The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LOG KRS YANG DIHASILKAN ADALAH BERTUJUAN UNTUK TUGASAN INDIVIDU BAGI KURSUS CUP2011 [KUMPULAN B].

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SW.BA, 2022-06-28 08:29:38

BUKU LOG KRS - CUP2011 [B]

BUKU LOG KRS YANG DIHASILKAN ADALAH BERTUJUAN UNTUK TUGASAN INDIVIDU BAGI KURSUS CUP2011 [KUMPULAN B].

BUKU LOG

KADET REMAJA SEKOLAH
(KRS)

NAMA: STEPHANIA WONG
NO. MATRIK: D20211100723
PROGRAM: ISMP REKA CIPTA (AT64)

SEMESTER: 2
KURSUS: CUP2011 (KUMPULAN B)
NAMA PENSYARAH: EN. SHAHARUDIN BIN OTHMAN

PENDIDIKAN

2013-2017
SMK Kota Marudu
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
1 A, 1 A-, 2 B+, 1 B, 3 C+

MEI 2018-2019
Pusat Tingkatan Enam SMK Kota Marudu
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
CGPA: 2.58

STEPHANIA WONG OKT 2021-KINI
Universiti Pendidikan Sultan Idris
MAKLUMAT DIRI Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Reka Cipta
dengan Kepujian
Tarikh lahir
12 Mac 2000 PENGALAMAN KERJA

Bangsa 2018-MEI 2018
Kadazan Dusun E-max Trading

Agama Kedai akesesori barang kemas dan CCTV
Kristian Mengurus, menjual, menyusun stok &
merekod pendapatan harian kedai.

Ketinggian 2020-APR 2021
156 cm MP Hardware/ Pemborong MP

Berat Kedai hardware
50 kg Menjaga, mengurus & menyusun dan
merekod stok dan pendapatan harian kedai.
Minat
Memasak, menyanyi, MEI 2021-OKT 2021
melayari internet, menulis, JooHwang, JH Auto Services Centre
mengembara & melancong
Pusat Servis Automotif (Bengkel)
KEMAHIRAN BAHASA Mengurus kemasukan kenderaan yang perlu
diperbaiki, menyusun, mengira dan merekod
Bahasa Melayu stok.
100%

Bahasa Inggeris RUJUKAN
80%
WONG SU FUI
Bahasa Cina Mandarin +6012-8435255
65%
BRENDLY ALFREDZERO ROSLEY
Bahasa Kadazan Dusun +6019-8833677
80% [email protected]

+019-7488949 [email protected] Kota Marudu, 89108 Sabah,
Malaysia.

BIL. ISI KANDUNGAN
PENDIDIKAN

PS2M0E1KR3-KK2o0tA1a7 MRaArudu
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
1 A, 1 A-, 2 B+, 1 B, 3 C+

1 SejarahMPuPEsIae2tn0T1uin8bg-2ku0ah1t9aannEnKamRSSMK Kota Marudu

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

2 PerlembCaGgPAa: 2a.5n8 KRS

OKT 2021-KINI

STE3PHANIA WONG PUenriivIjhearazsailthi KPSeaRnrjSdaindaikManudSaultPaenndIdidriiskan Reka

Cipta dengan Kepujian

M4AKLUMAT DIRI Carta OrPgEaNnGisAaLsAiMKARNS BEKERJA

Tarikh lahir

512 Mac 2000 KeE2a-0mh18al-ixMaTEnrIa2dK0inR18gS

Bangsa

Kadazan Dusun Kedai akesesori barang kemas dan

Ag6ama Pemakaian C&CTPVangkat KRS

Kristian Mengurus, menjual, menyusun stok &

Ke7ti1n5g6gciamn merekod pendapatan harian kedai.

