Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan 27200 Kuala Lipis Pahang Darul Makmur PISMP Ambilan Jun 2020 Semester 1 Tahun 2 (Sesi Jun-Okt 2021) Kumpulan/Unit: Bimbingan dan Kaunseling 3 Tarikh Hantar: Nama Pelajar No. Kad Pengenalan Angka Giliran Mohamad Nabil Fadlan b Nama Pensyarah : Tarikh Terima : _______________________ Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami. ____________________ Nama: Tarikh: MPU3062 UNIT BERUNIFORM ( KRS )
BIODATA NAMA : MOHAMAD NABIL FADLAN IPG KAMPUS : TENGKU AMPUAN AFZAN ALAMAT : NOMBOR TELEFON : JAWATAN (KRS) : AHLI PLATUN KRS KUMPULAN KULIAH : BNK 3 NO. KAD PENGENALAN : NO. MATRIK : TANDA TANGAN :
SENARAI NAMA AHLI PLATUN Bil Nama Pelajar Unit 1 FARIS NUQMAN BIN CHE SAMSUDIN BM 1 2 MUHAMMAD AZAHAR BIN MUHAMMAD HAFIZ BM 1 3 MUHAMMAD FAIZUDDIN BIN FAUZI BM 1 4 MUHAMMAD HAZRUL IMRAN BIN ABD RASHIB BM 1 5 NG SHENG WEN BM 1 6 NUR AIZAH BM 1 7 SRI NEEVETHA A/P BALU BM 1 8 VIENASSRI A/P VENKETRAMANA BM 1 9 WAN ZHARFANHADI BIN WAN ZAHARI BM 1 10 DANNEIL HAQIMMI BIN MAJID BM 2 11 MUHAMMAD SAADUDDIN BIN NOR AZMAN BM 2 12 NUR HAZIQAH BINTI HASKI BM 2 13 NURUNNISA BINTI ABDUL KHALIL FADZLI BM 2 14 SHARVNI A/P MURUGESAN BM 2 15 VAITHISHWARY A/P VELMURUGAN BM 2 16 MOHAMAD FAKHRUL NAJMI BIN CHE RAZAK BM 3 17 ISMAH FARZANA BT AHMAD RAZALI BM 3 18 NUR NAJAHAH BINTI MOHD NASIR BM 3 19 SANGGITA A/P GUNALAN BM 3 20 NIK ABDUL WAFI BIN AZHAR BM 3 21 MOHAMAD HAZRUL HAKIM BIN MANSOR BM 4 22 MUHAMMAD HAIQAL ALIF BIN SAHARIN BM 4 23 MUHAMMAD MIRZA BIN ASHA'ARI BM 4 24 WAN ALIFF NAIMAN BIN WAN IDRIS BM 4 25 RENUKAH A/P RAVI BM 5 26 SALINA ANAK MARIN BM 5 27 THIVIYAH A/P RAJAH RETNAM BM 5 28 ABDUL AIMAN BIN AZALEE BM 6 29 HAMIZAN BIN ABU KARIM BM 6 30 AKIF KASHFULLAH BIN FAUZI PAI 1 31 MUHAMMAD AKMAL BIN MAT SUAN PAI 1 32 MUHAMMAD ARIF AIMAN BIN ROHAIZAM PAI 1 33 NIK NURUL FATIHAH BINTI ISMAIL PAI 1 MOHAMAD NABIL FADLAN BIN MOHAMAD FARIS BNK3 PISMP JUN 2020 KADET REMAJA SEKOLAH
SENARAI NAMA AHLI PLATUN Bil Nama Pelajar Unit 1 FARIS NUQMAN BIN CHE SAMSUDIN BM 1 2 MUHAMMAD AZAHAR BIN MUHAMMAD HAFIZ BM 1 3 MUHAMMAD FAIZUDDIN BIN FAUZI BM 1 4 MUHAMMAD HAZRUL IMRAN BIN ABD RASHIB BM 1 5 NG SHENG WEN BM 1 6 NUR AIZAH BM 1 7 SRI NEEVETHA A/P BALU BM 1 8 VIENASSRI A/P VENKETRAMANA BM 1 9 WAN ZHARFANHADI BIN WAN ZAHARI BM 1 10 DANNEIL HAQIMMI BIN MAJID BM 2 11 MUHAMMAD SAADUDDIN BIN NOR AZMAN BM 2 12 NUR HAZIQAH BINTI HASKI BM 2 13 NURUNNISA BINTI ABDUL KHALIL FADZLI BM 2 14 SHARVNI A/P MURUGESAN BM 2 15 VAITHISHWARY A/P VELMURUGAN BM 2 16 MOHAMAD FAKHRUL NAJMI BIN CHE RAZAK BM 3 17 ISMAH FARZANA BT AHMAD RAZALI BM 3 18 NUR NAJAHAH BINTI MOHD NASIR BM 3 19 SANGGITA A/P GUNALAN BM 3 20 NIK ABDUL WAFI BIN AZHAR BM 3 21 MOHAMAD HAZRUL HAKIM BIN MANSOR BM 4 22 MUHAMMAD HAIQAL ALIF BIN SAHARIN BM 4 23 MUHAMMAD MIRZA BIN ASHA'ARI BM 4 24 WAN ALIFF NAIMAN BIN WAN IDRIS BM 4 25 RENUKAH A/P RAVI BM 5 26 SALINA ANAK MARIN BM 5 27 THIVIYAH A/P RAJAH RETNAM BM 5 28 ABDUL AIMAN BIN AZALEE BM 6 29 HAMIZAN BIN ABU KARIM BM 6 30 AKIF KASHFULLAH BIN FAUZI PAI 1 31 MUHAMMAD AKMAL BIN MAT SUAN PAI 1 32 MUHAMMAD ARIF AIMAN BIN ROHAIZAM PAI 1 33 NIK NURUL FATIHAH BINTI ISMAIL PAI 1 34 SITI BATRISYIA DANIA BINTI SHAMSUDDIN PAI 1 35 TUAN NABILA HANIM BINTI TUAN RAHIM PAI 1 36 WAN MUHAMMAD HASIF BIN WAN HANIPA PAI 2 37 IZZAT AMIRUL BIN SALLEH PAI 3 38 MUHAMMAD NUR AZHAN BIN ABDUL RAUF PAI 3 39 MUHAMMAD RAZIN FARIS BIN FOUZI PAI 3 40 NUR ANIS SOLEHAH BINTI ABD HALIM PAI 3 41 NUR FATIN FARHANAH BINTI RAHIM PAI 3
