U-Media@ Julai-Dis 2023 Fakulti Seni, Kelestarian & Industri Kreatif
Aluan Dekan Dean’s Message Hak cipta/Copyright Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif/Faculty of Art, Sustainability & Creative Industry Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif dahulu. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording or any information storage and retrieval system without permission in writing from Faculty of Art, Sustainability & Creative Industry. Tarikh Penerbitan Pertama/First Date of Publication: 7 September 2021/7 September 2021 (Edisi Pertama) 1 Januari 2022/1 January 2022 (Edisi Kedua) 1 Januari 2023/1 January 2023 & 1 Febuari 2023/1 February 2023 (Edisi Ketiga) Diterbitkan di Malaysia oleh/ Published in Malaysia by Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif/ Faculty of Art, Sustainability & Creative Industry. Aras 3, Bangunan E-Learning Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan
Kandungan/Content Aluan Dekan/Dean’s Message 1 U-Media Julai 9 Ogos 19 September 46 Oktober 71 November 91 Disember 123
Info: U-Media@FSKIK merupakan inisiatif fakulti bagi menyokong U-Media UPSI melalui pelbagai penerbitan ke arah melonjak fakulti dan Universiti dari aspek “visibility”.U- Media@FSKIK is a faculty intiative to support UPSI U-Media through various publications towards soaring faculty and University in terms of visibility. Penerbitan ini dikompilasikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, FSKIK, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain. This publication is compiled by Senior Deputy Registrar FSKIK, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain.
1 “buku ini merupakan himpunan bahan penulisan FSKIK untuk siaran media yang dikumpul oleh U-Media FSKIK bagi tujuan dokumentasi” PROFESOR MADYA Ts DR MUHAMMAD ZAFFWAN IDRIS “this book is a collection of FSKIK writing materials for media release collected by FSKIK U-Media for documentation purposes. ASSOCIATE PROFESSOR Ts DR MUHAMMAD ZAFFWAN IDRIS
2
Januari 2023 136 3 Jun 2023
4 Sesi Menandatangani Surart Niat bersama Dekan, Kolej Seni dan Rekabentuk, Universiti Shandong LAWATAN SHANDONG UNIVERSITY OF SCIENCE & TECHNOLOGY Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 7 Jun 2023 – Delegasi Shandong University of Science and Technology, China telah hadir ke Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) pada 7 Jun 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat FSKIK. Turut berlangsung ialah Sesi Menandatangani Surat Niat melibatkan wakil kedua institusi tersebut.
5 E-Sepanduk Program KEM BINA INSAN DI GERCHANG LAKE HOUSE Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 19 Jun 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui portfolio Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) menganjurkan Kem Bina Insan betempat di Gerchang Lake House, Sekian Makmur bermula 19 Jun 2023 sehingga 22 Jun 2023 melibatkan pelajar FSKIK bertujuan membina jati diri mahasiswa UPSI.
6 Mereka Yang Hadir RABU@QALBU FSKIK ANJURAN UNIT AKADEMIK & UNIT PENTADBIRAN FSKIK Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 21 Jun 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Unit Akademik dan Unit Pentadbiran mengadakan program Rabu@Qalbu di Kem Bina Insan FSKIK bertempat di Gerchang Lake House, Sekian Makmur. Program dimulakan dengan ucapan Dekan FSKIK, Profesor Madya Dr Muhammad Zaffwan Idris dan seterusnya staf fakulti mengikuti pelbagai program Kem Bina Insan seperti anyaman dan kerja kesukarelawan.
7 Staf Yang Meraikan Majlis Perpisahan MAJLIS PERPISAHAN PUAN RASIDAH YAZID Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 28 Jun 2023 – Staf Pentadbiran Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) mengadakan Majlis Perpisahan buat Puan Rasidah Yazid pada 28 Jun 2023 di Pejabat Am FSKIK. Puan Rasidah bakal berpindah ke Bahagian Sumber Manusia bermula 1 Julai 2023.
