The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

eBook 7 Tahun CEC direalisasikan sebagai suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Pahit manis dalam mengangkat kebolehpasaran graduan dan agenda keusahawanan dalam kalangan pelajar.

#UMTJobCreator
#UMesTikerja

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WAN MOHAMAD AMIRUL HAFIZ W A BAKAR, 2024-02-20 21:35:45

7 TAHUN CEC

eBook 7 Tahun CEC direalisasikan sebagai suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Pahit manis dalam mengangkat kebolehpasaran graduan dan agenda keusahawanan dalam kalangan pelajar.

#UMTJobCreator
#UMesTikerja

PUSAT KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA Career and Entrepreneurship Centre (CEC)


ISI KANDUNGAN KALAM BICARA (NAIB CANSELOR) SELEMBUT BICARA (TNC HEPA) SEMANIS KATA (PENGARAH CEC) PENGENALAN PUSAT KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA (CEC) KECEMERLANGAN CEC AKTIVITI TAHUNAN (7 TAHUN PENUBUHAN) - TAHUN 2015 - TAHUN 2016 - TAHUN 2017 - TAHUN 2018 - TAHUN 2019 - TAHUN 2020 - TAHUN 2021 KEJAYAAN JABATAN / KPI APERTURE CEC (APA CER?) - BIAR GAMBAR / POSTER BERBICARA


KALAM BICARA NAIB CANSELOR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh / Salam Sejahtera, Pertamanya, sekalung tahniah diucapkan kepada Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC), HEPA, Universiti Malaysia Terengganu atas penerbitan/rangkuman program dan kejayaan dalam buku 7 Tahun Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC). Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) adalah sebuah pusat yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan pembangunan keusahawanan dan kebolehpasaran graduan di Universiti Malaysia Terengganu serta ditempatkan di bawah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Setiap jabatan di UMT sentiasa merencana inisiatif serta ideaidea baharu untuk menyokong agenda pendidikan negara. Begitu juga dengan CEC yang bertanggungjawab memastikan program dan aktiviti yang dilaksanakan mempunyai kualiti serta nilai tambah selaras dengan KPI keusahawanan dan kebolehpasaran graduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Penerbitan buku ini bakal dijadikan sebagai satu sumber yang merakamkan detik-detik bersejarah pelajar, staf CEC dan mereka yang terlibat sepanjang tempoh tujuh (7) tahun penubuhan CEC. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan kepada warga CEC, HEPA yang telah berjaya membawa jabatan ini ke arah kecemerlangan. Semoga dengan usaha yang berterusan, warga CEC, HEPA akan lebih cemerlang dan membawa nama UMT ke persada antarabangsa.


SELEMBUT BICARA TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEPA) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh / Salam Sejahtera, Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T atas izin dan rahmat-Nya, buku 7 Tahun Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) telah siap dihasilkan untuk memaparkan detik kecemerlangan program pelajar di bawah Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC). Setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat semua warga CEC atas komitmen dan sumbangan dalam menerbitkan buku ini. Tujuh (7) tahun merupakan simbolik selama tujuh tahun Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) ditubuhkan. Sepanjang tempoh itu menyaksikan pelbagai peristiwa yang telah dirakam melalui lensa iaitu aktiviti yang merangkumi aspek keusahawanan dan kebolehpasaran graduan. Kendatipun pelbagai suka duka kakitangan pelajar diharungi bersama, CEC telah berjaya melonjakkan wajah-wajah kejayaan menerusi kepelbagaian aktiviti di peringkat dalaman sehinggalah ke persada antarabangsa selaras dengan pelan strategik UMT serta KPI Kementerian. Saya percaya dengan penerbitan buku yang dirakam melalui lensa bersama dengan olahan bahasa yang kreatif membuatkan kita dapat mengimbau kembali setiap detik kejayaan, kegembiraan, kasih sayang dan keakraban. Akhir kata, semoga kejayaan dan kegemilangan yang telah dicapai dapat disematkan dengan tekad azam baharu untuk terus lebih cemerlang demi Universiti tercinta ini.


