The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN TAHUNAN SMK(P) SRI AMAN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shima Mohd, 2021-01-05 08:51:26

MANUAL PENGURUSAN SMK(P) SRI AMAN 2021

BUKU PENGURUSAN TAHUNAN SMK(P) SRI AMAN 2021

3.2 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum

3.2.7 JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
Senarai Tugas

1. Melaksanakan Pengoperasian PBD di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan.
2. Mengadakan Mesyuarat 4 kali setahun.
3. Memastikan semua aspek pentaksiran mata pelajaran dilakukan oleh guru melalui kaedah Pentaksiran

Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan PAJSK.
4. Melaksanakan aktiviti penjaminan kualiti (Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan).
5. Setiausaha mendaftar nama murid dalam Sistem Aplikasi. (SPPBS)
6. Menyediakan pelaporan prestasi pada akhir tahun termasuk analisis peratus mengikut Band.
7. Memastikan eviden pentaksiran pusat disimpan dengan selamat.
8. Mengurus markah /laporan mengikut prosedur yang ditetapkan.
9. Melaksanakan arahan pentadbir dari semasa ke semasa.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 97

3.3 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid

. 3.3 SENARAI BIDANG TUGAS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

3.3.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
Senarai Tugas dan Tanggungjawab Setiausaha Hal Ehwal Murid
1. Setiausaha Mesyuarat Jawatankuasa HEM

i. Memanggil mesyuarat JK HEM dengan persetujuan Pengetua/PK HEM sekurangkurangnya
3 kali setahun.

ii. Menyediakan tempat mesyuarat.
iii. Mengambil kehadiran ahli mesyuarat JK HEM.
iv. Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkan minit mesyuarat HEM kepada AJK sekurang-

kurangnya tiga hari sebelum mesyuarat diadakan
2. Pemantauan aktiviti Unit HEM

i. Memastikan aktiviti Unit-unit HEM dilaksanakan mengikut jadual aktiviti atau senarai semak
yang disediakan oleh unit-unit.

ii. Memastikan Unit-unit HEM menyediakan laporan aktiviti tahunan untuk difailkan pada bulan
Oktober setiap tahun.

iii. Mendapatkan laporan aktiviti Unit-Unit HEM dua kali setahun. (Mei dan September).
iv. Memaklumkan kepada HEM aktiviti utama yang akan dilaksanakan oleh unit HEM setelah

mendapat maklumat daripada AJK Unit HEM.
v. Mengumpul minit mesyuarat Unit-Unit HEM untuk diserahkan kepada HEM sekurang-

kurangnya 3 kali setahun (Jan/Feb, Jun dan Oktober)
3. Menyelaraskan Sistem Fail Unit-unit HEM (lihat sistem fail sekolah)

i. Memastikan AJK Unit-unit HEM sentiasa menyemak dan mengemaskinikan fail-fail berikut:
a) Fail-fail yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam kabinet di bilik HEM. (Rujuk Sistem Fail
Sekolah)
b) Fail minit mesyuarat dan panggilan mesyuarat setiap unit HEM.
c) Fail Aktiviti Tahunan, kertas kerja dan laporan aktiviti.
d) Fail Meja (latar belakang Penubuhan, Slogan/Moto, Carta Organisasi, Senarai Tugas dan
Tanggungjawab AJK, Carta Alir Kerja dan Senarai Tugasan)
e) Fail Perancangan Strategik setiap unit HEM.
f) Pekeliling PPD/JPS/Kementerian yang berkaitan.
g) Fail-fail lain yang ditentukan oleh PPD/JPS.

ii. Memastikan AJK HEM meletakkan fail-fail berkenaan di pejabat untuk rujukan pihak sekolah/
HEM.

iii. Mengemaskinikan Fail-Fail JK HEM dari semasa ke semasa dengan bantuan anggota kumpulan
pelaksana (AKP) sekolah.

