BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
i
KATA-KATA ALUAN ii
PANDUAN PENGGUNAAN 1
1. Pendahuluan 2
2. Rasional 2
3. Matlamat 2
4. Objektif 3
5. Sasaran 4
6. Kerangka Konsep 4
7. Fokus Modul Murid Berisiko Cicir (Mbc) 5
8. Pelaksanaan Modul Sekolah Rendah 8
8.1 Pengembangan dan Pembangunan Sahsiah 18
8.1.1 ‘Super Vaks’
8.1.2 Tepuk Cakna 25
8.1.3 Adiwira
8.2 Peningkatan Disiplin Murid
8.2.1 Tak Kenal Maka Tak Cinta
8.2.2 Boom
8.2.3 Nilai Diri Ku
8.3 Psikososial dan Kesejahteraan Mental
8.3.1 ‘I Am For You’
8.3.2 Inspirasi Pelangi Kasih 41
8.3.3 Ekspresi Wajah
8.3.4 Curahan Kasih 42
45
9. PELAKSANAAN MODUL SEKOLAH MENENGAH 48
9.1 Skop Persekitaran
9.1.1 Uniknya Diriku 51
9.1.2 Talian Kasih 54
9.1.3 Jom Berjaya Bersama-sama
9.2 Skop Tingkah laku 60
9.2.1 Coretan Hidupku 63
9.2.2 ‘I Follow The Right Way ‘
9.3 Skop Kemampuan 65
9.3.1 ‘Be The Best’ 66
9.3.2 Eksplorasi Diri
9.4 Skop Nilai dan Kepercayaan 69
9.4.1 Lonjakan Potensi 72
9.4.2 ‘My Great Instinct’ 74
9.5 Skop Misi dan Visi 75
9.5.1 ‘My Go Goal’ 78
10. Penilaian
11. Penutup
12. Jawatankuasa Induk Pembinaan Modul
13 Penghargaan
KATA-KATA ALUAN
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera
Modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI) dirangka khas bagi mengendalikan murid
berisiko tinggi keciciran di sekolah pada tahun 2017. Modul ini merupakan satu usaha
dalam menangani isu keciciran murid sekolah.
Modul ini boleh menjadi salah satu panduan dan rujukan oleh semua pihak pengurusan
sekolah, guru-guru serta guru bimbingan dan kaunseling dalam mengendalikan isu
keciciran murid di sekolah.
Saya berharap agar penghasilan modul ini akan membantu warga Kementerian
Pendidikan Malaysia menangani isu murid berisiko keciciran di sekolah. Penghasilan
modul ini dapat merealisasikan hasrat untuk melihat isu keciciran murid dapat ditangani
dengan kerjasama semua pihak bahkan menjadi wahana kepada kemenjadian murid.
Semoga para pentadbir, guru-guru serta guru bimbingan dan kaunseling dapat
memanfaatkan modul ini dan terus mengambil langkah aktif dan proaktif demi manfaat
anak bangsa, masyarakat dan negara.
Sekian. Terima kasih
i
PANDUAN PENGGUNAAN MODUL : APLIKASI DAN TEKNIK
1. Modul Pengurusan Murid Berisiko Cicir boleh digunakan oleh guru bimbingan dan
kaunseling sewaktu sesi kaunseling dan bimbingan dijalankan.
2. Modul ini boleh digunakan secara kelompok besar dan sesi kaunseling individu.
3. Penggunaan modul ini boleh disesuaikan dengan modul-modul yang lain yang
releven dengan objektif intervensi murid berisiko keciciran.
4. Modul ini boleh digunakan oleh pentadbir sekolah sebagai salah satu alternatif
dalam mengurus murid berisiko cicir di sekolah masing-masing.
5. Modul ini juga boleh digunakan oleh guru-guru sebagai panduan dalam
menguruskan murid berisiko cicir di sekolah sewaktu kelas ganti.
