Demonstrasi Iklan menunjukkan kelebihan dan cara pengendalian produk dalam keadaan yang sebenar. Lazimnya, kaedah iklan ini disampaikan melalui rakaman yang ditayangkan di media massa atau secara langsung di hadapan pengguna. Perbandingan Iklan menggunakan perbandingan antara produk baharu dengan produk yang telah lama berada di pasaran. Perbandingan boleh dibuat berdasarkan kualiti, masa, reka bentuk, rasa dan fungsi berbanding produk lain. Kenyataan merangsang Iklan menggunakan kenyataan merangsang supaya pelanggan berfikir dan tertarik dengan produk. Iklan ini biasanya digunakan untuk memujuk pengguna membeli produk tersebut. Kiasan atau ibarat Iklan menggunakan kiasan atau ibarat bertujuan untuk menegaskan kelebihan yang akan diperoleh pengguna sekiranya menggunakan produk mereka. Iklan ini boleh mempengaruhi pengguna secara psikologi. XY Kaedah reka bentuk pengiklanan bagi demonstrasi, perbandingan, kiasan atau ibarat dan kenyataan merangsang merupakan jenis bagi iklan memujuk. Iklan memujuk ialah iklan yang menonjolkan kelebihan sesuatu produk dengan tujuan untuk memujuk dan mempengaruhi para pengguna supaya membeli produk tersebut. Info Bestari Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran PB 141 BAB 3
Gambar pegun Iklan menggunakan gambar pegun sebagai titik fokus atau tumpuan pada bahagian tertentu produk. Iklan lazimnya dipaparkan dalam media cetak. Kaedah reka bentuk pengiklanan bagi gambar pegun merupakan jenis bagi iklan mengingat. Iklan mengingat ialah iklan yang mengingatkan pengguna tentang sesuatu produk agar pengguna peka dengan kewujudan produk tersebut. Info Bestari BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 142 PB BAB 3
Brosur, helaian edaran dan katalog • Brosur ialah kepingan kertas berlipat yang dicetak dengan maklumat terperinci mengenai sesuatu produk. • Helaian edaran ialah kepingan kertas yang mengandungi maklumat produk. • Katalog ialah lembaran yang mengandungi maklumat secara terperinci dan diedarkan oleh agen syarikat yang mengeluarkan produk tersebut untuk disampaikan kepada pengguna. Surat khabar dan majalah • Terdapat tiga jenis iklan di dalam surat khabar, iaitu iklan kecil, iklan muka surat dan iklan ruangan. • Setiap jenis majalah yang berada di pasaran mempunyai kumpulan sasaran tertentu. B Media pengiklanan Media pengiklanan ialah saluran, cara, atau perantaraan yang digunakan untuk menyampaikan iklan kepada pengguna. Setiap pengeluar atau peniaga akan menggunakan cara tersendiri dengan memilih kaedah pengiklanan yang sesuai untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka. Media pengiklanan boleh disampaikan melalui media massa, iaitu media cetak, media elektronik dan media sosial. Media cetak Media cetak sering menjadi pilihan pengeluar sebagai saluran pengiklanan. Hal ini demikian kerana pengiklanan media cetak sesuai untuk pelbagai jenis produk dan pelbagai peringkat umur. Pengiklanan melalui media cetak dilakukan melalui surat khabar, majalah, brosur, katalog, poster dan lain-lain. Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran PB 143 BAB 3
Media elektronik Pengiklanan melalui media elektronik merupakan salah satu pengiklanan yang mendapat sambutan dalam kalangan pengeluar. Cara ini merupakan cara yang paling menarik dan berkesan bagi mempromosikan barang atau perkhidmatan. Media elektronik menggunakan lakonan, gambar, perkataan, suara dan muzik untuk menjadikan iklan tersebut lebih menarik. Iklan jenis ini disampaikan melalui alat komunikasi massa seperti televisyen, radio dan papan digital. Radio • Radio menyampaikan iklan menerusi audio. Iklan di radio lazimnya diselitkan ketika rancangan radio ke udara dan pengguna pula akan mendengar semasa memandu atau bersantai di rumah. Papan digital • Papan digital merupakan salah satu produk hasil evolusi media elektronik terkini. Keunikan papan digital mampu menyampaikan maklumat penting kepada kumpulan sasaran dari semasa ke semasa. Televisyen • Televisyen menyampaikan iklan melalui visual dan audio, dengan unsur-unsur kreativiti yang tinggi, penuh aksi, berwarna-warni dan menarik. BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 144 PB BAB 3
Media sosial Pengiklanan melalui media sosial merupakan salah satu strategi pemasaran yang amat berkesan. Kemudahan Internet di hujung jari membolehkan pengeluar menggunakan media sosial sebagai platform untuk memperkenalkan produk mereka di serata dunia. Antara aplikasi media sosial yang sering digunakan ialah Facebook, Instagram, blog dan lain-lain. Beretika dalam penggunaan bahasa dan muat naik gambar di media sosial. Nilai Murni KAFEYAHANANA GERAI , KAFE RAFFLESIA Lemang sushi sejuk beku. Rasanya enak dan mudah disediakan. Hanya perlu kukus selama 15-20 minit sebelum dihidang. Berikut adalah senarai harga lemang sushi. Songket sulam kasih Tenun penuh 4 meter bidang 45 inci Tidak perlu lining Tidak perlu dry cleaning Sesuai dipakai dalam semua majlis Jangan fikir lama-lama. Dapatkan songket ini sebelum kehabisan stok. Berminat, hubungi saya. xxx.blogspot.com 1 set balang kuih bersaiz 500 ml RM150 termasuk kos penghantaran Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran PB 145 BAB 3
