Membiarkan tona kayu yang telah disapu pada perumah kering sepenuhnya. Berus yang telah digunakan perlu dicuci dengan pelarut yang sesuai. Berus syelek dicuci dengan spirit bermetil, berus cat dicuci dengan turpentin dan berus lekar dicuci dengan thinner. Berus-berus perlu dibersihkan dengan cara yang betul supaya berus tidak rosak atau menjadi keras. Info Bestari Langkah 2 Menyapu tona kayu pada perumah menggunakan berus. Gambar foto 2.14 Penggilap Kasut Magik Penghasilan Produk PB 91 BAB 2
D Penghasilan produk Rajah 2.34 Penggilap Kasut Magik Wayar lembar tunggal Bateri Kepingan akrilik hitam Span Suis tekan tutup Gear taji Motor AT Pemegang bateri Pad penggilap Tapak penggilap (akrilik) Span Kayu dan MDF Nama produk Penggilap Kasut Magik Fungsi Pad penggilap akan berputar apabila suis ditekan. Pad penggilap yang berputar akan membersihkan dan menggilap kasut kulit dan kasut PVC dengan mudah, cepat dan berkesan. Teknologi Gabungan reka bentuk elektrik dan reka bentuk mekanikal 92 PB BAB 2 Pembangunan Produk BAB 2
Media tanaman (hidroton) Paip PVC Siku 90º Rajah 2.35 Pengagih Makanan Ikan Automatik Set mikropengawal Nama produk Pengagih Makanan Ikan Automatik Fungsi Penggetar akan bergetar mengikut masa yang telah diprogramkan pada mikropengawal. Getaran akan melepaskan makanan ikan ke dalam tangki ikan. Teknologi Gabungan reka bentuk sistem akuaponik dan reka bentuk elektronik. Bekas tanaman (Paip PVC besar) Pasu kecil Botol minuman plastik Motor AT Penggetar (vibrator) Makanan ikan Cawan plastik Set penggetar makanan ikan Pam air Rangka meja Tangki ikan sekolah terpakai PB 93 Penghasilan Produk BAB 2
Tali beg Kancing beg Butang epoxy resin Seluar jean terpakai Ruang penyimpanan utama Poket penyimpanan belakang Poket penyimpanan hadapan Nama produk Beg Jean Fungsi Beg yang tahan lasak dan bergaya yang diperbuat daripada seluar jean terpakai. Sesuai digunakan untuk membawa buku dan pelbagai barangan lain. Butang epoxy resin yang unik menambahkan nilai estetika beg ini. Teknologi Gabungan reka bentuk fesyen dan teknologi pembuatan. Rajah 2.36 Beg Jean Praktis Formatif 1. Jelaskan perbezaan antara produk berfungsi dengan produk berfungsi sebahagian. 2. Nyatakan tiga langkah utama untuk menghasilkan produk berfungsi. 94 PB BAB 2 Pembangunan Produk BAB 2
2.1.8 Membuat Pengujian dan Penilaian Kefungsian serta Kesesuaian Produk Pengujian dan penilaian kefungsian serta kesesuaian ialah proses terakhir untuk mengukur tahap keberkesanan produk yang telah dihasilkan. Tahap keberkesanan produk diukur berdasarkan tiga faktor, iaitu: 1. Mematuhi projek brief 2. Memenuhi kehendak pelanggan 3. Ketepatan rupa bentuk A Pengujian Peringkat seterusnya dalam penghasilan suatu produk ialah melakukan pengujian. Sekiranya produk akhir yang dihasilkan dalam bentuk produk berfungsi (prototaip), pengujian boleh dilakukan untuk menguji aspek kefungsian dan ketahanan. Setiap pengujian direkodkan untuk tujuan penambahbaikan dan sebagai rujukan pada masa akan datang. Pengujian terhadap produk yang telah dihasilkan boleh dijalankan sama ada dengan menggunakan kaedah ujian makmal atau kaedah ujian parameter. Ujian makmal Ujian makmal ialah pengujian terhadap produk berfungsi di dalam makmal atau bengkel dengan menggunakan peralatan dan kelengkapan tertentu yang bersesuaian dengan jenis produk. Faktor-faktor seperti daya, cahaya, suhu, angin, kelajuan dan lain-lain lagi dikawal oleh peralatan di dalam makmal atau bengkel. Antara contoh ujian makmal ialah ujian kemuluran, ujian kekuatan dan ujian beban. Ujian parameter Ujian parameter ialah pengujian terhadap produk berfungsi yang dibuat dalam situasi dan di lokasi yang sebenar bagi menentukan kefungsian, kesesuaian, keupayaan serta kebolehgunaan produk. Contohnya, Penggilap Kasut Magik digunakan untuk menggilap kasut kulit dan kasut PVC guru-guru lelaki di sebuah sekolah menengah tertentu yang telah dipilih. Contoh pengujian terhadap produk Penggilap Kasut Magik Pengujian dengan kaedah ujian parameter telah dipilih bagi tujuan menganalisis kemampuan Penggilap Kasut Magik mencapai kefungsian yang telah ditetapkan. Aspek ujian parameter yang dijalankan: • Merekodkan masa dalam minit yang diambil Penggilap Kasut Magik dan kain lap untuk membersihkan kasut kulit atau kasut PVC. • Merekodkan masa dalam minit yang diambil Penggilap Kasut Magik dan berus kasut konvensional untuk menggilap kasut kulit atau kasut PVC. Setiap sesi pengujian hendaklah direkodkan untuk tujuan penambahbaikan dan rujukan pada masa akan datang. PB 95 Penghasilan Produk BAB 2
Kasut sebelum dibersihkan dan digilap Aspek ujian Menggunakan kaedah konvensional Masa yang diambil Menggunakan kaedah baharu Masa yang diambil Kebersihan Kegemerlapan Keputusan Kasut selepas dibersihkan dan digilap Jadual 2.17 menunjukkan perbandingan ujian parameter antara penggunaan kaedah konvensional dan kaedah baharu. Penggilap kasut magik Penggilap kasut magik Berdasarkan keputusan ujian parameter, dapat dirumuskan bahawa Penggilap Kasut Magik dapat membersihkan dan menggilap kasut dengan lebih cepat dan mudah berbanding berus kasut konvensional. Jadual 2.17 Keputusan perbandingan ujian parameter antara penggunaan kaedah konvensional dan kaedah baharu Berus kasut konvensional Kain 2 minit 2 min 2 minit 2 min 4 minit 4 min 6 minit 6 min 96 PB BAB 2 Pembangunan Produk BAB 2
Gambar foto 2.15 Beberapa maklum balas pengguna terhadap Penggilap Kasut Magik Jadual 2.18 Analisis keputusan ujian parameter terhadap Penggilap Kasut Magik Aspek produk Kekuatan Kelemahan A Kefungsian 3 Boleh digunakan untuk menggilap dan membersihkan kasut. 3 Hanya mengambil masa selama 4 minit untuk menggilap dan membersihkan sepasang kasut. 3 Putaran motor AT menjadi perlahan apabila pad penggilap ditekan agak kuat pada permukaan kasut. 3 Bateri perlu diganti apabila kehabisan kuasa. B Ergonomik 3 Pemegang produk selesa dipegang. 3 Produk ringan dan boleh dikendalikan dengan sebelah tangan. 3 Suis untuk ON/OFF produk mudah dicapai. 3 Produk sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. − C Reka bentuk dan nilai estetika 3 Reka bentuk produk ringkas dan menarik. 3 Tona kayu menyerlahkan tekstur kayu pada produk. 3 Penggunaan kayu berkualiti tinggi meningkatkan ketahanan produk. 3 Pad penggilap boleh ditanggalkan untuk membasuh span sekiranya kotor. 3 Perumah kayu mungkin pecah jika terjatuh. Perumah juga mungkin reput setelah tempoh masa tertentu. D Keselamatan 3 Produk selamat digunakan kerana tiada bahagian yang tajam. 3 Litar terlindung dan ditutup dengan kemas. − Ringan dan pemegang selesa dipegang. Reka bentuk menarik dan pad penggilap boleh dibersihkan. Saya boleh menggilap dan membersihkan kasut dengan cepat. PB 97 Penghasilan Produk BAB 2
Rajah 2.37 Contoh borang soal selidik bagi Penggilap Kasut Magik B Penilaian Penilaian dijalankan untuk menganalisis keputusan pengujian yang telah diperoleh. Penilaian menggunakan borang soal selidik yang mengandungi soalan-soalan meliputi aspek kefungsian, ergonomik, reka bentuk dan nilai estetika serta keselamatan bagi produk. Rajah 2.37 menunjukkan contoh borang soal selidik bagi Penggilap Kasut Magik yang telah diedarkan kepada 10 orang pengguna kasut kulit dan kasut PVC daripada pelbagai peringkat umur. Melalui maklum balas di dalam borang soal selidik, keperluan dan kehendak pengguna dapat difahami dengan lebih jelas. NAMA: PEKERJAAN: BORANG SOAL SELIDIK BAGI: PENGGILAP KASUT MAGIK Arahan: Bulatkan nombor skala bagi aspek produk untuk menyatakan pendapat anda. Aspek produk 1 2 3 4 5 A Kefungsian 1 Produk sangat mudah digunakan untuk menggilap kasut. 1 2 3 4 5 2 Produk boleh digunakan untuk membersihkan kasut. 1 2 3 4 5 3 Produk boleh membersihkan dan menggilap sepasang kasut dalam masa 4 minit. 1 2 3 4 5 B Ergonomik 4 Produk mempunyai pemegang yang selesa dipegang. 1 2 3 4 5 5 Produk ringan dan boleh dikendalikan dengan sebelah tangan. 