The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JANISAH PREMI ARUMUGAM - Buku Log

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by premijanisha, 2021-09-12 21:53:17

Buku Log BSMM

JANISAH PREMI ARUMUGAM - Buku Log

KEDUDUKAN TEKANAN CPR

KEDUDUKAN PEMULIHAN
o Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR, terhenti pernafasan atau
sebagainya mulai sedar dan hendaklah diletakkan dalam keadaan pemulihan.
Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah mangsa daripada menutupi
tekak atau saluran pernafasan.

KEBUDAYAAN









PERMAINAN

Permainan adalah salah satu aktiviti dalam bidang BSMM. Aktiviti ini dijalankan bagi
tujuan menerapkan penguasaan kemahiran, semangat kerjasama, kepekaan dan
kepimpinan di samping memberi elemen keseronokan kepada ahli.
Berikut adalah beberapa contoh permainan dalam aktiviti BSMM:

Permainan Dalam Kelas

1. Lakonan Bisu
o Alatan: kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu gerakerja yang perlu
dilakukan oleh ahli BSMM)
o Satu patrol menghantar seorang wakil dan dia dikehendaki mencabut satu
kertas. Setelah membaca kandungannya, dia hendaklah beraksi di hadapan
patrolnya dan mereka cuba meneka lakonan yang dipamerkan.

2. Permainan Ingat
a. Deria Lihat
o Alatan: pensil, paku, pemadam, duit syiling, pin, mancis, pen, kertas, batu,
pisau dll. (sediakan lebih kurang 30 jenis).
o Sediakan dua set alatan. Letakkan alatan pada set pertama untuk menjadi set
kawalan. Objek tersebut diletakkan di atas meja dan tutup dengan kain atau
kertas surat khabar. Setiap patrol diberi masa 3 minit untuk memerhati objek-
objek yang diberi (masa boleh disesuaikan) dan bila sampai masa, setiap ahli
patrol akan mengingat dan menyusun alat-alat yang terdapat di atas meja set
kawalan tersebut menggunakan alatan set yang kedua.

b. Deria Sentuh
o Alatan: pensil, pen, pemadam, lencana, paku, skru, batu kecil, botol, duit
syiling, kotal mancis, penutup botol, getah bulat dll.
o Objek-objek tersebut dimasukkan ke dalam karung /beg/kotak. Tutup mata
setiap ahli dan semua diberi masa 1 minit untuk menyentuh objek-objek.
o Setelah ahli dalam patrol tersebut menyentuhnya, mereka dikehendaki
berbincang dan ketua menulis senarai nama objek-objek tersebut.

c. Deria Dengar
o Alatan: Pita rakaman (pelbagai bunyi misalnya, bunyi enjin, air dibuka, kayu
patah, membuka penutup, laci, pintu, mengheret kerusi, menggoncang dan
lain-lain.)
o Jika tidak menggunakan pita rakaman, ahli BSMM boleh membuat bunyi-
bunyian.
o Mainkan pita rakaman untuk didengari oleh ahli PBSMM. Selepas semua bunyi
itu dimainkan, mereka boleh berbincang dan menyenaraikan bunyi-bunyian
yang telah didengarinya tadi.

d. Deria Hidu
o Alatan: Minyak wangi, minyak angin, halia, cuka, kopi, bawang, ubat gigi,
minyak rambut dan sebagainya.
o Ahli BSMM dikehendaki menutup matanya dan menghidu objek-objek itu
bergilir-gilir. Kemudian mereka bolehlah berbincang dan menulis jawapannya.

e. Deria Rasa
o Alatan: Kunyit, garam, gula, lada, bunga cengkih, cili dsb.
o Ahli BSMM dikehendaki merasa dengan lidah bahan-bahan/serbuk yang
disediakan itu bergilir-gilir. Kemudian mereka bolehlah berbincang dan
menuliskan jawapannya.

3. Ilmu BSMM
o Sediakan beberapa soalan mengenai Pengetahuan Am BSMM. Misalnya, sejarah
BSMM, simpulan dan ikatan dll. Kemudian sorokkan soalan-soalan tadi.
o Setiap ahli diminta untuk mencari soalan-soalan yang disorokkan tadi dan
menjawab soalan yang dijumpai. Kumpulan yang berjaya menjawab soalan yang
paling banyak dikira sebagai pemenang.

4. Harta Tersembunyi
o Ahli BSMM disuruh keluar mencari beberapa objek benda yang telah ditentukan
oleh pemimpin seperti daun, rumpu t-rampai, buah-buahan dll. Pemimpin akan
memberi ciri-ciri benda yang perlu dicari.

o Setiap ahli akan mencari benda yang tersembunyi itu mengikut ciri-ciri yang
dinyatakan.

o Pasukan yang pertama dapat menyerahkan tugasan kepada pemimpin dianggap
pemenang.

5. Ibu Ayam
o Seorang ahli PBSMM menjadi “helang" dan pemimpin/ketua patrol menjadi ibu
ayam'. Ahli BSMM dibahagikan kepada beberapa patrol. Setiap patrol memilih
nama seekor burung. Ibu ayam akan melaungkan nama sesuatu patrol (ikut nama
burung yang telah dipilih) bergilir-gilir.
o Apabila anak burung (patrol itu) berlari ke arah ibu ayam', helang' akan cuba
menangkapnya. Ibu ayam' hendaklah berdiri di tengah-tengah kawasan yang
ditandakan, patrol-patrol burung ditempatkan pada jarak yang sama jauh dari `ibu
ayam'.

