The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohamad19-1107, 2021-09-11 10:22:15

Buku Log MPU3062 KRS

Log MPU3062 KRS

LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 3 TARIKH : 7 JULAI HARI : RABU TAJUK : KHIDMAT KESUKARELAWANAN Takrif Dan Definisi : Kerja sukarela (volunteer work) atau khidmat sukarela (volunteer service) ialah kegiatan yang dilakukan dengan rela hati, ikhlas tanpa paksaan daripada mana-mana pihak tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan material, dan dapat memberi manfaat kepada golongan/ pihak sasaran (Azizan, 2009). Kerja sukarela melibatkan penyertaan sukarela dalam sesuatu aktiviti bersama masyarakat. Dalam maksud yang luas kesukarelawanan boleh dilihat sebagai suatu konsep perkidmatan dan perkongsian, suatu proses pendidikan atau pengalaman pembelajaran dan penglibatan aktif warga negara dalam isu-isu dan hal ehwal kemasyarakatan (Azizan, 2007). Kerja sukarela merupakan satu usaha ikhlas tanpa paksaan atau mengharapkan balasan kepada pendidikan untuk menghasilkan masyarakat yang berkeupyaan melalui penglibatan (Azimi Hamzah Turiman Suandi, 2004). Perkara-perkara yang boleh memberi makna dalam kita bersukarela : ❖ Rasa kesetiakawanan ❖ Ajaran atau nilai-nilai agama/ sistem kepercayaan ❖ Keinginan untuk menolong atau melakukan kebaikan ❖ Perasaan belas kasihan ❖ Idealisme hidup/ pegangan ideologi Tujuan-tujuan jangka pendek kerja sukarela : ❖ Kasih sayang ❖ Kerjasama ❖ Keprihatinan sosial ❖ Persaudaraan/ persahabatan ❖ Menjana modal insan dan modal sosial ❖ Patriotisme ❖ Pengupayaan masyarakat ❖ Ketahanan nasional


❖ Perpaduan ❖ Nilai-nilai kemanusiaan (universal) Matlamat Kesukarelawanan ❖ Membentuk suatu masyarakat, malah peradaban yang adil, makmur dan sejahtera. Mengapa kerja sukarela ❖ Anggota masyarakat yang aktif menyumbang ❖ Memperbaiki perhubungan dalam masyarakat ❖ Meningkatkan kualiti hidup masyarakat ❖ Menyumbang kepada pembangunan negara-bangsa Senario masa kini : ❖ Kerja sukarela kurang sistematik ❖ Pengurusan sukarela perlahan ❖ Para sukarelawan kurang pendedahan asas yang penting ❖ Tahap kesedaran dan fahaman masyarakat rendah ❖ Sokongan dan komitmen pihak berkuasa terhad Bentuk-bentuk kerja sukarela : ❖ Berkongsi idea/fikiran ❖ Meluangkan masa ❖ Ilmu pengetahuan ❖ Kebolehan/kemhairan ❖ Menyumbang tenaga fizikal ❖ Pengalaman /kearifan (wisdom) Sasaran : • Individu • Kumpulan – kanak-kanak, pesakit, OKU, mangsa bencana, remaja, warga tua pelarian perang dan lain-lain. • Keluarga • Komuniti • Pertubuhan (organisasi) • Alam sekitar • Masyarakat umum


Kaedah : • Khidmat nasihat • Bimbingan • Kaunseling • Motivasi/rangsangan • Gotong royong • Kerja kumpulan • Aneka terapi/proses pemulihan Prinsip-prinsip : • Sedia berkongsi • Tidak pilih kasih • Tidak mengharapkan balasan atau ganjaran material • Mementingkan pihak sasaran • Manusia sebagai sumber utama (dalam kerja sukarela) • Setiap orang boleh menyumbang


TALI-TEMALI Simpulan Balak


Simpulan balak merupakan satu ikatan yang digunakan untuk menurunkan ataupun menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya. Ia juga digunakan untuk memulakan iaktan serong. Bukan itu sahaja, simpulan ini juga digunakan untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah. Teknik: Bunga Geti


Simpulan bunga geti digunakan untuk menyambungkan dua tali yang sama saiz. Ia juga digunakan untuk menyambungkan tali yang tidak mempunyai saiz yang sama. Menyambungkan tali yang licin juga salah satu kegunaan daripada simpulan bunga geti ini. Teknik: Tindih Kasih


Simpulan ini digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. Simpul tindih kasih sangat berguna dalam kerja-kerja semasa menyelamat. Simpulan ini akan diikat pada pinggang si malang. Kemudian si malang akan ditarik ke tempat yang selamat. Teknik : a) Mulakan simpulan dengan membentuk satu bulatan. b) Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut. c) Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut. Buku Sila


Buku sila adalah simpulan yang kerap digunakan bagi menyambung dua tali yang sama besarnya. Simpulan ini tegap dan tidak boleh terlucut. Biasanya, simpulan ini digunakan untuk mengikat benda-benda kecil dengan mengunakan tali yang kecil dan ringan seperti bungkusan, mematikan simpulan dalam balutan bandage dan untuk mengikat khemah yang sudah dilipat atau bagi mengikat layar. Teknik : a) Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain. b) Masukkan hujung A di bawah B. c) Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah A. MANUK Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya. Simpul manuk biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pan cang khemah, botol dan sebagainya. Ia mudah diikat atau disimpulan dan juga mudah ditaggal dan dibuka.