1 2 3 4 5 6 Kedudukan suis ON/OFF mudah dicapai oleh ibu jari. 1 2 3 4 5 7 Produk boleh dikendalikan oleh semua peringkat umur. 1 2 3 4 5 C Reka Bentuk dan Nilai Estetika 8 Reka bentuk produk ringkas dan menarik. 1 2 3 4 5 9 Kemasan tona kayu sangat sesuai dengan produk. 1 2 3 4 5 10 Tekstur kayu sangat menyerlah dan menarik minat. 1 2 3 4 5 11 Produk dihasilkan daripada kayu berkualiti tinggi dan tahan lasak. 1 2 3 4 5 12 Reka bentuk produk seimbang mengikut kesesuaian susunan komponen dalam produk. 1 2 3 4 5 13 Pad penggilap boleh ditanggalkan untuk membersihkan span. 1 2 3 4 5 D Keselamatan 14 Produk tidak mempunyai penjuru yang tajam. 1 2 3 4 5 15 Litar dalam produk ditutup dengan kemas supaya tidak tersentuh. 1 2 3 4 5 Sangat tidak bersetuju Tidak pasti Tidak bersetuju Setuju Sangat bersetuju Hisham bin Salim Guru Hasilkan produk daripada bahan yang lebih tahan lasak. Gunakan bateri yang boleh dicas semula untuk menjimatkan kos. Gunakan motor AT yang mempunyai daya kilas yang tinggi dan suis untuk mengawal kelajuan motor. NAMA: PEKERJAAN: BORANG SOAL SELIDIK BAGI: PENGGILAP KASUT MAGIK Arahan: Tandakan ʻ3ʼ untuk menyatakan pendapat anda terhadap aspek produk yang dinilai. Aspek produk Ya Tidak A Kefungsian 1 Produk boleh digunakan untuk membersihkan kasut. 3 2 Produk sangat mudah digunakan untuk menggilap kasut. 3 3 Produk boleh membersihkan dan menggilap sepasang kasut dalam masa 4 minit. 3 B Ergonomik 4 Produk mempunyai pemegang yang selesa dipegang. 3 5 Produk ringan dan boleh dikendalikan dengan sebelah tangan. 3 6 Kedudukan suis ON/OFF mudah dicapai oleh ibu jari. 3 7 Produk boleh dikendalikan oleh semua peringkat umur. 3 C Reka Bentuk dan Nilai Estetika 8 Reka bentuk produk ringkas dan menarik. 3 9 Kemasan tona kayu sangat sesuai dengan produk. 3 10 Tekstur kayu sangat menyerlah dan menarik. 3 11 Produk dihasilkan daripada kayu berkualiti tinggi dan tahan lasak. 3 12 Reka bentuk produk seimbang mengikut kesesuaian susunan komponen dalam produk. 3 13 Pad penggilap boleh ditanggalkan untuk membersihkan span. 3 D Keselamatan 14 Produk tidak mempunyai bahagian yang tajam. 3 15 Litar dalam produk terlindung dan ditutup dengan kemas. 3 Hisham bin Salim Guru Tuliskan cadangan anda untuk menambahbaik produk ini. ~ TERIMA KASIH ~ Hasilkan produk daripada bahan yang lebih tahan lasak. Gunakan bateri yang boleh dicas semula untuk menjimatkan kos. Gunakan motor T yang mempunyai daya kilas yang tinggi dan suis untuk mengawal kelajuan motor. 98 PB BAB 2 Pembangunan Produk BAB 2
Jadual 2.19 menunjukkan analisis terhadap maklum balas pengguna yang diterima melalui borang soal selidik yang telah diedarkan. Jadual 2.19 Analisis terhadap maklum balas daripada borang soal selidik Aspek produk % Ya % Tidak Kesimpulan A Kefungsian 1 Produk boleh digunakan untuk membersihkan kasut. 100 − Penggilap Kasut Magik berfungsi sepenuhnya untuk membersihkan dan menggilap kasut dengan mudah, berkesan dan cepat. 2 Produk sangat mudah digunakan untuk menggilap kasut. 100 − 3 Produk boleh membersihkan dan menggilap sepasang kasut dalam masa 4 minit. 100 − B Ergonomik 4 Produk mempunyai pemegang yang selesa dipegang. 90 10 Penggilap Kasut Magik selesa dipegang dan boleh dikendalikan oleh semua peringkat umur. 5 Produk ringan dan boleh dikendalikan dengan sebelah tangan. 80 20 6 Kedudukan suis ON/OFF mudah dicapai oleh ibu jari. 90 10 7 Produk boleh dikendalikan oleh semua peringkat umur. 90 10 C Reka bentuk dan Nilai Estetika 8 Reka bentuk produk ringkas dan menarik. 90 10 Penggilap Kasut Magik mempunyai reka bentuk yang memuaskan hati pengguna dan bahan yang digunakan untuk membina perumah perlu ditambah baik mengikut kesesuaian fungsi produk. 9 Kemasan tona kayu sangat sesuai dengan produk. 100 − 10 Tekstur kayu sangat menyerlah dan menarik. 100 − 11 Produk dihasilkan daripada kayu berkualiti tinggi dan tahan lasak. 70 30 12 Reka bentuk produk seimbang mengikut kesesuaian susunan komponen dalam produk. 90 10 13 Pad penggilap boleh ditanggalkan untuk membersihkan span. 90 10 D Keselamatan 14 Produk tidak mempunyai bahagian yang tajam. 100 − Penggilap Kasut Magik sangat selamat digunakan. 15 Litar dalam produk terlindung dan ditutup dengan kemas. 100 − C Kesesuaian produk Kesesuaian ditentukan berdasarkan penilaian terhadap keputusan pengujian yang telah dijalankan terhadap produk. Keputusan pengujian dapat membuktikan sama ada produk yang telah dihasilkan menepati keperluan dan kehendak pengguna atau sebaliknya. Contoh: Hasil daripada penilaian, produk didapati dapat berfungsi sepenuhnya seperti yang dirancang. Produk dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna untuk membersihkan dan menggilap kasut dengan mudah, berkesan dan cepat. Oleh itu, Penggilap Kasut Magik amat sesuai digunakan untuk membersihkan dan menggilap kasut. PB 99 Penghasilan Produk BAB 2
Rajah 2.38 Contoh penilaian tahap keselamatan terhadap Penggilap Kasut Magik 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Guru memberikan produk yang berlainan kepada setiap kumpulan bersama sekeping kad arahan. 3. Setiap ahli kumpulan menguji produk yang diberikan mengikut arahan yang terdapat pada kad. 4. Ahli kumpulan mencatatkan hasil ujian dalam kertas mahjung. 5. Hasil ujian terhadap produk dibentangkan di dalam kelas. Kreativiti dan Inovasi PAK-21 EMK Round Table Aktiviti Membuat pengujian D Tahap keselamatan Memastikan tahap keselamatan produk yang telah dihasilkan adalah amat penting. Beberapa perkara perlu diambil kira semasa menilai tahap keselamatan sesuatu produk. Hal ini adalah bertujuan untuk tidak membahayakan pengguna. Berikut adalah beberapa contoh penilaian yang boleh digunakan berdasarkan produk yang telah dihasilkan. 1. Adakah produk mempunyai bahagian yang tajam? 2. Adakah produk mempunyai manual penggunaan? 3. Adakah produk selesa untuk dikendalikan? 4. Adakah bahagian elektronik pada produk boleh membahayakan pengguna? Produk tidak mempunyai bahagian yang tajam. Produk selesa dipegang dan boleh dikendalikan dengan sebelah tangan. Produk mempunyai manual penggunaan. Bahagian elektronik produk terlindung dan ditutup dengan kemas. Praktis Formatif 1. Nyatakan aspek-aspek yang dititikberatkan apabila membuat penilaian pada Penggilap Kasut Magik. 2. Jelaskan secara ringkas perbezaan kaedah pengujian antara ujian makmal dengan ujian parameter. 100 PB BAB 2 Pembangunan Produk BAB 2
2.1.9 Membuat Cadangan Penambahbaikan Produk Berdasarkan Laporan Keputusan Ujian Produk yang telah dilakukan pengujian dan penilaian akan dibuat penambahbaikan sekiranya perlu, berdasarkan laporan pengujian dan penilaian yang diperoleh. Penambahbaikan bertujuan menjadikan produk lebih baik dan sempurna dari segi kefungsian dan mampu mencapai objektif asal penghasilannya. Beberapa perkara utama yang perlu diambil kira semasa membuat penambahbaikan produk: 1. Menambah atau menggantikan komponen yang rosak atau tidak bersesuaian. 2. Membuat pengubahsuaian pada bahagian tertentu supaya produk lebih mantap dan efisien. 3. Menambah baik kemasan pada produk seperti susunan komponen dan warna yang digunakan. 4. Mengubah reka bentuk produk untuk disesuaikan dengan fungsinya. 5. Memberi perhatian terhadap ciri-ciri ergonomik bagi keselesaan pengguna. 6. Memberi perhatian kepada ciri-ciri keselamatan yang perlu ada pada produk. Cadangan penambahbaikan terhadap Penggilap Kasut Magik Berdasarkan laporan pengujian dan penilaian, Penggilap Kasut Magik didapati mampu berfungsi seperti yang dirancang oleh pereka bentuk dan selamat digunakan oleh pengguna. Jadual 2.20 menunjukkan beberapa cadangan penambahbaikan terhadap Penggilap Kasut Magik. Jadual 2.20 Beberapa cadangan penambahbaikan terhadap Penggilap Kasut Magik Kelemahan yang dikenalpasti Cadangan penambahbaikan Putaran motor AT menjadi perlahan apabila pad penggilap ditekan agak kuat pada permukaan kasut. Menukar kepada motor AT yang mempunyai daya kilas yang tinggi. Bateri perlu diganti apabila kehabisan kuasa. • Menggunakan bateri berkuasa tinggi yang boleh dicas semula menggunakan plag 3 pin atau USB. • Melengkapkan produk dengan alat pengecas tanpa wayar. Perumah yang dihasilkan daripada kayu mungkin pecah jika terjatuh. Perumah juga mungkin reput setelah tempoh masa tertentu. Menggunakan bahan seperti plastik atau fiber untuk menghasilkan perumah yang lebih tahan lasak, ringan, moden dan mempunyai ciri-ciri futuristik. Seorang pereka bentuk perlu sentiasa memikirkan idea baharu untuk menambahbaik produk yang telah dihasilkannya. Apakah idea baharu yang akan anda cadangkan untuk menambahbaik Penggilap Kasut Magik ini? Cabar Minda PB 101 Penghasilan Produk BAB 2