Luas pasaran Luas pasaran sesuatu produk akan mempengaruhi jenis media yang akan dipilih. Jika produk bertujuan untuk dipasarkan ke seluruh negara, maka penggunaan media pengiklanan yang mempunyai liputan meluas seperti radio, televisyen, papan digital dan media sosial adalah paling tepat. C Faktor pemilihan media pengiklanan Selain mengetahui kaedah reka bentuk pengiklanan, pengeluar perlu mengetahui beberapa faktor semasa memilih media pengiklanan yang sesuai untuk produk mereka. Proses ini penting bagi memastikan maklumat produk sampai kepada sasaran pengguna yang betul. Faktor yang perlu dipertimbangkan apabila memilih media pengiklanan ialah jenis dan sifat produk, kos pengiklanan, luas pasaran, sasaran pengguna dan saiz perniagaan. Jenis dan sifat produk Setiap produk yang akan diiklankan perlu sesuai dengan media pengiklanannya. Contohnya, produk yang memerlukan tunjuk cara dan khidmat nasihat tentang cara penggunaan dan penjagaan, sesuai diiklankan melalui media elektronik atau media sosial yang berunsurkan demonstrasi. Produk barangan makanan, pakaian atau buku pula sesuai diiklankan sama ada melalui media cetak, media elektronik atau media sosial. Kos pengiklanan Pengeluar perlu mengetahui jumlah keseluruhan kos pengiklanan yang dipilih supaya sesuai dengan kemampuan dan saiz operasi perniagaan mereka. Contohnya, perniagaan yang bersaiz kecil perlu memilih media yang berkos rendah, tetapi boleh memberikan pulangan yang menguntungkan seperti media sosial dan media cetak, iaitu brosur dan helaian edaran. BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 146 147 BAB 3
Saiz perniagaan Pengeluar yang mempunyai perniagaan bersaiz besar mampu memilih media pengiklanan yang lebih berkesan dan mahal seperti media elektronik, iaitu televisyen dan papan digital, berbanding dengan perniagaan yang bersaiz kecil. Sasaran pengguna Pengeluar perlu memastikan media pengiklanan yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasarannya. Contohnya, alat solek dan pakaian wanita sesuai diiklankan di media sosial dan media cetak seperti majalah wanita. Manakala, barangan yang berkaitan dengan sukan, sesuai diiklankan melalui media sosial dan media cetak seperti majalah sukan. Barangan permainan yang disasarkan kepada kanak-kanak pula sesuai diiklankan di media sosial dan media elektronik seperti televisyen. 1. Guru mengedarkan pelbagai contoh iklan produk kepada semua murid. 2. Semua murid perlu bergerak dan mencari iklan yang mempunyai kaedah reka bentuk pengiklanan yang sama. 3. Murid akan berkumpul dan berbincang bersama-sama ahli kumpulan untuk menganalisis kaedah reka bentuk pengiklanan yang mereka peroleh. 4. Kemudian, wakil daripada setiap kumpulan perlu mencatatkan hasil perbincangan dan tampal hasil kerja di bahagian ruangan kelas untuk dilihat oleh kumpulan lain. Aktiviti Mengenal pasti kaedah reka bentuk pengiklanan produk Praktis Formatif 1. Senaraikan tiga jenis media pengiklanan yang sering digunakan dalam pemasaran. 2. Senaraikan tiga kaedah reka bentuk pengiklanan produk yang digunakan oleh pengeluar dan nyatakan contoh iklan bagi setiap kaedah yang anda senaraikan. PAK-21 Mix and Match Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran 146 147 BAB 3
3.1.4 Memilih Kaedah Reka Bentuk Pengiklanan yang Sesuai untuk Memasarkan Produk yang Dihasilkan Setiap pengeluar akan berusaha untuk memastikan produk yang telah dihasilkan mampu bersaing di pasaran. Pemilihan kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai perlu diberikan perhatian bagi memastikan maklumat sampai kepada pengguna. Bagi jenama atau produk yang baharu, pengiklanan penting untuk menghasilkan reka bentuk imej baharu yang tersendiri. Hal ini demikian kerana produk tersebut dapat dibezakan dengan produk pesaing yang lain. A Penggilap Kasut Magik Jadual 3.2 Contoh jadual pemilihan kaedah reka bentuk pengiklanan bagi produk Penggilap Kasut Magik No. Kaedah Penerangan Justifikasi 1 Kenyataan merangsang Kaedah ini dipilih untuk menarik minat pengguna untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk. Slogan ‘Berkilat Tanpa Penat’ menyebabkan pengguna tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Penggilap Kasut Magik. 2 Matlamat produk Kaedah ini dipilih untuk memberitahu pengguna matlamat produk yang dihasilkan. Menyatakan fungsi atau matlamat Penggilap Kasut Magik yang boleh membantu pengguna menggilap kasut dengan cepat dan juga membersihkan kasut. 3 Penyampaian fakta Kaedah ini dipilih untuk menyampaikan fakta tentang produk dengan tepat kepada pengguna. Maklumat mengenai cara penggunaan dan kelebihan produk Penggilap Kasut Magik dapat disampaikan dengan lebih jelas. Elemen dan prinsip reka bentuk diaplikasikan untuk menghasilkan reka bentuk pengiklanan yang berkesan. Imbas Semula Imbas Semula BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 148 149 BAB 3
Rajah 3.12 Reka Bentuk Iklan 1 Percambahan idea Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran 148 149 Penyampaian fakta melalui ilustrasi yang menunjukkan cara menggunakan produk dalam situasi sebenar. Matlamat produk disampaikan melalui tajuk yang membantu ilustrasi. Kenyataan merangsang yang bertujuan menarik dan memujuk pengguna. Kenyataan merangsang melalui slogan yang menarik perhatian (catchy) pengguna. Warna latar belakang yang sesuai dan dapat menonjolkan produk. BAB 3