Simpul Belit Satu simpulan mudah tetapi kemas untuk mengikat hujung tali pada mata kail, pancang, pokok dan sebagainya. Fungsinya ialah digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal dan mengunci ikatan atau simpulan yang dibuat. Teknik: KAWAD STATIK


Pengenalan: 1. Asas kepada pegerakan kawad 2. Hanya melibatkan pergerakan statik 3. Penting kerana ia perkara asas pembentukan disiplin kawad persendirian SEDIA ⚫ Hukumannya : "Skuad ..............Sedia" ⚫ Perbuatan : Dengan pantas angkat kaki kanan, tapak kaki selari dengan bumi (6 inci) dan hentakkan di sebelah kaki kiri. Jatuhkan tapak kaki supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah ; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; keduadua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan ; pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar; langut kepala memandang terus ke hadapan. SENANG DIRI ⚫ Hukuman : "Senang ..................Diri" ⚫ Perbuatan :


Dengan pantas angkat kaki kanan selari dengan bumi (6 inci / 45 darjah ) dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi , siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak. REHATKAN DIRI ⚫ Hukuman : "Rehatkan ................Diri" ⚫ Perbuatan: Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1, 2, rehat ). Kedudukan kaki tidak berubah. MASUK BARIS ⚫ Arahan masuk baris : "Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu skuad". ⚫ Hukuman : "Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"


⚫ Perbuatan : Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam keadaan sedia. MEMBETULKAN BARISAN ⚫ Hukuman: "Ke kanan ............ Lurus" ⚫ Perbuatan: Penanda kanan diam. Yang lain julur kaki kanan ke hadapan dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua-dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri. Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1), diikuti dengan hentak kaki sehingga barisan lurus. Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan.


⚫ Hukuman: ''Pandang.............depan'' ⚫ Perbuatan: Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk serentak dengan pantas. NOMBOR Permulaan pelajaran, skuad hendaklah dinomborkan supaya menyenangkan jurulatih memanggil anggota. Dari itu memadai dengan memanggil “Nombor.......... barisan ..................” saja. Anggota juga tahu kedudukannya dalam skuad. ⚫ Hukuman : "Dari kanan ...........nombor" ⚫ Perbuatan : Barisan yang di hadapan sahaja yang membilang nombor dengan pantas dari kanan ke kiri. Anggota yang di sebelah kanan sekali bilang "satu" , yang lain mengikut bilang "dua" dan seterusnya sehingga habis. BUKA / TUTUP BARISAN ⚫ Hukuman :


"Buka Barisan .................Gerak". ⚫ Perbuatan : Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah kaki kanan ke hadapan 30 inci dan kaki kiri 15 inci, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Barisan belakang ambil dua langkah ke belakang mulai kaki kanan diikuti kaki kiri, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Masa bergerak bilang; (1-2-1). ⚫ Hukuman : "Tutup Barisan.......Gerak". ⚫ Perbuatan : Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang dan barisan belakang ambil dua langkah ke hadapan. Pergerakannya adalah serupa seperti "Buka Barisan......Gerak". BERPUSING KE KANAN/ KIRI/ BELAKANG ⚫ Hukumannya : ”Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing". Apabila mendapat hukuman dengan pantas, pusing ke kanan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri, pusing ke kanan 90 darjah dengan kiraan “satu”. Kemudian dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki dan hentak disebelah kaki kanan denan kiraan ”dua”.


⚫ Hukumannya, ”Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing" Apabila mendapat hukuman dengan pantas pusing ke kiri dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan, pusing ke kiri 90 darjah dengan kiraan ”satu”. Kemudian dengan pantas angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki (angklet)dan hentak disebelah kaki kiri dengan kiraan “dua”. ⚫ Hukumanya : Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing". Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing". Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut pusingan jam (ikut bahu kanan), di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia. Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia. BERSURAI DAN KELUAR BARIS ⚫ Hukuman : "Ber..............surai". ⚫ Perbuatan :


Skuad itu hendaklah dalam keadaan tutup barisan , pusing ke kanan, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hormat sekali terus melangkah mulai kaki kanan ke hadapan tiga langkah dalam masa cepat ; terus bersurai. ⚫ Hukuman : "Keluar ............... Baris" Berbeza dengan bersurai, keluar baris bermaksud aktiviti belum tamat, malah bersurai sementara sahaja dan hormat tidak dikehendaki. Anggota tidak boleh beredar dari padang kawat atau kawasan latihan. PARAS Paras boleh dilakukan seperti berikut : 1. Anggota tinggi di sebelah kanan , anggota rendah di sebelah kiri. 2. Anggota rendah di sebelah kanan, anggota tinggi di sebelah kanan. 3. Anggota rendah di tengah-tengah. 4. Anggota tinggi di tengah-tengah ➢ Hukuman : "Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan ..........paras". ⚫ Perbuatan :


Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu barisan mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia. "Dari kanan........... Nombor" Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri. "Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang........… gerak". "Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan, genap ke kiri, barisan kanan dan kiri ..........pusing". Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang diperintahkan. "Jadikan tiga barisan.........cepat jalan". Skuad itu jadikan tiga baris. Anggota nombor genap ikut belakang nombor ganjil, iaitu nombor satu genap menjadi nombor satu barisan tengah. Nombor lima menjadi nombor satu barisan belakang. Nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya. Apabila berhenti di tempat masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan dengan mengambil lurus sendiri dan diam dalam kedudukan sedia. Ingatan : Jika dikehendaki kedudukan skuad itu tinggi di sebelah kanan dan rendah di sebelah kiri, hukumannnya: "Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan ............pusing". "Jadikan tiga barisan..........cepat jalan" (iaitu semasa mereka di dalam satu barisan), maka skuad hendaklah membuat seperti di atas.


