Disediakan oleh: Dr. Muhammad Azri Bin Othman Penyelaras Persatuan Pelajar Diploma Mobiliti Jerayawara Nusantara Seiring dengan slogan Universiti, ”Dengan Hikmah Kita Meneroka”, Persatuan Pelajar Diploma (PPD) mengambil inisiatif menganjurkan Program Mobiliti Jerayawara Nusantara ke Pekan Baru, Indonesia dari 21hb hingga 25hb September 2023. Program ini bertujuan memberi pengalaman baru kepada peserta program merasai dan memahami kepelbagaian budaya serta persekitaran luar negara. Seramai 15 orang mahasiswa/i dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS) berserta dua orang pegawai pengiring fakulti terlibat dalam program kali ini. Beberapa aktiviti berjaya dilaksanakan sepanjang program berlangsung antaranya sesi ice breaker and hands-on STEM bersama pelajar sekolah Islam Terpadu Al Fityah (SD IT AL-Fityah), eksplorasi budaya dan perbincangan antara wakil pelajar bersama mahasiswa/i dari Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau (UIN Suska Riau), riadah petang bersama persatuan kebangsaan pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI), dan eksplorasi budara ke masjid Sultan Syarif Hasyim dan Istana Siak Sri Indrapura, Riau Indonesia. Secara ringkasnya, objektif program ini telah berjaya dicapai dengan jayanya. Mahasiswa/i CeDS berjaya memperolehi pengalaman antarabangsa, memahami budaya dan cara kerja di luar negara sejajar dengan idea pembentukan mahasiswa/i UTHM yang berfikiran global dan holistik. Program ini merupakan hasil kolaborasi antara Persatuan Pelajar Diploma dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia.
Disediakan oleh: Dr. Muhammad Azri Bin Othman Penyelaras Persatuan Pelajar Diploma Program Pemantapan Organisasi PPD Program Pemantapan Organisasi Persatuan Pelajar Diploma telah dijalankan pada 13 hingga 14 oktober 2023 bertempat di Rimbunan Chalet Ulu Yam, Selangor. Seramai 53 orang ahli jawatankuasa (AJK) persatuan diiringi 2 orang penasihat persatuan iaitu Pn Mariam Binti Abdul Hamid dan Dr. Muhammad Azri Bin Othman. Matlamat utama program adalah untuk membina dan memperkukuhkan hubungan interpersonal di kalangan AJK persatuan yang baru dilantik melalui pemupukkan semangat kerjasama dan kebersamaan dalam mencapai matlamat bersama. Ini adalah langkah positif dalam membawa peningkatan keberkesanan gerak kerja, serta motivasi bekerja dalam satu pasukan. Beberapa aktiviti berteraskan pengukuhan kemahiran berpasukan telah dijalankan dengan baik. Pada sebelah malamnya, setiap unit diberi tugasan merancang program yang bakal dilaksanakan pada sesi hadapan dibawah penyeliaan exco masing-masing. Aktiviti juga diserikan dengan kehadiran 10 orang AJK persatuan daripada beberapa sesi yang lepas. Sesi perkongsian yang berlangsung turut disertai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UTHM, saudara Wan Amsyar Hadie Wan Mahadi. Secara ringkasnya, program ini berjaya mencapai objektif menyediakan pembelajaran tidak langsung berorientasi peningkatan kompetensi dan pengembangan karakter AJK persatuan selari dengan nilai-nilai pemimpin organisasi yang unggul, termasuk daya kepimpinan dan keyakinan tinggi dalam menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Dr. Muhammad Azri Bin Othman Penyelaras Persatuan Pelajar Diploma Kejohanan INTER-DIP SPORT 2023 Pada 20hb dan 21hb Oktober 2023, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) dengan kerjasama unit Sukan, Kebudayaan dan Kerohanian Persatuan Pelajar Diploma (PPD) telah berjaya menganjurkan program Inter-Dip sport bertermpat di bilik pembelajaran kolej Kediaman UTHM Kampus Pagoh