8 Naib Canselor Bersama Sebahagian Warga FSKIK ART EXHIBITION DI ATRIUM BANGUNAN CANSELORI Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 28 Jun 2023 – Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) mengadakan Art Exhibition Degree Show melibatkan pelajar AT23 bertempat di Atrium, Bangunan Canselori pada 28 Jun 2023.
9 Julai 2023
10
11 E-sepanduk FSKIK SELAMAT DATANG STAF BAHARU KE FSKIK & TERIMA KASIH BEKAS STAF FSKIK Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 3 Julai 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif menerima staf baharu, Encik Akmalhijaz Mohd, Pembantu Tadbir (P/O) N22, Bahagian Hal Ehwal Akademik. Beliau berpengalaman di beberapa PTj termasuk pernah bertugas di Fakulti Sains dan Matematik. Encik Akmal ditempatkan di Unit 4P bagi menggantikan Puan Rasidah Yazid yang berpindah ke Bahagian Sumber Manusia.
12 Staf Yang Meraikan Majlis Perpisahan MAJLIS PERPISAHAN ENCIK AZMAN ABDUL MAJID & PUAN RASIDAH YAZID Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 5 Julai 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) mengadakan Majlis Perpisahan buat Encik Azman Abdul Majid dan Puan Rasidah Yazid pada 5 Julai 2023 di Studio Motion Capture, FSKIK. Majlis ini dihadiri oleh wakil Dekan FSKIK, Ts Dr Ahmad Nizam Othman dan beberapa ahli pengurusan FSKIK serta staf FSKIK. Encik Azman Abdul Majid bakal bersara pada bulan November 2023 ini manakala Puan Rasidah Yazid telah pun bertugas di Bahagian Sumber Manusia pada 3 Julai 2023 lalu.
13 E-Sepanduk 2gether 2GETHER TEMUKAN FYP DUA JABATAN Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 9 Julai 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) mengadakan satu program Projek Tahun Akhir (Final Year Project (FYP) pada 7-9 Julai 2023 di GMBB, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Program ini amat unik kerana menemukan projek FYP daripada dua jabatan iaitu Jabatan Multimedia Kreatif dan Jabatan Seni dan Reka Bentuk. Program ini memperlihatkan kerjasama erat warga FSKIK dalam menjayakan aktiviti.
14 Pengarah Akademik, Profesor Dr Abdul Rahim Razalli,antara tetamu yang hadir Suasana Ketika Program Berlangsung
15 Sesi Perbincangan Sedang Berlangsung SESI PERBINCANGAN BERSAMA MDEC Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 10 Julai 2023 – Sesi Perbincangan Bersama MDEC berlangsung pada 10 Jun 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK). Antara perbincangan meliputi kerjasama dengan Fly Studio bagi membangunan industri kreatif dari aspek latihan kepada pelajar bagi melahirkan ramai bakat, aspek program sangkutan dan kerjasama fasiliti.
16 Sesi Perbincangan Sedang Berlangsung JMK ANJUR KERJA MENGECAT MAKMAL MAC Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 26 Julai 2023 – Jabatan Multimedia Kreatif (JMK) menganjurkan kerja mengecat Makmal Mac pada 26 Julai 2023 bersempena Mesyuarat JMK sebagai salah satu pengisian Rabu@Qalbu. Kerja-kerja mengecat dijalankan oleh kakitangan jabatan dan dibantu oleh pelajar-pelajar
17 Delegasi Balai Seni Negara dan FSKIK KUNJUNGAN BALAI SENI NEGARA KE FSKIK Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 31 Julai 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) menerima kunjungan Balai Seni Negara (BSN) pada 31 Julai 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FSKIK. Kunjungan ini bagi membincangkan MOU bersama BSN dan juga kerjasama-kerjasama lain. Program ini adalah inisiatif Jabatan Seni dan Reka Bentuk (JSRB).