42 SITI NUR AISYAH BINTI ALIAS PAI 3 43 MOHAMAD NABIL FADLAN BIN MOHAMAD FARIS BNK 3 44 SHAHRUL FIRDAUS BIN JASMIN BNK 3 45 KHAIRUN NISA BINTI JAYA BNK 3 46 NUR ANIS IRDINA BINTI MOHAMAD ZUHDI BNK 3 47 NUR AQILAH HUSNA BINTI HASNAN BNK 3 48 NUR ZIELYANA BINTI BUHARI BNK 3 49 NURUL IZZATUL FATIHAH BINTI ABDUL MANAN BNK 3 50 NURULHUDA AMIRAH BINTI MOHD RAFI BNK 3 51 SHAFYNIE BINTI ZULKEFFLEEY BNK 3 52 MUHAMAD AFIQ HAIQAL BIN MOHAMAD NOR BNK 2 53 MUHAMAD ALIFF NAJMI BIN ABD HALIMEE BNK 2 54 MUHAMAD AZRIN BIN NOR AZIAN @ MOHD ISHAM BNK 2 55 RIDZMAN AZWANSYAH BIN RADZLAN BNK 2 56 MUHAMMAD AIZAT AIMAN BIN MOHD AERWADI BNK 1 57 MUHAMMAD AKMAL ADAM BIN JAMIRON BNK 1 58 MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR BNK 1 59 MUHAMMAD FARHAN BIN AZRI BNK 1 60 NAZRAN IQMAL AMRULLAH BIN MAHDA BNK1 61 NURFAIZZATUL NAJWA BINTI ZARA'IM BNK 1 62 NIK AHMAD FAKHRURRAZI BIN NIK AZLAN PAKK 2 63 JOANNE TING CHIEN HUEI PAKK 2 64 LEE JIE PING PAKK 2 65 NUR FARHANA BINTI A.RAZAK TESL
CARTA ORGANISASI Pengerusi : Muhammad Azraei Bin Khairul Idzhar Naib Pengerusi : Muhammad Mirza Bin Asha’ari Setiausaha : Mohamad Hazrul Hakim Bin Mansor Penolong Setiausaha : Muhamad Azrin Bin Nor Azian Bendahari : Akif Kashfullah Bin Fauzi Penolong Bendahari : Wan Zharfanhadi Bin Wan Zahari Ahli Jawatankuasa Peralatan : Wan Muhammad Hasif Bin Wan Hanipa : Nur Aizah Disiplin : Muhammad Saaduddin Bin Nor Azman : Nur Zielyana binti Buhari Makanan : Hamizan Bin Abu Karim : Nur Haziqah Binti Haski Keselamatan : Danneil Haqimmi Bin Majid Kerohanian : Izzat Amirul bin Salleh : Sharvni A/P Murugesan
LOGO DAN MOTTO PLATUN BENTUK LOGO HURAIAN Bulan dan intang Melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. Dua Tangkai Padi Bersilang Melambangkan resmi padi iaitu platun kamisentiasa menitikberatkan ilmu pengetahuan sebagai perkara utama Buku Yang Terbuka Melambangkan ketekunan ahli-ahli platun dalam menimba ilmu pengetahuan untuk diri sendiri dan masyarakat nanti. Warna Hijau Tua Melambangkan kami siap sedia menempuh segala cabaran untuk sampai ke sesuatu sasaran. Warna Merah Melambangkankeberanian ahli-ahli platun dalam mendepani cabaran yang melanda. Warna Kuning Melambangkan kesetiaan kami kepada kepimpinan Sultandan kepimpinan atasan yang mengeluarkan
arahan. Warna Putih Melambangkan kami menitikberatkan keikhlasan dalamsegala urusan. Warna Hijau Muda Melambangkan kepatuhan kami kepada kepada agama masing-masing Motto “Bersatu Jiwa Membara” Melambangkan platun sentiasa bersatu akan melahirkan semangat luar biasa yang membara lahir tulus daripada jiwa demi memacu kejayaan bersama.
