Simpul Balak Untuk mengikat hujung Gunakan tali
Simpul Belit tali ke tiang atau pokok dengan
dengan mudah. mengelilingi kayu.
Agar kayu itu tidak licin Tarik bahagian
dan mudah digerak- tali yang panjang
gerakkan. supaya menjadi
kemas.
Untuk memulakan
ikatan serong.
Digunakan bagi Satu lingkaran
mengikat tali pada tiang. dibuat pada
Mengikat tali khemah sekeliling kayu,
pada pasaknya. tiang atau
Bagi mengikat tali pada pasaknya.
Selepas itu,
tiang untuk mematikan
ikatan ke pokok atau Ke dimatikan dengan
pacang kerana cara dua kali setengah
begini mudah di buka belit.
dan tidak mudah
tanggal ikatannya
IKATAN
Tiga Jenis Ikatan Fungsi Teknik
Ikatan
Seraya Digunakan Dimulakan dengan
apabila dua simpul manuk.
batang kayu atau Kemudian dililitkan
buluh bersilang dengan kemas dan ketat
dengan sudut Seterusnya dililit dicelah
tepat. kayu
Akhirnya matikan ikatan
dengan simpul manuk.
Serong Ikatan ini Mulakan dengan
digunakan untuk simpulan pengikat balak
membuat pada tempat kayu
jambatan, bersilang.
menara dan
sebagainya. Belitkan membujur.
Kemudian melintang dan
matikan dengan
simpulan manuk.
Lilit Kacang Digunakan untuk Dimulakan dengan
mengikat batang- simpul manuk.
batang Kemudian diselang-seli
kayu/buluh bagi dan tarik tali dengan
membuat lantai kejap supaya ikatan
untuk sesuatu kemas dan kuat
projek atau gajet. Diakhiri dengan simpul
manuk.
IKHTIAR HIDUP
PENGENALAN
Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk
keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan
sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan.
Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-
a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
c. Terselamat dalam nahas udara atau laut.
Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan
untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk
kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.
Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup deertikan sebagai usaha yang harus dilakukan
oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau
masalah kehabisan bekalan makanan.
DEFINISI
Berikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu
keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh.
OBJEKTIF
Kognitif
Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di
hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya.
Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan,
tempat perlindungan dan punca-punca air.
Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani
ikhtiar hidup.
Psikomotor
Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dqari bahaya.
Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk
terus hidup.
Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang
kurang baik.
Afektif
Membina keyakinan diri untuk terus hidup.
Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggung jawab.
Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan adapt menimati
keindahannya.
PRINSIP IKHTIAR HIDUP
1. Keselamatan
Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa.
Kita mestilah menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh
membahayakan keselamatan.
Sebagai contoh – memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada
boleh dimakan atau tidak kerana anda terlalu lapar.
Situasi ikhtiar hidup akan menjadi lagi rumit jika anda tidak menghiraukan soal
keselamatan diri.
Ini kerana sewaktu berada dalam keadaan ikhtiar hidup, kita tidak mengetahui
tentang keadaan keselamatan diri kita.
Oleh itu kita mestilah sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. keutamaan
hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa.
Ini dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara
yang boleh membahayakan keselamatan.
Sebagai contoh, elakkan memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama
ada boleh dimakan atau tidak walaupun anda berasa sangat lapar.
Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan tidak diambil
kira.
2. Usaha
Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai
ikhtiar bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap yang
tidak membantu.
Jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa menjejaskan
keselamatan anda.
Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang seseorang itu untuk
mengharungi situasi ikthiar hidup mereka.
Kebolehan mereka ganti (improvisation) amatlah membantu sewaktu berada
dalam hutan ataupun dalam keadaan ikhtiar hidup.
Dalam stuasi ikhtiar hidup,pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke
semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi.
Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah satu sikap
yang tidak akan membantu.
Jika suatu usaha itu gagal, maka usaha yang lain hendaklah dilakukan asalkan
tidak menjejaskan keselamatan.
Lebih banyak usaha yang dilakukan maka lebih cerahlah peluang sesorang itu
mengatasi situasi ikhtiar hidup yang sedang dihadapinya.
3. Kawalan diri
Kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan
dapat memberikan hasil yang positif.
Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan
seseorang itu bertindak terburu-buru.
Kes kecelakaan diri semasa ikhtiar hidup banyak berpunca dari kurangnya
kawalan diri.
Dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala
keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif.
Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan
seseorang itu bertindak terburu-buru.
Keadaan ini sudah pasti akan merumitkan lagi masalah yang dihadapi.
4. Kerjasama
Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat
amatlah penting.
Kerjasama juga akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih terjamin. jika
dalam kumpulan, kejasama yang erat dan berterusan amatlah penting supaya
kumpulan itu dapat mengatasi sesuatu masalah atau kesulitan.
Jika ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan akan bertambah rumit.
ELEMEN IKHTIAR HIDUP
Satu daripada elimen terpenting dalam ikhtiar hidup (survival) ialah yang terletak diantara dua
telingan anda, iaitu otak. JANGAN PANIK, gunakan akal dan anda haruslah berlatih
menggunakan 5 elimen asas sebelum anda terpaksa bergantung dengannya.
1. Api
Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat
kepada penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan, membantu
menghalau binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian.
Setiap mereka yang melibatkan diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus
mempunyai pengetahuan cara untuk menyalakan api sekurang-kurangnya dalam
dua keadaan, satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa peralatan.
