ASAS PENYEDIAAN PETA DAN LALUAN ORIENTEERING
Pengenalan
Menurut Mohd. Yusof Abdullah (1993), peta merupakan gambaran
muka bumi atau sebahagian daripada yang dilukis di atas
permukaan yang rata (kertas misalnya) serta mengikut skala.
Dalam peta mesti ada tiga perkara berikut:
1. Skala
2.Gambaran dibuat di atas permukaan rata
3.Melambangkan ciri-ciri muka bumi
Menyediakan peta mengikut prosedur-prosedur atau langkah-
langkah yang betul dan telah ditetapkan. Penyediaan ini melibatkan
penyediaan peta asas, tinjauan, melukis dan mencetak.
Objektif
Mengenal pasti dan dapat melakukan prosedur-prosedur
penting semasa penyediaan peta semasa melakukan tinjauan
tempat, melukis dan mencetak peta,
Menguji kemahiran motor halus dan kasar untuk aktivitimelukis
peta dan melakukan tinjauan tempat aktiviti sebelum peta
disediakan,
Kemahiran membuat ramalan dan jangkaan secara tepat
semasa proses penyediaan peta dan pemilihan lokasi yang
sesuai untuk aktiviti orienteering,
Mengalami dan mengecapi keindahan alam sekitar yang bersih
dan semulajadi, dan
Mengetahui kepentingan alam semulajadi dalam kehidupan
sejagat.
ASAS PENYEDIAAN PETA
Penyediaan ini melibatkan:
1.Peta asas,
2.Tinjauan,
3.Melukis,
4. Mencetak.
----------------------------------------------------------------------
Peta Asas
Setiap lembar peta mengandungi dua kategori catatan iaitu:
1. Maklumat bingkai,
2. Gambaran muka bumi yang diwakili oleh peta.
Maklumat Bingkai
---------------------------------- ---------------------------------------------------------------------
Tinjauan, Melukis & Mencetak
Masa meninjau bergantung kepada faktor-faktor berikut:
1.Keluasan kawasan,
2.Jenis-jenis tanah,
3.Kualiti peta base,
4.Keadaan cuaca,
5.Pengalaman ‘Mapper’
Organisasi untuk tinjauan - Peta asal digunakan dan bekerja secara
bersendirian.
Garis panduan:
1.Koordinasi – ketua dan berpengalaman
2.Persetujuan pembahagian – ‘mapper’- lawatan dan butiran perlu
3.Bahagi kawasan – setiap seorang
4.Proses pemeriksaan –oleh ketua dan hubungan baik ‘mapper’
5.Konsisten – tinjau dan periksa
6.Rangka tinjauan – pengeluaran atau hasil kerja, perhatian pada warna dan
simbol
Peralatan untuk tinjauan
1.Kompas orienteering
2.Papan peta
3.Pensil 3H, 7H
4.Pemadam
5.Pensil warna
6.Panji berwarna - tanda
‘Field work’ (kerja padang)
1. Persediaan untuk ‘fIeldwork’:
- guna salinan peta yang boleh dilukis dalam semua
keadaan cuaca
2. Peringkat tinjauan:
-Penerokaan
– tentukan butiran
-Memeriksa ketepatan peta base
– sifat yang betul dan digunakan sebagai ‘check point’
-Membahagi kawasan
– kawasan kecil, boleh ditinjau dalam satu hari
Mencetak: IOF
- guna ‘Pantone matching system’ (PMS),
- Kertas berkualiti dan berat 100-120 g/m.
‘Black process black’
‘Brown 471’
‘Blue 299’
‘Green 361’
‘Yellow 136’
‘Violet purple’
PENYEDIAAN LALUAN ORIENTEERING
Definisi
Merupakan satu set aktiviti perjalanan secara pandu arah.
Perlu maklumat penting bagi memastikan laluan tepat.
Objektif
Memulakan pergerakan.
Pendedahan maklumat dan pengalaman.
Mematuhi peraturan.
Proses p&p berterusan.
Kemahiran membaca dan mentafsir peta.
1. Pemilihan Kawasan
Penting untuk mengelak kesukaran.
Meliputi kawasan bercirikan bentuk muka bumi setempat.
2. Persediaan Awal
Peralatan yang lengkap dan sempurna
Pakaian yang sesuai
Peta
Kompas
Kad laluan
Air
‘First aid’ , dll..
3. Persediaan asas 'Field Work'
Sebuah peta utama
‘Map board’
Sehelai kertas peta
Empat pensil warna (hitam, merah, biru dan hijau)
4. Lakaran Laluan Secara Pantas (‘Field Work’)
Menentukan titik permulaan dengan tepat.
Sesuaikan papan peta dan rentaskan serta lukis satu gari
slurus.
