46 September 2023
47
48 Staf FSKIK Yang Hadir Membantu Edaran Kuih Tradisional KAKITANGAN FSKIK @ HARI KELUARGA MADANI UPSI Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 7 September 2023 – Kakitangan Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) membuka gerai sempena Hari Keluarga Madani UPSI bertempat di Perkarangan Stadium UPSI pada 7 September 2023. Gerai FSKIK mengedarkan Kuih Lapis, Karipap dan Seri Muka kepada warga UPSI. Selain kuih muih tradisional, tarikan majlis ini tentunya durian selain sukaneka rakyat.
49 Staf JSRB Bergambar Kumpulan WARGA JSRB BERKAMPUNG DI CARPE DIEM Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 8 September 2023 – Warga Jabatan Seni dan Reka Bentuk (JSRB), Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) berkampung di Carpe Diem, Serendah selama 4 hari 3 malam bagi menjalani Bengkel Pengukuhan Pasukan. Penganjuran program ini susulan daripada keputusan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) ketika Sesi Bersama Warga JSRB pada 8 April 2023 yang memberi insentif kepada jabatan ini menganjurkan program retreat.
50 Suasana di Carpe Diem
51 Antara Staf FSKIK Yang Hadir Program di RMK12 TEAM RMK12 FSKIK BERKAMPUNG DI HOTEL ARMADA Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 10 September 2023 – Team RMK12, Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) berkampung di Hotel Armada bagi menyiapkan projek RMK12 yang melibatkan projek Jabatan Multimedia Kreatifd (JMK) dan Jabatan Seni dan Reka Bentuk (JSRB). Dua orang pengurusan FSKIK hadir iaitu Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris dan Timbalan Pendaftar Kanan, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain, Ketua-Ketua Jabatan, Dr Nur Safinas Albakry, Puan Jamilah Omar, wakil jabatan, Dr Nor Syazwani Mat Salleh dan Encik Muhammad Hafirdause Mustafa. Manakala Encik Mohd Shahruddin Ahmad yang menggantikan Encik Mohd Fahem Ahmad Nordin tidak hadir.
52 Delegasi FSKIK di Institut Kraf Negara FSKIK BERKUNJUNG KE INSTITUT KRAF NEGARA Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 18 September 2023 – Delegasi Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) yang terdiri daripada Dekan dan ahli Jabatan Seni dan Reka Bentuk (JSBR) mengadakan kunjungan balas ke Institut Kraf Negara (IKN) 18 September 2023. Program ini susulan kunjungan IKN di UPSI pada 22 Ogos 2023. Antara perkara yang dibincangkan termasuk pelaksanan MOU yang dijangka diadakan pada 2 November 2023 sempena Konvokesyen IKN.
53 E-Sepanduk Ucapan Tahniah 3 STAF TERIMA SIJIL FIRST AID AT WORKPLACE Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 19 September 2023 – Tiga orang kakitangan Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) selesai mengikuti kursus First Aid At Workplace dan menerima Sijil Kecekapan yang dikeluarkan oleh St John Ambulans Malaysia. Penghantaran ketiga mereka mengikuti kursus ini susulan keputusan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang meminta agar fakulti mempunyai personnel yang kompeten bagi menjalankan tugas kecemasan di tempat kerja.
54 E-Sepanduk Ucapan Tahniah TAHNIAH ENCIK HASRIZAL, KINI HAKIKI B22 Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 19 September 2023 – Pereka, Jabatan Seni dan Reka Bentuk (JSRB), Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) menerima surat Bahagian Sumber Manusia (BSM) yang memaklumkan jawatan Pereka B22 (KUP) yang disadangnya kini sudah bertukar menjadi B22 secara hakiki. Perubahan ini susulan kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Pereka B26 yang bersara pada November 2023 nanti. Tahniah diucapkan.