Beberapa tompokan unggun api yang kecil lebih banyak menghasilkan haba
berbanding satu tompokan unggun api yang besar.
Cari dan kumpulkan kayu api untuk diganakan pada sebelah malam dan kemudian
kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama, kerana sudah pasti anda
memerlukannya kemudian.
Jimatkan bahan bakar dengan cara membuat “star fire” dimana cuma hujung kayu
sahaja yang terletak didalam unggun api, cuma tolak kedalam jika bahan bakar
diperlukan lagi.
Buat pembalik haba dengan membuat dinding dibelakang ataupun kawasan haba
yang berdekatan dengan dinding seperti tembok atau dinding gua.
Duduk diantara api dan dinding tersebut supaya anda dapat menerima pemanasan
dari belakang.
2. Perlindungan
Perlindungan bermaksud anda melindungi diri anda daripada terdedah kepada
pancaran matahari yang berlebihan, sejuk, angin dan hujan.
Apa sahaja yang boleh menambah dan mengurangkan suhu badan anda boleh
menjadi musuh anda. Pakaian merupakan cara perlindungan pertama, pakaian
yang sesuai untuk keadaan yang sesuai. Sentiasa memakai topi.
Cuba dan kekalkan supaya lapisan pakaian yang terdekat dengan badan anda
sentiasa kering.
Lapisan yang terdekat dengan kulit lebih panas daripada sehelai baju yang tebal.
Jangan membazirkan tenaga untuk membuat tempat perlindungan sedangkan
alam semula jadi telah menyediakannya (seperti gua dll.).
Sentiasalah berlatih untuk membina tempat perlindungan yang mudah sekiranya
anda tidak menemui tapak perkhemahan yang sesuai. Jangan tunggu untuk
membuat tapak perkhemahan sendiri.
Gunakan “SPACE BLANKET” ataupun baju hujan untuk mengelak daripada
kelembapan, atau untuk menutup tempat perlindungan anda ataupun digunakan
sebagai selimut dengan keadaan duduk mencangkung (squat position) untuk
memberi konsentrasi haba didalam badan.
3. Isyarat
ISYARAT menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang
lain untuk meminta bantuan.
Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah, bendera, cermin dan wisel boleh
membantu anda untuk diketemui.
Tiga tompokan unggun api yang membentuk segitiga menandakan anda dalam
kesusahan. Kawal pembakaran anda daripada merebak dan merosakkan
persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila anda terlihat
kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh.
Gunakan Pemancar Cahaya Kecemasan “EMERGENCY STROBE light” pada
sebelah malam untuk menarik perhatian mereka yang mungkin berada dikawasan
tersebut. Buat unggun api dengan bahan organic (rumput lembap / getah) untuk
menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang.
Cari kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S daripada batu,
kayuan atau pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan
warna permukaan tanah.
Kebanyakkan kerja menyelamat menggunakan kapalterbang / helikopter sebagai
cara pertama mereka untuk memerhati.
4. Makanan atau Air
MAKANAN/AIR berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal perpeluhan
anda bukannya mengawal pengambilan air.
Kalau boleh anda digalakkan untuk hanya meminum air pada sebelah petang yang
redup atau dingin. Anda boleh hidup sehingga tiga hari lamanya tanpa meminum
air.
JANGAN memakan tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan sesekali anda
meminum urin (cecair dari tubuh spt. peluh / kencing). Anda seharusnya membawa
sejumlah makanan dengan mengandaikan bahawa anda akan memerlukan
makanan dan air yang lebih sebelum merancang perjalanan anda.
Bawa makanan ringkas yang berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat,
gula-gula) didalam poket anda pada setiap masa, untuk kegunaan ketika perlu.
Masaklah air dengan menambahkan 10 minit atau lebih tempoh memasak air
setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras laut.
Tapis air menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang
kasar daripada air minuman anda. Jangan tunggu hingga anda betul-betul
kehabisan air baru hendak mencari air. Simpan air anda didalam bekas minuman.
Jangan memakan mana-mana buah-buahan liar jika anda tidak pasti. Anda boleh
mengumpulkan air hujan dengan menggunakan “space blanket” atau baju hujan
anda dengan menadahkannya diatas permukaan tanah yang tinggi sedikit dan
terbuka.
5. Pertolongan Cemas
PERTOLONGAN CEMAS bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga
merupakan tindakan asas untuk ikhtiar hidup.
JANGAN PANIK, sentaias tenang dan lakukan apa yang anda harus lakukan serta
jangan lupa menjaga keselamatan diri sendiri. “STOP” bermaksud Sit (duduk),
Think (fikir), Observe (tinjau), dan Plan (rancang).
Ia merupakan tindakan bijak apabila anda dapati anda telah tersesat atau
terkandas. Elimen terpenting ialah BERFIKIR SECARA RASIONAL, ini hanyalah
petunjuk kecemasan yang asas.
Periksa segala keperluan sebelum mengembara, buat catatan perubatan “medical
checklist” dan sediakan kit kecemasan peribadi yang kecil dan bawalah ia bersama
setiap masa.
Kebanyakkan situasi ikhtiar hidup hanya memerlukan alat rawatan untuk luka kecil,
bengkak dan keperluan perubatan peribadi. Pastikan anda tahu apa yang anda
ada dan tahu cara menggunakannya. Jangan terlebih “muatan”, bawa hanya
barang yang difikirkan perlu sahaja.
