SOCIAL ENTREPRENEUR FEST@UMT 2017 Universiti Malaysia Terengganu 23 – 24 Oktober 2017 2017
MRCB RECRUITMENT WORKSHOP Menara Allianz Sentral Kuala Lumpur 27 October 2017 2017
PROGRAM LEPAK @ TEFLON Teflon, Kolej Kediaman KOSISWA UMT 29 Oktober 2017 2017
“Setiap kejayaan bermula daripada angan – angan” 2018
ENACTUS MALAYSIA NATIONAL COMPETITION 2018 WORQ Damansara, Kuala Lumpur 29 Jun – 1 Julai 2018 2018
2018 ENACTUS MALAYSIA NATIONAL COMPETITION 2018 WORQ Damansara, Kuala Lumpur 29 Jun – 1 Julai 2018
Pertandingan Enactus Malaysia National Cup (EMNC) peringkat kebangsaan merupakan acara tahunan yang telah dianjurkan oleh Enactus Malaysia Foundation. Acara ini penting bagi kesemua universiti yang terlibat iaitu 11 buah universiti dalam Projek Enactus di mana setiap pasukan akan membentangkan projek-projek komuniti yang telah mereka jalankan di hadapan para hakim yang terdiri daripada golongan profesional. Oleh yang demikian, pasukan Enactus UMT telah membentangkan tiga projek iaitu Pollen, EastVege, dan FereSys yang diwakili oleh 24 orang peserta dari Enactus UMT. Enactus UMT dibantu oleh beberapa orang pensyarah selaku mentor projek-projek sosial ini yang terdiri daripada YBrs. Dr. Riswadi Azmi, Dr. Azza Jauhar, Dr. Mohd Shaari dan dibantu oleh staf-staf CEC. Perjalanan Enactus UMT sebelum dinobatkan sebagai juara amatlah getir. Kesemua antara mereka adalah pelajar yang aktif dan masing – masing sibuk dengan kuliah, tugasan dan peperiksaan. Namun kesungguhan dapat dilihat dengan niat membantu komuniti ke arah yang lebih baik. Ianya terbalas apabila Enactus UMT berjaya mewakili Malaysia ke Enactus World Cup 2018 yang akan diadakan di San Jose, California, Amerika Syarikat. Perjalanan kian bermula dengan tanggungjawab yang lagi berat. Membawa nama Malaysia dan mengibarkan Jalur Gemilang di USA bukanlah perkara yang boleh diambil mudah. Namun mereka layak mengibar Jalur Gemilang di peringkat antarabangsa. Syabas! 2018 Projek Pollen merupakan inisiatif Enactus UMT dalam membantu petani moden yang mengusahakan Melon Manis Terengganu (MMT). Menternak lebah kelulut sebagai sumber penggalak pendebungan, kini pengusaha mampu menjana pulangan yang berganda. MMT merupakan sejenis pokok buah-buahan yang amat sensitif terhadap pendebungaan dan memerlukan pekerja melakukan proses pendebungaan secara manual. Enactus UMT menggunakan lebah kelulut sebagai pengganti kepada pekerja bagi proses ini dan MMT mampu dihasilkan dengan rasa yang lebih manis. East Vege pula merupakan inovasi mentimun dan dijadikan air minuman pemulih tenaga dengan khasiat yang sama. Manakala FereSys pula adalah projek keusahawanan sosial bagi membantu komuniti setempat memperoleh sumber air bersih. Projek-projek ini menarik minat para juri dan seterusnya UMT berjaya merebut gelaran Juara Kebangsaan Enactus Malaysia daripada empat universiti lain di peringkat akhir iaitu UNITEN, USIM, UITM, UUM dan akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa serta bakal berentap dengan 36 buah negara di Pertandingan Enactus World Cup Championship yang berlangsung di San Jose, California, USA pada 9 sehingga 11 Oktober 2018.