LOGO KRS DAN HURAIAN Pengertian Logo • Perisai – benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat • Bulan dan bintang – agama Islam sebagai agama rasmi • Dua tangkai padi bersilang – resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan • Buku yang terbuka dan rehal – peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama, dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. • Warna hijau – alam sekitar yang sihat • Warna merah – Keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta • Warna kuning – Warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia • Warna putih – Keikhlasan serta kesucian Cogan Kata Kadet Remaja Sekolah “ILMU IMAN AMAL”
• ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS • IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri • AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri Bendera Kadet Remaja Sekolah Warna hijau melambangkan : • Tunas muda / remaja yang masih boleh dibentuk. • Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. • Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS.
PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 1 TARIKH : 23 JUN 2020 TAJUK : PENGENALAN,KONSEP,SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM LOKASI : ATAS TALIAN JURULATIH : NIK ZAIDI BIN ISMAIL KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR KEKUATAN ANGGOTA : 65 ANGGOTA MASA AKTIVITI CATATAN 08:00 – 09:00 PAGI 09:00 – 10:00 PAGI 10:00 – 11:00 PAGI 11:00 – 12:00 TENGAHARI KULIAH - PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN - SEJARAH PENUBUHAN UNIT BERUNIFORM - STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN - PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 1 TARIKH : 23 JANUARI HARI : RABU TAJUK : PENGENALAN,KONSEP,SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM 1. PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 1.0 Nama dan alamat berdaftar 1.1 Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) bagi Sekolah Rendah 1.2 Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS: a. Peringkat Kebangsaan: Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 3 & 4 , Blok E2 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Kuala Lumpur b. Peringkat Negeri: Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan c. Peringkat Daerah: Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan d. Peringkat Sekolah: Sekolah berkenaan. e. Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa KRS/TKRS dari semasa ke semasa
2.0 Tujuan Tujuan KRS & TKRS ini ditubuhkan ialah: 2.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. 2.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. 2.3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. 2.4 Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajarpelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. 2.5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia. 2.6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. 2.7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya. 3.0 Pengertian logo 3.1 Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
3.2 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. 3.3 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. 3.4 Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 3.5 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. 3.6 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. 3.7 Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. 3.8 Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian. 4.0 Bendera 4.1 Warna Hijau melambangkan a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS. 4.2 Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’ a. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS. b. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. c. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri. Pindaan Perlembagaan Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan. 2. SEJARAH PENUBUHAN UNIT BERUNIFORM 1.0 SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) • Ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. • Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). • Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. • Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. • Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). • Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. • Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah
pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. • Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. • Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. • Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. • Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . • Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS) • Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah¬-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. • Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur. 1.1 SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS ) • Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. • Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. • Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. • Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. • Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ). • Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). • Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. • Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.
2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek ( JERI ). 2.2 Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah menengah/rendah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Badan Beruniform di sekolah. Kewujudan KRS/TKRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan. 3.0 RASIONAL 3.1 Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam. 3.2 Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah / Tunas KRS dapat membantu mengatasi masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana. 3.3 Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan satu usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak. 3.4 Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 4.0 MATLAMAT
Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. 5.0 OBJEKTIF 5.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara. 5.2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. 5.3 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional. 5.4 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra. 5.5 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan dan memimpin 6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN • Fokus utama pengurusan dan pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah ialah seminar dan bengkel konsep dan operasi KRS/TKRS. • Kursus Pemimpin di peringkat sekolah menumpukan kepada aspek-aspek pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS. • Bagi Tunas Kadet Remaja Sekolah( TKRS ) dicadangkan supaya ditubuhkan di semua sekolah rendah seluruh Malaysia agar murid-murid didedahkan lebih awal mengenai Kadet Remaja Sekolah seperti mana pasukan pakaian seragam yang lain ( Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Persekutuan Pengakap Malaysia, Pergerakan Puteri Islam Malaysia,Persatuan Pandu Puteri Malaysia, St. John Ambulans Malaysia, Pasukan Pancaragam dan Seni Bela Diri )
7.0 BIDANG AKTIVITI BERSEPADU KRS DAN TKRS 7.1 Disiplin dan Kerohanian 7.2 Ketahanan diri dan Kebudayaan 7.3 Alam Sekitar 7.4 Keusahawanan 7.5 Khidmat Masyarakat ( Khidmas ) 8.0 PEMANTAUAN 8.1 Tugas pemantauan terhadap pelaksanaan / laporan aktiviti hendaklah dilakukan oleh : – Pengarah Pelajaran Negeri – Pegawai-Pegawai JPN – Jurulatih KRS Negeri – Pegawai Pelajaran Daerah – Pengetua/ Guru Besar 8.2 Pemantauan merangkumi perkara-perkara berikut : - Laporan Aktiviti - Laporan Kewangan 3. STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN Jawatankuasa 3.1 Penaung Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah: Menteri Pelajaran Malaysia. 3.2 Penasihat Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. 3.3 Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah adalah seperti berikut: a. Penaung b. Pengerusi
c. Timbalan Pengerusi d. Naib Pengerusi e. Setiausaha f. Penolong Setiausaha g. Bendahari h. AJK yang dilantik 3.4 Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat: a. Peringkat Kebangsaan b. Peringkat Negeri c. Peringkat Daerah d. Peringkat Sekolah 3.5 Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan: a. Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia b. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia c. Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah d. Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah f. Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (HEM ) Bahagian Sekolah g. Penolong Setiausaha : Dilantik (Dua orang) h. Bendahari : Dilantik i. Ahli-ahli : Pengarah-Pengarah JPN Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Bhg. Dakwah & Kepimpinan Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional Pengarah Institut Aminuddin Baki Tiga ahli dilantik Dua Wakil Jurulatih KRS Dua Wakil Jurulatih TKRS j. Juruaudit : Dilantik 3.6 Jawatankuasa Peringkat Negeri: a. Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia b. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia c. Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri d. Timbalan Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan e. Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum f. Pen. Setiausaha 1 : Penyelia Pasukan Pakaian Seragam Pen. Setiausaha 2 : Pegawai Tadbir KRS g. Bendahari : Dilantik
h. Ahli-ahli : Dilantik Termasuk Pegawai Pelajaran Daerah 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil Jurulatih TKRS Wakil PKPSM dan MGB i. Juruaudit : Dilantik 3.7 Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah: 3.7.1 Jawatankuasa Peringkat Pejabat Pelajaran Gabungan ( Sabah dan Sarawak ) a. Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia b. Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri c. Pengerusi : Pegawai Pelajaran Gabungan d. Tim. Pengerusi : Ketua Unit e. Setiausaha : Penyelia Kokurikulum f. Pen. Setiausaha : Pegawai Tadbir Gabungan KRS g. Bendahari : Dilantik h. Ahli : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB ( Gabungan ) i. Ex -Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri j. Juruaudit : Dilantik ( 2 orang ) 3.7.2 Jawatankuasa Peringkat Daerah a. Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia b. Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri c. Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah d. Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( SPPK ) e. Setiausaha : Penyelia f. Pen. Setiausaha : Dilantik g. Bendahari : Dilantik h. Ahli : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB i. Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri j. Juruaudit : Dilantik ( 2 orang )
3.8 Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh Pengerusi setiap Jawatankuasa. 3.9 Jawatankuasa Peringkat Sekolah: a. Penaung : Pengarah Pelajaran Negeri b. Penasihat : PPD c. Pengerusi : Pengetua / Guru Besar d. Timbalan Pengerusi : Pen.Kanan Kokurikulum e. Setiausaha : Dilantik f. Penolong Setiausaha : Dilantik g. Bendahari : Dilantik h. Ahli-ahli : ( 7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS/TKRS ) i. Juruaudit (2 orang) : Dilantik di kalangan guru 3.10 Pelantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oleh penolong pendaftar sekolah. 3.11 Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia. 3.12 Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada Jawatankuasa Peringkat Sekolah. 3.13 Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program KRS/TKRS 3.14 Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti KRS/TKRS. 4. PENGURUSAN PENTADBIRAN 1.0 Keahlian 1.1 Keahlian KRS/TKRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. 1.2 Ahli bersekutu KRS/TKRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 5. 1. 1.3 KRS/TKRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS/TKRS itu ditubuhkan.
1.4 Keahlian KRS/TKRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan di atas. 1.5 Keahlian TKRS terbuka kepada semua pelajar tahap II (tahun 4, 5 & 6) di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. 1.6 Ahli KRS / TKRS yang bertukar ke sekolah / negeri lain, keahlian asal masih diterima pakai. 2.0 Pakaian Rasmi KRS 2.1 Lelaki a. Beret berwarna Sherwood Dark Green. b. Baju kemeja lengan panjang Sherwood Dark Green. c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. (Ukuran kaki 40 cm - 46 cm) d. Tali wisel merah. e. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS. f. Spike boot. 2.2 Perempuan a. Beret berwarna Sherwood Dark Green. b. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna Sherwood Dark Green. c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. d. Spike boot. e. Tali wisel merah. *Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green. 3.0 Pakaian Rasmi TKRS 3.1 Lelaki a. Beret berwarna Sherwood Dark Green. b. Baju kemeja lengan pendek warna hijau muda ( L 109 ) c. Seluar sekolah. (Ukuran kaki 20 cm - 30 cm) d. Tali wisel merah. e. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS. f. Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam 3.2 Perempuan a. Beret berwarna Sherwood Dark Green. b. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna hijau muda ( L 109 ).