Bawa juga gambar keluarga atau orang tersayang dan simpannya bersama
peralatan anda untuk mengingatkan anda supaya bertenang dan berusaha untuk
terus hidup. Elakkan “hypothermia” (in english) dengan memanaskan badan anda
dengan baju panas atau “space blanket”
TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP
Dalam keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau
kumpulan. Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka
untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tekanan-tekanan
yang perlu diatasi ialah:-
a. Kelaparan
b. Kehausan
c. Kesakitan
d. Kesejukan dan kepanasan
e. Keletihan
f. Kesepian dan ketakutan
PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP
Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan seseorang
untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan
sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil untuk mereka
mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturan-
peratusan asas berikut perlu dipatuhi:-
1. Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat,
kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga
kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari
dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan.
Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga.
a. Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang
terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui
digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam
perjalanan.
b. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu
bergerak pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk
dilalui.
c. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu
malam.
2. Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur yang
cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan serta
binatang buas dan serangga perlu di adakan.
3. Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan
dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini
mungkin akan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam
menghadapi keadaan tersebut.
4. Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup
khususunya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti
di bawah:-
a. Perubatan:-
I. Panadol unuk sakit kepala, deman dan lain-lain.
II. Lomotil untuk cirit birit
III. Cadusil untuk radang perut.
IV. Antibiotik
V. Ubat gatal
VI. Plaster, pembalut dan ubat luka.
b. Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut:-
I. Bungkusan horlick (gandum) atau milo.
II. Bungkusan glukus
III. Bungkusan gula
IV. Bungkusan garam
V. Pil-pil vitamin
TUMBUH-TUMBUHAN HUTAN
Dalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini kebanyakkannya
tumbuh dikawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan hutan tidak
enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup, tumbuhan ini merupakan bahan
makanan yang utama untuk kita mengatasi kelaparan.
UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN
Kebanyakkan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan tau tidak.
Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan untuk
memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkat-peringkat ujian
adalah seperti berikut:-
1. Menghidu. Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika
tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau
bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan.
Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak.
2. Gatal-Gatal Kulit. Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian
kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian
kulit, bermakna tumbuhantersebut tidak boleh dimakan.
3. Bibir, Lidah dan Mulut. Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir
dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu
pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan
bahagian tumbuhantersebut dan kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi
berikut yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan.
a. rasa kelat dan sepat
b. rasa loya
c. rasa gatal-gatal dedaun mulut.
4. Menelan Sedikit. Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat pertama
hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan
tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. Tumbuhan
itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut:-
a. rasa mual
b. sakit perut
c. demam dan sakit sendi tulang
5. Makan sedikit. Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita
boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada
sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh
dimakan.
PERATURAN MELAKSANAKAN UJIAN.
Semasa menguji tumbuhan-tumbuhan perkara-perkara berikut mesti dipatuhi:-
1. Jangan memendekkan ujian.
2. Kalau rasa ragu-ragu jangan makan.
3. Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan.
4. Tidak semestinya kalau burung makan kita boleh makan.
5. Tentukan tumbuh-tumbuhan yang sama banyak disekelilingnya.
6. Tidak semestinya satu pokok semua boleh makan.
7. Buah yang manis tidak semestinya semua boleh makan.
8. Buah yang masam semuanya boleh makan.
TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUN
Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan kecemasan
adalah seperti berikut:-
1. Muntahkan tumbuhan tersebut dengan cepat.
2. Minum air bersih yang telah dimasak.
3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan.
4. Dapat bantuan perubatan dengan segera.
TEMPAT PERLINDUNGAN
Dalam sesuatu ikhtiar hidup tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi kita dari
kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi peluang kepada
kita untuk tidur dan rehat. Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan seperti
ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan dengan menggunakan sumber-
sumber hutan yang sedia ada.
MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN
Sebelum kita membina tempat perlindungan perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan.
1. Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, tali dan daun utuk membuat atap senang
didapati dikawasan tersebut.
2. Selamat dari binatang-binatang liar dan serangga-serangga yang memberhaya.
3. Selamat dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan pokok-pokok yang mati.
4. Berhampiran dengan sumber air dan makanan supaya senang didapati.
5. Selesa untuk kita tidur dan rehat bagi jangka masa yang dirancangkan.
JENIS-JENIS TEMPAT PERLINDUNGAN
Beberapa jenis tempat perlindungan atau pondok hutan boleh dibina dengan menggunakan
bahan-bahan hutan yang sedia ada diesuatu kawasan.
1. Pondok Sementara. Pondok ini merupakan jenis perlindungan yang paling senang
dibina dan untuk kegunaan jangka masa yang pendek. Pondok mesti dibina di atas
tanah yang rata dan kering.
2. Pondok Jangka Panjang. Pondok ini dibina jika ingin berkhemah untuk jangka waktu
yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak rata.
3. Pondok dalam kawasan Rawang. Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita
berlindung dalam kawasan rawang (berpaya). Tempat perlindungan yang dibina
hendaklah selamat dari air pasang.
BAHAN-BAHAN PEMBINAAN
1. Atap salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap. Dalam hutan
atap boleh diperolehi dari pokok-pokok berikut:-
a. Daun palas gajah dan palas biasa.
b. Daun rumbia atau nipah.
c. Daun bertam
d. Daun pokok kabung dan enau.
e. Daun mengkuang.
f. Buluh dan kulit kayu
g. Daun-daun lain atau bahan-bahan yang sesuai.
