The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LOG KRS YANG DIHASILKAN ADALAH BERTUJUAN UNTUK TUGASAN INDIVIDU BAGI KURSUS CUP2011 [KUMPULAN B].

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SW.BA, 2022-06-28 08:29:38

BUKU LOG KRS - CUP2011 [B]

BUKU LOG KRS YANG DIHASILKAN ADALAH BERTUJUAN UNTUK TUGASAN INDIVIDU BAGI KURSUS CUP2011 [KUMPULAN B].

4. Skuad empat - Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30''
pacak tumit dan langkah kaki kiri ke hadapan 30'' pacak
tumit, kedudukan hormat tidak berubah ( berteriak 4-5)
5. Skuad enam - Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 "
pacak tumit dengan masa yang sama pusingkan kepala ke
hadapan dan dengan pantas bawa tangan ke kedudukan
sedia. (berteriak potong)
6. Skuad tujuh - Langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 "
pacak tumit dengan masa yang sama tangan kanan tangkap
di tengah-tengah bahagian tongkat tentukan tangan dan
siku tangan kanan rapat pada badan (berteriak tangkap).
7. Skuad lapan - Langkah kaki kanan.......... tumit anggota
lain tidak berubah (berteriak check) dan langkahkan lagi kaki
kiri 30 " ke hadapan pacak tumit masa yang sama dengan
pantas tangan kanan bawa tongkat ke rusuk kanan tongkat
dalam keadaan bimbit (berteriak turun)
8. Skuad sembilan - Langkah kaki kanan ke hadapan sejauh
30 "pacak tumit, anggota lain tidak berubah (berteriak
check) dan langkah lagi kaki ke hadapan sejauh 30" pacak
tumit pada masa yang sama lenggangkan tangan kanan ke
hadapan tongkat sama rata dengan tali pinggang dan
tangan kiri ke belakang terus berjalan (berteriak lenggang)

Kesalahan-kesalahan biasa:
1.Tidak meletak tongkat dengan mendaftar di bawah ketiak.
2.Tidak menggenggam pada tempat timbangan selepas
memberi hormat.

Pelajaran 16 - Kalih tongkat dari rusuk untuk doa selamat
dan memberi 3 kali ......(2 pergerakan)
a. Kalih tongkat dengan nombor
Skuad satu - Apabila mendapat hukuman kalih tongkat
dengan tangan kanan bawa tongkat ke tengah-tengah
badan engan masa yang sama tangan kiri tangkap tongkat
dengan dua jari di bawah, ibu jari di depan dan anak-anak
jari di dalam.

Skuad dua - Dengan pantas tangan kanan lepaskan tongkat
tarik ke sebelah jahitan seluar di sebelah kanan, dan pada
masa yang sama tangan kiri bawa tongkat ke sebelah rusuk
kiri, lain-lain anggota diam.

Pelajaran 17 - Kalih tongkat daripada doa selamat/ 3 kali
sorak (2 pergerakan)
Kalih tongkat dari doa selamat / 3 kali sorak sama dengan
pelajaran 17 cuma berlainan tangan.

Pelajaran 18 - Baring tongkat dari rusuk ( 3 pergerakan)
a. Baring tongkat dengan nombor
Skuad satu - Dengan pantas tangan kiri tangkap di tengah-
tengah tongkat, siku rapat pada badan dengan masa yang
sama tangan kanan tangkap di tengah-tengah tongkat di
bawah tangan kiri siku kanan bengkok ke belakang.

BAHAGIAN V - PERKARA-PERKARA LAIN
Keterangan di bawah ini ialah untuk kegunaan kepada
jurulatih-jurulatih. Keterangan itu hendaklah dijalankan
dengan cara "Soal jawab" ketika skuad itu sedang rehatkan
diri.

(Lagu kebangsaaan)
Pegawai/Kadet yang memakai pakaian seragam yang tidak
di bawah perintah ketua/pegawai yang sedang kawat
hendaklah berdiri dalam keadaan sedia semasa lagu
kebangsaan/negeri dinyanyikan. Sekiranya memakai
pakaian awam hendaklah sedia. Seorang pegawai atau
ketua yang menjaga sesuatu kumpulan yang sedang
berjalan hendaklah memberhentikan kumpulan itu dan
berada dalam kedudukan sedia.

(Menerima Hormat)
Pegawai-pegawai hendaklah membalas hormat itu dengan
penuh hormat. Jika ada lebih daripada seorang pegawai,
maka pegawai yang kanan sekali membalas hormat.

