The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JANISAH PREMI ARUMUGAM - Buku Log

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by premijanisha, 2021-09-12 21:53:17

Buku Log BSMM

JANISAH PREMI ARUMUGAM - Buku Log

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH,
31140 HULU KINTA,

PERAK DARUL RIDZUAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA
MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Ambilan Jun 2020

MPU3062
UNIT BERUNIFORM
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

(BSMM)

NAMA : JANISAH PREMI A/P ARUMUGAM

UNIT : V8

ANGKA GILIRAN : 2020242340152

ISI KANDUNGAN

1. BIODATA
2. PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
3. SEJARAH PENUBUHAN BSMM
4. STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN
5. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
6. KRAF PERKHEMAHAN
7. IKATAN DAN SIMPULAN
8. IKHTIAR HIDUP
9. ASAS KAWAD KAKI
10. ASAS PERTOLONGAN CEMAS
11. KEBUDAYAAN
12. JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
13. KHIDMAT KESUKARELAWAN
14. PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
15. ORIENTASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
16. LAPORAN PERJUMPAAN/KULIAH
17. LAPORAN PERKHEMAHAN
18. REFLEKSI
19. RUJUKAN
20. LAMPIRAN

BIODATA

NAMA : JANISAH PREMI A/P ARUMUGAM
NO.MYKAD : 010416-10-1366
TARIKH LAHIR : 16.04.2001
ALAMAT RUMAH : NO. 3, JALAN 2, TAMAN MERPATI, ASSAM JAWA,

NO.TEL 45700 BUKIT ROTAN, SELANGOR
ALAMAT E-MAIL : 018-5744 922
IPG : [email protected]
: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH,
NO.TEL IPG
HULU KINTA, 31150 IPOH, PERAK.
: 05-533 1311

PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN

PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN

Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan
peperangan.
Mencegah dan meredakan kesengsaraan.
Melindungi nyawa dan kesihatan.
Memupuk kesefahaman, kerjasama, hormat-menghormati dan kedamaian sesama
manusia.

Kemanusiaan 7 Kebebasan
Kesejahgatan
Perkhidmatan PRINSIP
sukarela ASAS

Ketunggalan Keberkecualian

Kesaksamaan

KEMANUSIAAN

Pergerakan Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk
memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan
pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan dimana
jua ia wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-
menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama,
yang berkekalan di kalangan manusia.

KESAKSAMAAN

Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam
kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi
keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius.

KEBERKECUALIAN

Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak
menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang
bercorak politik, perkauman, agama, dan ideologi.

KEBEBASAN

Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk
kepada undang-undang Negara, Persatuan tetap menjaga autonominya supaya ia
boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan.

KHIDMAT SUKARELA

Ia merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari
untung.

KETUNGGALAN

Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah
Negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi
seluruh Negara.

KESEJAGATAN

Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia,
dimana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta
saling bantu-membantu diantara satu sama lain.

PERLEMBAGAAN
Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM “Dalam masa aman atau
peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari
angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan
orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad
Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan
Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada
Konvensyen Geneva.”
Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah)
1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11
Tambahan No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan
peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia:

Peraturan 1 : Nama dan alamat
Peraturan 2 : Matlamat
Peraturan 3 : Objektif
Peraturan 4 : Keahlian
Peraturan 5 : Guru Penasihat
Peraturan 6 : Ahli jawatankuasa
Peraturan 7 : Tugas dan tanggungjawab

jawatankuasa

LAMBANG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Lambang BSMM Ukuran Lambang BSMM

Kegunaan Lambang

Kegunaan lambang yang asal adalah untuk perlindungan, yang lebih terpakai semasa
peperangan. Kegunaan yang lebih baru pula iaitu semasa aman ialah untuk pengenalan, iaitu
sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan Pergerakan
Palang Merah atau Bulan Sabit Merah.