Rajah 3.13 Reka Bentuk Iklan 2 BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 150 151 Kenyataan merangsang yang bertujuan menarik minat pengguna. Matlamat produk disampaikan melalui tajuk yang dapat membantu ilustrasi. Warna pada latar belakang yang sesuai dan dapat menonjolkan produk. Maklumat yang lengkap mengenai tarikh dan lokasi demonstrasi produk. Kenyataan merangsang yang bertujuan menarik minat dan memujuk pengguna. BAB 3
Rajah 3.14 Reka Bentuk Iklan 3 Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran 150 151 Warna pada latar belakang yang sesuai dan dapat menonjolkan produk. Penyampaian fakta melalui penggunaan simbol. Matlamat produk disampaikan melalui tajuk yang dapat membantu ilustrasi. Penyampaian fakta melalui gambar foto kasut dan produk sebagai objek utama dalam reka bentuk. Kenyataan merangsang yang bertujuan menarik minat dan memujuk pengguna. BAB 3
B Pengagih Makanan Ikan Automatik Jadual 3.3 Contoh jadual pemilihan kaedah reka bentuk pengiklanan bagi produk Pengagih Makanan Ikan Automatik No. Kaedah Penerangan Justifikasi 1 Kiasan atau ibarat Kaedah ini dipilih untuk menarik minat pengguna untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang produk. Penggunaan gambar foto pada latar belakang sebagai kiasan atau ibarat menyebabkan pengguna tertarik untuk mengetahui keistimewaan produk Pengagih Makanan Ikan Automatik. 2 Perbandingan Kaedah ini dipilih untuk membuatkan pengguna menilai kelebihan dan keistimewaan produk. Memaparkan perbezaan gambar foto di antara tapak semaian, akuarium dan produk Pengagih Makanan Ikan Automatik. 3 Penyampaian fakta Kaedah ini dipilih untuk menyampaikan fakta tentang produk dengan tepat kepada pengguna. Memaparkan bahagian-bahagian dan cara produk Pengagih Makanan Ikan Automatik berfungsi. BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 152 153 BAB 3
Rajah 3.15 Reka Bentuk Iklan 1 Percambahan idea Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran 152 153 Kiasan atau ibarat melalui gambar foto pada latar belakang yang bertujuan menarik perhatian pengguna. Slogan yang bertujuan menarik minat pengguna. Matlamat produk disampaikan melalui tajuk yang dapat membantu ilustrasi. BAB 3
Rajah 3.16 Reka Bentuk Iklan 2 BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 154 155 Warna pada latar belakang yang sesuai dan dapat menonjolkan produk. Kenyataan merangsang yang bertujuan menarik dan memujuk pengguna. Perbandingan dijelaskan melalui gambar foto pada ilustrasi yang menunjukkan kelebihan produk kepada pengguna. Matlamat produk disampaikan melalui tajuk yang dapat membantu ilustrasi. BAB 3 Slogan yang bertujuan menarik minat pengguna.
Rajah 3.17 Reka Bentuk Iklan 3 Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran 154 155 Warna pada latar belakang yang sesuai dan dapat menonjolkan produk. Matlamat produk disampaikan melalui tajuk yang dapat membantu ilustrasi. Penyampaian fakta melalui penggunaan simbol. Slogan yang bertujuan menarik minat pengguna. BAB 3
C Beg Jean Jadual 3.4 Contoh jadual pemilihan kaedah reka bentuk pengiklanan bagi produk Beg Jean No. Kaedah Penerangan Justifikasi 1 Kenyataan merangsang Kaedah ini dipilih untuk menarik minat pengguna untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk. Penggunaan perkataan ‘WOW, murah, menarik, menawan’ sebagai ilustrasi menyebabkan pengguna tertarik untuk mengetahui dan ingin memiliki produk Beg Jean. 2 Gambar pegun Kaedah ini dipilih untuk menunjukkan kepada pengguna tentang reka bentuk produk. Gambar foto beg yang dipaparkan dalam iklan bertujuan untuk memperkenalkan produk Beg Jean kepada pengguna. 3 Penyampaian fakta Kaedah ini dipilih untuk menyampaikan fakta tentang produk dengan tepat kepada pengguna. Maklumat atau fakta mengenai kelebihan produk Beg Jean dapat disampaikan dengan lebih jelas. BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 156 157 BAB 3
Rajah 3.18 Reka Bentuk Iklan 1 Percambahan idea Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran 156 157 Penyampaian fakta melalui maklumat yang menyatakan kelebihan produk. Penyampaian fakta melalui gambar foto yang menunjukkan cara untuk menggunakan produk dalam situasi sebenar. Kenyataan merangsang melalui penggunaan perkataan sebagai ilustrasi yang bertujuan menarik minat pengguna. BAB 3 Kenyataan merangsang yang bertujuan menarik dan memujuk pengguna. Maklumat untuk dihubungi oleh pengguna.
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan akan memilih satu produk yang terdapat di pasaran. 3. Setiap kumpulan perlu berbincang bersama-sama ahli kumpulan untuk memilih kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai digunakan sekiranya mereka memasarkan produk tersebut. 4. Seterusnya, wakil daripada setiap kumpulan perlu mencatatkan hasil perbincangan dan bentangkan di hadapan kelas. Kreativiti dan Inovasi EMK Aktiviti Memilih kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai untuk memasarkan produk Rajah 3.19 Reka Bentuk Iklan 2 BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 158 159 Matlamat produk disampaikan melalui tajuk yang membantu ilustrasi. Gambar pegun disampaikan melalui gambar foto pada ilustrasi yang bertujuan untuk memperkenalkan produk kepada pengguna. Penyampaian fakta melalui maklumat yang menyatakan kelebihan produk. Warna latar belakang yang sesuai dan dapat menonjolkan produk. BAB 3 Maklumat untuk dihubungi oleh pengguna.