Hal ini menarik perhatian CEC dan Enactus untuk menggunakan peluang keemasan ini sebagai batu loncatan. Enactus UMT telah diberi peluang untuk membuka pameran kejayaan mereka sempena program ini dan menarik minat YAB Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar sekaligus Kerajaan Negeri Terengganu memberi sumbangan sejumlah RM20,000.00 untuk membantu Enactus UMT ke California. 2018 Enactus UMT juga telah mengambil inisiatif sendiri dengan menganjurkan pertandingan larian yang diberi nama Smoke Run. Smoke Run mengumpulkan mahasiswa UMT secara pertandingan larian. Membawa satu kumpulan Enactus ke Amerika Syarikat bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai aspek yang perlu ditekankan seperti kewangan, penginapan pengangkutan dan sebagainya. Bagai dicita pucuk, ulam mendatang, itulah perumpamaan yang boleh digambarkan apabila pihak UMT menganjurkan satu dialog bersama YAB Menteri Besar, Terengganu. Daripada larian ini, Enactus mampu menjana pendapatan lebih dengan menjual merchandise seperti baju dan sebagainya. Teringat keringat Enactus UMT setiap tahun yang hanya mendapat finalist dan tahun 2018, amanah ini diberikan kepada Enactus UMT yang membawa nama Malaysia ke persada dunia. Tahniah!
ENACTUS WORLD CUP 2018 San Jose, California, Amerika Syarikat 9 – 11 Oktober 2018 2018
RESUME COACHING Ind-E-Zone, UMT Januari - Mac 2018 Resume Coaching merupakan satu program membantu pelajar-pelajar UMT khususnya pelajar tahun akhir bagi membuat resume yang baik dalam mencari pekerjaan. Program ini telah disampaikan sendiri oleh staf Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) yang menjadi peneraju utama di dalam UMT. 2018
HELLO GM PELADANG GM Peladang Kuala Ibai, Terengganu 15 Februari 2018 Ahli Kelab MyAgrosis UMT 2018
Kuala Lumpur KUNJUNGAN KE iM4U 29 Januari 2018 Kunjungan Majlis Tertinggi Program Career, Entrepreneurship and Skills Festival (CESF’18) ke iM4U bagi menyatakan hasrat kerjasama yang boleh dibawa ke UMT. Kolaborasi adalah berbentuk pengisian sepanjang program CESF’18 berlangsung. 2018
PROGRAM LESTARI MODAL INSAN KOPERASI Dewan Sultan Mizan, UMT 20 Februari 2018 2018
PROGRAM MaGIC IDEA@BAHTERA 2018 Zenith Hotel Kuala Lumpur 23 – 25 Februari 2018 2018
WIN YOUR INTERVIEW & GET THAT JOB Auditorium PPPPM, UMT 17 Mac 2018 Program secara teori dan praktikal ini memberi pendedahan berkenaan kaedah untuk berjaya dalam sesuatu temuduga kerja. 2018
PRE CESF’18 X KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA Tapak Konvo, UMT 25 Mac 2018 Aktiviti: Gerai Usahawan Pelajar Culture Run Forum Keusahawanan Sukaneka 2018
ENTREPRENEUR BOOT CAMP USAHANIAGA UMT Lang Buana Riverside Camp, Kuala Kangsar, Perak 07 – 10 Mac 2018 Ahli Kelab Usahaniaga UMT 2018
PROGRAM GRADUATE EMPLOYABILITY I4.0 (GE I4.0) Ind-E-Zone, UMT 28 Mac 2018 2018
BUSINESS CONSULTANT (BIZ_CONSULT): MODUL HYPNOTHERAPHY Hotel Seri Malaysia Marang, Terengganu 30 April – 2 Mei 2018 2018
SALES HUNTER CHALLENGE SELERA RASA TERENGGANU Pulau Warisan 3 – 4 Mei 2018 Tiga pelajar mewakili UMT menyertai Pertandingan Sales Hunter Challenge sempena Program Selera Rasa Terengganu iaitu Mighty UMT yang dianggotai oleh Ady Syafiq Bin Asmaddi, Nor Liyana Binti Razali Dan Siti Rusyahira Nur Salwani Binti Rusdi. 2018 Pertandingan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu sempena program pengkomersialan makanan-makanan tradisi Terengganu yang kini semakin luput ditelan zaman. Peserta ditugaskan membuat jualan produk dan kuih di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu. Mighty UMT diamanahkan untuk membuat jualan kuih Akok Cik Ani dan berjaya mendapat jualan tertinggi. Tahniah dan syabas kepada mereka kerana berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam pertandingan ini.
HIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA Axiata Arena, Bukit Jalil, KL 30 – 31 Mac 2018 2018
PROGRAM INSPIRING THAILAND ENTREPRENEUR Hatyai dan Songkla, Thailand 3 – 8 Ogos 2018 2018
PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN TERENGGANU Shaping Digital Online Workforce (SHADOW) Universiti Malaysia Terengganu 21 – 22 September 2018 (Bengkel eGF) 27 – 29 Semptember 2018 (JobsMalaysia) 2018
Eco Edupreneur Boot Camp 2018 Setiu Wetland, Setiu Terengganu 12 – 13 September 2021 2018
E-COMMERCE ENTREPRENEURSHIP INCUBATOR PROGRAMME (EEIP) Modul 1: Creative Content Modul 2: e-Commerce Modul 3: Apps Development Bilik Mesyuarat Utama, HEPA, UMT 4 – 6 Oktober 2018 2018
CIMB Be$MART Dewan Seminar FPSM Dewan Seminar KK 5 – 6 Oktober 2018 16 -17 Oktober 2018 HIMMAT,MARC, KAGUM 2018
Program Pengamal Asas NLP Bersijil Dewan Seminar INOS, UMT 25 – 27 Oktober 2018 2018
Bengkel Siswamall The Regency Waterfront, @11 Street Kuala Ibai 26 - 28 Oktober 2018 10 pelajar yang aktif dalam bidang keusahawanan telah dipilih bagi menyertai Bengkel Siswamall@11Street. UMT merupakan urus setia bersama bengkel ini dalam penyediaan latihan. Seramai 40 pelajar yang terdiri daripada universiti awam zon timur diberi pendedahan secara teori dan praktikal kaedah menjalankan perniagaan melalui platform 11Street. 2018
Elakkan perkataan ‘nanti’, banyakkan perkataan ‘pasti’.. 2019
CAREER, ENTREPRENEURSHIP AND SKILLS FESTIVAL 2019 (CESF’19) Dewan Sultan Mizan, UMT 25 - 28 April 2019 CESF'19 merupakan Career, Entrepreneurship and Skills Festival yang diadakan buat kali kedua dan juga kesinambungan CESF'18. CESF'19 ialah Karnival Kerjaya, Keusahawanan dan Kemahiran yang diadakan di UMT bagi memberi peluang kepada graduan yang mencari pekerjaan dan pengusaha yang mencari peluang keusahawanan serta menambah kemahiran yang sedia ada. 2019 Matlamat program ini dijalankan adalah untuk mewujudkan platform yang terbaik kepada golongan belia bagi mendapatkan pekerjaan malah melahirkan lagi ramai golongan belia untuk mendapatkan pekerjaan demi kebaikan generasi yang bakal memimpin negara pada masa hadapan. Objektif program ini adalah meningkatkan hubungan kerjasama antara agensi kerajaan, majikan dan universiti dalam usaha memberi pendedahan serta peluang pekerjaan dan menggalakkan menceburi bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan kepada belia negara dan komuniti.
Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) 28 Julai 2019 2019 LAWATAN UMP KE CEC
28 Julai 2019 2019 HALAL-SHARIAH EXECUTIVE PROGRAMME (HaShep) Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ)
Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan 21 – 23 November 2019 2019 MUDAPRENEUR@HE
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 28 November 2019 2019 KURSUS EKSEKUTIF PENGURUSAN MEDIA SOSIAL (GIG EKONOMI)
Paya Bunga Square, Kuala Terengganu 30 Nov 2019 - 2 Dis 2019 201 SISWAPRENUER SHOWCASE 9 (ZON TIMUR) 2019
SISWAPRENUER SHOWCASE (ZON TIMUR) 2019 Paya Bunga Square, Kuala Terengganu 30 Nov 2019 - 2 Dis 2019 2019 Siswapreneur Showcase merupakan program anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pusat Keusahawanan Dan Kerjaya (CEC), HEPA UMT dan Universiti Utara Malaysia (UUM). Peserta program terdiri daripada pelajar IPT awam & swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Program ini adalah platform bagi pelajar mengetengahkan bakat keusahawanan melalui pameran dan jualan produk serta perkhidmatan yang mereka hasilkan. Penganjuran Siswapreneur mengandungi 5 siri mengikut Zon iaitu Zon Borneo, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah dan Zon Timur. Seramai 44 pelajar telah mengetengahkan bakat keusahawanan mereka melalui pameran dan jualan produk serta perkhidmatan yang dihasilkan. Nilai jualan usahawan siswa sepanjang tiga (3) hari adalah sebanyak RM38,660.10. Siswapreneur Showcase Zon Timur Siri 5/2019 telah berjaya diadakan pada 30 November 2019 sehingga 2 Disember 2019 bertempat di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu.