dan sekitar Fasiliti Gunasama Hub Pendidikan Tinggi Pagoh. Kejohanan yang julung-julung kali dianjurkan ini mempertandingkan 5 acara iaitu bola speak 7 sebelah, bola jaring, bola tampar, bola keranjang dan juga e- sukan (mobile legend). Turut diadakan, pertandingan sampingan Penalty Shoot-Out dan juga pertandingan Cheer Club terbaik. Kejohanan Inter-dip kali ini disertai hampir 300 orang mahasiswa/i.. Kejohanan Inter-Dip sport turut dimeriahkan dengan teriakan ultras yang tidak berhenti dan paluan gendang bagi memberi semangat kepada atlet jabatan masing-masing. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) CeDS berjaya meraih tempat pertama keseluruhan untuk edisi pertama ini dengan pungutan sebanyak 5 pingat emas, dan 1 pingat perak. Pada acara penutup kejohanan, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TDHEPA) CeDS, Ts. Dr. Norhayati binti Ngadiman menyatakan harapannya untuk meneruskan penganjuran kejohanan Inter-Dip sport pada tahun hadapan. Kejohanan turut dijadikan platform pemilihan dan persiapan atlet CeDS ke kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF) pada november 2023. Beliau turut menzahirkan bahawa program seumpama ini dapat memupuk budaya sihat dan cergas dalam kalangan warga CeDS sekali gus dapat melahirkan atlet universiti yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Disediakan oleh: Dr. Muhammad Azri Bin Othman Penyelaras Persatuan Pelajar Diploma Sukan Antara Fakulti (SAF) 2023 Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2023 dengan pungutan pingat sebanyak 3 pingat emas, 1 pingat perak, dan 2 pingat gangsa. Manakala, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) berjaya mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada tahun sebelumnya. Kejohanan SAF kali ini adalah anjuran Pusat Sukan Universiti (PSU) bersama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan selaku tuan rumah itu berlangsung pada 16- 18 November 2023 bertempat di sekitar kampus UTHM Parit Raja. SAF kali ini mempertandingkan beberapa sukan iaitu bola sepak 7 sebelah, indoor rowing , tenis, hoki, futsal silat, bola jaring, bola tampar dan juga e-sport (mobile legend, PUBG dan FIFA). Seperti sesi sebelumnya, Persatuan Pelajar Diploma telah diberi tanggungjawab membantu pencarian dan pemilihan atlet bagi kontinjen Fakulti Pusat Pengajian Diploma ke Sukan Antara Fakulti (SAF) 2023. kontigen CeDS kali ini dianggotai oleh 94 atlet, 9 pengurus pasukan, 10 orang ultras dan 27 orang wakil persatuan yang bertugas memberi bantuan sokongan dan juga media kepada pasukan yang bertanding. Turut terlibat, 12 orang staf CeDS yang bertindak sebagai ketua, timbalan kontigen dan juga penaung kepada pasukan yang bertanding. “Berhimpun Demi Fakulti, Bersatu Dalam Sukan”
Disediakan oleh: Dr. Muhammad Azri Bin Othman Penyelaras Persatuan Pelajar Diploma Semarak PPD Dan Pameran Animasi Festkon 2023 Program ini merupakan inisiatif yang diambil oleh Persatuan Pelajar Diploma (PPD) dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk mempromosi dan berkongsi pengetahuan berkenaan setiap program yang ditawarkan di Pusat Pengajian Diploma (CeDS) kepada komuniti luar yang berkunjung ke universiti Tun Husseion Onn Malaysia (UTHM) semperna Festival Konvokesyen (Festkon) UTHM ke-23. Program berlangsung selama sehari bertempat di padang kawad UTHM kampus induk pada 5 disember 2023. Disamping pameran hasil karya daripada pelajar diploma animasi, turut diadakan pertandingan membina poster secara digital bertemakan soladariti palestin dan tahun baru yang juga disertai oleh