COGAN KATA BSMM

“Cergas Pada Masa Aman Dan Perang”

BENDERA BSMM

Bendera BSMM
Di bawah ini pula adalah ukuran piawai bagi bendera Bulan Sabit Merah. Contoh yang
diberikan adalah berdasarkan kepada saiz bendera berukuran 150 cm panjang dan 100 cm
lebar. Sebarang pengecilan atau pembesaran bagi bendera yang mempunyai lambang
hendaklah juga mengikut nisbah ukuran piawai yang telah ditetapkan.

Ukuran bendera BSMM

LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita

Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita

Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

Lirik: Tan Sri Dato’ Dol Ramli
Lagu: Dato’ Johari Salleh

IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Bahawa kami
Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar
Taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
Dan pemerintah-pemerintah di negara kami
Berdasarkan prinsip-prinsip Rukunegara

Bahawa kami berikrar
Akan sentiasa patuh kepada perlembagaan dan undang-undang

Serta arahan persatuan walau di mana kami berada

Bahawa kami berikrar
Akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami

Kepada mereka yang sakit dan menderita
Di waktu aman atau bencana

Berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut:

KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN
KEBERKECUALIAN

KEBEBASAN
KHIDMAT SUKARELA

KETUNGGALAN
KESEJAGATAN

UNDANG-UNDANG BSMM

1. Sebagai panduan menggerakkan persatuan,
melicinkan perjalanan persatuan kerana ia

menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan
ahli serta menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah

dalam menjalankan aktiviti persatuan.

2. Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan
atau undang-undang tersendiri yang
ditetapkan oleh badan induk.

3. Setiap persatuan yang ditubuhkan harus
mempunyai perlembagaan
atau undang–undang.

4. Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan,
persatuan yang ditubuhkan di luar institusi

pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi
dengan pendaftar penubuhan parti politik
dan persatuan belia.

5. Hanya beberapa persatuan yang
ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti

Persekutuan Pengakap Malaysia,
Persatuan Pandu Puteri Malaysia,
Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans.

SEJARAH
PENUBUHAN

BSMM

SEJARAH PENGASAS BSMM

Henry Dunant
o Henry Dunant (1828-1910) mengasaskan palang merah.
o Beliau dilahirkan pada 8 haribulan Mei 1828 di Geneva, Switzerland.
o Beliau Berasal dari keluarga yang kaya dan patuh beragama.
o Semasa berumur 30 tahun – menjadi ahli yang aktif – Young Men’s Christian Union –

aktif di Switzerland, Perancis, dan Belgium.
o Pada 25 Jun 1859 beliau berada di Solferino, Utara Itali dan menyaksi pertempuran

antara Austria dengan Perikatan Tentera Perancis-Sardinia.
o Beliau Melihat ramai yang mati dan cedera – bantuan perubatan tidak lengkap dan

tidak mencukupi.

Pertempuran Solferino
o Beliau mengumpulkan orang-orang dari desa-desa sekitarnya dan tinggal di sana

selama tiga hari dengan sungguh-sungguh untuk menghabiskan waktunya merawat
orang yang terluka.
o Kata-kata beliau, Siamo tutti fratelli (Kita semua bersaudara), membuka hati para
sukarelawan yang melayani kawan mahupun musuh.

o Beliau Membentuk Organisasi/Persatuan yang mengandungi sukarelawan-
sukarelawan yang terlatih patut ditubuhkan di semua negara untuk menolong menjaga
anggota-anggota tentera yang cedera di medan perang.

o Beliau mempromosikan perjanjian/kesepakatan antarabangsa untuk melindungi
tentera yang terluka dalam medan perang, orang-orang yang merawatnya serta
memberikan status berkecuali kepada mereka

o Saranan beliau diterima ramai – mengembara menyebarkan idealnya sekitar tahun
1863 dan 1864.

o Urusan perniagaannya terabai – 1867 terpaksa menjual semua perniagaannya untuk
membayar hutang dan akhir meninggalkan Geneva.

o Selama 20 tahun bergantung hidup atas belas kasihan orang ramai.
o 1895 – berita yang beliau masih hidup tersebar luas – bantuan mencurah tiba.
o 1901 - Beliau telah dianugerahkan Hadiah Keamanan yang pertama oleh

Jawatankuasa Noble.
o Pada 30 October 1910 beliau menghembus nafas terakhir di Heidden.