Ikata2n02/0-SAPimR 2p0u21lan

Berat MP Hardware/ Pemborong MP

850 kg PerkhKeedmaai hhaardnware
Minat Menjaga, mengurus & menyusun dan

9iMnteemrnaesta, km, emneunliysa, mnyei,nmgeemlabyaarrai merekod stok dan pendapatan harian

&Pertolonkgedaani. Cemas

melancong MEI 2021-OKT 2021

10 OrienteeJroionPHugwsaa/tnSgeK, rJvoHismAAuupttooamSseortvific(Bees nCgeknetlr)e

KEMAHIRAN BAHASA Mengurus kemasukan kenderaan yang

Ba1h1asa Melayu IkhtiapdreaHrnlumiddeirupeepkrobdaisktio, km. enyusun, mengira

100%

Ba1h2asa Inggeris ProtRoUkJoUl KAN
Asas KWaO+wN6Ga01Sd2U-8KF4Ua3I5k2i55
80%
Pengurusan /BREK+Ne6D0tL1rY9aA-8mL8FR3p3EiD6l7Za7EnRODRiOriSLEY
Ba1h3asa Cina
[email protected]
65%
Lampiran
Ba1h4asa Kadazan Dusun

80%

15

+60197488949 [email protected] Kota Marudu, Sabah, Malaysia

SEJARAH
PENUBUHAN

KRS

CUP2011 (KUMPULAN B)
GURU KADET REMAJA SEKOLAH

DIASASKAN OLEH MUHAMMAD THANI BIN
SHA'ABAN

27 JUN SEKOLAH MENENGAH
1987 RAJA ABDULLAH, JALAN

KEPONG, KUALA
LUMPUR

PADA MULANYA DIKENALI BERNAUNG DI BAWAH
SEBAGAI KADET PUTERA ISLAM PENGAWASAN UNIT
PENDIDIKAN ISLAM
MALAYSIA (KPIM) YANG
MERUPAKAN PASUKAN JABATAN PENDIDIKAN
BERUNIFORM KEPADA WILAYAH PERSEKUTUAN
PERSATUAN PELAJAR-PELAJAR
ISLAM SMRA (PERWIRA)

"BERILMU,
BERIMAN, DAN

BERAMAL"

Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang

yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik

dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Membentuk generasi yang menjiwai M
e m b i n a g e n e r a s i b e r s e m a n g a t p a t r i o t i k

semangat perpaduan, memiliki yang cintakan agama, bangsa dan negara.

ketrampilan diri, berdaya saing, Menyediakan peluang kepada
bersemangat juang, kreatif serta pelajar untuk memperolehi
pengetahuan, pengalaman,
inovatif dalam menghadapi pelbagai OBJEKTIF kemahiran, kebolehan
cabaran hidup.

mengurus dan memimpin.

Membina dan mengembangkan M e l a h i r k a n g e n e r a s i y a n g m e n g e
t a h u i ,

kefahaman, kesedaran dan kepekaan memahami, menghayati dan

di kalangan pelajar mengenai isu-isu mengamalkan akhlak Islam serta mampu
semasa serta berkeupayaan
memberikan sumbangan demi kesejahteraan
mewujudkan integrasi nasional
hidup bermasyarakat dan bermesra.

BIDANG AKTIVITI
BERSEPADU KRS DAN TKRS

Disiplin dan Kerohanian
Ketahanan diri dan Kebudayaan
Alam Sekitar
Keusahawanan
Khidmat Masyarakat ( Khidmas )

PERLEMBAGAAN
KRS

CUP2011 (KUMPULAN B)
GURU KADET REMAJA SEKOLAH

Nama dan Alamat berdaftar

1.1 Nama:
Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali
dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau
ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah
dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
bagi Sekolah Rendah.

1.2 Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS:

Peringkat Kebangsaan:

Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 3 & 4, Blok E2
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Kuala Lumpur.

Peringkat Negeri:

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) berkenaan.

Peringkat Daerah:

Pejabat Pelajaran (PPD) berkenaan.

Peringkat Sekolah:

Sekolah berkenaan.

#Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang
ditentukan oleh Jawatankuasa KRS & TKRS dari semasa ke semasa

PERIHAL KRS

CUP2011 (KUMPULAN B)
GURU KADET REMAJA SEKOLAH

Logo

Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia
berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi
tonggak kedaulatan Negara Malaysia.
Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.
Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara
Malaysia.
Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan
berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang
mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum,
agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Bendera Ikrar

Warna Hijau melambangkan: Bahawasanya kami, Kadet Remaja Sekolah
Tunas muda/remaja yang masih boleh Malaysia berjanji dan bersetia akan
dibentuk.
Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. menyemaikan semangat patriotik, tetap
Alam sekitar merupakan sebahagian berdisiplin, berakhlak mulia, berilmu, beriman,
daripada kurikulum KRS/TKRS.
dan beramal. Kami juga akan memupuk
Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’ semangat keusahawanan, mencintai alam
ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan sekitar, mempunyai ketahanan mental dan
ahli KRS/TKRS.
fizikal serta bersedia berkhidmat untuk
IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan masyarakat demi agama, bangsa, dan negara,
asas
pembinaan diri. serta mendukung Rukun Agama dan Rukun
Negara sepanjang kami menjadi anggota

kadet.

AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup Lagu
sihat
yang berterusan merupakan natijah daripada Kadet Remaja Sekolah,
kekuatan intelektual dan disiplin diri. Menuju satu ikatan bersaudara,

Bersatu menjulang, keamanan Negara,

Menjayakan ilmu, iman dan amal.

Marilah kita membina peribadi,

Membentuk insan yang kereatif,

Kearah kecermelangan diri,

Sepanjang masa yang berterusan.

Remaja sambutlah cabaran,

Menjadi bangsa Malaysia,

Maju dan cemerlang, remaja berwawasan,

Jangan kita lupa kepada pencipta.

Remaja hayati budaya,

Lagu: Mejar Muhammad Thani B. Shaaban Ilmu, iman dan amal,
Lirik: Left. Ustaz Roslan B. Abd. Rahman Tetapkan di hati dan jiwamu,
Muzik: Bah. Teknologi Pendidikan, Wawasan Kadet Remaja Sekolah.
Kementerian Pend. Malaysia

CARTA
ORGANISASI

KRS

CUP2011 (KUMPULAN B)
GURU KADET REMAJA SEKOLAH

Jawatankuasa Peringkat Kementerian: Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan:

1. Penaung Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah: Menteri Pelajaran Malaysia. Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia
2. Penasihat Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah: Ketua Pengarah Pelajaran Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Malaysia. Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah
3. Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah adalah seperti berikut: Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah

>> Penaung Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (HEM) Bahagian
>> Pengerusi Sekolah
>> Timbalan Pengerusi
>> Naib Pengerusi Penolong Setiausaha : Dilantik (Dua orang)
>> Setiausaha Bendahari : Dilantik
>> Penolong Setiausaha Ahli-ahli :
>> Bendahari
>> AJK yang dilantik 1. Pengarah-Pengarah JPN
4. Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat: 2. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
>> Peringkat Kebangsaan 3. Pengarah Bhg. Dakwah & Kepimpinan
>> Peringkat Negeri 4. Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional
>> Peringkat Daerah
>> Peringkat Sekolah 5. Pengarah Institut Aminuddin Baki
6. Tiga ahli dilantik
Jawatankuasa Peringkat Sekolah:
7. Dua Wakil Jurulatih KRS
8. Dua Wakil Jurulatih TKRS

i. Juruaudit : Dilantik

Penaung : Pengarah Pelajaran Negeri Jawatankuasa Peringkat Negeri:
Penasihat : PPD
Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia
Pengerusi : Pengetua / Guru Besar Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Timbalan Pengerusi : Pen.Kanan Kokurikulum
Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri
Setiausaha : Dilantik Timbalan Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan
Penolong Setiausaha : Dilantik
Kemanusiaan
Bendahari : Dilantik Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum
Ahli-ahli : ( 7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS/TKRS ) Pen.Setiausaha 1 : Penyelia Pasukan Pakaian Seragam
Pen.Setiausaha 2 : Pegawai Tadbir KRS
i. Juruaudit (2 orang) : Dilantik di kalangan guru

Bendahari : Dilantik
Ahli-ahli : Dilantik Termasuk,
>> Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oleh penolong pendaftar 1. Pegawai Pelajaran Daerah
sekolah. 2. Dua Wakil Jurulatih KRS dan
3. Dua Wakil Jurulatih TKRS
>> Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak
menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia. 4. Wakil PKPSM dan MGB
>> Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada Juruaudit : Dilantik
Jawatankuasa Peringkat Sekolah.

>> Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program
KRS/TKRS

>> Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan
lagi aktiviti KRS/TKRS.



Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah:

>> Jawatankuasa Peringkat Daerah >> Jawatankuasa Peringkat Pejabat Pelajaran
Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Gabungan (Sabah dan Sarawak)
Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah
Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( SPPK ) Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri
Pengerusi : Pegawai Pelajaran Gabungan
Setiausaha : Penyelia
Pen. Setiausaha : Dilantik Tim. Pengerusi : Ketua Unit
Setiausaha : Penyelia Kokurikulum
Bendahari : Dilantik Pen. Setiausaha : Pegawai Tadbir Gabungan KRS
Ahli : Dilantik Termasuk,
1. Dua Wakil Jurulatih KRS Bendahari : Dilantik
1. Ahli : Dilantik Termasuk,
2. Dua Wakil TKRS, 2. Dua Wakil Jurulatih KRS
3. Wakil PKPSM dan MGB
Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri 3. DuaWakil TKRS,
Juruaudit : Dilantik ( 2 orang ) 4. Wakil PKPSM dan MGB ( Gabungan )
>> Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri
dilakukan oleh Pengerusi setiap Jawatankuasa.
Juruaudit : Dilantik ( 2 orang )

KEAHLIAN KRS

CUP2011 (KUMPULAN B)
GURU KADET REMAJA SEKOLAH

Keahlian KRS/TKRS adalah terbuka kepada
semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan.

Ahli bersekutu KRS/TKRS terbuka kepada semua
pelajar yang menuntut di institusi pendidikan
selain daripada yang dinyatakan dalam perkara
5. 1.

KRS/TKRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu
diurus dan dibiayai oleh institusi di mana
KRS/TKRS itu ditubuhkan.

Keahlian KRS/TKRS lucut serta merta apabila
pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan
daripada menjadi pelajar berdaftar di
sekolah/institusi seperti yang
dinyatakan di atas.

Keahlian TKRS terbuka kepada semua pelajar
tahap II (tahun 4, 5 & 6) di sekolah kerajaan dan
bantuan kerajaan.

Ahli KRS / TKRS yang bertukar ke sekolah / negeri
lain,keahlian asal masih diterima pakai.

PEMAKAIAN &
PANGKAT KRS

CUP2011 (KUMPULAN B)
GURU KADET REMAJA SEKOLAH

Pegawai KRS (Guru Pemimpin KRS) dibahagikan kepada 2 kategori :



Pegawai Latihan

Guru penasihat KRS dan TKRS sama ada yang bertauliah (mengikuti
Kursus Asas Tahap 1) atau belum bertauliah. pangkat yang
disandang ialah antara Leftenan Muda ke Mejar bergantung
kepada proses kenaikan kenaikan pangkat (lulus ujian kenaikan
pangkat).
Tanda utama pada pemakaian ialah lanyard single dan lencana
kolar tanpa pelapik merah.

Pegawai Pengurusan

Pegawai yang menjawat jawatan pengurusan tertentu bermula
dari peringkat sekolah hingga kementerian. Pegawai Pengurusan
KRS di sekolah ialah semua penolong kanan, guru besar/pengetua.
Di sekolah menengah bermula daripada ketua bidang. Pangkat
KRS disandang secara automatik setelah menjawat jawatan
pengurusan tersebut.
Tanda utama pada pemakaian ialah menggunakan lanyard anyam
dan lencana kolar berlapik merah.

Pemakaian Pangkat Pengawai Pengurusan
KRS (Sekolah)

Sekolah Rendah
1.Guru Besar – Komandan TKRS
2.Semua Penolong Kanan – Timbalan Komandan TKRS

Sekolah Menengah
1.Pengetua – Komandan KRS
2.Semua Penolong Kanan – Timbalan Komandan KRS
3.Semua Ketua Bidang – Penolong Komandan KRS



Jenis Pemakaian Pakaian Pegawai KRS

Uniform No2 – Pakaian untuk acara rasmi.Bush Jacket KRS digunakan

Uniform No3 – Pakaian pejabat (sekolah). Dipakai seperti untuk
menghadiri mesyuarat dan ke sekolah. Kemeja hijau muda