2. Tiang dan Alang. Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok. Kayu-kayu yang
terdapat di dalam hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut
hendaklah dari saiz yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan dan
tahan untuk jangka masa yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun seperti
rengas hendaklah dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan bahan-bahan
untuk membuat atap.
3. Tali. Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang, alang dan
atap. Tali-tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, roran dan akar-akar yang
boleh diperolehi dari hutan.
MEMASAK MAKANAN
Kemahiran menggunakan sumber alam semula jadi bagi tujuan memasak makanan adalah
sangat penting terutamanya apabila berada di dalam hutan kerana di hutan kita tidak
mempunyai alatan memasak seperti periuk nasi, kuali dan lain-lain peralatan memasak yang
moden. Antara tumbuhan dan bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk memasak ialah
daun pisang, daun palas, ruas buluh, batang pisang, tanah liat dan lumpur.
Batang Pisang
Potong batang pisang kepada dua bahagian.
Buangkan bahagian dalamnya, lapisan luar juga dibuang beberapa lapis supaya tidak
terlalu tebal untuk mengelakkan telur lambat masak.
Seterusnya masukkan telur ke dalam bahagian batang pisang dan cantumkan kembali
batang pisang seperti yang asal dan ikat batang pisang menggunakan pelepah batang
pisang itu sendiri.
Akhir sekali letakkan batang pisang tersebut ke atas api dan pastikan batang pisang
sentiasa diterbalikkan. Telur dijangkakan masak apabila batang pisang telah kecut dan
bahagian luarnya terbakar sempurna.
Ruas Buluh
Kaedah yang digunakan untuk memasak nasi di dalam buluh adalah sama seperti
memasak lemang.
Buluh hendaklah dibasuh dan dibersihkan, cuci bahagian dalam dan bersihkan segala
habuk-habuk bulu-bulu halus yang terdapat pada buluh tersebut.
Dapatkan pucuk daun pisang yang masih bergulung dan masukkan ke dalam buluh.
Isikan beras dan air ke dalam buluh dan nasi sedia untuk dimasak dan pastikan
bahagian lubang buluh ditutup dengan daun pisang.
Tanah Liat dan Lumpur
Kaedah ini digunakan untuk memasak burung dan ayam hutan.
Dapatkan tanah liat yang bercampur lumpur sungai yang bersih.
Ayam atau burung hendaklah dibersihkan dahulu tanpa membuang bulunya dan
buangkan bahagian dalam yang tidak diperlukan.
Salutkan ayam tersebut dengan tanah liat bercampur lumpur dan pastikan ianya tidak
terlalu nipis atau tebal.
Gali lubang untuk menanam ayam, pastikan lubang tidak terlalu dalam.
Hidupkan api betul-betul di atas tempat ayam ditanam.
Nyalakan api di antara satu hingga dua jam. Selepas itu ayam bolehlah dikeluarkan
dan dimakan.
Masakan Rimba
(Memasak tanpa peralatan)
Memasak tanpa peralatan bermaksud memasak tanpa perkakas dapur
Sebagai ganti, daun kayu, ranting kayu, batu, ruas buluh, tanah liat atau lumpur boleh
digunakan.
Dikenali juga sebagai “backwoodsman” atau masakan rimba.
Kini kerajang aluminium, tin, dawai juga digunakan.
1. Memasak menggunakan makanan sebagai bekas.
Ubi kentang, bawang besar, capsicum, tomato, labu, oren dipotong dan isinya
dikeluarkan. Bahagian atas digunakan sebagai penutup.
Bekas makan dibalut dengan keranjang aluminium & dimasak dalam bara api.
Kari ayam boleh dimasak dalam buah kelapa muda yang bersabut.
2. Memasak menggunakan daun
Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas memasak makanan spt ayam & ikan.
Makanan dibungkus dengan daun & dimasak atau bara api
Jenis daun yang boleh digunakan adalah daun pisang, daun kunyit, daun pandan,
kubis, kulit jagung.
3. Memasak menggunakan ranting & dawai
Ranting boleh dijadikan alat untuk memanggang. Pastikan ranting tidak berasal dari
pokok beracun
Roti juga boleh dililit menggunakan ranting kayu.
Dawai atau penyangkut baju keluli dibentukkan mengikut keperluan.
4. Memasak menggunakan kepingan batu
Batu yang digunakan leper & ketebalan sederhana
Api dihidupkan atas permukaan batu & biarkan selama 30 minit. Permukaan batu dikira
cukup panas apabila tirisan air berdesir ketika jatuh atasnya.
Bersihkan permukaan batu dengan kain.
Goreng telur, ikan atas permukaan batu yang panas itu.
5. Memasak menggunakan buluh
Buluh sesuai dijadikan sebagai bekas memasak.
Buluh boleh digunakan untuk memasak nasi & lemang.
Membuat Perangkap
Sebelum memasang jerat beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya ialah:-
Jenis binatang yang hendak dijerat
Kawasan laluan binatang tersebut.
Habitat binatang tersebut.
Jenis Jerat Penerangan
Jerat Bidas
Ikat tali jerat pada hujung joran,
Ground Snare kemudian buatkan running bowline di
hujung tali tersebut.
Ikat kayu pembingkas pa tali joran
tersebut.
