesusasteraan yang unggul di Amerika Syarikat bagi mencari
jawapan pada permasalahan yang timbul dalam bidang bacaan. Loius Rosenblatt adalah seorang tokoh bahasa
dan kesusasteraan Amerika Syarikat yang mula menyuarakan saranan bahawa membaca adalah satu proses
transisi di antara sipembaca dengan teks yang dibaca. Beliau juga memperkukuhkan kepercayaan bahawa
sipembaca mempunyai hak mutlak untuk menentukan maksud yang terkandung dalam petikan yang dibaca
(Rosenblatt, 1978). Ini bermaksud pembaca boleh menentukan makna yang ingin diinterpretasikan oleh mereka
sendiri berdasarkan keupayaan dan pengalaman latarnya sendiri.
Kajian yang telah dijalankan dalam tahun-tahun 1970an dan 80an tersebut juga telah membuka perspektif baru
terhadap pendidikan literasi bahasa di kalangan kanak-kanak yang dianggap tidak mempunyai peluang dan
pendedahan yang cukup dengan alam bacaan. Pelbagai dapatan daripada kajian tersebut menyimpulkan
bahawa pengajaran literasi tidak seharusnya menumpukan semata-mata pada empat kemahiran asas
berbahasa secara terpisah-pisah di antara satu sama lain. Pendekatan pendidikan literasi secara holistik
mementingkan pengabungan keempat-empat kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis ,
ditambah dengan kemahiran berfikir kemudiannya. Ini bermaksud pengajaran pelbagai kemahiran tersebut perlu
dibuat secara serentak dan saling berhubungan di antara satu sama yang lain. Hasil kajian yang dilakukan oleh
Halliday ( 1975), seorang pakar linguistik Amerika Syarikat dan Vygotsky (1978), seorang ahli psikologi Russia,
telah menjadi asas bagi konsep yang menegaskan bahawa kanak-kanak belajar dengan secara bersosialisasi
dengan rakan sebaya dan orang dewasa dan pembelajaran bahasa berlaku secara holistik menerusi proses
sosialisasi tersebut.
(Sumber: Mahzan Arshad, 2003, Halaman: 10-14 )
Berdasarkan petikan yang diambil daripada buku Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Satu Pendekatan
besepadu oleh Mahzan Arshad (2003), bincangkan apakah peranan pengajaran bacaan di sekolah
bgai meningkatkan kemahiran literasi murid yang bakal dihasilkan oleh sistem pendidikan di negara
kita? Perbincangan boleh berdasarkan amalam yang sering dilakukan oleh guru dalam pengajaran
membaca di dalam mata pelajarn Bahasa Melayu atau dalam mata pelajarn yang lain.
PROSES MEMBACA
11
Membaca adalah satu proses kognitif, iitu satu proses yang menggunakan minda bagi mendapat
makna dari bahan yang bercetak. Pembaca ialah seorang penyelesai masalah aktif yang cuba
mengenalpasti bentuk huruf, ilustrasi, format dan bentuk teks yang dibaca (pada peringkat visual atau
peringkat dekoding). Di samping itu mereka cuba mengaitkan antara huruf dan bunyi (fonologi), dan
mencari serta mengkaji struktur teks berdasarkan pengalaman bahasa mereka (sintaks). Akhir sekali
mereka akan cuba mencari makna di sebalik permukaan bercetak berlandaskan pengalaman latar atau
skema yang mereka punyai (semantik).
Seseorang yang membaca akan menggunakaan tiga sistem kiu iaitu:
• Kiu grafik – huruf-huruf yang tertulis
• Kiu sintaktik – struktur bahasa
• Kiu semantik – makna
Persoalannya ialah bagaimanakah seseorang pembaca dapat menggunakan ketiga-tiga kiu ini, sama
ada secara “bottom-up” ataupun “top-down”. Isu ini telah dibincangkan oleh ramai sarjana dalam
bidang bacaan dan masih belum dapat jawapan yang pasti apakah proses yang digunakan oleh
pembaca ketika membaca. Kajian-kajian masih lagi dijalankan bagi memperoleh jawapan bagi
persoalan ini. Tugas anda ialah bukan membuat kajian ini, tetapi memahami apakah yang
dimaksudkan dengan proses “bottom-up” dan “top-down” ini.
Proses “Bottom-up”
Proses membaca boleh diakitkan dengan proses memperolehi maklumat dan manfaat dari bahan yang
dibaca. Bagaimanakah proses ini boleh berlaku? Terdapat dua cara proses ini boleh berlaku, iaitu
pertama dengan terlebih dahulu mengenalpasti huruf-huruf yang terdapat di permukaan bertulis, sama
ada huruf tersebut dalam bentuk ortografi yang paling banyak digunakan oleh pelbagai bahasa di dunia
masa kini seperti bentuk huruf roman (tulisan rumi) dan bentuk huruf arab (tulisan jawi). Huruf-huruf ini
kemudiannya digabungkan dalam satu sistem ejaan yang digunakan dalam sesuatu bahasa. Sebagai
contohnya dalam bahasa Melayu, huruf-huruf roman ini disusun atur dalam satu sistem ejaan yang
berstruktur sehingga dapat mewakili bunyi-bunyi perkataan dalam bahasa ini. Dari kumpulan perkataan
ini, pembaca akan terus memperoleh makna daripada ayat yang terbentuk dari kumpulan perkataan
tersebut. Dari ayat terbina pula perenggan yang memberikan maksud secara berwacana kepada
pembaca. Proses ini menjadi lengkap apabila pembaca memperoleh maklumat yang lengkap dari
bahan yang dibacanya. Rajah di bawah menunjukkan bagaimana proses membaca bermula dari
bawah ke atas seperti yang disarankan oleh teori ini.
12
Pengalaman sedia ada
Objektif membaca
Pemahaman terhadap teks
Perenggan
Ayat
Perkataan
Sukukata
Abjad
Proses “Top-down”
Proses kedua ialah proses top-down. Bagi melaksanakan proses ini pembaca tidak perlu
mengenalpasti setiap patah perkataan yang terdapat pada bahan bercetak secara terperinci. Pembaca
hanya perlu memahami bahan bacaannya secara keseluruhan terlebih dahulu. Setelah faham maksud
petikan secara keseluruhan barulah pembaca membuat perincian maksud perenggan yang berbeza
dan kemudiannya mencerakin ayat-ayat yang terdapat pada setiap perenggan sekiranya perlu.
Mendapatkan maklumat secara menyeluruh adalah diutamakan dalam proses ini. Kaitan model top
down ini dengan proses pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan Teori Pembelajaran
Linguistik. Teori ini menegaskan bahawa makna tidak terdapat pada teks, tetapi terdapat dalam diri
pembaca. Maksud petikan secara keseluruhan adalah lebih utama daripada individu perkataan yang
dipaparkan dalam bahan bacaan. Membaca melibatkan kiu bahasa iaitu grafonik, sintaksis dan
semantik. Teori ini juga berpendapat bunyi atau fonik setiap patah perkataan tidak perlu dikuasai
secara terperinci kerana membaca adalah satu proses membina makna dan bukan sebutan semata-
mata.
13
Objektif membaca
Pemahaman terhadap teks
Perenggan
Ayat
Perkataan
Sukukata
Abjad
RUMUSAN
Syabas! Setakat ini and telah berjaya meneroka pengetahuan baru tentang satu fenomena yang amat penting
dalam kehiudpan manusia iaitu fenomena membaca. Sehinga hari ini tidak ramai yang memahami bahawa
membaca adalah satu proses minda yang unggul yang membezakan antara manusia dan haiwan. Allah
menjadikan manusia agar dapat menguasai kemahiran ini dan oleh itulah dalam surahnya yang pertama iaitu
surah Al-Iqra’ kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. diturunkan arahan kepada Baginda supaya
membaca. Sesungguhnya tanpa keupayaan membaca ini manusia akan kekal dalam keadaan hidup yang jahil
dan dalam kegelapan. Malah dalam tradisi dan sejarah kehidupan manusia, keupayaan membacalah yang telah
dapat membezakan antara manusia yang bertamadun dan manusia yang primitif.
KATA KUNCI
Definisi Literasi, Definisi membaca, Proses membaca, Pengajaran Pemahaman Bacaan
14
PENILAIAN KENDIRI
Jawab soalan yang berikut:
• Apakahyang dimaksudkan dengan membaca?
• Apakah proses yang berlaku ketika seseorang membaca?
• Bagaimanakah pengajaran membaca di sekolah dapat disesuaikan dengan konsep membaca yang
telah anda fahami menerusi makumat yang terkandung dalam unit ini?
PETA KONSEP
Kemahiran Membaca
Definisi Membaca Proses Membaca
Mengenal huruf Proses kognitif
Tujuan komunikasi Penyelesaian masaalah
Menerka perkataan bercetak Bottom-up
Mencari makna Top-down
Menambah pengalaman latar
15
RUJUKAN
Brozo, W.G. (1999). Readers, teachers, learners : Expanding literacy across the content areas. New Jersey:
Prentice-Hall Inc.
Chomsky, C. (1965). Aspect of the theory of syntax. Cambridge, MA: MIT Press.
Clay, M.M. (1967). The reading behavior of five-year-old children: A research report. New Zealand Journal of
Educational Studies, No.2, 11-31.
Cook-Gumprez, J. (Ed.) (1986). The social construction of literacy. Cambridge: Cambridge University Press.
Fries, C. (1962). Linguistic and reading. New York: Rolt, Rinehart and Winston.
Goodman, Y. (1986). Children coming to know literacy. Dalam W.H. Teal & E. Sulzby (Eds.) Emergent literacy:
Reading and writing. ms. 1-14. Norwood, NJ: Heinemann.
Halliday, M.A.K. (1975). Learning how to mean. New York: Elsevier North-Holland.
Harste, J.C., Woodward, V.A., & Burke, C.L. (1984). Language stories and literary lessons. Portmouth, N.H.:
Heinemann.
Heath, S.B. (1983). Ways with words. Cambridge: Cambridge University Press.
Lenneberg, E. (1967). Biological foundations of language. New York: Wiley.
Mahzan Asrhad (1994). Pencapaian pelajar dalam ujian pemahaman bacaan kesusasteraan. Jurnal Pendidikan,
16, 45-57.
Mahzan Arshad (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors.
Mahzan Arshad (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Strategi Perancangan dan Pelaksanaan
McNeil, D. (1970).The acquisition of language: The study of developmental psycholinguistics. New York: Harper
& Row.
Pieget, J. & Inhelder, B. (1969). The psychology of the child. New York: Basic Books. Rosenblatt, L. (1978). The
reader, the text, and the poem. Carbondale: Southern Illinois University Press.
Stricland, D.S. (1990) Emergent literacy: How young children learn to read and write. Educational Leadership, 47
(6), 18-23.
Sulzby, E. (1985). Kindergarteners as writers and readers. Dalam M.Farr (Ed.). Advance in Writing Research,
Vol. 1. Noorwood, NJ:Ablex.
Teale, W.H. & Sulzby, E. (1986). Emergent literacy. Norwood, NJ: Ablex.
Vygotsky, L.S. (1978). Mind in society. Cambridge, M.A.: Harvard University Press.
Wells, G. (19900. Creating the conditions to encourage literate thinking. Educational Leardership, 47 (6), 13-17.
JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS
16
• - Memberikan definisi membaca oleh Harris & Sepay, Smith & Johnson, Goodman, Safiah Othman,
Mahzan Arshad
– Mengulas pendapat-pendapat tersebut berdasarkan maksud membaca bagi memahami bahan yang
dibaca
• - Membaca adalah satu proses menterjehmahkan dengan apa yang dilihat pada permukaan
bertulis.
- pembaca ialah seorang penyelesai masalah aktif
- mengenalpasti bentuk huruf, ilustrasi, format dan bentuk teks yang dibaca (pada peringkat
visual atau peringkat dekoding)
- mengaitkan antara huruf dan bunyi (fonologi)
- mengkaji struktur teks berdasarkan pengalaman bahasa mereka (sintaks)
- mendapat makna
- mencari makna di sebalik permukaan bercetak berlandaskan pengalaman latar atau skema
yang mereka punyai
3. Pengajaran secara konvensional:
– membaca untuk tujuan menjawab soalan kefahaman
- Murid diberikan teks dan diarahakan supaay membaca lantang
- Guru membincangkan maksud perkataan dan frasa yang sukar difahami
- Guru dan murid membincangkan kandungan petikan, mencari isi penting, atau membincang
teks secara struktral
- Pengajaraan diakhiri murid menjawab soalan-soalan kefahaman secara lisan ataupun bertulis
Kaedah dan pendekatan baru perlu dilakasanakan dengan:
• Pengajaran bacaan berasaskan kemahiran bukan kefahaman semata-mata
• Bahan yang digunakan pelbagai bentuk dan mod
• Pengajaran membaca dikaitkan dengan aktiviti penyelsaian masalah dan berfikir pada
tahap tinggi.
17
UNIT 2
PROSES KOGNITIF KETIKA MEMBACA
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini pelajar akan dapat:
• Menjelaskan bagaimana minda berfungsi ketika membaca
• Menghuraikan bagaimana proses kefahaman membaca berlaku
• Menjelaskan apakah peranan penglihatan dalam proses membaca
PENGENALAN
Satu perkembangan yang terkini dalam bidang hiburan, khususnya dalam bidang perfileman ialah para
pengarah sering menjadikan bahan novel atau bahan fiksyen yang tertulis sebagai bahan dalam penerbitan
filem. Sebagai contoh jika sesebuah novel atau bahan fiksyen itu menjadi “best seller”, maka beberapa bulan
kemudian maka novel atau fiksyen tersebut akan dijadikan filem untuk totonan ramai di pawagam.