Uniform No4 – Pakaian aktiviti dan latihan. Dipakai semasa
menghakimi pertandingan kawad, menjalankan latihan dan
perkhemahan

IKATAN/
SIMPULAN KRS

CUP2011 (KUMPULAN B)
GURU KADET REMAJA SEKOLAH

i) Ikatan Buku Sila (Reef Knot)

Untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz.
Biasanya untuk menyambung tali khemah/bungkusan hadiah/ikatan anduh agar mudah dibuka.
Dikenali juga sebagai 'left over right and right over left'.
ii) Ikatan Bunga Geti (Common Bend)

Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan
tali kapal.
iii) Ikatan Simpulan Pengail / Himpit (Fisherman's Knot)

Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail dan menyambung tali yang licin.
iv) Ikatan Simpul Manuk (Clove Hitch)

Simpul manuk biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah,
botol dan sebagainya.
Ia mudah diikat/disimpulkan dan mudah ditanggalkan/dibuka.

v) Ikatan Simpulan Tindih Kasih (Bowline)

Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut.
Sesuai digunakan untuk menyelamat, mengikat leher binatang dan sebagainya.
vi) Ikatan Simpulan Pencuri (Thief Knot)

Simpulan ini sangat sesuai untuk mengikat bungkusan dan bimbang ada orang lain akan membuka
bungkusan tersebut.
Apabila orang tersebut mengikat kembali ia lazimnya akan mengikatnya semula seperti ikatan buku sila
vii) Ikatan Simpul Belit Lucut (Highwayman's hitch)

Sesuai digunakan untuk mengikat bot atau binatang (contoh kuda) supaya boleh dibuka dengan pantas.
Boleh juga digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali.

viii) Ikatan Simpul Pulih (Sheepshank)

Sheepshank digunakan untuk memendekkan tali tanpa perlu memotong tali tersebut.
Ia juga boleh digunakan untuk menegangkan tali (contoh tali khemah) tanpa perlu membuka ikatannya
dibahagian hujung tali. Ia boleh disimpulkan di bahagian tengah tali tersebut.
ix) Ikatan Lilit 2 Simpul / Simpul Belit (Round turn and two half-hitches)

Satu simpulan mudah tetapi kemas untuk mengikat hujung tali pada mata kail, pancang, pokok dan
sebagainya.
x) Ikatan Lilit Balak (The Timber Hitch)

Ikatan balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu dan
sebagainya.
xi) Slip / Running Knot

Ikatan ini mudah diketatkan atau dilonggarkan.
Mudah menggerakkan ikatan ke bahagian lain pada kayu/pancang.
Semakin kuat hujung tali itu ditarik semakin ketat simpulan tersebut.

xii) Ikatan Silang Gunting (Sheer Lashing)

Ikatan ini ialah bagi membuat jambatan, menara, gadget dan menyambung kayu.
Mulakan dengan simpulan manuk pada sebarang kayu, kemudian belitkan pada kedua-dua batang kayu
itu dengan ketat. Akhir sekali belitkan tali di celah kayu itu beberapa kali supaya lebih ketat.
xiii) Ikatan Seraya (Square Lashing)

Ikatan Seraya digunakan untuk mengikat dua batang kayu/dua batang buluh yang bersilang.
xiv) Ikatan Serong (Diagonal Lashing)

Ikatan ini digunakan untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya.
Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian
melintang dan matikan dengan simpulan manuk.
xv) Ikatan Silang Tunku (Tripod Lashing)

Digunakan untuk membuat gajet dan menyambung kayu, khas bagi mengikat tiga batang kayu / buluh
yang sama besar dan panjangnya.
Ikatan ini dimulakan dengan menggunakan Lilit Balak atau Simpul Manuk dan bagi mematikan Ikat
Silang Tungku, Simpul Manuk digunakan.

PERKHEMAHAN

CUP2011 (KUMPULAN B)
GURU KADET REMAJA SEKOLAH

ASAS DAN MOTIF SUATU PERKHEMAHAN DIADAKAN:
Membina semangat perpaduan di kalangan ahli
Memberikan latihan dan pendedahan kepada ahli
Memberikan ahli suatu peluang untuk menghayati
suasana alam semulajadi jikalau
perkhemahan itu diadakan di tepi pantai atau dalam
hutan.
Memberikan ahli satu peluang untuk naik pangkat
jikalau perkhemahan itu merupakan
kem pentauliahan.