Rajah 3.20 Reka Bentuk Iklan 3 Praktis Formatif 1. Adakah sesuatu produk hanya boleh menggunakan satu kaedah reka bentuk pengiklanan sahaja? Berikan penjelasan anda. Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran 158 159 Maklumat untuk dihubungi oleh pengguna. Matlamat produk disampaikan melalui tajuk yang membantu ilustrasi. Penyampaian fakta melalui maklumat yang menyatakan kelebihan produk. Warna latar belakang yang sesuai dan dapat menonjolkan produk. BAB 3
Kreatif • Mengaplikasikan prinsip reka bentuk yang berkesan. • Gabungan ilustrasi dan perkataan menghasilkan daya penarik yang memberikan kesan psikologi kepada pengguna seperti tertarik, teruja, ingin mencuba dan ingin memiliki produk yang diiklankan. Contohnya, iklan yang menunjukkan kekuatan gigi apabila menggunakan sesuatu produk ubat gigi. Mesej yang jelas • Mesej yang hendak disampaikan kepada pengguna mestilah jelas supaya pengguna sasaran lebih tertarik dengan produk. Contohnya, iklan produk keluaran ‘Dettol’ yang memberikan perlindungan dan kesegaran yang tahan lama. Memberikan impak • Mempunyai reka bentuk yang membuat pengguna terpukau dan teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk yang diiklankan. Contohnya, iklan mengenai semburan yang mampu membersihkan kotoran pada pakaian. 3.1.5 Menganalisis Kaedah Reka Bentuk Pengiklanan yang Dipilih Kaedah reka bentuk pengiklanan yang dipilih perlu dianalisis untuk menghasilkan reka bentuk pengiklanan yang sesuai dengan produk. Analisis yang dilakukan perlu mengambil kira ciri-ciri pengiklanan yang berkesan, seperti yang diterangkan pada Rajah 3.21. builds strong teeth BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 160 161 BAB 3
Maklumat yang tepat • Mempunyai maklumat yang tepat dan telus untuk mendapatkan kepercayaan pengguna terhadap produk. Contohnya, maklumat berkenaan khasiat pengambilan beras perang. Mudah diingati • Gabungan ilustrasi, tema dan slogan yang sesuai akan menghasilkan visual yang menarik, mudah diingati dan dikenali oleh pengguna. Unsur unik dan tersendiri • Unsur unik dan tersendiri amat penting bagi iklan sesuatu produk untuk menarik perhatian pengguna. Identiti sesuatu produk akan lebih terserlah dengan adanya unsur ini. Contohnya, logo bagi ‘Malaysia Airlines’ menggunakan bentuk permainan tradisional, iaitu wau. Rajah 3.21 Ciri-ciri pengiklanan yang berkesan Malaysia Boleh Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran 160 161 BAB 3
Reka Bentuk Iklan 1 Reka Bentuk Iklan 2 Reka Bentuk Iklan 3 Jadual 3.6 Analisis kaedah reka bentuk pengiklanan Pengagih Makanan Ikan Automatik Ciri-ciri pengiklanan yang berkesan Reka Bentuk Iklan 1 Reka Bentuk Iklan 2 Reka Bentuk Iklan 3 Kreatif 3 3 3 Memberikan impak 7 3 7 Mesej yang jelas 3 3 3 Maklumat yang tepat 7 3 7 Mudah diingati 3 3 7 Unsur unik dan tersendiri 3 3 7 Jumlah 4 6 2 Reka Bentuk Iklan 1 Reka Bentuk Iklan 2 Reka Bentuk Iklan 3 BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 162 163 BAB 3
Jadual 3.5 Analisis kaedah reka bentuk pengiklanan Penggilap Kasut Magik Ciri-ciri pengiklanan yang berkesan Reka Bentuk Iklan 1 Reka Bentuk Iklan 2 Reka Bentuk Iklan 3 Kreatif 3 7 3 Memberikan impak 3 7 7 Mesej yang jelas 3 3 3 Maklumat yang tepat 7 3 3 Mudah diingati 3 7 7 Unsur unik dan tersendiri 3 7 7 Jumlah 5 2 3 Reka Bentuk Iklan 1 Reka Bentuk Iklan 2 Reka Bentuk Iklan 3 Jadual 3.7 Analisis kaedah reka bentuk pengiklanan Beg Jean Ciri-ciri pengiklanan yang berkesan Reka Bentuk Iklan 1 Reka Bentuk Iklan 2 Reka Bentuk Iklan 3 Kreatif 3 3 3 Memberikan impak 7 7 3 Mesej yang jelas 3 3 3 Maklumat yang tepat 7 3 3 Mudah diingati 3 3 3 Unsur unik dan tersendiri 3 3 3 Jumlah 4 5 6 Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran 162 163 BAB 3
Praktis Formatif 3.1.6 Membuat Rumusan Kaedah Reka Bentuk Pengiklanan yang Sesuai dengan Produk Rumusan bagi kaedah reka bentuk pengiklanan yang dipilih perlu dilakukan agar penambahbaikan dapat dilaksanakan sebelum reka bentuk pengiklanan dihasilkan. Melalui analisis yang telah dilakukan, Rajah 3.22 menunjukkan contoh reka bentuk pengiklanan yang sesuai untuk ketiga-tiga produk. Rajah 3.22 Contoh reka bentuk pengiklanan yang telah dipilih 1. Namakan satu iklan yang menarik perhatian anda di televisyen. Buat jadual analisis terhadap iklan tersebut. 2. Senaraikan tiga ciri-ciri pengiklanan yang berkesan. 1. Secara berkumpulan, bincangkan dan analisis kaedah reka bentuk pengiklanan yang telah dipilih dengan menggunakan jadual analisis. 2. Setiap kumpulan perlu menyediakan jadual analisis dalam masa 15 minit. Tampalkan jadual analisis kumpulan di sudut yang disediakan. 3. Seorang ahli kumpulan akan memberikan penerangan manakala ahli yang lain akan bergerak ke setiap stesen untuk melihat bahan daripada kumpulan lain dalam masa 15 minit (lihat-bincang-catat). 4. Murid-murid berkumpul semula untuk memulakan sesi soal jawab (murid mencatat perkara yang tidak difahami semasa sesi ‘Gallery Walk’ dan akan dikemukakan kepada kumpulan yang membina jadual analisis). Kreativiti dan Inovasi EMK Aktiviti Menganalisis kaedah reka bentuk pengiklanan yang dipilih dengan menggunakan jadual analisis PAK-21 Gallery Walk BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 164 PB BAB 3
