[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Link Berita: https://ceds.uthm.edu.my/berita/390-lawatan-industripelajar-dan-pensyarah-dag-ke-wau-animation Disediakan oleh: Inv. Juliana binti Mohamed Ketua Program/Pensyarah Teknologi Animasi Jabatan Teknologi Maklumat Para pelajar serta pensyarah Diploma Teknologi Animasi (DAG) dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan satu lawatan ke WAU Animation. Studio animasi anak tempatan itu merupakan studio yang bertanggungjawab membangunkan siri animasi popular Ejen Ali, selain filem berjudul Ejen Ali: The Movie. LawatanIndustri Pelajar dan Pensyarah DAG ke WAU Animation Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) WAU Animation, Encik Usamah Zaid bin Yasin turut berbesar hati untuk menandatangan surat hasrat (LOI) sebagai permulaan kerjasama secara rasmi dengan UTHM. Bagi meningkatkan kerjasama ke peringkat seterusnya, sebuah memorandum persefahaman (MOU) sedang dirangka dan akan ditandatangan dalam masa terdekat.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Inv. Juliana binti Mohamed Ketua Program/Pensyarah Teknologi Animasi Jabatan Teknologi Maklumat Ini melayakkan Kesemua staf akademik program DAG diberi anugerah pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 daripadaASWARA. ASWARA bercadang memberi penganugerahan pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 kepada semua staf DAG yang lulus pada Majlis Konvokesyen ASWARA tahun 2024. Para Pensyarah DAG lulus Sijil Kemahiran Malaysia PengkhususanPerkhidmatan Sokongan Animasi 2D Pada 21 Jun 2023, seramai 6 orang staf akademiK program Diploma Teknologi Animasi (DAG) dari Jabatan Teknologi Maklumat (JTM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), UTHM telah menghadiri Penilaian Amali Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu Pengkhususan Perkhidmatan Sokongan Animasi 2D bertempat di Fakulti Animasi dan Multimedia, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Penilaian selama sehari itu telah dijalankan dengan jayanya dan kesemua calon-calon yang hadir telah lulus pensijilan tersebut.
Disediakan oleh: Nur Shahirah Mohd Aripen Ketua program/Pensyarah Diploma Tek. Kej. Kimia Jabatan Sains & Matematik Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumbalas kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran dan penambahbaikan berterusan. Selain itu juga, perbandingan pelaksanaan program UTHM dengan UiTM dalam memenuhi kriteria ETAC dapat dilihat dan diteliti bagi penambahbaikan program Diploma Teknologi kejuruteraan Kimia di UTHM pada masa depan nanti. Staf akademik dari UTHM juga dapat meninjau kemudahan prasarana kampus UiTM Bukit Besi dalam menyokong sistem pembelajaran pelajar. Lawatan Penanda Aras Program Ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bukit Besi Pada 9 November 2023, Jabatan Sains dan Matematik (JSM) telah mengadakan lawatan Penanda Aras program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia ke UiTM Bukit Besi Dungun untuk mendapatkan pengalaman berkaitan Akreditasi ETAC. Lawatan ini juga merupakan timbal balas kepada lawatan pihak UiTM terhadap program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia UTHM pada 13 Januari 2022 di Pagoh. Untuk rekod, Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia UTHM telah berjaya mendapat Akreditasi 6 tahun dari ETAC bermula tahun 2021 sehingga 2026. Lawatan Penanda Aras ini telah dihadiri seramai 6 orang staf akademik yang terdiri dari Ketua Jabatan Sains dan Matematik iaitu Dr Dilaeleyana binti Abu Bakar Sidik, Ketua Program iaitu Cik Nur Shahirah binti Mohd Aripen dan 4 staf akademik dari program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Puan Nurmina Abdullah Pensyarah Kejuruteraan Mekanikal Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Realisasikan Sekolah Selamat dan Sihat melalui SULAM The Safety Squad dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), CeDS UTHM telah berjaya menjalankan projek SULAM CeDS bagi 2023 dengan tajuk program Sekolah Selamat dan Sihat. Program SULAM ini telah disertai oleh 50 orang pelajar tahun 2 DAM di bawah bimbingan Puan Nurmina Abdullah selaku Pengarah Program dan diiringi oleh 21 orang pensyarah JKM selaku urusetia dan fasilitator. Program kali ini dijalankan di Kolej Vokasional Pagoh yang terletak di Jalan RechongGombang, Pagoh. Lokasi ini dipilih kerana kawasannya yang luas dengan landskap pertanian dan bengkel kejuruteraan yang mana sedikit berlainan dari lokasi sebelum ini. Tujuan utama program SULAM ini adalah untuk menjalankan kajian risiko keselamatan dan kesihatan bagi memenuhi keperluan kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DAM23102). Pelajar telah diagihkan kepada 10 lokasi dan setiap kumpulan perlu melakukan kajian pemeriksaan risiko yang dikenal pasti untuk diisi di dalam borang HIRARC. Program ini telah berjaya mewujudkan persekitaran kerjasama antara pelajar, pensyarah dan pihak kolej. Pelajar pula berjaya dilatih dalam membangunkan rangkaian dengan pihak lain, mengurus program dan menilai keperluan dan kejayaan projek di samping mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di dalam kelas.
Disediakan oleh: Nur Shahirah Mohd Aripen Ketua program/Pensyarah Diploma Tek. Kej. Kimia Jabatan Sains & Matematik Projek SULAM CeDS 2023: Young Technologist-Natureof Sciences (ENVIRO-CHEM 2023) Program Young Technologist @ School 2023,Nature of Sciences (EnviroChem 2023) & KitaRecycle telah dilaksanakan dengan jayanya pada 18 Jun 2023 secara fizikal sepenuhnya di SMK Tengku Mahkota, Muar. Program Kelestarian Alam Sekitar dan Teknologi Sains merupakan anjuran Jabatan Sains dan Matematik (JSM), Pusat Pengajian Diploma (CeDs) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama yang daripada pihak SWM Environment Sdn Bhd dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota, Muar yang bertemakan "Sains dan Teknologi Kejuruteraan" berjaya menarik minat hampir 500 orang pelajar SMK Tengku Mahkota dengan pengkhususan aktiviti bersama pelajar dari tingkatan 2 dan 3. Penglibatan yang komprehensif diperolehi daripada 64 orang pelajar siswasiswi tahun 1 dari jurusan Diploma Kejuruteraan Teknologi Kimia (DAK) dengan seliaan para pensyarah. Program berkonsepkan khidmat masyarakat ini diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman mengenai manfaat dan kepentingan mengenai pengunaan bahan-bahan terpakai untuk dikitar semula supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar serta aplikasinya di dalam kehidupan kepada pelajar sekolah. Link Berita: Pusat Pengajian Diploma UTHM - Nature of Sciences and KitaRecycle Mantapkan Kefahaman Mengenai Manfaat dan Kepentingan Bahan-bahan Terpakai
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Puan Nuramirah Binti Juma'at Ketua program/Pensyarah Diploma Sains Gunaan Jabatan Sains dan Matematik Young Technologist @ School - Physics Is Life 2023 Jabatan Sains dan Matematik telah menganjurkan program SULAM bertemakan "YOUNG TECHNOLOGIST @SCHOOL - PHYSICS IS LIFE 2023" di Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kluang. Program ini melibatkan pelajar tahun 1 seramai 42 orang dari Diploma Sains Gunaan di bawah kursus Physics Mechanics (DAU10103). Program ini dilakukan secara dalam talian menggunakan ZOOM pada 28 November 2023. Aktivit yang dilakukan adalah bermula dar pelajar DAU sebagai fasilitator memberi penerangan berkenaan konsep fizik dan demontrasi ringkas melalui video. Murid-murid dikehendaki menjawab kuiz serta melakukan pelbagai aktiviti secara atas talian usai video dimainkan. Terdapat tujuh persembahan video telah direkod oleh pelajar-pelajar 1DAU berkenaan konsep asas fizik seperti haba, ketumpatan, inersia, momentum, dan lain-lain. Melalui program ini pelajar SRAB dapat memperoleh kefahaman dan penghayatan berkenaan konsep fizik dan aplikasinya dalam kehidupan seharian. Selain itu, pelajar dari SRAB dapat mengaitkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari semasa di dalam kelas dengan penggunaan atau aplikasi ilmu tersebut melalui pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan. Membina hubungan yang baik antara pelajar dan komuniti dapat dilakukan melalui program SULAM ini.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Puan Siti Mariam binti Basharie Ketua program/Pensyarah Kejuruteraan Mekanikal Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Sesi Perkongsian Industri: Stamping Dies Developmentin AutomotiveManufacturing Sesi Perkongsian Industri kepada pelajarpelajar 2 DAM yang sedang mengambil kursus Proses Pembuatan ini telah diadakan secara online melalui platform Zoom Cloud Meeting pada 10 Januari 2023. Ia telah disampaikan oleh Penasihat Industri DAM, Ir Mohd Yuza bin Mohd Yusof, yang merupakan Senior Manager di Automotive Distribution, Manufacturing & Engineering, DRB Hicom. Di dalam industri pembuatan automotif, proses stamping adalah merupakan salah satu proses pembuatan yang paling banyak digunakan dalam menghasilkan komponen-komponen automotif. Proses stamping ini memerlukan alat yang dipanggil stamping dies yang kebiasaannya mempunyai reka bentuk khas bagi setiap komponen. Stamping dies merupakan alat berketepatan khas yang biasa digunakan untuk memotong atau membentuk kepingan logam ke bentuk tertentu yang diingini. Ia biasanya dibangunkan menggunakan perisian reka bentuk berbantu komputer (CAD) untuk menghasilkan reka bentuk yang sangat tepat sebelum ianya dihasilkan oleh pekerja-pekerja yang berkemahiran. Di dalam sesi perkongsian ini pelajar-pelajar dapat meningkatkan pengetahuan dan memperolehi gambaran yang lebih jelas tentang proses-proses bagaimana stamping dies ini dibangunkan bermula daripada proses rekabentuk sehinggalah ianya dihasilkan melalui proses-proses pembuatan tertentu sebelum ianya digunakan di dalam production line.