➢ Hukuman : "Yang rendah ke kanan, tinggi ke kiri, dalam satu barisan.......... paras". ⚫ Perbuatan : Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu barisan mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia. "Dari kanan........... Nombor" Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri. "Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang...........gerak". Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan. "Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan, genap ke kiri, barisan kanan dan kiri ..........pusing". Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang diperintahkan. "Jadikan tiga barisan.........cepat jalan". Skuad itu jadikan tiga baris. Anggota nombor genap ikut belakang nombor ganjil, iaitu nombor satu genap menjadi nombor satu barisan tengah. Nombor lima menjadi nombor satu barisan belakang. Nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya. Apabila berhenti di


tempat masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan dengan mengambil lurus sendiri dan diam dalam kedudukan sedia. Ingatan : Jika dikehendaki kedudukan skuad itu rendah di sebelah kanan dan tengah di sebelah kiri, hukumannnya : "Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan ............pusing". " Jadikan tiga barisan..........cepat jalan"


PENULISAN LOG HARIAN BIL. : 4 TARIKH : 14 JULAI 2021 TAJUK : ASAS PERTOLONGAN CEMAS, PENGURUSAN PERKHEMAHAN LOKASI : GOOGLE MEET JURULATIH : NIK ZAIDI BIN ISMAIL KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR KEKUATAN ANGGOTA : 65 ANGGOTA MASA AKTIVITI CATATAN 8.00 – 10.00 Pagi 10.00 – 12.00 T/Hari KULIAH - ASAS PERTOLONGAN CEMAS - PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN • KONSEP • PENGLIBATAN • SIJIL • TUJUAN PERKHEMAHAN


LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 4 TARIKH : 14 JULAI 2021 HARI : RABU TAJUK : ASAS PERTOLONGAN CEMAS 1. PERTOLONGAN CEMAS Pada hari ini, saya telah belajar tentang cara untuk membuat anduh seperti anduh besar, anduh segi tiga dan anduh kecil. Saya juga mempelajari ikatan buku sila yang digunakan untuk mengikat anduh. Ikatan buku sila dapat memastikan sesuatu anduh tersebut senang untuk ditanggalkan. Di samping itu, saya juga berpeluang untuk mempelajari cara untuk membuat balutan dalam tiga situasi, iaitu apabila seseorang itu didapati mempunyai luka, kakinya kejang dan kakinya terseliuh. 2. KEPENTINGAN PERTOLONGAN CEMAS Setelah pembelajaran pada hari tersebut, saya telah menyedari kepentingan seseorang untuk menguasai ilmu tentang pertolongan cemas. Dengan ilmu pertolongan cemas ini, saya dapat menghulurkan bantuan kecemasan kepada orang yang sakit tanpa memudaratkannya. Sebagai contoh, dari aspek pembalutan luka, kita perlu membersihkan luka seseorang sebelum membalut lukanya. Sekiranya tiada air bersih yang dibekalkan, kita boleh menggunakan air kelapa sebagai alternatif untuk mencuci luka seseorang. Sekiranya mencuci luka dengan air mineral, maka sedikit antiseptik perlu dibubuh sebelum membalut luka. Dengan menguasai ilmu tentang pertolongan cemas, saya dapat membantu orang di sekeliling saya yang mengalami kesakitan dan kecederaan. Sebagai contoh, apabila kekejangan berlaku, kami perlu meluruskan kaki pesakit dan meregangkan kakinya sebelum membuat balutan. Bagi kaki yang terseliuh, letakkan ais pada bahagian kaki yang terseliuh dan sapukan ubat sebelum membuat balutan.


3. ANDUH DAN BALUTAN Mohd Nur bin Abdul Rahman (2006) menjelaskan tentang beberapa jenis dan kegunaan pembalut. Terdapat 4 jenis pembalut iaitu pembalut tiga persegi (Triangular Bandage), pembalut lebar (Broad Bandage), pembalut panjang (Narrow Bandage) dan pembalut gulung (Roller Bandage). 4 kegunaan utama pembalut adalah bagi menetapkan tuap (splint) dan menjadikan tulang-tulang itu tidak bergerak dan juga bagi menetapkan pelapik (dressing) pada lukanya. bagi mengampukan anggota yang tercedera itu dengan cara anduh, menahan daripada keluar darah dan mengurangkan daripada bengkak. Pembalut tiga segi (seperti dalam Gambar A) mempunyai kegunaan (i) mengampu bahagian yang cedera, (ii) menahan darah, dan (iii) membalut bahagian cedera atau patah. Pembalut tiga segi, kain balutan asas yang digunakan dalam perkhemahan badan beruniform khususnya dalam badan beruniform KRS. Antara jenis balutan anduh adalah anduh balutan tapak tangan dan tapak kaki, pembalut cincin, anduh kecil /anduh pergelangan tangan, anduh besar / anduh lengan, anduh lutut dan anduh kepala,


a) Ikatan balutan tapak tangan dan tapak kaki


Langkah bagi tapak kaki dan tapak tangan adalah sama. b) Pembalut cincin Digunakan semasa membalut luka di mana terdapat benda luar seperti kaca da sebagainya ataupun luka itu disertakan dengan patah. Lilitkan anduh di jari hingga menjadi seperti rajah di atas.