Rajah 2.39 Lakaran cadangan penambahbaikan pada Penggilap Kasut Magik Praktis Formatif 1. Nyatakan dua perkara yang diambil kira semasa membuat penambahbaikan pada reka bentuk produk yang telah dihasilkan. 2. Berdasarkan keputusan ujian parameter yang telah dijalankan terhadap Penggilap Kasut Magik, didapati bahan yang digunakan untuk membina produk adalah tidak tahan lasak. Cadangkan penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap reka bentuk produk. 2.1.10 Menyediakan Dokumentasi A Pendokumentasian Pendokumentasian ialah satu laporan bertulis yang menghuraikan perincian reka bentuk meliputi maklumat daripada peringkat penjanaan idea sehinggalah ke peringkat mock-up atau model produk dihasilkan. Laporan bertulis ini penting sebagai rujukan pada masa akan datang dan merupakan dokumen yang diperlukan dalam proses pendaftaran paten sesuatu produk. Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) ialah badan yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan sistem harta intelek di Malaysia. Info Bestari Suis dan pengawal kelajuan Pemegang dan penutup ruang bateri Ruang motor AT Pengecas bateri Tempat sambungan pengecas Pad penggilap Tapak penggilap Gear 102 PB BAB 2 Pembangunan Produk BAB 2
Kepentingan pendokumentasian 1. Menjadi bukti rekaan seseorang pereka bentuk Pereka bentuk perlu merekodkan semua maklumat carian, kajian dan lakaran perkembangan idea dalam proses mereka bentuk sebagai bukti bahawa reka bentuk produk ialah hasil rekaannya sendiri. 2. Diperlukan untuk memfailkan permohonan paten Untuk memfailkan permohonan perlindungan paten, pereka bentuk perlu mengemukakan borang permohonan dan dokumentasi lengkap berserta mock-up atau model produk yang telah dihasilkan. 3. Memudahkan membuat rujukan dan penyelidikan Pereka bentuk yang ingin membuat inovasi atau melakukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) boleh merujuk maklumat yang terdapat dalam dokumentasi. B Format laporan penghasilan produk Format laporan adalah aspek yang penting dalam penyediaan laporan penghasilan produk. Secara umumnya, format laporan penghasilan produk terdiri daripada susunan bahagian seperti yang berikut. Akses Pantas Jenis-jenis Harta Intelek goo.g1/Joozqn Akses Pantas Perbadanan Harta Intelek Malaysia www.myipo.gov.my Muka hadapan laporan penghasilan produk haruslah dapat menarik minat pembaca. Muka hadapan laporan hendaklah mengandungi nama produk, nama murid, nombor kad pengenalan murid, penilai, tarikh dihantar, nama mata pelajaran dan tingkatan. Muka hadapan Abstrak ialah ringkasan bagi kandungan keseluruhan suatu laporan. Peranan abstrak adalah untuk memberikan gambaran awal tentang produk yang telah dihasilkan. Sebelum membaca kandungan sesuatu laporan penghasilan produk, pembaca lazimnya akan merujuk kepada abstrak untuk mengetahui keistimewaan sesuatu produk atau penyelesaian masalah yang membawa kepada terhasilnya produk berkenaan. Abstrak Murid lazimnya menggunakan halaman ini untuk memberikan pujian dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan bantuan sama ada secara langsung dan tidak langsung semasa proses penghasilan produk. Penghargaan Halaman ini mengandungi isi kandungan laporan yang disusun mengikut tajuk dan subtajuk. Nombor halaman dinyatakan untuk memudahkan pembaca merujuk kepada tajuk atau subtajuk tertentu ketika membaca laporan yang telah dihasilkan. Kandungan PB 103 Penghasilan Produk BAB 2
Halaman ini mengandungi maklumat yang diperoleh daripada situasi permasalahan, kajian keperluan pelanggan, penyelesaian masalah inventif dan projek brief. Penghasilan sesuatu produk adalah berdasarkan konsep 5W+1H iaitu: What : Apakah produk yang dihasilkan? Why : Mengapakah produk dihasilkan? Who : Siapakah pengguna sasaran bagi produk? When: Bilakah produk digunakan? Where: Dimanakah produk digunakan? How: Bagaimanakah produk berfungsi? 1.0 Pengenalan Bahagian ini menerangkan teknologi yang dipilih untuk digabungkan bagi menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti. Teknologi yang digabungkan perlu sesuai dengan penyelesaian masalah inventif yang dipilih. Tujuan penggunaan, fungsi serta kekuatan dan kelemahan teknologi yang dipilih perlu dijelaskan di dalam laporan untuk menyokong teknologi yang telah dipilih dan akan digabungkan. 2.0 Penentuan gabungan teknologi Perancangan konsep reka bentuk dilakukan dalam bentuk lakaran. Lakaran dapat menggambarkan idea reka bentuk produk yang akan dihasilkan dengan lebih jelas dan berkesan. Bahagian ini memuatkan semua lakaran yang dihasilkan, sama ada dalam bentuk 2D, 3D, hitam putih atau berwarna. 3.0 Perancangan konsep Lakaran akhir ialah lakaran terbaik yang dipilih daripada beberapa lakaran idea yang telah dihasilkan oleh pereka bentuk. Lakaran akhir (lakaran bermaklumat) perlu menyatakan elemen dan prinsip reka bentuk yang digunakan oleh pereka bentuk pada lakaran yang dihasilkan. 4.0 Lakaran akhir Jadual kerja merupakan penjadualan yang memaparkan anggaran jangka masa yang ditetapkan bagi menyiapkan projek. Penjadualan boleh dilakukan dalam bentuk hubungan aktiviti melalui rangkaian atau menggunakan carta Gantt. 5.0 Jadual kerja Pengurusan kewangan menerangkan perancangan kewangan bagi pasukan kerja. Konsep SMART digunakan untuk menentukan kos pengeluaran dan harga jualan yang sesuai bagi produk yang akan dihasilkan. Langkah ini juga dapat menentukan sama ada produk yang akan dihasilkan sesuai atau tidak untuk dipasarkan. 6.0 Pengurusan kewangan 104 PB BAB 2 Pembangunan Produk BAB 2
C Persembahan Persembahan di hadapan guru dan rakan-rakan sekelas bertujuan memperkenalkan produk kepada umum dari segi kefungsian, reka bentuk dan keistimewaannya. Pereka bentuk juga dapat memperoleh cadangan penambahbaikan daripada rakan-rakan sekelas dan guru bagi membaiki kualiti produk yang telah dihasilkan. Bahagian ini memuatkan penerangan bagi setiap peringkat yang terlibat dalam proses penghasilan produk. Secara umumnya, proses penghasilan produk terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu: • Mengukur, menanda dan memotong bahan • Membina dan mencantum bahagian produk • Membuat kemasan 7.0 Penghasilan produk Cadangan penambahbaikan disediakan bertujuan untuk menjadikan produk yang telah dihasilkan lebih baik dan sempurna dari segi kefungsian dan mampu mencapai objektif asal penghasilan produk. 9.0 Cadangan penambahbaikan Pengujian dan penilaian dijalankan untuk menguji keberkesanan produk yang telah dihasilkan. Laporan penghasilan produk perlu menyatakan kaedah pengujian yang dipilih dan keputusan pengujian. Keputusan pengujian akan dinilai dari aspek kefungsian, ergonomik, nilai estetika, keselamatan dan keberkesanan dengan menggunakan borang soal selidik yang akan diedarkan kepada pengguna. 8.0 Pengujian dan penilaian Halaman ini memuatkan harapan pereka bentuk terhadap produk yang dihasilkan agar mampu mencapai objektif penghasilannya. Turut dimuatkan juga ulasan ringkas kelebihan produk yang telah dihasilkan. 10.0 Penutup Rujukan yang disenaraikan perlu ditulis mengikut format American Psychological Association (APA). Bibliografi Semua bahan dan rujukan yang digunakan dalam reka bentuk produk dimasukkan ke bahagian ini. Antaranya seperti lukisan unjuran ortografik, lukisan isometrik, brosur, manual pengguna dan sebarang dokumen lain yang tidak diletakkan dalam bahagian penerangan laporan. Lampiran PB 105 Penghasilan Produk BAB 2