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Puan Hafsa binti Mohammad Noor Pensyarah Kejuruteraan Mekanikal Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Lawatan ke Gedung IKEA Damansara Wadah Kajian dan Analisis Masalah Ergonomik Program Lawatan Sambil Belajar ke Gedung IKEA Damansara bagi kursus Kejuruteraan Industri (DAM23702) telah diadakan di IKEA Damansara, dengan penyertaan 56 pelajar tahun 2 program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DAM) sesi 2022/2023. Seramai tiga pegawai pengiring turut menyertai program ini iaitu Puan Hafsa binti Mohammad Noor selaku pensyarah kursus, Dr Noor Azizah binti Sidek dan Puan Nurmina binti Abdullah. Tujuan lawatan adalah untuk memperkukuhkan pemahaman pelajar berkaitan silibus kursus Kejuruteraan Industri sekali gus memberi pengalaman situasi sebenar bagi pelajar mengkaji dan menganalisis tentang masalah-masalah ergonomik terhadap alatan, produk, sistem atau persekitaran di IKEA yang perlu ditambahbaik bagi meningkatkan tahap keselesaan, keselamatan dan dari aspek yang lain. Setiap kumpulan pelajar perlu memilih satu reka bentuk alatan, produk, sistem atau persekitaran di gedung IKEA yang boleh mendatangkan risiko atau masalah ergonomik terhadap manusia. Analisis ergonomik ke atas peralatan atau produk akan dilakukan dan pelajar kemudiannya perlu mengenal pasti ruang untuk penambahbaikan pada reka bentuk sedia ada berdasarkan antropometri, biomekanik, pemerhatian atau sebarang kaedah analisis ergonomik yang berkaitan.
Disediakan oleh: Puan Siti Mariam binti Basharie Ketua program/Pensyarah Kejuruteraan Mekanikal Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Lawatan Akademik ke Jimah Power Plant,EDRA Power Holdings Lawatan Akademik ke Jimah Power Plant, EDRA Power Holdings ini diadakan pada 14 Disember 2023 dan disertai oleh seramai 50 orang pelajar Tahun 2 DAM di bawah Kursus Termodinamik di bawah bimbingan Pn Siti Mariam binti Basharie. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan para pelajar tentang operasi dan sistem termodinamik di samping sistem mekanikal yang terdapat di loji janakuasa stim. Pelajar dapat melihat secara lebih jelas tentang proses penghasilan tenaga elektrik daripada sumber arang batu di dalam loji terma. Jimah Power Plant yang terletak di Mukim Jimah, Port Dickson merupakan loji janakuasa stim yang terdiri daripada dua unit loji arang batu yang menggunakan teknologi ultrasupercritical (USC), iaitu teknologi pembakaran arang batu secara cekap dengan kecekapan 40 peratus berbanding loji arang batu konvensional yang mempunyai kecekapan sekitar 36 peratus. Mempunyai kapasiti 1,000 MW setiap satu loji ini menggunakan convensional thermal/sub critical boiler dengan bahan api utama arang batu dan diesel sebagai bahan api pemula. Bekalan arang batu diperoleh daripada Indonesia, Rusia dan Australia yang dianggarkan berjumlah enam juta tan setiap tahun,Turbin yang digunakan pula mempunyai jumlah kuasa keluaran sebanyak 1400 MW.
Disediakan oleh: Nur Shahirah Mohd Aripen Ketua program/Pensyarah Diploma Tek. Kej. Kimia Jabatan Sains & Matematik Program Lawatan Sambil Belajar Teknologi Kejuruteraan Alam Sekitar: SWM EnvironmentSdn Bhd Program Lawatan Sambil Belajar Teknologi Kejuruteraan Alam Sekitar 2023:SWM ENVIRONMENT SDN BHD telah diadakan di Tapak pelupusan Sanitari Seelong, 81000 Senai, Johor dengan penyertaan seramai 48 orang pelajar dari program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia Tahun 2 sesi 2022/2023 semester 1. Sesi dijalankan secara berperingkat. Pada fasa 1, program ini melibatkan seramai 23 orang pelajar seksyen 1 DAK yang diiringi oleh beberapa pensyarah 4 pensyarah pengiring iaitu Dr. Siti Samahani binti Suradi, Ts. Nurul Izzati binti Mohd Ismail, Puan Hazirah Bujang dan Puan Nurmina Abdullah. Manakala fasa 2, seramai 25 orang pelajar Seksyen 2 DAK yang diiringi oleh 3 orang pensyarah pengiring iaitu Dr. Siti Samahani binti Suradi, Puan Rozainita binti Rosley dan Puan Norhazimah binti Abdul Halim. Program ini dapat memperkukuhkan pemahaman para pelajar Diploma Teknologi Kejuteraan Kimia mengenai fungsi, mekanisme, kaedah pengurusan sisa buangan dan kesannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini dapat juga memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang kerjaya yang bersesuaian dengan subjek-subjek yang dipelajari seterusnya menggalakan pelajar lebih berinpirasi dan menambahkan minat dalam bidang yang berkaitan. Link Berita: https://ceds.uthm.edu.my/berita/380-pelajar-cedskenali-pengurusan-sisa-pepejal-bersama-swmenvironment
Disediakan oleh: Nur Shahirah Mohd Aripen Ketua program/Pensyarah Diploma Tek. Kej. Kimia Jabatan Sains & Matematik Dwi-Mini Karnival Fizik- “UniPhysicFestival’ & ‘Its Physic O’Clock!” Dwi-mini karnival berteraskan aplikasi fizik dalam kehidupan telah berjaya dilaksanakan pada dua sesi yang berbeza iaitu pada 21 dan 28 Disember 2023 oleh 67 pelajar tahun 1 sesi 2023/2024 bagi jurusan diploma teknologi kejuruteraan kimia (DAK), dibawah bimbingan Dr Siti Samahani Suradi dan Dr Dilaeleyana Abu Bakar Sidik. Dwi-mini karnival bertajuk ‘Uniphysic Fest’ and ‘Physic O’Clock’ ini dirasmikan oleh Dr Dilaeleyana selaku ketua Jabatan Sains dan Matematik, Pusat Pusat Pengajian Diploma (CeDS). Pengolahan sesi mini karnival dari dwi-mini karnival ini jelas memberikan impak yang sangat berkesan kepada mahasiswa/siswi dimana mereka berjaya menerapkan nilai-nilai pengetahuan sains, teknologi dan matematik (STEM) melalui pembentangan hasil kepelbagaian rekacipta mereka yang berasaskan bahan sisa terpakai. Objektif program ini adalah untuk memperkukuhkan pemahaman para pelajar Diploma Teknologi Kejuteraan Kimia mengenai konsep dan prinsip fizik yang berkaitan teknologi kejuruteraan dalam kehidupan seharian. Ianya juga dapat menerapkan nilai-nilai pengetahuan dan inovasi melalui kepelbagaian ciptaan dan inovasi bagi mendorong pemikiran yang kreatif dalam penghasilan prototaip. Program ini juga dilaksanakan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan bidang STEM dengan kepelbagaian reka cipta dan inovasi.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Puan Nuramirah Binti Juma'at Ketua program/Pensyarah Diploma Sains Gunaan Jabatan Sains dan Matematik Lawatan Sambil Belajar ke Beryl's Chocolate & ConfectionerySdn. Bhd. Program Lawatan Sambil Belajar ke Gedung Beryl's Chocolate & Confection ery Sdn. Bhd. bagi kursus Kimia Organik (DAS12503) telah diadakan, dengan penyertaan 47 pelajar tahun 1 program Diploma Sains Gunaan (DAU) sesi 2022/2023 pada 20 Mei 2023. Seramai lima pegawai pengiring turut menyertai program ini iaitu Puan Rozainita Binti Rosley selaku pensyarah kursus, Dr Siti Noraiza Binti Abdul Razak, Dr Adnin Afifi Binti Nawi, Pn Nur Shahirah Binti Mohd Aripen dan Cik Nurul Izzati Binti Mohd Ismail. Tujuan lawatan adalah untuk Menambahkan pengetahuan dan pemahaman pelajar berkaitan aplikasi teori konsep kimia dengan kehidupan seharian serta mengalami pengalaman dalam dunia perindustrian. Selain itu, hubungan antara Jabatan Sains dan Matematik, Pusat Pengajian Diploma dan Industri Luar akan lebih erat, memudahkan pelajar untuk memperoleh maklumat mengenai Latihan Industri dan peluang pekerjaan. Disamping itu, Pelajar akan mengimplementasikan dan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh daripada industri dan amali di universiti dengan lebih giat.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Puan Nuramirah Binti Juma'at Ketua program/Pensyarah Diploma Sains Gunaan Jabatan Sains dan Matematik Sesi perkongsian Industri bersama Jabatan Alam Sekitar Johor Sesi Perkongsian Industri kepada pelajarpelajar tahun 2 DAU yang sedang mengambil kursus Kimia Alam Sekitar (DAU22303) ini telah diadakan secara online melalui platform Zoom Cloud Meetin g pada 4 Jun 2023. Ia telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar Johor, Encik Muhamad Amirul Syafiq Bin Khairuddin, Kursus KImia Alam sekitar adalah dibawah penyelaras Pn Aida Binti Muhamad. Sesi Pengkongsian ini juga terbuka kepada pelajar tahun 1 juga sebagai ilmu tembahan kepada mereka. Sesi perkongisan ini asalah bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 11 pagi. Melalui sesi perkongsian penceramah menerangkan kepada para pelajar tentang pengurusan sisa elektronik. Sisa elektronik adalah barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi atau lama / usang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan pendingin hawa. buangan daripada pemasangan elektrikal dan elektronik yang mengandungi komponen seperti akumulator, suis raksa, kaca daripada tiub sinar katod dan kaca teraktif atau kapasitor bifenil terpoliklorin yang lain, atau yang dicemari dengan kadmium, raksa, plumbum, nikel, kromium, kuprum, litium, perak, mangan, atau bifenil terpoliklorin. Oleh itu, didalam perkongisan ini pelajar dapat mengetahui cara pengurusan bagi sisa elektronik yang selamat dan dapat melindungi alam sekitar.
