PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA "Dengan Hikmah Kita Meneroka"
ISI KANDUNGAN PENAUNG: Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya Dekan CeDS PENASIHAT 1: Ts Dr Hazlini binti Dzinun Timbalan Dekan Pembangunan, Penyelidikan & Penerbitan (TDPPP) CeDS PENASIHAT 2: Ts. Dr. Norhayati binti Ngadiman Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (TDHEPA) CeDS PENASIHAT 3: Dr Muhammad Faizal bin Ismail Timbalan Dekan Akademik (TDA) CeDS KETUA EDITOR Ts Inv. Mahmod Abd Hakim bin Mohamad EDITOR JK Penerbitan : Dr Mohd Nurul Al-Hafiz bin Sha’abani (K), Cik Nornajihah binti Mohammad Yazid, Dr Hazwani binti Rahmat, Inv. Dr Siti Noraiza binti Juma’at JK Penyelidikan & Inovasi : Ts. Inv. Hjh Dr. Rafizah binti Mohd Hanifa JK Pembangunan Staf dan KTP: Dr Mohd Khairul Nizam bin Mohd Zuhan JK Perundingan & Hubungan Industri :Ts Mohd Erwan Sanik (K), Dr Noorul Hudai binti Abdullah JK Penerbitan HEPA : Pn Suhaila binti Sahat (K), Dr Siti Samahani binti Suradi Penasihat Persatuan : Dr Muhammad Azri bin Othman (K) JK GE & Alumni : Tuan Mohd Hafeez bin Tuan Ibrahim (K) JK Keusahawanan : Dr Raudah binti Adnan Ketua Program : Pn Siti Mariam binti Basharie, Pn Norhafiza binti Samion, Inv. Juliana binti Mohamed, En Fawwaz bin Mohd Nasir, Cik Nur Shahirah binti Aripen PEREKA GRAFIK Mohd Firdaus bin Mohd Herrow KLUSTER PENYELIDIKAN, PENERBITAN & PEMBANGUNAN CeDS 2023 9-28 KLUSTER AKADEMIK CeDS 2023 29-78 KLUSTER HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI CeDS 2023 79-114
KATA ALUAN DEKAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan rahmatNya dapat kita bertemu dan berbicara lagi di ruangan ini dan terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam Buletin CeDS 2023 yang sedang dilaksanakan ini. Buletin CeDS ini adalah wadah penting bagi kami untuk berkongsi prestasi, informasi aktiviti akademik, dan aktiviti yang dijalankan sepanjang 2023. Ini juga merupakan kesempatan bagi kita semua untuk meraikan pencapaian bersama, serta untuk mempererat hubungan dalam komunikasi kita yang semakin berkembang. Sekalung ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang editor atas kejayaan dalam menghasilkan Buletin CeDS 2023 dan tidak lupa juga kepada warga CeDS yang telah memastikan segala perancangan dan aktiviti di CeDS sepanjang tahun 2023 dilaksanakan dengan berjaya. Sebagai sebuah pusat tanggungjawab yang khusus mengendali dan melaksanakan program Diploma di UTHM, CeDS mempunyai visi dan misi yang jelas dalam membangun dan memperkasakan semua program Diploma yang ditawarkan CeDS. Justeru itu, saya sentiasa menyokong dan menyambut baik sebarang aktiviti dan inisiatif bagi memartabatkan dan meningkatkan keupayaan pelajar ke satu tahap yang lebih baik. Akhir kata, semoga Buletin CeDS 2023 ini dapat dijadikan sumber dan rujukan oleh warga Universiti dan masyarakat luar dalam usaha melahirkan graduan yang seimbang dari segi akademik mahupun kemahiran insaniah, seterusnya dapat menaikkan lagi nama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ke peringkat yang membanggakan. Terima kasih atas dedikasi dan semangat semua warga CeDS. Saya yakin dan percaya bahawa seluruh warga CeDS akan terus berusaha dan mencipta kejayaan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. Ts. Inv. Dr. MOHD SHAHIR BIN YAHYA Dekan Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
KATA ALUAN TIMBALAN DEKAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI الرحيم الرحمن هللا بسم م َ ال السَّ ْ م ُ ك ْ ي َ ل َ ع ة َ م حْ َ ر َ ههللا و ه ات َ ك َ ر َ ب َ و Salam Sejahtera, Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat-Nya. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi kita Rasulullah SAW. Dalam kesempatan ini, saya dengan penuh ta’zim merakamkan sekalung ucapan tahniah kepada sidang penulis dan editor e-buletin CeDS atas usaha keras melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengumpul dan menerbitkan informasi dalam e-Buletin CeDS edisi 2023. Tidak dinafikan, warga CeDS sentiasa giat berusaha memacu aktiviti pembangunan bakat, potensi dan kebajikan pelajar dan staf secara berterusan. Justeru itu, penerbitan e-buletin ini diharapkan menjadi wahana yang tepat dalam menyebarkan maklumat yang memuatkan segala kejayaan, memori dan peristiwa berlaku di CeDS sepanjang tahun 2023. Selain itu, berita yang dipaparkan juga dapat meningkatkan keterlihatan CeDS dengan komuniti luar serta menjadi penghubung dalam dunia tanpa sempadan ini. Diharapkan penerbitan e-buletin ini dapat memberikan manfaat serta menjadi salah satu wadah dalam mempelbagaikan informasi terkini dari semasa ke semasa. Akhir kata, semoga e-buletin ini juga akan memberikan suntikan motivasi dan iltizam kepada semua warga CeDS agar terus menabur bakti demi CeDS dan UTHM tercinta. Burung berkicau di pagi hari, Kembang di taman harum mewangi, Cabaran datang sedia diharungi, CeDS cemerlang maju prestasi. Sekian, terima kasih. Ts. Dr. NORHAYATI BINTI NGADIMAN Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
KATA ALUAN TIMBALAN DEKAN AKADEMIK Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Madani Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk mencoret sepatah dua kata dalam buletin CeDS 2023 yang telah berjaya diterbitkan. Tahniah diucapkan kepada sidang editor kerana berjaya memberi komitmen sepenuhnya menyiapkan ebuletin ini dan semoga buletin ini menjadi inspirasi kepada semua warga CeDS dan universiti. CeDS adalah organisasi yang sentiasa menyokong aktiviti dan usaha staf serta pelajar bagi merealisasikan impian dan visi misi universiti. Dengan adanya platform buletin ini bagi merakam dan mempamer setiap detik dan masa yang diusahakan adalah menjadi pemangkin semangat kepada generasi akan dating seiring dengan peredaran masa semoga kegiatan buletin ini lebih proaktif dan inovatif. Akhir kata, saya mengharap akan kesejahteraan warga CeDS untuk terus mencipta kejayaan yang cemerlang dan gemilang bagi mencapai teras yang telah ditetapkan oleh universiti. Semoga CeDS terus kekal relevan pada tahun 2024 dan akan datang. Sekian, terima kasih Sekian, terima kasih Dr. MUHAMMAD FAIZAL BIN ISMAIL Timbalan Dekan (Akademik) Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
KATA ALUAN TIMBALAN DEKAN (PENYELIDIKAN, PENERBI TAN & PEMBANGUNAN) Assalamualaikum w.b.t. Salam Sejahtera dan Salam Madani Terlebih dahulu saya ingin melafaz syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya “Buletin CeDS 2023” dapat diterbitkan dengan jayanya.Jutaan terima kasih kepada sidang editor kerana bertungkus lumus menyiapkan ebuletin ini. Terima kasih juga kerana memberi ruang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata kepada pembaca sekalian. Usaha untuk menerbitkan buletin ini merupakan satu langkah bagi menghargai dan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh staf akademik dan pelajar sepanjang tahun 2023. Jelas disini menunjukkan kekuatan dan kepakaran staf akademik CeDS mampu meneroka walaupun dengan keterbatasan tertentu dan berusaha mencapai key performance index (KPI) yang digariskan oleh universiti kepada CeDS. Bagi merealisasikan visi universiti untuk menjadi universiti teknikal global dalam teknologi lestari dan pengangkutan, saya ingin menyeru warga CeDS agar bersama-sama meningkatkan lagi aktiviti penyelidikan dalam bidang masing-masing. Pembangunan kualiti pendidikan juga perlu ditingkatkan di samping penerbitan yang selaras dengannya. Diharapkan dalam edisi 2023 ini memberikan pengisian yang relevan, informatif dan menginspirasikan kepada semua. Akhir kata, saya yakin dan percaya warga CeDS akan terus berusaha dan bekerjasama agar dapat menjana kejayaan yang unggul dan cemerlang pada tahun 2024 dan akan datang. Sekian, terima kasih Ts. Dr. HAZLINI BINTI DZINUN Timbalan Dekan (Pembangunan, Penyelidikan dan Penerbitan) Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