6. Modul ini boleh digunakan oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sebagai
panduan untuk membantu rakan yang berisiko cicir di sekolah.
ii
1. PENDAHULUAN
Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia (PPPM) 2013-2025 meletakkan salah
satu daripada aspirasi sistem adalah menyediakan akses kepada pendidikan
berkualiti untuk semua. KPM telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi
meningkatkan enrolmen murid namun isu keciciran murid di sekolah rendah dan
menengah masih berlaku sehingga kini. Inisiatif bagi menangani murid berisiko
cicir merupakan satu inisiatif KPM untuk mengurangkan kadar keciciran dalam
kalangan murid sekolah rendah dan menengah dan memastikan enrolmen
sejagat di capai menjelang tahun 2020. Modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI)
ini berfokus ke arah perubahan persekitaran, tingkah laku, kemampuan, nilai,
misi dan visi yang positif.
Pihak KPM berhasrat memastikan pihak sekolah perlu mengesan lebih awal
murid yang menghadapi faktor yang menyumbang kepada keciciran murid dari
sistem persekolahan. Sehubungan itu, modul ini disediakan untuk digunakan
kepada murid-murid berisiko cicir di sekolah rendah dan menengah di Malaysia
bagi memastikan mereka kekal bersekolah sehingga tamat tempoh
persekolahan.
Faktor keciciran murid di sekolah disebabkan oleh murid, keluarga atau komuniti.
Lima faktor murid yang menyumbang kepada murid berisiko tinggi untuk
keciciran ialah ketidakhadiran ke sekolah yang tinggi, tidak menguasai asas 3M,
pencapaian akademik, salah laku disiplin yang berulang dan kurang bermotivasi.
Bagi faktor keluarga pula status keluarga, pendapatan isi rumah yang rendah,
taraf pendidikan ibu bapa yang rendah, kurang melibatkan diri dengan sarana
sekolah dan tidak mengambil berat pembelajaran anak. Faktor komuniti yang
kurang prihatin dan persekitaran yang mempengaruhi keciciran murid di sekolah.
1
2. RASIONAL
Murid-murid cicir perlu dibantu untuk meningkatkan kemenjadian murid.
3. MATLAMAT
Memastikan semua murid kekal dalam sistem persekolahan sehingga tamat
pendidikan rendah dan menengah.
Program Intervensi Murid Berisiko Cicir (MBC) dilaksanakan bertujuan untuk
membantu meningkatkan motivasi diri, sahsiah, disiplin dan kesejahteraan
mental murid.
4. OBJEKTIF
Modul intervensi keciciran murid ini dapat:
3.1 menguruskan kes keciciran dengan sistematik melalui pendekatan
kaunseling
3.2 membimbing murid menunjukkan perubahan yang positif dalam tingkah
laku dan sahsiah mereka.
3.3 meningkatkan keyakinan murid
3.4 memperkembang potensi diri murid.
3.5 mengurangkan peratus keciciran murid di sekolah.
2
5. SASARAN
5.1 Murid berisiko keciciran di sekolah menunjukkan kebarangkalian yang
tinggi untuk keluar dari sistem pendidikan sebelum tamat tempoh
pendidikan, namun tidak termasuk murid yang meninggal dunia, sakit
kritikal hingga tidak berupaya untuk mengikuti persekolahan berdasarkan
pengesahan doktor pakar, diluluskan untuk menjalani terapi rehabilitasi
atau intervensi yang memerlukan tempoh masa tertentu di pusat
intervensi atau pusat rehabilitasi (khusus untuk murid berkeperluan khas),
berpindah ke luar negara,dan dikecualikan oleh Menteri di bawah
subseksyen 29A(3) Akta Pendidikan 1996.
5.2 Guru bimbingan dan kaunseling yang mengendalikan kes murid berisiko
cicir di sekolah.
5.3 Semua guru di sekolah mengetahui garis panduan carta alir modul
pengurusan murid berisiko keciciran ini dilaksanakan di sekolah.
5.4 Semua PRS untuk membimbing rakan sebaya yang berisiko keciciran.
3
6. KERANGKA KONSEP
Dalam penghasilan modul murid berisiko keciciran kerangka konsep diadaptasi
daripada model Tahap Pembelajaran dan Perubahan yang diperkenalkan oleh Gregory
Bateson (1980) yang digunakan dalam Neurolinguistik Programming (NLP).