Pasangkan kayu lengkung atas denai
(laluan) binatang dengan mencacak
kedua-dua hujung di atas tanah.
Cacak joran.
Lenturkan joran.
Bakakan kayu pembimkas kepada kayu
lengkung dan dikunci dengan kayu
palang.
Aturkan kayu para di atas palang dan
bukakan gelung tali seluas yang
mungkin di atas para.
Jerat akan bingkas apabila para dipijak
oleh binatang tersebut.
Perangkap ini di buat pada jalur yang
selalu binatang datang, untuk itu kita
perlu tahu dan dapat membezakan jalan
mana yang sering dilalui oleh binatang.
Jerat yang kuat atau menggunakan tali
yang bagus seperti kabel, kawat senar
pancing tebal dan lain-lain.
Spring Snare Perangkap ini menggunakan simpul
Trap Lubang geser (laso knot) pada tali perangkap.
Umumnya untuk binatang yang
berukuran kecil, seperti burung dapat
digunakan perangkap tali sederhana
yang diletakkan di atas tanah ataupun
digantung.
Tali laso yang telah diberi umpan
diikatkan pada dahan pohon atau batu
yang berat. Sehingga apabila haiwan
telah terjerat, tidak boleh pergi kemana-
mana lagi.
Perangkap ini baik untuk kancil atau
binatang yang lebih besar seperti rusa.
Perangkap ini merupakan kombinasi
bentuk lubang perangkap dan
perangkap menimpa.
Perangkap ini terdiri dari :
Batang pohon besar untuk menimpa
mangsa.
Kayu pohon yang saling menopang.
Umpan.
Lubang perangkap lengkap dengan
samarannya.
Cara kerjanya hampir sama dengan trap
menimpa, tetapi ketika mangsa tertimpa
batang, ia akan langsung masuk ke
lubang.
ASAS KAWAD KAKI
ASAS KAWAD KAKI
Apa itu kawad kaki?
Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera, bomba dan
polis yang melibatkan pegerakan kaki, tangan dan badan serentak.
Objektif kawad kaki
1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat
setia.
2. Meningkatkan kemahiran, kecekapan serta berkemampuan mengendalikan hal-hal
berkaitan kawad kaki dan pengurusan perbarisan.
3. Membentuk sifat kepimpinan yang tinggi kepada pegawai di dalam Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia.
4. Menjadikan seorang pegawai/jurulatih yang mempercayai diri dan bertatatertib pada
setiap masa.
5. Membentuk anggota supaya bekerjsama dalam satu kumpulan.
6. Membina semangat berpasukan, berdisiplin dalam membentuk jati diri serta dapat
membentuk sesebuah pasukan supaya sentiasa bekerjasama dalam pasukan.
7. Melahirkan anggota pertahanan awam yang berkeyakinan dan sentiasa mengamalkan
budaya cemerlang dan berdisiplin.
8. Membina dan melahirkan anggota Bomba yang bersifat tegas sentiasa bekerjasama
dan kekuatan diri dari segi fizikal dan mental.
Tujuan
Memberikan ilmu pengetahuan serta membentuk disiplin yang tinggi kepada pegawai/jurulatih
bagi menambah kemahiran kawad serta dapat mengendalikan apa-apa jua perbarisan.
Bahasa Hukuman Kawad Kaki Bulan Sabit Merah Malaysia
No. Bahasa Hukuman Kawad Kaki BSMM
1. Baris / Skuad.
2 Baris. Sedia.
3 Kekanan. Lurus.
4 Pandang. Depan.
5 Buka Barisan. Gerak.
6 Tutup Barisan. Gerak.
7 Bergerak ke kanan, Bertiga-tiga, Kekanan Pusing.
8 Skuad akan menghadap ke Hadapan, Ke kiri Pusing.
9 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga, Kekiri Pusing.
10 Bergerak ke kanan Bertiga-tiga, ke belakang Pusing.
11 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga, ke belakang Pusing.
12 Skuad akan Menghadap ke Hadapan, Ke kanan Pusing.
13 Skuad akan Menghadap ke belakang, ke belakang Pusing.
14 Bergerak kekanan bertiga-tiga, ke kanan Pusing.
15 Skuad akan menghadap ke belakang, ke kiri pusing.
16 Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri pusing.
17 Skuad akan menghadap ke belakang, ke kanan pusing.
18 Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing.
19 Langkah, kekanan gerak.
20 Langkah, ke kiri gerak.
21 Langkah, ke hadapan gerak.
22 Langkah, ke belakang gerak.
23 Dari kiri, cepat jalan.
24 Tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah. 3x
25 Tukar langkah, dengan langkah berlagak tukar langkah. 3x
26 Bergerak kekanan/kiri bertiga-tiga, kebelakang pusing.
Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kebelakang pusing.
27 Dari kiri / kanan, kanan belok.
28 Dari kiri / kanan, kiri belok.
29 Bergerak kekanan / kiri bertiga-tiga, kekanan / kiri pusing.
30 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kekanan / kiri pusing.
31 Hormat, ke hadapan hormat.
32 Hormat selaku terima sijil, hormat kehadapan hormat.
33 Hormat, kekanan hormat.
34 Hormat, kekiri hormat.
35 Tukar langkah perlahan, perlahan jalan.
36 Tukar langkah masa jalan perlahan, tukar langkah. 3x
37 Bergerak kekanan/kiri, kebelakang pusing.
Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kebelakang... Pusing.