18 Warga Jabatan Multimedia Kreatif Bergambar Kumpulan BENGKEL SEMAKAN SEMULA PROGRAM SARJANA MUDA DI GLENMARIE HOTEL & GOLF RESORT, SHAH ALAM Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 31 Julai 2023 – Jabatan Multimedia Kreatif (JMK) menganjurkan Bengkel Semakan Semula Program Sarjana Muda bertempat di Glenmarie Hotel & Golf Resort, Shah Alam bermula 28 Julai 2023 sehingga 30 Julai 2023. Bengkel ini dihadiri kira-kira 20 orang peserta.
19 Ogos 2023
20
21 Dr Zaffwan dan Profesor Blair menunjukkan Surat Niat Kerjasama UPSI-Swinburne University of Technology UPSI-SWINBURNE UNIVERSITY OF TECHNOLOGY, MELBOURNE JALIN KERJASAMA Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 3 Ogos 2023 – Universiti Pendidikan Sultan Idris melalui Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) menandatangani Surat Niat (Letter of Intent (LOI) bersama School of Design and Architecture, Swinburne University of Technology, Melbourne.
22 Majlis tersebut berlangsung pada 3 Ogos 2023 bertempat di School of Design and Architecture, Swinburne University of Technology, Melbourne yang dihadiri oleh Profesor Balir Kuys, Pemangku Dekan School of Design and Architecture. UPSI diwakili Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Balamuralithara Balakrishnan. Kunjungan delegasi UPSI ke Swinburne University of Technology, Melbourne merupakan salah satu program Lawatan Benchmarking Non Traditional Research Output (NTRO) di bawah portfolio Penyelidikan dan Inovasi FSKIK. Delegasi ini akan berkunjung ke Australian Centre of Moving Image (ACM) pada 4 Ogos 2023 dan akan pulang ke Malaysia pada 5 Ogos 2023. Delegasi UPSI Bersama Tenaga Akademik School of Design and Architecture
23 Dr Bala Sedang Memerhatikan Fasiliti di ACIM KUNJUNGAN DELEGASI UPSI KE ACMI, AUSTRALIA Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 4 Ogos 2023 – Delegasi Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) yang terdiri daripada Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Balamuralithara Balakrishnan mengadakan kunjungan ke Austalian Centre of Moving Image (ACM) bagi meninjau fasiliti dan kemudahan terkini di sana. Sesi ini berlangsung pada 4 Ogos 2023.
24 Lensa Dekan FSKIK Merakamkan Fasiliti di ACMI
25 Majlis Bersama Atase di Malaysia PAMERAN JSRB SEMPENA HI-TEA WITH DIPLOMATIC ATTACHE IN MALAYSIA Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 8 Ogos 2023 – Jabatan Seni dan Reka Bentuk (JSRB) Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) mengadakan pameran bersempena Hi-Tea With Diplomatic Attache in Malaysia yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Program ini anjuran Pusat Antarabangsa dan Mobiliti UPSI.
26 \ Pameran JSRB di Hotel Mandarin Oriental
27 E-Sepanduk Ucapan Naib Canselor UPSI SEBILANGAN WARGA FSKIK SAMA-SAMA TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB MENGUNDI Oleh : Ahmad Janatul Firdaus 12 Ogos 2023 - Demam mengundi sempena pilihanraya di enam negeri sudah mula melanda negara apabila sebilangan rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman masing-masing semalam untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada hari ini. Begitu juga sebilangan warga Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menjadi pengundi di enam negeri tersebut. DUN paling dekat melibatkan staf sebagai pengundi tentunya DUN Hulu Bernam. Selamat Mengundi buat yang berkenaan.
28 Petikan sajak “Mengundi Adalah Amanah”
29 Ahli Pengurusan FSKIK MESYUARAT FAKULTI MENGISI KALENDAR RABU@QALBU Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 16 Ogos 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) mengadakan Mesyuarat Fakulti pada hari Rabu, 16 Ogos 2023 jam 10 pagi bertempat di Dewan Konvensyen E-Learning. Kira-kira 52 orang daripada 70 orang warga Fakulti dapat hadir ke mesyuarat ini.