CAREER & ENTERPRENEUR LEADERSHIP BOOTCAMP (CARE LEAD) KEM PERMATA RESORT, ALOR GAJAH, MELAKA 06 – 08 Disember 2019 2019
Dewan Sultan Mizan (DSM) 30 Nov 2019 - 2 Dis 2019 2019 MYCAREER @MOHE 2019 MyCareer @MOE merupakan suatu usaha badan pelajar iaitu Kesatuan Gabungan Kelab Usahawan Mahasiswa (KAGUM) yang terdiri daripada Kelab Usahaniaga, Kelab Enactus, Kelab MyAgrosis dan ALK Pelajar KOSISWA serta Career Path Club (CPC) di bawah seliaan Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC), HEPA UMT dalam menyediakan program-program yang bersifat keusahawanan, kerjaya dan kemahiran di peringkat Universiti Awam (UA), Universiti Swasta (US), Politeknik dan Kolej Komuniti. Program ini bertujuan untuk memberi memberi peluang pekerjaan, pendedahan, pengalaman serta peluang perniagaan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program MyCareer@MOE 2019. Ia juga sebagai galakan kepada mahasiswa memilih bidang keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan pada masa hadapan. MyCareer@ MOE menampilkan pertandingan utama iaitu Pitch 4 Career. Selain itu terdapat juga aktiviti bersifat kerjaya seperti Pemeran Kerjaya & Kemahiran, Temu Duga Terbuka, Bicara bersama Ikon Pembelajaran Abad Ke-21 (Datuk Aznil Haji Nawawi) dan Forum Bicara Kerjaya (How To Market Yourself). Terdapat juga program sampingan yang memeriahkan MyCareer@MOE seperti malam kebudayaan sempena MyCareer@MOE.
Orang yang GAGAL akan nampak alasan 2020 pada setiap peluang.. Manakala orang yang BERJAYA akan nampak peluang dalam setiap alasan..
CEC, UMT April 2020 202 BILIK GERAK TERBANG C19 0 27 April 2020, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa proses penghantaran pulang pelajar Sabah dan Sarawak yang terkandas di IPT semenanjung akan bermula pada 01 mei 2020. Proses penghantaran pelajar terbabit menggunakan perkhidmatan penerbangan secara berjadual dengan melibatkan zon utara, zon tengah dan zon selatan di Semenanjung Malaysia akan bermula 1 Mei 2020. Melalui sidang media itu juga penghantaran pulang pelajar ke Sabah dan Sarawak yang berada di Terengganu dan Kelantan akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Susulan daripada pengumuman itu, Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC), HEPA telah dilantik untuk menguruskan proses penghantaran tersebut. Ini kerana YBrs. Dr. Mohd Shaari bin Abd. Rahman, Pengarah CEC telah dilantik sebagai Penyelaras Penghantaran Pelajar Pulang Zon Timur yang melibatkan pelajar-pelajar IPT/S di pantai timur untuk dihantar ke Sabah dan Sarawak. Oleh yang demikian, Bilik Gerakan Terbang telah diwujudkan bertempat di Bilik Ind-E-Zone, Kompleks Siswa, UMT. Pada peringkat awal bilik Gerakan ini beroperasi, semua petugas terpaksa menggunakan nombor telefon peribadi untuk mengenalpasti pelajar yang ingin pulang dan kekal berada di UMT. Hampir 1,000 panggilan dibuat untuk mengenalpasti keberadaan pelajar-pelajar UMT. Namun begitu terdapat juga segelintir pelajar UMT tidak menjawab panggilan jika menggunakan talian pejabat kerana takut akan penipuan siber yang berleluasa sekarang. Walaupun Bilik Gerakan Terbang ini beroperasi bermula jam 8.00 pagi, tetapi aktiviti mengumpulkan maklumat dan data keberadaan pelajar sentiasa dikemaskini dalam masa 24 jam tanpa henti. Petugas akan berdiskusi secara maya melalui Aplikasi WhatsApp bermula sesudah ibadah sahur kerana pada waktu itu akan mendapat maklumat terkini daripada pelbagai pihak. Seramai 10 orang petugas CEC diamanahkan dari 8.00 pagi sehingga 12.00 malam setiap hari demi memastikan anak-anak pelajar selamat tiba di rumah masing-masing. Bilik Gerakan terbang ini telah menguruskan seramai 508 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar UMT, RANACO, Politeknik Sultan Mizan, Terengganu Safety Training Centre (TSTC), UNISZA, UITM, UMP, UTEM, UPNM, UMK, SMART, PIKOM, UPSI, dan UM. Sebanyak tujuh (7) penghantaran telah diuruskan oleh Bilik Gerakan ini, bermula dengan penerbangan pertama pada 13 Mei 2020.
202 BILIK GERAK TERBANG C19 0 Penerbangan ini, melibatkan seramai 196 orang pelajar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Pelajar- pelajar telah berkumpul seawal jam 5 petang di Dewan Sultan Mizan, UMT untuk menjalani prosedur-prosedur pergerakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, manakala pergerakan bas ke KLIA adalah jam 10.00 malam. Tanggal 15 Mei, pihak penerbangan MAS telah membuat penerbangan yang pertama dengan berlepas daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud Terengganu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak dengan melibatkan seramai 159 orang pelajar dan menerima 159 orang pelajar juga daripada Sarawak untuk menguruskan pengangkutan darat pulang ke negeri masing-masing. Seterusnya penghantaran terakhir merupakan sejarah manis yang tidak akan dilupakan oleh semua petugas adalah jadual penghantaran yang jatuh pada hari raya kedua Aidilfitri. Penghantaran ini melibatkan seramai 101 pelajar dengan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Semua pelajar yang dihantar pulang akan menjalani kuarantin selama 14 hari di Pusat Kuarantin sebelum dihantar pulang ke rumah masing-masing. Sepanjang tempoh PKP dilaksanakan semua warga UMT telah bertungkus -lumus memberikan komitmen yang terbaik bagi keselesaan pelajar UMT. Tanpa mengenal erti penat lelah, semua petugas telah melaksanakan tugas dengan cemerlang, sehinggakan terdapat petugas yang bermalam di bilik Gerakan, bersahur serta berbuka bersama-sama. Semestinya Covid-19 ini mengajar erti kesabaran, kesetiaan, kesungguhan serta kerjasama di antara semua pihak yang telah bertungkus lumus menguruskan proses penghantaran pelajar ini. Benarlah firman Allah SWT dalam Surah AlInsyirah, ayat 6 yang bermaksud “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran dan ujian akan disertai dengan hikmah”.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah putus..
VIRTUAL CAREER, ENTREPRENEURSHIP & SKILLS FESTIVAL 2020 (VCESF’20) CEC, UMT 8 – 12 Disember 2020 Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC),HEPA telah melaksanakan program Virtual Career, Entrepreneurship & Skills Festival 2020 pada 8 hingga 10 Disember 2020. 2020 Program ini dijayakan melalui platform online memandangkan masih dalam tempoh Pandemik Covid-19 untuk mengelakkan daripada berlakunya jangkitan wabak kepada urusetia dan peserta. Program ini mendapat sambutan daripada penglibatan 35 buah syarikat yang menawarkan lebih daripada 100 peluang pekerjaan. Objektif utama dalam menjayakan program ini adalah untuk memberi pendedahan, pengalaman serta memberi perkongsian mengenai GIG Economy serta turut menyokong Key Performance Indicator (KPI) UMT bagi mensasarkan sebanyak 80% Kebolehpasaran Graduan (GE) bagi tahun 2020.
VIRTUAL CAREER, ENTREPRENEURSHIP & SKILLS FESTIVAL 2020 (VCESF’20) PUSAT KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA (CEC) 8 – 12 Disember 2020 2020
Pulau Bidong,Terengganu NATURE GUIDE : MARINE TOURISM 04 - 06 Februari 2020 Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC), telah mengadakan satu Bengkel Keusahawanan Nature Guide: Marine Tourism bagi melengkapkan diri pelajar yang bakal menjadi Pemandu Pelancong dalam Sektor Pelancongan Marin serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran interpersonal pelajar sebagai duta kecil bagi mempromosikan sektor pelancongan Negara. 2020 Industri pelancongan merupakan salah satu penyumbang sumber pendapatan ekonomi negara.Kepelbagaian serta keunikan bentuk rupa bumi di Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancogan antarabangsa yang terkenal di dunia. Oleh itu, UMT telah mengambil peluang dengan menawarkan kursus ini kepada pelajar. Pulau Bidong salah satu kawasan strategik sebagai pusat latihan serta memberi nilai tambah kepada universiti memandangkan UMT berfokus kepada ilmu marin sekaligus berberkonsepkan kampus ekopelancongan.
NATURE GUIDE : MARINE TOURISM Pulau Bidong,Terengganu 04 - 06 Februari 2020 TEMPAT PELAKSANAAN Kursus Intro Nature Guide Peladang Setiu Agro resort, Setiu, Terengganu Bengkel Keusahawanan MyAngkasa Akademi & Resort Langkawi, Pulau Langkawi, Kedah Kursus Asas Snorkeling & Water Safety Pulau Bidong, Terengganu 2020
PERTANDINGAN POSTER MALAYSIA PRIHATIN Pusat Keusahawanan dan Kerjaya,HEPA 17 Ogos 2020 Pertandingan Poster Malaysia Prihatin telah dibuka kepada semua pelajar Universiti Awam di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas bermula 17 ogos sehingga 01 september 2020. Objektif program ini adalah untuk memupuk nilai kemerdekaan dan semangat cintakan negara, mewujudkan semangat patriotik dalam diri pelajar serta mencungkil bakat pelajar untuk menghasilkan poster yang bertemakan semangat kebangsaan. 2020 Sebanyak 22 penyertaan telah diterima dan hanya seramai tiga (3) pemenang serta seorang menerima saguhati akan dipilih.
Program Business Consultant 3.0 (Biz_Consult 3.0): Professional Learning Facilitator (PLF) Creative Content Lab Programme (CCLP) Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan 27-29 Ogos 2020 Program Biz_Consult 3.0 melatih usahawan siswa sebagai Konsultan yang profesional dan berkemahiran. Mengaplikasi teknik penyampaian beserta modul pembelajaran abad ke-21 sejajar dengan keperluan industri masa kini. 2020
CREATIVE CONTENT LAB PROGRAMME (CCLP) Pusat Keusahawanan dan Kerjaya,HEPA 30 Oktober 2020 Penganjuran CCLP bertepatan dengan gaya maya keusahawanan masa kini. Bertujuan melahirkan pelajar sebagai penyedia kandungan kreatif berteraskan video, pereka grafik, pembangun kandungan untuk media sosial dan penyedia perkhidmatan pemasaran digital selari dengan keperluan e-Dagang. Ia secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan keusahawan pelajar dan memperoleh pendapatan yang lumayan. 2020
MY FUTURE NEXT Dewan Sultan Mizan, UMT 26 September 2020 Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC), HEPA telah mengadakan program “My Future Next” bersama pelajar baharu bagi Program Diploma dan Asasi STEM. Pengisian program yang berlangsung selama empat (4) jam ini telah dimulakan dengan slot Aperture CEC dan disambung dengan forum yang bertajuk “Job Creator vs Job Seeker After Graduate”. Ahli panel terdiri daripadaYBrs. Prof. Madya Dr. Laili binti Haji Che` Rose dan YBrs. Dr. Nor Fazliyana binti Mohtar. Manakala moderator merupakan Pengarah Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) iaitu YBrs. Dr. Mohd Shaari in Abd Rahman dan forum ini membincangkan hala tuju pelajar selepas bergraduat mengikut bidang pengajian yang diceburi. 2020