KATA ALUAN KETUA EDITOR Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah dengan rahmat Allah, e-buletin CeDS 2023 berjaya diterbitkan oleh pihak sidang ridaksi khusus untuk warga staf CeDS dan UTHM umumnya. Lipatan sejarah mengungkap pelbagai aktiviti kejayaan pastinya telah mengundang banyak cabaran dan dugaan namun berbekalkan semangat kekitaan dan kebersamaan serta rasa tanggungjawab, kami tidak menghiraukan apa juga halangan yang mendatang sehinggalah e-buletin ini berjaya dihasilkan. Benar kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Satu analogi yang jarang diaplikasikan, berbekalkan semangat inilah ahli-ahli sidang ridaksi dan juga staf yang terlibat berusaha untuk merakamkan kenangan manis dan pahit pelajar-pelajar CeDS dan aktiviti staf sehingga e-buletin ini berjaya diterbitkan dan sampai ke tatapan pembaca semua. Akhir kalam, saya menyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafan seandainya ada kekhilafan yang dilakukan sepanjang proses pembikinan e-buletin CeDS ini. Saya juga ucapkan setinggi penghargaan atas sokonga pihak pengurusan CeDS dalam menjayakan penghasilan e-buletin ini. Harapan saya agar tahun-tahun berikutnya seluruh warga CeDS akan dapat memberi lebih komitmen bagi memantapkan lagi e-buletin ini. Sesungguhnya segala yang baik datangnya daripada Allah dan kekurangannya daripada pihak kami sendiri. Sekian Waasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih Ts. Inv. MAHMOD ABD HAKIM BIN MOHAMAD Ketua Editor Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
KLUSTER PENYELIDIKAN, PENERBITAN & PEMBANGUNAN
20 staf CeDS Berjaya Mendapat Geran Tier 1 2023 Disediakan oleh: Ts. Dr. Hazlini Binti Dzinun Timbalan Dekan (Penyelidikan, Penerbitan & Pembangunan) Pusat Pengajian Diploma (CeDS) merakamkan ucapan penghargaan buat 20 staf yang berjaya mendapat geran Tier 1 sebanyak RM190,000. Geran ini merupakan geran dalaman universiti yang bertujuan untuk menyemarakkan penyelidikan dengan membiayai sebahagian dari aktiviti penyelidikan pelajar melalui pembantu kerja lapangan. Bagi staf yang tidak berjaya, usaha mereka bagi menyediakan kertas kerja juga dikira di dalam LNPT melalui perekodan melalui sistem ORKED. Kejayaan memperolehi geran ini menunjukkan bahawa kebolehan dan kesungguhan para penyelidik CeDS bagi meneruskan projek penyelidikan mereka. Walaupun dengan kekangan yang ada, para penyelidik CeDS tetap meneruskan penyelidikan mereka dengan bantuan pelajar diploma melalui lantikan pembantu kerja lapangan (PKL). Melalui lantikan ini, sedikit sebanyak dapat membantu kos sara hidup pelajar dan para pensyarah dapat menyiapkan projek penyelidikan mereka. Diharapkan para penyelidik CeDS dapat memanfaatkan geran yang diberikan sebaiknya dan mencapai key performance indeks (KPI) yang telah ditetapkan.
Penerima Geran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dari CeDS Disediakan oleh: Ts. Dr. Hazlini Binti Dzinun Timbalan Dekan (Penyelidikan, Penerbitan & Pembangunan) Pusat Pengajian Diploma (CeDS) merakamkan ucapan penghargaan buat Dr. Dilaeleyana Binti Abu Bakar, penerima tunggal dari CeDS yang berjaya mendapat geran penyelidikan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) dari KPT bagi tahun 2023 sebanyak RM170,092. Pencapaian beliau dalam mendapatkan geran FRGS ini membanggakan warga CeDS. Sebagaimana yang kita maklum bahawa penyelidikan Fundamental merupakan penyelidikan asas yang boleh menghasilkan teori, konsep dan idea baru demi perkembangan ilmu. Penyelidikan ini bertujuan untuk menggalakkan penjanaan teori, konsep dan idea baru yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru dan penciptaan yang inovatif yang boleh mengembangkan sempadan ilmu. Syabas dan tahniah diucapkan kepada penerima geran KPT-PACE, Cik Bakhreza Binti A. Talip yang merupakan penerima sulong dan tunggal dari CeDS. Kejayaan beliau mendapatkan geran ini memberikan semangat dan impak yang positif kepada warga CeDS. Diharapkan penerima geran FRGS dan KPT-PACE dapat menyiapkan geran mereka dengan jayanya.
Penerima Tunggal Geran Industri dari CeDS Disediakan oleh: Ts. Dr. Hazlini Binti Dzinun Timbalan Dekan (Penyelidikan, Penerbitan & Pembangunan) Pusat Pengajian Diploma (CeDS) merakamkan ucapan penghargaan buat Timbalan Dekan (Penyelidikan, Penerbitan dan Pembangunan), Ts. Dr. Hazlini Binti Dzinun yang berjaya mendapat geran industri bagi tahun 2023 sebanyak RM20,000. Geran ini telah disumbangkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar Johor melalui Koperasi Komuniti Hybrid Selatan Berhad yang telah bersama-sama menyediakan kertas kerja projek penghasilan produk inovasi palet makanan arnab yang telah diusahakan sejak pertengahan tahun 2021. Melalui pencapaian geran ini, satu memorandum perjanjian bagi kedua-dua pihak telah ditandatangani. Besar harapan dari para penyelidik UTHM kepada Koperasi Komuniti Hybrid Selatan Berhad dimana hasil penyelidikan ini dapat membantu mereka bagi mendapatkan harga palet makanan arnab dengan harga yang lebih rendah namun berkualiti premium seperti palet makanan yang telah dikomersialkan. Perkongsian pengalaman dalam mendapatkan geran industri amatlah diharapkan bagi memberikan suntikan semangat kepada para penyelidik CeDS.
Kolaborasi Industri Bangunkan Inovasi Palet Makanan Arnab untuk Manfaat Komuniti Disediakan oleh: Ts. Dr. Hazlini Binti Dzinun Timbalan Dekan (Penyelidikan, Penerbitan & Pembangunan) Sekumpulan penyelidik dari CeDS dan majoritinya dari Kumpulan Fokus Membrane Technology and Environmental Research (MeTER) telah berjaya membangunkan inovasi makanan palet arnab dengan kerjasama dari pihak penternak, Koperasi Komuniti Hybrid Selatan Berhad. Projek ini bermula pada pertengahan tahun 2021 dan sehingga kini telah berjaya menghasilkan formulasi makanan arnab dengan harga yang lebih rendah namun berkualiti premium setanding dengan palet makanan yang telah dikomersialkan. Prof Madya Dr. Mohamad Zaky Bin Noh merupakan pencetus idea dan pemangkin bagi menggerakkan projek kerjasama ini. Demi mengetengahkan hasil projek ini, para penyelidik UTHM juga telah menyertai International Research and Innovation Symposium and Exposition (RISE2023) yang dianjurkan oleh Pusat Pengkomersialan dan Inovasi (ICC), UTHM dan mereka telah memenangi pingat emas bagi tajuk Innovative Rabbit Feed Pellet. Diharapkan projek ini dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada komuniti secara amnya dalam menghasilkan arnab pedaging yang juga boleh menjadi submer sumber pendapatan mereka.
Bengkel Tak Kenal Maka Tak Erat Perkukuh Ukhwah Pemegang Ijazah KedoktoranCeDS Disediakan oleh: Ts. Dr. Hazlini Binti Dzinun Timbalan Dekan (Penyelidikan, Penerbitan & Pembangunan) Bengkel Tak Kenal Maka Tak Erat telah dilaksanakan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan, Penerbitan & Pembangunan) (TDPPP), Ts. Dr. Hazlini Binti Dzinun bagi mengeratkan ukhuwah dan berkongsi kelebihan staf akademik yang memiliki ijazah kedoktoran (PhD) di CeDS. Bengkel ini bertujuan untuk melihat kekuatan staf berdasarkan dimana universiti mereka bergraduan bagi pengajian di peringkat PhD. Antara kekuatan yang dimiliki oleh staf CeDS mengikut kluster alumni universiti, graduan UTHM mempunyai peluang yang banyak untuk mendapatkan pelajar pasca siswazah melalui penyelia PhD mereka di UTHM. Selain itu, alumni UTHM juga mengenali ramai staf di fakulti lain untuk berkolaborasi. Begitu juga alumni dari Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM). Mereka juga mempunyai ruang kolaborasi dari segi penerbitan bersama dimana mereka boleh menjadi penulis pertama UTHM. Kelebihan yang dimiliki oleh setiap staf akademik perlu digunakan sebaiknya dalam memajukan CeDS secara khusus dan UTHM secara amnya. Bengkel ini telah disertai oleh 15 orang staf akademik dari 34 orang yang dijemput khas oleh TDPPP.