6. Lumba Lari Keldai Berganti-ganti
o Dua garisan A dan B ditandakan pada jarak 10 meter. Patrol-patrol dibahagikan
dua kumpulan: satu kumpulan berdiri di belakang garisan A dan B. Bila isyarat
mula diberikan, peserta pertama merangkak songsang (ke belakang) ke arah
peserta kedua pasukannya yang berada di belakang garisan B. Peserta kedua
mula merangkak songsang apabila sahaja peserta pertama melintasi garisan B.
Begitulah seterusnya bertukar ganti.

7. Tinju Sebelah Tangan/ Tampar Beruk
o Setiap pasangan memegang pergelangan tangan kiri atau tangan kanan lawan
masing-masing. Tujuannya ialah cuba mencuit (menyentuh) muka lawannya.
Lawannya cuba seberapa yang boleh mengelakkan dirinya supaya mukanya tidak
disentuh.

8. Gusti Lengan
o Tiap-tiap pasangan menggenggam tapak tangan lawan dengan setiap siku
berkedudukan selari dan sebelah tangan lagi memegang tangan lawan yang

berkedudukan bersilang di bawah tangan yang akan bergusti. Pasangan perlulah
menumbangkan tangan lawan sehingga rebah.

MALAM KEBUDAYAAN

JALAN LASAK DAN
PANDU ARAH

TUJUAN

1. Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut
prosedur yang ditetapkan.

2. Mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap.
3. Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti.
4. Melatih kesabaran dan ketabahan dalam kesusahan.
5. Menikmati keindahan alam di hutan.

PERATURAN DAN PERSEDIAAN

1. KEBENARAN
o Kebenaran ibu bapa atau penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan
aktiviti serta tujuan kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita.

2. PERSEDIAAN ALATAN
a. Titik kawalan (Control point)
Sesuatu tanda kedudukan yang telah ditentukan di atas peta yang perlu
dilawati oleh peserta.
Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang
jelas.
Titik kawalan bukanlah check point kerana ia tiada penjaga di titik.

b. Penanda kawalan
Tujuannya untuk membentu peserta tiba ke destinasi yang betul.
Sesuatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih
sebagai tanda yang diletakkan di titik kawalan. Mempunyai kod kawalan
tersendiri dan penebuk lubang yang unik.

c. Kad kawalan
Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai
acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.

d. Peta utama
Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan
keterangan kawalan.

e. Keterangan kawalan
Keterangan asas sebagai panduan titik-titik kawalan berkenaan. Butir-butir
yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawlana dan keterangan
mengenai kedudukan titik kawalan.

f. Landasan
Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permukaan titik kawalan ke
titik kawalan yang lain hingga ke penamat.

PROSEDUR JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
 PERSIAPAN AWAL
1. Meyediakan kertas konsep
2. Menetapkan tarikh
3. Tujuan dana pemilihan lokasi ynag akan dijalankan
4. Menentukan kumpulan sasaran
5. Perlantikan jawatankuasa
6. Menyenaraikan nama peserta
7. Menyenaraikna nama jurulatih dan pegawai
8. Menyenaraikan jawatankuasa, tugasan dan senarai semak
9. Penyediaan alatan dan logistik aktiviti

 SEBELUM AKTIVITI
1. Penyediaan landasan
2. Taklimat jurulatih dan peserta
3. Semakan alatan dan logistik.
4. Peralatan kecemasan
5. Pengagihan kumpulan

 SEMASA AKTIVITI
1. Peserta dikumpul di tenpat permulaan aktiviti
2. Jurulatih bertugas berada di lokasi dan stesen sebelum peserta dilepaskan.
3. Ketua aktivit memberi taklimat kepada peserta.
4. Peserta diberikan peralatan/ kepeluan pandu arah.

5. Kumpulan peserta awal dibawa ke lokasi permulaan dengan peralatan yang
lengkap.

6. Memastikan peserta beraa dalam kawasan aktiviti dan selamat dan sentiasa
berhubung menggunakan radio dari semasa ke semasa.

7. Peserta memulakan aktiviti mengikut prosedur yang ditetapkan.

8. Peserta tidak digalakkan mengikut kumpulan lain, masing-masing bergerak
mengikut kemahiran dan kefahaman sendiri secara berkumpulan.

 SELEPAS AKTIVITI
1. Jurulatih mengumpulkan semua peserta yang terlibat dan memastikan
bilangannya mencukupi, mengenalpasti tahap kesihatan dan kecergasan peserta.
2. Jika terdapat kecederaan hendaklah diberikan rawatan awal atau hantar ke
hospital.
3. Semua alatan hendaklah dikembalikan, jika rosak atau hilang sila laporkan kepada
bahagian logistic.
4. Sesi renunga/ refleksi
5. Bersalaman antara jurulatih dan peserta.
6. Simpan barang di stor.
7. Jurulatih aktiviti hendaklah menyediakan laporan aktiviti dengan menggunakan
Borang Prosedur Kerja Laporan Ringkas Aktiviti.

MEMBACA KOMPAS
1. Arahkan peta dengan arah mata angin yang tepat, yakni arah utara.
2. Ambil lokasi yang ada di salah satu peta untuk dijadikan acuan.
3. Kemudian sejajarkan arah panah lokasi lalu putar bezel hingga jarum sejajar dengan
arah utara. Perhatikan angka yang ada di sebelah garis indeks.
4. Pada bagian peta, letakkan salah satu sudut garis ke lokasi. Lalu, putar seluruh jarum
jam kompas hingga sejajar arah utara pada bezel. Kemudian, buat garis tepi dengan
pensil.
5. Ulangi langkah ke-2 dan ke-3 untuk lokasi lainnya. Apabila telah menemukan titik
perpotongan, maka itulah lokasi anda berada.
6. Itulah cara membaca arah mata angin menggunakan kompas dengan tepat