c) Balutan anduh besar / anduh di lengan Langkah balutan anduh besar / anduh di lengan 1. Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera. 2. Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. 3. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.


d) Ikatan balutan lutut


e) Ikatan balutan kepala Langkah 1 Sediakan pembalut cincin dan letakkan di atas kepala. Langkah 2 Tarik kedua-dua bucu ‘end’ ke belakang kepala. Langkah 3 Silangkan bucu ‘End’ kain anduh dan ikat buku sila kedua- dua bucu “End’ tersebut di bahagian hadapan kepala. Manakala bucu point ditarik ke atas belakang kepala dan di pinkan


MERAWAT LUKA DAN GIGITAN Definisi luka Sejenis kecederaan yang menyebabkan tisu-tisu badan yang menyebabkan pengaliran darah disebabkan alat yang tajam atau tumpil Klasifikasi luka 1. Luka terbuka • Kelihatan darah terkeluar • Luka mudah dijangkiti kuman 2. Luka tertutup • Darah tidak kelihatan (contoh: lebam) Jenis luka Luka terhiris atau calar (laceration) • Luka yang terpotong yang mungkin berlaku pada permukaan kulit atau otot dalaman. • Disebabkan benda tajam • Saluran darah terpotong lurus dan menyebabkan darah meleleh Luka tercucuk (Puncture wound) • Berpunca daripada alat-alat bermata panjang yang dapat menembusi tubuh.


• Biasanya luka ini tidak menyebabkan pendarahan yang banyak, tetapi mudah dijangkiti kuman. Pembasmian luka perlu dilakukan. • Contoh: Paku Luka melecet atau terkoyak (abrasion wound) • Luka pada kulit yang menyebabkan hakisan pada kulit atau tisu lembut yang mungkin akan menyebabkan terkoyak separa atau sepenuhnya Luka tembakan (Shot wound) • Peluru yang terkena dan menembusi tubuh yang menyebabkan kecederaan dalaman yang parah. • Luka masuk adalah bersih manakala luka puluru keluar adalah besar dan calar-balar atau terkoyak Kontusi • Tamparan atau tumbukan yang menyebabkan kapilari darah pecah di bawah permukaan kulit. • Darah mengalir ke tisu badan menyebabkan lebam.


Haematoma • Pembekuan darah yang menyebabkan kebiruan atau kehitaman yang berlaku Rawatan (i) Tekanan tepat / langsung • Jangan buang masa untuk mencari balutan • Letakkan tapak tangan anda dengan menggunakan sarung tangan getah atau sebarang bahan yang boleh melapik tapak tangan anda dan tekan tepat di atas luka • Tekan sehingga pendarahan berhenti • Tutup luka dengan balutan yang steril atau bersih • Gunakan pembalut untuk membalut dan pastikan pendarahan telah berhenti (ii) Angkat atau tinggikan anggota yang cedera • Tinggikan anggota yang cedera dari paras jantung untuk mempercepatkan penghentian darah yang mengalir dari luka. • Jangan gunakan kaedah ini jika terdapat tulang yang patah atau terdapat objek asing tercucuk pada luka. (iii) Bila pendarahan sudah berhenti, anda boleh memasang balutan dan pembalut pada luka. Apabila memasang pembalut, ambil perhatian perkara berikut: • Jika kulit di sekeliling pembalut menjadi pucat atau kebiruan • Pesakit mengadu sekit bertambah teruk selepas pemasangan pembalut • Kulit di sekeliling pembalut menjadi sejuk • Pesakit berasa kebas dan sengal di paras bawah pembalut.


GIGITAN • Digigit Hama rumput Hama-Hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar.Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat. Rawatan: 1. Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun 2. Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik 3. Jangan digaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak. 4. Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak terlalu keras atau minyak anti-histamine. • Digigit lintah dan Pacat Jangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana sebahagian dari sengatnya akan tertinggal pada kulit. Rawatan: 1. Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan garam untuk melonggarkan gigitan dan menggugurkannya. 2. Bersihkan sekeliling tempat yang digigit itu dengan methylated spirit. 3. Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak terlalu keras ataupun dengan minyak anti-histamine. 4. Tutup dan balut dengan pembalut kering. • Dipatuk Ular Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat yang digigit dan bisa. Rawatan:


1. Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat dengan kuat akan bahagian sebelah tempat yang digigit yang pengaliran darah kejantung. Jangan ikan sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. Anda haruslah dapat merasa nadi pada pergelangan tangan atau kaki. 2. Cuci luka itu dengan air yang dicampur dengan potassium permanganate untuk menawarkan racun yang ada pada luka. 3. Juntaikan anggota yang tergigit itu dan biarkan darah keluar dengan memotong ke dalam akan daging yang digigit dengan pisau yang tajam dan telah dibakar terlebih dahulu. 4. Longgarkan ikatan ‘tourniquet’ selama 1⁄2 minit tiap-tiap 1⁄2 jam 5. Biarkan orang yang digigit ular itu bertenang dengan cukup. 6. Beri minuman panas, badan sentiasa dalam keadaan panas. 7. Jika ia tidak bernafas Bantu pernafasan dan buat pertolongan dalam pernafasan. 8. Hantar ke rumah sakit yang terdekat 9. Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan hanya boleh diberikan oleh mereka yang terlatih sahaja untuk membuat suntikkan. Rawatan kecemasan untuk gigitan ular termasuk menyedut bisa ular. Ini dapat diadakan dengan mulut sesudah menghiris satu bentuk X diatas gigitan itu. Buatlah beberapa irisan atas bahagian yang digigit itu 0.6cm dalamnya supaya darah mengalir dengan leluasa. Tidak ada bahayanya jikalau tidak ada luka pada mulut anda. Bisa itu tidak beracun meskipun tertelan.