38 Dari kiri / kanan, kanan belok.
39 Dari kiri / kanan, kiri belok.
40 Bergerak kekanan / kiri, kekanan / kiri pusing.
41 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kekanan / kiri pusing.
42 Tukar langkah cepat, cepat jalan.
43 Skuad henti.
44 Hentak kaki
45 Skuad henti.
46 Skuad akan mara menghadap , untuk diperhati semula dari tengah
Cepat jalan .(14-1-2)
47 Hormat , hormat kehadapan hormat .(2-1-2-1)
KAWAD FORMASI
APA ITU KAWAD FORMASI?
Kawad formasi adalah pembentukan rupa bentuk yang dilakukan oleh peserta apabila
mereka keluar dan masuk atau membuat pecahan dari rupa bentuk asal.
Terdapat tiga unsur yang penting bagi sesuatu kawad.
ASAS PERTOLONGAN
CEMAS
PERTOLONGAN CEMAS
Pengertian Pertolongan Cemas
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa
yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang
terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum
mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna.
Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas
a. Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b. Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c. Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.
Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik
a. Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes
kecemasan.
b. Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau
sekelilingnya.
c. Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
d. Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
e. Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan
rawatan mangsa.
f. Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan
si mangsa.
Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas
a. Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa
terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.
b. Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan
kuman.
c. Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau
anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak.
d. Elak mangsa dari mengalami renjatan.
e. Beri semangat keada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.
f. Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.
Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
a. Membuat penilaian keadaan
o Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.
o Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan
bantuan.
o Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa.
b. Membuat diagnosa
o Mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang boleh
dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan mangsa.
c. Memberi rawatan sementara
o Menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa yang
teruk.
d. Membuat dan memberi laporan
o Mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang telah
dilakukan ke atas
PETI PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk
orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia
biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan,
oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum. Antara peralatan yang umumnya
ialah peti pertolongan cemas.
Peti Pertolongan Cemas
Oleh yang demikian adalah suatu kewajiban bagi ahli sukarelawan menyelamat khususnya
utk mengetahui isi kandungan di dalam peti pertolongan cemas.
BIL PERKARA KEGUNAAN
1. Triangular bandage (kain anduh) Untul mengampu bahagian kecederaan/
kepatahan, membalut luka/ pendarahan
2. Sterile eye pad yang didapati ada kepatahan tulang
Melindung mata yang tercedera/ terkena
bendasing
3. Non-sterile gauze Melakukan pencucian/pembebat luka‡
Sterile gauze Membuat balutan/memberi tekananpada
perdarahan dan menstabilkankepatahan
4. Elastic bandage/crepe bandage Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk
Roller bandage membalut luka dan jugakecederaan ringan
eg.
dislocation(terseliuh)
5. G l o v e - d i s p o s a b l e /nonsterile Melindungi diri dari sebarang
cecair badan/sumber jangkitan
6. Scissor Memotong gauze/bandage
7. Adhesive tape Melekatkan balutan dan pembebat
8. Sterile multi-trauma dressing/ gauze Melakukan pencucian/pembebatan luka
9. Alcohol prep pads Mencuci sebarang bendasing/kekotoran
pada luka sebelum membalut.
10. Cotton buds Mencuci luka pada kawasan sukar
11. Acriflavine (ubat kuning) Untuk antiseptic
12. Dettol (boleh diganti dengan Normal Antiseptik dan digunakan sebagai cucian
luka luar
Saline solution 0.9%) Melegakan kesakitan otot
13. LMS solution (minyak kuda)
ANDUH DAN BALUTAN Penerangan
Jenis Anduh
Anduh Besar Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada
siku lengan yang cedera.
Anduh Kecil
Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
Anduh Menaik Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi
boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya
nampak lebih kemas.
Fungsi:
Mengampu bahagian anggota atas yang luka atau
cedera.
Mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain
anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain
anduh di atas tangan.
Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas
dan bawah.
Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas
pergelangan tangan.
Kedua hujung yang baru dibuat dililitkan secara
longgar ke leher, lalu diikat ke belakang.
Dasar segi tiga ditarik sehingga bagian bahu yang
cedera tertutup.
Lalu kedua hujung dasar segi tiga dililitkan ke lengan
dan diikat.
Anduh Pergelangan Tangan Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain
anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain
anduh di atas tangan.
Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas
dan bawah.
Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas
pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di
gambarajah di bawah.
Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika
terdapat kecederaan pada bahagian kaki yang mesti
di balut.
Anduh Lengan Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada
siku lengan yang tercedera.
Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi
boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk
lebih kemas.
Anduh Lutut Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya di atas lutut
yang tercedera.
Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah
lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian
lutut.
Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh
untuk lebih kemas.
Anduh Kepala Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya
pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain
anduh berada di belakang kepala.
Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke
belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat
buku sila.
Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas.
Anduh Pergelangan Tangan Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas
Atau Tapak Kaki kain anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas
kain anduh di atas kaki/tangan.
Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas
dan bawah.
Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas
pergelangan tangan.
Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika
terdapat kecederaan pada bahagian kaki yang mesti
di balut.