SEMANIS KATA PENGARAH CEC Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh / Salam Sejahtera, Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua sahabat yang terlibat sama dalam penghasilan buku 7 tahun Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC). Semoga dengan terhasilnya buku ini akan dapat memberikan sedikit sebanyak informasi berkaitan pencapaian dan juga program yang telah dilaksanakan oleh Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC). Sebagai sebuah pusat yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal yang berkaitan pembangunan keusahawanan dan kerjaya CEC berfungsi menyediakan ekosistem keusahawanan bagi membentuk dan melahirkan usahawan siswazah yang mempunyai pemikiran, atribut dan nilai-nilai keusahawanan. Selain itu, meningkatkan kemahiran pelajar dalam aspek kerjaya dan membantu pelajar mencipta peluang pekerjaan selepas tamat belajar. Di samping itu juga, CEC bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelia dan memantau program-program kebolehpasaran graduan bagi melahirkan graduan UMT yang berdaya saing dan memenuhi kehendak pasaran kerja/industri. Akhir kata, CEC mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi Universiti yang sentiasa terus memberi kepercayaan kepada CEC untuk merancang dan melaksanakan hasrat serta hala tuju keusahawanan dan kerjaya universiti seiring dengan usaha menghasilkan graduan holistik berciri keusahawanan dan seimbang serta berkebolehpasaran tinggi. Insyaallah.


Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) ditubuhkan untuk menjadi platform kepada mahasiswa/i UMT di dalam melahirkan usahawan yang berasaskan pengetahuan melalui pendidikan, program pembudayaan, pembangunan dan pengukuhan keusahawanan yang terancang dan holistik. Pusat ini juga menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan keusahawanan sebagai pusat perundingan, penyelidikan dalam bidang keusahawanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ini adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dan juga Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025. Buku ini mencatatkan pahit manis perjalanan CEC sepanjang 7 tahun ke arah melahirkan usahawan graduan yang berminda keusahawanan dan berkebolehpasaran tinggi melalui insiatif #UMTJobCreator dan #UMesTikerja. PENGENALAN PUSAT KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA (CEC) Career and Entrepreneurship Centre VISI MENJADI PUSAT RUJUKAN UTAMA DALAM ASPEK PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA MISI MENYOKONG AKTIVITI UTAMA UMT DALAM MENYEDIAKAN EKOSISTEM KEUSAHAWANAN DAN PEMBANGUNAN KERJAYA YANG HOLISTIK DAN SEIMBANG


“THE BEST WAY TO PREDICT YOUR FUTURE IS TO CREATE IT” 2015


ENACTUS UMT telah menyahut cabaran dengan menyertai pertandingan Enactus Malaysia National Cup 2015 yang disertai lebih 30 buah universiti awam dan swasta bertanding merebut gelaran Juara Malaysia. Enactus UMT telah berjaya memperolehi tempat ketiga (3) peringkat Malaysia dengan tagline mereka "By Overcoming Challenges, Enhancing Civilisation". ENACTUS MALAYSIA NATIONAL CUP 2015 3 – 4 Ogos 2015 2015


TAKLIMAT SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG) 2015 Kompleks Kuliah 2015


Kem Kepimpinan Keusahawanan UMT 2015 19 – 21 Januari 2015 Peladang Setiu Agro Resort, Terengganu 2015


26 – 28 Mac 2015 Hotel Langkasuka, Langkawi Program Lab Minda Keusahawanan 2015 2015


Lawatan ke Ind-E-Zone UMK Bachok Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok 2015


CEO@Faculty Programme 2015 Public Lecture Entrepreneurship In Asean Dewan Seminar INOS, UMT 29 Oktober 2015 2015


Certificate In Innovation And Entrepreneurship (CIIE) 5 - 8 November 2015 Hotel MS Garden, Kuantan, Pahang 2015


3K Kem Kepimpinan Dan Keusahawanan Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang 26 -28 November 2015 2015