SEJARAH PENUBUHAN PALANG MERAH

Gagasan Idea Henry Dunant diterima oleh Gustev Moynier (peguam), pengerusi The
Societe Genevoise d’Utilite Publigue.
Pada 17 Februari 1863, bersama-sama Guillaume-Henri Dufour, Louis Appia dan
Theodore Mounior – menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa membantu orang
yang tercedera. (International Standing Committee for Aid to Wounded Soldier)
Kemudian dikenali International Committee of the Red Cross – ICRC pada tahun 1876.
26-29 Okt. 1863 – satu persidangan 16 negara Eropah diadakan di Geneva dan
kemudian meluluskan Resolusi Jawatankuasa Geneva
Bersetuju menubuhkan pasukan perkhidmatan perubatan tentera dengan lambang
Palang Merah
Para pekerja bantuan dan alat-alat bantuan akan dilindungi oleh sebuah lambang
khas: Palang Merah yang berlatar belakangkan warna putih.
Pada Februari 1864, lambang ini muncul untuk kali pertama di medan pertempuran
antara Prussia dan Denmark
ICRC telah menghantar Dr. Louis Appia bertugas dengan tentera Prussia. -
menghadapi masalah – perlu pengiktirafan secara rasmi.
Ogos 1864 – Kerajaan Switzerland dengan gesaan ICRC telah mengadakan
“Persidangan Diplomatik” yang dihadiri 12 buah negara
Konvensyen ini cuba memperbaiki keadaan tentera yang cedera di medan
pertempuran
22 Ogos 1864 – Konvensyen Geneva ditandatangani oleh 12 buah negara – menolong
mangsa perang.
Konvensyen Geneva pertama ini telah membuka satu lembaran sejarah. Sekaligus
menafikan tanggapan bahawa peperangan dan undang-undang tidak boleh
diselaraskan.
Dalam persidangan tersebut turut mengesyorkan satu rancangan yang istimewa untuk
mendapatkan perlindungan antarabangsa bagi mereka yang tercedera, hospital
tentera dan anggota-anggota perubatan.
Konvensyen Geneva pertama menjadi asas bagi kerja-kerja kemanusiaan – perang
Perancis-Prussia (1870-71), Sepanyol –Amerika (1898) & Rusia-Jepun (1904)
Banyak negara telah menubuhkan Palang Merah mereka.
1867, Perang Turki-Russia – kerajaan Turki menggunakan lambang Bulan Sabit
Merah.

Selepas 1864, beberapa persidangan telah dijalankan. Paris (1867), Berlin
(1869),Geneva (1884), Karlsrune, Rome (1892), Vienna (1897) dan St. Petersburg
(1902)

SEJARAH PBSM DI MALAYSIA
Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah
sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah
penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross". Peperangan Dunia Kedua dan
waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan
ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.

Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan
penutup dan mencatatkan:
"Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda
kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat
sangat semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian, peluang bagi aktiviti-aktiviti
palang Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,
adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun-tahun akan datang".

Cawangan Sabah
 Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British
menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu
ditubuhkan pada bulan April 1948.

Cawangan Sarawak
 Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948, walaupun
mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di
Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948.

Cawangan Semenanjung Malaysia
 Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang
kemudiannya menjadi satu cawangan.dalam bulan Februari 1951,Cawangan
Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss
Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang
Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952.

Tujuan Penubuhan BSMM

Tujuan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah untuk menyediakan perkhidmatan,
keselesaan dan membantu jika diperlukan, pertama di negara kita Malaysia dan kedua
kepada negara-negara jiran.