30 Kali terakhir mesyuarat ini diadakan pada 28 Mei 2023 bertempat di De’ Moccis Boutiques Hotel, Kuala Lumpur Warga FSKIK Yang Hadir
31 Delegasi Institut Kraf Negara dan FSKIK KUNJUNGAN INSTITUT KRAF NEGARA KE FSKIK Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 22 Ogos 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) menerima kunjungan Institut Kraf Negara (IKN) pada 22 Ogos 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FSKIK. Kunjungan ini bagi membincangkan MOU bersama IKN dan juga kerjasama-kerjasama lain. Program ini adalah inisiatif Jabatan Seni dan Reka Bentuk (JSRB).Cadangan menandatangani MOU dijangka diadakan pada 2 November 2023 sempena Konvokesyen IKN.
32 Suasana Dalam Bilik Mesyuarat
33 Dr Bala Ketika Memberi Taklimat BENGKEL PERSEDIAAN GERAN SUMITOMO ANJURAN 4P FSKIK Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 23 Ogos 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui portfolio Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) menganjurkan Bengkel Persediaan Geran Sumitomo pada 23 Ogos 2023 bertempat di E-Learning 8, Bangunan E-Learning, UPSI. Sesi ini dikendalikan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Balamuralithara Balakrishnan dengan kehadiran lebih 40 orang kakitangan FSKIK.
34 Antara Yang Hadir
35 Suasana Pembukaan Audit Dalaman FSKIK DIAUDIT JURUAUDIT DALAMAN, 24-25 OGOS 2023 Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 25 Ogos 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) telah diaudit oleh pasukan Juruaudit yang terdiri daripada Encik Zolkipli Abdullah, Dr Jamilah Mohd Basir dan Puan Nurul Nabilah Zulkefli pada 24-25 Ogos 2023. Sesi yang berlangsung dua hari melibatkan semakan dokumen, temu bual dan tinjauan kepada fasiliti FSKIK. Majlis Pembukaan berlangsung pada jam 9 pagi, 24 Ogos 2023 manaka sesi penutup dijalankan pada jam 1130 pagi, 25 Ogos 2023.
v 36 Sesi Lawatan Fasiliti Barisan Juruaudit Bersama Pengurusan FSKIK
37 E-Spanduk Program JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN BOLING FSKIK Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 28 Ogos 2023 – Jawatankuasa Pertandingan Tenpin Boling Trio Famili Lestari 2023, Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) telah membuat hebahan bagi penganjuran program itu pada petang, 28 Ogos 2023. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan setelah penjenamaan semula nama fakulti diharapkan dapat mengumpulkan jaguh-jaguh pemain boling dari FSKIK. Info pertandingan ini boleh diakses melalui kod bar yang tertera dalam e-sepanduk program.
38 TRIVIA PERTANDINGAN -Pertandingan ini dimasukkan dalam siri Kejohanan Boling tertua UPSI yang mempunyai sejarah penganjuran sejak Mei 2002. -Berkongsi Piala Pusingan lejen mempunyai sejarah panjang yang banyak melahirkan pemain boling amatur. Info Penganjuran Boling FSSK Antaranya: Pertandingan Boling Fakulti Sains Sosial dan Kesenian Beruntung Strikers Bowl 30 Oktober 2002 Kejohanan Tenpin Boling Piala Dekan FSKIK Mega Lanes Bowling, Plaza Kuala Selangor 13 Mei 2014 PEMAIN BOLING FSKIK 1)City Girls (Mila Salima, Siti Sarah, Siti Normawati) 2)Balingan Contoh (M Shahrudin Ahmad, Ahmad Hisbulah, Mohd Fadi) 3)Free Bowling Zone )(FBZ) (Ibrahim Bakri, Dr Fauzi, PM Dr Mohd Zaidi) 4) Tamarinda City (Azhar Ahmad, Nordin Yahya, Ahmad Tarmizi) 5)Strike Saja (Hasrizal Haron, Dr Tajul Shuhaizam, Mad Helmi Wahid) - Boling KPA, Q-Bowl, Bukit Beruntung, 2 Februari 2013 ------------- 1) Trio Impian (Azhar Ahmad, Shahrul & Haslina) 2) Skuad Pilihan (Dr Sulaiman, Azwina, PM Zahidee) 3) Taipan B.T (Mila Salima, Zulkelfym Zainuddin) 4) Cer Ceghiter (Helmi Wahid, Hafiz, Azhar Ali) 5) Van Gosh (Dr Fauzi, Dr Halim Hussain, Dr Roskang) -Kejohanan Boling Terbuka PRESTASI, The Mines, 21 Februari 2011 ------------- TRIVIA PEMAIN BOLING FSKIK 1)Azhar Ahmad 2)PM Zahidee -Pertandingan Tenpin Boling Individu 2006, Star Bowl, Kompleks Desa, Kepong, 19 April 2006