Perkembangaan ini menjadikan ramai di antara kita yang menjadi malas untuk membaca kerana tanpa perlu
membaca, kita akan dapat dihiburkan menerusi filem wayang gambar yang lebih menarik dari segi
persembahannya, lebih singkat masa untuk menikmati sesebuah novel atau bahan fiksyen, lebih murah (harga
tiket wayang sudah tentu lebih murah dari harga sebuah buku) dan pelbagai lagi alasan yang menjadikan
tangapan kita bahawa menonton lebih baik dari membaca.
Persolan kedua ialah apakah yang berlaku dalam minda seseorang ketika membaca. Secara fizikalnya
beberapa kajian telah dilakukan bagi melihat keaktifan pergerakan otak manusia ketika dalam pelbagai situasi,
seperti situasi berjalan, tidur, berkerja,berenang, makan dan tidak ketinggalan juga ketika membaca. Kajian-
kajian tersebut hanyalah bersifat fizikal semata-mata dan tidak dapat menghurai apa yang berlaku dalam minda
seseorang ketika melakukan sesuatu aktiviti kehidupan, khususnya ketika membaca. Namun demikian terdapat
beberapa kajian yang dapat merungkai permasalahan apa yang berlaku di sebalik aktiviti membaca, khususnya
pada mata. Kajian ini sedikit sebanya dapat dijadikan panduan bagi proses pembelajaran kemahiran membaca.
Unit ini akan cuba menghurai kedua-dua permasalahan di atas.
ISI KANDUNGAN
Apakah yang membezakan antara aktiviti menonton dan aktiviti membaca?
PERSEMBAHAN MINDA
Proses membaca sangat berkait dengan proses penglihatan, iaitu mata memainkan peranan yang
penting bagi membolehkan seseorang dapat belajar membaca dengan berkesan dan mudah. Kajian-
kajian yang dijalan oleh pakar dalam bidang bacaan cuba untuk mencari jawapan bagaimanakah
simbol di permukaan bertulis bertukar menjadi persembahan minda yang bermakna. Persembahan
minda ialah gambaran makna yang diperoleh seseorang pembaca berlandaskan apa yang dipaparkan
di permukaan bertulis.
18
Proses ini memerlukan seseorang pembaca menghubungkan antara apa yang dilihat menerusi alat
penglihtaan, iaitu mata dengan apa yang terdapat dalam minda si pembaca. Hal ini bermaksud mata
hanyalah alat, tetapi yang memberikan interpretasi terhadap maksud di paparan bertulis ialah minda
manusia.
Berbalik pada Unit Pertama modul ini, kita semua perlu menerima hakikat bahawa maksud sesuatu
bahan bercetak yang dibaca bergantung kepada pengalaman latar atau skema si pembaca. Semakin
kaya pengalaman latar pembaca dalam isu atau bidang yang dibaca, semakin mudahlah beliau
memahami bahan yang dibaca. Persembahan minda ialah tanggapan atau intepretasi yang dilakukan
oleh pembaca terahadap sesuatu bahan yang dibaca. Interpretasi ini dilakukan berdasarkan seluas
manakah pengalaman latar yang dipunyai oleh sipembaca dengan bahan yang dibacanya.
Pembaca perlu menggerakkan mindanya secara aktif ketika cuba untuk membuat interpretasi ini. Dia
tidak boleh leka atau duduk diam ketika melaksnakan aktiviti membaca. Mindanya perlu berkerja keras
untuk membuat interpretasi berdasarkan pelbagai maklumat yang dikirimkan oleh mata ke mindanya.
Sebagai contoh, jika anda membaca tentang keindahan sesuatu fenomena alam, anda perlu membuat
interpretasi minda bagi menggambarkan keindahan alam tersebut menerusi kata-kata yang diungkap
oleh penulis dalam bahan penulisannya. Sedangkan ketika menonton, seseorang penonton itu hanya
perlu menikmati keindahan melalui pandangan matanya dan dihantar ke perasaannya untuk ditafsirkan
keindahan tersebut tanpa perlu bersusah payah untuk menerima mesej yang hendak disampaikan
penulis. Pergerakan minda pembaca ini terlalu pantas sehingga dia sendiri tidak menyedarinya. Ketika
itu juga mindanya akan menghantar pula mesej tersebut ke bahagian-bahagian lain anggotanya,
sehingga menyebabkan dia akan mengalirkan air mata sekiranya mesej yang dikirim mengandungi
unsur-unsur sedih atau pilu. Begitu juga jantungnya akan berdegup kencang sekiranya mesej tersebut
mengandungi unsur suspens atau tegang.
Proses kognitif yang perlu dilalui oleh seseorang pembaca inilah yang membezakan antara pembaca
dan penonton. Seseorang pembaca perlu menggunakan mindanya dengan aktif ketik membaca,
sedangkan seorang penonton hnaya perlu menggunakan deria perasaan bagi memberikan kesan
terhadap bahan yang ditonton. Mnda seorang pembaca akan menjadi lebih aktif dan dalam kajian yang
dilakukan, minda yang aktif akan menjadikannya lebih tajam dan berfungi lebih baik dari minda yang
tidak aktif. Minda yang aktif juga akan menjadikan kesihatan lebih terjamin dan kemungkinan untuk
melawan penyakit yang menyerang adalah lebih tinggi dari minda yang tidak aktif. Ini menyebabkan
ramai di antara manusia yang menggunakan mindanya dengan aktif seperti orang yang gemar
membaca, para hafis al-Quran, atau pemain muzik klasik dan orang yang seumpamanya mempunyai
usia yang lebih panjang. Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan bahawa membaca dan menonton
adalah dua aktivit kehidupan yang berbeza. Kesannya terrhadap kita juga adalah berbeza. Pilihlah
aktiviti yang mana anda lebih gemar, menonton atau membaca!
PROSES KEFAHAMAN
Proses kefahaman membaca amat rapat dengan teori skema yang telah disentuh dalam Unit 1 secara
sepintas lalu. Bagi mendalami teori ini sila baca petikan yang diambil dari Mahzan Arshad (2003) dalam
buku beliau “Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Satu Pendekatan Bersepadu”
Pemahaman bacaan sebagai proses pembentukan makna
Pemahaman bacaan adalah satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi di
antara pembaca dengan bahan yang dibaca (Anderson & Pearson, 1984). Kedua-dua aktiviti, membaca dan
menulis adalah proses yang konstruktif dan saling bantu membantu di antara satu sama yang lain. Pemahaman
19
makna yang diperolehi oleh pembaca dalam proses ini berlangsung daripada pengetahuan latar yang dipunyai
oleh pembaca, dan pengetahuan latar ini digerakkan oleh perkataan, ayat dan paragraf penulis dalam bahan
yang dibacanya. Walaupun pembaca tidak perlu mendekod setiap perkataan yang terkandung pada setiap muka
surat, pembaca perlu bijak menggunakan pelbagai klu yang terdapat di permukaan bercetak tersebut sebagai
panduan bagi mendekod pelbagai perkataan yang terkandung di atasnya. Interaksi atau peredaran maklumat
antara pembaca dan teks adalah asas bagi pemahaman bacaan. Dalam proses memahami, pembaca akan
menghubungkan di antara maklumat yang baru dimuatkan oleh penulis dalam teks dengan maklumat lama yang
terkandung dalam mindanya. Maklumat yang terkandung di dalam minda seseorang dikenali sebagai skema
atau pengetahuan latar. Setiap individu mempunyai skema tentang sesuatu kejadian atau objek yang pernah
ditemui atau berlaku dalam hidupnya.
Teori skema ini telah diperkenalkan oleh beberapa pakar sains kognitif pada tahun 1970an (Smith,
1971). Skema adalah struktur yang mengandungi konsep umum yang terkandung di dalam minda seseorang.
Struktur ini mempunyai pelbagai kategori pengetahuan (objek, konsep, maklumat dan idea). Teori ini
menjelaskan bagaimana struktur ini terbentuk dan berhubungan di antara satu sama yang lain ketika seseorang
pembaca membina pemahaman ketika membaca. Skema adalah satu struktur data bagi mempersembahkan
konsep yang menyerupai konsep yang tersimpan dalam minda seseorang (Rumelhart, 1981). Terdapat pelbagai
bentuk skema yang dapat mempersembahkan pengetahuan kita terhadap pelbagai konsep. Skema dibentuk dan
diperkaya menerusi pengalaman. Jika seseorang pembaca tidak mempunyai banyak pengalaman atau
pengalamannya dalam tajuk yang dibaca terlalu sedikit, skemanya tidak akan banyak membantu pembaca
tersebut untuk memproses maklumat yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Pemahaman akan
terhalang kerana pembaca tidak dapat membina jambatan di antara maklumat yang terkandung di dalam teks
yang dibaca dengan maklumat yang dipunyai dalam mindanya. Namun demikian sekiranya maklumat di dalam
bahan mencukupi dan jelas, pembaca akan membina skema yang baru di dalam mindanya apabila membaca
bahan tersebut. Banyak kajian yang telah dijalankan tentang pemahaman bacaan menunjukkan pengaruh
pengetahuan latar atau skema terhadap pemahaman bacaan ( Adams & Bertram, 1980; Durkin, 1981b; Pearson
et. al.,1979). Safiah (1985) dalam satu kajian tentang pemahaman bacaan bahan-bahan perayaan menunjukkan
pengaruh keturunan kaum terhadap bahan yang dibaca. Pelajar berketurunan Melayu lebih tinggi markah
pemahaman bacaan pada tahap implisit bagi bahan yang berkaitan Hari Raya dan pelajar keturunan Cina pula
lebih tinggi markah pemahaman bacaan pada tahap implisit bagi bahan yang berkaitan Tahun Baru. Mahzan
(1998) dalam kajiannya mendapati pelajar yang membaca bahan yang ada kaitan dengan budayanya mendapat
markah yang tinggi bagi tindak balas yang diberikan , lebih banyak bertindak balas pada tahap pemahaman
yang tinggi, dan lebih banyak membuat perkaitan intra dan antara teks yang dibaca, dan hubungan di antara
teks dengan kehidupannya dalam tindak balas terhadap teks sastera yang dibacanya.
Bagi memahami konsep skema ini cuba perhatikan contoh petikan di bawah:
Sang bayu menghembus lembut ke wajah abah yang telah berkedut dimamah usia. Namun
wajah tersebut masih mampu tersenyum ria apabila melihat lambaian tangkai-tangkai padi
yang telah kuning keemasan di bendang yang terbentang luas. Tangkai-tangkai padi
tersebut seolah-olah mengajak tubuh abah yang kurus dan bongkok itu turun ke bendang,
bersama-sama menikmati buaian sang bayu.
Apa yang anda fikirkan apabila membaca petikan di atas? Mungkin bagi anda tidak mengalami masalah
memahami petikan ini kerana anda dapat membayangkan gambaran seorang tua yang sedang menuju ke
20
bendangnya dengan perasaan yang gembira kerana padi di bendang tersebut sudah masak dan sampai
masanya untuk dituai. Sebenarnya terdapat dua golongan pembaca ketika memproses pemahaman bacaan
terhadap petikan di atas. Golongan pertama adalah golongan pembaca yang dapat merasakan keseronokan
hati orang tua tersebut kerana mereka sendiri pernah mengalami atau pernah satu masa dahulu berkerja di
bendang atau sekurang-kurangnya pernah pergi ke bendang untuk menyaksikan keadaan di bendang ketika
musim menuai. Pembaca dapat merasakan betapa gembiranya hati orang tua tersebut dapat menikmati hasil
padi yang masak setelah bertungkus lumus selama beberapa bulan di tengah hujan dan panas. Pembaca
golongan ini bukan sahaja dapat memproses pemahamannya terhadap petikan secara literal, malahan mereka
dapat memproses pemahaman pada tahap penghayatan kerana dapat berkongsi pengalaman yang sama
dengan abah yang sedang menikmati hasil titik peluhnya selama ini. Golongan kedua adalah pembaca yang
tidak mempunyai pengalaman tersebut, atau bagi pembaca yang tidak pernah melihat atau turun ke bendang.
Bagi golongan ini, petikan di atas hanya dapat memberikan maklumat baru tentang keadaan di bendang ketika
padi telah menguning, tetapi tidak dapat mengaitkan maklumat tersebut dengan pengalaman hidup yang pernah
dilaluinya. Pembaca dalam golongan ini hanya dapat memproses pemahaman pada peringkat literal dan tidak
pada peringkat penghayatan seperti pembaca pada golongan pertama. Mereka hanya dapat mengatakan
bahawa orang tua tersebut gembira kerana padinya telah masak, tetapi tidak dapat merasakan bagaimanakah
gembiranya perasaan orang tua tersebut. Contoh ini membuktikan bahawa pembaca membina pemahaman
berdasarkan apa yang pernah dialami. Setiap pembaca mempunyai peringkat pemahaman yang berbeza
berdasarkan pengalaman tersebut walaupun bahan yang dibaca adalah sama.
Bagi memahami pelbagai perkataan yang bertulis, pertamanya pembaca perlu memahami bagaimana
si penulis membentuk atau menyusun idea dan maklumat yang dimuatkan di dalam teks. Keduanya, pembaca
perlu memahami bagaimana penulis dapat mengaitkan idea dan maklumat tersebut dengan idea atau maklumat
yang telah sedia ada di dalam minda pembaca (skema pembaca tentang idea atau maklumat tersebut). Apabila
pembaca melakukan kedua-dua proses tersebut, pembaca berintaraksi dengan teks untuk membina makna.
Itulah yang telah anda lakukan apabila anda membaca petikan ringkas di atas. Makna yang dibina oleh pembaca
tidak sahaja berpunca daripada apa yang terdapat di atas kertas yang bertulis, tetapi juga berpunca daripada
pengalaman pembaca sendiri yang digerakkan oleh idea yang disampaikan oleh penulis di atas kertas tersebut.
Semakin kaya pengalaman pembaca semakin bermakna bahan yang dibaca.