c. Seluar /Kain Sekolah. d. Tali wisel merah. e. Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam *Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green. 4.0 Kawasan Kegiatan 4.1 Kawasan kegiatan meliputi peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri-negeri dalam Malaysia, Wilayah Persekutuan Malaysia, daerah-daerah dan sekolah-sekolah. 4.2 Perkataan Daerah yang tersebut dalam perlembagaan ini juga bermaksud Jajahan di Negeri Kelantan dan Bahagian di Negeri Sabah dan Sarawak. 4.3 Perkataan sekolah yang tersebut dalam perlembagaan ini bermaksud sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. 5.0 Kewangan 5.1 Setiap ahli KRS/TKRS dikenakan yuran tahunan sebanyak RM 2.00 5.2 Bendahari bertanggungjawab menguruskan segala yang berkaitan dengan kewangan KRS/TKRS 5.3 Penyata kewangan KRS/TKRS hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira, mengikut Perlembagaan serta disahkan oleh penolong pendaftar. 5.4 Dua orang guru yang bukan pemimpin KRS/TKRS dilantik dalam mesyuarat oleh Penolong Pendaftar sebagai Pemeriksa kira-kira atau Juruaudit. 5.5 Pemeriksa kira-kira dikehendaki memeriksa kewangan KRS dari semasa ke semasa atas arahan penolong pendaftar.
KADET REMAJA SEKOLAH DAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH STRUKTUR DAN SISTEM KENAIKAN PANGKAT 1.0 KEKUATAN DAN KEANGGOTAAN KADET REMAJA SEKOLAH 1.1 KOMPENI ( KRS ) Satu kompeni terdiri daripada gabungan 4 platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar / Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan 4 orang Ketua Platun Carta Organisasi Pegawai Waran Ejutan Penolong Ketua Kompeni Ketua Kompeni Platun A Platun B Platun C Platun D
1.2 PLATUN ( KRS ) Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan, 3 koperal dan 3 lans koperal serta 30 anggota kadet Carta Organisasi Platun 1.3 SEKSYEN ( KRS ) Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans koperal dan 10 anggota kadet. Carta Organisasi Platun Pegawai Platun Staf Sarjan Sarjan Platun Seksyen 1 Seksyen 2 Seksyen 3 10 Anggota Kadet Penolong Ketua Seksyen Ketua Seksyen
2.0 KEKUATAN DAN KEANGGOTAAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH 2.1 KOMPENI ( TKRS ) Satu kompeni terdiri daripada gabungan 4 platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar / Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Sarjan TKRS dan 4 orang Ketua Platun Carta Organisasi Sarjan TKRS Ejutan Penolong Ketua Kompeni Ketua Kompeni Platun A Platun B Platun C Platun D
2.4 PLATUN ( TKRS ) Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan TKRS, 3 koperal TKRS dan 3 lans koperal TKRS serta 30 anggota kadet Carta Organisasi Platun 2.5 SEKSYEN ( TKRS ) Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal TKRS, 1 lans koperal TKRS dan 10 anggota kadet. Carta Organisasi Platun Pegawai Platun Sarjan Platun Seksyen 1 Seksyen 2 Seksyen 3 10 Anggota Kadet Penolong Ketua Seksyen Ketua Seksyen
3. SISTEM PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH / TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH Pengetua / Guru Besar : Komandan KRS / TKRS Penolong Kanan Kokurikulum : Timbalan Komandan KRS / TKRS Guru Pemimpin : Pegawai Platun Pengerusi : Pegawai Waran KRS / Sarjan TKRS Naib Pengerusi : Sarjan KRS / Koperal TKRS Setiausaha : Koperal KRS / TKRS Bendahari : Koperal KRS / TKRS Ahli Jawatankuasa : Koperal dan Lans Koperal KRS / TKRS Ahli-ahli : Semua anggota KRS / TKRS yang berdaftar di sekolah Catatan:
Pengetua / : Komandan KRS / TKRS. Guru Besar Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan nama panggilan Komandan KRS / TKRS Sekolah. Penolong Kanan : Timbalan Komandan KRS / TKRS. Kokurikulum Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan panggilan Timbalan Komandan KRS / TKRS Sekolah. Pemimpin : Pegawai Platun. Wajib menghadiri Kursus Pegawai KRS Tahap 1 dengan lulus dan ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leftenan Muda KRS. : Kenaikan pangkat Leftenan KRS - Telah mengikuti Kursus Pegawai KRS Tahap 2 dan lulus. : Kenaikan Pangkat Kapten KRS Telah mengikuti kursus pengurusan peringkat negeri/ kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa program/aktiviti peringkat negeri/kebangsaan. Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun. : Kenaikan Pangkat Mejar KRS Telah mengikuti kursus pengurusan peringkat kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa program/aktiviti peringkat negeri/kebangsaan. Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun Merupakan salah seorang Pegawai Tadbir Negeri atau Ketua Jurulatih Negeri atau Pegawai Istiadat Negeri atau Pegawai Teknikal Negeri atau Pegawai Hal Ehwal Wanita Negeri.
PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 2 TARIKH : 30 JUN 2021 TAJUK : KEMAHIRAN PERKHEMAHAN LOKASI : GOOGLE MEET JURULATIH : NIK ZAIDI BIN ISMAIL KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR KEKUATAN ANGGOTA : 65 ORANG MASA AKTIVITI CATATAN 08:00 – 09:00 PAGI 09:00 – 10:00 PAGI 10:00 – 11:00 PAGI 11:00 – 12:00 TENGAHARI KRAF PERKHEMAHAN IKHTIAR HIDUP KEBUDAYAAN JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 2 TARIKH : 30 JANUARI HARI : RABU TAJUK : KEMAHIRAN PERKHEMAHAN Pengurusaan dan Penjagaan Kem 10.1.1 Pengurusan dan penjagaan khemah tip-tip penjagaan khemah. 1. Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang/tiang khemah berada dalam keadaan baik. 2. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan memasukkan dan mengeluarkan tiang/ pancang. 3. Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip dari pada jem dan menyebabkan susah untuk di buka. 4. Jangan menyimpan makanan didalam khemah untuk mengelakkan daripada binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut. 5. Saranan yang penting - sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip atau setelah selesai menggunakkannya, dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap yang tertinggal. 10.1.2 Selepas pengunaan Khemah 1. Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul- betul kering. 2. Sekiranya khemah anda basah elakkan dari menekan, menarik, atau dengan apa cara sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak. 3. Jangan menggunakan lilin, mancis, atau pembakaran terbuka berdekatan dengan khemah. 4. Sentiasa menggunakan peralatan yang berkuasa bateri didalam khemah dalam usaha mengelak kejadian tidak di ingini berlaku. PENGURUSAN DAN PERSIAPAN KEM KONSEP Konsep perkhemahan: PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN
1. Definisi Perkhemahan Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan Konsep perkhemahan: PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN 1. Definisi Perkhemahan Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan Konsep perkhemahan: PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN Definisi Perkhemahan: Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secaraindividu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan Penglibatan a. Penglibatan dan penyertaan aktiviti perkhemahan mengikut pelbagai kategori (i) Kategori murid Sekolah Rendah (ii) Kategori pelajar Sekolah Menengah Rendah (iii) Kategori pelajar Sekolah Menengah Atas (iv) Kategori Pra-Universiti, Kolej Universiti, Universiti dan ahli yang berusia 18 tahun dan ke atas
(v) Kategori pemimpin (berusia 25 tahun dan ke atas) b. Hampir kesemua penglibatan dan penyertaan ini memerlukan peserta mengikuti aktiviti perkhemahan yang memerlukan berkhemah. TUJUAN KEM 1. Melatih setiap pelajar supaya dapat berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan serba kekurangan terutamanya apabila berkhemah di tempat yang jauh dari bandar. 2. Melatih pelajar menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab. 3. Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kehidupan berkhemah kepada para pelajar. 4. Memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan segala gajetdan kecekapan yang ada pada mereka. 5. Menggalakkan para pelajar bergaul bersama mereka untuk mengeratkan lagi perpaduan. 6. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan di luar rumah yang lebih mencabar dan menarik. 7. Menyedarkan para pelajar agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Tuhan. 8. Mendidik untuk mengenali dan menyayangi alam sekitar. 9. Memupuk sikap bekerjasama dan bertanggungjawab dalam kalangan peserta. 10. Menanam sikap bekerjasama dan bertanggungjawab di kalangan peserta. 11. Menyediakan bakal guru yang berani dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran. JENIS KEM 1. Kem unit beruniform 2. Kem unit beruniform peringkat kebangsaan 3. Kem kepimpinan 4. Kem kursus kenaikan pangkat 5. Kem perkhemahan 6. Kem motivasi GAJET-GAJET PERKHEMAHAN
1. Peralatan yang dibuat oleh pengakap untuk keselesaan sepanjang masa perkhemahan. 2. Buatlah gajet-gajet yang diperlukan sahaja di peringkat awal semasa perkhemahan. 3. Mengenal gajet perkhemahan: 4. lazimnya gajet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan daripada bahan sekitar perkhemahan. 5. Kedudukan gajet. 6. Aktiviti membuat gajet merupakan pertandingan semasa perkhemahan di antara patrol. JENIS-JENIS GAJET 1. Gajet kawasan pintu. 2. Gajet kawasan dapur dan yang berkaitan. 3. Gajet kawasan tempat basuhan. 4. Gajet kawasan tempat tinggal. 5. Gajet kawasan pengeringan. 6. Lain-lain gajet IKHTIAR HIDUP Ikhtiar hidup merupakan satu ikhtiar dalam proses kelangsungan hidup. Keadaan yang selalunya menyebabkan seseorang itu memerlukan teknik survival ialah apabila seseorang it berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak dijangka akan berlaku dan apa yang akan berlaku seterusnya. Oleh itu, masakan rimba dan masakan solar telah menjadi salah satu kaedah memasak untuk ikhtiar hidup bagi mendapatkan tenaga. Masakan rimba Masakan rimba ini dikenali sebagai ‘backwoodsman’ atau memasak tanpa menggunakan peralatan. Kaedah memasak masakan rimba ini bermaksud memasak tanpa menggunakan peralatan iaitu perkakas dapur. Sebagai ganti, daun kayu, ranting kayu, batu, ruas buluh, tanah liat atau lumpur boleh digunakan bagi menganti perkakas dapur tersebut. Bukan itu sahaja, kerajang aluminium, tin, dawai juga digunakan. Terdapat beberapa cara untuk memasak masakan rimba.