pelajar dari SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat dan pelajar UTHM sendiri. Ringkasnya, objektif program ini telah berjaya dicapai dimana program ini adalah untuk mempromosikan program-program yang ditawarkan oleh CeDS UTHM kepada komuniti setempat khususnya golongan remaja serta para pengunjung tapak festkon UTHM kali ini. Program ini dapat menjadi platform kepada generasi muda untuk mengasah bakat dalam penghasilan karya dalam bentuk digital mahupun fizikal. Penganjuran program juga berjaya melatih dan memberi pengalaman berguna kepada ahli jawatankuasa persatuan dalam menguruskan program yang melibatkan kerjasama organisasi luar universiti.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Tuan Mohd Hafeez bin Tuan Ibrahim Penyelaras Program Pengurusan Stress Dan Kaedah Berfikiran Positif Dikalangan Pelajar Tahun Akhir Pusat Pengajian Diploma (CeDS) CeDS, UTHM Anjur Program Pengurusan Stress Bersama Universiti Dari Indonesia PAGOH, 18 Januari 2023 - Seramai 53 orang pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Diploma telah menyertai Program Pengurusan Stress dan Kaedah Berfikiran Positif di Kolej Kediaman Pagoh pada 18 hingga 19 Januari 2023. Program ini adalah anjuran bersama antara UTHM dan Universitas Muhammadiyah Yogyakarya, Universitas Muhammadiyah Purwokerto dan Universitas Islam Negeri Raden Mas Said Surakarta, Indonesia. Program ini merupakan program yang dirancang untuk melatih pelajar tahun akhir CeDS dalam menguruskan stress dengan dibimbing oleh pensyarah dalam bidang Psikologi Islam yang diketuai oleh Dr. Fitriah M. Suud, dari Fakultas Pascasarjana, Psikologi Pendidikan Islam, Universitas Muhammadiyah Yogyakarya, Indonesia. Melalui program ini, pelajar didedahkan tenta ng kepentingan pengurusan stress dan bagaimana untuk melihat potensi yang ad a untuk memajukan diri sendiri ke arah yang lebih baik, bersesuaian dengan na ma Program Pengurusan Stress dan Kaedah Berfikiran Positif. Oleh yang demikian, program ini telah berjaya dilaksanakan sebagai inisiatif daripada CeDS untuk memastikan pelajar sentiasa berada dalam keadaan stabil baik daripada segi emosi, fizikal dan juga sosial. Aktiviti-aktiviti yang diadakan juga berjaya memupuk kesedaran tentang kepentingan pengurusan masa dan pemilihan kawan yang menjadi salah satu faktor stress khususnya dalam menyiapkan tugasan berkumpulan.
Alumni Talk:Career Opportunity in Portindustry [Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Tuan Mohd Hafeez bin Tuan Ibrahim PenyelarasProgram Alumni Talk: Career Opportunity in Port Industry TARIKH: 9 Julai 2023 | MASA: 9.00 pagi | PLATFORM: Atas Talian PENCERAMAH: Ts. Nor Hasbullah Ibrahim Manager Technical Service, Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd OBJEKTIF: Mendedahkan kepada pelajar tentang peluang kerjaya dalam bidang pelabuhan SASARAN: Pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DAM) dan Diploma Kejuruteraan Elektrikal (DAE) IMPAK: Seramai 17 pelajar DAM dan DAE terpilih untuk menyertai Program Perantis di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor
EmpowerYourFuture: Pursue A Bachelor's Degree In UTHM [Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Tuan Mohd Hafeez bin Tuan Ibrahim Penyelaras Program Empower Your Future: Pursue A Bachelor's Degree In UTHM TARIKH: 26 November 2023 | MASA: 8.45 pagi | PLATFORM: Atas Talian PENCERAMAH: En. Ahmad Fu'ad Idris, Ts. Dr. Zuliazura Mohd Salleh [FKMP] | Ts. Dr. Muhammad Farid Shaari [FTK] | Dr. Azita Ali [FPTV] OBJEKTIF: Menyediakan platform khidmat nasihat serta maklumat kepada pelajar tahun akhir untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UTHM SASARAN: Pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DAM) IMPAK: Pelajar terdedah dengan maklumat yang tepat terus daripada fakulti tentang program sarjana muda yang ditawarkan di UTHM