BALUTAN TUJUAN Pembebatan
digunakan
Balutan
dilakukan untuk untuk menutup
luka dan
membantu mengawal
pembebatan
pendarahan
PEMBALUT
TIGA SEGI
LIPATAN JENIS- PEMBALUT
TIGA SEGI JENIS KAIN LEBAR
PEMBALUT
PEMBALUT PEMBALUT
KECIL GULUNG
Luka Dan Gigitan Jenis Balutan Luka
Jenis Luka Balutan Luka Tangan
Luka Tangan
Balutan Luka Dada
Luka Dada
Balutan Luka Bahu
Luka Bahu
Luka Peha Balutan Luka Peha
Luka Siku Balutan Luka Siku
Balutan Luka Lengan
Luka Lengan
Luka Lutut Balutan Luka Lutut
Luka Jari Balutan Luka Jari
GIGITAN
o Baring dan nasihatkan mangsa agar bertenang.
o Jika bernafasan terhenti, mulakan pemulihan pernafasan.
o Bersihkan luka gigitan dengan sabun dan air dan keringkan.
o Ikat denagn ikatan ‘tourniquet’/ ikatan erat di sebelah atas gigitan.
o Longgarkan ikatan selama 30 saat setiap 15 minit.
o Balut bekas gigitan dengan pembalut krep dengan ketat.
o Letakkan tuap dan balut seperti rawatan patah tulang.
o Hantar ke hospital jika perlu.
MELECUR, PITAM, PATAH
MELECUR (TERKELAR, TERBAKAR)
o Terkelar, terbakar dan melecur adalah sama keadaannya.
o Perbezaannya hanya dari segi tahap kecederaan. Kebiasaan terbakar melibatkan
kecederaan yang lebih serius daripada melecur.
MELECUR DAN LEBAM
Disebabkan terkena:
o Air Panas
o Minyak Panas
o Wap panas
Simptom:
o Kulit melecur dan kemerahan
o Bahagian terbakar mengelembung dan bengkak dengan cepat
o Sangat sakit
Cara Rawatan
1. Baringkan mangsa di tempat teduh, sejuk dan selesa.
2. Tanggalkan pakaian dan perhiasan pada anggota tercedera seperti kasut, cincin, jam
tangan dan lain-lain.
3. Jika serius elakkan beri minuman dan makanan.
4. Hantar ke hospital jika perlu.
PITAM
Pitam ditakrifkan seseorang yang tidak sedarkan diri untuk seketika di mana kebiasaan sintom
ini terjadi disebabkan kekurangan bekalan darah ke otak ketika waktu.
o Berdiri tegak, terlalu lama dalam cuaca panas.
o Terlalu letih, kelaparan
o Tindak balas saraf terhadap kesakitan
o Persekitaran yang sesak
o Emosi
Tanda-tanda awal
o Muka pucat
o Keadaan mengeluarkan peluh sejuk
o Denyutan nadi cepat tetapi lemah
o Mangsa akan merasa loya
o Pening
o Pandangan menjadi kabur
Cara Rawatan
1. Tenangkan diri anda dahulu dan baringkan mangsa di tempat teduh dan berudara
bersih.
2. Longgarkan pakaian yang ketat.
3. Tinggikan bahagian kaki mangsa daripada paras badan.
4. Apabila mangsa sedarkan diri cuba tenangkan dan beri keselesaan kepada mereka.
5. Galakkan tarik nafas dan yang seelok-eloknya adalah anda yang mengajar cara
pernafasan kepada mangsa.
6. Jika berlaku kecederaan ringan bolehlah teruskan untuk merawat. Jika kecederaan
teruk sila serahkan pada pihak hospital
PATAH
Disebabkan pukulan secara langsung atau tidak langsung, terjatuh dari bangunan yang tinggi
dan sebagainya.
Jenis-jenis patah
Patah tebu (tidak Patah Kayu Patah Riuk Patah Melarat
berdarah, tulang Muda
membengkok, selalu
terjadi kepada
kanak-kanak)
Patah Remuk Patah Melintang Patah Terpusing Patah menyerong
(Comminuted) : (Transverse) : (Spiral) : (Oblique) :
(tulang jadi serpihan (aktiviti yang
kerana impak kuat) sangat lasak) (disebabkan daya (hentakan kuat
putaran) oleh benda tajam)
Simptom patah
o Lebam dan bengkak
o Anggota tidak dapat digerakkan
o Terluka atau berubah bentuk
o Sakit
o Tajam / berbonjol pada kulit
o Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang normal
o Kedudukan, bentuk atau pergerakan sendi tidak normal
Prinsip rawatan secara am
o Memberi rawatan segera jika berlaku keadaan yang mengancam nyawa seperti
gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak
o Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan rawatan di tempat
kejadian
o Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang tercedera.
o Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentah. Tutup dengan kain yang
bersih.
o Haling / ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan beat (splin), anduh dan
pembebat.
o Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak
menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.
Cara memindah
Blanket Lift : Preparation Blanket Lift : Rolling On
Blanket Lift : Lifting
KERACUNAN DAN TERSELIUH
KERACUNAN
Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap paa kulit
dan mata.
Tanda- tanda:
Kemungkinan terdapat tanda-tanda berikut bergantung keatas jenis racun:
o Muntah, kadang-kadang terdapat kesan darah.
o Daya sedar yang lemah.
o Rasa sakit dan perit yang membakar.
o Bekas-bekas kosong dikawasan persekitaran.
o Latar belakang pendedahan/tertelan
o Cirit-birit
o Pening kepala dan demam.
o Tanda-tanda renjatan.
o Perut sakit dan kejang.