KOMPONEN-KOMPONEN KHEMAH (Walaupun khemah
rangka A atau jenis igloo):

Tiang rangka
Pancang
Flysheet
Khemah
Beg khemah
Tali

SYARAT PENTING UNTUK MENDIRIKAN TAPAK
PERKHEMAHAN:

Bentuk muka bumi dan salirannya
Jenis tanah
Iklim semulajadi
Jenis tumbuhan(tumbuhan yang reput)
Kemudahan asas (sungai, tandas, dll)
Keselamatan (serangan haiwan, anai-anai dll)

Pengenalan

Perkataan Khemah dipercayai berasal daripada perkataan
Arab.
Khemah merupakan sejenis pondok yang diperbuat daripada
kain tebal atau kain tayar yang didirikan sebagai tempat
kediaman sementara.
Perkhemahan pula adalah sebagai kelompok khemah atau
berkhemah.
Khemah adalah satu element terpenting dalam aktiviti
perkhemahan.
Memberi perlindungan darihujan,panas,sejuk,angin,binatang
dan serangga.
Kegunaan (fungsi) adalah bergantung kepada lokasi
perkhemahan, seperti:-

i) pantai
ii) mendaki gunung

iii) sungai
iv) hutan sebab

----------------------------------------------------------------------

Ciri-ciri Khemah

Ukuran - Pilihlah untuk berdua, berempat atau berenamkerana ia
menentukan keselesaan.
Kalis air - Untuk mengelakkan kebasahan di dalam
khemahsemasa hujan.
Tahan lasak - Juga bergantung kepada penjagaan semasa
danselepas khemah diguna.

Mudah dipasang dan dibuka

Tiang rangka
Pole Tali

Beg khemah Komponen-komponen Khemah
Khemah

Pancang Flysheet

----------------------------------------------------------------------

Jenis Khemah

Faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak khemah



Angin - Pastikan kawasan ruang dipilih agak terlindung daripada
tiupan angin kencang. Elakkan daripada mendirikan khemah di
kawasan terbuka.

Kecerunan - Pastikan tidak mendirikan khemah di kawasan
permatang dan ditebing bukit untuk mngelakkan bahawa tanah runtuh
dan sebagainya.

Cahaya - Seboleh-bolehnya dirikan khemah di kawasan yang agak
teduh dan tidak menerima sinaran cahaya matahari secara terus.

Bentuk muka bumi - Pastikan permukaan tanah untuk tapak khemah
rata, tidak berbatu dan tidak menerima sinaran cahaya matahari
terus.

Halangan bahaya semulajadi - Periksa bahagian atas supaya tiada
pokok atau dahandahan mati atau reput yang berkemungkinan akan
jatuh ke bawah. Elakkan mendirikan khemah terlalu berdekatan
dengan anak sungai untuk mengelakkan kepala air.

Laluan air - Pastikan tiada laluan air yang melintasi tapak
perkhemahan kerana sekiranya hujan turun dengan lebat aliran air di
permukaan akan membanjiri khemah.

Luas tapak - Dirikan khemah di kawasan yang mempunyai keluasan
yang mencukupi bagi semua agar pergerakan tidak terbatas. Tapak
perkhemahan haruslah sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti.
Kenalpasti tapak perkhemahan mempunyai jalan keluar yang lain
sekiranya berlaku kecemasan.







PERTOLONGAN
CEMAS

CUP2011 (KUMPULAN B)
GURU KADET REMAJA SEKOLAH

Apa itu Pertolongan Cemas?



Bantuan kecemasan ialah bantuan awal atau pertolongan
serta-merta yang diberikan kepada orang yang sakit atau
orang yang cedera (dipanggil pesakit) sebelum ketibaan

ambulans atau pakar kelayakan.

Objektif
- Untuk menyelamatkan nyawa.
- Jika tidak sedarkan diri (pengsan) pastikan bahawa saluran
udaranya tidak terganggu.
- Pastikan bahawa pesakit bernafas.
- Hentikan pendarahan.
- Bantuan kecemasan kepada lain-lain kecederaan mengikut
keutamaan.