Berdasarkan teori inilah maka pengajaran pemahaman bacaan bukan sahaja perlu berfokuskan teks
atau petikan yang digunakan dalam bilik darjah. Guru perlu memperkayakan pengalaman pelajar dengan
pelbagai maklumat yang terdapat di sekitar kehidupan harian mereka. Pelbagai aktiviti memperkayakan
pengalaman boleh dijalankan sebelum dan sesudah pengajaran pemahaman bacaan dijalankan. Contoh-contoh
aktiviti tersebut akan dibincangkan dalam bahagian lain buku ini. Guru juga harus bijak mengaitkan pelbagai
aktiviti tersebut dengan bahan bacaan bagi meningkatkan lagi tahap pemahaman pelajar. Literasi terbentuk
daripada hubungan dua hala di antara pembaca dan teks. Pengalaman dan pengetahuan latar membantu
pembaca memahami teks, dan teks memperkaya pengalaman dan menambah maklumat dalam minda pembaca
serta memperkayakan lagi skema pembaca.
(Sumber: Mahzan Arshad (2003): Halaman )
Bincangkan apakah langkah yang boleh diambil oleh guru bagi meningkatkan kefahaman murid dalam
pengajaran membaca Bahasa Melayu di biik darjah?
Bagaimanakah guru dapat melaksanakan aktiviti yang dapat memperkayakan skema atau pengalaman
latar murid sebelum mereka diberikan sesuatu bahan bacaan?
21
PERANAN PANCAINDERA PENGLIHATAN DALAM PROSES MEMBACA
Walaupun membaca melibat proses kognitif yang aktif dan persembahan minda yang berfungsi
memberikan makna terhadap bahan yang dibaca, peranan penglihatan dengan menggunakan mata
juga satu isu yang amat banyak dibincangkan oleh para sarjana dalam bidang ini bagi memahami
proses membaca. Hal ini adalah kerana banyak masalah tidak berkeupayaan membaca adalah
diakibatkan oleh kegagalan dalam penglihatan. Oleh yang demikian, pakar yang memfokuskan kajian
mereka terhadap peranan mata dalam proses membaca ini telah menjalankan kajian-kajian yang dapat
membantu mereka memahami proses membaca ini dengan lebih jelas dan menghasilkan beberapa
penyelesaian dalam masalah ketidakupayaan membaca dan pembinaan bahan bacaan yang
bersesuaian dengan tahap dan keupayaan murid dalam menguasai kemahiran membaca.
Fungsi mata
Mata memainkan peranan yang besar dalam proses penglihatan walaupun ada yang mengatakan yang
melihat ialah otak, bukannya mata. Kita dapat melihat sesuatu objek atau persekitaran kita kerana
adanya cahaya yang memantul ke atas objek atau persekitaran tersebut. Pantulan cahaya itulah yang
dapat dicerap oleh mata dan apabila cahaya dikesan, isyarat akan dihantar ke otak dan otak akan
memproses maklumat untuk difahami. Tugas otak pula ialah memberikan kefahaman tentang bentuk,
jarak, dan pergerakan yang kita lihat menerusi lensa mata.
Pusat tumpuan mata ketika membaca
Ketika membaca mata akan bergerak mengikut garis dalam bahan yang bertulis. Mata akan tertumpu
pada sesuatu bahagian dalam perkataan, perkataan dan ayat mengikut kelancaran pembaca. Tujuan
menumpukan perhatian terhadap perkataan atau teks ialah untuk memancarkan bahan tersebut pada
retina (disebut fovea), ketajaman terhadap tumpuan akan berkurangan berdasarkan jarak antara mata
dan teks.
Kajian yang dilakukan lebih berminat terhadap apa yang berlaku pada masa tumpuan daripada
pergerakan antara tumpuan (saccades). Kajian begini berguna bagi memastikan tahap kesukaran
dalam bahagian teks yang berbeza. Masa tumpuan yang digunakan pembaca juga memberikan
penjelasan terhadap bentuk pemerosesan penglihatan dan konsep sesuatu teks.
Kajian yang dijalankan mendapati pembaca akan memusatkan 80% tumpuan terhadap jenis perkataan
kandungan seperti kata nama, kata kerja adjektif, dan 20% lagi pada perkataan fungsian. Masa yang
digunakan oleh pembaca bagi membuat tumpuan adalah berbeza dan bersistematik. Pembaca yang
lemah akan membuat tumpuan yang lebih lama terhadap teks.Teks yang sukar juga memerlukan
tumpuan mata yang lebih lama.
22
Pembaca yang baru memerlukan tumpuan yang lebih lama terhadap teks yang dibaca. Perkataan yang
kurang biasa memerlukan tumpuan mata yang lebih lama. Perkataan diinterpretasi ketika tumpuan
dilakukan, bukan menunggu sehingga perkataan yang seterusnya, kecuali dalam keadaan yang
tertentu. Jika berlaku kesilapan dalam interpretasi, maka prosedur kecekapan pemulihan akan berlaku
bagi mengenalpasti kesilapan. Pembaca akan melihat kembali pada perkataan yang bermasalah dan
membuat interpretasi alternatif.
Contoh yang berikut ialah dapatan kajian yang dilakukan bagi mengetahui tumpuan mata pembaca
ketika membaca sebuah teks berbahasa Inggeris. Nombor yang terletak di atas setiap perkataan atau
frasa ialah kiraan tumpuan mata bagi satu bahagian sesaat atau disebut jumlah saccades. Semakin
besar jumlah saccades tersebut, semakin lamalah mata tertumpu pada perkataan atau frasa yang
terdapat di bawahnya. Sila perhatikan jumlah saccades bagi perkataan fungisan dan jenis perkataan
yang lain seperti kata nama, kata jerja, gantinama, dan adjektif.
Jenis perkataan apakah yang paling tinggi jumlah secades bagi petikan ringkas yang dipaparkan di
bawah:
384 267 184 800 333 633
Another answer to the ever-intriguing question of pyramid
533 217 467
construction has been suggested.
183 565 300 350 283 283 233 182
The Egyption Engineer of 5,000 years ago may have
133 166 283 467 200 1201
used a simple wooden device called a weightram for
333 167 1151 583 568
handling the 2 ½- to – 7 ton pyramid blocks.
Kegunaan dapatan kajian ini:
Kajian ini mendapati tumpuan mata bukan punca pembaca cekap atau lemah, sebaliknya ia
merupakan tanda bagi proses penglihatan dan pemahaman. Dengan memahami proses terswebut
akan dapat membantu pengkaji memahami apa yang dilakukan pembaca ketika membaca dengan itu
dapat dijadikan panduan bagi merangka program membaca dan pemilihan bahan bacaan serta
merancang program pemulihan dengan lebih baik.
Kelebaran Jangka Masa Tumpuan
Kajian terhadap pergerakan mata juga melihat pembaca yang normal akan menumpukan pemerhatian
terhadap perkataan yang penting. Contohnya pengkaji akan melihat tumpuan mata pembaca ketika
membaca ayat yang berikut:
23
The two faction were at a standstill
The rebels guarded the pyctce with their gun
Menggunakan kawalan skrin komputer pembaca menumpukan perhatian pada bukan perkataan
“pyctce”, tetapi pada perkataan sebelum dan selepasnya bagi mencari kiu untuk memahami perkataan
“pyctce”. Kajian tentang kelebaran jangka masa tumpuan dilakukan bagi mengenal pasti beberapa
perkara yang berikut:
• Di mana jangka masa tumpuan tersebut berlaku?
• Bagaimana maklumat diintegrasikan di antara jangka masa tumpuan?
• Bagaimana dan di mana tempat yang sesuai untuk mengubah jangka masa tumpuan?
Akhirnya dapat disimpulkan bahawa kajian-kajian yang berkaitan tumpuan mata ketika membaca ini
amat berguna bagi memahami proses membaca, khususnya memahami bagaimanakah pembelajaran
membaca berlaku pada tahap awal atau mula membaca.
MULA MEMBACA
Apa yang berlaku apabila seseorang baru mula belajar membaca?
Proses Mendekod
Langkah pertama untuk menguasai kemahiran membaca ialah untuk mengenalpasti permukaan
bercetak dan memecahkan kod perkataan, mengenalpasti bentuk ortografik dan memperolehi maksud
perkataan berdasarkan kamus makna yang terdapat dalam pemikiran pembaca. Masih ingat aktiviti
yang telah anda lakukan pada Unit Pertama dahulu iaitu apabila anda dikehendaki membaca dua
rangkap puisi yang anda tidak fahami maksudnya. Sebenarnya anda telah malakukan satu proses
yang penting dalam membaca rangkap puisi tersebut, iaitu proses mendekod. Anda cuba memecahkan
kod-kod yang terpapar dipermukaan bertulis berdasarkan pengalaman latar anda tentang ejaan dalam
bentuk roman. Anda menggunakan kiu fonologi sebutan dalam bahasa Melayu yang berbentuk suku
kata dan menyebutkannya dengan lancar sekali. Ini dalah proses permulaan dalam membaca.
Walaupun proses ini proses yang awal, tetapi proses ini amat penting, khususnya bagi bahasa yang
menggunakan sistem ejaan berhuruf tetap dan bersuku kata. Bagi bahasa yang mengunakan aksara
khusus, proses mendekot ini merupakan proses yang paling suka dikuasai kerana tidak ada satu
system yang tekal dalam menyebut bunyi-bunyi fonologi dalam bahasa tersebut. Maka proses
mendekod ini dilaksanakan dengan cara menghafal dan mengingta setiap patah kata atau suku kata
yang terdapat dalam bahasa tersbut.
Persoalan yang sering dikemukakan seterusnya ialah kiu bunyi iaitu adakah bunyi bagi perkataan
boleh membantu untuk memperoleh makna? Ada pembaca yang mengatakan bahawa mereka
mendengar bunyi bagi perkataan yang dibaca, dan ini mencadangkan bahawa terdapatnya komponen
fonologi dalam proses membaca pada tahap awal ini. Hubungan antara membaca dan mendengar
sememangnya ada perkaitan yang rapat. Hal yang demikian ini bermaksud ketika membaca seseorang
seolah-olah mendengar penulis teks bercakap dengannya. Di samping itu pembaca yang baik ialah
seorang pendengar yang baik juga, kerana kedua-duanya berkaitan bagaimana maklumat disampaikan
kepada seseorang menerusi media lisan atau tulisan.
24
Hal ini amat berkait dengan isu kod fonologi. Isu pertama ialah penggunaan kod fonologi dalam ingatan
jangka pendek, iaitu selama mana atau sejauh mana kod fonologi boleh kekal dalam ingatan seseorag
ketika membaca lantang. Seperti kata-kata berikut amat relevan bagi menunjukkan bahawa
pendengaran tidak ada perkaitan dengan penglihatan:
Eye Do Not Know What You Herd
Namun kebanyakan kajian yang dilakukan mendapati bahawa pembaca yang berkemahiran tidak
menggunakan kod fonologi bagi memperolehi makna. Hanya pembaca yang agak lemah akan cuba
menggunakan kod fonologi untuk meneka makna perkataan, sekurang-kurangnya mereka
menggerakkan bibir untuk meneka makna dalam petikan yang dibaca. Bagi pembaca yang mahir
mereka akan hanya menggunakan kod fonologi bagi memperolehi makna perkataan yang agak sukar
dan membantu mereka dalam ingatan jangka pendek.
Isu seterusnya ialah unit perkataan yang ingin didekodkan, sama ada abjad atau gabungan abjad,
sukukata, atau seluruh perkataan. Cuba baca frasa yang berikut:
Sayamembacapadawaktusemuaorangtelahtidur
Bagi pembaca yang mahir, pemenggalan kepada setiap sukukata akan menyebabkan halangan dalam
membentuk makna.Tetapi bagi pembaca yang lemah, mereka akan cuba mencantumkan setiap huruf,
setiap suku kata dan setiap perkataan bagi membina makna secara keseluruhan.
Seterusnya ialah masalah kelancaran. Bagi pembaca awal masalahnya ialah kelancaran. Bagi
pembaca mahir, masalahnya ialah koordinasi intra teks bagi mendapatkan makna yang lebih
menyeluruh. Makna juga dibina secara keseluruhan apabila pembaca dapat menggunakan kiu yang
terdapat dalam ayat.
“Seseorang ortopedikteris perlu mendapatkan bantuan secara teknikal
daripada jururawat ketika menjalankan tugasnya”
Contoh di atas menunjukkan proses untuk memahami maksud “ortopedikteris” lebih mudah kerana
terdapat perkataan “jururawat” dalam ayat tersebut. Proses membina makna ini disebut oleh Goodman
(1967) dalam definisi membacnya iaitu: “Reading is a psycholinguistic guessing game”. Menurut
Goodman pembaca menggunakan pengetahuannya tentang bahasa, teks, dan contoh perkataan,
menerka dan mengesahkan pada waktu mereka membina makna ketika membaca. Beliau telah
menjalankan penyelidikan yang ingin memahami apakah yang dilakukan oleh pembaca bagai
memahami teks yang dibaca.
Analisis Miskiu
Prosedur Analisis Miskiu dijalankan bagi memahami bagaimana seseorang pembaca menggunakan
pengetahuan latarnya bagi memahami teks yang dibaca. Dalam kajian yang dijalankan berasaskan
prosedur ini, dapatan menunjukkan pembaca amat bergantung kepada keupayaanya untuk membuat
terkaan terhadap makna berlandaskan perbendaharaan kata yang terdapat dalam kamus
pemikirannya. Pada peringkat awalnya (1970-80an) guru menggunakan prosedur analisis miskiu bagi
menilai tahap keupayaan para pelajarnya membaca. Berlandaskan keupayaan tersebut juga,
seseorang guru akan merangka strategi pengajaran, jenis aktiviti, jenis bahan yang digunakan, dan
jenis penilaian yang akan dilakukan bagi sesuatu kumpulan pelajarnya.