Komunikasi radio amatur
Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan
peralatan radio dan elektronik.
Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat
digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan
atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada
frekuensi yang tertentu.
Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui
satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul
isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.
Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod
Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang

mempunyai isyarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke
seluruh dunia melalui gelombang udara.
Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang
adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat
sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan
penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.
Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-
pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan
persahabatan yang berlaruta.
Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan
yang sedia ada sebelumnya.
Pengendali radio amatur juga boleh menggunakan satelit amatur untuk berhubung
sesama sendiri.
Dengan mengunakan peralatan radio dan antena yang biasa digunakan oleh mereka,
mereka sebenarnya mampu untuk mengunakan cara komunikasi seperti ini.
Satelit ini dibangunkan dan diseliakan oleh pertubuhan radio amator itu sendiri secara
suka rela seperi AMSAT. Dengan menggunakan sistem ini, para pelajar sekolah dan
pengendali radio amatur boleh bercakap dan berhubung dengan angkasa yang berada
di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)

PETA TOPOGRAFI
Peta topografi ialah peta yang menunjukan keadaan muka bumi sesebuah kawasan
yang menggunakan garisan ketinggian dalam peta moden.
Peta topografi mempunyai garisan melintang dan garisan bujur serta titik
pertemuannya menghasilkan koordinat.
Peta topografi yang piawai biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala ini dapat
menunjukkan sesebuah kawasan seluas yang lebih lengkap dan sempurna.
Peta topografi memiliki beberapa persamaan dan perbezaan dengan peta rupa bumi.

UNSUR PETA TOPOGRAFI
JUDUL PETA
KETERANGAN PEMBUATAN INDEKS PETA
PEMBAHAGIAN LEMBAR PETA
SISTEM KOORDINAT
SKALA PETA
ORIENTASI ARAH UTARA PADA PETA
ORIENTASI PETA
GARIS KETINGGIAN
TITIK TRIANGULASI

TEKNIK MEMBACA PETA

TITIK AWAL
TANDA MEDAN
ARAH KOMPAS
MENTAFSIR JARAK
LEMBAR PETA
SISTEM KOORDINAT
SKALA PETA
ORIENTASI ARAH UTARA

Perkara yang perlu diperhatikan:
o Penggunaan garis ketinggian merupakan garis yang menunjukkan pelbagai
ketinggian di suatu tempat tertentu.

Melalui garis ketinggian:
1. Ketinggian suatu tempat dapat diketahui.
2. Jarak suatu tempat dapat diketahui dengan jelas.
3. Tingkat kecuraman dan kemiringan lereng dapat diperkirakan secara tepat.

Sifat-sifat garis ketinggian:
1. Memiliki ketinggian sama
2. Memisahkan titik-titik yang lebih tinggi dari semua titik yang lebih rendah.
3. Tidak bercabang
4. Tidak berpotongan satu sama lain

Skala peta berkaitan dengan ukuran geometri bumi, misalnya perbandingan jarak di
lapangan dengan jarak di peta.
Simbol merupakan penggambaran dari di permukaan bumi.
Simbol koordinat berkaitan dengan penentuan di posisi peta terhadap objek yang ada
di lapangan.
Arah utara, panduan arah ke sasaran utara di peta dan digunakan sebagai penunjuk
arah di utara apabila berada di lapangan.
Garis Ketinggian adalah garis khayal untuk menggambarkan semua titik yang
mempunyai ketinggian yang sama di atas / bawah permukaan tertentu.
Pada jarak melintangnya lebih 40mm skala peta sesuai untuk membuat garis
ketinggian. Ketinggian ini sangat bermakna terutamanya jika ada bukit kecil di
kawasan rata.

KEGUNAAN PETA TOPOGRAFI
Memudahkan dalam menggambarkan bentuk dua dimeni dari bentuk tiga dimensi rupa
bumi (permukaan bumi)
Memberi maklumat mengenai keadaan permukaan bumi.
Sebagai dasar dalam hal-hal mengenai ruang.

TANDA DAN SIMBOL

LAPORAN PENGEMBARAAN

PERSEDIAAN PERJALANAN

Setiap pengembaraan perlu ada persediaan dan destinasi hendaklah dirancang
terlebih dahulu.
Tempat-tempat sejarah dan rekreasi perlu dimasukkan ke dalam program
pergembaraan.
Rancangan pengembaran hendaklah dipersetujui oleh ketua. Ketua hendaklah
memberi nasihat, panduan serta peraturan bagi memastikan pengurusan
pengembaraan itu mengikut cara BSMM.

KHIDMAT
KESUKARELAWAN

KHIDMAT KESUKARELAWAN
DEFINISI

Perkataan "kesukarelaan” bermaksud “sikap sukarela” ataupun dengan kehendak
sendiri dan tiada paksaan dari mana-mana pihak.
Mereka yang melakukan sesuatu dengan sukarela dipanggil “sukarelawan” bagi lelaki
dan "sukarelawati” bagi perempuan.
Melaksanakan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah, dengan
niat yang ikhlas dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan atau balasan kepada
diri sendiri.
Biasanya berkonsepkan gotong royong.

Faktor yang memotivasi seseorang untuk dalam kerja-kerja kesukarelaan:
I. Rasa prihatin yang timbul dalam diri untuk menaburkan bakti dan khidmat kepada
masyarakat dengan berbuat sesuatu.
II. Ingin berbuat amal dengan memberikan sumbangan dalam bentuk wang atau
barangan.

III. Untuk mendapatkan keredhaan Tuhan.
IV. laitu menyahut seruan kerajaan, dan sebagai khidmat kepada negara.

Contoh aktiviti khidmat kesukarelawan:

1. MINGGU KERJA

2. BANTUAN BENCANA
3. MASYARAKAT PENYAYANG
4. HARI PERINGATAN

5. ALAM SEKITAR

Faktor menjadikan khidmat kesukarelawan semakin kurang:
I. Budaya masyarakat kini yang semakin mementingkan kebendaan dan peribadi.
II. Kurang ilmu dan kemahiran yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu perkhidmatan
yang ingin atau telah diceburinya.

