The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN TAHUNAN SMK(P) SRI AMAN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shima Mohd, 2021-01-05 08:51:26

MANUAL PENGURUSAN SMK(P) SRI AMAN 2021

BUKU PENGURUSAN TAHUNAN SMK(P) SRI AMAN 2021

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

Prinsip Perakaunan : Objektif Subjektif / Struktur
Tingkatan 5 1
4 10 2
5

Sejarah : Objektif Struktur Esei
Tingkatan 20 3 1
1 20 3 1
2 20 3 1
3 20 3 1
4 20 3 1
5

Geografi : Objektif Struktur Esei
Tingkatan 10 1 1
1 10 1 1
2
3 10 1 1

Pendidikan Islam : Kekerapan Jenis Latihan
Tingkatan 2
1 2 Hafazan Ayat
2 2 Tilawah
3 2
4 2 Soalan Kbkk
5 Soalan Kbat
Latihan Jawi
Soalan Topikal

Tasawwur : Kekerapan Jenis Latihan
Tingkatan 2 Soalan ITK & KBAT
4 2 Soalan ITK & KBAT
5

Pendidikan Moral : Soalan Objektif Soalan Esei
Tingkatan / Betul Salah / Subjektif /
Padanan / Isi Struktur 1 (2 minggu)
1 Tempat Kosong 1 (2 minggu)
2 1 1 (2 minggu)
3 5 1 1 (2 minggu)
4 1 1 (2 minggu)
5 5 7
5 7
-

-

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 50

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

Pendidikan Seni Visual : Nota Setiap Soalan Setiap Karya / Projek
Tingkatan Topik Topik ( Min. 5 Setiap Topik
Maks 10 Soalan)
1 1 Formatif / Sumatif 1
dalam buku teks
2 1 1
3 1 sda 1
4 1 sda 1
5 1 sda 1

sda

Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan :

Tingkatan Kekerapan Karya / Projek
Setiap Topik
1 Nota dan latihan pengukuhan bagi
setiap topik dalam buku teks/ 1
soalan pentaksiran bagi tahap
penguasaan PBD 1
1
2 sda 1
3 sda 1

4 sda
5 sda

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA

 Setiap panitia dan unit akan diberi peruntukan yang ditentukan oleh Pengetua.
 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Jawatan Kuasa Kewangan

Sekolah.
 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan

Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
 Setiap panitia dikehendaki menydiakan perancangan belanjawan/ bajet berdasarkan peruntukan wang

kerajaan yang diterima.
 Setiap Panitia dikehendaki mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan/ bahan bantu

mengajar kepada GKMP (mengikut keperluan).
 Setiap panitia dikehendaki menyimpan 5% dari peruntukan yang diberi sehingga bulan Julai. Ini ialah

untuk memastikan sekiranya berlaku pengurangan murid pada tahun semasa, pihak sekolah perlu
memulangkan lebihan peruntukan kepada KPM. Walau bagaimanapun, sekiranya tiada pemulangan
panitia digalakkan untuk membelanjakan semua peruntukan pada tahun semasa.

15.0 BUKU TEKS (SPBT), PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSB) DAN BAHAN BACAAN

 Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
 Penggunaan Bilik Media, Bilik Akses dan PSB hendaklah mengikut peraturan dan ketetapan yang

disediakan oleh Guru Media. PSB boleh digunakan pada waktu Program NILAM.
 Program NILAM diselia oleh Guru Tingkatan dan Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Guru

Matapelajaran Bahasa Inggeris.
 Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru bahasa bagi Bahasa Melayu dan

Bahasa Inggeris. Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Penyelaras PSB.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 51

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

 Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.
 Semua buku dan BBM yang dibeli oleh panitia hendaklah direkodkan secara berpusat dalam rekod

PSB.

16.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
 Semua program utama yang berlangsung dalam PdP dibuat berdasarkan keperluan panitia
 Panitia dikehendaki mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia
berkenaan. Penggunaan wang PCG juga perlu diambil kira.
 Program yang dirancang perlu melibatkan murid dan program yang melibatkan guru.
 Pelaporan program perlu disediakan dalam tempoh seminggu dari tamat program berserta data
kehadiran, data lain yang sesuai juga beberapa keping gambar.
 Pelaporan perlu disemak dan disahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran.
 Dua Salinan pelaporan perlu disediakan untuk Fail Panitia (1 salinan) dan S/U Kurikulum (1 salinan)

17.0 KURSUS DALAMAN, LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN & MINIT CURAI
17.1 Kursus Dalaman
 Semua guru yang menghadiri kursus berkaitan kurikulum dikehendaki memberi taklimat ringkas
kepada Pengetua / Penolong Kanan dan GKMP apabila pulang dari berkursus dengan
menggunakan format minit curai. Minit Curai hendaklah diserahkan bersama-sama surat
panggilan Kursus kepada GKMP untuk pengesahan dan difailkan dalam Fail Panitia untuk rujukan.
 Guru yang menghadiri kursus tersebut dihehendaki berkongsi maklumat dengan guru-guru lain,
khususnya kursus dalaman panitia.
 Bahan kursus yang diperolehi adalah hak sekolah. Guru dikehendaki menyerahkannya kepada
GKMP untuk rujukan panita/ sekolah dan boleh diperbanyakkan untuk guru lain sekiranya perlu.

17.2 Latihan Dalam Perkhidmatan(LDP)
 Dirancang berdasarkan kajian analisis keperluan guru dan anggota kumpulan sokongan (AKS).
 Setiap guru dan AKS dikehendaki mengikuti LDP sekurang-kurangnya 5 hari dalam setahun
(dasar SSM). Oleh itu guru-guru dan AKS dikehendaki mengikuti kursus yang telah dirancang oleh
 pihak sekolah. Guru atau AKS yang tidak hadir dikehendaki memberi surat tunjuk sebab yang
akan difailkan.
 Lawatan ke sekolah yang cemerlang harus diusahakan dan diadakan dalam kumpulan sasaran
yang kecil untuk mendapat maklumat dan perkongsian pintar.

18. 0 KAJIAN TINDAKAN/ LAIN-LAIN PROGRAM RANCANGAN PENINGKATAN BERKAITAN
 GURU
 Semua Panitia mata pelajaran dikehendaki membuat sekurang-kurangnya satu kajian tindakan setiap
 tahun.

Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke PPD/ JPS untuk mewakili sekolah dalam pertandingan
Hari Kualiti peringkat daerah dan negeri.

Kajian tindakan adalah untuk membantu guru-guru mengenalpasti masalah dalam PdP dan sekiranya
tindakan/aktiviti berkenaan menunjukkan terdapat perubahan/peningkatan dalam pencapaian murid, ia
perlu dikongsi dengan guru-guru lain untuk kecemerlangan sekolah.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 52

2.2 Panduan Pengurusan Kurikulum

 Program peningkatan profesionalisma guru dijalankan dikalangan guru dalam panitia yang sama atau
gabungan antara dua atau lebih panitia untuk berkongsi ilmu dan meningkatkan profesionalisma bagi
meningkatkan lagi prestasi pelajar.

 Pelaporan program perlu didokumentasikan.

19.0 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PdP, UJIAN DAN PEPERIKSAAN
 Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Saiz Kertas A4 (semua
komputer telah buat default paper size letter)
 Font : Arial, Saiz : 11
 Margin kertas: Top 2.0cm, Bottom 2.0cm , Left & Right 2.0cm
 Kertas ujian dan peperiksaan sahaja yang dibenarkan dicetak di pejabat sekolah. Sekiranya kertas soalan
ujian/ peperiksaan kurang daripada 80 set, guru-guru dikehendaki fotostat kertas soalan di kedai luar dan
 buat tuntutan kepada pihak sekolah.
Guru-guru diingatkan supaya akur dengan jadual penyediaan dan penghantaran kertas soalan untuk
 dicetak dan disimpan di Bilik Peperiksaan.
 Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak.
Penggunaan mesin fotostat perlu mendapat kebenaran dari Pentabir.

20.0 TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
 Guru-guru mata pelajaran dikehendaki memastikan KPI dicapai mengikut ketatapan yang telah dibuat
oleh sekolah mengikut Pelan Strategik dan KPI sekolah.

 Sehubungan dengan itu guru-guru dikehendaki mempelbagaikan pendekatan PdP dan juga
mengenalpasti murid-murid yang belum menguasai mata pelajaran yang diajar dan seterusnya
merancang program yang sesuai untuk mereka.

21.0 HARI BERTEMU PELANGGAN

 Hari Bertemu Pelanggan diadakan untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru-guru
mengadakan perbincangan mengenai sahsiah dan prestasi murid-murid dalam pembelajaran
berdasarkan ujian/ pentaksiran/ peperiksaan.

 Guru tingkatan hendaklah MENYEDIAKAN perkara-perkara berikut sebaik sahaja selesai ujian/
pentaksiran/ peperiksaan sebagai persediaan Hari Bertemu Pelanggan:
- Kandungan fail EPRD (Rujuk perkara 12.3 di atas).
- Fail Pentaksiran Sekolah (Tingkatan 1 - 3).

22.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
 Penentuan dasar yang ditetapkan oleh pihak sekolah yang selaras dengan arahan KPM tidak akan
berubah sehingga terdapat arahan/ dasar baru yang dikeluarkan oleh KPM.

Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah mengikut keputusan pentadbir
melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 53

2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid

.

2.3 PANDUAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

1. TUGAS GURU TINGKATAN

1.1 PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS v. AJK Perabot
vi. AJK SPBT
a. Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada: vii. AJK Briged Bestari
i. Ketua Tingkatan viii. AJK Mata Pelajaran
ii. Penolong Ketua Tingkatan ix. AJK Kantin
iii. Bendahari
iv. AJK 3K-Kebersihan, Keselamatan,
Kesihatan

b. Memastikan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan:
i. Menyediakan Jadual Tugas Harian untuk
-membersihkan papan putih
-menyapu lantai
-mengelap tingkap
-menyusun kerusi meja
-membuang sampah

ii. Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
a. Jadual Waktu
b. Jadual Tugas
c. Carta Organisasi Kelas
d. Pelan Kedudukan Bilik Darjah
e. Pergerakan Semasa Kecemasan
f. Senarai Nama Guru Bertugas
g. Moto Kelas

iii. Menyerahkan slip kehadiran sebelum 8.30 pagi setiap hari.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 54

2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid

c. Carta Organisasi Kelas
PENYELARAS TINGKATAN

GURU

Ketua Tingkatan,/Penolong ketua Tingkatan/Bendahari/AJK 3K/AJK Kantin/AJK Perabot/AJK Koperasi/AJK
Mata Pelajaran/AJK Bridged Bestari

d. Memastikan AJK 3K dan AJK Perabot sentiasa:
i. mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa ke semasa
ii. memastikan perabot kelas seperti kerusi meja murid, meja guru dan papan putih diinventorikan
iii. memastikan alat pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah dalam
keadaan baik
iv. menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu sentiasa dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.
v. melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru tingkatan

e. Mengadakan tabung kelas dengan jumlah nya terpulang kepada budi bicara murid.
i. Tabung kelas ini bagi tujuan berikut:
 keceriaan kelas dan kebajikan murid
ii. Tabung kelas hendaklah disimpan oleh guru kelas.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 55