Ind-E-Zone Awareness Day #UMesTikerja Industry Engagement Zone (Ind-E-Zone), Kompleks Siswa 13 Disember 2015 2015


Program 'WIN YOUR INTERVIEW' 12 Disember 2015 Auditorium Mahyuddin, PPPPM INDUSTRY ENGAGEMENT ZONE (Ind-E-Zone) merupakan salah satu inisiatif untuk menggalakkan perhubungan terus antara universiti, pelajar dan industri. Program Awareness Day adalah salah satu program yang menjemput industri untuk memberi pendedahan dan perkongsian mengenai resume, video resume dan cara-cara menghadapi alam pekerjaan kepada pelajar UMT. 2015


“Perjalanan Jauh Bermula Dengan Langkah Pertama” 2016


LAWATAN KERJA JARINGAN LUAR & INDUSTRI Taylor's University, Nano Malaysia & Talent Corp. Januari 2016 Dalam memperkasa hubungan universiti dan industri, Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) telah mengadakan lawatan penanda aras di beberapa industri dan universiti swasta yang terpilih. Ianya bagi membina rangkaian kolaborasi untuk memastikan kebolehpasaran graduan UMT pada tahap yang membanggakan. 2016


BUAL BICARA KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA BERSAMA YAM DATO' SERI DIRAJA SYED RAZLAN IBNI SYED PUTRA JAMALULLAIL 22 Mac 2016 Dewan Sultan Mizan, UMT 2016


LAB MINDA 2016 22 – 24 April 2016 Langkawi Lab Minda Keusahawanan merupakan satu inisiatif CEC bersama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dalam memperkasakan minda keusahawanan dalam kalangan pelajar. Ianya memastikan tiada golongan yang tercicir daripada mendapat ilmu keusahawanan untuk dipraktikkan dan seterusnya memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. 2016


IND-E-ZONE BOOTCAMP Agro Peladang, Setiu, Terengganu 5 – 7 Mei 2016 Ind-E-Zone Bootcamp merupakan inisiatif Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC), Universiti Malaysia Terengganu dalam meningkatkan Kebolehpasaran Graduan (GE) UMT. Peserta – peserta terdiri daripada pelajar UMT diberi pendedahan bagi menghubungkan antara CEC bersama pelajar yang lain. 2016


ENACTUS MALAYSIA CUP 2016 MATRADE Exhibition & Convention Centre, Kuala Lumpur 26 Julai 2016 Enactus UMT menyertai Enactus Malaysia National Competition 2016 dengan mengetengahkan projek keusahawanan sosial dan mendapat tempat ke-2 2016


Bengkel Kebolehpasaran Graduan (GE) Resort World Kijal, Terengganu 29 - 31 Julai 2016 Bengkel Kebolehpasaran Graduan Universiti Malaysia Terengganu merupakan satu inisiatif UMT untuk menyediakan strategi dan pelan tindakan meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan UMT. Peserta bengkel terdiri daripada ahli Pengurusan tertinggi UMT. 2016


Bengkel Kebolehpasaran Graduan (GE) Resort World Kijal, Terengganu 29 - 31 Julai 2016 2016


MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KEDAI OUR 1st BAKERY 2016 Kompleks Siswa UMT 27 Oktober 2016 Our 1st Bakery merupakan kedai yang beroperasi di dalam kampus UMT yang diterajui oleh KOSISWA untuk membantu pelajar menjalankan perniagaan semasa dalam pengajian melalui inisiatif koperasi. 2016


LAB MINDA KEUSAHAWANAN Dewan Seminar Pusat Islam Sultan Mahmud 15 – 17 Disember 2016 2016


CEO@FACULTY PROGRAMME Auditorium Mahyudin, PPPPM, UMT 9 Mei 2016 2016 THE RELEVANCE OF ENTREPRENUER IN MALAYSIA