7. FOKUS MODUL MURID BERISIKO CICIR (MBC)
PENGEMBANGAN
DAN
PEMBANGUNAN
SAHSIAH
PSIKOSOSIAL TANGANI PENINGKATAN
DAN MURID DISIPLIN
CICIR
KESEJAHTERAAN MURID
MENTAL
PENDIDIKAN
KERJAYA
4
FOKUS MODUL MURID
BERISIKO CICIR (MBC)
8. PELAKSANAAN MODUL SEKOLAH RENDAH
Fokus pembahagian modul berdasarkan faktor murid yang menjurus kepada
kemenjadian murid.
8.1 Pengembangan dan Pembangunan Sahsiah
8.1.1 ‘Super Vaks’
8.1.2 Tepuk Cakna
8.1.3 Adiwira
8.2 Peningkatan Disiplin Murid
8.2.1 Tak Kenal Maka Tak Cinta
8.2.2 Boom
8.2.3 Nilai Diri Ku
8.3 Psikososial dan Kesejahteraan Mental
8.3.1 ‘I Am For You’
8.3.2 Inspirasi Pelangi Kasih
8.3.3 Ekspresi Wajah
8.4.1 Curahan Kasih
5
Proses Kerja Pelaksanaan Modul
Bil Proses Kerja Tempoh Personalia Catatan
1 minggu
Mendapatkan senarai Murid Guru kelas
Berisiko Cicir serta analisis Guru data
1 yang telah disahkan oleh Guru disiplin
guru besar
Mengadakan aktiviti 1 minggu GBK
2 pertemuan dengan murid GBK
GBK
yang terlibat
3 Pecahan kes klien mengikut 1 minggu
faktor
Laksanakan intervensi 3 bulan
4 mengikut keperluan dengan
menggunakan Modul MBC
5 Ujian keberkesanan 2 minggu GBK
6 Laporan / Rekod 1 minggu GBK
2 minggu GBK
7 Penilaian Impak Program 2 minggu GBK
8 Tindakan susulan / -
Penambahbaikan
9 Tamat
6
Carta Alir Kerja
Mendapatkan senarai Murid Berisiko Cicir
serta analisis yang telah disahkan oleh guru
besar
Mengadakan aktiviti pertemuan dengan
murid yang terlibat
Pecahan kes klien mengikut
faktor
.
Laksanakan intervensi mengikut keperluan
dengan menggunakan Modul MBC.
Intervensi
Ujian keberkesanan
laporan
Ada
Pemantauan
Tiada Isu
Tindakan susulan
Tamat 7
8 MODUL SERLAHKAN KEUNGGULAN DIRI SEKOLAH RENDAH
Aktiviti : 8.1.1
Fokus
Tajuk : Pengembangan dan Pembangunan Sahsiah Diri Murid
Objektif
Masa : ‘SUPER VAKS’
Sasaran
Bahan : Pada akhir aktiviti ini murid dapat:
1. meningkatkan fokus dalam kelas.
Langkah 2. meningkatkan imej kendiri positif murid.
Falsafah : 20 minit
: Murid Berisiko Cicir
: Instrumen penilaian supervaks/ Alpha Wave :
Email : [email protected] (google drive)
Password: muridcicirkpm2017
: 1. Mulakan dengan doa (mengikut agama masing-
masing).
2. Tarik nafas 3 kali (belly breath)
3. Visual – rapatkan kedua tangan, mata fokus ibu jari,
pusing ikut infiniti sambil menyebut kata-kata positif.
4. Audio – picit telinga dari atas ke bawah sambil
menyebut kata-kata positif
5. Kinestetik – kaki kiri sentuh tangan, kaki kanan sentuh
tangan kiri sambil menyebut kata-kata positif
6. Spiritual - tangan letak di dada sambil menyebut kata-
kata positif.