(Peringatan Semasa Memberi Tabik Hormat)
Tabik Hormat diberi ketika berdiri sedia dan berjalan sahaja.

(Catatan - Perbarisan)

Susun atur perbarisan dalam sesuatu acara/majlis hendaklah

mengikut kesesuaian tempat.

i) Hormat keseluruhan untuk pegawai sahaja ”Hormat ke

hadapan hormat”

ii) Lagu

iii) Lapor ”Assalamualaikum tuan/Dato’ dll

..................Perbarisan sempena .......................terdiri

daripada...........................pegawai dan......................... lain-

lain pangkat siap untuk upacara

perasmian/penutup/diperiksa dll.

iv) Periksa barisan ( jika ada )
v) Doa
vi) Ucapan dll.
v) Lapor selesai perbarisan ”Baris.....Baris sedia, Hormat.......

hormat ke hadapan hormat."

”Assalamualaikum tuan/Dato’ dll ............ mohon kebenaran
meneruskan tugas yang lain. Terima kasih tuan."

Catatan :
Bahasa perintah dan urutan pergerakan hendaklah mematuhi
prinsip-prinsip kawad.

PENGURUSAN /
KETRAMPILAN

DIRI

CUP2011 (KUMPULAN B)
GURU KADET REMAJA SEKOLAH

Apa itu Ketrampilan Diri?
Pada dasarnya menggambarkan keseimbangan dua
komposisi kemahiran:
a) kemahiran sosial – menjurus kepada memelihara akhlak
dari aspek adab dan tertib kesopanan.
b) kemahiran profesional – menjurus kepada ilmu dan
kepakaran dalam pelaksanaan sesuatu urusan.

Konsep Diri Individu Menarik
Konsep diri adalah apa yang kita fikirkan berkenaan diri
sendiri.
Konsep diri banyak menentukan bagaimana kita
memandang diri kita dan memandang orang lain.
Kita perlu membina konsep diri yang positif – akan
merubah diri kita menjadi seorang yang berkeyakinan
dan menarik.

Kesedaran Diri
Jujur – kesedaran diri yang positif menjadikan
seseorang itu jujur pada diri sendiri, orang lain dan
juga persekitaran.
Sedar betapa kecilnya diri berbanding dengan
persekitaran yang luas dan mencabar.
Mereka membuat sesuatu dengan bersungguh-
sungguh, sedar bahawa proses pembangunan diri
adalah berterusan.
Mereka tidak pernah berhenti daripada memperbaiki
dan membangunkan diri.

Terbuka
Individu menarik mempunyai fikiran yang terbuka.
Mempunyai perwatakan yang mudah untuk didekati dan
mudah mesra.
Mampu untuk berinteraksi dengan orang lain dan mudah untuk
bergaul.
Sanggup menerima dan meraikan perbezaan sambil
menyedari bahawa semua orang adalah berbeza dan unik.

Estim Diri
Jika kita suka dengan keadaan sedia ada diri maka kita
mempunyai estim diri yang tinggi dan positif.
Orang yang suka pada dirinya sendiri, dia juga akan pandai
hormat pada orang lain.
Seseorang yang mempunyai estim diri yang tinggi, tidak
mudah rasa terpinggir dan diketepikan kerana di dalam diri
sudah penuh dengan rasa hormat pada diri sendiri –
melahirkan keyakinan diri.

Kawal Diri
Seseorang yang mampu mengawal diri bukan sahaja berasa
tenang ketika menghadapi tekanan tetapi juga mampu untuk
mengawal persekitaran.
Mereka mampu untuk membuat pilihan dan menentukan hala
tuju kehidupan diri.
Sesuatu tanda orang itu memiliki kawalan diri yang baik ialah
mampu mengawal diri ketika berhadapan dengan provokasi
orang lain – mampu mengawal marah dan bertindak melulu.

Motivasi Diri
Mempunyai keinginan kuat untuk berjaya.
Mereka ini tidak suka duduk dalam keadaan yang statik, mereka
dinamik dan sentiasa bergerak mengikut keadaan dan keperluan
semasa.
Individu menarik pandai menyesuaikan diri dalam suasana yang
mereka lalui.
Mereka mencari jalan menyelesaikan masalah bukan menunding jari
kepada orang lain.
Mereka melihat risiko sebagai peluang, melihat ganjaran kejayaan
sebagai modal kepada kejayaan yang lebih besar.