III. Kurang pendedahan.
IV. Tidak mempunyai sistem pengurusan, sokongan dana dan strategi pemasaran yang

kukuh.
V. Kekurangan masa kerana komitmen lain.

PENGURUSAN
&

PERSIAPAN
PERKHEMAHAN

KONSEP PERKHEMAHAN

Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di
gunung dan sebagainya. Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk
hidup. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau
berkumpulan.
Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti
berkaitan dengan persekitaran anda.
Kini perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan luar ko-kurikulum di institusi-
institusi pengajian. Perkhemahan sering dikaitkan dengan unit-unit beruniform. Unit
beruniform yang sering dikaitkan dengan aktiviti perkhemahan ialah pengakap.
Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental
dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan
yang terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan kita
menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan.

TUJUAN PERKHEMAHAN
Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti
penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman globalisasi ini. Para
belia pada masa kini lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang tidak sihat
dan keruntuhan moral yang sangat serius. Pergerakan pengakap dan pandu puteri
sejak 80 tahun lepas telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang dapat
menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa
dan negaranya. Disini ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat
diutamakan dalam pergerakan tersebut.
Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu
perkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika di
rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang
membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar.
Banyak faedah yang diperoleh oleh remaja semasa menghadiri sesuatu
perkhemahan, di antaranya ialah:

1. Berkhemah sebagai cara pendidikan.
Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang disampaikan
secara langsung dan tidak langsung dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri.
Sebagai contoh semasa menuju ke tempat perkhemahan, peserta terpaksa berjalan
kaki, berbasikal dan sebagainya. Kerap kali mereka terpaksa merentas bukit-bukau,
danau dan sungai. Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada diri
sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan- latihan ini dapat
melatih mereka supaya kuat juga sihat fizikal, jasmani dan mental.
Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada bidang akademik
semata-mata. Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan di mana, setiap peserta
dipertanggungjwabkan menguruskan kesemua kegiatan hariannya tanpa bantuan
daripada sesiapa pun contohnya, memasak, membasuh pakaian, menjaga
keselamatan diri dan sebagainya.
Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka yang
tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam semula jadi dan
kawasan desa. Sesetengah daripada mereka tidak mengenali pokok getah atau padi
dan sebagainya. Belia dari bandar dapat mengadakan perkhemahan di kawasan
pergunungan, perkampungan dan tepi pantai. Mereka dapat melihat dan menyiasat
tumbuh-tumbuhan, binatang, batu-batan, dan sebagainya. Kebanyakan tumbuh-
tumbuhan, binatang dan batu-batan ini tidak terdapat di kawasan bandar bahkan di
kawasan perkampungan tertentu.

2. Berkhemah sebagai cara ibadat.
Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita tentang
kebesaran dan kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya yang terbentang
luas saujana mata memandang, sekaligus mewujudkan rasa keinsafan kepada-Nya
dan juga menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita di depan-Nya yang Maha Esa.
Melalui aktiviti perkhemahan ini juga akan menggalakkan kita untuk berfikir tentang
ciptaan-ciptaan Allah yang berbagai-bagai, seterusnya kita juga boleh melakukan
kajian ke atas spesimen-spesimen yang dijumpai untuk meningkatkan lagi keimanan
kita kepada kebesaran Allah SWT yang menjadikan sesuatu pasti ada sebabnya.
Tidak lupa juga, yang paling penting ialah supaya apa sahaja yang kita lakukan adalah
kerana Allah, maka itu adalah merupakan ibadat terhadap Allah SWT.

3. Perkhemahan untuk orientasi sosial.
Di perkhemahan peringkat negeri, negara, rantau dan dunia setiap peserta akan
tinggal bersama. Mereka belajar, bergaul, bertukar fikiran, melakukan aktiviti dan
berkenalan di antara satu sama lain. Mereka dapat mengenali peserta dari negara lain
daripada semua aspek seperti sosial, adat resam, kebudayaan, masakan dan
sebagainya. Keadaan ini sangat penting bagi mewujudkan persaudaraan dengan
semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan.
Di perkhemahan setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua masalah yang
berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya. Sehubungan dengan itu setiap peserta
seharusnya bekerjasama, bantu-membantu di antara satu sama lain dalam semua
kerja dan aktiviti mengikut sistem parol. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan
perlu dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh
berdisiplin.
Di perkhemahan juga, banyak pertunjukan kebudayaan dapat diadakan. Peserta dari
kumpulan, daerah, atau negara lain yang menyertai perkhemahan tersebut dapat
mununjukkan kebudayaan masing-masing. Setiap orang seharusnya faham dan tahu
adat resam sesuatu daerah, negeri, kaum dan agama terutamanya di negara kita yang
berbilang kaum demi mengeratkan lagi tali persaudaraan dan mengurangkan jurang
konflik antara kaum, agama dan kebudayaan.

4. Berkhemah untuk rekreasi.
Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan berasa seronok. Mereka dapat
mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada suasana yang lebih luas dan
terbuka lapang serta bebas daripada segala halangan dan masalah proses
pembelajaran secara formal. Mereka dapat menenangkan fikiran untuk mengingati
dan menghafal buku- buku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan terhibur
apabila menghadiri sesuatu perkhemahan. Jiwa yang damai akan melahirkan peribadi
yang mulia dan kewarasan berfikir.