PENGHARGAAN Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3, Encik/Puan atas tunjuk ajar dan bantuan beliau bagi saya menyiapkan produk ini. Ucapan yang sama ditujukan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik dan Puan atas dorongan dan sokongan mereka sehingga saya berjaya menyiapkan produk ini. Tidak lupa kepada sahabat saya, iaitu dan serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh saya menyiapkan produk ini. ABSTRAK Produk Penggilap Kasut Magik ini dihasilkan dengan tujuan membersihkan dan menggilap kasut kulit atau kasut PVC dengan mudah, cepat dan tidak meletihkan. Pengguna kasut kulit atau kasut PVC didapati menghadapi kesukaran membersihkan dan menggilap kasut mereka kerana proses membersihkan dan menggilap kasut mengambil masa yang panjang dan boleh melenguhkan tangan. Melalui proses penyelesaian masalah secara inventif, reka bentuk mekanikal dan reka bentuk elektrik telah dipilih untuk digabungkan bagi menghasilkan reka bentuk Penggilap Kasut Magik. Reka bentuk ini membolehkan produk membersihkan dan menggilap kasut kulit atau kasut PVC dengan mudah, cepat dan tidak meletihkan. Laporan ini turut memuatkan langkah-langkah menghasilkan produk. Keputusan yang diperoleh daripada pengujian dan penilaian yang telah dijalankan membuktikan bahawa produk mampu memenuhi objektif asal penghasilannya. Produk juga mendapat maklum balas yang positif daripada pengguna yang telah menguji produk ini. Selain daripada itu, laporan ini turut menyatakan cadangan penambahbaikan bagi memperbaiki kelemahan dan memantapkan kualiti produk Penggilap Kasut Magik yang akan dihasilkan pada masa hadapan. 1 Contoh laporan penghasilan produk 106 PB BAB 2 Pembangunan Produk BAB 2
KANDUNGAN HALAMAN PENGHARGAAN 1 ABSTRAK 1 1.0 PENGENALAN 2 1.1 Kajian keperluan pelanggan 3 1.2 Penyelesaian masalah inventif 3 1.3 Borang projek brief 4 1.4 Aplikasi projek brief dalam bentuk jadual 5 2.0 PENENTUAN GABUNGAN TEKNOLOGI 2.1 Teknologi yang dipilih 5 2.2 Tujuan penggunaan teknologi 5 2.3 Fungsi teknologi 6 2.4 Kekuatan dan kelemahan teknologi 6 3.0 PERANCANGAN KONSEP 3.1 Pemilihan konsep reka bentuk 6 3.2 Lakaran perkembangan idea bagi produk 6 4.0 LAKARAN AKHIR 4.1 Lakaran bermaklumat 7 4.2 Lakaran ceraian 7 4.3 Analisis lakaran dari aspek elemen reka bentuk 8 4.4 Analisis lakaran dari aspek prinsip reka bentuk 8 5.0 JADUAL KERJA 8 6.0 PENGURUSAN KEWANGAN 9 7.0 PENGHASILAN PRODUK 9 8.0 PENGUJIAN DAN PENILAIAN 10 8.1 Pengujian 10 8.2 Analisis keputusan pengujian 11 8.3 Penilaian 11 8.4 Analisis keputusan penilaian 11 8.5 Menilai kesesuaian produk 12 9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 12 10.0 PENUTUP 12 BIBLIOGRAFI 12 LAMPIRAN 13 2 PB 107 Penghasilan Produk BAB 2
1.0 PENGENALAN Kasut yang diperbuat daripada kulit atau PVC merupakan salah satu pilihan untuk dipakai ke tempat kerja. Berdasarkan borang kajian keperluan pelanggan yang diedarkan, pengguna didapati tidak menggemari proses menggilap kasut. Hal ini disebabkan, proses menggilap kasut menggunakan berus kasut mengambil masa yang lama dan boleh melenguhkan tangan. Melalui kaedah penyelesaian masalah inventif, masalah ketika menggilap kasut menggunakan berus kasut telah dikenal pasti. Penggilap Kasut Magik merupakan produk inovasi yang mampu mengatasi masalah yang dihadapi pengguna ketika menggunakan berus kasut. Penggilap Kasut Magik ini amat mudah digunakan dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira tempat dan masa. 1.1 Kajian keperluan pelanggan BORANG KAJIAN KEPERLUAN PELANGGAN Bahagian A: Maklumat Pelanggan Nama : Jantina: Umur: No. telefon: Email: Pekerjaan: Pendapatan: Alamat: Berkeluarga: YA / TIDAK Tanggungan: Tempat beli-belah: Kekerapan membeli-belah (sebulan): Jumlah perbelanjaan bulanan: (tandakan 3) < RM100 RM300 – RM499 RM100 – RM299 > RM500 Bahagian B: Latar Belakang Produk yang Digunakan Sekarang Nama produk yang digunakan Ciri produk yang digunakan Mengapakah produk digunakan? Kebaikan produk sedia ada Kelemahan produk sedia ada Bahagian C: Penambahbaikan Apakah penambahbaikan yang perlu ada pada produk yang akan dihasilkan? Bahagian D: Lain-lain (Isikan sebagai maklumat tambahan pelanggan) 3 108 PB BAB 2 Pembangunan Produk BAB 2
1.2 Penyelesaian masalah inventif Prinsip inventif diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah inventif yang dihadapi pelanggan apabila menggunakan berus kasut. memegang memegang memegang memegang memegang menggerak menggerak kotor kotor memegang memegang menyingkir menyingkir Kasut Tangan Habuk Air Krim kasut Rongga Gam Berus Pemegang berus Tangan Berdasarkan model fungsi, didapati masalah berpunca daripada . Analisis berantai punca-kesan telah dijalankan untuk mengenal pasti punca dan kesan bagi masalah. 1.3 Borang projek brief Tajuk: Kriteria pertimbangan utama Catatan Fungsi 1. Apakah kegunaan produk ini? 2. Di manakah produk ini digunakan? Persembahan 1. Bagaimanakah cara produk ini dipersembahkan? Tujuan pasaran 1. Siapakah yang akan menggunakannya? 2. Siapakah pesaing yang wujud? 3. Pelanggan bagaimanakah yang akan menggunakan produk ini? Kuantiti 1. Berapakah jumlah yang diperlukan? Stail/Gaya 1. Bagaimanakah reka bentuk produk ini? 2. Adakah reka bentuk ini akan mendapat perhatian di pasaran? Kualiti 1. Bagaimanakah kualiti pembuatannya? 2. Adakah pelanggan mempunyai sebarang permintaan yang istimewa? Anggaran kos seunit 1. Berapakah kos untuk menghasilkan seunit produk? Jangka masa 1. Bilakah pelanggan ingin projek ini disiapkan? 4 PB 109 Penghasilan Produk BAB 2
1.4 Aplikasi projek brief dalam bentuk jadual Tajuk: A Tajuk projek 1. Apakah jenis produk atau perkhidmatan? 2. Apakah kegunaan produk ini? 3. Di manakah produk ini akan digunakan? B Gambaran keseluruhan projek 1. Siapakah yang akan menggunakannya? 2. Apakah tujuan produk ini dihasilkan? 3. Adakah produk ini diperlukan oleh pelanggan? 4. Bagaimanakah produk ini digunakan atau dipersembahkan? C Reka bentuk produk 1. Apakah elemen dan prinsip reka bentuk yang akan digunakan? 2. Apakah konsep reka bentuk yang ingin diterapkan? 3. Adakah produk ini inovasi daripada produk sedia ada atau produk yang baharu dibangunkan? D Perancangan dalam pengurusan projek 1. Pembahagian kumpulan kerja 2. Jadual kerja 3. Kos pengeluaran 4. Kuantiti penghasilan E Analisis kajian reka bentuk produk dan pasaran 1. Membuat perbandingan dari segi fungsi, persembahan, tujuan pasaran, kuantiti, kualiti, anggaran kos seunit dan jangka masa. 2. Adakah produk ini akan mendapat permintaan di pasaran? F Lakaran idea 1. Bagaimanakah rupa bentuk produk dalam bentuk 2D dan 3D? G Penghasilan mock-up atau model 1. Bahan dan peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan mock-up atau model. 2.0 PENENTUAN GABUNGAN TEKNOLOGI 2.1 Teknologi yang dipilih Saya/Kami telah memilih gabungan reka bentuk dan reka bentuk untuk digabungkan dalam penghasilan produk . 2.2 Tujuan penggunaan teknologi Reka bentuk (teknologi yang dipilih) dan reka bentuk (teknologi yang dipilih) telah dipilih kerana . 5 110 PB BAB 2 Pembangunan Produk BAB 2
Pad penggilap Pemegang Suis tekan tutup Elemen - Garisan - Ruang - Bentuk - Rupa - Tekstur Lakaran idea 3 Prinsip - Keseimbangan - Kesatuan Suis tekan tutup Pad penggilap Motor AT Bateri Pandangan hadapan Elemen - Garisan - Ruang - Bentuk - Rupa - Tekstur Lakaran idea 1 6 2.3 Fungsi teknologi 1. Reka bentuk elektrik: Motor AT berputar menggerakkan gear. 2. 2.4 Kekuatan dan kelemahan teknologi Aplikasi teknologi Komponen Kekuatan Kelemahan 3.0 PERANCANGAN KONSEP 3.1 Pemilihan konsep reka bentuk Saya/Kami telah memilih konsep kerana Elemen reka bentuk yang digunakan pada lakaran ialah Prinsip reka bentuk yang digunakan pada lakaran ialah 3.2 Lakaran perkembangan idea Pad penggilap Penyambung motor AT Pemegang Suis tekan tutup Elemen - Garisan - Ruang - Bentuk - Rupa - Tekstur Prinsip - Keseimbangan - Kesatuan Pandangan hadapan Lakaran idea 2 Elemen - Garisan - Ruang - Bentuk - Rupa - Tekstur Prinsip - Keseimbangan - Kesatuan Pemegang Suis tekan tutup Pad penggilap 3 Lakaran yang dipilih Pandangan hadapan Lakaran idea 4 Pandangan hadapan Prinsip - Keseimbangan - Kesatuan PB 111 Penghasilan Produk BAB 2