Jangkaan Diri
Orang yang dapat menjangka diri sendiri akan dapat menetapkan
sasaran dan jangkaan dengan jelas.
Mereka ini tidak ragu-ragu dengan kebolehan diri dan tidak pernah
ragu dengan keupayaan diri.
Kita memerlukan kawalan diri yang mantap kerana jangkaan diri boleh
juga dipengaruhi oleh lain-lain faktor persekitaran.
Mesti optimistik dengan apa yang dilakukan – andai orang
menyatakan bahawa kita keras kepala tetapi kita anggap itu
lambang keyakinan diri.

Imej Diri
Individu menarik membina imej diri yang menakjubkan dengan
merubah persepsi mereka ke atas diri daripada seorang yang biasa
kepada yang luar biasa.
Mereka melihat dalam diri mereka sebagai seorang yang menarik,
tampan dan cemerlang.
Menukarkan imej diri kita kepada yang lebih cemerlang adalah
revolusi besar dalam hidup kita.

Tujuan Diri
Orang yang menarik jelas pada hala tuju kehidupan mereka.
Mereka merancang pelan kehidupan mereka dengan strategi yang
kemas dan teliti.
Mereka mengetahui apa yang mereka mahu dalam hidup dan
menggunakan sumber tenaga, fikiran, kewangan dan pendidikan bagi
mencapai tujuan itu.
Tiada siapa akan mengkagumi kita sekiranya kita sendiri tidak
mempunyai tujuan jelas tentang kehidupan peribadi kita.

Disiplin Diri
Tanpa disiplin diri yang tinggi, segala kualiti lain adalah sukar untuk
dibangunkan.
Ramai orang biasa yang berjaya dalam bidang yang diceburi dengan
berbekalkan satu modal sahaja iaitu ketabahan yang disemai
daripada disiplin diri.
Disiplin diri bermula dan tumbuh menjadi tabiat diri dari pelbagai
sumber.
Disiplin diri adalah keupayaan melakukan sesuatu tanpa perasaan
terpaksa dan secara natural.

Dimensi Diri
Dimensi diri bermakna kita menjadi individu menarik pada diri sendiri
dan juga dapat menarik orang lain tanpa mengeksploitasi orang itu.
Mereka akan dipenuhi dengan rasa hormat dan cinta yang
menyeluruh.
Individu menarik mendefinisikan fungsi diri secara menyeluruh sebagai
seorang anak, seorang pelajar dan sebagainya dan yang terpenting
adalah sebagai hamba Tuhan.

Penampilan Diri
Individu menarik pandai melihat diri mereka daripada kaca mata
orang lain.
Mereka tahu bahawa penampilan diri mereka adalah manifestasi
kepada komponen dalaman mereka.
Penampilan diri yang menarik adalah campuran antara
kemahiran sosial yang tinggi dan juga konsep diri yang positif
berkenaan penampilan yang hendak ditonjolkan.
Penampilan diri mereka terbina daripada keupayaan memberikan
gelombang menarik apabila mereka bertemu dengan orang lain.

Penampilan Kita
Penampilan seseorang mempunyai pengaruh yang kuat
bagaimana orang lain melihatnya.
Sekiranya seseorang hendak menjadi individu menarik dalam
penampilannya, mereka perlu memiliki imej seseorang yang
berilmu, berpendidikan tinggi, luas pengetahuan, berhemah mulia
dan mempunyai keghairahan hidup.

Teori Homofili
Apabila seseorang mengenakan pakaian, mereka selalu
memikirkan apa yang dia suka pakai berbanding apa yang sesuai
dipakai mengikut keadaan.
Individu menarik pandai memerhatikan dirinya dan keadaan
sekeliling. Mereka mengenakan pakaian yang sesuai dan secocok
dengan keadaan.
Kajian pakar komunikasi, cara menarik minat orang lain supaya
suka berinteraksi dengan kita adalah dengan menjadikan diri kita
serupa dengan diri mereka.

Cara Berpakaian Individu Menarik
Penampilan yang kemas dan menyenangkan, dilihat sebagai
seorang yang dapat dipercayai dan berkemampuan tinggi.
Pakaian menjadi ‘jurucakap bisu’ berkenaan personaliti,
tabiat, perilaku dan lain-lain.

Imej Diri Positif
Imej adalah gambaran mental tentang sesuatu perkara.
Imej diri yang positif adalah berkaitan dengan estim kendiri
– mempunyai estim yang tinggi, maka dia menyukai dan
menghargai dirinya. Ia akan membentuk imej diri yang
positif. Justeru itu, beliau perlu membentuk imej berpakaian
yang seiring dengan estim dirinya.