5. Berkhemah untuk menghargai alam semula jadi dan mencari ketenangan.
Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati
oleh berjuta-juta manusia tetapi juga ia didorong oleh naluri dan perasaan sayang
serta kesediaan untuk melindungi alam sekitar semula jadi yang penuh dengan
keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum segala

keindahan khazanah alam luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang
tidak henti- henti membinasakannya.
Sudah menjadi lumrah sesuatu yang nampak tidak bernilai pada mulanya akan
nampak semakin berharga apabila kita semakin hampir kehilangannya. Begitu juga
dengan alam semula jadi kita yang semakin hari semakin lenyap dari muka bumi ini
akibat daripada pelbagai provokasi. Seolah-olah ada satu keanehan di mana apabila
dunia sedang pesat membangun, kecintaan terhadap alam maya ini bertambah-
tambah. Seolah-olah kasih sayang yang tiba-tiba datang dengan mendadak terhadap
seorang ibu yang sedang sakit tenat dan nazak walaupun kasih sayang itu diabaikan
sahaja sebelumnya.
Pinggir hutan yang penuh dengan misteri akan melahirkan satu perasaan yang aneh
dan penuh dengan kebanggaan apabila kita mendapat peluang untuk berdikari atau
menemui cabaran-cabaran tanpa bantuan sesiapa pun yang sebelum ini kita
memperolehinya dengan mudah dengan adanya bantuan daripada teknologi-teknologi
yang canggih, pembantu rumah yang sentiasa melayani kehendak kita serta berbagai-
bagai kemudahan lagi.

6. Berkhemah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
Perkhemahan keluarga mengalami pertumbuhan besar selepas Perang Dunia II,
bermula daripada beberapa keluarga bercambah menjadi berjuta- juta keluarga. Untuk
menyahut kelahiran semula minat untuk berkhemah, kerajaan tempatan dan
kebangsaan telah memajukan taman- taman lipur dan kawasan-kawasan
perkhemahan khas. Lebih dari 9,308,000 hektar telah dikenal pasti sebagai taman
lipur tempatan, negeri dan kebangsaan, hutan lipur untuk tujuan perkhemahan.
Kerajaan negeri dan persekitaran dengan senang hati memberi maklumat-maklumat
kepada bakal pekhemah tentang tempat-tempat dan kemudahan- kemudahan yang
terdapat untuk berkhemah dan banyak sekali terdapat buku dan brosur panduan
tentang perkhemahan diterbitkan.
Melalui aktiviti ini hubungan kekeluargaan akan dapat dieratkan lagi apabila kita
bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti di tapak perkhemahan seperti memasang
khemah, membuat unggun api, memasak serta mandi bersama- sama di sungai.
Selain dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita juga berpeluang untuk
lebih memahami pasangan masing-masing serta mempunyai lebih masa untuk
bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan membaiki semula
hubungan yang telah lama tegang.

7. Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan.
Perkhemahan juga merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan
para belia tentang kesihatan serta sebagai usaha untuk mempromosikan perihal
kesihatan agar setiap individu menjadi lebih prihatin, berpengetahuan dan
berkeupayaan dan mempertingkatkan status kesihatan mereka.
Sepanjang perkhemahan, para peserta akan diberikan penerangan mengenai topik-
topik kesihatan seperti taklimat pertolongan cemas, bahaya merokok dan juga aktiviti
yang menjurus kepada hidup sihat seperti bersenam, mengamalkan diet yang
seimbang serta menjauhi amalan- amalan yang menjejaskan kesihatan seperti
menghisap rokok, mengambil pil atau dadah dan sebagainya.

JENIS PERKHEMAHAN

Perkhemahan ringkas
o Untuk 3 atau 4 orang ahli di tempat tinggal mereka.
o Biasanya dilakukan pada hujung minggu.
o Biasa diadakan selama satu malam atau dua malam.
o Tujuannya adalah untuk mendapatkan sesuatu lencana atau ujian atau sekadar untuk
perkhemahan sahaja.

Perkhemahan kumpulan
o Dianjurkan oleh pemimpin atau Majlis Ketua Patrol.
o Dihadiri oleh sekumpulan ahli.
o Dijalankan selama dua atau tiga hari.
o Biasanya diadakan sekali bagi tiap-tiap penggal persekolahan.

Perkhemahan secara besar-besaran
o Dianjurkan oleh Maljis peringkat daerah, negeri, negara atau dunia.
o Dihadiri oleh beratus-ratus atau beribu-ribu orang peserta.
o Dikenali sebagai ‘jambori’.
o Diadakan 4 tahun sekali.
o Mengambil masa 3-7 hari.

Jenis Ciri-ciri Khemah
Khemah
Khemah satu tiang Ringan, senang didirikan
dan sesuai digunakan untuk
Khemah berbentuk A perkhemahan ringkas.
Memuatkan 1 hingga 2
Khemah berbentuk dinding orang penghuni sahaja.
Ditegakkan dengan
menggunakan satu tiang
sahaja.

Memuatkan 3 hingga 6
penghuni.
Digunakan untuk perkhemahan
ringkas dan perkhemahan
kumpulan.
Ditegakkan dengan
menggunakan 2 batang tiang
dan 1 batang galang
(bumbung).

Sesuai untuk perkhemahan
kumpulan.
Sama dengan khemah
berbentuk A, tetapi
mempunyai penahan angin
atau hujan di bahagian
tepinya.
Untuk 5 hingga 6 orang.

Khemah Ridge Mempunyai sempadan yang
lebih panjang dan luas
daripada khemah- khemah lain.

Sesuai di kawasan
pergunungan dan di tepi
sungai.

Memuatkan 4 hingga 7 orang.