Disediakan oleh: Puan Siti Mariam binti Basharie Ketua program/Pensyarah Kejuruteraan Mekanikal Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Program Penanda Aras bersamaFirstCity University College Pihak CeDS telah menerima kunjungan daripada First City University College pada 5 Oktober 2023 untuk program penanda aras bagi mereka menghadapi akreditasi ETAC pada masa akan datang. Program ini telah dipengerusikan oleh Dr Muhammad Faizal bin Ismail selaku Timbalan Dekan Akademik CeDS dan disertai oleh Dr Noor Azizah Sidek (Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal), Pn Siti Mariam Basharie (Ketua Program DAM), En Hairul Mubarak Hassim (JK Kualiti), En Mohd Najib bin Janon (JK Akreditasi) dan En Ahmad Faiz Mat Zian @ Mat Zin (JK Makmal). Perbincangan dan perkongsian meliputi maklumat umum program DAM, struktur kurikulum, pelaksanaan kerja bengkel dan makmal, pelaksanaan Projek Diploma, pelaksanaan Latihan Industri, pelaksanaan Dublin profiles, perkongsian berkaitan beban staf dan nisbah staf-pelajar dan lain-lain lagi. Wakil program DME dari First City University College iaitu Ir. Sukhairul dan Ir. Muammar telah dibawa melawat ke beberapa bengkel dan makmal berkaitan termasuklah Bengkel Kimpalan, Bengkel Tuangan Logam dan Bengkel Pemesinan Asas.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Puan Siti Mariam binti Basharie Ketua program/Pensyarah Kejuruteraan Mekanikal Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Program Penanda Aras bersama KolejVokasional MelakaTengah Pada 28 November 2023 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah menerima kunjungan delegasi daripada Kolej Vokasional Melaka Tengah seramai 28 orang bagi program penanda aras bagi program-program akademik mereka. Ucapan aluan selamat datang dan penerangan tentang CeDS telah disampaikan oleh Timbalan Dekan Akademik iaitu Dr Muhammad Faizal bin Ismail. Ia disertai oleh Dr Noor Azizah Sidek (Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal), Pn Siti Mariam Basharie (Ketua Program DAM), En Hairul Mubarak Hassim (JK Kualiti) dan En Ahmad Faiz Mat Zin (JK Makmal). Sesi perkongsian dan soal jawab telah berlangsung di Bilik Mesyuarat 6 KCP. Perkongsian meliputi maklumat umum program DAM, struktur kurikulum, pelaksanaan kerja bengkel dan makmal, pelaksanaan Projek Diploma, pel aksanaan Latihan Industri, rubrik penilaian dan pemetaan kepada PLO, jaminan kualiti dan lain-lain lagi. Sebelum pulang, delegasi daripada Kolej Vokasional Melaka Tengah kemudiannya telah dibawa melawat ke beberapa bengkel dan makmal berkaitan termasuklah Bengkel Kimpalan, Bengkel Tuangan Logam dan Bengkel Pemesinan Asas.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Puan Siti Mariam binti Basharie Ketua program/Pensyarah Kejuruteraan Mekanikal Jabatan Kejuruteraan Mekanikal LawatanPenanda Aras Ke PengajianKejuruteraan Mekanikal UiTM CawanganJohor, Kampus Pasir Gudang (UiTMCJKPG) Lawatan penanda aras ke Pengajian Kejuruteraan Mekanikal UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang (UiTMCJKPG) telah diadakan pada Khamis 23 November 2023 dengan disertai oleh seramai 11 orang staf akademik dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), CeDS, UTHM. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang perlaksanaan program Diploma Kejuruteraan Mekanikal di UiTMCJKPG yang telah menjalanI akreditasi ETAC pada 2022. Perbincangan meliputi kurikulum program di UiTMCJKPG, pelaksanaan Projek Diploma, pelaksanaan kerja makmal, pelaksanaan Latihan Industri, pencapaian PLO serta CQI serta hal-hal berkaitan beban staf dan nisbah staf-pelajar. Staf JKM juga telah dibawa melawat ke beberapa bengkel dan makmal termasuklah Makmal Dinamik dan Sains Bahan dan bengkel-bengkel yang menempatkan peralatan conventional lathe, conventional milling, kimpalan, metal sheet, fitting dan foundri. Hasil daripada sesi perbincangan dan perkongsian pengalaman ini berjaya memberikan input yang bermanafaat yang Insya Allah akan dapat digunakan bagi tujuan penambahbaikan kualiti program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DAM) UTHM di masa akan datang.