Gunakan skala 'mm' dan letakkan satu titik pada jarak yang
dilukis.
Pastikan jangan memendek dan memanjangkan jarak dari
dalam peta.
5. Perkara Yang Perlu Diketahui Dan Dilaksanakan Sebelum
Memulakan Aktiviti
Tinjauan kawasan
Tempat permulaan
Titik kawalan
Penanda kawalan
Kad kawalan
Peta utama (Master map)
Keterangan kawalan (Control description)
Landasan (Course)
Kompas (Compass)
Keselamatan
KOMPAS
Definisi
Alat pengemudi arah yang mempunyai jarum magnetik
merah hitam
Peralatan yang paling bernilai untuk menunjuk arah
dengan tepat
Kompas jangka sudut atau Baseplate
( compass protractor )
Kompas jenis ini diperkenalkan oleh Kjellstrom
bersaudara semasa perang dunia ke - 2 dan terdiri di
atas sebuah rectangular baseplate, yang ditanda
dengan panah warna merah sepanjang paksi atau
garisan, dan lingkaran kompas ditanda dalam unit
darjah (hampir di seluruh dunia bagi lingkaran penuh
menggunakan 360 darjah, tetapi sebahagian Negara
Eropah menggunakan 400 darjah).
Kompas Jempol / Ibu jari
Di pertengahan tahun 1980-an, sebuah organisasi
orienteering dari Sweden membuat ciptaan untuk
menggantikan kompas base plate dengan
mempertajam base plate dan membuat lubang untuk
memasang kompas tersebut pada ibu jari.
Kompas ini lalu dipasang di ibu jari tangan kiri,
diletakkan di atas peta yang juga dipegang dengan
tangan kiri juga.
Jenis-jenis Kompas
Kompas Orienteering
- Kompas jangka sudut (protractor compass)
- Kompas ibu jari (thumb compass)
- Kompas klip
Ciri-ciri kompas orienteering
Lebih ringan daripada kompas prismatik
Berfungsi sebagai jangka sudut untuk mengukur bearing yang
terbaik
skala gred - 1 : 63360, 1: 50000 dan 1 : 25000
Berbentuk empat segi bujur dan leper
Tapak atau dasarnya terdiri daripada plastik lutsinar yang keras
Terdapat skala grid, anak panah mara, garisan penghubung,
pembaris, kanta pembesar dan lubang penanda titik
•Ia mengandungi dail, jarum kompas, anak panah kompas,
garisan gred, angka-angka bearing atau sudut, dan garisan
indek
Protracter Compass
( kompas jangka sudut )
Digunakan oleh orang baru yang menceburi dalam bidang
sukan ini
Kompas ini mempunyai jarum magnetic, perumah yang
boleh dilaras, skala pengukuran jauh dan jarum penunjuk
arah
Thumb Compass
( kompas ibu jari )
Ibu jari dilekatkan pada kompas bersama dengan peta
Menjadikan kompas dan peta digunakan sebagai satu unit
Mempunyai jarum bermagnet dan boleh mengukur skala
tetapi tidak mempunyai perumah yang boleh berputar dan
juga dapat mengurangkan kesilapan
Clip Compass
( kompas klip )
Mempunyai perumah tetap dan jarum magnetik
Diklipkan bersama peta dan menggalakkan kompas dan
peta digunakan sebagai satu unit
Kompas Tentera
- prismatic
- lensatik
1. Kompas Prismatik
- dinamakan demikian kerana ia menggunakan prisma
- bahagian–bahagian kompas prismatic:
i) Gelung ibu jari
- gelung logam yang dapat menguatkan ibu jari. Ianya boleh dilipat.
-Kegunaannya adalah supaya kompas dapat disangkutkan kepada
ibu jari ketika kompas dikendalikan
ii) Kotak prisma
-kotak prisma berada ditepi badan kompas dan mengandungi
prisma dan boleh dilipat
-Jika ditolak habis ke hadapan, ia akan berada di atas dail
-Dalam keadaaan begini angka-angka pada cakera kompas dapat
dilihat melalui prisma.
iii) Penutup
-digunakan untuk menutup kompas,apabila kompas tidak
digunakan.
-Penutup ditolak ke atas hingga kepada kedudukan tegak apabila
kompas hendak digunakan.
iv) Badan kompas
- keseluruhan badan atau rumah kompas berbentuk bulat atau
leper.
Badan kompas terdiri daripada : Dail, Pengunci Dail dan Cakera
IKHTIAR HIDUP
CUP2011 (KUMPULAN B)
GURU KADET REMAJA SEKOLAH
Pengenalan
Membantu individu yang berada dalam keadaan
dan tempat yang bahaya.