4. Sebagai Setiausaha Pendaftaran murid Tingkatan 1 dan 4
i. Merancang dan melaksanakan aktiviti pendaftaran murid baru pada setiap tahun bersama PK
HEM dan Penyelaras Tingkatan.
ii. Memanggil mesyuarat AJK Pendaftaran pada akhir bulan Oktober.
iii. Menyediakan risalah berkaitan dengan sekolah dan Unit HEM.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 98

3.3 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid

5. Menyelaras Analisis Kehadiran Bulanan
i. Menyemak Analisis Kehadiran Bulanan untuk memastikan:-
a) Kehadiran murid diambil oleh guru kelas atau Penyelaras Tingkatan setiap hari
b) Menyemak kehadiran murid untuk memastikan guru kelas/penyelaras tingkatan
menghantar Surat Amaran satu, dua, akhirdan buang sekolah (Surat Amaran Ponteng
Sekolah).
ii. Guru tingkatan/ penyelaras tingkatan mengemaskini maklumat murid dalam APDM selewat-
lewatnya minggu kedua persekolahan.

6. Sebagai Setiausaha Perhimpunan Rasmi Sekolah (Dengan bantuan Guru Perhimpunan Mingguan)
i. Menyemak Borang Perhimpunan Rasmi sekolah pada hari Jumaat untuk memastikan:-
a) Guru Bertugas bersedia untuk melaksanakan perhimpunan mengikut masa yang
ditetapkan.
b) Ada guru bagi menggantikan guru bertugas yang tidak hadir/ menghadiri
kursus/mesyuarat dengan merujuk Jadual Bertugas Mingguan.
ii. Bekerjasama dengan Guru Pengawas bagi melicinkan perhimpunan setiap hari Isnin.
iii. Mengawal perhimpunan supaya mematuhi masa yang ditetapkan/dibenarkan oleh Pengetua.

7. Memastikan guru-guru tingkatan mengemaskini APDM 3 kali setahun mengikut jadual yang disediakan
oleh Guru Data/ SMM atau yang diarahkan oleh PPD/JPS.

8. Menyemak Buku Pendaftaran Masuk Murid
i. Menyemak buku tersebut untuk memastikan Guru Penyelaras Tingkatan dan Guru Kelas
mencatat nombor pendaftaran dan maklumat peribadi murid baru.

9. Menyelaras Penyediaan Sijil Berhenti dan Sijil Akuan Murid Tingkatan 5
i. Memastikan sijil-sijil tersebut mencukupi.
ii. Mengedarkan draf Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Akuan sekolah kepada guru tingkatan 5 pada
bulan September.
iii. Mengumpul draf sijil tersebut setelah disemak oleh guru tingkatan. Sijil akan ditaip pada bulan
November.
iv. Mengedarkan sijil-sijil yang telah siap ditaip kepada guru tingkatan 5 untuk
diserahkan kepada murid semasa hari pengumuman keputusan peperiksaan SPM.

10. Mengenal pasti potensi pelajar dan memupuknya menjadi cemerlang.
11. Memberi khidmat bantuan kepada murid-murid yang bermasalah.
12. Mengelola program-program latihan kepimpinan dan organisasi murid.
13. Mengeratkan hubungan sekolah dengan masyarakat dan ibu bapa.
14. Mengatur dan mengelola, rancang dan melaksanakan program galakan membaca.
15. Mengurus personaliti murid bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.3.2 JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN
Senarai Tugas
1. Membuat hukuman tatatertib.
2. Menyediakan minit mesyuarat dan laporan yang lengkap untuk simpanan sekolah atau di hantar ke PPD

jika perlu.
3. Menentu dan melaksanakan dasar-dasar disiplin berpandukan arahan/buku panduan disiplin

Kementerian/Jabatan Pelajaran.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 99

3.3 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid

4. Membuat keputusan tentang kes-kes disiplin yang dikemukakan oleh guru dan pengawas.
5. Melaksanakan polisi disiplin dengan bantuan semua warga sekolah dan Badan pengawas agar wujud

taraf disiplin yang tinggi.
6. Menyimpan rekod pelajar yang melanggar disiplin.
7. Menghubungi ibu bapa pelajar yang mempunyai masalah disiplin.
8. Memantau dan melaksanakan perjalanan perhimpunan rasmi dan perhimpunan khas.
9. Menguatkuasakan Pekeling-pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia.
10. Meningkatkan disiplin murid demi mewujudkan imej sekolah yang baik.

3.3.3 JAWATANKUASA LEMBAGA KETUA TINGKATAN(LKT)
Senarai Tugas
1. Menyediakan minit mesyuarat dan laporan yang lengkap untuk simpanan sekolah atau di hantar ke PPD

jika perlu.
2. Melaksanakan dasar-dasar disiplin berpandukan arahan/buku panduan disiplin Kementerian/Jabatan

Pelajaran.
3. Membuat aduan/laporan tentang kes-kes disiplin yang dikemukakan oleh murid kepada ketua guru

disiplin
4. Melaksanakan polisi disiplin agar wujud taraf disiplin yang tinggi.
5. Merekodkan nama murid yang melanggar disiplin untuk diserahkan kepada ketua guru disiplin.
6. Memantau dan melaksanakan perhimpunan rasmi dan perhimpunan khas.
7. Menguatkuasakan Pekeling-pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia.
8. Meningkatkan disiplin murid demi mewujudkan imej sekolah yang baik.
9. Sentiasa bersedia mengamalkan rasa tanggungjawab, bertimbang rasa dan kesediaan membantu orang

lain.
10. Menjadi teladan kepada murid lain dengan kepimpinan yang cemerlang.
11. Memelihara hubungan yang baik antara murid, guru dan pengawas.
12. Mempamerkan sikap yang jujur, berkeyakinan dan pro-aktif.

13. Mengadakan mesyuarat sekali sebulan bersama semua Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan.
14. Menyediakan senarai tugas Ketua Tingkatan dan ahli jawatankuasanya.
15. Mengadakan kursus atau program motivasi kepada Ketua-ketua Tingkatan untuk meningkatkan

pengurusan bilik darjah yang cekap dan meningkatkan keterampilan Ketua Tingkatan.
16. Menjaga kebajikan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan untuk meningkatkan motivasi

pengurusan kelas.
17. Menyediakan senarai semak bagi pengumuman kelas cemerlang.
18. Menguruskan Buku Pemantauan Kelas; memastikan buku tersebut tersedia setiap bulan/minggu.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 100

3.3 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid

3.3.4 JAWATANKUASA BIMBINGAN & KAUNSELING , KERJAYA
Senarai Tugas
1. Menyediakan rancangan tahunan dalam hal bimbingan dan kerjaya.
2. Menyelaras sistem mentor-mentee.
3. Menentukan sebarang maklumat dan runding cara dirahsiakan dan hanya disampaikan kepada Pengetua

sahaja.
4. Menghadiri kursus yang berkaitan dengan bimbingan dan kerjaya.
5. Memberikan nasihat kepada murid yang menghadapi masalah dalam pelajaran dan peribadi.
6. Menyimpan rekod murid-murid yang mendapatkan khidmat GBKSM.
7. Menyebarkan maklumat tentang kerjaya dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran.
8. Mengundang pihak-pihak tertentu untuk menyampaikan ceramah motivasi.

3.3.5 JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
Senarai Tugas
1. Merancang pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks untuk setahun.
2. Mengedarkan borang-borang SPBT.
3. Memesan buku-buku SPBT.
4. Menerima buku daripada pembekal.
5. Memproses buku-buku teks.
6. Mengedarkan buku SPBT kepada murid-murid dengan kerjasama guru tingkatan.
7. Mengumpul kembali buku SPBT daripada murid-murid melalui guru tingkatan.
8. Menyimpan buku-buku SPBT di tempat yang dikhaskan (BOSS)
9. Menyimpan senarai nama murid yang/tidak mengembalikan buku teks

3.3.6 JAWATANKUASA BIASISWA, KWAPM , ASNAF & KEBAJIKAN
Senarai Tugas
1. Menyediakan polisi berpandukan peruntukan-peruntukan tertentu untuk dilaksanakan oleh penyelaras

biasiswa, bantuan pelajar dan yayasan.
2. Menguruskan permohonan murid-murid untuk diluluskan.
3. Menguruskan kes-kes rayuan permohonan.
4. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan sekolah.
5. Mewujudkan dana untuk kebajikan murid.

3.3.7 JAWATANKUASA 3K (KEBERSIHAN, KESELAMATAN & KESIHATAN)
Senarai Tugas AJK Kebersihan & Keceriaan
1. Membantu pihak sekolah memantau dan meningkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dari semasa

ke semasa.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 101

3.3 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid

2. Merancang dan melaksanakan pelbagai projek kebersihan seperti:-
i. Gotong-royong
ii. Tandas angkat
iii. Pertandingan Kebersihan Kelas
iv. Kempen Kebersihan dan kitar semula
v. Ceramah-ceramah kebersihan

3. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan menyelia kerja-kerja
kebersihan yang dijalankan oleh AJK.

4. Menyusun jadual bekerja untuk setiap projek dan membuat laporan kemajuan kerja.
5. Mencadangkan taman-taman yang sesuai (bertema) di sekitar kawasan sekolah.
6. Membantu menyelia kerja pembersihan yang dilakukan oleh pekerja.
7. Memastikan pokok-pokok hiasan sentiasa dijaga dan menentukan taman atau pokok hiasan yang perlu

diganti dan sebagainya.
8. Meneliti dan merujuk kepada pihak pengurusan tentang keceriaan dan keindahan sekolah dari semasa

ke semasa serta mengambil tindakan sewajarnya.

Senarai Tugas (Keselamatan)
1. Memastikan peralatan keselamatan yang disediakan berfungsi dengan baik.
2. Mengadakan latihan pengungsian bangunan dua kali setahun dengan diselia oleh Jabatan Bomba dan

Penyelamat.

3. Menentukan kereta diletakkan di tempat yang ditetapkan.
4. Meletakkan papan tanda/arahan keselamatan di tempat yang sesuai.
5. Mengedarkan arahan-arahan keselamatan/pelan kebakaran kepada setiap kelas.
6. Melaksanakan program sekolah selamat.
7. Menubuhkan Program Skuad Keselamatan.
8. Menulis / meletak papan tanda amaran pada tempat-tempat yang tidak selamat.

Senarai Tugas (Kesihatan)
1. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti bantuan kecemasan disediakan dan lengkap.
2. Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan (sick bay).
3. Mengumpul dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru tingkatan/penyelaras tingkatan.
4. Menguruskan pemeriksaan kesihatan gigi oleh Jabatan Kesihatan.
5. Menyediakan Jadual Tugas Bilik Rawatan.
6. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran, tayangan pencegahan

penyakit dan lain-lain.
7. Menguruskan murid yang memerlukan rawatan.
8. Mengawal selia kawasan sekolah supaya wujud suasana yang bebas daripada sebarang penyakit

berjangkit.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 102

3.3 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid

9. Memeriksa kawasan sekolah untuk Program Bebas Denggi dengan mengisi Borang KD1 (Pindaan 2004)
untuk Laporan Mingguan dan Borang KD2 (Pindaan 2004) untuk Laporan Bulanan. Laporan-laporan
tersebut perlu dihantar ke PPD pada akhir setiap bulan dengan bantuan Skuad CikguMu CANTIK.

10. Menyediakan laporan dan dokumentasi aktiviti dan program.

3.3.8 JAWATANKUASA BENCANA & PENGURUSAN RISIKO
Senarai Tugas
1. Menyediakan segala kemudahan bagi penempatan mangsa bencana.
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
3. Merancang dan memantau persediaan bencana.
4. Menyelaras kerjasama dengan semua pihak yang terlibat.
5. Merujuk Surat Siaran KP(BPSH-SPKD) 600/01 (1) bertarikh 24 September 2010 berhubung dengan

persediaan menghadapi Bencana / Banjir.
6. Merujuk Garis Panduan Menghadapi Banjir KPM.
7. Merujuk Surat Siaran KPM.100-1/7/2 Jld.6(31) bertarikh 15 Januari 2019 berhubung dengan langkah-

langkah menjamin kesihatan dan keselamatan murid-murid yang berada dalam kawasan berjerebu yang
dianggap kritikal.

3.3.9 JAWATANKUASA SIARAYA
Senarai Tugas
1. Memastikan peralatan siaraya berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
2. Memastikan pergerakan peralatan siaraya direkodkan.
3. Memastikan hanya pengawas tertentu sahaja yang bertanggungjawab terhadap peralatan siaraya.
4. Memastikan bilik siaraya di Dewan Gemilang sentiasa dikunci.
5. Memastikan kunci bilik siaraya mempunyai pendua dan diletakkan di pejabat.

3.3.10 JAWATANKUASA SLAD & PPDa
Senarai Tugas
1. Menyelaras, merancang, melaksana dan menilai semua program dan aktiviti pencegahan dadah

di peringkat sekolah.
2. Mengawalselia perkembangan masalah dadah semasa di sekolah dengan mengumpul data dan segala

maklumat terkini dalam semua aspek tentang Pendidikan Pencegahan Dadah.
3. Menganjurkan program / aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah.
4. Mengesan dan menangani masalah dadah dalam kalangan warga sekolah.
5. Menjalankan tugas- tugas yang diarah oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 103

3.3 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid

3.3.11 JAWATANKUASA PENCEGAHAN JENAYAH
Senarai Tugas
1. Merancang program / aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah.
2. Memantau program / aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah.
3. Menilai program / aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah.
4. Memberikan khidmat nasihat dalam pelaksanaan aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah.
5. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali setahun (ikut keperluan).

3.3.12 JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN & PERPADUAN
Senarai Tugas
1. Meningkatkan jalinan permuafakatan antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat

setempat/komuniti untuk memupuk nilai murni dan perpaduan dalam kalangan murid bagi melahirkan
modal insan berkualiti.
2. Memantapkan kehadiran dan disiplin murid dengan kerjasama ibu bapa, masyarakat dan badan bukan
kerajaan (NGO) yang berkaitan.
3. Melaksanakan pendekatan yang holistik bagi menangani gejala disiplin dalam kalangan murid.
4. Menganjurkan pelbagai program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik, sahsiah, sukan dan
perpaduan sekurang-kurangnya tiga tahun berturut-turut.

3.3.13 JAWATANKUASA PENYELENGGARAAN BANGUNAN & PERABOT
Senarai Tugas
1. Memastikan semua bilik, tandas, dewan, makmal dan bengkel berada dalam keadaan baik.
2. Membuat laporan dalam Buku Aduan Kerosakan untuk tindakan segera.
3. Menyemak laporan daripada Buku Aduan Kerosakan. Catatan perlu dibuat setelah tindakan diambil.
4. Memastikan semua peralatan dalam bilik-bilik khas, tandas, dewan, makmal dan bengkel berfungsi dan

mencukupi.
5. Memantau semua peralatan agar diinventorikan dan berada dilokasi sepatutnya.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 104

3.4 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum

. 3.4 SENARAI BIDANG TUGAS PENGURUSAN KOKURIKULUM

3.4.1 JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM
1. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kokurikulum di peringkat sekolah.
2. Menyelaraskan program tahunan setiap unit kokurikulum.
3. Memastikan semua aktiviti kokurikulum berjalan dengan berterusan, lancar dan berkesan.
4. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
5. Menyelaras dengan pihak sekolah tentang peruntukan dan perbelanjaan kokurikulum.
6. Menyelia rekod pengurusan kewangan gerak kerja kokurikulum dari segi pungutan dan perbelanjaan
wang.
7. Membuat penilaian ke atas penglibatan dan pencapaian pelajar dalam penyertaan sesuatu aktiviti
kokurikulum.
8. Mengawal pembekalan, penyimpanan dan penggunaan peralatan gerak kerja kokurikulum dengan
penyelaras-penyelaras.
9. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada penyelaras-penyelaras.
10. Memilih pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum untuk diberikan anugerah kecemerlangan
kokurikulum.

3.4.2 JAWATANKUASA DATA KOKURIKULUM
1. Memastikan semua data penglibatan dan pencapaian murid dalam kokurikulum dilengkapkan dan
disimpan di dalam fail untuk rujukan.
2. Menyelia dan membantu kemasukkan data kokurikulum ke dalam portal PAJSK oleh semua guru
tingkatan.
3. Membimbing guru tingkatan serta guru penasihat dan menyelesaikan semua masalah berkaitan proses
pengisian data PAJSK.
4. Memastikan data PAJSK semua murid lengkap sebelum akhir bulan Disember dan semua sijil telah
dicetak.
5. Menyediakan tapak dan menyelia pengisian data kokurikulum murid oleh guru penasihat di dalam Google
Classroom bagi penilaian kokurikulum.
6. Memastikan rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.

3.4.3 JAWATANKUASA PENILAIAN KOKURIKULUM
1. Menetapkan dan mengelola Hari Kecemerlangan Kokurikulum peringkat sekolah.
2. Menetapkan kriteria pemilihan murid cemerlang dalam kokurikulum dan sukan peringkat sekolah.
3. Mengurus pemilihan calon-calon bagi setiap kategori kecemerlangan kokurikulum dan sukan peringkat
sekolah.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 105

3.4 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum

4. Memastikan penilaian kokurikulum dilaksanakan oleh semua guru penasihat sebelum tarikh akhir tamat
tahun persekolahan.

5. Menyemak dan memastikan semua murid dinilai dengan betul dan adil untuk 3 unit kokurikulum di dalam
portal PAJSK.

3.4.4 JAWATANKUASA PEMANTAUAN KOKURIKULUM
1. Menyediakan jadual pemantauan kokurikulum.
2. Melaksanakan pemantauan kokurikulum dua kali setahun berdasarkan jadual pemantauan kokurikulum.
3. Merekod pemantauan dengan menggunakan borang pemantauan KBAT.
4. Membimbing dan memberi peluang kepada semua guru penasihat untuk meningkatkan keupayaan
mereka dalam mengendalikan aktiviti KBAT dalam kokurikulum.

3.4.5 JAWATANKUASA MAJALAH SEKOLAH
1. Menerbitkan majalah tahunan sekolah samada dalam bentuk buku atau e-majalah.
2. Memastikan jawatankuasa kerja majalah sekolah dalam kalangan murid dilantik berdasarkan kriteria
yang ditetapkan.
3. Memastikan semua prosedur penerbitan majalah dipatuhi dan dilaksanakan.
4. Memastikan semua permohonan kebenaran penerbitan dan kutipan yuran majalah dibuat kepada
Jabatan Pendidikan Negeri.
5. Mendapatkan tajaan bagi menampung harga majalah sekiranya ia lebih tinggi daripada harga siling yuran
majalah yang dikutip.
6. Menyelia dan mengendalikan pengedaran majalah kepada semua murid yang telah membuat bayaran
yuran majalah dan juga penaja.

3.4.6 TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM
1. Menyelaras dan menyelia semua aktiviti kokurikulum.
2. Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kokurikulum kepada guru-guru, perancangan,
pelaksanaan dan penilaian murid.
3. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
4. Memastikan semua rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.
5. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi.
6. Menyelaras dan menguruskan program-program khas kokurikulum.
7. Membantu memuatnaik dan mengemaskini Diari Sri Aman dari semasa ke semasa.
8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 106

3.4 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum

3.4.7 TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN
1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
2. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSSN/MSSM.
3. Membantu Pengetua mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan.
4. Menetapkan murid dalam Rumah Sukan
5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
6. Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
9. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk rujukan dan
rekod.
11. Memastikan semua rekod pencapaian cemerlang murid dan pasukan sekolah direkodkan dan disimpan
di dalam fail Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
12. Membantu memuatnaik dan mengemaskini Diari Sri Aman dari semasa ke semasa
13. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/ Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
14. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.
15. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

3.4.8 TANGGUNGJAWAB KETUA RUMAH SUKAN
1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan murid).
2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
3. Membentuk jawatankuasa rumah sukan dalam kalangan pelajar yang meliputi olahraga, permainan,
senamrobik dan arak lintas.
4. Menentukan guru rumah sukan yang akan menyelia semua aktiviti murid.
5. Bersama-sama menyelia semua latihan dan pertandingan antara Rumah Sukan.
6. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/ Penolong Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi
masalah.
7. Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk rekod.
8. Tanggungjawab Ketua Rumah Sukan juga meliputi senarai tanggjungjawab guru rumah sukan.
9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

3.4.9 TANGGUNGJAWAB GURU RUMAH SUKAN
1. Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
2. Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan Rumah Sukan, kedatangan dicatat dalam Buku
Kehadiran.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 107

3.4 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum

3. Memilih dan melatih pasukan olahraga, permainan, senamrobik dan arak lintas untuk pertandingan antara
Rumah Sukan.

4. Memilih dan menghantar nama peserta yang berpotensi untuk mewakili Rumah Sukan semasa sukan
Tahunan dan lain-lain pertandingan.

5. Merekodkan kedatangan murid dan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir.
6. Mengawasi keselamatan murid pada waktu latihan.
7. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid.
8. Sentiasa berbincang dengan ketua rumah sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan.
9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

3.4.10 TANGGUNGJAWAB PENYELARAS PERSATUAN/ KELAB/ BADAN BERUNIFORM/ KELAB
PERMAINAN

1. Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti persatuan/ kelab/ badan beruniform/ kelab permainan.
2. Menyediakan borang rekod penyertaan/ pencapaian Kelab/Persatuan (hijau)), Badan Beruniform

(ungu) dan permainan (biru) dan memastikan guru-guru penasihat melengkapkannya setiap kali
mengiringi murid untuk pertandingan.
3. Mengutip semua borang rekod penyertaan/ pencapaian yang lengkap bersama-sama salinan sijil
daripada guru penasihat untuk difailkan.
4. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
5. Mengurus Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum murid.
6. Memastikan semua murid memiliki dan mengemaskini Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum masing-
masing. Semua Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum disimpan di dalam bakul khas oleh guru tingkatan.
7. Mengumpul semula Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum daripada guru tingkatan pada akhir tahun untuk
simpanan dan pengagihan semula kepada murid pada awal tahun.
8. Mengurus dan memantau proses pendaftaran ahli baharu unit masing-masing.
9. Mengumpulkan laporan tahunan dan buku pengurusan Kokurikulum daripada semua guru penasihat
mengikut unit masing-masing untuk edaran, rujukan dan rekod
10. Membuat rumusan dan analisis peratus pencapaian semua aktiviti dan pencapaian kokurikulum unit
masing-masing.
11. Memuatnaik dan mengemaskini Diari Sri Aman dari semasa ke semasa.
12. Membantu menyelaras dan mengurus program-program khas Kokurikulum
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 108

3.4 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum

3.4.11 TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPIN / PENASIHAT
1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Penasihat MESTI bersama murid semasa aktiviti dijalankan samada secara bersemuka/ atas talian.
8. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform
dan Sukan/Permainan.

9. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/ peralatan diurus dengan baik.
10. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktivit dicatat dalam buku pengurusan Kokurikulum
11. Mendaftarkan Kelab/ Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan.
12. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
13. Mengurus pernyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah / zon / daerah / negeri / kebangsaan

dan antarabangsa dengan baik.

14. Semua lawatan/ projek yang dicadangkan mesti mendapat kebenaran daripada PPD LIMA minggu
sebelum tarikh yang dicadangkan.

15. Mengiringi ahli dalam lawatan, projek atau pertandingan yang dijalankan secara bersemuka atau secara
atas talian.

16. Mendapatkan surat lantikan sebagai guru pengiring dan menguruskan pengangkutan untuk pasukan
sekolah ke pertandingan luar dengan mematuhi prosedur (SOP) penggunaan kenderaan sendiri seperti
yang ditetapkan dalam SPI KPM Bil 3/2019 atau penggunaan kenderaan awam.

17. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
18. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli dalam Borang Rekod Pencapaian dan

menyerahkan borang tersebut bersama-sama salinan sijil kepada penyelaras unit berkenaan.

19. Menandatangani kehadiran ahli dalam Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum murid.
20. Memastikan semua butiran di dalam Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum murid lengkap diisi sebelum

penilaian kokurikulum.

21. Mengisi data kokurikulum murid mengikut unit masing-masing ke dalam folder Google Classroom
Pengurusan Kokurikulum secara atas talian.

22. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili secara bersemuka/
atas talian dan dan membuat catatan ringkas mesyuarat/ kursus/ seminar di dalam buku Pengurusan
Guru Penasihat.

23. Menentukan papan kenyataan digunakan dengan sepenuhnya dan sentiasa dikemaskini.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 109

3.4 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum

24. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar dalam kalangan ahli.
25. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum

Sekolah.
26. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
27. Menyerahkan baki kutipan wang sumbangan/ yuran jurulatih Persatuan/Kelab, Pasukan Badan

Beruniform dan Kelab Sukan/Permainan pada bulan November setiap tahun untuk ditumpang di dalam
akaun PIBG.
28. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam aktiviti kokurikulum.
29. Berbincang dengan Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum tentang keperluan khidmat tenaga
pakar dari luar, mengisi borang maklumat jurulatih dan menyediakan semua dokumen yang diperlukan
untuk dihantar ke JPS supaya mendapat kelulusan.
30. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.
31. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya.
32. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.
33. Menghadiri kursus yang dianjurkan oleh PPD/JPN/KPM bagi peningkatan kemahiran guru penasihat
Kelab/Persatuan, Badan Beruniform dan Kelab Sukan/Permainan.
34. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 110


Click to View FlipBook Version