Perkembangan Kerjaya Pensyarah: Strategi Kejayaan Disediakan oleh: Ts. Dr. Hazlini Binti Dzinun Timbalan Dekan (Penyelidikan, Penerbitan & Pembangunan) Program "Lecturer Career Growth:Strategies for Success" adalah kesinambungan daripada bengkel Tak Kenal Maka Tak Erat yang telah dilaksanakan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan, Penerbitan & Pembangunan), Ts. Dr. Hazlini Binti Dzinun bersama penceramah jemputan, Prof. Madya Dr Afandi bin Ahmad dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UTHM Parit Raja. Objektif program adalah bertujuan untuk memberi motivasi dan semangat kepada staf akademik CeDS dalam pembangunan kerjaya dengan memanfaatkan kelebihan diri masingmasing yang pastinya akan memberi impak yang positif sebagai ahli akademia. Penceramah menekankan 4 aspek penting, antaranya adalah sistem kepercayaan, cabaran dan realiti, naratif baharu dan melangkah kuat. Beliau juga mencadangkan beberapa buah buku untuk dibaca sebagai seorang ahli akademia iaitu menyuburkan kembali jiwa akademia, menghayati budaya ilmu, saya ada 25 jam sehari, academic duty dan sebagainya. Program ini berlangsung pada 05 Oktober 2023 selama 3 jam dan disertai oleh 20 orang staf akdemik. Program ini adalah secara bersasar dan amat baik untuk diteruskan bagi menambah nilai kepada pensyarah dalam menjiwai kerjaya sebagai ahli akademia.
Inovasi CeDS Cemerlang di International Learning Resources Festival(ILRF) 2023 Disediakan oleh: Ts. Inv. Dr. Rafizah binti Mohd Hanifa Jawatankuasa Penyelidikan & Inovasi Jabatan Teknologi Maklumat Gabungan pensyarah dan pelajar Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencipta kejayaan yang membanggakan apabila berjaya meraih tempat ketiga di International Learning Resources Festival (ILRF) 2023 anjuran International Medical University (IMU) pada 8 dan 9 November 2023 bertempat di Dewan Canselori IMU. Kejayaan ini melayakkan pasukan dari UTHM ini membawa pulang hadiah wang tunai RM500. Bertemakan “AI CHANGES EDUCATION: EDUCATION CHANGES HUMAN”, festival ini telah berjaya menarik penyertaan lebih daripada 200 yang melibatkan dua kategori iaitu Profesional dan Sekolah. Ahli pasukan UTHM yang terdiri daripada Ts. Inv. Dr. Rafizah binti Mohd Hanifa (Ketua), Ts. Dr. Shamsul bin Mohamad, Aiman Hanif bin Dolah, Amierrul Farish bin Osfairulazmir, dan Atikah binti Azudin telah mempertaruhkan tajuk projek “Breaking Barriers With "Mari Belajar PAI": AR and VR Revolution in Islamic Education for Hearing-impaired Children” mampu memberi impak yang besar kepada komuniti kanak-kanak ketidakupayaan pendengaran. Semoga sumbangan kecil ini menjadi jariah yang berpanjangan.
Penyelidik CeDS Cemerlang di MTE 2023 dan ITEX 2023 Disediakan oleh: Ts. Inv. Dr. Rafizah binti Mohd Hanifa Jawatankuasa Penyelidikan & Inovasi Jabatan Teknologi Maklumat Exhibition (ITEX 23) menerusi penyelidikan Hybrid Photocatalytic Dual Layer Membranes for Destruction of Persistent Organic Pollutants yang turut berjaya mendapat penarafan Perak. Kejayaan kedua-dua penyelidik dari CeDS telah berjaya membuktikan bahawa penyelidikan yang dilakukan di CeDS juga mampu bersaing ke peringkat antarabangsa dan semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada aktiviti penyelidikan di CeDS terutamanya kepada penyelidik muda. Penyelidik dari Jabatan Kejuruteraan Awam CeDS, Dr. Nur’ain binti Idris telah mengharumkan nama UTHM di atas kejayaan memperolehi penarafan Perak di Malaysia Technology Expo MTE) yang berlangsung di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur bermula dari 16 – 18 Mac 2023. Dr. Nur’ain bersama pasukannya telah mempertaruhkan tajuk penyelidikan AeLiConD-RSB (An Aerated Lightweight Concrete Drain with Reinforced Semantan Bamboo). Seorang lagi penyelidik dari Jabatan Sains & Matematik CeDS, Ts. Dr. Hazlini binti Dzinun turut sama mengharumkan nama UTHM di International Invention, Innovation & Technology
Staf Akademik Pusat Pengajian Diploma Antara Penerima Geran Penyelidikan Pascasiswazah(GPPS) bagi Tahun 2023 Disediakan oleh: Ts. Inv. Dr. Rafizah binti Mohd Hanifa Jawatankuasa Penyelidikan & Inovasi Jabatan Teknologi Maklumat Pusat Pengajian Diploma (CeDS) merakamkan ucapan penghargaan buat dua orang staf akademik daripada Jabatan Kejuruteraan Awam yang telah berjaya memperolehi geran GPPS bagi tahun 2023. Geran ini merupakan geran dalaman universiti bertujuan untuk menyemarakkan penyelidikan dengan membiayai sebahagian dari aktiviti penyelidikan pelajar pascasiswazah. Penerima pertama, Ts Dr Norhayati binti Ngadiman menerusi tajuk kajian, Effectiveness of Dry Seed as Natural Coaglants in Water Treatment Process telah berjaya memperolehi dana sebanyak RM20 000. Manakala, Prof. Madya Hj Masiri bin Kaamin pula telah berjaya mendapat dana sebanyak RM40 000 bagi dua tajuk iaitu, Coastal Erosion Vulnerabilities and Risks at West Coast Peninsular Malaysia dan Sediment Movement Analysis from Littoral Environment Observation (LEO) and Longshore Sedimen Transport Rate (LSTR) at Batu Pahat Coastal Area. Ts. Dr. Mardiha Binti Mokhtar berjaya mendapat RM27,000 dengan tajuk hydrodynamic and sediment tranport modelling for assessing revetment erosion mitigation: Wesy coast of Malaysia Coastal Environment. Diharapkan kejayaan ini menjadi pemangkin buat staf akademik yang lain untuk menyemarakkan budaya penyelidikan di CeDS.
Living Lab Muar: Innovate & Collaborate Mendekati Masyarakat & Industri Disediakan oleh: Dr. Mohd Nurul Al-Hafiz bin Sha'abani Jawatankuasa Penyelidikan & Inovasi Jabatan Kejuruteraan Elektrik Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) telah menganjurkan program Living Lab Muar: Innovate and Collaborate pada 6 Jun 2023 yang lalu secara fizikal di Bilik Mesyuarat 1, UTHM Pagoh. Penceramah jemputan, Ts. Dr Nor Azizi bin Yusoff selaku Ketua Living Lab Muar, telah memberi perkongsian aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dalam Living Lab Muar bersama para penyelidik di CeDS. Program ini bukan sekadar sesi perkongsian biasa, ia dilihat sebagai peluang para penyelidik dapat mempamerkan hasil produk penyelidikan mengikut tahap yang bersesuaian bagi bersama-sama dengan Living Lab Muar. Program seperti ini merupakan inisiatif yang sangat baik demi menggalakkan para penyelidik di CeDS berkolaborasi dengan penyelidik luar, masyarakat dan juga industri. Kehadiran dari wakil kumpulan fokus (FG) CeDS menunjukkan semangat dan kesungguhan mereka dalam mencari ruang dan peluang yang ditawarkan oleh Living Lab Muar. Diharapkan hasil produk penyelidikan CeDS akan berada bersamasama Living Lab Muar untuk dimanfaatkan oleh komuniti setempat.
Sesi Perkongsian Pendaftaran Harta Intelek: Apa yang anda perlu tahu? Disediakan oleh: Ts. Inv. Dr. Rafizah binti Mohd Hanifa Jawatankuasa Penyelidikan & Inovasi Jabatan Teknologi Maklumat Para penyelidik di Pusat Pengajian Diploma (CeDS) telah didedahkan dengan kaedah membuat pendaftaran harta intelek yang dikongsikan oleh Yang Berbahagia Dekan, Ts. Inv. Dr. Mohd Shahir bin Yahya. Sesi perkongsian ini yang telah diadakan pada 30 Mac 2023 dan secara atas talian telah menarik minat para penyelidik untuk mengetahui tatacara memohon pendaftaran harta intelek seperti copyright dan patent. Dalam sesi perkongsian ini, penceramah telah menunjukkan contoh pengisian borang permohonan untuk copyright dan patent kepada para penyelidik sebagai bahan rujukan. Tidak ramai yang sedar akan peri pentingnya mendaftar harta intelek bagi mengelakkanhasil kerja diciplak oleh individu tidak bertanggungjawab. Usaha Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi ini diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak para penyelidik di CeDS dalam melindungi harta intelek mereka. Peserta juga dimaklumkan berkenaan takwim untuk membuat permohonan harta intelek menerusi Pusat Inovasi dan Pengkomersilan, UTHM. Adalah menjadi harapan agar menerusi program sebegini mampu meningkatkan bilangan harta intelek di CeDS.