MELECUR, PITAM DAN PATAH MELECUR DEFINISI: Luka terbakar ialah kecederaan pada tisu yang disebabkan oleh suhu tinggi, bahan kimia atau sinaran. Melecur pula terjadi akibat pendedahan terhadap haba lembap seperti wap atau cecair panas. CARA MERAWAT: 1) Alihkan atau buangkan punca kecederaan tersebut 2) Tanggalkan perlahan-lahan pakaian, barang kemas, tali pinggang atau jam dari bahagian yang tercedera kecuali jika ia melekat pada kulit. 3) Sejukkan bahagian yang tercedera secepat mungkin dengan merendamkannya ke dalam air sejuk selama 10 - 15 minit. 4) Balut bahagian yang tercedera dengan longgar menggunakan pembalut steril atau kain nipis yang serupa dengannya. 5) Jangan sapukan sebarang krim, losyen, minyak, salap, mentega atau bahan lemak pada bahagian yang tercedera. 6) Jangan pecahkan lepuh yang timbul atau melakukan apa-apa di bahagian berkenaan. 7) Jangan menggunakan sebarang pembalut yang melekat atau wul kapas pada luka. TANDA-TANDA DAN GEJALA: a) Sakit yang kuat. b) Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas. c) Terjadi gelembung air pada kulit. d) Kulit mengelupas dan berwarna kehitaman terutama sekiranya terbakar oleh asid atau alkali. e) Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair. f) Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan.


KATEGORI: Terbakar dan melecur terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori terbakar luaran dan terbakar dalaman. Terbakar atau melecur luaran menyebabkan kulit luar yang terlibat. Manakala terbakar peringkat kedua (dalaman) melibatkan tisu-tisu dalam. Contohnya terkena asid dan alkali. Terbakar dan melecur yang melibatkan 10% boleh menyebabkan terjadinya renjatan kepada mangsa. Pengiraan PeratusanTerbakar dan Melecur: Pengiraan peratusan terbakar dan melecur dinamakan kaedah sembilan (rule of nine). Pengiraannya adalah seperti berkut:- a) Bahagian kepala dan leher - 9% b) Sebelah anggota atas - 9% c) Bahagian depan badan -18% d) Bahagian belakang badan -18% e) Sebelah anggota bawah -18% f) Bahagian kemaluan - 1% RAWATAN AM TERBAKAR DAN MELECUR: a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara. b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena. c) Tenangkan mangsa. d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut. e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu. f) Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang melekat. g) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan.


h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera. i) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan. j) Jika pesakit dalam keadaan stabil –beri minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang. k) Dapatkan rawatan perubatan segera. TERBAKAR OLEH ASID ATAU ALKALI: a) Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera. b) Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak. c) Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk meneutralkan asid. d) Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan asid. Jangan gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata. Kecederaan mata boleh menggunakan air biasa yang mengalir sahaja. e) Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang bersih. f) Dapatkan rawatan perubatan. RAWATAN TERBAKAR PAKAIAN: a) Selimutkan mangsa dengan kain basah, cadar basah atau guni basah supaya api dapat dipadamkan. b) Arah mangsa berguling di atas rumput untuk memadamkan api di pakaian. c) Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api. d) Elak dari berlaku renjatan. Sekiranya renjatan berlaku, rawatan renjatan perlu dilakukan. e) Cuci tempat terbakar dengan cermat. f) Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan perubatan. RAWATAN TERBAKAR ATAU MELECUR TEKAK: a) Beri mangsa minuman sejuk atau ais sebanyak mungkin. b) Beri demahan sejuk pada bahagian leher. c) Dapatkan rawatan perubatan.


PATAH DEFINISI: Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya. SIMPTOM: Sila pastikan anda tidak menggerakkan tubuh badan mangsa kecuali sekiranya perlu. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kecederan tambahan. Sekiranya mangsa yang anda temui mengalami kepatahan tulang, sila hubungi nombor kecemasan dengan segera sekiranya: 1) Pendarahan serius. 2) Kesakitan dirasai walaupun dengan sentuhan yang lembut. 3) Sendi kelihatan tidak normal. 4) Tulang tertusuk keluar. 5) Tulang yang disyaki patah adalah di leher, kepala atau tulang belakang. 6) Tulang yang disyaki patah adalah di pinggang. PUNCA-PUNCA: a) Secara Langsung Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena tembakan, pukulan, tendangan atau kemalangan. b) Secara Tidak Langsung Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. Contohnya, berlaku kecutan otot atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah. JENIS-JENIS: a) Patah tebu/tertutup (simple fracture) Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.


b) Patah riok (Compound fracture) Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di bahagian luar kulit. c) Patah melarat (Complicated fracture) Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan. d) Patah Remok (Comminuted fracture) Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian. e) Patah Terenyok (Impacted fracture) Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang yang patah itu. f) Patah Rebung (Green Stick fracture) Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada tulang kanakkanak dan bayi. g) Pecah Remok (Depressed fracture) Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya, tengkorak kepala yang terbenam menghimpit otak TANDA-TANDA DAN GEJALA PATAH: a) Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran. b) Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera. c) Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera. d) Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi lebih pendek. e) Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah. f) Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.