Definisi Cara Kita Berpakaian
Nilai dan kepercayaan yang kita pegang mempengaruhi
cara kita memilih pakaian kita.
Nilai dan kepercayaan dalam memilih pakaian datang
daripada faktor pengalaman, pendidikan dan taraf sosial
seseorang.

Tatahias & Pengemasan Diri
Tatahias berfungsi sebagai ‘alat mengiklan diri’ sama ada
disedari ataupun sebaliknya, menyalurkan maklumat tentang
peribadi kita kepada mereka yang kita dampingi.
Penampilan kita melahirkan tanggapan pertama orang lain
terhadap kita.
Pakaian yang kita peragakan disamping untuk melindungi
sahsiah, turut mempamerkan nilai-nilai penghormatan dan
harga diri, penghargaan terhadap undangan dan rasa
hormat terhadap mereka yang hadir.

Petua Berpakaian
•Memilih baju:

A. warna
B. fabrik
C. ukuran
D. fesyen
E. Kesesuaian mengikut Konsep TOPP (Time, Occasion, Place, People)

Cara Memilih Pakaian (Lelaki)
Kawasan pinggang / perut perlu longgar supaya memudahkan
pergerakan.
Kolarnya mudah dibutangkan.
Agak cukup panjang supaya tidak mudah tertarik / terkeluar apabila
banyak pergerakan.
Bahagian bahu, sebaik-baiknya jatuh sedikit dari bahu, tidak lebih satu
inci.
Hujung baju lebih sedikit dari tulang pergelangan tangan.
Lengan panjang apabila dibutang hendaklah longgar sedikit.

Pakaian Lelaki
Baju putih dan lain-lain warna cerah dan berlengan panjang.
Baju berjalur halus dan tidak beraneka warna.
Baju berlengan panjang dan tidak dilipat lengannya.
Padankan tali leher dengan baju.
Butang kolar dibutang apabila bertali leher.
Penghujung tali leher hendaklah jatuh di atas kepala tali pinggang atau
bawah sedikit.
Tali leher jalur, sesuai dengan baju tanpa corak.
Warna tali pinggang adalah dipadankan dengan warna kasut,
Seluar berwarna gelap adalah lebih sesuai.
Sesuaikan warna stokin dengan warna seluar.
Kasut berwarna hitam atau coklat adalah paling sesuai untuk pakaian
business wear ( pakaian rasmi ).
Stokin putih adalah untuk sukan sahaja.

Pakaian Wanita
Elakkan pakaian jenis berkilat di siang hari.
Jangan suka gunakan satu warna sahaja, maksima empat warna.
Pilihan warna berasaskan warna kulit dan bentuk badan.
Gunakan jenis fabrik yang nipis, lembut dan serap.
Gunakan alat solek tetapi jangan keterlaluan.
Padankan beg tangan dengan kasut.
Jika bertudung, warna gelap adalah lebih sesuai.

Seni Berdampingan
Pamerkan air muka yang mesra dan hiaskan dengan senyuman ikhlas.
Bersifat peramah dan orang pertama memberi salam perkenalan.
Perkenalkan diri anda secara bersalam (jika perlu) dan tumpukan
perhatian dan tunjukan minat apabila bersalam.
Ingatkan nama orang yang baru dikenali.
Perlihatkan keyakinan diri dan rasa keselesaan anda dengan bahasa
badan dan gerak-geri yang disenangi.

12 Petua Perbualan
1. Mulakan perbualan dengan tajuk yang ringan dan tidak terlalu peribadi.
2.Bercakap dengan jelas dan bahasa yang mudah.
3.Seimbangkan perbualan dengan bertanya dan menjawab.
4.Gunakan teknik soalan terbuka.
5.Lebih bersifat opinion seeker.
6.Pandai berjenaka ringan.
7.Apabila memuji, puji dengan ikhlas.
8.Apabila menerima pujian atau bantuan, ucapkan terima kasih dengan
ikhlas.
9. Jadi orang pertama mempelawa rakan untuk membuat atau memulakan
sesuatu.
10.Tunjukkan sifat sedia membantu dan rasa empati.
11.Menegur individu yang gelisah dan tidak dapat menyesuaikan diri.
12. Ucapkan salam perpisahan ketika ingin bersurai.