Disediakanoleh: Ts. Inv. Mahmod Abd Hakim bin Mohamad Pensyarah Kejuruteraan Mekanikal Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Lawatan Akademik ke AgriSolarUPM Power PlantPuchong,Selangor Tujuan lawatan ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan kepada para pelajar tentang operasi dan sistem solar yang terdapat di AgriSolar UPM Power Plant. Selain itu, pelajar dapat melihat lebih mendalam tentang proses penghasilan tenaga elektrik daripada sumber cahaya matahari. AgriSolar UPM Power Plant yang terletak di Puchong, Selangor merupakan projek agrivoltaic yang menggabungkan teknologi fotovoltaik solar dengan penanaman herba untuk mengoptimumkan penggunaan ruang dan meningkatkan keberkesanan. Lawatan ini telah dijalankan pada 21 Disember yang berlangsung di AgriSolar UPM Power Plant Puchong, Selangor dan disertai oleh seramai 15 orang pelajar Tahun 2 DAM di bawah bimbingan Ts. Inv. Mahmod Abd Hakim bin Mohamad. penghasilan tenaga yang dihantar ke grid Tenaga Nasional Berhad (TNB). Di sampi ng itu, projek ini merupakan salah satu projek penanaman terbesar yang menggunakan lada ng solar di Malaysia dan menerima pengiktiraf an daripada Malaysia Book of Records sebaga i penanaman Agrivoltaic herba terbesar untuk mekanisme penyejukan semula jadi. Bahkan, melalui projek Agrivoltaic ini, AgriSolar UPM Power Plant mampu menempatkan 25,0 00 unit herba Misai Kucing berkemampuan tinggi yang ditanam secara langsung di ladang solar diPuchong. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ir. Dr. Mohammad Effendy bin Yaakob bersama Puan Indah yang sangat banyak berkongsi ilmu pengetahuan kepada Pelajar UTHM.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Puan Nor Baizura Hamid Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar Jabatan Kejuruteraan Awam Solid Waste Managementin Malaysia Objektif seminar ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan sistem pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Malaysia. Program ini di jalankan pada 4 Jun 2023 yang berlansung secara fizikal di Dewan Auditorium 4. Program ini dijayakan oleh pelajar dan pensyarah seramai lebih kurang 190 orang peserta. Program ini dijalankan dengan menjemput seorang Jurutera dari SWCorp Malaysia, KPKT iaitu En. Mohamed Nur Syafiq bin Mohamed Hanif. Beliau mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam bidang berkaitan pengurusan sisa pepejal. Hasil dari program seminar ini, penceramah telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau berkaitan sistem dan dasar yang digunapakai di Malaysia khususnya dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Justeru itu pelajar dapat didedahkan dengan situasi sebenar berkaitan topik ini. Pendedahan ini dapat membantu pelajar lebih memahami keadaan sebenar di tapak pelupusan sampah yang mana melibatkan pelbagai proses dan sekaligus membantu pelajar menguasai topik yang dipelajari di dalam kelas.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Inv. Juliana binti Mohamed Ketua Program/Pensyarah Teknologi Animasi Jabatan Teknologi Maklumat Link Berita: https://ceds.uthm.edu.my/berita/431-lukisan-karakteranimasi-sebagai-medium-kerjasama-komuniti LukisanKarakter Animasi sebagai Medium KerjasamaKomuniti Program Sulam CeDS 2023: A-CLASS 2023 yang telah dijalankan di SMK Bukit Pasir. Program berbentuk khidmat masyarakat ini melibatkan kerjasama antara pelajar Diploma Teknologi Animasi dan pelajar tingkatan empat SMK Bukit Pasir yang mengambil jurusan Pendidikan Seni Visual. Program ini merupakan sebahagian daripada penilaian bagi Subjek Asas Senilukis dan Asas Lukisan yang diambil oleh mahasiswa/i Diploma Teknologi Animasi (DAG). Secara tidak langsung program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran senilukis dan teknik lukisan karakter animasi kepada komuniti, khususnya murid-murid sekolah. Program ini dikelolakan oleh Ketua Jabatan, Jabatan Teknologi Maklumat, CeDS, Ts Dr Noordiana Binti Kassim @ Kasim, bersama pensyarah-pensyarah Diploma Teknologi Animasi dan guru-guru Pendidikan Seni Visual dari SMK Bukit Pasir. Program ini menunjukkan kesungguhan universiti dalam menjayakan inisiatif Services-Learning Malaysia– University for Society (SULAM)
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Norhafiza binti Samion Ketua Program/Pensyarah Kejuruteraan Elektrik Jabatan Kejuruteraan Elektrik Program Penanda Aras oleh Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Seramai lebih 20 orang delegasi dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) berkunjung ke Kampus UTHM Pagoh dalam program penanda aras bagi 2 program diploma di Pusat Pengajian Diploma. Kunjungan telah diadakan pada 11 Mei 2023 bagi tujuan mengetahui lebih lanjut proses pelaksanaan program akademik Diploma Kejuruteraan Elektrik, CeDS selaras dengan penarafan akreditasi oleh ETAC. Pengisian utama perbincangan adalah berkaitan dokumentasi bahan-bahan pelaksanaan program, terutama pemetaan kursus mengikut Programme Outcomes, projek tahun akhir dan latihan industri. Hampir seluruh ahli Jabatan Kejuruteraan Elektrik turut serta menyantuni dan berkongsi buah fikiran bersama warga PSMZA. Mereka turut melawat beberapa fasiliti yang ada di sekitar Blok A dan beberapa makmal yang digunakan dalam pelaksanaan PdP program DAE.
Disediakan oleh: Norhafiza binti Samion Ketua Program/Pensyarah Kejuruteraan Elektrik Jabatan Kejuruteraan Elektrik Program Penanda Aras oleh Kolej Vokasional Melaka Tengah Kolej Vokasional (KV) Melaka Tengah telah datang ke Kampus UTHM Pagoh pada 13 Julai 2023 bagi menanda aras program Diploma Kejuruteraan Elektrik (DAE) dengan diwakili enam orang tenaga pengajarnya. Tujuan utama penanda aras adalah berkaitan pelaksanaan program diploma mengikut keperluan akreditasi ETAC dan pelaksanaan projek tahun akhir dan latihan industri. Sesi perbincangan turut disertai oleh enam orang staf Jabatan Kejuruteraan Elektrik dengan diketuai Ts Hj. Mohd. Sabani selaku Ketua Jabatan. Selain sesi perbincangan yang dijalankan di dalam Bilik Mesyuarat 2, pihak KV turut dibawa melawat ke makmal-makmal Kejuruteraan & Teknologi Elektrik di Blok B, Kampus UTHM Pagoh.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Norhafiza binti Samion Ketua Program/Pensyarah Kejuruteraan Elektrik Jabatan Kejuruteraan Elektrik Program Penanda Aras oleh Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Pihak Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menerima kunjungan seramai sembilan orang pensyarah dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) pada 4 Oktober 2023 bagi program penanda aras Diploma Kejuruteraan Elektrik (DAE) selaras dengan penarafan akreditasi oleh ETAC. Pengisian utama perbincangan adalah berkaitan dokumentasi bahan-bahan pelaksanaan program, terutama pemetaan kursus mengikut Programme Outcomes, projek tahun akhir dan latihan industri. Pihak UMPSA turut melawat beberapa fasiliti yang ada di sekitar Blok A dan beberapa makmal yang digunakan dalam pelaksanaan PdP program DAE.
Disediakan oleh: Norhafiza binti Samion Ketua Program/Pensyarah Kejuruteraan Elektrik Jabatan Kejuruteraan Elektrik Program Penanda Aras oleh First City University College Pada 5 Oktober 2023 CeDS mengalualukan kehadiran delegasi dari First City University College (FCUC) untuk menanda aras 3 program diploma UTHM. Diploma Kejuruteraan Elektrik (DAE) merupakan salah satu program yang dirujuk dalam proses pihak mereka mendapatkan penarafan akreditasi oleh ETAC. Dua orang pensyarah FCUC begitu berdedikasi mendapatkan perincian maklumat program akademik DAE terutama berkaitan dokumentasi bahanbahan pelaksanaan program, pemetaan kursus mengikut Programme Outcomes, projek tahun akhir dan latihan industri. Ahli Jabatan Kejuruteraan Elektrik turut mengiringi mereka dalam lawatan ke beberapa fasiliti yang ada di sekitar kampus UTHM sertamakmalmakmal yang digunakan dalam pelaksanaan PdP program DAE.
Disediakan oleh: Norhafiza binti Samion Ketua Program/Pensyarah Kejuruteraan Elektrik Jabatan Kejuruteraan Elektrik Lawatan Penanda Aras ke Universiti Malaysia Perlis Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah mengadakan lawatan penanda aras untuk program Diploma Kejuruteraan Elektrik (DAE) ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 26 September 2023. Seramai 15 orang ahli JKE dengan peranan portfolio biro jawatankuasa masing-masing berbincang serta berkongsi maklumat bersama wakil-wakil UniMAP bagi memperkasakan program akademik.. Selain isi utama perbincangan yang berkaitan dokumentasi bahan-bahan pelaksanaan program diploma yang selaras dengan standard akreditasi ETAC, isu lain yang turut dibincangkan adalah berkaitan promosi STEM ke sekolahsekolah harus dipergiat agar kursuskursus kejuruteraan kembali menjadi pilihan para pelajar lepasan SPM. Kami turut dibawa melawat beberapa fasiliti yang ada di sekitar bangunan Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektrik, UniMAP terutama makmal-makmal yang digunakan dalam pelaksanaan PdP program akademik mereka.