CeDS ALUMNI WEEK 2023: BONDING, BELONGING, GIVING BACK [Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Tuan Mohd Hafeez bin Tuan Ibrahim Setiausaha Program CeDSAlumni Week 2023:Bonding, belonging, Giving Back TARIKH: 29 Okt – 2 Nov 2023 | MASA: 9.00 pagi | PLATFORM: Bersemuka & Atas Talian PENCERAMAH: En. Luqman Nul Hakim, Tuan Muhammad Syahid [JKA] | Pn. Izatul Anis Azwaari, Ts. Mohamad Falihin [JKE] | En. Muhammad Hambali, Ts. Nor Hasbullah [JKM] | En. Muhammad Faris, En. Muhammad Naufal [JSM] | En. Mohd Zahirul Iman, Pn. Atiqah [JTM] OBJEKTIF: Menyediakan platform antara alumni dan pelajar dalam berkongsi pengalaman di alam kampus dan alam pekerjaan sebagai panduan dan pedoman kepada pelajar SASARAN: Semua pelajar Pusat Pengajian Diploma IMPAK: Pelajar mendapat ilmu dan panduan hasil perkongsian pengalaman oleh para Alumni yang telah berjaya di bidang kerjaya masing-masing
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Raudah Mohd Adnan Jawatankuasa Keusahawanan & Ekonomi Jabatan Sains dan Matematik CeDS Business Talk : Young Digital Entrepreneurs CeDS Business Talk 2023: Young Digital Entrepreneurs bertemakan keusahawanan digital telah berlangsung pada 17 Disember 2023. Program ini telah membuka ruang dan peluang kepada para pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan digital dengan menggalakkan keterlibatan mahasiswa dalam aktiviti keusahawanan semasa dalam pengajian di UTHM yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Dr Mohd Zulariffin bin Md Maarof, selaku Pengarah Urusan Infinite Victory Consultancy Sdn Bhd. Program yang berlangsung secara maya telah memberi pendedahan serta meningkatkan kemahiran perniagaan digital secara praktikal melalui perkongsian strategi dan teknik yang berkesan dalam keusahawanan digital. Dengan perkongsian secara menyeluruh dalam meneroka peluang mengikut tren perniagaan semasa, program ini menggalakkan pelajar CeDS terlibat secara aktif dalam aktiviti perniagaan digital semasa dalam pengajian disamping menarik minat ke arah mencipta peluang yang lebih berani dengan menawarkan peluang kerjaya.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Raudah Mohd Adnan Jawatankuasa Keusahawanan & Ekonomi Jabatan Sains dan Matematik KeusahawananSosial: Trash to Cash @ CeDS2023 Jawatankuasa Keusahawanan dan Ekonomi CeDS, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasamana SWCorp Cawangan Muar & Tangkak telah menganjurkan program Keusahawanan Sosial TRASH TO CASH@CeDS UTHM 2023. Program ini berlangsung selama sebulan yang telah dilaksanakan sebanyak 3 fasa bermula pada 1 Jun 2023 dan berakhir pada 26 Jun 2023 yang dijayakan oleh pelajar Diploma Sains Gunaan serta sokongan seluruh warga CeDS. Fasa pertama program telah berlangsung pada 1 Jun, seterusnya pada 12 Jun dan fasa ketiga beserta majlis penutup pada 26 Jun 2023. Objektif program bertujuan untuk menyemarakkan program keusahawanan sosial di kalangan pelajar dalam aktiviti kitar semula dan menyelamatkan sisa yang boleh dikitar semula. Di samping itu, melalui program ini ianya dapat memberi pendapatan tambahan kepada para pelajar. Pelaksanaan program ini selaras dengan konsep keusahawanan sosial iaitu menjana pendapatan daripada sisa (waste to money) yang juga menyokong Sustainable Development Goals (SDGs). Hasil dari program ini sebanyak 3,583kg bahan kitar semula telah berjaya dikumpul.