7. Akhiri dengan doa
: Alah bisa tegal biasa
8
Lampiran
9
Aktiviti : 8.1.2
Fokus : Pengembangan dan Pembangunan Sahsiah Diri Murid
Tajuk : Tepuk Cakna
Objektif : Pada akhir aktiviti ini murid dapat:
1. meningkatkan kesediaan dan kepekaan sebelum proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
2. meningkatkan semangat untuk belajar
Masa : 20 minit
Sasaran : Murid Berisiko Cicir
Bahan : Tiada
Langkah : 1. Murid diajar dengan tepuk yang menggunakan kata-
kata semangat
2. Murid tepuk tiga kali dan menyebut kata-kata
semangat:
SAYA PANDAI, KAMU PANDAI, KITA SEMUA
PANDAI SAYA BERSEMANGAT, KAMU
BERSEMANGAT, KITA SEMUA BERSEMANGAT
3. Tepuk berulang kali dengan kata-kata semangat
4. GBK boleh menggunakan kata-kata motivasi yang
bersesuaian dengan murid-murid
5. Ulang hingga murid mahir
Penilaian :
Soal jawab dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling.
Rumusan :
Murid menyediakan diri sebelum pembelajaran dijalankan.
Falsafah :
Yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing
10
Lampiran
11
Aktiviti : 8.1.3 (Individu)
Fokus : Pengembangan dan Pembangunan Sahsiah Diri Murid
Tajuk : Adiwiraku (Aktiviti pilihan)
Objektif : Pada akhir aktiviti ini murid dapat :
Masa 1. meningkatkan keberanian murid untuk
mengekspresikan perasaan dan nilai diri
2. didorong untuk bercakap tentang isu
3. meningkatkan imaginasi positif ke arah perubahan
diri
: 45 minit
Sasaran : Murid sukar bercakap
Bahan : Pelbagai topeng Adiwira/Gambar Adiwira ( lampiran )
Langkah :
1. Klien berada dalam situasi kaunseling individu.
2. Langkah utama dalam sesi kaunseling melibatkan
peringkat peringkat diutamakan terutama pra sesi.
3. Klien ditunjukkan dengan pelbagai topeng adiwira.
4. Klien juga diminta memilih salah satu topeng/gambar
adiwira kegemaran.
5. GBK juga perlu memilih topeng/gambar adiwira
sendiri.
6. Interaksi antara GBK dan klien diutamakan terutama
berfokus kepada usaha membentuk diri klien.
7. Unsur positif dalam diri adiwira diterapkan .
8. Fokus juga boleh diteruskan kepada tingkah laku
positif yang klien sendiri ada sebagai adiwira.
Penilaian :
Interaksi dua hala GBK dengan klien, respon positif dan dorongan berkongsi
ke arah nilai positif.
12
Rumusan: dan
Murid akan berkongsi isu dihadapi tanpa berselindung berfokus
peneguhan positif diberi.
Falsafah :
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
13
Aktiviti : 8.1.3 (Kelompok)
Fokus
Tajuk : Pembangunan Sahsiah Diri Murid
Objektif
: Adiwira
Masa
Sasaran : Pada akhir aktiviti ini murid dapat
Bahan
Langkah 1. meningkatkan hubungan menolong secara kelompok
2. didorong untuk bercakap dan bercerita dalam
kelompok
3. meningkatkan imiginasi kearah perubahan diri klien
dalam kelompok
: 45 minit
: Murid sukar bercakap
: Pelbagai topeng /gambar Adiwira ( Lampiran 1 )
:
1. Klien berada dalam situasi kaunseling kelompok
2. Langkah utama dalam sesi kaunseling kelompok
melibatkan peringkat peringkat diutamakan terutama
pra sesi.
3. Klien dalam kelompok ditunjukkan dengan pelbagai
topeng /gambar adiwira.
4. Klien dalam kelompok juga diminta memilih salah
satu topeng/gambar adiwira kegemaran.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) juga perlu
memilih topeng/gambar adiwira sendiri.
6. Interaksi antara GBK dan klien dalam kelompok
diutamakan terutama berfokus kepada usaha
membentuk diri klien.
7. Unsur unsur positif dalam diri adiwira diterapkan .
8. Fokus juga boleh diteruskan kepada tingkahlaku
tingkahlaku positif yang klien sendiri ada sebagai
adiwira 14
Penilaian :
Interaksi dua hala GBK dengan klien, respon positif dan dorongan
berkongsi ke arah nilai positif.