Retrospektif Analisis Miskiu (RAM)
25
Mula digunakan oleh Kenneth dan Yetta Goodman (1970) bagi memahami mengapa seseorang
pembaca menukarkan perkataan “automobile” kepada “car” atau perkataan “house” kepada “horse”
dan sebagainya.
Mereka melihat membaca ialah satu proses transaksi antara bahasa dan pemikiran pembaca dengan
bahasa dan pemikiran penulis. Proses ini bukanlah satu proses yang mudah dan bebas daripada
kesilapan. Pembaca yang kurang berkeupayaan akan mempelajari kemahiran membaca menerusi
kesilapan ini.
Inventori Analisis Miskiu
Ketika membaca, pembaca akan melakukan proses:
• Peninggalan
• Penggantian
• Pengulangan
• Penyisipan
• Pembetulan kendiri
Tambahan miskiu:
• Penangguhan
• Peninggalan kerana kegagalan pembetulan kendiri
• Separa – peninggalan, penukaran, pengulangan, dan pembetulan kendiri
• Penggantian tidak bermunasabah
Inventori ini boleh dijadikan panduan kepada guru untuk menumpukan perhatian terhadap kelemahan
muridnya dan kekurangan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah tersebut.
RUMUSAN
Membaca ialah satu proses kognitif yang aktif. Membaca melibatkan pergerakan minda yang pantas
bagi menterjemahkan abjad kepada bunyi-bunyi bahasa yang difahami. Proses ini berlaku sekiranya
seseorang pembaca mempunyai kemahiran yang dikuasai menerusi proses pembelajaran membaca.
Seseorang individu yang mahir membaca dapat menggunakan pengetahuan latar bagi memperoleh
makna dari bahan yang dibaca. Perkaitan antara makna yang terdapat dalam minda seseorang
pembaca dengan makna yang terdapat dalam teks yang dibaca sangat penting bagi memperoleh
manfaat sepenuhnya dari bahan yang dibaca dan aktiviti membaca secara aktif ini. Di samping itu
peranan penglihatan juga penting dalam proses membaca. Imej yang terdapat pada teks perlu
disalurkan menerusi penglihatan untuk sampai ke minda sebelum seseorang pembaca memperoleh
manfaat dari teks yang terdapat di hadapannya.
KATA KUNCI
26
Proses kognitif, persembahan minda, kiu grafik, kiu sintaktik, kiu semantik, analisis miskiu
PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah yang dimakusdkan dengan membaca sebagai satu proses kognitif?
2. Bagaimanakah pembac dapat memanfaat bahan yang dibacanya?
3. Apakah peranan penglihatan dalam proses membaca?
PETA KONSEP
Proses Kognitif
Persembahan minda Proses Kefahaman
Pemberian makna pada teks Perkaitan makna antara teks
Peranan penglihatan Fungsi Mata
Kesilapan Miskiu Inventori Miskiu
RUJUKAN
Mahzan Arshad (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors.
Mahzan Arshad (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Strategi Perancangan dan Pelaksanaan
McNeil, D. (1970).The acquisition of language: The study of developmental psycholinguistics. New York: Harper
& Row.
Pieget, J. & Inhelder, B. (1969). The psychology of the child. New York: Basic Books. Rosenblatt, L. (1978). The
reader, the text, and the poem. Carbondale: Southern Illinois University Press.
Stricland, D.S. (1990) Emergent literacy: How young children learn to read and write. Educational Leadership, 47
(6), 18-23.
Sulzby, E. (1985). Kindergarteners as writers and readers. Dalam M.Farr (Ed.). Advance in Writing Research,
Vol. 1. Noorwood, NJ:Ablex.
27
Teale, W.H. & Sulzby, E. (1986). Emergent literacy. Norwood, NJ: Ablex.
Vygotsky, L.S. (1978). Mind in society. Cambridge, M.A.: Harvard University Press.
Wells, G. (19900. Creating the conditions to encourage literate thinking. Educational Leardership, 47 (6), 13-17.
JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS
1. Apakah yang dimakusdkan dengan membaca sebagai satu proses kognitif?
- Membaca ialah satu proses menterjemahkan apa yang dapat dilihat oleh penglihatan
mata pada teks yang dibaca dengan apa yang terdapat dalam pemikiran pembaca.
- Proses membaca mmerlukan seseorang menggunakan mindanya secara aktif
- Pembaca perlu mengenalpasti bentuk huruf, ilustrasi, format dan bentuk teks yang dibaca
(pada peringkat visual atau peringkat decoding, mengaitkan antara huruf dan bunyi
(fonologi), mengkaji struktur teks berdasarkan pengalaman bahasa mereka (sintaks) dan
akhrinya memperoleh makna dari bahan yang dibaca.
- mencari makna di sebalik permukaan bercetak berlandaskan pengalaman latar atau
skema yang merreka punyai tetang bahan yang dibaca.
2. Bagaimanakah pembaca dapat memanfaat bahan yang dibacanya?
- Membaca ialah proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan makna yang
terhadap dalam teks yang dibaca.
- Semakin banyak yang diketahui tentang perkara yang berkaitan dengan bahan yang
dibaca, semakin mudah pemahaman berlaku.
- Sekiranya maklumat di dalam bahan mencukupi dan jelas, pembaca akan membina skema yang
baru di dalam mindanya apabila membaca bahan tersebut.
- Pengetahuan latar atau skema amat berpengaruh terhadap pemahaman sesuatu bahan bacaan
- Pembaca bukan sahaja dapat memahami apa yang dibaca, tetapi dapat merasi apa yang
terkandung dalam bahan bacaan.
3. Apakah peranan penglihatan dalam proses membaca?
- Persembahan minda ialah gambaran makna yang diperoleh seseorang pembaca
berlandaskan apa yang dipaparkan di permukaan bertulis.
- Proses ini memerlukan seseorang pembaca menghubungkan antara apa yang dilihat
menerusi alat penglihtaan, iaitu mata dengan apa yang terdapat dalam minda si pembaca.
- Hal ini bermaksud mata hanyalah alat, tetapi yang memberikan interpretasi terhadap
maksud di paparan bertulis ialah minda manusia.
- Namun jika proses penglihatan ini gagal, maka pembaca tidak akan dapat melakukan
proses seterusnya, iaitu memberi tafsiran terhadap bahan yang dibaca
- Peranan mata ialah prses pertama yang berlaku kepada seseorang yang baru mula belajar
membaca (kecuali bagi orang yang buta).
28
UNIT 3
MASALAH MEMBACA
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini pelajar akan dapat:
• Menghuraikan faktor dalaman dan faktor luaran yang menyebabkan ketidakupayaan membaca
• Membezakan cici-ciri yang terdapat antara program KIA2M dan Program LINUS
• Memilih progran intervensi yang bersesuaian bagi pelajar bermasalah membaca
PENGENALAN
Punca atau dikenali sebagai penyebab (etiology) tidak berkeupayaan membaca adalah perkara yang perlu
diketahui setelah kita melaksanakan tugas mengajar membaca. Setelah lebih kurang setahun berada di
prasekolah dan tiga tahun beradad pada tahap satu sekolah rendah, dalah mustahil bagi seseorang kanak-
kanak yang normal masih tidak dapat menguasai kemahiran asas membaca. Sekurang-kurangnya seseorang
kanak-kanak yang normal tersebut akan dapat menguasai kemahiran yang paling asas iaitu mengenal huruf dan
mengaitkan huruf-huruf tersebut dengan bunyi-bunyi fonologi dalam bahasa yang dikuasainya. Namun demikian
masih terdapat para pelajar yang telah mengalami hamper sebelas tahun proses pembelajaran forma masih
tidak dapat membaca pada tahap yang minimum. Apakah penyebab kepada masalah ini? Unit ini akan
membincangakn penyebab atau punca masalah tidak berkeupayaan membaca ini.
Persoalan keduanya ialah terdapatnya perkaitan antara satu penyebab dengan penyebab yang lain. Hal ini
dikenali sebagai penyebab resiprokal (reciprocal causation) . Kedaan ini berlaku kerana punca atau penyebab
pertama boleh menyebabkan punca yang kedua dan punca yang kedua pula meningkatkan keparahan punca
yang pertama. Hal ini memang banyak berlaku di sekolah-sekolah tanpa pengetahuan atau kesedaran para guru
dan ibu bapa. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah cuba untuk mengambil
beberapa langkah awal untuk mengetahui punca atau penyebab seseorang individu itu tidak dapat menguasai
kemahiran minimum dalam membaca supaya masalah ini dapat diatasi dengan segera dan lebih awal. Oleh
yang demikian pihak KPM telah memperkenalkan dua program sepanjang dua dekad kebelakangan ini iaitu
Program KIA2M dan terkini Peorgram LINUS. Dalam unit ini kita juga akan membincangkan kedua-duanya
dengan terperinci.
ISI KANDUNGAN
FAKTOR MENYEBABKAN MASALAH MEMBACA
Mengapakah seseorang itu tidak dapat membaca? Mengapakah setelah bertahun-tahun seseorang
kanak-kanak itu “diajar” membaca, tetapi masih tidak dapat menguasai kemahairan tersebut?
Masalah membaca bukanlah satu masalah yang baru dalam semua masyarakat di dunia, sama ada
bagi masyarakat dalam negara miskin atau dunia ketiga, malahan bagi negara maju atau negara
indistri sendiri pun masalah ini masih berlaku dengan secara berluasa. Sebagai contoh negara Amerika
Syarikat dalam tahun 1930an sendiri mengalami masalah buta huruf yang kritikal dalam kalangan
29
genarasi muda mereka. Pada masa itu hampir 40% genarasi muda mereka mengalami masalah tidak
dapat membaca pada tahap yang sepatutnya. Oleh kerana itulah bidang bacaan dijadikan sebagai satu
disiplin ilmu dalam sistem pendidikan mereka selepas tahun 1950an. Kerana masalah inilah juga maka
Amerika Syarikat menjadi peneroka dan tonggak dalam bidang ilmu bacaan di seluruh dunia pada
masa ini.
FAKTOR DALAMAN
Sila baca bahan yang diperytik dari buku Mahzan Arshad (2008) Pendidikan Literasi Bahasa:
Faktor Fizikal
Kecacatan yang ringan terhadap deria tidak akan mendatangkan kesan negatif terhadap kebolehan membaca.,
tetapi kecacatan yang berat boleh menyebabkan tidak berkeupayaan membaca. Antara kecacatan fizikal yang
amat mempengaruhi keupayaan membaca ialah:
Penglihatan – Apakah kesannya terhadap tidak berkeupayaan membaca? Mungkinkah simptom atau tanda
yang berikut boleh menyebabkan tidak berkeupayaan membaca?
1. Juling – menggunakan (fokus) kedua-dua biji mata ke arah yang sama. Ini akan mengakibatkan imej bagi
satu benda yang sama kelihatan tidak sama saiz dan bentuknya.
2. Rabun dekat – (myopia) tidak dapat melihat pada jarak yang jauh.
3. Rabun jauh – tidak dapat melihat bagi jarak yang dekat.
4. Astigmatism- penglihatan yang kabur diakibatkan kurang fokus cahaya pada salah satu atau kedua-dua
hujung retina.
5. Amblyopiks – satu keadaan imej daripada salah satu biji mata tidak sampai ke otak.
Kesemua simton ini akan menyebabkan masalah kepada seseorang kanak-kanak untuk menggunakan
penglihatan pada peringkat awal daldm kemahiran membaca iaitu mencerap imej huruf yang dipaparkan pada
permukaan bertulis. Jika pada peringkat awal ini sukar dilakukan, maka kanak-kanak akan menghadapi masalah
untuk meneruskan proses membaca pada peringkat seterusnya iaitu peringkat mendekod.
Persepsi Penglihatan – pelajar yang mempunyai persepsi penglihatan yang bercelaru akan menyebabkan
kesukaran untuk membaca. Sebahagian daripada simptomnya ialah:
1. Perkataan kelihatan seolah-olah satu percampuran huruf yang tidak bermakna, seperti musik menjadi
msuki.
2. Huruf atau perkataan menjadi terbalik – seperti contoh b menjadi d, atau perkataan bas menjadi das.
3. Jika jenis percetakan atau saiz huruf bertukar, pelajar tidak dapat mengenal pasti huruf yang sebenar.
4. Satu perkataan kelihatan seperti imej cermin.
5. Pelajar yang tidak dapat membezakan suku kata.
Kesemua masalah penglihatan ini perlu diketahui perbezaannya agar kanak-kanak yang bermasalah dapat
diberikan rawatan yang betul. Kebanyakan masalah tidak berkeupayaan membaca dapat diselesaikan dengan
memperbetulkan aspek penglihatan kerana inilah kebanyakan punca tidak berkeupayaan membaca bermula.
Pendengaran (Auditori)
Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yang teruk akan menghadapi masalah untuk belajar membaca.
Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yang ringan boleh dibantu dengan teknik yang dapat
meningkatkan perbendaharaan kata. Mereka yang mempunyai masalah pendengaran juga akan menghadapi
masalah untuk membezakan bunyi vokal dan konsonan. Contohnya kanak-kanak ini tidak dapat membezakan
antara vokal a dengan vokal e, u dengan o, i dengan e. Kerencatan pendengaran juga terdapat dalam dua
kategori, iaitu kerencatan sementara dan kerencatan kekal. Kerncatan sementara boleh dirawat dengan
30
mendapatkan rawatan dokotr perubatan biasa seperti pembersihan lubang telinga atau mengambil antibiotik,
tetapi kerencatan yang kekal perlu kepada rawatan pakar, sama ada rawatan jangka panjang atau memerlukan
pembedahan. Guru pemulihan tidak dapat melakukan kedua-dua jenis rawatan ini. Hanya doktor perubatan dan
pakar Telinga, Hidung dan Tekak (Ear, Nose and Throat –ENT) sahaja yang boleh melakukannya.