4.0 LAKARAN AKHIR 4.1 Lakaran bermaklumat 4.2 Lakaran ceraian Penutup atas Motor AT Gear taji Suis tekan tutup Pemegang bateri Perumah Skru kayu Bateri Pad penggilap Penutup bawah Penutup bateri 7 Nama produk: Penggilap Kasut Magik Bahan • Span tebal • MDF • Kayu • Bateri • Motor AT • Suis tekan tutup • Set gear taji • Pemegang bateri • Wayar lembar tunggal • Skru kayu Prinsip - Keseimbangan - Kesatuan Elemen - Garisan - Rupa - Bentuk - Warna - Tekstur - Ruang Pad penggilap ∅ 50 mm Span Perumah motor AT dan gear Penutup bawah Penutup atas Pemegang dan tempat bateri Penutup bateri Suis tekan tutup 25 mm 70 mm 180 mm 30 mm 112 PB BAB 2 Pembangunan Produk BAB 2
4.3 Analisis lakaran produk dari aspek elemen reka bentuk Elemen Ada Tiada Ulasan 1 Garisan 2 Ruang 3 Rupa 4 Bentuk 5 Tekstur 6 Saiz 7 Warna 8 Nilai 4.4 Analisis lakaran produk dari aspek prinsip reka bentuk Prinsip Ada Tiada Ulasan 1 Keseimbangan 2 Penekanan 3 Keringkasan 4 Pergerakan 5 Pengulangan 6 Kontras 7 Kepelbagaian 8 Kesatuan 9 Harmoni 5.0 JADUAL KERJA Aktiviti Minggu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 Penerangan keperluan pelanggan kepada pereka bentuk (Kajian keperluan pelanggan) 3 2 Perbincangan konsep bersama pelanggan (projek brief) 3 3 Melakar reka bentuk produk 3 4 Penyediaan mock-up atau model 3 3 5 Mengukur, menanda, memotong dan memasang produk. Kemasan. 3 3 6 Pengujian dan penilaian kefungsian 3 3 7 Kerja siap. Membuat dokumentasi dan tuntutan bayaran 3 8 PB 113 Penghasilan Produk BAB 2
6.0 PENGURUSAN KEWANGAN 6.1 Konsep SMART S Tujuan projek Nama projek Tujuan Bilangan Sasaran M Pengagihan kewangan A Kos bahan Bahan Kuantiti Kos seunit (RM) Jumlah (RM) Jumlah B Kos upah = bilangan pekerja × masa × kadar upah sejam × bilangan hari = C Kos overhed Perkara Kos sehari (RM) Bilangan hari Jumlah (RM) Jumlah D Jumlah modal = kos bahan + kos upah + kos overhed = E Kos jualan = kos pengeluaran seunit produk + peratus keuntungan = A Boleh dicapai Keuntungan = kos jualan - kos pengeluaran seunit produk = R Realistik T Tempoh masa 7.0 PENGHASILAN PRODUK A Mengukur, menanda dan memotong bahan 1. Ukur dan tandakan ukuran pada kayu dan MDF. 2. B Membina dan mencantum bahagian produk 1. Sapu komponen produk dengan glu PVA untuk mencantum dan membentuk perumah. 2. 9 114 PB BAB 2 Pembangunan Produk BAB 2
C Membuat kemasan 1. Balut suis tekan tutup dengan menggunakan masking tape. 2. 3. 8.0 PENGUJIAN DAN PENILAIAN Saya/Kami telah memilih kaedah ujian untuk menguji kefungsian dan kesesuaian produk . Aspek ujian yang dijalankan ialah 8.1 Pengujian Kasut sebelum dibersihkan dan digilap Aspek ujian Menggunakan kaedah konvensional Masa yang diambil Menggunakan kaedah baharu Masa yang diambil Kebersihan Kegemerlapan Keputusan Kasut selepas dibersihkan dan digilap Penggilap kasut magik Penggilap kasut magik Berus kasut konvensional Kain 2 minit 2 minit 2 min 2 min 4 minit 6 minit 4 min 6 min Berdasarkan ujian , dapat dirumuskan bahawa 10 PB 115 Penghasilan Produk BAB 2
8.2 Analisis keputusan pengujian Aspek produk Kekuatan Kelemahan A Kefungsian B Ergonomik C Reka Bentuk dan Nilai Estetika D Keselamatan 8.3 Penilaian Tuliskan cadangan anda untuk menambahbaik produk ini. ~ TERIMA KASIH ~ NAMA: PEKERJAAN: BORANG SOAL SELIDIK BAGI: Arahan: Tandakan ʻ3ʼ untuk menyatakan pendapat anda terhadap aspek produk yang dinilai. Aspek produk Ya Tidak A Kefungsian B Ergonomik C Reka Bentuk dan Nilai Estetika D Keselamatan 8.4 Analisis keputusan penilaian Aspek produk % Ya % Tidak Kesimpulan A Kefungsian B Ergonomik C Reka Bentuk dan Nilai Estetika D Keselamatan 11 116 PB BAB 2 Pembangunan Produk BAB 2
8.5 Menilai kesesuaian produk Hasil penilaian terhadap keputusan pengujian, produk _______________________ didapati sesuai digunakan kerana memiliki ciri-ciri yang berikut: 1. Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu dan span sesuai dengan produk 2. 9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Berdasarkan laporan pengujian dan penilaian, produk didapati mampu berfungsi seperti yang dirancang dan selamat digunakan oleh pengguna. Walau bagaimanapun, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan pada produk. Kelemahan yang dikenalpasti Cadangan penambahbaikan Lakaran cadangan penambahbaikan pada produk Suis dan pengawal kelajuan Pemegang dan penutup ruang bateri Ruang motor AT Pengecas bateri Tempat sambungan pengecas Pad penggilap Tapak penggilap Gear 10.0 PENUTUP (Nama produk) merupakan reka bentuk produk yang dihasilkan dengan tujuan untuk memudahkan pengguna (fungsi produk). Harapan saya, ini akan dapat memenuhi keperluan semua kategori pengguna. telah direka bentuk dengan yang selesa. Saiznya yang kecil memudahkan produk ini dikendalikan dan dibawa ke mana sahaja. Harga produk yang berpatutan menjadikan produk mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Akhir kata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan bantuan kepada saya sehingga produk ini berjaya dihasilkan. BIBLIOGRAFI Istilah Kejuruteraan: Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Jamil, A.B. & Azra, O. (2017). Reka Cipta Tingkatan 5. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Kaharruddin, I., Azmi, M.Y., Ramli, A. (2002). Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 12 PB 117 Penghasilan Produk BAB 2
12.0 LAMPIRAN Lukisan unjuran ortografik sudut ketiga Lukisan isometrik Lukisan skematik litar 13 1. Sediakan sudut persembahan di bengkel mengikut kumpulan bagi mempersembahkan dokumentasi dan produk yang telah dihasilkan. 2. Guru dan murid-murid lain bergerak dari satu sudut persembahan ke sudut persembahan yang lain. 3. Bentangkan hasil dokumentasi dan produk kepada guru dan murid-murid yang lain. 4. Gunakan media persembahan yang bersesuaian mengikut kemahiran sedia ada murid. 5. Jalankan sesi perbincangan bersama guru dan rakan-rakan. 6. Serahkan dokumentasi dan produk kepada guru untuk tujuan pemarkahan. PAK-21 Pembentangan Hasil Sendiri Aktiviti Persembahan dokumentasi Kreativiti dan Inovasi EMK 30° 30° 118 PB BAB 2 Pembangunan Produk BAB 2
Pembangunan Produk Menyatakan produk yang hendak dihasilkan berdasarkan kajian keperluan pelanggan dan projek brief Mengenal pasti asas teknologi yang sesuai dengan kehendak reka bentuk produk Menghasilkan lakaran produk yang hendak dibuat Menyediakan jadual kerja Menyediakan dokumentasi Merancang konsep, elemen dan prinsip reka bentuk yang dipersetujui dalam bentuk lakaran Membuat senarai bahan, peralatan dan bajet produk Menghasilkan produk berfungsi atau berfungsi sebahagian Membuat pengujian dan penilaian kefungsian serta kesesuaian produk Membuat cadangan penambahbaikan produk berdasarkan laporan keputusan ujian Kajian keperluan pelanggan Projek brief Justifikasi pereka bentuk semasa memilih teknologi Teknologi yang sesuai dengan kehendak reka bentuk produk Konsep penghasilan idea Elemen dan prinsip reka bentuk Penghasilan Produk KUIZ Interaktif R U M U S A N Lakaran perkembangan idea Lakaran reka bentuk produk dari aspek elemen dan prinsip reka bentuk Senarai bahan untuk menghasilkan Penggilap Kasut Magik Senarai peralatan untuk menghasilkan Penggilap Kasut Magik Bajet produk Pengujian, penilaian, kesesuaian produk Penghasilan produk Tahap keselamatan Pendokumentasian Format laporan penghasilan produk Persembahan Ciri-ciri produk berfungsi dan produk berfungsi sebahagian Kepentingan merancang pembinaan produk berfungsi atau produk berfungsi sebahagian Lakaran 3D, lakaran ceraian, lukisan kerja goo.gl/LpQTmB Langkah-langkah menghasilkan produk berfungsi Penggilap Kasut Magik PB 119 Penghasilan Produk BAB 2