Rumusan : tanpa berselindung berfokus dan
Murid akan berkongsi isu dihadapi
peneguhan positif diberi.
Falsafah :
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
15
Lampiran
16
17
Aktiviti : 8.2.1
Fokus : Peningkatan Disiplin Murid
Tajuk : Tak Kenal Maka Tak Cinta
Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat :
1. membina kepercayaan sesama murid.
2. memupuk kemesraan.
3. menanam rasa penting dan dihargai.
4. membina sikap kerjasama dalam satu kumpulan.
: 60 minit
Masa
Sasaran : Murid berisiko cicir
Bahan : Kertas nota senikata lagu
Lagu pilihan:
1. Lompat Si katak Lompat
2. Can Mali Can
3. Rasa Sayang hey
4. Fikirkan Boleh
5. Bangau oh Bangau
Langkah :
1. Mengedarkan senikata lagu kepada murid.
2. Mereka perlu merahsiakan senikata lagu yang diterima.
3. Setiap murid akan menghafal nada lagu tersebut secara senyap.
4. Murid akan diminta menyanyikan lagu tersebut secara ’humming’
(dengungan suara) dan mencari pasangan rakan yang menyanyikan
nada yang sama .
18
5. Murid terus menyanyi lagu masing-masing secara ‘humming’ secara
berpasangan.
6. Setiap pasangan akan diminta menyanyikan senikata lagu sebenar
masing-masing secara bergilir-gilir.
Penilaian :
1. Membina keyakinan diri murid.
Rumusan :
1. Berkongsi pengalaman semasa menjalankan aktiviti.
2. Meningkatkan penerimaan kendiri murid.
Falsafah :
1. Malu bertanya sesat jalan.
2. Malu berkayuh perahu hanyut.
3. Usaha tangga kejayaan.
19
Lampiran
20
Aktiviti : 8.2.2
Fokus : Peningkatan Disiplin Murid
Tajuk : BOOM
Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat :
1. menyedari akan pentingnya melakukan sesuatu
tindakan dengan bersungguh-sungguh demi
mencapai cita-cita.
2. Menyedari akan tindakan yang hendak dilakukan
memerlukan perancangan yang betul.
Masa : 30 minit
Sasaran : Murid berisiko cicir.
Bahan : Bola plastik 10 biji dan bakul.
Langkah :
1. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
2. Satu kumpulan diberikan 10 biji bola plastik sebagai penyerang.
3. Satu kumpulan lagi sebagai pertahanan.
4. GBK sebagai pengadil dan memegang bakul.
5. Kumpulan penyerang dikehendaki memasukkan bola plastik ke dalam
bakul.
6. Masa yang diberikan selama 2 minit.
7. Setelah masa tamat, kumpulan pertahanan pula menjadi penyerang
untuk memasukkan bola plastik ke dalam bakul.
8. Kumpulan yang dapat memasukkan bola plastik ke dalam bakul paling
banyak dikira sebagai pemenang.
21
Penilaian :
Soal jawab dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling.
Rumusan :
Aktiviti ini menunjukkan betapa penting seseorang itu perlu berusaha dan
bekerjasama untuk menjadi pemenang.
Falsafah :
Usaha tangga kejayaan
22
Aktiviti : 8.2.3
Fokus : Peningkatan Disiplin Murid
Tajuk : Nilai Diriku
Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat
1. meningkatkan keyakinan diri.
2. Berinteraksi dengan rakan-rakan dengan selesa
dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Masa : 30 minit
Sasaran : 6-7 orang peserta bagi setiap kumpulan
Alat / Bahan : Pensel, pemadam, kertas, pembaris, pengasah pensel
Langkah :
Langkah 1
i. GBK meminta peserta membuat satu bulatan . Apabila telah
terbentuknya bulatan tersebut, peserta diminta duduk.
ii. GBK mengedarkan alat tulis kepada setiap peserta.
Langkah 2
i. GBK memberi arahan kepada para peserta tentang aktiviti yang akan
dijalankan.