2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid

1.2 JADUAL KEDATANGAN MURID(REGISTER)

a. Buku Jadual Kedatangan murid adalah satu dokumen kerajaan. Buku ini merupakan satu dokumen
penting bagi tujuan audit. Guru tingkatan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan semua
butiran di dalamnya diisi dengan lengkap dan menjaganya dengan baik.

b. Sekiranya hilang Guru Tingkatan bertanggungjawab mendapatkannya atau buat semula.

c. Semua maklumat dalam Buku Jadual Kedatangan perlu diisi dengan jelas , cermat dan kemas. Semua
maklumat mestilah ditulis dalam huruf besar dengan menggunakan pen berdakwat hitam. Penggunaan
cecair pemadam adalah dilarang sama sekali. Sekiranya ada kesilapan, Guru Tingkatan hendaklah
memotong kesilapanitu dengan menggunakan pen merah dan pembaris dan ditandatangan.

d. Ketua Tingkatan/Penolong Ketua Tingkatan diminta mengisi Borang Kehadiran Murid semasa murid-
murid berbaris di tapak perhimpunan /di luar bilik darjah setiap pagi. Borang tersebut hendaklah
dimasukkan dalam kotak yang disediakan dai pejabat sekolah.

e. Semua maklumat murid mesti lengkap dan dikemaskini. Maklumat-maklumat adalah seperti berikut:

 Nombor pendaftaran murid
 Nama penuh murid (HURUF BESAR DAN ikut susunan abjad)
 Jantina
 Keturunan
 Agama
 Tarikh lahir, tempat lahir, umur pada 1 Januari
 Nombor surat beranak
 Nombor kad pengenalan
 Tarikh masuk tingkatan
 Jenis dan nombor biasiswa
 Rumah sukan
 Nama sekolah terakhr
 Tarikh masuk sekolah ini
 Nama ibi/bapa/ penjaga
 Pekerjaan ibu/bapa/penjaga
 Nombor telefon pejabat(jika ada)/Nombor telefon bimbit/Nombor telefon rumah. Perkara ini

penting terutama bagi murid-murid tingkatan 3 dan 5. Hal ini adalah kerana murid dan ibu bapa
boleh dihubungi jika tidak sampai ke sekolah tepat pada masanya., semasa PT3 dan SPM serta
ketika kecemasan.
 Tarikh meninggalkan sekolah
 Sebab meninggalkan sekolah
 Nobor surat/Sijil berhenti

f. Kehadiran murid mesti ditanda tiap-tiap hari persekolahan, selewat-lewatnya jam 9.00 pagi dalam Buku
Jadual Kedatangan dan diisikan dalam sistem APDM.

g. Menanda Jadual Kedatangan adalah tanggungjawab Guru Kelas dan murid tidak dibenarkan
menandanya. Sekiranya guru tidak hadir, Penyelaras Tingkatan hendaklah mennandakan kehadiran
murid pada tarikh tersebut.

h. Murid yang balik dengan kebenaran atau dengan permohonan ibu bapa sebelum masa ke -3 dianggap
tidak hadir. Murid yang keluar sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir
pada hari itu(rujuk Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah) – terbitan Kementerian
Pendidikan Malaysia muka surat 59. Oleh itu guru kelas diingatkan supaya jangan menulis jummlah
kedatangan sehingga lepas waktu rehat(kedatangan boleh ditanda dahulu).

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 56

LL 2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal MuridL
L
i. Cara menanda Buku Kedatangan:
 Murid hadir ditanda ( / )
 Murid tidak hadir ditanda ( O )

 Lewat ditanda L dan dikira hadir
 Tidak hadir dengan kebenaran ditanda s dan dikira tidak hadir
 Tidak hadir kerana sakit (ada surat pengesahan daripada doktor ditanda s dan dikira tidak

hadir.
 Tidak hadir kerana mewakili sekolah (ada surat pengesahan) ditanda A dan dikira sebagai

hadir.
 Murid yang balik lepas rehat atas sebab yang munasabah dikira hadir.

j. Guru Tingkatan tidak dibenarkan membawa keluar Buku Jadual Kedatangan Murid daripada pejabat.
k. Semasa menutup Jadual Kedatangan, pastikan semua data/analisis yang dikehendaki dilengkapkan

dengan tepat. Guru Tingkatan dikehendaki menulis nama penuh murid, nombor pendaftaran sekolah dan
butir-butir lain pada setiap bulan.

i. Tuliskan kenyataan cuti di ruang cuti dengan tepat. (Nyatakan jenis cuti)
ii. Guru Tingkatan diminta merujuk Pengetua/Penolong Kanan HEM apabila nama murid, atas

sebab-sebab tertentu hendak digugurkan dari Jadual Kedatangan Murid.
iii. Catat di bahagian belakang Jadual Kedatangan Murid tarikh murid berhenti dan sebab berhenti.
iv. Catat juga di dalam Buku Daftar Murid tarikh murid berhenti dan sebab berhenti.
l. Guru Tingkatan diminta menutup Jadual Kedatanag pada hari terakhir setiap bulan. Ini adalah untuk
memudahkan PK HEM dan Guru Data menyedia Penyata Bulanan.
m. Jika Guru Tingkatan tiada di sekolah pada hari terakhir tersebut, Penyelaras Tingkatan hendaklah
menutup Jadual Kedatangan Murid untuk kelas berkenaan.

1.3 DATA SMM DAN APDM
Pastikan data SMM dan APDM dikemaskini pada bulan Januari dan Jun. Jika ada perubahan, perlu
maklumkan kepada Guru Data dan Guru APDM dengan kadar segera. (Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.6/1995)

a. Kes Ponteng/Tidak Hadir

i. Guru Tingkatan hendaklah sentida menyemak bilangan ketidakhadiran murid. Tindakan segera
harus diambil mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

ii. Surat-surat Amaran ketidakhadiran hendaklah dibuat dalam dua salinan. Guru Tingkatan
mestilah memastikan penghantarannya setelah mendapat tanda tangan PK HEM atau
Pengetua. Satu salinan mesti diserahkan kepada PK HEM untuk fail sekolah dan satu salinan
disimpan oleh Guru Tingkatan. Penghantaran surat adalah sepertidalam carta (Rujuk Panduan
bagi Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia muka
surat 60).

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 57

2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid

b. Untuk mengatasi masalah tersebut guru-guru diminta mengambil langkah-langkah berikut untuk
mengatasi masalah murid ponteng sekolah:

i. Memastikan semua murid yang tidak hadir memberikan surat doktor atau ibu/ bapa/penjaga
dengan tanda tangan yang sah untuk tempoh masa murid itu tidak hadir. Murid yang tidak hadir
selama tiga hari tanpa surat doktor atau surat ibu/ bapa/penjaga, dikehendaki berjumpa dengan
PK HEM atau Pengetua. Sila tanda (S) sekiranya ada surat dan (O) jika tidak memberikan surat
sebelum hujung minggu.

ii. Surat-surat amaran hendaklah dihantar kepada ibu/bapa/penjaga seperti berikut:

SURAT HARI TIDAK HADIR (P)

Amaran Pertama Berturut-Turut Bukan Berturut-Turut
Amaran Kedua
Pada hari ke-3 Pada hari ke-10
Amaran Terakhir (Berdaftar
Akuan Penerima) 7 hari selepas Amaran 10 hari lagi selepas
Buang Sekolah
Pertama Amaran Pertama
Jumlah Hari Tidak Hadir
7 hari selepas Amaran 20 hari lagi selepas

Kedua Amaran Kedua

14 hari selepas Amaran 20 hari lagi selepas

Terakhir Amaran Terakhir

31 hari 60 hari bukan berturut-
turut

iii. Surat untuk tujuan memberitahu ibu/bapa.penjaga murid telah dibuang sekolah hendaklah
ditandatangani oleh Pengetua.

iv. Surat-surat berkenaan boleh didapati di pejabat. Guru Tingkatan diminta mengisi surat ini di
pejabat dan memastikan penghantarannya.

v. Semua tindakan yang telah diambil hendaklah dicatat di ruang berkenaan dalm Buku Jadual
Kedatangan Murid pada tarikh surat amaran dihantar dengan catatan seperti berikut:

AP – Amaran Pertama AK – Amaran Kedua
AT – Amaran Terakhir BS – Buang Sekolah

vi. Semua surat doktor, surat dari ibu bapa/penjaga dan surat keluar kawasan sekolah hendaklah
disimpan dengan baik dalam fail yang telah dibekalkan kepada Guru Tingkatan pada awal sesi
persekolahan. Sila pastikan nama, tingkatan dan tarikh tidak hadir dicatat di dalam surat-surat
amaran. Jika tidak pasti, sila hubungi ibu bapa/penjaga yang berkenaan. Sila susun surat ikut
tarikh dan bulan (kokot semua surat untuk satu bulan bersama-sama untuk kemudahan rujukan
apabila perlu). Sila lengkapkan Daftar Surat Pernyataan Tidak Hadir Murid (lampiran di dalam
fail)

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 58

2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid

c. Buku Pemantauan Kelas
i. Buku kehadiran murid setiap mata pelajaran penting untuk mengesan kehadiran murid pada
setiap mata pelajaran. Guru-guru mata pelajaran mestilah menentukan sama ada murid hadir
pada hari itu dan semuanya verada di dlam kelas.
ii. Jika ada yang ponteng kelas, sila catatkan namanya ad ruang-ruang berkenaan di dalam buku
tersebut. Buku ini mestilah disemak setiap hari oleh Guru Tingkatan supaya guru boleh
mengambil tindakan susulan dan faham akan masalah kelasnya. Buku ini hendaklah dihantar
ke pejabat sebelum sekolah bersurai pada setiap hari.
iii. Penyelaras Tingkatan diminta menyemak buku ini setiap bulan dan menyampaikan laporan
kepada Guru Disiplin/PK HEM.

d. Kad Keluar
i. Untuk memastika tidak ada murid yang berkeliaran, kad keluar mestilah diberikan kepada murid
yang keluar kelas. Murid tidak dibenarkan keluar kelas melainkan atas tujuan rasmi atau kes
kecemasan. Murid tidak dibenarkan keluar kelas pada masa pertama dan terakhir PdPc.
ii. Guru tidak dibenarkan memanggil murid keluar kelas semasa PdPc sedang dijalankan. Jika ada
sebab yang penting, perlu mengisi borang keizinan yang boleh didapati di bilik Guru Disiplin atau
dikeluarkan oleh PK HEM/PK Koku. Borang ini hendaklah ditampal dalam Buku Pemantauan
Kelas.

1.4 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS, BIASISWA DAN LAIN-LAIN BANTUAN
i. Memandangkan semua murid akan dibekalkan dengan buku teks secara percuma, Guru
Tingkatan adalah bertanggungjawab atas semua urusan buku teks dalam kelasnya. Guru0guru
khususnya Guru Tingkatan diminta menegaskan kepada murid bahawa buku-buku yang
dibekalkan ialah pinjaman daripada kerajaan. Sebagai peminjam, buku-buku tersebut mestilah
dikembalikan.
ii. Murid mesti diingatkan supaya menulis nama mereka dalam ruangan yang disediakan,
membalut semua buku pinjaman dan menyimpan buku-buku itu dengan baik. Murid boleh
didenda jika lambat memulangkan buku dan menggantikan dengan buku yang sama jika buku
pinjaman hilang(bukan diganti dengan bayaran harga buku).
iii. Murid mesti diingatkan bahawa buku yang ditinggalkan dimerata tempat akan dirampas dan
tidak akan dipulangkan. Murid perlu menggantikan dengan buku yang sama jika buku pinjaman
dirampas(bukan diganti dengan bayaran harga buku).

1.5 BIASISWA DAN KEBAJIKAN
i. Mengenalpasti murid yang layak menerima biasiswa/bantuan kebajikan dan memaklumkan
kepada Guru Biasiswa/Kebajikan.
ii. Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran dalam kalangan
murid yang mendapat biasiswa/bantuan kebajikan.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 59

2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid

1.6 KUTIPAN SUMBANGAN PIBG DAN BAYARAN MAJALAH
i. Mengutip bayaran untuk Majalah sekolah selepas mendapat kelulusan Pendaftar dan
menggalakkan murid membayar.
ii. Mengutip sumbangan PIBG.
iii. Mengeluarkan resit kepada murid bagi pembayaran yang dibuat.
iv. Menyerahkan wang kutipan serta buku kutipan bayaran Majalah kepada Penolong Kanan.
v. Menyerahkan wang sumbangan PIBG kepada bendahari PIBG.

1.7 PELAN SUSUNAN SETIAP KELAS

Moto Kelas(di atas papan putih)- ________________________

PAPAN KENYATAAN HADAPAN KELAS

Papan Notis – kiri ditampalkan Papan Putih Papan Notis – kanan
berikut: ditampalkan berikut:
Catatkan kehadiran murid kelas
Carta Organisasi setiap hari pada sudut kiri papan Visi dan Misi
Jadual Waktu putih. Matlamat Sekolah
Jadual Tugas Contoh: Tarikh: Pelan Duduk Murid
Pelan Kawad Kebakaran
Kehadiran:

Meja guru

Susunan kelas:

Loker

Sudut Bahasa Sudut Math dan Sudut Go Green Sudut Teknik & Sudut
Sains
Vokasional Kemanusiaan

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 60

2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid

Catatan:

 Meja guru sentiasa di alas, bersih, kemas dan tiada sampah
 Buku Pemantauan Kelas dan Buku Sahsiah Murid berada di atas meja guru
 Kelas hendaklah sentiasa bersih, kemas dan tiada sampah. Perabot yang lebih mesti dimaklumkan

kepada Pegawai Aset. Kerusi dan meja tidak dibenarkan dibawa ke kelas lain atau ke tempat lain. Langsir
mesti sentiasa bersih, kemas dan tidak tertanggal.
 Semua meja kelas mesti sentiasa dikosongkan pada waktu akhir. Beg hanya boleh disimpan dalam meja
untuk hari itu sahaja. Murid dikhehendaki membawa balik buku dana peralatan.
 Buku SPBT yang ditinggalkan akan dirampas dan tidak akan dikembalikan kepada murid.
 Nama murid mesti dilekatkan diatas meja dengan pita selofan di sudut kanan meja.
 Bilangan meja 32 dan kerusi 32 untuk setiap kelas. Meja tidak boleh dibalut dan tidak boleh diconteng.
 Pintu kelas dan tingkap hendaklah ditutup sebelum waktu bersurai pada setiap hari.
 Murid tidak dibenarkan menggunakan kelas selepas waktu tamat persekolahan tanpa kebenaran.

1.8 TUGAS KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN

i. Memastikan kelas sentiasa ceria dan bersih. Pastikan ada jadual tuigas dan semua murid
menjalankan tugas masing-masing.

ii. Memastikan AJK mata pelajaran memanggil guru atau mencari guru ganti selepas 10 minit
permulaan mata pelajaran.

iii. Menghantar kehadiran murid ke pejabat pada setiap hari sebelum pukul 8.00 pagi.

iv. Mengawal disiplin kelas. Tidak mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran rakan keluar kelas.

v. Merekodkan nama murid yang tidak ada dalam kelas dalam Buku Pemantaua Kelas.
Memastikan guru menandatangani buku Rekod Kehadiran.

vi. Memastikan lampu dan kipas dipadamkan sebelum meninggalkan kelas.

vii. Melaporkan kepada guru mata pelajaran dan guru bertugas sekiranya ada murid yang sakit daan
megambil tindakan menghantarnya ke bilik Isolasi jika diperlukan.

xi. Memastikan semua rekod merit demerit diisi oleh guru. Rekod tersebut sulit dan hanya boleh
dilihat oleh ,urid yang terlibat sahaja.

1.9 AJK MATA PELAJARAN

i. Memastikan ada guru dalama kelas waktu PdP. Memanggil guru jika guru lewat masuk.

ii. Mengutip buku latihan untuk guru. Sediakan buku latihan untuk merekodkan hantaran buku.

Nama murid Jenis buku /mata Tarikh
Bil pelajaran

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 61

2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid

2. PENGURUSAN DISIPLIN MURID

2.1 SENARAI SEMAK

BIL JENIS BORANG DOKUMEN TINDAKAN GURU PIHAK
BERTANGGUNGJAWAB

1 Surat kebenaran masuk Kokot dalam buku pemantauan kelas Pengetua/PKHEM/

kelas bagi murid-murid yang PK Koku/ GKMP
datang lambat ke sekolah

2 Maklumat murid sakit -pastikan murid benar-benar sakit dan Guru Bertugas
ingatkan hanya dibenarkan untuk rehat Guru Tingkatan
satu masa sahaja Kaunselor

-murid dibenarkan rehat di bilik Rehat
& Rawat dengan kebenaran guru
bertugas

-menghubungi ibu bapa jika kes serius
dan murid dibenarkan balik

-ibu bapa mengisi borang kebenaran di
pejabat untuk meNgambil anak

3 Kebenaran menggunakan -pastian untuk kecemasan sahaja Guru Dispilin

telefon Gunakan slip kebenaran Guru Tingkatan

menggunakan telefon dari Guru Guru yang
bertanggungjawab
Disiplin

4 Kebenaran keluar kelas -pastikan alasannya benar dan mesti Guru Dispilin
menggunakan kad keluar
Guru Tingkatan
-kalau arahan daripada guru lain, mesti
ada surat kebenaran daripada guru Guru yang
berkenaan bertanggungjawab

-kokotkan surat kebenaran ke dalam
buku kawalan kelas

5 Kebenaran membawa radio/ Pastikan alasannya benar Guru Dispilin
kamera/komputer riba Guru Tingkatan

Guru yang
bertanggungjawab

6 Masalah disiplin anak Rekodkan dalam Fail Disiplin Penegetua/PK HEM/Guru
Disiplin/Guru Tingkatan

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 62

2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid

7 i. Rekod Salah Laku/Buku Rekodkan dalam buku Semua guru
Lembaga Disiplin
Sahsiah (warna kuning) MERIT/DEMERIT (warna kuning)

ii. Rekod Amalan Baik i. semua guru mesti merekod salah
SSDM laku dan amalan baik murid untuk
dimasukkan dalam sistem SSDM

ii. Murid yang masuk kelas lewat,
markah demerit dimasukkan serta
merta.

8 Tindakan Tatatertib/ Diuruskan oleh Lembaga Disiplin
Pengakuan Murid

9 Murid-murid yang Maklumkan kepada semua guru Penyelaras TIigkatan
Guru Disiplin
memerlukan berkenaan Kaunselor
pengawasan/perhatian guru

tingkatan

PK HEM

Pengetua

10 Tindakan tatatertib Buang Diuruskan oleh Lembaga Disiplin Lembaga Disiplin / Penngtua
Sekolah

11 Buku Rekod dan Penilaian Pastikan Ketua Tingkatan Ketua Tingkatan

JKKK(buku jingga/merah mengemaskini buku (guru lain boleh Lembaga Pengawas
jambu) memberi markah kepada guru kelas

untuk perkara seperti kebersihan kelas, Guru Tingkatan
ketepatan waktu, disiplin kelas, dll)

Guru-guru mata pelajaran

PK HEM

12 Buku Pemantauan Kelas -kenalpasti murid yang tidak ada dalam Guru mata pelajaran
(warna biru) kelas

-rekodkan dalam buku

-laporkan kepada guru disiplin

13 Kad keluar kelas Gunakan kad keluar kelas apabila Semua guru
membenarkan murid keluar(murid tidak
dibenarkan keluar apabila tiada guru
dalam kelas)

2.2 PERKARA -PERKARA YANG PERLU DIPATUHI SEMASA MENJALANKAN KUASA DISIPLIN
 Amalkan keadilan - ambil kira ’natural justice’
 Hak untuk didengar - hak bela diri
 Peluang yang diberi harus munasabah – beritahu pertuduhan

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 63

2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid

2.3 FAKTOR-FAKTOR ASAS YANG PATUT DIRANGKUMKAN DALAM DASAR MENGHUKUM
 Beratnya sesuatu kasalahan
 Kes-kes srupa
 Kekerapan kesalahan dan kesungguhan murid yang melakukannya
 Perwatakan dan latar belakang murid yang melakukan kesalahan

2.4 TATACARA MENYELESAIKAN MASALAH DISIPLIN
 Lihat setiap kesalahan secara objektif
 Wujudkan suasana tenanag
 Beri peluang murid buat penjelasan
 Jika murid bersalah, bantu murid menyedari keslahannya
 Masalah disiplin yang ada kaitan dengan keluarga, salahlaku jenayah dan dadah sila
maklumkan kepada Pengetua

2.5 LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
a. Langkah Pertama
 Terima aduan
 Pastikan ada prima facie
 Buat siasatan awal
 Ada percanggahan, hentikan siasatan
 Tidak berpuas hati, buat siasatan awal

b. Langkah Kedua
 Buat kesimpualn daripada bukti
 Beri peluang tertuduh memfailkan kesalahan

c. Langkah Ketiga
 Jika murid menafikannya-beri peluang bela diri
 Pelajar harus jawab tuduhan
 Beritahu tuduhan terhadapnya dengan jelas
 Jelaskan mengapa hukuman tidak boleh diambil

d. Langkah Keempat
 Jika tertuduh memberi keterangan memuaskan, dia bebas, tiada tindakan lanjut

e. Pengakuan/Didapati bersalah
 Pengetua membuat keputisan terhadap hukuman yang hendak dikenakan

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 64

2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid

2.6 PANDUAN TATACARA DISIPLIN MURID
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983)

a. Guru perlu bertindak secara professional. Guru perlu berpegang kepada prinsip; adil, amanah,
jujur, berani, tegas, tidak emosi dan memberi peluang kepada murid membela diri.

b. Guru perlu mempunyai sifat penyayang, penyabar dan bijak dalam menyelesaikan masalah
disiplin.

c. Guru perlu diingatkan jangan sesekali mengorbankan disiplin untuk menjadi popular di
kalangan murid-murid

d. Dalam menjaga disiplin murid, guru diingatkan supaya tidak mengenakan hukuman seperti di
bawah:

i. Hukuman Terhadap Fizikal

 Mengetuk/menyekeh kepala murid
 Menampar
 Mencubit hingga lebam
 Memulas telinga
 Mengenjut/ketuk ketampi beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memegang

telinga
 Mencela/memalukan
 Mendera seperti berlari keliling padag
 Menjenur/lari keliling padang
 Menarik rambut/menarik telinga
 Berdiri lama dalam/luar bilik darjah
 Membelasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
 Menghukum murid secara berkumpulan atas alasan sipesalah enggan mengaku

salah
 Merampas barang tanpa alasan munasabah seperi losen

ii. Hukuman Terhadap Mental dan Emosi

 Gunting rambut sesuka hati
 Berleter
 Gantung tulisan di badan
 Memalukan di khalayak ramai
 Kelas tahana pada waktu rehat atau pulang
 Memaki hamun
 Menyindir
 Conteng muka dengan kapur
 Koyak/mencampak buku latihan
 Mengugut atau mengertak murid
 Tidak menanda buku latihan

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 65

2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid

e. Hanya Pengetua sahaja yang diberi kuasa merotan(murid lelaki sahaja) . Walau bagaimanapun,
Pengetua boleh menurunkan kuasa kepada guru-guru tertentu untuk menjalankan hukuman
merotan.

f. Bagi kes disiplin yang ringan, murid boleh dikenakan tindakan dengan membuat kerja-kerja
sosial atau kerja yang memberui manafaat kepada murid tersebut.

g. Kes-kes disiplin yang berat hendaklah dibawa kepada Mesyuarat Lembaga Tatatertib Sekolah.

h. Setiap guru perlu memiliki, membaca dan memahami isi kandungan buku ’Peraturan Sekolah’

i. Guru dikehendaki melaporkan setiap kes yang mempunyai mata penalti dengan menggunakan
Borang Aduan Salahlaku Murid kepada Unit Disiplin untuk direkod dan diambil tindakan yang
sesuai.

j. Segala maklumat dan salah laku murid adalah sulit.

k. Peringatan dan nasihat mengenai disiplin perlu diberi kepada murid-murid dari masa ke semasa.

l. Semua guru dikehendaki menjadikan Budaya Menegur/ Menasihat sebagai budaya sekolah ini.

m. Guru dilarang membuat sebarang kenyataan media cetak/elektronik mengenai disiplin murid.

n. Sebarang laporan mengenai disiplin ke pihak Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pedidikan
Daerah dan lain-lain perlu melalui Pengetua.

o. Bagi kes-kes tertentu, guru dikehendaki merujuk murid yang bersalah kepada Kaunselor
(dengan menggunakan borang yang disediakan) atau guru Pendidikan Islam (bagi murid-murid
beragama Islam).

p. Bagi kes-kes tertentu, guru dibolehkan menghubungi ibu baa/penjaga/pihak polis/AJK PIBG
untuk membantu mengatasi masalah tersebut.

q. Laporan lengkap disiplin disediakan oleh guru data disiplin dan dihantar ke PPD dan JPNS
(Bahagian Hal Ehwal Murid).

2.7 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN

(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001)

Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah
ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-guru tertentu atau menyerahkannya
kepada Pengetua walaupun masalah ditimbulkan oleh murid adalah masalah remeh temeh. Perkara ini
juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah
di sekolah.

Perkara seumpama ini dipercayai tidak berlaku jika sekiranya semua guru di sesebuah sekolah dapat
menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah
bertanggungjawab dalam hal berkaitan dngan disiplin murid.

i. Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. 8/1968 mengenai tatatertib di Sekolah-
sekolah pada para 5 menyatakan:

 ”… tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib
dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru besar oleh kerana ini akan
menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada guru
besar.”

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 66

2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid

ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975 mengenai Disiplin di sekolah. Peraturan-peraturan Sekolah untuk
Murid-murid pula menyatakan:

 Adalah seperti tuan maklumkan, satu diantara tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas
disiplin ke dalam hati sanubarimurid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru
besar sahaja, bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang demikian
semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah
bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya
perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu
perkara biasa sahaja. Sepatutnya kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada
guru besar untuk mendapat keputusan.”

Oleh hal yang demikian adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukkan dengan
tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin yang tinggi. Bagi
mancapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan
berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dn disiplin
yang baik. Pendekatan-pendekatan berebentuk pencegahan(preventive), didikan(educative),
pembetulan(corrective), dan hukuman(punitive) srta langkan hendaklah dilksanakan terhadap
semua masalah disiplin murid. Guru-guru hendaklah sentiasa mengimbangi semua pendekatan
tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang, simpati, dan empati terhadap masalah yang
dihadapi murid. Sementara itu, kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap
kesalaahn disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua atau guru
besar perlu menyediakan penurunan kuasa terhadap guru-guru untuk melaksanakan hukuman
tersebut.

3. PROSEDUR PERTUKARAN MURID

3.1 PROSEDUR MURID BERPINDAH MASUK SEKOLAH (TINGKATAN 1-5)
Murid melapor diri di pejabat

Penyelaras Tingkatan:
 Beri murid Borang maklumat murid. Murid isi borang-borang tersebut,
 Daftar murid(buku daftar)
 Sediakan satu salinan borang masuk sekolah(BMS) dan mengisikan semua butir yang berkaitan
 Tempatkan murid dalam kelas(isikan tingkatan)
 Hantar/serahkan murid dengan dokumen-dokumen kepada guru tingkatan
 Serahkan satu salinan BMS kepada Penyelaras Data

Guru tingkatan:
 Memasukkan butiran murid ke dalam Jadual Kedatangan Murid
 Key in profile murid kedalam APDM.
 Pastikan murid menerima buku teks atau dibawa dari sekolah asal

Dokumen:

1. salinan KP murid 4. buku rekod kesihatan
2. salinan surat beranak 5. lain-lain dokumen dari sekolah asal.
3. buku kokurikulum

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 67

2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid

3 .2 PROSEDUR MURID BERPINDAH KELUAR
TINDAKAN GURU TINGKATAN:

Guru minta murid lengkapkan Borang Semakan dan kumpul balik
dalam satu minggu

Guru tingkatan serahkan semua dokumen dan salinan keputusan
murid bersama dengan Borang Semakan 1 yang telah lengkap

kepada Penyelaras Tingkatan

Penyelaras Tingkatan serahkan Borang Semakan 1 yang lengkap
kepada pejabat supaya sijil berhenti sekolah boleh disediakan

 Pejabat serahkan Sijil Berhenti Sekolah yang siap kepada
Pengetua untuk ditandatangan

 PK HEM menyerahkan keratan pengesahan murid berpindah
kepda guru data

 Pejabat menyerahkan semua dokumen kepada ibu bapa

Bagi murid T3 dan T5 :
 Serahkan semua dokumen kepada SU peperiksaan untuk

diproses
 SU Peperiksaan menyediakan Borang Berpindah Pusat

Peperiksaan

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 68

2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid

3.3 PANDUAN PERMOHONAN UNTUK BERTUKAR SEKOLAH AKHIR TAHUN OLEH MURID
WARGANEGARA DI DAERAH PETALING (RUJUKAN SEKOLAH)

a. Borang permohonan pertukaran sekolah dikehendaki diisi dengan cara bertaip

b. Permohonan pertukaran sekolah dalam daerah Petaling boleh dibuat mulai cuti sekolah akhir
tahun.

c. Ibu bapa yang ingin memohon pertukaran sekolah untuk anak-anak mereka dikehendaki
mengisi lima salinan Permohonan Pertukaran Sekolah

 Satu salinan – Borang Permohonan Pertukaran Sekolah dikehendaki disimpan di
sekolah untuk rujukan sekolah sebelum dihantar ke PPD

 Empat salinan- Borang Permohonan Pertukaran Sekolah dihantar ke PPD untuk
diproses dan dilampirkan bersama satu salinan dokumen-dokumen berikut yang telah
disemak benar dan disahkan oleh Guru Besar /Pengetua sekolah mengikut susunan
berikut dari atas ke bawah :

i. Empat salinan Borang Permohonan Pertukaran Sekolah
ii. Satu salinan Sijil Kelhiran Murid(rendah dan menengah)
iii. Kad Pengenalan Murid(menengah sahaja)
iv, Satu salinan bil air/elektrik ATAU satu salinan Surat Perjanjian Sewaan yang

disahkan (jika rumah sewa)

v. Satu salinan slip keputusan:

 UPSR-bagi murid Tahun 6 ke Tingkatan 1
 PT3-bagi murid Tingkatan 3 ke Tingakatn 4
vi. Satu salinan surat nikah/perakuan pendaftaran perkahwinan ibu bapa

vii. Satu surat hak penjagaan sekiranya berpisah/bercerai/tidak dijaga oleh ibu
bapa yang sah

d. Maklumkan kepada ibu bapa murid bahawa Borang Permohonan Pertukaran Sekolah Dalam
Daerah Petaling pada akhir tahun hanya boleh dihantar melalui sekolah dan ibu bapa diminta
jangan membawa sendiri borang permohonan ke PPD.

e. Borang Permohonan Pertukaran Sekolah Dalam Daerah Petaling yang sudah diproses aka
diserah balik ke sekolah asal. Ibu bapa diminta mendapat keputusan pertukaran daripada
sekolah dan bukan dari PPD pada minggu kedua Disember.

f. Ibu bapa yang memohon pertukaran sekolah antara daerah/negeri diminta membawa Borang
Permohonan Pertukaran Sekolah ke daerah atau negeri masing-masing untuk diproses.

g. Pengetua dikehendaki menyemak dan memastikan semua butir yang diisi dalam Borang
Permohonan Pertukaran Sekolah adalah lengkap dan benar sebelum menurunkan tandatangan.

h. Borang permohanan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke PPD Petaling pada setiap hari
Jumaat setiap minggu.

i. Pertukaran untuk Tingkatan 4 hanya akan dibuka selepas kputusan PT3

j. Bagi pertukaran Luar Daerah/Luar Negeri

 Ibu bapa/penjaga diminta menghantar borang pertukaran terus ke PPD yang
berkenaan.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 69

2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid

4.0 PANDUAN TUGAS GURU

4.1 TUGAS GURU PENYELARAS TINGKATAN
a. Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam tingkatan di bawah jagaannya.
b. Kuota murid mengikut kaum mesti dipatuhi. Pengetua/Penolong Kanan mesti dimaklumkan.
c. Menerima kemasukan murid baru dan membuat penempatan mengikut kelulusan dan
minat/aliran bagi murid Tingkatan 4 dan 5.
d. Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku teks bantuan kerajaan(SPBT).
e. Membantu PK HEM dan Guru Biasiswa memilih murid yang layak untuk diberi bantuan/biasiswa.
f. Maklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan tentang jumlah murid dalam setiap kelas dari
masa ke semasa
g. Penyelaras Tingkatan 4 sekaligus bertindak sebagai penyelaras peperiksaan dalaman dan OT3
yang terlibat.
h. Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan dalaman dan PT3
i. Bekerjasama dengan penyelaras peperiksaan bagi meneyediakan bilik-bilik peperiksaaan dan
membantu menguruskan perjalanan ujian dan peperiksaan sekolah
j. Berada di sekolah pada hari orientasi murid Tingkatan 1 dan membantu guru Tingkatan 1untuk
menguruskan kemasukan murid.
k. Memeastikan guru tingkatan memeberi nombor pendaftaran dan memasukkan butir-butir murid
dalam Buku Pendaftran.
l. Bertanggungjawab menjaga dan menguruskan Buku Pendaftaran Muris. Buku ini mesti
disimpan di pejabat.
m. Menyemak Jadual Kedatangan Murid dari masa ke masa dan memastikan guru tingkatan
menutup Jadual Kedatangan Murid pada hari terakhir setiap bulan.
n. Menjakankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

4.3 TUGAS GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN
a. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 30 minit sebelum persekolahan
bermula dan pulang sekurang-kurangnya 30 minit setelah sekolah berakhir.
b. Bertugas di kedua-dua pintu masuk sekolah seekurang-kurangnya jam 7.00pagi setiap hari.
c. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu , kipas
dan tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
d. Membantu Guru Pengawas Disiplin mengawasi didsiplin murid di luar waktu belajar seperti
waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan
mengambil tindakan segera dan munasabah jika perlu.
e. Mengawasi kebersihan bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 70

2.3 Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid

f. Memantau kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
g. Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghubungi ibu bapa /pengaja menghantar

mereka ke rumah sakit/ hospital.
h. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon.
i. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa

pertukaran guru.
j. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
k. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawal harta benda

sekolah.
l. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan unit beruniform dan

aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
m. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu

persekolahan ke dalam Borang Laporan Bertugas. Antara perkara yang dicatat:
 Kedatangan murid, guru dan staf sokongan
 Murid ponteng, tidak hadir, sakit
 Lawatan/pelawat
 Ucapan/pengumuman penting dalam perhimpunan
 Melaporkan kerosakan pada bangunan dan sebarang kejadian di kawasan sekolah
dengan kadar segera

n. Membuat laporan di adalam Borang Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan
terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil.

o. Makluman berkaitan Perhimpunan:
 Memastikan guru dan murid menghadiri perhimpunan
 Memastikan bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru disediakan
 Memastikan murid telah beratur dengan kemas
 Laporan tambahan mengenai ucapan Penegtua/Penolong Kanan hendaklah ditulis
dalam Borang Khas Mengenai Perhimpunan.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 71

2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum

.

2.4 PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM

1. DASAR UTAMA KOKURIKULUM

PERTAMA:

KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.” (Subperaturan
3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. “Matlamat gerakerja kokurikulum yang
dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-
kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan
sukan atau permainan.” {Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}.
KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola
kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. “Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan
keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah.” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
1/1985.).
KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang
lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid
peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari
di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}.
KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada
unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan
murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

KEENAM

“Kegiatan kokurikulum hendaklah dirancang dengan teratur dan teliti sepertimana perancangan untuk aktiviti-
aktiviti kurikulum dan dilaksankan dengan cekap dan berkesan. Bagi memantapkan pelaksanaan kegiatan
kokurikulum di sekolah maka peruntukan waktu minimum berikut hendaklah dipatuhi: Sekolah rendah (Tahun 3 &
4) – 60 minit seminggu,

(Tahun 5 & 6) – 120 minit seminggu. Sekolah menengah (Jurusan Teknik & Vokasional) – 120 minit seminggu,
(Sekolah Menengah Harian, SBP, SMA dll) – 180 minit seminggu. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2007 bertarikh
15 Januari 2007).

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 72

2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum

2. DASAR SOKONGAN

1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah
menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk
masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang
menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan
menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985,
KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota
masyarakat setempat. {Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian
Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid
juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari
semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.”
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid
semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa
yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan
bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara
menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).

6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang
perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum
di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi
hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

7. “KPM amat memahami bahawa dalam keadaan tertentu, terdapat situasi guru perlu menggunakan
kenderaan sendiri untuk membawa murid bagi urusan rasmi KPM di luar Kawasan sekolah. Bagi
mengelakkan sebarang implikasi yang memberi kesan terhadap kebajikan, keselamatan dan
kesejahteraan guru dan murid dalam hal penggunaan kenderaan sendiri oleh guru untuk membawa murid
bagi urusan rasmi KPM di luar kawasan sekolah, prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan
hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh semua pengetua, guru besar atau pentadbir sekolah.” (Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2019)

8. “KPM telah memutuskan supaya semua sekolah hendaklah melaksanakan pemakaian pakaian
kokurikulum setiap minggu pada hari persekolahan dan menganjurkan perhimpunan kokurikulum pada
setiap bulan mengikut garis panduan pelaksanaan dasar ini.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2007)

3.0 SENARAI PERSATUAN/ KELAB, KELAB PERMAINAN/ SUKAN DAN BADAN BERUNIFORM

Semua murid wajib menyertai TIGA aktiviti kokurikulum:
i) satu dari setiap kumpulan; iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C.
ii) rumah sukan ditetapkan untuk semua murid mengikut nombor pendaftaran sekolah.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 73

2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum

Kumpulan A: Persatuan dan Kelab 10 Kelab Orkestra & Angklung
1 Persatuan Bahasa Melayu 11 Kelab Koir
2 Persatuan Bahasa Inggeris 12 Kelab Eco Rangers
3 Persatuan Sejarah & Rukunegara 13 Kelab Skim Pinjaman Buku Teks
4 Persatuan Pendidikan Seni 14 Kelab Kerjaya
5 Persatuan Pendidikan Islam & Nasyid 15 Kelab Penggerak Digital -Komputer
6 Kelab STEM 16 Kelab Leaderonomics
7 Kelab Fotografi 17 Kelab Koperasi
8 Kelab Interact* 18 Program Usahawan Muda*
9 Kelab Kebudayaan

Kumpulan B: Kelab Permainan/Sukan 8 Kelab Sofbol
1 Kelab Badminton 9 Kelab Tenis
2 Kelab Bola Jaring 10 Kelab Ping Pong
3 Kelab Bola Baling 11 Kelab Bola Keranjang
12 Kelab Petanque
4 Kelab Olahraga 13 Kelab Dodgeball
5 Kelab Sorak 14 Kelab Sukan Elit (Skuasy, Renang,
6 Kelab Memanah
7 Kelab Catur Gimnastik, Bowling, Golf dll)

Kumpulan C: Badan Beruniform 8 Pandu Puteri Remaja Pasukan 7
1 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 9 Pandu Puteri Renjer Unit Ke 5
2 Kadet Bomba 10 Pandu Puteri Renjer Unit Ke 29
3 Kadet Remaja Sekolah 11 Pandu Puteri Renjer Unit Ke 30
4 Kor Kadet Polis 12 Pergerakan Puteri Islam Malaysia
5 Pandu Puteri Remaja Pasukan 1 13 St. John Ambulans
6 Pandu Puteri Remaja Pasukan 2 14 Taekwondo
7 Pandu Puteri Remaja Pasukan 3

* Untuk murid-murid Tingkatan 4 dan 5 sahaja

Penjadualan Aktiviti Kokurikulum MASA KOMPONEN
JADUAL 2.00pm – 5.00 pm Kelab/ Persatuan
2.00pm – 5.00 pm Badan Beruniform
Mengikut giliran mingguan 2.00pm – 5.00 pm Kelab Sukan/ Permainan

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 74

2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum

4.0 RUMAH SUKAN 3. Topaz
4.1 NAMA RUMAH SUKAN 4. Ruby
1. Sapphire
2. Emerald

4.2 CARA MENENTUKAN RUMAH SUKAN (UNTUK MURID BARU)

1. Ambil 2 angka terakhir nombor pendaftaran kemasukan sekolah murid berkenaan
dan bahagikan dengan 4.

2. Sekiranya tiada baki, rumah sukan murid itu ialah SAPPHIRE
Contoh: …16 dibahagikan 4 = 4 dan baki 0

3. Sekiranya baki 1, rumah sukan murid itu ialah EMERALD
Contoh: …17 dibahagikan 4 = 4 dan baki 1

4. Sekiranya baki 2, rumah sukan murid itu ialah TOPAZ
Contoh: …18 dibahagikan 4 = 4 dan baki 2

5. Sekiranya baki 3, rumah sukan murid itu ialah RUBY
Contoh: …19 dibahagikan 4 = 4 dan baki 3

** Jika seorang murid yang telah diberi nombor pendaftaran sekolah semasa mendaftar, bertukar sekolah dan kemudian
kembali semula ke SMK(P) Sri Aman, muird tersebut mesti diberi semula nombor pendaftaran yang lama dan rumah sukan
yang sama semasa beliau mula-mula mendaftar.

** Pihak sekolah boleh menggunakan budi bicara supaya kakak dan adik mendapat rumah sukan yang mempunyai hari
latihan yang sama bagi memudahkan urusan pengangkutan murid tetapi permohonan perlu dibuat kepada guru kelas
semasa hari pertama persekolahan.

CATATAN:

Hari latihan Rumah Sukan adalah secara bergilir setiap tahun

Masa: 3.00 – 5.00 petang

TAHUN HARI RUMAH SUKAN
2020
2021 Isnin Ruby & Topaz
2022 Selasa Sapphire & Emerald
2023 Isnin Sapphire & Emerald
2024 Selasa
2025 Isnin Ruby & Topaz
Selasa Ruby & Topaz
Isnin Sapphire & Emerald
Selasa Sapphire & Emerald
Isnin Ruby & Topaz
Selasa Ruby & Topaz
Isnin Sapphire & Emerald
Selasa Sapphire & Emerald
Ruby & Topaz

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 75

2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum

5.0 MANUAL PENGGUNA SISTEM E-STRIP

PROSES PERMOHONAN LAWATAN SEKOLAH ATAS TALIAN
1. Bagi masuk ke Sistem sila login melalui url http://lawatan.com

2. Pilih Pejabat Pendidikan Daerah – PETALING UTAMA
3. Pilih jenis lawatan - Dalam Negara atau Luar Negara
4. Log masuk pengguna ke dalam sistem dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata laluan yang

telah didaftarkan oleh Admin dan diserahkan kepada pihak sekolah, dan klik butang “Log Masuk”.
ID PENGGUNA : BEB8655
PASSWORD: SRIAMAN

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 76

2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum

5. Seterusnya kemaskini maklumat

(Hanya No. telefon dan emel boleh dikemaskini)
6. Kemaskini kata laluan (JANGAN TUKAR KATA LALUAN BAHARU)

7. Muaturun 4 jenis borang

*Simpan dalam thumbdrive, isi semua borang dan save dalam thumdrive
SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 77

2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum

8. Muaturun Surat Pekeliling (sebagai rujukan sahaja – jika perlu)

9. Klik Permohonan Baharu
10. Pilih aliran – PERDANA

11. Pilih Kategori Jenis Lawatan yang ingin dipohon Lawatan Sambil Belajar, Perkhemahan luar
sekolah, Jemputan Agensi Luar atau Pdp Luar Bilik Darjah/Motivasi/Bengkel/Kursus/Lain-lain.
Seterusnya klik “Next”

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 78

2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum

12. Kemudian sila masukkan Maklumat Perincian Lawatan , Semua maklumat merupakan medan
wajib perlu di isi. Seterusnya klik “Next

13. Setelah semua maklumat diisi, maklumkan kepada Pengetua untuk semakan dan disahkan secara
atas talian.

14. Pilih Penghantaran dokumen sama ada penghantaran melalui e-Strip atau
e-mel
PENGHANTARAN MELALUI E-STRIP ( perlu upload segala dokumen dengan menggunakan
format .pdf, seterusnya klik “hantar”.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 79

2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum

PENGHANTARAN MELALUI EMAIL (Segala dokumen berkaitan perlu diemailkan ke ppdpu dan ,
seterusnya klik “hantar”)

15. Satu paparan akan dihantar dengan menyatakan permohonan telah Berjaya dihantar.
16. Sila semak status permohonan dari semasa ke semasa.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 80

2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum

Permohonan lawatan boleh dilihat di status permohonan
Disemak dan diproses
Belum disemak dan diambil tindakan
telah disemak dan permohonan ditolak

17. Setelah Permohonan diluluskan menu cetak surat dan Laporan Lawatan akan dipaparkan.

18. Sila cetak surat untuk digunakan semasa lawatan.

19. Laporan lawatan hendaklah dihantar dalam tempoh 14 hari selepas lawatan dan di upload 2 keping
gambar sewaktu lawatan dijalankan

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 81

2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum

20. Satu paparan akan dipaparkan sebagai pengesahan laporan lawatan telah dihantar dan laporan boleh
dicetak untuk rujukan dan simpanan.

● SEMUA PERMOHONAN MESTI DIKEMUKAKAN 5 MINGGU SEBELUM
LAWATAN/PROGRAM/AKTIVITI. PERMOHONAN YANG TIDAK MEMENUHI SYARAT 5 MINGGU,
PERLU DIBUAT SECARA MANUAL DENGAN LAMPIRAN SURAT JEMPUTAN/ BUKTI MAKLUMAN
LEWAT

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 82

.

SMK(P) SRI AMAN, PETALING JAYA
REKOD PENCAPAIAN KOKURIKULUM TAHUN ................

BADAN BERUNIFORM: .........................................................................................................................
GURU PENASIHAT: …………………………………………………

PERTANDINGAN/ TARIKH/ KOS/ PERINGKAT NAMA PESERT
ANJURAN TEMPAT SUMBER (DAERAH/ NEGERI/
KEBANGSAAN/
ANTARABANGSA)

*SERTAKAN SALINAN SEMUA SIJIL YANG DIPEROLEHI DAN SEKURANG-KURANGNYA 4 GAMBAR S

2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum

WARNA UNGU
PENYELARAS BADAN BERUNIFORM

………………………………………………………..

TA TING. NO. K/P KEMENANGAN

SEBAGAI BUKTI.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 83

SMK(P) SRI AMAN, PETALING JAYA
REKOD PENCAPAIAN KOKURIKULUM TAHUN .....................

PERSATUAN/ KELAB: .........................................................................................................................
GURU PENASIHAT: …………………………………………………

PERTANDINGAN/ TARIKH/ KOS/ PERINGKAT NAMA PESERT
ANJURAN TEMPAT SUMBER (DAERAH/ NEGERI/
KEBANGSAAN/
ANTARABANGSA)

*SERTAKAN SALINAN SEMUA SIJIL YANG DIPEROLEHI DAN SEKURANG-KURANGNYA 4 GAMBAR S

2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum

WARNA HIJAU
PENYELARAS KELAB/ PERSATUAN

……………………………………………………….

TA TING. NO. K/P KEMENANGAN

SEBAGAI BUKTI.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 84

SMK(P) SRI AMAN, PETALING JAYA
REKOD PENCAPAIAN KOKURIKULUM TAHUN ..................

SUKAN/PERMAINAN: .........................................................................................................................
GURU PENASIHAT: …………………………………………………

PERTANDINGAN/ TARIKH/ KOS/ PERINGKAT NAMA PESERT
ANJURAN TEMPAT SUMBER (DAERAH/ NEGERI/
KEBANGSAAN/
ANTARABANGSA)

*SERTAKAN SALINAN SEMUA SIJIL YANG DIPEROLEHI DAN SEKURANG-KURANGNYA 4 GAMBAR S

2.4 Panduan Pengurusan Kokurikulum

WARNA BIRU
PENYELARAS KELAB SUKAN/ PERMAINAN

……………………………………………………….

TA TING. NO. K/P KEMENANGAN

SEBAGAI BUKTI

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 85

3.1 Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran

BAB 3 - MANUAL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

3.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH

3.1.1 JAWATANKUASA PENTADBIR SEKOLAH & PANEL PEMBANGUNAN SUMBER
MANUSIA

Senarai Tugas
1. Menjadi Badan Tertinggi Sekolah memainkan peranan sebagai tempat rujukan.
2. Merancang pembangunan fizikal sekolah serta kawasan sekolah.
3. Merancang pembangunan akademik, kokurikulum dan sekolah.
4. Bertugas sebagai jawatankuasa bertindak segera ke atas sesuatu isu semasa yang timbul daripada

perjalanan sekolah meliputi akademik, kokurikulum, sahsiah dan lain-lain.
5. Menyelaras segala program yang dirancang pelaksanaannya.
6. Merancang Takwim Sekolah.
7. Memastikan pelaksanaan semua program yang dirancang mengikut jadual.
8. Merancang ABM (Anggaran Belanja Mengurus) pembangunan dan kecemerlangan sekolah (Perancangan

Strategik, Visi dan Misi)
9. Memastikan data perjawatan staf sentiasa dikemaskinikan.

3.1.2 JAWATANKUASA KEBITARAAN
Senarai Tugas
1. Merancang program pembangunan bagi bidang-bidang kebitaraan sekolah.
2. Mengambil bahagian program yang sesuai yang ditawarkan kepada sekolah.
3. Melaksana, menilai, memantau dan membuat penambahbaikan bagi program-program yang dirancangkan

dari masa kesemasa dan juga bagi program yang disertai.
4. Membuat pelaporan bagi program-program yang dilaksanakan atau yang disertai.

3.1.3 JAWATANKUASA INTEGRITI / KEUTUHAN
Senarai Tugas
1. Mengenalpasti guru dan AKP yang melanggar peraturan pegawai awam.
2. Mengadakan perbincangan khas bagi menangani tingkah laku guru dan AKP yang melanggar peraturan

pengawai awam.
3. Memutuskan tindakan yang dikenakan kepada guru dan AKP terlibat.
4. Menjaga kebajikan guru dan AKP diutamakan.
5. Memastikan urusan kenaikan pangkat guru dan AKP diurus tepat pada masanya.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 86

3.1 Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran

3.1.4 JAWATANKUASA KEWANGAN

Senarai Tugas
1. Membantu Pengetua mengawasi, mengesan dan menyelia semua urusan kewangan dan akaun supaya

berjalan lancar dan menepati kehendak Akta Prosedur Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan,
Pekeliling, Surat Pekeliling dan Tatacara yang berkaitan dalam bidang:
i. Pengurusan Perbelanjaan
ii. Pengurusan Perakaunan
iii. Pengurusan pungutan dan tunggakan hasil
v. Penyediaan dan pembentangan penyata kewangan dan laporan tahunan sekolah.

2. Membantu Pengetua meneliti dan mengambil tindakan susulan terhadap Laporan Audit.
3. Merancang latihan untuk AKP yang mengurus hal-hal pengurusan kewangan.
4. Mengadakan mesyuarat empat kali setahun yang boleh membantu jawatankuasa mengesan dan mengawasi

operasi kewangan dan perakaunan dengan lebih berkesan.
5. Memastikan semua pembelian/pembayaran dibuat mengikut peraturan kewangan (nota minta, pesanan

tempatan, invois/bil, baucar dan cek)
6. Menyelenggara dan mengurus perbelanjaan dan pembayaran.
7. Menyempurnakan segala persediaan untuk audit akaun sekolah.
8. Menjadi AJK Lembaga Tender/ Sebut Harga Sekolah dan memastikan stok dikemaskinikan.
9. Mengawasi pembelajaran dan mematuhi prosedur kewangan untuk mengelakkan audit

berteguran.

3.1.5 JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN DAN BANGUNAN

Senarai Tugas
1. Mengadakan mesyuarat 4 kali setahun.
2. Membaca dan memahami pekeliling/surat pekeliling yag berkaitan dengan pengurusan Aset Alih dan Aset

Tak Alih yangg diedarkan dari masa ke semasa.
3. Memastikan semua aset alih yang diterima dan direkodkan serta dilabelkan.
4. Memeriksa keadaan aset alih 2 kali setahun dan menyediakan pelaporan keadaan aset alih tersebut.
5. Memastikan aset alih yang tidak boleh digunakan lagi dan tidak sesuai untuk diselenggarakan atau

dilupuskan.
6. Membuat siasatan sekiranya berlaku kes kecurian atau kehilangan.
7. Mengemukakan lapaoran kepada Pengetua.

3.1.6 JAWATANKUASA PERKEMBANGAN PROFESIONALISMA

Senarai Tugas
1. Merancang kursus latihan personel secara makro bersama pentadbir berdasarkan TNA guru sekurang-

kurangnya 5 hari setahun.
2. Mengenal pasti kursus dalaman yang sesuai diadakan untuk guru.
3. Membuat catatan/laporan ceramah serta menyediakan dokumentasi.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 87

3.1 Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran

4. Menguruskan surat-menyurat/bayaran dengan penceramah jemputan.
5. Memastikan semua guru melengkapkan esplgKPM.
6. Menyediakan laporan LDP dan menghantar maklumat LDP Guru ke PPD apabila diminta.
7. Menyediakan Sijil Kehadiran pada akhir tahun (Setahun sekali) dengan menyatakan tarikh kursus, nama

kursus dan tempoh masa kursus.
8. Menyediakan Sijil Penghargaan kepada para penceramah.
9. Meminta guru mengisi borang penilaian program/kursus.
10. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh KPM, JPN dan PPD
11. Bertanggungjawab untuk mengenalpasti keperluan, merancang, melaksanakan latihan dalaman (PLC) bagi

meningkatkan prestasi dan kompetensi guru dan staf sokongan selaras dengan dasar pembangunan sumber
manusia mengikut MODUL PPGB.
12. Merancang fasa orientasi, fasa pementoran dan mengadakan latihan.
13. Memberi sokongan berterusan terhadap pembangunan profesionalisme guru dan mengadakan
perbincangan serta refleksi dengan guru Mentor dan Guru Baharu.
14. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

3.1.7 JAWATANKUASA JARINGAN & JALINAN

Senarai Tugas
1. Merancang untuk menjalin kerjasama dengan badan kerajaan dan badan bukan kerajaan, Institut

Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta di dalam dan di luar negara , komuniti sekitar
demi kebajikan dan kepentingan murid.
2. Membuat permohonan dan menyediakan kertas kerja bagi aktiviti/ program yang dirancang.
3. Mendapatkan kelulusan dari bahagian yang berkenaan.
4. Melaksanakan aktiviti/program yang telah mendapat kelulusan pada tempoh yang dibenarkan.
5. Mengambil bahagian aktiviti/ program yang dianjurkan oleh pihak badan kerajaan, badan bukan kerajaan,
Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta, komuniti sekitar dan lain-lain.
6. Menyediakan pelaporan dan dokumentasi dalam tempoh 2 minggu dari selesainya aktiviti/program yang
disertai.

3.1.8 JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH/DATA

Senarai Tugas
1. Mengadakan dan menyelaras mesyuarat penyelarasan data 4 kali setahun serta mendokumenkan minit

mesyuarat berkenaan.
2. Memastikan data sentiasa di kemaskini.
3. Mengaplikasikan data untuk tujuan kajian dan penyelidikan dan keperluan PPD/JPN.
4. Menyimpan dan merekod data di tempat selamat dan mudah diakses mengikut keperluan.
5. Memastikan data selamat dari akta kerahsiaan.
6. Menghadiri mesyuarat luar apabila diminta.
7. Memberi data yang diperlukan dari semasa ke semasa.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 88

3.1 Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran

3.1.9 JAWATANKUASA SKPMg2

Senarai Tugas
1. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
2. Melengkapkan elemen-elemen SKPMg2 pada bulan April setiap tahun untuk mendapatkan keputusan

penarafan sekolah secara online.
3. Mendokumentasikan keputusan Penarafan Sekolah dan membuat 2 salinan. Satu salinan untuk

penyimpanan pengetua.
4. Menjelaskan keputusan Rumusan SKPM kepada semua guru dan melakukan penambahbaikan.

3.1.10 MAJLIS SUKAN SEKOLAH

Senarai Tugas
1. Merancang pembangunan fizikal sukan sekolah.
2. Menyediakan kemudahan fizikal sukan yang berkualiti.
3. Memastikan setiap kemudahan fizikal sukan berada dalam keadaan baik dan boleh diguna pakai.
4. Melaporkan setiap kerosakan dan kecacatan fizikal sukan kepada pihak yang berkenaan untuk dibaikpulih.
5. Memastikan kemudahan fizikal sukan sekolah mencukupi mengikut jumlah murid.
6. Menentukan agihan tugas kepada guru mengikut aktiviti sukan dan permainan.
7. Menentukan jumlah guru yang diperlukan untuk setiap aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan dan

disertai.
8. Memastikan agihan tugas yang diberikan dilaksanakan dengan sebaiknya.
9. Menguruskan penyertaan pasukan dan peserta dalam sesuatu pertandingan sukan dan permainan

3.1.11 JAWATANKUASA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK)

Senarai Tugas
1. Memastikan amalan sistem pengurusan kualiti yang mengikut tatacara sistem pengurusan kualiti MS ISO

9001:2008 diamalkan.
2. Memastikan pelaksanaan SPSK berdasarkan 3 peringkat dokumen iaitu Manual Kualiti, Prosedur Kualiti

dan Dokumen serta Rekod Kualiti/ dokumen yang tepat digunakan dalam berdasarkan standard yang
ditetapkan.
3. Memastikan dokumen kualiti yang digunakan adalah yang terkini.
4. Melaksanakan penilaian/ audit kendiri terhadap pengurusan SPSK.
5. Melaporkan sebarang ketidak akuran penggunaan dokumen kualiti.

3.1.12 JAWATANKUASA PEMBESTARIAN SEKOLAH

Senarai Tugas
1. Menyediakan senarai semak dan jadual kerja pelaksanaan program untuk pemantauan.
2. Membincang dan menyediakan Anggaran Belanja Mengurus untuk pelaksanaan program.
3. Merancang kemudahan sokongan prasarana ICT di bilik guru, kantin, bilik-bilik khas dan perpustakaan.
4. Melaksanakan arahan pentadbir dari semasa ke semasa.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 89

3.1 Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran

3.1.13 JAWATANKUASA KOPERASI SEKOLAH

Senarai Tugas
1. Merancang pembangunan koperasi yang tersusun menurut nilai-nilai dan prinsip koperasi bagi

menyumbang kearah pembangunan sekolah.
2. Memastikan akauan koperasi yang lengkap dan sempurna.
3. Memastikan kedudukan kewangan koperasi adalah kukuh dan sistem operasi adalah selamat.
4. Memastikan aduan yang diterima mengenai koperasi diambil tindakan dan diselesaikan dalam

tempoh 21 hari berkerja.
5. Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk koperasi menjalankan aktiviti.
6. Mentadbir pendaftaran dan pembatalan koperasi.

3.1.14 JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAF SEKOLAH

Senarai Tugas
1. Membuat perancangan untuk tujuan kebajikan guru-guru dan staf.
2. Merancang Majlis Akhir Tahun dan Hari Guru.
3. Mengurus majlis persaraan guru, guru berpindah ddan sebagainya.
4. Menguruskan sumbangan kebajikan untuk guru dan staf yang ditimpa musibah atau kemalangan atau

kematian.
5. Membimbing guru pelatih memahami sekolah sebagai institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik

darjah.
6. Membimbing guru pelatih memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan

bilik darjah.
7. Mengemukakan laporan bertulis kepada Pengetua untuk setiap aktiviti dan program.

3.1.15 JAWATANKUASA PENGURUSAN PEJABAT

Senarai Tugas
1. Memastikan pejabat dibuka dan ditutup mengikut masa bekerja yang telah ditetapkan.
2. Memantau dan mengurus selia urusan perkhidmatan dan perjawatan..
3. Memantau dan mengurus selia urusan kewangan dan stok.
4. Memantau dan mengurus selia urusan pentadbiran.
5. Membantu memantau dan mengurus selia urusan kawalan keselamatan.
6. Membantu memantau dan mengurus selia urusan urusan kerja pembersihan.
7. Menguruskan surat-surat dan email.
8. Menjaga keselamatan fail-fail dan semua peralatan di pejabat
9. Menguruskan borang-borang yang terdapat di pejabat.
10. Memastikan pejabat sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.
11. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh pentadbir dari masa ke semasa.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 90

3.1 Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran

3.1.16 JAWATANKUASA PERANCANGAN STRATEGIK

Senarai Tugas
1. Merancang dan menyediakan Perancangan Strategik sekolah.
2. Menentukan KPI sekolah bagi setiap bidang.
3. Memantau dan menyelia perancangan strategik bagi setiap bidang.
4. Menilai prestasi dan merancang penambahbaikan bagi setiap bidang.
5. Melaporkan prestasi setiap program dalam mesyuarat guru.
6. Menjilidkan semua bahagian perancangan strategik setelah tamat bagi sesuatu tempoh.

3.1.17 JAWATANKUASA KEBERSIHAN DAN KAWALAN KESELAMATAN

Senarai Tugas
1. Merancang program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan di sekolah.
2. Menyelaraskan aktiviti/program kebersihan sekolah dengan agensi-agensi yang berkaitan.
3. Menentukan keperluan kebersihan untuk kesejahteraan murid.
4. Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Kebersihan.
5. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan serta penilaian kebersihan.
6. Mengkaji dan menilai program kebersihan secara berterusan.
7. Menyediakan pelan kontigensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti banjir, jerebu, keracunan

akanan dan lain-lain.
8. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas kebersihan sekolah dipatuhi oleh syarikat

kebersihan sekolah.
9. Menyediakan pelan kontigensi bagi menghadapi krisis dan bencana alam.
10. Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Keselamatan.
11. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid dan sekolah.
12. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas keselamatan sekolah dipatuhi oleh syarikat kawalan

keselamatan sekolah.
13. Menyediakan pelaporan berkala
14. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

3.1.18 JAWATANKUASA DIALOG PRESTASI, DOKUMENTASI DAN MESYUARAT GURU

Senarai Tugas
1. Mencatat minit mesyuarat / Dialog Prestas) dan menyediakan minit 2 hari selepas mesyuarat / Dialog

Prestasi.
2. Menyerahkan draf minit mesyuarat kepada Pengetua/Penolong Kanan untuk semakan.
3. Membuat pembetulan (setelah disemak) dan menyediakan minit untuk diedarkan kepada semua guru, 3

hari sebelum mesyuarat supaya tindakan boleh diambil.
4. Menyediakan maklum balas dengan menggunakan borang PK07 (3).
5. Memastikan bilik mesyuarat disediakan lengkap dengan siaraya & berada dalam keadaan bersih.
6. Memastikan papan-papan tanda kenyataan di bilik mesyuarat diselenggara dengan kemas, bersih dan

ceria.
7. Mengambil kehadiran guru semasa mesyuarat dengan menggunakan borang PK07 (2).

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 91

3.1 Jawatankuasa Pengurusan Dan Pentadbiran

8. Merekodkan edaran dalam PK07 (1).
9. Mengisi buku penggunaan bilik mesyuarat.
10. Menelefon guru-guru yang tidak menghadiri mesyuarat dengan ssegera untuk mendapatkan sebab

ketidakhadiran.
11. Memastikan satu salinan minit mesyuarat difailkan di pejabat mengikut susunan yang betul.
12. Memaklumkan nama guru yang tidak hadir mesyuarat kepada Pengetua/Penolong Kanan.
13. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

3.1.19 JAWATANKUASA MAJALAH SEKOLAH DAN FOTOGRAFI

Senarai Tugas
1. Memastikan sumbangan dikutip dari setiap murid (setiap keluarga) untuk majalah tahunan sekolah.
2. Memastikan isi kandungan majalah dan susun atur majalah adalah sesuai.
3. Mengenalpasti syarikat percetakan untuk membuat cetakan melalui sebut harga yang ditawarkan kepada

sekolah.
4. Memastikan mendapat sumbangan iklan yang mencukupi bagi mengurangkan kos pencetakan majalah.
5. Memilih grafik yang sesuai untuk halaman hadapan dan halaman belakang majalah.
6. Menyediakan jadual untuk sesi fotografi bagi mengikut kelas, aktiviti kokurikulum, guru dan pentadbiran

sekolah.
7. Memastikan agihan majalah kepada setiap murid yang telah membuat pesanan pada tahun semasa.

3.1.20 JAWAANKUASA PENGURUSAN BILIK KHAS DAN SURAU

Senarai Tugas
1. Menyelia dan memantau bilik yang telah ditetapkan.
2. Mengawasi kebersihan dan keceriaan bilik sentiasa terpelihara.
3. Menyediakan buku rekod penggunan bilik khas.
4. Memastikan penggunaan bilik direkodkan ke dalam buku rekod penggunaan. Semakaan rekod

penggunaan bilik perlu dibuat secara berkala.
5. Mengambil tindakan segera terhadap masalah yang didapati semasa membuat pemantauan.
6. Memberi cadangan untuk penambahbaikan bilik masing-masing.
7. Mengemukakan laporan bertulis kepada Pengetua.

3.1.21 JAWATANKUASA SEBARAN ILMU DAN PAPAN KENYATAAN

Senarai Tugas
1. Memastikan semua papan-papan tanda kenyataan di kawasan sekolah diselenggara dengan kemas, bersih

dan ceria.
2. Sentiasa mengemas kini data dan informasi terkini untuk rujukan warga sekolah.
3. Memastikan elemen KBAT diterapkan dalam informasi yang dipaparkan.
4. Memastikan informasi yang dipamirkan haruslah relevan dengan keadaan semasa.
5. Melaporkan sebarang kerosakan papan kenyataan dengan segera.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 92

3.2 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum

3.2 SENARAI BIDANG TUGAS PENGURUSAN KURIKULUM

.

3.2.1 JAWATANKUASA KURIKULUM

Senarai Tugas
1. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif Abad ke-21.
2. Mencadangkan, membina dan mengurus alat mengurus alat bantuan mengajar.
3. Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran.
4. Menetapkan garis panduan penyediaan rancangan kerja.
5. Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan jadual waktu.
6. Mengadakan mesyuarat serta melaksanakan PLC.
7. Merancang dan melaksanakan 7 strategik alat Kolaboratif kepada semua guru dalam pelbagai

bidang/panitia
8. Menetapkan alat kolaboratif yang digunakan untuk setiap bidang.
9. Merangka jadual pemantauan dijalankan.
10. Menyelaraskan dan memastikan PLC dijalankan seperti yang dirancang.
11. Menyediakan laporan PLC.
12. Mengesan dan memastikan supaya sukatan dan perancangan pelajaran dilaksanakan dengan sempurna.
13. Mengkaji analisis keputusan PT3, SPM, STPM dan peperiksaan dalaman dan merangka program jangka

pendek (PILL) dan panjang bagi mengatasi masalah kelemahan.
14. Mengkaji dan menilai buku-buku teks dan buku tambahan yang digunakan oleh pelajar- pelajar untuk

menentukan kesesuaian dan membuat pembetulan jika terdapat kesalahan.
15. Mengesan dan memastikan bahawa semua aspek program akademik sekolah dilaksanakan dengan

sempurna supaya objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai.
16. Mengemukakan, mengambil keputusan dan melaksanakan cadangan-cadangan berkaitan dengan proses

pengajaran dan pembelajaran.
17. Membuat penilaian strategi-strategi yang dilaksanakan dengan tujuan untuk memperbaiki kualiti pendidikan

bagi meningkatkan prestasi murid.
18. Merancang dan mengadakan taklimat/kursus (in-house training) kepada semua guru tentang perkara-

perkara baharu dalam pendidikan.
19. Mendapatkan bahan-bahan rujukan berhubung dengan pendidikan untuk disebarkan kepada semua guru

dan pelajar terutama di Pusat Sumber Sekolah.
20. Menganalis laporan akademik selepas setiap kali proses peperiksaan/penilaian dijalankan.
21. Mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan prestasi akademik berasaskan analisis peperiksaan.
22. Merancang dan melaksanakan kelas tambahan, kelas bimbingan, pemulihan dan cemerlang.
23. Melaksanakan dan memperluaskan program sekolah berdasarkan konsep Abad ke-21
24. Memastikan kelas menggunakan konsep Abad ke-21.
25. Memperluaskan penggunaan KBAT dan i-Think dalam proses PdPc
26. Memperluaskan penggunaan teknologi maklumat untuk mempelbagaikan kaedah pedagogi dalam proses

PdPc.
27. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 93

3.2 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum

3.2.2 JAWATANKUASA KECEMERLANGAN AKADEMIK SEKOLAH

Senarai Tugas
1. Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai.
2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif Abad ke-21.
3. Membuat penilaian tentang prestasi pengajaran dan pembelajaran.
4. Membuat moderasi selepas setiap kali pencerapan dilaksanakan.
5. Merancang strategi pengajaran/pembelajaran.
6. Mengadakan mesyuarat serta melaksanakan PLC.
7. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan lagi prestasi pelajar.
8. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

3.2.3 JAWATANKUASA JADUAL WAKTU, GURU GANTI, MMI

Senarai Tugas
1. Mengkaji keperluan guru pada sesuatu masa berpandukan bilangan mata pelajaran dan opsyen guru.
2. Memaklumkan kepada Pengetua tentang lebihan atau kekurangan guru.
3. Merancang dan menyediakan senarai nama guru, mata pelajaran yang diajar, jumlah waktu mengajar
dan kelas yang diajar kepada Pengetua untuk kelulusan.
4. Menyusun Jadual Waktu Guru dan Kelas.
5. Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar.
6. Menyebarkan jadual waktu kepada semua guru.
7. Membuat pindaan jadual waktu apabila perlu.
8. Menyediakan jadual guru ganti seberapa awal yang boleh dengan cara mengenal pasti guru-guru yang
tidak hadir.
9. Menyerahkan kepada Pengetua Jadual Waktu peribadi dan jadual waktu kelas sebanyak 2 salinan untuk
disahkan.
10. Memastikan guru menyediakan nota-nota dan latihan kepada kelas sepeninggalan menghadiri kursus
atau mesyuarat dan diserahkan kepada guru-guru ganti.
11. Menyediakan dan menyerahkan slip relief kosong kepada guru.
12. Menyediakan / menyelaraskan jadual waktu guru praktikal.
13. Mempamerkan senarai guru relief di bilik guru.
14. Menyediakan analisis guru tidak hadir pada pertengahan dan akhir tahun.
15. Menyediakan analisis guru relief pada pertengahan dan akhir tahun.
16. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

3.2.4 JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN PROGRAM NILAM

Senarai Tugas
1. Menyediakan satu polisi berdasarkan peruntukan-peruntukan tertentu untuk dilaksanakan oleh
Penyelaras Pusat Sumber Sekolah.
2. Membincangkan dan menimbangkan untuk diluluskan:
i. Pelantikan Pengawas PSS
ii. Anggaran Perbelanjaan PSS

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 94

3.2 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum

iii. Hukuman ke atas Pengawas PSS yang melanggar peraturan atau tidak menjalankan tugas
seperti yang diharapkan.

iv. Pemberian penghargaan kepada Pengawas PSS yang difikirkan sesuai yang dicadangkan
oleh Penyelaras PSS.

v. Tugas-tugas lain atas arahan pihak berkuasa sekolah.
vi. Memastikan buku stok dikemas kini.
vii. Menyediakan anggaran penggunaan PSS mengikut tingkatan.
viii. Melaksanakan jadual penggunaan PSS mengikut tingkatan.
ix. Berusaha memperbanyakkan bahan-bahan sumber di PSS.
x. Memastikan keceriaan perpustakaan dan bilik APD agar sentiasa menarik, ceria dan kondusif

untuk pembelajaran.
xi. Melaksanakan aktiviti pembelian buku baru, merawat buku dan menguruskan hapus kira buku.
xii. Melaksanakan dan menjayakan kempen galakan membaca dan Program Nilam.
xiii. Menyelaras data Nilam dan memilih Tokoh Nilam pada pertengahan dan akhir tahun.

3. Melaksanakan arahan pentadbir dari semasa ke semasa.

4. Senarai Tugas Program Nilam:
i. Merancang & melaksanakan Program Galakan Membaca dan Program Nilam.
ii. Memantau pelaksanaan Program Bulan Membaca dan aktiviti-aktiviti galakan membaca.
iii. Menyediakan laporan/data Program Nilam untuk 3 kali setahun secara online.
iv. Memilih tokoh Nilam dan tokoh membaca dalam kalangan guru dan murid.
v. Menyediakan hadiah dan sijil penghargaan untuk tokoh-tokoh nilam pada akhir tahun.
vi. Melaksanakan arahan pentadbir dari semasa ke semasa.

3.2.5 JAWATANKUASA PENILAIAN, PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Senarai Tugas
1. Merancang melaksana semua jenis peperiksaan dalaman (peperiksaan penggal, ujian bulanan, ujian
lisan, peperiksaan percubaan dengan menentukan hal-hal berikut:
i. Tarikh
ii. Takwim/jadual waktu peperiksaan
2. Menyelaras dan menyediakan jadual peperiksaan/ujian 3 minggu sebelum peperiksaan/ujian dan
diedarkan kepada pelajar dan guru-guru.
3. Menyediakan senarai nama guru yang menyediakan soalan dan pemeriksa kertas jawapan setelah
ditentukan oleh Panitia Mata Pelajaran.
4. Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan serta memastikan
keselamatan.
5. Menentukan satu sistem pengawasan peperiksaan dan mengambil langkah tertentu jika ada guru yang
tidak dapat mengawas disebabkan hal-hal tertentu.
6. Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas sebelum peperiksaan
dijalankan dan disusun mengikut:
i. Mata Pelajaran
ii. Kelas

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 95

3.2 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum

iii. Bilangan Pelajar
iv. Tarikh Peperiksaan
v. Guru Mata Pelajaran

7. Memastikan skema jawapan disediakan oleh ahli panel penggubalan soalan.
8. Memastikan pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang ditetapkan.
9. Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan.
10. Menyediakan analisis keputusan peperiksaan dalaman dan awam seminggu sebelum mesyuarat JK

Akademik.
11. Menyediakan laporan Post Mortem peperiksaan setelah dibincang dalam mesyuarat JK Kurikulum.

i. Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun semua tingkatan
ii. Percubaan PT3 & SPM (SU Pep. PT3 & SPM)

12. Mengemaskini fail-fail peperiksaan dari semasa ke semasa.
13. Mengurus kemasukan markah dalam SAPS bagi peperiksaan dalaman secara online serta bagi

peperiksaan awam.
14. Menyediakan dokumentasi analisis keputusan peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam sebanyak

2 salinan. Satu salinan perlu diberikan kepada PK Pentadbiran.
15. Menyelaras GROW dan melaporkan analisis dari segi potensi calon berdasarkan mata pelajaran.
16. Menyelaras dan melaksanakan program berdasarkan analisis GROW dan potensi calon.
17. Menyediakan PEMARKAHAN berasaskan sistem PBD bagi murid tingkatan 1-5. Serta membuat

analisis peratus murid mengikut Tahap Pencapaian (TP).
18. Memastikan KPI & Objektif akademik tercapai.
19. Memantau dan memastikan perjalanan program peningkatan prestasi murid.
20. Membantu mengkaji keputusan peperiksaan awam dan dalaman dan merangka program jangka

pendek dan panjang.
21. Memastikan langkah susulan untuk mengatasi masalah murid.
22. Menyelaras pemberian penghargaan kepada murid yang menunjukkan peningkatan.
23. Menjalankan arahan pentadbir dari semasa ke semasa.

3.2.6 JAWATANKUASA PENCERAPAN

Senarai Tugas
1. Mengadakan mesyuarat perancangan pengurusan jawatankuasa secara berkala.
2. Mengurus tadbir semua perkara berkaitan pelaksanaan pencerapan.
3. Memastikan pelaksanaan pencerapan berlaku secara konsisten melibatkan semua guru mengikut
takwim yang telah ditetapkan.
4. Memastikan pencerapan dirancang dengan seimbang dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan dan
guru.
5. Menyediakan jadual pencerapan guru dan mengagihkan tugas pencerapan di Antara Pengetua, Guru-
Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Pemimpin Pertengahan.
6. Membincangkan kekuatan dan kelemahan PdPc dengan guru yang dicerap. Pencerapan susulan (jika
perlu).
7. Menyediakan analisis dan laporan pencerapan.
8. Memfailkan dokumen dan rekod pencerapan.
9. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diminta pentadbir sekolah dari semasa ke semasa.

SMK(P) Sri Aman, Petaling Jaya | 96


Click to View FlipBook Version