NATURE GUIDE APPRENTICE 2016 Peladang Setiu Agro Resort, Setiu 19 Januari – 5 Februari 2016 Program Nature Guide Apprentice merupakan program kerjasama antara Persatuan Pemandu Pelancong, PERHILITAN, MOTAC dan Jabatan Warisan. Program ini melahirkan usahawan-usahawan dalam bidang pemandu pelancong. Ini bertepatan dengan Malaysia yang merupakan salah satu destinasi pelancongan. 2016


PERTANDINGAN PIDATO & DEBAT KEPIMPINAN SISWA Auditorium Mahyudin, PPPPM, UMT 06 Disember 2016 Pertandingan pidato dan debat ini berjaya mencungkil bakat-bakat baru yang terpendam dalam kalangan mahasiswa. Melalui pertandingan ini juga, pihak CEC dapat mengenalpasti bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan ke pertandingan- pertandingan peringkat kebangsaan. 2016


GEMPAK KEUSAHAWANAN KERJAYA (G2K) Universiti Malaysia Terengganu 5 – 6 Mac 2016 Gempak Keusahawanan dan Kerjaya (G2K) program kerjasama UMT dan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) untuk membantu para graduan dan pelajar dalam mencari penempatan pekerjaan. Melalui program ini, peserta dapat berinteraksi secara langsung bersama pihak industri. Lebih 50 syarikat membuka pameran sempena G2K dan juga diadakan klinik resume, temuduga terbuka, pameran industri, ceramah industri dan lain-lain. Program turut dihadiri oleh YB Dato’ Seri Haji Idris Jusoh, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. YBhg. Tan Sri telah merasmikan Bilik Ind-E-Zone yang merupakan tempat rujukan para pelajar mendapatkan info berkenaan industri. 2016


INDUSTRY TALK (I-TALK) BERSAMA PUSAT PENGAJIAN INFORMATIK & MATEMATIK GUNAAN (PPIMG) Dewan Seminar PPIMG 5 – 6 Mac 2016 Industry Talk merupakan program anjuran Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) bersama pusat pengajian di UMT. Menjemput industri dalam bidang yang berkaitan berkongsi ilmu dan pengetahuan serta cara graduan mempromosi kebolehan diri kepada industri. 2016


PROJEK E-VEGE & GOLDEN WORMS Kampung Basong, Kuala Berang Februari – Julai 2016 2016


2017 “Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya”


KEM KEPIMPINAN KEUSAHAWANAN 3K 2017 Benum Hill Resort,Raub 13 -15 Januari 2017 2017


UKM YOUTHBUSINESS CHALLENGE Universiti Kebangsaan Malaysia 11-12 Mac 2017 2017


Enactus Malaysia National Cup (EMNC) 2017 MECC, Kuala Lumpur 24 – 25 Julai 2017 2017 Pertandingan Enactus Malaysia National Cup (EMNC) 2017 diadakan pada 24 – 25 Julai 2017 di MATRADE Exhibition & Convention Centre (MECC) Kuala Lumpur dan dihadiri oleh 20 orang peserta pelajar, 30 orang penyokong pelajar dan 7 orang pegawai. ENACTUS UMT berjaya merangkul tempat ke-3 dalam pertandingan ini melalui projek EastVege yang mana memberi impak berkesan dalam memperkasakan masyarakat mengaplikasi konsep perniagaan dan ekonomi serta pendekatan keusahawanan.


Program Varsity Entrepreneurship Skills and Talent (VEST) Universiti Malaysia Terengganu 13-15 & 28-31 Julai 2017 2017 Program Varsity Entrepreneurship Skills and Talent (VEST) diadakan pada 13 – 15 Julai 2017 bagi sesi latihan bertempat di Bilik Seminar INOS UMT, 28 – 31 Julai 2017 bagi sesi FGD & Pitching bertempat di Bilik Seminar PPPPM UMT manakala pusingan ke-2 peringkat Zon Pantai Timur diadakan pada 26 – 28 Ogos 2017 bertempat di UNITEN Muadzam Shah. Penyertaan pelajar UMT adalah 50 orang pada peringkat pertama dan 8 orang pelajar UMT layak ke pusingan kedua peringkat Zon Pantai Timur melalui projek Aryfa.co dan Aquaventure. Aryfa.co adalah projek yang mengeluarkan tudung kalis air manakala projek Aquaventure merupakan projek yang menggabungkan dua eleman iaitu aqua dan agro dalam satu sistem.


BootCamp KPT-TERAJU SUPERB Higher Education League 2017 Tune Hotel & MaGIC, Cyberjaya 13-15 Julai 2017 2017 Program BootCamp KPTTERAJU SUPERB Higher Education League 2017. 2 orang pelajar UMT telah layak ke peringkat saringan kedua melalui projek Project Tera Ikan Sangkar Sg. Pahang. Projek ini merupakan projek penternakan ikan dalam sangkar di Sungai Pahang.


Social Innovation Challenge Universiti Teknologi Petronas, Perak 13-15 Oktober 2017 2017 Pertandingan Social Innovation Challenge ini diadakan pada 13 – 14 Oktober 2017 bertempat di Universiti Teknologi Petronas. 5 orang pelajar UMT dari Kelab Enactus UMT telah menyertai pertandingan ini dan merangkul tempat kedua dengan geran pembangunan projek berjumlah RM15,000.00 melalui projek FAITH. Projek FAITH membantu komuniti di Pulau Jenagor, Kuala Berang, Hulu Terengganu untuk menghasilkan sabun timun sebagai salah satu sumber pendapatan kepada komuniti tersebut bagi meningkatkan taraf ekonomi setempat.


Siswapreneur Showcase Siri 5 Tahun 2017 KB Mall, Kelantan 9-12 November 2017 2017 Program Siswapreneur Showcase Siri 5 Tahun 2017: KB Mall, Kelantan ini diadakan pada 9 – 12 November 2017 bertempat di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan. 13 orang pelajar UMT mempertandingkan 3 projek perniagaan iaitu Muhazid Kaligrafi, Bakery Project UMT dan Ainzampa Beautician. Juga, turut disertai oleh 11 orang sukarelawan pelajar UMT. Projek perniagaan Muhazid Kaligrafi telah mendapat tempat kedua jualan tertinggi sepanjang program. Selain itu, UMT telah merangkul johan dalam pertandingan Decoration Cupcake dan tempat ketiga pertandingan Business Explorace.


Siswapreneur Makerthon Challenge KLCC 11-14 Disember 2017 2017 Program Siswapreneur Makerthon Challenge anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Penglibatan pelajar UMT adalah seramai 2 orang dan telah berjaya mendapat tempat kelima dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.00.


Karnival Keusahawanan, Kerjaya Dan Kemahiran Belia Negara (3KBN@UMT) 2017 Tapak Pesta Konvo & Dewan Sultan Mizan, UMT 16-18 Mac 2017 2017


SISWAPRENEUR TECH2BIZ 30 Mac -1 April 2017 Hotel Seri Malaysia, Kuantan 2017


PROGRAM BIZCONSULT@UMT Pusat Islam Sultan Mahmud UMT 23 – 24 Mei 2017 2017


SISWAPRENEUR@SME Universiti Malaysia Terengganu 9 -18 Julai 2017 2017


VARSITY ENTREPRENEURSHIP SKILLS & TALENT (VEST) 13 - 15 Julai 2017 Bilik Seminar INOS, UMT 2017


ENACTUS MALAYSIA NATIONAL CUP 2017 MATRADE Exhibition & Convention Center (MECC) 24 – 25 Julai 2017 2017 Ahli Kelab Enactus UMT


BENGKEL PERSONALITI DAN KOMUNIKASI 10 Oktober 2017 Bilik Seminar INOS, UMT 2017


CEO@FACULTY: MRCB ZERO TO HERO Auditorium Mahyuddin, UMT 11 – 12 Oktober 2017 2017


Click to View FlipBook Version