Lawatan Industri: MeasatTeleport& BroadcastCenter, Cyberjaya Seramai hampir 30 orang pelajar telah mengadakan lawatan industri ke Measat Teleport & Broadcast Center, Cyberjaya pada 24 Mei 2023. Lawatan ini diiringi Puan Nur Azliza bin Ahmad pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang juga pengajar kursus Kejuruteraan Komunikasi (DAE32603). Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan sebenar ilmu yang dipelajari dari dalam kuliah kepada aplikasi di dalam industri terutama dalam bidang komunikasi melalui satelit. Disediakan oleh: Norhafiza binti Samion Ketua Program/Pensyarah Kejuruteraan Elektrik Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Lawatan Industri: RTM Johor Seramai hampir 30 orang pelajar telah mengadakan lawatan industri RTM, Johor pada 29 Mei 2023. Lawatan ini diiringi Puan Nur Azliza bin Ahmad pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang juga pengajar kursus Kejuruteraan Komunikasi (DAE32603). Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan sebenar ilmu yang dipelajari dari dalam kuliah kepada aplikasi di dalam industri terutama dalam bidang penyiaran radio. Disediakan oleh: Norhafiza binti Samion Ketua Program/Pensyarah Kejuruteraan Elektrik Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Lawatan Industri: Kilang Yakult Malaysia Seramai hampir 60 orang pelajar telah mengadakan lawatan industri di kilang Yakult Malaysia, Seremban pada 16 Jun 2023. Lawatan ini diiringi dua orang pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang juga pengajar kursus Automasi Industri (DAE31203) iaitu Dr. Mohd. Nurul Al-Hafiz bin Sha’Abani dan Puan Norhafiza binti Samion Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada proses automasi di industri selain apa yang telah dipelajari dari bilik kuliah serta pelaksanaan amali di makmal. Disediakan oleh: Norhafiza binti Samion Ketua Program/Pensyarah Kejuruteraan Elektrik Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Seramai hampir 60 orang pelajar telah mengadakan lawatan industri ke TM Submarine Cable Landing Station, Melaka pada 26 Jun 2023. Lawatan ini diiringi dua orang pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang juga pengajar kursus Kejuruteraan Komunikasi (DAE32603) iaitu Puan Nur Azliza bin Ahmad dan En. Ts. Eddy Irwan Shah bin Saadon. Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan sebenar ilmu yang dipelajari dari bilik kuliah kepada aplikasi di dalam industri khususnya berkaitan kejuruteraan komunikasi melalui kabel bawah laut di Malaysia. Disediakan oleh: Norhafiza binti Samion Ketua Program/Pensyarah Kejuruteraan Elektrik Jabatan Kejuruteraan Elektrik Lawatan Industri: TM SubmarineCable Landing Station
KLUSTER HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Majlis meraikan semua peserta akhir dan pemenang telah diadakan pada 1 Jun 2023 yang lalu bersempena Micro-Credential Summit (MCES) 2023 di Bangsar South. MCES 2023 ini telah dirasmikan oleh Dato’ Prof. Dr Mohammad Shatar bin Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan dihadiri oleh jemputan dalam kalangan industri, alumni pertandingan dan pensyarah dari institusi awam dan swasta dari seluruh Malaysia. Disediakan oleh: Inv. Juliana binti Mohamed Ketua Program/Pensyarah Teknologi Animasi Jabatan Teknologi Maklumat Link Berita: https://ceds.uthm.edu.my/berita/391-pelajar-cedsdiraikan-sebagai-peserta-akhir-pertandingan-adobedan-microsoft Pelajar CeDS Diraikan Sebagai Peserta Akhir Pertandingan Adobe dan Microsoft Tiga orang pelajar daripada Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya dikategorikan sebagai peserta akhir dalam pertandingan Adobe Certified Professional (ACP) dan Microsoft Office Specialist (MOS) Malaysia National Championship 2023 yang dianjurkan secara berasingan oleh Creative Cloud Community. Pelajar tahun 1, Diploma Teknologi Animasi (DAG), Saudara Nur Muhammad Hidayat Khan bin Sakhir Sultan telah berjaya disenaraikan sebagai 30 peserta terbaik bagi pertandingan Adobe Certified Professional, manakala dua pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Maklumat (DAT), Saudara Muhammad Hamizan bin Yusof dan Saudari dan Saudari Nur Izzati Hasanah binti Zahid telah masing-masing berjaya meraih tempat kedua dan ketiga bagi pertandingan Microsoft Office Specialist (Word 2019).
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Link Berita: https://ceds.uthm.edu.my/berita/390-lawatan-industripelajar-dan-pensyarah-dag-ke-wau-animation Disediakan oleh: Inv. Juliana binti Mohamed Ketua Program/Pensyarah Teknologi Animasi Jabatan Teknologi Maklumat Para pelajar serta pensyarah Diploma Teknologi Animasi (DAG) dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan satu lawatan ke WAU Animation. Studio animasi anak tempatan itu merupakan studio yang bertanggungjawab membangunkan siri animasi popular Ejen Ali, selain filem berjudul Ejen Ali: The Movie. LawatanIndustri Pelajar dan Pensyarah DAG ke WAU Animation Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) WAU Animation, Encik Usamah Zaid bin Yasin turut berbesar hati untuk menandatangan surat hasrat (LOI) sebagai permulaan kerjasama secara rasmi dengan UTHM. Bagi meningkatkan kerjasama ke peringkat seterusnya, sebuah memorandum persefahaman (MOU) sedang dirangka dan akan ditandatangan dalam masa terdekat.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Dr. Noorul Hudai Abdullah Ketua Program/Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar Jabatan Kejuruteraan Awam Link Facebook: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0 21Siu6NcGooYhtLWLWdLt2cSY5dgPyGm1C2DXmLq 5vPszuFdahrMaLVcGWzMiNz64l&id=10006837824287 2&mibextid=Nif5oz Pada 11 Jun 2023 (Ahad), seramai 24 orang pelajar, 6 orang pensyarah kursus kejuruteraan alam sekitar UTHM, dan 2 orang pelawat industri dan pensyarah Netherlands Maritime University College telah mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Air Kumbahan Indah Water Konsotium (IWK), Pagoh. Antara tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan pendedahan kepada para pelajar tentang cara proses rawatan air di loji kumbahan. Melalui program yang dijalankan, para pelajar dapat menambah ilmu yang sedia ada, memperoleh pengalaman, kemahiran dan kesedaran untuk memelihara alam sekitar terutamanya sumber air. Hasil daripada lawatan ini dapat memberikan ilmu tambahan yang tidak dapat semasa belajar di dalam kelas dan memberi kefahaman yang lebih kepada para pelajar kerana dapat melihat sendiri proses rawatan air kumbahan di loji dan boleh menjelaskan lagi ilmu dan teori yang dipelajari di dalam kelas. Seterusnya, para pelajar juga boleh mempelajari bahawa betapa pentingnya sumber air yang bersih. Oleh itu, perlu ada perubahan sikap dan paradigma masyarakat dalam menjaga alam sekitar agar usaha pengurusan sisa kumbahan dan pencemaran sungai dapat dilaksanakan dengan berkesan. Lawatan Sambil Belajar Ke Loji Rawatan Air Kumbahan IWK, Pagoh
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Dr. Noorul Hudai Abdullah Ketua Program/Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar Jabatan Kejuruteraan Awam Link Facebook: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0 2SKvXYWoMP4rrMMWHRmcKXXkg2GK9AdTdw1yRc 3SWLhLfyPCxRnZX8c9vNnEGH5HUl&id=1000683782 42872&mibextid=Nif5oz Lawatan Sambil Belajar Loji Rawatan Air SAJ, Pagoh, Panchor Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran pelajar dengan mendedahkan cara pemprosesan merawat sumber air mentah kepada air bersih kepada pelajar supaya pelajar lebih cakna terhadap kesejahteraan alam sekitar. Di samping itu, dapat menjalinkan hubungan baik antara mahasiswa dan mahasiswi bersama Pihak Pengurusan Loji Rawatan Air SAJ, Pagoh, Panchor serta pensyarah kursus kejuruteraan alam sekitar dengan kerjasama yang dilakukan. Melalui program ini, mahasiswa dan mahasiswi dapat memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang boleh digunakan untuk memelihara alam sekitar terutamanya sumber air. Program ini telah dijalankan pada 22 Mei 2023 yang berlangsung di Loji Rawatan Air SAJ, Pagoh, Panchor. Program ini dijayakan oleh pelajar dan pensyarah seramai lebih kurang 38 orang. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Tuan Azharuddin Bin Alias bersama Staff Ranhill SAJ yang sangat banyak berkongsi ilmu pengetahuan kepada Staff dan Pelajar UTHM. Tidak lupa juga Dr. Noorul Hudai Binti Abdullah, Dr. Norhayati Binti Ngadiman, Pn. Nor Baizura Binti Hamid dan Pn. Hazirah Binti Bujang, pensyarah kursus kejuruteraan alam (DAC12203) kerana bersama-sama menjayakan program lawatan sambil belajar ke Loji Rawatan Air SAJ, Pagoh, Panchor.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Objektif program bicara ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan pengenalan pembikinan EIA yang dijalankan di Malaysia. Program ini di jalankan pada 19 Jun 2023 yang berlansung secara maya menggunakan platform Zoom Meeting. Program ini dijayakan oleh pelajar dan pensyarah seramai lebih kurang 172 orang peserta. Program bicara ini menjemput seorang panel dari Greenhope Consultancy Sdn Bhd. Iaitu En Rosdi Mat Yusoff yang merupakan Pengarah Projek Greenhope Consultancy Sdn Bhd. Disediakan oleh: Dr. Noorul Hudai Abdullah Ketua Program/Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar Jabatan Kejuruteraan Awam Link Youtube: https://youtu.be/onhEUoSSwvQ Introductionof EIA Report Hasil dari program bicara ini, ia penceramah berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau berkaitan pembikinan laporan EIA dan kes-kes yang telah berlaku sekiranya tidak memenuhi kriteria EIA di Malaysia. Justeru itu pelajar dapat didedahkan dengan situasi sebenar pelaksanaan EIA di Malaysia. Pendedahan ini dapat membantu pelajar lebih memahami asas EIA dan mempelajari kandungan yang ada di dalam EIA.