39 E-Spanduk Ucapan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 31 Ogos 2023 – Warga Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) merakamkan ucapan “Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan” buat negara seiring dengan ucapan yang sama disampaikan oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti. Sempena hari bermakna buat negara, semua pihak menzahirkan ucapan untuk perhatian warga UPSI
40 Antara Usaha FSKIK bagi Menyemarakkan Hari Kemerdekaan E-Sepanduk UPSI
41 Rabu@Qalbu RABU@QALBU 30 OGOS 2023 ANJURAN UNIT IT, UNIT PEREKA DAN UNIT KEJURUTERAAN DITUNDA Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 30 Ogos 2023 – Program Rabu@Qalbu Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) yang sepatutnya diadakan pada 30 Ogos 2023 terpaksa ditunda ke 6 September 2023. Dalam jadual program Rabu@Qalbu bulan Ogos 2023 yang diedarkan kepada warga fakulti pada 1 Ogos 2023, program berbentuk perkongsian ilmu dihoskan oleh Unit IT, Unit Pereka dan Unit Kejuruteraan. terlibat dalam perbarisan kali ini.
42 Cik Aini (depan kanan sekali (bersama kontijen UPSI CIK AINI & ASSYAKINAH HARUMKAN NAMA FSKIK Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 31 Ogos 2023 – Dua warga Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) berjaya mengharumkan nama FSKIK apabila penyertaan mereka dalam Kontinjen UPSI sempena Perbarisan Hari Kebangsaan Peringat Negeri Perak mendapat tempat ketiga. Cik Nur Aini Zulkepli dan Cik Nur Assyakinah Sofuan merupakan dua orang staf FSKIK yang terlibat dalam perbarisan kali ini.
44 Ceria… Bersama Hadiah Kemenangan Kontinjen UPSI telah mengadakan latihan secara intensif pada bulan Ogos 2023 dan dua kakitangan ini sentiasa mendapat sokongan daripada rakan-rakan yang sering menonton mereka berkawad berhampiran laluan jalan raya Bangunan E-Learning. Sementara itu, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UPSI, Profesor Madya Dr Mohd Izwan Shahril merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ketua Pusat Tanggungjawab yang memberi pelepasan kepada staf untuk terlibat dalam kontinjen ini. “Alhamdulillah UPSI berjaya mendapat tempat ke-3 kawad kaki. Semoga UPSI terus cemerlang” tambahnya. Naib Canselor UPSI dalam group WhatsApp Ketua Jabatan merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Pengarah BKK, Pendaftar dan semua Ketua Jabatan yang membantu UPSI. “Tuanku Canselor sampaikan pujian pada UPSI tadi” tambah beliau, U-Media FSKIK ingin mengucapkan tahniah dan syabas Cik Aini dan Cik Assyakinah!
45 Dr Suraya Penerima Geran FRGS TAHNIAH DR SURAYA PENERIMA GERAN FRGS 2023 Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 31 Ogos 2023 – Dr Suraya Md Nasir dari Jabatan Multimedia Kreatif, Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) berjaya menempatkan diri sebagai satu-satunya penerima geran FRGS dari FSKIk. Beliau menerima geran berjumlah RM101,950.00 dengan tajuk penyelidikan “Developing A Framework for Participatory Ethno-Animation: A Collobrative Cultural Documentary With The Indigenous People of Belaga, Sarawak”.