Bengkel Penerbitan Artikel MyCITE [Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Cik Nornajihah Mohammad Yazid Jawatankuasa Penerbitan Jabatan Kejuruteraan Awam Seramai 50 perserta yang merupakan staf akademik Pusat Pengajian Diploma (CeDS) telah menyertai Bengkel Penerbitan MyCite anjuran Jawatankuasa Penerbitan. Dr. Siti Amira binti Othman selaku penceramah program berkongsi tips dan panduan kepada staf akademik berkenaan teknik penulisan bagi mencapai tahap jurnal MyCite. Peserta juga turut didedahkan dengan kaedah mencari jurnal MyCite yang bersesuaian bagi menerbitan artikel.MyCite merupakan indeks bibliografik yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2011 untuk penerbitan artikel di dalam bidang sains, teknologi, perubatan, sosial sains dan kemanusiaan. Terdapat lebih daripada 500 jurnal Malaysia berteks penuh yang boleh dicapai dari MyCite. Platform ini merupakan inisiatif dalam membantu penyelidik Malaysia dalam mengenalpasti kepakaran, bidang yang berpotensi untuk menjalankan kolaborasi, dan menggalakkan penggunaan dan petikan. Semoga kata-kata semangat dari penceramah dapat dijadikan inspirasi kepada staf dalam penulisan dan mempelopori penerbitan di jurnal MyCite. Tahniah kepada Jawatankuasa Penerbitan CeDS di atas liputan program yang komprehensif. Video rakaman bengkel boleh dicapai di https://bit.ly/3Dg9ct3.
Klinik Penerbitan Bersiri Tahun 2023: Meningkatkan Kualiti Penulisan Ke Arah Jurnal Berindeks SCOPUS Disediakan oleh: Inv. Dr. Siti Noraiza binti Ab Razak Jawatankuasa Penerbitan Jabatan Sains dan Matematik Pada 10 Mei 2023, Jawatankuasa Penerbitan, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) telah mengadakan program Klinik Penerbitan Bersiri, Siri 1 yang bertujuan memberi bimbingan dan panduan kepada peserta yang terdiri daripada ahli akademik CeDS mengenai aspek-aspek penting dalam penulisan artikel terutamanya bagi tujuan penerbitan ke jurnal berindeks SCOPUS. Program ini dihadiri oleh 10 peserta yang terdiri daripada penulis-penulis berpotensi serta jawatankuasa pelaksana. Penceramah khas bagi klinik ini adalah Professor Sanjung, Prof. Dr. Ismail bin Abdul Rahman yang merupakan seorang tokoh penerbitan yang telah lama terlibat dalam aktiviti penerbitan di peringkat antarabangsa. Prof. Dr. Ismail membuka sesi dengan pendedahan mengenai landskap penerbitan semasa juga berkongsi pengalaman serta pengetahuan dalam dunia penerbitan. Beliau juga banyak berkongsi tips dan pencerahan kepada peserta mengenai kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi bagi memastikan artikel mereka mudah diterima dalam jurnal berindeks SCOPUS. Program ini turut memberikan peluang kepada peserta untuk berinteraksi dan bertanya soalan kepada penceramah bagi membolehkan peserta mendapatkan jawapan serta pandangan secara langsung dari seorang pakar dalam bidang penerbitan. Selain itu, peserta juga dijemput untuk membawa deraf penulisan mereka untuk mendapatkan penilaian langsung dan komen membina daripada penceramah bagi tujuan penambahbaikan. Program seumpama ini diharapkan dapat menghasilkan penulispenulis muda yang berkualiti dan mampu menyumbang kepada perkembangan ilmiah.
Bengkel Pemantapan Penulisan Artikel Berindeks Scopus2023 Disediakan oleh: Ts. Inv. Mahmod Abd Hakim bin Mohamad Jawatankuasa Penerbitan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PAGOH: Seramai 18 staf akademik Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyertai bengkel penulisan artikel pada 7 Mei 2023 di Bilik Mesyuarat 1, Kampus UTHM Pagoh anjuran Jawatankuasa Penerbitan CeDS. Bengkel tersebut yang dirasmikan oleh Professor Ts Dr Rabiah binti Ahmad selaku Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Turut hadir bersama adalah Professor Madya Dr Azwan bin Sapit, Timbalan Pengarah Pejabat Penerbit UTHM, Ts. Inv. Dr Hj. Mohd Shahir bin Yahya, Dekan Pusat Pengajian Diploma (CeDS) dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Penerbitan, Ts Dr Hazlini binti Dzinun. Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil bagi staf akademik CeDS dalam menyiapkan artikel scopus mereka dimana Artikel ini telah disemak dan dikomen melalui klinik penerbitan bersiri pada tahun 2022 yang dibimbing oleh Professor Dr Ismail bin Abdul Rahman, Professor Sanjung. Di akhir bengkel ini, staf dimestikan untuk menghantar artikel mereka ke jurnal berindeks Scopus (terbitan khas UTHM) sepertimana aku janji yang dibuat pada hari pertama bengkel dilaksanakan bagi mencapai sasaran penerbitan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti kepada CeDS. Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Penerbitan atas usaha yang dilakukan dan diharapkan program seperti ini terus mendapat sokongan dan penyertaan dari staf akademik CeDS.
Bengkel Modul Pembelajaran Digital Disediakan oleh: Mohd Nurul Al Hafiz bin Sha'abani Jawatankuasa Penerbitan Jabatan Kejuruteraan Elektrik Menyedari kepentingan pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih efektif, Jawatankuasa Penerbitan CeDS telah menganjurkan Bengkel Modul Pembelajaran Digital secara atas talian pada 28 Mac 2023. Ts. Dr. Sabariah binti Musa selaku ketua Jabatan Pembangunan Pembelajaran Maya (CVL) telah dijemput sebagai penceramah untuk mendedahkan teknologi pembelajaran digital bagi pengajaran dan pembelajaran. Bengkel berkenaan diadakan untuk membantu staf akademik CeDS mengaplikasikan teknologi sedia ada dalam penghasilan modul pembelajaran digital yang juga direkodkan sebagai penerbitan bahan terbitan umum. Seramai 38 peserta yang hadir didedahkan kepada kepentingan dan kelebihan pembelajaran digital. Peserta diberi pendedahan lengkap kepada garis panduan, jenis dan skop modul pembelajaran digital. Penceramah turut berkongsi tips, kaedah dan panduan dalam menulis modul pembelajaran digital. Hasil daripada penganjuran bengkel ini adalah penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pelbagai platform digital, sama ada menggunakan platform percuma sedia ada atau yang disediakan oleh CVL UTHM seperti MOOC (Platform Moodle), Micro-C (Platform Open-learning) dan OER: Open Educational Resources (Platform J oomla). BENGKEL MODUL PEMBELAJARAN DIGITAL 23 MAC 2023
Bengkel Penulisan Review Paper VOSViewer Disediakan oleh: Dr. Hazwani binti Rahmat Jawatankuasa Penerbitan Jabatan Teknologi Maklumat Buat pertama kali, satu bengkel analisis literature review menggunakan perisian VOSViewer telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Penerbitan, Pusat Pengajian Diploma (CeDS). Ts Dr Norpadz lihatun binti Manap dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) telah dijemput sebagai penceramah bagi mengajar peserta mengenai kaedah pantas menganalisis lite rature review secara komprehensif dan mudah dengan menggunakan perisian VO SViewer. Bengkel ini bertujuan membantu staf di dalam penghasilan review paper bagi memacu hala tuju analisis literature review. Bengkel dimulai dengan penerangan kepentingan analisis scientometric, perisian alternatif selain VOSViewer, dan antara muka pengguna serta fungsi tetapan di dalam VOSViewer.Peserta turut didedahkan dengan pelbagai contoh hasil analisis dari VOSViewer. Peserta juga dilatih secara hands-onn penggunaan VOSViewer bagi menganalisis bibliometrik.Terima kasih kepada Ts Dr Norpadzlihatun di atas perkongsian yang bermanfaat. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Penerbitan kerana menganj urkan bengkel seperti ini dan semoga momentum penulisan dalam menerbitkan artikel di kalangan staf akademik CeDS semakin meningkat.