Bahagian A Isikan tempat kosong. 1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. (a) Kriteria utama dalam kajian keperluan pelanggan ialah , dan . (b) • Dihasilkan sebelum produk berfungsi sebahagian dibina • Mengikut skala atau mengikut saiz sebenar • Dibina menggunakan bukan bahan sebenar • Tidak berfungsi sepenuhnya Ciri-ciri di atas merujuk kepada . (c) Konsep penghasilan idea terbahagi kepada dua, iaitu dan . (d) Kaedah pengujian yang boleh dijalankan terhadap suatu produk yang telah dihasilkan ialah dan . 2. Padankan cara mendapatkan maklumat dengan penerangan yang betul. Projek brief Penyelesaian masalah inventif Mengenal pasti keperluan pelanggan dan matlamat produk. Penyelesaian masalah secara berstruktur berdasarkan logik, data dan idea yang dijana melalui prinsip inventif. Proses perbincangan awal yang bertujuan mendapatkan maklumat secara terus daripada pelanggan tentang produk yang ingin dibangunkan. Kajian keperluan pelanggan Semak JAWAPAN goo.gl/LcF2dm 120 PB BAB 2 Pembangunan Produk Latihan Pengukuhan
3. Nyatakan nama dan fungsi alatan di bawah. (a) (b) (c) Bahagian B Jawab semua soalan. 1. Rajah 1 menunjukkan suatu contoh lakaran produk. Kayu Epoxy resin 60 mm 20 mm 5 mm Rantai penyangkut Rajah 1 (a) Senaraikan elemen dan prinsip reka bentuk yang terdapat pada lakaran produk pada Rajah 1. (b) Berdasarkan jawapan anda di (a), huraikan peranan elemen dan prinsip reka bentuk pada lakaran produk yang ditunjukkan. (c) Cadangkan dua penambahbaikan yang sesuai dilakukan pada lakaran produk. 2. Apakah garis panduan menyediakan jadual kerja? 3. Senaraikan kepentingan merancang pembinaan produk berfungsi atau produk berfungsi sebahagian. Nama alatan: Fungsi: Nama alatan: Fungsi: Nama alatan: Fungsi: PB 121 Penghasilan Produk
Reka Bentuk 3 dalam Perniagaan Akses Pantas Elemen Penting Pemasaran goo.gl/y5ceUK Reka bentuk pengiklanan yang dapat memberikan impak kepada sasaran pasaran merupakan iklan yang berkesan. Sesuatu produk yang ingin dipasarkan harus diiklankan agar dikenali oleh pengguna. Bagaimanakah reka bentuk pengiklanan boleh mempengaruhi pemasaran produk? Reka bentuk pengiklanan merupakan instrumen penting dalam pemasaran produk. Pengiklanan berperanan untuk menyampaikan maklumat tentang produk yang telah direka bentuk oleh pengeluar kepada pengguna. Pengiklanan boleh dilakukan melalui pelbagai medium seperti media elektronik, media cetak atau media sosial. Bab 122 123
Tidak dapat mengesan kesesakan lalu lintas. Sila semak sambungan internet anda. 122 123 Standard Kandungan 3.1 Reka bentuk sebagai instrumen pemasaran
Pengeluar perlu kreatif dalam membuat perancangan yang teliti supaya reka bentuk produk yang dipasarkan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Dengan demikian, produk yang dihasilkan mampu memberikan keuntungan yang maksimum. Kita boleh melihat pelbagai pilihan reka bentuk produk di pasaran. Namun, setiap reka bentuk produk tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri pada pandangan setiap pengguna. Murid boleh: • Menyatakan maksud pemasaran • Menerangkan peranan reka bentuk dalam pemasaran • Mengenal pasti kaedah reka bentuk pengiklanan • Memilih kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai untuk memasarkan produk yang dihasilkan • Menganalisis kaedah reka bentuk pengiklanan yang dipilih • Membuat rumusan kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai dengan produk • Menghasilkan reka bentuk pengiklanan Standard Pembelajaran Gambar foto 3.1 Reka bentuk beg sandang Gambar foto 3.1 menunjukkan pelbagai pilihan reka bentuk beg sandang yang berada di pasaran. Pilihan reka bentuk yang berbeza ini penting bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. 124 PB Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran Kata Kunci • pengeluar • keperluan • kehendak • pemasaran • pengguna • produk • pengiklanan 3.1
XYZ 123 3.1.1 Menyatakan Maksud Pemasaran Pemasaran ialah aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna. Menurut Philip Kotler, pemasaran ialah satu proses sosial dan pengurusan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna menerusi proses pertukaran produk dan nilai antara satu sama lain. Dengan kata lain, pemasaran ialah proses atau aktiviti yang dilakukan oleh pihak pengeluar untuk memasar dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu produk bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Sebagai contoh, pengeluar kereta Malaysia, iaitu Proton Holdings Berhad menyampaikan maklumat tentang kereta terbaharu kepada pengguna menerusi aktiviti pemasaran. Rajah 3.2 Peta alir dalam bidang pemasaran Pengeluar Pengguna Rajah 3.1 Aktiviti pemasaran daripada pengeluar kepada pengguna Akses Pantas Elemen dalam Bidang Pemasaran goo.gl/R5iym2 Aktiviti pemasaran Philip Kotler merupakan salah seorang pakar pemasaran yang terkemuka di dunia. Beliau mempunyai pengaruh yang besar dalam ilmu pemasaran. Philip Kotler juga telah menulis lebih 60 naskhah buku berkenaan pemasaran seperti Principle of Marketing, Marketing an Introduction dan banyak lagi. Buku-buku beliau menjadi rujukan pelajar dan juga organisasi yang berkaitan dengan pemasaran. Info Bestari Keperluan dan kehendak pengguna Permintaan Nilai Pasaran Produk Pertukaran Urus niaga Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran PB 125 BAB 3
Pengeluar Menentukan produk yang hendak dikeluarkan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Pergudangan Kegiatan menyimpan produk di dalam gudang. Di sini juga, aktiviti akhir seperti melabel dan membungkus dilakukan. Pengguna akhir Pengguna yang membeli produk bagi kegunaan peribadi, keluarga atau isi rumah. Pengguna organisasi Pengguna yang membeli produk untuk digunakan dalam kegiatan perniagaan seperti teksi sewa beli. MULA TAMAT YZX 123 XYZ 123 BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 126 127 BAB 3
1. Senaraikan produk kegemaran anda. 2. Seterusnya, kongsikan pengalaman anda mengenali dan mengetahui tentang produk yang telah disenaraikan. 3. Nyatakan tempat untuk mendapatkan produk kegemaran anda itu. 4. Kongsikan dengan rakan sebab anda menggemari produk itu. Aktiviti Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemasaran sesuatu produk 1. Nyatakan maksud pemasaran. 2. Nyatakan aktiviti dalam pemasaran. Pengangkutan Aktiviti mengagihkan produk dari satu tempat ke tempat yang memerlukan. Promosi Aktiviti pengiklanan, promosi jualan, jualan langsung dan publisiti yang bertujuan untuk memperkenalkan produk. Perniagaan Aktiviti jual beli produk dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Rajah 3.3 Aliran pemasaran produk keluaran Proton Holdings Berhad 012-345XXXX Jaminan 5 tahun Kadar faedah serendah 2.95%* 3 tahun Servis Percuma Jaminan penghantaran pantas (Pegawai Pemasaran Proton) tertakluk kepada terma dan syarat [email protected] Praktis Formatif Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran 126 127 BAB 3
Peranan reka bentuk dalam pemasaran • Fungsi produk • Reka bentuk produk • Kekuatan dan kelemahan produk • Nilai produk • Trend • Pengenalan diri produk • Rangkaian perkongsian teknologi dan produk • Rakan strategik perniagaan 3.1.2 Menerangkan Peranan Reka Bentuk dalam Pemasaran Produk yang ingin dipasarkan terdiri daripada sesuatu barangan atau perkhidmatan. Setiap produk yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Ciri-ciri tersebut merujuk kepada kualiti yang ada pada produk seperti reka bentuk, warna atau saiz produk. Reka bentuk produk yang dipersembahkan dengan baik memainkan peranan penting dalam pemasaran bagi menarik perhatian pengguna. Peranan reka bentuk dalam pemasaran terbahagi kepada tiga, iaitu: • Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. • Merupakan saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna. • Mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk. Reka bentuk ialah pengetahuan mengenai penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberikan kesan kepada kehidupan. Imbas Semula Imbas Semula Rajah 3.4 Peranan reka bentuk dalam pemasaran Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna Merupakan saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna Mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 128 PB BAB 3