55 E-Sepanduk Program RABU@QALBU ANJURAN JSRB Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 20 September 2023 – Jabatan Seni dan Reka Bentuk (JSRB), Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) menganjurkan Prorgam Rabu@Qalbu pada jam 815 pagi, 20 September 2023 bertempat di Pejabat Am. Aktiviti mengecat dinding berlangsung melibatkan ruang lobi dan juga Bilik Mesyuarat Utama FSKIK. Sejumlah lebh 30 orang staf berganding bahu mengecat warna asas di dinding sebelum sesi mengecat sebenar dibuat pada satu tarikh lain.
56 Antara Staf Yang Membuat Kerja Mengecat
57 Kontinjen FSKIK FSKIK SERTAI PERARAKAN MAULIDUR RASUL 2023 Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 27 September 2023 – Kontinjen Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) pada 2023 menyertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat UPSI yang berlangsung pada 27 September 2023 bertempat di Auditorium. Terdahulu kontinjen ini berarak dari dalam kampus sehingga ke jalan luar dan masuk semula ke dalam kampus sambil berselawat.
58 Antara Staf Yang Hadir FSKIK ANJUR TAKLIMAT PDRM MENGENAI ISU SCAMMER Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 27 September 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) menganjurkan Taklimat Menangani Penularan Aktiviti Scammer dalam Kalangan Staf pada 27 September 2023 bertempat di Dewan Sri Tanjong. Taklimat ini disampaikan oleh ASP Anizan Adnan dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.
59 Penyampaian Cenderamata Staf Tekun Mendengar Taklimat
60 Kejohanan Boling Amatur UPSI Diasaskan Sejak 2002 Peserta Yang Menyertai LESTARI 2023 BOLING FSKIK(LESTARI 2023) ANGKAT KEMBALI KEJOHANAN TERTUA UPSI oleh Arissa Hasya Auni 28 September 2023 – Tanjong Malim. Pertandingan Tenpin Boling LESTARI Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) (LESTARI 2023) mengangkat kembali Kejohanan Boling Amatur UPSI yang kali terakhir diadakan pada 2018.
61 Kejohanan Boling Amatur UPSI merupakan platform pertandingan pemain boling amatur diasaskan oleh Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain pada tahun 2002 yang pada ketika itu merupakan Pegawai Tadbir pertama Pusat Penyelidikan dan Perundingan (PPP) UPSI. Sebanyak 34 siri pertandingan telah berlangsung dengan siri pertandingan bermula di PPP kemudiannya Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI), Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Fakulti Sains Sukan (FSS), Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK), Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) dan terkini di FSKIK. Dalam edisi ke-34 yang berlangsung pada 28 September 2023 bertempat di Wangsa Bowl, Setia City Mall, sejumlah 30 orang peserta bertanding untuk merebut piala-piala lagenda kejohanan. Antara alumni kejohanan ini yang bertanding termasuklah Puan Siti Haslina Hasmek, pemenang tempat ketiga keseluruhan MAKSAK Games 2023 yang mewakili MAKSAK Perak. Haslina pernah bermain dalam kejohanan ini ketika Pertandingan Boling Muhibbah FSS-RMC pada 2008 di Selayang Mall dengan memenangi tempat kedua kategori wanita. Akmalhijaz Mohd pula menjadi alumni tertua yang masih menyertai kejohanan ini dan mula bermain sejak tahun 2007. Profesor Madya Ts Dr Nurul Bahiyah Abd Wahid dari Kumpulan Queen Bowlers mencipta sejarah apabila menjadi Juara Keseluruhan pertandingan ini sekaligus membawa pulang Piala Pusingan Kejohanan Boling Amatur UPSI yang kali terakhir dimenangi oleh Zul (Tetamu BHEA) pada 2018. Dr Nurul berjaya mengatasi saingan terdekat daripada rakan sepasukan, Siti Haslina Hasmek dengan 1 mata sahaja.