RAWATAN AM PATAH: a) Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ. b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar. c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan. Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian. e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan dan tempat yang patah. g) Dapatkan bantuan perubatan segera. PATAH-PATAH TERTENTU: Pecah Tengkorak Kepala Kemungkinan pecah tulang kranium atau tulang pangkal tengkorak. Tanda-tanda dan gejala a) Mengalami pengsan sebentar atau berterusan. b) Keluar darah dari hidung, tekak atau telinga. c) Muntah. d) Mangsa berkeadaan gelisah. e) Anak mata membesar dan tidak seimbang antara satu dengan lain. h) Nafas berbunyi kuat. Rawatan a) Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring. b) Betulkan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa. Keluarkan bendasing sekiranya terdapat di dalam mulut mangsa. c) Periksa pernafasan gerak nadi, lakukan CPR jika sekiranya pernafasan dan nadi tidak berfungsi. d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan. d) Dapatkan bantuan perubatan segera.


Patah Tulang Rahang Tanda-tanda dan gejala a) Sakit pada bahagian dagu atau rahang. b) Tidak boleh menggerakkan atau membuka mulut. c) Bengkak dan lebam di bahagian belakang. d) Air liur meleleh keluar dari mulut pesakit. e) Gigi mangsa berselisih. Rawatan a) Tenangkan mangsa dan tentukan saluran pernafasan berada di dalam keadaan baik. b) Ampu bahagian dagu dengan kain yang lembut dan ikat dengan balutan dagu. c) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan. d) Dapatkan bantuan perubatan. Patah Tulang Belakang Tanda-tanda dan gejala a) Sakit di bahagian yang mengalami kecederaan. b) Tidak berupaya menggerakkan anggota badan. c) Merasa kebas atau hilang rasa anggota bawah. d) Terdapat kecacatan atau lebam pada bahagian tulang yang patah. Rawatan a) Jangan mengangkat atau mengubah pesakit dari tempat kejadian. b) Tenangkan mangsa. c) Kenakan tuap pada bahagian badan pesakit bagi mengurangkan pergerakan pesakit. d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan. e) Angkat dengan menggunakan usungan yang rata dan tegang. Patah Tulang Rusuk Tanda-tanda dan gejala a) Sakit yang kuat semasa bergerak atau menarik nafas.


b) Bengkak dan lebam di tempat cedera. c) Susah bernafas. Rawatan a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa. b) Tentukan mangsa daapat bernafas. Periksa pernafasan mangsa dan beri bantuan pernafasan jika perlu. c) Ampu anggota atas mangsa dengan menggunakan anduh. d) Jika terdapat kecederaan di bahagian dada, alas dengan kain yang lembut dan bersih Patah Tulang Selangka (Klavikal) Tanda-tanda dan gejala. a) Sakit pada bahagian bahu. b) Hilang upaya mengangkat atau mengerakkan anggota atas. c) Bengkak, lebam dan terdapat kecacatan di bahagian bahu. Rawatan a) Tenangkan mangsa. b) Ampu anggota atasa yang terlibat dengan menggunakan anduh. c) Rawat kecederaan yang terdapat. d) Dapatkan rawatan perubatan. Patah Anggota Atas Rawatan a) Tenangkan mangsa. b) Ampu anggota atas supaya tidak banyak bergerak dengan menggunakan anduh. c) Jika anggota atas tidak boleh dibengkok, gunakan tuap untuk mengampu bahagian yang tercedera. d) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan. e) Dapatkan rawatan perubatan.


Patah Tulang Punggung Tanda-tanda dan gejala a) Sakit di bahagian punggung. b) Susah bergerak atau berdiri. c) Bengkak dan lebam di bahagian cedera. d) Kemungkinan kencing beserta dengan darah. Rawatan a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa. b) Tenangkan mangsa. c) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan. d) Tuap bahagian anggota bawah hingga ke ketiak dengan menggunakan tuap. e) Dapatkan rawatan perubatan. Patah Tulang Paha Rawatan a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa. b) Tenagkan mangsa. c) Hentikan pendarahan dan rawat tempat tercedera. d) Tuapkan anggota bawah dengan menggunakan tuap panjang. e) Dapatkan rawatan perubatan. Patah Tulang Tibia dan Fibula Rawatan a) Letak mangsa dalam keadaan selesa. b) Tenangkan mangsa. c) Rawat kecederaan. d) Tuapkan anggota yang cedera supaya tidak bergerak. Jangan cuba membetulkan tulang yang patah. e) Dapatkan rawatan perubatan. Pecah Tulang Patela


Rawatan a) Baringkan dan luruskan kaki mangsa. b) Tinggikan bahagian kaki dan tuapkan bahagian yang patah. c) Dapatkan rawatan perubatan.