Sesi Perkongsian Pengalaman Bersama Industri Disediakan oleh: Ts. Mohd Erwan Sanik Jawatankuasa Perundingan dan Hubungan Industri Satu sesi perkongsian pengalaman bersama industri: Strategi Berkolaborasi dengan Industri yang disampaikan oleh Br. Dr. Hairuddin bin Mohammad daripada Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pn. Norhafiza binti Samion daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Pusat Pengajian Diploma telah dijalankan dengan jayanya pada hari Ahad, 19 November 2023 secara hibrid di Bilik Mesyuarat 4, UTHM Kampus Cawangan Pagoh dan aplikasi zoom. Program ini berlangsung selama 2 jam bermula 2:00 hingga 4:00 petang. Perkongsian ini menyasarkan staf Pusat Pengajian Diploma sebagai sebahagian daripada petua sebelum mengorak langkah menjalankan kerjasama dengan pihak industri. Kebanyakan staf juga pada ketika yang sama akan memantau pelajar yang hampir menyelesaikan latihan industri dengan harapan dapat mengintai peluang mengadakan sekurang-kurang surat niat (LoI) untuk memulakan kerjasama rasmi dengan pihak industri di mana pelajar menjalankan latihan industri mereka. Perkongsian dimulakan dengan Pn Norhafiza yang pernah menjalankan kerjasama industri dengan Prasarana. Manakala, perkongsian kedua oleh Br. Dr. Hairuddin berkisar pengalaman beliau menjalankan perundingan dengan pihak berkuasa tempatan dan pelbagai agensi lain. Selain menceritakan pengalaman, kedua-dua penceramah turut berkongsi petua bagaimana membuat persediaan dan menghadapi situasi bersama pihak industri. Pengalaman yang dikongsikan oleh kedua-dua penceramah boleh dijadikan panduan oleh rakan staf lain yang berhasrat menjalankan kerjasama dengan pihak industri secara serius dan aktif. Rakaman perkongsian menarik ini boleh didapati di pautan bit.ly/sharingbyNS dan bit.ly/sharingbyHM.
Disediakan oleh: Dr Mohd Khairul Nizam Bin Mohd Zuhan Jawatankuasa Pembangunan Staf dan KTP Program “PerkongsianBerkenaanLatihan Sijil KompetensiVokasional Training Officer” PAGOH: Satu program iaitu “Perkongsian Berkenaan Latihan Sijil Kompetensi Vokasional Training Officer” telah dijalankan pada 2 Oktober 2023 bermula dari jam 10 pagi sehingga 1 tengah hari di Bilik Mesyuarat 6, UTHM Kampus Pagoh oleh Jawatankuasa Pembangunan Staf, Pusat Pengajian Diploma (CeDS). Program perkongsian ini telah disampaikan oleh Ts. Dr. Mohd Hasril Bin Amirrudin, beliau merupakan Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Program yang berlangsung hampir selama 3 jam melibatkan kehadiran seramai 26 orang peserta yang terdiri dari staf akademik Pusat Pengajian Diploma daripada pelbagai jabatan dan telah dikelolakan dengan jitu oleh Dr Azraie dari Jabatan Kejuruteraan Awam sebagai moderator disokong oleh beberapa ahli jawatankuasa yang lain. Antara objektif program ini adalah bagi berkongsi p eranan sebagai seorang Training Officer TVET termasuk strategi pengajaran vokasional yan g efektif dan pembangunan program akademik, sert a modul latihan yang berkualiti. Program ini juga memberi penekanan kepada teknik penilaian kompetensi. Melalui platform ini, diharapkan ramai pensyarah dan pengajar di Pusat Pengajian Diploma ini akan cenderung untuk memohon Training Officer melibatkan pelbagai bidang kemahiran dan menjadikan mereka lebih berkelayakan sebagai pengajar dan pembimbing vokasional. Seiring dengan hasrat untuk menyumbang kepada pembangunan tenaga kerja yang berkualiti, program ini memberi ruang kepada para peserta untuk soal jawab dan berbincang mengenai kerangka permohonan Training Officer dengan lebih mendalam kepada bidang kepakaran masing-masing. Borang soal selidik kajian daripada penceramah turut dikongsikan bersama peserta bagi mengetahui lebih mendalam akan permasalah serta cabaran yang dihadapi. Semua peserta telah memberi kerjasama yang baik dengan juga turut berkongsi pengalaman masing-masing yang diharap dapat dicadangakn kepada pihak pengurusan CeDS.
Perkongsian dan Motivasi Mendepani CabaranMenyiapkan PhD Its MY Way; PhD Chasing ADream and Reality PAGOH: Program yang bertajuk “Perkongsian dan Motivasi Mendepani Cabaran Menyiapkan PhD” telah dilaksanakan pada 13 September 2023 di Bilik Mesyuarat 3, UTHM Kampus Pagoh oleh Jawatankuasa Pembangunan Staf dan KTP dengan kerjasama Kelab Staf, serta beberapa grup fokus Pusat Pengajian Diploma (CeDS). Program perkongsian ini telah disampaikan oleh Ts Dr Izat Bin Yahaya yang juga merupakan pengerusi kelab staf dan pensyarah kanan di Jabatan Kejuruteraan Awam, CeDS Antara objektif program ini adalah bagi berkongsi pengalaman serta tip selain mendengar cadangan dan permasalahan yang sedang dihadapi oleh stafstaf yang sedang menyambung pengajian di peringkat PhD di UTHM dan juga universiti awam yang lain. Sepanjang program dijalankan, Ts Dr Izat telah berkongsi pengalaman beliau sepanjang pengajian beliau bermula dari peringkat rendah sehingga menamatkan pengajian PhD. Turut dikongsi oleh Dr Izat adalah tip-tip berguna dalam menghadapi cabaran berdasarkan pengalaman beliau sendiri seperti cara beliau menangani tekanan dan membahagi masa dalam menyiapkan pengajian PhD dengan lebih efektif, kata-kata dan video pendek yang berkonsepkan motivasi bagi memberi momentum kepada staf yang telah lama berjuang dalam mendepani cabaran menyiapkan PhD Program yang berlangsung hampir selama 3 jam melibatkan kehadiran seramai 16 orang peserta yang terdiri dari staf kanan dan juga staf baru dari pelbagai jabatan telah dikelolakan dengan oleh Dr Azraie dari Jabatan Kejuruteraan Awam sebagai moderator disokong oleh beberapa ahli jawatankuasa yang lain. Survey form melalui Google form turut dikongsikan bersama peserta bagi mengetahui lebih mendalam akan permasalah serta cabaran yang dihadapi. Semua peserta telah memberi kerjasama yang baik dengan juga turut berkongsi pengalaman masing-masing yang diharap dapat dicadangakn kepada pihak pengurusan CeDS. Disediakan oleh: Dr Mohd Khairul Nizam Bin Mohd Zuhan Jawatankuasa Pembangunan Staf dan KTP
KLUSTER AKADEMIK
DiPX 2023 Pamer Kreativiti dan Inovasi Pelajar Dalam Bidang Sains dan Teknologi [Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Puan Basirah binti Fauzi Setiausaha Program DIPX 2023 Seramai 84 kumpulan pelajar daripada tujuh program berbeza iaitu terdiri daripada program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia, Sains Gunaan, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Teknologi Maklumat dan Animasi dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyertai Diploma Project Exhibition (DiPX) 2023. Program ini telah berlangsung pada 10 Julai 2023 yang dihadiri oleh Pemangku Provost UTHM iaitu Encik Khairuddin bin Alias serta Timbalan-timbalan Dekan CeDS. Majlis perasmian program ini telah diadakan di Dewan A9, Kolej Kediaman Kampus Pagoh (KKKP) dan telah disempurnakan oleh YBhg. Dr Muhammad Faizal bin Ismail selaku Pemangku Dekan CeDS, UTHM. DiPX 2023 merupakan program yang mempamerkan ilmu pengetahuan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan yang telah dicapai oleh pelajar-pelajar Diploma di UTHM. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajarpelajar tersebut untuk memperlihatkan hasil kerja mereka kepada orang ramai serta mendapatkan pengiktirafan dan maklum balas daripada para pakar industri dan akademik.
Lawatan Kerjasama dari ShenyangPolytechnic CollegeChina [Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Dr Muhammad Faizal bin Ismail Timbalan Dekan Akademik CeDS Pada 27 November 2023 telah berlangsungnya satu majlis menandatangani Surat Minat (Letter of Intent) antara Pusat Pengajian Diploma (CeDS) UTHM dengan Shenyang Polytechnic College (SPC), China. Rombongan dari SPC China seramai 4 orang yang diketuai Professor Dr Liang Hao selaku Vice President SPC China telah hadir ke kampus UTHM Parit Raja bagi mengadakan perbincangan bersama CeDS, UTHM Education & Traini ng (UET) serta Pejabat Pembangunan & Kecemerlangan Akademik (CAD). Perbincangan menjurus kepada potensi kerjasama antara SPC China dengan CeDS UTHM dalam bidang akademik, bakat & penyelidikan. Kerjasama ini juga diharapkan dapat meningkatkan kualiti akademik di UTHM serta menaikkan nama UTHM di persada antarabangsa.