62 Lebih membanggakan Dr Nurul berjaya menjadi Juara Kategori Wanita selain berjaya membawa pasukan Queen Bowlers yang terdiri daripada Siti Haslina Hasmek dan Siti Salwa Jamaldin menjadi Juara Kumpulan. Dr Nurul turut menerima Piala Pusingan bagi Johan Pusingan Kedua dan Jatuhan Pin Tertinggi Kejohanan dengan 193 jatuhan pin. Selain itu, Jabatan Multimedia Kreatif (JMK) memenangi Juara Pasukan Antara Unit dan Jabatan FSKIK dengan membawa pulang sijil dan hadiah tajaan Pengurusan FSKIK. Wakil JMK yang mengharumkan nama jabatan ialah kumpulan Gear 3 yang terdiri daripada Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris, Dr Izzal Khairi dan Dr Muhammad Abdul Malik Saedon. Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain dari kumpulan Papaya pula menerima Piala Emas Pegawai Tadbir Fakulti. Kali terakhir piala ini dimenangi oleh Pendaftar UPSI, Encik Helmi Zaifura Abdul Rahman yang pada ketika itu bermain mewakili Tetamu FSKIK. Nampaknya piala ini masih kekal di FSKIK. Encik Amirul Asyraf Zulkefli dari kumpulan Santai Jerr yang merupakan Tetamu mantan Kelab DIVA berjaya dinobatkan sebagai penerima Piala Emas Kelab DIVA BHEA. Dua pasukan iaitu Santai Jerr dan Sure Hebat menyertai pertandingan kali ini diletakkan dalam kategori Kelab DIVA BHEA. Piala Emas FSKIK pula dimenangi oleh Dr Muhammad Abdul Malik Saedon dari kumpulan Gear 3. Beliau merupakan penerima pertama piala pusingan ini setelah berjaya menduduki tempat pertama dan menewaskan kakitangan FSKIK yang lain. Ketiga-tiga Piala Emas ini meletakkan pemain terbaik daripada 3 kategori (Pegawai Tadbir Fakulti, Kelab DIVA BHEA & FSKIK) sebagai pemenang.
63 Selepas Queen Bowlers, tempat kedua bagi kategori kumpulan dimenangi oleh Kumpulan Santai Jerr (Nurul Nabilah Zulkefli, Amirul Asyraf Zulkefli dan Zainun Ebi) manakala tempat ketiga menjadi milik Jebat Derhaka (Dr Fareez Vincent Amos @ Mohd Fadly, Amirul Asyraf Ismail dan Dr Mohd Hishamuddin Ahmad). Juara Kategori Lelaki dimenangi Amirul Asyraf Zulkefli, manakala Naib Juara dimenangi oleh Dr Muhammad Abdul Malik Saedon dan tempat ketiga menjadi milik Dr Fareez Vincent Amos @ Mohd Fadly. Naib Juara bagi kategori individu wanita dimenangi oleh Siti Haslina Hasmek dan Tempat Ketiga menjadi milik Nurul Nabilah Zulkefli. Pertandingan kali ini turut menyaksikan rekod kejohanan, 225 jatuhan pin yang dicatatkan oleh Dr Nuzsep Almigo pada 2010 masih gagal dipecahkan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FSKIK, Ts Dr Ahmad Nizam Othman dan Timbalan Pendaftar Kanan FSKIK, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain. Hadiah dan Cenderamata LESTARI 2923
64
65 Dekan FSKIK Ketika Membuat Pelancaran Logo PENJENAMAAN SEMULA FSKIK UPSI SERLAH MANIFESTASI MEMPERKASAKAN INDUSTRI KREATIF NEGARA oleh Ahmad Janatul Firdaus bin Datuk Dr Haji Dzulkarnain 28 September 2023 – Tanjong Malim. Susulan penjenamaan semula Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK), UPSI pada awal tahun ini, pengurusan FSKIK melancarkan perubahan kecil logo fakulti yang diadakan bersekali dengan Pertandingan Tenpin Boling Trio Famili Lestari FSKIK (LESTARI 2023) bertempat di Wangsa Bowl, Setia City Mall pada 28 September 2023 lalu.
66 Menurut Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris, penjenamaan semula fakulti mendorong kepada perubahan kecil logo fakulti dalam mempamerkan identiti korporat fakulti selaras dengan penjenamaan fakulti yang kini meletakkan aspek kelestarian dalam bidang seni dan industri kreatif. “Selaras dengan penjenamaan nama fakulti daripada “komputeran” kepada “kelestarian" yang mencakupi bidang seni dan Industri kreatif yang selari dengan dasar Matlamat Pembangunan Lestari (SDG,2015), pihak fakulti kini tertumpu kepada memperkasakan aspek kelestarian di FSKIK” tambahnya. Kelestarian ialah konsep dasar yang sangat luas dalam wacana global dan sering dilihat dari sudut tiga "dimensi" atau "tonggak" iaitu alam sekitar, ekonomi dan sosial. Maksud semantik asal "kelestarian" dan "untuk mengekalkan" merujuk kepada keupayaan untuk meneruskan dalam jangka masa yang panjang; “Pengurusan fakulti membuat penyelarasan semula logo fakulti dengan masih mengekalkan logo FSKIK yang sudah digunakan sejak 2010 dan menggabungkan motto “Manifesting Collobrative Creativity” bersama nama baharu fakulti” kata Dr Zaffwan. Menurut Dr Zaffwan lagi, logo asal fakulti merupakan rekaan mantan Dekan FSKIK pertama, YBhg Profesor Emeritus Dato’ Dr Ahmad Zainuddin. FSKIK merupakan sebuah fakulti yang penting dalam lipatan sejarah UPSI yang melalui melalui empat era, iaitu Era Fakulti Sains Sosial dan Kesenian (1997-2002), Era Fakulti Seni dan Muzik (2002-2010), Era Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (2010-2022), Era Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (2022-kini). Fakulti ini berkembang secara bertahap dari sebuah unit ke program, seterusnya menjadi jabatan dan kemudian menjadi katalis kepada kewujudan beberapa jabatan dan fakulti.
67 Dalam majlis itu, Dr Zaffwan memotong reben gegantung bagi melancarkan secara rasmi logo baharu FSKIK sambil diberi tepukan gemuruh oleh hadirin. Logo Lama & Baharu dalam Gegantung Majlis Pelancaran
68 Akmalhijaz Pernah Bermain dalam Siri Pertandingan pada tahun 2007 8 PESERTA MENERIMA ANUGERAH KHAS KEJOHANAN 2023 oleh Aisy HaninI Tihani 28 September 2023 – Tanjong Malim. Seramai 8 orang peserta menerima Anugerah Khas Kejohanan Boling Amatur UPSI 2023 sempena Pertandingan Pertandingan Tenpin Boling Trio Famili Lestari FSKIK (LESTARI 2023) yang diadakan bertempat di Wangsa Bowl, Setia City Mall pada 28 September 2023.