Rawatan Awal Keracunan:
o Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya.
o Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu.
o Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan atau minum.
o Tunggu arahan dan bertindak segera.
o Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan.
o Jangan galakkan mangsa muntah melainkan diarahkan.
o Jika bibir mangsa terselar oleh bahan-bahan kakis, beri mangsa minum air atau susu
sejuk dari masa kesemasa sementara menunggu bantuan perubatan.
TERSELIUH
Tanda-tanda dan gejala:
o Rasa kesakitan pada sendi itu.
o Bengkak
o Lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera.
Rawatan:
o Letak beg ais pada sendi yang cedera
o Tinggikan bahagian yang tercedera.
o Letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa.
o Ampu bahagian yang tercedera.
o Hantar ke hospital jika keadaan memerlukan.
PEMULIHAN PERNAFASAN
SISTEM PERNAFASAN
o Semasa kita bernafas, kita menyedut dan menghembuskan udara.
o Udara yang disedut dibawa ke paru-paru dan meresap oksigen ke dalam darah.
o Udara yang disedut hanya ada 21% oksigen, selebihnya kompisisi gas nitrogen
o Badan kita memerlukan 5% oksigen untuk melakukan proses respirasi.
BILANGAN PERNAFASAN SESEORANG BILANGAN SEMINIT
15-20 kali
PERINGKAT 22-25 kali
Dewasa 35-40 kali.
Kanak-kanak 6-10 tahun
Bayi
BILANGAN NADI SESEORANG BILANGAN SEMINIT
70-80 kali
PERINGKAT 90-100 kali
Dewasa
100-140 kali
Kanak-kanak
Bayi
TEKNIK-TEKNIK PEMULIHAN PERNAFASAN
Melalui 3 cara:
1. Holger Nielson
2. Resusitasi secara tekanan (kardio-pulmonari)
3. Resusitasi secara hembusan (mulut ke mulut)
HOLGER NEILSON
RESUSITASI KARDIO-PULIMONARI (CPR)
o Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak
mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas.
o Merupakan kombinasi teknik pernafasan bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan
dada.
o Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus ke seluruh
anggota badan.
o Dua sebab utama CPR dilakukan:
Terhenti pernafasan
Tiada nadi
PEMERIKSAAN ABC
Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan iaitu ABC sebelum melakukan CPR:
o A - Airway (saluran pernafasan)
o B – Breathing (pernafasan)
o C – Circulation (peredaran darah)
A - AIRWAY (Saluran pernafassan)
Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR.
Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan
adalah terbuka.
Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala
mangsa kebelakang dan angkat dagu mangsa.
Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak
supaya ia tidak menghalang laluan udara.
Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut mangsa dan
gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut.
Contohnya gigi palsu yang pecah.
B - BREATHING (Pernafasan)
Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda
lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa.
Dekatkan telinga anda di sisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka
menghadap ke dada mangsa.
Keadaan tersebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa
hembusan nafas dan mata anda memandang tepat ke arah dada untuk
melihat pergerakan turun-naik dada. (Kaedah 3M=Mendengar, Merasa,
Melihat).
Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya
mulut ke mulut.
C - CIRCULATION (Peredarandarah)
Langkah ketiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah.
Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti atau nadi
mangsa telah tidak berdenyut.
Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan
langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas
dengan sendiri.
Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di
dada mangsa.
Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan
berat badan anda untuk melakukan tekanan.
Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari
atas hulu hati.
KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT
1. Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan
bantuan.
2. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
3. Buangkan sebarang benda asing dari mulut.
4. Bukakan saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
5. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
6. Tentukan mulutnya terbuka.
7. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat
dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan
dilakukan.
8. Angkat mulut dan membiarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa
selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
9. Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. Buatlah hembusan pada kadar 10
kali seminit.
Catatan:
i. Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak
boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang
ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa.
ii. Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi
atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak
mencederakan paru-paru mangsa.
iii. Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini
menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau
sebagainya. Anda mungkin perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik.
RAWATAN MANGSA TERCEKIK TIDAK SEDAR
Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya.
Periksa sama mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan pemeriksaan ABC.
Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
Buang sebarang benda asing dari mulut.
Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
Tutup lubang hidung mangsa menggaunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
Tentukan mulutnya terbuka. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut
mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada
kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.
Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama
sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha mangsa.
Letakkan pangkal tapak tangan di tengah-tengah abdomen mangsa iaitu antara pusat
dan penghujung hulu hati.
Tekan abdomen dengan tepat dan cepat ke dalam dan ke atas abdomen menuju ke
hulu hati sebanyak lima kali.
Segera ulang ilangkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum bernafas atau
masih tercekik.
Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan.
Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit.
KAEDAH CPR SEORANG DIRI
o Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan
bantuan.
o Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa seluruh badan.
o Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan. Periksa nadi karotik. Jika ada
nadi, teruskan bantuan pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit. Jika nadi tiada,
segera mulakan tekanan.
o Beri tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut:
1. Letakkan tangan anda di atas dada mangsa.
2. berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5–2 inci untuk orang dewasa
3. selepas itu, beri pula 2 hembusan (1 pusingan)
4. berikan 15 kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2 pusingan)
5. selepas 4 pusingan periksa nadi karotik
6. Teruskan CPR (15 tekanan dan 2 hembusan) jika tiada nadi.
7. Lakukan sehingga bantuan pakar tiba. Sekiranya telah ada denyutan jantung
(nadi), teruskan dengan bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas
10 kali hembusan .bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya nadi
tiada. Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam
kedudukan pemulihan. Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit.