The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mzulk9, 2023-03-17 15:48:50

Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3

Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3

Keywords: buku teks RBT

Penyelesaian masalah inventif ialah kaedah penyelesaian masalah secara sistematik dengan masalah dan penyelesaiannya telah dikenal pasti terlebih dahulu dan bukan berdasarkan idea spontan daripada individu atau kumpulan. Kaedah ini membolehkan proses diulang beberapa kali untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik, cepat dan menjimatkan. Berdasarkan maklum balas daripada borang kajian keperluan pelanggan, penyelesaian masalah inventif diaplikasikan untuk penambahbaikan bagi mengatasi kelemahan produk sedia ada. Rajah 2.3 menunjukkan proses penyelesaian masalah inventif. Kenal pasti masalah inventif Pilih prinsip inventif yang sesuai Hasilkan cadangan penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran Tentukan jenis percanggahan fizikal (sama ada kaedah pemisahan ruang atau masa) Bina model fungsi dengan garisan interaksi (tunjukkan kedudukan punca masalah) Buat analisis berantai punca-kesan (kenal pasti punca permasalahan) Rajah 2.3 Proses penyelesaian masalah inventif Rajah 2.4 menunjukkan komponen berfungsi berus kasut ketika digunakan untuk menggilap kasut. Berus kasut Rongga Pemegang berus Berus Tangan Kasut Rajah 2.4 Komponen berfungsi berus kasut ketika menggilap kasut Berus kasut Penghasilan Produk PB 41 BAB 2


Rajah 2.6 Analisis berantai punca-kesan Berdasarkan analisis di atas, masalah kelenguhan tangan didapati berlaku ketika tekanan berlebihan digunakan semasa menggilap. Masalah kelenguhan tangan tidak berlaku sebelum atau selepas menggilap. Maka, masalah tersebut bukan masalah inventif pemisahan masa. Masalah ini merupakan masalah inventif pemisahan ruang kerana masalah kelenguhan tangan dan tekanan berus tidak sekata berlaku pada masa yang sama. memegang memegang memegang memegang memegang menggerak menggerak kotor kotor memegang memegang menyingkir menyingkir Kasut Tangan Habuk Air Krim kasut Rongga Gam Berus Pemegang berus Tangan Rajah 2.5 menunjukkan model fungsi bagi situasi semasa menggunakan berus kasut untuk menggilap kasut. Situasi digambarkan melalui garisan interaksi yang digunakan untuk mengenal pasti punca masalah. Maksud beberapa simbol inventif pada model fungsi: Info Bestari Komponen (pembawa fungsi) Subjek (penerima kesan akibat perubahan parameter) Supersistem (elemen persekitaran atau semula jadi yang mempengaruhi sesuatu sistem) Rajah 2.5 Model fungsi situasi semasa menggunakan berus kasut Berdasarkan model fungsi, didapati masalah berpunca daripada pelanggan yang tidak dapat memberikan tekanan sekata semasa menggilap kasut. Analisis berantai punca-kesan telah dijalankan untuk mengenal pasti punca dan kesan bagi masalah. Kasut masih tidak berkilat selepas menggilap Krim kasut tidak tersebar sekata Daya yang digunakan untuk menggilap tidak seragam Air dan habuk masih melekat pada kasut Tekanan ketika menggilap tidak seragam Mengejar masa dan tangan menjadi semakin lenguh Mengapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? BAB 2 Pembangunan Produk 42 PB BAB 2


Rajah 2.7 Proses projek brief Lakaran akhir Oleh itu, kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan ruang dipilih. Prinsip inventif jenis pengantara (intermediary) dan tidak simetri (asymmetry) dikenal pasti adalah paling sesuai untuk menyelesaikan masalah inventif yang dihadapi. Jadual 2.1 Prinsip inventif untuk menyelesaikan masalah inventif yang dihadapi Cadangan prinsip inventif Penerangan konsep Adakah konsep ini menyelesaikan masalah tekanan berus tidak sekata? Pengantara (intermediary) Memperkenalkan komponen baharu untuk membantu pelanggan • Komponen baharu mestilah boleh memberus secara berputar dan mempunyai laju yang seragam. • Maka, komponen baharu tersebut ialah motor berkuasa elektrik yang dipasang pada berus yang berputar. Tidak simetri (asymmetry) Mengubah bentuk kepada simetri atau tidak simetri • Komponen yang mempunyai reka bentuk bulat dan simetri akan berputar dengan seragam dan stabil. • Maka, reka bentuk berus yang baharu adalah bulat dan simetri. B Projek brief Projek brief ialah proses perbincangan awal antara pengurus projek dengan pelanggan yang turut dihadiri oleh pereka bentuk. Pereka bentuk berperanan menterjemahkan idea reka bentuk produk daripada pelanggan kepada bentuk lakaran atau contengan. Projek brief Penyelesaian masalah inventif 3 Lakaran yang dipilih Beberapa lakaran idea reka bentuk produk yang dicadangkan kepada pelanggan Penghasilan Produk PB 43 BAB 2


Jadual 2.2 Contoh borang projek brief yang telah dilengkapkan Tajuk: Penggilap kasut magik Kriteria pertimbangan utama Catatan Fungsi 1. Apakah kegunaan produk ini? 2. Di manakah produk ini digunakan? 1. Produk digunakan untuk menggilap dan membersihkan kasut kulit dan kasut PVC. 2. Produk digunakan di rumah atau di mana-mana sahaja mengikut keperluan pengguna. Persembahan 1. Bagaimanakah cara produk ini dipersembahkan? Produk dipersembahkan dalam pelbagai warna. Tujuan pasaran 1. Siapakah yang akan menggunakannya? 2. Siapakah pesaing yang wujud? 3. Pelanggan bagaimanakah yang akan menggunakan produk ini? 1. Produk akan digunakan oleh semua pengguna kasut kulit dan kasut PVC. 2. Ada pesaing tetapi reka bentuk produk kurang inovatif. 3. Semua pekerja pejabat, guru, murid sekolah dan pengguna lain yang mementingkan kasut yang berkilat dan bersih. Kuantiti 1. Berapakah jumlah yang diperlukan? Untuk fasa pertama, 100 unit. Stail/Gaya 1. Bagaimanakah reka bentuk produk ini? 2. Adakah reka bentuk ini akan mendapat perhatian di pasaran? 1. Produk menggabungkan bentuk geometri, bersaiz kecil, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. 2. Sudah semestinya kerana reka bentuk produk yang unik. Kualiti 1. Bagaimanakah kualiti pembuatannya? 2. Adakah pelanggan mempunyai sebarang permintaan yang istimewa? 1. Pembuatannya berkualiti tinggi. 2. Produk tidak memerlukan ruang menyimpan yang besar. Anggaran kos seunit 1. Berapakah kos untuk menghasilkan seunit produk? Kos menghasilkan seunit produk dianggarkan RM35.00. Jangka masa 1. Bilakah pelanggan ingin projek ini disiapkan? Pelanggan ingin projek disiapkan dalam tempoh 22 minggu waktu bekerja. BAB 2 Pembangunan Produk 44 PB BAB 2


Maklumat yang telah dilengkapkan dalam borang projek brief perlu disaring (diringkaskan) untuk memudahkan pengurus projek dan pereka bentuk menjalankan tugas masing-masing. Maklumat yang telah disaring boleh ditunjukkan dalam bentuk jadual bermaklumat atau rajah bermaklumat. Jadual 2.3 Contoh jadual bermaklumat Kriteria Catatan Fungsi 1. Menggilap kasut kulit dan kasut PVC. 2. Membersihkan kasut kulit dan kasut PVC. Persembahan Pelbagai warna. Tujuan pasaran Semua pengguna kasut kulit dan kasut PVC. Kuantiti 100 unit (fasa pertama). Stail/gaya 1. Gabungan bentuk geometri. 2. Saiz yang kecil. 3. Ringan. 4. Mudah dibawa ke mana-mana. Kualiti 1. Berkualiti tinggi 2. Tidak memerlukan ruang menyimpan yang besar. Anggaran kos seunit Kos minimum menghasilkan seunit produk ialah RM35.00. Jangka masa 22 minggu waktu bekerja. Maklumat dalam borang projek brief yang telah disaring, akan diaplikasikan dalam bentuk jadual dan lakaran. Aplikasi projek brief dalam bentuk jadual melibatkan semua ciri-ciri projek brief. Aplikasi projek brief dalam bentuk lakaran melibatkan lakaran produk menggunakan prinsip dan elemen reka bentuk serta idea inovasi. Terdapat beberapa kaedah untuk menyaring maklumat yang terdapat dalam borang projek brief, iaitu: • Mengadakan sesi perbincangan lanjut dengan pelanggan berkenaan. • Mengadakan sidang video (video conference) dengan pelanggan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Kaedah ini adalah lebih baik berbanding menggunakan panggilan telefon. • Mendapatkan maklum balas secara bertulis daripada pelanggan. Imbas Semula Imbas Semula Dalam borang projek brief, kriteria pertimbangan utama dan bilangan soalan bagi setiap kriteria boleh ditambah mengikut keperluan dan kesesuaian. Info Bestari Penghasilan Produk PB 45 BAB 2


Jadual 2.4 Contoh aplikasi projek brief dalam bentuk jadual Tajuk: Penggilap kasut magik A Tajuk projek 1. Apakah jenis produk atau perkhidmatan? 2. Apakah kegunaan produk ini? 3. Di manakah produk ini akan digunakan? 1. Penggilap kasut kulit dan kasut PVC. 2. Digunakan untuk menggilap dan membersihkan kasut kulit dan kasut PVC. 3. Di rumah atau di tempat-tempat lain yang sesuai. B Gambaran keseluruhan projek 1. Siapakah yang akan menggunakannya? 2. Apakah tujuan produk ini dihasilkan? 3. Adakah produk ini diperlukan oleh pelanggan? 4. Bagaimanakah produk ini digunakan atau dipersembahkan? 1. Semua pengguna kasut kulit dan kasut PVC yang mementingkan kasut yang berkilat dan bersih. 2. Menggilap dan membersihkan kasut kulit dan kasut PVC. 3. Ya, amat diperlukan. 4. Dipersembahkan dalam pelbagai warna. C Reka bentuk produk 1. Apakah elemen dan prinsip reka bentuk yang akan digunakan? 2. Apakah konsep reka bentuk yang ingin diterapkan? 3. Adakah produk ini inovasi daripada produk sedia ada atau produk yang baharu dibangunkan? 1. Elemen reka bentuk yang akan digunakan ialah warna, ruang, rupa, tekstur dan bentuk. Prinsip reka bentuk yang akan digunakan ialah keseimbangan dan kesatuan. 2. Konsep reka bentuk yang ingin diterapkan ialah bentuk mengikut fungsi (form follow function). 3. Produk yang baharu dibangunkan. D Perancangan dalam pengurusan projek 1. Pembahagian kumpulan kerja 2. Jadual kerja 3. Kos pengeluaran 4. Kuantiti penghasilan 1. Pembahagian kumpulan kerja, jadual kerja dan kos pengeluaran dinyatakan dalam kertas kerja. 2. Kuantiti penghasilan ialah 100 unit bagi fasa pertama. Fasa seterusnya bergantung kepada permintaan pelanggan. E Analisis kajian reka bentuk produk dan pasaran 1. Membuat perbandingan dari segi fungsi, persembahan, tujuan pasaran, kuantiti, kualiti, anggaran kos seunit dan jangka masa. 2. Adakah produk ini akan mendapat permintaan di pasaran? 1. Jadual perbandingan 2. Sudah pasti kerana produk mempunyai rekaan yang berinovasi dan sesuai dengan fungsinya. F Lakaran idea 1. Bagaimanakah rupa bentuk produk dalam bentuk 2D dan 3D? Lakaran dipersembahkan dalam bentuk lakaran piktorial yang memaparkan bentuk 3D dan isometrik. Lukisan unjuran ortografik memaparkan produk dalam bentuk 2D pada tiga sudut pandangan. G Penghasilan mock-up atau model 1. Bahan dan peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan mock-up atau model. Menggunakan kayu, MDF, span tebal, kepingan akrilik hitam, pembaris, gunting, pisau pemotong dan lain-lain lagi. • Menggunakan kayu dan bulu haiwan • Hanya satu fungsi sahaja • Pemegang berus tidak selesa dipegang • Memerlukan tenaga yang banyak untuk menggilap • Menggunakan kayu dan bulu sintetik • Hanya satu fungsi sahaja • Pemegang berus lebih selesa dipegang • Memerlukan tenaga yang banyak untuk menggilap BAB 2 Pembangunan Produk 46 PB BAB 2


2.1.2 Mengenal Pasti Asas Teknologi yang Sesuai dengan Kehendak Reka Bentuk Produk Setelah mengenal pasti cadangan projek, pereka bentuk perlu memilih teknologi yang sesuai dengan cadangan reka bentuk bagi memastikan produk dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Justifikasi pereka bentuk semasa memilih teknologi A Rajah 2.8 menunjukkan justifikasi pereka bentuk semasa memilih teknologi bagi reka bentuk produk baharu yang akan dihasilkan. Justifikasi pemilihan teknologi Kekuatan dan kelemahan teknologi Tujuan penggunaan teknologi Fungsi teknologi Aplikasi teknologi yang dipilih Rajah 2.8 Justifikasi pereka bentuk semasa memilih teknologi 1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 2. Guru menyediakan gambar foto bagi enam jenis produk yang berada di pasaran. Setiap kumpulan akan mencabut satu gambar foto. Berdasarkan gambar foto yang diperoleh, kenal pasti masalah yang ada pada produk. Senaraikan masalah dan cadangkan penambahbaikan pada produk. 3. Guru mengedarkan kertas sebak. Sediakan borang projek brief (Rujuk Jadual 2.2) dan cadangkan penambahbaikan pada produk. 4. Tampalkan borang projek brief yang telah siap di sudut stesen kumpulan anda. 5. Seorang ahli kumpulan akan tinggal di stesen tersebut untuk memberikan penerangan. Ahli-ahli yang lain akan bergerak ke stesen kumpulan lain untuk melihat, bertanyakan soalan dan membuat catatan. Kreativiti dan Inovasi PAK-21 EMK 3 Stray, 1 Stay Aktiviti Mengenal pasti dan mencadangkan penambahbaikan pada produk sedia ada Teknologi-teknologi yang telah anda pelajari. Tingkatan 1: • Reka bentuk sistem fertigasi • Reka bentuk fesyen Tingkatan 2: • Teknologi pembuatan • Reka bentuk mekanikal • Reka bentuk elektrik • Reka bentuk elektronik • Reka bentuk sistem akuaponik • Reka bentuk makanan Tingkatan 3: • Reka bentuk mekatronik Imbas Semula Imbas Semula Praktis Formatif 1. Nyatakan dua cara untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang sesuatu produk yang akan dihasilkan. 2. Jelaskan tujuan menjalankan kajian keperluan pelanggan sebelum proses menghasilkan sesuatu produk dilakukan. Penghasilan Produk PB 47 BAB 2


Aplikasi teknologi yang dipilih Pereka bentuk perlu menggabungkan dan mengaplikasikan teknologi yang sesuai dan tepat semasa proses menghasilkan reka bentuk produk baharu. Tujuan penggunaan teknologi Pereka bentuk perlu memahami tujuan suatu teknologi dipilih bagi reka bentuk produk baharu yang akan dihasilkan. Pemilihan teknologi yang tepat akan menghasilkan produk baharu yang unik, memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan serta mampu bersaing dengan produk-produk lain yang terdapat di pasaran. Fungsi teknologi Teknologi yang digunakan mestilah sesuai dan mampu menyelesaikan masalah yang terdapat pada produk sedia ada. Pereka bentuk perlu memahami keupayaan teknologi yang dipilih supaya produk baharu yang dihasilkan mempunyai keunikan dari segi fungsi berbanding produk-produk lain di pasaran. Pada masa yang sama, produk baharu tersebut hendaklah dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Kekuatan dan kelemahan teknologi Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan teknologi adalah amat penting dalam proses menghasilkan suatu reka bentuk produk baharu. Pereka bentuk perlu memilih teknologi yang sesuai dan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi pelanggan pada produk sedia ada di pasaran. B Teknologi yang sesuai dengan kehendak reka bentuk produk Seorang pereka bentuk bercadang menghasilkan reka bentuk produk baharu, iaitu berus yang memudahkan dan menyenangkan aktiviti menggilap kasut. Bagaimanakah pereka bentuk mengenal pasti teknologi yang sesuai dengan kehendak reka bentuk produk baharu yang akan dihasilkan? Gambar foto 2.1 menunjukkan seorang pereka bentuk selaku pengurus projek sedang berbincang bersama pasukan kerja untuk mengenal pasti teknologi yang bersesuaian dengan reka bentuk produk baharu yang akan dihasilkan. Gambar foto 2.1 Pereka bentuk sedang berbincang bersama pasukan kerja BAB 2 Pembangunan Produk 48 PB BAB 2


Saiz berus kasut konvensional yang berbeza-beza boleh mempengaruhi keselesaan pengguna ketika menggilap kasut. Penggunaan berus kasut konvensional ketika menggilap kasut boleh mengakibatkan kelenguhan tangan kerana memakan masa yang panjang. Bentuk berus kasut konvensional yang tidak ergonomik menyebabkan genggaman tidak kuat ketika menggilap kasut. Proses menggilap kasut menggunakan berus kasut konvensional mengambil masa yang panjang. Fungsi berus kasut konvensional adalah terhad untuk menggilap kasut sahaja. Idea menghasilkan reka bentuk produk baharu Rajah 2.9 Kelemahan yang dikenal pasti pada berus kasut konvensional Rajah 2.9 menunjukkan kelemahan yang telah dikenal pasti oleh pereka bentuk pada berus kasut konvensional bagi mendapatkan idea untuk menghasilkan reka bentuk produk baharu. Berus kasut konvensional Penghasilan Produk PB 49 BAB 2


Hasil perbincangan bersama pasukan kerja, pereka bentuk telah memilih untuk menggabungkan reka bentuk elektrik dan reka bentuk mekanikal bagi menghasilkan reka bentuk Penggilap Kasut Magik. 1. Aplikasi teknologi yang dipilih Gabungan reka bentuk elektrik dan reka bentuk mekanikal. 2. Tujuan penggunaan teknologi Mengatasi kelemahan yang terdapat pada berus kasut konvensional. Reka bentuk Penggilap Kasut Magik yang dihasilkan akan lebih dinamik, berkualiti, selamat digunakan, mesra pengguna dan mesra alam. 3. Fungsi teknologi (a) Reka bentuk elektrik: Motor AT berputar mengerakkan gear. Gambar foto 2.2 Komponen sistem elektrik (b) Reka bentuk mekanikal: Gear taji memindahkan kuasa dan membolehkan pad penggilap berputar untuk menggilap atau membersihkan kasut. Gambar foto 2.3 Komponen sistem mekanikal 4.Kekuatan dan kelemahan teknologi Jadual 2.5 menunjukkan analisis terhadap kekuatan dan kelemahan teknologi yang akan diaplikasikan pada reka bentuk Penggilap Kasut Magik. Gear taji Pad penggilap (polisher pad) Motor AT Suis tekan tutup Bateri Wayar lembar tunggal BAB 2 Pembangunan Produk 50 PB BAB 2


1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 2. Tunjukkan gambar foto satu produk pada masa dahulu dan sekarang. 3. Setiap ahli kumpulan perlu mengenal pasti teknologi yang digunakan dalam evolusi produk yang ditunjukkan dalam gambar foto. 4. Tuliskan idea secara bergilir-gilir pada kertas yang sama dengan menggunakan pen yang berlainan warna. 5. Seterusnya, wakil setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan kumpulan masing-masing di dalam kelas. Kreativiti dan Inovasi PAK-21 EMK Round Table Aktiviti Mengenal pasti asas teknologi yang sesuai dengan kehendak reka bentuk projek Jadual 2.5 Analisis kekuatan dan kelemahan teknologi yang akan diaplikasikan Aplikasi teknologi Komponen Kekuatan Kelemahan Reka bentuk mekanikal Gear taji • Memindahkan kuasa dan memutarkan pad penggilap • Sukar didapati. Hanya terdapat di kedai elektronik sahaja. Pad penggilap • Menggilap dan membersihkan kasut • Span boleh dibasuh sekiranya kotor − Reka bentuk elektrik Motor AT • Berputar untuk mengerakkan gear di dalam perumah • Mudah didapati • Saiz kecil • Jangka hayat lama − Bateri • Membekalkan kuasa kepada seluruh sistem • Harga murah dan mudah didapati • Perlu diganti apabila kehabisan kuasa Suis tekan tutup • Melengkapkan litar apabila suis ditekan • Menyambung dan memutuskan aliran arus • Harga murah dan mudah didapati − Wayar lembar tunggal • Mengalirkan arus ke setiap komponen di dalam litar • Harga murah dan mudah didapati − Gabungan reka bentuk elektrik dan reka bentuk mekanikal telah dikenal pasti oleh pereka bentuk mempunyai lebih banyak kekuatan berbanding kelemahan. Oleh itu, pereka bentuk akan menggunakan kedua-dua teknologi untuk menghasilkan reka bentuk Penggilap Kasut Magik. Praktis Formatif 1. Nyatakan empat justifikasi pereka bentuk semasa memilih teknologi sebelum menghasilkan sesuatu reka bentuk produk baharu. Penghasilan Produk PB 51 BAB 2


2.1.3 Merancang Konsep, Elemen dan Prinsip Reka Bentuk yang Dipersetujui dalam Bentuk Lakaran A Konsep penghasilan idea Penghasilan produk bermula dengan menyampaikan idea tentang produk dalam bentuk lakaran. Tujuan lakaran dihasilkan adalah untuk mendapatkan gambaran awal idea reka bentuk dan fungsi produk. Pereka bentuk perlu menghasilkan beberapa lakaran idea untuk mendapatkan lakaran reka bentuk akhir yang terbaik bagi produk yang akan dihasilkan. Lakaran-lakaran yang dihasilkan dapat menzahirkan idea kreatif dan inovatif serta membolehkan pereka bentuk memilih lakaran yang terbaik. Dua konsep penghasilan idea bagi reka bentuk produk ialah bentuk mengikut fungsi (form follow function) dan fungsi mengikut bentuk (function follow form). Perbezaan antara kedua-dua konsep penghasilan idea diterangkan dalam Jadual 2.6 yang berikut. Jadual 2.6 Perbezaan antara dua konsep penghasilan idea Bentuk mengikut fungsi (form follow function) Fungsi mengikut bentuk (function follow form) Reka bentuk produk mengikut fungsi yang dikehendaki oleh pelanggan. Reka bentuk akan mewujudkan fungsi bagi produk yang telah dihasilkan. Reka bentuk produk mesti memenuhi fungsi sepenuhnya. Reka bentuk menentukan bagaimana produk akan berfungsi. Lazimnya, produk mempunyai reka bentuk yang menarik. Contohnya, kerusi direka bentuk untuk berfungsi sebagai tempat duduk. Namun, bagi memenuhi fungsi sebagai tempat duduk sambil merehatkan badan, maka kerusi malas telah direka bentuk. Contohnya, peralatan dapur yang direka bentuk menyerupai raksasa ‘Loch Ness’ mendapat permintaan kerana mempunyai reka bentuk yang menarik dan berfungsi. Merujuk kepada projek brief, konsep yang dipersetujui oleh pelanggan bagi produk Penggilap Kasut Magik ialah bentuk mengikut fungsi (form follow function). Kerusi malas Senduk dan penapis ʻLoch Nessʼ Kerusi BAB 2 Pembangunan Produk 52 PB BAB 2


B Elemen dan prinsip reka bentuk Lakaran yang dihasilkan oleh pereka bentuk untuk menyampaikan idea penghasilan produk perlu mematuhi elemen dan prinsip reka bentuk. Elemen reka bentuk ialah unsur-unsur yang digunakan dalam lakaran bagi mempamerkan idea awal suatu rekaan. Elemen reka bentuk membolehkan idea yang hendak disampaikan oleh pereka bentuk pada lakaran boleh difahami oleh pelanggan. Rajah 2.10 Elemen reka bentuk Prinsip reka bentuk ialah konsep atau peraturan yang digunakan oleh pereka bentuk ketika menggunakan elemen-elemen reka bentuk. Prinsip reka bentuk membolehkan lakaran yang dihasilkan oleh pereka bentuk menarik, selesa dan boleh menimbulkan emosi positif secara visual kepada pelanggan. Saiz Nilai Warna Tekstur Bentuk Ruang Rupa Rajah 2.11 Prinsip reka bentuk Prinsip reka bentuk Elemen reka bentuk Garisan Pergerakan Keseimbangan Harmoni Kepelbagaian Kesatuan Keringkasan Kontras Pengulangan Penekanan Penghasilan Produk PB 53 BAB 2


4 Rupa dibentuk apabila hujung garisan bertemu dengan permulaannya. Rupa ialah ruang yang dikelilingi oleh garisan. Rupa merujuk kepada elemen dalam bentuk 2D dan mempunyai luas. 3 Bentuk merujuk kepada objek yang mempunyai ruang, isi padu dan mempunyai lebih daripada satu permukaan. Bentuk yang kelihatan 3D dinamakan bentuk ilusi. 7 Tekstur merupakan teknik memberikan impak terhadap orang yang melihat sesuatu permukaan. Impak juga boleh dirasai melalui sentuhan seperti kasar, licin, halus, kesat dan lain-lain. 1 Garisan ialah cantuman satu siri titik yang mempunyai panjang dan jarak. Garisan merupakan unsur terpenting dalam aktiviti melakar, melukis dan menulis. Garisan digunakan untuk menghasilkan rupa, bentuk, jalinan dan bayang. Garisan boleh dihasilkan dengan sebarang alat tulis atau perisian digital. Rajah 2.12 Contoh garisan Rajah 2.14 Contoh bentuk Rajah 2.15 Contoh rupa Gambar foto 2.4 Contoh tekstur R2.2D Elemen reka bentuk BAB 2 Pembangunan Produk 54 55 BAB 2


5 Nilai ialah kesan terang atau gelap sesuatu rona atau warna. 6 Ruang ialah kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan. Ruang nyata ialah ruang antara dua objek atau rongga dalam sesuatu objek. 8 Saiz ialah ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek. 2 Warna ialah kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek. Warna dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu warna primer, warna sekunder dan warna tertier. Warna boleh dikategorikan kepada warna panas dan warna sejuk. Rajah 2.16 Contoh nilai melalui kesan warna Kumpulan warna Kategori warna Warna panas Warna sejuk Rajah 2.17 Contoh ruang pada objek Gambar foto 2.5 Contoh saiz bagi objek Rajah 2.13 Kumpulan dan kategori warna tertier tertier tertier tertier tertier tertier primer primer primer primer primer primer sekunder sekunder sekunder sekunder sekunder sekunder 20 cm 20 cm 10 cm 10 cm 7 cm 8 cm 10 cm 14 cm 16 cm 20 cm Penghasilan Produk 54 55 BAB 2


3 Kontras merujuk kepada perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan. Gambar foto 2.7 Contoh kontras pada reka bentuk 1 Keseimbangan merujuk kepada kesamaan, perhatian atau tumpuan pelbagai elemen yang digabungkan untuk membentuk suatu komposisi. Keseimbangan simetri Keseimbangan asimetri Keseimbangan jejari 2 Pergerakan merujuk kepada aliran yang akan memimpin pergerakan pandangan mata terhadap sesuatu objek. Rajah 2.18 Contoh keseimbangan pada reka bentuk Gambar foto 2.6 Contoh pergerakan pada reka bentuk 4 Pengulangan merujuk kepada penyusunan elemen yang sama secara berulang. Gambar foto 2.8 Contoh pengulangan pada reka bentuk Prinsip reka bentuk BAB 2 Pembangunan Produk 56 PB BAB 2


7 Kesatuan merujuk kepada gabungan semua elemen untuk membentuk imej, konsep, tema atau idea yang sempurna. Gambar foto 2.9 Contoh kesatuan pada reka bentuk 9 Harmoni merujuk kepada sesuatu yang dapat memberikan kedamaian. Harmoni dalam visual dapat menimbulkan emosi yang positif. Gambar foto 2.11 Contoh harmoni pada susun atur 5 Penekanan merujuk kepada tumpuan terhadap elemen yang diserlahkan. Penekanan dari segi warna Penekanan dari segi saiz Penekanan dari segi bentuk Rajah 2.19 Contoh penekanan pada reka bentuk 6 Keringkasan merujuk kepada olahan terhadap idea yang kompleks untuk menghasilkan inti pati atau elemen yang penting sahaja. Rajah 2.20 Contoh keringkasan pada reka bentuk 8 Kepelbagaian merujuk kepada aplikasi pelbagai elemen, gaya, kualiti, nilai dan idea dalam sesuatu reka bentuk. Gambar foto 2.10 Contoh kepelbagaian pada reka bentuk Penghasilan Produk PB 57 BAB 2


C Lakaran perkembangan idea Lakaran perkembangan idea membantu menjelaskan rupa cadangan rekaan reka bentuk secara 3D dan pada sudut pandangan yang berbeza. Ini akan memudahkan pereka bentuk menilai konsep rekaan mereka sebelum melakukan sebarang pengubahsuaian. 1. Lakaran idea bagi Penggilap Kasut Magik Prinsip - Keseimbangan - Kesatuan Lakaran idea 3 Pad penggilap Pemegang Suis tekan tutup Elemen - Garisan - Ruang - Bentuk - Rupa Pandangan hadapan - Tekstur Prinsip - Keseimbangan - Kesatuan Suis tekan tutup Pad penggilap Motor AT Bateri Pandangan hadapan Lakaran idea 1 Elemen - Garisan - Ruang - Bentuk - Rupa - Tekstur BAB 2 Pembangunan Produk 58 59 BAB 2


Lakaran idea yang dihasilkan oleh pereka bentuk perlu mengikuti elemen dan prinsip reka bentuk yang telah dipersetujui oleh pelanggan dalam borang projek brief. Rajah 2.21 Beberapa lakaran idea bagi Penggilap Kasut Magik Seorang pereka bentuk bebas menentukan bilangan lakaran idea yang akan dihasilkannya. Info Bestari Pandangan hadapan Lakaran idea 4 Prinsip - Keseimbangan - Kesatuan Pemegang Suis tekan tutup Pad penggilap 3 Lakaran yang dipilih Pad penggilap Penyambung motor AT Pemegang Suis tekan tutup Lakaran idea 2 Elemen - Garisan - Ruang - Bentuk - Rupa - Tekstur Prinsip - Keseimbangan - Kesatuan Elemen - Garisan - Ruang - Bentuk - Rupa - Tekstur Pandangan hadapan Penghasilan Produk 58 59 BAB 2


2. Lakaran idea bagi Pengagih Makanan Ikan Automatik Elemen - Garisan - Ruang - Bentuk - Rupa - Tekstur Prinsip - Keseimbangan - Kesatuan - Pengulangan - Keringkasan - Kepelbagaian Siku 90o Paip PVC Bekas tanaman Tiub sifon Media tanaman Tangki ikan Set penggetar makanan ikan Set mikropengawal Pam air Elemen - Garisan - Ruang - Bentuk - Rupa - Tekstur Prinsip - Keseimbangan - Kesatuan - Pengulangan - Keringkasan - Kepelbagaian Siku 90o Paip PVC Bekas tanaman (Paip PVC besar) Tangki ikan Set penggetar makanan ikan Pam air Set mikropengawal Lakaran idea 3 Lakaran idea 1 BAB 2 Pembangunan Produk 60 61 BAB 2


Rajah 2.22 Beberapa lakaran idea bagi Pengagih Makanan Ikan Automatik Lakaran idea 2 Elemen - Garisan - Ruang - Bentuk - Rupa - Tekstur Prinsip - Keseimbangan - Kesatuan - Pengulangan - Keringkasan - Kepelbagaian Siku 90o Paip PVC Bekas tanaman Media tanaman Rangka meja sekolah terpakai Tangki ikan Set penggetar makanan ikan Pam air Set mikropengawal Elemen - Garisan - Ruang - Bentuk - Rupa - Tekstur Prinsip - Keseimbangan - Kesatuan - Pengulangan - Keringkasan - Kepelbagaian Siku 90o Paip PVC Bekas tanaman (Paip PVC besar) Rangka meja sekolah terpakai Tangki ikan Pam air Set mikropengawal Set penggetar makanan ikan 3 Lakaran yang dipilih Lakaran idea 4 Penghasilan Produk 60 61 BAB 2


Elemen - Garisan - Warna - Bentuk - Rupa - Tekstur Prinsip - Keringkasan - Kesatuan - Pengulangan Ruang penyimpanan utama Poket penyimpanan hadapan Tali beg Rantai kunci epoxy resin Elemen - Garisan - Warna - Bentuk - Rupa - Tekstur Prinsip - Keringkasan - Kesatuan - Pengulangan Ruang penyimpanan utama Pemegang beg Rantai kunci epoxy resin 3. Lakaran idea bagi Beg Jean Lakaran idea 1 Lakaran idea 3 BAB 2 Pembangunan Produk 62 63 BAB 2


Rajah 2.23 Beberapa lakaran idea bagi Beg Jean Elemen - Garisan - Warna - Bentuk - Rupa - Tekstur Prinsip - Keringkasan - Kesatuan - Pengulangan Ruang penyimpanan utama Butang epoxy resin Poket penyimpanan hadapan Pemegang beg Prinsip - Keringkasan - Kesatuan - Pengulangan Elemen - Garisan - Warna - Bentuk - Rupa - Tekstur Ruang penyimpanan utama Poket penyimpanan belakang Tali beg Kancing beg Poket penyimpanan hadapan Butang epoxy resin 3 Lakaran yang dipilih Praktis Formatif 1. Berikan satu perbezaan bagi konsep penghasilan idea bentuk antara mengikut fungsi dengan fungsi mengikut bentuk. 2. Nyatakan elemen reka bentuk yang digunakan dalam lakaran Penggilap Kasut Magik. Lakaran idea 2 Lakaran idea 4 Penghasilan Produk 62 63 BAB 2


2.1.4 Menghasilkan Lakaran Produk yang Hendak Dibuat Lakaran produk yang hendak dibuat adalah lakaran idea terbaik yang mengandungi semua maklumat penting sesuatu reka bentuk produk. Lakaran dihasilkan dengan gaya persembahan yang menarik dan mampu meyakinkan pelanggan terhadap produk. Lakaran idea terbaik yang dipilih akan ditambah baik dari segi persembahan dengan menggunakan kaedah lakaran perspektif dan rendering. Pelbagai media lakaran seperti art marker, pewarna pastel dan pensel warna boleh digunakan mengikut kesesuaian supaya pelanggan dapat melihat reka bentuk produk yang akan dihasilkan dengan jelas. Lakaran produk disarankan dalam bentuk 3D supaya keseluruhan reka bentuk produk lebih jelas dan mudah difahami. A Lakaran 3D Lakaran 3D yang dilengkapi dengan maklumat produk dinamakan lakaran 3D bermaklumat. Semua maklumat yang diperlukan untuk pelanggan memahami suatu reka bentuk produk perlu dinyatakan dengan jelas pada lakaran. Rajah 2.24 menunjukkan maklumat yang perlu dinyatakan pada suatu lakaran 3D. Lakaran perspektif ialah bentuk ilustrasi objek yang menyamai pandangan mata manusia. Ilustrasi dihasilkan dalam bentuk 3D dan mempunyai bentuk lebih realistik. Imbas Semula Imbas Semula Art marker merupakan media utama yang digunakan untuk menghasilkan lakaran. Info Bestari Rajah 2.24 Maklumat yang perlu dinyatakan pada suatu lakaran 3D Maklumat yang perlu dinyatakan pada lakaran 3D Elemen reka bentuk yang digunakan Prinsip reka bentuk yang digunakan Nama produk Saiz produk dan komponen Bahan yang digunakan pada produk Komponen atau bahagianbahagian produk BAB 2 Pembangunan Produk 64 PB BAB 2


Nama produk: Penggilap Kasut Magik Bahan • Span tebal • MDF • Kayu • Bateri • Motor AT Prinsip - Keseimbangan - Kesatuan Elemen - Garisan - Rupa - Bentuk - Warna - Tekstur - Ruang Pad penggilap ∅ 50 mm Span Perumah motor AT dan gear Penutup bawah Penutup atas Pemegang dan tempat bateri Penutup bateri Suis tekan tutup 25 mm 70 mm 180 mm 30 mm Rajah 2.25 Lakaran 3D bagi Penggilap Kasut Magik • Suis tekan tutup • Set gear taji • Pemegang bateri • Wayar lembar tunggal • Skru kayu Penghasilan Produk PB 65 BAB 2


Rajah 2.26 Lakaran 3D bagi Pengagih Makanan Ikan Automatik Elemen - Garisan - Rupa - Ruang - Bentuk - Tekstur - Warna Bahan • Paip PVC • Siku 900 • Tangki ikan • Pam air • Set mikropengawal Prinsip - Kesatuan - Kepelbagaian - Keringkasan - Pengulangan - Keseimbangan Siku 900 Bekas tanaman (Paip PVC besar) 2000 mm 2800 mm 3000 mm Paip PVC Set mikropengawal Motor AT Tanaman Pasu kecil Makanan ikan Penggetar (vibrator) Botol minuman plastik Tangki ikan Set mikropengawal Pam air Nama produk: Pengagih Makanan Ikan Automatik Set penggetar makanan ikan Rangka meja sekolah terpakai Set penggetar makanan ikan • Tanaman • Pasu kecil • Media tanaman • Set penggetar makanan ikan BAB 2 Pembangunan Produk 66 PB BAB 2


Rajah 2.27 Lakaran 3D bagi Beg Jean 250 mm 50 mm Elemen - Garisan - Rupa - Bentuk - Warna - Tekstur Prinsip - Keringkasan - Kesatuan - Pengulangan Bahan • Seluar jean terpakai • Epoxy resin Pandangan sisi Tali beg Ruang penyimpanan utama Butang epoxy resin Tali beg Kancing beg Poket penyimpanan hadapan Nama produk: Beg Jean Poket penyimpanan belakang Poket penyimpanan hadapan Penghasilan Produk PB 67 BAB 2


Rajah 2.28 Lakaran ceraian Penggilap Kasut Magik B Lakaran ceraian Lakaran ceraian ialah lakaran yang menunjukkan hubungan antara setiap komponen (bahagian) pada suatu reka bentuk produk. Fungsi lakaran ceraian: • Menunjukkan urutan pemasangan komponen-komponen pada reka bentuk produk. • Menggambarkan rupa sebenar reka bentuk produk. • Menunjukkan kedudukan komponen-komponen pada reka bentuk produk. • Menunjukkan hubungan antara komponen-komponen pada reka bentuk produk. • Menunjukkan urutan untuk mencantum reka bentuk produk yang mempunyai lebih daripada satu bahagian. • Memudahkan proses pembuatan dan penyelenggaraan reka bentuk produk. Ketika merancang penghasilan produk, anda perlu menghasilkan lukisan kerja seperti lukisan isometrik ortografik, skematik dan lain-lain. Apakah fungsi lukisan-lukisan tersebut dalam suatu proses penghasilan produk? Cabar Minda Penutup atas Motor AT Gear taji Suis tekan tutup Pemegang bateri Perumah Skru kayu Bateri Pad penggilap Penutup bawah Penutup bateri BAB 2 Pembangunan Produk 68 PB BAB 2


Fungsi komponen pada Penggilap Kasut Magik Jadual 2.7 Fungsi komponen pada Penggilap Kasut Magik Komponen Fungsi 1 Pemegang Pemegang yang ergonomik membolehkan pengguna memegang penggilap dengan selesa dan kuat. 2 Suis tekan tutup Memula dan menghentikan pad penggilap mengikut keperluan. 3 Pad penggilap Digunakan untuk menggilap dan membersihkan kasut kulit dan kasut PVC. 4 Motor AT Menggerakkan gear dan memutarkan pad penggilap ketika digunakan. 5 Gear taji Memindahkan kuasa dan memutarkan pad penggilap. 6 Perumah Memegang semua komponen produk dalam satu struktur yang kemas. Penghasilan Produk PB 69 BAB 2


C Lukisan kerja Lukisan kerja ialah lukisan yang menerangkan dengan terperinci rupa bentuk komponen suatu produk yang akan dihasilkan. Lukisan ini dihasilkan sebelum suatu model atau produk dihasilkan. Lukisan kerja merangkumi lukisan isometrik, oblik, skematik, perspektif, ceraian, unjuran ortografik dan lain-lain. Lukisan isometrik Lukisan isometrik ialah lukisan piktorial yang dapat memberikan maklumat dan gambaran objek dengan lebih jelas. Lukisan isometrik dapat menunjukkan bentuk suatu objek dalam 3D melalui pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi. Rajah 2.29 menunjukkan lukisan isometrik bagi Penggilap Kasut Magik. + – M Motor AT Suis tekan tutup Rajah 2.30 Lukisan skematik litar Penggilap Kasut Magik 30o 30o Rajah 2.29 Lukisan isometrik Penggilap Kasut Magik Lukisan unjuran ortografik Lukisan unjuran ortografik dapat menunjukkan bentuk suatu objek dalam 2D melalui pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi. Ukuran sebenar dinyatakan dalam lukisan unjuran ortografik untuk digunakan sebagai rujukan semasa proses penghasilan produk. Rajah 2.31 menunjukkan lukisan unjuran ortografik sudut ketiga bagi Penggilap Kasut Magik. Lukisan skematik Lukisan skematik ialah litar elektronik yang menunjukkan kedudukan komponen elektronik dalam bentuk simbol. Simbol dalam lukisan skematik membantu pereka bentuk memilih komponen elektronik yang betul semasa menghasilkan produk. Lukisan skematik membolehkan pemasangan komponen elektronik dilakukan dengan lebih mudah dan tepat. Rajah 2.30 menunjukkan lukisan skematik litar bagi Penggilap Kasut Magik. Kedudukan pandangan bagi unjuran ortografik sudut ketiga ialah: • Arah pandangan atas (pelan) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan di bawah. • Pandangan sisi berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan. Info Bestari Simbol bagi unjuran ortografik sudut ketiga BAB 2 Pembangunan Produk 70 PB BAB 2


Rajah 2.31 Lukisan unjuran ortografik sudut ketiga bagi Penggilap Kasut Magik Penghasilan Produk PB 71 BAB 2 2.5 2.5 2.5 12.5 PENGGILAP KASUT MAGIK PETUNJUK: 1 SUIS TEKAN TUTUP 2 PENUTUP ATAS 3 PENUTUP BATERI 4 PENUTUP BAWAH 5 LUBANG ACI MOTOR AT 6 PEMEGANG BATERI 7 RUANG MOTOR AT 8 PAD PENGGILAP MUHAMMAD AKIL IRFAN BIN SAMSURI 030826-04-5277 TINGKATAN: 3 BESTARI UKURAN: mm SKALA 1 : 2 5 7 45o 5 4 5 Pandangan atas Pandangan hadapan Pandangan sisi 6 8 2 3 1 10 35 25 90 10 15 35 25 15 30


D Lakaran reka bentuk produk dari aspek elemen dan prinsip reka bentuk Lakaran reka bentuk produk yang telah dihasilkan oleh pereka bentuk perlu dianalisis dari aspek elemen dan prinsip reka bentuk bagi memastikan lakaran tidak tersasar daripada kehendak dan keperluan pelanggan. Jadual 2.8 Analisis lakaran reka bentuk produk dari aspek elemen reka bentuk Elemen Ada Tiada Ulasan 1 Garisan 3 Garisan digabungkan untuk menghasilkan rupa dan bentuk reka bentuk produk. 2 Ruang 3 Ruang terdapat antara pad penggilap dengan perumah. 3 Rupa 3 Bentuk bulatan dan segi empat tepat digunakan untuk menghasilkan rupa bagi reka bentuk produk. 4 Bentuk 3 Silinder dan kuboid digabungkan untuk menghasilkan reka bentuk produk. 5 Tekstur 3 Tekstur kayu diperjelaskan pada reka bentuk produk. 6 Saiz 3 Saiz diterangkan melalui ukuran pada lakaran reka bentuk produk. 7 Warna 3 Warna produk iaitu warna asal kayu ditunjukkan dalam lakaran reka bentuk produk. 8 Nilai 3 Penggunaan warna yang terang dan gelap menunjukkan arah cahaya dan bayang-bayang. Jadual 2.9 Analisis lakaran reka bentuk produk dari aspek prinsip reka bentuk Prinsip Ada Tiada Ulasan 1 Keseimbangan 3 Reka bentuk yang seimbang menunjukkan kekuatan reka bentuk produk. 2 Penekanan 3 Penekanan reka bentuk melalui tekstur kayu dan butang tekan tutup pada produk. 3 Keringkasan 3 Bentuk bulatan dan kuboid yang ringkas digabungkan pada reka bentuk produk. 4 Pergerakan 7 − 5 Pengulangan 7 − 6 Kontras 3 Warna hijau bagi suis yang kontras dengan warna kayu menjadikannya menonjol dan dapat dilihat dengan jelas. 7 Kepelbagaian 7 − 8 Kesatuan 3 Kesatuan semua elemen mengikut prinsip reka bentuk menghasilkan imej, konsep dan idea yang sempurna bagi reka bentuk produk. 9 Harmoni 7 − BAB 2 Pembangunan Produk 72 PB BAB 2


Praktis Formatif 1. Murid berada di dalam kumpulan yang sama. 2. Guru mengedarkan kertas yang mengandungi gambar foto produk dalam aktiviti di halaman 47 kepada setiap kumpulan. 3. Gunakan pensel dan lakarkan secara bergilir-gilir lakaran 3D penambahbaikan produk pada kertas yang diberikan. 4. Wakil kumpulan membentangkan lakaran 3D produk yang telah dihasilkan kepada kelas. Kreativiti dan Inovasi PAK-21 EMK Round table Aktiviti Menghasilkan dan membentangkan lakaran 3D produk yang telah ditambah baik 1. Nyatakan media yang boleh digunakan oleh pereka bentuk untuk menghasilkan lakaran bagi Penggilap Kasut Magik. 2. Nyatakan fungsi lakaran ceraian suatu reka bentuk produk. 2.1.5 Menyediakan Jadual Kerja Jadual kerja ialah suatu perancangan aktiviti yang dipersembahkan dalam bentuk jadual. Perancangan dibuat berdasarkan senarai aktiviti dan tempoh masa yang diperuntukkan untuk melaksanakan setiap aktiviti yang disenaraikan. Rajah 2.32 menunjukkan garis panduan ketika menyediakan jadual kerja. Rajah 2.32 Garis panduan menyediakan jadual kerja Perancangan jadual kerja yang sistematik membolehkan pelaksanaan kerja berjalan dengan lancar, teratur, sistematik dan mengikut masa yang ditetapkan. Jadual 2.10 menunjukkan contoh jadual kerja dalam bentuk carta Gantt. Garis panduan menyediakan jadual kerja Menentukan aktiviti yang perlu ada di dalam jadual. Menganggarkan sumber yang diperlukan untuk setiap aktiviti. Menganggarkan kos dan menyediakan bajet bagi projek. Menyusun aktiviti mengikut keutamaan. Menganggarkan tempoh masa untuk melaksanakan setiap aktiviti. Tujuan menghasilkan jadual kerja: • Mengelakkan kerugian masa dan kos • Mengawal sumber tenaga pekerja • Mengelakkan pembaziran • Mengurus bahan mentah secara sistematik Imbas Semula Imbas Semula Penghasilan Produk PB 73 BAB 2


Jadual 2.10 Contoh jadual kerja dalam bentuk carta Gantt No. Aktiviti Minggu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 1 Penerangan keperluan pelanggan kepada pereka bentuk (Kajian keperluan pelanggan) 3 2 Kajian dan penemuan penyelesaian masalah 3 3 3 Perbincangan konsep bersama pelanggan (projek brief) 3 4 Melakar reka bentuk produk 3 3 3 3 5 Penyediaan mock-up atau model 3 3 3 3 6 Menetapkan bahan dan alatan yang diperlukan 3 3 7 Mencari pembekal bahan dan alatan 3 3 8 Membuat pesanan 3 3 9 Mendapatkan bekalan bahan 3 3 10 Mengukur, menanda dan memotong bahagian-bahagian produk serta memasang bahagianbahagian produk 3 3 3 3 3 11 Kemasan 3 12 Pengujian dan penilaian kefungsian 3 13 Kerja siap. Membuat dokumentasi dan tuntutan bayaran 3 3 Praktis Formatif 1. Nyatakan dua garis panduan ketika menyediakan jadual kerja bagi sesuatu projek. 2. Apakah tujuan menyediakan jadual kerja bagi projek yang telah dirancang? BAB 2 Pembangunan Produk 74 PB BAB 2


Gergaji jig Fungsi: Memotong papan lapis, papan dan MDF dengan ketebalan tertentu serta kepingan akrilik secara melengkung atau lurus. Pembaris keluli Fungsi: Mengukur, menguji kerataan permukaan dan memindahkan ukuran kepada bahan kerja. Sesiku L Fungsi: Membuat garisan bersudut tepat, menguji kerataan permukaan dan menguji kepersegian. Pembaris keluli 2.1.6 Membuat Senarai Bahan, Peralatan dan Bajet Produk Perancangan projek perlu dilakukan dengan sistematik agar proses penghasilan produk tidak membazirkan masa, bahan dan kos. Kesesuaian bahan dan peralatan perlu dipertimbangkan ketika merancang penghasilan produk. A Senarai bahan untuk menghasilkan Penggilap Kasut Magik Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Penggilap Kasut Magik. Jadual 2.11 Senarai bahan untuk menghasilkan seunit Penggilap Kasut Magik No Bahan-bahan Kuantiti 1 Kayu (300 mm × 80 mm × 20 mm) 1 2 MDF (180 mm × 180 mm × 5 mm) 1 3 Kepingan akrilik hitam (100 mm × 100 mm × 5 mm) 1 4 Skru kayu 1 5 Span (300 mm × 250 mm × 20 mm) 1 6 Suis tekan tutup 1 7 Motor AT 3V 1 8 Bateri AA 1.5V 2 9 Set gear taji 1 set 10 Pemegang bateri 1 11 Wayar lembar tunggal merah 0.5 m 12 Wayar lembar tunggal hitam 0.5 m 13 Bahan pateri 200 g 14 Glu PVA 1 15 Kertas las (kertas pasir) 2 16 Tona kayu 1 liter B Senarai peralatan untuk menghasilkan Penggilap Kasut Magik Peralatan yang digunakan untuk menghasilkan Penggilap Kasut Magik. Sesiku L Penghasilan Produk PB 75 BAB 2


Apit G Fungsi: Mengapit bahan kerja ketika proses mengglu, menggerudi, memahat atau menggergaji. Pemotong styrofoam Fungsi: Memotong bahan kerja seperti span dan polistirena. Mesin pelelas Fungsi: Membuat kemasan, meratakan dan melicinkan permukaan bahan kerja. Ragum meja Fungsi: Memegang bahan kerja semasa proses memotong, melelas dan lain-lain. Set memateri elektronik Fungsi: Memateri komponen-komponen elektronik. Penjalur wayar Fungsi: Menjalur penebat wayar dan memotong wayar. Alas memotong dan pisau pemotong Fungsi: Alas untuk meletakkan bahan kerja ketika memotong menggunakan pisau pemotong. Set lukisan kejuruteraan Fungsi: Peralatan yang digunakan ketika menghasilkan lukisan kerja. Mesin gerudi Fungsi: Membuat kerja-kerja menggerudi lubang dan memasang skru. BAB 2 Pembangunan Produk 76 PB BAB 2


(Measurable) Boleh diukur: Pengukuran pengagihan kewangan dalam kos-kos yang terlibat. S C Bajet produk Bajet ialah anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya dan menguntungkan. Berdasarkan bajet, belanjawan projek dapat disediakan. Kos yang terlibat dalam bajet ialah kos bahan, kos upah dan kos overhed. Dua kaedah yang digunakan untuk menentukan bajet projek ialah kaedah unit dan konsep SMART. Kaedah unit Kaedah unit ialah bajet yang dibuat berdasarkan kuantiti barangan atau perkhidmatan. Bajet disediakan berdasarkan bilangan unit pengguna. Contohnya, bilangan murid di sebuah sekolah, bilangan pelanggan di dalam sebuah kedai atau bilangan kerusi di dalam sebuah pawagam. Contoh pengiraan: Katakan kos makanan bagi seorang murid ialah RM5.00. Jumlah murid di sebuah sekolah ialah seramai 1000 orang. Jadi bajet makanan untuk 1000 orang murid mengikut kaedah unit ialah RM5.00 × 1000 orang = RM5000.00 Kaedah unit lebih mudah difahami dan pantas, namun kurang tepat kerana tidak mengambil kira keseluruhan kos yang terlibat. Konsep SMART Konsep SMART digunakan pakai dalam penentuan bajet projek. Rajah 2.33 menerangkan tentang konsep SMART. Rajah 2.33 Konsep SMART M A R T (Specific) Spesifik: Penetapan tujuan atau objektif projek. (Realistic) Realistik: Sesuai dengan kehendak pengguna dan dianalisis sama ada kehendak mereka mencapai tujuan projek. (Attainable) Boleh dicapai: Projek boleh dilaksanakan dari sudut keupayaan kewangan dan tenaga kerja. (Time-bound) Jangka masa ditetapkan: Tempoh masa dan sumber kewangan mencukupi untuk menyiapkan projek. Penghasilan Produk PB 77 BAB 2


Bajet projek menggunakan konsep SMART S Tujuan projek Nama projek Penggilap kasut magik Tujuan Menggilap dan membersihkan kasut Bilangan 100 unit Sasaran Pekerja pejabat, guru, murid sekolah dan pengguna yang mementingkan kasut yang berkilat dan bersih M Pengagihan kewangan A Kos bahan Jadual 2.12 Kos bahan bagi 100 unit produk No. Bahan Kuantiti Kos seunit (RM) Jumlah (RM) 1 Kayu (300 mm × 80 mm × 20 mm) 100 3.00 300.00 2 MDF (180 mm × 180 mm × 5 mm) 100 1.00 100.00 3 Kepingan akrilik hitam (100 mm × 100 mm × 5 mm) 100 1.00 100.00 4 Span (300 mm × 250 mm × 20 mm) 100 1.00 100.00 5 Suis tekan tutup 100 0.50 50.00 6 Motor AT 3V 100 3.00 300.00 7 Bateri AA 1.5V 200 1.50 300.00 8 Pemegang bateri 100 0.80 80.00 9 Set gear taji 100 3.00 300.00 10 Wayar lembar tunggal merah (0.5 m) 100 0.50 50.00 11 Wayar lembar tunggal hitam (0.5 m) 100 0.50 50.00 12 Kertas las (kertas pasir) 100 0.50 50.00 13 Glu PVA, bahan pateri, skru kayu dan tona kayu - - 2.00 Jumlah 1780.00 B Kos upah = bilangan pekerja × masa × kadar upah sejam × bilangan hari = 2 orang × 5 jam × RM5 × 10 hari = RM500.00 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, upah bermaksud wang dan lain-lain yang diberikan kepada orang yang disuruh mengerjakan sesuatu. Contohnya, seorang jurujual dibayar upah sebanyak RM6.00 sejam. Gaji pula bermaksud wang sebagai upah bekerja yang dibayar dalam tempoh yang tetap. Contohnya, seorang penyambut tetamu menerima gaji sebanyak RM2500 pada setiap akhir bulan. Info Bestari BAB 2 Pembangunan Produk 78 PB BAB 2


1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 2. Guru memberikan gambar produk yang berlainan kepada setiap kumpulan. 3. Tuliskan nama produk yang diperoleh kumpulan di tengah-tengah kertas sebak. Kemudian, senaraikan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut. 4. Tuliskan jawapan ahli kumpulan dengan menggunakan pen berlainan warna untuk menunjukkan sumbangan idea masing-masing. Kreativiti dan Inovasi PAK-21 EMK Team Word Web Aktiviti Membuat senarai bahan C Kos overhed Jadual 2.13 Kos overhed Perkara Kos sehari (RM) Bilangan hari Jumlah (RM) Bil elektrik 2.00 10 20.00 Bil air 1.50 10 15.00 Jumlah 35.00 D Jumlah modal = kos bahan + kos upah + kos overhed = RM1780.00 + RM500.00 + RM35.00 = RM2315.00 Kos pengeluaran seunit produk =RM 2315.00 100 = RM23.15 E Kos jualan = kos pengeluaran seunit produk + peratus keuntungan = RM23.15 + RM23.15 (100% keuntungan) = RM46.30 A Boleh dicapai Keuntungan = kos jualan - kos pengeluaran seunit produk = RM46.30 - RM23.15 = RM23.15 R Realistik Gabungan bahan yang mudah diperoleh dengan kemahiran pereka bentuk membuktikan produk ini mampu direalisasikan menjadi produk sebenar. T Tempoh masa Produk dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan tanpa melebihi kos yang dianggarkan. Praktis Formatif 1. Namakan alatan yang boleh digunakan untuk membuat kemasan, meratakan dan melicinkan permukaan kayu serta membuang karat pada keluli. 2. Nyatakan konsep yang digunakan dalam menentukan anggaran bajet produk bagi sesuatu projek. Penghasilan Produk PB 79 BAB 2


2.1.7 Menghasilkan Produk Berfungsi atau Berfungsi Sebahagian Apabila menghasilkan produk, murid boleh memilih sama ada menghasilkan produk berfungsi atau produk berfungsi sebahagian. Jadual 2.14 menunjukkan perbezaan antara mock-up, produk berfungsi sebahagian dan produk berfungsi. Jadual 2.14 Perbezaan antara mock-up, produk berfungsi sebahagian dan produk berfungsi Mock-up (model olokan) Mock-up bagi Penggilap Kasut Magik • Dihasilkan sebelum produk berfungsi sebahagian dibina. • Menunjukkan idea rekaan dalam bentuk 3D. • Mengikut skala atau saiz sebenar. • Boleh disentuh dan dipegang. • Reka bentuk boleh ditambah baik sekiranya perlu. Produk berfungsi sebahagian (model) Produk berfungsi sebahagian bagi Penggilap Kasut Magik • Dihasilkan selepas mock-up dibina. • Menunjukkan idea rekaan dalam bentuk 3D yang lebih realistik. • Mengikut skala atau saiz sebenar. • Dapat menunjukkan kefungsian beberapa bahagian atau komponen produk. • Boleh disentuh dan dipegang untuk memahami kefungsian produk. • Reka bentuk boleh ditambah baik sekiranya perlu. Produk berfungsi (prototaip) Produk berfungsi bagi Penggilap Kasut Magik • Dihasilkan selepas produk berfungsi sebahagian dibina. • Menunjukkan idea rekaan dalam bentuk yang sebenar. • Mengikut spesifikasi saiz sebenar. • Dapat menguji kefungsian sebenar produk. • Boleh disentuh, dipegang dan menguji kefungsian produk. • Reka bentuk dan kefungsian produk boleh ditambahbaik selepas melakukan pengujian dan penilaian. BAB 2 Pembangunan Produk 80 PB BAB 2


A Ciri-ciri produk berfungsi dan produk berfungsi sebahagian Perbezaan ciri-ciri antara produk berfungsi dan produk berfungsi sebahagian dapat dilihat secara visual dan diperiksa secara praktikal. Perbezaan ciri-ciri antara mock-up, produk berfungsi sebahagian dan produk berfungsi ditunjukkan dalam Jadual 2.15. Jadual 2.15 Ciri-ciri mock-up, produk berfungsi sebahagian dan produk berfungsi Jenis Bahan Skala Kefungsian Mock-up • Direka bentuk bukan menggunakan bahan sebenar. • Boleh direka bentuk menggunakan kertas, gabus, kadbod, polistirena, kayu lembut dan lain-lain. • Tidak mengikut saiz produk sebenar. • Boleh sama ada lebih kecil, sama besar atau lebih besar daripada produk sebenar. • Tidak berfungsi sepenuhnya. Produk berfungsi sebahagian • Tidak semestinya direka bentuk menggunakan bahan sebenar. • Boleh direka bentuk menggunakan foam, kadbod, paip PVC, MDF, polistirena, kayu, papan lapis dan lain-lain. • Tidak mengikut saiz produk sebenar. • Boleh sama ada lebih kecil, sama besar atau lebih besar daripada produk sebenar. • Tidak menunjukkan fungsi sebenar produk. • Hanya sebahagian komponen boleh berfungsi. Kefungsian sebenar produk tidak dapat diuji. • Produk hanya dinilai dari segi reka bentuk luaran. Produk berfungsi • Direka bentuk menggunakan bahan sebenar. • Boleh direka bentuk menggunakan kayu, keluli, zink, getah, plastik, perspeks dan lain-lain bergantung kepada reka bentuk dan kegunaan produk. • Mengikut saiz produk sebenar. • Berfungsi sepenuhnya. • Diuji dalam situasi sebenar dari segi reka bentuk dan kefungsian. Kepentingan merancang pembinaan produk berfungsi atau produk berfungsi sebahagian B Proses penghasilan produk melibatkan pembinaan, sama ada produk berfungsi atau produk berfungsi sebahagian. Kepentingan merancang pembinaan produk berfungsi atau produk berfungsi dengan teliti: • Menghasilkan produk yang menepati keperluan dan kehendak pengguna • Membolehkan penambahbaikan dilakukan pada reka bentuk dan fungsi produk • Membantu menganggar kos jualan produk • Merancang tenaga kerja yang diperlukan • Menjalankan pengujian dan penilaian yang lengkap terhadap produk dari segi reka bentuk dan kefungsian. • Menentukan kaedah dan tempoh pembinaan produk Penghasilan Produk PB 81 BAB 2


C Langkah-langkah menghasilkan produk berfungsi Penggilap Kasut Magik Penghasilan produk berfungsi Penggilap Kasut Magik dibahagikan kepada tiga langkah utama, iaitu; (i) mengukur, menanda dan memotong bahan (ii) membina dan mencantum bahagian-bahagian produk (iii) membuat kemasan (i) Mengukur, menanda dan memotong bahan • Proses mengukur dilakukan berdasarkan lukisan unjuran ortografik yang telah dihasilkan. Peralatan seperti pembaris keluli dan sesiku L digunakan dalam proses ini. Proses mengukur mesti dilakukan dengan tepat mengikut ukuran yang telah ditetapkan untuk memudahkan pembinaan produk. • Proses menanda dilakukan pada permukaan yang hendak dipotong dan digerudi. Peralatan seperti pensel tukang kayu, tolok penanda dan jangka lukis digunakan dalam proses ini. • Proses memotong dilakukan untuk mendapatkan bentuk mengikut reka bentuk yang dikehendaki dengan membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan. Peralatan seperti gergaji jig, apit G, ragum meja, mesin gerudi dan pemotong styrofoam digunakan dalam proses ini. Langkah 1 Mengukur dan menanda ukuran pada kayu, MDF serta kepingan akrilik hitam. Akses Pantas Peraturan keselamatan bengkel, alatan dan diri goo.gl/EuhGmL Kayu, MDF dan kepingan akrilik hitam yang telah siap diukur dan ditandakan. BAB 2 Pembangunan Produk 82 PB BAB 2


Bahagian dalam kayu yang telah siap dipotong. Langkah 2 Langkah 3 Menggerudi lubang pada kayu menggunakan mesin gerudi. Kayu yang telah siap digerudi. Memotong bahagian dalam kayu yang telah digerudi menggunakan gergaji jig. Lubang digerudi pada kayu untuk memudahkan langkah seterusnya, iaitu memotong bahagian dalam kayu dengan menggunakan gergaji jig. T I P Bestari Penghasilan Produk PB 83 BAB 2


Mengapit kayu yang telah dipotong bahagian dalamnya menggunakan apit G. Mengapit kepingan akrilik hitam yang telah diukur dan ditanda menggunakan apit G. Memotong kayu menggunakan gergaji jig. Memotong kepingan akrilik hitam menggunakan gergaji jig. Langkah 4 Gambar foto 2.12 Komponen produk yang telah siap dipotong. BAB 2 Pembangunan Produk 84 PB BAB 2


Mengerudi lubang pada cakera akrilik menggunakan mesin gerudi. Cakera akrilik yang telah siap gerudi dan dikemaskan menggunakan kertas las untuk menjadi tapak penggilap. Langkah 6 Langkah 5 Menanda span mengikut ukuran tapak penggilap menggunakan pen penanda. Memotong span menggunakan pemotong styrofoam. Span yang telah siap dipotong. Penghasilan Produk PB 85 BAB 2


Menggosok permukaan perumah menggunakan mesin pelelas untuk merata dan melicinkan permukaannya. Menggosok perumah dan penutupnya menggunakan mesin pelelas untuk mengemaskan bentuk. Mengapit perumah dan penutupnya menggunakan ragum meja. Langkah 2 (ii) Membina dan mencantum bahagian produk • Proses membina dan mencantum bahagian produk melibatkan kerja-kerja seperti meletakkan glu, memasang skru dan memateri. • Peralatan seperti pemutar skru, apit G, ragum meja, set memateri elektrik, mesin gerudi, mesin pelelas dan kertas las digunakan dalam proses ini. Langkah 1 Meletak dan meratakan glu PVA pada komponen produk menggunakan berus. Mengapit perumah menggunakan apit G semalaman. Komponen produk yang telah siap dicantum akan membentuk perumah. BAB 2 Pembangunan Produk 86 PB BAB 2


Gambar foto 2.13 Bahan dan komponen elektrik Gear dan motor AT Suis tekan tutup Bateri Pemegang bateri Wayar lembar tunggal Langkah 3 Apabila menggerudi lubang pada kayu, gunakan mata gerudi bersaiz kecil terlebih dahulu sebelum diikuti dengan mata gerudi bersaiz besar. Tindakan ini dapat mengelakkan kayu yang digerudi daripada pecah atau merekah. T I P Bestari Menggerudi lubang suis tekan tutup pada perumah menggunakan mesin gerudi. Meletak suis tekan tutup di dalam lubang yang telah digerudi pada perumah. Penghasilan Produk PB 87 BAB 2


Meletak dan meratakan glu PVA pada perumah menggunakan berus. Memateri wayar lembar tunggal ke terminal motor AT. Memateri wayar motor AT kepada terminal suis tekan tutup. Memasukkan litar yang telah lengkap ke dalam perumah. Langkah 5 Langkah 4 Perumah yang telah dilekatkan penutup atas dan bawah. Perumah Penutup bawah Penutup atas Perumah Penutup bawah Penutup atas BAB 2 Pembangunan Produk 88 PB BAB 2


Pad penggilap Perumah Span Pad penggilap yang terhasil. Tapak penggilap Memasang pad penggilap pada perumah untuk menguji kesesuaian. Langkah 6 Langkah 7 Langkah 8 Penutup bateri dilekatkan pada perumah menggunakan skru. Skru digunakan untuk membolehkan penutup bateri dibuka ketika perlu menukar bateri. T I P Bestari Melekatkan penutup bateri kepada perumah menggunakan skru. Menyapu tapak penggilap dengan glu PVA untuk dicantum dengan span. glu PVA Span Tapak penggilap Pemutar skru Penghasilan Produk PB 89 BAB 2


(iii) Membuat kemasan • Kemasan dapat menambahkan nilai estetika, nilai komersial dan ketahanan terhadap sesuatu produk. • Tona kayu telah dipilih sebagai bahan kemasan bagi produk berfungsi Penggilap Kasut Magik. Jadual 2.16 Jenis bahan kemasan dan fungsinya Bahan kemasan Fungsi Pelarut Bahan binaan yang sesuai Cat licau, cat sembur Menghasilkan permukaan yang licin, berkilat dan kalis air Turpentin Kayu, logam, epoxy, akrilik Varnish Melindungi dan mencantikkan Thinner Kayu Syelek Melindungi dan mencantikkan Spirit bermetil Kayu Tona kayu Menimbulkan warna asal dan ira kayu Turpentin Kayu Semburan lekar jernih Mengilatkan permukaan kayu Thinner Kayu, logam, epoxy Pelekat Kemasan dan menutup kecacatan (paling mudah) − Kayu, logam, plastik Kerja kemasan boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas anda melakukan pemasangan, bergantung pada kesesuaian. Walau bagaimanapun, kerja kemasan yang menggunakan cat sembur perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum pemasangan dilakukan. Imbas Semula Imbas Semula Membalut suis tekan tutup menggunakan masking tape sebelum menyapu tona kayu pada perumah. Langkah 1 BAB 2 Pembangunan Produk 90 PB BAB 2


Click to View FlipBook Version