69 Mereka merupakan Alumni Kejohanan Boling Amatur UPSI yang pernah menyertai sirisiri pertandingan yang dianjurkan sejak 2002. Encik Akmalhijaz Mohd merupakan peserta paling lama yang pernah menyertai kejohanan ini dengan kemunculan pertamanya pada tahun 2007 dalam Pertandingan Boling Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Perfect Bowl Selayang, 27 Januari 2007 dan pada 2008 dalam Pertandingan Boling Muhibbah FSS-RMC, Perfect Bowl Selayang, 6 April 2008. Puan Siti Haslina Hasmek pula merupakan pemain boling yang pernah menyertai Pertandingan Boling Muhibbah FSS-RMC, Perfect Bowl Selayang, 6 April 2008. Encik Akmalhijaz dan Puan Haslina merupakan dua nama alumni yang membuat kemunculan semula dalam kejohanan kali ini. Manakala 6 penerima lain merupakan peserta yang menyertai pertandingan yang dianjurkan pada 2018 iaitu Pertandingan Tenpin Boling Trio BHEA (Piala Presiden DIVA), Wangsa Bowl, Selayang Mall, 17 November 2018. Mereka ialah Puan Nurul Nabilah Zulkefli, Puan Zainun Ebi, Encik Abdul Hadi Ahmad, Puan Shahaniza Shamsuddin, Encik Ahmad Hasif Naufal dan Encik Ahmad ‘Afif Afnan. Menurut Pengasas Kejohanan Boling Amatur UPSI, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain, pemilihan mereka adalah berdasarkan sokongan mereka kepada kejohanan ini yang sudah memasuki Edisi atau Siri Ke-34. “Beberapa orang alumni kejohanan telah dijemput bagi memberi penghormatan kepada mereka untuk beraksi kembali. Namun, tidak ramai yang dapat melapangkan diri pada pertandingan kali ini” kata Encik Ahmad. “Terdapat alumni kejohanan yang sudah bersara daripada bermain boling seiring dengan usia kejohanan yang sudah memasuki hampir 21 tahun” tambah Encik Ahmad ketika ditemu bual.
70
71 Oktober 2023
72
73 Peserta Bengkel Bergambar Kumpulan FSKIK ANJUR BENGKEL PERKASA E-BANNER, HEBAHAN DAN PUBLISITI oleh Aisy HaninI Tihani 3 Oktober 2023 – Tanjong Malim. Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) menganjurkan Bengkel Pemantapan Jawatankuasa E-Banner, Hebahan dan Publisiti FSKIK yang diadakan pada 3 Oktober 2023 bertempat di Titiwangsa 4, Scholars’ Suite, UPSI.
7 4 Sesi bengkel dimudahcara oleh Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris dan juga Timbalan Pendaftar Kanan, Encik Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain. Sebanyak 4 proses kerja berjaya disiapkan yang meliputi Proses Kerja bagi Penyediaan Banner Umum, Penyediaan Banner Pengiktirafan dan Penghargaan, Banner Aktiviti dan Proses Kerja Media Sosial. Para peserta juga bersetuju memantapkan peranan jawatankuasa selain cadangan penambahan ahli jawatankuasa baharu. Turut dimantapkan ialah pengurusan laman web dan media sosial yang meliputi Facebook, Instagram dan Tiktok. Susulan bengkel ini, fakulti juga bersetuju mengadakan Sesi Fotografi melibatkan semua staf fakulti bagi menyediakan bahan gambar peserta bagi tujuan penyediaan banner sepanjang tahun. Suasana dalam Bengkel
75 Dr Nizam Sedang Memberi Taklimat TAKLIMAT PASCA UNTUK PELAJAR BAHARU oleh Aisy HaninI Tihani 3 Oktober 2023 – Tanjong Malim. Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) menganjurkan Taklimat Pasca sempena Hari Pendaftaran Pelajar Baharu yang diadakan pada 3 Oktober 2023 bertempat di Bangunan E-Learning. Sesi ini disampaikan oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Ts Dr Ahmad Nizam Othman.
76 Staf Yang hadir Mesyuarat PERHIMPUNAN BULANAN BULAN NOVEMBER TUNDA DARI 8 NOVEMBER KE 15 NOVEMBER 2023 oleh Ahmad Janatul Firdaus 5 Oktober 2023 – Tanjong Malim. Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK), Unit Integriti dan Pusat Alumni sebagai Penganjur Bersama telah membuat keputusan untuk menunda Perhimpunan Bulanan anjuran mereka dari 8 November 2023 ke 15 November 2023 bagi memberi laluan kepada penganjuran program Edu@Innovate pada 8 November 2023. Dengan perubahan ini, Jawatankuasa terpaksa mencari lokasi baharu berikutan Auditorium telah ditempah oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Untuk rekod, tarikh perhimpunan bulanan telah dimasukkan dalam Kalendar UPSI sejak tahun lepas lagi.
77 Staf Yang hadir Rabu@Qalbu Kontinjen Ungku Omar STAF FSKIK SERTAI PROGRAM RABU@QALBU KONTINJEN UNGKU OMAR oleh Ahmad Janatul Firdaus 11 Oktober 2023 – Tanjong Malim. Staf Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) menyertai program Rabu@Qalbu Kontinjen Ungku Omar yang diadakan di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan.
78
79 Antara Yang Hadir BENGKEL PERSEDIAAN GERAN SUMITOMO SEMPENA RABU@QALBU SLOT JMK Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 18 Oktober 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui portfolio Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) menganjurkan Bengkel Persediaan Geran Sumitomo sempena Rabu@Qalbu FSKIK Slot Jabatan Multimedia Kreatif (JMK). Lebih 25 orang kakitangan hadir ke sesi ini.
80 Staf dan Pelajar Bergambar Berkumpulan SELAMAT DATANG PELAJAR SARJANA MUDA BAHARU FSKIK Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 18 Oktober 2023 – Lebih 150 orang pelajar sarjana muda baharu Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) hadir dalam Taklimat Bersama Fakulti yang diadakan di Dewan Kuliah 9, Bangunan E-Learning. Sesi ini disampaikan oleh Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris bermula jam 4 petang sehingga jam 5 petang. Selepas itu, pelajar mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Jabatan.
81 Dr Zahuri memakai topi pink TEMA PINK MELEMBUTKAN PARA JEJAKA Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 19 Oktober 2023 – Kakitangan Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) hadir dalam Perhimpunan Bulanan UPSI bertemakan Sambutan Pin Oktober dengan penampilan menonjolkan warna pink. Program yang berlangsung di Stadium UPSI ini menyaksikan staf Universiti menjalani sesi Pink Walk dan kemudiannya berhimpun mendengar ceramah PDRM berkaitan “Penyangak Siber dan Scammer: Jangan Jadi Mangsa”
82 Rata-rata kakitangan lelaki ditemui merasa asing memakai pakaian pink. “Warna pink menghilangkan kejantanan” kata Profesor Madya Dr Zahuri Khairani, bekas Dekan Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK). “Ada cadangan menyuruh saya memakai stokin pink malah skaf pink. Takkan saya nak memakainya. Akhirnya saya mengenakan topi pink” kata Dr Zahuri. Sepanjang program, Dr Zahuri sentiasa mencuri tumpuan kerana penampilannya. Benarlah Pink melembutkan para jejaka. Antara Staf Wanita Yang Hadir
83 Bergambar Berkumpulan PROFESOR BLAIR KUYS DARI AUSTRALIA SAMPAIKAN CERAMAH BERKAITAN NTRO DAN SUSTAINABLE DESIGN Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 23 Oktober 2023 – Lebih 50 orang staf dan pelajar Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) hadir dalam Sesi Ceramah Profesor Blair Kuys yang diadakan di Auditorium Utama, UPSI pada jam 230 petang. Profesor Blair Kuys, dari Swinburne University of Technology, Australia menyampaikan ceramah bertajuk “Talk on Non-Traditional Research Outputs & Sustainable Design”
84 Sesi Merakam Gambar RABU@QALBU FSKIK DENGAN PROGRAM LENSA@FSKIK Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 25 Oktober 2023 – Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) melalui Jawatankuasa e-Banner, Hebahan & Publisiti menganjurkan Program Lensa@FSKIK yang bertujuan merakamkan gambar kakitangan untuk dokumentasi bagi siaran hebahan melibatkan pengiktirafan, pencapaian dan anugerah staf fakulti. Sesi berlangsung pada 25 Oktober 2023 di MOCAP pada jam 8 pagi hingga 1 petang. Staf diminta berpakaian pejabat/pakaian rasmi dan juga baju Melayu/kurung/pakaian tradisi.