Istiadat-istiadat Pertubuhan

a. ISTIADAT PERHIMPUNAN

o Ketua pasukan melaporkan keahlian kepada komander
o Bacaan doa oleh ahli bertugas
o Nyanyi tiga buah lagu
o Lagu Sekolah
o Lagu Negeri
o Negaraku
o Laporan dari komander kepada guru penasihat
o Arahan komander supaya membuka barisan
o Pemeriksaan barisan oleh guru besar diiringi oleh guru

penasihat dan komander
o Guru penasihat menjemput guru besar memberikan ucapan
o Arahan komander supaya menutup barisan
o Keluar baris

b. ISTIADAT MENINGKAT NAIK

o Ketua pasukan dan ketua kumpulan berdiri dalam
bentuk bulatan.

o Guru penasihat memberi arahan dan menerangkan
dengan ringkas tujuan istiadat ini diadakan.

o Ahli BSMM yang akan meningkat naik dipanggil ke hadapan
guru penasihat yang akan mengucapkan terima kasih semasa
berada di dalam keahlian.

o Berjabat tangan dengan kawan-kawan.
o Ahli lain memberi satu sorakan.
o Guru penasihat memberi arahan menutup bulatan dan bersurai.

c. ISTIADAT MELANTIK

o Apabila seorang pelajar telah bersedia menjadi ahli BSMM,
dia patut disahkan menjadi seorang ahli melalui satu istiadat.

o Istiadat itu amat bermakna kepada ahli baru yang akan menjadi
kenagan seumur hidup mereka dan kepada semua ahli
kumpulan akan mendapat seorang ahli baru.

Istiadat diadakan secara:

o Perkataan dan upacara ringkas dan mudah dengan ikhlas
o Dengan khusyuk dan syahdu

Prosedur:

o Diadakan ditempat lapang.
o Diadakan diperingkat awal tahun.
o Semua hali yang terlibat harus faham peranan masing-masing.
o Guru penasihat dan ketua pasukan hendaklah menghebahkan

istiadat ini pada perhimpunan sebelumnya.
o Semua keperluan disediakan.

Upacara perlantikan ahli baru BSMM:

o Ahli yang mengambil bahagian perlu membuat satu bulatan besar.
o Ketua pasukan berada dalam bulatan.
o Guru penasihat berdiri di tengah bulatan.
o Guru penolong penasihat berdiri di luar bulatan di belakang bendera.
o Ketua pasukan dalam keadaan sedia.
o Ahli baru yang berada di luar bulatan di panggil masuk ke dalam

bulatan.
o Wakil ahli membawa ahli baru berdiri di depan guru penasihat.
o Selepas itu, wakil ahli, balik ke tempatnya.
o Pen guru penasihat masuk ke dalam bulatan dan berdiri di

sebelah guru penasihat dengan membawa lencana, tanda
negeri dan lambang di lengan.
o Guru penasihat melafazkan ikrar diikuti oleh ahli baru.
o Guru penasihat menyematkan lencana keahlian, tanda negeri
dan lambang di lengan kepada ahli baru.
o Ahli baru memberi hormat kepada guru penasihat dan berpusing.
o Wakil ahli memperkenalkan kepada ahli-ahli yang lain.

STRUKTUR
DAN

ORGANISASI
PERTUBUHAN

Struktur dan Organisasi Pergerakan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa

 Peringkat Kebangsaan
Senator

Majlis Kebangsaan
Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan

Jawatankuasa cawangan
Jawatankuasa Cabang

Unit

Unit Sukarela Unit-unit Lain Pasukan
Kebajikan
Belia Kanak-kanak
Pasukan bantuan
Sukarela

 Peringkat PBS & IPG / IPTA Ketua Seksyen

Penolong Pengarah
BPG / Dekan / Naib Canselor

Pegawai Penjaga
(Pensyarah)

Komanden
(Pensyarah Penasihat)

Penolong Komanden
(Pensyarah Penasihat)

Kuarter Master
Ahli: Guru Pelatih

Siswa / Siswi

Ketua Utama Seksyen
Ahli: Guru Pelatih
Siswa / Siswi

Ketua Seksyen

Penolong Ketua Penolong Ketua
Seksyen Seksyen
0 0
0 0
0 0

Struktur dan Organisasi Pertubuhan BSMM
Peringkat Sekolah dan Kumpulan

Penaung
(Guru Besar)

Pengerusi
(Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha Kokurikulum
(Guru)

Jawatankuasa

Penyelaras Bidang Unit
Beruniform

Guru Penasihat / Jurulatih

Pengakap, Tunas Puteri, BSMM,
Puteri Islam, Kadet Remaja
Sekolah

Fungsi Majlis Tadbir

Memperkasa dan memartabatkan Menjalin hubungan dan kerjasama
profesionalisme ahli di dalam bidang dengan badan dan pertubuhan lain

masing-masing dan seterusnya yang mempunyai matlamat dan
menjadi contoh/rujukan kepada kepentingan yang serupa.

semua pihak.