GBK menyatakan nilai setiap alat tulis tersebut. ( kertas – RM0.10,
pengasah pensel – RM0.30, pemadam – RM0.50, pensel RM1,
pembaris RM1.50 )
ii. Fasilitator meminta peserta memegang alat tulis tersebut dengan
tangan kanan.
23
Langkah 3
i. GBK memberi arahan kepada peserta mengikut nilai yang diinginkan.
ii. Peserta diminta bergerak secara bebas mencari jumlah nilai yang
diperlukan dan perlu bergabung dengan peserta lain.
iii. Contoh : RM1.70 (1 pensel + 1 pemadam + 2 kertas ).
iv. Setelah nilai tersebut tepat, peserta dalam kumpulan tersebut duduk.
* Nota : Aktiviti diulang mengikut nilai yang berbeza.
Langkah 4
GBK bersoal jawab tentang nilai sesuatu barang dan
kepentingannya walaupun nilainya rendah.
* Nota : Kaitkan nilai diri dalam kehidupan seharian mereka.
Penilaian :
Murid perlu memberikan perhatian dan tumpuan semasa arahan diberikan
Rumusan : pentingnya menumpukan
Guru memberikan penekanan terhadap
perhatian apabila mendengar sesuatu arahan.
Falsafah :
"Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah"
"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah
ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya
takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"
24
Aktiviti : 8.3.1
Fokus : Psikososial dan Kesejahteraan Mental
Tajuk : I Am For You (Pembimbing Muda)
Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat :
1. membina hubungan baik dengan rakan pembimbing.
2. membina keyakinan diri murid yang berpotensi
sebagai murid berisiko cicir.
3. meningkatkan motivasi untuk belajar.
4. mewujudkan suasana belajar yang santai dan
seronok.
5. meningkatkan kemahiran asas 3M murid LINUS
Masa : 1 jam
Sasaran : Murid LINUS Tegar (Murid Berisiko Cicir)
Bahan : Tag nama, Modul 3M, alat tulis dan alatan permainan
( LEGO ).
Langkah :
1. Setiap peserta diberi tagging nama mentor/mentee.
2. Kehadiran mentor/mentee dicatat pada setiap hari.
3. Murid tahun 5 dan 6 yang terpilih terlibat sebagai mentor.
4. Peserta LINUS tegar terlibat sebagai mentee.
5. Seorang mentee mendapat sekurang-kurangnya 3 orang mentor.
6. Modul/bahan yang berbeza digunakan setiap hari. Modul disediakan oleh
guru pemulihan. 25
7. Aktiviti dijalankan secara santai, diselang selikan dengan aktiviti bermain.
8. Mentor juga bertindak memberi motivasi dan bimbingan kepada mentee.
9. Pencapaian mentee direkodkan.
10. Token boleh diberikan sebagai galakan atas pencapaian mentee.
11. Aktiviti sesuai dijalankan selepas peperiksaan UPSR.
Penilaian :
GBK dan guru pemulihan dapat menilai kekuatan dan kelemahan diri
murid-murid tersebut. Murid-murid yang terlibat di dalam aktiviti ini pula
dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Rumusan :
Murid-murid rasa lebih dihargai dan berusaha untuk membina keyakinan
diri mereka seterusnya mengatasi kelemahan diri masing-masing.
Falsafah :
Usaha Tangga Kejayaan
25
Aktiviti : 8.3.2
Fokus
Tajuk : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental Murid
Objektif : INSPIRASI PELANGI KASIH (IPK)
Masa : 1. Mengurangkan masalah murid yang kurang bermotivasi
Sasaran 2. Meningkatkan kehadiran murid berisiko cicir ke sekolah.
Bahan 3. Menimbulkan rasa seronok hadir ke sekolah.
Langkah
: 30 minit
: Murid Berisiko Cicir, murid fokus dan murid yang ingin rehat minda
: Alat permainan dan ruang rehat minda
:
1. Ruang rehat minda yang salju,kondusif dan teraputik perlu
disediakan ( Mengikut kesesuaian dan kemampuan sekolah
masing-masing ).
2. Alat permainan disediakan didalam ruang IPK.
Contoh : piano, puppet , lego dan belon.