Kreatif Slogan yang menarik minat pengguna Cadangan penambahbaikan Tiada Memberikan impak Reka letak tajuk kurang memberikan impak Cadangan penambahbaikan Reka letak tajuk dibaiki agar kelihatan lebih menarik Mesej yang jelas Kekurangan mesej yang jelas Cadangan penambahbaikan Mesej berkenaan kelebihan produk perlu ditambah Maklumat yang tepat Tidak terdapat maklumat tentang spesifikasi produk Cadangan penambahbaikan Tambahan maklumat seperti bilangan bateri diperlukan. Mudah diingati Tiada ciri yang mudah diingati oleh pengguna Cadangan penambahbaikan Perubahan pada reka bentuk nama produk agar mudah diingati oleh pengguna Unsur unik dan tersendiri Penggunaan bahan untuk menghasilkan produk daripada kayu adalah mesra alam Cadangan penambahbaikan Tiada A Penggilap Kasut Magik Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran PB 165 BAB 3
Kreatif Reka bentuk yang kurang kreatif Cadangan penambahbaikan Penekanan pada reka bentuk latar belakang agar tampak kreatif Memberikan impak Reka bentuk kurang memberikan impak Cadangan penambahbaikan Penambahbaikan latar belakang yang menunjukkan jenis-jenis sayuran yang boleh ditanam. Mesej yang jelas Kekurangan mesej yang jelas Cadangan penambahbaikan Mesej berkenaan kelebihan produk perlu ditambah Maklumat yang tepat Kekurangan maklumat tentang kaedah pemasangan produk Cadangan penambahbaikan Tambahan maklumat tentang kaedah pemasangan produk dan jenis-jenis tanaman yang sesuai Mudah diingati Tiada ciri yang mudah diingati oleh pengguna Cadangan penambahbaikan Perubahan kepada reka bentuk dan warna agar mudah diingati oleh pengguna Unsur unik dan tersendiri Kekurangan unsur unik dan tersendiri Cadangan penambahbaikan Perubahan kepada gambar foto tumbuhan dan ikan seperti idea Reka Bentuk Iklan 1 B Pengagih Makanan Ikan Automatik BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 166 PB BAB 3
Kreatif Penyampaian maklumat yang santai Cadangan penambahbaikan Tiada Memberikan impak Reka bentuk tajuk yang kurang memberikan impak Cadangan penambahbaikan Baiki reka bentuk tajuk seperti idea Reka Bentuk Iklan 2 Mesej yang jelas Kekurangan mesej yang jelas Cadangan penambahbaikan Mesej berkenaan cara penggunaan produk melalui gambar foto perlu ditambah Maklumat yang tepat Penggunaan maklumat yang tepat seperti jenis material yang digunakan Cadangan penambahbaikan Tiada Mudah diingati Tiada ciri yang mudah diingati oleh pengguna Cadangan penambahbaikan Penekanan kepada reka bentuk latar belakang agar mudah diingati oleh pengguna Unsur unik dan tersendiri Menggunakan bahan yang dikitar semula untuk menghasilkan produk Cadangan penambahbaikan Tiada C Beg Jean Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran PB 167 BAB 3
Praktis Formatif 1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Secara berkumpulan, bincangkan reka bentuk pengiklanan bagi produk Pengagih Makanan Ikan Automatik dan Beg Jean berpandukan rumusan yang dijalankan pada subtopik 3.1.6. 3. Kemudian, setiap kumpulan perlu menghasilkan reka bentuk pengiklanan yang sesuai bagi kedua-dua produk tersebut. 4. Wakil daripada setiap kumpulan perlu membuat pembentangan berkenaan hasil reka bentuk pengiklanan di hadapan kelas. Aktiviti Menghasilkan reka bentuk pengiklanan 1. Namakan tiga produk yang telah lama menguasai pasaran hasil daripada reka bentuk pengiklanan yang berkesan. Kreativiti dan Inovasi EMK Rajah 3.23 Contoh reka bentuk pengiklanan bagi produk Penggilap Kasut Magik yang telah dihasilkan 3.1.7 Menghasilkan Reka Bentuk Pengiklanan BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 168 PB BAB 3
Reka Bentuk dalam Perniagaan Menyatakan maksud pemasaran Aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna. Memilih kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai untuk memasarkan produk yang dihasilkan • Jadual pemilihan kaedah reka bentuk pengiklanan • Percambahan idea Mengenal pasti kaedah reka bentuk pengiklanan • Kaedah reka bentuk pengiklanan • Media pengiklanan • Faktor pemilihan media pengiklanan Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran • Rumusan reka bentuk pengiklanan Membuat rumusan kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai dengan produk • Keperluan dan kehendak pengguna • Saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna • Pengukuhan penjenamaan sesuatu produk Menerangkan peranan reka bentuk dalam pemasaran R U M U S A N • Ciri-ciri pengiklanan yang berkesan • Jadual analisis kaedah reka bentuk pengiklanan Menganalisis kaedah reka bentuk pengiklanan yang dipilih Menghasilkan reka • Penghasilan iklan produk bentuk pengiklanan KUIZ Interaktif goo.gl/b7DPPn Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran PB 169 BAB 3