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Puan Nor Baizura Hamid Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar Jabatan Kejuruteraan Awam Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran pelajar dengan mendedahkan isu-isu alam sekitar kepada kanak-kanak supaya generasi muda ini lebih cakna terhadap kesejahteraan alam sekitar. Disamping itu, dapat menjalinkan hubungan baik antara mahasiswa dan mahasiswi bersama Pihak Tadika serta pensyarah kursus kejuruteraan alam sekitar dengan kerjasama yang dilakukan. Melalui program ini juga pelajar dan mahasiswa/i dapat memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang boleh digunakan untuk memelihara alam sekitar kelak. Selain itu, dapat memberikan pengalaman baru kepada mahasiswa/i dalam mengendalikan program bersama komuniti luar disamping memupuk kemahiran insaniah dalam diri. Program ini dijayakan oleh pelajar 1 DAA (Seksyen 3 & 4) seramai 45 orang dan pensyarah pengiring seramai 5 orang. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Penyelaras Program Puan Nor Baizura binti Hamid serta Pensyarah Pengiring, Dr. Norhayati binti Ngadiman, Dr. Mohammad Azim bin Mohamad Azmi, Dr. Noorul Hudai binti Abdullah dan Puan Hazirah binti Bujang kerana bersamasama menjayakan program CSR Nature Hero 2023: Save Earth, Save Life bersama Tadika Perpaduan Taman Pagoh Jaya. Nature Hero 2023:Save Earth,Save Life
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Ts. Dr Norhayati Ngadiman Ketua Jabatan/Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar Jabatan Kejuruteraan Awam Di samping itu, pengetahuan tentang subjek alam sekitar juga dapat kami kongsikan kepada pelajar sekolah mengggunakan konsep 3R iaitu “reuse, reduce, & recycle”. Penggunaan bahan kitar semula untuk menghasilkan satu bahan yang baharu juga telah kami perkenalkan kepada para pelajar. Hal ini dapat kami simpulkan dengan aktiviti pameran produk hasil daripada bahan terpakai dimana serba sedikit dapat meningkatkan kemahiran para pelajar juga mahasiswa universiti untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Kesimpulannya program “Nature Hero 2023” ini berjaya mencapai objektifnya. Objektif program CSR ini meningkatkan pemahaman dan kesedaran pelajar dan mahasiswa/i tentang isu-isu persekitaran dan kepentingan menjaga kelestariannya melalui program pendidikan dan pendedahan yang berkesan, mengasah bakat mahasiswa/i dalam menjana idea dan menghasilkan produk inovasi yang membantu kelestarian alam sekitar, dan menjalinkan kerjasama yang erat antara pelajar, mahasiswa/i, dan pihak – pihak yang terlibat untuk mencapai tujuan menjaga kelestarian alam sekitar. Secara keseluruhannya, program “Nature Hero 2023” yang diadakan di Dewan A9, Kolej Kediaman Pelajar (UTHM) Pagoh ini memberikan impak yang amat besar buat kami. EnvironmentalNature Hero ChallengeExpo
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Dr Siti Samahani binti Suradi Jawatankuasa Data dan Penerbitan, Hal Ehwal Pelajar Jabatan Sains dan Matematik Pertandingan Rekabentuk“Waste to Wealth Innovation 2023” Tema Aliran Fesyen Lestari Pelajar dari Program Diploma Teknologi Animasi (DAG), Yu Shi Min telah berjaya disenarai pendek sebagai 'TOP 30" dan akhirnya memenangi hadiah utama Pertandingan Rekabentuk 'Waste to Wealth Innovation (WAWI) 2023' bagi kategori komuniti. Pertandingan ini merupakan anjuran SW corp Malaysia dengan kerjasama Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM). Pertandingan ini dijalankan secara online yang berakhir pada 6 Mac 2023. Penilaian telah dilaksanakan oleh pihak MRM, Bukit Jalil, Kuala Lumpur . Pertandingan yang bertemakan aliran fesyen lestari, Yu Shi Min menampilkan rekaan "Double Sided Beret Hat", rekaan topi kitar semula dari fabrik terpakai yang boleh digunakan kedua-dua bahagian permukaan. Ringkas, namun memenuhi kriteria pertandingan yang ditetapkan oleh pihak MRM yang bertindak sebagai juri bagi pertandingan pada tahun ini. Majlis penyampaian hadiah diadakan pada 17 November 2023 dan disempurnakan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri KPKT di Dewan De’ Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya. Penganjuran majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pihakpihak yang giat melaksanakan inisiatif-inisiatif berkaitan penjagaan kebersihan dan amalan 3R agar mereka menjadi inspirasi kepada masyarakat. Pertandingan ini mencabar kreativiti pelajar untuk menghasilkan produk baharu yang mempunyai nilai komersial daripada barangan kitar semula atau barangan terpakai seterusnya dapat memupuk nilai tambah pada diri pelajar yang akhirnya dapat diaplikasi di alam pekerjaan kelak.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Dr Siti Samahani binti Suradi Jawatankuasa Data dan Penerbitan, Hal Ehwal Pelajar Jabatan Sains dan Matematik Pertandingan Rekabentuk Adobe Professional Peringkat Kebangsaan anjuran Creative Cloud Community ini merupakan program tahunan yang di anjurkan bagi mencari bakat-bakat baru di dalam bidang rekabentuk untuk mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa iaitu di Amerika Syarikat. Program yang dilaksanakan pada 9 Mei 2023 di UniKL MIIT merupakan salah satu program utama bagi Jabatan Teknologi Maklumat bagi program diploma teknologi animasi (DAG), Pusat pengajian Diploma. Wakil pelajar kursus Diploma Teknologi Animasi tahun 1 iaitu Nur Muhammad Hidayat Khan Bin Sakhir Sultan (AA221979) yang terpilih sebagai 30 peserta terbaik dan akan melalui fasa kedua pertandingan iaitu ujian secara langsung selama 8 jam di UNIKL MIIT. Pertandingan ini memberi pendedahan yang luas mengenai Adobe Creative Cloud dan pengalaman yang bermanfaat apabila di dalam industri rekabentuk grafik, multimedia dan juga animasi. Matlamat utama program ini adalah bagi memperluaskan ilmu pengetahuan rekabentuk grafik di dalam pengunaan perisian Adobe Creative Cloud dan mendapat pensijilan mikro credential daripada Certiport iaitu sebuah agensi antarabangsa yang berperanan memberi pensijilan sah Adobe Creative kepada peserta. Top 30 CCC’s Adobe Certified Professional NationalChampionship Design Competition 2023
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Dr Siti Samahani binti Suradi Jawatankuasa Data dan Penerbitan, Hal Ehwal Pelajar Jabatan Sains dan Matematik Taklimat Industri Pelajar DAU Dan DAK Jabatan Sains Dan Matematik Sesi Taklimat Industri yang dengan objektif yang penting iaitu memastikan para pelajar memdapat pendedahan awal mengenai tatacara dan perkara-perkara yang perlu dititikberatkan sepanjang sesi latihan industri. Program ini diadakan secara atas talian oleh penyelaras program iaitu Puan Rozainita Rosley pada 8 Mei 2023 menggunakan aplikasi 'microsoft team' Taklimat ini memberi pendedahan awal kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri pada semester 1 2023/2024. Taklimat ini juga membimbing pelajar untuk proses pendaftaran LI melalui sistem eLI. Taklimat ini dimulakan pada pukul 2 petang dan dihadiri oleh seramai 76 oleh pelajar DAU dan DAK. Sepanjang tempoh taklimat, perincian dan kaedah penggunaan eLI, penghantaran dokumen-dokumen penting dalam penilaian pelajar sepanjang tempoh latihan industri turut ditekankan. Selesai sesi taklimat, pelajar diberikan peluang untuk sesi soal jawab untuk memberikan pencerahan yang lebih jelas bagi setiap persoalan yang diajukan sebelum sesi berakhir.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Dr Siti Samahani binti Suradi Jawatankuasa Data dan Penerbitan, Hal Ehwal Pelajar Jabatan Sains dan Matematik Pertandingan Engineering, Science& Technology Exhibition 2023 (Este2023) Pasukan JKE CeDS, UTHM telah menyertai Engineering, Science & Technology Exhibition (ESTE 2023) di MAHSA University pada 16 Ogos 2023 lalu dengan diketuai sendiri oleh Dr. Muhammad Faizal bin Ismail, Timbalan Dekan (Akademik) CeDS UTHM. Sebanyak sebelas (11) projek pelajar JKE CeDS telah dihantar dengan pencapaian keseluruhan 1 Gold Award, 2 Silver Award dan 1 Bronze Award. Adalah amat membanggakan apabila projek 'Aplikasi Sarung Tangan Fisioterapi dengan Paparan Prestasi Pemulihan' berjaya merangkul Best Project Award dengan mengalahkan 52 projek lain yang juga disertai oleh pelajar Sarjana Muda dari universiti lain. Penyertaan pelajar dalam pertandingan ini dapat memberikan pendedahan kepada mahasiswa berkenaan pandangan, penambahbaikkan dan cadangan dari para panel berkepakaran tinggi dari kalangan pensyarah dan industri. Keterlibatan panel industri dari pelbagai agensi menggalakkan minat pelajar seterusnya pelajar yang terlibat boleh mendaftar secara langsung bersama IEM sebagai ‘ Engineering Technician Graduate’ bagi peringkat pengajian diploma. Di samping itu, program ini juga dapat melahirkan mahasiswa yang berdaya saing, proaktif dan kreatif menerusi pemerhatian keadaan sebenar impak projek inovasi yang mereka hasilkan, serta mengasah kemahiran insaniah melalui sesi bersama juri pakar bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan dalam bidang kejuruteraan ini.