30 Tegahan
1.Berlagak dan bangga diri (self-boosting)
2.Berbual tentang perkara yang mengaibkan orang lain.
3.Terlalu menumpukan tentang kebolehan dan kebaikan diri.
4.Tajuk-tajuk politik, agama dan isu peribadi.
5.Jangan cepat mematah cakap orang lain.
6.Jangan membetulkan kesilapan orang lain secara terang-terangan
sama ada bahasa atau perbuatannya.
7.Jangan mengkritik kelemahan atau kekurangan pada majlis yang
dihadiri.
8.Jangan nyatakan rasa bosan anda.
9.Jangan kerap melihat jam.
10.Jangan bercakap ketika makanan penuh di mulut.
11.Jangan berjenaka di meja makan.
12.Kawal nada suara apabila ketawa.
13.Jangan menjerit apabila memanggil.
14.Jangan memetik jari apabila memanggil.
15.Jangan menunjuk-nunjuk dengan jari.
16.Jangan duduk bersilang kaki seperti angka empat.
17.Jangan duduk menongkat dagu.
18.Ketika duduk jangan ‘foot-tapping’
19.Apabila berdiri jangan bersandar di dinding/tiang.
20.Jangan menyeluk poket ketika berdiri.
21.Jangan berpeluk tubuh.
22.Jangan mematah jari.
23.Jangan tergaru-garu.
24.Kawal jejari, jangan kelihatan keras.
25.Jangan mencabut bulu hidung.
26.Jangan menguap tanpa menutup mulut.
27.Jangan melepaskan gas beracun.
28.Jangan menggigit kuku.
29.Jangan menggigit pencungkil gigi.
30.Jangan bermain dengan wang syiling atau kunci di dalam poket.

Komposisi Kemahiran Sosial
Protokol – peraturan tidak bertulis dan corak tingkah laku
awam yang boleh diterima dalam perhubungan dikawal
oleh adab dan etika.
Etika - peraturan moral atau prinsip tingkah laku untuk
memutuskan perkara yang betul atau salah.
Etiket – peraturan formal untuk tingkah laku sopan dalam
masyarakat atau dalam kumpulan tertentu.

Gunakan Konsep 3 V
Visual, Vokal dan Verbal
Ianya merupakan isyarat komunikasi yang kita tunjukkan
kepada orang lain.
Apa yang mereka lihat – 15% penampilan (pakaian/rupa).
Apa yang kita sampaikan– 10% Verbal (perkataan yang
kami gunakan)
Cara kita menyampaikan – 30% Vokal (bagaimana
intonasi kita apabila kita menyampaikan sesuatu)
Bagaimana penampilan kita – 45% Visual (bagaimana
penampilan kita semasa menyampaikan sesuatu).

LAMPIRAN

CUP2011 (KUMPULAN B)
GURU KADET REMAJA SEKOLAH

1. IKATAN / SIMPULAN 4.ORIENTEERING / KOMPAS
-10 Jenis Asas Ikatan & Simpulan -Asas Orienteering














-Teknik dalam Rujukan Grid 4
Angka dan 6 Angka
2. PERKHEMAHAN

-Cara-cara memasang khemah









-Teknik navigasi peta dan kompas



-Asas Perkhemahan Unit Beruniform










-Asas Penggunaan Kompas





3. PERTOLONGAN CEMAS

-Asas Pertolongan Cemas



-Cara Guna Kompas orienteering

yang betul






-5 Jenis Balutan Dan Anduh

5. IKHTIAR HIDUP 7. ASAS KAWAD KAKI
-Cara Mudah Buat Api Tanpa -Kawad Statik & Dinamik

Mancis











-Kawad Tongkat


-Asas Survival








-Kawad Menaikkan Bendera





-Ikhtiar Hidup / 'Survival'





-Asas Kawad Kaki











6. PROTOKOL
-Protokol Penganjuran Majlis Rasmi









-Susunan Tempat Duduk Dalam
Majlis Rasmi

8. PENGURUSAN / KETRAMPILAN 9. VIDEO LAGU
-Lagu KRS
DIRI

-Pengurusan Emosi & Tingkah Laku









-Nyalakan Tekad



-Kebersihan Pakaian & Penampilan Diri










-Gemuruh
-Imej & Ketrampilan Diri












-Tips Menjaga Penampilan Diri -Jalur Gemilang












-Imej Untuk Lelaki

-Keranamu Malaysia









-Imej Untuk Wanita




-Warisan

CUP2011 (KUMPULAN B)
GURU KADET REMAJA SEKOLAH


Click to View FlipBook Version