Menjadi saluran rasmi kepada ahli Menjadi salah satu institusi yang
untuk bertemu dan berbincang menggerak, mengeratkan dan
sesama ahli serta dengan pihak
pengurusan yang berkaitan bagi mengukuhkan hubungan muhibah,
kebajikan, kerjasama, persefahaman
tujuan memartabatkan kepentingan dan kesejahteraan bekerja sesama
kedua-dua pihak di dalam aspek
ahli.
perkhidmatan, perjawatan, kebajikan
serta profesionlisme kerjaya ahli dan

organisasi.

PENGURUSAN
DAN

PENTADBIRAN

Seseorang ahli yang ingin menyertai Pasukan Bantuan Sukarela hendaklah berumur 18 tahun
ke atas daN umur yang paling ideal adalah di antara 18-25 tahun terbuka kepada semua
warganegara Malaysia.

Syarat-syarat menjadi Ahli BSMM :
1. Mengisi Borang Keahlian BSMM & Gambar Berukuran Passport
2. Bayaran Yuran Keahlian sebanyak RM5.00 setahun
3. Bayaran Insuran Keahlian sebanyak RM1.00 setahun
4. Bayaran Kad Keahlian sebanyak RM10.00 sekeping

KEAHLIAN 3 TAHUN = RM 28.00
KEAHLIAN 4 TAHUN = RM 34.00
KEAHLIAN 5 TAHUN = RM 40.00

Bayaran Keahlian BSMM Melalui :
Akaun Maybank
Bulan Sabit Merah Kuala Langat
No. Akaun : 562058006269

Hantar Borang Keahlian BSMM melalui emel :
[email protected]

Atau melalui pos ke alamat seperti berikut:
Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Kuala Langat
D/A : No. 51, Jalan Kemuning 9, Taman Kemuning,
42700 Banting, Selangor.

TANGGUNGJAWAB KUASA PENGANJUR

1. Meluluskan pendaftaran tahunan unit BSMM
dengan ibu pejabat BSMM.

2. Merupakan salah seorang dari dua penurun
tandatangan rasmi (official signatories) seorang
lagi ialah pemimpin kumpulan] bagi akaun
simpanan atau semasa untuk BSMM tersebut.

3. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan
oleh pemimpin PBSM.

4. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang
berkaitan dengan unit BSMM di mana perlu.

5. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti
luaran (seperti rombongan, kembara, perkhemahan
dan sebagainya) untuk ahli-ahli.

6. Menyelia dan mengawal kemajuan unit PBSM
di sekolahnya.

7. Menganjur kursus-kursus sijil lencana kecekapan
dan sijil peperiksaan.

8. Memberi khidmat nasihat kepada warga sekolah.

Struktur Unit

Pengerusi Bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan pengurusan,
pembangunan, pentadbiran dan kegiatan persatuan.
Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat
Jawatankuasa Persatuan.
Menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat semasa disahkan.
Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK
Persatuan dalam perlaksanaan tugas mereka.
Menentukan akaun Persatuan disediakan untuk diaudit, diluluskan
dan dikemukakan ke Cawangan.
Bertanggungjawab di dalam memastikan belanjawan dan
perancangan belanjawan persatuan tersusun rapi.

Naib Pengerusi Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa
ketiadaannya.
Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan
jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik.
Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan
persatuan.
Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK
Persatuan.

Setiausaha Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan dan menjadi
Pegawai Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabang dan Unit.
Membantu Jawatankuasa Persatuan dalam memelihara
perhubungan dengan Badan-badan Kerajaan, Swasta dan
Pertubuhan lain.
Bertanggungjawab memberi bantuan sekretariat dan susulan
untuk Jawatankuasa Persatuan terutama kepada Pengerusi dan
Naib Pengerusi.