PERANCANGAN DAN PERSIAPAN AWAL

1. Pembentukan Jawatankuasa

Untuk menggerakkan sesuatu aktiviti perkhemahan supaya
program dapat dirancang dengan baik dan teratur.
Kesesuaian jawatankuasa bergantung pada tempat
perkhemahan dan aktivti yang akan dijalankan.
Setiap jawatankuasa mempunyai tugas masing-masing.
Ahli jawatankuasa terdiri daripada:

o Urus setia
o Aktiviti
o Pengangkutan
o Peralatan
o Keselamatan dan kecemasan
o Penajaan
o Makanan

2. Kenal Pasti Kawasan

Penting untuk melihat tapak perkhemahan untuk memastikan tempat yang dipilih
bersesuaian dan selamat untuk diadakan aktiviti perkhemahan.
Perkara yang perlu diambil kira:

o Kesesuaian tempat
o Kemudahan asas (air, tandas)
o Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin
o Mudah untuk berhubung dengan pihak polis dan hospital sekiranya berlaku

kemalangan.

3. Surat Kebenaran

Surat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri / Pegawai Pendidikan Daerah
melalui pengetua --- sebelum menjalankan aktiviti.
Surat kebenaran pihak polis --- memastikan aktiviti berjalan lancar.
Surat kebenaran ibu bapa --- diperolehi sebelum peserta dibenarkan mengikut aktiviti
perkhemahan.
Mendapat insurans kelompok untuk semua peserta sebelum aktiviti perkhemahan.

4. Belanjawan
Untuk memastikan persiapan yang dibuat boleh menampung segala keperluan selama
tempoh perkhemahan.
Belanjawan seperti kos pengangkutan, peralatan, insurans, perubatan dan makanan.

5. Alatan Perkhemahan
Alatan untuk perkhemahan perlu disediakan sebelum menjalankan aktiviti:

PEMILIHAN TEMPAT
1. Tanah atau tapak yang rata.

Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah
dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat.
Sebaik-baiknya walau pun tapak yang rata, cuba elakkan daripada kawasan yang
terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut.
Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan
atau bukan sebagai tempat laluan air ketika hujan turun.

2. Berhampiran punca air.
Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, perkara yang utama harus difikirkan ialah
mengenai punca air bersih.

Air yang bersih digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya.
Tapak perkhemahan haruslah berhampiran dengan punca air tidak kira sungai, anak
sungai, telaga, kolam atau sebagainya tetapi air tersebut hendaklah dipastikan
kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini seperti sakit perut atau
penyakit lain yang boleh dijangkiti melalui air yang tidak bersih.
Punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan
yang tiada pencemaran.

3. Jauh daripada dahan mati.
Pemilihan tapak perkhemahan juga mesti berdasarkan kepada kawasan sekitar,
khasnya perlu melihat pokok-pokok yang besar di sekeliling kawasan perkhemahan
tiada dahan mati atau ranting yang boleh membahayakan peserta perkhemahan.
Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan, ranting serta dahan
mati tersebut boleh menimpa khemah dan orang yang terdapat di tapak perkhemahan
tersebut.

4. Tapak yang lebih tinggi dari punca air.
Pemilihan tempat atau tapak yang tinggi dan rata ini adalah penting untuk
mengelakkan daripada dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai dan air pasang
jika berkhemah di pantai.

5. Mudah untuk mendapatkan bantuan.
Tapak perkhemahan yang dipilih juga haruslah berdasarkan kepada keadaan tempat
yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan.
Tapak perkhemahan tersebut mungkin berhampiran kawasan kampung, laluan orang
atau mudah dihubungi.
Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah dimaklumkan kepada pihak berwajib seperti
Polis dan Jabatan Perhutanan.

6. Mudah untuk mendapatkan bahan bakar.
Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar yang digunakan untuk
memasak perlu diambil kira.

Jika memasak menggunakan dapur kayu iaitu ranting-ranting mati, tapak
perkhemahan yang dipiiih mestilah di kawasan yang mudah dan banyak untuk
mendapatkan bahan tersebut.

7. Keselamatan kawasan perkhemahan.
Keselamatan kawasan perkhemahan adalah penting.
Pastikan bahawa kawasan tersebut adalah bukan kawasan binatang buas dan mudah
diganggu oleh penceroboh luar.

ASPEK KESELAMATAN

1. Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal-
mengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

2. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan
oleh kem komandan.

3. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap
program.

4. Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau
memindahkan peralatan ke tempat lain.

5. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan
perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.

6. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan
perkhemahan.

7. Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
8. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian

juga sebaliknya tanpa kebenaran.
9. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain

pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.
10. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.
11. Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas

jam 12.00 tengah malam.
12. Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran

semasa perkhemahan.
13. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh

Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
14. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.
15. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.
16. Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
17. Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/ pengawasan

dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
18. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaandan pengawasan

pihak bertanggungjawab.
19. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak

penganjur.
20. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke

semasa jika difikirkan perlu.

KEMUDAHAN ASAS

Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu diberi perhatian untuk satu perkhemahan
akan bergantung kepada beberapa faktor seperti jangka masa, tempat dan bilangan
peserta. Di bawah disenaraikan peralatan asas yang perlu anda bawa untuk
memastikan perkhemahan anda selamat dan selesa:

o Khemah yang sesuai.
o Bag galas
o Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya)
o Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)
o Messtin, pinggan, sudu, garpu dan lain-lain
o Botol air, kole dan bekas minuman
o Pisau dan pembuka tin
o Lampu picit serta beteri dan lat gantinya
o Mancis dan lilin atau bahan penyala api
o Kotak pertolongan cemas

o Kotak ikhtiar hidup
o Tali
o Ponco atau baju hujan
o Parang/kapak kecil
o Bekas air tambahan
o Selimut atau bag tidur

Kalau anda tidak membawa messtin, anda perlu membawa periuk dan cerek. Selain
perkara-perkara yang disebut anda perlu juga membawa keperluan-keperluan
peribadi seperti berus gigi, sabun, tuala dan pakaian. Dan perlu diingatkan bahawa
apa yang disebutkan di atas adalah merupakan keperluan asas dan boleh ditambah
jika difikirkan perlu. Adalah diingatkan bahawa segala peralatan yang anda bawa
hendaklah 1/3 daripada berat badan. Beratan ini adalah yang sesuai dipikul pada jarak
yang jauh. Jika anda berkhemah dengan kenderaan beratan boleh ditambah mengikut
kesesuaian.
Pastikan segala peralatan untuk berkhemah disiapkan dengan awal sebelum tarikh
anda akan pergi berkhemah untuk mengelakkan daripada tertinggal.

PEMERIKSAAN PAGI

Semasa perkhemahan, kebersihan diri dan kekemasan khemah serta kawasan perkhemahan
perlu diambil kira, sebagai satu amalan disiplin diri yang mesti dipupuk. Oleh yang demikian
adalah perlu Pemeriksaan Pagi dilakukan. Pemeriksaan Pagi ini dilakukan oleh beberapa
orang pemimpin yang mengadakan lawatan ke setiap khemah. Lazimnya, pemeriksaan pagi
dilakukan pada pukul 8.00 pagi. Antara aspek-aspek yang dinilai termasuklah:

o Kebersihan dalam dan persekitaran khemah
o Susun atur barang dan peralatan kumpulan
o Pakaian yang dibawa
o Gajet yang dibawa

Cara Pemeriksaan Pagi dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. Membersihkan kawasan perkhemahan, membersihkan periuk dan peralatan masak
yang digunakan, menyusun peralatan perkhemahan dan sarapan pagi hendaklah
selesai sebelum pemeriksaan pagi.

2. Satu tiupan wisel yang panjang dibunyikan oleh pemimpin yang bertugas bagi
menandakan Pemeriksaan Pagi akan dilakukan.

3. Ketika Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua ahli badan unit beruniform berdiri sebaris
mengikut sistem patrol iaitu ketua patrol berada di kanan sekali, kuarter master, ahli-
ahli dan di kiri sekali ialah penolong ketua patrol.

4. Semasa Pemeriksaan Pagi dijalankan, semua pakaian dalam patrol berkenaan
diletakkan di hadapan ahli-ahli patrol.

5. Ketua Patrol akan memberi arahan bersedia kepada ahli-ahlinya. Seperti “Patrol Nuri
Sedia,” sebelum pemimpin berada di pintu gerbang patrol itu.

6. Semasa pemimpin memasuki pintu gerbang patrol, ketua patrol bergerak ke hadapan
lalu memberi tabik hormat dan melapor diri kepada pemimpin bertugas. Contoh ayat
laporan: “Kami Patrol Nuri seramai 20 orang, siap sedia menerima arahan tuan.”

7. Manakala penolong ketua patrol dan kuarter master akan keluar baris sejurus selepas
menerima arahan daripada salah seorang pemimpin. Kemudian kembali ke dalam
barisan setelah selesai pemeriksaan.

8. Selepas itu, ketua patrol memberi hormat sekali lagi dan meminta kebenaran
menjalankan tugas-tugas lain. Contoh ayat: “Kami Patrol Nuri seramai 20 orang
mengucapkan ribuan terima kasih, dan minta kebenaran menjalankan tugas lain,
tuan.”

9. Maka selesailah Pemeriksaan Pagi, selepas pemimpin keluar daripada pintu gerbang.
Ketua Patrol mengarahkan ahli-ahlinya keluar baris.

LAPORAN DAN REFLEKSI

PENGURUSAN LAPORAN AKTIVITI
Muka depan (kulit laporan)

o Tajuk aktiviti
o Tarikh & lokasi
o Nama penganjur
o Tarikh laporan disediakan

Laporan Eksekutif
1.0 Pengenalan

o Secara ringkas nyatakan tujuan program dilaksanakan
2.0 Latar Belakang

o Masa aktiviti dilaksanakan
o Bilangan peserta
o Matlamat
o Kaedah pelaksanaan
o Bahan-bahan peralatan yang digunakan
o Aktiviti-aktiviti
o Pengendali / fasi
3.0 Huraian Penilaian
o Maklum balas peserta
o Maklum balas daripada pihak luar
4.0 Pencapaian aktiviti
o Hasil yang dicapai melalui pelaksanaa aktiviti
o Perbandingan hasil dengan matlamat
5.0 Kemajuan / Masalah
o Secara ringkas huraikan kemajuan masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan

6.0 Cadangan
o Huraikan cadangan untuk penambahbaikan

7.0 Gambar aktiviti
o 6 keping gambar berserta 6 keping gambar asal & kapsyen dilampirkan sekiranya
mendapat peruntukan gambar laporan

8.0 Penutup
o Rumusan aktiviti
o Ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat

CONTOH REFLEKSI

Contoh:

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya saya berjaya menyiapkan refleksi keseluruhan
sepanjang saya belajar subjek WAJ3111 iaitu Kokurikulum II (Unit Beruniform) semester ini
dengan selengkapnya mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia yang telah mengajar dan banyak membantu saya dan rakan-rakan sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan terutamanya kepada ketua
penasihat BSMM iaitu Puan Zowyah bt Shabdin dan Encik Abd Aziz bin Ishak selaku
pensyarah bagi pasukan saya, Pasukan 1.

