The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN TAHUNAN SMK(P) SRI AMAN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shima Mohd, 2021-01-05 08:51:26

MANUAL PENGURUSAN SMK(P) SRI AMAN 2021

BUKU PENGURUSAN TAHUNAN SMK(P) SRI AMAN 2021

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

[Date]

User

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 1

Manual Pengurusan Sekolah

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT
KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK (P) SRI AMAN 7

BAB 1 KONSEP DAN HALATUJU 8-21
1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 8
2. Objektif Pendidikan Sekolah Menengah 8
3. Logo, Visi, Misi Dan Moto Sekolah / KPM 9
4. Ikrar Guru Dan Perkhidmatan Awam 10
5. Teras Perkhidmatan Awam Malaysia 11
6. Tonggak Dua Belas 12
7. Peranan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Mengikut Gred 13
8. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) 14
9. Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia 15
10. Enam Ciri Utama Yang Diperlukan Oleh Setiap Murid Untuk Berupaya Bersaing 15

Pada Peringkat Global 16
11. Sebelas Anjakan Utama Untuk Mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara 17
12. Fokus & Gerak Kerja Profesional 18
13. Matlamat Sekolah 19
14. Piagam Sekolah 20
15. Lencana Sekolah 21
16. Lagu Sekolah

BAB 2 KETETAPAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 22-34
2.1 PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 22
1. Arahan Am 22
2. Ketepatan Masa Di Sekolah 23
3. Waktu Rasmi Persekolahan 23
4. Tidak Hadir Bertugas 23
5. Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period) Oleh Guru-
Guru 24
6. Keluar Semasa Bertugas 24
7. Cuti 24
 Jenis Cuti Guru/AKP 24
 Tatacara Permohonan Cuti Rehat Khas (Guru), Cuti Rehat (AKP) 24
 Kes Kecemasan 24
 Atas Urusan Tertentu Yang Telah Diketahui Tarikh 25
 Cuti Penggal Persekolahan 25
 Cuti Sakit 25
 Tindakan Guru Apabila Mendapat Cuti Sakit 25
 Lain-Lain Cuti 26
8. Guru Yang Berkursus/ Bertugas Di Luar Sekolah 26
 Patuhi Arahan

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 1

 Rekod Pergerakan Manual Pengurusan Sekolah
 Keperluan Kembali Ke Sekolah
 Penyediaan Minit Curai 26
 Melindungi MMI 26
9. Kehadiran Aktiviti Sekolah 26
10. Perhimpunan Rasmi Sekolah 26
 Aturcara Perhimpunan 26
 Kehadiran Perhimpunan Sekolah 27
11. Kelas Tambahan/ Lain-Lain Aktiviti Di Luar Waktu Sekolah 27
12. Kerja Luar / Sampingan 27
13. Bilik Guru/ Bilik Darjah/ Bilik Khas/ Bangunan 27
14. Kunci Bilik-Bilik Khas 28
15. Etika Berpakaian Semasa Bertugas 29
16. Tanda Nama 29
17. Masalah Perjawatan Dan Pengajaran 29
18. Tugas Guru 29
19. Fail Persediaan Mengajar (FPM) 29
20. Jadual Waktu Mengajar 30
21. Keselamatan Dan Penggunaan Harta Benda Sekolah 30
22. Kebersihan 30
23. Surat-Menyurat 30
 Surat Keluar 30
 Surat Masuk/Diterima 31
24. Pelawat/Jurujual 31
25. Pembelian Barang 31
 Peraturan Pembelian 31
 Buku Stok Inventori. 31
26. Kegiatan Kokurikulum 31
27. Mesyuarat Sekolah 31
28. Acara/ Majlis Rasmi Sekolah/Mesyuarat/Latihan Dalaman 32
29. Perhubungan Sesama Rakan Sekerja 32
30. Keahlian BKGS Dan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) 32
31. Bilik Guru Dan Pejabat 32
32. Guru Baharu/ Guru Bertukar Masuk 32
33. Arahan Pekeliling Dan Memo Dalaman 32
34. Penggunaan Alat-Alat 33
35. Telefon Sekolah 33
36. Buku Stok / Inventori 33
37. Komputer Riba / LCD Projektor/Smartphone 34
38. Keselamatan Murid 34
39. Semua Penolong Kanan Dan Gkmp Bertugas Semasa Cuti 34
34
2.2 PANDUAN PENGURUSAN KURIKULUM 34
1. Latar Belakang
2. Objektif 35-53
35
35

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 2

Manual Pengurusan Sekolah

3. Dasar 35
4. Mesyuarat 35
5. Sistem Fail 35
6. Pakej Mata Pelajaran 36
36
6.1 Menengah Rendah 36
6.2 Menengah Atas 36
36
Mata pelajaran Teras 36
6.2.1 Aliran STEM A 36
6.2.2 Aliran STEM B 36
6.2.3 Aliran Kemanusiaan 36
7. Syarat-syarat kemasukan ke SMK (P) Sri Aman 36
7.1 Kemasukan ke Tingkatan 1 36
7.2 Kemasukan ke Tingkatan 4
8. Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Rancangan Pelajaran 36
Tahunan, DSKP & Rancangan Pelajaran Harian 37
8.1 Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran 37
8.2 Rancangan Pelajaran Harian 37
8.3 Fail Rekod Mengajar 37
8.4 Rekod Mengajar Harian (RPH) 37
8.5 Menghabiskan Sukatan 38
8.6 PdPc Berkesan 38
9. Jadual Waktu 38
10. Guru Ganti / Guru ‘Relief’ 38
11. Waktu Persekolahan 38
12. Penilaian Dan Peperiksaan 39
12.1 Format Ujian/ Peperiksaan 39

12.1.1 Format Penaipan Kertas Soalan Peperiksaan 39

12.1.2 Format Penyediaan Muka Depan Kertas Soalan 40

12.1.3 Arahan Kepada Calon 43

12.1.4 Format Penyediaan Muka Surat 2 Dan Seterusnya 43

12.1.5 Peruntukan Masa 44

12.1.6 Peruntukan Markah 44

12.1.7 Penomboran Muka Surat 44

12.2 Penyemakan dan Pengesahan Kertas Ujian/ Peperiksaan 44

12.3 Pencetakan Kertas Ujian / Peperiksaan 45

12.4 Pentadbiran Kertas Ujian / Peperiksaan 45
45
12.5 Bilik Peperiksaan 45
45
12.6 Jadual Ujian Pentaksiran / Peperiksaan Pengawasan 46
12.7 Makluman Ujian / Peperiksaan 46
12.8 Pengawasan Pentaksiran / Peperiksaan
12.9 Kehadiran semasa Ujian / Pentaksiran / Peperiksaan
12.10 Salah laku semasa Ujian / Peperiksaan
12.11 Rekod Markah & Fail EPRD (Excellent Performance Record &

Development)

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 3

Manual Pengurusan Sekolah

12.12 Syarat Lulus 46
12.13 Jadual Spesifikasi Ujian & Analisis Item 46
12.14 Post Mortem Untuk Peperiksaan 46
12.15 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 46
13. Pemantauan 47
13.1 Pembelajaran dan Pengajaran (PdPc) 47
13.2 Pengurusan Panitia & Jawatankuasa Pemantauan 47
13.3 Peperiksaan dan Penilaian 47
13.4 Penyediaan Latihan Murid & Semakan Buku Latihan Murid 47
13.5 Ketetapan Latihan Mengikut Mata Pelajaran 48
14. Anggaran Perbelanjaan Tahunan Panitia 51
15. Buku Teks (SPBT), Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dan Bahan Bacaan 51
16. Program Peningkatan Akademik 52
17. Kursus Dalaman, Latihan Dalam Perkhidmatan & Minit Curai 52
17.1 Kursus Dalaman 52
17.2 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 52
18. Kajian Tindakan/ Lain-Lain Program Rancangan Peningkatan Berkaitan Guru 52
19. Dasar Penggunaan Kertas Untuk Pdpc, Ujian Dan Peperiksaan 53
20. Target Peperiksaan Awam Dan Dalaman 53
21. Hari Bertemu Pelanggan 53
22. Penentuan Dan Perubahan Dasar Kurikulum 53

2.3 PANDUAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 54-71
54
1. Tugas Guru Tingkatan 54
1.1 Pengurusan Dan Organisasi Kelas 56
1.2 Jadual Kedatangan Murid (Register) 57
1.3 Data SMM Dan APDM 59
1.4 Skim Pinjaman Buku Teks 59
1.5 Biasiswa Dan Kebajikan 60
1.6 Kutipan Sumbangan PIBG 60
1.7 Pelan Susunan Setiap Kelas 61
1.8 Tugas Ketua Tingkatan Dan Penolong Ketua Tingkatan 61
1.9 AJK Mata Pelajaran 62
62
2. Pengurusan Disiplin Murid 63
2.1 Senarai Semak
2.2 Perkara-Perkara Yang Harus Dipatuhi Semasa Menjalankan Kuasa 64
Disiplin 64
2.3 Faktor-Faktor Asas Yang Patut Dirangkumkan Dalam Dasar Menghukum 64
2.4 Tatacara Menyelesaikan Masalah Disiplin 65
2.5 Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil 66
2.6 Panduan Tatacara Disiplin Murid 67
2.7 Pekeliling Ikhtisas Guru Disiplin 67
68
3. Prosedur Pertukaran Murid 69
3.1 Prosedur Murid Berpindah Masuk Sekolah (Tingkatan 1 – 5)
3.2 Prosedur Murid Berpindah Keluar 70
3.3 Panduan Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Akhir Tahun 70
Oleh Murid Warganegara Di Daerah Petaling Utama (Rujukan Sekolah) 70

4. Panduan Tugas Guru
4.1 Tugas Guru Penyelaras Tingkatan
4.2 Tugas Guru Bertugas Harian/Mingguan

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 4

Manual Pengurusan Sekolah

2.4 PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM 72-85
1. Dasar Utama Kokurikulum 72
2. Dasar Sokongan 73
3. Senarai Persatuan/Kelab, Kelab Permainan/Sukan dan Badan Beruniform 74
4. Rumah Sukan 75
75
4.1. Nama Rumah Sukan 75
4.2. Cara Menentukan Rumah Sukan (Untuk Murid Baru) 76
5. Manual Pengguna Sistem E-Strip 83
6. Rekod Pencapaian Kokurikulum
86-92
BAB 3 MANUAL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 86
3.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
1. 3.1.1 Jawatankuasa Pentadbir Sekolah & Panel Pembangunan Sumber 86
86
Manusia 86
2. 3.1.2 Jawatankuasa Kebitaraan 87
3. 3.1.3 Jawatankuasa Integriti / Keutuhan 87
4. 3.1.4 Jawatankuasa Kewangan 88
5. 3.1.5 Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan Dan Bangunan 88
6. 3.1.6 Jawatankuasa Perkembangan Profesionalisma 89
7. 3.1.7 Jawatankuasa Jaringan & Jalinan 89
8. 3.1.8 Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah/Data 89
9. 3.1.9 Jawatankuasa Skpmg2 89
10. 3.1.10 Majlis Sukan Sekolah 90
11. 3.1.11 Jawatankuasa Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (Spsk) 90
12. 3.1.12 Jawatankuasa Pembestarian Sekolah 90
13. 3.1.13 Jawatankuasa Koperasi Sekolah 91
14. 3.1.14 Jawatankuasa Badan Kebajikan Guru Dan Staf Sekolah 91
15. 3.1.15 Jawatankuasa Pengurusan Pejabat 91
16. 3.1.16 Jawatankuasa Perancangan Strategik 92
17. 3.1.17 Jawatankuasa Kebersihan Dan Kawalan Keselamatan 92
18. 3.1.18 Jawatankuasa Dialog Prestasi, Dokumentasi Dan Mesyuarat Guru 92
19. 3.1.19 Jawatankuasa Majalah Sekolah Dan Fotografi
20. 3.1.20 Jawaankuasa Pengurusan Bilik Khas Dan Surau 93-97
21. 3.1.21 Jawatankuasa Sebaran Ilmu Dan Papan Kenyataan 93
94
3.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM 94
1. 3.2.1 Jawatankuasa Kurikulum 94
2. 3.2.2 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik Sekolah 95
96
3. 3.2.3 Jawatankuasa Jadual Waktu, Guru Ganti, Mmi 97
4. 3.2.4 Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah Dan Program Nilam
98-104
5. 3.2.5 Jawatankuasa Penilaian, Peperiksaan Dan Pentaksiran 98
6. 3.2.6 Jawatankuasa Pencerapan 99
7. 3.2.7 Jawatankuasa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 100
101
3.3 JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 101
1. 3.3.1 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid 101
2. 3.3.2 Jawatankuasa Lembaga Disiplin
3. 3.3.3 Jawatankuasa Lembaga Ketua Tingkatan(Lkt)
4. 3.3.4 Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling , Kerjaya
5. 3.3.5 Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (Spbt)
6. 3.3.6 Jawatankuasa Biasiswa, Kwapm , Asnaf & Kebajikan

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 5

Manual Pengurusan Sekolah

7. 3.3.7 Jawatankuasa 3k (Kebersihan, Keselamatan & Kesihatan) 102
8. 3.3.8 Jawatankuasa Bencana & Pengurusan Risiko 103
9. 3.3.9 Jawatankuasa Siaraya 103
10. 3.3.10 Jawatankuasa Slad & Ppda 103
11. 3.3.11 Jawatankuasa Pencegahan Jenayah 104
12. 3.3.12 Jawatankuasa Permuafakatan & Perpaduan 104
13. 3.3.13 Jawatankuasa Penyelenggaraan Bangunan & Perabot 104

3.4 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM 105-110
1. 3.4.1 JK Induk Kokurikulum 105
2. 3.4.2 JK Data Kokurikulum 105
3. 3.4.3 JK Penilaian Kokurikulum 105
4. 3.4.4 JK Pemantauan Kokurikulum 106
5. 3.4.5 JK Majalah Sekolah 106
6. 3.4.6 Tanggungjawah Setiausaha Kokurikulum 106
7. 3.4.7 Tanggungjawab Setiausaha Sukan 107
8. 3.4.8 Tanggungjawab Ketua Rumah Sukan 107
9. 3.4.9 Tanggungjawab Guru Rumah Sukan 107
10. 3.4.10 Tanggungjawab Penyelaras Persatuan/ Kelab/ Badan Beruniform/ 108

Kelab Permainan 109
11. 3.4.11 Tanggungjawab Guru Pemimpin / Penasihat

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 6

Manual Pengurusan Sekolah

KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK(P) SRI AMAN

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 7

1.0 Konsep Dan Hala Tuju

BAB 1 – KONSEP DAN HALA TUJU

1.0 KONSEP DAN HALA TUJU

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

‘Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran masyarakat dan Negara’

OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

Bagi mencapai matlamat Pendidikan Sekolah Menengah, pendidikan di peringkat menengah
bertujuan untuk membolehkan pelajar;

I. Mempertingkat kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.
II. Mempertingkat dan meluaskan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,bahasa

kebangsaan dan bahasa ilmu ke arah mencapai perpaduan negara.
III. Menyumbangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional,kritis

dan kreatif.
IV. Memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta pemikiran yang rasional,

kritis dan kreatif.
V. Berkeupayaan untuk memperkembangkan serta mengubahsuai kemahiran selaras dengan

perkembangan baru dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi.
VI. Memlliki keterampilan yang kukuh dan daya tahan untuk menghadapi cabaran hidup.
VII. Memahami, menginsafi dan menghayati sejarah serta latar belakang sosio-budaya negara.
VIII. Menyedari tentang kepentingan kesihatan diri dan sentiasa berusaha untuk memeliharanya.
IX. Peka, prihatin dan menghargai nilai-nilai murni.
X. Menggemari dan mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk menambahkan

dan mengembangkannya.
XI. Memiliki kesedaran, tanggungjawab yang tinggi dan kesediaan berbakti kepada agama,

bangsa dan negara.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 8

1.0 konsep Dan Hala Tuju

LOGO, VISI, MISI DAN MOTO SEKOLAH / KPM

Rasional
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan
huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa
hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa
pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang
diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga di klasifikasikan sebagai pengetahuan atau
kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di
takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai
suatu kebenaran dan keyakinan.
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat
pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat
kearah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat
melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna,
Biru bermaksud profesionalisme dalam system pendidikan negara. Kuning keemasan
melambangkan kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan
sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu
mulia.

VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi

Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 9

1.0 konsep Dan Hala Tuju

IKRAR GURU DAN PERKHIDMATAN AWAM

AZAM GURU
Sesungguhnya kami berazam dan bertekad untuk menjadikan bahawa;
 Kerja yang kami buat hari ini adalah lebih baik daripada semalam
 Kerja yang kami buat hari esok adalah lebih baik daripada hari ini; dan
 Kerja yang kami buat hari-hari seterusnya adalah lebih baik daripada harihari

Sebelumnya

IKRAR GURU
Bahawasanya kami guru-guru negara malaysia dengan ini berikrar

Mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami
menyatakan keyakinan kami pada citacita murni pekerjaan kami.

Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan negara kami
Kami sentiasa menjunjung perlembagaan negara kami dan
Mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara, pada setiap masa.

IKRAR PERKHIDMATAN CEMERLANG
Bahawasanya saya ___________________________________ seorang anggota
kerajaan Malaysia dengan penuh semangat dan kesedaran dan dengan berpandukan
kepada prinsip-prinsip rukun negara berazam dan berikrar untukmeninggikan mutu
perkhidmatan yang lebih cemerlang, menggembleng tenaga dan usaha, bekerja
dengan penuh amanah, dedikasi dan bertanggungjawab, mengikis sikap
mementingkan diri sendiri, berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kesedaran
bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara,
bekerjasama, menuju ke arah cita-cita demi untuk kepentingan negara Malaysia.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 10

1.0 konsep Dan Hala Tuju

TERAS PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
Berpegang teguh kepada ajaran agama

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 11

1.0 konsep Dan Hala Tuju

TONGGAK 12
PENERAPAN NILAI NORMA DAN ETIKA PERKHIDMATAN

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 12

1.0 konsep Dan Hala Tuju

REFLEKSI

DI MANAKAH KITA?
ADAKAH KITA BERPERANAN SEPERTI MANA GRED KITA SEKARANG?

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 13

1.0 konsep Dan Hala Tuju

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)
2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah dirangka bagi
menghadapi cabaran abad ke-21 berasaskan dasar dan laporan
terdahulu yang sangat besar pengaruhnya. Pelan ini memberi tumpuan
kepada cara membangun dan meneruskan perkembangan, serta

menambah baik sistem pendidikan secara berterusan.
Pelan Transformasi pendidikan akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun;

2013-2025.
Ia dibahagikan kepada 3 gelombang iaitu:

Gelombang 1 (2013-2015)
Mengubah sistem dengan menyokong guru dan
memberikan tumpuan kepada kemahiran utama

Gelombang 2 (2016-2020)
Memacu peningkatan sistem
Gelombang 3 (2021-2025)
Menganjak kearah kecemerlangan melalui peningkatan keluwesan operasi

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 14

1.0 konsep Dan Hala Tuju

LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

ENAM CIRI UTAMA YANG DIPERLUKAN OLEH SETIAP MURID
UNTUK BERUPAYA BERSAING PADA PERINGKAT GLOBAL

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 15

1.0 konsep Dan Hala Tuju

SEBELAS ANJAKAN UTAMA
UNTUK MENTRANSFORMASIKAN

SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada
Anjakan 2: pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
Anjakan 3:
Anjakan 4: Memastikan setiap murid profisien dalam
Anjakan 5: Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Anjakan 6:
Anjakan 7: Melahirkan rakyat malaysia yang menghayati nilai
Anjakan 8:
Anjakan 9: Mentransformasi profesion keguruan menjadi
Anjakan 10: profesion pilihan
Anjakan 11:
Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah

Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan
penyelesaian khusus berasaskan keperluan

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia

Transformasi kebolehan dan keupayaan
penyampaian kementerian

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan
sektor swasta secara meluas

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi
setiap ringgit

Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara
langsung

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 16

1.0 konsep Dan Hala Tuju

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 17

1.0 konsep Dan Hala Tuju

* MATLAMAT SEKOLAH *

Untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang
Akademik
Kokurikulum
Sahsiah

Berasaskan budaya kerjayang positif untuk mencapai kesejahteraan
serta memberi sumbangan terhadap

keharmoniaan dan kemakmuran diri, sekolah, masyarakat dan negara.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 18

1.0 konsep Dan Hala Tuju

* PIAGAM SEKOLAH *

Kami warga SMK (P) Sri Aman Petaling Jaya dengan ini berikrar akan :
 Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mulai hari

pertama sesi persekolahan dbermula
 Memastikan buku teks SPBT diedarkan kepada murid sebelum sesi persekolahan

baru bermula
 Memaklumkan keputusan ujian dan peperiksaan dalam tempoh empat (4) minggu

selepas tamat peperiksaan.
 Memaklumkan mengenai sebarang programsekolah kepada murid dalam tempoh

satu (1) minggu sebelum perlaksanaanya.
 Mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga dalam tempoh sekurang-

kurangnya tiga (3) hari sebelum menyertai sebarang pertandingan atau akriviti luar
sekolah.
 Memastikan semua murid diberi peluang seluas-luasnya untuk menyertai kegiatan
kokurikulum di dalam ketiga-tiga bidang;
i) Kelab/ Persatuan
ii) Sukan / Permainan
iii) Unit Beruniform

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 19

1.0 konsep Dan Hala Tuju

* LENCANA SEKOLAH *

Cogan Kata
“BERUSAHA KE MEDAN JAYA”
Huraian mengenai lambang-lambang pada lencana
 Warna Kuning dan Unggu
Warna sekolah
 Tangkai-tangkai
Melambangkan keharmonian dan kesejahteraan
 Obor dan Buku
Melambangkan kesanggupan murid-murid menuju ke medan jaya
dalam bidang akademik dan kokurikulum pada sepanjang masa
 Gelung-gelung
Melambangkan kekuatan dan perpaduan

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 20

1.0 konsep Dan Hala Tuju

* LAGU SEKOLAH *

Maju penuntut Sri Aman
Menuju ke medan jaya
Kita berganding bahu
Di bawah bendera Malaysia
Mari penuntut Sri Aman
Mari kita meneroka zaman
Agar nama takkan hilang
Terpahat kukuh di tugu kenangan
Jagalah imej sekolah kita
Di mana kita berada
Kesopanan dipandang
Akan mulia
Dengan Prinsip Rukun Negara
Segala ilmu kita tuntuti
Sastera, Sains dan Teknologi
Menghadapi dengan hati
Agar bahagia kemudian hari

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 21

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

BAB 2 - KETETAPAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

2.1 PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1. ARAHAN AM
1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah Am
Kerajaan, oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am
tersebut.
1.2 Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami
dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila professional keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.
1.4 Semua guru dan AKP hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan
cemerlang.
1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Visi, Misi, Moto, Falsafah, Objektif dan Piagam Pelanggan
Sekolah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Pendidikan Kebangsaan, Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 – 2025
1.6 Semua guru dan AKP dikehendaki meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada
kepentingan diri Ketika bertugas.
1.7 Semua guru dan AKP dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid
ketika belajar di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
1.8 Semua guru dan AKP hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta
cekap menjalankan tugas.

2. KETEPATAN MASA DI SEKOLAH (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2 /1982)
2.1 Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil (2)/1982 mengenai ketepatan masa di sekolah, guru-guru
adalah diwajibkan memelihara dan mengekalkan amalan menepati masa sekolah dan balik dari
sekolah.
2.2 Waktu hadir bertugas bagi guru-guru ialah pada 7.25 pagi dan selepas waktu yang dinyatakan di atas
tuan/puan telah lewat hadir bertugas dan waktu bertugas AKP bermula 7.30/ 8.00/ 8.30* pagi. Rujuk
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019: Pelaksanaan Waktu Kerja Fleksi (WBF) di agensi
Kerajaan Persekutuan
2.3 Secara rasmi guru dan AKP perlu ‘thumb-in’ dan ‘thumb-out’ setelah tamat bertugas. Sekiranya
perakam waktu gagal berfungsi mohon catat kehadiran (waktu masuk & balik di dalam buku di pejabat
sekolah)
2.4 Guru-guru juga bertanggungjawab mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di
sekolah, ketika masuk ke bilik darjah untuk mengajar atau menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik
darjah seperti mesyuarat, upacara-upacara sekolah, kegiatan sukan dan lain-lain.
2.5 Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru itu hendaklah mengikut jadual waktu pengajaran dan
tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum tiba masa untuk berbuat demikian.
Guru adalah bertanggungjawab sepenuhnya kepada keselamatan murid dan harta benda sekolah
pada waktu pengajaran dan pembelajaran
2.6 Ketua tingkatan dinasihatkan supaya mencari atau menjemput guru yang masih belum masuk ke kelas
5 minit selepas waktu pengajaran bermula. Jika guru masih tidak dapat dicari maklumkan kepada
Pengetua/ Penolong Kanan.
2.7 Guru-guru khasnya hendaklah memberi teladan yang baik kepada murid-murid dan dapat
menggalakkan tabiat mereka menepati masa.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 22

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

3. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN

3.1 Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu persekolahan.

3.2 Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali
menjalankan tugas rasmi di luar.
3.3 Waktu bertugas rasmi guru-guru:
Isnin 7:20 pagi – 2:30 petang
Selasa – Khamis 7:20 pagi – 2:00 petang
Jumaat 7.20 pagi – 12.30 tengah hari

Rabu (Kokurikulum) Sesi petang 2:00 petang – 5:00 petang

3.4 Guru perlu daftar kehadiran dengan segera dengan thumb print setibanya di sekolah termasuk jika
ada aktiviti pada hari Sabtu atau semasa cuti persekolahan.

3.5 Jika terlewat, guru perlu terus berjumpa dengan Pengetua/ PK dan memaklumkannya secara lisan
serta mengisi borang kehadiran lewat.

3.6 Ketepatan masa adalah penting untuk menentukan disiplin kelas terkawal dan guru dihormati oleh
murid-murid.

3.7 Guru dan AKP yang hadir lewat 3 hari berturut-turut atau melebihi 10 hari tidak berturut-turut diminta
membuat surat tunjuk sebab. Sekiranya gagal, proses Tindakan tatatertib akan dilaksanakan.

3.8 Guru dan AKP akan diberikan surat peringatan sekiranya lewat 3 kali dalam 1 bulan.
3.9 Guru bertugas harian hendaklah berada di sekolah selewat-lewatnya 7:10 pagi dan waktu balik

setengah jam selepas tamat waktu sekolah.
3.10 Rakaman hadir dan pulang guru ialah dokumen audit sekolah. Catatan kehadiran guru ialah

dokumen yang membantu Pengetua untuk membuat penilaian ‘Prestasi Tahunan’ (PBPPP).
3.11Guru- guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum / kelas tambahan (selain hari persekolahan) perlu

tandatangan kehadiran bertugas pada buku yang disediakan.

4. TIDAK HADIR BERTUGAS

4.1 Semua guru wajib mendapat kebenaran Pengetua dan memaklumkan kepada PK Pentadbiran atau
GKMP sekiranya mereka tidak dapat hadir bertugas. Hal ini penting bagi tujuan penyediaan guru
relief/ganti.

4.2 Guru mesti menyerahkan sijil cuti sakit / bukti tidak dapat hadir kepada Pengetua / PK Pentadbiran
(jika pengetua bercuti/ tidak berada di sekolah) keesokannya/ sekembali ke sekolah untuk direkodkan.

5. PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR/ WAKTU LUANG (FREE PERIOD) OLEH GURU-GURU
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981)

5.1 Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/ waktu luang (free period)
seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu mengajar masing-masing. Didapati ada sebahagian kecil
guru-guru menganggapnya sebagai masa tidak bekerja. Anggapan ini adalah salah dan perlu
diperbetulkan.

5.2 Oleh itu tuan/puan diingatkan bahawa waktu tidak mengajar/ waktu luang (free period) itu adalah masa
bekerja. Tuan/puan dikehendaki menggunakan masa ini untuk menggantikan guru yang tidak hadir
mengajar di sesebuah kelas, membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku
tambahan, membuat nota mengajar, menyediakan alat-alatan mengajar dan sebagainya, memeriksa
buku latihan murid-murid, mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang
diajar, penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja kokurikulum dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau
diarahkan oleh Pengetua.

5.3 Tegasnya, waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada
murid-murid, khasnya dan sekolah, amnya.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 23

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

6. KELUAR SEMASA BERTUGAS

6.1 Guru/ AKP sekolah tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam masa bertugas.
6.2 Semua urusan peribadi guru/ AKP sekolah hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam

keadaan kecemasan atau sebab-sebab tertentu. Sebagai contoh urusan sekolah/ PPD/ JPN/ KPM.
Sebelum keluar dari kawasan sekolah pastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan:
6.3 Telah mendapatkan kebenaran daripada Pengetua. Jika Pengetua tidak berada di sekolah kebenaran
perlu diperoleh daripada Penolong Kanan atau GKMP (sekiranya ketiadaan Pengetua dan Penolong-
penolong Kanan) yang menjalankan tugas semasa ketiadaan Pengetua.
6.4 Isi kad keluar kawasan sekolah beserta tandatangan pentadbir yang memberi kelulusan
6.5 Catat dalam buku pergerakan guru (sekiranya perlu dibuat ‘relief’). Jawatankuasa ‘Relief’ hanya akan
disediakan ‘relief’ untuk guru-guru yang keluar sekolah atas urusan rasmi.
6.6 Jika urusan kecemasan (peribadi), pastikan perkara-perkara i – ii dipatuhi. Uruskan sendiri ‘relief’ jika
tidak dapat dielakkan. Isi borang keluar kawasan sekolah dan catat masa keluar/masuk serta perkara-
perkara lain yang terkandung dalam kad tersebut
6.7 Adalah menjadi kesalahan jika tidak memohon, mendapat kebenaran dan tidak mencatat masa keluar
masuk semasa meninggalkan kawasan sekolah.

7. CUTI

7.1 Cuti bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan
peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.

7.2 Cuti bukan hak tetapi satu kemudahan yang diberi kepada seseorang pegawai di mana pegawai
berkenaan mesti memohon dan diluluskan oleh Pengetua.

7.3 JENIS CUTI GURU/ ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)

CUTI REHAT (Rujuk SPP Bil 3 Tahun 2005 dan SPP Bil 11/2015)
- Guru-guru tidak berkelayakan mendapat cuti rehat seperti yang dibekalkan di bawah Perintah AM

7 hingga Perintah AM 12.
- Kakitangan bukan guru boleh mengambil cuti rehat bila-bila masa sahaja dalam setahun.

Walaubagaimanapun kakitangan bukan guru tidak digalakkan mengambil cuti rehat dalam
keadaan-keadaan tertentu seperti musim peperiksaan.

CUTI REHAT KHAS (CRK) (Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) Bil 8 Tahun 2017: Cuti Rehat Khas
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)

- Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (10) hari dalam satu tahun kalendar. Mohon baca dan faham
kandungan SPP Bil 8 Tahun 2017 berkaitan kelayakan yang boleh dipertimbangkan.

- Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi
dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi pegawai
yang layak.

- Dalam menimbang pemberian kemudahan CRK, kelulusan Pengetua adalah berdasarkan
keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di Sekolah tidak terjejas.

7.4 TATACARA PERMOHONAN CUTI REHAT BAGI AKP & CRK BAGI GURU

i Kes Kecemasan
- Guru dan AKP hendaklah memaklumkan kepada Pengetua melalui panggilan telefon
- Jika tidak dapat dihubungi melalui telefon, guru dan AKP sistem pesanan ringkas (Whatssap/

Telegram/ SMS) tidak digalakkan
- Setelah mendapat kelulusan Pengetua, guru hendaklah memaklumkan kepada Penolong Kanan

(PK) ATAU AJK Jadual Waktu melalui panggilan telefon PK atau telefon sekolah dengan kadar
segera untuk tujuan rekod dan penyediaan guru ganti.
- Bagi AKP setelah mendapat kelulusan Pengetua, segera maklum kepada KPT/ PT yang
menanggung kerja KPT untuk tujuan rekod.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 24

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

- Segera isi permohonan melalui ‘HRMIS’. Maklum kepada Penolong Kanan setelah menghantar
permohonan melalui HRMIS. Penolong Kanan dikehendaki memaklumkan kepada Pengetua
sekiranya permohonan guru/ AKS telah disokong. Setelah Pengetua meluluskan cuti melalui
HRMIS segera cetak borang kelulusan serahkan bersama dokumen sokongan untuk rekod.

ii. Atas Urusan Tertentu Yang Telah Diketahui Tarikh
- Guru dan AKP hendaklah memohon kelulusan cuti daripada Pengetua secara lisan sebelum

mengisi HRMIS. Elakkan berurusan secara menghantar mesej bagi menggelakkan sebarang
keraguan.

7.5 Bagi guru dan AKP isi permohonan melalui HRMIS untuk mendapat sokongan Penolong Kanan dan
kelulusan Pengetua.

7.6 Setelah diluluskan, cetak permohonan yang telah diluluskan melalui HRMIS dan sertakan dokumen
sokongan (bagi permohonan CRK).

7.7 Bagi guru sila catat dalam Buku Pergerakan Guru. Guru juga dikehendaki meninggalkan tugasan/kerja
murid kelas yang diajar dan diserahkan kepada Penolong Kanan untuk ditadbirkan oleh Guru Ganti.
Perkara ini perlu diambil perhatian serius oleh guru untuk memastikan PdP murid tidak terabai.
Selepas balik bercuti guru dikehendaki menanda kerja/tugasan murid kelas berkenaan.

7.8 CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN
- Guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah, Pengetua boleh memanggil
guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas-tugas mengajar biasa
semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah
cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun itu sekiranya perlu.

7.9 CUTI SAKIT
- Maksimum cuti sakit tidak melebihi 90 hari dalam satu-satu tahun (Januari hingga Disember).
- Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau terputus-putus akan dilaporkan
ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.
- Sijil sakit (MC) yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun
dan tidak boleh melebihi 2 hari berturut-turut dalam satu sijil.
- Tindakan guru apabila mendapat cuti sakit:-

7.10 Memohon kelulusan Pengetua untuk cuti sakit. Setelah diluluskan segera maklum kepada Penolong
Kanan sebelum waktu persekolahan bermula bagi membolehkan Penolong Kanan/ AJK Jadual
Waktu menyediakan jadual guru ganti.

7.11 Sijil sakit mesti dihantar kepada Pengetua/ Penolong Kanan serta merta apabila balik bertugas
semula.

7.12 LAIN-LAIN CUTI (Sila rujuk Perintah Am Bab C dan Surat Pekeliling Perkhidmatan)
- CUTI SEPARUH GAJI
- CUTI TANPA GAJI
- CUTI BERSALIN
- KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK
- CUTI HAJI
- KEMUDAHAN CUTI UMRAH (Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 2017)
- KEMUDAHAN CUTI KEAGAMAAN (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2018)
- CUTI KERANA BERKURSUS
- CUTI KUARANTIN (Pekeliling Perkhidmatan Bil 11 Tahun 2016)
- CUTI TANPA REKOD (Rujuk Pekeliling Perkhidmatan, Surat Edaran & Perintah Am yang
berkaitan)
- Cuti Isteri Bersalin
- Cuti Kematian Saudara Terdekat – Suami/Isteri, Ibu/Bapa, Anak
- Cuti gantian - sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 25

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

- Cuti latihan pasukan sukarela – tidak melebihi 30 hari dalam satu-satu tahun.
- Cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/ persatuan – tidak melebihi 14 hari.
- Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama
- Cuti untuk masuk peperiksaan – cuti diberi hanya untuk hari peperiksaan sahaja. Pegawai/ guru

dikehendaki sertakan surat kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri dan surat dari Universiti.
- Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas – bilangan hari ialah tempoh mesyuarat diadakan

dan 2 hari perjalanan pergi dan balik.
- Cuti mengambil bahagian dalam olahraga/ sukan – tidak melebihi 30 hari dalam satu-satu tahun.
- Cuti bagi ahli majlis/ jawatankuasa pertandingan

8. GURU YANG BERKURSUS/ BERTUGAS DI LUAR SEKOLAH

8.1 Patuhi Arahan
- Guru hendaklah mematuhi arahan untuk menghadiri Mesyuarat/Kursus/Bengkel yang yang
dianjurkan oleh Kementerian/JPN/PPD.
- Jika mesyuarat bermula jam 8.00 pagi, guru tidak perlu hadir ke sekolah sebelah pagi.
- Jika mesyuarat bermula jam 2.00 petang, guru hanya dibenarkan meninggalkan sekolah jam
12.30 tengah hari jika dalam daerah dan jika di daerah lain yang jauh boleh mohon kebenaran
Pengetua untuk pertimbangan waktu keluar.

8.2 Rekod Pergerakan
- Guru yang akan menghadiri mesyuarat/ kursus/ bengkel/ seminar hendaklah mencatat
pergerakan pada borang pergerakan guru yang disediakan sebelum menghadiri mesyuarat/
kursus/ bengkel/ seminar. Hal ini bagi memudahkan urusan ‘RELIEF’. Jika maklumat lewat
diterima, guru perlu memaklum kepada Penolong Kanan Pentadbiran atau guru relief dengan
kadar segera dan juga mencatat butiran pergerakan pada boring pergerakan. Semua pergerakan
perlu juga dicatat di papan notis di pejabat. Satu salinan panggilan mesyuarat perlu dimasukkan
dalam fail pergerakan guru yang disediakan.

8.3 Keperluan Kembali Ke Sekokah
- Jika mesyuarat tamat sebelum jam 12 tengah hari dan jika ada aktiviti petang guru hendaklah
hadir ke sekolah untuk menjalankan aktiviti sekolah sebelah petang (mesyuarat, aktiviti
kokurikulum dan seumpamanya).

8.4 Penyediaan Minit Curai
- Guru hendaklah menyediakan minit curai sehari selepas aktiviti dan memaklumkan kepada
Pengetua tentang butiran mesyuarat/ kursus/ bengkel/ seminar yang dihadiri. Minit curai
hendaklah dimuat naik bersama-sama surat panggilan dalam ‘Google Drive’ dalam ‘folder’ unit
yang berkenaan.
- Sila tandatangan senarak semak yang disediakan oleh Penolong Kanan atau GKMP yang
berkenaan.

8.5 Melindungi MMI
- Guru hendaklah meninggalkan latihan atau bahan MMI kepada Guru ‘Relief’/ GKMP/ Penolong
Kanan untuk kelas yang diajar.
- RPH pada hari/ waktu pertama bagi setiap kelas yang ditinggalkan hendaklah disediakan seperti
ditetapkan dalam Ketetapan Kurikulum. Namun jika guru menghadiri mesyuarat/ kursus/ bengkel/
seminar melebihi satu hari guru-guru dibenarkan untuk tidak menyediakan RPH bagi hari/ waktu
kedua setiap kelas yang ditinggalkan. Guru boleh mencatat sebab pergerakan dalam ruangan
RPH tersebut dan dalam ruangan catatan guru boleh catat bahan MMI disediakan.

9. KEHADIRAN AKTIVITI SEKOLAH
9.1 Semua guru wajib hadir aktiviti sekolah yang telah ditetapkan seperti LDP, Kejohanan Olahraga,
Mesyuarat Agung PIBG dan sebagainya. Mana-mana guru yang tidak hadir hendaklah memohon
kebenaran tidak hadir ke aktiviti berkenaan daripada Pengetua secara bertulis.
9.2 Sekiranya tindakan di atas tidak diambil, sila kemukakan surat tunjuk sebab jika tidak hadir semasa
aktiviti sekolah diadakan.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 26

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

10. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

10.1 Perhimpunan sekolah yang diadakan pada setiap hari Isnin waktu pertama persekolahan, tepat
7.30 pagi. Ia adalah satu majlis rasmi.

10.2 Semua guru dan murid diwajibkan menghadiri perhimpunan sekolah dan memberi perhatian
kepada pengumuman atau aktiviti yang dibuat serta mengambil tindakan yang sesuai. Guru-guru
dan murid-murid dilarang bercakap sesama sendiri atau membuat kerja-kerja lain seperti melayan
telefon bimbit dan sebagainya semasa perhimpunan.

10.3 Semua guru hendaklah memakai pakaian rasmi (bagi guru lelaki dikehendaki memakai tali leher)
semasa perhimpunan sekolah.

10.4 Guru tingkatan, guru bertugas dan guru disiplin bertanggungjawab menentukan setiap murid
mengikut peraturan perhimpunan seperti murid berbaris mengikut kelas dengan penuh disiplin,
teratur dan sentiasa dalam keadaan senyap.

10.5 Guru bertugas mingguan adalah bertanggungjawab memastikan perhimpunan berjalan dengan
lancar mengikut aturcara seperti di bawah. Juruacara majlis digalakkan terdiri daripada murid iaitu
pengawas atau murid Badan Beruniform.

Aturcara Perhimpunan :
- Bacaan Doa (oleh pengawas/ murid)
- Nyanyian lagu Kebangsaan (bendera dinaikkan), dan lagu Negeri Selangor. Ikrar Rukunegara

dan Ikrar Murid
- Laporan guru bertugas minggu sebelum
- Ucapan wakil murid( Ucapan wakil murid bagi program MBMMBI, Dwibahasa dan kepimpinan
- Ucapan guru bertugas minggu semasa (Guru bertugas dikehendaki menyediakan ucapan pendek

mengenai sesuatu tajuk pilihan sendiri bersesuaian dengan dasar-dasar pendidikan/ PPPM/
keadaan semasa tidak melebihi 3 minit)
- Laporan dan pengumuman guru-guru lain (sekiranya sangat diperlukan).
- Penyampaian sijil, hadiah dan lain-lain (sekiranya ada).
- Ucapan Pengetua / Penolong Kanan mengikut giliran
- Di akhiri dengan nyanyian lagu Sekolah
- Guru Siaraya dengan bantuan pengawas yang bertugas perlu memastikan alat siaraya disediakan
dan berfungsi dengan baik tanpa gangguan suara.
- Laporan perhimpunan dan ucapan Penolong Kanan/ Pengetua dicatat dalam boring laporan
perhimpunan oleh guru bertugas mingguan.
- Pengumuman berkaitan mesyuarat/ perjumpaan Persatuan/ Kelab/ Unit Beruniform tidak
dibenarkan dibuat semasa perhimpunan rasmi. Pengumuman tersebut hendaklah disiarkan/
dipamerkan pada papan penyataan Persatuan/ Kelab/ Unit Beruniform.

10.6 KEHADIRAN PERHIMPUNAN SEKOLAH
- Semua guru wajib berada di dalam dewan/ galeri sewaktu perhimpunan dijalankan. Guru-guru
tidak dibenarkan berada di bilik guru/ kantin atau tempat-tempat lain semasa perhimpunan.
- Sekiranya guru perlu dikecualikan dari menghadiri perhimpunan atas urusan tugas yang tidak
dapat dilakukan pada waktu lain, sila dapatkan kebenaran daripada Pengetua/ Penolong Kanan.
- Sila tanda tangani kehadiran pada borang kehadiran yang diedarkan.

11. KELAS TAMBAHAN/ LAIN-LAIN AKTIVITI DI LUAR WAKTU SEKOLAH
11.1 Guru-guru mata pelajaran, terutamanya bagi kelas-kelas peperiksaan, digalakkan mengadakan kelas
tambahan bagi mata pelajaran yang dirasakan perlu untuk mempertingkatkan pencapaian akademik
murid- murid. Pihak sekolah mengalu-alukan guru yang mempunyai inisiatif sendiri dalam
mengadakan kelas tambahan tersebut.
- Guru-guru yang ingin mengadakan kelas tambahan/ aktiviti di luar waktu persekolahan hendaklah
terlebih dahulu memaklum dan mendapatkan kebenaran daripada Pengetua/ Penolong-penolong
Kanan (Yang berkenaan).

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 27

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

11.2 Setelah mendapatkan kebenaran sila catat dalam buku aktiviti/ kelas tambahan yang disediakan.
Maklum dan catat pada papan putih di pejabat bagi memudahkan pihak pejabat membuat rujukan
jika ada pertanyaan dari ibu bapa atau mana-mana pihak.

11.3 Murid-murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah semasa menghadiri kelas tambahan
tersebut.

12. KERJA LUAR/ SAMPINGAN
12.1 Penjawat awam tidak dibenarkan melakukan kerja luar seperti berniaga, berceramah atau menjadi
pendakwah bebas kecuali dengan mematuhi Perintah Am Bab ‘D’ seperti berikut :-
i. Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan
ii. Tidak dilakukan semasa waktu pejabat
iii. Tidak menjejaskan tugas sebagai penjawat awam
iv. Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan
12.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa tindakan tersebut
adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79 ( e ) dan subseksyen 132 ( g ) di
mana boleh didenda tidak melebihi RM50,000 ( Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu ) atau lima tahun
penjara atau kedua-duanya sekali.
12.3 PERATURAN MELAKSANAKAN PEKERJAAN LUAR
i. Tujuan
- Panduan ini bertujuan menjelaskan mengenai peraturan melaksanakan pekerjaan luar bagi
pegawai awam mengikut Jadual Kedua (Seksyen 5), Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-
Badan Berkanun, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)
ii. Rujukan
- Peraturan 4, Jadual Kedua (Seksyen 5), Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan
Berkanun, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)
iii. Latar Belakang
- Pegawai awam yang ingin melakukan pekerjaan luar hendaklah terlebih dahulu mendapat
kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan masing-masing
- Dalam menimbangkan permohonan pegawai, Ketua Jabatan perlulah mengambil kira
tatakelakuan pegawai berkenaan seperti yang ditetapkan di bawah peraturan tersebut.
iv. Syarat-syarat
- Kegiatan dalam pekerjaan luar tidak mengganggu tugas harian pegawai.
- Segala pekerjaan luar hendaklah dilakukan di luar waktu pejabat.
- Jika pekerjaan luar melibatkan waktu pejabat, maka pegawai berkenaan hendaklah
memohon cuti dengan mengikut peraturan yang ditetapkan.
- Tidak dibenarkan menggunakan harta benda Kerajaan bagi tujuan pekerjaan luar tersebut.
- Tidak menjejaskan kebergunaan pegawai sebagai pegawai Badan Berkanun.
- Tidak bercanggah dengan kepentingan Badan Berkanun, atau tidak selaras dengan
kedudukan pegawai.
- Segala pekerjaan luar hendaklah selaras dengan Jadual Kedua (Seksyen 5), Peraturan-
Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan
Surcaj) Tahun 2000 (Akta 605)
- Sekiranya syarat-syarat ini tidak dipatuhi, Ketua Jabatan boleh menarik balik keputusan dan
pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Akta Badan-Badan
Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605)
- Penetapan syarat-syarat tersebut adalah untuk memastikan pekerjaan luar yang dilakukan
oleh pegawai tidak akan menjejaskan kepentingan penyampaian perkhidmatan awam dan
produktiviti pegawai.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 28

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

13 BILIK GURU/ BILIK DARJAH/ BILIK KHAS/ BANGUNAN
13.1 Kebersihan, kekemasan, keindahan dan keselesaan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru.
Bilik guru mesti sentiasa bersih, kemas, indah dan selesa.
13.2 Guru-guru hendaklah mengemas meja masing-masing sebelum pulang setiap hari. Kerusi hendaklah
disorong ke bawah meja sebelum meninggalkan bilik guru.
13.3 Murid-murid, ibu bapa/ penjaga dan orang luar termasuk jurujual TIDAK DIBENARKAN MASUK ke
bilik guru. Semua urusan antara guru dengan ibu bapa/ penjaga dan orang luar hendaklah dibuat di
pejabat sekolah.
13.4 Bilik darjah bersih daripada sawang, kipas dan meja guru bersih sebelum mula sesi persekolahan.
13.5 Semua bilik mempamerkan inventori yang ada.
13.6 Semua bilik khas sentiasa bersih, kemas, indah dan selesa dan terkawal penggunaannya.
13.7 Kebersihan kaki lima di luar bilik darjah adalah tanggungjawab kelas berkenaan dan bilik-bilik khas
adalah tanggungjawab guru bilik berkenaan.

14. KUNCI BILIK-BILIK KHAS
14.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat. Guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku
Rekod Peminjaman di pejabat.
14.2 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapatkan kebenaran daripada
Pengetua dan mendaftarkan nama dalam Buku Daftar Kunci di pejabat sekolah.
14.3 Kunci perlu didaftarkan dengan Ketua Pembantu Tadbir dan tidak diberikan kepada murid.
14.4 Sebarang penukaran kunci / mangga hendaklah mendapatkan kebenaran pentadbir dahulu.

15. ETIKA BERPAKAIAN SEMASA BERTUGAS
15.1 Ketetapan peraturan pakaian sewaktu bertugas bagi pegawai perkhidmatan persekutuan
berpandukan (SPP Bil. 21 1985) dan (SPB Bil a/2013) serta tambahan (SPI Bil 6/1985) bagi guru.
- Semua guru dan AKP dikehendaki berpakaian kemas dan berkasut mengikut Etika Pemakaian
Penjawat Awam .
- Semua guru wajib memakai tanda nama.
- Semua guru perlu mematuhi Surat Pekeliling Bil. 6/1995 ( rujuk salinan surat yang dilampirkan
dalam FRM).
- Semua guru hendaklah berpakaian rasmi semasa menghadiri mesyuarat.
- Semua guru digalakkan memakai seragam badan beruniform pada setiap hari Rabu.
- Semua guru diwajibkan berpakaian baju batik Malaysia pada hari Khamis.
- Guru lelaki digalakkan memakai baju Melayu lengkap pada setiap hari Jumaat.
- Guru-guru hendaklah mengenakan pakaian yang sesuai semasa aktiviti luar bilik darjah. Jeans
atau Denim adalah pakaian tidak formal dan tidak dibenarkan semasa menjalankan aktiviti
sukan dan rasmi

16. TANDA NAMA
16.1 Semua guru dan AKP hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di
sekolah atau di luar sekolah.

17. MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
17.1 Sekiranya guru menghadapi masalah dalam bidang perjawatan, beliau bolehlah berurusan dengan
Ketua Pembantu Tadbir atau Penolong Kanan/Pengetua.
17.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran pula bolehlah berurusan dengan Ketua
Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)/ Middle Leader, Penolong Kanan atau Pengetua/
Senior Leader Team.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 29

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

18. TUGAS GURU
18.1 Tugas guru diberikan dalam bidang akademik, HEM, kokurikulum dan juga pentadbiran. Tugas
tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.
18.2 Guru dikehendaki mematuhi arahan menghadiri mesyuarat di Jabatan Pelajaran atau Pejabat
Pelajaran Daerah atau sekolah lain. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain
melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua.
18.3 Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, hendaklah
menjalankan Latihan Dalaman dan dimaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan tarikh dan masa
pelaksanaannya.

19. FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR (FPM)
19.1 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan FPM. Semua butiran hendaklah
disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. FPM ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua/
Penolong-penolong Kanan mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani. Kegagalan
menghantar FPM boleh menjejaskan prestasi tahunan kerana FPM dan kandungan merupakan SKT
utama dalam pemberian markah prestasi. Guru-guru boleh didenda sebanyak RM500.00 sehari
akibat kegagalan berkaitan. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran)
19.2 Guru yang bercuti, hendaklah menyerahkan FPM kepada Penolong Kanan untuk urusan Guru Ganti.
19.3 Setiap akhir tahun persekolahan, FPM hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah.
19.4 Buat laporan kepada polis jika FPM hilang.

20. JADUAL WAKTU MENGAJAR
20.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.
20.2 Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.
20.3 Guru Jadual Waktu hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu persendirian guru untuk
dipamerkan di bilik guru dan pejabat sekolah.
20.4 Satu set jadual waktu lengkap diserah kepada Pengetua / Penolong Kanan.

21. KESELAMATAN DAN PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH
21.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda
sekolah. Kerosakan harta benda sekolah hendaklah dilaporkan ke pejabat sekolah. Ketua Panitia /
Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan peraturan-peraturan penggunaan alatan di bilik-
bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain disediakan.
21.2 Peralatan dan harta sekolah ialah harta kerajaan. Penggunaan harta sekolah untuk tujuan peribadi
adalah dilarang. Sesuatu alatan yang dipinjam hendaklah mendapat kebenaran GKMP / guru / AKP
yang bertanggungjawab dengan mengisi borang pinjaman. Peralatan yang digunakan hendaklah
dikembalikan semula serta dicatatkan tarikh pemulangannya.

22. KEBERSIHAN
22.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar
hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan masing-masing. Alat-alat membersihkan
kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik.
22.2 GKMP/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas (bengkel, bilik Kaunseling, makmal
sains, makmal bahasa) bertanggungjawab untuk menyelaras/menjaga kebersihan dan keceriaan bilik
masing-masing.
22.3 Semua guru & AKP sama-sama bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan sekolah.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 30

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

23. SURAT-MENYURAT
23.1 Surat keluar
- Semua surat rasmi yang menggunakan letter head sekolah hendaklah ditandatangani oleh
Pengetua untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan. Sekiranya Pengetua tiada di
sekolah surat rasmi hanya boleh di tanda tangani oleh pentadbir yang diberi kuasa menjalankan
tugas bagi pihak (b/p) pengetua.
- Memastikan salinan surat dimasukkan dalam fail yang berkaitan.
- Surat siaran PIBG kepada ibu bapa / penjaga hendaklah ditandatangani YDP PIBG dan salinan
kepada Pengetua.
- Semua surat kepada pihak luar untuk tujuan memohon sumbangan/ derma mesti ditandatangani
Pengetua sahaja jika sumbangan berkaitan program/ aktiviti sekolah
23.2 Surat Masuk/ Diterima
- Surat yang diterima oleh sekolah akan diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Oleh itu, guru
berkenaan hendaklah mengambil tindakan surat-surat tersebut mengikut prosedur yang
ditetapkan.
- Surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan “melalui dan kepada”. Oleh itu,
surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
- Semua surat yang diterima semasa guru menghadiri mesyuarat / taklimat luar perlu dicatat dalam
buku penerimaan pejabat untuk disampaikan kepada guru yang berkaitan untuk tindakan
selanjutnya.

24. PELAWAT/JURUJUAL
24.1 Semua pelawat mesti berjumpa dengan Pengetua/Penolong Kanan terlebih dahulu.Guru tidak
dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali dengan kebenaran Pengetua.
24.2 Hanya pelawat/ wakil firma atau juru jual yang mendapat kebenaran memasuki premis kerajaan
daripada KPM/JPN/PPD sahaja dibenarkan untuk berurusan.
24.3 Pelawat/ jurujual TIDAK DIBENARKAN berurusan dalam bilik guru atau bilik-bilik khas tanpa
kebenaran Pengetua/ pentadbir.
24.4 Pihak pentadbiran sekolah TIDAK bertanggungjawab jika ada mana-mana guru atau staf berurusan
dengan pihak luar TANPA kebenaran Pengetua/ pentadbir.
24.5 Patuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN & KKM sekiranya premis masih dalam perintah kawalan
pergerakan (PKP/ PKPB/ PKPD)

25. PEMBELIAN BARANG
25.1 Peraturan Pembelian
- Guru / AKP yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran terlebih dahulu dengan
mengemukakan nota minta/borang pesanan dalaman yang boleh didapati di pejabat sekolah
untuk ditandatangani Guru Kanan Mata Pelajaran / Penolong Kanan berkaitan sebelum
diluluskan oleh Pengetua. Guru-guru / AKP tidak boleh membuat pesanan sendiri dengan
sesebuah syarikat tanpa melalui Penolong Kanan/ GKMP.
- Sila kemukakan 3 sebut harga bersama-sama nota minta. Pembelian barang melalui koperasi
hendaklah menggunakan borang permohonan yang disediakan dan mendapat kelulusan
daripada Pengetua.
- Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan (Local Order / LO).
- Segala invois mesti ditandatangani guru yang menerima, rekodkan No. Daftar Stok dan serahkan
dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima hendaklah direkodkan serta-merta
dalam buku stok dengan tepat dan kemas.
- Pembelian menggunakan Panjar Wang Runcit tidak boleh melebihi nilai RM200.00 untuk tuntutan
semula dan hanya untuk pembelian barangan diluar jangkaan atau tidak dirancang

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 31

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

25.2 Buku Stok Inventori.
- Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan
memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa
dikemas kini. ( Setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta
merta ).
- Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok inventori ini
dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh
Penolong Kanan / Pengetua.

26. KEGIATAN KOKURIKULUM
26.1 Semua guru Penasihat kegiatan kokurikulum hendaklah menjalankan tugas dengan teratur mengikut
jadual yang ditetapkan.
26.2 Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum.

27. MESYUARAT SEKOLAH
27.1 Kedatangan guru/AKP ke mesyuarat yang ditetapkan adalah wajib. Semua mesyuarat dijalankan
selepas waktu persekolahan.
27.2 Guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik mesyuarat tanpa kebenaran Pengerusi Mesyuarat.
27.3 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T, seluar trek dan
selipar tidak dibenarkan.
27.4 Semua surat panggilan mesyuarat adalah mengikut borang SPSK manakala taklimat / dialog panitia
menggunakan memo.

28. ACARA/ MAJLIS RASMI SEKOLAH/MESYUARAT/LATIHAN DALAMAN
28.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara/majlis rasmi sekolah dan juga Latihan dalam
Perkhidmatan (LADAP) yang dianjurkan.
28.2 Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada Pengetua.
Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan.

29. PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEKERJA
29.1 Guru dan AKP hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama
rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya wujud perasaan kekitaan dan harmoni dalam
organisasi.
29.2 Guru dan AKP tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/ fahaman/ pendapat/
kepercayaan sesama rakan sekerja.
29.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi,
kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sekali wujud di sekolah.

30. KEAHLIAN BKGS DAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)
30.1 Semua guru dan AKP Sekolah secara automatik menjadi ahli Badan Kebajikan Guru manakala
semua guru adalah ahli PIBG Sekolah.

31. BILIK GURU DAN PEJABAT
31.1 Kebersihan, keceriaan dan keselamatan pejabat guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru.
Jadikan pejabat guru sebagai contoh kepada murid.
31.2 Guru hendaklah berada di pejabat guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah
dianggap ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan
masa tersebut di pejabat guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan PdPc atau berkaitan dengan
tugasan di sekolah sahaja.
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 32

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

31.3 Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di premis sekolah.
31.4 Sebarang jamuan / pot luck oleh mana-mana pihak hendaklah dimaklumkan kepada JK Kantin untuk

dipanjangkan kepada pengusaha kantin.
31.5 Murid tidak dibenarkan keluar masuk atau berada di pejabat guru tanpa urusan.
31.6 Pelawat tidak dibenarkan menggunakan bilik guru untuk berbincang dengan guru.
31.7 Jurujual tidak dibenarkan masuk berurusniaga di dalam bilik guru.

32. GURU BAHARU/ GURU BERTUKAR MASUK
32. 1 Guru berkenaan perlu menyerahkan perkara-perkara berikut ke pejabat ( KPT):
i. Surat setuju terima tawaran pelantikan asal
ii. Surat akauan sumpah asal
iii. Surat Akujanji asal
iv. Borang perubatan pelantikan ke perkhidmatan awam (pin. 1/2013) - Asal
v. Ijazah – Asal dan salinan
vi. Surat penempatan daripada JPNS – Asal dan salinan
vii. Kad pengenalan Asal dan salinan
viii. Buku akaun – salinan / dokumen lain yang berkaitan
ix. Penyata KWSP -jika ada
x. No. Cukai pendapatan – jika ada
xi. Borang maklumat diri untu HRMIS (ambil di pejabat sekolah)
xii. Borang maklumat pegawai (ambil di pejabat sekolah)
xiii. Borang penamaan waris dekat untuk buku perkhidmatan kerajaan (ambil di pejabat sekolah)
xiv. Lampiran A ( Maklumat PCB0 – bagi kes pindah
xv. Borang maklumat diri (bagi yang pindah masuk sekolah)

33. ARAHAN PEKELILING DAN MEMO DALAMAN
33.1 Setiap arahan dan pekeliling dan memo dalaman yang dikeluarkan hendaklah dibaca dengan teliti
dan dipatuhi.
33.2 Sekiranya arahan dan pekeliling dan memo dalaman itu diedar, guru hendaklah menyimpannya di
dalam fail khas.
33.3 Sentiasa membaca papan kenyataan dan mengambil tindakan terhadap memo dalaman yang
dikeluarkan oleh Pengetua, Penolong Kanan, PK Hem dan PK Kokurikulum.
33.4 Hanya pihak pentadbir sahaja yang boleh mengeluarkan memo dalaman dengan kebenaran
Pengetua.
33.5 Guru hendaklah menyimpan bahan-bahan tersebut di dalam fail yang berkaitan.
33.6 Sila rujuk dan patuhi surat-surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) dalam Buku Rekod Mengajar mengenai:
- Surat Bil. 2/196 ( Penggunaan waktu tidak mengajar)
- Surat Bil. PU(A) 531/97 Perkara 8 (AP) ( Menyedia dan menghantar BRM)
- Surat Bil 1 / 1972 [Peraturan-peraturan Tatatertib Sekolah/ Pelajaran 1959]
- Surat Bil. 5/ 1977 ( Tugas Guru dalam Cuti Penggal Sekolah)
- Surat Bil. 8 / 2017 ( Cuti Rehat Khas)
- Surat Bil. 6 / 1985 ( Peraturan Pakaian Guru)
- Surat Bil. 13/ 2005 (Pelaksanaan lima hari bekerja dan boleh melaksanakan aktiviti hari Sabtu)
- Cabutan Perintah Am Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib Bab D)
- Pekeliling Bil 9/2002 (Kemudahan Cuti Isteri Bersalin)

34. PENGGUNAAN ALAT-ALAT
34.1 Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
34.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Penjaga Stok dan direkodkan.
34.3 Hendaklah digunakan dengan baik dan dipulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik.
34.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta dan menggantinya.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 33

2.1 Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran

35. TELEFON SEKOLAH
35.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja.
35.2 Guru tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa PdPc di dalam bilik darjah dan semasa
mesyuarat kecuali atas urusan rasmi dan kecemasan
35.3 Semasa mesyuarat, guru dikehendaki menukar telefon bimbit kepada mod senyap

36. BUKU STOK / INVENTORI
36.1 Pegawai Aset Alih Kerajaan dan guru inventori bertanggungjawab menguruskan buku stok/inventori
dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa
dikemas kini (setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta-merta).
36.2 GKMP/Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok Inventori ini dari semasa ke semasa dan
dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Pengetua.
36.3 Buku stok perlu dihantar kepada Pengetua pada akhir tahun.

37. KOMPUTER RIBA / LCD PROJEKTOR/SMARTPHONE
37.1 Guru yang diberi kemudahan komputer riba / smartphone dan LCD projektor hendaklah mematuhi
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Sebarang penggunaan yang
menyalahi etika akan dapat dikesan.
37.2 Pastikan komputer /smartphone berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk PdP sebagaimana
objektif penggunaannya.
37.3 Keselamatan komputer /smartphone adalah tanggungjawab guru yang berkenaan dan sebarang
kerosakan/kehilangan adalah tanggungjawab guru.
37.4 Isi buku rekod pinjaman dan pemulangan LCD, komputer riba dan lain-lain aset sekolah/ kerajaan.

38. KESELAMATAN MURID
38.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sepanjang waktu berada di dalam
kawasan sekolah.
38.2 Jika berlaku kemalangan atau kecederaan guru diminta segera memaklumkannya kepada Pengetua
atau Penolong-Penolong Kanan, ibu bapa atau penjaga kepada murid berkenaan.
38.3 Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi.
38.4 Program Latihan Kebakaran/ Fire Drill wajib diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali.
38.5 Sebarang aktiviti murid seperti jamuan, lawatan dan penyertaan kokurikulum, hendaklah mendapat
kebenaran daripada Pengetua dan perlu mematuhi semua prosedur yang telah ditetapkan. Guru
penasihat berkenaan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap program berkenaan.

39. SEMUA PENOLONG KANAN DAN GKMP BERTUGAS SEMASA CUTI
39.1 Penolong Kanan atau GKMP yang bertugas perlu mencatat laporan harian bertugas.
39.2 Mereka perlu mengambil langkah atau tindakan yang perlu bagi menangani sebarang isu.
39.3 Mereka perlu membuat pemantauan terhadap kerja anggota kumpulan pelaksana, pengawal
keselamatan dan pekerja pembersihan.
39.4 Mereka juga perlu membuat pemantauan dan mencatat keseluruhan aktiviti tugas harian.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 34

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

.

2.2 PANDUAN PENGURUSAN KURIKULUM

1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum ialah ‘core business’ bagi setiap guru dan murid di SMK (P) Sri Aman.Petaling Jaya Selangor.
Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan memenuhi visi sekolah ini iaitu “MENJADI
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI YANG BERTARAF DUNIA“. Dasar yang ditetapkan menjadi garis
panduan kepada perjalanan dan pengurusan kurikulum sekolah ini.

2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan:-
2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah
2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah
2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan kurikulum KPM, JPN dan PPD

3.0 DASAR
3.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar
pendidikan kebangsaan
3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian
Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
3.3 Sebagai salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Kerajaan, setiap peraturan dan arahan pihak
PPD, JPN dan KPM dipatuhi sepenuhnya.
3.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa.
3.5 Pada sebilang masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program
akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik diberikan keutamaan.

4.0 MESYUARAT
4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut standard piawaian
jabatan.
4.2 Isi kandungan mesyuarat mengikut mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3 Mesyuarat Panitia – minimum 4 kali setahun dan minit mestilah disediakan.
4.4 Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada guru 3 hari sebelum tarikh mesyuarat.
4.5 Minit Mesyuarat disediakan dalam tempoh 3 hari selepas mesyuarat.
4.6 Minit dan Maklumbalas diedarkan kepada ahli mesyuarat sekurang-kurangnya dua hari sebelum
mesyuarat.

5.0 SISTEM FAIL
5.1 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus oleh Setiausaha di bawah seliaan Penolong Kanan dan disimpan
di bilik Fail di pejabat.
5.2 Semua fail panitia diurus oleh Ketua Panitia di bawah seliaan Guru Kanan Mata Pelajaran dan
diletakkan di Bilik Fail di pejabat sekolah.
5.3 Jumlah fail bagi setiap panitia tertakluk kepada perubahan Sistem Fail Arkib dan fail-fail tertentu dibuka
atas keperluan.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 35

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

6.0 PAKEJ MATA PELAJARAN
6.1 Menengah Rendah
 Semua mata pelajaran teras Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, P.Islam (urid
Islam), Pendidikan Moral(bukan murid Islam). Matematik, Sains, Asas Kemahiran Komputer / Reka
Bentuk & Teknologi &, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
(PJPK).
 Elektif Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

6.2 Menengah Atas
 Mata pelajaran Teras
i. Wajib diambil semasa SPM
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam (Murid Islam) &
Pendidikan Moral (Bukan Islam)
ii. Mata pelajaran wajib tidak terlibat dalam SPM - Pendidikan Jasmani & Kesihatan
6.2.1 Aliran STEM A
 Semua mata pelajaran teras serta mata pelajaran elektif Matematik Tambahan,
Biologi, Fizik dan Kimia.
6.2.2 Aliran STEM B
 Semua mata pelajaran teras serta mata pelajaran elektif Matematik Tambahan, Fizik,
Kimia dan Sains Komputer / Prinsip Perakaunan.
6..2.3 Aliran Kemanusiaan
 Semua mata pelajaran teras serta mata pelajaran Sains,Prinsip Perakaunan,
Pengajian Perniagaan dan mata pelajaran elektif Pendidkan Seni Visual /
Tasawwur / Matematik Tambahan.

.

7.0 SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE SMK(P) SRI AMAN
7.1. Kemasukan ke Tingkatan 1
 memperoleh sekurang-kurangnya dalam UPSR
i) dari SK - 3A 2B *
ii) dari SJK(C)/ SJK(T) – 5A 2B*
* Cemerlang pencapaian kokurikulum peringkat kebangsaan/ antarabangsa

7.2. Kemasukan ke Tingkatan 4
 memperoleh sekurang-kurangnya 7A 1B dalam PMR

8. 0 SUKATAN PELAJARAN, HURAIAN SUKATAN PELAJARAN, RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN &
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

8.1 Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
 Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh setiap guru mata pelajaran dan
disimpan dalam Fail Panitia satu salinan bagi setiap tingkatan.
 DSKP (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran) pula merupakan satu dokumen yang
mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran yang wajib digunakan oleh semua guru yang
mengajar murid pada setiap masa. DSKP menjadi panduan guru-guru dalam melaksanakan
PdPc dan menjalankan pentaksiran agar perkembangan dan pencapaian murid boleh dipantau

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 36

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

sepanjang masa. DSKP juga perlu disimpan oleh setiap guru mata pelajaran dan dalam Fail
Panitia satu Salinan bagi setiap tingkatan.

8.2 Rancangan Pelajaran Harian
 Mengandungi 5 perkara asas berikut:
i. Tajuk/Isi Pelajaran
ii. Objektif/ Hasil Pembelajaran/ ILO
iii. Aktiviti
iv. BBM
v. Refleksi / Catatan
** Lain-lain mengikut ketetapan mata pelajaran
Rujuk ‘booklet’ untuk keterangan lanjut

8.3 Fail Rekod Mengajar
 Rujuk lampiran kandungan fail yang diedarkan.

8.4 Rekod Mengajar Harian (RPH)
 Dihantar pada setiap hari Jumaat hari terakhir setiap minggu persekolahan samada dalam bentuk
soft copy (atas talian melalui Google Classroom) ATAU hard copy (dicetak dan difailkan) tertakluk
kepada arahan.
 Lengkapkan RPH minggu semasa berserta refleksi dan RPH hari pertama dalam minggu
berikutnya sebelum menghantar RPH untuk semakan pengetua.
 Semua guru mesti menyediakan RPH sebelum memasuki kelas untuk PdP dan boleh dibuktikan
pada bila-bila masa diperlukan.
 RPH dan buku latihan murid hendakkah diserahkan kepada pencerap semasa proses pencerapan
dilakukan oleh mana-mana pegawai. Pastikan refleksi ditulis setelah selesai sesi PdP.

8.5 Menghabiskan Sukatan
 Sukatan Pelajaran setiap kelas hendaklah diselesaikan dalam tahun semasa.
i. Tingkatan 1, 2 & 3 – Dihabiskan dalam tahun semasa mengikut ketetapan PBS
ii. Tingkatan 4 – Minggu pertama Oktober
iii. Tingkatan 5 – Minggu pertama Ogos

 Guru-guru dikehendaki melengkapkan Borang 100% Sukatan Pelajaran Tahun / DSKP
semasa yang diperolehi melalui Ketua Panitia masing-masing bagi setiap matapelajaran
yang diajar.

8.6 PdP Berkesan
 Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang berpusatkan murid (student centered),
menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar (BBM) yang ada ciri-ciri inovasi.
 Kualiti PdP dipertingkatkan dengan guru menguasai ilmu, kepelbagaian kaedah terkini dan
perkongsian pengamalan/ kemahiran yang diperolehi melalui LDP.
 Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, PdP perlu diberi
penekanan ke atas Higher Order Thinking Skills (HOTS) dalam kalangan murid-murid.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 37

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

9.0 JADUAL WAKTU

 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan.
 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan

Mesyuarat kurikulum.
 Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran guru.
 Jumlah waktu pengajaran mengikut arahan dan ketetapan Akta/ Dasar Pendidikan.

10.0 GURU GANTI / GURU ‘RELIEF’ – Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981

 Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penyelaras Jadual Waktu
 Tindakan Guru Ganti:

i) Menandatangani kertas edaran relief

ii) Mencatat nama kelas, masa dan matapelajaran yang direlief pada slip relief

iii) Slip ‘relief’ hendaklah disimpan di dalam Fail Rekod Mengajar sebagai rujukan dan dokumentasi.

iv) Memasuki kelas tersebut tepat pada masanya dan berada di dalam kelas relief sehingga tamat masa.

v) Guru tidak dibenarkan menggunakan PSB sebagai tempat relief KECUALI jika diberi lebih dari 1 kelas
relief pada satu masa/waktu.

vi) Menggunakan masa tersebut dengan aktiviti PdP seperti ketetapan berikut:-

- Dapatkan latihan/ bahan ‘relief’ dan pastikan murid laksanakannya
- Catat bahan yang digunakan pada ruangan yang disediakan
- Bahan tersebut hendaklah dikembalikan ke tempat asal setelah tamat waktu relief
- Guru relief hendaklah sentiasa mengawasi murid-murid di bawah seliaan mereka.

11.0 WAKTU PERSEKOLAHAN

Isnin : 7.20 pagi – 2.30 petang
Selasa & Khamis : 7.20 pagi – 2.00 petang
Rabu : 7.20 pagi – 5.00 petang
Jumaat : 7.20 pagi – 12.30 tengahari

* Waktu berubah mengikut akta / Pekeliling Ikhtisas semasa

12.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
i) Ujian:
a. sekali setahun bagi Tingkatan 1,2 dan 3 (Mac)
b. 2 kali setahun untuk tingkatan 4 & 5 (Mac & Julai/Ogos)

ii) Pentaksiran Pertengahan Tahun & Pentaksiran Akhir Tahun
a. Tingkatan 1, 2 dan 3
b. Percubaan Pentaksiran Tingkatan 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains sahaja

iii.) Peperiksaan:
a. Tingkatan 5 – Peperiksaan Pertengahan Tahun & Peperiksaan Percubaan
b. Tingkatan 4 – Peperiksaan Pertengahan Tahun & Peperiksaan Akhir Tahun

iv) Sistem pemarkahan - rujuk arahan yang disediakan khas berasingan dari arahan ini.

v) Kedudukan kelas akan ditentukan melalui GP dan lulus dalam semua mata pelajaran (tertakluk kepada
perubahan).

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 38

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

12.1 Format Ujian/ Peperiksaan

i) Ujian – format mengikut ketetapan panitia
ii) Peperiksaan

a) Masa - mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam
b) Format - mengikut format soalan kertas peperiksaan awam (PMR/ SPM)
c) Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar (Rujuk dan patuhi arahan

ujian/Peperiksaan yang diedarkan dari masa ke semasa)
** Rujuk ‘booklet’

12.1.1 FORMAT PENAIPAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN

Semua kertas soalan peperiksaan perlu ditaip menggunakan komputer. Sebarang jenis aplikasi
untuk tujuan menaip ini boleh digunakan tetapi penggunaan perisian Microsoft Word adalah
amat digalakkan. Pastikan soalan peperiksaan ditaip mengikut kriteria yang ditetapkan, iaitu:

i) Font : Arial, Saiz : 11
ii) Jarak langkau satu baris (Single Spacing

iii) Kaedah penaipan: selepas koma (,) satu space bar. Selepas noktah (.) satu

space bar.Pastikan Page Setup ditetapkan seperti berikut;

i) Margins : Top 2.0cm, Bottom 2.0cm , Left & Right 2.0cm

ii) Paper Size : A4 (210 x 297mm)

iv) Cetakan kertas soalan hendaklah menggunakan pencetak yang jelas dengan

menetapkan margin bagi header dan footer adalah 1”.

Pastikan print setup ditetapkan seperti berikut;

Print Properties

Paper Size : A4 (210x297mm)

12.1.2 FORMAT PENYEDIAAN MUKA DEPAN KERTAS SOALAN
Kulit luar (cover page) kertas soalan peperiksaan mestilah mengikut format
sebenar peperiksaan awam (PT3 & SPM) dan turut mengandungi:-
(a) Tempoh Peperiksaan
(b) Arahan Kepada Calon:-
i. Bilangan Muka Surat Kertas soalan peperiksaan
(Perhatian: kulit luar dikira sebagai muka surat 1)
(c) Perkataan SULIT di Header & Footer di sebelah atas kiri dan bawah kanan

12.1.3 ARAHAN KEPADA CALON
Arahan di kulit luar
ARAHAN KEPADA CALON :
(a) Nyatakan bilangan bahagian yang terdapat di dalam kertas soalan.
Contoh 1 :
Kertas ini mengandungi DUA Bahagian : A dan B

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 39

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

Contoh 2 :
Jawab TIGA (3) soalan di Bahagian A dan DUA (2) soalan di Bahagian B
(b) Nyatakan bilangan soalan yang perlu dijawab bagi setiap bahagian.
(c) Nyatakan di mana calon perlu menjawab.

Contoh 3:
Jawab semua soalan di dalam kertas jawapan OMR.
Jawab semua soalan di Bahagian B di dalam kertas jawapan.

Arahan di bahagian dalam kertas soalan peperiksaan
(a) Sekiranya soalan peperiksaan terdiri daripada satu bahagian sahaja, arahan di
bahagian dalam kertas soalan tidak perlu di tulis. Arahan di kulit luar kertas
soalan sudah memadai.

(b) Sekiranya soalan peperiksaan terdiri daripada dua bahagian atau lebih, arahan
bagi setiap bahagian soalan perlu ditulis di bahagian dalam kertas soalan
peperiksan di bahagian tengah muka surat.

Contoh :
BAHAGIAN A (10 Markah)
Arahan : Wajib di jawab

BAHAGIAN B (30 Markah)
Arahan : Jawab tiga (3) soalan sahaja

(c) Bagi soalan bentuk objektif aneka pilihan, dan isi tempat kosong, jawapan boleh
ditanda sama ada dalam kertas soalan, atau borang OMR atau buku jawapan.
Arahan tambahan diperlukan di bahagian dalam kertas soalan.

Contoh :
BAHAGIAN A (20 Markah)
Arahan : Jawab semua soalan. Pilih jawapan yang tepat, dan tandakan
jawapan dalam borang OMR.

BAHAGIAN B (10 Markah)
Arahan : Jawab semua soalan. Tandakan B bagi BENAR dan D bagi SALAH
untuk kenyataan berikut dalam kertas jawapan

12.1.4 FORMAT PENYEDIAAN MUKA SURAT 2 DAN SETERUSNYA
i) Penentuan Tajuk:
Tentukan tajuk-tajuk yang akan dimasukkan ke dalam soalan peperiksaan
berdasarkan :
(a) Sukatan Pelajaran
(b) Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 40

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

ii) Bentuk Soalan: boleh
Bentuk soalan yang dipilih mestilah diperaku oleh penaksir. Antara bentuk yang
digunakan adalah seperti berikut:
(a) Semua soalan objektif sahaja. Bentuk soalan objektif yang boleh digunakan

ialah aneka pilihan dan kenyataan betul atau salah.
(b) Semua soalan subjektif. Bentuk soalan subjektif yang boleh digunakan ialah

isi tempat kosong, struktur dan esei.
(c) Gabungan soalan objektif dan soalan subjektif.

iii) Jumlah Soalan Yang Perlu Disediakan:
Jumlah soalan peperiksaan ditetapkan oleh sekolah / mengikut format Lembaga
Peperiksaan.

iv) Gaya Bahasa:
Gunakan bahasa, struktur ayat, dan ejaan mengikut kesesuaian bidang masing-masing.

v) Penggunaan Istilah;
(a) Guna istilah yang tepat. Rujuk buku istilah khusus untuk menterjemah istilah
dalam bidang- bidang tertentu.
(b) Tulis dalam Bahasa Melayu dan terjemahan bahasa inggeris atau singkatannya
dalam kurungan.
Contoh :
Selepuk (lump-sum)
Tokokan (mark-up)
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Nilai Bersih Terkini (NPV)

Sekiranya istilah dalam Bahasa Inggeris dimasukkan dalam teks soalan,
istilah tersebut mestilah ditulis dengan huruf condong (italic).
Contoh:

Cadangkan jenis penyelidikan yang akan dibuat berdasarkan kepada angkubah
univariate.

vi) Penulisan Angka
Tulis angka dengan cara betul
Contoh penulisan angka ialah RM10,000.00

vii) Penggunaan Simbol
Nyatakan makna simbol yang digunakan dalam soalan berbentuk pengiraan.
Jika simbol yang sama digunakan dalam beberapa soalan berbentuk pengiraan,
Nyatakan makna simbol tersebut dalam helaian berasingan pada permulaan
bahagian soalan.

viii) Panduan Menyediakan Soalan Esei
(a) Susun soalan mengikut aras Taksonomi Bloom dari mudah kepada yang

sukar.
(b) Tentukan jumlah/bilangan yang perlu dijawab bagi soalan yang berkaitan

dengan beberapa kriteria atau faktor.
Contoh:
Nyatakan dengan contoh lima (5) faktor yang mempengaruhi aktiviti pemikiran lateral.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 41

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

x) Susun penomboran soalan mengikut format berikut:
Contoh:
1. Huraikan kenyataan berikut dengan satu contoh yang sesuai.
a. Sistem komunikasi digital
i) berwayar
ii) tanpa wayar

12.1.4.1 Panduan Menyediakan Soalan Objektif
(a) Soalan aneka pilihan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) pilihan
jawapan.
i. tulis opsyen jawapan dengan huruf besar dan selari ke bawah dengan susunan
ayat daripada pendek ke panjang.

Contoh:
A. Faktor sampingan.
B. Faktor luaran sahaja.
C. Faktor dalaman sahaja.
D. Faktor luaran dan faktor dalaman.

ii. Jika jawapan bersambung dengan soalan, maka jawapan hendaklah bermula
dengan huruf kecil.

Contoh:
Objektif perletakan harga ialah untuk _____________

A. melariskan jualan.
B. menjaga hati pelanggan.
C. memaksimumkan keuntungan.
D. bersaing dengan para pesaing.

(b) Bilangan pilihan jawapan yang betul bagi soalan objektif mestilah ditabur secara
rawak.

(c) Soalan objektif ditaip menggunakan jarak yang telah ditetapkan dan seragam
dalam satu set kertas peperiksaan.
i. Jarak di antara soalan objektif ialah langkau dua baris.
ii. Jarak di antara soalan objektif dengan opsyen ialah langkau dua baris.
iii. Jarak di antara opsyen jawapan ialah langkau satu baris.
iv. Jarak bagi maklumat dalam soalan yang berbentuk Roman ialah langkau satu
baris.
Contoh:
I. Induktif.
II. Reflektif.
III. Deduktif.
IV. Konstruktif.

Jarak di antara maklumat soalan berbentuk Roman dan opsyen jawapan ialah langkau dua
(2) baris.

Jarak di antara opsyen jawapan ialah langkau satu (1) baris.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 42

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

Contoh 1 :
I. Induktif.
II. Reflektif.
III. Deduktif.
IV. Konstruktif.

Contoh 2 :
A. I dan II sahaja.
B. I dan III sahaja.
C. II dan IV sahaja.
D. III dan IV sahaja.

(d) Soalan objektif yang menggunakan perkataan kecuali atau paling atau betul atau
salah untuk menunjukkan kontra antara soalan dan jawapan, hendaklah ditulis
perkataan tersebut dengan huruf kecil dan ‘bold’.
Contoh:
Berfikir secara emosi melibatkan unsur-unsur berikut kecuali
A. Syak
B. takut
C. benci
D. empati

(e) Bagi soalan bentuk betul/salah, yang menggunakan Borang Kertas Jawapan
Objektif/OMR,gunakan huruf B untuk kenyataan betul, dan huruf D untuk kenyataan salah.
Perlu dinyatakan didalam arahan menjawab soalan.

(f) Jika jawapan dijawab dalam kertas soalan, maka ruang menjawab setiap soalan
perlu disediakan dengan membuat kotak di hujung setiap soalan.

(g) Jawapan bagi kenyataan ditanda sebagai simbol √ atau X atau menggunakan
huruf B atau S. Perlu dinyatakan dalam arahan menjawab soalan.

Contoh: 1. Matahari sentiasa terbit di sebelah barat.

12.1.5 Peruntukan Masa
Masa yang diperuntukan bagi menjawab soalan mestilah bersesuaian dengan bentuk soalan
dan markah setiap soalan. Contohnya, peruntukan masa 30 minit bagi menjawab satu soalan
esei dengan 20 markah, dan 1.5 minit untuk menjawab satu soalan objektif, kenyataan betul
atau salah dan isi tempat kosong.

12.1.6 Peruntukan Markah
- Markah bagi setiap soalan subjektif mestilah ditulis pada bahagian akhir setiap soalan
disebelah kanan, dengan jarak langkau satu baris daripada ayat terakhir soalan.
Contoh:

(a). Berikan tiga (3) faktor utama kejayaan pembangunan sistem maklumat.
[5 markah]

- Jelaskan bagaimana pembangunan sistem maklumat dalam organisasi dapat meningkatkan
prestasi.

[20 markah]

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 43

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

- Jumlah markah bagi setiap bahagian mestilah ditulis pada arahan di bahagian dalam kertas
soalan peperiksaan.

12.1.7 Penomboran Muka Surat
i. Letakkan nombor muka surat di tengah-tengah bahagian bawah muka surat bagi setiap helai

kertas soalan.
ii. Kulit luar dikira sebagai muka surat 1, tetapi angka 1 pada Kulit luar tidak ditulis.

iii. Muka surat yang mengandungi soalan akan bermula dengan muka surat 2.

iv. Bagi setiap muka surat bermula dengan muka surat 2, ‘footer’ hendaklah diformat

sebelah kanan dengan perkataan [Lihat Sebelah kecuali muka surat terakhir yang
ditulis dengan perkataan SOALAN TAMAT atau END OF QUESTIONS di tengah
muka surat.

12.2 Penyemakan dan Pengesahan Kertas Ujian/ Peperiksaan segi
 Kertas Ujian / Peperiksaan mestilah disiapkan sebulan sebelum tarikh Ujian /Peperiksaan
 Semakan perlu bagi memastikan kertas yang disediakan memenuhi ketetapan, selain dari
kekemasan persembahan kertas Ujian / Peperiksaan tersebut.
 Walaubagaimanapun kesahihan soalan ‘validity’ adalah tanggungjawab penyedia soalan.
 Semakan dan Pengesahan Kertas Ujian / Peperiksaan dilakukan mengikut kekananan.

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

1 Guru Matapelajaran Guru Matapelajaran Ketua Panitia

2 Guru Matapelajaran Ketua Panitia GKMP

3 Ketua Panitia GKMP / *Guru Matapelajaran Pen. Kanan

4 GKMP Pen. Kanan / *KP/ *Guru Pengetua
Matapelajaran

*Jika GKMP / PKP TIDAK mengajar matapelajaran berkenaan maka guru matapelajaran lain yang lebih

berpengalaman kepada matapelajaran berkenaan dilantik untuk menyemak.

12.3 Pencetakan Kertas Ujian / Peperiksaan

 Kertas Ujian/Peperiksaan yang telah disemak diserahkan kepada Penolong Kanan
Pentadbiran berserta borang kebenaran cetakan bagi urusan cetakan selewat-lewatnya 3 minggu dari
 tarikh Ujian / Peperiksaan.
Kertas Pentaksiran / Peperiksaan wajib diserah kepada tangan Penolong Kanan Pentadbiran dan TIDAK
 ditinggalkan di meja pejabat beliau.
Borang serahan Kertas Pentaksiran / Peperiksaan mesti ditandatangani semasa serahan dibuat.

12.4 Pentadbiran Kertas Ujian / Peperiksaan

Guru Penyedia soalan bertanggungjawap menyelaraskan kertas Pentaksiran /Peperiksaan yang telah
 dicetak dan menyimpannya di Bilik Peperiksaan atas pemantauan Setiausaha Peperiksaan.
 Setiausaha Peperiksaan perlu menyediakan Borang Pengawasan Peperiksaan.
Setiausaha Peperiksaan bertanggungjawab membuka almari menyimpan Kertas Pentaksiran /
 Peperiksaan pada setiap hari Pentaksiran / Peperiksaan.
Guru Pengawas mesti mengambil kertas soalan pada waktu yang ditetapkan dan tandatangan di buku
rekod pengambilan/penyerahan.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 44

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

 Skrip jawaban Pentaksiran/Peperiksaan mesti dikembalikan ke Bilik Peperiksaan pada hari yang sama
sebelum sesi sekolah berakhir. Tandatangan penyerahan di buku rekod pengambilan/ penyerahan oleh
Pengawas terakhir yang mengumpul skrip jawaban.

12.5 Bilik Peperiksaan

Bilik ini hanya bagi tujuan pentadbiran peperiksaan oleh Setiausaha Peperiksaan dan Penolong
 Setiausahanya sahaja.
Guru-guru lain tidak dibenarkan menggunakan bilik ini untuk tujuan menyediakan kertas soalan.

12.6 Jadual Ujian Pentaksiran / Peperiksaan Pengawasan
 Jadual ujian disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
 Pengawasan mengikut jadual Pdp guru.
 Masa/ tempoh mengikut keperluan peperiksaan awam.

12.7 Makluman Ujian / Peperiksaan
 Surat makluman kepada ibubapa/ penjaga dan jadual diedarkan/ dimaklumkan dua minggu sebelum
dari tarikh Pentaksiran / Peperiksaan.

Jadual ditampalkan di papan notis setiap kelas oleh Guru Tingkatan.

12.8 Pengawasan Pentaksiran / Peperiksaan
 Pengawasan mengikut Jadual PdP seperti yang dicatat dalam borang kawalan.
 Pengawas yang memulakan Ujian / Pentaksiran / Peperiksaan mestilah memastikan keadaan lantai kelas
bersih, kerusi dan meja terusun rapi, laci meja murid mengadap kehadapan, meja guru dan beg murid
 diletakkan di bahagian belakang kelas.

 Murid perlu duduk mengikut susunan abjad seperti dalam senarai nama kelas bermula dari sebelah kanan
 kelas.

Murid hanya dibenarkan membawa bersama mereka alat tulis dan kalkulator yang tidak boleh
diprogramkan sahaja ke tempat duduk mereka.

Mereka hanya boleh menulis menggunakan kertas tulis yang dibekalkan dan tidak boleh membawa
keluar kertas tulis yang kosong atau pun yang telah digunakan.

Murid hanya boleh menggunakan pen warna biru atau pen warna hitam sahaja untuk menulis. Manakala
pensil 2B atau BB untuk menjawab kertas objektif

12.9 Kehadiran semasa Ujian / Pentaksiran / Peperiksaan
 Kehadiran adalah wajib. Ketidakhadiran tanpa sebab maka markah kosong akan diberikan kepada
matapelajaran yang tidak diambil dan matapelajaran berkenaan akan diambil kira dalam keputusan
 gred/kedudukan.

Murid yang sengaja tidak hadir tidak akan dikenakan tindakan disiplin. ‘Forecast Result’ tidak akan
 diberikan.

Murid mesti hadir ke sekolah mengikut waktu persekolahan. Tiada kebenaran untuk datang lewat atau
balik awal. Kecuali ada kecemasan atau perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan atau murid perlu
mewakili sekolah ke mana-mana pertandingan.

Jika murid menjadi wakil sekolah ke mana-mana pertandingan yang disahkan oleh PPD/JPS/KPM maka
kertas soalan akan menjadi kertas tertutup dan mereka boleh menduduki kertas tersebut pada hari dan
masa yang lain yang mana akan dimaklumkan oleh S/U Peperiksaan.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 45

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

 Murid yang terkena penyakit berjangkit seperti sakit mata, demam campak dan sebagainya mesti
memaklumkannya kepada pihak sekolah supaya murid berkenaan boleh mengambil peperiksaan di
dalam bilik berasingan untuk hindari jangkitan kepada murid lain.

12.10 Salah laku semasa Ujian / Peperiksaan
 Murid yang didapati menipu/meniru akan diberikan markah kosong bagi kertas berkenaan.
 Tindakan disiplin akan diambil ke atas murid yang meniru/ menipu dan akan direkodkan dalam
 SSDM dan buku sahsiah murid

12.11 Rekod Markah & Fail EPRD (Excellent Performance Record & Development)
 Markah Peperiksaan bagi murid-murid tingkatan 3, 4 dan 5 hendaklah di key in dalam SAPS atau SAP
mengikut keperluan dan arahan.

Guru Tingkatan dikehendaki memastikan semua murid mengemaskini fail EPRD setiap kali keputusan
 ujian/ peperiksaan dikeluarkan.

Antara kandungan fail EPRD adalah:
i. Borang ‘Aku Janji Murid’
ii. Keputusan peperiksaan awam murid (UPSR & PT3)
iii. Kad Target / Pencapaian Ujian & Peperiksaan setiap mata pelajaran yang mengandungi TOV, OTR,

AR dan ETR
iv. Rekod pertemuan bagi sesi klinikal
v. Laporan Adab Pelajar

12.12 Syarat Lulus
 Tingkatan 3, 4 dan 5 – mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh LPM bagi PT3 (Tingkatan 3) dan
SPM (Tingkatan 4 & 5)

12.13 Jadual Spesifikasi Ujian & Analisis Item
 Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU mengikut tahap
kesukaran yang ditetapkan dalam peperiksaan awam.

 JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.

 Analisis Item mesti disediakan setiap kali selepas ujian / peperiksaan. Ia hendaklah dijadikan panduan
bagi semua guru untuk merancang rancangan peningkatan prestasi.

Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia / GKMP atau Penolong Kanan Pentadbiran sebelum
dicetak. (Tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh JKKS).

12.14 Post Mortem Untuk Peperiksaan
 Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali keputusan Peperiksaan Dalaman
dan Awam (PT3 & SPM) dikeluarkan dalam tempoh seminggu dari tarikh dikeluarkan.

 Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu.
Setiap guru hendaklah menyimpan rekod pencapaian pelajar dan rekod sesi klinikal pelajar untuk diambil
 tindakan sewajarnya.
Maklumat terperinci pelajar berkenaan perlu disalurkan kepada HEM dan Kaunseling jika diperlukan.

12.15 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
 i) Tingkatan 1 & 2
Semua guru mata pelajaran Tingkatan 1,2,3,4 dan 5 dikehendaki melaksanakan PBS seperti diarahkan
oleh Lembaga Peperiksaan KPM.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 46

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

 Pentaksiran dibuat berasaskan Standard Prestasi (SP). Pencapaian direkodkan berdasar band yang
dicapai oleh murid. (Rujuk helaian Penilaian & Pentaksiran).

 Pencapaian direkodkan dalam sistem SPPBS LP KPM.

ii) Tingkatan 3,4 & 5 (Kerja Kursus)
 Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan Kerja Kursus mengikut arahan dan ketetapan

dasar KPM dalam tempoh yang ditetapkan.
 Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail PBS dibawa bersama untuk mengelakkan

masalah di sekolah baru murid berkenaan.
 Rekod pencapaian dikey-in dalam sistem LPM dan ‘hard copy’ difailkan.

13.0 PEMANTAUAN
13.1 Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)
 Pembelajaran dan Pengajaran Guru/ murid di bilik darjah akan dicerap dua kali setahun secara
rasmi.
 Guru-guru akan dicerap oleh Pengetua / Penolong-penolong Kanan / Guru-guru Kanan/ Ketua
Panitia/ Guru Cemerlang (Rujuk Jadual Induk Pencerapan).
 Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan dicerap oleh Pengetua.
 Guru-guru juga mungkin dicerap lebih dari 2 kali mengikut keperluan dan arahan Pengetua.

13.2 Pengurusan Panitia & Jawatankuasa Pemantauan
 GKMP dan Penolong Kanan bertanggungjawab memantau/ membimbing Panitia di bawah
jagaannya.
 Semua Fail Pengurusan Panitia disemak dan diletakkan di bilik fail di pejabat sekolah.
 Semua panitia dikehendaki membuat Perancangan Strategik yang mengandungi Pelan Strategik,
Pelan Taktikal dan Pelan Operasi.
 Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR kohort tertentu
termasuk mengambil kira OTR dan headcount murid.
 GKMP perlu memastikan panitia di bawah jagaan mereka membelanjakan peruntukan PCG
secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

13.3 Peperiksaan dan Penilaian
 Penolong Kanan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Pengetua dalam pengurusan dan
penyeliaan peperiksaan dan ujian.
 Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam senarai tugas

13.4 Penyediaan Latihan Murid & Semakan Buku Latihan Murid
 Semua panitia hendaklah menetapkan jumlah latihan yang sepatutnya diberikan kepada murid-
murid semasa Mesyuarat Panitia kali pertama setiap tahun.
 Tugasan murid hendaklah segera disemak oleh guru mata pelajaran seperti ditetapkan oleh
panitia.
 Guru-guru mata pelajaran hendaklah menyemak latihan murid dengan menggunakan pen
berdakwat merah secara konstruktif (Pastikan ada tanda tangan dan tarikh semakan).
 Guru-guru mata pelajaran hendaklah memastikan murid membuat pembetulan dengan
menggunakan pen berdakwat hijau.
 Pastikan murid menulis indek, tarikh, hari serta tajuk dalam buku latihan/ nota.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 47

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

 Guru tidak dibenarkan menyimpan buku latihan dalam tempoh lebih dari 1 minggu.
 Buku latihan, folio atau fail latihan murid hendaklah dihantar untuk semakan. (Rujuk arahan pada

jadual penghantaran hasil kerja murid) dilakukan secara konstruktif.
 Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid hendaklah diserahkan kepada GKMP untuk difailkan dan

GKMP seterusnya menyerahkannya kepada Penolong Kanan.
 Pengetua dan Penolong Kanan memastikan tindakan susulan dibuat oleh Guru Kanan dan Panitia.

13.5 Ketetapan Latihan Mengikut Mata Pelajaran

Bahasa Melayu Menengah Rendah :

Tingkatan Tatabahasa Komsas Ulasan Karangan
1 1 1
12 1 1 1
1 1 1
22
Karangan Karangan
32 Bahan Respon
Terbuka
Bahasa Melayu Menengah Atas : Rangsangan
Tingkatan Tatabahasa Komsas Rumusan 1 1
1 1
4 2 11
5 2 11

Bahasa Inggeris :

Tingkatan Tatabahasa Mendengar/ Pemahaman** Karangan**
Bertutur*
1 1
111 1 1
1 1
211 1 1
1 1
311

411

511

* Alternate (Every other week/ 2 minggu sekali)

** Every other week (2 minggu sekali)

Bahasa Cina : Tatabahasa Pemahaman Karangan
1 1 1 setiap 2 minggu
Tingkatan 1 1 1 setiap 2 minggu
1 1 1 1 setiap 2 minggu
2 1 1 1 setiap 2 minggu
3 1 1 1 setiap 2 minggu
4
5

Bahasa Tamil : Tatabahasa Pemahaman Karangan
1 1 1
Tingkatan 1 1 1
1 1 1 1
2 2 1 1
3 2 1 1
4
5

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 48

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

Sains : Objektif SoalanSubjektif / Struktur Esei
Tingkatan 5 4 -
1 5 4 -
2 -
3 5 4 2
4 10 3 2
5 10 3
Struktur
Matematik : Objektif 10
Tingkatan 10 10
1 10 10
2 10 20
3 20 20
20
4 Struktur
5 20
20
Matematik Tambahan : Objektif
Tingkatan 20 Esei
4 20 2
5 2

Biologi / Fizik / Kimia : Objektif Struktur Esei
Tingkatan 5 4 1
4 5 4 1
5
Esei
Fizik / Kimia : Objektif Struktur 1
Tingkatan 5 4 1
4 5 4 1
5

Reka Bentuk & Teknologi : Subjektif / Struktur
Tingkatan 5
1 5
2 5
3

Asas Sains Komputer : Objektif Subjektif / Struktur
Tingkatan 5 2
1 5 2
2 5 2
3

Sains Komputer : Subjektif Programing
Tingkatan 1 1
4 1 1
5

Pengajian Perniagaan : Objektif Esei
Tingkatan 10 1
4 10 2
5

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 49


Click to View FlipBook Version