Pertuturan
Punca masalah pertuturan (seperti kecelaruan bunyi suara, nada yang tidak menentu, pertuturan spastik, dan
sebagainya) ialah masalah emosi, kelewatan pertumbuhan, kurang pendengaran, pertumbuhan kerongkong
yang tidak lengkap, sumbing, dan kecederaan otak atau sebahagian daripada otak. Namun demikian tidak
semua punca masalah pertuturan ini boleh mengakibatkan masalah tidak berkeupayaan membaca. Jika ada pun
kesannya ialah kesan tidak langsung, iaitu kesan psikologikal.
Faktor Neurologikal
Neurologi ialah kajian yang berkait sistem saraf iaitu sistem saraf manusia termasuklah sistem dalam otak,
tulang belakang, urat, ganglia (tisu urat yang pelbagai), dan bahagian organ reseptor. Sebahagian daripada
bahagian neurologi ini boleh memberikan kesan terhadap kebolehan membaca. Faktor neurologi berkait dengan
masalah kesihatan yang diakibatkan jangkitan kuman atau prakelahiran.
Kerosakan Otak
Kerosakan otak boleh diakibatkan oleh kecederaan, penyakit, atau kesan bahan toksit yang mencemar otak atau
bahagian otak. Kecederaan otak juga boleh terjadi sejak dilahirkan (pre-natal neurological disorder). Ini semua
akan menyebabkan lesion atau perubahan yang luar biasa terhadap bentuk. Biasanya pengesanan terhadap
kecederaan otak ini boleh dilakukan menerusi electroencephalogram (EEC), tetapi tidak semua keputusan ujian
EEC bertepatan walaupun disertakan dengan kajian sejarah kelahiran.
Neurologi Tidak Berfungsi
Bahagian otak yang tidak berkembang sepenuhnya atau bahagian otak yang tertutup sebahagiannya sejak
dilahirkan. Buta perkataan bagi orang dewasa boleh juga diakibatkan oleh serangan sakit jantung.
Hyperlexia – seseorang yang lambat perkembangan bahasa dan akal. Simpton ini juga boleh mneyebabkan
masalah tidak berkeupayaan membaca dan pembelajaran yang serius.
Faktor Keturunan
Ada kajian yang mengatakan keturunan kuat mempengaruhi kemampuan untuk belajar. Contoh kanak-kanak
kembar, kembar seiras dan kembar seibu (identical and fraternal twin), menunjukkan kemampuan yang berbeza
dalam pencapaian. Kembar seiras lebih rapat hubungannya dalam pencapaian daripada kembar seibu. Begitu
juga kajian yang mengaitkan pencapaian pelajar membaca dengan latar belakang keluarga membuktikan anak
yang berasal daripada keluarga yang tidak tahu membaca lebih lemah dalam pencapaian membaca berbanding
anak yang berasal daripada keluarga yang tahu membaca.
Namun demikian pengaruh persekitaran juga amat penting untuk melihat pencapaian kanak-kanak.
Oleh itu beberapa perkara yang penting dalam keluarga ialah bagaimana ahli keluarga menyediakan
persekitaran membaca yang banyak, minat ibu bapa terhadap kejayaan anak-anak dalam pelajaran, dan model
bahasa yang ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak.
Faktor Emosi
Kerapnya bukan emosi yang mempengaruhi kejayaan membaca tetapi kegagalan dalam membaca akan
mengganggu emosi seseorang pelajar. Pelajar yang gagal membaca akan mempunyai rasa rendah diri,
terasing, tidak bermotivasi, kecewa, malas, gagal, dan sebagainya. Namun demikian ada juga kanak-kanak yang
mempunyai masalah emosi yang mengganggu pencapaian mereka dalam pelajaran umumnya dan membaca
khasnya. Kes penderaan, kes kanak-kanak terbiar, dan kes perpecahan keluarga boleh mengakibatkan
31
gangguan emosi kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang tertekan juga boleh menyebabkan emosi mereka
terganggu.
FAKTOR LUARAN
Faktor Sosio-ekonomi
Status sosio-ekonomi (SES) kerap menjadi salah satu pembolehubah dalam kajian yang berkaitan pencapaian
pelajar untuk membaca. Kanak-kanak dari SES rendah selalunya mempunyai pencapaian yang rendah dan
kanak-kanak dari SES tinggi selalu mendapat pencapaian yang tinggi juga. Keturunan kaum dan perbezaan
budaya juga boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam membaca.
Walau apapun punca masalah tidak berkeupayaan membaca, satu perkara yang perlu diambil
perhatian ialah pengesanan awal dan cadangan kepada pihak sekolah dan ibu bapa. Tindakan awal dapat
diambil bagi membantu kanak-kanak ini agar mereka tidak terus tercicir dalam sistem pendidikan kita yang
berasaskan umur akal, kerana jika kanak-kanak ini tidak dibantu dari awal kemungkinan untuk mereka berjaya
pada tahap yang lebih tinggi adalah tipis bagi kebanyakan kes. Guru literasi Bahasa Melayu yang biasa tidak
akan dapat membantu kerana mereka tidak dilatih untuk memperbetulkan banyak keadaan yang dibincangkan di
atas. Hanya pakar perubatan, pakar psikologi, dan pakar kanak-kanak sahaja yang dapat memberikan rawatan
yang sewajarnya bagi memperbetulkan kebanyakan masalah di atas. Tambahan teknik mengajar yang salah
akan menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk dan tidak membantu langsung situasi yang
dibincangkan.
Faktor Instruksional
Kaedah, teknik dan strategi pengajaran guru amat penting bagi menetukan kejayaan pelajar mencapai
objektif pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran membaca, kaedah dan teknik yang
digunakan guru perlulah sesuai dengan tahap perkembangan dan keupayaan pelajar. Berdasarkan
banyak kajian yang dilakukan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran amat mempengaruhi kejayaan
dan keberkesanan pelajar menguasai sesuatu kemahiran. Faktor instrusional guru juga merupakan
faktor luaran yang boleh mempengaruhi kejayaan pelajar menguasai kemahiran membaca pada
pelbagai tahap yang berbeza.
Faktor Motivasi
Motivasi dari pihak luar juga amat mempengaruhi keupayaan membaca. Kanak-kanak yang kerap
digalakkan membaca dan diberi peluang untuk membaca akan lebih pantas menguasai kemahiran
membaca daripada kanak-kanak yang tidak ada galakan dan tidak diberikan persekitaran membaca
yang kaya. Galakan dan dorongan membaca yang datang dari pihak luar, seperti dari pihak sekolah
dengan mengadakan pelabagi program membaca amat berkesan dalam memberikan semangat yang
positif dalam kalangan pelajar bagi menguasai kemahiran membaca. Program membaca perlu
dilaksanakan bagi kanak-kanak yang berbeza keupayaannya.
Faktor Genetik
Perbezaan perkembangan otak seseorang manusia yang berkaitan dengan pembelajaran pemikiran
kadang kala sangat dipengaruhi oleh faktor genetik. Penanda genetik untuk pembaca yang lemah telah
dikenalpasti pada kromosom 6 dan 15 (Kibby & Hynd, 2001). Kanak-kanak bermasalah pembelajaran
boleh berpunca daripada keturunan dan kerap berlaku dalam sesuatu keluarga. Kanak-kanak yang
bermasalah pembelajaran begini dapat dilihat dalam keluarga yang mempunyai pola yang sama seperti
masalah pembelajaran yang dipunyai oleh ibu bapa waktu mereka bersekolah.
MENGATASI MASALAH DALAM PEMBACAAN
32
Ujian Saringan dan Ujian Diagnostik
Ujian saringan dan ujian dignostik dijalankan oleh guru pemulihan bagi mengesan apakah
masalah yang dihadapi oleh seseorang dalam menguasai kemahiran membaca. Fungsi ujian saringan
ialah untuk mengetahui tahap pencapaian setiap pelajar dalam kemahrian membaca. Sementara fungsi
ujian diagnostik dalam pendidikan secara umumnya pula ialah mengenalpasti simptom psikologi,
fizikal, psikososial dan persekitaran yang ditunjukkan pelajar yang berkaitan kesukaran dan masalah
pembelajaran. Kedua-dua ujian ini merupakan satu alat pengukuran yang membolehkan guru
mengesan punca dan bahagian yang merupakan kelemahan yang dihadapi oleh pelajar bagi tujuan
melaksanakan program intervensi pemulihan.
Ujian saringan diadakan bagi menapis dan mengenal pasti siapakah di antara pelajar di dalam sesuatu
kohort mempunyai masalah membaca yang memerlukan langkah pemulihan dijalankan. Ujian ini
biasanya diadakan pada awal tahun dan hasil ujian ini pelajar yang mempunyai masalah dapat
dikenalspati lebih awal pada tahun tersebut. Ujian ini kerap juga digunakan bagi tujuan isntruksional,
iaitu memudahkan guru menyediakan bahan yang khusus bagi membantu pelajar yang mempunyai
masalah membadca, tetapi tidak memerlukan tindakan pemulihan yang lebih khusus. Haisl ujian
saringan juga boleh digunakan untuk para guru mengambil tindakan selanjutnya, iaitu mengesyorkan
supaya pelajar yang tidak mencapai tahap tertentu utnuk menjalani ujian seterusnya, iaitu ujian
diagnostik.
Antara tujuan melaksanakan ujian diagnostik dalam pendidikan bacaan ialah:
1. Membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan dan kesukaran yang dihadapi oleh pelajar
bagi menguasai bahan bacaan.
2. Membantu guru mengenal pasti punca kegagalan pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran
membaca. Menerusi hasil ujian diagnostik, guru dapat mengenalpasti apa punca dominan yang
menyebabkan pelajar sukar untuk menerima pengajaran guru.
3. Membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu pelajar yang mengalami masalah membaca.
4. Membantu guru merancang satu program pengajaran pemulihan bacaan yang khususnya
berlandaskan hasil ujian yang dilaksanakan.
5. Membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian
mengikut tahap dan keperluan pelajar serta yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.
6. Mengambil langkah untuk merujuk pelajar yang menghadapi masalah dalaman dan luaran yang
lebih serius kepada pakar yang tertentu seperti pakar pemulihan pembelajaran dan kanak-kanak
berkeperluan khas pembelajaran.
Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang
belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Program
ini telah dilaksanakan pada bulan Mac 2006 ekoran daripada pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006 – 2010 (Teras Ketiga: Memperkasa Sekolah Kebangsaan).
Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)
melibatkan beberapa langkah berikut:
i. Pencalonan – Pencalonan dilaksanakan oleh guru kelas yang dapat meneganpasti siapakah di
antara pelajar mereka yang perlu diberikan program pemulihan khas membaca dan menulis. Biasanya
guru lebih memahami ketidakupyaan pelajarnya dari awal lagi. Namun demikian guru kelas perlu
menganlpasti apakah punca masalah sehingga seseorang kanak-kanak itu tidak dapat menguasai
kemahiran yang asas dalam membaca dan menulis.
33
ii. Ujian Penapisan – Pada tahap ini pelajar yang telah dikenalpasti bermasalah membaca dan menulis
akan diberikan ujian penapisan, iaitu ujian diagnostik bagi mengetahui punca dan kawasan kelemahan
mereka.
iii. Perancangan – Perancangan bagi menentukan jenis program dan bahan yang digunakan dalam
program tersebut dilakukan berdasarkan hasil dapatan dari ujian diagnostik yang telah dijalankan.
Perancangan dari segei penjadualan, tenaga pengajar, latihan tenaga pengajar, dan bahan perlu
dilakukan dengan teliti agar program pemulihan yang dilaksanakan menghasilkan kesan yang
maksimum.
iv. Instruksi – Instruksi atau pengajaran dijalankan berdasarkan perancangan yang telah dilakukakn.
Pelajar yang bermasalah tidak berkeupyaan membaca akan di keluarkan dari kelas biasa dan
menjalani program intervensi di satu kelas yang lain. Mereka dakan diberi perhatian berlandaskan
keperluan pemulihan bacaan masing-masing.
v. Penilaian – Setelah melaksanakan program intervensi pada satu tempoh tertentu, penilaian akan
dilakukan bagi mengenalpasti keberkesanan program yang telah dijalankan. Ujian saringan akan
dilakukan terhadap paar pelajar yang telah menjalani program intervensi. Penilaian terhadap
perkembnagan pelajar, sama ada telah berjaya menguasai aspek kemahiran yang dikenalpasti
ataupun tidak akan menjadi landasan tindakan guru seterusnya. Palajr yang telah Berjaya melepasi
ujian saringan ini akan dikeluarkan dari program intervensi dan di masukkan ke dalam kelas biasa.
vi. Tindakan susulan – Penilaian dan penapisan kali kedua bukan sahaja bertujuan untuk mengetahui
tahap perkembangan pelajar yang menjalani program intervensi, tetapi juga bagi mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan program intervensi yang dirancang oleh guru. Pada tahap ini guru boleh
menilai keberkesanan program intervensi yang dilaksanakannya dan kesesuaiannya dengan keperluan
pelajar yang menjalani program tersebut. Guru juga boleh menyemak bahan yang digunakan bagi
melakukan proses penambahbaikan. Tindakan susulan terhadap pelajar yang telah di keluarkan dari
program intervensi juga perlu dilakukan beberapa bulan setelah itu. Ini bagi memastikan pelajar yang
telah berjaya di keluarkan dari program dapat mengadaptasikan kemahiran yang dikuasai ketika adlam
program intervensi ke dalam situasi pembelajaran pada tahap yang sebenarnya.
Kesimpulannya, program KIA2M telah dilaksanakan untuk beberapa tahun di sekolah rendah.