[Ruang Gambar, Nisbah 3:2] Disediakan oleh: Dr Siti Samahani binti Suradi Jawatankuasa Data dan Penerbitan, Hal Ehwal Pelajar Jabatan Sains dan Matematik Bual Bicara Pelajar Jabatan Sains Dan Matematik Program Bual Bicara Pelajar JSM ini dijalankan pada 12 Oktober 2023 secara fizikal di Auditorium 6, Bangunan Kemudahan Gunasama, Hab Pendidikan Tinggi Bandar Universiti Pagoh anjuran Jabatan Sains dan Matematik. Program ini diwajibkan kepada para pelajar tahun 1 jurusan Diploma Sains Gunaan (DAU) dan Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK). Para pensyarahpensyarah Jabatan Sains dan Matematik (JSM) selaku penasihat akademik dan kerjaya (PAK) juga turut hadir. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada struktur kurikulum program dan pengenalan kepada 'Outcome based Education' (OBE). Pengenalan OBE telah disampaikan oleh Puan Jamilah, diikuti oleh sesi kenali program DAU dan DAK yang disampaikan oleh Cik Nur Shahirah Mohd Aripen dan Puan Nuramirah binti Juma’at yang merupakan ketua program bagi DAK dan DAU. Manakala, taklimat berkaitan jabatan telah diberikan oleh Dr Dilaeleyana binti Abu Bakar Sidik selaku Ketua Jabatan di Jabatan Sains dan Matematik. Program di akhiri dengan ucapan refleksi dari pengarah program iaitu Dr Norbaizura Nordin. Keseluruhannya, para pelajar mendapat pendedahan yang lebih terperinci mengenai konsep dan pelaksanaan OBE serta memahami struktur korikulum dan kepentingannya dalam proses pengajian mereka. Selain itu, mengeratkan hubungan and litneraksi yang lebih baik antara pelajar dengan penasihat mereke.
Disediakan oleh: Dr. Muhammad Azri Bin Othman Penyelaras Persatuan Pelajar Diploma Bicara Calon MppFakulti Ppd Program Bual Bicara Calon MPP sesi 2022/2023: Persatuan Pelajar Diploma UTHM telah menganjurkan satu program bual bicara bersama calon MPP bagi fakulti Pusat Pengajian Diploma (CeDS) yang telah memenangi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dan akan bertanding bersama-sama calon yang lain di dalam fakulti yang sama. Kerusi untuk Pusat Pengajian Diploma sebanyak 3 kerusi sahaja. Calon yang bertanding adalah seramai 4 orang. Sebelum Pilihan Raya Kampus Bermula semua calon MPP akan bertungkus lumus untuk meraih undian masing-masing. Dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu semua mahasiswa untuk mengenali dengan lebih dekat siapakah calon MPP bagi fakulti bagi fakulti Pusat Pengajian Diploma yang akan bertanding bagi sesi ini. Program dilaksanakan secara hibrid iaitu bersemuka di dewan A9 dan siaran langsung di YouTube rasmi Persatuan Pelajar Diploma. Bicara ini dikendalikan oleh alumni Pusat Pengajian Diploma sendiri iaitu saudara Fareez Zulhaqem. Keseluruhannya, program berjaya menyediakan platform kepada calon MPP dari CeDS untuk memperkenalkan diri dan membentangkan manifesto perjuangan mereka. Sekaligus dapat membantu pelajar untuk membuat pilihan yang tepat sewaktu hari mengundi.
Disediakan oleh: Dr. Muhammad Azri Bin Othman Penyelaras Persatuan Pelajar Diploma “Tell me and I forget Teach me and I remember Involve me and I learn” Program Intervention Programme 2.0 (Revise And Drill) Persatuan Pelajar Diploma, Unit Akademik dan Intelektual mengambil inisiatif ini untuk melaksanakan program bagi membantu mahasiswa dalam pembelajaran mereka dan menjadi sebuah persediaan sebelum peperiksaan akhir semester 2 2022/2023. Penglibatan seramai 76 orang mahasiswa/i tahun 1 dari 3 program yang ditawarkan di Pusat Pengajian Diploma (CeDS) iaitu diploma Teknologi Maklumat, diploma Kejuruteraan Kimia dan diploma Sains Gunaan direkodkan pada program kali ini. Program dikendalikan oleh 6 mentor yang dilantik dari kalangan pelajar tahun 2 jurusan yang sama dan di bawah bimbingan pensyarah berkaitan. Subjek yang kritikal dan sukar dalam setiap jabatan menjadi keutamaan dalam program ini. Program berlangsung secara berfasa selama 3 minggu (setiap selasa/ khamis) di Kolej Kediaman UTHM Kampus Pagoh. Sesi terbahagi kepada 2 fasa iaitu sesi revise pada minggu pertama dan sesi drill (teknik menjawab dan menyelesaikan soalan) pada minggu kedua dan ketiga. Secara keseluruhannya, program ini berjaya dijalankan dengan baik. Program turut mendapat maklumbalas yang positif daripada para peserta. Antara input positif yang diterima adalah peningkatan keberkesanan pengulangan kaji dengan bantuan mentor, peningkatan kesedaran dan semangat peserta untuk belajar secara berkumpulan, serta pembangunan kemahiran menyelesaikan masalah, adalah indikator kepada keberhasilan program. Program ini turut dicadangkan untuk diteruskan dengan penambahbaikan di masa hadapan.
Disediakan oleh: Dr. Muhammad Azri Bin Othman Penyelaras Persatuan Pelajar Diploma Program Tadarus Perdana Program tadarus perdana merupakan satu inisiatif daripada exco Kebajikan Mahasiswa, Persatuan Pelajar Diploma menyediakan aspek rohani mahasiswa/i yang selari dengan misi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) iaitu menyediakan penyelesaian teknikal untuk keperluan industri dan komuniti berasaskan paradigma tauhid. Program murni ini diadakan pada setiap hari jumaat disepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak 2023 bersamaan 1444H. Seramai 52 orang mahasiswa/i direkodkan menyertai program pada kali ini. Aktiviti berbentuk kerohanian ini dilihat sangat membantu dalam pembentukan akhlak dan karakter yang baik dalam diri seseorang mahasiswa/i yang beragama islam melalui penghayatan pembacaan ayat-ayat suci AlQuran. Selain itu, program seumpama ini mampu mengimbangi pembentukan jati diri mahasiswa/i yang unggul dari segi akidah agama serta mempunyai tahap ilmu yang tinggi dalam bidang yang dipelajari di universiti. Majoriti lepasan univerisiti mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, tetapi kemahiran kognitif dan keseimbangan agama inilah yang menjadikan seseorang itu istimewa. Ringkasnya, program berjaya memberi peluang kepada semua warga mahasiswa/i UTHM beragama Islam dalam menguji kemampuan mereka dengan membaca ayatayat suci Al-Quran. Program turut menyajikan suntikan katalis buat mahasiswa/i dalam pembangunan diri, kecemerlangan sahsiah dan juga pemantapan emosi.