Penolong Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan
Setiausaha tanggungjawabnya.
Bekerjasama dengan Setiausaha.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke masa.
Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan
Peruntukan Tahunan dan Penyata Kewangan.
Menjadi Pegawai Pentadbiran peringkat persatuan termasuk
bertanggungjawab mengenai semua dokumen, buku, rekod,
pendaftaran dan insurans kepunyaan persatuan.

Bendahari Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan akan
bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan
Penyata Penerimaan dan Pembayaran, Pendapatan dan
Perbelanjaan dan Kunci Kira-kira bulanan dan tahunan.
Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di
persatuan dan Unit.
Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai
yang dilantik oleh Jawatankuasa Persatuan.
Bertanggungjawab menyediakan Belanjawan Tahunan untuk
dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan dan
memajukan ke persatuan.
Menasihati Jawatankuasa Persatuan dalam pengawasan
kewangan dan audit.
Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta
persatuan seperti tanah, bangunan, kenderaan, peralatan,
perkakasan pejabat dan lain-lain.

Ahli Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti
Jawatankuasa yang dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan.

Pakaian Seragam Ahli dan Pentadbiran

1. Ahli

Baju Rasmi BSMM

Baju Rasmi BSMM
Lelaki

Baju Rasmi BSMM
Perempuan

Seluar Putih

Baju Aktiviti BSMM
T-shirt BSMM Putih

Lengan Pendek

T-shirt BSMM2 Putih
Lengan Panjang

T-shirt BSMM Merah
Lengan Pendek

T-shirt BSMM Merah
Lengan Panjang

Aksesori

Topi BSMM

Beret Hitam

Lencana Beret
BSMM

Lencana Bahu
Negeri

Lencana Bahu Logo
BSMM

Lencana Kolar
BSMM

Lencana Poket
BSMM

Lanyard Hitam
Single

Tali Pinggang

Butang

Kasut Potong Hitam

Kain Anduh

Pangkat

Lans Koperal
Koperal

Sarjan

2. Pemimpin

Bush Jaket BSMM

Bush Jaket Pegawai Lelaki

Bush Jaket Pegawai Perempuan
Baju Korporat BSMM

Baju Korporat Pegawai Lelaki

Baju Korporat Pegawai
Perempuan

Aksesori

Vest BSMM

Tali Wisel / Lanyard Hitam
(Double)

Pangkat

Leftenan Muda
Leftenan
Kapten
Mejar

KRAF
PERKHEMAHAN

Pengurusan dan Penjagaan Khemah

Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang/tiang khemah
berada dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan
memasukkan dan mengeluarkan tiang/ pancang.
Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip dari pada jem dan
menyebabkan susah untuk di buka.
Jangan menyimpan makanan didalam khemah untuk mengelakkan daripada binatang
mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut.
Saranan yang penting - sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip atau
setelah selesai menggunakkannya, dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan
sampah sarap yang tertinggal.
Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul- betul kering.
Sekiranya khemah anda basah elakkan dari menekan, menarik, atau dengan apa cara
sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak.
Jangan menggunakan lilin, mancis, atau pembakaran terbuka berdekatan dengan
khemah.
Sentiasa menggunakan peralatan yang berkuasa bateri didalam khemah dalam usaha
mengelak kejadian tidak di ingini berlaku.

TUJUAN MEMBUAT GAJET

Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan
keselesaan.
Perekaan membuat gajet disamakan dengan situasi di rumah.
Dalam membina gajet, hendaklah ia mempunyai fungsi.
Dalam membina gajet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan
dipraktikkan.
Semangat pertandingan yang sihat.
Dapat melahirkan idea-idea yang baru.
“Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan gajet.
Meninggikan mutu perkhemahan.
Mengisi K.M.L/S.T.A. semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat gajet-
gajet yang berfaedah.

JENIS-JENIS GAJET

Gajet kawasan pintu.
Gajet kawasan dapur dan yang berkaitan.
Gajet kawasan tempat basuhan.
Gajet kawasan tempat tinggal.
Gajet kawasan pengeringan.
Lain-lain gajet.