85 Aksi Kakitangan FSKIK
209 86 Pelajar Baharu Bergambar Bersama PERSENI ANJUR ORIENTASI PELAJAR BAHARU JSRB Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 25 Oktober 2023 – Persatuan Seni Visual, Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) (PERSENI) menganjurkan program Orientasi pelajar Semester 1 pada 25 Oktober 2023 bertempat di Dewan Kuliah 9, E-Learning. Program ini berlangsung sehingga 28 Oktober 2023.
87 Suasana Orientasi Pada 25 Oktober 2023
88 Suasana dalam Bilik Bengkel BENGKEL PENGURUSAN AKADEMIK DAN PENGAJIAN SISWAZAH FSKIK DI SERI PACIFIC Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 29 Oktober 2023 – Unit Akademik dan Pengajian Siswazah, Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) menganjurkan Bengkel Pengurusan Akademik dan Pengajian Siswazah bermula 27 Oktober 2023 sehingga 29 Oktober 2023 bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Lebih 15 orang peserta terlibat dalam bengkel ini.
89 Pensyarah JMK bersama Pelajar Dalam Dewan MOCAP JMK ANJUR PROGRAM “GATHERING” Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 31 Oktober 2023 – Jabatan Multimedia Kreatif (JMK), Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) menganjurkan Program “Gathering” melibatkan pelajar di bawah jabatan mereka pada 31 Oktober 2023 di MOCAP. Sesi ini dihadiri oleh pensyarah JMK termasuk Dekan FSKIK, Profesor Madya Ts Dr Muhamamd Zaffwan Idris.
90 Staf Yang hadir Mesyuarat PERHIMPUNAN BULANAN BULAN NOVEMBER KEMBALI KE 8 NOVEMBER 2023 oleh Ahmad Janatul Firdaus 31 Oktober 2023 – Tanjong Malim. Susulan perbincangan dengan Bahagian Komunikasi Korporat pada 23 Oktober 2023, dan 25 Oktober 2023, Perhimpunan Bulanan Bulan November 2023 kembali dianjurkan pada 8 November 2023 bersama Program Edu@Innovate. Jawatankuasa Perhimpunan Bulanan dari PTj, Unit Integriti dan Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) mengadakan mesyuarat pada 31 Oktober 2023 bagi membuat penyelarasan semula.
91 November 2023
92 Ts Dr Ahmad Nizam Othman TS DR AHMAD NIZAM LETAK JAWATAN TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA), FSKIK Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 1 November 2023 – Ts Dr Ahmad Nizam Othman, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) meletakkan jawatan yang disadangnya sejak 1 April 2022. Peletakkan jawatan ini berkuatkuasa 1 November 2023 Peletakan jawatan ini susulan daripada peminjaman beliau ke American University, Emirates yang akan bermula Januari 2024 nanti. U-Media mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada beliau.
93 E-Banner Program FORUM INTEGRITI ANJURAN BRSAMA UNIT INTEGRITI DAN FSKIK Oleh: Ahmad Janatul Firdaus 2 November 2023 – Unit Integriti dan Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) menganjurkan Forum Integriti “Transparent vs Fake” bertempat di Auditorium Utama, pada 2 November 2023. Majlis ini dihadiri oleh Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr Md Amin Md Taff. Tiga tetamu jemputan terlibat dalam Forum Integriti ini.
94 Antara pengisian menarik ialah Deklamasi Puisi berserta Demonstrasi Lukisan Oleh Dr Izzal Khairi Ramli selain Forum Integriti itu sendiri. Dr Izzal Sedang Membuat Lukisan
95 Staf Yang Hadir