Cara Mengelakkan Kecederaan Menjadi Bertambah
Teruk

- Alihkan pesakit sekiranya keadaan membahayakan, elakkan
sebarang kecederaan daripada berlanjutan.
- Berikan lindungan daripada kesejukkan, berikan kehangatan
sekiranya pesakit dalam kesejukan (basah atau lembap).

Mendapat Bantuan Kecemasan
- Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans
dengan kadar segera yang boleh.
- Pastikan anda sentiasa di sisi pesakit sehingga bantuan
sampai.

Ciri-ciri Seorang Penyelamat




Tajam perhatian

Pantas ikhtiar

Tidak kasar

Berakal

Bertimbang rasa

Sentiasa tersenyum

Memberi pertolongan berdasarkan ilmu pengetahuan yang

dipelajari sahaja

Terlatih

----------------------------------------------------------------------

P Termometer Pin Semat

E Mangkuk Enamel Elastoplast
Ubat Cium Ubat Luka
R Asprin Papan Tuap

A Panadol Kain Segitiga
L Ubat Melepuh
Ub
at Cuci Mata

A Kain Pembalut Luka Pembalut Berelastik

T Kain Tekap Pembalut Pembebat

A Kapas Pembalut Terbuka
Gunting Adesif Lekat Sendiri
N Kain Kapas

Pembebatan & Pembalut

PEMBEBATAN

----------------------------------------------------------------------

PEMBALUT

Pembalut Tiga Segi Lipatan Tiga Segi

Jenis Balutan Luka

LUKA TANGAN LUKA DADA

LUKA BAHU LUKA SIKU

LUKA PEHA LUKA LUTUT

LUKA LENGAN LUKA JARI

Jenis Anduh

ANDUH BESAR

ANDUH
MENAIK

PEMBALUT
CINCIN

Jenis Luka

LUKA TERHIRIS
LUKA TERKOYAK
LUKA TERTUSUK
LUKA LEBAM
LUKA TEMBAKAN

CARA MENAHAN
PENDARAHAN KECIL

Apa Yang Harus Dilakukan?

- Basuh tangan anda sebelum dan selepas memberikan bantuan.
Jika ada, gunakan sarung tangan.
- Selesakan dan yakinkan pesakit.
- Bersihkan luka daripada kekotoran.
- Hentikan pengaliran darah dengan menekan kemas atas luka.
Letakkan kain bebat sucihama (sterile dressing) yang tebal dan
tekan kemas-kemas selama 10 minit. Seboleh-bolehnya
terlentangkan pesakit. Jangan guna pelapik basah di atas luka yang
terbuka.
- Tinggikan bahagian yang cedera. Jika darah masih mengalir
meresapi pada pembebatan pertama, tambahkan selapis lagi kain
bebat tanpa mengalihkan kain bebat yang pertama tadi.
- Luka tusukan perlu menggunakan pelapik cincin. Jangan buang
benda asing pada luka.
- Elakkan jari terkena bahagian pelapik bagi menjauhkan daripada
dihinggapi kuman.

Bantu Mula CPR

DEFINISI
- Satu tindakan bantuan awal bagi memulihkan mangsa yng
terhenti pernafasan dengan menggunakan teknik tekanan di
atas dada (tekanan dari luar) dan bantuan hembusan
pernafasan.




SEJARAH CPR
- Bermula di Baltimore, Amerika pada tahun 1960.
- Teknik mulut ke mulut ditemui oleh Dr. James Elam dan
Peter Safar.
- Teknik cardiac compression (tekanan dada) ditemui oleh
Dr. Kounwenhowen
- Kedua-dua teknik digabungkan dan dilaksanakan secara
menyeluruh pada 1973.
- Mula diperkenalkan dan dilaksanakan di Malaysia pada
1986.
- Pindaan Garis Panduan oleh CPR (American Heart
Association) dari CPR 2000 ke Garis Panduan CPR 2005.