Antaranya memasak menggunakan daun. Pemilihan daun yang lebar adalah lebih sesuai dijadikan bekas memasak makanan seperti ayam dan ikan. Makanan dibungkus dengan daun dan dimasak atau menggunakan bara api. Antara jenis daun yang boleh digunakan adalah daun pisang, daun kunyit. daun pandan, kobis dan kulit jagung. Selain itu, memasak menggunakan ranting dan dawai. Ranting adalah berfungsi untuk dijadikan alat bagi memanggang. Oleh yang demikian, ranting yang dipilih mestilah berasal daripada pokok yang tidak beracun. Hal ini demikian kerana doh roti akan dililit menggunakan ranting kayu tersebut. Bukan itu sahaja, dawai atau penyangkut baju keluli dibentukkan mengikut keperluan. Di samping itu, memasak menggunakan kepingan batu. Batu yang digunakan leper dan ketebalan sederhana. Seterusnya, api dihidupkan atas permukaan batu dan dibiarkan selama 30 minit. Permukaan batu dikira cukup panas apabila titsan air berdersir ketika jatuh di atasnya. Kemudian, bersihkan permukaan batu dengan kain. Goreng telur, ikan atas permukaan batu yang panas itu. Akhir sekali, masakan rimba juga dapat dimasak menggunakan buluh. Buluh sesuai untuk dijadikan sebagai bekas memasak. Oleh yang demikian, buluh ini sesuai untuk digunakan bagi memasak nasi. Masakan Solar Masakan solar ini amat sesuai digunakan di negara beriklim panas seperti Malaysia. Bukan itu sahaja, banyak kebaikan yang terdapat apabila menggunakan tenaga solar. Antaranya ialah sumber tenaga alternative tersebut adalah murah, menggurangkan penggunaan bahan api dari kayu, tidak mempunyai ancaman bahaya kebakaran, keracunan, asap dan gas. Oleh yang demikian, masakan solar ini amat sesuai digunakan semasa melakukan aktiviti gerak kerja luar seperti perkhemahan. Cara menyediakan dapur solar Bahan untuk membuat dapur. • Tin cat sembur yang sesuai untuk permukaan aluminium ataupun 1 tin aerosol paint untuk aluminium. • Periuk nipis dan gam
• Pelekat kertas • Foil aluminium • Kotak besar. MEMBUAT PERANGKAP Kemahiran membina jerat atau perangkap dan alat tangkapan juga amat perlu diketahui oleh individu yang gemarkan kegiatan luar. Malang tidak berbau. Jika berlaku sesuatu di dalam hutan atau kawasan pergunungan dengan kemahiran yang ada sudah pasti dapat membantu mengurangkan risiko yang dihadapi. Banyak sumber alam sama ada di kawasan hutan dan pergunungan yang dapat dijadikan alat untuk membuat jerat dan alat tangkapan lain. Antara bahan yang biasa digunakan adalah seperti buluh, rotan, anak kayu dan akar kayu. Sementara bahan-bahan yang boleh dijadikan umpan seperti buah-buahan, denak dan bangkai haiwan. Perangkap terbahagi kepada dua: i. Perangkap berumpan Perangkap jenis ini kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak menggunakan umpan. Dengan menggunakan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hendak ditangkap supaya masuk ke dalam perangkap. Tempat yang hendak di pasang hendaklah bersesuaian dengan jenis binatang yang hendak ditangkap.Tentukan terlebih dahulu apakah binatang yang hendak ditangkap dan apakah umpan yang sesuai bagi binatang tersebut. ii. Perangkap tidak menggunakan umpan Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik perhatian binatang. Tetapi yang perlu dalam persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada kesan perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut mencari makan atau minum. Kebiasannya jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang. Asalkan binatang melalui sahaja perangkap ia pasti akan terjerat. Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini seperti seladang, kijang,landak,rusa dan sebagainya. Jerat atau perangkap jenis ini boleh digunakan dengan umpan ataupun tidak. Jerat jenis ini menggunakan kayu panjang yang menjadi sebagai pembidas serta tali sebagai penjerat,
Binatang yang sesuai dijerat menggunakan jerat ini ialah seperti ayam hutan, burung dan juga tupai. Berikut merupakan jenis jerat dan alat tangkapan yang sering digunakan untuk membuat perangkap. Jenis Jerat dan alat tangkapan Gambar Lukah Serkap Jebak
Getah Terap Lembing Jerat Lubang Jerat Bakul atau Kotak Jerat Bidas
Pelantak Monyet Jerat Tupai
Perangkap Hidup NYANYIAN DAN LAGU PERKHEMAHAN • Melahirkan ahli kadet yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi negara dan negeri mengikut protokol yang betul. • Menanamkan semangat patriotik. Lagu yang dinyanyikan : • Lagu Negaraku • Lagu Negeri • Lagu Unit beruniform Permainan Satu aktiviti yang penting untuk dilaksanakan dalam sesuatu perjumpaan dan perkhemahan Kepentingan bermain : • Nilai psikomotor- membentuk dan mengembangkan otot-otot kanak-kanak dengan sempurna dan kuat.