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Raudah Mohd Adnan Jawatankuasa Keusahawanan & Ekonomi Jabatan Sains dan Matematik Pertandingan Innovation & Technology Challenge : InTech-21 (InTech-21) adalah program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) yang mengetengahkan pendekatan aplikasi mobil dan ekonomi digital sebagai pilihan baharu bagi meningkatkan produktiviti pelbagai sektor ekonomi perniagaan. Pertandingan ini terbuka kepada semua universiti awam, kolej komuniti dan politeknik di seluruh Malaysia. Program yang bermula pada 26 Mei 2022 melibatkan beberapa fasa penyertaan seperti train of trainer, bootcamp dan business pitching. Pada fasa tersebut, para pelajar diajar membina aplikasi beserta ilmu keusahawanan. Kumpulan SENIZIUM yang terdiri daripada 4 orang pelajar daripada Diploma Teknologi Animasi bersama Puan Norliza Ghazali dan Dr Zuraida Ibrahim sebagai mentor telah berjaya merangkul tempat pertama bagi InTech-21 yang diadakan di Dewan Tunku Cancelor, Universiti Malaya pada 28 Februari 2023. SENIZIUM mempertandingan idea melalui aplikasi yang mampu mewujudkan peluang seni reka artis bagi menjual dan mempamerkan karya seni mereka. PenyertaanPertandinganInnovation & Technology Challenge : Intech-21
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Raudah Mohd Adnan Jawatankuasa Keusahawanan & Ekonomi Jabatan Sains dan Matematik Program Latihan “Bee-Varsity Entrepreneurship Apprentice (BVEA)” anjuran Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi (UTMXCITE), Institut Siswazah Tersedia Kehidupan iLeaGue (UTM iLeaGue) UTM dengan kerjasama UTM serta Koperasi Eco Usahawan Johor Berhad merupakan program keusahawanan industri ternakan kelulut moden. Peserta dari UTHM diwakili oleh En. Mokhtar bin Yahya (mentor) dan 3 orang pelajar dari Jabatan Teknologi Maklumat. Program ini telah diadakan pada 15 Mac 2023 (Rabu) bertempat di Tapak Projek Ternakan Kelulut Moden, Simpang Renggam, Johor. Program BVEA merupakan program keusahawanan pelajar berkaitan industri ternakan kelulut melalui kaedah inovasi dengan menggunakan bongkah kelulut moden. Inovasi bongkah kelulut moden ini bertujuan untuk menyokong kepada perkembangan komersial penghasilan madu kelulut bagi memenuhi permintaan pasaran dengan mengaplikasikan ekosistem maju serta moden dalam pengkomersilan industri ini. Program Latihan Bee-varsity Entrepreneurship Apprentice (BVEA) di TapakProjek TernakanKelulut, SimpangRenggam, Johor
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Raudah Mohd Adnan Jawatankuasa Keusahawanan & Ekonomi Jabatan Sains dan Matematik PenyertaanPelajar CeDS di MechyTechDay 2023 Program Karnival MechyTech Day 2023 adalah program keusahawanan anjuran Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK). Seramai 11 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Pusat Pengajian Diploma telah turut serta dengan membuka gerai jualan semasa karnival yang diadakan pada 6 hingga 7 Jun 2023 bertempat di Kemudahan Gunasama Hub Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP). Dengan penglibatan ini memberi telah peluang kepada para pelajar dalam mempraktikkan ilmu keusahawanan disamping menimba pengalaman secara praktikal kepada pelajar dalam menceburi aktiviti perniagaan serta menggalakkan mereka untuk menceburi bidang ini di masa hadapan
PENGHARGAAN TERIMA KASIH PADA SEMUA WARGA STAF AKADEMIK & PENGURUSAN PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA "Dengan Hikmah Kita Meneroka"