Penggunaan kemahiran :
i) Membuat unggun api
ii) Cari dan membina tempat berteduh
iii) Cari air yang bersih untuk diminum
iv) Cari makanan yang selamat dimakan
Dalam keadaan dan tempat yang kering, basah,
panas, sejuk, gurun, pedalaman atau pulau
Objektif
Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk
ikhtiar hidup semasa di laut, hutan, bukit, gunung-
ganang atau sebagainya.
Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi
untuk mencari sumber makanan, tempat
perlindungan dan punca-punca air.
Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-
langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar
hidup.
Tekanan bagi Ikhtiar Hidup
a. Kelaparan
b. Kehausan
c. Kesakitan
d. Kesejukan dan kepanasan
e. Keletihan
f. Kesepian dan ketakutan
g. Panik
Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh
melemahkan semangat mereka untuk terus hidup dan
keluar dari keadaan tersebut.
Asas bagi Ikhtiar Hidup dalam
Terdapat 5 asas untuk meneruskan hidup
pelbagai situasi ini iaitu :
1. Tempat berteduh ( shelter )
2. Air ( water )
3. Api ( fire )
4. Makanan ( food)
5. Perangkap binatang ( trap & snares )
Shelter ( tempat berteduh )
Kepentingan
Melindungi diri dari bencana atau kesejukan
Sebagai tempat untuk tidur dan berehat
Dibina sendiri
Kita mesti pastikan kawasan yang kita pilih untuk membina
shelter:
Berdekatan dengan punca air
Mudah untuk membuat unggun api
Mudah untuk mencari makanan
Penerangan
Shelter yang biasa seperti gua, ikat tali pada pintu masuk gua
untuk memudahkan untuk cari jalan keluar.
Jika memilih gua untuk dijadikan tempat berteduh, buat unggun
api di kawasan pintu masuk gua supaya dapat menghalang
binatang daripada memasuki atau mendekati gua.
Jika memilih untuk membuat lubang dibawah tanah sebagai
tempat berteduh, pastikan pintu masuk ke lubang itu ditutup
dengan kulit kayu dan ranting pokok.
Kita juga boleh membina shelter yang berbentuk condong
menggunakan kayu dan ranting-ranting pokok, di atas binaan
ranting dan kayu itu kita letakkan plastik.
Daun-daun kayu untuk menutupi shelter tersebut dan
mengurangkan kesejukan serta dapat mengelak dari panas dan
hujan.
Menunggu bantuan - Dengan adanya tempat perlindungan dan
bahan makanan maka besar kemungkinan orang yang hilang itu
dapat bertahan seberapa lama mungkin sebelum tiba anggota
mencari dan menyelamat untuk menamatkan penderitaan yang
dihadapinya.
Pondok pelindung angin
Pondok ini didirikan dengan rangka bumbung berbentuk ‘V’ terbalik
Bumbung ditongkat oleh dua batang tiang
Bumbung boleh dibuat dari apa saja jenis daun seperti daun bertam,
nipah, senduduk, lalang dan sebagainya.
Pondok ini sesuai didirikan di kawasan lereng bukit, kawasan permatang
yang sempit , kawasan tanah lapang dan juga di kawasan tepi pantai.
Pondok Pisang Sesikat
Pondok ini didirikan dalam keadaan mempunyai empat tiang
Tiang hadapan lebih tinggi dari tiang belakang
Bumbung dibuat curam kebelakang
Di bahagian hadapan dibuat cucur atap (tabir layar)
juga boleh didirikan dengan menggunakan dua tiang sahaja dgn
bumbung belakang diturunkan terus di atas tanah
Pondok ini sesuai didirikan di kawasan tanah tinggi dan dilereng bukit.
Pondok satu minggu
Pondok ini didirikan dengan menggunakan empat tiang, berlantai
serta mempunyai tangga dan berbumbung.
Di bahagian hadapan mempunyai cucur atap dan boleh didirikan
dalam apa juga keadaan muka bumi.
Kebiasaannya pondok ini didirikan untuk tempat tinggal dalam jangka
masa satu minggu.
Ianya juga dapat menghindarkan diri dari gangguan binatang-
binatang buas.
Perlindungan Semulajadi
Selain daripada beberapa jenis pondok di atas gua, banir pokok,
anjung batu dan juga lereng lekuk juga amat sesuai dijadikan
tempat untuk berteduh.
pemilihan tempat tersebut perlu ditinjau terlebih dahulu dari aspek
keselamatan.
Elakkan tempat-tempat yang berbahaya seperti kawasan batu-batu
yang longgar kedudukannya, kawasan laluan angin, laluan binatang,
sarang serangga dan sebagainya.