3. GBK meminta murid untuk memilih alat permainan yang paling
diminati oleh mereka.
4. Murid diminta bermain dengan alat permainan pilihan mereka
tersebut.
5. GBK membuat rumusan/refleksi sesi.
6. Satu lagi ruangan ini digunakan sebagai ruang rehat.
7. Murid dapat merehatkan minda dengan aktiviti yang dijalankan.
26
Penilaian :
IPK menjadi tarikan dan menambah minat murid hadir ke sekolah.
Rumusan :
Pengukuhan kerohanian.
Falsafah :
Ketenangan dan keceriaan pengubat jiwa
* Nota : Alat permainan lain yang dicadangakan mengikut
kesesuaian sekolah seperti kertas warna, kertas
origami, tisu, batang aiskrim, straw, dan lain-lain.
27
28
29
30
Aktiviti : 8.3.3
Fokus : Peningkatan Disiplin Diri Murid
Tajuk
Objektif : Ekspresi Wajah Diri
Masa : Pada akhir aktiviti murid dapat ::
Sasaran
Bahan 1. melihat dan meneroka diri sebenar murid
Langkah 2. meluahkan perasaan diri
3. sedar akan saluran yang betul dalam menangani masalah
: 30 minit
: Murid berisiko cicir
:
1. Kad Ekspresi wajah
2. Kad yang di buat khas mempunyai gambar gambar reaksi
muka
3. Lampiran
: Kad Ekspresi wajah:
i. Klien berada dalam setting sesi individu.
ii. Klien diberi kad ekspresi diri.
iii. Kad ekpresi diri yang dihiasi pelbagai reaksi wajah.
iv. Murid perlu melihat semua ekspresi wajah dipaparkan
v. Murid perlu buat pilihan wajah manakah pilihan
berdasarkan perasaannya waktu itu.contoh: saya tidak
gembira berada disekolah,peranan GBK teroka isu lebih
dalam.
vi. Pada kad tugasan murid perlu nyatakan perasaanya
waktu itu. Lipat kad dan serahkan kepada GBK.
31
Penilaian :
Gambaran kad yang dipilih klien ,bantu klien meluahkan masalah untuk dibantu.
Rumusan :
Murid akan dapat zahirkan perasaan sebenar dan salurkan ke tempat yang
sepatutnya.
Falsafah :
Kejujuran asas kepada perubahan kendiri.
32
Lampiran
LAMPIRAN EKSPRESI WAJAH
123
45 6
33
Lampiran
LAMPIRAN EKSPRESI WAJAH
7 89
10 11 12
34
Aktiviti : 8.4.1
Fokus : Psikososial dan Kesejahteraan Mental
Tajuk
Objektif : Curahan Kasih
Masa : Pada akhir aktiviti murid dapat ::
Sasaran 1. menguruskan diri dengan lebih teratur dan berkesan.
Bahan 2. menyedari kepentingan masa dan mula menghargainya.
Langkah 3. Menyedari kepentingan berkasih-sayang.
4. menyatakan aktiviti yang harus dilaksanakan sebagai
seorang murid.
: 2 jam (3 kali perjumpaan dalam tempoh 3 bulan)
: Murid Berisiko Cicir
: Kad Prestasi (Lampiran)
: Perjumpaan pertama :
1. Sesi perjumpaan secara tertutup bersama ibu bapa,
murid berisiko cicir, barisan pentadbir dan guru
bimbingan dan kaunseling.
2. Pengenalan Program Curahan Kasih oleh guru besar
kepada ibu bapa dan murid-murid.
Objektif program
Matlamat
Sasaran
Tempoh masa program
Pengisian program
3. Penyerahan Kad Prestasi murid sebagai rujukan ibu
bapa dan pengisian maklumat diri murid. Kad Prestasi
akan disimpan oleh GBK.
35
PENILAIAN Perjumpaan Kedua
1. Kad prestasi disemak dan dinilai oleh GBK. Guru
kelas/guru disiplin mencatat kesalahan murid di dalam
kad tersebut (sekiranya ada).
2. Kad Prestasi murid dibincangkan bersama barisan
pentadbir dan ibu bapa semasa konsultasi bersama ibu
bapa pada satu tarikh yang ditetapkan.