Secara jujurnya, kursus ini banyak memberi impak yang positif kepada saya dalam
menambahkan pengetahuan yang baru serta dapat menjadikan saya sebagai seorang bakal
guru yang berwibawa melalui kesemua aktiviti yang dijalankan sepanjang semester ini. Hal ini
kerana kursus ini banyak mendedahkan perihal kegiatan kokurikulum yang dijalankan.
Sebelum itu, wibawa bermaksud seseorang yang memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang
ilmu pengetahuan. Oleh itu, kursus ini sangat sesuai dipelajari oleh para guru pelatih demi
melengkapkan diri dengan pelbagai bidang ilmu terutamanya dalam bidang kegiatan
kokurikulum sebagai persediaan untuk melangkah kaki ke dunia pendidikan yang sebenar.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang semester ini bermula. Antaranya
ialah latihan kawad kaki, pendidikan asas kesihatan, kursus Rawatan Cemas dan
Perkhemahan. Latihan kawad kaki dan nyanyian lagu BSMM diadakan pada setiap petang
pada hari Rabu. Latihan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar guru teknik dan
cara kawad kaki yang betul. Hal ini sebagai persediaan kepada para pelajar guru untuk
mengajar murid-murid kawad kaki di sekolah nanti.

Selain itu, kursus Rawatan Cemas dilakukan pada minggu seterusnya bagi mendedahkan
kepada para pelajar guru terutamanya kepada Unit Beruniform BSMM mengenai rawatan
awal yang boleh dilakukan bagi mengelakkan kecederaan yang lebih parah dan serius.
Sebagai contoh, teknik CPR boleh dilakukan kepada mangsa yang dijumpai separuh sedar.

Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti terakhir bagi setiap unit beruniform. Sepanjang aktiviti
ini dijalankan, saya beroleh banyak pengalaman berharga untuk saya berkongsi dengan
rakan-rakan dan anak murid saya nanti. Melalui aktiviti perkhemahan yang diadakan selama
4 hari 3 malam iaitu dari 11 September hingga 14 September 2012 di sekitar kawasan IPG
Kampus Pulau Pinang, saya berupaya memantapkan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan unit beruniform untuk membolehkan saya menjalankan tanggungjawab sebagai

seorang guru penasihat di sekolah kelak. Selain itu, saya juga berpeluang menguruskan
aktiviti perkhemahan unit beruniform, meningkatkan jati diri dan merapatkan silaturahim dalam
kalangan pelajar guru lebih-lebih lagi dalam unit BSMM.

Banyak aktiviti yang menarik dilakukan sepanjang perkhemahan antaranya ialah kawad kaki,
istiadat menaikkan bendera, mendirikan khemah dan gajet. Saya dan rakan juga berpeluang
untuk memasak sarapan pagi dan minum petang. Kami juga didedahkan cara membuat roti
lilit hanya menggunakan tepung gandum, garam dan air. Sesungguhnya, aktiviti perkhemahan
ini sangat menyeronokkan dan berjaya mencapai objektifnya dan memberi peluang kepada
saya dan rakan-rakan untuk saling tolong-menolong dan bekerjasama dalam melakukan
semua kerja yang ditugaskan.

ORIENTASI
KURIKULUM SEKOLAH

RENDAH

KURIKULUM UNIT BERUNIFORM
Program Unit Beruniform di sekolah rendah diperkenalkan kepada murid-murid tahun
4, 5, dan 6. Di sekolah terdapat banyak unit beruniform ditubuhkan. Antara unit beruniform
yang selalunya ada di sekolah ialah Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Pandu Puteri, Kadet
Polis, dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Dalam merancang program unit beruniform KRS di
sekolah, terdapat skema yang perlu diikuti iaitu:

1. Pada pertamanya perlu menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan
KRS.

2. Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan KRS dan menghebahkan
kepada guru-guru dan pelajar-pelajar

3. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan KRS
yang terdiri daripada guru-guru penasihat

4. Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan
kegiatan KRS pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar,
pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan.

5. Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru
pelaksanaan KRS yang telah dirumuskan.

6. Menyediakan keperluan asas pentadbiran
7. Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahan- kemudahan

asas.
8. Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan
9. Memperoleh dan mengemaskini inventori, bekalan pejabat dan harta modal bidang

kokurikulum.

Program Unit Beruniform di sekolah rendah diperkenalkan kepada murid-murid tahun 4, 5,
dan 6. Di sekolah terdapat banyak unit beruniform ditubuhkan. Antara unit beruniform yang
selalunya ada di sekolah ialah Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Polis,
dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Dalam merancang program unit beruniform KRS di sekolah,
terdapat skema yang perlu diikuti iaitu:

1. Pada pertamanya perlu menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan
Penyelarasan KRS.

2. Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan KRS dan menghebahkan kepada
guru-guru dan pelajar-pelajar

3. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan KRS
yang terdiri daripada guru-guru penasihat

4. Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan
kegiatan KRS pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar, pendekatan
dan kaedah baru pelaksanaan

5. Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru
pelaksanaan KRS yang telah dirumuskan

6. Menyediakan keperluan asas pentadbiran
7. Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahan-

kemudahan asas
8. Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan
9. Memperoleh dan mengemaskini inventori, bekalan pejabat dan harta modal bidang

kokurikulum
10. Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum

sekolah
11. Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru-guru
12. Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan KRS
13. Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan program
14. Melaksanakan Skema Penilaian Program KRS untuk setiap pelajar

15. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan
16. Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan pelajar

dalam kegiatan KRS di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa

PERANCANGAN PROGRAM

Prinsip merancang program seperti berikut:
1. menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan pembelajaran yang
menarik, menyeronokkan dan merentasi kurikulum
2. merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk
aktiviti
3. semua program yang dirancang diberi penekanan secara sedar kapada usaha
bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme, dan semangat
perpaduan antara kaum dan wilayah
4. menyediakan peluang, ruang dan kemudahan yang mencukupi
5. Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian, dan
kepimpinan
6. Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang memberi peluang dan
kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan minat
7. Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk memperagakan bakat
dan kebolehan masing-masing di khalayak ramai
8. Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum yang
dirancang
9. Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat
swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi untuk
memperluas, mempelbagai dan mempertingkatkan penglibatan pelajar dalam
kegiatan kokurikulum


Click to View FlipBook Version