Disediakan oleh: Dr. Muhammad Azri Bin Othman Penyelaras Persatuan Pelajar Diploma Skuad #PPDCARE: Program Bersama Komuniti Mengacau Dan Agihan Bubur Lambuk Pada 8 April 2023 bertempat di Masjid Wawasan Bukit Pasir, Muar, satu program memasak bubur lambuk semperna bulan Ramadhan telah dijalankan. Program ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan Pelajar, dibawah Exco Kebajikan Mahasiswa, Persatuan Pelajar Diploma, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dengan kerjasama ahli jawatankuasa dan kariah masjid tersebut. Aktiviti penyediaan bahan dan memasak bubur lambuk bermula seawal jam 10 pagi melibatkan penyertaan komuniti setempat dengan kerjasama 15 orang pelajar CeDS. Penagihan dan edaran bubur lambuk dilakukan selepas selesai solat asar kepada komuniti setempat dan sebahagiannya di kolej kediaman pelajar UTHM kampus Pagoh. Berteraskan pada semangat pengimarahan bulan Ramadhan, program ini menjadi platform membentuk jatidiri mahasiswa yang sentiasa bersedia untuk memberi bantuan dan menyumbang tenaga kepada aktiviti komuniti. Penghayatan terhadap amalan memberi dan bersedekah, diharapkan mahasiswa akan menginternalisasi nilai-nilai kebajikan dan kepedulian terhadap sesama mahasiswa mahupun komuniti. Dengan demikian, mahasiswa tidak hanya lebih baik dari segi keperibadian dan kecemerlangan akademik semata, tetapi menjadi agen perubahan yang memberi impak positif kepada masyarakat dan lingkungan sekitar. Program ini juga bertujuan mendidik mahasiswa agar tetap aktif, bertenaga dan produktiviti walaupun sedang menjalani ibadah puasa Ramadhan.
Disediakan oleh: Dr. Muhammad Azri Bin Othman Penyelaras Persatuan Pelajar Diploma Skuad #PPDCARE: Membeli Sambil Beramal Program SKUAD #PPDCare: membeli sambil beramal merupakan satu program kerjasama antara Jawatankuasa Kebajikan Pelajar Exco Kebajikan Mahasiswa, Persatuan Pelajar Diploma, Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, dengan kerjasama ahli jawatankuasa Surau Kolej Kediaman Pelajar. Sehubungan itu, Exco Kebajikan Mahasiswa Persatuan Pelajar Diploma, UTHM Kampus Cawangan Pagoh. Program berlangsung dari 8hb hingga 12hb April 2023. Mahasiswa yang mengikuti program ini dikehendaki menjual satu barang di kalangan komuniti dan hasil jualan tersebut di sumbangankan ke dalam tabung infak Ramadhan 2023 bersamaan 1444H. Berteraskan dari mahasiswa untuk mahasiswa, program berjaya memupuk sifat prihatin, pemurah, dan bijak dikalangan mahasiswa. Dengan adanya program seperti ini persatuan dapat membantu mahasiswa/i mempelajari serta menonjolkan ciri-ciri keusahawanan secara tidak langsung dan lebih menariknya hasil jualan di disalurkan ke dalam tabung infak.
Disediakan oleh: Dr. Muhammad Azri Bin Othman Penyelaras Persatuan Pelajar Diploma “Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” (HR. Tirmidzi, no. 807; Ibnu Majah, no. 1746; dan Ahmad, 5:192) Skuad #PPDCARE: Jom Kongsi Contribution Program SKUAD #PPDCare: Jom Kongsi Contribution merupakan satu program yang diadakan dengan kerjasama antara Jawatankuasa Kebajikan Pelajar dengan Exco Kebajikan, Persatuan Pelajar Diploma, Pusat Pengajian Diploma, UTHM. Dengan tujuan menyemarakkan lagi bulan mulia, Ramadhan Kareem dengan membuka laluan kepada warga universiti untuk memberi sumbangan dalam bentuk juadah berbuka puasa kepada mahasiswa/i di kolej kediaman UTHM kampus Pagoh. Program yang berlangsung pada 14 April 2023 merupakan salah satu inisiatif bagi membantu meringankan beban kewangan mahasiswa/i. Sebanyak 120 juadah berbuka puasa berjaya diagihkan dalam program kali ini. Secara keseluruhan, program Skuad #PPDCARE: Jom Kongsi Contribution ini telah berjaya dilaksanakan dengan sokongan dan komitmen dari semua pihak yang terlibat. Kesannya, sifat prihatin, ambil tahun, berkongsi dan senantiasa bersyukur dapat ditanam dalam diri mahasiswa/i. Apatahlagi, dan mahasiswi serta memberi kesederan kepada masyarakat dalam menggandakan pahala di bulan Ramadhan dengan bersikap dermawan sekaligus mengukuhkan lagi pertalian silaturrahim pelajar UTHM.
Disediakan oleh: Dr. Muhammad Azri Bin Othman Penyelaras Persatuan Pelajar Diploma Program Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2023 Program lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 yang berlangsung di Pusat Perdagangan Dunia (PWTC) pada 26 Mei 2023 adalah merupakan inisiatif dari unit Kemahiran dan Intelektual Persatuan Pelajar Diploma UTHM. Program ini adalah rentetan dari maklumbalas positif yang diterima pada sesi lawatan yang sama pada tahun sebelumnya. Penglibatan seramai 66 orang pelajar terdiri daripada mahasiswa/i tahun 1 dan 2, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) serta diiringi oleh 1 orang pegawai pengiring. Rombongan bergerak dari Kolej Kediaman Kampus Pagoh seawal 7.30 pagi dengan menaiki 2 buah bas universiti. Setiba disana, peserta diperuntukkan masa lebih 4 jam untuk mengeksplorasi reruai pameran yang tersedia sama ada para pempamer industri buku tempatan mahupun antarabangsa sebelum kembali semula ke Pagoh pada hari yang sama. Objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan langsung kepada mahasiswa/i CeDS terhadap hasil karya terbitan karyawan tempatan mahupun antarabangsa. Dimana, pengunjung berpeluang mendapatkan hasil karya ini dengan harga yang lebih murah dan berpatutan. Selain itu, program dilihat mampu memangkin penerapan budaya membaca dan mencintai ilmu melalui pembacaan bahan-bahan yang baik dan kreatif. Dengan harapan bahawa inisiatif ini akan membantu membangunkan mahasiswa/i yang berkualiti dan berpengetahuan luas. Para peserta program turut menzahirkan agar program ini diteruskan dimasa hadapan.
Disediakan oleh: Dr. Muhammad Azri Bin Othman Penyelaras Persatuan Pelajar Diploma FestivalSunnah : Malam Mahabbah Al-Rasul Pada 14 Julai 2023 bertempat di Musolla kolej Kediaman UTHM kampus Pagoh, satu program Festival Sunnah : Malam Mahabbah Al-Rasul bertemakan "Amalan Sunnah dalam Kemenjadian Mahasiswa" telah berjaya mencapai objektif yang di. Program ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Diploma, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM, Kolej Kediaman UTHM Kampus Pagoh (KKKP), Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP), Rakan Musolla Kolej Kediaman UTHM Pagoh dan Professional Mutawwif Development International (PMDIC) Seramai 200 pelajar daripada warga kolej kediaman kampus cawangan Pagoh telah menghadiri festival Sunnah: Malam Mahabbah Al-Rasul. Ianya merupakan sebuah inisiatif bagi persiapan akhir mahasiswa menghadapi peperiksaan akhir melalui pengisian solat hajat serta bacaan yasin berjemaah, qasidah serta ceramah yang disampaikan khas oleh penceramah jemputan, Al Fadhil Ustaz Hj. Taufik Bin Khamis.Turut hadir ke program ini termasuk pengetua kolej kediaman, timbalan dekan hal ehwal akademik serta barisan felo kolej kediaman.
Disediakan oleh: Dr. Muhammad Azri Bin Othman Penyelaras Persatuan Pelajar Diploma Jelajah Merdeka Pada 19 Ogos 2023, exco Pembangunan Mahasiswa, Persatuan Pelajar Diploma(PPD) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program Jelajah Merdeka 2023. Seramai 73 orang mahasiswa/i tahun 1 dari Pusat Pengajian Diploma mengikuti program ini. Kumpulan mahasiswa/i ini dibahagikan kepada 2 kumpulan dan masing-masing diiringi oleh seorang pegawai pengiring. Dua tempat bersejarah negara dipilih pada sesi kali ini iaitu bandar Hilir Melaka dan bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Program bertujuan untuk mengukuhkan pengetahuan melalui ekplorasi ke tempat bersejarah tempatan. Setiap peserta dipertanggungjawabkan merakam gambar dan video disepanjang program jelajah berlangsung. Mereka dikehendaki membangunkan sebuah video pendek bertemakan kemerdekaan berdasarkan infomasi yang berjaya diperolehi dari tempat yang mereka lawati. Selain itu, program ini turut dapat mengukuhkan semangat perpaduan di kalangan mahasiswa/i UTHM serta menyuntik semangat cintakan tanah air. Program seumpama ini akan terus dianjurkan di masa hadapan agar generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara sentiasa memahami dan menghayati sejarah pembangunan negara Malaysia. Program sebegini selaras dengan penghayatan bulan Kemerdekaan yang disambut oleh semua rakyat Malaysia termasuk mahasiswa/i UTHM sendiri pada setiap bulan ogos.