Bahagian A Jawab semua soalan. 1. Salah satu peranan reka bentuk dalam pemasaran adalah sebagai saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna. Berdasarkan logo di bawah, nyatakan organisasi bagi setiap logo tersebut. 2. Nyatakan fungsi yang sesuai bagi reka bentuk meja yang ditunjukkan di bawah. (a) (b) (c) 3. Tandakan (3) pada kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai bagi produk kek batik. (a) Kenyataan merangsang (b) Demonstrasi (c) Gambar pegun (d) Perbandingan (e) Fungsi produk (f) Kiasan atau ibarat Semak JAWAPAN goo.gl/hZY37D BAB 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan 170 PB Latihan Pengukuhan
4. Nyatakan tiga media sosial yang sering digunakan untuk memasarkan produk. (a) (b) (c) 5. Namakan tiga contoh media cetak yang boleh digunakan untuk memperkenalkan suatu produk. (a) (b) (c) Bahagian B Jawab semua soalan. 1. Berdasarkan situasi yang diberikan di bawah, jawab soalan yang berikut. Kelab Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) sekolah anda akan mengadakan jualan sempena Hari Guru. Objektif jualan ini adalah untuk mengumpul dana bagi kelab tersebut. Ahli jawatankuasa kelab telah memutuskan untuk menjual bekas alat tulis yang diperbuat daripada bahan kitar semula. (a) Fikirkan bagaimana bekas alat tulis yang telah dihasilkan oleh ahli kelab akan dibeli oleh pengguna? Kaitkan dengan aliran pemasaran. (b) Apakah yang akan berlaku sekiranya aliran pemasaran bekas alat tulis kelab anda dilakukan tanpa promosi? (c) Andaikan anda sebagai ketua promosi projek jualan tersebut. Apakah kaedah reka bentuk pengiklanan yang akan anda gunakan untuk meluaskan pasaran hingga ke sekolah yang berdekatan? Nyatakan justifikasi pemilihan anda. (d) Reka satu cogan kata yang sesuai untuk mempromosikan bekas alat tulis anda sempena Hari Guru. Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran PB 171
Glosari A Analisis berantai punca-kesan − penelitian untuk memahami dan mengesahkan rantaian punca dan kesan bagi sesuatu masalah Arus ulang-alik − bentuk arus elektrik yang alirannya berulang-alik Asimetri − keadaan bentuk yang tidak simetri B Bajet − belanjawan Brosur − kepingan kertas berlipat yang dicetak dengan maklumat terperinci mengenai sesuatu produk C Carta Gantt − carta pengurusan projek yang menggunakan bar masa dan garis dengan anak panah untuk menggambarkan jadual kegiatan Cogan kata − frasa yang mudah diingat dan mempunyai maksud tertentu yang digunakan untuk mengiklan atau menyatakan tujuan sesuatu organisasi D Demonstrasi − kaedah melakukan sesuatu untuk menunjukkan kelebihan dan cara pengendalian sesuatu dalam keadaan yang sebenar Dimensi − ukuran saiz sesuatu atau garis pusat E Eksklusif − karya reka yang lebih halus dan indah yang menggambarkan keunikan Elektronik − cabang fizik dan teknologi yang berkaitan gerak laku, pembangunan dan aplikasi litar atau peranti elektronik Elemen reka bentuk − perkara yang dapat menzahirkan idea seseorang dalam bentuk lukisan atau lakaran Ergonomik − kajian tentang hubungan antara pekerja dengan persekitaran tempat kerja, seperti aspek-aspek kejenteraan, peralatan dan keadaan kerja Estetika − ciri kecantikan atau kesenian yang terkandung dalam sesuatu reka bentuk F Futuristik − idea yang mengarah (menuju) ke masa depan G Gambar pegun − gambar kaku sebagai titik fokus atau tumpuan pada bahagian tertentu Gambar rajah blok − suatu lukisan yang mewakili litar atau elemen yang dilukis dalam bentuk blok H Helaian edaran − kepingan kertas yang mengandungi maklumat produk I Identiti − sifat-sifat yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang memperkenalkannya atau mengasingkannya daripada yang lain Inovasi − sesuatu idea, barang atau kaedah yang diubah suai menjadi lebih baik dan berguna Integrasi − perihal menggabungkan bahagian-bahagian menjadi satu kesatuan J Jenama − jenis barang yang memakai nama khas yang dikeluarkan oleh pengeluar Justifikasi − hujah yang dikemukakan sebagai alasan bagi sesuatu K Kajian keperluan pelanggan − kajian yang dijalankan untuk memastikan idea reka bentuk produk yang akan dihasilkan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan Kapasitor − peranti yang dapat menyimpan tenaga elektrik dalam bentuk cas elektrik Komersial − sesuatu barang yang boleh dipasarkan atau diperdagangkan Kos overhed − kos bahan dan perkhidmatan yang diperlukan dalam pengeluaran barang atau perkhidmatan tetapi tidak boleh dikesan secara langsung 172 PB