Water (Air)
Manusia hanya dapat hidup dan bertahan dalam tiga hari
sahaja tanpa air.
Manusia akan kehilangan air dalam 2-3 liter dalam 1 hari
dalam suhu yang biasa. Tapi akan lebih bila berada dalam
suhu yang panas dan kawasan yang kering.
Kekurangan air akan menyebabkan dehidrasi, kelesuan,
sakit kepala, pitam, pening dan boleh menyebabkan
kematian.
Dalam keadaan kering yang melampau, kita boleh
melakukan beberapa perkara untuk mengurangkan
kehilangan air dalam badan. Antaranya :
1.Bernafas menggunakan hidung bagi mengelakkan air keluar
melalui pernafasan dengan mulut
2.Jangan merokok.
3.Berehat dan tidak melakukan kerja berat.
4.Jangan makan terlalu banyak kerana air di dalam badan akan
digunakan untuk menghadam ; kuantiti akan berkurang.
Sumber Air Bersih
Air hujan yang bertakung dalam bekas yang bersih dan dalam
tumbuhan adalah selamat diminum.
Air yang didapati dari tasik, kolam, paya, air pasang, sungai
perlu dibersihkan terlebih dahulu.
Cara membersihkan air
Guna iodin ,klorin atau rebuskan.
Masukkan 5 titik iodin kedalam semua air yang ditemui, jika air
agak sejuk gunakan 10 titik iodin, biarkan selama 30 minit
sebelum diminum
Panaskan air dalam masa 1minit jika berada pada paras laut,
tambah setiap 1minit untuk setiap penambahan 300 meter
melebihi paras laut, 10 minit untuk tempat yang tidak diketahui
pada paras apa.
Nyalaan Api
Penting untuk masak makanan, air dan untuk memanaskan
badan bila berada dalam suhu yang sejuk.
Mengelakkan dari binatang buas.
Cara untuk membuat nyalaan api:
1. Pilih satu tempat yang selamat.
2. Himpunkan bahan bakar.
3. Longgokkan bahan bakar dengan sesuai dimana
pembakaran akan dibuat.
4. Hadapkan kanta pembesar kearah cahaya matahari dan
diatas longgokan bahan bakar.
5. Biarkan cahaya putih yang menembusi kanta mengenai
bahan bakar, tunggu sehingga bahan bakar membara.
6. Apabila bahan bakar mula membara, tambahkan lagi bahan
bakar yang lain dan anginkan sedikit sehingga ianya betul-betul
mengeluarkan api. letakkan ranting dan daun kering.
7. Kanta boleh digantikan dengan guna plastik putih yang berisi
air atau cermin.
Sekiranya kayu basah,
Hujan yang turun akan menyebabkan bahan yang mudah
terbakar amat sukar dicari
Dapatkan beberapa potong kayu yang agak besar
Belah bahagian luar yang basah dan gunakan hanya bahagian
dalam yang kering
Sekiranya sukar untuk membelah kayu tersebut kita boleh
meraut bahagian permukaan luar sama seperti membuat ‘
bunga jarau’
Gunakan bahagian dalam yang kering.
Cara lain
Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras
yang dipakai sebagai pengguris
Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul
habuk kayu akibat penggurisan bertubi-tubi ke atas dulang oleh
kayu keras.
Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti
haba panas akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari
bakaran bara habuk kayu yang terperangkap dalam lubang
dulang
Bara yang panas itu dipindah keatas daun-daun dan ranting-
ranting kering yang telah disediakan
Makanan
Manusia boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja
tanpa makanan
untuk mendapatkan makanan :
i) boleh tangkap ikan
ii) buat perangkap binatang
iii) cari tumbuhan serta pucuk yang tidak beracun
serangga boleh beri 65-80% protein berbanding daging
lembu
serangga yang perlu dielakkan untuk dimakan :-
i) serangga bersengat
ii)berbulu dan berwarna terang
iii) berbau keras
iv) labah-labah dan serangga perosak (nyamuk dan lalat)
buang semua sayap atau kaki serangga serta masak
sebelum dimakan lebih–lebih lagi serangga yang
mempunyai cengkerang keras dan parasit
cacing atau ulat tak perlu dimasak, hanya cucikan
sahaja
Kemahiran memasak tanpa alat
"Memasak nasi menggunakan buluh"
Ruas buluh boleh digunakan untuk memasak nasi seperti
memasak lemang
Seruas buluh dipotong dan dibersihkan, daun pisang
muda digulungkan dan dimasukkan ke dalam ruas buluh
Masukkan beras dan air ke dalam ruas buluh tersebut
Tutup lubang buluh dengan menggunakan daun
Boleh dimasak secara melintang
Tebukan satu lubang bersegi empat ditengahnya.
Buatkan pemegang
Bersihkan buluh tersebut sebelum diiisikan dengan beras.
Perangkap Binatang
Perangkap berumpan
Kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap
yang tidak menggunakan umpan
Dengan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang
hendak ditangkap supaya masuk ke dalam perangkap
Tentukan terlebih dahulu binatang yang hendak ditangkap
dan umpan yang sesuai bagi binatang tersebut.
Perangkap tidak menggunakan umpan
Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan
bagi menarik perhatian binatang
Persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan
cara melihat kepada kesan perjalanan, tempat binatang
bermain atau tempat binatang tersebut mencari makan atau
minum
Jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang
Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini
seperti seladang, kijang,landak,rusa dan sebagainya.
Jerat Bidas
Jerat atau perangkap jenis ini boleh digunakan dengan
umpan ataupun tidak
Jerat jenis ini menggunakan kayu panjang yang menjadi
sebagai pembidas serta tali sebagai penjerat
Binatang yang sesuai dijerat menggunakan jerat ini ialah
seperti ayam hutan, burung dan juga tupai.
PROTOKOL
CUP2011 (KUMPULAN B)
GURU KADET REMAJA SEKOLAH
Definisi
Menurut Mokhtar & Ahmad (2001:4) dalam Protokol Di
Malaysia: Tradisi dan Amalan:
“Perkataan protocol pula dikatakan berasal daripada
bahasa Yunani iaitu protokollen yang menggabungkan
dua kata dasar, protos dan koll. Protos bermakna yang
pertama, manakala koll membawa maksud pelekat.
Pelekat yang ‘pertama’ merujuk sehelai kertas yang
ditampilkan pada dokumen undang-undang untuk
membuktikan kesahihan”.
Secara umumnya, amalan protokol boleh dimaksud
sebagai:
“SATU SISTEM SOPAN SANTUN YANG PERLU DIAMALKAN
DALAM PERHUBUNGAN RASMI DAN IANYA JUGA MERUJUK
KEPADA SEGALA PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI
DALAM MENGANJURKAN MAJLIS-MAJLIS RASMI”.
Elemen-Elemen Protokol Orang-Orang
Susunan Keutamaan
Panggilan hormat/gelaran
Susunan tempat duduk
Cara berpakaian
Anugerah Kebesaran
Susunan atur cara
Cara mengibarkan bendera
Cara mengantung gambar/potret
Kenamaan
Elemen-Elemen Etiket Sosial
Penampilan dan pengayaan kendiri
Kesopanan dalam menghadiri pelbagai majlis
Kemahiran dalam perbualan sosial
Kesesuian penggunaan pakaian dalam pelbagai majlis
Kesopanan dalam pertemuan dan perkenalan
Tertib di meja makan
Kepentingan Protokol
Menjaga status dan kedudukan Orang-Orang Kenamaan
Menjaga sensitivity dan perasaan
Memastikan kelancaran dan keharmonian majlis
Memastikan supaya keutamaan dan penghormatan diberi
setimpal dengan jawatan seseorang VIP
Nota : Amalan Protokol tidak semestinya Rijid. Peraturan boleh
diubah suai mengikut keadaan dan persetujuan pihak-pihak
yang terlibat.
Panduan Am
Jaga tingkah laku dan kesopanan semasa menghadiri majlis rasmi
Beri perhatian kepada peraturan protokol
Patuhi perkara-perkara yang ditetapkan oleh pihak penganjur
seperti menepati masa kehadiran, memakai pakaian yang
ditetapkan dan memaklumkan tentang kehadiran
Patuhi etiket perbualan,pergaulan dan tertib di meja makan.
Pastikan Anda
Beritahu penganjur keputusan sama ada hadir/tidak hadir
ke majlis
Memakai pakaian yang betul. Anda mungkin tidak
diterima masuk sekiranya tidak berpakaian sesuai
Tahu tempat majlis diadakan
Hadir mengikut masa yang ditetapkan
Hadir mengikut jawapan yang dimaklumkan
(Seorang/Berdua)
Kad Jemputan
Teliti segala maklumat yang terkandung dalam Kad
Jemputan
Teliti tujuan majlis (Rasmi / tidak rasmi)
Ambil Perhatian terhadap tarikh, masa dan tempat majlis
Ambil maklum tentang jenis pakaian yang ditetapkan
Buat keputusan hadir / tidak hadir
Beri jawapan kepada Penganjur dengan segera
Semasa tiba di majlis
Elakan datang lewat atau terlalu awal
Tunjukkan kad jemputan kepada Penyambut Tetamu
Kenalpasti tempat duduk
Jangan menukar tempat duduk yang telah disediakan
Minta bantuan dari Penyambut Tetamu jika mengalami
sebarang masalah
Sebelum majlis bermula
Hendaklah bergaul dengan tetamu-tetamu lain.