Program ini telah dapat membantu sebahagian besar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran
khususnya dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Ini dapat dilihat dari trend
berkurangannya jumlah pelajar yang memasuki program KIA2M pada akhir setiap tahap persekolahan
setelah menjalani program intervensi pemulihan bacaan tersebut. Namun demikian masih terdapat
sejumlah pelajar yang kurang berjaya dipulihkan setelah menjalani program KIA2M. Dalam porgram
transformasi pendidikan, pihak Kementrian Pelajaran telah merancang program baru yang dikenali
sebagi program LINUS bagi menggantikan program KIA2M. Seterusnya babi ni akan membincangkan
apakah yang dimaksudkan dengan program LINUS.
Literasi, Numerasi dan Saringan (LINUS)
LINUS ialah singkatan daripada perkataan Literasi, Numerasi dan Saringan. Maksud ketiga-tiga
perkataan ini dijadikan satu akronim yang membawa maksud Program Saringan Literasi dan Numerasi.
Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M),
memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis dan mengira dan
pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011 semua pelajar yang normal (100%) yang berada di sekolah
di negara ini mencapai keupayaan literasi dan numerasi. Bagi keupayaan literasi, diharapkan hasil dari
program ini ialah tiada lagi masalah pelajar yang tidak berkeupayaan literasi setelah berada di sekolah
rendah selama enam tahun dan sekolah menengah selama lima tahun.
DEFINISI KEUPAYAAN LITERASI
34
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Berdasarkan definisi ini, setiap
pelajar normal yang berada di sekolah diharap dapat mencapai keupayaan ini setelah menjalani
program intervensi LINUS yang dilaksanakan menerusi program ini. Antara fokus program ini ialah bagi
mencapai kemahrian asas dalam literasi.
KEMAHIRAN ASAS LITERASI
Berikut ialah kemahiran asas literasi yang diharapkan akan tercapai bagi semua pelajar yang berada di
bangku sekolah rendah:
TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah
menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah
dengan kata sendi dalam satu perenggan.
Semantara itu satu Ujian saringan awal yang dijalan bagi mengenalpasti keupayaan literasi dijalankan
di sekolah rendah. Kandungan bahan ujian ini mengandungi 12 Konstruk iaitu:
Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
Strategi Pelaksanaan Di Sekolah
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.
Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3):
Saringan 1 (Mac)
Saringan 2 (Jun)
Saringan 3 (September)
Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan
kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.
Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.
Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.
Program intervensi masalah ketidakupayaan membaca
35
Setelah menjalankan ujian saringan Linus, pelajar yang tidak melepasi tahap keupayaan literasi dan
numerasi yang tertentu perlu menjalani program intervensi yang dijalankan oleh pihak sekolah dengan
bantuan fasilitator Linus yang dilantik oleh pihak kementerian. Guru yang diberikan latihan khusus
akan melaksanakan program ini. Program ini dirancang berasaskan konstruk yang telah dikenalpasti
bermasalah bagi pelajar yang telah mengambil ujian sartingan Linus. Program berfokus bertujuan
membantu pelajar yang bermasalah berdasarkan ujian saringan yang dijalankan.
Program akan berfokus kepada intervensi awal (Tahun 1 - 3) untuk literasi dan kemahiran
numerasi.
Mengurangkan kadar guru pemulihan kepada 1 guru untuk 15 murid daripada kadar sekarang
yang hanya 1 guru untuk 1 sekolah.
Sokongan profesional untuk guru LINUS melalui fasilitator berdedikasi dikenali sebagai (Fasilinus)
ditempatkan di semua PPD.
Seorang Fasilinus akan mengendalikan 30 buah sekolah.
Pengurusan dan penyeliaan didesentralisasi ke Pejabat Pelajaran Daerah dan dipantau oleh
Jemaah Nazir.
Guru terbaik kini ditempatkan pada Tahun 1 dan 2 iaitu semenjak dari Program Linus (bukan
hanya di kelas peperiksaan iaitu tahun 6 sahaja).
Guru pemulihan LINUS tambahan akan ditempatkan di sekolah untuk membantu mengatasi
masalah pemulihan LINUS di sekolah.
Progam Pembetulan Membaca
Program ini dijalankan di dalam kelas biasa bagi membantu murid-murid yang mengalami masalah
membaca yang ringan.
Murid-murid begini perlu kepada perhatian yang khusus bagi menguasai komponen asas
membaca.
Bagi murid-murid normal bantuan awal dapat diberikan bagi mereka yang mempunyai masalah
ringan dalam mendekod dan menguasai kemahiran yang asas dalam bacaan.
Progam Pemulihan Membaca
Program ini ialah bagi murid-murid yang mengalami tidak keupayan membaca yang sederhana
dan berat.
Mereka perlu menjalani program membaca daripada guru yang dilatih khusus dalam bidang ini.
Kelas biasanya antara lima hingga lapan orang murid-murid yang mengalami masalah untuk
menguasai kemahiran asas membaca setelah menjalani program pembetulan membaca.
Kelas biasanya dijalankan di luar masa kelas biasa, dan murid-murid perlu diasingkan dengan
murid-muird yang lain bagi menjalani program ini.
Pengajaran dijalankan secara berkumpulan atau sekiranya seseorang murid mempunyai masalah
yang khusus, maka tumpuan bagi kanak-kanak tersebut dapat diberikan oleh guru pemulihan.
Semakin awal murid berkeperluan khas ini dapat dikesan, semakin besar kemungkinan untuk
mereka dapat dibantu dengan berkesan.
36
Program Membaca Klinikal
Program ini dirancangkan bagi seseorang individu murid yang mempunyai masalah tidak
berkeupayaan membaca yang berat.
Murid tersebut perlu kepada bantuan khusus oleh seorang pakar klinikal dalam bidang bacaan
agar murid ini memperoleh kaedah tertentu untuk membolehkannya menguasai kemahiran asas
membaca.
Kadang kala murid ini memerlukan pemulihan fizikal atau terapi yang khusus bagi membantunya
menguasai kemahiran membaca dan belajar seperti murid-murid yang lain.
RUMUSAN
Masalah ketidakupayaan membaca bukanlah satu masalah yang baru bagi masyarakat di serata
dunia, sama ada bagi negara membangun ataupun negara maju. Masalah universal ini telah banyak
mengubah perspektif dan dasar pendidikan di pelbagai negara kerana kemajuan dalam bidang
pendidikan adalah berpunca sejuah manakah sesebuah negara itu dapat mengatasi masalah ini
dengan berkesan. Punca atau penyebab maslah ini juga bercorak universal dan kaedah mengatasinya
juga banyak dibincangkan dalam pelbagai fourm dan perbincangan dalam bidang pendidikan,
khususnya pendidikan khas dan pendidikan literasi. Langkah kerajaan Malaysia untuk memberikan
forkus khas dalam masalah ketidakupayaan membaca merupakan satu langkah bijak bagi memajukan
bidang pendidikan negara setaraf dengan pendidikan yang diberikan kepada generasi mudah dalam
sesebuah negara maju. Diharapkan langkah berterusan akan diambil untuk menangani masalah ini
secara lebih serius dan lebih berkesan pada masa akan datang.
KATA KUNCI
Masalah pembelajaran, pelajar berkeperluan khas, pemulihan bacaan, program pemulihan bacaan
PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah punca masalah ketidakupayaan membaca dalam kalangan pelajar di sekolah?
2. Mengapakah masalah ketidakupyaan membaca tidak dapat dikesan dan sukar untuk
dipulihkan?
3. Apakah perancangan yang telah diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk mengatasi
masalah ketidakupayaan literasi?
37
PETA KONSEP
MASALAH MEMBACA
FAKTOR DALAMAN FAKTOR LUARAN
UJIAN SARINGAN/DIAGNOSIS
KIA2M LINUS
PROGRAM PEMULIHAN BACAAN
Pembetulan Membaca Pemulihan Membaca Membaca Klinikal
RUJUKAN
Adam. M. & Bertram. B. (1980). Background knowledge and reading comprehension Laporan
Pendidikan Bacaan No.13. Urbana: Center for the Study of Reading, Univeristy of Illinois.
Adam, M.J. (1990). Beginning to read: Thinking and learning about print. Cambridge, MA: MIT
Press.
Anderson, R.C. & Pearson, P.D. (1984). A schema-theoretic view of basic processes in reading
comprehension. Dalam P.D. Pearson (Ed.) Handbook of reading research (m.s. 255-291). New York:
Longman.
38
Anderson, R.C., Hiebert, E.H., Scott, J.A., & Wilkinson, I.A.G. (1985). Becoming a nation of
readers: The report of the Commission on Reading. Washington, DC: National Institut of Education.
Beach, R. & Appleman, D. (1984). Reading strategies for expository and literary text types.
Dalam A.C. Purves & O. Niles (Eds.) Becoming readers in complex society (ms. 115-143). Buku
Tahunan ke-83, Natioanl Society of Education. Chicago: University of Chicago Press.
Bloome, D. & Egan-Robertson, A. (1993). The social construction of intertextuality in classroom
reading and writing lesson. Reading Research Quarterly, 28(4), 305-333.
Durkin, D. (1981). What is the value of the new interest in reading comprehension? Language
Arts, 58(1), 23-43.
Green, J. (1990). Reading as social process. Dalam J. Howell, A, McNamara, & M. Clough
(Eds.), Social context of literacy. Canberra, Australia: ACT Department of Education, Canberra.
Guthrie, J. & Wigfiled, A. (1997). Reading engagement: Motivation readers through intergrated
instruction. Newark, DE: International Reading Association.
Harste, J.( 1988). Tomorrow’s readers today: Becoming a profession of collaborative learners.
Dalam J. Readence & R.S. Baldwin (Eds.) Dialogues in literacy research. Chicago: National reading
Confrence.
Hartman, D.K. (1995). Eight readers reading: The intertextual links of proficient readersreading
multiple passages. Reading Research Quarterly, 30(3), 520-561.
Johnson, D. & Johnson, R. (1989). Cooperation and competition: Theory and research. Edina,
MN: Interaction Book Company.
Jordan, D. & LeMatais, J. (1997). Social skilling through cooperative learning.
Educational Researcher, 39, 3-12.
Mahzan Arshad (1994). “Pembentukan soalan kefahaman bacaan sastera dalam pengajaran
Bahasa Melayu” Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 38, Bil.9. Hlm. 841-848.
Mahzan Arshad. (1998). Malaysian student teachers’ responses to multicultural literature. Tesis
Doktor Falsafah yang belum diterbitkan. University of Pittsburgh.
Mahzan Arshad (1999) Intertekstualiti: Satu pendekatan alternatif bagi memahami teks
bacaan”. Jurnal Pendidikan, Jilid 20. Hlm.13- 26.
Mahzan Arshad (2003) Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Satu pendekatan bersepadu. Kuala
Lumpur. Utusan Publications and Distributors.
Myers, J. (1992). The social contexts of school and personal literacy. Reading Research
Quarterley. 27, 297-333.
Pearson, P. D., et.al. (1979). The effect of background knowledge on young children’s
comprehension of explicit and implicit information. Champaign, IL: Center for the Study of reading,
University of Illinois.
Perfetti, C. (1985). Reading ability. New York: Oxford University Press.
39
Rumenlhart, D.E. (1980) Schemata : The building blocks of cognition. Dalam R.J. Spiro
et.al.(Eds.), Theoretical issues in reading comprehension (ms. 33-58) Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum.
Safiah Osman. (1985). Comprehension of expository text by readers of English as a second
language ( Malaysia). Tesis Doktor Pendidikan yang belum diterbitkan, State University of New York at
Albany.
Smith, F. (1971). Understanding reading. New York: Holt, Rinehart and Winston.
Taylor, B.M., & Beach, R.W. (1984). Effects of text structure instruction on middle-grade
students’ comprehension and production of expository text. Reading Reserch Quarterly, 19(2), 147-
161.
Turner, J. (1995). The influence of classroom contexts on young children’s motivation for
literacy. Reading Research Quarterly, 30, 410-441.
Unrau, N. & Rudell R. (1995). Interpreting texts in classroom contexts. Journal of Adolescent
and Adult Literacy, 39, 16-27.
JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS
1. Apakah punca masalah ketidakupayaan membaca dalam kalangan pelajar di sekolah?
- Terdapat dua punca utama – Punca Dalaman dan Punca Luaran
- Punca dalaman diakibatkan oleh faktor fizikal seperti penglihatan dan pendengaran dan
faktor neurologikal seperti fungsi otak, neurologi, emosi dan kekeluargaan
- Punca luaran ialah faktor sosioekonomi, instruksional, motivasi, dan genetik
2. Mengapakah masalah ketidakupyaan membaca tidak dapat dikesan dan sukar untuk dipulihkan?
- Tidak mempunyai sistem pengujian yang betul
- Tidak menjalankan ujian saringan atau ujian diagnostik yang betul
- Program intervensi yang tidak berkesan
- Program intervensi yang tidak bersesuaian
- Kurang latihan guru pemulihan
3. Apakah perancangan yang telah diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk mengatasi
masalah ketidakupayaan literasi?
- Mengadakan program ujian saringan dan ujian diagnostik untuk murid pada peringkat
aawal persekolahan
- Mengadakan program pemulihan KIA2M
- Mengadakan program LINUS
40
UNIT 4
PENDEKATAN HOLISTIK DALAM PENGAJARAN BACAAN
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini pelajar akan dapat:
• Membandingkan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam proses pengajaran
• Menghuraikan maksud pendekatan holistik dalam pengajaran membaca
• Membincangkan pelabagai kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran membaca berlandaskan
pendekatan holistik.