3. Jika murid tidak melakukan kesalahan,
sijil/anugerah/token/reward akan diberikan semasa
penutup program tersebut.
Perjumpaan Ketiga:
1. Sesi dialog bersama ibu bapa dijalankan dengan
kehadiran barisan pentadbir dan GBK.
2. Kad prestasi diserahkan kepada ibu bapa.
3. GBK membuat rumusan terhadap program yang
dijalankan. Murid membuat refleksi terhadap aktiviti yang
telah dibuat sepanjang tempoh 3 bulan tersebut.
4. GBK memainkan peranan bagi meningkatkan motivasi
murid-murid dan ibu bapa yang hadir dengan
menekankan tentang peranan dan tanggungjawab yang
boleh dilaksanakan bersama. Kepentingan hidup
berkeluarga dan kasih sayang perlu ditekankan.
: Kad Prestasi Murid.
RUMUSAN :
Murid akan dapat membuat perubahan positif jika berazam dan berusaha
dengan bersungguh-sungguh. Hargailah orang tersayang selagi mereka masih
hidup.
FALSAFAH :
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. 36
Kad Prestasi Diri Saya
Nama :
Kelas :
BIL. KESALAHAN PRESTASI PENYELESAIAN
MINGGU
1
2
3
CATATAN T/TANGAN T/TANGAN
GURU /IBUBAPA/PENJAGA
37
4
5
Disemak :
Disahkan Oleh:
38
BORANG SOALSELIDIK KE
NAMA :
KELAS :
Sila jawab degan jujur penyataan dibawah dengan mendakan
BIL SOALAN
1 Saya kenal personaliti diri saya
2 Saya tahu kelemahan dan kekuatan
3 Saya bersedia untuk menjalani progr
4 Saya ingin menjadi murid yang ceme
5 Saya seronok ke sekolah
6 Saya sayangkan sekolah
7 Saya sayangkan cikgu
8 Saya seorang murid yang berdisiplin
9 Saya ingin menjadi orang yang berjay
10 Saya sangat gembira menjalani prog
Lampiran
EBERKESANAN PROGRAM
( / ) pada ruang kosong yang disediakan.
YA TIDAK
diri saya
ram
erlang
ya 39
gram ini
ANALISA SKOR
CARA MENGIRA SKOR:
* KIRA BILANGAN JUMLAH “YA” TERBANYAK
BIL SKOR TAHAP KEBERKESANAN
1 1-3 TIDAK BERKESAN JUMLAH YA :
2 4-6 BERKESAN
3 7-10 SANGAT BERKESAN
40
9. PELAKSANAAN MODUL SEKOLAH MENENGAH
Pelaksana modul boleh memilih mana-mana modul yang sesuai untuk
membimbing murid.
9.1 Skop Persekitaran yang melibatkan sokongan rakan, guru, sekolah,
keluarga, komuniti dan agensi kerajaan atau bukan kerajaan.
9.1.1 Uniknya Diriku
9.1.2 Talian Kasih
9.1.3 Jom Berjaya Bersama-sama
9.2 Skop Tingkah laku yang membantu murid kenal diri, peningkatan
sahsiah atau disiplin, resilien dan asertif diri
9.2.1 Coretan Hidupku
9.2.2 I Follow The Right Way
9.3 Skop Kemampuan yang memperkembang potensi diri, jelas hala tuju
dan perkasa kemahiran insaniah
9.3.1 Be The Best
9.3.2 Eksplorasi Diri
9.4 Skop Nilai dan Kepercayaan yang memantapkan sistem kepercayaan,
kestabilan emosi dan emosi positif
9.4.1 Lonjakan Potensi
9.4.2 My Great Instinct
9.5 Skop Misi dan Visi yang membina konsistensi misi, jelas identiti dan
peranan diri serta berusaha mencapai visi hidup
9.5.1 My Go Goal
PENILAIAN
Penilaian boleh dijalankan melalui pemerhatian, temu bual, soal selidik, ujian
pra, ujian pos, rekod kawalan kelas atau rekod kehadiran ke sekolah murid.
41