Jangan memencilkan diri
Apabila masuk dan keluar daripada tempat duduk
hendaklah dari sebelah kanan kerusi.
Jangan meminta minuman yang tidak dihidangkan.
Setelah selesai minum gelas diletakan di atas dulang
yang dibawa oleh pelayan.
Jangan letak gelas dimerata-rata tempat atau
membawa gelas ke meja makan
Semasa berada dalam majlis
Teliti program/acara yang akan dijalankan
Apabila tetamu VIP sampai hendaklah berdiri
Ikuti acara majlis dengan tenang,elakkan dari keluar
masuk
Elakkan melakukan perbuatan yang boleh
menggangu perjalan majlis seperti bercakap-cakap
ketika ucapan disampaikan, ketawa berlebihan dsb.
Ikut sama bertepuk tangan
Tertib di meja makan
Perbuatan yang perlu dielakkan:
Bercakap dengan mulut yang penuh dengan makanan
Mengunyah gula-gula getah sambil bercakap
Mencelah perbualan orang lain
Bercakap dengan nada yang tinggi
Berbisik-bisik sesama teman
Menggunakan bahasa asing yang tidak difahami orang
lain
Mencungkil gigi,mengorek hidung atau telinga
Makan sup atau minum dengan mengeluarkan bunyi
Berjenaka berlebihan/ perbualan berbentuk lucah
Meletakkan barang peribadi di atas meja
Berbedak,bergincu atau menyikat rambut
Mengambil makanan secara berlebihan di meja makan
secara buffet
Berpakaian tidak sesuai
Semasa majlis tamat
Jangan terus melulu keluar
Tunggu tetamu kerhormat berangkat meninggalkan majlis
Keluar ikut giliran
Berdiri mengadap tetamu utama sebagai tanda hormat
Elakkan mengambil sesuatu daripada meja sebagai
kenangan
3 Versi Lagu Kebangsaan
Versi Penuh (Full version / Naskah Penuh / Naskah Di Raja)
Naskah Penuh dimainkan pada peristiwa-peristiwa berikut:
Penghormatan diberi kepada SPB YDP Agong
Penghormatan diberi kepada Timbalan SPB YDP Agong semasa
menjalankan tugas-tugas SPB YDP Agong
Penghormatan diberi kepada seseorang Raja yang dilantik bagi
menjalankan tugas-tugas Yang Di pertuan Agong (Di bawah
Ordinan Menjalankan Tugas YDA 1957)
Panji-Panji diRaja dikibar bagi melambangkan kehadiran SPB
YDP Agong
Semua peristiwa dimana SPB YDP Agong hadir sendiri
Pada peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan oleh SPB YDP
Agong
Di sekolah-sekolah bagi maksud mengajar murid-murid menyanyi
lagu Kebangsaan
Pada semua peristiwa apabila lagu Kebangsaan dinyanyikan,
Naskah Penuh hendaklah dinyanyikan.
Pada semua sambutan rasmi pembesar-pembesar luar Negara.
Naskah penuh hendaklah dimainkan selepas sahaja lagu
kebangsaan Negeri pembesar membuat lawatan dimainkan.
Pada semua peristiwa rasmi yang diadakan oleh Pembesar-
Pembesar Luar Negara dalam Malaysia bagi merayakan Hari-
Hari Kebangsaan atau peristiwa-peristiwa Kebangsaan yang
lain.
Naskah Penuh hendaklah dimainkan selepas sahaja lagu
kebangsaan Negara Pembesar luar Negara itu dimainkan.
Maksud Pembesar luar Negara di sini ialah Persuruhjaya Tinggi
atau Duta.
Naskah Ringkas (Abridged Version)
Naskah ringkas yang mengandungi 8 baris pertama dan 8 baris
terakhir dimainkan pada peristiwa berikut:
Memberi hormat kepada SPB YDP Agong dalam majlis-
majlis rasmi.
Memberi hormat kepada TYT dalam majlis-majlis rasmi
Wakil rasmi SPB YDP Agong.Apabila SPB YDP Agong diwakili
oleh seorang Raja, lagu kebesaran Negeri DYMM Raja yang
berkenan akan dimainkan sepenuhnya dahulu dan selepas
itu barulah diikuti dengan lagu Kebangsaan naskah ringkas.
Wakil-wakil Diplomat SPB YDP Agong di luar Negara dalam
majlis-majlis rasmi
Majlis minum selamat SPB YDP Agong dengan iringan muzik
Mana-mana peristiwa lain sebagaimana yang ditetapkan
dengan titah SPB YDP Agong
Naskah Pendek (Short Version)
Naskah Pendek mengandungi 8 baris yang terakhir dan naskah
ini dimainkan dalam keadaan berikut:
Pada mana-mana peristiwa rasmi apabila SPB YDP Agong
atau wakil tidak hadir.Tetapi apabila salah seorang
daripada DYMM Raja Melayu hadir maka naskah pendek
hendaklah dimainkan selepas lagu kebesaran Negeri
semasa tamatnya peristiwa itu.
Apabila tamatnya sesuatu hiburan atau tamatnya
rancangan televisyen
Memainkan Lagu Kebangsaan Dan Lagu Kebesaran Negeri
Di Peringkat Persekutuan:
Apabila SPB YDP Agong atau wakil rasmi tidak berangkat hadir
tetapi salah seorang daripada DYMM Raja Melayu berangkat hadir.
Lagu Kebangsaan naskah ringkas hendaklah dimainkan pada akhir
majlis tersebut selepas lagu kebesaran Negeri DYMM Raja
berkenaan dimainkan.
Di Peringkat negeri:
Hari jadi TYT
Hari Kebangsaan
Upacara Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran
Istiadat pembukaan persidangan DUN
Istiadat Mengangkat Sumpah YAB Ketua Menteri / Menteri-Menteri
Kabinet
Majlis-majlis rasmi / majlis-majlis Istiadat yang dihadiri oleh TYT
Majlis Jamuan Negeri ( State Banquet)
Menghormati Lagu Kebangsaan
Apabila lagu kebangsaan dimaninkan sama ada naskah
penuh/ringkas/pendek dimainkan semua orang yang hadir hendaklah
berdiri sebagai tanda hormat.
Apabila SPB YDP Agong atau wakil rasmi tidak berangkat hadir tetapi
salah seorang daripada DYMM Raja Melayu berangkat hadir. Lagu
Kebangsaan naskah ringkas hendaklah dimainkan pada akhir majlis
tersebut selepas lagu kebesaran Negeri DYMM Raja berkenaan
dimainkan.
Penguatkuasaan
Segala perbuatan yang mungkin merendahkan kemuliaan lagu
kebangsaan pada pandangan umum adalah dianggap tidak
menghormati lagu kebangsaan.Pegawai-pegawai polis diberi kuasa
untuk menangkap tanpa waran orang-orang yang tidak menhormati
lagu kebangsaan.
Pakaian Lelaki
Pakaian Kebangsaan
(Lain-Lain Warna boleh dipakai di majlis-majlis rasmi lain yang tidak
berbentuk istiadat)
Warna Hitam
Songkok Hitam
Seluar Hitam
Samping Hitam
Stokin Hitam
Kasut Hitam
Tuxedo
Jacket Hitam Labuh
Kemeja Putih
Bow Tie
Bengkong
Seluar Hitam
Stokin Hitam
Kasut Hitam
Civil Service Uniform
Pakaian Istiadat No. 1 ( Pegawai Skel A)
Pakaian Seragam Jabatan
Pakaian seragam Polis & Tentera
Mess Kit
Jacket Hitam / Cream
Kemeja putih
Bow Tie
Bengkong
Seluar Hitam
Stokin Hitam
Kasut Hitam
Pingat-Pingat Kebesaran
Dinner Jacket
(Pingat Kebesaran tidak dipakai bersama Dinner Jacket)
Suit Hitam
Kemeja Putih
Bow Tie
Bengkong
Seluar Hitam
Stokin Hitam
Kasut Hitam
Lounge Suit
Warna Hitam/Gelap
Baju Putih Berkolar
Tali Leher
Stokin Hitam
Kasut Hitam
Songkok Hitam
Batik
Batik Lengan Panjang
Pakaian Wanita
Jenis-Jenis Pakaian
Baju Kurung Berselendang dalam sebarang sebarang warna
kecuali kuning DiRaja
Baju Kebaya Berselendang
Pakaian labuh berlengan panjang tetapi tidak termasuk 'see
through' atau jenis yang mendedahkan dada atau belakang
atau high slit
Pakaian Kebangsaan Masing-Masing
Kesesuaian Pakaian Wanita
Pakaian hendaklah sesuai dengan tugas yang dijalankan. Jika
Penjawat Awam yang perlu memakai pakaian seragam ianya
hendaklah dipakai dengan selengkapnya
Pemilihan jenis dan padanan warna mestilah diambil kira
Alat Perhiasan tambahan mestilah tidak kerterlaluan. Rantai
leher tidak lebih dari 2 jenis dan pengunaan cincin pada jari-
jari tidak sesuai
Sesuaikan warna beg tangan dengan kasut. Beg tangan
jangan terlalu besar. Beg tangan kecil bertali pendek sesuai
untuk majlis makan malam.
Pakaian Kerja
Kemeja / Baju Lengan Panjang
Seluar panjang
Tali Leher
Pakaian Smart Casual
Kemeja / Baju lengan Panjang
T-Shirt Berkolar
Seluar Panjang
Bush Jacket
Baju Jacket lengan Pendek / Panjang
Seluar panjang sewarna dengan baju
Pakaian Sukan
Track Suit
T Shirt
Kasut Sukan
Honorific adalah panggilan hormat yang kita gunakan untuk
berkomunikasi dengan seseorang vip melalui surat ataupun dalam
ucapan mengalu-alukan kehadiran beliau di majlis-majlis formal.
APABILA DUA ATAU TIGA
BENDERA DIKIBARKAN DI
MAJLIS / PERAYAAN DI
PERINGKAT NEGERI
APABILA DUA ATAU TIGA
BENDERA DIKIBARKAN DI
MAJLIS / PERAYAAN
PERINGKAT PERSEKUTUAN
MEMASANG BENDERA
PADA DINDING
LAWATAN PEMBESAR-
PEMBESAR DARI LUAR NEGERI
(KEUTAMAAN DIBERI KEPADA
BENDERA PELAWAT)
LAWATAN PEMBESAR-
PEMBESAR DARI DALAM
NEGERI (KEUTAMAAN
DIBERI KEPADA BENDERA
PELAWAT)
CARA-CARA MENGGANTUNG GAMBAR / POTRET
ASAS KAWAD
KAKI
CUP2011 (KUMPULAN B)
GURU KADET REMAJA SEKOLAH
BAB 1 - PANDUAN UNTUK JURULATIH
Buku kawad ini bertujuan untuk memberi panduan
kepada jurulatih supaya dapat mengajar
pegawai/kadet tatacara kawad dengan betul dan
dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen dan
bertanggungjawab.
Selain daripada itu matlamat untuk melahirkan
pegawai/kadet, Kadet Remaja Sekolah yang
mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh
kepada ajaran agama dan sanggup mempertahankan
agama bangsa dan negara dapat dicapai.
BAHAGIAN I - PENDIRIAN SEORANG JURULATIH
Sikap dan pendirian yang tetap dan betul adalah
sangat penting bagi seseorang jurulatih kerana ia akan
dicontohi dan diteladani.
Apabila hendak mengajar kawad, jurulatih hendaklah
berdiri dengan cara yang betul. Pergerakan badan,
kepala dan tangan hendaklah pada kadar yang
minimum ketika memberi hukuman. Ini akan
menampakkan kekemasan dan disiplin yang tinggi.
Apabila hendak melakukan sesuatu pergerakan kawad
jurulatih, hendaklah melakukan mengikut tatacara
kawad.
Demonstrasi atau cara melakukan sesuatu pergerakan
itu mestilah kemas dan mantap. Apabila hendak
menunjukkan pergerakan-pergerakan tongkat, maka
pertunjukan itu hendaklah dilakukan dengan tongkat
sahaja.
BAHAGIAN II - KAEDAH MENGUASAI KEMAHIRAN KAWAD TERBAIK
Bagi menguasai kemahiran berkawad yang baik, seseorang
jurulatih perlu ada dua perkara penting; pertama mempunyai
prasangka yang baik dan yang kedua kebijaksanaan.
Mempelajari kawad bukan satu perkara yang mudah. Oleh hal
yang demikian seseorang jurulatih hendaklah bijak dan pandai
mengarah skuad itu supaya melaksanakan latihan kawad
dengan kemas dan sempurna.
Jurulatih yang bijak dan baik akan melahirkan skuad yang
kemas dan berdisiplin.
Jurulatih hendaklah memberi pujian pada tempat yang
sepatutnya.
Sesuatu arahan hendaklah sesuai dengan tahap kadet serta
peringkat ilmu yang telah diterima.
Jurulatih tidak boleh memberi hukuman kawad yang belum
diajar. Peranan jurulatih adalah melatih skuadnya sebaik yang
boleh dan mengajar mereka supaya berkelakuan baik dan
berdisiplin tinggi seperti jurulatih itu sendiri.
#Kaedah Peningkatan Pengajaran Kawad#
1.Pengajar/Jurulatih memberi hukuman penuh dan pertunjukan,
sebagai contoh: ”Bergerak ke kanan...........kanan pusing”
2.Pengajar/Jurulatih memberi hukuman dengan nombor dan
pertunjukan serta penerangan,
contoh: ”Bergerak ke Kanan dengan nombor........................kanan
pusing..............satu, ”satu” (perbuatan)
skuad .................... dua, ”dua” (perbuatan)