PENULISAN LOG HARIAN BIL. : 5 TARIKH : 21 JULAI 2021 TAJUK : PENGURUSAN PERKHEMAHAN LOKASI : GOOGLE MEET JURULATIH : NIK ZAIDI BIN NIK ISMAIL KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAIE BIN KHAIRUL IDZHAR KEKUATAN ANGGOTA : 65 ANGGOTA MASA AKTIVITI CATATAN 8.00 – 11.00 Pagi 11.00 – 12.00 T/Hari KULIAH Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan • Jenis Perkhemahan • Perancangan dan • persiapan awal • Pemilihan tempat • Aspek keselamatan • Kemudahan asas • Pemeriksaan Pagi • Surat –menyurat • Kuarter master • Laporan dan refleksi 4.Orientasi Kurikulum Sekolah Rendah Kurikulum Unit Beruniform • Kurikulum unit beruniform • Perancangan program


LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 5 TARIKH : 21 JULAI 2021 HARI : RABU TAJUK : ASPEK PENGURUSAN PERKHEMAHAN Perkhemahan sehari atau day camp merupakan aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan dalam tempoh satu hari misalnya bermula pada sebelah pagi dan berakhir pada hari yang sama. Camping out pula melibatkan aktiviti perkhemahan yang memerlukan perserta bermalam di tempat perkhemahan untuk beberapa malam. Residential camp atau summer camp pula merupakan perkhemahan untuk tempoh masa yang panjang serta boleh berlangsung selama beberapa bulan. Terdapat tiga aspek langkah pengurusan perkhemahan iaitu sebelum, semasa dan selepas perkhemahan yang wajar dirancang dan dijadikan panduan supaya perjalanan pengurusan menjadi lancar. 2.1 Aspek sebelum Aspek sebelum merupakan elemen penting yang perlu dititikberat sebelum memulakan sebarang aktiviti perkhemahan (Muhamad, 2012). Hal ini kerana perancangan permulaan merupakan tunjang kepada aspek pengurusan semasa dan mempengaruhi aspek pengurusan selepas perkhemahan. Antara perkara yang wajar dilakukan sebelum aktiviti perkhemahan dilaksanakan ialah : a) Membentuk organisasi perkhemahan • Organisasi perkhemahan terdiri daripada jawatankuasa yang akan memainkan peranan dalam melancarkan setiap tugasan. • Jawatankuasa terdiri daripada jawatankuasa induk, jawatankuasa kerja atau pelaksana serta barisan jurulatih dan pembimbing. b) Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kursus atau Program Perkhemahan


Antara perbincangan dalam mesyuarat termasuklah : • mengesahkan pelantikan Ahli Jawatankuasa • mengenal pasti jurulatih, pembimbing dan pengiring • menentukan senarai tugas setiap Ahli Jawatankuasa, termasuklah Penyelaras Kursus/Program, Pengiring, Pembimbing dan Jurulatih • menentukan tarikh • menentukan kumpulan dan bilangan sasaran/peserta • memastikan nisbah guru/pensyarah dan murid/pelajar/siswa guru menepati peraturan • menentukan tarikh dan bilangan hari yang sesuai • tentatif lokasi perkhemahan • tentatif atur cara atau jadual perkhemahan • tentatif tetamu kehormat yang akan hadir sewaktu perasmian • cara pergerakan ke tapak perkhemahan • tempahan bas (jika diadakan di luar) • bilangan bas yang perlu disewa (mengikut bilangan peserta) • kos sewaan bas • kos perbelanjaan keseluruhan (sebelum, semasa dan selepas aktiviti) serta cara kutipan; • permohonan kelulusan dan permit penganjuran perkhemahan • isu-isu lain yang berkaitan. c) Menyiapkan senarai nama petugas dan peserta perkhemahan d) Menentukan kadar kos perbelanjaan untuk menganjurkan perkhemahan • Wang masuk • Wang keluar e) Menyiapkan jadual perkhemahan Jadual meliputi :


• bilangan hari • masa perjalanan pergi dan perjalanan balik • pengisian program • waktu solat, waktu rehat dan waktu makan (termasuk menu makanan) • pengurusan diri • aktiviti/kerja masa lapang • hal-hal lain yang berkaitan f) Menyiapkan kertas kerja atau kertas cadangan perkhemahan untuk diserahkan kepada pihak yang berkenaan • Kertas kerja penting untuk meminta pihak atas meluluskan perancangan serta berbincang tentang kos yang diperlukan bagi menjayakan perkhemahan. g) Menyiapkan dan mengedarkan surat-surat kebenaran, surat-surat pemberitahuan dan surat-surat pelantikan kepada pihak-pihak yang berkenaan (termasuklah makluman bertulis kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Ibu Pejabat Polis, Klinik Kesihatan dan organisasi yang lain, jika berkenaan • Menurut Eng (2013), tujuan surat pemakluman adalah supaya semua pihak berkenaan mengambil maklum tentang aktiviti yang dibuat selepas waktu persekolahan dan supaya bantuan dapat dihulurkan dengan segera apabila diperlukan. h) Menguruskan surat kebenaran ibu bapa dan perakuan kesihatan murid • Kebenaran daripada ibu bapa sangat penting kerana sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, ibu bapa telah bersetuju membenarkan apa sahaja yang akan dilakukan oleh guru ke atas anak jagaan mereka.