Lawatan Akademik ke MISDEC Melaka [Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Dr Muhammad Faizal bin Ismail Timbalan Dekan Akademik CeDS Satu lawatan akademik oleh Pusat Pengajian Diploma (CeDS) UTHM ke Melaka Industrial Skills Development & En trepreneurship Centre (MISDEC) telah diadakan pada 20 Mac 2023. MISDEC merupakan pusat latihan & pembangunan bakat dalam bidang TVET dan banyak menganjurkan program jangka pendek untuk meningkatkan kemahiran serta daya keusahawanan kepada pelatihnya. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan peluang kerjasama antara PPD dan MISDEC bagi menganjurkan program sijil kompetensi atau program jangka pendek bagi meningkatkan kemahiran pelajar CeDS bagi menghadapi alam pekerjaan sejurus tamat pengajian diploma. Lawatan ini ketuai oleh Timbalan Dekan Akademik CeDS, Dr Muhammad Faizal bin Ismail dan bersamanya Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Pn Ziana bt Che Ros serta ketuaketua jabatan CeDS.
CeDS sertai Karnival STEM Peringkat Daerah Muar Disediakan oleh: En Fawwaz bin Mohd Nasir JK Promosi CeDS Pusat Pengajian Diploma telah membuka rerurai di Karnival STEM Peringkat Daerah Muar yang diadakan di SMK Bandar Maharani pada 26 Oktober 2023. Pelbagai pameran produk dan promosi program akademik diadakan antaranya pameran robotik, animasi, pencetak 3D dan kejuruteraan awam. Lebih dari 300 pelajar dari seluruh sekolah rendah dan menengah telah menyertai karnival ini. Selain itu, Dr Muhammad Faizal bin Ismail selaku Timbalan Dekan Akademik CeDS turut memberi perkongsian berkaitan STEM serta mempromosi program diploma CeDS kepa da para pelajar sekolah. Semoga inisiatif ini memberi manfaat dan meningkatkan visibiliti CeDS dan UTHM umumnya.
Pameran Robot dan Projek Mikropengawal Meriahkan Karnival STEM di SMK Bukit Batu [Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Dr Mohd Nurul Al-Hafiz bin Sha'abani Penyelaras Program STEM Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dijemput oleh SMK Bukit Batu membuat Pameran Robot dan Projek Mikropengawal sempena minggu Karnival STEM di sekolah tersebut pada 13 September 2023. Tujuan program ini adalah untuk memberikan perkongsian dan pendedahan aplikasi yang berasaskan kejuruteraan dan teknologi elektrik kepada para pelajar sekolah agar dapat mendorong para pelajar untuk lebih meminati bidang yang berkaitan sains dan teknologi. Selain itu, ia dapat mengeratkan hubungan antara pihak UTHM dan sekolah, melalui program dan aktiviti untuk membimbing tenaga pengajar dan pelajar dalam bidang berkaitan STEM. Ini secara tidak langsung merupakan satu kaedah promosi yang dapat meningkatkan visibiliti UTHM, CeDS terutamanya dan menyumbang kepada kemasukan pelajar kelak.
144 Pelajar CeDS Mendapat PensijilanProfesional MAGICX Augment and Virtual Reality Developer Certification Disediakan oleh: Cik Bakhreza binti A. Talip Penyelaras Pensijilan Kompetensi UNITY Seramai 150 orang Pelajar dan Alumni CeDS telah menyertai Program Pensijilan Profesional Augment and Virtual Reality Developer Certification dari Media and Game Innovation Centre of Excellence (MAGICX) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program ini dilaksanakan dalam 3 sesi dari 27 November 2023 hingga 15 Disember 2023 bertempat di Perpustakaan Gunasama Hub Pendidikan Tinggi Pagoh. Program ini ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dibawah inisiatif KPT-PACE yang diketuai oleh pensyarah CeDS, Cik Bakhreza binti A. Talip. Program ini memberi pendedahan intensif kepada prinsip asas teknologi imersif Prog ram ini memberi pendedahan intensif kepada prinsip asas teknologi imersif Virtual Reality (VR) dan Augmented Reality (AR) serta pendedahan dan penguasaan asas kemahiran digital UNITY. Program ini juga menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas teknologi AR dan VR serta kompetensi digital UNITY yang diiktiraf global.
CeDS terima 770 Pelajar Baharu Sesi 2023/2024 [Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Dr Muhammad Faizal bin Ismail Timbalan Dekan Akademik CeDS Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), minggu ini telah menerima seramai 770 pelajar baharu bagi ketujuhtujuh program diploma yang ditawarkan. Pelajar-pelajar yang mendaftar kemudiannya mengikuti program Minggu Haluan Siswa (MHS) dari 30 Julai hingga 3 Ogos 2023 bagi memperkenalkan dan menyesuaikan pelajar dengan persekitaran kampus. Taklimat Keselamatan oleh Pengarah Keselamatan UTHM, Kapten Muhammad Khair bin Mahmood Dean, selain mengikuti Sesi Bersama Pengetua Kolej Kediaman Kampus Pagoh, Ts Suhairi bin Ismail. Sesi bersama CeDS dimeriahkan dengan kehadiran barisan Pengurusan Eksekutif dan Pentadbiran CeDS yang diketuai Dekan, YBrs. Ts Dr Mohd Shahir bin Yahya, Timbalan-timbalan Dekan, Ketuaketua Jabatan serta Penolong Pendaftar Kanan. Sejurus selesai program bersama Pengurusan Eksekutif dan Pentadbiran CeDS, para pelajar dipecahkan mengikut kumpulan PAK untuk bersuai kenal dengan PAK masing-masing. Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu ke keluarga besar CeDS UTHM!
Persidangan Meja Bulat bersama Panel Penasihat Industri Pusat Pengajian Diploma [Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Dr Muhammad Azim bin Azmi JK Akreditasi CeDS Satu persidangan meja bulat bersama Panel Penasihat Industri Pusat Pengajian Diploma telah diadakan pada 10 Julai 2023 bersempena Karnival Inovasi Diploma 2023 (DipX 2023). Perbincangan ini menjurus kepada perbincangan bagi penambahbaikan silabus program, projek diploma serta men ingkatkan kemahiran insaniah pelajar dan keperluan sijil kompetensi kepada pelajar. Antara Penasihat Industri yang hadir adalah Ts. Mohd Dhiya Hafreez bin Kamil (program DAA), Encik Maizul Zaihan bin Solehan (program DAM), Ts. Khairul Anuar bin Ali Hassan (program DAE) dan Encik Ahmad Razuri bin Rosley (Program DAG). Turut hadir perbincangan ini adalah ahli p engurusan CeDS yang diketuai Timbalan Dekan Akademik, Dr Muhammad Faizal bin Ismail serta semua ketua jabata n dan ketua program di CeDS.
17 Pelajar Diploma UTHM Sertai Program Perantis Pelabuhan Tanjung Pelepas, Lahir Graduan Kompeten Di Sektor Pelabuhan [Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Tuan Mohd Hafeez bin Tuan Ibrahim PenyelarasYoung Talent Development Program: Port Equipment Technician Apprentice (PETech) PAGOH, 11 Julai 2023 - Pusat Pengajian Diploma (CeDS), UTHM telah mengadakan kerjasama dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Sdn. Bhd. dalam menjayakan Young Talent Development Program: Port Equipment Technician Apprentice (PETech). Melalui program ini, pelajar akan menjalani latihan teknikal dan kemahiran dalam pengendalian peralatan di pelabuhan. Selain itu, ilmu tentang kepimpinan dan pengurusan kerja berpasukan juga diterapkan dalam melahirkan Port Equipment Technician (PETech) yang kompeten. Kerjasama ini akan melibatkan penempatan pelajar dalam program perantis PTP sebagai sebahagian daripada komponen latihan industri mereka. Ianya melibatkan pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Kejuruteraan Elektrik, CeDS UTHM. Kehadiran pihak PTP ke UTHM Kampus Cawangan Pagoh diketuai oleh Pengurus Bahagian Sumber Manusia iaitu Puan Rosliza Che Wahab dengan pasukannya yang terdiri daripada pakar teknikal bagi mengendalikan sesi penilaian pelajar UTHM. Seramai 21 pelajar telah melalui sesi ujian penilaian yang melibatkan ujian logikal, penguasaan Bahasa Inggeris dan ujian pengetahuan teknikal berkaitan sistem mekanikal dan elektrikal. Daripada jumlah itu, 17 pelajar telah berjaya dalam sesi penilaian tersebut dan layak ke fasa seterusnya iaitu sesi temuduga. Amat memberangsangkan apabila kesemua calon temuduga itu telah berjaya dan terpilih untuk mengikut program perantis di PTP.