• Nilai pendidikan- Mempelajari sifat-sifat objek seperti warna,saiz,bentuk, dan rasa sentuhan. Objektif bermain : • Membina kekuatan fizikal • Menghilangkan ketegangan emosi • Menanam sifat nilai murni • Belajar patuh arahan • Memupuk interaksi sosial • Memupuk kerjasama Contoh permainan : 1. Lakonan bisu • Alatan : kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu yang perlu dilakonkan) • Satu kumpulan menghantar seorang wakil dan dikehendai mencabut satu kertas. Setelah membaca kandungannya, dia hendaklah melakonkan watak tersebut dan ahli lain akan cuba menekanya. 2. Permainan ingat - Deria lihat • Alatan : pensil,pemadam,pembaris,duit syiling,pin,pen,kertas,batu (sediakan lebih kurang 30 jenis bahan) • Sediakan dua set alatan.Letakkan alatan pada set pertama untuk menjadi set kawalan. Objek tersebut diletakkan di atas meja dan tutup dengan kain. Setiap ahli diberi masa 3 minit untuk memerhati objek-objek yang diberi. • Apabila masa sudah tamat. Ahli perlulah mengingat dan menyusun alat-alat yang terdapat di atas meja set kawalan tersebut menggunakan alatan set kedua. Malam kebudayaan
Setiap unit perlu mempersembahkan persembahan bertema mengikut kebudayaan yang ditetapkan. Kepentingan Malam Kebudayaan : • Menambah ilmu pengetahuan • Memupuk semangat kekitaan • Merapatkan silaturrahim JALAN LASAK DAN PANDU ARAH 1. KOMUNIKASI RADIO AMATUR / UHF VHF • Radio Amatur Radio amatur adalah suatu perkhidmatan radio komunikasi yang digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh individu yang memegang lesen radio amatur. • Tujuan penggunaan: ❖ Aktiviti komunikasi ❖ Aktiviti uji kaji teknikal ❖ Perkhidmatan komunikasi semasa kecemasan ❖ Memantau (monitoring) CALL SIGN (TANDA PANGGILAN) ❖ Sesuatu yang unik bagi satu-satu stesen pemancar amatur ❖ Dibezakan dengan lokasi / negara dari mana stesen tersebut memancar ❖ Mengandungi 2 bahagian : prefix & Suffix
▪ Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka. ▪ Mempunyai kod tersendiri untuk berkomunikasi. ▪ Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan radio secara point to point seperti walkietalkie. • Jarak komunikasi bergantung kepada jenis, ketinggian antara dan kekuatan kuasa pancaran • Jarak dapat dicapai: 20-30 km Keupayaan radio amatur bergantung kepada antenanya dan juga jaluran (band) yang digunakan. Semakin tinggi antena (atau semakin banyak elemen sesebuah antena itu, semakin baik keupayaannya). Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. o Biasanya terletak di kawasan tinggi seperti gunung bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat lain pada jarak yang jauh. MEMBACA PETA TOPO DAN KEGUNAAN Peta Topografi • Menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan, menggunakan garisan kontur dalam peta moden. • Mestilah mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik pertemuannya menghasilkan koordinat
• Sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna memberi kemudahan dan tangkapan tepat mengenai rupa bumi kawasan tersebut. • Biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat menunjukkan sesebuah kawasan seluas Putrajaya dengan lengkap MENGESAN TANDA DAN SIMBOL ISYARAT DAN PANDU ARAH DALAM AKTIVITI MENJEJAK
LAPORAN PENGEMBARAAN • Setiausaha aktiviti bertanggungjawab menyediakan laporan pengembaraan. • Kandungan laporan terdiri daripada maklumat umum seperti masa, tempat, aktiviti. Turut disertakan peta pengembaraan dan gambaran keadaan semula jadi. • Catatan perjalanan, pembahagian tugas ahli dan juga gambar dimasukkan ke dalam laporan.
PENULISAN LOG HARIAN BIL. : 3 TARIKH : 07 JULAI 2021 TAJUK : KHIDMAT KESUKARELAWANAN, SIMPULAN, IKATAN DAN ASAS KAWAD KAKI LOKASI : GOOGLE MEET JURULATIH : KETUA PLATUN : GARRY JUA ANAK KANYAN KEKUATAN ANGGOTA : 18 ANGGOTA MASA AKTIVITI CATATAN 8.00 – 9.00 Pagi 9.00 – 10.00 Pagi 10.00 – 11.00 Pagi 11.00 – 12.00 T/Hari KHIDMAT KESUKARELAWANAN SIMPULAN IKATAN ASAS KAWAD KAKI