• Perakuan kesihatan juga penting untuk memastikan bahawa murid layak atau sebaliknya untuk mengikuti sebarang aktiviti khususnya aktiviti yang lasak. i) Surat pelantikan kepada guru/pensyarah pengiring, pembimbing, pemimpin dan jurulatih yang terlibat, termasuk jurulatih undangan atau jurulatih luar j) Memastikan semua yang terlibat, termasuk petugas dan peserta berada dalam keadaan baik dan sihat serta bersedia dengan rela hati untuk menyertai aktiviti perkhemahan k) Memperincikan peraturan-peraturan keselamatan l) Menyiapkan buku program dan borang-borang yang diperlukan semasa aktiviti perkhemahan dijalankan m) Memastikan sijil penghargaan dan sijil penyertaan telah ditandatangani oleh pihak- pihak yang berkaitan, dan jika perlu, siapkan hadiah dan cenderamata n) Memastikan peralatan (lojistik) dan bahan serta keperluan untuk aktiviti perkhemahan mencukupi dan boleh digunakan • Satu peralatan kumpulan dan individu boleh diberikan kepada peserta supaya mereka berupaya membuat persediaan awal. • Peralatan boleh dibahagikan kepada beberapa katagori iaitu : • Peralatan urus setia, : diperlukan oleh para guru dan fasilitator yang terlibat bagi menjayakan aktiviti yang dirancang demi kesejahteraan warga perkhemahan. • Peralatan kumpulan : perlu dibawa bersama oleh ahli-ahli dalam kumpulan untuk dikongsi dalam kumpulan masing-masing. • Peralatan persendirian : untuk kegunaan persendirian peserta. o) Memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan keutamaan, termasuklah: • kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai • jangkitan penyakit • keracunan makanan • gigitan serangga berbisa • serangan binatang buas


p) Memberi taklimat kepada semua yang terlibat dalam pengurusan perkhemahan, termasuk guru/pensyarah pengiring, pembimbing, pemimpin dan jurulatih, termasuk ibu bapa peserta (jika perlu) q) Memberi taklimat kepada semua peserta perkhemahan r) Menentukan semua prosedur perkhemahan dipatuhi s) Menyediakan senarai semak sebelum, semasa dan selepas aktiviti perkhemahan sebagai rujukan kerja t) Pemilihan Tempat Mengenal pasti lokasi perkhemahan seperti : • Keluasan kawasan perkhemahan yang dipilih menepati bilangan peserta perkhemahan serta mampu menampung aktiviti perkhemahan, seperti tapak perkhemahan, tempat perhimpunan, latihan, kuliah, permainan dan kawasan untuk istirahat; • Memeriksa kawasan perkhemahan selamat untuk didiami dan beraktiviti • Memilih kawasan yang menarik dan mempunyai nilai-nilai tertentu, umpamanya nilai sejarah, seperti di kawasan Gunung Jerai, Gunung Ledang, Beruas dan sebagainya Kawasan yang bebas daripada laluan angin kencang yang boleh mendatangkan bahaya dan kecelakaan seperti pokok tumbang, khemah melayang atau runtuh, dan seumpamanya • Kawasan yang tidak mempunyai pokok tua, pokok mati atau dahan yang mudah serkah atau patah untuk mengelakkan pokok atau dahan-dahan berkenaan menimpa khemah • Kawasan tanah yang tidak mudah runtuh apabila hujan • Kawasan yang bebas daripada banjir atau mudah ditenggelami air apabila hujan • Kawasan yang bebas daripada binatang liar atau orang- orang jahat yang mungkin boleh mengancam keselamatan jiwa dan harta benda


• Menentukan lokasi penempatan khemah, kemudahan asas dan keperluankeperluan lain berfungsi dengan baik sesuai untuk aktiviti perkhemahan, seperti : surau; tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan bekalan elektrik; bekalan air bersih sistem komunikasi. • Memastikan keperluan logistik mencukupi dan berada dalam keadaan boleh digunakan • Menempah lokasi perkhemahan 2.2 Aspek semasa Fasa ini peringkat kedua selepas fasa pra perkhemahan. Proses persiapan atau perancangan yang tidak mantap di fasa pra perkhemahan akan dikesan pada peringkat ini. Fasa ini penting kerana berlakunya proses sebenar penyampaian ilmu kepada murid dan kemuncak kepada segala perancangan yang telah dirangka. Terdapat tiga tahap kecekapan pelaksanaan sesuatu tugas iaitu pengagihan, pengkhususan dan penjadualan tugas dengan rapi. Pengagihan tugas merupakan penentuan tugas kepad orang yang berbeza-beza supaya setiap orang boleh beroperasi sendiri tanpa menunggu arahan selanjutnya. Hal ini supaya pemimpin tidak membuat semua kerja seorang diri. Tugas-tugas perlu diagihkan mengikut ketetapan yang telah dirancang dalam mesyuarat jawatankuasa. Pengkhususan tugas ialah meletakkan individu dengan sesuatu kerja yang bersesuaian dengan kemahirannya kerana setiap individu mempunyai kebolehan yang berbeza. Oleh itu, ini akan meningkatkan tahap kecekapan dan kelamcaran sesuatu aktiviti yang dilaksanakan. Penjadualan pula ialah proses perancangan sistematik terhadap tugasan yang harus dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti dalam perkhemahan perlu dijadualkan dengan baik supaya impak yang berkesan diberikan kepada murid. Rancangan akan gagal disempurnakan sekiranya kerjakerja tidak dijadualkan. Antara perkara yang harus dilakukan semasa aktiviti perkhemahan dijalankan termasuklah : a) Memberikan taklimat kepada semua yang terlibat sebaik sampai di tapak perkhemahan


Click to View FlipBook Version