Nature Hero 2023, EnvironmentalNature Hero Challenge Expo2023 [Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Dr. Noorul Hudai Abdullah Ketua Program/Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar Jabatan Kejuruteraan Awam Program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran pelajar dengan mendedahkan isu-isu alam sekitar kepada pelajar supaya pelajar lebih cakna terhadap kesejahteraan alam sekitar. Di samping itu, dapat menjalinkan hubungan baik antara mahasiswa dan mahasiswi bersama Pihak Pengurusan Kolej Kediaman serta pensyarah kursus kejuruteraanalam sekitar dengan kerjasama yang dilakukan. Melalui program ini, mahasiswa dan mahasiswi dapat memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang boleh digunakan untuk memelihara alam sekitar kelak. Program ini dijalankan pada 26 Jun 2023 yang berlangsung di Kolej Kediaman Pagoh, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Program ini dijayakan oleh 100 orang pelajar dan 10 orang pensyarah. Sebanyak 4 buah sekolah telah terlibat bagi menjayakan program ini. Antaranya ialah seramai 87 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Teknik Melaka, 6 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir, 23 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Amar Diraja dan 15 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada tetamu jemputan daripada Jabatan Alam Sekitar iaitu En. Muhamad Amirul Syafiq Bin Khairuddin dan En. Mohd Aizuddin Bin Ab Razak kerana bersamasama menjayakan program Nature Hero 2022, Environmental Nature Hero Challenge Expo 2023. Link Facebook: https://fb.watch/lAQOM4wmek/?mibextid=Nif5oz
SpecialTaskForceIsotankContainerServicesSdn. Bhd. [Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Kerjasama antara pelajar, pengurusan Universiti, dan Isotank Container Services Sdn. Bhd. bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu alam sekitar dan mencadangkan rawatan yang sesuai di loji rawatan air sisa. Melalui perkongsian ini, pihak pengurusan UTHM dan Isotank dapat memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berharga yang boleh digunakan untuk memulihara dan memelihara alam sekitar pada masa hadapan. Kerjasama ini penting dalam memupuk kerja berpasukan dan komunikasi di kalangan semua pihak yang terlibat, yang membawa kepada pendekatan yang lebih mampan dan mementingkan alam sekitar untuk pengurusan sisa. Dengan bekerjasama, kita boleh mencipta masa depan yang lebih cerah dan sihat untuk planet kita dan penduduknya. Program ini dijalankan pada 26 Mei 2023 yang berlangsung di Isotank Container Services Sdn. Bhd. Program ini dijayakan oleh pelajar dan pensyarah seramai lebih kurang 14 orang. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dr. Noorul Hudai Binti Abdullah, Dr. Norhayati Binti Ngadiman, Pn. Nor Baizura Binti Hamid dan Pn. Hazirah Binti Bujang, pensyarah kursus kejuruteraan alam (DAC12203) kerana bersama-sama menjayakan program Special Task Force Isotank Container Services Sdn. Bhd. Disediakan oleh: Dr. Noorul Hudai Abdullah Ketua Program/Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar Jabatan Kejuruteraan Awam Link Facebook: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0 2mxEFDdCJZrnQTJeT44YaAjd19TbzNcz2wEtmVGqJ zwN9vgD2jUja33hy5P6sKmGzl&id=100068378242872 &mibextid=Nif5oz
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Dr. Noorul Hudai Abdullah Ketua Program/Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar Jabatan Kejuruteraan Awam Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran pelajar terhadap isu-isu alam sekitar supaya pelajar lebih cakna terhadap kesejahteraan alam sekitar. Selain itu, program ini juga sekaligus dapat menjalinkan hubungan baik antara mahasiswa dan mahasiswi bersama Pihak Pengurusan Amara Apartment serta pensyarah kursus kejuruteraan alam sekitar dengan kerjasama yang dilakukan. Melalui program ini, mahasiswa dan mahasiswi dapat meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang boleh digunakan untuk memelihara alam sekitar kelak. Program ini dijalankan pada 19 Mei 2023 yang berlangsung di Amara Apartment, Johor Bharu. Program ini dijayakan oleh pelajar dan pensyarah seramai 10 orang. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Mr Alan Teoh dan Rakan Kerja Season Amara Larkin. Tidak lupa juga Dr. Noorul Hudai Binti Abdullah, Dr. Norhayati Binti Ngadiman, Pn. Nor Baizura Binti Hamid dan Pn. Hazirah Binti Bujang, pensyarah kursus kejuruteraan alam (DAC12203) kerana bersama-sama menjayakan program Task Force Amara Apartment. SpecialTaskForce Amara Apartment Link Facebook: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0 LpH4reDoJW9tJEXA4zgzsekyivvsZDTwpXcR9ioYrwz 8z8cZurJdPVNByqMgWrGsl&id=100068378242872& mibextid=Nif5oz
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Puan Nor Baizura Hamid Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar Jabatan Kejuruteraan Awam Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran pelajar dengan mendedahkan isu-isu alam sekitar kepada kanak-kanak supaya generasi muda ini lebih cakna terhadap kesejahteraan alam sekitar. Disamping itu, dapat menjalinkan hubungan baik antara mahasiswa dan mahasiswi bersama Pihak Tadika serta pensyarah kursus kejuruteraan alam sekitar dengan kerjasama yang dilakukan. Melalui program ini juga pelajar dan mahasiswa/i dapat memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang boleh digunakan untuk memelihara alam sekitar kelak. Selain itu, dapat memberikan pengalaman baru kepada mahasiswa/i dalam mengendalikan program bersama komuniti luar disamping memupuk kemahiran insaniah dalam diri. Program ini dijayakan oleh pelajar 1 DAA (Seksyen 3 & 4) seramai 45 orang dan pensyarah pengiring seramai 5 orang. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Penyelaras Program Puan Nor Baizura binti Hamid serta Pensyarah Pengiring, Dr. Norhayati binti Ngadiman, Dr. Mohammad Azim bin Mohamad Azmi, Dr. Noorul Hudai binti Abdullah dan Puan Hazirah binti Bujang kerana bersamasama menjayakan program CSR Nature Hero 2023: Save Earth, Save Life bersama Tadika Perpaduan Taman Pagoh Jaya. Nature Hero 2023:Save Earth,Save Life
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Ts. Dr Norhayati Ngadiman Ketua Jabatan/Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar Jabatan Kejuruteraan Awam Di samping itu, pengetahuan tentang subjek alam sekitar juga dapat kami kongsikan kepada pelajar sekolah mengggunakan konsep 3R iaitu “reuse, reduce, & recycle”. Penggunaan bahan kitar semula untuk menghasilkan satu bahan yang baharu juga telah kami perkenalkan kepada para pelajar. Hal ini dapat kami simpulkan dengan aktiviti pameran produk hasil daripada bahan terpakai dimana serba sedikit dapat meningkatkan kemahiran para pelajar juga mahasiswa universiti untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Kesimpulannya program “Nature Hero 2023” ini berjaya mencapai objektifnya. Objektif program CSR ini meningkatkan pemahaman dan kesedaran pelajar dan mahasiswa/i tentang isu-isu persekitaran dan kepentingan menjaga kelestariannya melalui program pendidikan dan pendedahan yang berkesan, mengasah bakat mahasiswa/i dalam menjana idea dan menghasilkan produk inovasi yang membantu kelestarian alam sekitar, dan menjalinkan kerjasama yang erat antara pelajar, mahasiswa/i, dan pihak – pihak yang terlibat untuk mencapai tujuan menjaga kelestarian alam sekitar. Secara keseluruhannya, program “Nature Hero 2023” yang diadakan di Dewan A9, Kolej Kediaman Pelajar (UTHM) Pagoh ini memberikan impak yang amat besar buat kami. EnvironmentalNature Hero ChallengeExpo
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Ts. Dr Norhayati Ngadiman Ketua Jabatan/Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar Jabatan Kejuruteraan Awam Water Quality Assessment& Monitoring Objektif program bicara ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan asas pengukuran dan pemantauan kualiti air di Malaysia. Program ini di jalankan pada 2 Mei 2023 yang berlangsung secara maya menggunakan platform Zoom Meeting (https://bit.ly/3Sjxo4s). Program ini dijayakan oleh pelajar dan pensyarah seramai lebih kurang 141 orang peserta. Program bicara ini menjemput seorang panel dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) iaitu Prof. Madya Ts. Abdul Haqi Ibrahim yang merupakan Pengarah Centre of Exellence for Water Research and Environmental Sustainability Growth (WAREG). Hasil dari program bicara ini, ia penceramah berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau berkaitan proses pengukuran dan pemantauan kualiti air yang dilakukan di Malaysia. Justeru itu pelajar dapat didedahkan dengan situasi sebenar pengawalan kualiti air di Malaysia. Pendedahan ini dapat membantu pelajar lebih memahami asas pengukuran kualiti air sebelum pelajar mempelajari dengan topik proses rawatan air di dalam kelas. Link Youtube: https://youtu.be/7ws16LMjEEU
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Puan Nor Baizura Hamid Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar Jabatan Kejuruteraan Awam Solid Waste Managementin Malaysia Objektif seminar ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan sistem pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Malaysia. Program ini di jalankan pada 4 Jun 2023 yang berlansung secara fizikal di Dewan Auditorium 4. Program ini dijayakan oleh pelajar dan pensyarah seramai lebih kurang 190 orang peserta. Program ini dijalankan dengan menjemput seorang Jurutera dari SWCorp Malaysia, KPKT iaitu En. Mohamed Nur Syafiq bin Mohamed Hanif. Beliau mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam bidang berkaitan pengurusan sisa pepejal. Hasil dari program seminar ini, penceramah telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau berkaitan sistem dan dasar yang digunapakai di Malaysia khususnya dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Justeru itu pelajar dapat didedahkan dengan situasi sebenar berkaitan topik ini. Pendedahan ini dapat membantu pelajar lebih memahami keadaan sebenar di tapak pelupusan sampah yang mana melibatkan pelbagai proses dan sekaligus membantu pelajar menguasai topik yang dipelajari di dalam kelas.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Dr. Noorul Hudai Abdullah Ketua Program/Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar Jabatan Kejuruteraan Awam Link Facebook: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0 21Siu6NcGooYhtLWLWdLt2cSY5dgPyGm1C2DXmLq 5vPszuFdahrMaLVcGWzMiNz64l&id=10006837824287 2&mibextid=Nif5oz Pada 11 Jun 2023 (Ahad), seramai 24 orang pelajar, 6 orang pensyarah kursus kejuruteraan alam sekitar UTHM, dan 2 orang pelawat industri dan pensyarah Netherlands Maritime University College telah mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Air Kumbahan Indah Water Konsotium (IWK), Pagoh. Antara tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan pendedahan kepada para pelajar tentang cara proses rawatan air di loji kumbahan. Melalui program yang dijalankan, para pelajar dapat menambah ilmu yang sedia ada, memperoleh pengalaman, kemahiran dan kesedaran untuk memelihara alam sekitar terutamanya sumber air. Hasil daripada lawatan ini dapat memberikan ilmu tambahan yang tidak dapat semasa belajar di dalam kelas dan memberi kefahaman yang lebih kepada para pelajar kerana dapat melihat sendiri proses rawatan air kumbahan di loji dan boleh menjelaskan lagi ilmu dan teori yang dipelajari di dalam kelas. Seterusnya, para pelajar juga boleh mempelajari bahawa betapa pentingnya sumber air yang bersih. Oleh itu, perlu ada perubahan sikap dan paradigma masyarakat dalam menjaga alam sekitar agar usaha pengurusan sisa kumbahan dan pencemaran sungai dapat dilaksanakan dengan berkesan. Lawatan Sambil Belajar Ke Loji Rawatan Air Kumbahan IWK, Pagoh
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Dr. Noorul Hudai Abdullah Ketua Program/Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar Jabatan Kejuruteraan Awam Link Facebook: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0 2SKvXYWoMP4rrMMWHRmcKXXkg2GK9AdTdw1yRc 3SWLhLfyPCxRnZX8c9vNnEGH5HUl&id=1000683782 42872&mibextid=Nif5oz Lawatan Sambil Belajar Loji Rawatan Air SAJ, Pagoh, Panchor Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran pelajar dengan mendedahkan cara pemprosesan merawat sumber air mentah kepada air bersih kepada pelajar supaya pelajar lebih cakna terhadap kesejahteraan alam sekitar. Di samping itu, dapat menjalinkan hubungan baik antara mahasiswa dan mahasiswi bersama Pihak Pengurusan Loji Rawatan Air SAJ, Pagoh, Panchor serta pensyarah kursus kejuruteraan alam sekitar dengan kerjasama yang dilakukan. Melalui program ini, mahasiswa dan mahasiswi dapat memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang boleh digunakan untuk memelihara alam sekitar terutamanya sumber air. Program ini telah dijalankan pada 22 Mei 2023 yang berlangsung di Loji Rawatan Air SAJ, Pagoh, Panchor. Program ini dijayakan oleh pelajar dan pensyarah seramai lebih kurang 38 orang. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Tuan Azharuddin Bin Alias bersama Staff Ranhill SAJ yang sangat banyak berkongsi ilmu pengetahuan kepada Staff dan Pelajar UTHM. Tidak lupa juga Dr. Noorul Hudai Binti Abdullah, Dr. Norhayati Binti Ngadiman, Pn. Nor Baizura Binti Hamid dan Pn. Hazirah Binti Bujang, pensyarah kursus kejuruteraan alam (DAC12203) kerana bersama-sama menjayakan program lawatan sambil belajar ke Loji Rawatan Air SAJ, Pagoh, Panchor.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Dr. Noorul Hudai Abdullah Ketua Program/Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar Jabatan Kejuruteraan Awam Link Facebook: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0 zQL3Xpxhju6FhcQehwu3vk5pd8pgzKcbWqEtYwjXwP vuy6sATXsioKuYFX3hzkewl&id=100068378242872& mibextid=Nif5oz Water Quality Index (WQI) AssessmentWorkshop Tujuan program bicara ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan bagaimana proses menganalisis kualiti air disungai dengan menggunakan kaedah WQI Malaysia. Program ini di jalankan pada 12, 13, 14 Jun 2023 yang berlangsung secara bersemuka di Bilik Kuliah A5 dan Dewan Auditorium 4, Edu Hab Pagoh, Kampus Pagoh, UTHM. Program ini dijayakan oleh pelajar dan pensyarah seramai lebih kurang 187 orang. Program bicara ini menjemput empat orang penceramah iaitu Dr. Noorul Hudai Binti Abdullah, Dr. Norhayati Binti Ngadiman, Pn. Nor Baizura Binti Hamid dan Pn. Hazirah Binti Bujang. Hasil dari program seminar ini, pelajar dapat menganalisis hasil dari keputusan yang didapati sepanjang makmal dengan mengambil air di pelbagai lokasi, dan pelajar mahir dalam meneruskan penentuan kualiti air dan sedikit sebanyak pelajar cakna atas kesejahteraan sungai berdekatan di Pagoh.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Inv. Juliana binti Mohamed Ketua Program/Pensyarah Teknologi Animasi Jabatan Teknologi Maklumat Link Berita: https://ceds.uthm.edu.my/berita/431-lukisan-karakteranimasi-sebagai-medium-kerjasama-komuniti LukisanKarakter Animasi sebagai Medium KerjasamaKomuniti Program Sulam CeDS 2023: A-CLASS 2023 yang telah dijalankan di SMK Bukit Pasir. Program berbentuk khidmat masyarakat ini melibatkan kerjasama antara pelajar Diploma Teknologi Animasi dan pelajar tingkatan empat SMK Bukit Pasir yang mengambil jurusan Pendidikan Seni Visual. Program ini merupakan sebahagian daripada penilaian bagi Subjek Asas Senilukis dan Asas Lukisan yang diambil oleh mahasiswa/i Diploma Teknologi Animasi (DAG). Secara tidak langsung program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran senilukis dan teknik lukisan karakter animasi kepada komuniti, khususnya murid-murid sekolah. Program ini dikelolakan oleh Ketua Jabatan, Jabatan Teknologi Maklumat, CeDS, Ts Dr Noordiana Binti Kassim @ Kasim, bersama pensyarah-pensyarah Diploma Teknologi Animasi dan guru-guru Pendidikan Seni Visual dari SMK Bukit Pasir. Program ini menunjukkan kesungguhan universiti dalam menjayakan inisiatif Services-Learning Malaysia– University for Society (SULAM)
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Majlis meraikan semua peserta akhir dan pemenang telah diadakan pada 1 Jun 2023 yang lalu bersempena Micro-Credential Summit (MCES) 2023 di Bangsar South. MCES 2023 ini telah dirasmikan oleh Dato’ Prof. Dr Mohammad Shatar bin Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan dihadiri oleh jemputan dalam kalangan industri, alumni pertandingan dan pensyarah dari institusi awam dan swasta dari seluruh Malaysia. Disediakan oleh: Inv. Juliana binti Mohamed Ketua Program/Pensyarah Teknologi Animasi Jabatan Teknologi Maklumat Link Berita: https://ceds.uthm.edu.my/berita/391-pelajar-cedsdiraikan-sebagai-peserta-akhir-pertandingan-adobedan-microsoft Pelajar CeDS Diraikan Sebagai Peserta Akhir Pertandingan Adobe dan Microsoft Tiga orang pelajar daripada Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya dikategorikan sebagai peserta akhir dalam pertandingan Adobe Certified Professional (ACP) dan Microsoft Office Specialist (MOS) Malaysia National Championship 2023 yang dianjurkan secara berasingan oleh Creative Cloud Community. Pelajar tahun 1, Diploma Teknologi Animasi (DAG), Saudara Nur Muhammad Hidayat Khan bin Sakhir Sultan telah berjaya disenaraikan sebagai 30 peserta terbaik bagi pertandingan Adobe Certified Professional, manakala dua pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Maklumat (DAT), Saudara Muhammad Hamizan bin Yusof dan Saudari dan Saudari Nur Izzati Hasanah binti Zahid telah masing-masing berjaya meraih tempat kedua dan ketiga bagi pertandingan Microsoft Office Specialist (Word 2019).