Jadual 3.1 Beberapa reka bentuk fail yang dihasilkan melalui ciri fungsi produk Reka bentuk fail Fail poket Fail pengurusan Fail sijil Fungsi Menyimpan helaian tugasan Menyimpan helaian tugasan mengikut kategori Menyimpan sijil-sijil dan dokumen persendirian Senaraikan sebanyak mungkin produk yang anda gunakan bagi memudahkan urusan seharian. Kemudian, kategorikan produk tersebut sama ada produk tersebut merupakan keperluan atau kehendak. Cabar Minda A Keperluan dan kehendak pengguna Produk yang dicipta ialah sesuatu yang boleh ditawarkan kepada pengguna. Reka bentuk produk yang terdapat di pasaran memainkan peranan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna melalui ciri-ciri produk, iaitu: • Fungsi produk • Reka bentuk produk • Kekuatan dan kelemahan produk • Nilai produk • Trend Fungsi produk Pengguna akan membeli dan menggunakan sesuatu produk untuk memudahkan sesuatu urusan harian mereka. Pengguna akan membuat pertimbangan sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk berdasarkan fungsi produk tersebut. Jadual 3.1 menunjukkan beberapa reka bentuk fail yang dihasilkan melalui ciri fungsi produk. Antara kepentingan reka bentuk ialah: • Memenuhi kehendak individu dan masyarakat • Memudahkan urusan kerja melalui pengubahsuaian Imbas Semula Imbas Semula Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran PB 129 BAB 3
Peranan reka bentuk memberikan penekanan kepada beberapa kelompok sasaran, iaitu individu, masyarakat, pengeluar dan negara. Imbas Semula Imbas Semula Rajah 3.5 Beberapa reka bentuk meja makan yang dihasilkan melalui ciri reka bentuk produk Reka bentuk produk Lazimnya, reka bentuk produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna akan mudah dipasarkan. Namun, produk dengan reka bentuk yang mempunyai nilai tambah seperti menarik, unik dan selesa boleh mempengaruhi pasaran bagi produk tersebut. Rajah 3.5 menunjukkan beberapa reka bentuk meja makan yang dihasilkan melalui ciri reka bentuk produk. • Reka bentuk meja makan yang ringkas • Tidak memerlukan ruang yang besar • Reka bentuk meja makan yang eksklusif • Memerlukan ruang yang besar Senaraikan perabot yang ada di dalam pejabat, di dalam kelas dan di dalam rumah. Kemudian, buat perbandingan reka bentuk perabot tersebut walaupun mempunyai fungsi yang sama. Cabar Minda BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 130 PB BAB 3
Kekuatan dan kelemahan produk Sesuatu produk yang direka seharusnya mempunyai fungsi yang tersendiri. Prinsip reka bentuk ialah perkara yang menjadi panduan kepada pengeluar untuk mencipta produk bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Pengguna harus mengetahui produk yang diperlukan sama ada yang mementingkan kekuatan reka bentuk produk berbanding fungsi atau mementingkan kekuatan fungsi berbanding reka bentuk produk. Rajah 3.6 menunjukkan beberapa reka bentuk produk yang dihasilkan melalui ciri kekuatan dan kelemahan produk. Kekuatan: Fungsi kipas mempunyai kuasa putaran angin yang kuat dan laju Kelemahan: Reka bentuk kipas yang kurang menarik Kekuatan: Fungsi balang makanan yang kedap udara membolehkan makanan yang disimpan tahan lebih lama Kelemahan: Reka bentuk balang makanan yang kurang menarik Kekuatan: Reka bentuk kipas yang menarik Kelemahan: Fungsi kipas mempunyai kuasa putaran angin yang perlahan Kekuatan: Reka bentuk balang makanan yang menarik Kelemahan: Fungsi balang makanan yang tidak kedap udara menyebabkan makanan yang disimpan mudah rosak Rajah 3.6 Beberapa reka bentuk produk yang dihasilkan melalui ciri kekuatan dan kelemahan produk Reka bentuk kipas Reka bentuk balang makanan Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran PB 131 BAB 3
Reka bentuk radio yang tidak boleh menyokong aplikasi Internet Nilai produk Nilai produk bagi pengguna lazimnya wujud berdasarkan keperluan dan kehendak pengguna. Nilai terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan akan diperoleh apabila pengguna mendapat faedah daripada penggunaannya. Rajah 3.7 menunjukkan beberapa reka bentuk produk yang dihasilkan melalui ciri nilai produk. Senaraikan beberapa contoh nilai produk berdasarkan keperluan dan kehendak pengguna. Cabar Minda Reka bentuk radio yang boleh menyokong aplikasi Internet Reka bentuk kerusi pada perkhidmatan penerbangan yang ditawarkan kepada pengguna yang memilih Kelas Perniagaan Reka bentuk kerusi pada perkhidmatan penerbangan yang ditawarkan kepada pengguna yang memilih Kelas Ekonomi Rajah 3.7 Beberapa reka bentuk produk yang dihasilkan melalui ciri nilai produk Nilai barang Nilai perkhidmatan BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 132 PB BAB 3
Trend Trend ditentukan oleh permintaan dan penawaran ke atas sesuatu produk, perkhidmatan, gaya hidup, teknologi dan sebagainya. Trend berlaku dalam tempoh tertentu dan berakhir apabila berlakunya perubahan trend yang lain. Rajah 3.8 menunjukkan beberapa reka bentuk produk yang dihasilkan melalui ciri trend. Teknologi: Telefon bimbit Berhemat ketika membeli-belah. Belilah barangan mengikut keperluan. Nilai Murni Berfungsi untuk menerima panggilan masuk dan keluar sahaja. Pakaian wanita yang digunakan pada tahun 1950-an di Asia Tenggara. Seterusnya, kefungsian telefon ditambah dengan khidmat pesanan ringkas. Pakaian wanita yang telah diubah suai mengikut perkembangsan semasa, tetapi masih mencirikan budaya Asia Tenggara. Kini, telefon pintar mempunyai kemudahan Internet dan pelbagai aplikasi menjadi trend. Kini, pakaian wanita moden yang menjadi trend tetapi masih mencirikan budaya Asia Tenggara. Rajah 3.8 Beberapa reka bentuk produk yang dihasilkan melalui ciri trend Menu Fesyen: Pakaian Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran PB 133 BAB 3
B Saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna Komunikasi ialah proses untuk menyampaikan maklumat dan perihal mengenai produk dan perkhidmatan. Komunikasi berlaku antara dua pihak, iaitu pengeluar dan pengguna. Reka bentuk sesuatu produk memainkan peranan yang penting sebagai saluran komunikasi kepada pengguna untuk membeli sesuatu produk. Setiap produk mempunyai pengenalan diri sebagai identiti. Pengenalan diri sesuatu produk adalah penting untuk menarik minat pengguna baharu dan mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Pengenalan diri yang dikenali sebagai platform DNA boleh ditonjolkan pada reka bentuk produk melalui penjenamaan, kesetiaan, boleh diingat, dikenali dan kebolehpercayaan kepada jenama. Pengenalan diri produk Penjenamaan Kesetiaan Boleh diingat Dikenali Kebolehpercayaan kepada jenama Rajah 3.9 Jenis-jenis pengenalan diri produk Penjenamaan Penjenamaan (branding) menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud pemberian jenama kepada sesuatu barang yang dihasilkan. Penjenamaan menyampaikan maklumat berkenaan kualiti keluaran dengan menggunakan simbol yang tertentu. Simbol terdiri daripada nama, lambang, reka bentuk atau kombinasi kesemuanya bagi menjadikan simbol tersebut berbeza daripada yang lain. Terdapat beberapa jenis penjenamaan produk, iaitu melalui bentuk nama (brand name), bentuk cap (brand mark), bentuk cap dagangan (trademark) dan bentuk persendirian (trade character). Gambar foto 3.2 Contoh produk melalui penjenamaan BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 134 PB BAB 3