PROTOKOL CPR
D – Danger (Bahaya)
R – Response (Tindakbalas)
A – Airways (Saluran pernafasan)
B – Breathing (Pernafasan)
C – Circulation (Peredaran darah)

DANGER
- Periksa kawasan persekitaran sama ada selamat dan anda boleh menyelamat,
gunakan peralatan
keselamatan diri dan pastikan tiada sebarang bahaya yang boleh mencederakan diri
anda ataupun
mangsa. Alihkan mangsa ke tempat rata dan keras.

RESPONSE
- Tepuk bahu mangsa untuk mengenal pasti tahap kesedaran mangsa, panggil nama
(jika tahu)
atau “Encik ...encik kenapa ni ?”. Jika tiada reaksi aktifkan “EMS” untuk mangsa.

AIRWAYS
- Guna kaedah “ HEAD TILT CHIN LEFT “. Angkat dagu donggakkan kepala bagi
membuka
saluran pernafasan.
- Gunakan kaedah “ JAW TRUST “. Bagi mangsa kemalangan yang teruk.
L : Look (melihat) Pergerakan turun naik dada
L : Listen (mendengar) Dengusan mangsa
F : Feel (merasa) Merasa hembusan dari mulut

BREATHING
- Jika mangsa tak bernafas, berikan 2 hembusan pernafasan dari mulut ke mulut. Jika
dada tak
naik posisikan semula kepala mangsa.
- Pastikan hidung dipicit semasa membuat hembusan dan lepaskan picitan ketika selang
hembusan.
- Periksa nadi mangsa dengan meletakkan 2 jari pada nadi karotid selama 5 saat.

CIRCULATION
- Jika tiada nadi mulakan tekanan di atas dada dengan menggunakan kedua-dua
tangan.
Kekuatan tekanan adalah melalui bahu.

RECOVERY POSITION
- Jika mangsa tersedar atau menunjukkan tanda-tanda pernafasan telah pulih, alihkan
mangsa
pada posisi pemulihan.

ORIENTEERING
& KOMPAS

CUP2011 (KUMPULAN B)
GURU KADET REMAJA SEKOLAH

Sejarah & Perkembangan
Sukan rekreasi berpandukan peta dan kompas – perlu imbangan

fizikal & mental

Sukan rekreasi mengemudi diri, berjalan, berlari – tempuhi pelbagai

variasi bentuk muka bumi

Berfikir sambil berlari – masa pantas

PERKEMBANGAN DI MALAYSIA
Mula diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan
Orienteering Pulau Pinang pada 1983
1986 - Persatuan Orienteering Selangor dan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur (WOA)
1988, WOA mengadakan Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia
1988 (MOOC 1988)
1994, Persatuan Orienteering Malaysia (Malaysia Orienteering
Association – MOA) ditubuhkan.
Menyelaraskan dan mengawal segala aktiviti sukan orienteering di
Malaysia dan sebagai satu badan orienteering yang mewakili
Malaysia di dalam IOF
6 cawangan negeri

----------------------------------------------------------------------

Orienteering Preset

Relay Merentas Desa (Course Orienteering)
Orienteering Line Orienteering

Mapfaring Jenis Orienteering Rogaine Orienteering
(Map Hiking)
Project Orienteering
Short Distance Orienteering
Route Orienteering
Orienteering Bermarkah

(Score Orienteering)

Peta Topo Asas Peta

KEGUNAAN PETA
Merancang aktiviti atau
pergerakan dan melaksanakan
aktiviti atau pergerakan
Memberi maklumat: lokasi,
tempat, jarak, ketinggian
bentuk muka bumi, halangan,
pembangunan, mercu tanda
dan laluan – laluan yang boleh
digunakan

Peta Planimetri

Peta Khusus Jenis Peta Peta Imejan Satelit

Atlas Peta Orienteering

CARA MENDAPATKAN PETA
Dokumen yang dikelas sebagai
“terhad”
Boleh dimiliki dengan kebenaran
pihak berkuasa
Permohonan jabatan kerajaan
melalui Jabatan
Ukur dan Pemetaan Negeri
dengan mengisi:

i) Borang PPNM-A (81)
ii) Borang PPNM 1 (jika permohonan
dari pihak awam dan badan-badan

berkanun.)

----------------------------------------------------------------------










Click to View FlipBook Version