GAJET KAWASAN PINTU

Gajet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu:
o Bahagian pintu hadapan
o Bahagian pagar
o Bahagian pintu belakang

Variasi-Variasi pintu hadapan
o Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi
o Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type).
o Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis.

Bahagian Pagar
o Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas
dan adanya kawalan keselamatan.
o Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar
dan menggunakan batang kayu.

GAJET-GAJET KAWASAN DAPUR

Buat dari bahan semulajadi. Selain membuat gajet-gajet dapur buat juga gejet sampingan di
dapur seperti:

o Rak pinggan mangkuk
o Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak.
o Meja makan
o Penyangkut cawan / gelas.
o Rak menyimpan kayu api / tong gas.

o Gajet gerobok (camp larder).
o Gajet lubang basah dan kering.

GAJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH
o Gajet tempat meletak besen air.
o Gajet tempat menyimpan alat pergigian.
o Gajet tempat menyimpan sabun.
o Gajet mengantung tuala mandi.
o Gajet kawasan tempat basuhan.

GAJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL
o Semua gejet yang dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik, disamping menjaga
kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan.
o Gajet-gajet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut,
penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gajet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut
lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain.

GAJET TEMPAT MENJEMUR KAIN
o Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.

GAJET-GAJET LAIN
Buatlah gajet lain yang mustahak seperti:

o Tiang bendera
o Menara memerhati
o Gendang / Kantung kem
o Gajet pembawa barang (Indian Travois)
o Gajet pondok lalang (tempat berteduh)









SIMPULAN

TALI TEMALI

TALI FIBER ASLI

Asli merupakan tali yang Contoh tali fiber asli ialah: Simpulan digunakan pada
diperbuat daripada bahan- tali gentian manila, tali setiap tempat dan masa
sabut,
bahan berunsurkan tali sas, tali kapas seperti di rumah, di
tumbuhan dan haiwan. hospital, mengikat kasut,
bungkusan dan memulakan

jahitan.

TALI FIBER BUATAN
MANUSIA

Merupakan tali sintetik yang terdiri Contoh tali fiber buatan manusia ialah :
daripada bahan-bahan campuran tali nylon, tali hawser-laid,
berunsurkan tumbuhan dan kimia.
tali karamental, tali poltster, tali wayar,
tali drilena

ENAM JENIS SIMPULAN Fungsi Teknik
Simpulan
 Digunakan untuk mengikat  Mulakan simpul
Simpul Manuk

tali pada tiang atau balak. pada kayu.

 Tidak mudah terburai dan  Kemudian, buat

kayu dapat ditarik ke satu lagi simpulan

tempat yang dikehendaki di atas simpulan

dengan selamat. tadi.

 Juga digunakan semasa  Tarik hujung tali.

memulakan dan

mematikan ikatan seraya

dan silang gunting.

Simpul Buku Sila  Untuk menyambung dua  Menyambungkan
hujung tali yang sama dua tali (halus)
jenis dan saiz yang sama besar

 Biasanya untuk  Mengikat pembalut
menyambung tali segi tiga semasa
khemah/bungkusan pertolongan cemas
hadiah/ikatan anduh.
Mudah dibuka anduh.  Senang untuk
dibuka.
 Dikenali juga sebagai 'left
over right and right over
left'.

Simpul Tindih Kasih  Digunakan untuk  Mulakan ikatan
membuat tanjul yang dengan
tidak boleh menjerut membentuk satu
bulatan.
 Untuk menyelamat
orang dengan  Kemudian,
memasukkan tanjul itu masukkan hujung
keliling badan mangsa. tali ke dalam
bulatan tersebut.

 Masukkan hujung
tali ke bawah tali
dan masukkan
kembali ke dalam
bulatan tersebut.

Simpul Bunga Geti  Menyambung 2 tali  Mulakan simpul.
yang tidak sama saiz  Kemudian

 Mengikat tali ke suatu masukkan hujung
tanjul tali B supaya
bersilang untuk
membentuk
simpul seperti
rajah
 Seterusnya tarik
kedua-dua tali
tersebut untuk
membentuk
simpul.


Click to View FlipBook Version