Penjenamaan produk Bentuk nama (Brand name) • Mengandungi nombor, perkataan atau huruf yang boleh disebut. Contoh: Bentuk cap (Brand mark) • Menggunakan bentuk simbol, reka bentuk warna atau huruf yang unik. Contoh: Bentuk cap dagangan (Trademark) • Cap dagangan dalam bentuk perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi kesemuanya yang mempunyai simbol TM, atau ® atau ©. Contoh: Bentuk persendirian (Trade character) • Menonjolkan individu yang merupakan pelopor bagi sesuatu produk tertentu. Contoh: Rajah 3.10 Jenis penjenamaan produk Namakan satu produk yang anda kenali dan nyatakan jenis penjenamaan bagi produk tersebut. Cabar Minda Tanda untuk trademark dan masih belum didaftarkan. Jenama yang telah mendapat kelulusan pendaftaran, mengikut undang-undang untuk digunakan oleh penjual secara eksklusif. Hak cipta sesuatu produk. Info Bestari TM Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran PB 135 BAB 3
Kesetiaan Kesetiaan pengguna ialah pilihan pengguna untuk terus kekal dengan produk dan jenama tertentu. Untuk terus kekal terhadap sesuatu jenama, pengguna akan memilih kredibiliti, kualiti, reka bentuk terkini, selamat dan harga yang kompetitif. Dikenali Reka bentuk produk dapat menguasai pasaran kerana telah dikenali oleh pengguna. Lazimnya, produk telah lama berada di pasaran dan boleh dikenali walaupun hanya melalui bentuk fizikalnya sahaja. Kebolehpercayaan kepada jenama Pengguna akan memilih produk yang mempunyai jenama yang boleh dipercayai dan mempunyai ciri-ciri yang terbaik dari segi kualiti, fungsi, jaminan keselamatan dan reka bentuk. Ciri-ciri tersebut yang ada pada sesuatu produk menyebabkan pengguna mempercayai dan seterusnya memilih produk tersebut bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Beli dan sokonglah barangan buatan Malaysia. Nilai Murni Boleh ingat Reka bentuk dapat menguasai pasaran kerana produk yang mempunyai identiti boleh diingat oleh pengguna. Identiti tersebut merangkumi fungsi, warna atau bentuk fizikal. BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 136 PB BAB 3
C Pengukuhan penjenamaan sesuatu produk Salah satu cara untuk meningkatkan kualiti produk, perkhidmatan dan keuntungan adalah dengan melibatkan kegiatan rakan strategik. Gabungan daripada pengeluar produk dan perkhidmatan yang berbeza memberikan kesan kepada pengukuhan jenama dan pengurangan kos. Selain itu, reka bentuk dari segi jenama, pemasaran, sumber luar, perlesenan dan agihan daripada rakan usaha sama dapat digunakan. Terdapat dua jenis pengukuhan penjenamaan melalui rakan strategik, iaitu: • Rakan perkongsian teknologi dan produk • Rakan strategik perniagaan Rakan perkongsian teknologi dan produk Rangkaian perkongsian teknologi dan produk bermaksud gabungan teknologi dan produk daripada pengeluar yang berlainan digabungkan untuk menghasilkan reka bentuk produk baharu. Gabungan ini akan memberikan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak. Contohnya, perjanjian rakan perkongsian teknologi dan produk antara DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom) dan Zhejiang Geely Holding Group (Geely) pada tahun 2017. Geely ialah syarikat pengeluar automotif terbaik di China dan antara yang terbaik di dunia. Manakala, DRB-Hicom Bhd. ialah syarikat Malaysia yang terlibat dalam industri pembuatan, pemasangan dan pengedaran automotif. Sebelum ini, Proton pernah membuat perkongsian teknologi dan produk dengan menggunakan teknologi daripada jenama Mitsubishi dan Honda. Perkongsian teknologi dan produk bersama Mitsubishi menghasilkan reka bentuk Proton Inspira. Manakala, bersama Honda menghasilkan reka bentuk Proton Perdana. Gambar foto 3.3 Perkongsian teknologi jenama Mitsubishi dengan Proton Gambar foto 3.4 Perkongsian teknologi jenama Honda dengan Proton XYZ 123 XY 123 Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran PB 137 BAB 3
Praktis Formatif Rakan strategik perniagaan Penjenamaan boleh diperkukuhkan dengan mengadakan rakan strategik perniagaan. Hal ini dapat mewujudkan kerjasama dengan rakan niaga strategik yang berdaya maju, berpengalaman dan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Contohnya, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. atau dikenali sebagai ‘MODENAS’, selaku sebuah jenama pengeluar motosikal tempatan yang menghasilkan pelbagai model motosikal. Bagi memperkukuh penjenamaan, ‘MODENAS’ mengeluarkan enam model terbaharu, iaitu skuter dan streetbike, hasil kerjasama dengan dua rakan strategik perniagaan, iaitu KYMCO dari Korea dan BAJAJ Auto dari India. Modus operandi ‘MODENAS’ adalah dengan mengambil model yang sedia ada daripada rakan strategik perniagaan, menjenamakan semula dan memasarkan di negara ini. Gambar foto 3.5 Contoh reka bentuk produk yang dihasilkan melalui rakan strategik perniagaan 1. Bahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. 2. Berikan setiap kumpulan gambar foto dua produk yang sama jenis tetapi berlainan jenama. 3. Secara berkumpulan, bandingkan peranan reka bentuk dalam mempengaruhi pemasaran kedua-dua produk berkenaan. 4. Tuliskan perbandingan dalam bentuk peta i-THINK dan tampalkan di stesen masing-masing. 5. Kemudian, setiap ahli kumpulan bergerak ke stesen yang lain selama 5 hingga 7 minit. Rekod dan bincangkan maklumat daripada peta i-THINK di setiap stesen yang lain. Kreativiti dan Inovasi EMK PAK-21 Gallery Walk Aktiviti Memahami peranan reka bentuk dalam mempengaruhi pemasaran produk 1. Senaraikan peranan reka bentuk dalam pemasaran. 2. Nyatakan dua contoh nilai produk bagi pengguna. 3. Senaraikan lima jenis pengenalan diri produk bagi pengguna. BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 138 PB BAB 3
3.1.3 Mengenal Pasti Kaedah Reka Bentuk Pengiklanan Bagi memasarkan produk kepada pengguna, promosi perlu dilakukan bagi menyaingi produk-produk yang sedia ada di pasaran. Promosi penting untuk memperkenalkan sesuatu produk kepada pengguna. Jenis promosi yang digunakan bergantung kepada jenis produk, pengguna sasaran, luas pasaran dan sebagainya. Pengiklanan merupakan salah satu daripada jenis promosi yang biasa digunakan oleh pengeluar bagi memasarkan produk mereka. Pengiklanan bermaksud sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi dan ditujukan kepada golongan sasaran. Pengiklanan bertujuan untuk mempromosikan, memperkenalkan, meningkatkan atau melariskan jualan sesuatu produk, perkhidmatan atau idea penaja yang tertentu. A Kaedah reka bentuk pengiklanan Reka bentuk pengiklanan ialah karya dalam bentuk audio dan visual yang dicipta serta disusun untuk digunakan dalam iklan dengan tujuan untuk memasarkan produk. Bagi memastikan sesuatu pengiklanan berkesan, pengeluar perlu mengetahui kaedah reka bentuk pengiklanan yang terbaik untuk memasarkan sesuatu produk. Kaedah reka bentuk pengiklanan ialah cara maklumat tentang sesuatu produk disampaikan oleh pengeluar kepada pengguna. Rajah 3.11 menunjukkan kaedah dalam reka bentuk pengiklanan. Terdapat empat jenis promosi, iaitu: 1. Pengiklanan 2. Promosi jualan 3. Jualan langsung 4. Publisiti Info Bestari Rajah 3.11 Kaedah reka bentuk pengiklanan Penyampaian fakta Demonstrasi Kiasan atau ibarat Matlamat produk Perbandingan Kenyataan merangsang Gambar pegun Kaedah reka bentuk pengiklanan Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran PB 139 BAB 3
Matlamat produk Iklan menggunakan maklumat produk yang terperinci dan lengkap untuk memperkenalkan produk kepada pengguna. Pengeluar lazimnya menggunakan kaedah reka bentuk pengiklanan ini bagi memperkenalkan ciri-ciri atau keistimewaan produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Penyampaian fakta Iklan menyampaikan fakta secara tepat mengenai produk kepada pengguna. Lazimnya, fakta yang disampaikan berkaitan fungsi yang memerlukan bantuan teknikal dari segi penggunaan dan pengendalian produk. Kaedah reka bentuk pengiklanan bagi matlamat produk dan penyampaian fakta merupakan jenis bagi iklan penerangan. Iklan penerangan ialah iklan yang menyampaikan maklumat atau penerangan kepada orang ramai berkenaan sesuatu produk tanpa unsur pujukan. Info Bestari Deep-fry Pre-set Yogurt BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 140 PB BAB 3