L Lakaran 2D − lakaran yang menunjukkan objek dalam dua pandangan Lakaran 3D − lakaran yang menunjukkan objek dalam tiga pandangan, iaitu pandangan pelan, pandangan hadapan dan pandangan sisi Lukisan isometrik− lukisan piktorial yang dapat memberikan maklumat dan gambaran objek dengan lebih jelas Lukisan kerja− lukisan yang menerangkan dengan terperinci bentuk komponen-komponen produk yang akan dihasilkan Lukisan skematik− lukisan yang menunjukkan kedudukan komponen elektronik dalam bentuk simbol M Mekanikal − berhubung dengan jentera; secara atau seperti gerakan mesin atau jentera (tidak menggunakan fikiran) Mekatronik − teknologi yang menggabungkan ilmu kejuruteraan mekanikal dengan elektronik dalam pembangunan teknik pembuatan baharu Mikropemproses− litar bersepadu yang berfungsi sebagai unit pemprosesan pusat dalam mikrokomputer Mikropengawal − peranti kawalan yang menggunakan mikropemproses sebagai CPU-nya P Panel kawalan − bentuk kawalan kekunci untuk memudahkan perhubungan sistem Pemasaran − aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna Penderia− alat yang dapat mengesan perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dan sebagainya Pengaturcaraan − bahasa komputer yang memberikan arahan atau perintah kepada mikropengawal untuk menjalankan sesuatu tugas Prinsip reka bentuk− konsep atau aturan yang digunakan pada elemen reka bentuk bagi memudahkan pembinaan sesuatu objek R Rakan strategik perniagaan − kerjasama antara dua unit atau lebih dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh untuk membantu perkembangan perniagaan Risalah − surat edaran (siaran); karangan (rencana) ringkas mengenai sesuatu perkara; yang diutuskan, yang dikirimkan, menyebarkan Robot berautonomi − sistem pelaksanaan tugas menggunakan robot secara automatik S Simulasi − perbuatan yang direka atau dibuat-buat tetapi mirip dengan yang sebenar Sistem − cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu, aturan Sintetik − sesuatu yang disediakan daripada bahan kimia atau bahan tiruan, iaitu bukan daripada sumber semula jadi T Teknologi − aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, perubatan dan lain-lain Trend − arah aliran (gerakan dan sebagainya), perkembangan rentetan kejadian (amalan dan lain-lain) yang seolah-olah menuju ke suatu arah U Unjuran ortografik − kaedah melukis unjuran untuk menunjukkan bentuk sebenar sesuatu objek pada satah yang bersudut tepat dengan arah pandangan Urus niaga − urusan yang berkaitan dengan perniagaan atau perdagangan V Visual − sesuatu yang dapat dilihat W Warna primer − warna asas kepada semua warna Warna sekunder − warna yang terhasil daripada dua warna primer Warna tertier − warna yang terhasil daripada campuran warna sekunder PB 173
Senarai Rujukan Abdul Hamid, M. I. (1990). Pemasaran Keluaran Pertanian, Unit Penerbitan Akademik, UTM Skudai Alciatore, D. G. & Histand, M. B. (2009). Pengenalan kepada Mekatronik dan Sistem Pengukuran. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad Alciatore, D. G. & Histand, M. B. (2012). Introduction to Mechatronics and Measurement System. New York: McGraw-Hill Cheong, P. K. (2014). KHIND Dari Lokal Ke Global. Kuala Lumpur: Cetak Rapi Sdn Bhd. Hafizah, H., Nasharuddin, Z., Rizauddin, R., Noorfazila, K., Iskandar, Y., Mohd Faisal, I. (2017). Inovasi Melalui Arduino. Kuala Lumpur: Telaga Biru Education Hasni, R. & Jamil, A.B. (2006). Reka Cipta Tingkatan 4 dan 5. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd. Istilah Kejuruteraan: Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Jamil, A.B. & Azra, O. (2017). Reka Cipta Tingkatan 5. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Kaharruddin, I., Azmi, M.Y., Ramli, A. (2002). Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Loch. C. (2008). Handbook of New Product Management. United Kingdom: Elsevier Ltd Maizatul Azura, Y., Ainal Akmar, A., Noor Aida, M., Nasihah, H. Slogan Iklan Alam Majalah: Yang Tersurat dan Tersirat , International Seminar On Generating Knowledge Through Research, UUMUMSIDA, 25-27 October 2016. Mohd Zukhairi, A.R., Mohd Ismail, A.R., Noorazzima, M.N., Sarifah, A.R., Zuraini, A.R. (2017). Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 2, Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd. Noor Wahyuni, A. & Azra, O. (2016). Reka Cipta Tingkatan 4. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Salmiah, J., Rahimah, J., Mohd Shukri, M.R., Abd Samad, H., Zamri, S. (2016) Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1, Selangor: Pustaka Pepada Jaya Sdn. Bhd Schenek, B. F. Small Business Marketing For Dummies 2nd Edition, Wiley Publishing.Inc Shanti, S. & Kiet, M.B. (2008). Teks & Rujukan Lengkap Pengajian Perniagaan 1. Shah Alam : Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Sim, T. S., Zainal, S., Zainul Abidin, M.I. (2003). Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Percetakan Rina Sdn. Bhd. Siti Amnah, S., Rosiah, N., Farid, H., Johari, A.A. (2004). Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3. Melaka: Percetakan Surya Sdn. Bhd. Ulrich, K. T. (2012). Product Design and Development. New York: McGraw-Hill Zafir, M.M. & Faziah, M.H. (2003). Menjadi Usahawan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Zainuddin, Z. & Ziadatul Hidayah, Z. (2008). Tip Menawan Hati Pelanggan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Zulkifli, M.S., Zulkifly, T., Tuslah, A., Suriani, A. (2004). Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. Selangor: Cerdik Publication Sdn. Bhd. 174 PB
A Analisis berantai punca-kesan 23, 33, 41, 42, 109 Arus ulang-alik 7, 15, 34 Arus terus 7, 34 Asimetri 56 B Bajet 38, 73, 75, 77-79, 119 Bentuk mengikut fungsi 46, 52 Brosur 105, 143, 146 C Carta Gantt 73, 74, 104 Cogan kata 171 D Demonstrasi 139, 141, 146, 150, 170 Dikenali 11, 122, 134, 136, 138, 161 Dimensi 55 E Eksklusif 130, 135 Elemen reka bentuk 45, 46, 53, 54, 63, 64, 72, 107, 111, 113 Ergonomik 49, 69, 97-99, 101, 105, 116 Estetika 26, 31, 90, 94, 97, 98, 99, 105, 116 F Futuristik 101 Fungsi 2, 11, 12-18, 22-24, 28, 30, 32-35, 41, 42, 44-50, 52, 63, 68, 69, 73, 75, 76, 81, 107, 109, 111, 128, 129, 130, 131, 136, 140, 141, 148, 170 Indeks G Gambar pegun 139, 142, 156, 170 Gambar rajah blok 2, 18-25, 32, 33, 35 H Helaian edaran 143, 146 I Identiti 134, 136, 161 Ilustrasi 64, 149, 150, 151, 153-161 Inovasi 45, 46, 103, 108, 110 Integrasi 2, 3 J Jenama 39, 134-138, 148 Justifikasi 27, 47, 51, 119, 148, 152, 156, 171 K Kajian keperluan pelanggan 38-41,47, 74, 104, 107, 108, 113, 119, 120 Kapasitor 9, 16 Kefungsian 30-34, 74, 80, 81, 95, 97, 98, 99, 101, 105, 113, 115, 116, 119, 133 Kehendak 28, 36, 38, 39, 47, 48, 51, 52, 72, 77, 81, 82, 95, 98, 99, 119, 124-132, 136, 140, 169 Keperluan 28, 36, 38-41, 44, 45, 47, 48, 69, 72, 74, 81, 98, 99, 104, 107, 108, 113, 117, 119, 120, 124-133, 136, 140, 169 Kesetiaan 134, 136 Kejuruteraan 7, 10, 76 Kemasan 29, 74, 76, 79, 82, 90, 98, 99, 101, 105, 113, 115 Komponen 2, 8, 9, 14-18, 23, 24, 27, 29, 32, 34, 35, 41-43, 50, 51, 64, 68-70, 76, 80, 81, 84, 86, 87, 98, 99, 101, 111, 114 Kontras 53, 56, 72, 113 Konsep SMART 77, 78, 104, 114 Kos overhed 77, 79, 114 PB 175
L Lakaran 3D 64-67, 73 Lukisan kerja 68, 70, 76, 119 Lukisan isometrik 68, 70, 105, 118 M Masalah inventif 24, 38, 41-43, 104, 107-109, 120 Media elektronik 122, 143, 144, 146, 147 Media massa 141, 143 Media sosial 122, 143, 145-147, 171 Media cetak 122, 142, 143, 146, 147, 171 Media pengiklanan 143, 146, 147, 169 Mekatronik 1-7, 9-22, 32-35, 47 Mikropengawal 10, 13, 17, 19-21, 23, 24, 28 Mock-up 46, 74, 80, 81, 102, 103, 110, 113 Model fungsi 23, 41, 42, 109 P Penilaian kefungsian 30-34, 74, 95, 113, 119 Pemasaran 122, 124, 125, 127, 128, 137, 138, 145, 147, 169-171 Pendokumentasian 36, 38, 102, 103, 119 Pengaturcaraan 2, 3, 7, 9, 10, 13, 15, 17, 18, 27, 28, 33, 34 Pengeluar 39, 79, 122, 124-126, 128, 130, 131, 134, 137-140, 143, 145-148, 169, 170 Pengguna 3, 16, 26, 28, 29, 31, 44-46, 49, 50, 69, 77, 78, 81, 96-101, 104-106, 108, 117, 122, 124-132, 134, 136, 138-161, 165-171 Pengiklanan 122, 124, 127, 139-148, 152, 156, 158-164, 168-171 Penjenamaan 128, 134, 135, 137, 138, 169 Poster 143 Prinsip reka bentuk 25, 28, 46, 52, 53, 56, 59, 64, 72, 104, 107, 110, 111, 113, 119, 121, 131, 148, 160 Produk berfungsi 2, 6, 8, 27, 38, 80-82, 90, 94, 95, 104, 119, 121 Produk berfungsi sebahagian 27, 80, 81, 94, 119, 120, 121 Projek brief 38, 39, 43-47, 52, 59, 74, 95, 104, 107, 109, 110, 113, 119, 120 R Rakan strategik perniagaan 128, 137, 138 Revolusi industri 4-6 S Simulasi 5 Sintetik 40, 46 Sistem elektrik 7, 8, 13, 15, 17, 33, 34 Sistem elektronik 7, 9, 12, 14, 16, 17, 33, 34 Sistem kawalan dan pengaturcaraan 2, 7, 9, 13, 15, 17, 33, 34 Sistem mekanikal 3, 7, 8, 12, 14, 16, 17, 33, 34 Spesifikasi 80, 165 T Teknologi 2-4, 27, 33, 38, 47, 48, 50, 51, 92-94, 104, 106, 107, 110, 111, 119, 128, 133, 137, 171 U Unjuran ortografik 38, 46, 70, 71, 82, 105, 118 Urus niaga 125 176 PB
Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah Tahun Tingkatan Nama Penerima Tarikh Terima Nombor Perolehan: Tarikh Penerimaan: BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL Dengan ini SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini dengan baiknya dan bertanggungjawab atas kehilangannya serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada tarikh yang ditetapkan
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3 RM7.25 FT273001 ISBN 978-983-092-444-1 9 789830 924441 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA