Program Latihan Siswa Commerce (Siswa Mall) Pusat Keusahawanan dan Kerjaya,HEPA 11 November 2020 PProgram Latihan Siswa Commerce (Siswa Mall) anjuran Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Celcom Axiata Berhad diadakan secara berfasa melalui aplikasi Zoom bertempat di Bilik Ind-E-Zone, Kompleks Siswa, UMT dan melibatkan seramai 165 orang peserta yang terdiri daripada pelajar UMT. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan latihan keusahawanan digital kepada peserta dalam membantu mereka menjana pendapatan tambahan melalui perniagaan dalam talian. Peserta program ini dapat mempelajari teknik memperkenalkan perniagaan e-dagang, mengenali produk, penentuan harga, kaedah penjualan, pemasaran produk, teknik mengambil gambar, teknik “copy-writing”, promosi dan pembayaran melalui Gerbang Pembayaran. 2020
Usaha, fokus dan buat sampai jadi. Kejayaan itu ada di hadapan! 2021
PELAYARAN TEAM CEC Duyong Marina, Kuala Terengganu 07 Januari 2021 Keluar dari kelaziman dan bina keyakinan diri demi kecemerlangan CEC. Program riadah yang julung kali diadakan ini menguji fizikal dan mental team CEC dalam menongkah arus dan mengemudi layar ke arah satu matlamat. 2021 'MENGIKUT ARUS DAN KUAT BERSAMA'
SESI PRA BENGKEL BERSAMA TASK FORCE KEUSAHAWANAN UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 02 FEBRUARI 2021 2020121
E-COMMERCE BANTU GOLONGAN ASNAF UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 22 FEBRUARI 2021 – 09 MAC 2021 LATIHAN SISWA eCOMMERCE 2021 sempena Program Siswamall@Asnaf, yang melibatkan pelajar-pelajar golongan asnaf daripada Universiti Malaya, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Utara Malaysia. 2021
E-COMMERCE BANTU GOLONGAN ASNAF UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 22 FEB – 09 MAC 2021 LATIHAN SISWA eCOMMERCE 2021 sempena Program Siswamall@Asnaf, yang melibatkan pelajar-pelajar golongan asnaf daripada Universiti Malaya, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Utara Malaysia. 2021
“ECOMMERCE ENTREPRENEUR INCUBATOR PROGRAMME ” (EEIP) – UMT GESA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 10 FEBRUARI 2021 Kursus kemahiran teknikal e-dagang, pengurusan media sosial, perniagaan dan pengiklanan digital. Program ini telah diadakan selama 6 hari bermula pada 07 – 10, 14 & 15 Februari 2021. Objektif program untuk melahirkan usahawan e-Dagang serta pekerja berkemahiran teknikal dalam bidang pemasaran digital, seiring dengan Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang Kebangsaan. 2021
ISOLASI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN 01 – 18 MAC 2021 Pengurusan makanan pelajar sepanjang tempoh isolasi sempena kemasukan pelajar berkeperluan khas ke kampus UMT. Seramai 78 orang sukarelawan pelajar dan 10 orang staf terlibat melancarkan pembahagian makanan mengikut SOP yang telah ditetapkan. KOLEJ KEDIAMAN DAN PENEMPATAN LUAR KAMPUS 2021
PERBINCANGAN PENJANA KPT-CAP@STATE DUYONG MARINA, PULAU DUYONG 14 MAC 2021 PENJANA KPT-CAP@STATE merupakan program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara KPT Career Advancement Programme yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menangani cabaran kebolehpasaran graduan serta mengurangkan pengangguran akibat pandemik COVID-19. 2021