PENGENALAN
Pendekatan holistik baru sahaja diperkenalkan di negara ini, terutama dalam pengajaran membaca dalam
bahasa Melayu (Mahzan Arshad 2003). Prinsip asas pendekatan ini ialah murid-murid bukan sahaja diajar untuk
menguasai kemahiran membaca, tetapi juga menikmati bahan bacaan. Pendekatan ini diperkenalkan dalam
pengajaran bacaan kerana penulis mendapati masyarakat Malaysia mempunyai kadar boleh membaca yang
tinggi, tetapi tidak mempunyai minat membaca yang menggalakkan. Hal ini berlaku kerana pendekatan yang
digunakan bagi mengajar membaca di negara ini amat tradisional bentuknya. Guru hanya mengajar membaca
untuk dengan tujuan supaya muridnya memahami petikan yang dibawa ke dalam kelas. Setelah tamat sesuatu
sesi pengajaran bacaan guru akan mengarahkan murid menjawab soalan kefahaman yang disediakan bagi
petikan tersebut. Begitulah pedenkatan yang digunakan bagi setiap tahap pendidikan dari darjah satu hinggalah
ke tingkatan enam. Pendekatan begini menjadikan pengajaran bacaan tidak menarik perhatian murid dan
menjadikan membaca sebagai satu tugas yang rutin yang perlu dilakukan setiap minggu. Pendekatan holistik
yang diperkenalkan diharap dapat mengubah senerio pengajaran bacaan di bilik darjah di negara ini.
ISI KANDUNGAN
Kaedah dalam pendekatan holistik
.
Baca petikan di bawah dan bincangkan dalam forum apakah yang dimaksudkan dengan Pendekatan Holistik
seperti yang dihuraikan oleh penulis petikan ini?
Satu Pendekatan Holistik
Literasi bahasa adalah kemampuan menggabungkan keseluruhan kemahiran berbahasa iaitu
mendengar, bertutur (kecuali bagi mereka yang mempunyai kecacatan kekal pendengaran dan pertuturan),
membaca, menulis dan berfikir. Kemahiran tersebut perlu berlaku serentak dan bukan terpisah-pisah. Kemahiran
berfikir adalah mendampingi keempat-empat kemahiran asas bahasa tersebut. Oleh yang demikian, bagi
membantu para pelajar membina dan menguasai literasi bahasa, guru perlu mengambil kira bahawa setiap
komponen kemahiran yang dinyatakan tidak diabaikan. Setiap kemahiran seharusnya tidak diajar secara
berasingan atau diajar dalam tajuk yang terpisah-pisah kerana kesemua aspek kemahiran tersebut terbina
secara bersepadu dan saling bantu-membantu di antara satu sama yang lain. Kekurangan pada satu aspek
akan menyebabkan kekurangan akan juga berlaku pada aspek yang lain.
Pada masa yang lalu penekanan terhadap aspek bacaan dilakukan pada peringkat awal persekolahan
lagi. Kanak-kanak diajar menghafal huruf-huruf A hingga ke Z dan dilatih tubi dengan membaca carta huruf dan
41
kad-kad imbas supaya dapat menguasai bacaan berdasarkan suku kata yang terkandung dalam Bahasa
Melayu. Penekanan kemahiran bacaan secara ini adalah tertumpu pada tahap mengenal huruf semata-mata,
sehingga kanak-kanak hanya mempunyai kemampuan menyebut perkataan yang ditunjukkan menerusi carta
atau kad imbas tersebut tanpa mengaitkan bahan yang dibacanya dalam satu situasi yang lebih bermakna.
Perkembangan pendidikan Bahasa Melayu di sekolah pada masa yang sama juga percaya bahawa kanak-kanak
perlu belajar membaca terlebih dahulu sebelum diajar kemahiran menulis. Pengajaran penulisan secara
bermakna hanya berlaku setelah pelajar memasuki tahun kedua persekolahan. Penulisan karangan hanya
diperkenalkan kepada pelajar pada tahun tiga atau empat. Kelewatan mendedahkan pelajar pada pengalaman
membaca dan menulis yang jitu akan menyebabkan kebantutan dalam proses mereka menguasai kedua-dua
kemahiran tersebut. Ini kerana kajian yang dijalankan membuktikan sekiranya seseorang murid itu lambat
didedahkan kepada kemahiran membaca dan menulis yang bersepadu, dan tidak dapat menguasai kedua-dua
kemahiran tersebut pada akhir tahun ketiga persekolahannya, dia akan terus ketinggalan dalam kemahiran
membaca dan menulis dan juga dalam semua aspek akademik pada peringkat yang lebih tinggi.
Kanak-kanak pada usia awal persekolahan perlu didedahkan dengan pengalaman membaca dan
menulis yang sebenar secara bersepadu. Melatih tubi dengan menggunakan kad imbasan atau carta huruf yang
disediakan guru tidak mencukupi bagi mengayakan mereka dengan pengalaman tersebut. Mereka perlu
disuakan dengan pelbagai bahan bacaan yang diterbitkan dalam bentuk yang asal seperti buku cerita yang
mempunyai tema dan mesej yang khusus, di samping mengandungi pelbagai ilustrasi yang menarik. Mereka
juga perlu diberi peluang menyalurkan apa yang terkandung dalam pemikiran mereka dalam bentuk penulisan
dengan kemampuan yang ada pada peringkat usia mereka sendiri. Sungguhpun sebahagian daripada hasil
penulisan mereka itu nanti dalam bentuk cakaran huruf yang tidak jelas dan tidak membawa maksud yang
tertentu, latihan begini merupakan langkah awal bagi membina pengalaman yang lebih kukuh pada peringkat
yang lebih matang. Semakin banyak seseorang kanak-kanak itu mencuba, semakin kukuh kepercayaannya
menyungkil makna daripada bahan yang bercetak dan menyampaikan maksud menerusi alat tulis dan kertas
yang digunakannya. Ejaan ciptaan yang digunakan kanak-kanak pada peringkat awal ini menjadi asas bagi
memperkenalkan mereka dengan alam penulisan yang sebenar pada peringkat yang lebih dewasa. Contoh
pengajaran pada awal bab ini menunjukkan bagaimana guru dapat menggunakan buku cerita “Anak Ayam
dengan Musang” dalam pengajaran bacaan dan pemahaman bacaannya. Pelajar terlibat secara langsung
mendengar bacaan cikgu mereka, membuat penaakulan, memberikan pandangan secara lisan, terlibat dalam
aktiviti perbincangan secara kumpulan, menulis, mengemukakan pandangan masing-masing di dalam kumpulan
kecil dan dalam bilik darjah, dan menulis pendapat mereka dalam jurnal. Inilah yang dimakusdkan peningkatan
literasi bahasa menerusi pendekatan holistik dan bersepadu.
Penampilan Literasi dan Penguasaan Bahasa
Pada masa yang lalu pendidik bahasa dan bacaan kerap berbicara tentang “kesediaan membaca” di
kalangan kanak-kanak peringkat awal persekolahan. Mereka berpendapat pengajaran pembacaan hanya dapat
dijalankan sekiranya kanak-kanak telah dapat menguasai satu set kemahiran asas sebagai persediaan untuk
menguasai kemahiran membaca. Sebagai contohnya kemahiran mengenal semua huruf seperti yang
dibincangkan pada bahagian sebelum ini. Mereka percaya kegagalan menguasai pra-syarat kemahiran asas ini
akan menggagalkan kemahiran yang seterusnya. Seterusnya mereka percaya bahawa penumpuan yang perlu
dibuat pada peringkat awal usia kanak-kanak yang baru mengenali literasi ialah pada aspek pembacaan. Ini juga
bermaksud penulisan (kecuali pembentukan huruf secara mekanis dan tulisan tangan) perlu ditangguh sehingga
kanak-kanak telah mencapai kemahiran membaca sepenuhnya. Berdasarkan kepercayaan inilah guru Bahasa
Melayu yang mengajar tahap satu atau dua menekankan aspek kemahiran “mengenal huruf” dalam pengajaran
mereka. Bagi mereka yang mendokong kepercayaan ini para pelajar perlu mempelajari teknik membaca, bukan
menguasai kemahiran membaca.
Konsep penampilan literasi dicetuskan daripada pelbagai kajian yang dijalankan oleh M.M.Clay
(1967), seorang tokoh bahasa dari New Zealand. Kajian yang beliau jalankan menekankan aspek penguasaan
bahasa dan tabiat membaca pada peringkat awal kanak-kanak hinggalah ke alam remaja. Penampilan literasi
bermaksud kanak-kanak membina kemahiran membaca dan menulis tanpa titik permulaan atau pengakhiran.
Kedua-dua kemahiran tersebut terbina secara serentak dan saling bergantung di antara satu sama yang lain
42
tanpa turutan yang tertentu ( Strickland, 1990; Teale & Sulzby, 1986). Ini bermaksud, literasi tampil secara
berterusan, tanpa prasyarat mengenal huruf, dan terbina secara bersepadu di antara kemahiran mendengar,
bertutur, membaca, menulis dan berfikir. Walau bagaimanapun, proses ini bermula lama sebelum seseorang
kanak-kanak tersebut memasuki alam persekolahan - menerusi pelbagai aktiviti dan pengalaman yang
diperolehi dalam kehidupan hariannya dan interaksinya dengan rakan sebaya dan orang yang lebih dewasa
(Goodman, 1986; Harste, Woodward & Burk, 1984 ; Heath, 1983; Sulzby, 1985). Pembelajaran literasi
melibatkan kesemua ciri proses komunikasi - membaca, menulis, bertutur, mendengar dan berfikir. Ini
bermaksud kanak-kanak membina kefahaman membaca dengan berkongsi buku yang bermakna bagi mereka
dengan rakan sebaya dan orang dewasa.
Seperti yang dinyatakan di atas, proses menguasai bahasa adalah berterusan dan tidak ada
batasannya. Setiap waktu kita akan terus mempelajari aspek bahasa yang baru menerusi interaksi dan
pengalaman yang kita lalui. Oleh itu, penguasaan bahasa adalah satu proses sosial yang utama (Cook--
Gumprez, 1986; Wells, 1990). Dalam keadaan normal, seseorang kanak-kanak akan dapat menguasai
tatabahasa asas bahasa ibundanya sebelum mencapai ulang tahun kelahirannya yang ketiga. Ketika dalam usia
kanak-kanak tersebut memasuki kelas Tadika dan Tahap Satu persekolahan, mereka telah mempunyai asas
bahasa yang kukuh, walaupun mungkin ada di antara mereka menguasai bahasa yang tidak bersesuaian
dengan bahasa yang perlu digunakan di alam persekolahan tersebut seperti kanak-kanak yang berasal dari
bukan penutur jati bahasa Melayu dan juga mereka yang menggunakan dialek daerah atau negeri tertentu. Guru
harus sedar akan perbezaan ini bagi memastikan kanak-kanak ini tidak akan menjadi terpinggir kerana tidak
dapat menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran yang baru mereka tempuh pada peringkat awal
persekolahannya. Walau bagaimanapun, perbezaan ini tidak akan menyekat konsep yang ditegaskan pada awal
lagi, iaitu kemahiran literasi terbina daripada penguasaan bahasa yang dipunyai oleh kanak-kanak secara
semula jadi, dan penguasaan literasi perlu dijalankan secara holistik. Mereka berhak untuk memperolehi
kemahiran literasi berasaskan bahasa yang mereka bawa dari rumah ke sekolah, walaupun bahan yang mereka
gunakan mungkin mempunyai beberapa perbezaan yang jelas dengan bahasa yang mereka punyai. Tugas guru
adalah mengendalikan jurang perbezaan yang terdapat di antara kedua-dua bahasa tersebut.
Pada peringkat awalnya tentulah mereka akan menempuh pelbagai kesukaran dan banyak melakukan
kesilapan dalam proses menguasai “bahasa baru” yang digunakan di alam persekolahan, terutama bagi kanak-
kanak yang bukan penutur jati bahasa Melayu atau yang menggunakan dialek daerah dan negeri. Banyak teori
tentang penguasaan bahasa yang telah dibincangkan oleh ahli psikologi dan linguistik. Golongan nativists
percaya bahawa kanak-kanak menguasai bahasa secara semulajadi tanpa perlu dilatih atau dipaksa
(Chomsky, 1965; Lenneberg, 1967; McNeil, 1970). Ini bermaksud kanak-kanak akan menguasai bahasa seperti
mereka mengasai kemahiran merangkak, kemudian bertatih dan akhirnya berjalan. Bahasa dikuasai kerana
bahasa memberikan makna dan kemudahan berinteraksi dalam kehidupan kanak-kanak tersebut, seperti
berjalan memberikan mereka kemudahan untuk mereka bergerak di merata tempat. Teori ini banyak
dipersoalkan kerana terdapat beberapa kes kanak-kanak yang tidak menguasai bahasa kerana mereka tidak
terdedah dengan bahasa yang digunakan oleh manusia. Namun demikian secara semula jadinya manusia
memang mempunyai kemampuan untuk menguasai bahasa kerana terdapatnya sejenis alat yang terdapat
dalam tubuh mereka. Alat ini dikenali sebagai Alat Menguasai Bahasa (Language Acquisition Device – LAD).
Alat ini memboleh seseorang manusia menguasai dan menggunakan bahasa secara semula jadi.
Bagi mereka yang mendokong pandangan dari sudut perkembangan kognitif pula berpendapat kanak-
kanak menguasai bahasa berperingkat-peringkat ( Piaget & Inhelder, 1969) dan setiap peringkat harus dilalui
dan dikuasai sepenuhnya sebelum mereka dapat meningkatkan kemahiran pada peringkat yang seterusnya.
Tokoh bahasa Russia yang disebut di atas iaitu Vygotsky, percaya bahawa kanak-kanak akan dapat memikul
beban menguasai kemahiran berbahasa dengan bantuan orang dewasa. Konsep “sokongan” yang disarankan
oleh Vygotsky ialah satu konsep yang menegaskan bahawa kanak-kanak perlu menerima sokongan daripada
orang dewasa bagi menguasai kemahiran asas berbahasa. Apabila mereka telah mempunyai asas bahasa yang
kukuh ini, maka sokongan tersebut akan secara beransur-ansur akan dilepaskan. Konsep ini samalah seeperti
kita membina bangunan konkrit, yang perlukan sokongan pada setiap bahagian bangunan tersebut. Apabila
konkrit telah kering dan kukuh, sokongan akan ditanggalkan dan bangunan akan dapat berdiri dengan sendiri.
Oleh itu, menurut teori ini, pada peringkat awal kanak-kanak mempelajari kemahiran berbahasa,
interaksi mereka dengan orang dewasa amatlah penting. Penguasaan bahasa mereka akan bergantung pada
43
kebiasaan bahasa yang digunakan oleh orang dewasa yang paling rapat dengan mereka. Jika mereka
menerima sokongan bahasa yang kasar, maka asas pertuturan mereka juga akan menjadi kasar. Halliday
(1975) berpendapat penguasaan bahasa adalah satu proses aktif yang berlaku apabila kanak-kanak cuba
menggunakan bahasa yang betul menerusi kemampuannya membuat penelahan. Dalam proses ini mereka
akan melakukan pelbagai kesilapan dan membuat pembetulan terhadap kesilapan tersebut secara berperingkat-
peringkat. Daripada mempelajari menerusi kesilapan inilah mereka dapat menguasai bentuk bahasa yang betul.
Menerusi teori inilah kita dapat memahami bagaimana bahasa dikuasai. Secara ringkasnya kita
mempelajari bahawa bahasa dikuasai menerusi
1. Apabila bahasa mengandungi makna
2. Menerusi interaksi dengan rakan sebaya atau orang dewasa
3. Dengan melakukan anggaran
4. Pada kadar yang berbeza dan menerusi peringkat-peringkat tertentu walaupun
mereka akan menerusi peringkat penguasaan yang sama
Berdasarkan pengetahuan terhadap proses penguasaan bahasa ini kita dapat merangka satu program
pengajaran literasi berasaskan konsep meningkatkan perkembangan pemahaman kanak-kanak terhadap bahan
bacaan. Proses pembelajaran literasi dalam program ini akan menekan aspek penguasan bahasa dan literasi
secara bersepadu, bermakna, dan berterusan.
Kesediaan Membaca
Berdasarkan perkembangan bahasa kanak-kanak yang baru masuk ke alam persekolahan, satu
harapan ibu bapa ialah supaya anak tersebut dapat diajar membaca. Walaupun ramai di antara kanak-kanak
yang masuk ke darjah satu hari ini telah dapat membaca, sekurang-kurangnya telah dapat mengenal huruf, dan
ramai juga yang telah dapat membaca dengan lancar, namun sejumlah besar juga kanak-kanak yang masih
tidak dapat membaca apabila mereka telah sampi ke darjah enam dan sesetengahnya telah masuk ke tingkatan
satu. Di sinilah timbulnya persoalan, iaitu sama ada kanak-kanak tersebut memang tidak mempunyai
kemampuan untuk “belajar” membaca, ataupun bilakah masa yang sesuai bagi seseorang kanak-kanak itu mula
diajar membaca. Kedua-dua soalan ini mungkin boleh dijawab dalam dua bab yang berbeza, namun bagi ibu
bapa, kedua-duanya sama penting kerana bagi golongan pertama, mereka sentiasa berharap agar anaknya
dapat menguasai kemahiran membaca seberapa awal yang mungkin, dan satu golongan lagi mahukan anak
mereka dapat menguasai kemahiran membaca juga pada peringkat umur yang paling rendah, supaya anak
tersebut dapat mengguasai kemahiran dan “ilmu” yang lain di sekolah dengan seberapa awal yang boleh.
Sumber: Mahzan Arshad (2003) Hal: 14-18
Berdasarkan petikan di atas, apakah peranan guru khususnya guru Bahasa Melayu dalam bukan
sahaja meningkatkan keupayaan membaca, malah dalam meningkat motivasi untuk membaca?
44
Teknik membaca
Membaca Bebas
Pelajar berpeluang membaca bahan yang mereka pilih dari sekumpulan bahan yang disediakan guru
Aktiviti bacaan yang dijalankan di dalam bilik darjah dikawal guru seberapa minima yang boleh
Guru perlu menyediakan arahan awal supaya pelajar membuat beberapa persediaan sebelum membaca seperti
menyediakan soalan-soalan sebelum, ketika dan sesudah membaca dengan sendiri
Menelah
Pelajar membuat telahan tentang apa yang mereka fikirkan akan berlaku atau apa yang akan mereka pelajari
pada bahagian yang lain.
Mereka perlu membincangkan sama ada mereka perlu menetapkan telahan atau mengubah semula telahan
tersebut.
Pola ini perlu berterusan sehingga keseluruhan bahan selasai dibaca
Membaca senyap
Setiap pelajar akan membaca bahagian yang sama secara senyap, dan telahan perlu dibuat ketika membaca
senyap.
Bincang, bertindakbalas, dan semak telahan.
Apabila pelajar berhenti membaca, ceritakan semula atau ringkaskan apa yang telah mereka baca.
Mereka juga menyatakan perasaan mereka terhadap apa yang telah mereka baca atau apa yangtelah mereka
ketahui.
Meringkas dan bertindak balas
Setelah selesai keseluruhan petikan, pelajar meringkas apa yang mereka baca.
Mereka bertindak balas dengan membincangkan apakah yang mereka rasakan terhadap bahan yang mereka
baca dan menentukan apakah yang perlu dilakukan terhadap bahan tersebut.
Mereka boleh bertindak balas dengan menceritakan kepada seseorang tentang bahan yang dibaca, menulis
ringkasan cerita, atau membuat lukisan yang dapat menggambarkan suasana atau watak yang dibaca
Membaca secara berkoperatif
Pelajar diberikan bahagian tertentu untuk sesi membaca. Setiap orang ditugaskan untuk menyelasikan bacaan
bahagiannya dan menceritakan semula apa yang dibaca kepada kumpulan yang lebih besar. Tugas membuat
ringkasan atau ulasan terhadap bahan dilakukan bersama-sama.
Membaca lantang
Pilih seorang pelajar untuk membaca lantang bahagian awal teks sementara pelajar lain mengikut bacaan
tersebut secara beramai-ramai
Bincang, bertindakbalas, dan semak telahan.
Apabila pelajar berhenti membaca lantang, ceritakan semula atau bincangkan apa yang telah dibaca
Membaca dengan panduan guru
Guru memberikan panduan atau mengarahkan pelajar menerusi pembacaan senyap terhadap sesuatu bahan
dengan bertanya soalan atau membantu mereka membina soalan-soalan yang dapat mareka jawab ketika
mereka terus membaca bahagian bahan yang telah ditetapkan.
45
Guru membantu pelajar membuat telahan terhadap bahagian bahan yang telah dibaca
Berkongsi membaca
Guru membaca lantang satu cerita dan mengajak murid-murid bersama-sama membaca
Cerita akan dibaca beberapa kali, dan murid akan diberi peluang bagi bertindakbalas menerusi penulisan,
lukisan, drama, perbincangan, dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik
Kombinasi Kaedah-kaedah Membaca
Kelima-lima kaedah tersebut dapat membantu pelajar dalam pelbagai peringkat dan kadang-kala kaedah ini
boleh digabungkan dalam sesuatu pengajaran.
Dengan menggabungkan kelima-lima kaedah ini guru menyediakan bantuan asas pada peringkat awal,
kemudian membenarkan pelajar dibantu oleh pasangannya, dan pada peringkat akhir pelajar tersebut dapat
membaca dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa.
RUMUSAN
Pendekatan holistik menitikberatkan keupayaan pelajar dalam menguasai kemahiran literasi secara
bersepadu. Kelima-lima kemahiran literasi iaitu mendengar, bertutur, membaca, menulis, dan berfikir
perlu dikuasai dalam satu pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru harus merancang dan
melaksana pengajaran Bahasa Melayu yang bersepadu ini agar keterampilan pelajar dalam mata
pelajaran ini dapat digunakan dalam pelbagai suasana kehidupan, sama da ketika mereka berada di
institusi pendidikan ataupun telah keluar ke alam pekerjaan kelak.
KATA KUNCI
Pendekatan holistik, pendekatan bersepadu, kaedah pengajaran, teknik pengajaran, kesediaan
membaca
PENILAIAN KENDIRI
1. Bagaimanakh pendekatan holistik boleh dilaksanakan di bilik darjah?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan kemunculan literasi?
3. Huraikan pelbagai teknik membaca yang disarankan oleh pendekatan holistik?
PETA KONSEP
46
Pendekatan Holistik
Keterampilan membaca Kesediaan Membaca
Membaca Bebas Teknik Membaca
Menelah
Membaca Senyap Meringkas dan bertindakbalas
Membaca secara berkoperatif Membaca lantang
Membaca dengan panduan Berkongsi Membaca
guru
Kombinasi kaedah-kaedah membaca
RUJUKAN
Mahzan Arshad (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors.
Mahzan Arshad (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Strategi Perancangan dan Pelaksanaan
McNeil, D. (1970).The acquisition of language: The study of developmental psycholinguistics. New York: Harper
& Row.
Pieget, J. & Inhelder, B. (1969). The psychology of the child. New York: Basic Books. Rosenblatt, L. (1978). The
reader, the text, and the poem. Carbondale: Southern Illinois University Press.
Stricland, D.S. (1990) Emergent literacy: How young children learn to read and write. Educational Leadership, 47
(6), 18-23.
47
Sulzby, E. (1985). Kindergarteners as writers and readers. Dalam M.Farr (Ed.). Advance in Writing Research,
Vol. 1. Noorwood, NJ:Ablex.
Teale, W.H. & Sulzby, E. (1986). Emergent literacy. Norwood, NJ: Ablex.
Vygotsky, L.S. (1978). Mind in society. Cambridge, M.A.: Harvard University Press.
Wells, G. (19900. Creating the conditions to encourage literate thinking. Educational Leardership, 47 (6), 13-17.
48
UNIT 5
TEKNIK MEMBACA SECARA KRITIKAL
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini pelajar akan dapat:
• Menghuraikan jenis-jenis teknik membaca secara kritikal
• Menjelaskan prosedur pelaksanaan teknik membaca secara kritikal
• Menyenaraikan kelebihan teknik membaca secara kritikal
PENGENALAN
Teknik membaca secara kritikal melibatkan pemikiran secara kritis dan analitik yang bertujuan mentafsir, menilai
dan merenung kembali maklumat yang dibaca. Bacaan secara kritikal merupakan pembacaan yang teliti dan
mendalam. Bacaan ini bertujuan untuk menjawab soalan bagaimana dan mengapa dengan lebih mendalam dan
digunakan untuk:
• Menilai
• Mentafsir
• Membanding
• Mendefinisikan
• Memberi huraian
Lazimnya sebelum membaca secara kritikal, fahami dahulu soalan-soalan yang perlu dijawab dan ingatkan
soalan-soalan tersebut semasa membaca.
ISI KANDUNGAN
STRATEGI MEMBACA SECARA KRITIKAL
Membaca secara berkesan memerlukan pembaca mendekati teks secara kritikal. Pembacaan secara kritikal
memerlukan pembacanya menilai apa yang dibaca bukan sekadar mengetahui kandungannya sahaja sebaliknya
pembaca perlu mengetahui mengapa dan bagaimana sesuatu maklumat itu disampaikan. Pembacaan secara
kritikal berupaya memandu pengamalnya untuk menilai teknik pembacaan mereka supaya proses pembacaan
mereka menjadi pembacaan berkesan.
Mengetahui mengapa anda membaca sesebuah teks yang diberikan boleh membantu anda menyusun kedua-
dua iaitu pembacaan anda dan bagaimana anda boleh menggunakan apa yang anda baca. Sebelum anda
membaca sesebuah teks, cuba bertanya kepada diri sendiri dan menjawab pelbagai soalan-soalan yang berikut;
Adakah anda membaca hanya:
49
Untuk mendapatkan kandungan umum?
Untuk maklumat tertentu?
Untuk mendapatkan hujah-hujah yang menyokong atau membangkang ayat tesis anda dalam sebuah
tugasan penulisan?
Untuk maklumat yang boleh mencetuskan anda untuk brfikir berkaitan apa yang anda perlukan
menyelesaikan sesuatu permasalahan dalam sesuatu tugasan?
TEKNIK-TEKNIK MEMBACA SECARA KRITIKAL
Membaca secara kritikal mempunyai beberapa teknik untuk melaksanakannya. Antaranya:
Bertanya kepada penulis
KWL
Preview teks
Prosedur ReQuest
Hubungan Soal-jawab
Pengajaran Eksplisit
Berfikir Bersuara
Menerap Imej
Dialog
TEKNIK BERTANYA KEPADA PENULIS
Bertanya kepada penulis diperkenalkan oleh Beck and McKeown (dalam Tierney and Readence, 2000). Teknik
ini diperkenalkan atas dasar pelajar bukanlah pengumpul maklumat daripada teks yang dibaca yang pasif.
Mereka dilihat sebagai berinteraksi secara aktif dengan teks dengan membawa pengalaman yang mereka ada
kepada teks. Pelajar berkembang melalui teks dengan menyatukan pengetahuan sedia ada mereka berkaitan
bahasa dan makna perkataan, struktur teks dengan maklumat umum yang mereka ada berkaitan teks yang
dibaca. Oleh yang demikian untuk membolehkan pelajar menghayati apa yang dibaca teknik bertanya kepada
penulis ini mengemuka tiga kerangka penting yang perlu dilalui oleh pelajar, iaitu:
Perbincangan secara kolobratif
Tanggapan strategi yang digunakan oleh pembaca yang lebih matang untuk menghayati sesuatu teks
Mengemukakan cara yang lebih aktif untuk mencari makna
Kumpulan sasaran bagi teknik ini ialah pelajar sekolah menengah yang mempunyai pencapaian yang tinggi.
Pelaksanaan prosedur bagi teknik ini melibatkan perancangan, perbincangan dan pelaksanaan.
a) Perancangan – Guru
50